Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Kerajaan lupus hutang Pekebun Kecil RM 139.64 juta

June 16th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam bahagia pembaca sekelian.

 

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju untuk melupuskan hutang 33,957 pekebun kecil di seluruh negara yang melibatkan pinjaman sebanyak RM139.64 juta daripada keseluruhan pinjaman berjumlah RM204.7 juta yang diberi sejak tahun 1979.

 

Bagi saya langkah itu bertujuan meringankan beban kewangan pekebun kecil berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga bahan api.

 

Sejumlah RM130.4 juta pinjaman melibatkan sumber pinjaman daripada kerajaan persekutuan dilupuskan yang meliputi Kredit Sara Hidup, » selanjutnya

Tangguh dulu hasrat berhijrah ke bandar

June 12th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Selamat pagi dan Salam sejahtera
Ada dua sebab kenapa saya menasihatkan anak muda atau remaja lepasan sekolah agar menangguh dahulu atau membatalkan terus hasrat untuk berhijrah ke bandar-bandar besar, terutama selepas keputusan peperiksaan setiap hujong tahun.

Pertama, kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menyebabkan lonjakan kenaikan sara hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan sebagainya. Bukan niat saya untuk menghalang anak muda mencari kehidupan di Bandar sebaliknya keadaan ini mungkin tidak terdaya diserap oleh ‘peneroka bandar’ baru ini. » selanjutnya

Saya jemput untuk kita bertemu

June 10th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam semua pembaca yang dihormati

Sejak lebih tiga bulan laman web ini berfungsi, saya menerima berbagai pandangan. Ada yang memberi pandangan membina malah tidak kurang juga yang membenci dan menghina. Saya anggap itu semua sebagai lumrah bila kita berhadapan dengan dunia tanpa sempadan dan perenggan ini.

 

Bagi membuktikan bahawa saya bukan sekadar untuk suka-suka bila memulakan laman web ini maka saya terpanggil untuk bertemu dengan semua tetamu saya yang kerap singgah dan meninggalkan pesan di blog ini. » selanjutnya

Saya memilih untuk berprasangka baik

May 29th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

 

 

Salam sejahtera dan Salam Persaudaraan.

 

Dalam politik kita harus lebih banyak berprasangka baik dari sebaliknya. Dalam isu kemasukan Ezam dalam Umno, saya memilih untuk berprasangka baik.

 

Ramai ahli Umno dan juga kenalan bertanya pada saya tentang kemasukkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor ke dalam Umno. Mereka bertanya kebaikan dan keburukannya.

 

Saya berkata saya pandang kepada kebaikkan kemasukkan Ezam dalam Umno » selanjutnya

UMNO TETAP RELEVAN

May 15th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam sekali lagi rakan dan teman. Kesibukan dengan tugas membataskan saya untuk kerap bersama rakan semua di ruang ini. Namun, saya tetap memberi masa untuk membaca sisipan dan komen dari anda semua. Terima kasih kepada yang memberi pandangan dan teguran membina dan terima kasih juga yang ‘ingat-mengingati’ malah ada yang membenci.

Selepas beberapa hari UMNO melepasi usia 62 tahun yang genap pada 11 Mei 2008 lalu, saya tetap mengatakan bahawa apapun yang berlaku selepas pilihan raya umum ke 12 lalu, UMNO harus terus relevan kepada bangsa Melayu dan negara ini.

Bagi Umno ahli adalah kekuatan kepada parti. » selanjutnya

Karpal Singh dan janji Pakatan Rakyat di Selangor

May 7th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam untuk semua. Sepanjang minggu ini saya melihat ada beberapa  isu yang harus diberi perhatian oleh setiap rakyat Malaysia.

Kelantangan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus-terusan mempersoalkan hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dianggap » selanjutnya

Mengapa masih miskin?

May 1st, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

JADUAL Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hujung minggu lepas amat padat. Tepat jam 12 tengah hari Sabtu, beliau mengadakan » selanjutnya

Pertemuan singkat tapi besar maknanya…

April 29th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Tanggal April 26 dan 27 memberi kepuasan serta pengalaman penuh bermakna kepada saya dan isteri apabila kami membuat lawatan serta bermalam di rumah penduduk kampung di Pulau Pinang dan Kedah.

Bukan itu sahaja, malah saya dan isteri Asbi Rohani sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sambil menyelami kesusahan serta kesulitan yang mereka hadapi.

Ini semua saya lakukan semasa membuat lawatan kerja bagi melihat sendiri kemiskinan di luar bandar serta bertemu dengan ketua-ketua kampung serta pengawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat atau Kemas.

Destinasi hari pertama di Kampung Telok, Sungai Dua, Seberang Perai, » selanjutnya

Suruhanjaya BPR

April 29th, 2008 + Dihantar oleh mattaib

Terima kasih kepada semua yang menulis kepada saya dan juga yang dibaca oleh semua. Saya kagum dengan keberanian Pak Lah memperkenalkan dua pembaharuan (reforms) dalam masa dua minggu. Ada yang komen tak percaya pada reforms ini. Tak apalah. Mari kita sama-sama tunggu, lihat dan nilai bila ia di laksanakan nanti. 

Tiga minggu sekali lawat kampung

April 29th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Selamat malam saudara rakan blogger semua. Baru malam ini saya berkesempatan untuk posting artikel baru. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara yang tidak jemu-jemu memberi komen pada laman web saya.

Pada yang belum sempat dijawab harap bersabar, insyaallah saya akan cuba menjawabnya. Namun, jika saya tidak sempat menjawab setiap komen bukan bermakna saya tidak membacanya. Apapun terima kasih banyak atas respon dan perhatian yang diberi kepada laman web saya ini.

Hujong minggu lalu saya berkesempatan berada di utara tanah air, di Seberang Prai dan di Baling Kedah. Bagi meneruskan program melawat kampung ini saya telah menetapkan setiap tiga minggu sekali saya akan turun melawat kampung yang terpilih bagi melihat sendiri keadaan dan tahap pembangunan di kampung tersebut. » selanjutnya