Utamakan agenda Melayu, lupa seketika politik kepartian
Bercakap tentang nasib dan masa depan bangsa Melayu kita sebenarnya melangkaui soal Umno, Pas atau PKR malah DAP. Bahkan bila menyentuh tentang nasib bangsa Melayu, tidak bermakna kita mula menyentuh soal perkauman.Pisahkan erti perkauman bila membicarakan ‘survival’ bangsa. Parti politik seperti Umno, Pas atau yang terbaru PKR boleh disabitkan dengan soal masa depan bangsa Melayu kerana antara tiga kelompok parti ini ianya dianggap mewakili perjuangan bangsa Melayu.
Kalau mahu dikira siapa yang paling layak untuk membincangkan tentang hala tuju dan nasib bangsa Melayu, kita kira hanya Umno dan Pas setakat ini berhak dan layak membicarakan tentang nasib bangsa Melayu kerana dua parti ini secara total mewakili orang Melayu.
PKR atau Parti Keadilan Rakyat masih tidak berhak dan layak untuk memperkatakan tentang nasib bangsa Melayu kerana secara logiknya keahlian dan perjuangannya bukan untuk orang Melayu. Malah mereka sendiri mengakui bahawa PKR sebuah parti pelbagai kaum. Jadi soal orang Melayu serah pada Umno dan Pas untuk membincang dan memperkatakan tentang untong nasib orang-orang Melayu.
Selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) yang menyaksikan Barisan Nasional, parti gabungan tersebar yang diketuai oleh Umno kehilangan lima negeri dan gagal membentuk kerajaan majoriti 2/3, nasib dan masa depan orang Melayu mula dihantui kebimbangan.
Nada kebimbangan bukan sahaja datangnya dari Umno, yang dianggap tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pilihan raya kali ini, sebaliknya kebimbangan juga datang dari Pas. Secara rasional kita perlu bertanya, kenapa Pas perlu merasai kegusaran tentang nasib dan masa depan orang Melayu sedangkan parti tersebut bolehlah dianggap mencapai kemuncak kecemerlangan pada pilihan raya kali ini.
Kenyataan Presidennya Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang mempelawa Umno, PKR malah DAP untuk mula duduk semeja membincang dan membicarakan tentang nasib orang Melayu, harus dilihat dalam sudut positif meskipun kita tidak boleh menolak ‘niat’ politik, jika ada.
Pertama, kalau mahu berbicara soal menang, ternyata Pas boleh berbangga dengan prestasi partinya pada pilihan raya kali ini. Kalau orang menang, untuk apa perlu berbincang dengan orang yang kurang menang, walaupun tidak kalah.
Di sini nampak ada sedikit keikhlasan Pas. Walaupun menang tetapi demi masa depan bangsa sanggup untuk memulakan langkah untuk berbincang dengan Umno. Sepatutnya orang kalah yang akan memulakan langkah sebegini. Pas sanggup memulakan langkah ini ketika menang.
Namun, masih ada kemungkinan Pas merasakan walaupun menang dengan 23 kerusi parlimen, tetapi kemenangan tersebut masih kurang bermakna kerana terpaksa menumpang menang dengan pertolongan rakan lain seperti PKR dan DAP.
Apapun, kita anggap kesediaan Hadi Awang sebagai kesediaan demi masa depan orang Melayu dan bukanya demi masa depan Pas sahaja.
Ada kemungkinan, Hadi Awang sudah mula menyedari bahawa antara Umno dan Pas sudah tidak ada garis pemisah lagi. Kalau dahulu Pas memperjuangkan Negara Islam dan sekian lama sanggup berjuang sendirian dan hasilnya hanya mampu bertahan di Kelantan.
Tetapi pilihan raya kali ini setelah mencuba beberapa kali idea pakatan bersama rakan yang lain, akhirnya untuk kali ini Pas meraih kemenangan besar. Kejayaan mengekal kuasa di Kelantan serta merebah Barisan Nasional di Kedah serta menambah kerusi Parlimen sehingga 23 kerusi, menjadikan Pas mula berfikir, untuk menang tidak boleh bersendirian. Meskipun terpaksa bersama dengan DAP dan PKR.
Kalau ini sebenarnya yang sedang berlaku, apa bezanya Pas dengan Umno? Dan untuk apa Pas berada bersama Pakatan Rakyat kalau antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional juga tidak ada bezanya.
Ada kemungkinan lain, Hadi Awang sudah mula terasa kurang bernilai bersama Pakatan Rakyat yang diketuai oleh seorang wanita dengan dinasihati oleh sang suami. Atau, Pas hanya menurut segala keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang didominasi oleh PKR dan DAP.
Kalau dulu Pas menentang Umno kerana dianggap bekerjasama dengan bukan Islam dibawah pakatan BN. Hari ini, pakatan yang hampir sama dinaungi oleh Pas bersama Pakatan Rakyat. Sedangkan Pas tetap mahu memperjuangkan sebuah Negara Islam dan untung nasib orang Melayu.
Jika sudut ini dilihat, kita merasakan kenyataan Presiden Pas untuk memulakan perbincangan dengan Umno tentang nasib masa depan orang Melayu adalah permulaan yang baik. Pas bersedia mengenepikan sedikit perbezaan idelogi perjuangan demi masa depan orang Melayu.
Manakala disebelah Umno, Ketua Penerangannya Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib sudah menyambutnya. Meskipun kenyataan Tan Sri agak bersifat peribadi, namun huluran tangan Pas sudah bersambut. Ini bermakna bahawa tidak mustahil Umno dan Pas duduk semeja bagi membincangkan tentang masa depan Melayu walaupun terlalu awal untuk ‘mengusik’ samada mustahil atau tidak Pas dan Umno berada dalam satu gabungan.
Bagi Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bersetuju dengan cadangan Hadi Awang semata-mata melihat dan menyedari perlunya bangsa Melayu terus menjadi bangsa berdaulat dan bermaruah di bumi ini. Jika mahu di nilai dari segi politik Umno masih mampu mengetuai Barisan Nasional untuk terus memimpin Negara ini walaupun tanpa Pas. Tetapi kita yakin bahawa kesudian Muhammad Taib dalam perkara ini lebih bersandar kepada soal masa depan bangsa Melayu.
Eloklah selepas ini sekiranya ada tindakan susulan dalam memuktamadkan perkara ini kerana tidak ada jaminan bahawa Melayu akan terus mendominasi Negara ini sekiranya kelompok ini terus berpecah hanya semata-mata kerana fahaman sempit politik kepartian masing-masing.

April 19th, 2008 at 10:36 am
Tan Sri,
Mengapa sekarang perlu membicarakan tentang melayu. Dimana keikhlasan? Adakah bila ramai melayu menolak UMNO bermakna melayu akan terpinggir? Saya merasakan UMNO yang akan terus terpinggir jika terus angkuh dan sombong serta memutarbelitkan isu dan menafikan hak rakyat spt yg Tan Sri lakukan pada ketua2 kampong di negeri yg ditadbir Pakatan Rakyat.
Lagipun, PAS bukan parti melayu, ia memperjuangkan Islam….PKR pula adalah parti multietnik………
Slogan muhasabah diri, cermin diri dan sebagainya di kalangan pemimpin UMNO selepas era PRU masih tidak meyakinkan saya, Rata2 nampaknya masih kekal dengan sikap dulu.
April 19th, 2008 at 4:04 pm
kukuhkan perpaduan melayu….takkira ideologi politik…
April 19th, 2008 at 6:40 pm
Terima kasih Saudara Bat. Saya anggap teguran saudara sebagai pandangan, walaupun nadanya agak sinis. Namun, hikmah disebalik setiap kejadian kita perlu fikir bersama. Saya harap saudara akan terus singgah di web ini untuk berkongsi pandangan dan mungkin boleh kita jadikan renungan. Terima kasih saudara
April 19th, 2008 at 7:10 pm
“yang akan memperjuangkan kaum melayu di Malaysia ialah bangsa malaysia”apa komen
April 19th, 2008 at 7:27 pm
Umor saya 63 tahun. Sudah lama sokong BN. Tapi semenjak 2 kali pilihanraya yang lalu saya berubah haluan.Wakil Rakyat dan ADUN BN sombong apabila mendapat jawatan.Pamir muka apabila dekat pilihanraya. Hampir semua kerja yang ditawarkan olih MPAJ dan MPSelayang (Angkat sampah , kerja civil dan elektrik,cuci bangunan dll ) disapu olih ADUN atau pxoxy mereka.. Macam mana orang lain nak cari makan.Hendak minta kerja di MPAJ dan MPS mesti ada sokonganADUN.
Beri kerja kepaya yang layak bukat kepada kroni.
Cuba lihat rumah ADUN… dulu rumah teres salepas 2 tahun buat bungalow… Berapa sangat gaji ADUN? Duit yang buat rumah bungalow bukan turun dari langit……tapi bolih dipersoalkan
BN perlu buat perubahan besar dalam masa terdekat kalau tidak saya akan terus mengundi PR.
Kalau PR hendak terus menarajui SElangor mereka perlu kerja lebih kuat.
dan lebih telus dari BN
Kuasa ada ditangan rakyat.
MAKKAL SAKTI
April 19th, 2008 at 10:37 pm
pelliklah ngan org UMNO nie…..
korang bukan lagi wakil rakyat
tapi wakil pada kaum2 korang senidiri (kroni)
Pelik….nama wakil rakyat…tapi nak masuk umah pun nak jumpa pun kne tempoh macam2 prosedur….aku nak jumpa Nik Aziz pergi jer umah dia….sederhana…simple…..
April 20th, 2008 at 1:20 am
Saya memang sokong diadakan satu permuafakatan untuk membincangkan masalah perpaduan melayu tanpa mengira politik kepartian. Ia demi kepentingan bangsa melayu dan ketuanan melayu di bumi Malaysia yang kita sayangi.
Rosaknya perpaduan melayu dan hilangnya kepercayaan melayu kepada Barisan Nasional dan UMNO khasnya adalah atas sikap pemimpin mereka sendiri ini adalah kerana kebanyakkan Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sekarang ni setelah memenangi kerusi dalam pilihanraya dilihat bukan merupakan seorang pemimpin kepada rakyat kawasan mereka, mereka apabila menang dalam pilihanraya telah bertukar menjadi sebagai seorang PEMBESAR di kawasan itu atau skrag dipanggil orang VVIP.
Berbanding pemimpin UMNO dahulu mereka mewakili rakyat dan mereka bekerja untuk rakyat. Pemimpin sekarang amat susah untuk dihubungi oleh rakyat terutama rakyat yang dari kampung yang daif.
Pada pandangan saya kebanyakkan pemimpin sekarang mereka memasuki politik dalam Parti UMNO dan BN tidak mempunyai satu niat untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi kebanyakkan mereka mempunyai untuk mudah mengembangkan Bisnes mereka, keluarga dan kroni mereka, saya sokong apa yang dinyatakan oleh saudara Rashid itu mereka menjadi sombong, bongkak dan takbur baru satu atau dua penggal menjadi adun atau ahli parlimen hidup mereka berubah menjadi Kaya Raya dan berbelanja mewah. Jika dibandingkan berapa sangat gaji seorang ADUN hingga mampu semewah itu.
Rakyat sekarang dapat menilai Adakah mereka ini ingin menjadi Pemimpin atau PEMBESAR
Tapi pengalaman saya semasa Tan Sri menjadi Adun Batang Kali memang saya puji Tan sir masa itu memang sering turun padang melihat kawasan di bawah adun tan sri itu memang saya akui dan masa itu kawasan kampung saya memang segala keperluan asas disediakan dengan cukupnya
April 20th, 2008 at 9:37 am
Kenyataan diatas adalah benar2 belaka. Kepimpinan UMNO sekarang mengutamakan bisnes sendiri dan keluarga. Bermegah dan mewah dalam kehidupan.. Contoh Allahyarham Datok Zek. Baliklah kepangkal jalan.
April 20th, 2008 at 10:36 am
A’kum Tan Sri,
PAS juga pernah menyertai pakatan BN dalam Kerajaan Campuran selepas Pilihanraya 1974, walaubagaimana pun disebabkan sikap UMNO yang tidak iklas, pemimpin PAS bertindak keluar dari pakatan itu. Walaupun menerima kekalahan teruk pada pilihanraya 1978 kerana keluar dari BN, namum PAS tetap konsisiten dalam menentang kezaliman UMNO hinggalah berjaya menubuhkan lima Kerajaan Negeri bersama komponen Pakatan Rakyat selepas pilihanraya baru baru ini.
Kesabaran dan juga keihklasan peminpin PAS sering teruji. Pengalaman lampau telah cukop untuk memberikan pengajaran kepada generasi muda PAS bahawa parti ini (PAS) tidak memerlukan UMNO untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dalam membentuk kerajaan. Dan untuk kepentingan rakyat dan Islam PAS akan terus dengan pendiriannya untuk tidak berkerjasama dengan UMNO selagi mana mereka (Pemimpin UMNO) tidak meninggalkan budaya rasuah, judi, arak, zina dan pembaziran (wang rakyat) dalam politik mereka.
PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, tetapi mereka juga (mana mana parti politik) perlulah belajar menghormati pemimpin PAS dan juga RAKYAT MALAYSIA keseluruhannya.
(3 perenggan terakhir tulisan Herman Samsudeen ditokok tambah) untuk renungan.
