Dua Hari Dua Malam di Terengganu
Tiba sahaja di Terengganu, pada sebelah malamnya satu pertemuan di Suria Resort diadakan bagi bertemu dengan pemimpin masyarakat dan berdailog berbagai isu semasa. Bertemu sahabat lama termasuk bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusuh.
Pertemuan dan dailog ‘berdepan’ begini kaedah yang terbaik mendengar suara akar umbi serta menyelami rasa hati mereka terhadap berbagai isu semasa yang melanda negara.
Ke esokan paginya saya berkesempatan berjemaah subuh bersama penduduk Kampong Alor Limbat. Bagi saya, pertemuan tidak formal begini mudah untuk kita mendengar keluhan dan rintihan hati rakyat.
Kita datang kepada mereka untuk bersama mereka. Kita datang bukan sebagai ‘tetamu kehormat’ sebaliknya sebagai musafir yang ingin bersama membantu kampong halaman mereka.
Bersama sebahagian jemaah selepas solat subuh.
Dan pagi itu saya bersarapan bersama jemaah nasi dagang diperkarangan masjid.
Pada hari kedua lawatan, seawal pagi saya ke Kampong Rawai bagi program belia. Bertemu masyarakat di kampong memberi satu kepuasan kerana dari situ juga lah saya dilahir dan dibesarkan.
Bagi yang mengenali saya mungkin tidak banyak yang perlu dicerita tetapi bagi yang kali pertama bertemu, saya tidak di ’sita’ oleh protokal dan peraturan yang ketat untuk bertemu, asalkan ada perkara yang ingin disampaikan. Ketika di meja minum, lelaki buta ini ada sesuatu yang ingin dibisikan…
Selepas program belia, saya mula menjelajah pelusuk kampong untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang ada. ‘Majlis’ ini tidak dirancang awal sebaliknya saya hanya mengikut hayunan kaki untuk bertemu rakyat.
Gambar ini sempat dirakam oleh juru kamera. Tidak banyak yang boleh diceritakan kerana gambar ini sendiri menceritakan seribu keadaan.
Hasilnya, ini yang ditemui. Saya mungkin bukan doktor perubatan yang boleh mengubati penyakit seorang warga tua yang terlantar sakit, tetapi mungkin saya ’seorang doktor’ yang mampu meringankan beban derita pesakit ini. Dan selepas dari itu tindakan susulan dari agensi yang terlibat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menyusul…
Gerak kerja diteruskan lagi dengan melawat Kampung Nibong, Panji Alam. Bagi saya, membantu pada yang memerlukan bukan kerja bermusim bagi menteri atau hanya ketika kempen pilihan raya sebaliknya sudah menjadi dasar kementerian untuk membantu setiap rakyat miskin untuk keluar dari kepompong kemiskinan dengan syarat mereka sendiri bersedia untuk berubah.
Masih ada keadaan bekalan air sebegini. Hari ini saya melihat sendiri keadaan yang masih wujud. Sudah tentu selepas ini saya mahu agensi di bawah kementerian bertindak bagi mengatasi keadaan yang ada. Rakyat berhak untuk menikmati tempias kemakmuran negara…
Kesan dari lawatan ini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju menaikan peruntukan membina rumah Rakyat Termiskin (PPRT) dari RM 18,000 sebuah kepada RM 28,000 berkuat kuasa serta merta.
Tida banyak yang boleh dicatit kerana gambar ini sendiri menceritakan sejuta makna.
Menjelang tengahari hari kedua lawatan ke Terengganu, saya hadir bagi merasmikan penutupan Program Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UDM, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Anak kecil dihargai kerana merekalah bakal pewaris negara.
Bagitu juga bagi seri kandi ini…
Tanpa berehat kerana tugas yang menanti, pada sebelah malam saya menghadiri majlis penerangan isu semasa bersama kepimpinan setempat di Alor Limbat.
Kehadiran penduduk setempat sebagai tanda mereka masih dahagakan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang terus diberi mandat dalam pilihan raya umum lalu.
Dan…sudah pasti Kampong Alor Limbat meninggalkan seribu kenangan untuk saya kerana saya hadir untuk melihat dan mengetahui apa yang sebenarnya masih diperlukan oleh penduduk disini dan sudah pasti pulangnya nanti bersama dengan tindakan.
Jumpa lagi Kampong Alor Limbat dan jumpa lagi Terengganu…

























