Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

UMNO TETAP RELEVAN

Salam sekali lagi rakan dan teman. Kesibukan dengan tugas membataskan saya untuk kerap bersama rakan semua di ruang ini. Namun, saya tetap memberi masa untuk membaca sisipan dan komen dari anda semua. Terima kasih kepada yang memberi pandangan dan teguran membina dan terima kasih juga yang ‘ingat-mengingati’ malah ada yang membenci.

Selepas beberapa hari UMNO melepasi usia 62 tahun yang genap pada 11 Mei 2008 lalu, saya tetap mengatakan bahawa apapun yang berlaku selepas pilihan raya umum ke 12 lalu, UMNO harus terus relevan kepada bangsa Melayu dan negara ini.

Bagi Umno ahli adalah kekuatan kepada parti. Ahli parti umpama akar yang menentukan kekuatan sebatang pokok. Tanpa akar yang kuat pokok yang besar tidak akan mampu bertahan lama.

Sebab itu ahli parti harus bekerja keras memastikan Umno terus kuat dan mendapat kepercayaan masyarakat untuk terus menjadi wadah perjuangan rakyat khususnya kaum Melayu.

Dalam politik ada pasang surut. Keputusan pilihan raya umum lalu jika dianggap ‘surutnya’ sokongan terhadap Umno. Itu tidak bermakna UMNO harus mengalah dan tidak meneruskan perjuangannya untuk membela nasib Melayu dengan mengambil kira kepentingan kaum lain.

UMNO sebenarnya telah memainkan peranan besar dalam mengemudikan negara ini pada kedudukannya sekarang.

Saya menganggap keputusan pilihan raya umum lepas adalah satu pengajaran kepada Umno. Lantas kita semua perlu cepat sedar untuk belajar dari kesilapan dan kekurangan lalu. Tidak  salah kita belajar dari kesilapan kerana dari situlah kita mampu untuk bangkit dan menjadi gagah semula.

Oleh itu, anggota parti di semua peringkat perlu mencontohi kepimpinan terdahulu yang meletakkan agenda perjuangan parti melebihi kepentingan peribadi.

UMNO perlu lebih bersemangat dengan cabaran yang dihadapi dan semua pihak harus mempertingkatkan peranan dan prestasi masing-masing untuk mendampingi rakyat bagi menarik balik kepercayaan mereka.


100 Responses to “UMNO TETAP RELEVAN”

  1. azmi Says:

    assalamualaikum TS..
    Walau apa pun yang berlaku, UMNO mesti terus wujud di negara kita ini..walaupun mungkin satu hari kita sebagai pembangkang.UMNO mesti terus mempertahankan hak hak orang melayu yang semakin dihakis bangsanya sendiri.Walau apa pun yang telah berlaku,rakyat perlu sedar kerana UMNO lah kita sampai ke tahap sekarang…ingatan kepada pengutuk dan pembenci UMNO, INGATLAH ANDA BERADA DIATAS PLATFORM YANG TELAH DIBINA OLEH UMNO..BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIHLAH…
    sekian..semoga TS terus bersama mengembalikan kegemilangan UMNO..kerana UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA…

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih atas pandangan saudara. Umno harus terus relevan untuk orang Melayu.

  2. abe MIE Says:

    62 tahun UMNO berjasa…
    tapi kini setelah 62 tahun UMNO kena gelora….

    UMNO kena pilih jalan terbaik menangani masalah kenapa orang Melayu terutamanya orang muda melihat UMNO sebagai parti bukan untuk kebajikan…

    UMNO kena pulih keadaan yang UMNO tidak menjadi sebagai politik cari makan dan tempat untuk mendapatkan kuasa… rakyat memerhatikan….

    perjuangan UMNO bukan sahaja menghayati sejarah tetapi menyesuaikan dengan keadaan semasa.

    UMNO perlu manjadi parti hati rakyat dan berjiwa rakyat…

    http://pkrpasdap.blogspot.com
    http://malaysialoni.blogspot.com

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara abe Mie
    Tidak semua apa yang saudara katakan itu benar dan berlaku dalam Umno. Namun saya ambil kira pandangan saudara

  3. Chek Malek bin Hussain Says:

    YB Senator Tan Sri,

    Umno Peringkat akar umbi yakni cawangan perlu perubahan barulah relevan partinya,pemilihan AJK umno peringkat cawangan perlu demokrasi,maksudnya tiada pakatan pilih geng aku dan aku undi pilih dia,kemudian tutup,sebab itu dikampung-kampung yang suasananya begini kampung tiada perubahan rakyatnya masih minda kelas tiga kita mau kelas satu,pilihlah yang ada degree,yang tiada jadi AJK cawangan sahaja cukuplah jadi penumpang,kita kena fikir kehadapan bukan fikir macamana nak dapat projek serta jatuhkan rakan-rakan,kita kena fikir untuk kejayaan keesokan harinya,
    Bukan fikir nak jadi Ketua Cawangan Umno,Setiausaha dan sebagainya sampai tidor tak lena,disamping itu asingkan antara politik dengan masjid contoh orang politik tak payah pegang Pengerusi Khariah,Naib Pengerusi, Setiausaha,bendahari.Yang peliknya jawatan dalam masjid,politik,JKKK cawangan mereka itu juga saja,Pemegang jawatan jangan berlagak akulah ketua cawangan UMNO,Pengerusi Khariah,Setiausaha Khariah dan sebagainya yang boleh menjatuhkan imej sesorang.Fahamlah istilah demokrasi barulah membela rakyat bukan pegang banyak jawatan riuhrendah aku ada kuasa.renung-renunglah hal ini semula,apabila membacanya terutama dalam kosmo muka surat 14,
    5 mei 2008,maka tergendala semuanya .
    Sekian,terima kasih

    Wak pai.
    kepala batas.

    Muhammad Muhd Taib says

    Chek Malek Hussain,
    Saya ambil perhatian apa yang saudara utarakan.

  4. su-kj Says:

    A.kum Tan Sri,

    1. Bagus dan Tahniah kepada semua warga UMNO jika sedar telah melakukan kesilapan.

    2. Kesilapan boleh diperbaiki. Tetapi ketelanjuran yang tidak ada kesedaran tidak boleh dibaiki.

    3. Biasanya jika dah ada niat yang baik, maka akan adalah hasil yang baik.

    http://www.penyokong-kj.blogspot.com

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih saudara, saya juga kerap menjenguk blog saudara. Teruskan menulis dan dan ingat mengingati sesama kita

  5. Pak Tam Says:

    Assalamulaikum TS;
    Kenapalah DS Najib tak jelaskan isu pembelian kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi awal-awal lagi. Semasa kempen pilihanraya, isu inilah yang jadi kami penyokong BN tertanya2. DSAI dalam ceramahnya di Perlis telah mencabar pihak berkuasa menangkapnya jika dakwaannya tak benar. Sampai begitu sekali, hamba Allah mana tak percaya. Kenapa pemimpin BN tidak respon isu ini. Cakap-cakap gitu-gitu aje dia orang tak percaya. Kena taruh betul-betul. Tapi apa boleh buat nasi dah jadi bubur. Lain kali TS habaq kat pemimpin BN jika ada isu karut marut dan fitnah cepat-cepatlah respon, jangan biar rakyat kebingungan. Jika senyap, jawab hendak tak hendak, layan tak layan, akhirnya rakyat percaya yang palsu itu adalah benar. Harap TS sampaikanlah perkara ini kepada semua pemimpin BN.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih Pak Tam. Insyaallah apa yang Pak Tam cakap saya akan ambil perhatian.

  6. panglima hitam Says:

    salam tan sri,

    alhamdullillah UMNO dan umurnya 62tahun dan masih gagah lagi,walaupun dilambung ombak dan badai,namun ia masih tetap utuh kerana mempunyai kapten dan crew yang mantap walau kadang2 tersasul laluan namun demi menuju wawasan dan perpaduan ummah ia tetap relevan.

    bayangkan sesiapa yang kini sudah berumur 62tahun yang kalau ikut statistic entah berapa mereka ini membesar dan tua(taklah tua sangat dengan pemakanan sekarang) dengan umno dan bagi yang muda menikmati kehidupan ini dengan umno.

    umno telah berkhidmat memastikan melayu memdapat pembelaan dan mereka yang di parti2 lain tu cuma taknak mengaku kerana malu sendiri sebab dah biasa membangkang tetapi hakikat nya negara yang dirahmati Allah ini telah dipimpin oleh orang melayu islam yang mempunyai hati yang suci demi ugama,bangsa dan negara dan perpaduan kaum.

    Mana kita nak pergi lagi dari bumi yang bertuah ini Malaysia,insaflah dengan keadaan sekiling kita dengan keadaan negara jiran kita dan keadaan sejagat yang tidak menentu dari segi ekonomi dan iklim ..kalau kita bersyukur Allah tambah lagi.

    kita sudah patut ada brand umno dalam produk2 yang kita laksanakan kita tak perlu takut apa salah nya kalau kita mempunyai jenama produk umno dan kita jadi kan ia brand yang patut kita bangga tak kira lah apa2 tentu Tan Sri lebih ariff untuk memikirkannya.

    yang penting kita sama2 berdoa untuk kesejateraan negara dan umno yang telah menabur bakti biar ianya sentiasa relevan dulu kini dan selamanya dan semuga dikurnai pemimpin yang kurang kepentingan peribadi dan sentiasa muhasabah diri walaupun susah kadang2.

    salam

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara Panglima hitam
    Itulah yang sepatutnya ada pada hati setiap daripada kita terutama ahli-ahli Umno. Kita mampu untuk bangun semula sekiranya kita menyedari kekurangan untuk diperbaiki

  7. lokman Says:

    Tan Sri,
    saya ada hantar email kepada Tan Sri ke KKLW. harap dapat perhatian daripada Tan Sri. terima kasih

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara lokman
    Insyaallah setiap yang dimaklumkan akan diberi perhatian

  8. malayamuda Says:

    untuk menjadi relevan, UMNO harus peka kepada kehendak rakyat Malaysia secara keseluruhan dan bukan sebahagian daripada rakyat malaysia sahaja.

    laungkan semangat malaysia dan bukan aura perkauman yang sempit dan ketinggalan zaman.

    jika UMNO tidak berubah, UMNO akan ditelan oleh ombak “reformasi” oleh rakyat !!

    Muhammad Muhd Taib says

    Malayamuda
    Untuk berubah kita semua perlu bersatu. Semangat orang seperti saudara juga tetap diperlukan oleh Umno

  9. Tai Khai Eong Says:

    TS, jika mahu Umno tetap Relevan, ahli yang pentingkan diri harus disingkirkan. Ubatilah Umno dari dalam dan luar.

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara Tan
    Umno mengambil kira semua faktor untuk memperkuatkanya semula

  10. Harry Says:

    Assalamuaalaikum,
    Tan Sri.(TS)
    Di harap sihat sejahtera hendaknya berserta dgn teman2x yg lain juga, syukur kepada Allah kita masih bernafas serta dikurniakan segala keberkatannya. Saya amat tertarik dgn tajuk akhbar yg mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menanggung hutang PBT bagi meyelesaikan tunggakkan bayaran pengurusan sisa pepejal. Pada saya ini adalah satu perkembangan berangkai (Chain Reaction) dimana suatu masa dahulu kerajaan pernah mencadangkan tempat pelupusan sehenti iaitu “inkubator”. Kerajaan telah membuat keputusan untuk membatalkan projek tersebut dengan alasan cost pembinaanya yg tinggi, rentetan dari itu membawa kepada kelemahan pengurusan sisa pepejal yg di uruskan oleh pihak konsesi yg tidak mencapai tahap yg terbaik. Sampah sarap atau sisa buangan pepejal jika tidak diuruskan secara bijak akan megundang petaka kepada sesebuah daerah atau negeri. Lihat shj negara2x dunia ketiga yg tidak memikirkan soal penyelesaian sisa pepejal ini, walaubagaimanapun ada juga negara ketiga yg bijak mengatasi masalah ini seperti Brazil contohnya menukarkan sisa pepejal kepada “tenaga” (boleh mengurangkan pergantungan kepada minyak yg menjana kebanyakkan stesen janauasa TNB) oleh yg demikian haruskah dihentikan penyelesaiaan mengenai sisa pepejal atau rancangan utk membina “inkubator” ini dengan menempatkan lokasi pembuangan di sekitar Kuala Langat & Sepang bagi pengurusan pembuangan sisa pepejal amnya diNegeri Selangor serta lokasi2x dilain neger.
    Hutang PBT kepada konsesi tetaplah hutang namun TS kebiasaannya PBT akan bertindak luarbiasa dalam menangani isu kewangan maka dgn ini rakyat yg akan menjadi mangsa, saya cadangkan pihak kerajaan terutama di kementeian TS silalah menghantar satu petugas khas utk mengatasi serta mengaudit PBT2x ini bagi meyelesaikan hutang2x mereka serta memikirkan bagaimana cara mereka utk menjana kewangan dengan berhemah bukannya memeras rakyat, PBT juga berpontensi utk memberi khidmat terbaik kepada rakyat selaa ini. (namun ada juga yg memeras serta salahguna kuasa, yg ini harus di pantau). Selain daripada itu saya juga berpendapat bagaimana jika PBT ini diswastakan sepenuhnya perlantikan exco PBT pula mengecualikan ahli politik dalam perlantikan ahli. Perlantikan adalah di kalangan ahli perniagaan, ahli koperat, guru2x, profesional2x, wakil pertubuhan NGO & individu2x sesuai.
    Di dalam kementerian TS pula ada satu mekanisma pemantau yg lebih cekap bg mengaudit serta menasihatkan PBT agar lebih efisyen. Saya ini hanya seorang yg lemah penuh dgn kelemahan mungkin idea saya ni sebenarnya kurang elok atau molek namun saya lontarkan juga kerana sebagai rakyat Malaysia saya juga ingin melihat kemajuan Negara & juga saya merasakan kita skrng ni di antara ingin melangkah kehadapan ataupun berundur kebelakang.

