Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Kerajaan bersungguh basmi kemiskinan luar bandar

July 3rd, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam untuk semua pembaca. Terima kasih atas kunjungan serta meninggalkan pandangan dan cadangan di laman web saya. Siapapun anda di luar sana, saya tetap menghargai segala teguran dan pandangan. Agak mustahil untuk saya membalas semua pandangan dan komen, tetapi percayalah saya membaca setiap satu dari pandangan anda.

Suka saya memaklumkan bahawa kementerian yang saya terajui, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang berusaha memperkenalkan beberapa strategi baru khusus untuk membasmi kemiskinan dan memajukan kawasan luar Bandar. » selanjutnya

Hati-hati jangan sampai tertangkap…

July 3rd, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam untuk semua. Nampaknya keadaan politik negara tidak pernah sunyi dari ‘kejutan’ demi ‘kejutan’. Namun apa sekalipun kita perlu menyerah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil keputusan. Rakyat dan orang awam tidak seharusnya membuat keputusan sendiri dan bertindak sendiri. Kesannya sudah pasti rakyat dan negara yang menerimanya.

Namun, untuk kali ini saya lebih berminat bercerita tentang betapa Umno tetap bertegas dalam soal pemilihan parti diperigkat cawangan,bahagian mahupun pemilihan jawatan tertinggi parti Disember nanti.

Tegas bagi Umno, boleh berkempen tetapi mesti tertakluk kepada tata cara dan etika yang tegas dan ketat. » selanjutnya

Tidak mustahil PAS keluar Pakatan Rakyat

June 27th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam untuk semua pembaca

Apa yang berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini terutama tentang kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menarik perhatian saya. Berdasarkan perkembangan terkini saya tidak menolak kemungkinan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor brdasarkan masalah dalaman yang semakin meruncing.

Apa yang dapat di lihat Pas kini tidak lagi sebulu dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam banyak perkara sehingga boleh dilihat kurangnya penglibatan pemimpin dan ahli parti itu dalam program-program rasmi kerajaan negeri. » selanjutnya

Dari Pinangah ke Sebatik dan Pulau Banggi…

June 24th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Ke esokan harinya saya dan rombongan memulakan perjalanan ke Pulau Sebatik yang terletak di perairan Tawau dalam Parlimen Tawau. Perjalanan menggunakan bot bukan setakat satu pengalaman baru tetapi satu lagi pengalaman yang menyentap perasaan. Merasai keperitan dan kesukaran untuk sampai ke satu satu tempat di Sabah.

Di Pulau Sebatik saya dan rombongan ditemani oleh ADUN Sebatik YB Abdul Mois Picho dan kami dibawa meninjau projek takungan air dan projek rawatan air adalah kemudahan tambahan untuk Loji Pemprosesan Air Pulau Sebatik di Kampung Wallace Bay yang sudah siap.

Dari Pulau Sebatik saya dan rombongan menunggu bot di jeti Pulau Sebatik bagi meneruskan perjalanan ke Pulau Banggi dalam Parlimen Kudat.

Di Pulau Banggi saya dengan ditemani oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berpeluang singgah di Sekolah Menengah Batu Layau dan sempat bertemu dengan pelajar dan tenaga pengajar di sana.

Kesungguhan guru-guru mencurah ilmu kepada anak bangsa serta kegigihan pelajar untuk menimba ilmu mengajar kita bahawa hanya melalui pendidikan kita dapat keluar dari kemiskinan.

Pulau Banggi sudah dijengah pembangunan dan saya menerima taklimat pembangunan Pulau Banggi dari Tuan Haji Nasir Baba, Ketua Pegawai Eksekutif Felda Bhd. Ternyata pembangunan yang diterajui oleh Felda Bhd akan mampu mengangkat keluar Pulau Banggi dari garis kemiskinan.

Kesempaan ini juga saya melawat rumah PPRT yang dibina oleh kementerian bagi peserta Projek Agropolitan Pulau Banggi.

Penduduk akan mula menduduki rumah tersebut menjelang Ogos ini. Melalui rumah PPRT ini kita berharap penduduk akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan mampu menjana perkembangan keluarga yang sihat dan selesa.

Meskipun tidak dirancang pertemuan yang singkat kerap menyentuh perasaan kita. Saya terharu mendengar keluhan seorang penduduk asal Pulau Banggi tentang keadaan hidup dan perkampungan mereka. Keluhan penduduk ini menjadi catitan saya untuk pihak kementerian melihat dan meneliti apa yang cuba disampaikan.

Jika dahulu bila kita hendak menyampaikan bantuan kepada golongan yang kurang upaya, kerapnya kita memanggil dan mengumpul mereka di satu tempat. Keadaan ini saya sudah ubah kerana memikirkan kesukaran dan kepayahan mereka untuk hadir dengan jarak perjalanan yang jauh sedangkan ada yang uzur dan kurang upaya.

