Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Archive for the 'CATITAN SAYA' Category

Melihat Permatang Pauh dari dekat…

Thursday, August 21st, 2008

Salam bahagia untuk semua. Mungkin sehingga 26 Ogos ini saya akan banyak mencatit dalam laman ini tentang perkembangan pilihan raya kecil Permatang Pauh. Malah sejak sebelum penamaan calon lagi saya sudah berulang alik antara Kuala Lumpur dan Permatang Pauh. Namun, dengan tinggal lima hari lagi sebelum hari pembuangan undi, saya sudah mula berkampong di Permatang [...]

Dari Pinangah ke Sebatik dan Pulau Banggi…

Tuesday, June 24th, 2008

Ke esokan harinya saya dan rombongan memulakan perjalanan ke Pulau Sebatik yang terletak di perairan Tawau dalam Parlimen Tawau. Perjalanan menggunakan bot bukan setakat satu pengalaman baru tetapi satu lagi pengalaman yang menyentap perasaan. Merasai keperitan dan kesukaran untuk sampai ke satu satu tempat di Sabah.

Di Pulau Sebatik saya dan rombongan ditemani oleh ADUN Sebatik [...]

Kampung Pinangah - Antara Kemanusian dan Kemiskinan…

Tuesday, June 24th, 2008

Salam bahagia pembaca sekelian dan Salam hormat orang-orang Sabah. Janji saya untuk ke Sabah dan melihat sendiri kalian di sana saya tunai sudah.

Sesampai di Kota Kinabalu saya terlebih dahulu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bagi mendapat gambaran jelas serta mendengar keperluan dan keadaan sebenar di Sabah terutama yang menyentuh [...]

Saya jemput untuk kita bertemu

Tuesday, June 10th, 2008

Salam semua pembaca yang dihormati
Sejak lebih tiga bulan laman web ini berfungsi, saya menerima berbagai pandangan. Ada yang memberi pandangan membina malah tidak kurang juga yang membenci dan menghina. Saya anggap itu semua sebagai lumrah bila kita berhadapan dengan dunia tanpa sempadan dan perenggan ini.
 
Bagi membuktikan bahawa saya bukan sekadar untuk suka-suka bila memulakan laman [...]