Terima Kasih
April 20th, 2008 at 11:56 am
Pemuda enggang,
Itu yang sepatutnya tapi orang melayu ne lebih pentingkan idelogi politik dari masa depan bangsa sendiri. terima kasih kerana sudi singgah di sini. datang lagi ye…
April 20th, 2008 at 12:00 pm
Saudara Anuar
Umno juga pernah mengalami perjalanan politik sebegitu. Ini bukan kali pertama Umno kekurangan sokongan tetapi akhirnya kembali meraih sokongan rakyat setelah beberapa pembetulan dan perubahan yang dibuat. Web ini tidak bercadang untuk membahas soal mana betul antara parti politik. tetapi kalau tuan berkata bahawa pas tidak akan sama sekali bersama umno untuk meraih sokongan kenapa pula sanggup bersama PKR malah DAP untuk menang. Namun, hakikatnya itulah politik…Salam
April 20th, 2008 at 12:04 pm
Saudara HMAS,
Terima kasih saudara kerana masih rasional dalam membuat penilaian. Apa yang saudara katakan tu memang ujud pada sesetengah pemimpin, tapi tidak semua begitu. apapun mari kita cari sesuatu yang lebih bermakna untuk kita sumbangkan kepada bangsa dan jenerasi kita ini. orang Batang Kali ke ne? Salam
April 20th, 2008 at 12:06 pm
Saudara Jamal,
Tak elok mengungkit orang yang telah tiada, lebih molek kalau kita mendoakan dia disana. Apapun tidak semua sebagaimana saudara maksudkan. apapun kita sama-sama bertanggongjawab untuk negara dan bangsa ini. Salam
April 20th, 2008 at 12:09 pm
Tokki20,
Saudara, soal melayu melangkaui idelogi politik, tapi siapa yang hendak diharapkan kalau bukan orang politik juga yang sanggup tampil memperjuangkan soal melayu. Ini bukan bermakna ngo tidak ada kemampuan, soalnya kenapa kita takut untuk memulakan sesuatu yang boleh menjamin kesinambungan bangsa kita. Ayuh, kenapa tidak saudara yang mulakan…salam
April 20th, 2008 at 8:32 pm
“….Bercakap tentang nasib dan masa depan bangsa Melayu kita sebenarnya melangkaui soal Umno, Pas atau PKR malah DAP….”
Assalamualaikum Tan Sri,
Apakah kenyataan di atas Tan Sri buktikan dengan memecahbelahkan orang melayu di kampung-kampung dengan saranan Tan Sri melalui kementerian Tan Sri agar semua ketua-ketua kampung di bawah kerajaan Pakatan Rakyat meletak jawatan seterusnya meletakkan mereka di bawah JPP? Di manakah rasionalnya tindakan ini jika Tan Sri memikirkan bangsa Melayu? Apakah Tan Sri mahukan orang-orang melayu di kampung-kampung berpecah lagi dengan berketuakan ketua kampung dari dua aliran parti UMNO dan PR sedangkan mereka berada di suatu kampung yang sama? Bukankah nanti kerajaan PR terpaksa juga melantik ketua kampung yang mengikut aliran parti mereka hanya semata-mata ingin memudahkan pentadbiran mereka?
Sepatutnya Tan Sri kemukakan cadangan yang melangkaui dari pemikiran politik kepartian sebagaimana kenyataan Tan Sri di atas. Dan tidakkah itu tidak sama dengan kenyataan yang Tan Sri buat?
Tan Sri, sebenarnya retorik seperti inilah yang rakyat di kalangan melayu baru atau pemuda melayu benci justeru itu kesannya akan terpalit kepada perjuangan melayu versi UMNO. Sepatutnya Tan Sri sebagai pemimpin yang berpengalaman memberi cadangan yang bernas bagaimana bangsa Melayu-Islam ini dipertingkatkan maruah dan mindanya. Apakah salah menyalurkan bantuan kepada ketua-ketua kampung yang sedia ada tanpa mendesak mereka letak jawatan? Atau kalau mereka ingin meletak jawatan, Tan Sri berperanan untuk menghalangnya? Tak perlu ketua-ketua kampung dipolitikkan sekalipun hak berpolitik bagi mereka jelas sebagai hak seorang warganegara. Minda yang sepatutnya diubah ialah melangkaui dari politik kepartian dengan mengiktiraf mana-mana parti yang memenangi pilihanraya untuk menjalankan pemerintahannya tanpa rasa dendam kesumat sehinggakan bangsa melayu-Islam digadaikan dan dipecah belahkan.
Itu sebahagian bukti yang saya dapat lihat bagaimana apa yang pemimpin melayu UMNO katakan tidak seperti yang dilakukan. Dan saya yakin bukan saya seorang bahkan seluruh rakyat yang terdedah kepada maklumat akan menyanggah pendekatan pemimpin UMNO dan BN yang tidak melakukan apa yang dikatakan.
Wallahua’alam. Maaf Tan Sri!
April 21st, 2008 at 6:15 am
Tan Sri, salah satu punca kebencian generasi muda terutamanya warga kampus kepada UMNO ialah kerana ramainya mereka yang diangkat oleh pemimpin politik di kampus lebih UMNO dari UMNO sampai orang benci dgn UMNO-BN.
Jangan ingat kemenangan Aspirasi atau BN di kampus adalah kemenangan tulen. Kenapa saat sesuatu yang merosakkan bangsa asalkan menang untuk BN tak ada suara2 menentang dari BN?
Sebab itu, tak payahlah terlalu bising soal perpaduan Melayu. Sebagai bekas pimpinan pelajar yang naik zaman Pak Lah dan berhajat memberi gambaran lebih baik kepada politik Malaysia melalui kesederhanaan Pak Lah pada awalnya, saya sangat malu untuk mengaitkan diri dengan budaya UMNO-BN. Tapi jujurnya sebagai muslim, saya sentiasa mendoakan Allah s.w.t. memberi petunjuk untuk kita semua.
Akar nibung meresap,
Akar mati dalam perahu,
Terbakar kampung nampak berasap,
Terbakar hati siapa tahu?
April 21st, 2008 at 7:38 am
Tan Sri
Ketahuilah bahawa umno kalah teruk bukan kerana blog blog yang bercambah. Ia juga kalah bukan kerana keris dihunus dan bukan sama-sekali umno tewas kerana ia tidak mendapat sokongan dari bukan Melayu.
Umno tewas kerana pemimpinnya takbur, biadap, korup dan lupa diri hatta batang penyapu pun dijadikan bahan menghina. Cari lah penyelesaiannya, berbincang lah setiap hari dan renungilah akan kekalahan tetapi tidak akan ada penyelesaiannya jika pemimpin umno masih ditakuk lama terutama yang kat Johor dan Melaka yang masih berlagak jaguh. Mereka yang kalah telah pun kembali kepangkal jalan.
Yang berpecah dan retak seribu adalah umno dan bukan Melayu. Siapakah yang menghancurkan kuasa raja melayu. Hantu mana pula yang hapuskan tulisan jawi dan jembalang mana yang menghapukan bahasa melayu.
Mengapakah orang kelantan dianjing kurapkan olih umno selama 18 tahun semata-mata kerana mempunyai pendapat yang berbeza hatta mereka diseksa walau sebangsa. Ini tidak pernah dan sengaja tidak difahami olih pemimpim umno yang angkuh, biadap dan perosak.
Tiba tiba muncul NGO Melayu dan cendiakawan melayu (bukan kapal selam) yang prihatin. Mereka ini ujud setiap 5 tahun yang berfungsi sebagai pengampu yang tidak menguntungkan orang melayu.
Alhamdulillah orang melayu sekarang telah jadi raja dan wakil rakyat pula menjadi hamba melainkan umno yang masih ditakuk lama. Minda Melayu sudah jauh kedepan jika dibanding dengan minda umno.Tunggu lah hari akhir mu. Talqin buat umno. Tak kan hilang melayu didunia tapi yang hilang adalah umno.
Jika umno mati, orang melayu juga lah yang untung.
April 21st, 2008 at 12:13 pm
Assalamualaikum Tan Sri.
Terlebih dahulu, sekalung tahniah kepada Tan Sri di atas lantikan sebagai Menteri KKLW dan keberanian serta sikap terbuka Tan Sri dalam perkongsian maklumat dan isu melalui Blog ini.
Di sini saya selaku di antara pemuda bangsa Melayu amat mengalu-alukan penglibatan pemimpin tertinggi Kerajaan seperti Tan Sri duduk semeja berbincang dan berkongsi idea bersama secara maya.
Selamat maju jaya.
April 21st, 2008 at 3:24 pm
tahniah buat tan sri kerana mewujudkan satu laman blog yang semakin relevan selaku wadah penyampaian maklumat.
tan sri, saya kira “perpaduan melayu”, “ketuanan melayu”… itu cuma satu bentuk frasa yang tercipta atas dasar POLITIK. lihat saja latar belakang dari mana lahirnya frasa2 tersebut…semua sedia maklum. mengapa baru kini UMNO mula gusarkan “perpaduan melayu”…”ketuanan melayu”?
ukur baju di badan sendiri…saya takkan terlupa tiap2 perlakuan pemimpin UMNO…(sebelum pilihan raya ke 12)…
dlm setandan pisang tak semuanya busuk, tapi perlakua2 jelik itu umpama nila yang merosakkan susu sebelanga…
tak perlu ungkit akan soal2 berbaur perkauman…ungkit dulu apa yang telah UMNO lakukan (dgn JUJUR!)
April 21st, 2008 at 3:30 pm
Tan sri,
Orang melayu sekarang sudah nampak mana pemimpin yang nak bela orang melayu,kerana selama ini negeri yang banyak orang melayu adalah negeri yang sederhana atau kurang pembagunan…contoh seperti kelantan,perak,kedah,perlis,terengganu berbeza dengan johor dan pulau pinang cuba umno(orang melayu) fikir dan renungkan…kenapa sudah 50 thn masih mudur negeri majoriti orang melayu…walaupun pendapat ini tak disiarkan orang akan sedar juga…fikir2 kan
Ikan kekek
April 21st, 2008 at 3:52 pm
namun cuba kita ketepikan fahaman dan ideologi kita utk kepentingan bersama.saya sokong cadangan tan sri untuk kita sama2 berbincang soal melayu tapi takkan hanya soal ketuanan melayu sahaja sedangkan ada soal yang lebih besar lagi contohnya islam,masalah sosial,jenayah dan sebagainya.mungkin tan sri seorang saja yang ikhlas untuk membincangkan masalah melayu dengan pas tidak bagi kepimpinan umno yang lain.
fikir2 kan lah…..
wassalam
April 21st, 2008 at 4:01 pm
Tan Sri,
Saya mengenali Tan Sri sebelum menjadi YB, MB dan seterusnya Menteri. Saya dibesarkan di Gedangsa tempat dimana Tan Sri pernah bertugas sebagai guru. Ibu saya Ketua Cawangan UMNO. Tentu Tan Sri mengenalinya. Budi bahasa Tan Sri masih lagi dalam ingatan saya. Saya tidak akan melupakan jasa Tan Sri membantu isteri saya bertukar sekolah ketika beliau amat memerlukannya dari Kelang ke Kuala Lumpur. Sewaktu permulaan tugas Tan Sri sebagai MB, Tan Sri telah menjadi kebanggaan kami penduduk setempat di Hulu Selangor. Sebenarnya keikhlasan Tan Sri bertugas untuk rakyat memang tidak dapat dinafikan sehingga kini. Sebab itu PM tidak teragak agak memilih Tan Sri sebagai Menteri dalam kabinet beliau.
Tapi peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim telah mengubah segala galanya. Rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa melayu begitu sedih dengan peristiwa pemecatan DSAI. Ketika itu tiada siapa yang ingin membela DSAI dan beliau telah tidak mendapat keadilan sewajarnya. Kalau ketika ini ramai pemimpin mengutamakan agenda melayu, yakni meletakkan kebenaran dan keadilan sebagai paksinya dan tidak meletakkan keuntungan peribadi semata mata, peristiwa pemecatan DSAI tidak akan berlaku. Dan saya amat berharap Tan Sri adalah salah seorang yang dapat membela DSAI demi sesuatu kebenaran. Lebih lebih lagi Tan Sri adalah dari Team Wawasan. Saya sungguh kecewa apa yang saya harapkan berlaku sebaliknya. Tapi segalanya telah berlaku dan Allah mengtahui apa yang dikehendakinya.
Untuk ini kita masih belum terlambat bagi membetulkan keadaan ini. DSAI telah pun mendapat tempat yang sewajarnya. Tan Sri masih boleh berperanan bersama sama DSAI serta PR untuk berkerjasama demi kepentingan melayu juga kepentingan kaum lain agar agihan hasil maksul negara kita dapat dinikmati bersama baik untuk melayu dan bangsa lain juga. Insyallah. Tan Sri boleh melakukankannya.
April 21st, 2008 at 4:02 pm
Asm Tan Sri,
Minta Tan Sri nasihatkan semua ahli UMNO supaya mula kerja membaiki parti. Tak payahlah minta asyik meminta pemimpin meletak jawatan sahaja. Hari ini Tan Sri Muhiddin dengan Dato Nazri berbalah perkataan “tak cerdik”, besok entah apa lagi.
Semua pemimpin sekarang ni sepatutnya duduk bersama2 memikirkan bagaimana hendak memperbaiki lagi kehidupan rakyat - harga barang sudah naik, kami yang bekerja kerajaan ini terasa perit nya.
Tolong lah nasihat semua pemimpin kalau nak buat statement yang “keras” biarlah dibuat dalam mesyuarat tertutop.
Selepas itu habis lah… janganlah nak sambung kat paper pula.
Rakyat bosan melihat ini semua.
Selamat maju jaya Tan Sri.