    Sekian Terima Kasih

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudar Harry
    Terima kasih atas pandangan dan keprihatinan saudara untuk terus melihat kemajuan dan kemakmuran negara ini.

  11. UM-NO Says:

    pandai ulas ni & tu… apatah UMNO dah “sedar” dari “kemenangan” dalam keputusan pilihan raya umum lepas, namum dikatakan kekalahan paling teruk… i memang tak faham.

    Cuba nak tanya, apakah kesilapan yg sudah kenapasti? Apa pengajaran sudah sampaikan oleh voter?

    Apakah peranan UMNO selepas ni? Kepentingan apa? Kepimpinan siapa? untuk apa dan siapa? Kepercayaan, orang sendiri pun tak percaya? :P Nasib siapa lebih malang? UMNO yang kaya raya atau orang melayu bersama2 orang “bukan” melayu yg miskin?

    Apa yg UMNO dah buat sangat memalukan rakyat, bangsa and negara.

    Muhammad Muhd Taib says

    Apa yang penting kita bersedia untuk berubah demi kesejahteraan rakyat malah ada perubahan yang telah dibuat oleh umno

  12. Jebat Moderen Says:

    Setelah PRU12, banyak pihak bercakap tentang merosotnya prestasi BN dan UMNO. Sehingga ke saat ini, semua telah tahu tentang kemerosotan prestasi BN dan UMNO ini, mulai sekarang tak usahlah kita bercerita lagi tentang kemorosotan itu. Sekarang ni masanya untuk kita bekerja, bukan lagi masa untuk bercakap. Kalau Tan Sri kata UMNO harus terus relevan, sebenanya UMNO seharusnya kena relevan melihatkan kepada sosiopolitik Malaysia masa kini.
    Untuk menguatkan UMNO, sebagaimana saranan Tan Sri, semua ahli harus kuat, saya setuju, tapi jangan lupa PEMIMPIN dalam UMNO juga harus kuat. Kuatnya pemimpin yang saya maksudkan adalah pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul yang boleh diterima oleh semua ahli dan masyarakat walaupun dari aliran politik yang berbeza.

    Sebagaimana Tan Sri kata, kita harus belajar dari kesilapan. Ungkapan “belajar dari kesilapan” ni sebenarnya telah menjadi ungkapan yang hanya indah untuk disebut, telah menjadi ungkapan sinonim dalam mana-mana seminar motivasi dan pengurusan, pada hakikat sebenarnya kebanyakan orang boleh buat kesilapan yang sama berulang-ulang dan berulang-ulang ungkapan itu disebut. Ini masalah akar umbi yang harus diperbetulkan. Kalau ada dalam kalangan ahli atau pemimpin itu sendiri yang membuat silap, suburkan budaya tegur-menegur yang membina supaya setiap kelemahan dan kesilapan dapat diperbetul dari peringkat awal lagi sebelum ianya menjadi barah yang parah.

    Muhammad Muhd Taib says

    Kerana ingin menyuburkan budaya tegur menegurlah saya mengambil pendekatan melalui blog ini. Mungkin ini salah satu daripada kaedah yang ada selain daripada saluran lain yang dibuat. Terima kasih atas pandangan saudara

  13. pemerahati Says:

    Releven jika mengamalkan prisip asal penubohan,tiada niat untuk menjadi jutawan sekelip mata apabila menyertai UMNO.Tiada lagi wakil rakyat UMNO menjadi jutawan segera selepas dilantik menjadi ADUN/Wakil rakyat. Tiada lagi wakil rakyat UMNO yang memandu kereta ratusan ribu sebaik sahaja menang pilihanraya,rakyat jadi keliru mana depa dapat duit kalau tidak denga jalan salah? rakyat bukan bodoh,elaun depa berapa sangat ? mcm mana boleh beli kera ratusan ribu ,rumah jutaan ringgit dengan duit elaun wakilr akyat?…pergi lah ke Parlimen tu tengok wakil rakyat UMNO pakai kerata apa dan bandingkan dengan wakil rakyat pembangkang. Rakyat dah muak dengan juak juak UMNO yang masih membodohkan rakyat yang telah cerdik.

    Muhammad Muhd Taib says

    Tidak semua apa yang saudara kata benar tetapi saya siarkan juga pandangan saudara kerana ingin berlaku adil pada saudara dan rakan blogger yang lain

  14. wiraperdana@personasatria Says:

    KAMAR-KAMAR DI SYURGA

    Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
    “Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” tanya para sahabat.
    “Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”

    “Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya’ dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap.” Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

    DIPETIK DARI 1001 KISAH TELADAN

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih atas petikan artikel yang saudara paparkan untuk kita jadikan renungan bersama

  15. Jaafar HM Says:

    Tan Sri; Secara rambang dapat diterima hujah TS. Malah sebab musabab kekalahan yang lebih terperici dan menyeluruh tanpa selindung harus didedah dan ditangani dengan tuntas tanpa mengira jika ianya melibatkan golongan tertentu. Pimpinan UMNO harus menyelami trend pemikiran raayat dan apa sebenarnya yang mereka harap dari UMNO dan kerajaan umumnya. Raayat telah jelak dengan retorik dan janji muluk pemimpin. Kebejatan dan Moral pemimpin sangat memualkan. Salah laku pemimpin membusuk menyesakkan hidung, sangat menjijikan. Raayat sebenarnya sentiasa mencebik bila melihat dan mendengar pemimpin tersebut berucap berdegar -degar mengulas tentang etika, moral,integriti dan nasional maupun Glokal. Ditambah pula dengan anjing dan nyamok diluar yang setiasa menyalak dan berdesing sangat mengganggu ketenteraman Malaysia. Buang dan hapuskan segala yang busuk barulah UMNO kelihatan segar dan wangi lantas dapat menarik minat rakyat. Jika tidak tunggulah kehancurannya. Semuga TS punya keberanian untuk bertindak.

    Muhammad Muhd Taib says

    Keberanian itu perlu datang dari setiap ahli umno untuk berubah menjadi sebuah parti melayu yang kuat dan gagah. Kalau saudara ahli umno, saudara juga perlu berani untuk berubah dan melakukan perubahan kearah kebaikan

  16. malayamuda Says:

    semua yang ade di dunia ini akan terkorban dan musnah satu hari nanti.

    nothing is permanent………. pengerusi tetap pun tak tetap untuk selama lama nyer……

    begitu juga dengan UMNO…….. satu hari nanti UMNO pun akan menjadi sejarah tanah air…… itu adelah teori Darwin yang dipanggil ” evolution”. Sesiapa yang cuba melawan teori ini akan terkorban…..

    Muhammad Muhd Taib says

    Bagi saya komen saudara satu peringatan untuk kita semua. Malah hidup ini juga tidak kekal

  17. PERMATANG PAUH Says:

    tahniah tan sri

    Muhammad Muhd Taib says

    Sama-sama. Saya pernah menjadi ‘imam’ satu ketika dan juga pernah menjadi ‘makmum’. Yang penting dalam umno bukan jawatan untuk kita menyumbang dan membina kekuatan bersama

  18. mindasegar Says:

    Salam TS

    Kalau bandingkan mana-mana negara di Asia tenggara /Afrika/Asia kecuali jiran kita Singapura telah capai kemajuan yang jauh. Tapi cuma 50 tahun merdeka sudah jauh di hadapan. Kalau nak banding dengan Filipina macam mana lak!

    Mungkin sebab ramai yang rakyat hidup aman dan senang jadi perbandingan yang dibuat cuma keaadan sebelum dan sekarang dalam negara ni saja. Maklumat dibaca dan percaya cuma dari sumber-sumber yang sempit/terhimpit. Jadi macam duduk dalam kepompong yang kecik..apa yang nampak,rasa dan kenal itu saja dibuat kesimpulan.

    Umno memang relevan, cuma ahli-ahlinya yang ada kedudukan dalam parti mungkin ada yang tak relevan sebab dah lari dari prinsip asal penubuhan UMNO.
    Cuba buat perbandingan berapa peratus rakyat yang miskin sebelum merdeka dan selepas 50 tahun merdeka… kalau ada sekarang sebenarnya kalau sihat, tak sakit kronik kalau nak kerja tentu tak miskin. Kalau tidak masakan lebih dari 2 juta rakyat asing bekerja di Malaysia. Kalau digantikan semua rakyat asing dengan orang miskin di Malaysia sudah tentu ‘takde’ lagi orang miskin.

    Dasar kerajaan tidak membebankan rakyat(Kerajaan BN) Sampai sekarang masih releven. Contoh hospital. Kalau sakit biasa bagi warganegara bayar cuma RM1 dapat ubat dapat rawatan. Rawatan pakar RM5 dengan ubat sekali (pesakit luar). Ada lojik ke kadar macam tu sekarang. Cuba pergi kedai beli penadol- dengan RM1 berapa biji dapat beli???

    Harga beras….ini masalah harga Global! Di Thailand petani padi tidur atas padi/beras takut kena curi! DiFilipina harga beras sekilo paling murah RM2.10 itupun tahun 1996 (dah lebih sepuluh tahun dulu!) Harga petrol di Myanmar RM6 ringgit seliter!! Cuba bandingkan!!! Tanggung motor cup lagi mahal untuk kereta kat sini!

    Sejarah…masa nak merdeka apa kata parti lain(pembangkang) dari UMNO ‘Nak bikin jarum sebatang pun tak mampu ni lak nak merdeka’….tapi Umno masa tu dah 50 tahun relevan!! Tu sebabnya Allahyarham Tunku Abdul Rahman berjuang untuk merdeka.

    Umno memang relevan tapi Pakatan Rakyat cuma tumpang tuah pada orang yang kecewa dengan pemimpin Umno!

    Kepada pemimpin-pemimpin UMNO! Mu’asabah lah sejujur-jujurnya pada diri sendiri. Kalau dengan tulus ikhlas matalamat perjuangan luar dari asal tubuh UMNO…dengan ikhlas undur diri…tak perlu disuruh/paksa… kalau masih dalam landasan cari mana kelemahan perbaiki lagi semoga terus maju rohani dan jasmani

    Untuk pakatan rakyat….kau orang memang tak releven…dah jadi pemimpin pun dok cari salah BN…Sepatutnya bila dah dapat mandat terima saja tanggung-jawap bukan asyik jawap aje..bila rasa tak tau nak buat apa suruh bekas MB/KM jawap..apalaa takut terima tanggung-jawap ke? Tapi nak jadi hero!

    Wasalam

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih saudara atas pandangan dan kajian yang dibuat. Saya hargai pandangan saudara

  19. Harimau Menaip Says:

    Tahniah Tan Sri;

    Perubahan yang bagus. Lebih ceria. Semoga penulisan TS lebih kerap.

    Minta pesan pada DS Ali Rustam, blog beliau tu dah tutup kedai ke?

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih. Saya tidak ada komen tentang perkara berkaitan orang lain

  20. Harimau Menaip Says:

    Lupa pula…Selamat hari jadi pada PEKEMBAR (Per. Keb. Melayu Bersatu)

    Assalamualaikum.

    http://harimau-menaip.blogspot.com/

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara Harimau
    Saya tertarik dengan artikel SIAPA MELAYU yang saudara publish kat blog saudara. Semuga kita sama-sama menghayati siapa kita dan siapa melayu kita.

  21. Tai Khai Eong. Says:

    TS, sokong kata Pak Tam. Tentang pembelian kapai selam tu sepatutnya perjelaskan masa belum nak pru hari tu. Ni semalam baru habaq kat parlimen. Nasi dah jadi bubok dah TS.

    Umno mesti kembali ke asal perjuangan. Tak payahlah dok pakai kenderaan mewah-mewah. Peminpin harus bersama rakyat. Ikutlah contoh nabi Muhammad sebagai seorang peminpin agung bagi orang islam.

    TS, beritahu orang atas Umno, usahlah ambil tindakan terburu-buru terhadap mereka yang dikatakan sabotaj Umno sehingga Umno kalah teruk pada pru12 yang lalu. Mereka yang berbuat begitu mesti ada sebab-musababnya. Saya yakin TS, mereka masih sayangkan Umno lagi. Cuma, itulah sahaja jalan yang ada untuk mereka menyedarkan para peminpin Umno yang sedang lena tidur.

    Cuba TS fikir, mengapakah pada pru12 ini, kertas undi yang rosak begitu banyak? Yakinlah, mejoriti yang sabotaj Umno ini masih sayangkan Umno dan mereka tak mau Umno dihancurkan oleh golongan yang mementingkan diri mereka. mereka yang sabotaj ini seperti yang saya sebut di atas, sudah tiada jalan lain untuk menyedarkan para peminpin Umno yang lena tidur. Cuma jalan sabotaj adalah jalan terbaik.

    Dalam soal banding-membanding ni, dalam islam ada kata, kita kalau nak buat perbandingan, kita harus tengok kepada yang lebih teruk daripada kita. Dengan cara sebegini, kita akan lebih banyak bersyukur pada tuhan. Tak guna sekiranya kita membuat perbandingan dengan negara yang lebih maju berkali ganda dari kita.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih Saudara Tai. Saya perhati saudara begitu konsisten dan rajin menulis dan memberi komen tentang umno. Teruskan kerana pandangan orang seperti saudara juga merupakan kaedah yang digunakan oleh umno untuk mengetahui suara sebenar akra umbi masyarakat

  22. UMNOGOMBAK Says:

    Salam Tan Sri,

    Saya amat bersetuju bahawa UMNO masih relevan dan buktinya UMNO sebenarnya masih memenangi banyak kerusi Parlimen dan DUN, parti komponen yang kalah banyak.

