Nasib Orang Asli Terbela
Bekerja untuk rakyat tidak terikat pada waktu pejabat dan hari bekerja sahaja. Siang atau malam bukan ukuran waktu. Saya tiba di Felda Sungai Layau, Kota Tinggi disambut suasana pekat malam. Yang penting bagi saya bukan masa jadi ukuran, janji sampai ke destinasi yang dirancang…
Sambutan masyarakat Orang Asli terhadap rombongan saya sebagai menifestasi tanda terima kasih mereka kerana kita dapat datang ke kawasan mereka meskipun waktunya sudah berganjak malam hari…
Wajah anak kecil yang dijanjikan nasibnya terbela melalui perancangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
‘Sampai kepada masalah’ adalah pendekatan saya selama ini. Melalui pendekatan ini saya sendiri dapat mendengar dan merasai permasalahan yang ada diperingkat bawah. Oleh itu, senang bagi beliau dan pegawai di kementerian untuk mengatasi dan menyelesai masalah…
Sentiasa berpendekatan positif dan mudah berpesan kepada anak generasi bahawa tidak ada yang boleh mengubah nasib mereka melainkan melalui pendidikan. Sudah tentu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat prihatin dalam soal pendidikan anak bangsa di ceruk desa dan kampong.
Bukti kehadiran seorang pemimpin Barisan Nasional yang diberi amanah oleh rakyat dan amanah itu dipulangkan keperingkat akar umbi sebagai satu tanggungjawab.
Disebelah siang keesokan harinya, lawatan dan tinjauan diteruskan dan sebagai tanda kehadiran sepohon pokok Kelat Paya menjadi saksi…
Kementerian Kemajuan Lua Bandar dan Wilayah perlu berada dimana-mana dan segala kemudahan yang ada perlu ditabur dipelusuk desa agar setiap lapisan rakyat menikmati segala kemudahan yang disediakan. Disebuah perkampongan Orang Asli Kg Sungai Layau sebuah Pusat Sumber dan Rumah Rehat akan menjadi kenyataan tidak lama lagi…
Walaupun tidak ada dalam aturcara lawatan, saya masih sempat mengunjungi yang kurang bernasib dan ‘aturcara’ ini hampir menjadi perkara ‘wajib’ pada setiap lawatan kerja saya.
Menikmati malam malam disebuah rumah rehat sudah cukup bagi melengkapkan siri lawatan saya ke Felda Sg Layau.
Orang Kampung, tua dan muda hadir sebagai tanda terima kasih atas kehadiran saya dan terima kasih kembali kepada mereka kerana sudi menerima kunjungan saya…

