Sekian Terima Kasih
April 21st, 2008 at 4:06 pm
keikhlasan kunci perpaduan. untuk permulaan, perjuangkan BAHASA MELAYU ..daulatkan kembali bahasa melayu sebagai medium utama komunikasi dalam negara. Tidak perlu ada agenda dan gagasan besar-besar , baru nak mulakan agenda penyatuan… PAStikan agenda memperjuangkan BAHSA MELAYU ini berjaya terlebih dahulu untuk melihat sejauh mana komitmen dan kesungguhan untuk perpaduan. Kalau isu asas ini boleh dijayakan, bolehlah dirancang komitmen seterusnya untuk kebajikan dan pembangunan rakyat luar bandar. PAStikan tiada lagi isu pro-pas, pro-pkr tak dapat baja, tak dapat biasiswa. sekali lagi, keikhlasan kunci perpaduan.
April 21st, 2008 at 4:09 pm
tan sri, tahniah atas penubuhan blog ini. mudahan² diberkati Allah. JKKK Pulai dipilih menjadi tuan rumah Program Konvensyen Mari Belajar (2 Jam 3 Jam) yang dianjurkan kementerian tan sri. Pulai menjadi tuan rumah program berkenaan bagi peringkat negeri Melaka. Pihak JKKK sudah menghantar surat undangan untuk menjemput tan sri merasmikan program itu pada 5 Julai 2008, jam 10 pagi di Dewan SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka.
JKKK Pulai masih menunggu keputusan tan sri sama ada sudi datang merasmikan program yang dianjurkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu atau sebaliknya, kerana JKKK Pulai akan mula mengundang penceramah motivasi dan penceramah agama berdasarkan tarikh persetujuan hadir untuk merasmikannya oleh tan sri.
Diharap, tan sri dapat memberi jawapan segera supaya semua persiapan berjalan lancar dan sempurna.
Salam hormat,
April 21st, 2008 at 4:10 pm
ASSALAMUALAIKUM TAN SRI….
Saya sebagai ahli Umno yang memberikan undi protes kerana kebiadapan kepimpinan sekarang terhadap negarawan ulung TUN MAHATHIR….Adalah tidak wajar TUN dihina sedemikian rupa…Dibuat TUN seperti seteru..Apa salah TUN..hanya kerana ingin bertanya dan menegur kesilapan..TUN hilang kebebasan bersuara..disekat dan dilakukan seperti penjenayah.inikah UMNO..bila berkuasa dipuji…di dalam UMNO sendiri banyak pengampu.jadi apa perlunya penyatuan melayu yang dicanangkan jika UMNO sendiri belum bersatu.biarlah kami dengan pembangkang jika kerajaan sekarang tidak boleh ditegur atau diusik..itu lebih bahaya.apapun tan sri….sekiranya kita sayangkan UMNO….ubahlah pucuk pimpinan sekarang sebelum UMNO berkubur.
April 21st, 2008 at 4:22 pm
Tajuknya sedap di baca tetapi adakah dato’ memperakukannya. Lihat saja di Perak, kenapakah dato’ menyuruh ketua kampung meletak jawatan dan melantik mereka semula melalui kerajaan pusat. Kebanyakannya adalah orang-orang melayu dan tidakkah ini akan menyebabkan melayu porak peranda.
Sepatutnya sebelum dato’ menulis artikel ini dato’ kena kaji dahulu segala apa yang telah dibuat oleh kerajaan terhadap orang melayu. Adakah selama ini kerajaan membantu melayu umno atau melayu malaysia?
Lafaz dan niat adalah 2 perbuatan yang berbeza. Semua orang boleh dengar apa yang dato’ lafazkan tetapi hanya tuhan saya yang tahu apa yang dato’ niatkan.
April 21st, 2008 at 4:27 pm
tan sri…teruskan perjuangan dengan keikhlasan yang ada bukan untuk kepentingan diri. saya tetap dibelakang tan sri walau pun saya miskin dari segala segi perjuangan untuk menyatupadukan org melayu perlu diteruskan. saya anak merdeka…saya perlu perjuangkan kemerdekaan yang arwah datuk nenek dan ayah saya perjuangkan…hidup umno…
April 21st, 2008 at 4:28 pm
DATO SERI ANWAR..ANAK DIA BINI DIA..NIK AZIZ..ANAK DIA..HJ HADI ANAK DIA PUN BERTANDING GAK DALAM PRU 12..TAK CUKUP LAGI..AKU TAMBAHKAN..LIM KIT SIANG ANAK DIA LIM GUAN ENG..KARPAL SING ANK DIA PUN ADA..SAMA JER..CUMA BEZA NYA..KORANG KENA BELAJAR SYARIAH ISLAM LAH..KAFFIR ZIMMI DENGAN KAFFIR HARBI..KORANG TOLONG BAGI TAHU AKU LAAA..MANA PENGERUSI BN NEGERI SELAIN PENANG BUKAN MELAYU? KORANG BAGI TAHU AKU LAA..MANA MENTERI KANAN YANG BUKAN MELAYU? KORANG BERTAHU MANA JAWATAN KANAN KERAJAAN JUSA A BANGSA LAIN SELAIN MELAYU..KORANG BG TAHU AKU LAA MANA PEGAWAI DAERAH BANGSA LAIN SELAIN MELAYU? AKU AKUI ADA PEMIMPIN MELAYU NIE..BILA MELAYU COMFIRMLAH UMNO..YANG TERSALAH MEMACU PERJUANGAN..ITU ADA..NEGERI AKU PUN ADA..TAPIBUKAN SEMUA..YDH TOH SYAHBANDAR ULU PERAK(Y.B TARMIZI)..HEBAT DIA.SEMUA ORANG KAGUM DENGAN DIA..NAMUN ADA JGK YANG BERCKP PSL ISLAM TAPI PENGETAHUAN DAN PERBUATAN TIDAK BERBUDAYA ISLAM..KORANG BILA CERITA PASAL ANWAR..AKU JADI MELUAT TAU..KORANG SANJUNG DIA..PUJI DIA..MAK AKU PUN PUJI DIA DULU LAH.TAPI MAK AKU DAH MAKI DIA SEBAB DIA BUKAN PEMIMPIN..KORANG KENA BACA KISAH KAMAL ATTARTUK,KISAH MUAWIYAH..KORANG BANDINGKAN DENGAN KISAH KHALID AL WALID BARU DAPAT KESIMPULAN TENTANG ANWAR…………KORANG JUGA KENA PKR/PAS/DAP KUAT KERANA ADA 3 PEMIMPIN DIATAS TU JER..TAPI TAK KUAT MANA PUN KALAU MENANG 72,14,98 UNDI MAJORITI..ESOK TUNGGU AZMINALI PEGANG ESOK NANTI JADI MACAM MANA..WOOO…
April 21st, 2008 at 4:38 pm
Tan Sri,
Saya xnk bg komen yg lebih2 sebab saya baru kenal erti politik sebenar di Malaysia.Saya ambil contoh kat Hulu Selangor (Kg.Sg.Buaya).Saya baru je berkahwin dgn salah seorang anak peneroka kat kg tersebut.Nak dijadikan cerita,gambar Tan Sri dan mak mertua semasa aktif dlm umno dulu msh tersimpan tp saya x tau gambar tu tahun bila.Mereka puji Tan Sri sebab membela nasib melayu di sana.Tapi yang saya hairan,kenapa duit tanah peneroka masih tidak dapat…tiap2 tahun ada mesyuarat utk selesaikan tp hampeh!!!..sampaikan setengah peneroka dah meninggal.Setahu saya,masa dlm parlimen Palanivel (umno) pegang,semua orang ckp x guna punya keling mkn duit org melayu.Itu umno yg berkuasa tp kalau diikutkan sekarang,Parlimen (PKR) dan ADUN (umno).Masih ada harapan utk peneroka merasai duit tersebut????Itu yang menjadi tanda tanya saya apabila menjadi salah seorang penduduk di sana.Lagipun,TV3 dah beberapa kali siarkan kesensaraan penduduk di kg tersebut tp apa yg dpt..????Tak cukup dgn TV,surat khabar pun keluar jugak…tak berkesan langsung!!!!Saya haraplah ada harapan yg cerah untuk para peneroka di Kg.Sg.Buaya….Terima Kasih.
April 21st, 2008 at 5:52 pm
Y.B. Tan Sri,
Sesungguhnya UMNO berjasa pada rakyat, sesetengah pemimpin juga berjasa kepada saya dan keluarga terutama masalah persekolahan anak-anak saya dan satu masa masalah pertukaran kerja saya di jabatan saya bertugas. tetapi saya amat kesal dengan pemimpin yang sombong dan bongkak mempamirkan kekayaan dan tidak pedulikan kawasan yang diwakili.
mempunyai rakit sendiri, tolak menolak sesama sendiri, ada yang menjadi rakus nila dah berkuasa.
Tan Sri mungkin tahu di pilihan raya yang lalu ada pemimpin di peringkat bahagian dan dun yang gelapkan duit peruntukan pilihanraya. pernah beberapa kali saya keluarkan duit dari poket saya untuk upah budak-budak membuat kerja-kerja pilihan raya oleh kerana duit peruntukan digelapkan oleh penghulu atau pegawai dun.
walau pun saya hanya pemimpin kecil di peringkat cawangan dan dun, saya kesihan melihat budak-budak buat kerja tapi duit yang diberikan amat sedikit dan tidak berbaloi. secara peribadi saya boleh namakan siapa mereka kalau tan sri ingin tahu tetapi bukan di sini.
sekiranya tan sri nak tahu sila beritahu saya melalui email dan saya akan jawab melalui email
April 22, 2008 at 1:25 am
Tuan,
Terima kasih, nanti saya beri email pada tuan, dah cecah jam 1 lebih ne, rasanya nak tidor dulu. esok mengadap tugas di kementerian pula. itupun tanggungjawab yang perlu saya pikul. Jumpa lagi
April 21st, 2008 at 5:53 pm
salam Tan Sri,…pertama…tahniah kerana menggunakan perantara media ketiga(cyber) ini …satu2 ruang komunikasi yang tidak dititikberatkan oleh parti BN semasa pilihanraya yang lepas..nevermind…belajar dari kesilapan….nice effort…UMNO perlukan perubahan untuk menghadapi suasana politik yg baru…saya rasa perubahan yang drastik perlu dilakukan…pemulihan tidak dapat dilakukan serta merta..lihat pembangkang….mereka berusaha sebegitu lama untuk mencapai ke tahap ini dah hasil nya dapat dilihat setelah sekian lama berusaha..apa yang penting..UMNO telah terjaga dari lamunan dan kembali untuk membetulkan keadaaan..insyallah..all the best
April 21st, 2008 at 6:01 pm
salam …
Terpanggil saya untuk melihat di ruangan ini. Seronok saya melihat apabila komentar yang dihantar telah diterima oleh Tan Sri tidak kira berlainan ideologi politik. Tahniah!!!
Tidak kiralah, BN ataupun PR memerintah selagi ia memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair, itulah yang saya akan sokong. Terdapat pendapat mengatakan kebanyakan orang yang memasuki UMNO adalah untuk BISNES, saya tidak melihat itu sebagai satu punca. Kita lihat pula dari sudut lain, masuk UMNO untuk BISNES, siapa yang kaya? Orang MELAYU. siapa punya rumah besar itu? Orang MELAYU. siapa punya syarikat besar itu? Orang MELAYU. siapa dapat duit banyak? Orang MELAYU. Tidak banggakah kita sebagai orang MELAYU? Sudah pastinya segelintir akan berkata, Siapa yang kaya? Orang UMNO. Tapi itulah hakikatnya, UMNO begitu sinonim dengan bangsa MELAYU sehingga MELAYU itu adalah UMNO dan UMNO itu adalah MELAYU. Walaupun orang Melayu yang kaya itu tidak diketahui status politiknya tetapi orang tetap beranggapan begitu.
Tidak seperti PKR yang begitu sinonim dengan nama SATU ORANG MELAYU bukannya BANGSA MELAYU. PKR juga sanggup bersekongkol dengan satu parti yang lain, yang dahulunya memang terkenal untuk membuang Hak Keistimewaan Melayu.
Saya dapat jangkakan akan ada balasan kiriman yang akan menyuarakan adakah ia adalah dengan dari cara HALAL ataupun TIDAK HALAL?Sentiasalah berfikiran dengan positif wahai saudara-saudaraku. Wallahualam …
April 21st, 2008 at 6:12 pm
salam semua…lagi satu saya nak tegur..kalau kita komen tu biar la bahasa tu berbudi sikit..bukannya apa..kita melambangkan apa yg kita cakap..kalau kita cakap secara kurang sopan..xelok la kan..kita kan sesama melayu..islam….bukan nak kata apa..kita cakap pasal melayu,islam,kebenaran..tp bahasa..aku engkau..xkisah la kita emosinal ke apa ke..umno jahat ke..PKR ..PAS betul ke..tp yang penting xpatut..kalau saya salah tolong bgtau..tolong bgtau yg saya salah kalu kita xhormat and cakap kurang sopan dgn sesiapa xkira la org tu jahat sekali pon…
April 21st, 2008 at 6:21 pm
kenapa skang ni dato baru sibuk nak sibuk dgn hak org melayu?? kenapa bila BN menang Mojoriti dulu xbangkitkan hal ini??? padahal Org melayu hidup dlm keadaan susah daripada kaum lain …. dari isu bahasa.. knapa skang bru bangkitkan isu bahasa melayu mkin luntur??? Dulu .. time kerajaan sibuk dgn Math science dlm B.inggeris xde plak kata bhasa kita makin luntur….
April 21st, 2008 at 6:24 pm
Agenda melayu bukan lagi satu keperluan sekiranya kita mahu maju dalam segenap sudut, mengapa sekarang baru kita mempersoalkan nasib dan ajenda melayu walhal sebelum ini ketika Umno berada dalam keadaan paling selesa nasib orang-orang melayu tidak diambil peduli.Kepentingan dan kedudukan menjadi matlamat utama pemimpim melayu tak kira dari Umno mahupun dari pas. Sekiranya kita mahu melayu terus maju mengapa negeri seperti kelantan di sekat dan dipingirkan dari segenap aspek kemajuan , sedangkan melayu melebihi 85 % berbanding kaum lain?.