    Tetapi perlu diakui juga ada sesetengah kawasan seperti di Parlimen dan DUN-DUN di Gombak, yang tidak relevan adalah calon-calon UMNO. 3 calon UMNO kalah walaupun majoritinya dan lebih 2/3 adalah pengundi Melayu. Banyak masalah Individu yang menjadi kekalahan UMNO dan ini berlaku dikebanyakan tempat di Selangor. Jika pemilihan yang tepat dan tidak mengenepikan laporan dari akar umbi saya percaya Selangor masih boleh diselamatkan.

    Pemimpin UMNO di Gombak semakin tidak relevan apabila Ketua Bahagian, Dato’ Ahmad Bujang melucutkankan jawatan Setiausaha dan 2 org AJK lantikannya tidak sampai 24 jam selepas perjumpaan dengan Tan Sri di K Klub pada 29hb April 2008. Tan Sri boleh merujuk pada Blog UMNO Gombakl seperti dibawah untuk mengetahui cerita selanjutnya.

    Perpaduan UMNO Gombak yang diucapkan oleh Ketua Bahagian di depan Tan Sri dicabuli sendiri oleh beliau setelah tidak dapat tidur malam memikirkan hentaman dasyat dari akar umbi didepan Tan Sri.

    http://umnogombak.blogspot.com

    Wassalam

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih Orang Gombak. Saya ingat nak link blog saudara dengan website saya. Sama-sama la kita perkuat dan perbetulkan umno antara kita. Semoga umno terus kekal dan relevan untuk anak cucu kita

  23. XFILE Says:

    Salam buat semua.
    Selamat ulang tahun ke 62 UMNO.
    Bukan UMNO yang berubah, tetapi pemimpin yang menerajuinya baik diperingkat cawangan dan bahagian yang terlalu tamak kuasa. Selalu memancung sesama ahli. Kalau ada yang cerdik sedikit terus dipancung. Maka, beralihlah kami golongan muda mencari arah sendiri.
    Kalau pemimpin begini terus ada di UMNO, rasanya UMNO tak relevan untuk golongan muda.

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara Xfile
    Kita mungkin tidak boleh mengubah dunia tetapi kita boleh mengubah diri sendiri. Kalau diri sendiri berubah maka berubahlah daerah, berubah lah negeri dan negara. Yang penting kita perlu ada keberanian untuk berubah

  24. Azmi Tukang Says:

    YB SENATOR TAN SRI,

    MEMANG UMNO RELEVAN,AHLINYA YANG TAK RELEVAN,KAJIAN PERLU AHLI ADA KUALITI BUKAN KUANTITI,RAMAI SANGAT TAPI BERMASALAH,PAYAH PENING KEPALA,KALAU UMNO RELEVAN KENAPA ADA RAKYAT YANG MISKIN,MASIH GUNA AIR PERIGI(50 TAHUN DAH MERDEKA TAPI RAKYAT MANDI AIR TELAGA),JALAN KAMPUNG MASIH TANAH TAK BERTURAP TAR,JANGAN PILIH BULU ATAU KRONI ATAU GENG,FIKIRAN KETUANYA MESTI POSITIF MINDA KELAS SATU,TIADA SIKAP PULAU ORANG,LEBIH PROFESIONAL BULAN SIKAP KEBUDAK-BUDAKAN, WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG PILIH KETUA UMNO CAWANGAN,TIMBALAN KETUA,SETIAUSAHA CAWANGAN BUKAN KALANGAN GENG-GENG KAMI TAHU PAKAT DAH ATAU PENGERUSI KHARIAH MASJID ATAU LAIN-LAIN ORANG TU,TAK DAK ORANG LAIN,KERJA TAK TAU,BODEK TAU.JANGAN SUKA PANCUNG PERMOHONAN ORANG LAIN KEPADA YB,DO ATAU PEGAWAI JABATAN LAIN PERMINTAAN
    KAMI BUKAN AMBIL BANTUAN PEMEGANG JAWATAN KETUA CAWANGAN UMNO, JKKK,PENGERUSI KHARIAH.

    TEROPONG,K/BATAS.

  25. antimamak Says:

    Ya…saya setuju UMNOtetap relevan, sekiranya ibaratkan UMNO sebagai poko, maka ini buat saya ketawa, jangan lupa dalam dunia alam, tiada apa benda pun berkekalan, tetapi hanya menunggu masa menjadi luput. 

    Kes UMNOsekarang bagai pokok yang kehausan air, daunnya semakin gugur, akarnya semakin kering, malah dahannya diserang anai anai

    Muhammad Muhd Taib says

    Kita harus menyiram semula air itu dengan semangat juang agar daunnya kembali segar menjadi tempat berteduh dan dahanya menjadi gagah kembali untuk t erus kita bersandar

  26. burn Says:

    askum ts,

    blog ts serupa suratkhabar arus perdana yg pro umno/bn
    blog ini tidak mempaparkan komen yg benar atau pun yg pedas2.
    jika ts nakkan komen mengampu saja lebih baik tutup saja blog ini
    umno kecundang pada pru ke 12 pun di sebab pemimpin2 umno hanya mendengar info dari pengampu yg menyedapkan telinga pemimpinnya saja.

    sekian.

    Muhammad Muhd Taib says

    Kalau saya hanya paparkan komen yang mengampu mungkin juga pandangan saudara ini saya tak publishkan.

  27. anak kampung Says:

    Jika Umno ingin terus relevan UMNO harus bersedia untuk berubah. Berubah dari segenap segi dan memperlihatkan objektif yang jelas dalam usaha-usaha untuk kesejahteraan rakyat.UMNO sebuah parti politik orang Melayu akan kekal relevan selagi ada orang yang mengaku dirinya Melayu di negara ini.

    UMNO perlu bergerak sebagai sebuah parti politik sebenar dan bukan lagi hanya sebagai sebagai badan sukarela yang melaksanakan aktiviti sosial. UMNO perlu jelas ia bukannya pertubuhan belia, sebagai mana yang berlaku sekarang.

    Pemuda UMNO kini tidak lebih dari Belia 4B sahaja. Bagaimana UMNO mampu menarik sokongan anak-anak muda Melayu terhadap UMNO sebagai sebuah parti politik sekiranya ia hanya duplikasi Belia 4B. Mengadakan pertandingan sukan,expedisi motosikal dan lain-lain tetapi meninggalkan proses pengkaderan untuk UMNO. Meletakkan prasyarat menjadi ahli untuk menyertai pertandingan anjuran UMNO tidak menentukan mereka akan kekal dan terus menyokong UMNO. Realiti sebenar Pemuda UMNO sekarang, boleh dilihat semasa persidangan peringkat cawangan. Ketua Pemuda hanya boleh bermegah dengan senarai keahlian yang ramai sahaja tetapi apabila diadakan mesyuarat, korum pun tak cukup. Bila ada pertandingan diperingkat cawangan dan bahagian, mati rumput depan rumah. tak henti-henti berkunjung ke rumah-rumah ahli untuk mendapatkan sokongan. Ada yang disogok dengan wang ringgit dan habuan dan ada yang dijanjikan wang ringgit selepas menang. Tapi bila dah menang dah dapat jawatan batang hidung pun payah nak nampak di kawasan kerana mengejar menteri-menteri nak dapatkan projek untuk diri sendiri hingga sanggup menipu menteri-menteri kononnya untuk membantu UMNO.Ini adalah hakikat yang perlu orang UMNO kena akui. Bila buat program mesti ada seragam yang hebat. Kulit sahaja nampak gah dan hebat tapi isi dalam tentang perjuangan bangsa kosong. Yang ada dalam kepala macamana nak jadi kaya dengan jawatan yang ada.Suku sakat yang dapat tempias habuan tentu lah okay semuanya tapi yang tak dapat jadi frust. Mulalah gerakan untuk jatuh-menjatuhkan. Tidak kah UMNO sedar UMNO kini macam satu perniagaan. Perjuangan diperdagangkan untuk mendapatkan keuntungan dan habuan yang tidak seberapa. yang hipokrit mendapat tempat kerana ada wang ringgit; kalau tak ada pun ada yang sanggup sponsor untuk menentukan sokongan. Ahli pula hilang maruah diri macam peminta sedekah, meminta-minta habuan untuk undi,menjual undi untuk balasan.kalau ramai yang bertanding lagi seronok, lagi meriah. Macam kanak-kanak dihari raya mengutip duit raya. Alasan boleh pakai juga, bila lagi, nanti bila dah menang mereka senang bukannya nak ingat kita dah, masa inilah nak sapu.

    Inilah sebenarnya yang berlaku. Keikhlasan dan kejujuran tidak lagi diperhitungkan. sumbangan terdahulu tidak lagi mendapat perkiraan. Si Ahli menjaja sokongan, pemegang jawatan membeli sokongan. Maka yang tidak berkelayakan mendapat tempat. Perjuangan bangsa tergadai dan terkorban. Kehancuran terundang. Kiamat itu kehancuran dan bukankah salah satu tanda-tanda kiamat itu ialah memberi tanggungjawab kepada yang BUKAN AHLINYA.

    UMNO terlupa, mungkin betul juga kata-kata Mahathir, ” Melayu mudah Lupa”. Lupa sejarah bangsanya yang dulu dijajah. Kejatuhan empayar Melayu adalah kerana pembesar-pembesar Melayu terlalu leka dengan kemewahan. Kebajikan Rakyat diabaikan. membuka ruang kepada oportunis mencuri kesempatan; membuka ruang kepada kapitalis mengaut keuntungan; Nasionalis dipinggirkan. Ianya buka berlaku kepada Empayar Melayu sahaja bahkan berlaku kepada empayar Osmaniah Islam dan lain-lain empayar agung dunia.

    Ia juga berlaku kepada parti-parti politik ulung di dunia ini juga. Parti Kongres India di India yang mendapatkan kemerdekaan INdia dari british sebagaimana UMNO di Malaysia juga akhirnya hilang kekuasaan politik.Liberal Demokratik Party di Jepun, GOLKAR di Indonesia dan lain-lain lagi. Mereka yang melupakan sejarah tidak akan berjaya mengatur langkah kejayaan di masa depan kerana gagal untuk belajar dari kesilapan silam. Orang Melayu diajar sejarah untuk medewakan kejayaan lampau tetapi tidak diajar untuk menilai kesilapan lampau untuk mengorak langkah kehadapan.

    UMNO tidak hilang sokongan daripada generasi lama tetapi tidak mendapatkan sokongan dari generasi baru. Usaha UMNO menambah ahli dan mendaftarkan ahli-ahlinya sebagai pengundi tidak menyumbang ke arah kejayaan UMNO dalam pilihanraya. Satu remedi perlu dicari untuk memperkasakan UMNO. Satu istilah yang yang terlalu besar untuk UMNO. Mungkin untuk memPERKUKUHkan UMNO lebih sesuai. Pemimpin kita terlalu teruja dengan nombor. mencari Kuantiti tetapi tidak mengusahakan KUALITI. Fikir-fikirkanlah kita bersama.

    Sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia tentunya berat tanggungjawab Tan Sri untuk mengembalikan kepercayaan dan sokongan terhadap UMNO jika pada masa yang sama masih terdapat oportunis dan kapitalis yang berterusan cuba untuk mencari keuntungan mencuri kesempatan di masa sukar.

    UMNO perlu bersedia untuk menerima FRESH BLOOD ke dalam UMNO. Bersedia memberi ruang dan kesempatan kepada golongan pemimpin muda untuk berkhidmat dalam parti. menganjak paradigma perjuangan bangsa ke aras yang lebih tinggi, sesuai dengan kehendak-kehendak semasa. UMNO memerlukan politi yang berkualiti, berilmu dan jujur ikhlas. Bukankah mereka ini adalah hasil perjuangan UMNO?? Mengapa perlu dicurigai dan digeruni?? Sikap hasad dengki, tamak haloba, berburuk sangka dan gila kuasa sehingga tidak tahu bila patut berundur perlu dikikis dari hati sanubari politi UMNO. Yang perlu disingkirkan adalah Raja-raja Mandaliar dan sikitol-sikitol dari UMNO.

    BangsaMelayu masih memerlukan UMNO dan UMNO akan kekal relevan untuk BangsaMelayu sekiranya UMNO bersedia untuk menerima dan mengorak perubahan samada dari sudut kepimpinan dan perjuangannya….HIDUP MELAYU.

    Muhammad Muhd Taib says

    Menarik pandangan saudara. Sejarah ini umpama cermin belakang ’sidemirror’. Kita hendak memandu ke hadapan tetapi perlu memandang atau menjeling kebelakang melalui cermin sisi kereta. Kenapa kita perlu memandang ke belakang sedangkan kita hendak memandu ke hadapan. Cermin sisi itulah sejarah kita

  28. C-bOk Says:

    Perjuangan perlu konsisten.

    Walaupun perubahan itu perlu, pastikan originaliti perjuangan UMNO dikekalkan. Insyaallah dengan niat baik, segala-galanya akan menjadi baik.

    http://c-bok.blogspot.com

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih saudara Zainal. Kalau ada masa keraplah lontarkan pandangan disini untuk kita kongsi bersama

  29. Mohd Khairuddin Says:

    Cakap saja memang mudah. Yang penting adalah ‘action’.
    Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada UMNO.

    Cakap saja “Kita cekap, bersih and amanah”
    Sebut saja nama Zakaria Mat Deros. Sudah cukup mecemarkan nama UMNO.
    Nak rakyat ikut undang and peraturan tetapi pemimpin sendiri mengabaikannya.

    Yang paling hina adalah kedai Indon yang mempunyai ‘perlindungan’ daripada seorang ahli UMNO.
    Lagi menghina adalah perkara ini dibuat dekat Masjid Jamek.
    Ahli UMNO ini memang tiada perasaan malu.