Hari ini saya mengambil pendekatan kita (orang sihat) datang dan berjumpa sendiri dengan orang yang kurang upaya untuk menyampaikan sedikit bantuan dan sumbangan.

Saya dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak boleh mengubah dalam sekelip mata kemiskinan dan kekurangan di sini namun apa yang dibuat oleh kerajaan dan kementerian sudah cukup untuk membuktikan bahawa usaha sedang giat dijalankan.

Apatah lagi dengan tambahan peruntukan sejumlah 4 billion baru-baru ini adalah bukti nyata bahawa kementerian serius dalam usaha membasmi kemiskinan tegar di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tidak mustahil latar rumah di belakang saya ini akan berubah di masa akan datang dengan perancangan dan kesungguhan kementerian saya. Harapan saya agar semua pihak melihat perkara ini secara rasional dan bukannya emosi. Kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini akan tetap menggalas harapan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan samada di Bandar mahupun luar Bandar.

Bagi penduduk Pulau Banggi, angin pembangunan dan limpahan kemakmuran sudah mula dirasai dan lawatan ini akan memberi lebih gambaran kepada saya dan pegawai kementerian untuk merancang dan menambahbaikan kemudahan dan keperluan di sini.

Sekian, semoga kita berjumpa lagi…

Kampung Pinangah - Antara Kemanusian dan Kemiskinan…

June 24th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam bahagia pembaca sekelian dan Salam hormat orang-orang Sabah. Janji saya untuk ke Sabah dan melihat sendiri kalian di sana saya tunai sudah.

Sesampai di Kota Kinabalu saya terlebih dahulu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bagi mendapat gambaran jelas serta mendengar keperluan dan keadaan sebenar di Sabah terutama yang menyentuh tentang kementerian saya.

Pada sebelah malamnya saya mengadakan pulak pertemuan dan taklimat dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Sabah secara langung untuk berdailog dan mendengar masalah dan keperluan mengikut kawasan khusus berhubung kait dengan kementerian saya.

Kedua-dua majlis awal ini sudah cukup bagi saya  melihat apa yang perlu diberi penekanan di Sabah khasnya dalam usaha kementerian saya membasmi kemiskinan tegar di Sabah.

Ke esokan harinya saya bersama rombongan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memulakan lawatan. Pilihan pertama kami ialah di kawasan Parlimen Kinabatangan dan Kampung Pinangah sebuah kawasan terpencil di Sabah menjadi destinasi pertama saya.

Sebelum kami bergerak masuk saya dan rombongan diberi penerangan ringkas oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar tentang kesukaran untuk sampai ke Kampung Pinangan. Saya dimaklumkan dari Sandakan perjalanan ke kampong Pinangan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan melalui jalan berlopak dan berdebu memerlukan masa perjalanan selama 7 jam.

Lawatan saya ke kampong-kampung bukan majlis rasmi yang dirancang. Saya tidak menetapkan terlebih dahulu rumah mana yang saya ingin lawati. Keadaan ini bagi membolehkan saya melihat sendiri realiti kehidupan dan kemiskinan yang menghimpit penduduk di sana.

Saya sendiri yang memilih dan melawat rumah penduduk miskin dan menemui serta menemubual mereka. Dari sini sudah tentu gambaran yang diperolehi adalah tepat dan memudahkan saya dan kementerian untuk bertindak membantu mereka.

Lawatan dan tinjauan saya bukan retorik sebaliknya hakikat yang dapat dilihat dan dirasai sendiri. Saya mengunjungi sendiri rumah penduduk kampung yang ternyata dihimpit kemiskinan dan kesusahan. Malah isteri saya turut merasai keperitan tersebut.

Dari pipi kusap anak kecil ini jelas tergambar mereka juga sedang mewarisi kemiskinan dan kesusahan hidup ibu bapa mereka. Perkara ini menyentuh hati saya dan menguatkan lagi iltizam kementerian untuk membantu penduduk di pedalaman Sabah ini.

Mungkin anak kecil ini tidak mengenali apa-apa tentang kesusahan dan kemiskinan dan saya berjanji bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak akan terus mengabaikan nasib mereka.

Tidak berkasut atau lebih tepat lagi ‘berkaki ayam’ sudah menjadi perkara biasa bagi anak kecil di Kampung Pinangah ini. Ini semua membakar semangat saya untuk segera menarik keluar mereka dari himpitan kemiskinan ini melalui pendekatan dan usaha kementerian saya.