April 21st, 2008 at 6:39 pm
Salam Tan Sri,
Untuk makluman Tan Sri, saya bukan warga berbangsa Melayu tetapi Umno dh bertapak di Negeri saya dalam jangkamasa yg agak lama dan perjuangannya telah memberikan impak yg positif terhadap pembangunan, kemajuan, kesejahteraan dan kesenangan rakyat. dan untuk itu saya berterima kasih kepada Umno dan juga komponen BN di Negeri tersebut.
Berkenaan dengan perjuangan kaum Melayu, saya tidak nafikan bahawa perjuangan sedemikian adalah satu perjuangan yg tidak akan tamat. Selagi terdapat kaum lain yg hidup sebumbung dalam rumah “Malaysia” ini, isu sedemikian tidak akan surut dan pastinya kaum lain juga akan melakukan perkara yang sama untuk kepentingan kebajikan mereka. kita tidak akan dapat lari daripada menghadapi situasi ini.
Berkenaan dengan balasan Tan Sri terhadap Saudara Tokki20, saya terasa terkilan sedikit terhadap respon tersebut. Memang benar soal kepentingan melayu melangkaui ideologi politik. Tetapi kenapakah perlu mengarah orang2 melayu yang berada dibawah ini untuk memulakan sesuatu sedangkan wakil rakyat telah dipilih untuk melakukan semua tugas2 ini? Saya tidak bermaksud untuk meletakkan semua tanggunjawab itu di bahu ahli2 politik dan wakil2 rakyat kerana setiap individu ada tanggungjawabnya, tetapi seharusnya golongan ahli wakil rakyat ini perlu peka dengan situasi orang2 melayu. Cara untuk memulakan ini ialah dengan satu langkah sahaja, bersua dengan orang2 melayu ini dan berbincang dengan mereka. Cuba luangkan masa bersama rakyat dalam sehari untuk mendengar masalah dan pendapat mereka terhadap kepentingan dan hak2 melayu. Saya rasa tugas tersebut tidaklah susah dilakukan, kerana ramai YB-YB yang luangkan masa main golf berbanding dengan meluangkan masa bersama rakyat.
Tetapi jangan la setakat disitu sahaja, bawa isu2 tersebut ke peringkat yang lebih tinggi dan bincang. Saya pasti kalau semua wakil2 rakyat melakukan perkara ini, masalah penindasan kaum melayu sudah pasti dapat diselesaikan. Dan saya pasti, Umno atau BN tidak akan digelar sebagai “pemain isu perkauman” dalam dunia politik ini.
Hanya itu sahaja pendapat saya. sila komen.
Terima Kasih.
Tetapi Tan Sri perlu faham, bukan semua warga Melayu yang mampu untuk mempertahankan kepentingan orang melayu disebabkan keadaan sosioekonomi mereka dan juga keupayaan mereka untuk bersuara. Rata2 orang2 melayu yang bersemangat untuk menjaga kepentingan dan hak melayu adalah orang2 yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah. Orang melayu pada masa kini bukan lah seperti orang melayu pada zaman dahulu. Mereka kini semakin bijak. Tetapi bijak sahaja tidak cukup untuk mempertahankan kepentingan orang melayu. Orang melayu perlu sokongan. Di manakah org2 melayu ini hendak dapatkan sokongan? Sudah pastinya terletak di tangan wakil2 rakyat dan ahli2 politik melayu yang telah berada di kedudukan yang tinggi. Tidak perlu untuk mengarah semua orang melayu untuk bangun dan bersorak, membuat laungan “hidup Melayu!”, membuat rapat umum dn sebagainya. itu bukan penyelasaian untuk mendapatkan hak atau kepentingan orang melayu kerana ianya sendiri akan menjejaskan orang melayu kerana golongan ini akan di gelar sebagai “orang yg suka buat rusuhan”, buat perkara yang buang masa dan sebagainya yang bunyi nya memang tidak sedap untuk didengar.
Sebagai wakil rakyat, Tan Sri sepatutnya tahu apa tanggungjawab seorang wakil rakyat iaitu menjaga kepentingan rakyat dan semestinya wakil rakyat Umno sudah pasti menjaga kepentingan rakyat melayu.
April 21st, 2008 at 7:26 pm
‘Utamakan agenda Melayu, lupa seketika politik kepartian’
jelas sekali tajuk di atas. tapi kebanyakan responden tetap mengaitkan parti dan berbicara mengenai parti ini begini dan parti itu begitu. secara tidak langsung dah nampak pemikiran melayu itu sendiri bagaimana. Maaf sekiranya saya agak melampau. tetapi melayu kebanyakannya memang suka menuding jari untuk meyalahkan orang tanpa melihat diri sendiri di dalam cermin. sukar untuk menerima pandangan orang lain. sikap sebegitu yang perlu banyak dikikis. Perlu lebih berpandangan jauh dan terbuka.Perlu pandai menangkis yang mana satu anasir negatif dan mana satu positif. Bantu melayu kerana melayu…bukan bantu Melayu kerana nama atau pangkat yang di janji….
April 21st, 2008 at 7:39 pm
saya tidak menolak peranan umno yang sangat besar dalam memperjuangkan hak-hak orang melayu di malaysia. malahan, ideologi yang didaulatkan sekian lama telah memartabatkan jati diri melayu. namun begitu, saya sedih apabila melihat pucuk pimpinan umno sendiri semakin lama semakin terlalu selesa dengan kepercayaan yang diberi oleh rakyat hingga sanggup mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada segala-galanya, i.e. rasuah dan kronisme. tak perlu berdalih lagi, memang sudah terang lagi bersuluh semua perkara ini sememangnya berlaku. rakyat sudah semakin muak dengan permainan ahli-ahli politik umno yang kebanyakannya mementingkan kedudukan dan pangkat daripada berkhidmat untuk rakyat. ahli-ahli umno semuanya orang melayu yang bergama islam, takkan tak tahu hukum-hakam makan rasuah? rakyat semakin bijak menilai. mereka bukan mengundi mengikut parti perwakilan, tetapi mengikut latar belakang dan nilai-nilai yang ditonjolkan oleh calon-calon wakil rakyat. janganlah ketika kita sibuk membincangkan agenda melayu, kita lupa akan tanggungjawab untuk menjauhi semua larangan Allah yang telah ditetapkan dalam syariatnya. kembalilah ke pangkal jalan… (saya tidak menyokong mana-mana parti, hanya sekadar berkongsi rasa)
April 21st, 2008 at 8:18 pm
Salam Tan Sri,
Semacam ada satu perasaan bimbang bilamana keputusan PRU-12 diumumkan. Jelas sekali hasilnya yang cuba diubah oleh orang Melayu melihat satu persatu hak yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu dikikis tertutamanya di Pulau Pinang. Di mana silapnya? Kita percaya semua pihak telah mempunyai jawapan yang perlu direnung, dikaji dan diambil tindakan oleh pihak pemimpin atasan terutama UMNO. Orang Melayu mungkin tidak kisah kiranya parti PAS memerintah beberapa negeri atau mungkin negara yang tercinta ini. Ini kerana secara asasnya parti ini bertunjangan agama Islam dalam pentadbiran yang majoritinya menjadi anutan bangsa Melayu. Tetapi pentadbiran oleh parti PKR dan DAP tidak mungkin membela nasib Melayu.
Secara peribadi saya katakan kekalahan BN dan UMNO dalam pilihan raya kali ini adalah berpunca daripada sikap para pemimpin UMNO dan orang Melayu itu sendiri. Ditengah kekalutan orang ramai yang merasa bimbang dengan kenaikan kos sara hidup, para pemimpin BN masih lagi mengamalkan gaya hidup mewah. Ini diperhatikan oleh rakyat.
Pemimpin BN terutama UMNO misalnya tidak boleh ditegur oleh orang UMNO sendiri.Sekiranya ditegur pasti akan dipulaukan atau diambiltindakan kerana tidak sependapat dengan pemimpin. Ini silapnya! Ibarat sebuah keluarga, sekiranya si bapa melakukan kesilapan, anak atau isteri boleh menegur dan teguran itu perlu didengar. Jangan sampai orang luar terutamanya pembangkang yang mejadikan kesilapan pemimpin sebagai isu yang akan dicanang ke seluruh pelusuk negara. Tidak perlu untuk kita melihat kelemahan pimpinan UMNO peringkat nasional. Lihat saja diperingkat cawangan dan bahagian di daerah-daerah. Masalah yang sama tetap berlaku. kebanyakan kontraktor menganggotai UMNO sebab mahukan projek. Orang Melayu yang berkarisma pemimpin tidak akan dipilih jika tidak berduit. Pokoknya di sini duit telah mendahului perjuangan Melayu dalam UMNO. Maka wujudlah gelaran UMNO sebagai ‘parti cari
makan’. Walaupun perasaan tidak puas hati itu ada, tapi teguran tidak boleh dibuat kerana mahu ‘cari makan’ dalam UMNO. Ini satu barah sebenarnya yang saya percaya orang-orang UMNO sendiri sedar dan arif akan perkara seperti ini. Selain itu berapa keratkan wakil rakyat UMNO meluangkang masa 10 peratus dari masanya dalam seminggu untuk
memasuki kampung-kampung dan bandar untuk beramah mesra dan mendengar masalah rakyat di kawasannya? Perkara ini tidak berlaku selain sewaktu dekat pilihanraya.Tidak perlu menunggu sehingga majlis-majlis rasmi diadakan untuk berjumpa rakyat. Cukup sekadar menggunakan kereta ‘Kancil’ atau motorsikal menyelunsuri
kampung-kampung, itu sudah memadai untuk menyentuh hati rakyat. Inilah apa yang dikatakan wakil rakyat yang berjiwa rakyat.
Berbalik kepada masalah orang Melayu, kita jangan salahkan dasar pecah dan perintah sebagai alasan untuk terus ketingalan dari bangsa lain. Sejarah membuktikan bangsa Yahudi yang menjadi pelarian dan diancam beribu tahun telah berjaya sebagai satu bangsa yang menguasai ekonomi dan membentuk negara antara yang terkuat di dunia. Melayu juga boleh seperti itu. Betapa banyak peluang ekonomi disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi di bawahnya. Tetapi berapa keratkan orang Melayu mengambil peluang ini? Negara kita juga mempunyai ramai kakitangan awam yang didominasi oleh bangsa Melayu. Sepatutnya ramai orang Melayu yang menjadi jutawan dengan pertolongan dan bimbingan orang
Melayu sendiri. Orang Melayu boleh membentuk rangkaian pembekal dan pengguna terbesar di Malaysia. Tetapi ini tidak berlaku. Orang Melayu lebih suka’mengalibabakan’ projek yang diamanah kepada mereka. Tidak kira kecil atau besar projek tersebut, keuntungan segera yang hendak dicari. Ini silap orang Melayu. Berapa kerat pula jutawan-jutawan Melayu yang memberi bantuan kepada bangsa sendiri untuk menjadi seperti mereka?
Pasti kecewa benar kiranya pemimpin Melayu terdahulu yang berjuang bermandi darah melihat hal ini berlaku pada hari ini. Mujurlah ada negeri-negeri yang masih mempunyai sultan sebagai benteng terakhir orang Melayu. Memang tak kan Melayu hilang didunia, tetapi tiada maknanya kalau Melayu menjadi kuli di tanah sendiri. Tiada maknanya laungan “Hidup Melayu” kalau penyakit bangsa tidak dirawat. Dan ‘bomoh’ yang layak untuk merawat penyakit ini adalah pemimpin-pemimpin dikalangan orang Melayu yang telah dipilih oleh rakyat seperti Tan Sri sendiri. Orang seperti Tan Sri yang perlu bersuara dan mengetuai suara-suara orang Melayu tersebut. Pemimpin yang bertanggungjawab adalah pemimpin yang mengisi terlebih dahulu perut2 umat yang dipimpinnya dan bukannya perutnya dan kroni dahulu.
April 21st, 2008 at 9:51 pm
Tan Sri yang saya hormati,
Tahniah dan terima kasih kerana semakin bersikap terbuka dalam menerima pandangan-pandangan masyarakat. Sebagai pemimpin yg memegang amanah sementara ini, seharusnya lebih peka dan selalu pandang ke bawah (masyarakat) daripada memandang ke atas.
Saya bersetuju dgn penyatuan org Melayu, asalkan Islam diletakkan di tempat yang tertinggi dan didahulukan daripada bangsa Melayu itu sendiri. Saya ambil contoh sejarah di zaman Nabi Muhammad saw; sebelum dtgnya Islam, bangsa Arab ketika itu berpecah belah dan selalu berperang, sama ada dgn mulut ataupon dgn senjata. Namun setelah dtgnya Islam, bangsa Arab mula bersatu sehingga menjadi kerajaan yang kuat dan disegani Parsi dan Rom. Mereka disatukan bukan dgn bangsa Arab, tetapi mereka disatukan dgn Islam.
Saya sgt yakin sekiranya Melayu yg ingin bersatu ini meletakkan Islam sebagai cara hidup yang tertinggi seperti mana yang ditunjukkan sejarah, maka tidaklah sukar utk Melayu menjadi kuat semula. Allah swt telah tunjukkan dalam Al-Quran dengan jelas dan terang kisah-kisah pengajaran demi pengajaran supaya kita yang berakal ini boleh berfikir dan mengambil iktibar.