    Mencuri duit zakat pun tiada tindakan.

    Saya nak percaya UMNO adalah untuk melindungi Melayu,
    tetapi tiada tindakan untuk menghalau and membuang pengkhianat UMNO.
    Tiada tindakan adalah sama seperti UMNO sokong perbuatan hina itu.

    Saya sudah kecewa dengan UMNO.
    UMNO sudah dapat kanser, tetapi tidak ada tindakan memotong kanser itu.

    Sekarang saya memang rasa serba salah kerana sudah mempunyai fikiran melompat ke PAS.
    Tetapi saya masih harap UMNO akan berubah dan menunjuk kepada ahlinya yang UMNO memang bertekad untuk membuang ‘kanser’ yang merosakan nama baik UMNO.

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara Khairuddin
    Terima kasih kerana saudara masih lagi ada ‘hati’ untuk umno. Sama-sama lah kita berubah untuk kesinambungan perjuangan ini

  30. sabah Says:

    apa itu melayu, kita dalam malaysia adalah warga negara malaysia, kenapa mesti ketuanan melayu yang dibangakan, adakah selama ini melayu menjadi antara bangsa yang paling maju dimalaysi berbanding dengan china dan india. kenapa tidak bangsa malaysia. secara rata semua warga negara malaysia.

    Muhammad Muhd Taib says

    Untuk saudara saya cadangkan melawat laman web kawan kita ne. Disana mungkin ada jawapannya
    http://harimau-menaip.blogspot.com/

  31. shah efendy Says:

    Assalamualaikum YB Tan Sri,
    Tatkala YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan untuk meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri, ramai yang menangis (termasuk saya). Seluruh rakyat bimbang dan berteka teki akan ke mana nanti arah tuju masa depan orang Melayu yang merupakan tonggak dalam memacu kejayaan negara selama ini. Mampukah pimpinan yang dinamakan nanti menyambung gagasan yang ditinggalkan oleh Tun. Hari-hari yang seterusnya menjadi polemik yang seakan tak berkesudahan. Media dari dalam dan luar negara begitu berminat membuat pelbagai analisa dan ramalan mengenainya. Dan, akhirnya apabila nama Pak Lah diangkat menerajui kepimpinan menggantikan Tun, beliau telah berjaya ‘menterbalikkan’ segala ramalan-ramalan yang kebanyakannya bersifat prejudis dan negatif itu. Gaya kepimpinannya yang penuh hemah itu telah sedikit sebanyak membantu pencapaian terbesar BN dalam PRU11. Manakala imej ‘Mr Clean’ yang dilabel oleh rakyat sendiri menjadikan Pak Lah semakin hari semakin disenangi oleh khalayak umum.

    Namun demikian, ekoran daripada pelbagai isu yang timbul (juga termasuk isu-isu lapuk kepimpinan lama) telah mencalar kepimpinan Pak Lah yang akhirnya ‘membantu’ kekalahan BN pada PRU 12 yang lalu. Kata orang Pak Lah lemah, dipengaruhi oleh ‘orang keliling’, tidak tegas dan sebagainya. Saya difahamkan era Tun M, seluruh anggota kabinet pada ketika itu seperti guru berhadapan dengan pengetua (yang garang dan tegas) lagaknya. Masing-masing ‘menikus’. Tetapi, pada era Pak Lah dikhabarkan musywarah berlangsung dalam situasi yang cukup selesa. Semuanya terbuka untuk menyatakan pandangan. Dan, ini menyerlahkan lagi prinsip Islam Hadhari seperti yang digagaskannya.

    Secara jujur, saya berpandangan bahawa banyak sekali faktor penyumbang yang menjadi penyebab kekalahan BN pada PRU12 yang lalu. Tetapi, tentulah dalam apa perkara sekalipun, sipeneraju utama akan dipersalahkan apabila berlaku situasi seperti itu. Apa yang pelik, diketika Pak Lah mengakui hakikat tersebut ‘pemimpin-pemimpin’ yang lain seakan menuding jari ke sana ke mari. Kekhilafan diri sendiri langsung tak diakui ! Kesian Pak Lah. Sehingga ugut mengugut ‘keluar parti’ pun ada !

    Sebenarnya ‘nasi masih belum menjadi bubur !’. BN masih menerajui tampuk pemerintahan negara. Dan, UMNO masih lagi relevan kepada orang Melayu. Dalam politik yang tidak pernah menjanjikan hari indah dan selesa sentiasa ini, adalah lebih baik untuk kita bermuhasabah diri. Janganlah hendaknya ditambah kekalutan yang sediada, hanya semata-mata kerana mengejar impian yang bersifat peribadi. Orang UMNO harus terus berjuang untuk memenangi kembali hati pengundi setianya yang kini sudah beralih arah. Saya melihat ‘parti-parti di sebelah sana’ sentiasa aktif berceramah dari waktu sebelum dan selepas pilihanraya. Itu amalan mereka sejak dulu. Bagi mereka, setiap hari adalah waktu pilihanraya ! Ramai tak ramai khalayak, dia tetap buat. Hairan, tetapi itulah hakikatnya. Sepanjang tahun sesi ceramah diadakan. Pemimpin yang berucap semuanya yang ‘brutal-brutal’ belaka ! Dalam tawa ada info yang dibawa. Sedikit-sedikit lama benda bohong jadi percaya.

    Saya fikir elok juga ditiru kaedah mereka. Ada saja isu, UMNO perlu buat roadshow. Terangkan kepada rakyat. Isu istana misalnya, cukup ‘cantik’ untuk diperjelas. Bawa pakar undang-undang sama. Jadikan ia sebagai paltform bagi menyediakan pelapis kepimpinan masa depan UMNO. Panggil pemimpin-pemimpin muda berucap. Gabungkan sekali dengan pemimpin-pemimpin veteran yang dianggap TSM (Tak Sayang Mulut) dalam BBC. Setakat ini individu-individu seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Sdra. Khairy Jamaluddin, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud), Datuk Bung Mokhtar, Datuk Tajuddin Ali (Pasir Salak) dan Datuk Mohamad Aziz (Sri Gading) memiliki ‘rating’ yang tinggi dan sentiasa ditunggu-tunggu untuk bercakap di khalayak ramai ! Buktikan bahawa mereka ini bukan calang-calang pemimpin. Sekarang ini RTM menyediakan ruang promosi Parlimen. Inilah masanya orang kita nak tengok pula debat secara sihat berlangsung di hadapan mata mereka sendiri.

    Rakyat sebenarnya sudah jelak dengan ceramah pembangkang yang balik-balik itu-itu juga. Tetapi, mereka tiada pilihan. UMNO perlu menyediakan pilihan itu. Saya percaya dengan lahirnya ‘bintang-bintang’ UMNO yang telah digemerlapkan oleh siri siaran langsung Parlimen mirip program realiti TV, maka satu aliran baru akan menjelma di mana Ceramah / Pidato UMNO akan menjadi kegilaan masyarakat umum. InsyaAllah.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih atas pandangan saudara. Ada input dan rasionalnya

  32. ladasider Says:

    Tan Sri,

    42 tahun UMNO berkhidmat kpd rakyat kemudiannya diharamkan dalam tahun 1988 hasil dari episod Team A dan Team B. UMNO lama telah berkubur. Sebagai seorang bekas guru, sempena hari guru ini saya nak mengingatkan Tan Sri supaya tidak memutar belitkan sejarah. Walaupun hitam tetap kena terima.

    Episode yang sama hampir berlaku dengan timbulnya satu team yang dikenali sebagai Team Wawasan yang menjatuhkan Tun Ghafar Baba dari jawatan Timbalan Presiden. Team yang diketuai oleh DSAI itu juga termasuk Tan Sri sendiri selain dari Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Rahim Thambi Chik, cuma kali itu tidak menjadi kesalahan kerana ianya direstui oleh TDM.

    Apakah kerana dalam UMNO ada perpecahan boleh menggambarkan bahawa perpecahan juga berlaku dalam masyarakat Melayu? Tidak bolehkah seorang ketua dipilih secara demokrasi tulin dalam Masyarakat Melayu? Masihkah masyarakat Melayu mengamalkan sistem fuedal, yang biasanya terpakai dikalangan golongan istana; takhta diwarisi turun temurun.

    Asas demokrasi, pemimpin adalah pilihan rakyat, bukan dilantik oleh pemimpin sebelumnya. Rasulullah SAw sendiri tidak menlantik sesiapa pun sebagai pengganti selepas kewafatan baginda. Apakah baginda tidak khuatir yang umat baginda akan berpecah seperti yang terjadi sekarang ini?

    Persoalan-persoalan ini perlu dijawab dengan minda yang terbuka, kerana minda adalah seperti payung terjun, berfungsi jikanya terbuka.

    Sekian.

    Muhammad Muhd Taib says

    Mahu tidak mahu kita kena mengakui bahawa umno itu adalah rujukan kepada melayu. berpecah umno maka tempiasnya terkena melayu. Sebaliknya kuat umno kuatlah melayu

  33. Chek Malek bin Hussain Says:

    YB Senator Tan Sri,

    Kenapa orang melayu undi parti lawan di 5 negeri?Sebab Umno termasuk YB kawasan,janji YB kata akan turap jalan,bantu kemudahan asas(air bersih) semasa piliharaya ke 11,tapi tak tunai,Pemilik rumah PPRT dikampung ptg kuang bekalan api(dah dipasang lepas election)tapi bekalan air belum lagi dipasang?La buang air besar dan mandi bagaimana?Turap jalan,rumah kampung laluan dihadapan jalan yakni kampung boleh dipandang oleh YB dulu cepat macam cikgu Nordin bin Ahmad dan Kampung kampung setumpok ditarkan kerana kroni depa kami orang luar ke?,tapi kampung 18 rumah dipinggirkan dan dianaktirikan,sebab tu sokongan terhadap umno makin berkubur dan saya percaya kata-kata dan janji kalau tidak ditepati akan terus jadi tidak relevan,sejarah membukti parti golkar berkubur buat selama-lama akibat begini keadaannya.

    Muhammad Muhd Taib says

    Sebab itu umno cepat sedar untuk berubah dan mungkin apa yang berlaku kepada Golkar dan Kongres boleh dipelajari dan dijadikan iktibar oleh kita

  34. Azmi buaya Says:

    YB TAN SRI,

    BUAT SOAL SELIDIK SIAPA MASUK PARTI SECARA IKHLAS, SIAPA MASUK UMNO NAK PROJEK?SIAPA MASUK UMNO KERJA SUKARELA TOLONG PARTI TAKMAU PROJEK,MEMBELA RAKYAT,SIAPA MASUK UMNO UNTUK JAGA KETUANAN MELAYU?SIAPA MASUK UMNO TOLONG MELAYU YANG TIADA KEMUDAHAN ASAS SEPERTI JALAN DITURAP,BEKALAN AIR BERSIH BUKAN PERIGI.JUSTERU DENGAN SOALAN-SOALAN DAPAT DIPASTI MEREKA MASUK UMNO SECARA IKHLAS,KALAU KURANG 50%,KENA BEDAH SIASAT SEMULA KENAPA TIADA INTERGRITI DALAM UMNO YANG DILAUNGKAN PAK LAH.

    RENUNG-RENUNKAN LAH NASIB UMNO KEMUDIAN HARI SUPAYA IA TERUS RELEVAN BUKAN BERKUBUR.

    TERIMA KASIH.

    MAHU KEMAJUAN DALAM RMK 9,JANJI DIKOTA DALAM DAERAH SPU.

    Muhammad Muhd Taib says

    Kita tidak boleh sekat atau tapis keahlian dalam umno. Yang sebenarnya setiap individu ahli parti perlu bertanya diri sendiri untuk apa dia/aku masuk umno

  35. Umno Cawangan Bukit Ampang Says:

    A.kum TS,
    Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun UMNO yg ke 62tahun Khasnya kepada TS dan kepada semua ahli maupun di peringkat cawangan , bahagian , perhubungan dan pusat dan juga kepada pemimpin tertinggi.Bersama-samalah kita berdoa agar parti keramat ini teguh selamanya dan terhindar dari kejahatan dan keburukan serta fitnah.-amin-

    Muhammad Muhd Taib says

    Untuk saudara dan seluruh pimpinan serta ahli umno cawangan Bukit Ampang juga

  36. HardTalk Says:

    Salam Tan Sri,

    Dengan sokongan yang tak berbelah bahagi oleh 2000 orang semasa sambutan ulangtahun ke 62 UMNO yang lalu memang tidak disangsikan UMNO masih relevan.

    Lihatlah pada Pakatan Rakyat mereka cuma mampu kumpulkan 10,000 orang di Padang Kelab Sulaiman walaupun menghadapi halangan Polis dan juga mereka hanya mampu kumpul 50,000 orang sahaja di Stadium Perak.

    Padan muka mereka kan Tan Sri.

  37. orangtua Says:

    tansri,
    umno ni dah teruk sangat sekarang, dari pucuk ke akar dah buruk(rot), kalau nak remain relevan boleh tapi iannya akan mengambil masa yang panjang,at this rate sudah tentu bn/umno akan kalah PRU13. The best thing to do is tubuhkan another umno “baru” seperti yang dilakukan oleh TDM dulu.Start from scratch,better late then never, screen the membership thoroughly so as leaders and members genuinely aspire to dedicate themselves for agama,bangsa dan negara for a better malaysia. thanks

  38. XFILE Says:

    Salam buat semua.

    Sejarah tak boleh dipalsukan. Sejarah akan sentiasa berulang.
    UMNO di masa ini tak ubah umpama British yang menjajah Malaya membawa bersama Malayan Union. Fikir-fikirkanlah….

