Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Majlis Perasmian Agropolitan Gahai

Bersama Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob menanti ketibaan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Agropolitan Gahai.

 

Ketibaan Perdana Menteri di iringi isteri disambut oleh pemimpin Negeri Pahang dan pegawai-pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Perdana Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Risda Dato’ Mohammad Izat b Hassan tentang perancangan dan kemajuan projek Agropolitan Gahai, Pahang. Turut kelihatan di barisan belakang Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Saya menjelaskan bahawa projek Agropolitan merupakan satu lagi langkah berani kerajaan dalam usaha membawa keluar kemiskinan tegar dikalangan penduduk luar bandar.

 

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Projek Agropolitan Gahai, Pahang. Satu lagi mercu tanda kesungguhan kerajaan untuk membawa rakyat keluar dari garis kemiskinan.

Salah seorang peserta menerima hak milik sebagai peserta dari Perdana Menteri. Bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah usaha berterusan dan komitmen pegawai dan agensi kementerian yang terlibat di diterjemahkan dari riak wajah peserta dan ahli keluarga mereka… 

Perdana Menteri menaman pokok sebagai tanda kehadiran beliau di Gahai dan iltizam beliau untuk memberi yang terbaik kepada rakyat terutama golongan yang masih ketinggalan.

Melawat dan melihat sendiri kemajuan dan perancangan sudah menjadi budaya kerja Perdana Menteri.

Satu kawasan kediaman yang tersusun lengkap dengan segala kemudahan asas menjadi ‘istana’ kediaman peserta projek.

Perdana Menteri dan isteri melangkah masuk ke salah sebuah rumah yang lengkap dibina oleh Risda bagi peserta projek Agropolitan Gahai.

Pasti ada yang menarik perhatian Perdana Menteri tentang kemudahan yang disediakan dan inilah terjemahan sifat seorang Perdana Menteri yang dilahirkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin ini boleh saya simpulkan apa yang diperkata oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeeane Abdullah berdasarkan rakaman gambar ini. “Betapa beruntungnya mereka hari ini, kita dulu tak merasa senang begini, semuanya kena usaha sendiri”. Kerana, segala yang disediakan oleh kerajaan hari ini semata-mata ingin melihat setiap lapisan rakyat menikmati kemudahan dan kesenangan ekonomi negara.

Terima Kasih Gahai, Jika dulu hutan kini Agropolitan.