April 21st, 2008 at 11:01 pm
Akum Tan Sri,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tan Sri sebagai Menteri. Oleh kerana Tan Sri sudah berada dalam kabinet, boleh tak Tan Sri membantu rakyat terutamanya rakyat golongan pertengahan dan bawah ni terutama dalam isu kenaikan harga barang yang menjadi-jadi sejak akhir2 ini. Boleh tak kerajaan mengawal harga barang2 keperluan ini daripada terus meningkat naik. Boleh tak barang2 keperluan ini (susu pekat manis, gandum, gula, beras, barang mentah dan lain2 lagi) diletak kan dibawah HARGA BARANG TERKAWAL yang mempunyai harga siling tertentu. Hanya KERAJAAN sahaja yang mempu berbuat demikian. Tak kira sama ada barang itu diimport atau barang yang boleh dapat dalam negara.
Sekian, terima kasih.
April 22nd, 2008 at 12:12 am
salamunalaikum
saya telah berjumpa dan berjabat tangan pertama kali dengan tuan pada hari ini isnin 21hb april pada jam kira-kira 5 petang di kampong poh, bidor, perak. Tuan telah melawat sebuah rumah yang daif di tebing sungai yang runtuh yang tentunya memerlukan bantuan. Buat pengetahuan sebelum ini saya ada menghantar surat ke jabatan kerajaan yang berkenaan, berkenaan masaalah yang dihadapi rakan saya yang menghuni rumah tersebut tetapi sehingga tuan datang melawat tiada apa-apa bantuan. Harapnya kunjungan tuan ke kampong poh, bidor, perak pada hari tersebut bukan gimik politik semata, daif nya penduduk kg poh
sehingga jika hari hujan air paip pun tak ada.
April 22nd, 2008 at 1:50 am
Assalamualaikum.
Kepada orang-orang yang pandai berkata-kata dengan panjang lebar. Adakah setiap benda yang dituturkan serupa dengan apa yang dibikin. Kesimpulannya, bab-bab beri komen ini memang tidak dinafikan, orang melayu adalah yang paling pandai berbicara, mengipas dan sebagainya yang bertujuan menonjolkan diri. Kadang-kadang kita fikirlah dahulu adakah selama ini kita, menyelami hati dan bertanya, ikhlaskah kita memberi pendapat? Betulkah cara kita beradab sopan dalam mengutarakan pendapat? Yang penting, betulkah kita ini telah bekerja dengan hati yang ikhlas untuk agama, bangsa dan negara? Jangan hanya menjadi jagoan sembang di kedai kopi online (blog), tanpa memikirkan maruah dan perasaan orang. Inikah sikap umat Rasulallah S.W.T? Tidak kira parti apapun, semaikan akhlak dan perbaiki moral terlebih dahulu, MANTAPKAN! Jadi pemimpin yang ditauladani, jadi rakyat yang berjiwa bersih, elakkan pembaziran, kurangkan umpat-mengumpat, cela-mencela dan apa sahaja sikap negatif. Kepada orang muda, banyakkan beramal soleh, ini solat pun tak jaga. Juga kepada yang veteran, kurangkan pergi dangdut, mantapkan disiplin, yang perempuan cuba-cubalah menutup aurat, yang lelaki pula, tidak usahlah jadi perempuan, pakai rantai sana sini. Pembaca doa dalam majlis pula, mata janganlah melilau ke sana sini, bukankah adab berdoa perlu menatap telapak tangan atau memejamkan mata? Bukannya menyampaikan ucapan. Macamana hendakkan keberkatan jika diselang-selikan pula dengan upacara nyanyian atau karaoke, keberkatan dapatkah? Yang mana menang, beri peluang kepada mereka melaksanakan tanggungjawab. Yang mana kalah, muhasabahlah diri, cerminkan diri, lain tahun ada lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad pun ada kata, ‘Perjuangan Kita Belum Selesai.’ Amin.
April 22nd, 2008 at 8:30 am
Tan Sri,
Tahniah kerana dah punyai weblog sendiri dan tahniah juga kerana dah nampak macam nak insaf. Itulah himahnya bila kita kalah. Saya ahli UMNO tapi kecewa denagn UMNO jadi sorilah ya , dah 3 kali pangkah PAS. Satu ungkapan yang sering saya dengar ialah kalau tak bohong itu bukanlah UMNO. Jadi Tan Sri kena pikir yang ni. Kalau betul-betul ikhlas berilah kebebsasan kepada rakyat untuk berdemonstrasi, ruang kepada kerajaan pembangkang masuk TV. Biar nampak adil. Orang ikhlas akan berlaku adil.
Selagi saya tak nampak perkara tu berlaku , saya tak percaya akan keikhlasan UMNO dan saya akan terus bagi undi kepada pembangkang. Lambat laun saya akan keluar dari UMNO.
Jangan marah ya Tan Sri.
April 22nd, 2008 at 9:12 am
salam…lagi-lagi melayu. lawrence of arabia mencipta falsafah “mesir untuk mesir”, “hijaz untuk hijaz”"jordan uintuk jordan”"syiria untuk syiria” akhirnye semua menentang khilafah turki….baca diary of british spy by hampler. jadi ape nak di laungkan melayu sedangkan nama kite pun tak ade unsur melayu …muhammad taib (bukan ke arab semua tu). jadilah cerdik untuk memahami dunia keseluruhannya. jgn buat2 tak cerdik untuk membaca hakikat diri kita…
April 22nd, 2008 at 10:13 am
Salam …
Tan Sri,
Ini pandangan saya yang sebagai budak mentah tetapi saya sayangkan Agama, Bangsa dan Tanahair saya.
Semasa berkempen PRU12 yang lalu, saya melihat tindak-tanduk DAP yang berdiam diri telah membuahkan satu hasil yang amat besar. DAP juga pada waktu sekarang ini, masih mendiamkan diri tidak seperti dulu. Mungkin si mulut lantang DAP itu sudah tua dan nyanyok kot. Terdapat satu kemusykilan pada diri saya. Harap Tan Sri melihat kegiatan DAP pada masa sekarang juga. Ini harapan saya kerana saya takut apa yang dikatakan oleh PR mengenai “Kami boleh menakluk pemerintahan dalam masa terdekat” akan jadi kenyataan. Ini disebabkan sikap DAP yang mendiamkan diri seperti mempunyai maksud-maksud tertentu seperti PRU12 yang lalu.
April 22nd, 2008 at 10:29 am
salam,
banyak yang telah sedar tentang kesilapan yang dilakukan pada PRU12.cari lah cara mendekat kan yang jauh,merapatkan silaturahhim.kesian negara yang terbina selama 50tahun,oleh keturunan kita…sedarlah insaflah dan istifarlah banyak2 muga Allah beri petunjuk.
April 22nd, 2008 at 12:25 pm
salam Tan sri….
Tan sri,bercakap mengenai perpaduan dan nasinonalisme melayu ini apa yang saya lihat pada waktu ini dan zaman ini kita telah kehilangan pemimpin yang mempunyai semangat dan ketokohan seperti Arwah Syed jaafar albar,tun sardon jubir,capt hussien onn,tun dr ismail,dato harun idris,tan sri mustapha jabar,tun ghafar baba,tan sri samad idris, dato senu abdul rahman , tun dr mahathir dan pemimpin yang sewaktu dengan mereka.Walaupun saya secara peribadi tidak pernah menemui mereka kecuali tun Mahathir dan tan sri samad idris dari pembacaan saya pada buku-buku dan rencana-rencana boleh saya katakan merekalah pejuang melayu tulen.Walaupun ‘mungkin”mungkin”mungkin’terdapat segelinttir pemimpin dewasa ini yang mempunyai sikap itu tapi nyata hilangnya hormat orang-orang melayu pada umno secara berperingkat-peringkat kerana mereka mahu lihat ‘hero’ ‘panglima’ melayu muncul bagi memperjuangkan mereka.tan sri orang melayu masih sayangkan umno dan minta tan sri yang mempunyai kedudukan dlm kepimpinan umno malaysia lakukanlah yang terbaik untuk kepentingan agama dan bangsa kita tan sri.Tan sri saya mencadangkan kepada tan sri selaku ketua penerangan umno malaysia supaya menanamkan semangat nasionalisme yang tinggi dan tebal dalam diri setiap pemuda dan pemudi melayu disertai juga dengan kesedaran kepentingan survival bangsa kita sambil ‘ROH ISLAM’ SENTIIASA DI HATI MEREKA.Tan sri adalah tidak adil saya mengatakan pemimpin umno ketika ini tidak bagus kerana mereka sebangsa dan seagama dengan saya cuma ’sesekali teguran harus dilakukan kerana sayang dan cinta pada islam,melayu dan umno serta tanahair kita.Tan sri ‘Mat Taib’ Saya percaya anda mampu.maaf sekiranya tulisan ini agak emosional,’terimalah’ sedikit pandangan org yang menaiki ‘perodua kancil’sahaja kerana terlalu sayang pada agama dan bangsa kita.assalamualaikum…
April 22nd, 2008 at 12:38 pm
Assalamualaikum Tan Sri..,
Insya-Allah.. Semua akan berjalan dengan baik..
Teruskan usaha murni Tan Sri…
Melayu akan bersatu akhirnya..
Rustam Affendi Abu Rahim
Taman Bunga Raya - Bukit Beruntung
April 22nd, 2008 at 1:10 pm
kepada pemimpin-pemimpin yg berbangsa melayu,selamtkan
bangsa melayu kte,ketepikan lah pahaman politik masing-masing
demi untuk bangsa kte..
April 22nd, 2008 at 1:18 pm
Tan Sri…
“Kalau dulu Pas menentang Umno kerana dianggap bekerjasama dengan bukan Islam dibawah pakatan BN. Sedangkan Pas tetap mahu memperjuangkan sebuah Negara Islam dan untung nasib orang Melayu.
Kenyataan Presiden Pas untuk memulakan perbincangan dengan Umno tentang nasib masa depan orang Melayu adalah permulaan yang baik. Pas bersedia mengenepikan sedikit perbezaan idelogi perjuangan demi masa depan orang Melayu” petikan tulisan Tan Sri.
Saya merasakan jika Tan Sri melihat usaha menyatu dan menguat politik Melayu + Islam di Mlaysia suatu yang mendesak dan penting selepas keptusan PRU 12, maka jangan lagi bersikap melihat kpd sikap dan prinsip perjuangan PAS. Bagi saya, PAS tetap konsisten untuk memastikan mendaulah Islam di Malaysia, cuma tunggu pada waktu yang sesuai kerana Islam itu diturunkan untuk semua makhluk di muka bumi. Cuma UMNO/BN selama lebih 50 tahun telah mengelirukan masyarakat bukan Islam di Malaysia tetang hasrat PAS sehingga meneyebabkan mereka rasa tidak selamat berada di bawah pemerintahan Islam.
Oleh itu, keterbukaan Presiden PAS untuk duduk semeja mesti dilihat di atas amalan ajaran Islam yang sentiasa terbuka untuk duduk bermuzhakarah samada waktu musuh politiknya dalam keadaan susah maupun senang. UMNO harus belajar cara berpolitik dari Presiden PAS supaya kekuatan Islam dan Melayu dapat berkuasa danmenjadi pemerintah yang dapat mensejahterakan rakyat seluruhnya. Terima Kasih.
April 22nd, 2008 at 1:46 pm
salam…
dalam pandangan dan comment yang di utarakan banyak menyentuh pasal hak orang melayu…ketuanan orang melayu..
apa yang saya nak tan sri sedar dan ambil perhatian ialah ketuanan melayu dah lama hilang..dah lama.. terlalu lama..
harapan saya dan mereke yang komen disini ialah mahu melihat satu perubahan dalam kepimpinan dan pentadbiran…bukan saya nak kata pak lah tak bagus atau tun mahathir bagus..kedua dua mereka ada pro dan kontra tetapi apa yang sama mengenai mereka berdua ialah mereka lupa mengenai ketuanan melayu..25 th tun memerintah malaysia berapa kerat sahaja orang melayu yang berjaya menjadi koperat yang berjaya….ada nama dalam senarai forbes siapa..orang melayu ke?setahu saya la takder..
lagi satu saya minta jasa baik tan sri carilah mana mana wakil rakyat umno khususnya BN amnya yang tak berkereta mewah,rumah ibarat istana,rangkaian perniagaan yang memonopoli projek projek kerajaan..jika ada yang tidak berbuat begitu tlg email kepada saya sbb saya sendiri nak pergi ucapkan tahniah kepada mereka kerana telus dalam menjadi wakil dan bekerja utk rakyat..
sekian sahaja merapu saya ni
April 22nd, 2008 at 3:03 pm
Kehadapan Tan Sri,
Apa kah agenda Melayu yang selalu desebut ini? Agenda Melayu pada masa Umno di bentuk dan diperjuangkan oleh orang tua2 kita berpegang teguh di atas AGAMA, BANGSA dan NEGARA, banyak hasil perjuangan mereka di focus kan kepada agenda membentuk kenaikan taraf ekonomi bangsa melayu.
Mereka mebentuk MARA, PERNAS, PERNAS TRADING, TABUNG HAJI, ITM(UITM), UDA, PNB dan banyak lagi..ini semua adalah untuk kepentingan menolong orang2 melayu.
Tetapi selepas allahyarham Tun Abdul Razak semua ini pudar dan terus hilang. Mara tidak lagi agresif menolong orang melayu, pernas sudah hilang haluan,pernas Trading hilang terus, Uda tidak lagi berfunsi dengan agenda asal,Tabung Hj dan PNB di politik kan.
Contoh peranan seperti UDA mereka akan mendapatkan 30% ruang niaga di dalam komplex yang akan di bina untuk orang melayu bersaing di gedung komplex di Kuala Lumpur.