Di majlis ini juga saya berkesempatan menyampaikan bantuan seragam sekolah kepada pelajar miskin yang sebelum ini rumah mereka terlibat dalam tragedi kebakaran yang memusnahkan 35 buah rumah di kampung tersebut.

Saya terharu miskipun anak-anak kecil ini hidup dalam seribu kepayahan mereka tetap menjadi insan yang bijak menghormati tetamu. Saya dan isteri serta rombongan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh anak-anak kecil Tadika Kemas Kampung Pinangah. Terima kasih anak-anak ku…

Kampung Pinangah banyak mengajar saya erti kesusahan dan kepedihan. Lihatlah anak-anak kecil ini ke sekolah seawal pagi tanpa berkasut dan renungi lah kemiskinan dan keadaan rumah sebegini masih menjadi tempat untuk mereka berteduh.

Lawatan ke Kampung Pinangah ternyata menguatkan lagi iltizam dan semangat saya untuk terus membela mereka dan Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar tidak akan mensia-siakan nasib dan masa depan mereka.

Terima kasih orang-orang Kampung Pinangah. Meskipun singkat pertemuan kita namun ternyata banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Jumpa lagi…

RM24 juta majukan Pulau Sebatik

June 24th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam bahagia pembaca sekelian.

Baru-baru ini dari 11 hingga 15 Jun saya bersama pegawai dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengadakan lawatan ke Sabah bagi meninjau dan melihat sendiri keperluan jangka pendek dan jangka panjang di sana terutama kearah membasmi kemiskinan tegar di Sabah.

Ketika di Pulau Sebatik dalam Parlimen Tawau, kementerian telah bersetuju meluluskan peruntukan tambahan RM24 juta untuk projek takungan air, pembinaan pusat rawatan air, penyaluran bekalan elektrik dan pembinaan jalan kampung di Pulau Sebatik. » selanjutnya

PPRT, kita naik dari RM18,000 ke RM28,000

June 23rd, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam bahagia pembaca sekelian.

KUALA TERENGGANU 21 Jun 2008 – Kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat akan terus ‘mencari dan memberi’ sesuatu yang difikirkan mampu meringkan beban rakyat, apatah lagi kesan dari kenaikan bahan api di pasaran global yang kesannya terasa di negara kita.

Sabtu semalam saya di Terengganu dan saya melihat sudah sampai masanya peruntukan membina rumah bagi peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dinaikkan daripada RM18,000 sebuah kepada maksimum RM28,000 berkuat kuasa serta-merta. » selanjutnya

4 billion tingkat taraf hidup golongan miskin

June 21st, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam bahagia pembaca sekalian. Saya rasa sepanjang minggu ini ada tiga perkara penting yang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lakukan untuk kepentingan rakyat.

Selain daripada pemberian dividen kepada peneroka Felcra dan pelupusan hutang pekebun kecil Risda, peruntukkan tambahan sejumlah RM4 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan miskin di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga dianggap berita baik untuk penduduk luar bandar.

Melalui kajian semula separuh penggal RMK-9, kementerian mensasarkan kira-kira 10,000 keluarga miskin. Jumlah tersebut akan digunakan untuk memperbaiki pembangunan prasarana asas kira-kira 10,000 keluarga miskin di kawasan luar bandar.

Seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, Sabah dan Sarawak juga turut diperuntukkan sejumlah RM1 bilion khususnya untuk tujuan ini.

» selanjutnya

83,000 peserta Felcra terima dividen RM 588.15 juta

June 17th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam bahagia pembaca sekelian. Meskipun kerajaan sedar kenaikan harga minyak sediikit sebanyak membebankan rakyat namun kerajaan tetap prihatin dan berusaha bagi meringankan beban rakyat.

 

Tiga hari lepas kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengumumkan seramai 83,000 peserta Felcra Berhad di seluruh negara akan menerima durian runtuh apabila agensi ini pengagihan dividen berjumlah RM588.15 juta. Satu rekod jumlah dividen tertinggi setakat ini.

 

Bagi saya pemberian dividen itu meningkat 84.91 peratus berbanding tahun lalu » selanjutnya

Kerajaan lupus hutang Pekebun Kecil RM 139.64 juta

June 16th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam bahagia pembaca sekelian.

 

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju untuk melupuskan hutang 33,957 pekebun kecil di seluruh negara yang melibatkan pinjaman sebanyak RM139.64 juta daripada keseluruhan pinjaman berjumlah RM204.7 juta yang diberi sejak tahun 1979.

 

Bagi saya langkah itu bertujuan meringankan beban kewangan pekebun kecil berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga bahan api.

 

Sejumlah RM130.4 juta pinjaman melibatkan sumber pinjaman daripada kerajaan persekutuan dilupuskan yang meliputi Kredit Sara Hidup, » selanjutnya