    BAHASA JIWA BANGSA
    Apabila Jepun manawan Tanah Melayu perkara utama yang dilakukan ialah mendidik rakyat tempatan dengan bahasanya. Hingga hari ini masih ada yang boleh berbahasa JEPUN.
    Tetapi UMNO pada hari ini telah membunuh Jiwa Bangsa Melayu. Dengan membunuh Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Bahasa Melayu kini ibarat melukut di tepi gantang di Negara sendiri. Sedangkan yang membuang Bahasa Melayu itu bernama Melayu. Berkurun lamanya perjuangan pejuang lama mendaulatkan Bahasa Melayu terkubur angkara cucu sendiri. Memang sukar mengakui kesilapan, tetapi kesannya adalah amat dasyat. Tidak usah berbangga dengan nama Dunia Melayu, kalau tidak membina jiwa Melayu itu sendiri. Tidak Usah memakai nama Melayu, jika membuang bahasa Melayu itu sendiri.
    UMNO tidak relevan untuk Melayu…

  39. azmi Says:

    Tan Sri..
    ada orang mengatakan blog TS hanya untuk pengampu sahaja..blog TS kononya sama sahaja seperti media arus perdana yang pro umno/bn..pada saya senang sahaja TS..ORANG SEPERTI ini kalau sudah muak dengan apa yang tertulis dalam blog TS, elok tak payah jenguk langsung..bukan menyusahkan mereka pun! Kita disini membincangkan perkara perkara yang boleh memberi manafaat dan faedah bersama..kita membincangkan sesuatu isu dalam situasi yang masih dalam ruang lingkup batas batas berbahasa. Kita tak ingin menjadi seperti sesetengah blog yang kerjanya asyik mencerca, memaki hamun, fitnah dan sebagainya…biarlah kita jadi pengampu kepada perkara yang benar daripada menjadi pengampu dan pengikut golongan yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih.semoga TS terus dapat mengeluarkan isu isu yang menarik dan bernas….sekian

  40. DAH Ikhwan Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Inilah kali pertama saya memberi respond di blog Tan Sri ini. Saya rasa apa yang TS katakan itu betul, pilihanraya ada pasangsurutnya dan ahli UMNO perlu bekerja keras untuk memulihkan kekuatan Parti, hanya surutnya pada kali ini terlalu teruk hingga kalah di Selangor. Fenomena ini sangat rumit kerana parti lawan sudah menduduki tampok kerajaan. Sungguh ia memerlukan pemulihan UMNO sendiri, tetapi itu tak cukup. UMNO perlu postmotem pilihanraya yang tepat untuk dijadikan asas strategi yang mantap untuk menawan balik Selangor.

    Sehubungan dengan ini saya telah membuat analysis statistik yang komprehensif untuk keputusan parlimen bagi Semenanjung Malaysia. Analysis ini telah menunjukkan 10% undi Melayu telah lari dari BN. Bagi undi kaum India pula kira2 65% telah lari , dan undi Cina, 18%. Ini sungguh drastic dan mungkin di Selangor lebih teruk lagi. Saya sedang menggumpul data untuk Selangor dan Insya Allah membuat analysis serupa khas untuk Selangor.

    Apa yang saya rasa UMNO perlu menjauhkan diri dari isu isu perkauman yang boleh menyakitkan hati kaum lain, terutamanya kaum India yang pasti ramai di Selangor.Dalam waktu yang sama UMNO perlu meyakinkan kaum Melayu yang ia sentiasa menjadi safekeeper menjaga hak hak Melayu, dengan cara tidak Menindas kaum India dan juga Cina.
    Untuk artikel2 dan analysis yang lebih lengap sila ke blog DAH Ikhwan dialamat http://dahalmi.wordpress.com

    Sekian, wassalamualaikum, selamat berjuang.

  41. orang kampong Says:

    pada pandangan saya, kalau nak relevan buangkan fikiran ketuanan melayu itu dan pemimpin perlulah humble. orang malaysia hari ini tak sembah umno macam tuhan lagi.

  42. irfandina Says:

    Tan Sri,

    Saya selalu yakin dan percaya walau seburuk manapun tanggapan org ramai terhadap umno….umno tetap relevan kepada org melayu…cuma seharusnya pemimpin atasan bermula diperingkat bahagian dan nasional perlu lebih bermuhasabah diri….kekalahan pada tempoh hari seharusnya dijadikan sebagai pengajaran yg amat berguna kepada semua pemimpin atasan….dan saya menyeru kepada org melayu berhentilah menyalahkan umno kerana sesungguhnya umno itu tidak pernah bersalah tetapi hanya segelintir pemimpin tertentu yg menyebabkan umno tersungkur sebegitu rupa…

    bersempena dengan ulangtahun ke 62 umno saya menyeru kepada TS supaya terus melakukan yg terbaik demi untuk kelangsungan umno….seharusnya TS pasti dapat menggunakan kelebihan dan pengalaman TS didalam arena politik untuk meletakkan umno kembali ke landasan yg sepatutnya…

    kepada semua org melayu saya menyeru supaya marilah kita bersatu demi untuk survival bangsa kita sendiri dan marilah kita sama-sama babitkan diri dalam wadah yg satu demi untuk kebaikan agama, bangsa dan negara…..walaupun ada kelemahan disana-sini tapi janganlah kita menjadikan ia sebagai satu alasan untuk kita berpecah-belah…ingatlah pada saat dan ketika ini yg menanggung kerugian akibat dari perpecahan adalah org melayu itu sendiri manakala yg mendapat hasilnya adalah kaum bukan melayu…

  43. bat8 Says:

    UMNO ni masih relevan bagi mereka-mereka yang mempunyai kepentingan diri sahaja. Perjuangan memertabatkan kekuasan melayu oleh pemimpin-pemimpin UMNO tidak lebih sebagai justifikasi bagi mengaut kekayaan ekonomi untuk diri mereka dan kroni-kroni menggunakan platform DEB.

    Sebenarnya, sejak pilihanraya tahun 1990, UMNO telah melupakan kepentingan orang melayu.

  44. wan azmi Says:

    asalaimulaikum Tan SRi,
    semoga UMNO pulih semula dengan pendekatan yang baru, Tan SRI adalah pemimpin yang benar menjiwai Melayu sejak dari dulu. Peranan Tan Sri amat diperlukan dan semoga ada perubahan pemikiran orang melayu, segala apa yang berlaku ada hikmatnya
    dan dapat menyedarkan bangsa melayu, cuma kita perlu perbaiki aapa yang dirasakan oleh rakyat sebagai satu kesombongan politik.

    wan azmi(0179899305)
    su DUN Manek Urai

  45. Keris Junjung Says:

    XFILE (Adakah anda orang melayu?):

    Terus-terang cakap saja XFILE, parti mana yang paling relevan untuk orang melayu?

    PAS = ? PAS sudah tidak ada perjuangan negara Islam. Jangan bohong XFILE! Perjuangan PAS sekarang adalah NEGARA BERKEBAJIKAN. Mulut kata masih ada. On paper sudah tidak ada. Bukan putar belit ke nama dia tue?

    PKR = ? PKR sudah jadi parti untuk India pun ada. Stiker PKR kebykan di kereta-kereta India. PKR seperti anak yang menyalahkan ibu mengandung. Anak jahat, kita nk salahkan ibu mengandung ke?

    DAP = ? Ini semua orang sudah tau, ini parti dari dulu lagi tidak mahu orang melayu berkuasa di tanahair sendiri.

    TS, saya khuatir jika terdapat “mole” bukan melayu di dalam blog ini. “Mole” inilah yang paling bahaya sekali. Menyamar melayu kemudian bercakap seperti melemahkan orang melayu.

  46. alsakhawiy Says:

    asslamualaikum,
    selamat berjuang untuk bangsa agama dan negara
    sila lihat artikel dr asri zainal abidin yg berjawatan mufti perlis ,mengutuk UMNO, yang memperjuang bangsa.semua tulisannya mengutuk perjuangan saudara,apa komen YB…

  47. wan azmi Says:

    asalaimulkum TS,

    Mengapa berlaku keberanian bukan Melayu dalam memperkatakan isu ketuanan Melayu,
    Dimanakah pemimpin pemimpin melayu yang lain yang sepatutnya mempertahankan bangsa Melayu, adakah kerana fahaman politik dan gila kuasa memyebabkan membisu seribu bahasa, adakah kita menunggu sehingga semua nya menjadi bubur , sedangkan perjuangan yang sejati ialah perjuangan mempertahanakan umat Islam dan melayu dari terhina di bumi sendiri,
    saya berharap parti kita mempergiatkan lagi usaha untuk membuka minda melayu
    melalui program penerangan yang lebih hebat dan berkesan.
    adakan juga kursus penulisan blog kepada pemimpin peminpian melayu yang lain
    biar pemimpin bahagian tau keutamaan danketajamaan mata pena dalam membuka minda melayu
    berilah penekanan kepada program bantuan rakyat miskin, tiada guna lagi pembnagunan yang pesat jika masih ramai rakyat yang perlu rumah dan pekerjaan
    wujudkan tabung untuk peningkatan ekonomi dengan mengurang kerenah birokrasi
    adakan sistem delivery dan pemantau yang berkesan
    saya berharap itu semua mendapat perhatian YB TS

    Wan AZmi
    DUN Manek Urai
    (0179899305/

  48. Orang Kita BTHO Says:

    Salam Tan Sri,

    Asas perjuangan Umno ialah memperjuangkan hak bangsa Melayu dan membebaskan kemerdekaan yakni susulan rentetan peristiwa Malayan Union. Dari situ semangat berkobar-kobar membebaskan Tanah Melayu terus menebal sehinggalah tarikh keramat 31 Ogos 1957.

    Perjuangan hasil darah, titik peluh dan tidak kenal penat adalah asas perjuangan Umno 62 tahun lalu, tetapi walaupun Umno masih relevan untuk orang Melayu pada waktu ini, namun sifat menebal yang negatif dalam Umno masih wujud walaupun telah menerima tamparan hebat dalam PRU-12 lalu.

    Sedangkan, parti Pakatan Rakyat terus menerus dengan ceramah rakyatnya, Ahli-Ahli Parlimen mereka turun padang tanpa sebarang protokol. Hanya Tan Sri seorang sahaja yang turun padang tanpa protokolnya. Sedangkan pemimpin atas lain sebaliknya, mana Pemuda dan Wanita…langsung dengan egonya…Ahli-Ahli Parlimen Pas sebagai contohnya, tidak segan silu bertemu rakyat dan berceramah.

    Sedangkan, Putera - mana ketuanya - hilang tanpa berita dengan aktiviti-aktiviti agresif…bagaimana hendak pastikan Umno terus relevan…sedangkan Pakatan Rakyat di Stadium Ipoh dengan kehadiran 70,000 orang datang tanpa sebarang paksaan. Payah untuk melihat Umno berkeadaan sedemikian rupa, ttp inilah hakikatnya.

    Jangan menyombong ketidaktentuan kerana jika dilihat dalam Dewan Rakyat atau di lobi sahaja…kebanyakan pemimpin Umno bergelar YB masih tinggi hidungnya. Bagaimana rakyat atau bangsa Melayu ingin bertunjangkan kepada Umno kerana matlamat asalnya hanyalah sesuatu yang berkepentingan sahaja.

    Seharusnya pemimpin atas Umno membantu orang-orang Melayu profesional dan belia yang ingin membantu UMNO diberkan pertolongan terus untuk bersama-sama naik dengan generasi lama Umno. Sememangnya UMNO perluskan “fresh blood” yang baru. Ambil pemimpin yang masih putih untuk ke depan tanpa perlu ada sebarang kepentingan.

    Amin.

  49. JANGAN MENGAMUK Says:

    YB TAN SRI,

    PARTI UMNO SEJATI SEKARANG PERKATAAN MELAYU BANYAK DAH HILANG DAH,YANG TINGGAL KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD,APA LAGI WORD MELAYU?PEMIMPIN KERAJAAN PERLU FIKIR POSITIF MASALAH INI,JANGAN FIKIR NAK JADI PEMERINTAH DAN MENTERI TETAPI MELAYU DIPINGGIRKAN?PEMIMPIN AKAR UMBI MEMINGGIRKAN MELAYU SENDIRI? PEGAWAI TERTINGGI KERAJAAN HARUS TELUS PADA REPORT UNTUK KELULUSAN JABATAN LAIN APABILA RAKYAT POHON KEMUDAHAN ASAS SEPERTI BEKALAN AIR BERSIH,JALAN DITURAP,RUMAH PPRT,POHON NOMBOR PATEL TS ATAU TBP(PBT SEBERANG PERAI) ,INGAT ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT HARI INI DAN ESOK. BN ADA KEKUATAN KERANA UMNO RELEVAN,TAPI AWAS KITA TIDAK HARUS INGAT SIFAT BONGKAK,SOMBONG DAN TAKBUR DENGAN POWER YANG ADA,IANYA BOLEH DITARIK BILA-BILA MASA,OLEH SIAPA?RENUNG-RENUNGLAH SEJENAK DAN SETERUSNYA SUPAYA BANGSA MELAYU TERUS KUKUH,BERBAIK-BAIKLAH DENGAN SEMUA ORANG BUKAN PILIH KRONI TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA.

    PEJUANGAN UMNO BERTERUSAN

  50. xfile Says:

    Salam buat semua.

    Terima kasih keris junjung kerana mengingatkan saya.
    Saya orang Melayu yang menjunjung Jiwa Melayu berteraskan agama Islam. Bahasa JIWA Bangsa.

    Tidak guna memperkatakan tentang Parti lain di sini. Di sini ialah Blog UMNO.
    Jadi kita haruslah berani terima kenyataan jika kita telah membuat silap. Barulah lelaki namanya. Saidina Abu Bakar apabila telah melakukan kesilapan berani mengakuinya. Begitu juga tabik buat Pak Lah yang berani mengaku kesilapannya.
    Jadi kalau tahu mana silapnya, betulkanlah semula.