Tidak kah pucuk pemimpin berasa segan dan malu apabila dilihat di sungai wang, KLCC, Mid Valley dan banyak lagi gedung komplex di sekitar Kuala Lumpur, perniagaan nya di penuhi oleh orang bukan Melayu.
Maaf, ada juga 4 atau 5 kedai melayu yang jual pakaiyaan pengantin.
Adakah orang melayu malas,tak pandai atau tak mampu untuk membuka kedai computer, kedai gambar, kedai alat tulis, gedung pakaian, kedai hand phone di komplex2, saya hairan….. saya harap Tan Sri boleh cari jawapan nya.
Saya teringat di masa dahulu kalau lah orang melayu perlu bantuan keawangan, banyak institusi keawangan dan kerajaan memberi pertolongan begitu mudah sekali. Tapi kini kalau kami orang melayu tidak punyai cagaran maka peluang untuk mendapatkan bantuan keawangan sugguh tipis.
Ada juga sekarang ini perbentukan satu badan yang di gelar PUNB yang di bentuk untuk memperluaskan lagi usahawan melayu, tetapi cara mereka yang dipertangungjawabkan agenda ini pulak tidak ikhlas.. mereka mempunyai agenda peribadi pulak.
Banyak dasar2 kerajaan yang bagus untuk menolong orang melayu tidak berjaya, kerana apa! kerana dasar itu telah di salah salah gunakan oleh orang yang dipertangungjawab itu untuk agenda peribadi mereka dan kroni mereka.
Saya rasa agenda yang patut di ketengah kan sekarang ialah untuk membersehkan manusia2yang mementingkan agenda2 sendiri di dalam politik, kerajaan dan badan2 seperti diatas, supaya agenda untuk menolong melayu dapat di laksanakan.
Kalau keadaan ini tidak jugak di segerakan, saya pasti P13 akan menghancurkan lagi UMNO dan terbit nya era yang tidak menentukan nasib orang melayu.
Dan zaman Pak lah ini akan tertulis didalam sejarah sebagai zaman yang telah menghancurkan melayu, Tan Sri juga tidak akan ketingalan akan disebut di dalam sejarah itu..
Sekian pandangan saya yang ikhlas.
JAGAN DISISAKAN PERJUANGAN ORANG TUA TUA KITA.
ASSALAMMUALAIKUM.
April 22nd, 2008 at 3:35 pm
Tan Sri,
Terimakasih byk2 kerana baca semua komen dalam thread! Mcm ni la nak jadi blogger. Jgn. jadi mcm sesetengah Menteri tu…cakap tak serupa bikin. BTW, tulisan blog Tan Sri ini boleh diterima kerana “mild” dan tidak taksub macam blog “Rusty The Clown” di Melaka tu. Teruk kena bantai.
Semoga Tan Sri terus menulis rencana yang boleh membangunkan minda rakyat Selangor. Jgn. hentam PR sahaja. Seolah-olah nak salahkan orang lain bila negeri ditawan pembangkang.
Rating saya terhadap blog TS - Acceptable - For beginners!
April 22nd, 2008 at 4:04 pm
assalamualaikum,
sahaja ingin nyatakan mana lebih penting, utamakan melayu atau utamakan islam?
April 22nd, 2008 at 4:17 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
TAHNIAH saya ucapkan kepada semua pemimpin BN di atas kejayaan mereka memerintah negara selepas PRU12. Sebagai rakyat Malaysia saya bersyukur di atas kemenangan ini. Kurniaan ini amat bermakna bagi orang-orang melayu kerana Allah masih menyayangi kita. Ibarat rezeki, dapat banyak kerusi kita bersyukur, dapat sedikit kerusi kita bersyukur.
Sekiranya kita bersyukur dengan apa yang ada, Allah akan tambahkan nikmat-Nya. InsyaAllah… Saya yakin barisan Pemimpin BN mampu membela nasib rakyat, mencipta sesuatu yang positif dan menjernihkan apa yang keruh.
5 negeri yang telah terlepas, biarlah dah terlepas. Hari ini kita buka buku baru. Langkah kita ada strategi bukan emosi. Pemimpin UMNO kini lebih mudah berurusan dengan penyokong PAS. Sebab mereka kini lebih terbuka sejak pemimpin PAS bersahabat dengan pemimpin DAP. Banyak fatwa-fatwa politik yang dikeluarkan pemimpin PAS sudah makan tuan.
DAP akan mengheret penyokong PAS jauh mengikut ideologi mereka. DAP sangat kuat, PAS dilihat bakal menggugurkan prinsip Islam mereka demi keutuhan satu perkahwinan. Eloklah UMNO bersederhana dalam beragama. Jangan jadi macam PAS rasa diri lebih Islam akhirnya menyelam.
April 22nd, 2008 at 8:33 pm
April 22, 2008 at 10:56 pm
Saudara Kadok
saya baca dan faham komen saudara.Tapi maaf saya tidak dapat publish untuk tatapan umum kerana tidak menepati niat dan matlamat blog ini. Maaf ye, tapi saya tak salahkan saudara. Datang lagi…
April 22nd, 2008 at 10:29 pm
Kalau betullah UMNO ingin memperjuangkan agenda Melayu, kembalikanlah martabat Bahasa Melayu. Kenapa perlu belajar Sain dan Matematik dalam BI. Sekurang2nya berilah peluang anak2 melayu dapat pengetahuan asas sehingga ke peringkat SPM. ( Sebab le ni minima hatta nak ambil kursus kemahiran pun perlukan matematik credit peringkat SPM) Yang nak masuk universiti memang dah pandai, mereka tidak akan menghadapi masaalah dalam BI. Lagi pun cuba tengok Jepun, Germany, France dan lain2 tidak sibuk pun nak tukar sistem pembelajaran mereka dalam BI , malah pelajar2 Msia terpaksa belajar bahasa mereka untuk belajar disana. Saya tiak perlu menunggu rumusan kajian yang canggih untuk tahu kesan pembelajaran sains dan matematik dalam BI. Tengok saja anak saya- ada dua generasi, generasi pertama Sains dan Matematik dalam BM- alhamdulillah sudah berjaya walau pun semasa di sekolah rendah dan menengah agak lemah dalam BI tetapi cemerlang sains dan matematik. Generasi kedua-sains dan matematik dalam BI , sekarang lemah ketiga -tiga subjek: sains. matematik dan BI sehingga saya sudah mula mencari bakat2 skil kemahiran yang ada dalam diri anak2 saya sebab saya tidak nampak anak2 generasi kedua saya ini akan berjaya dalam akademik, Jadi saya akan salurkan kearah mendapatkan kemahiran. tetapi amat sedih dan terkilan kerana mereka tidak mungkin boleh pergi ke U spt abg dan kakak mereka. Dan sesungguhnya saya tidak akan maafkan Tun Dr Mahatir dan UMNO kerana beria2 memastikan Sains dan Matematik dalam BI. Sedangkan UMNO tidak faham situasi belajar di bandar kecil bukannya spt Kuala Lumpur/JB dan sebagainya. Bukan mudah untuk memahirkan berkomunikasi dalam BI di bandar2 kecil dan duduk dikalangan jiran2 yang berbahasa Melayu.
Saya mohon pada Tan Sri sampaikanlah kesan sebenar pembelajaran sains dan matematik dalam BI ini kpd PM dan Menteri Pelajaran. Pergilah dapatkan pendapat rakyat dikampung/luar bandar dan sebagainya samada semua ini berjaya ke tidak. tanyalah guru yang mengajar sains dan matematik di bandar kecil2 dan dikampung2 dan dengarlah jawapan ikhlas dari mereka. Saya dan kwan2 lain berpendidkan tinggi pun mendapati anak2 kami menghadapi masalah sains dan matematik dalam BI, inikan pula kaum nelayan/ petani/buruh kasar.
Jangan pula nanti di tukarkan pula ke BM tiada perancangan /program susulan untuk pelajar2 yg akan mengambil UPSR 2008. Apa akan terjadi pada mereka, adakah akan diteruskan juga sains dan matematik dalam BI di sekolah menengah. Kalau diberi pilihan saya tidak mahu anak saya mengambil sains dan matematik dalamm BI di peringkat menengah sebab lebih mudah belajar dan faham sains dan matematik dalam bahasa ibunda.
Saya berharap YB dapat lakukan sesuatu demi anak melayu yang akan bakal jadi pengundi 10 tahun lagi. Andai mereka kecewa kerana tidak dapat peluang belajar dinegara yang kononnya memperjuangkan melayu tetapi menekan BI sebagai medium untuk belajar. Bagi saya sebagai seorang pendidik apa guna saya ajar dalam BI kalau pelajar tidak mampu faham. Baiklah saya ajar dalam BM jikalau itu membolehkan mereka faham apa yang saya ingin sampaikan. Lagi pun bukan semuanya nak jadi Melayu Glokal sebab bukan semuanya nak pergi kerja luar negara. Kalau semuannya pergi keluar negara siapa pula yang akan duduk dalam Msia nanti.
BUATLAH SESUATU ANDAINYA UMNO INGIN RELEVEN 1000 TAHUN LAGI.
April 22nd, 2008 at 10:58 pm
Maaf tuan sebenarnya saya tidak ada masa hendak baca cetusan dan komentar mengenai isu ini.
Terus terang saya katakan lupakanlah hasrat ini. Saya tidak setuju PKR terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai Melayu mahu pun Islam. Biarlah UMNO dan PAS terus hanyut dengan perjuangan sempit masing-masing.
Rakyat sudah dengan jelas menolak perjuangan sedemikian.
Kami mahu bergerak teguh sebagai Anak Malaysia tanpa sebarang batasan ras dan agama.
Cukuplah belengu minda yang dipelori UMNO sejak 50 tahun lalu. Tidak ke mana dibawanya.
Seri Setia
April 22nd, 2008 at 11:18 pm
cakap apa pun x guna dah tan sri. BN sudah lemah, masa sudah tiba, janganlah mengapi-apikan PAS yana ada dalam Pakatan Rakyat lah kalo boleh sbb ini sudah x guna. Orang x caya pada BN dah, kalo nak dapat kuasa untuk memerintah, setiap orang mesti berani bersuara, ketua patut jadi contoh untuk berceramah dengan bertenaga dan bersemangat, bukan asyik macam nak tidur je. Jangan asyik cakap pasal orang melayu, kita patut cakap pasal orang MALAYSIA, orang melayu sudah pun dapat keistimewaan yang sepatutnya dan kaum lain tidak bertanya pasal hak-hak orang melayu. Setiap kaum mesti terlibat dalam semua jenis jawatan, kurangkan rasuah dan duit kopi sebab wang kerajaan adalah wang rakyat yang diperoleh melalui titik peluh mereka. Janganlah guna pertalian dalam urusan. Perniagaan yang adil and saksama patut diberikan kepada semua orang, bukannya keluarga orang yang berkuasa sahaja kot.
Pikirlah baik-baik tan sri. Kami rakyat mahu sebuah negara yang kaya, kurangkan jurang ekonomi antara kaum, seimbangkan persaingan, kekalkan negara yang aman dan harmoni, pilihlah pemimpin yang berkaliber, yang tahu membangunkan negara dan amat berkarisma. Jadikan negara sebuah tempat yang kadar rasuahnya rendah, dan berhentikan perpecahan kaum. Bagilah rakyat buat pilihan, jangan menakut-nakutkan rakyat sebab rakyat x suka diugut. bagilah orang untuk cakap apa-apa sahaja asalkan perubahan yang positif dapat dicapai. jangan sikit-sikit nak guna ISA untuk tangkap orang. rakyat yang bercakap tidak membunuh orang ataupon menggadaikan nyawa orang. Buang je ISA dan sikap-sikap orang BN yang ada sekarang.
April 22nd, 2008 at 11:31 pm
Salam Yg Bhg Tan Sri,
Terutama sekali saya ingin mengucapkan tahniah keatas usaha yang diambil untuk mendekati minda rakyat. Topik perbincangan disini, “utamakan Agenda Melayu”, satu persoalan yang amat crucial dan saya berpendapat masyarakat “Melayu” tanpa mengira pendirian politik masing-masing harus mengambil masa walaupun sejenak untuk memikirkan “masa depan agenda melayu”
Seiring dengan pendirian saya, bahawasanya Islam adalah satu agama yang progesif dan relevan; agenda Melayu juga relevan. Di manakah letaknya orang Melayu 30 tahun daripada sekarang…Saya percaya ramai diluar sana memikirkan tentang masa depan diri mereka atau keturunan nya. Agama saya tidak mengesyorkan kita sesama Islam berpecah belah, malah perpaduan sesama kita harus di eratkan.
Saya berpendapat sebelum kita boleh membincangkan tentang Agenda Melayu, kita harus mengambil langkah yang positif dan efektif untuk mengeratkan perhubungan silatulrahim di antara kita orang Melayu.
Kesan daripada PRU 12 dan sebelumnya telah membawa kepada keretakan bangsa Melayu, kita terlalu mengikut perasaan dan sentimen sehingga tidak memikirkan kemudaratan yang lebih besar.
Apakah kita tidak sedar bahawa keteguhan satu bangsa terletak kepada perpaduan yang gitu dan teguh? Bagaimana bangsa Yahudi yang minoriti di benua Arab, dapat mempengaruhi pemimpin-pemimpin Barat dan US? Kita harus berfikir dan memperbaiki kesilapan kita terlebih dahulu, sebelum membuat perancangan untuk mmebincangkan tentang agenda Melayu.
Isu kritikal agenda Melayu, adalah agenda perpaduan sesama bangsa Melayu. Sekiranya kita masih lagi ingin memperbahaskan tentang ketidak adilan dan isu pemberian kontrak sesama pemimpin atau kroni-kroninya; perkara pokok “agenda Melayu” tidak dapat di selesaikan dengan sewajarnya. Orang Melayu akan kalah di bumi sendiri, seperti mana yang berlaku di bumi Arab. Kita harus peka dengan keadaan semasa dan apakah kita ini tidak sedar bahawa orang Melayu tidak akan berdiri teguh dan megah sekiranya kita sendiri tidak inginkan perubahan.
Kita harus bangkit semula sebagai satu bangsa yang megah dan mantap, fahaman politik retorik harus diketepikan. Kerana fahaman politik yang retorik dan sentimen hasad akan membawa kepada kebinasaan orang Melayu. Ia hanya akan membawa keuntungan kepada segelintir yang memperjuangkan agenda peribadi dan bukan nya bangsa Melayu.
Saya mengesyorkan agar Yg Bhg Tan Sri, mengambil masa untuk memikirkan tentang memulihkan “perpaduan Melayu” kerana dengan terpulihnya maka agenda Melayu akan dapat di bangunkan semula. Didalam arena politik, kita harus mengambil sikap yang pragmatik dan realisitic. Ini bukan satu kekalahan, malah ianya adalah satu “wake-up call” kepada UMNO khususnya, malah bagi bangsa Melayu. Adakah kita ingin di persendahkan oleh dunia luar, sebagai satu bangsa yang “irrelevant”?
Agenda Melayu, bukan isu harus diperkecilkan atau di perolok-olokan. Ianya adalah satu isu yang amat besar dan penting, kita dipertanggungjawabkan untuk mempastikan yang terbaik untuk generasi Melayu yang akan datang. Ini satu amanah.
Terima-kasih
April 23rd, 2008 at 12:05 am
Salam kepada bloggers..
OK la Parti pembangkang banyak menang PRU12. Ini adalah kebaikan untuk orang melayu yang lena lama dah. Melayu/Islam sebenarnya lebih bersatu padu semasa & selepas PRU12. Contoh:-
1. 99% org melayu/Islam (boleh saya katakan… mulut lain.. hati lain) membantah penternakan babi secara besar-besaran di Negeri Selangor.
2. Kalau letak melayu/Islam vs non-malays (tk kira parti) pun ramai melayu/Islam yg menang.
Kesan dr perkara tersebut ramai pemimpin melayu/Islam tanpa mengira parti bekerja lebih keras untuk kemajuan melayu/Islam. Ayuh.. negara melayu yang ada kat dunia ni Malaysia aje. Takde negara lain. Marilah bersama-sama kita pelihara.
Lu pikirla sendiri…. Assalamualaikum…
April 23rd, 2008 at 12:55 am
Salam,
Janganlah padamkan komen orang lain, biar mereka cakap je. Tak guna hanya publish komen yang dipilih.
April 23rd, 2008 at 5:18 am
Salam Y B Senator Tan Sri! Haji Muhamnad
saya di fahamkan tan sri akan mengadakan perjunpaan papa 29 apr ni,d sebuah bahagian berkaitan dengan tajuk nak memperkasakan UMNO DAN MEMPERTAHANKAN KB yg sedia ada, yg berkemungkinan tan sri cerita pasal peruntukan yg mungkin dsalurkan keperingkat bawahan, agihan nya mungkin melalui KB serta TKB NKB YG TELAH HILANG KEWIBAWAAN samaada terhadap ahli atau pun masyarakat. bagi mengelak percakaran terus berlaku harap tan sri kena uruskan kpd semua ajk bahagian supaya lebih telus.
ketidakterbukaan atau sorok2 lah menyebabkan KESEMUA CALUN KALAH BESAR dan sesekali salahkan ahli2
sekarang ni pemegang jawatan tertinggi parti bercerita konon nya mereka saja yg layak mengemudi bahagian kerana mrerka mengenali tan sri sekian lama
ahli2 parti memrerlukan perubahan secara radikal, saya yakin dan percaya dengan budi bicara tan sri nasihati lah mereka2 berjawatan dan telah kalah dalam praya dan penyandang yg tergugur atas sebab tertentu supaya mungundurkan diri dalam pemilihan octover ini bagi memastikan kejayaan PR13.
April 23rd, 2008 at 9:20 am
Sayang_ selasih,
Kita semua sayangkan UMNO, tapi sdra/sdri sayang UMNO yang mana satu? Terdapat 2 UMNO ia itu UMNO dan UMNO(baru). UMNO yang ditubuhkan hasil dari kongres melayu pada tahun 1946, yang menjadi tunggak kepada kemerdekaan itu telah mati pada tahun 1988.
Yang ada adalah UMNO(baru) yang ditubuhkan pada tahun 1988. UMNO lama mati disebabkan oleh akta pertubuhan dan bagaiamna perjalanan yang membawa kepada kematian itu boleh dibaca melalui rekod mahkamah dan sumber-sumber lain. Sebenarnya, UMNO tidak dimatikan oleh mahkamah dalam tahun 1988 tetapi dikomakan oleh akta berkaitan. Ibarat UMNO koma dan sedang bernafas menggunakan life support machine.
UMNO dapat dipulihkan sekiranya menteri dalam negeri pada masa itu dengan menggunakan kuasanya yang diperuntukkan dibawah akta berkenaan untuk memulihkan UMNO dari koma tersebut. Saranan ini dinyatakan oleh presiding judge dalam oral judgementnya diakhir perbicaraan mahkamah dalam tahun 1988.
Tindakan menteri dalam negeri untuk tidak menggunakan kuasanya - adalah ibarat tindakan mencabut life supporting machine itu dari UMNO. Sebaliknya UMNO(baru) ditubuhkan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa nama rasmi UMNO yang ada sekarang ini adalah ” UMNO(Baru)”. Ini adalah untuk membezakan ianya dari UMNO lama. Perkataan ” (BARU)” mesti attach pada nama UMNO sekarang - itu adalah syarat kelulusan pendaftar pertubuhan. Pada pendaftar pertubuhan, secara teknikalnya, UMNO dan UMNO(Baru) adalah dua entiti yang berlainan.
So, sayang_selasih, UMNO yang mana satu yang sdra/i maksudkan.
April 23rd, 2008 at 9:31 am
Btw, akta yang saya maksudkan diatas juga telah memangsakan parti SNAP - sebuah parti komponen BN di Sarawak. Di atas kesalahan di bawah akta pertubuhan tersebut, SNAP telah dibatalkan pendaftarannya oleh pendaftar pertubuhan. Teknikali, SNAP diharamkan…..telah mati!
Tetapi, menteri dalam dalam negeri pada masa itu, paklah telah menggunakan kuasanya untuk mengecualikan SNAP dari peruntukan akta tersebut. Jadi, Kembalilah SNAP hidup buat sementara bagi menyelesaikan kemelut perebutan kuasa sebelum dimatikan kembali sebab gagal menyelsaikan masaalah antara mereka.
Ini bukan cerita lapuk seperti cerita UMNO tapi berlaku dalam 2/3 tahun lepas……
April 23rd, 2008 at 10:02 am
MELAYU ITU ISLAM…TIDAK FAHAM LAGIKAH KAMU ??? ATAU BUAT BUAT TIDAK FAHAM ???
ISLAM AGAMA MELAYU ITU BANGSA..TETAPI JIKA BANGSA SAHAJA TANPA AGAMA MAKA DIA TIDAK MENDAPAT KEISTIMEWAAN WARGA NEGARA MELAYU YANG DIIKAT DENGAN AGAMA ISLAM.
MINTA DIDIAMKAN AGENDA MELAYU ADALAH SAMA
= MINTA DIHANCURKAN ISLAM !
CAKAP BERLAPIK GUNA MELAYU PENDEKATAN BIJAK PEMIMPIN / ULAMA KITA UTK MENJAGA HATI KAWAN BUKAN ISLAM KITA…
AGENDA MELAYU BUKAN INGIN BUANG AGAMA ISLAM WAHAI SI PENDERHAKA SEMUA !!!!
PELUKLAH KAWAN KAWAN KAMU YANG GELARKAN DIRI SENDIRI PEJUANG AGAMA.TETAPI HANYA BIJAK BERKATA KATA SAHAJA…
PELUKLAH SEMUA KERANA ANDA TELAH MENJADI KUDA TUNGGANGAN MEREKA YANG JELAS INGIN MENJAHANAMKAN AGAMA MELAYU ANDA.
TIDAK KIRA PARTI MANA , AGENDA MELAYU IALAH UTK ISLAM..DAN MELAYU MERANGKUMI SEMUA ; TERMASUK MUALAF YANG LAHIR DAN MENETAP DI MALAYSIA..
MAAF KIRANYA KATA KATA HAMBA INI PEDIH DAN BERBISA
April 23rd, 2008 at 1:03 pm
Assalamualaikum.
Pertama sekali saya mengucapkan berbanyak ucapan tahniah kepada Tan Sri yang berusaha mendekati hati dan jiwa rakyat bukan sahaja terhadap masyarakat setempat bahkan turut meliputi seluruh pelbagai jenis lapisan masyarakat melalui pelbagai pendekatan sedari dulu hingga kini. Saya menyanjung tinggi budi pekerti Tan Sri yang tidak pernah jemu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk semua golongan bermula dengan yang kecil hingga golongan berusia emas. Teladan itulah yang kami mahukan daripada seorang tokoh pemimpin yang perlu disegani dan diteladani.
Saya rasa terpanggil untuk menulis dan memberi sedikit pandangan terhadap pelbagai isu yang melanda seluruh negara ketika ini terutama isu selepas pilihanraya. Rata-ratanya ramai yang sudah menduga sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap pucuk pimpinan pemerintahan negara biar pun keputusan pilihan raya masih belum diumumkan sewaktu pilihan raya berlangsung. Biar pun belum berumur “setahun jagung” dalam aktiviti pilihanraya, namun saya sentiasa mengikuti perkembangan politik dan sistem pemerintahan negara kita sedari kecil lagi. Saya tidak terkejut dengan keputusan pilihanraya umum yang lalu, terutama jatuhnya tampuk pemerintahan Selangor daripada komponen Barisan Nasional pimpinan kerajaan beralih kepada Komponen Barisan Alternatif iaitu pihak pembangkang sekali pun ini adalah kali pertama saya bertindak sebagai pengundi dalam pilihanraya.
Dari sudut kacamata saya sebagai seorang anak petani felda dan seorang lulusan universiti awam terkemuka di Malaysia, banyak kepincangan yang dilihat berlaku dalam pemerintahan. Saya tidak menyatakan bahawa semua wakil rakyat atau pun pemimpin di satu-satu kawasan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya, namun terdapat segelintir daripada wakil rakyat yang mewakili masyarakat telah mengabaikan tanggungjawab terhadap penduduk dan masyarakat setempat. Kebanyakan daripada mereka tidak menunaikan tanggungjawab dalam memelihara kebajikan masyarakat, biar pun ada, bilangannya adalah terlalu kecil. Jika dibandingkan pemerintahan di negeri Selangor sewaktu saya meniti kedewasaan berbanding sewaktu kecil di alam sekolah rendah dahulu saya berani katakan di sini saya berbangga dengan pemerintahan sewaktu saya kecil dahulu. Dahulu, kebanyakan pemimpin adalah berjiwa rakyat dan mereka lebih mengutamakan rakyat berbanding keperluan sendiri, namun kini realiti itu berbeza berbanding dahulu. Meniti hidup sewaktu era pemerintahan Tan Sri di Selangor satu ketika dahulu, saya dapati kebajikan masyarakat adalah terjamin dan di sini, saya memuji sikap Tan Sri yang sanggup bersusah payah menemui kami di ceruk pedalaman biar pun terpaksa mealalui jalan-jalan kampung. Kesediaan Tan Sri menemui masyarakat bersama-sama wakil rakyat (biar pun yang selalu kelihatan Tan Sri ditemani Dato’ Hj Zainal Sakom-Adun Batang Kali dan lain-lain exco, serta wakil rakyat yang saya kurang kenali), membuatkan masyarakat setempat tidak pernah merasa terpinggir apatah lagi untuk merasa tidak diambil berat kebajikannya kerana ketika itu, banyak agenda telah dicanangkan untuk penduduk di Selangor khasnya dan hasilnya boleh dilihat pada hari ini. Keperibadian Tan Sri dalam menyemai kasih sayang pemimpin terhadap rakyat kami sanjungi hingga kini biar pun ketika itu saya masih lagi kanak-kanak, namun saya dapat membezakan mana yang baik mana yang tidak.
Namun, segalanya berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Tiada lagi saya lihat kini pemerintah atau wakil rakyat di Selangor seperti mana Tan Sri satu masa dahulu. Masyarakat kini kurang menyenangi agenda yang dibawa oleh pemimpin. Pelbagai janji dan cara diberi sebelum berlakunya pilihan raya, namun selepas berakhirnya pilihanraya, segala janji dan bakti yang ingin diberi berkubur terbiar lebih kurang empat tahun lamanya. Tidak perlu untuk memandang jauh, cukup sekadar memandang kepada pembangunan yang berlaku di kawasan Hulu Selangor umumnya, di Bukit Beruntung khasnya. Mungkin ramai tidak peduli dengan kawasan yang mungkin dianggap sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi perindustrian yang tidak berupaya untuk membangun dan berkembang sebaik mungkin. Namun hakikatnya, sedarkah wakil rakyat, pihak pemaju di sekitar kawasannya dan terutama pemerintah negeri itu sendiri khasnya menyedari bahawa kawasan itu sebenarnya mempunyai potensi besar sebagai hub-industri yang boleh menggantikan kesesakan penempatan penduduk dan perindustrian negeri Selangor di Shah Alam, Subang dan Petaling Jaya. Saya tidak pasti berapa kali pemerintah Selangor dan wakil rakyat Hulu Selangor sebelum pilihanraya ke-12 diadakan turun padang ke kawasan terbabit (seingat saya kurang daripada tiga kali untuk tempoh 4 tahun, bukan untuk 1 tahun) untuk melihat pelbagai masalah yang mereka hadapi. Bukan sekadar masalah sistem pengangkutan sahaja yang melanda, bahkan kemudahan asas turut menjadi masalah kepada penduduk di sekitar kawasan Bukit Beruntung terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan Buki Beruntung 3. Banyak masalah yang mereka hadapi sebenarnya, akan tetapi tidak ramai yang mengetahuinya lantaran kurangnya kepekaan dan keperihatinan wakil rakyat dan pemerintah terhadap kawasan yang punya potensi untuk membangun. Seandainya mereka peka akan apa yang berlaku di kawasan mereka, turun padang menyertai apa yang dialami oleh penduduk, pastinya dapat mengurangkan masalah kawasan terbiar, bangunan-bangunan terbengkalai, kemudahan asas yang mencukupi, sistem pengangkutan yang berkesan dan sebagainya. Aduan kerap kali dibuat, pelbagai cara dilakukan oleh penduduk untuk menuntut perhatian pemimpin, malangnya, mereka masih kekal begitu tanpa ada usaha untuk memberi jaminan kepada penduduk bahawa masalah akan diselesai dengan sebaik mungkin.
Sokongan masyarakat kian pudar apabila tiada kebijaksanaan pemimpin dalam bagaimana untuk mendekati dan memahami masyarakat. Masyarakat bukan hanya menuntut janji, bahkan masyarakat sebenarnya memohon kebajikan mereka terpelihara dan dipenuhi. Janji yang dimetrai bukan hanya sekadar janji kosong, akan tetapi kami mahukan hasil daripada janji tersebut. Bagaimana kami sebagai masyarakat dan rakyat ingin memilih pemimpin yang tidak pernah cuba untuk mendekati kami apatah lagi untuk memahami kami sedangkan hakikatnya daripada pelbagai janji belum tentu satu pun tertunai? Dalam kemelut yang melanda sekarang, kepimpinan yang diterajui Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi yang mempunyai masalah sebenarnya adalah pemimpin di peringkat bawahan Perdana Menteri. Perhalusi secara dekat, kita lihat UMNO kini bertelagah sesama sendiri yang menginginkan pucuk pimpinan ditukar dan diberi ruang kepada yang lebih berhak. Saya ingin menimbulkan soalan di sini, bolehkah kita memberi jaminan bahawa sekiranya Perdana Menteri meletak jawatan dan menyerahkan jawatan kepada penggantinya sedangkan pada hakikatnya masih ada lagi agenda yang belum dapat dilunaskan oleh beliau, segala pertikaian, konflik, masalah sesama ahli dapat dihentikan dan pemimpin dapat menawan semula hati masyarakat melalui agenda yang dipropagandakan? Jawapan saya adalah tidak sekiranya terdapat pemimpin yang masih lagi buta terhadap kehendak masyarakat dan masih lagi lena terhadap pemberian tanggungjawab kepada masyarakat setempat.
Titik tolak sebenarnya bukan berpangkal daripada pemimpin utama itu sendiri tapi sebenarnya daripada individu-individu itu sendiri. Percayalah Tan Sri, bahawa masyarakat tidak akan memulau dan memilih pemimpin yang tahu akan tanggungjawabnya, faham kehendak penduduknya, mengerti kesulitan rakyatnya, dalam erti kata lain “pemimpin atau ketua sedar akan setiap tanggungjawab yang terpikul di bahunya tanpa perlu untuk diberi aduan baru menjalankan tanggungjawabnya” bukan ibarat perumpamaan “pahat dan penukul”, diketuk baru masuk, ditegur baru hendak buat kerja. Kami tidak menginginkan pemimpin seperti itu tetapi kami inginkan pemimpin yang benar-benar boleh membantu kami sewaktu kami memerlukan bantuannya. Bukan wang ringgit kami pinta, cukup sekadar perhatian dan turun padang sejenak meluangkan masa bersama masyarakat biar pun hanya untuk 1 jam, 3 bulan sekali. Seandainya permintaan itu pun tidak dapat ditunaikan, keputusan pilihanraya ke-12 yang lepas sudah menemukan nokhtah dan jawapannya. Sya berharap, bukan sahaja Tan Sri, malahan semua pihak perlu berusaha keras memperbaiki tiap kelemahan yang timbul di peringkat bahagian masing-masing. Bekerjalah dengan lebih baik kerana kebajikan kami terletak pada tangan anda semua. Jangan sampai penduduk tidak langsung mengetahui siapakah wakil rakyat di kawasan mereka. Biar pun umur baru menginjak 25 tahun, menamatkan pengajian dua tahun yang lalu, namun saya tidak rela melihat anak-anak bangsa sendiri mula hilang keyakinan terhadap perjuangan pemimpin melayu. Masyarakat kini bukan lagi seperti dahulu yang menurut segala agenda pembangunan dan kehendak pemimpin, akan tetapi masyarakat kini adalah tergolong dalam golongan bijak pandai yang berani bersuara dan membantah tiap apa jua cadangan yang diberikan.
Beribu kemaafan saya pohonkan sekiranya pendapat dan pandangan saya disalahtafsirkan atau menyinggung mana-mana pihak. Saya sekadar memberi pendapat melalui pemerhatian, pembacaan, pengalaman yang saya peroleh bukan sahaja sebagai seorang penduduk di kawasan terbabit bahkan juga pengalaman yang turut saya peroleh sewaktu menjawat jawatan kerani sambilan di salah sebuah kementerian di Malaysia. Bermusyawarahlah kita bersama-sama, bertegur sapalah kita sesama manusia untuk menyedari kekhilafan yang ada. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri. Wallahualam.
April 23rd, 2008 at 3:08 pm
Kami Mengucapkan Syabas dan Tahniah atas perlantikan cikgu sebagai Menteri Kabinet,
Kami merasa ini adalah satu permulaan yang boleh memanfaatkan semua golongan
lapisan masyarakat.
cikgu,
Kami merayu kepada cikgu, supaya memberi sokongan kepada KDN & PM
untuk mempercepatkan proses membaharui Permit Akhbar Makkal Osai.
Sekian Terima Kasih,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
April 23rd, 2008 at 5:50 pm
Saya rasa pemimpin2 umno ni bukan memperjuangkan nasib orang melayu tetapi menggunakan ungkapan melayu untuk kepentingan diri sendiri dan kerabat2 mereka. tengoklah apa yang berlaku sekarang, setelah ditolak dan gagal memperjuangkan nasib orang melayu, masih mahu memegang tampuk pemerintahan,bagi lah orang2 baru memperjuangkannya yang mungkin akan lebih berkesan dan lebih di terima oleh orang2 melayu.pemimpin2 mestilah diterima oleh orang2 yang dipimpin barulah boleh memimpin.
Kalau umno benar2 memperjuangkan nasib orang melayu , Trengganu (1999) dan Kelantan tentu tidak di sabotaj dengan menahan royalti dan peruntukan. Sedarlah yang rakyat dan melayu sudah buka mata dan tidak lagi takut dengan ugutan2 kerajaan bn..
April 26th, 2008 at 3:15 am
Kita sepatuitnya cari jalan memperbaiki keadaan, bukannya bentak sana bentak sini. Kalau kita berterusan bercakar2 bila pu na’ habisnya cerita. Perbalahan sepatutnya ta’ timbul lagi sebab PRU 12 telah pun menjadi sejarah.
April 27th, 2008 at 10:53 am
Assalamualaikum,
Saya dah 2 x post komen. Kenapa post-post saya tidak dipaparkan. Blog ini ada masalah teknikal ker? Pohon penjelasan.
tq.
April 27th, 2008 at 2:31 pm
Assalamualikum Tan Sri,
Saya bersetuju dengan saranan Tan Sri supaya kita lupakan seketika politik kepartian dan utamakan agenda Melayu. Tapi sedarkah Tan Sri bahawa negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sedang menuju ke arah berpecahan yang amat parah tidak separah semasa negeri berkenaan diperintah oleh Barisan Nasional. Punca utama timbulnya perkara berkenaan adalah disebabkan oleh ’satu kampong dua ketua’. Tan Sri dengan Ketua Kampong Tan Sri dari Barisan Nasional dan kerajaan Negeri dengan ketua kampongnya dari Pakatan Rakyat. Pertelagahan pasti akan berlaku. Sikap berpuak-puak akan menjadi-jadi. Sembahyang dua imam akan menjadi tajuk utama akhbar. Sifat ingin membantu dan sifat hormat menghormati yang merupakan tunjang utama agenda Melayu akan hilang dan akan menjadi lagenda.
Jadi saya sebagai orang Melayu beragama islam yang dilahirkan di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu, yang tidak ada jawatan dalam mana-mana parti tapi merupakan penjawat awam dalam kerajaan memohon dan mengesyorkan agar dikekalkan adat orang Melayu dari dulu iaitu ’satu kampong satu ketua’. Kerana sebelum ini pun, tidak ada masalah yang timbul kepada adat berkenaan walaupun ada sedikit pertegahan dan rasa tidak puas hati tapi ia dapat diredakan dengan cara baik. Sekiranya kerajaan Persekutuan masih juga mahu membantu rakyat di bawah naungan Pakatan Rakyat, apa salahnya peruntukan berkenaan disalurkan melalui Kerajaan Negeri. Dengan cara ini mungkin rakyat akan lebih senang menerima semula Barisan Nasional dan agenda Melayu yang Tan Sri war-warkan akan mendatangkan hasil yang lumayan.
Sekin. Wassalam
April 28th, 2008 at 12:11 pm
kenapa banyak komen yang terpadam…kalu camni tak telusla jugak..cakap nak terbuka…terbukala betul2
April 28th, 2008 at 2:00 pm
pepatah cina mengatakan ‘masakan ada 2 ekor harimau diatas bukit yang sama?’. dalam konteks politik di Selangor, nampaknya senario sekarang ini nampaknya bertepatan dengan pepatah cina tersebut.
bagi saya, ia tidak berlaku. ‘ketua’ kampung Barisan Nasional telah/akan berkhidmat untuk semua tapi ‘ketua’ kampung Pakatan Rakyat ini hanya berpaksikan satu kaum sahaja. lihat saja apa kata si’ketua’ kampung Pakatan Takyat ini dalam pelbagai hal spt MEGA BABI, china town, unversiti cina…..ia telah mula menampakkan ‘kesendengan’ pada satu kaum tertentu sahaja.
katakan yang benar walaupun pahit.
‘ketua’ kampung Pakatan Rakyat ini cuba membohongi rakyat di Selangor. ‘Keterbukaan’ yang dilaungkan hanya merugikan/menindas satu kaum yang lain diatas nama keterbukaan.
Tan Sri,
Alhamdulillah kementerian yang diketuai oleh saudara dapat meneruskan agenda pembangunan kepada masyarakat luar bandar supaya sepotong kecil ‘kek ekonomi’ ini dapat dijamah oleh kami. bahagian ‘kek ekonomi’ yang lain telah ditelan dengan lahapnya oleh segologan mereka dibandar-bandar besar..
April 29th, 2008 at 11:54 pm
Assalamualaikum Tan Sri
Saya terkeliru samada yang manakah lebih diutamakan Ketuanan Melayu atau Ketuanan Allah (Islam)?. Semoga perkara ini dapat diperjelaskan kepada rakyat kearah perpaduan Islam keseluruhannya Insya Allah……
April 30th, 2008 at 9:05 am
TERINGAT SAYA LIRIK LAGU:WARISAN
“ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA
CINTA LENYAP DI ARUS ZAMAN
INDAHNYA BUMI KITA INI
WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KETANGAN YANG LAIN
PRIBUMI MERINTIH SENDIRI
MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI
MARUAH PERIBADI DAH HILANG
KINI KITA TINGGAL KUASA
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH KITA SAMA BERBAKTI
PULIH KEMBALI HARGA DIRI
KITA SEMUA TIADA MASA
MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH TERLALAI TERUSKAN USAHA
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA”
May 25th, 2008 at 2:25 am
Salam YB Tan Sri,
Hidup matinya Melayu hari ini adalah tanggungjawab seluruh orang Melayu tanpa mengira aliran politik masing-masing. Hidup matinya Islam di Malaysia hari ini juga merupakan tanggungjawab seluruh orang Islam di negara ini tanpa mengira aliran atau ideologi politiknya. Melayu akhir-akhir ini berada di persimpangan yang amat menggerunkan. Melayu hari ini sedang duduk dalam satu dilema yang mengerikan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu makin terhakis? Atau benarkah ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda hari ini?
Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia? Kalau tidak, jenis Melayu yang bagaimanakah yang akan menghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur, apabila Melayu sudah kehilangan kuasa? Ke manakah akhirnya perlawanan Melayu sesama Melayu ini? Mungkinkah akhirnya ialah Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak peduli terhadap Melayu? Andaian ini boleh jadi mungkin, dan boleh jadi tidak. Yang lemah biasanya ditelan oleh yang gagah. Segala-galanya terserah kepada Melayu dan arah tuju serta matlamat perjuangannya.
Perlu diingat, perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancurleburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah yang muncul menjadi benteng paling kuat dalam proses menghapuskan keganasan bersenjata komunis. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan bangsa Melayu dan budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.
Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa. Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.
Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita memastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca. Untuk tidak kehilangan arah dan supaya tidak kehilangan punca, maka perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”
Jadi, pokoknya sekarang, biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga. Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. Yang nyata, Politik ekstremis Pas adalah berbahaya. Politik cauvanis DAP adalah suatu ancaman. Politik ketaksuban individu PKR adalah sesuatu yang sia-sia. Maka pakatan pembangkang bakal mengundang kehancuran Melayu.