    Kalau UMNO mahu terus relevan untuk orang Melayu, maka pemimpinnya haruslah berubah secara keseluruhannya. Kalau UMNO sendiri tak mampu membawa jiwa Melayu, apakah orang Melayu boleh mengharap parti lain yang tak ada nama Melayu dalamnya. Contoh yang saudara beri PKR, PAS, DAP tak pun yang tak di beri MIC atau MCA.
    Apa yang MIC dan MCA lakukan bila isu bahasa di mainkan. Mereka berjaya mempertahankan bahasa mereka di sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
    Tapi UMNO terus melupuskan bahasa kita.

    Tak ada Parti lain di Malaysia yang menggunakan nama Melayu selain UMNO. Tapi kalau membuang JIWA Melayu, maka harapkan nama sahaja Melayu..Tetapi menjahanamkan Melayu itu sendiri.

    Kalau mahu tersu memperjuangkan Melayu, maka belajarlah TERAS Melayu. Jangan nanti ditanya apa itu teras Melayu pun tak tahu? Fikir-fikirkanlah…

  51. juraimizainal Says:

    TS,

    Perumpamaan “Buat Baik Berpada-pada, Buat jahat jangan sekali”.. Pada saya ini adalah ungkapan untuk pemimpin2 UMNO.. Fikir2 kan apa yg telah dilaku kpd sebelum ni… Saya tak pasti samada UMNO relevan ke tidak lagi…
    Tapi pada saya perjuangan syiar Islam lebih penting (wajib) dari perjuangan ketuanan melayu. Sebenarnya saya heran betul orang2 melayu islam khususnya UMNO ni, seolah-olah hidup didunia hanyalah pembangunan duniawi semata-mata… Tengoklah apa yg terjadi kpd muda-mudi melayu, keruntuhan akhlak etc… Agama islam tidak dijadikan way of life, tapi hanya keadaan@upacara tertentu… Macam mana kita nak jadi contoh kpd orang bukan islam.

    Ingatlah, kita tak akan ditanya tentang perjuangan ketuanan melayu diakhirat nanti, apakah kita telah menegakkan syiar islam semasa hidup… Telitikan, saya menasihati diri saya dan kawan2 yg lain. Wallahua’lam…..

  52. sampok Says:

    Terima kasih juga kepada Tan Sri kerana sudi berintraksi bersama kita orang dengan bahasa ibunda. Lain-lain blog VIP, semuanya mewakili pengundi-pengundi “orang puteh”…

  53. KV Ling gam Says:

    Relevan lagikah umno untuk masyarakat melyu atau dunia melayu.. Harus di fikir2kan sebab soalan ini timbul.., telah dipesan2 oleh yg tua2.. JGN… beraja di mata bersultan dihati.. kelak buruk akibatnya. relavankah che det kuar dpd umno.. pengasas umno `baru’..makin kusut dan rumit masalah umno jika tak di tangani dgn betul. Moga umno dpt di perbetul dgn segera setelah parah di mata umat melayu.

  54. Azhar Ahmad Says:

    YB Tan Sri,
    Saya terpanggil untuk turut menyatakan pandangan dalam laman web Tan Sri ini. Terpanggil bukanya apa kerana tidak tahan melihat ‘kurang bijak’ sesetengah daripada komentar yang singgah di sini. ‘Kurang bijak’ yang saya maksudkan adalah berhubung dengan pandangan kedudukan JKKK di Negeri Perak.

    Rata-rata yang memberi komen di sini bagi saya kurang arif dan berkemungkinan mereka tidak mengetahui duduk perkara sebenar. Sedangkan Tan Sri sudah menjelaskan dalam artikel terdahulu. Sepatutnya mereka yang singgah di sini cuba memahami situasi sebenar apa yang sedang dan akan berlaku berhubung dengan status JKKK di Perak.

    Sudah menjadi tradisi bahawa perlantikan Penghulu, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dibuat dengan persetujuan Menteri Besar setelah nama-nama tersebut dicadangkan oleh wakil rakyat kawasan masing-masing.

    Kaedah ini berlaku pada hampir semua kerajaan negeri termasuklah kerajaan negeri PAS di Kelantan dan satu ketika kerajaan PAS di Terengganu malah mungkin telah dan akan berlaku pada kerajaan PAS di Kedah. Apa yang peliknya perkara ini kerana perlantikan Penghulu dan Pengerusi JKKK adalah hak dan bidang kuasa kerajaan negeri.

    Tetapi apabila kerajaan BN tumbang di Perak dan kerajaan campuran memerintah selepas keputusan PRU12 baru-baru ini, sudah tentu Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan oleh BN sebelum ini. BN Perak tidak pernah menghalang dan mempertikaikan bidang kuasa dan hak kerajaan negeri dari segi perlantikan tersebut.

    Cumanya, apa yang berlaku di Perak baru-baru ini ada rentetan sejarahnya. Kesemua Penghulu dan JKKK di Perak yang dilantik dibawah kerajaan BN sebelum ini akan tamat tempoh perkhidmatannya pada bulan Disemberi 2008. Sudah tentu selepas tempoh tersebut satu ‘package’ Penghulu dan JKKK yang baru akan dilantik oleh PR. Satu lagi tidak ada perkara yang pelik dalam perkara ini.

    Namun, bagi Penghulu dan JKKK Perak yang merasakan bahawa mereka dilantik dan berkhidmat untuk kerajaan BN sebelum ini tidak mampu dan tidak terdaya untuk meneruskan khidmat dibawah kerajaan PR (itupun kalau dilantik semula) telah bersetuju secara pukal untuk melepaskan jawatan mereka bagi memberi laluan kepada kerajaan PR melantik pasukan baru yang direstui dan dipersetujui oleh menteri besar yang baru. Pun juga tidak ada yang peliknya.

    Bagi Penghulu dan JKKK yang bernaung di bawah kerajaan BN mereka mempunyai maruah dan harga diri serta sedar bahawa perlantikan dan peranan mereka adalah untuk BN dan jiwa serta perjuangan mereka juga adalah untuk Umno, sudah pasti mereka tidak berupaya untuk berkhidmat dengan pihak lain yang berbeza idelogi dan inspirasi parti.

    Pernah atau tidak kita terfikir, apa yang akan berlaku sekiranya kesemua penghulu dan JKKK sedia ada ini tidak mahu melepaskan jawatan mereka. Sudah tentu sukar bagi kerajaan PR untuk melantik barisan baru yang terdiri dari penyokong dan pengikut mereka. Pastinya akan wujud perpecahan besar di dalam kampong dan mukim tersebut. Kerajaan PR sepatutnya berterima kasih kepada kesemua penghulu dan JKKK ini yang telah memudahkan urusan pentadbiran kerajaan baru PR di Perak.

    Setelah kesemua penghulu dan JKKK ini meletak jawatan sudah pasti kerajaan pusat (untuk makluman kepada mereka yang kurang bijak ini, kerajaan pusat masih di kuasai oleh Barisan Nasional), sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tidak akan mensia-siakan peranan dan jasa penghulu dan JKKK ini.

    Maka, kerajaan persekutuan melalui Kementerian yang diterajui oleh YB Tan Sri Muhd Taib telah menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Persekutuan (JKKP). Melalui jawatankuasa ini kesemua penghulu dan JKKK akan diserap semula bagi membolehkan mereka berperanan sebagai agen persekutuan untuk kemajuan dan pembangunan kampong masing-masing.

    Bagi orang Perak sepatutnya mereka bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan terutama kementerian pembangunan luar Bandar dan wilayah. Dengan adanya JKKP ini kampong-kampung tersebut akan menikmati pembangunan dari dua sumber, satu dari kerajaan negeri dan satu lagi dari persekutuan.

    Tak kan la ini pun orang Perak tak boleh fikir. Satu rahmat kepada kita dan juga rahmat atas prihatin Barisan Nasional. Perlu di ingat BN hanya kalah di Perak tetapi tidak di pusat. Sedangkan kerajaan PR hanya memerintah Negeri Perak dan dua tiga negeri yang lain tetapi tidak kerajaan persekutuan.

    Ada rakan yang lain bercakap soal perpecahan. Kononnya adanya JKKP ini mewujudkan perpecahan di kampong-kampung. Jangan Pas ataupun Keadilan malah DAP hendak menjadi juara tentang perpaduan. Semasa BN memerintah lagi di Perak orang Pas dan Keadilan lah punca kepada segala perpecahan baik di kampong, di masjid, di sekolah (PIBG) malah dalam pertubuhan khariat kematian sekalipun. Pas la juara perpecahan sebenarnya. Jangan baru hari ini bila kerajaan persekutuan menubuh JKKP baru menuding jari kononnya BN punya kepada perpecahan.

    Kesempatan ini juga Tan Sri, saya menyokong usaha Tan Sri untuk terus memperkasakankan orang kampong melalui kementerian Tan Sri. Saya dah tengok bagaimana Tan Sri sanggup turun dan bermalam sendiri di kampong-kampung untuk melihat sendiri erti kemiskinan bagi penduduk kampong.

    Tidak salah rasanya, saya mengatakan bahawa Tan Sri adalah jelmaan Allahyarham Tun Abdul Razak Perdana Menteri Kedua yang sanggup menjenguk dan mengambil tahu kehidupan rakyat luar Bandar. Teruskan Tan Sri, kerana kekuatan bangsa Melayu dan Umno itu akar umbinya di kampong-kampung. Mereka adalah benteng terakhir Umno. Bukan bermakna orang Melayu Bandar tidak menyokong Umno tetapi hati mereka mudah goyah jika di asak dan di usik dengan berbagai isu. Tetapi tidak bagi orang kampong seperti saya.

    Minta maaf Tan Sri, agak panjang saya melontarkan komen di ruang siber ini. Namun, meskipun tidak bersua muka saya puas kerana saya percaya Tan Sri akan membacanya.

    Sekian, Terima kasih

    Azhar Ahmad
    Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Perak

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih Saudara Azhar. Saya harap pandangan saudara boleh dikongsi bersama rakan yang lain. Salam perjuangan

  55. MataHatiJohor Says:

    YB Tan Sri,

    Tidak dapat dinafikan UMNO akan tetap relevan sepanjang zaman kepada Orang Melayu. Yang tidak relevan adalah sesetengah kepimpinan UMNO yang mengambil semangat Hang Tuah menumpahkan ketaatan membabi buta kepada tuannya. Yang lebih lagi membosankan rakyat adalah pemimpin yang hanya pandai mengampu.

    Ramai Pemimpin UMNO hari ini tidak lagi bertuankan perjuangan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara. Sebaliknya pemimpin-pemimpin UMNO ini telah mengambil individu tertentu sebagai tuan menggantikan perjuangan yang sebenar. Keadaan ini semakin membarah dan telah mula merebak sehingga ke peringkat UMNO Cawangan.

    Dan apabila pemimpin sudah tidak bertuankan perjuangan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara, mereka ini sudah tidak mampu lagi untuk bersuara menentang kemungkaran dan kelemahan yang dilakukan oleh tuan mereka itu. Mereka ini mungkin berbahas di dalam mesyuarat dan membantah tetapi mereka tiada kekuatan untuk menyatakan pendapat mereka di luar bilik mesyuarat kerana sistem yang telah diwujudkan menghalang mereka berbuat demikian.

    Rakyat sudah lama memerhatikan keadaan ini. Rakyat tidak boleh terus dihidangkan dengan cerita-cerita gemilang sedangkan keadaan yang sebenarnya sungguh menyedihkan. Rakyat yang merasa sendiri kepahitan kesan sesuatu dasar yang dijalankan oleh kerajaan.

    Rakyat insaf bahawa UMNO dan BN lah yang telah membawa negara sehingga disegani diseluruh dunia. Rakyat sayangkan UMNO dan BN. Rakyat masih mahu UMNO dan BN memerintah negara. Oleh sebab itu, periksalah kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan 5 tahun sebelum ini. PRU12 adalah wadah rakyat bagi menyampaikan mesej ini setelah semua pintu ditutup oleh kumpulan KALI.

    Rakyat mahu pemimpin yang tegas dan kuat. Rakyat mahu pemimpin yang berani menyuarakan permasalahan rakyat. Rakyat tidak mahu pemimpin yang rasuah dan pernah melakukan jenayah. Rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya mengkayakan keluarga dan saudara maranya sahaja.

    Rakyat sudah jemu dengan dan bosan dengan kenyataan “Kerajaan akan memastikan kenaikan harga minyak tidak akan membebankan rakyat”.

    Jadilah Kerajaan Rakyat. Pemimpin datang dari rakyat. Pemimpin dijulang oleh rakyat. Pemimpin juga akan jatuh oleh rakyat.

    UMNO akan terus relevan sekiranya ianya terus berjuang untuk rakyat, dapat merasa denyut nadi dan keperitan rakyat, berusaha menyelesaikan permasalahan rakyat. Kembalilah bertuankan perjuangan yang sebenar untuk mengangkat maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Dengan bertuankan perjuangan yang sebenar barulah pemimpin akan dianggap pejuang bangsa yang sebenar.

    Sayangkan Bangsa Mu Nescaya Kamu Akan Sentiasa Memberikan Yang TerBaik Untuk Bangsa Mu.

    Wassalam.

  56. Harry Says:

    Assalamuaalaikum,

    Saya rasa pucuk pimpinan yg tak faham msg dari rakyat, bila saya maksudkan pucuk pimpinan ia berkenaan PM kita Pak Lah & Bekas PM kita Tun Mahathir.

    1) Pak Lah lihat atau tidak msg dari rakyat, secara keseluruhan PRU12 UMNO & BN berkuasa walau pun bukan majoriti. Saya tahu membina masjid, Tembok Cina, KLCC & lain-lain bukan di buat dalam sehari. Namun untuk menunjukkan kesan dalam pemerintahaan sebagai ketua negara boleh di buat dalam 1 minit, 30 minit, 1 jam, 1 hari, sebulan, setahun atau dlm beberapa thn. Contoh pengumuman kenaikkan gaji kakitangan kerajaan di buat dalam beberapa minit pengumuman dan perlaksanaan dalam beberapa bulan. Oleh yang demikian sekiranya Pak Lah merasakan tidak mampu untuk mengawal apa yg berlaku dalam UMNO atau membiarkan pengaruh keputusan di buat oleh orang lain sila lah mengikut saranan Tun Mahathir untuk letak jawatan salah satu di dalam UMNO atau sebagai PM.

    2) Msg kepada Tun Mahathir tolonglah memberi contoh atau teladan kepada Rakyat amnya UMNO, jgn kerana marahkan nyamuk habis kelamb di bakar.

    Assalamuaalaikum,
    Terima Kasih TS
    Kecewa dgn 2 tokoh itu.

  57. WAN HAMIDI Says:

    umno lambat bertindak….tidak proaktif lagi…hanya reaktif kepada apa yg berlaku…

    tan sri perlu bertindak berani melakukan perubahan…

    umno bukan untuk individu, tetapi utk melayu

    tetapi jika umno tidak dapat membela melayu….siapa lagi boleh bela?

    masa depan berada di tangan kita….

    http://alphalipid.blogspot.com

  58. Miss.WhatEver Says:

    TS

    Sejarah/Penjajah telah menjadikan negara kita M’sia ini berbilang kaum. Melayu sinonim dgn Islam. Pemimpin dan rakyat tahu isu perkauman adalah isu sensitif. Tidak perlu dilaung2kan dan diperbesar2kan lagi isu Melayu ni. Kita jgn lupa yg M’sia juga merangkumi kaum Iban, Kadazan dll di Sabah & S’wak. Apa2 pun kita mahu semua rakyat hormat menghormati ugama dan bangsa sesama kita. Eloklah kita hentikan percakapan secara terbuka mengenai bangsa Melayu ini di mana2 forum pun, terlau menyentuh isu bangsa ini. Takkan selesai kerana ini adalah M’sia.

    Relevan atau tidak relevan UMNO bergantung kepada apa yg dibuat/ akan dilakukan oleh UMNO sekarang dan dimasa2 akan datang. Yg paling penting bukan UMNO tapi orang2 Melayu sendiri. Apa akan mereka buat untuk meningkatkan taraf diri masing2; berilmu tinggi, perlu lebih relevan untuk jadi bangsa yg disegani dan tidak diperlekehkan atau dipertikaikan kejayaan mereka / kedudukan seseorang.

    Masih ramai yg sayangkan UMNO. Tapi sayang ada hadnya. Amanat yg terus diberi oleh rakyat selama 50 tahun berturut2 kepada BN utk menerajui negara ini menjadikan kebanyakan PEMIMPINNYA angkuh, alpa, tidak begitu mesra rakyat, cakap besar. Ada juga yg lupa tatasusila, mula pandai kutuk mengutuk (berbohong - harapnya tidak). Kutuk mengutuk itu bukan dlm agama islam dan bukan adat/budaya Melayu.

    UMNO/BN - Pemimpin: Banyak isu yg timbul tidak diterangkan dgn jelas oleh pemimpin2. Macam mengiakan apa yg dikata atau dibualkan. Jadinya ramai yg meluat. Pak Lah dikenali sebagai ‘Mr Clean’ tapi lepas menerajui, ada juga isu2 yg timbul. Rasanya kalau ramai yg memperkatakannya, dikalangan pemimpin pun mesti mendengarnya (Kesahihannya tak pasti sebab tak dijelaskan kpd rakyat. Tapi kalau betul, amat membimbangkan). Contoh-kalau di organisasi, seseorang CEO yg telus, akan cuba jauhkan dari unsur2 yg boleh dikaitkan dgn ‘conflict of interest’. Ramai pengundi tiada pilihan lain, terpaksa memangkah ‘bukan BN’ Mac lalu. Masih belum terlambat.

    Kita mahu Pemimpin, baik BN/Pakatan yg betul2 ikhlas mahu memimpin, pegang teguh pada prinsip bersih cekap amanah dan bertegas dalam melaksanakan tanggungjwb. Ubah cara memimpin. Kita mahu ramai atau semua pemimpin2 yg ala2 Allahyarham Tun Abdul Razak. Kita mahu yg pandang jauh kehadapan, untuk rakyat dan pastinya bukan sahaja ahli keluarga mereka.

    Akhir kata; Satu pujian buat TS, sebagai YB, baik dari masa dulu sampai sekarang, mahupun dimasa TS tidak berfolio, TS tidak lekang memberi senyuman (yg nampak sungguh ikhlas) dan menyapa juga sesiapa yg berselisih dgn TS. Harapnya lebih ramai pemimpin/barisan UMNO yg macam TS. Syabas!

  59. Anak Jati Wilayah Says:

    Salam buat TS,

    Membaca artikel En Azhar Ahmad, tanpa melihat nama penulisnya, sudah terang lagi bersuluh dari mana kedudukan politik saudara. Ingin saya perjelaskan kedudukan saya, saya bukan dari mana2 politik, samada BN ataupun PR. Saya suka mengambil jalan berkecuali, dan hanya melihat kepada mana yang benar dan sepatutnya. kerana dengan tidak meletakkan sesuatu ditempat yg betul, “Zalim” namanya. dan utk pengetahuan saudara, PRU12 adalah PRU pertama kali saya mengambil bahagian setelah lama tidak memperdulikannya. Pertamanya, saya percaya saudara Azhar jelas dengan maksud DEMOKRASI. Jadi tak perlulah saya menghuraikannya dgn panjang lebar di sini. Keduanya, Rakyat telah memilih PR untuk memerintah Perak, samada benar, bijak ataupun tepat pilihan mereka, sepatutnya semua parti mesti menghormati. Jadi dgn situasi ini, kenapa Kerajaan pusat tidak menghormati ? Adakah rakyat Perak SALAH memilih pemimpin mereka dan Perak akan hancur. Siapalah kita untuk menilai dan menghukum mereka. ketiganya, dengan adanya JKKK baru ini, persoalan yg bijak perlu tuan jawab, siapa yg membayar gaji mereka ? adakah keraajaan negari ataupun pusat. Tak mungkin negeri kerana mereka sudah ada “set” mereka sendiri, jadi jawapannya terletak pada kerajaan pusat. Duit dari kerajaan pusat maknaya duit dari kami ( rakyat )…. dan juga tuan sendiri ( income tax ). Tidakkah ini suatu pembaziran yg tidak sepatutnya berlaku.

    Apa Komen TS ?

    Renung2kanlah…

    Anak jati wilayah ( yang bayar cukai )

  60. Anak Jati Wilayah Says:

    TS,
    Persoalan PRU12 sebanarnya terletak ditangan pemimpin itu sendiri. Bg pendapat saya, adalah suatu tanggapan yg SALAH mengatakan pemimpin UMNO itu gagal. Mereka sebenarnya berjaya. Dibandingkan dgn Indonesia, dimana rakyat bumiputera mereka tercicir, UMNO telah banyak membantu. Namun, itu bukan sebabnya UMNO perlu mendabik dada. Tanya pada diri sendiri, setelah berpuluh2 tahun dengan DEB, dimana kedudukan org melayu sekarang . setelah 51 tahun merdeka, dimana kedudukan BAHASA MELAYU. Contoh jelas, INFOTAINMENT ? kenapa bahasa melayu dicemarkan ? dimanakah silapnya, dan siapa ?

    Apa Komen TS ?

  61. Hamba Allah Says:

    Assalamualaikum Tan Sri

    Segala puji untuk Allah swt
    Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad saw

    UMNO masih relevan sekiranya menepati kehendak Allah….Insya Allah.

  62. Saiful Nizam Ahmad Says:

    Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kebanggaan bangsa Melayu.saya berasa sangat berbangga dengan Tun.Apabila Tun jadi PM saya berasa amat berbangga mempunyai PM yang sangat bijak yang menjadi ikon dikebanyakkan negara luar.Ramai rakyat negara luar yang mengimpikan pemimpin semacam Tun.Berbanding Pak Lah..ibarat langit dengan bumi…berbanding Tan Sri ibarat langit petala 7 dan bumi petala 7.

  63. Ahli Totok Says:

    Tan Sri
    UMNO masih lagi relevan… cuma sebahagian besar daripada pemimpinnya sahaja yang tidak relevan. UMNO mestilah berdiri dengan kekuatan ahli partinya, sehubungan dengan itu, pandangan ahli parti hendaklah diambil kira dan diperhalusi. Apabila ada ahli yang memberikan pandangan, jangan anggap hanya ahli itu sahaja yang berpandangan begitu dan seterusnya menolak pendapatnya mentah-mentah…terutamanya golongan muda samada yang berpendidikan tinggi mahupun tidak….
    Kalau kita lihat pasca pilihanraya…di negeri yang dikuasai pembangkang (kedah, penang, perak, selangor—- dan kelantan), ada pihak yang mengembar-gemburkan masih ramai rakyat yang hidup dalam kemiskinan…tentunya terpalit semula kepada kerajaan sebelum PRU12 yang mana BN yang memerintah!…adakah ini sebenarnya dibuat oleh orang luar atau orang dalam sendiri kerana media dikuasai oleh kerajaan (betulkan saya jika saya tersilap)? Adakah ada pihak-pihak tertentu yang masih lagi sabotaj UMNO?? Kenapa orang ini masih lagi dalam UMNO?? Adakah pucuk pimpinanUMNO sayangkan UMNO?? Kalau pucuk pimpinan UMNO sayangkan parti, kenapa petualang ini tidak dibuang daripada UMNO??? atau pucuk pimpinan UMNO sendiri yang pentingkan diri sendiri?? Kalau begitu, apakah gunanya minta ahli biasa supaya sayangkan UMNO??
    Pasca pilihanraya juga memperlihatkan UMNO hanya duduk diam sahaja di negeri kedah, penang, perak, selangor. bukti, apabila kalah UMNO sibuk memasang kain rentang menyatakan kebimbangan jika Pakatan Rakyat memerintah sedangkan masa BN memerintah, UMNO tidak buat apa2 pun….Jangan lagi buat propaganda murahan sebab para pengundi sekarang lebih berani berbanding dahulu.
    saya bukanlah orang yang aktif politik, tetapi sejak saya ditingkatan 2 lagi saya suka baca isu-isu politik. Tahun 1990 semasa PAS berjaya menawan kelantan saya tidak langsung menyokongnya (masa tu saya belum lagi menjadi pengundi berdaftar). Sebabnya pada masa itu, saya telah fahami ‘Amanat Hj Hadi”. Semasa 1997 saya pernah juga mengikuti tazkirah ABIM, seterusnya mengikuti perjuangan reformasi. Saya tetap juga menyokong perjuangan UMNO… kerana UMNO masih relevan pada masa itu. Tahun 2006, saya pernah berkata kepada pemimpin UMNO kawasan saya (Kelantan) yang UMNO bukan sahaja tidak dapat menawan Kelantan, malahan akan kalah teruk….. sebab saya sudah membuat analisa kehendak pengundi yang seangkatan dengan saya… dan saya juga telah memberi 1 undi kepada PAS sebab di kelantan walaupun PAS tidak relevan, tapi pimpinan UMNO diperingkat pusat lagi teruk tidak relevannya…Saya tidak pernah menyesal tentang undi yang saya beri pada PAS walaupun saya tahu PAS jauh menyimpang daripada perjuangan asalnya…
    Pemimpin datang dan pergi… terima kasih kepada Tun Mahathir… biarlah Tun keluar UMNO pun, jangan kita cepat melatah… Cuma renungkan kembali apakah perjuangan UMNO masih berada pada landasan?? Bagaimana dengan objektif penubuhan MARA?? kenapa 10% mesti bukan Melayu masuk MRSM? Bukankah UMNO yang buat keputusan?? Manakah perjuangan UMNO untuk membela nasib orang Melayu?? Bagaimana pula dengan perjuangan UMNO untuk membela agama islam?? kenapa kebebasan orang islam dikongkong tetapi kebebasan orang bukan islam dibenarkan 100%?. Kenapa siaran TV yang melalaikan umat islam diberikan sambutan hebat manakala rancangan islam ada syarat-syaratnya seperti disiarkan selepas jam 10 malam dan sebagainya?? Kalau UMNO gagal mempertahankan orang Melayu dan Islam….UMNO memang tidak lagi relevan??
    Sekian, terima kasih.

    Ahli Totok
    Ahli UMNO yang tidak akitf dan tiada kepentingan politik.

  64. manmisai Says:

    Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kemasukan Ezam itu memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan parti pembangkang itu.

    apa pula pandangan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pasal Tun M dan Isteri?
    apakah itu memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan parti UMNO?

    =======================

    KUALA LUMPUR 22 Mei - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor dialu-alukan menyertai UMNO jika beliau benar-benar mahu berbuat demikian.

    Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kemasukan Ezam itu memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan parti pembangkang itu.

    ==========================

    Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

    Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
    Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

  65. iskandar Says:

    Mukhriz tak layak bertanding Ketua Pemuda Umno

    JOHOR BAHARU: Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, tidak layak menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini kerana meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, kata anggota Exco Pemuda Umno, Md Jais Sarday.

    “Umno tidak perlukan ahli politik yang bersifat pembangkang terutama kepada pucuk pimpinan parti,” katanya.

    Jais, yang juga Pengerusi Biro Latihan Pemuda Umno, berkata bahawa pada masa ini semua anggota Umno perlu menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan parti dan bukannya bercakap mengenai jawatan.- Bernama

    SIKAP INI LAH YANG SEPATUTNYA DIBUANG DALAM DIRI PEMIMPIN UMNO.KITA PERLUKAN PEMBANGKANG DALAM UMNO UNTUK MENGUKUHKAN UMNO BUKANNYA PENGECUT MACAM MAT JAIS SARDY. JIKA DIA ANAK JANTAN JAGUH DALAM UMNO DIA YANG PERLU TONJOLKAN DIRI BUKAN NAK JADI PENGIKUT YANG DI TARIK HIDUNG..

    apa-apa pun Tan Sri saya memang menghormati Tan Sri dan Tun Dr Mahathir kerana membawa perubahan dan pembangunan kepada Negeri dan Negara.

    wassalam

  66. Bulan Says:

    assalamualaikum YB Senator Tan Sri,

    Saya rasa sudah sampai masanya, ada dari kalangan ahli ahli UMNO yang patut ditahan dalam ISA kerana mengancam keselamatan UMNO dan pemimpinnya, lebih lebih lagi keselamatan BN.

    Bagi pendapat saya orang yang sedang menghasut (hasut keluar pati) lebih diutamakan tindakan ISA ini. Walaupun dah keluar parti. Apa pandagan Tan Sri dalam cadangan saya ini? Saya amat risau tentang keselamatan BN kita sekarang ini. BN kita sangat sangat terancam kebelakangan ini. Terlalu banyak kata kata hasutan yang boleh merbahayakan keselamatan rakyat.

    Harap diberi perhatian

  67. warek-irang Says:

    Selepas PRU12 BN(UMNO) bergelora.
    BN(UMNO) kehilangan 5 negeri + hilang two-third majority dalam Dewan.
    DEB hampir terkubur di negeri perintah Pakatan Rakyat.

    Untuk memulihkan BN(UMNO), apakah formula yg Tan Seri nampak boleh menyatukan Melayu?
    Bagaimana pula pengundi2 Cina dan India yg dah tinggalkan BN? MCA. P Gerakan dan MIC ternyata sudah tidak bermaya. Kita cuma bergantung haraf kepada Sabah dan Sarawak.

  68. KENA INSAF Says:

    sekiranya parti kita hendak kekal lama, ambillah ikhtibar kejadian yang lama seperti kes 1998,UMNO diharamkan,orang melayu perlu belajar dari pengalaman bukan nak kuasa tapi tak tau nak guna?

  69. waris panglima hitam Says:

    UMNO masih releven, tetapi kepimpinannya harus berubah. Saya No KP 571103065077
    KEAHLIAN UMNO
    Keahlian 01283319 / AHLI BIASA DUN DAMAK
    Cawangan KAMPONG LATA KASAH Bahagian JERANTUT
    Negeri PAHANG
    sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi - Presiden dan MKT. Mana langkah pemulihan umno? Mana postmortem? Mana kebebasan bersuara dalam umno kerana suara ahli grass root yang inginkan EGM diadakan seakan disekat? Saya hanya tunggu Perhimpunan Agung UMNO Cawangan diadakan untuk menyuarakan pendapat saya dan mengajak ahli2 cawangan berfikir dan mungkin mengambil tindakan keluar parti beramai-ramai jika segala krisis ini masih belum ditangani. Kepimpinan menghidangkan terlalu banyak pembangunan dengan melancarkan berbagai corridor tetapi apa yang kami rasai kehidupan masa kini semakin susah dan terhimpit. UMNO tidak lagi berupaya membela nasib bangsa melayu dan ahlinya. Pemimpin hanya banyak cakap tetapi tak serupa bikin malahan YB Nazri Aziz begitu lantang dan nampak semakin kurang ajar di parlimen terutama dalak kes membabitkan Tun Mahathir. Apakah ini perjuangan UMNO atau cuma memaniskan mulut untuk memanaskan buntut duduk dikerusi menteri?

  70. anwar ibrahim dot com Says:

    Salam

    Siapa taja Anwar PRU 12 ?

    Video 6- Siapa taja Anwar ?
    http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
    http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
    http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

  71. amin manaf Says:

    tahniah ts
    teruskan perjuangan
    saya akan terus sokong ts seperti dulu
    biar apa orang kata
    teruskan bekerja untuk negara malaysia yang tercinta

  72. Nabil Says:

    MB yang Ajaib

    kalaulah YB BN boleh mencontohi MB nie saya akan sokong YB dan baru saya setuju UMNO masih relevan.

    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10275

  73. halia muda Says:

    SALAM TAN SRI…..
    SAYA TERLALU MUAK DENGAN PENDEKATAN UMNO TETAPI TIDAK AKAN KELUAR DARI UMNO KERANA UMNO MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA KE LONDON UNTUK BELAJAR (82-90)SAYA SAYANG DAN BERSEMANGAT BERSAMA UMNO…….SAYA TIDAK AKAN TINGGALKAN UMNO…..TAPI TERLALU MUAK MUAK MUAK MUAK MUAK MUAK MUAK MUAK MUAK….TUN TETAP DI HATI…….HIDUP MELAYU HIDUP UMNO.

  74. halia muda Says:

    HIDUP MAHATHIR

  75. Tuan Batu Says:

    Parti / Pertubuhan / Persatuan / Perikatan atau apa-apa lagi yang semakna dengannya adalah sesuatu yang ditubuhkan oleh manusia. Peraturan-peraturan di dalamnya yang juga disebut sebagai “Perlembagaan” juga adalah dicipta dan digubal oleh manusia. Pentadbirannya juga adalah dilaksanakan oleh manusia. Oleh kerana Parti / Pertubuhan / Persatuan / Perikatan atau apa-apa lagi yg semakna dengannya itu dicipta oleh manusia, perlembagaannya juga digubal oleh manusia & ianya ditadbir juga oleh manusia, bukannya Jin atau Malaikat, maka dasar-dasar Parti / Pertubuhan / Persatuan / Perikatan atau apa-apa lagi yg semakna dengannya sama ada yg baik, buruk, adil atau zalim juga adalah diputuskan oleh manusia dan ianya adalah tidak tetap dan bila-bila masa sahaja boleh diubah bergantung kepada manusia yang mempunyai kuasa untuk merubahnya.

    Oleh itu, tidak ada mana-mana Parti yang boleh mendabik dada bahawa parti mereka sahajalah yang lebih membela “Ketuanan Melayu”, bahwa Parti merekalah yang lebih “Islam”, bahawa parti merekalah yang lebih boleh memberi “Keadilan”.

    Oleh kerana dasar sesuatu Parti itu boleh sahaja dirubah oleh mereka yg mempunyai kuasa keatasnya, iatulah para pemimpinnya dan secara tidak langsung ahli-ahli Parti yang melantik para pemimpin yang berkuasa itu, maka sesuatu parti itu, boleh sahaja bertukar daripada sebuah parti yang membela “Ketuanan Melayu” kepada parti yang membela ketuanan “Tauke-Tauke”. Boleh juga bertukar daripada dasar “Bangsa” kepada dasar “Islam”, daripada dasar “Keadilan Kepada Semua” kepada dasar “Keadilan Hanya Untuk Yahudi”, bahkan boleh sahaja bertukar daripada sebuah parti yang memperjuangkan “Islam”, kepada sebuah parti yang Islam diluar tetapi “Sekular” di dalamnya yang sanggup menggadai prinsip demi keindahan “Kerusi”.

    Begitulah ianya mengikut apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi dan yang akan terjadi. Sesuatu Parti / Pertubuhan / Persatuan / Perikatan atau apa-apa lagi yg semakna dengannya akan menjadi kuat dan kukuh apabila ianya dipenuhi oleh orang-orang yang hebat perjuangannya, yang ikhlas dan murni jiwa raganya. Oleh itu, di atas Parti manapun seseorang itu berada, jika ahlinya ikhlas dalam perjuangan dan berusaha merubah kerosakan dan berjuang ke arah kebaikan dan sanggup bersuara membetulkan kepincangan pemimpinnya, maka sebuah parti yang “Hitam Legam” pun akan boleh bertukar menjadi “Putih Bersih”, sebuah parti yang hampir karam pun boleh kembali meredah lautan yang luas. Jika kita semuanya mempunyai prinsip sebegini, InsyaAllah, perpaduan yang dicari itu, akhirnya akan menjelma!

    http://tuanbatu.blogspot.com

  76. Mr.Right Says:

    Seperti ramai diantara pengomen disini, saya pun tidak berminat nak komen apa yang saudara tulis. Saya hanya ingin mempromosikan blog saya. Saya tidak pun membuang masa saya membaca tulisan saudara. Saya hanya terus click perkataan ‘KOMENTAR’ dan tinggalkan komen. Dengan harapan akan ada orang terbaca komen saya yang panjang dan unik ini. Seterusnya dia akan click nickname saya dan terus pergi ke blog saya. Saya desperately memerlukan visitor untuk blog saya yang sememangnya tidak popular. Saya percaya paling kurang beberapa puluh reader akan terpanggil untuk melawat blog saya. Beberapa puluh visitor itu pun sudah memadai.

    Moderator,
    Tolong approve komen saya ini. Saya tidak pun mengutuk atau mencaci sesiapa, sekadar melakukan promosi murahan sahaja. Saya juga berharap moderator tidak akan mambaca komen ini dan simply approved.

    Lepas ini saya akan pergi ke blog Chedet, Dr.Khir, Ali Rustam dan meninggalkan komen yang hampir serupa.

    Kepada yang malas click, just pergi ke http://www.akubetul.com. Itulah blog saya.

    Terima kasih.

    Hahahahahha….!!!!

  77. metaallicatz Says:

    rafidah aziz kata pemimpin umno hipokrit…hang hipokrit jugak ker…tapi aku rasa rafidah hipokrit juga…

  78. metaallicatz Says:

    existence of umno is relevan…just a mere name…tapi perjuangan,halatuju,misi,visi dan segala yg lain hanya retorik picisan semata-mata…susah jadi pemimpin kalau nawaitu tak betoi…hampeh

  79. metaallicatz Says:

    azhar ahmad sudah2 lah ngampu tu…pikir balik…perjuangan tak berlandaskan islam memang tak boleh kekal

  80. Pak Tam Says:

    Asalamualaikum TS;
    Saya harap TS dapat melayari blog saya http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com/ yang memaparkan 27 kesilapan UMNO/BN berdasarkan pandangan dan pengalaman saya bersama orang ramai dari pelbagai golongan masyakat. Mungkin tidak semua berlaku kepada pemimpin UMNO/BN. T.K

  81. awanza Says:

    Salam Tan Sri,
    UMNO akan terus relevan, kalau dasar perjuangannya ditukar dari memperjuangkan perkauman melayu kepada MUSLIM.

  82. joeamir70 Says:

    Assalamua’laikum Tan Sri,
    Siapa yang tidak sayang akan bangsa sendiri, tapi maaf jika saya katakan bahawa UMNO SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI jika masih tidak mengubah dasar perjuangannya.Apabila UMNO gawat seperti, maka lebih terserlahlah ketidak relevennya. Nada racist yang cuba dimainkan seolah-olah kita mampu untuk menghantar rakyat Malaysia berkuturunan Cina dan India pulang ke China dan India.Tak boleh Tan Sri, dah terlambat.Kita perlu akui hakikat bahawa mereka sebahagian rakyat Malaysia dan politik perkauman yang diamalkan oleh BN tidak ubah seperti dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah.Oh ya!Mungkin ada yang berkata. kita tidak rela melihat Melayu mundur dan menjadi kaum 2nd class di tanah air sendiri, tapi realitinya bukannya 2nd class tetapi 3rd class ekoran daripada prinsip yang diamalkan oleh Umno sejak 50 tahun kita merdeka.Kita kena berani akui bahawa Umno telah gagal membangun kaumnya sendiri.Adalah tidak adil untuk menyalahkan mana-mana individu 100% tetapi punca utamanya ialah dasar Umno yang telah memundur orang-orang Melayu sebagai suatu kaum yang berjaya.Umno dan BN telah membentuk minda masyarakat kita sejak sekian lama malah mungkin pemikiran Tan Sri sendiri dipengaruhi oleh dasar tersebut.Oh ya, saya akui ada orang Melayu yang berjaya termasuklah Tan Sri sendiri tapi kita berbicara kemajuan salah satu etnik utama di Malaysia secara keseluruhan.Umno telah gagal termasuk dalam memelihara ketuanan Melayu, malah bahasa yang mencerminkan bangsa juga gagal dipertahankan walaupun telah tercatat dalam perlembagaan.Bahasa Melayu kekal hanya menjadi milik orang Melayu dan bukan milik rakyat Malaysia keseluruhannya.Sedangkan bahasa pun gagal diperjuangkan, inikan pula hal-hal lain. Secara terus terang saya katakan bahawa hanya dilihat oleh sesetngah pihak tempat untuk mencari kekayaan dan bukannya memperjuangkan kepentingan orang-orng Melayu, dan sebenarnya dasar perjuangan politik yang hanya memperjuangkan sesuatu kaum sudah tidak releven bagi sebuah negara berusia separuh abad seperti Malaysia, walaupun diakui bahawa kaum tersebut masih ketinggalan, dan untuk memajukan kaum tersebut terpaksalah kita menggunakan kaedah lain atau dasar lain yang lebih releven.50 tahun adalah jangka masa yang agak lama jika usia manusia boleh dianggap sebagai warga emas tetapi apakah yang telah dilakukan oleh Umno.Kini setelah 50 tahun, UMNO adalah NOT RELEVEN! NOT RELEVEN seperti kata Augustine Paul dan bila dikatakan TIDAK RELEVEN, maka ramailah yang akan berkata CORRECT! CORRECT! CORRECT! baka kata VK Linggam. OK maaf jika tulisan saya membuatkan Tan Sri tersinggung, namun saya tetap menghormati Tan Sri sebagai pemimpin berjiwa Melayu walaupun tidak sependapat dalam dasar politik.Salam juga untuk Ahmadi dan Aslam.

  83. Torashah Says: