Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Umno Selangor dah buat pendirian, pandangan Dr.Khir, itu dianggap pandangan peribadi

Malam selasa lepas Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor telah membuat keputusan sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden dan Dato Seri Mohd Najib sebagai Timbalan Presiden.Malah soal peralihan kuasa juga disentuh dan kami sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan kepada Pak Lah berbincang dengan Dato Najib, cara dan bila peralihan kuasa itu perlu berlaku.

Mesyuarat perhubungan malam selasa lepas di hadiri oleh semua ketua bahagian kecuali Dr, Mohd Khir, Ketua Bahagian Sungai Besar yang diwakili oleh Datuk Shukor.

Saya menyentuh perkara ini kerana ingin menjelaskan apa yang ditulis oleh Dr. Khir Toyo dalam blog Cetusan Dr. Mohd Khir yang meminta peralihan kuasa Perdana Menteri dan Presiden Umno dilakukan segera.

Bagi saya itu pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pandangan dan pendirian Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.

Dr. Khir tidak hadir dalam mesyuarat perhubungan saya difahamkan beliau berada di Tanah Suci kerana mengerjakan umrah.

Apapun, pendirian Umno Selangor jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika ada selepas ini pandangan mana-mana pihak dari Selangor tentang perkara tersebut, saya anggap itu pandangan peribadi dan tidak boleh dianggap mewakili pendirian Umno Selangor.

Bagi saya, apa yang dialami oleh Barisan Nasional dalam pilihan raya umum lalu tidak sepatutnya dibeban dan dipersalahkan kepada Pak Lah seorang sahaja.

Sebagai Ketua Bahagian, Ketua Cawangan malah bagi negeri yang kalah Pengerusi Badan Perhubungan Negeri juga harus memikul dan mengambil tanggungjawab ini.

Bila negeri kalah, Perdana Menteri sahaja yang salah. Habis, apa tanggungjawab kita yang menjadi pemimpin diperingkat cawangan,bahagian malah negeri.


153 Responses to “Umno Selangor dah buat pendirian, pandangan Dr.Khir, itu dianggap pandangan peribadi”

  1. Akademia Says:

    As-Salamu ‘Alaikum YB Tan Sri,
    Saya difahamkan, golongan PR memang menyerang (serangan politik) dan mendesak PAK Lah mengundur diri. Tapi ramai juga yang lebih suka pada Pak Lah dari orang lain jadi PM. Antara sebabnya: Pak Lah orang yang bersih dan lemah-lembut. Tidak mencaci orang lain. Mudah mengaku kelemahan sendiri. Membuka lebih luas amalan demokrasi. Melayan pemimpin pembangkang dengan penuh sopan dan hormat, dll.
    Ma’af Tan Sri!

  2. Muhammad Muhd Taib Says:

    Akademia,
    Itulah politik kita hari ini. Bila kalah sikit desak Pak Lah letak jawatan. Masa pilihan raya 2004 bila BN menang besar, Pak Lah di puji dan disanjung. Saya setuju dengan tuan, berkemungkinan sudah ada ahli dan pemimpin Umno yang terpengaroh dan terikut rentak pembangkang yang mahu Pak Lah berhenti. Seperkara lagi masa pilihan raya 1999, BN teruk juga kena, tapi tak ada siapa pun minta PM masa tu berhenti. apapun terima kasih atas pandangan. Datang lagi ye…

  3. Adik Wan Says:

    Sebagai rakyat biasa, saya keliru dengan pembawaan Pak Lah. Tingkah laku bagaimana yang disukai rakyat? Barangkali semuanya. Tetapi yang tidak disukai adalah orang-orang disekelilingnya. Berani menjadikan Pak Lah sandaran untuk perilaku yang sebenarnya mencabar kredibilti Pak Lah dan juga pihak Polis. Media utama tak pernah menunjukkan perilaku anak menantu Pak Lah, maka saya fikirkan ia adalah menantu yang berkarisma. Malangnya indah kabar dari rupa. Di dapati ada beberapa tingkahlaku Khairy yang keterlaluan kepada individu yang bukan-Umno. Manakah politik demokrasi yang dilaungkan dihadapan kami? Dengan adanya tayangan video di internet dari pihak individu yang menunjukkan tingkah laku keterlaluan orang Umno, dan juga kata-kata kesat yang hanya didapati melalui media tidak bertapis ini, barulah dapat dilihat kredibiti yang tidak berkalibernya individu khairy ini.
    Pihak media utama sekarang, dan blog seperti Tan Sri sekrang juga nampaknya sedang memainkan peranan ’serangan saraf’ ke atas minda-minda tua seperti saya dan generasi muda supaya melupakan kesalahan Pak Lah. Sebenarnya yang saya takut ialah usaha sebeginilah yang sebenarnya secara tersirat cuba mengalihkan pandangan orang supaya hanya melihat PakLah, sedangkan dalang wayang ini sedang berselindung dari kaca mata rakyat. Pak Lah diserang dah Pak Lah sanggup kerana nak melindungi isu sebenarnya. Tan Sri juga sedang melindungi masalah sebenarnya dengan perlahan-lahan cuba mengalihkan pandangan kami kepada perpaduan Melayu. Tetapi adakah melayu berpecah kerana parti kita pecah. Saya mula tersedar bahawa pemikiran ini sebenarnya pemikiran berpuak-puak, sesuatu yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini. Saya berada dipuak UMNO maka saya Melayu, tetapi rakan sekerja saya yang penyokong PAS, kami masih mesra demi bangsa, tetapi adakah ia bukan Melayu. Saya terpaksa akui kata-kata beliau bernas, PAS bersatu kerana agama dan kerana bangsa Melayu juga. Adakah kerana itu kami punca perpecahan Melayu. Bukankah Islam membenarkan kita berbeza pendapat, maka kenapakah perlu penyokong PAS dituduh pemecah perpaduan Melayu.
    Saya tak mahir tentang perkara ini, harap Tan Sri dapat berikan jawapan supaya dapat saya gunakan untuk berwacana dengan beliau.
    Mungkin kami berdua bukanlah ahli berdaftar parti-parti politik maka kerana itu kami mesra, mungkin. Tetapi realitinya kami juga tanpa sedar turut resah.

  4. socrates Says:

    TS - ramai termasuk orang2 umno sendiri memperkatakan pemimpin2 tertinggi umno terutama yang berjawatan dalam kerajaan adalah - sombong & angkuh. Sememangnya kelihatan begitu - walaupun dalam hati naluri hal agama & bangsa diberi keutamaan. Saya cadangkan satu kursus personal image & grooming / public relations diberi kepada semua menteri2 & pemimpin2 umno - termasuk kursus cara duduk, berjalan, menemui rakyat, pabila keluar radio & tv, pabila turun kepadang, berucap, berpakaian dll yang boleh menawan semula hati rakyat (jangan nampak sombong bongkak & angkuh - more humble look), dan pemimpin2 tersebut untuk “look more approachable”. UMNO has been the king of the people - now it has to be the king of the heart of the people - untuk terus jadi relevan.

  5. Akademia Says:

    Maaf YB Tan Sri,
    Saya ingin mencelah persoalan Adik Wan kepada Tan Sri. Sepanjang pengetahuan saya pendirian ahli2 PAS yang jujur bukan memusuhi parti UMNO dan ahli2 UMNO. Mereka menentang sebahagian (bukan semua) pemimpin UMNO yang bersikap tidak baik. Contohnya mendiskriminasi ahli2 PAS, sikap tidak mesra atau tidak setia-kawan terhadap mereka. Ada juga (bukan semua) pemimpin UMNO di kampung yang sombong terhadap ahli2 PAS. Berlagak terlalu berkuasa dan merendah-rendahkan orang lain. Apa salahnya macam Pak Lah di Kota Bharu dulu yang melayan TG Nik Aziz begitu mesra. Sejuuuk hati rakyat. Itu sebabnya PAS ingat dah kalah PAS di Kelantan pada PRU12 yang lalu. Bila nak PRU, beberapa (bukan semua) pemimpin UMNO kelantan mulai berlagak. Rakyat jadi tak suka, dan terus menolak UMNO.
    Tapi, Nasarudin Md. Isa, berbuat baik dan mesra dengan penduduk Bachok, tak kira ahli atau penyokong mana-mana parti, akhirnya dapat sokongan majoriti.
    Maaf Tan Sri kerana menjampuk!

  6. UMNOBktSentosa Says:

    ASM Tan Sri,

    Memamg tidak dinafikan bahawa terdapat pemimpin tertinggi UMNO Selangor yang berlagak bongkak dan berlagak orang pandai bila berhadapan dengan rakyat yang memerlukan pembelaan. Saya merupakan seorang penyokong kuat UMNO di Bkt. Beruntung/Bkt. Sentosa. Kekadang bila mengenangkan rakyat yang merayu dan memohon pembelaan, saya merasa amat tertekan dan saya tahu Dato Zainal Abidin Sakom (sekarang bekas ADUN) juga memendam perasaan yang sama. Sebagai penduduk, terlalu banyak masalah yang kami hadapi.

    Apakah patut semasa rakyat menghadapi malapetaka (ribut yang menyebabkan bumbung pangsapuri menghadapi kerosakan teruk), seorang pemimpin tertinggi kerajaan negeri Selangor telah naik angin dan berang kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang meluahkan rintihan anak-anak buahnya? Kesalahan pemuda yang dilantik sebagai Pengerusi JKP tersebut hanya apabila beliau tersilap sedikit perkataan semasa memulakan percakapan. Maka terceganglah orang disekeliling termasuk saya sendiri. Pada masa tersebut saya melihat pemimpin UMNO yang berada ditempat perbincangan mula melangkah kebelakang. Nasib baik terdapat seorang tua yang dengan cepat meluru dan terus mencium tangan pemimpin UMNO yang sedang marah sambil memohon maaf ke atas kesilapan kata Pengerusi JKP tersebut. Ayat yang lebih kurang bermakna ”negeri Selangor akan diistiharkan menjadi negeri maju tak lama lagi tapi infrastuktur kediaman rakyat tidak mencerminkan keadaan tersebut” merupakan penyebab pemimpin UMNO tersebut naik angin. Apakah ini perangai terpuji seorang wakil rakyat UMNO yang diberikan kepercayaan meminpin sebuah negeri?

    Sejak dari saat tersebut rasa hormat saya kepada pemimpin UMNO tersebut hampir hilang sama sekali. Apabila saya mengenangkan gambaran saat-saat orang tua yang meluru mendapatkan tangan untuk dicium, hati saya menjadi begitu sebak. Saya memohon kepada Allah supaya dibuka hati pemimpin UMNO yang sebegini supaya mereka insaf dan perihatin dan dapat merubah perangai mereka.

    Untuk berlaku adil, bumbung pangsapuri yang mengalami kerosakan tersebut akhirnya telah diperbaiki atas ikhsan pemaju apabila ”dipaksa” oleh kerajaan negeri.

    Kekadang Tan Sri, pemimpin UMNO apabila menghadapi rakyat bersikap bahawa dialah yang paling pandai. Tanpa mereka sedari dikalangan khalayak ramai tersebut terdapat mereka-mereka yang lebih tinggi kelulusan akademik serta pengalaman pentadbiran. Ini lah yang terjadi kepada kepimpinan UMNO yang lepas. Rakyat mula rasa mual termasuk orang-orang UMNO sendiri. Saya amat berharap Tan Sri sebagai pengerusi perhubungan UMNO Selangor akan lebih berhati-hati dalam memilih calon UMNO akan datang. Kalau boleh pilihlah calon yang berumur sikit jangan pilih orang yang terlalu muda. Nanti jadi pemimpin yang seperti ”kadok naik junjung”.

    Selamat berjuang TS. Saya doakan TS akan berjaya.

  7. Melayu Baru Says:

    Tan Sri

    Syabas kerana berblog. Buat pertama kali rakyat dapat berinteraksi dengan pemimpin umno. Sebelum 8 Mac dulu adalah terlalu sukar untuk berjumpa dan berinteraksi dengan kumpulan dan pemimpin haprak dalam umno.

    Syabas juga kerana blog Tan Sri dibuka tanpa batasan pada pelayar yang tidak berdaftar.

    Bukan macam si Toyo tu masa dia jadi MB, belum sempat saya duduk dipejabat lama dia, (terpaksa tunggu 6 minggu nak buat temu janji) disergahnya saya untuk berbincang tidak lebih dari 5 minit kononya kerja terlalu sibuk! Nak beri ucapan assalamualaikum dan selamat pagi Datok pun memakan masa 2 minit. Ini contoh pemimpin haprak umno. Sekarang nak masuk blog nya kena register dulu seolah olah macam dia masih MB lagi!

    Dalam PRU ke 11, hampir 10 tahun lalu, (akibat faktor Anwar), swing pengundi Melayu adalah kepada PAS dan bukan Melayu pula pada BN.

    Maka alkisah Si Luncai di SPR pada tahun 2004 telah membuat persempadanan semula dimana banyak kawasan-kawasan majoriti melayu ditambah dengan pengundi bukan Melayu seperti Pokok Sena, Yan dan Kuala Kedah. Akibatnya umno menang besar pada 2004 akibat swing pengundi bukan melayu

    Tetapi pada 2008 bukan sahaja swing Melayu kembali kepada PAS tetapi juga swing bukan melayu (Anwar tidak relevan kata umno sebelum 8 Mac).

    Nampak gaya strategi menipu umno dulu, kini dan selamanya telah memakan diri umno. Hatta di Kota Raja, pengundi Melayu hanya 40% tapi Dr Siti Mariah menang besar. Begitu juga kawasan elit Melayu seperti Titiwangsa, Shah Alam dan Sg Petani dimenangi parti kerajaan.(jangan lupa diri pula Tan Sri bahawa umno adalah pembangkang di Kedah, Selangor dan WP) Ini akan memeningkan Si Luncai di SPR kelak!

    Bagaimana pula nak buat persempadanan baru pada 2012 (PRU 13). Apakah strategi Tan Sri nak guna didalam persempadanan baru ini jika tidak ada majoriti dua per tiga di Parlimen. Inilah yang menjadi tanda tanya saya pada Tan Sri?

    Jikalau kawasan-kawasan dijadikan 50:50 (melayu : bukan melayu) sudah pasti BN kecundang. Kawasan majoriti Melayu belum tentu umno menang. Kawasan majoriti bukan Melayu dah tentu BN kalah. Adakah Tan Sri akan menyuruh Si Luncai kat SPR tambahkan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak sama banyak macam di Semenanjung. Tapi awas Tan Sri kerana minda Dayak dan Kadazan juga kan berubah?

    Saya cadangkan Tan Sri boleh bagi banyak kawasan kawasan majoriti Melayu macam kat Gerik dan Taiping tu pada bukan Melayu. Lepas tu boleh ambil mereka jadi Menteri walaupun parti mereka kalah teruk!

    Kawasan Melayu macam di Kelantan, Kedah dan Terengganu jangan lah pula ditambah kerusi Parlimen kerana parti Tan Sri adalah pejuang bangsa melayu.

  8. Budiman74 Says:

    Assalamualaikum YAB Sen. Tan Sri,

    Memang senang kalau nak paksa orang letak jawatan. Tetapi tak ramai yang merenung sejenak apabila ada kebaikan yang dilakukan oleh seorang pemimpin. Mungkin keburukan yang dilakukan adalah lebih besar daripada kebaikan yang dilakukan menyebabkan rakyat tersedar dan memberontak.

    Mungkin ini berlaku apabila politik wang tanpa sempadan berleluasa. Apabila pemilihan diperingkat cawangan dan bahagian diadakan. Pertimbangan yang lebih akan diberikan kepada calon yang memberikan wang lebih kepada perwakilan.

    Justeru, calon yang menang dengan hamburan duit akan melahap segala projek yang boleh dicekau supaya tiba pemilihan akan datang lebih banyak duit boleh dihamburkan kepada perwakilan untuk menjamin kelangsungan politik.

    Mungkin ini lah berlaku diperingkat tertinggi. Maka pemimpin yang dilahirkan adalah pemimpin yang lahap projek. Ini jelas berlaku pada UMNO pasca Merdeka.

    Kita tidak boleh menyalahkan perwakilan yang mengambil duit kerana menurut pemikiran cendiakawan Islam Ibnu Khaldun; Prinsip ke 4, rakyat tidak dapat dipelihara dengan kekayaan(al-mal). Rakyat sentiasa memerlukan wang untuk mencukupi keperluan harian.

    Kita juga tidak boleh menyalahkan calon kerana dengan cara memberi wang boleh membantu perwakilan membeli keperluan dan membantu mengundi calon lahap projek. Kita berharap pemberian tersebut ikhlas dihati bukan dimulut.

    Lantas, jika UMNO mahu relevan kepada rakyat ada baiknya pemikiran cendiakawan Islam, Ibnu Khaldun difikir2kan dan dilaksanakan.

    1)Kekuatan penguasa (Al-Mulk) tidak akan terwujud kecuali dengan implementasi Syari’ah
    2)Syari’ah tidak dapat terimplementasi kecuali dengan Penguasa (Al-Mulk)
    3)Penguasa tidak dapat memperoleh kekuatan kecuali melalui Rakyat (ar-rijal)
    4)Rakyat tidak dapat dipelihara kecuali dengan Kekayaan (al-mal)
    5)Kekayaan tidak dapat diperoleh kecuali melalui Pembangunan (al-imarah)
    6)Pembangunan tidak dapat dicapai kecuali melalui Keadilan (al-’adl)
    7)Keadilan adalah kriteria (al-mizan) Alloh menilai hamba-Nya
    dan
    8)Penguasa bertanggungjawab mengaktualisasikan Keadilan

    Kekayaan negara adalah untuk rakyat bukan untuk pemimpin. Kalau nak jadi kaya jangan masuk politik.

    Wakil rakyat UMNO baru sepenggal dah pakai kereta mewah, rumah mahligai istana kayangan.

    Apakah dengan duit kita boleh menang Pilihanraya. Tidak, lihatlah PR dan Bn. Bn mengeluarkan berjuta untuk satu bahagian. Kalau satu Malaysia hampir 1 billion telah dibelanjakan. PR tidaklah mengeluarkan wang sebanyak itu, tetapi tetap menang diatas sentimen semasa rakyat.

  9. Hcore Umno Says:

    Assalamualaikum w.r.b.,

    Kenapa 15 wakil rakyat BN tidak menjawab soalan parlimen….

  10. mat taib Says:

    sekarang org bercakap pasal perpaduan melayu. bagi aku, betul kita org melayu kena bersatu. aku tak kata gabem salah, tapi perpaduan melayu bukan dari UMNO. Perpaduan melayu skarang lebih sesuai dibawah PAS. UMNO dah kelam kabut. PAS OK. So, org melayu kena bersatu dibawah naungan PAS. UMNO sudah tidak relevan lagi utk menyatukan org melayu. UMNO terbukti memecah belahkan org melayu.

  11. Hafiz Noor Shams Says:

    Assalam alaikum Tan Sri Muhammad.

    Saya seorang ahli UMNO di kawasan parlimen Titiwangsa dan walaupun saya ahli UMNO seumur hidup, saya mengundi calon Parti Islam Se Malaysia. Sebab saya membuat demikian adalah saya orang mukmin dan tugas saya mendaulatkan Syariat Islam (contohnya undang-undang Hudud). Di Selangor, terdapat gejala murtad yang paling tinggi di Malaysia.

    Pada pendapat saya, kedua-dua perdana menteri dan timbalannya sepatutnya meletakkan jawatan sebagaimana Dr Khir meletakkan jawatannya. Ini disebabkan UMNO telah mengkhianati umat Islam sejak menang pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004. Banyak orang Melayu termasuk saya sangat marah dan cara kami menunjukkan perasaan kita yang sebenar adalah melalui pilihan raya umum ke-12 dengan mengundi PAS.

    Saya mempersilakan Tan Sri datang ke laman blog saya.

  12. Cili-Siber Says:

    Assalamualaikum YB Tan Sri,
    Izinkan saya memberi sedikit maklum-balas mengapa Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dari teori padangan rakyat biasa. Antara sebab-sebab kekalahan ialah : -
    1. Cara yang angkuh memtadbir megeri Selangor. Memberi ” Penyapu” sebagai hadiah merupakan satu simbolik yang amat biadap dan ini menyembabkan kebencian rakyat.
    2. Isu merobohkan Surau & Kuil Hindu ~ tidak ditangani dengan baik.
    3. Isu Surau Seksyen 8 Shah Alam yang berada di depan hidung ADUN Selangor dibiarkan berpanjangan.
    4. Isu setinggan dipandang sebagai tidak penting ~ Perkampunagn India di Ladang Bukit Raja yang dicengkam pembangunan sekeliling oleh pemaju yang tamak membuahkan rasa meluat yang jijik pada kerajaan.
    5. Pemimpin yang tidak mesra rakyat yang mana pemimpin sentiasa di pagar oleh kroni dan oportunist.

    Sekarang YB dah jadi menteri - bagaikan Ikan Masin Hidup Kembali ~ sesuatu nyawa yang kedua diberikan kepada dunia politik YB. Dengan pengalaman YB yang begitu meluas serta pandangan YB yang hebat , bina lah semula Perjuangan Orang Melayu dengan penuh keyakinan. Tegurlah orang orang UMNO ini agar mereka tidak bongkak.

    Mengenai Khir Toyo yang mahu Pak Lah berundur dengan elegant-nya, bialah dia dengan pandangan peribadinya. Semoga selepas dia pulang dari Umrah dia menerima Hidayah dari yang maha esa.

    Mungkin dia berpandangan seperti seorang doktor yang mahukan gigi yang rosak di cabut daripada membiarkan gigi tersebut merosakan gigi yang lain. Apabila gigi yang lain turut rosak bersama , maka tidak ada gunanya memberlanjakan ribuan ringgit untuk mencantikkan dan menyerikan muka.

    Patah akan tumbuh dan hilang akan berganti ~ walau pun tidak sama tumbuh serta berbeza yang berganti namun masing-masing ada kekuatan tertentu.

    Jawatan, pangkat, harta, kesihatan dan kemewahan adalah pinjaman yang maha esa. Pada bila masa sahaja DIA akan merentap pergi. maka tinggalah kenangan yang diabadikan dalam ingatan atau blog-blog yang pasang siap atau blog-blog upahan.

    Wasalam.

  13. Biggum Dogmannsteinberg Says:

    Tan Sri,

    Saya salah seorang ahli UMNO Selangor yang hadir semasa pertemuan tertutup UMNO Selangor dengan Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak di Sheraton Subang Jaya, 16 April 2008.

    Walaupun Tan Sri sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor beriya iya menegaskan UMNO Selangor berdiri teguh menyokong Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah semasa ucapan pembukaan, namun jelas apabila wakil wakil Bahagian menyuarakan pendapat mereka, ianya tidak sebagaimana yang Tan Sri gambarkan. Malah, separuh dari mereka yang bangkit meminta Timbalan Presiden Dato’ Seri Najib memperincikan ‘Plan Peralihan Kuasa’. Ini bukti jelas bahawa ‘Peralihan Kuasa’ merupakan agenda paling utama yang bermain dikalangan pemimpin pemimpin peringkat Bahagian UMNO seluruh UMNO Selangor.

    Itu belum akar umbi lagi.

    Inilah realiti hari ini. Ahli UMNO peringkat akar umbi tidak boleh dimomok momokan lagi. Ini juga perasaan yang diutarakan dan disambung hangat oleh ahli ahli UMNO Selangor semasa portal politik MyKMU.net menganjurkan Forum “UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian” pada 1 April dan UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan bertemu Tan Sri sendiri di PJS 4 pada 11 April 2008.

    Lagi lama kita berusaha menipu diri sendiri, lagi lama masa dan lagi banyak sumber perlu untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kita. Nyatanya, kita tiada lagi masa dan sumber untuk berlengah lagi. UMNO perlu diperkukuhkan, bukan sahaja untuk pemimpin seperti Tan Sri, malah ahli akar umbi dan yang paling penting sekali, orang Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya, agar UMNO kekal relevan, Dulu, Kini dan Selamanya.

  14. CintaUmno Says:

    TS,
    Izinkan untuk saya mencelah serba sedikit. Bagi saya, pelbagai individu harus menyalahkan diri mereka sendiri susulan BN mengekalkan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, malahan di WPKL. Jika kita intai sejenak, kemenangan besar pada PRU11 yang lalu. Rakyat menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kepimpinan PM yang baru ketika itu, dengan harapan satu anjakan paradigma dari segenap aspek dapat diwujudkan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Tun Dr. Mahathir sebelum ini dengan jelas mengakui bahawa satu perkara yang beliau gagal sepanjang tempoh pemerintahannya adalah, menyatupadukan orang Melayu. Di sini, rakyat mengharapkan dengan bermulanya era baru Pak Lah, moga dapat menampung kembali apa yang telah Tun gagal laksanakan. Rakyat agak puas dengan pacuan kemajuan yang telah Tun laksanakan dengan jayanya sebelum ini. Tibalah masa perpaduan di kalangan orang Melayu diperkasakan. Maka, mandat besar rakyat telah serahkan kepada Pak Lah. Apa yang mengejutkan, anjakan paradigma pertama yang rakyat pertama adalah, KENAIKAN HARGA MINYAK 30SEN!! Ini satu perkara luar biasa yang terjadi dalam fenomena selepas pilihanraya. Bertitik tolak dari sini, rakyat beramai-ramai rasa tertipu dan teraniaya dengan langkah yang dibuat. Benar, rakyat faham bahawa minyak mengalami krisis yang amat buruk. Namun, BN seharusnya lebih peka dengan keadaan seperti ini dan langkah yang terbaik harus dilaksanakan. Alasan subsidi minyak dikurangkan untuk kegunaan subsidi yang lain amat sukar diterima rakyat pada ketika petrol menjadi satu subjek penting dalam kehidupan seharian sekarang. Ketidakpekaan ini sebenarnya memulakan perang saraf antara BN dan rakyat. Jadi, pada PRU 12, dengan agenda yang ditekan oleh pembangkang berkaitan isu minyak ini menjadi igauan buat rakyat lantas memilih untuk tidak lagi memberi mandat kepada BN. Malah ada yang enggan untuk turun mengundi. Ini terjadi di kawasan Parlimen saya. Belum pernah terjadi sejak beberapa pilihanraya lalu, pusat mengundi lengang belumpun jam mencecah pukul 2 petang. Apa sebabnya? Sebelum pengumuman keputusan PRU pada sebelah malam, saya telah jangkakan, Parlimen kami akan kalah. Dan ternyata benar…. Bagi saya, sudah tiba masanya pucuk pimpinan mula menyelami hasrat dan keinginan dari akar umbi tentang apa yang kami ingini kini. Mungkin di peringkat tertinggi, mereka menyokong penuh kepimpinan sekarang walaupun kalah teruk. Tapi di peringkat bawahan, belum tentu. Harap TS ambil perhatian kerana undi yang banyak adalah dari peringkat akar umbi sendiri…

  15. Pakatan Rakyat Says:

    Isu Ketuanan Melayu tidak berbangkit kerana ramai melayu bersatu di bawah Pakatan Rakyat.Bila UMNO kalah baru nak bangkitkan isu yang mengalih isu utama iaitu kecelaruan UMNO itu sendiri. UMNO kena berpijak dibumi yang nyata.5 negeri di bawah Pakatan Rakyat di pilih oleh rakyat.Inilah demokrasi.Hormatilah pendirian politik masing2.

  16. bppt Says:

    dear tan sri..
    saya terkejut dengan perlantikan tan sri sebagai seorang menteri dalam kabinet kedua pak lah..apapun tahniah.

    perkara kedua saya berharap blog ini adalah hasil tulisan sendiri dan dibaca sendiri oleh tans ri, bukannya melalui IT specialist yang akan memberi report kepada tansri

    ketiga,,jangan jadi macam blog ali rustam sudah la..

  17. observer Says:

    Merujuk kepada tulisan di dalam blog drkhir bertarikh Friday, April 18, 2008
    ‘Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan Jika Mahu UMNO dan BN Kembali Kukuh’ Saya kira dr khir telah menampakkan satu evolusi pemikiran yang positif dalam usaha mengenegahkan kemelut yang masih belum ada ubatnya di dalam UMNO hari ini. Mungkin kupasan/analisis/jangkaan beliau dalam tulisan tersebut bersifat pandangan pribadi, tetapi lojik dan ada juga benarnya (pada tajuk itu sahaja).

    Lihat ia secara bijaksana dan belum terlambat untuk duduk semeja mencari jalan penyelesaian terbaik demi kebaikan rakyat dan penghuni negara berbilang kaum ini. Janganlah diabaikan atau dipandang remeh hakikat ini. Kerana jika dikumpul suara-suara kecil dan pribadi ini, lama-kelamaan akan bergema juga. Dan mungkin ketika itu, suatu bentuk reformasi yang radikal pula mungkin menjadi suatu yang pasti.

    Maaf dan terima kasih.

  18. teruna Says:

    salam datuk. sy amat marah kepada mereka yg meminta pak lah meletak jawatan, sy syorkan pada datuk supaya meminta pak lah melucutkan jawatan menteri mereka yg menentang, apa guna di beri jawatan andai tidak kenang budi…, kalah tu biasalah dalam pilihraya , tak kan lah pasal tu nk desak pak lah letak jawatan, ahli umno kena bersatu memulihkan kan umno bukannya meminta pak lah meletak jawatan….

  19. blog14 Says:

    baru org UMNo nak blaja nak gune blog ker??/hahahaha

  20. adi amran Says:

    BN-UMNO sudah tidak releven dan akan berkubur tidak lama lagi. Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jadi PM. Masanya akan tiba…InsyaAllah…

  21. Azmi Says:

    Assalamualaikum YB Tan Sri,

    Pak Lah tu baik orangnya, saya yakin beliau akan berjaya menyatukan seluruh umat melayu. Orang Melayu perlukan seorang pemimpin yang berani seperti Pak Lah. Orang melayu akan bangun dan berani kehadapan setelah melihat pemimpinnya teguh berdiri.

    Saya sedih di atas pelbagai kritikan serta tomahan terhadap Pak Lah. Mereka seharusnya memberi semangat serta sokongan padu. Rakyat dan pemimpin seperti aur dengan tebing. Pemimpin UMNO tidak wajar bercakaran secara terbuka. Rakyat yang tidak berkepentingan apa-apa seperti saya menilai seseorang pemimpin dengan hati.

    Orang melayu bila hatinya disentuh, mereka akan bersatu. Nasihat saya, sentuhlah hati mereka sengan rasa belas kasihan. Bacakan kepada mereka sejarah lama, Senaraikan nama pejuang-pejuang melayu, pejuang-pejuang kemerdekaan. Ajarkan mereka erti syukur.

  22. faizal Says:

    UMNO macam kata DrM dah tak berani. Apa saja yg bos kata semuanya yes. Bukan pemimpin yang macam tu kita nak. Kita nak pemimpin yg berjuang untuk rakyat …bukan pemimpin yg takut nanti paklah tak suka dia tak lantik jadi menteri pula.

  23. cynic Says:

    salam. sy nak mencelah kata2 diaorang ni. Sbenarnye dato, walaupun sy sekolah tak tinggi setakat ada PHD je, tapi sy masih tau perpaduan sebenar terletakpada Islam, bukan pada sebarang parti politik yg berasaskan perkauman. Dunia telah menyaksikan parti yg berasaskan perkauman tidak akan kekal lama. antaranya ialah MCA dan MICyang dah hampir luput sekarang. Jadi, sy berseru kpd dato, usahlah menguar-uarkan ttg perpaduan kaum melayu. kan lebih baik dato perjuangkan Islam di Malaysia yg makin terpinggir ni….kalo UMNO yang berasaskan perpaduan kaum melayu…nescaya dah lame UMNO akan bungkus…..masuk muzium….memang kate2 saya agak pedas….tapi inilah luahan hati seorang rakyat yang tak beberapa pandai…..sekian terima kasih…HIDUP ISLAM

  24. dulu umno skrg no2umno Says:

    dari apa yang dapat dilihat dgn suasana skrg.. media massa, akhbar dll semua menjadi BUYERS kepada BN..Alhamdullillah bidang internet bukan dikawal oleh kerajaan.. dan ianya menjadi penyampai suara rakay terutamanya golongan muda segenerasi saya..

    Suara rakyat akar umbi dinafikan.. hanya pandangan menteri pengampu dikatakan pandangan majoriti..Rakyat sudah mampu melihat semua ini..

    Tpi apa yg dilakukan oleh YB Khir Toyo adalah tindakan terpuji kerana setidaknya dia berdiri di tas pendapat diri sendiri.. bukan sebagai pengampu yang tidak bermaruah..

    Majoriti golongan muda segenerasi saya sama sekali tidak menyokong gaya kepimpnan yang ditunjukkan pak lah.. Bukan menolak dan terhasut kerana gaya cerita pembangkang tetapi saya menyatakan pendapat saya sendiri.. gaya kepimpinan pak lah hanya menguntungkan pemimpin2 dan menteri dan kroni2nye sahaja.. bukan untuk rakyat…

    Sekiranya dulu ramai golongan muda menyokong UMNO atau menanggotai pemuda, 4 tahun dari sekarang YB boleh lihat apa yang akan berlaku kepda BN sekriany Pak Lah terus menerajui BN dan PRU13 akan menjadi penentunya…

    Sekian..

  25. arnis junita Says:

    salam,
    sebagai generasi yang bakal menerajui masa depan negara, saya merasakan ada lah lebih baik para pemimpin kita perlu lebih ikhlas dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

    saya akui kiranya direnungkan kembali ada kebenarannya seperti yang dikomen oleh mereka diatas, ramai mereka yang menjadi wakil rakyat menjadi kaya raya. ini dapat dan berani saya katakan kerana saya melihat sendiri. dari mereka yang mempunyai cara hidup yang biasa, telah menjadi kaya raya dan seterusnya menjadi angkuh seperti kacang lupakan kulit. nauzubillah….

    amanah yang diberikan telah disalahgunakan, adakah ini menunjukkan sikap tanggungjawab yang sebenar? apabila wang diselewengkan, apabila pangkat disalah ertikan. bukti bukti dibiarkan merata rata, sesungguhnya Allah itu Maha Besar, sekiranya Dia nak tunjuk kebenaran, pasti diperlihatkan jua. tapi siapakan saya atau kami rakyat jelata, sekiranya kami pergi untuk menunjukkan bukti bukti ini kepada pihak yang berkenaan? adakah mereka akan mengambil tindakan? susah untuk saya menilainya.

    pada pendapat saya, kemungkinan perkara sebegini bukan sahaja akan berlaku pada wakil rakyat bagi perti tertentu sahaja, who knows, silap silap PKR juga akan membuat perkara yang sama. dah akhirnya siapa yang menjadi mangsa? rakyat juga! kerana wang, manusia sanggup berbuat apa sahaja….. tak kira parti apa mereka wakili melainkan merak mereka yang mempunyai hati yang benar benar ikhlas…..

    sesungguhnya, banyak perkara yang telah membuka mata rakyat, rakyat dpat melihat apa yang berlaku cuma tiada suara untuk mempertikaikan….. sesungguhnya apa yang berlaku ada sebabnya, maka nilai lah diri kita…. kita tidak seharusnya menjadikan pangkat , harta, wang utk membanggakan diri dan utk kekayaan diri sendiri….saya berkata ini utk diri saya sendiri dan juga utk semua…. tak kira apa parti … berjuang untuk malaysia..untuk mempertahankan kedaulatan negara, supaya negara tidak di jajah oleh bangsa lain…. cuba ingat dan renungkan , renungkan penat jerih serta pengorbanan mereka yang telah berjuang demi negara…patutnya kita berasa malu kerana kita telah menikmati kesenangan dan kemewahan , lalu lupa , lupa akan pengorbanan mereka….renungkan lah sekitar kita, demi bangsa, agama dan negara…

    salam hormat

  26. ms s Says:

    apa yg disembunyikan nya tu? jika sembunyi kerana demi kebaikan nasib bangsa melayu, pada saya tak salah. sebagai anak melayu, saya bangga dengan setiap pemimpin yg pernah memimpin malaysia.

  27. din_kita Says:

    Assalamualaikum Tan Sri.

    Boleh saya dapatkan kepastian mengenai perbalahan dalam UMNO dan luar UMNO..bila masa nak selesai agaknya…Dikhuatiri selagi masalah kepartian ini tidak selesai akan sedikit sebanyak menjejaskan pertadbiran negara.

    Apa-apapun tanggapan Negara luar terhadap malaysia dah kurang segalanya.

    Maaf saya simpati masalah negara kerana pemimpin yang bertelagah….

  28. shah efendy Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,
    Pertama kali melayari blog Tan Sri, saya fikir ada ‘inti’ yang boleh diintai. Sebagai penyokong kuat UMNO, saya tidak ragu-ragu bahawa masa depan UMNO akan lebih kukuh melalui iktibar dari tsunami PRU12 baru lalu. Saya optimis, bahawa proses ‘overhoul’ ini akan menjadi satu titik tolak ke arah pengukuhan kaum Melayu dan UMNO yang menjadi tonggak BN selama ini. Melayu Baru yang Tan Sri cetuskan 15 tahun lalu masih relevan untuk tatapan generasi kini. Harap ada usaha untuk reprint semula. Wassalam.

  29. Zackmaya Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,
    Tahniah kerana telah memiliki laman web rasmi sendiri.
    PRU 12 telah berlalu dan kita telah menyaksikan BN tewas di 6 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Sekarang kita semua hari hari dapat membaca akhbar yang tajuknya hampir sama iaitu mendesak peralihan kuasa PM kepada TPM. Saya tidak nafikan dalam kelembutan Paklah, ada ketegasan yang melebihi batas dengan mencabar rakyat supaya protes melalui pilihanraya. Inilah akibat yang harus ditanggung olih kita ahli parti. Menang kalah dalam pilihanraya itu perkara biasa, tapi jika sampai rakyat tak hormat lagi pada pemimpin, itu tidak bermakna lagi bagi kita sebagai pemimpin. Sebenarnya rakyat bukan tak suka UMNO dan BN tapi olih kerana tiada pilihan lain untuk bersuara maka rakyat telah memilih parti lawan. Pemimpin atasan tidak pernah cuba untuk mendengar nasihat akar umbi, tak pernah nak tanya masalah rakyat, buat keputusan sendiri. Keputusan cawangan tak pernah diambil kira. Nak letak calon ikut suka hati, nak tak nak kami diperingkat cawangan buat kerja dengan ertikata ” paksa rela ” . Tahun 1995 semasa saya baru menyertai UMNO, saya telah menegur kepimpinan UMNO Terengganu supaya bersatu kerana UMNO bukanya kuat tanpa sokongan parti parti komponen siapa UMNO untuk terus menerajui negara. Krisis kepimpinan hendaklah diatasi dengan segera, agar rakyat tidak mengetahui dan benci pada pemimpin. Kekalahan BN Terengganu tahun 1999 seharusnya diambil iktibar olih semua pihak, tetapi sebaliknya yang berlaku. Tahun 2004 BN Terengganu menang dan PRU 12 baru baru kami terpaksa berkerja keras bagi memastikan kemenangan kerana kami dah seri berada dibawah pemerintahan PAS. Tanpa kerja kuat akar umbi tak mungkin BN Terengganu menang, Bertapa susahnya nak meyakinkan rakyat dan ahli yang menjadi pengikut pada pemimpin yang mereka suka. Keputusan pimpinan negeri meletak calon amatlah kurang menyenangkan ahli diperingkat bawahan. Yang ditonjolkan olih cawangan dan bahagian ditolak olih negeri. Calon bidang terjun diberi tempat. Kerana sayangkan parti dan malu pada rakan pembangkang, maka terpaksalah kami semua bersengkang mata selama 20 malam. Diharap Tan Sri selaku Ketua Penerangan dapat memberi penjelasan yang tepat pada pucuk pimpinan apa yang diingin olih ahli parti. Cukuplah bersengeta sama sendiri, sekarang masa untuk berkerja dan bukannya untuk mencari populariti. Nak popular masuk je rancangan realiti TV seperti akademi fantasia / malaysia idol dan sebagainya.
    Sebelum mengakhiri terlebih dahulu saya memohon maaf jika terkasar bahasa dan budi bicara.
    Sekian terima kasih

    Jumpa lagi dilain masa.

    Zackmaya
    Kemaman
    Terengganu

  30. Pemuda Rembau Anti KJ Says:

    Tan Sri,
    bagi memulihkan sokongan rakyat kepada UMNO, pucuk pimpinan atas perlu lebih berani untuk menyatakan yang hak tetapi amat kesal dihati saya melihatkan majoriti pemimpin UMNO masih tidak berani untuk menyatakan yang hak.
    Rakyat ramai telah menolak dan majoriti yang menolak adalah golongan terpelajar. Buktinya kekalahan BN banyak di pusat-pusat bandar. Mereka pandai menilai dan tidak mudah ditipu seperti masyarakat kampung, Tan Sri.
    Rata-rata anak muda kini, tidak menyokong UMNO. Ini fakta yang perlu kita terima, Tan Sri. SAya merupakan bekas pimpinanan mahasiswa dikampus yang pro kerajaan. Dikampus dulu (UKM) saya kuat menyokong kerajaan dan berjaya menumbangkan kerajaan mahasiswa dokongan PAS yang memegang tampuk selama 7 Tahun. Kini semangat saya untuk berjuang untuk UMNO semakin pudar kerana UMNO hanya untuk mereka yang dahagakan kemewahan dan projek bukan perjuangan Melayu seperti dahulu lagi.
    UMNO perlu diubah bukan sahaja pemimpinnya tetapi dasar perjuangan semangat pengorbanan untuk melihat adanya UMNO 50 tahun akan datang….

  31. pudin Says:

    salam tan sri…

    pd pandangan sy dengan adanya pemimpin seperti dato seri khir toyo ini akan dapat melemahkan umno yg ada sekarang…sepatutnya pemimpin umno bersatu kembali selepas mengalami kalah teruk….dr segi semangat terhadap pemimpin sy lebih tertarik melihat kepimpinan pas yang kalah teruk dalam pru 11 2004…tiada seorang pn pemimpin pas mendesak presiden pas meletak jawatan dan mereka bersatu..hasilnya pada pru 12 2008 mereka mndapat kemenangan yg boleh dianggap besar bagi pas..
    wallahualam

  32. tengku rin Says:

    saya sebagai rakyat biasa suka melihat scenario politik skrg kerana selepas BA memenangi 5 negeri + KL baru lah rasanya barisan pemimpin BN/UMNO tidak hanyut atau tidur & terusan menghabiskn duit rakyat. Jgn menyalahkn BA kerana rakyat mahukan perubahan & itu isyarat supaya BN/UMNO berkerja lebih kuat. Sama2 kita share kekayaan bumi Malaysia ok Tan Sri :) peace

  33. itoiza Says:

    YB Tan Sri

    Lain dulu lain sekarang. Dulu kita tidak kenal siapa PM yg sebenarnya. Tidak dinafikan. Kita semengangnya memerlukan PM yg sebegini. Selepas PR 2004 barulah kita tahu siapa kah PM kita nie dan kuncu-kuncunya terutamanya kaum kerabatnya. Maafkan saya Tan Sri. Pasti Tan Sri sendiri telah maklumkan hal nie.

  34. PAS DAN IDEOLOGI DIA SAJA BETUL Says:

    PAS jangan sibuk mendesak Pak Lah meletak jawatan. Sebaliknya mendesak pemimpin mereka sendiri supaya meletak jawatan kerana gagal dalam PRU12. Siapa orang tersebut? tak lain dan tak buka ialah HADI AWANG.

    Sebab kedua HADI AWANG kena letak jawatan ialah kerana PAS telah bersekongkol dengan PKR dan DAP. Kedua-dua parti ini bukan lah parti Islam. dan PAS sangat membenci UMNO kerana UMNO dicap sebagai parti sekular yang tidak berpegang kepada Islam. malah di zaman Tunku UMNO dan Tunku dianggap kafir.

    oleh itu semua pengikut PAS hendaklah mendesak pemimpin-peminpin mereka meletakkan jawatan kerana parti itu sudah tidak Islamic lagi. Sudah tidak relevan lagi dengan perjuangan asal yang ingin menegakkan negara Islam.

    Hari ini orang PAS boleh megkafirkan parti mereka sendiri kerana bersahabat dengan DAP dan PKR yang nyata parti sekular.

  35. rashit kamal Says:

    bagus blog ini… mendekatkan pemimpin dgn rakyat. syabas….

  36. Pemerhati, Pendengar dan dok diam-diam Says:

    SAYA SOKONG PAK LAH.

  37. kilatsenja Says:

    Memang benar Tan Sri, semua pemimpin pembangkang tidak seorang pun mahu Pak Lah berundur. Kenapa ya? Mesti ada udang disebalik batu! Tan Sri sendiri fikirlah, kenap tiba-tiba UMNO yang dulu kuat boleh gagal mendapat 2/3 dalam PRU12 sedangkan Pak Lah dikatakan sebagai seorang yang bersih dan lemah-lembut. Tidak mencaci orang lain. Mudah mengaku kelemahan sendiri. Membuka lebih luas amalan demokrasi. Melayan pemimpin pembangkang dengan penuh sopan dan hormat, dll. Dengan sifat-sifat mulia begini, mustahil dia dibencikan? Hakikatnya, segala kebaikan Pak Lah ini gagal memikat hati rakyat. Orang macam saya, langsung malas keluar mengundi. Jadim kalau Tan Sri IKHLS mahu melihat UMNO pulih, nasihatkanlah Pak Lah berundur. Berundur lebih baik daripada menjadi ketua pembangkang selepas PRU13.

  38. tingkat 5 parlimen Says:

    Salam Tan Sri,

    segala apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan pandangan pelbagai pihak telah kita lihat dan saksikan malah kita sendiri dapat menilai pandangan seseorang yang selama ini tersirat dan tersurat. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita dalam menjadikan keputusan yang berlaku itu mempunyai landasan yang terbaik untuk kita jadikan sebagai iktibar dalam pemprosesan masyarakat berdemokrasi untuk fasa kedua 50 tahun kemerdekaan.

  39. maarof Says:

    YB Tan Sri,

    Saya ingin mengulas pendapat Akademia seperti di atas. Semasa PRU 12 baru-baru ini saya bertugas sebagai seorang Ketua Tempat Mengundi SPR. Saya melihat sendiri keangkuhan orang UMNO. Wakil Wanita UMNO yang menjadi ejen pilihanraya di saluan saya datang memakai pakain putih dan merah. Sebanarnya saya mempunyai kuasa mengusir beliau memakai pakaian UMNO tersebut, tetapi saya tidak mahu menimbulkan kekecohan. Kemudian beliau berlagak seolah-olah kami pegawai-pegawai SPR bekerja untuk beliau dan sering memberi komen-komen sedangkan ejen-ejen parti lain diam sahaja. Akhirnya apabila kertas undi hendak dikira beliau ingin ‘membantu’ mengira (sudah biasa katanya). Disinilah saya terus menegur beliau dan mengarahkan beliau melihat sahaja tugas-tugas kami. Bila akhirnya didapati di saluran saya ini BN kalah beliau menyebut “Ini baru saluran ini, saluran yang lain belum tahu”. Sebenarnya di saluran-saluran lain BN kalah juga.

    Tan Sri, saya berpendapat faktor keangkuhan inilah salah satu penyebab mengapa ramai pengundi menolak BN dalam PR 12 baru-baru ini.

  40. Garden Says:

    Saya rasa blog anda adalah blog yang paling tidak ‘genuine’, masih lagi bermuka-muka, sepertimana bermukanya para pemimpin UMNO. Anda pula seorang yang tidak ada kredibiliti yang mana dulu bukan main lagi melatah kepada blog RPK, tapi anda sendiri dungu dan tidak tahu apa itu blog, sebegitu juga segelintir para pemimpin UMNO yang lainnya dungu terhadap blog.

    Oleh itu, saya dengan berbesar hatinya mengalu-alukan anda dan puak-puak UMNO anda yang ‘newbie’ kepada blog ini…Selamat Datang ke Tahun Merawat UMNO 2008!!! (Sepertimana Najib luahkan kepada rakyat Kelantan dulu sebelum dia di-Booo dengan free-nya).

    Terima sahaja kebenaran bahawa, sikap andalah (ye, anda…bersama chief-chief tertinggi anda) yang menjadi penyebab kekalahan dan penolakan rakyat terhadap anda. Bukan sahaja rakyat, malah ahli-ahli UMNO sendiri yang lebih cerdik dan terbuka minda daripada para pemimpin mereka yang tertutup minda, mengalahkan katak bawah tempurung.

    Sekian…amanat saya, jangan jadi bebal macam si Ali Rustam. Nak cakap isu babi, tapi diri sendiri yang…(maaf saya katakan) dibabikan.

    Bagi saya para pemimpin UMNO tidak akan mendapat hormat saya. You are certainly not worth giving that respect, for you don’t earn it.

  41. anakwatan Says:

    Ye betul, semua pimpinan UMNO patut dipersalahkan. Semua MT, semua ketua bahagian, termasuk ketua-ketua kampung. Hidup penuh dengan kekotoran, sombong, dan bongkak. Baru mendapat jawatan ketua kampung sudah hidung tinggi, rumah melangit, kereta besar…nak tunjuk pada orang kampung ke? Inilah akibatnya apabila betuhan kan DUIT dan KUASA..

    Rasalah sikit keperitan rakyat marhaen.. sanggupkan saudara duduk dirumah kecil di tengah2 Kl dengan gaji RM2000 sebulan? cuba saudara tinggal di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung sana.. datang kerja bayar tol hari2 kat KL.. ataupun bayar sewa rumah flat di KL dalam masa yg sama bayar ansuran rumah di Bukit Sentosa yg saudara beli kemudian tidak diduduki? apa rasanya? tak payah cerita lagi pasal minyak naik, tol naik, beras, roti semua naik..

    Duduk dekat atas tu boleh lah cakap… apa dasar nak tolong orang melayu miskin… isi perut kroni dulu boleh lah…

  42. lananged Says:

    Tan Sri,

    keperibadian peminpin pas berbeza dengan umno itu tidak dapat di nafikan….

    ini mungkin sebab mereka belum memerintah… tidak ada kekayaan tidak ada kuasa.

    UMNO parti elit kaya, mewah dan berkuasa… hal ini membuat melayu mudah lupa..

    cuba lihat pemimpin umno dari segi gaya mereka ego, sombong hanya dalam majlis sahaja nampak mesra… hal ini ahli umno sendiri yang kata…

    Seorang ahli parlimen habis 3 juta untuk pilihan raya yang baru lepas …setriap ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita seorang RM500.. cuba kira kalau ada 120 cawangan, situ je dah lebih sejuta… belum kira portes, ceramah sewa kenderaan, sewa hotel….

    Khairy di benci oleh semua golongan dalam umno dan pembangakang memang sudah sedia maklum tapi pemimpin kanan tak mampu untuk sedarkan dia…

    etika, moral peringkat bahagian banyak yang memalukan banyak tindakan hanya semata mata politik ini di lihat jelas oleh masyarakat…

    cuba la tan sri ubah mentaliti pemimpin umno di peringkat bahagian tu

  43. Harry Says:

    Assalamuaalaikum,
    Saya adalah peminat Tan Sri, saya mengenali Tan Sri dgn rapat sejak saya belajar di Kolej anak syarikat Negeri Selangor lagi malah Tan Sri yang saya hormati terserlah dengan sikap kerakyatan yg amat tinggi, ini kerana Tan Sri pernah menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu saya yg tinggal di sebelah rumah saya di sebuah kampung di Klang, tanpa segan silu Tan Sri telah membantu majlis tersebut dengan melupakan pangkat & darjat Dato menjadi “Penangah” saya amat mengkagumi Dato setelah melihat sikap & perwatakkan Tan Sri dgn 2 mata kepala saya sndiri. Mungkin kerana org melayu ini penuh dgn adat “Org berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa”.
    Komentar saya tentang iklim politik Malaysia skrng ialah seperti berikut.
    1) Pak Lah ialah PM kita tapi bukannya superhero yg boleh membantu rakyat dlm pengursan hidup secara individu, ramai yg mengkritik Pak Lah adalah kerana mereka di belengu permasaalahan individu yg berpunca dari dasar kerajaan serta pengurusan yg lemah sgb contoh: Pengagihan Tander2x kerajaan atau sebutharga kerajaan kebanyakkannya di monopli oleh kroni-kroni, adakah ia benar? (jika dapat pujian pada jentera kerajaan, jika tidak tuduhan yg bukan2x). Pembinaan hubungan yg rapat dlam sesuatu Jabatan2x Kerajaan bukan di bina dgn mudah byk wang ringgit telah di belanjakan, masa terbuang, dan lain2x lagi. Tambahan lg dari perspektif Jabatan2x atau kementerian kerajaan adakah mempunyai pakar yg betul2x bijak dalam penilaian pemilihan tander atau sebut harga, document yg di hantar kadangkala berfail-fail, masa, tenaga, wang ringgit byk yg terhabis jika hendak di nilai dari borang tander atau sebut harga yg bernilai RM100 atau RM50 itu tak lah byk mana jika di bandingkan dgn meyiapkannya. Tak kurang juga ketelusan yg telah hancur akibat dari segelintir kaitangan kerajaaan yg memilih kerana “Rasuh” (isu pemutar screw Dll).
    2) Kehadiran anak menantu yg byk merosakkan serta mengeruhkan keadaan Pak Lah. Saya org muda sebaya dgn menantu Pak Lah, saya merasai apa juga rasa yg beliau rasa, ego, tamak, bercita-cita tinggi, suka melihat pd perempuan cantik, ingin berkuasa dlm waktu yg muda dan lain2x lagi. Bukan shj sikap sebegitu juga yg saya rasa saya percaya ank menantu Pak Lah juga ada sifat-sifat murni dlm dirinya tp tak payah lah saya sebutkan. Cuma di sini apa yg saya lihat Pak Lah sendiri gagal dlm menjaga serta membezakan di antara kerja & keluarga, pengaruh anaknya dlm SCOMI & kerajaan juga menjadi penentu keburukkan Pak Lah (Bapa mana yg tak mahu membantu anaknya, tanya Anwar sendiri adakah beliau langsung tidak membantu anaknya) begitu juga Pak Lah. Halal Development Cooperation baru2x ini mengambil alih tugas JAKIM sebagai pengeluar serta pemantau HALAL dengan 1 satu arahan Pak Lah dgn serta merta, ramai tahu penglibatan ank menantu Pak Lah dlm HDC (Pengerusi HDC), saya nampak itu satu perkembangan yg bagus cuma pengambilan serta arahan itu amat drastik tanpa memikirkan pihak lain, semua org tahu HALAL akan menjadi satu industri yg baik serta berkembang pesat namun adakah perkongsian itu di jalankan secara adil, HDC adalah satu badan koprat ini sudah tentu menampakkan kelicinan proces perkembangan industri tersebut namun persoalannya adalah keadilan, “Mampukah HDC bergerak secara adil & telus” (Dlm kerajaan juga byk yg tidak telus, inikan pula badan koprat) siapa yg akan memantau pengerakkan HDC? Badan berkanun seperti Polis, Kastam, Imegresen juga hadapi masaalah ketelusan. Utk pengehtahuan Tan Sri ramai pegawai JAKIM telah di keluarkan secara senyap & paksa, sebelum pegambilalihan itu berlaku. Soalan: Siapa punya arahan?

    3) Kejatuhan moral pemimpin UMNO menjadi penyebab kemerosotan dlm PRU12, tambah lagi ada di antara pemimpin2x tersebut sanggup menaja pesta maksiat, mengaut keuntungan dari Tander & sebut harga, bercakap besar, menamalkan double standard & lain2x lagi byk Tan Sri saya rasa Dato sendiri pun tahu perihal pemimpin2x UMNO ni. Saya juga ahli UMNO, depan mata saya sendiri benda ini berlaku. Tips saya Tan Sri Ketua Bahagia, Cawangan,Wanita, Pemuda & Puteri harus ada tahap penilaian yg di buat secara terbuka. Kerana mereka inilah yg menentukan kejayaan fungsi ahli serta jentera UMNO itu. ( Mereka mendapat habuan dari segi elaun, tp kerja tidak jalan.) Tahap pemikiran mereka harus lah di isi dengan ilmu pentadbiran & agama. Jika berlaku salah laku harus di ambil tindakkan.

    4) Harga barang naik akibat dari ketidak cekapan pentadbiran ekonomi & penguatkuasaan.
    5) Martabatkan Agama Islam dahulu sebelum bangsa. Pelajari serta fahami Islam dgn lebih dalam bg merencanakan strategy politik,pentadbiran, ekonomi, sukan, pendidikan & lain2x. Hubungkaitkan pentadbuiran Islam dalam meyatupadukan rakyat yg berbilang agam ini.

    Sekian Terima kasih.

  44. Kalluq Says:

    TS- saya melihat UMNO tidak kalah sebaliknya BN memerintah kerana UMNO yang banyak kerusi. Cuma yang meresahkan saya adalah parti komponen seperti MCA dan MIC yang kini hilang pengaruhnya. Melayu masih bersatu cuma mereka ada yang memilih PAS kerana aliran Islam yang mereka perjuangkan menjadi pegangan orang-orang Melayu. Melayu tidak berpecah belah kerana beranggapan UMNO dan PAS adalah parti melayu. Apa yang saya harapkan agar UMNO melihat ini adalah positif. Tidak salah jika UMNO turut menonjolkan agama sebagai tunjangan perjuangan kerana takrif melayu di dalam perlembagaan ialah melayu seorang yang beragama islam.
    TS-Saya seorang penyokong UMNO sejak UMNO di bawa ke Sabah dan ayah saya seorang Ketua Cawangan UMNO di Semporna yang tidak akan berbelah bagi. Dan saya juga setia kepada pemimpim UMNO termasuklah Pak Lah sendiri. Walau bagaimanapun manusia tidak semuanya “perfect”. Teguran yang membina perlu diterima secara terbuka. Cuma ada ahli menegur tanpa membuat penilaian terhadap diri sendiri dan tidak cermin diri sebelum menegur orang lain dan begitulah situasi sekarang apabila ramai ahli UMNO tidak mencermin diri sebelum meminta Pak Lah berundur.
    TS- walaupun sebagai ahli biasa sayapun turut resah dengan situsi sekarang apabila ada pihak saling menuding jari atas kekalahan PRU12. Apa yang berlaku sekarang satu cabaran kepada BN dan UMNO perlu bekerja keras. Saya beranggapan PRU12 sebenarnya banyak undi protes dan ia bukanlah satu kekalahan yang berkekalan sehingga PRU13. Semua ahli UMNO perlu bersama memantapkan dan berusaha kukuhkan BN secara berhemah dan padu untuk memenangi hati rakyat. Sekarang masa untuk bekerja dan bukan masa untuk meminta Pak Lah berundur.

  45. Salauddin Manaf Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,
    Alhamdulillah Tan Sri menjadi orang penting kembali. Saya mengalu-alukan orang seperti Tan Sri berada dalam kabinet. Sikap dan pendirian Tan Sri menjadi idola saya. Harapan saya Tan Sri akan meneruskan perjuangan UMNO Tan Sri hingga akhir hayat.
    Saya menyambut baik tindakan Tan Sri membuka blog Tan Sri sendiri. Moga-moga tindakan Tan Sri ini menjadi teladan kepada pemimpin-pemimpin UMNO lain (Yang belum ada blog). Blo merupakan kaedah terbaik masa kini untuk kami rakyat bawahan berdamping rapat dengan Tan Sri. Walaupun saya bulan anak Selangor, saya rasa amat berbesar hati dengan cara ini. Saya boleh mendekati Tan Sri walaupun pada adatnya saya yang berada di Lenggong, Perak, belum tentu dapat bersemuka dengan Tan Sri. Tetapi dengan adanya blog ini, saya boleh mendekati Tan Sri secara peribadi. Tahniah Tan Sri.

  46. aL-MaRBaWi Says:

    Salam, Tan Sri.

    Saya percaya, akar umbi PAS dan UMNO masing-masing mahu melihat kedua-dua parti ini bersepakat dalam menentukan hala tuju umat Melayu kita di masa hadapan. Apa yang menyukarkan ia adalah sikap pemimpin kedua-dua parti ini.

    Saya tidaklah anti-UMNO atau anti-PAS. Tapi saya dan rakan-rakan anak muda yang lain mahu melihat satu “Pakatan Melayu” terlebih dahulu dikukuhkan kemudian, barulah “Pakatan Rakyat” dijelmakan.

    Negara ini majoritinya adalah Melayu dan seharusnya Melayu yang perlu bersatu padu dahulu sebelum mengajak kaum lain bersama-sama menentu hala tuju Malaysia.

    “DEMI CINTAKU PADA ISLAM, DAN SAYANGKU PADA MELAYU”

  47. pandanwangi Says:

    UMNO wujud untuk bangsa melayu…tapi kerana bangsa melayu sendiri UMNO jadi tak karuan kebelakangan ini. kini, tuduh menuduh dan saling tuding menuding siapa salah dan siapa benar dalam UMNO sendiri. Kewibawaan kepimpinan presiden tercabar oleh koment-komen orang-orang tertinggi UMNO sendiri. Generasi baru UMNO pula makin galak mempertikai itu dan ini mengenai kepincangan di dalam UMNO sendiri. Setelah melihat keputusan PRU12 lepas…makin bertambah risau apa akan jadi kepada UMNO 5 tahun akan datang ini. Cukup kah masa 5 tahun untuk pemperbaiki kelemahan UMNO kini bagi memuaskan jiwa generasi baru UMNO? Cukup kah masa 5 tahun ini untuk mengembalikan keyakinan masyarakat melayu bahawa UMNO adalah untuk mereka? dan bukan hanya untuk mereka yang dekat dengan kepimpinan tertinggi? Mampu kah UMNO untuk terus berdiri gah sebagaimana zaman pepimpin tertinggi sebelum ini dan mampukah UMNO menangkis anasir liar dari parti-parti lain yang kononya untuk melayu juga?

  48. farid Says:

    YB Tan Sri,

    Saya yakin umno akan mendapat tempat semula jika perjuangan Allahyarham Tun Razak dihayati. Jika sebaliknya, sukar bagi umno bertapak semula.

  49. su-kj Says:

    A.kum Tan Sri,

    1. Saya bersetuju dengan pandangan Tan Sri.

    2. Kekalahan Bn/Umno tidak boleh diletak atas bahu Pak Lah seorang saja.

    3. Memang betul kata orang tua kita…’Ringan sama dijinjing…berat sama dipikul’. Jangan pula ringan sama dijinjing bila berat engkau pikulah seorang.

    4. Manakala pandangan Dr. Khir saya pun setuju dari segi prinsipnya. Itu sebab beliau meletak jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Supaya beliau lebih bebas mengutarakan apa-apa sahaja isu yang berbangkit untuk kebaikan Umno juga dan bukan untuk kepentingan peribadinya. Jika beliau ada niat peribadi lebih baik dia menjadi pak turut dan pak ampu sahaja.

    su-kj
    http://www.penyokong-kj.blogspot.com

  50. Duke Says:

    Assalamualaikum Tan Sri…

    Hanya satu soalan mudah sahaja Tan Sri…

    Adakah Tan Sri sendiri yang menjawab dan mengendalikan Blog ini atau sekadar mengupah seseorang untuk mengedalikannya?

    Jika jawapannya : Ya
    Betul ke ni…?…macam tak percaya pulak…
    Jika jawapannya : Tidak
    hehhehe…baik tak payah buat blog…hehhehhh

  51. Awang Bok Cheh Says:

    selamat datang tan sri ke dunia bloq. akhirnya tan sri sedar kepentingan dan kuasa blog ni ye.

  52. jep Says:

    askum tan sri…saya tidak berniat untuk berkata begini…sebagai org muda dan saya juga bukan ahli mana2 parti politik..saya sudah 3 kali mengundi dlm PRU..KENAPA saya tak undi UMNO dan BARISAN?

  53. faizal mohaiyin Says:

    Tan Sri,
    Sudahj elas salah satu sebab kekalahan BN ada orang ramai(pengundi) dan juga orang yang tak layak mengundi telah jemu dengan kepimpinan yang ada sekarang. PM telah gagal menjalankan tugas yang telah di amanahkan. sebelum ini kita selesa dengan apa yang kita ada. Kita bangga mengaku sebagai rakyat malaysia. Nama negara harum di merata dunia, semua kenali malaysia, semua menyanjungi malaysia. Tapi kini tidak lagi.
    Kelemahan pemimpin no 1 menyebab nama Malaysia makin kurang pudar, inilah yang menyebabkan rakyat Malaysia memberi amaran awal melalui PRU 12.
    BN menang besar di PRU11, pada ketika itu situasi negara adalah begitu stabil dalam semua segi, ekonomi dan yang lain. Peralihan kuasa yang berlaku pada tahun 2003 boleh kita lihat sebagai satu perkara yang mudah sepatutnya bagi penerima mandat baru pada ketika itu utuk menjalankan dasar yang telah sedia ada dan melaksanakan segala pelan yang telah dirancang terlebih awal. Tetapi pemimpin negara telah gagal untuk menyandang & memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan. PM GAGAL……kita kini merasa kurang selesa dengan situasi masa kini. Ekonomi seakan tidak stabil. Perkara yang dijangka berlaku telah terjadi…jawapannya keputusan PRU 12.
    Pada PRU11 lalu sesiapa sahaja termasuk tan sri kalau menjadi pemimpin no 1 BN juga mampu untuk mencapai keputusan cemerlang seperti mana yang telah di perolehi. Pada ketika ‘Sup’ telah dimasak dengan rempahyang sempurna, suhu api yang tepat, campuan air dan garam telah dijaga dengan teliti…tapi sayangnya bila ‘tukang masak’ batu gagal menjaga periuk sup panas itu dengan baik, sup di dalamnya telah berubah rasa dan orang mula tidak menyukainya lagi dan telah berubah kepada tukang masak yang lain. Inilah perumpamaan yang boleh kita samakan dengan situasi politik dan kepimpinan negara kita. Kegagalan pemimpin sekarang untuk mengekalkan apa yang telah kita ada sejak dari dulu telah mengakibatkan rakyat mula memberontak dengan cara memangkah calon dari pihak bertentangan. Ini sangat menyedihkan.
    Saya juga mula benci dan meluat dengan kepimpinan sekarang dan mungkin akan mengikut jejak langkan yang lain untuk berada dikelompok yang menentang kerajaan.
    Sayang saya pada parti UMNO juga makin berkurangan. Sedikit demi sedikit rasa meluat makin membara terutama pada pemimpin-peminmpin muda yang gelojoh utntuk naik. Khairy Jamaludin juga telah berjaya meletakkan namanya sebagai individu yang menyemarakkan rasa benci ahli UMNO kepada parti sendiri menerusi agenda kotornya.
    Makin lambat Dollah turun dari jawatannya makin hancurlah kepercayaan rakyat pada parti UMNO dan juga Barisan Nasional. Jangan takut untuk berubah Tan Sri…Jangan kita menjadi Yes Man demi utntuk mempertahankan jawatan yang telah diberikan. Saya yakin Tan Sri bijak untuk menilai apa yang berlaku. Rakyat Malaysia semakin pintar….

  54. memata Says:

    Assalamualaikum…..

    Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kerana Kerajaan BN dah terjaga dlm salah satu saluran wadah maklumat utk rakyat, iaitu internet…walaupun terkebelakang, saya sifatkan ianya blm terlambat…
    Pada pendapat peribadi saya, kewujudan blog2 utk pemimpin bukanlah suatu yang perlu (walaupun sebaik2nya kena ada), parti2 pembangkang terpaksa mewujudkan blog kerana mereka blh dikatakan langsung tiada peluang utk bersuara dlm media2 perdana, kalau peluang ini diberikan sama rata atau setidak2nya 30% utk mereka menyuarakan pendapat dan manifesto mereka di dlm media perdana…saya yakin serangan melalui media maya ini dpt dikurangkan….dan lagi satu pada pendapat saya, semenjak kewujudan ASTRO, masyarakat bkn Melayu tidak lagi menjengah ke siaran2 TV media2 perdana..dgn itu sebarang maklumat yg ingin disampaikan kerajaan tidak sampai.
    Saya teringat petikan dlm iklan TMnet yg mana seorang posmen berkata pada dua org makcik “Sekarang jgnkan 2 bln, 9 saat pun dah dikira lambat”…
    rakyat yang menghargai masa tidak sanggup menunggu lama melihat TV untuk mendapat maklumat terkini.
    lagi satu harap2 post2 dan sebarang pertanyaan poster2 disini tidak dipadamkan dengan sewenang2nya dan dijawab dengan bijaksana….jgn jadi macam blog seorang pemimpin tersebut….posting yang mencecah ribuan post telah dilenyapkan begitu sahaja…ini sebenarnya mencerminkan sikap pengecut dan takut menghadapi kenyataan…sekaligus akan menyababkan pembaca tidak mahu lagi membuat posting dan seterusnya akan mematikan blog tersebut. Dalam ertikata lain “back fire”…..

    Sekian terima kasih
    Assalamualaikum…..

  55. Org Shah Alam Says:

    Tak perlulah tukar PM.. yg nak ganti tu pun bukan nya elok sgt.. Pak Lah ni dah ok.. carry on Pak Lah.. TS kirimkn salam saya buat PM, semoga beliau sihat dan dpt jlnkan amanah dgn baik dan saksama… suruh beliau mansuhkan pembelajaran dlm bahasa inggeris utk science dan maths tu, anak2 melayu d kg menangis nak baca dan fahami soalan.. apa lagi nak beri jwpan, kasihani kami org melayu di kampung.. guna bahasa ibunda pun kita tidak akan mundur.. percayalah.. jgn susahkan hidup kami lagi.. moga Allah pjgkan umur PM.. amin

  56. Tai Khai Eong Says:

    Tahniah Tan Sri kerana berani bersemuka dengan rakyat secara langsung walau pun sibuk. Ini sepatutnya dilakukan terlebih awal lagi tapi tidak mengapa.

    Berkenaan topik ini, bagi pendapat saya, Pak Lah harus mendengar suara hati rakyat dan akar umbi.

    Sekian dari Tai Khai Eong, seorang yang cacat penglihatan.

  57. m. hadi Says:

    assalamualaikum tan sri…
    saya harap tan sri terus mengemaskinikan blog tan sri dengan isu2 semasa yg seimbang, berfakta & tak emosional..tumpukan lebih kepada proses pemulihan umno untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada umno

    jangan jadi seperti datuk seri ali rustam…buat blog tapi tak pernah reply komen orang…semua entri dia hentam pembangkang, lepas dia hentam pakatan rakyat pasal isu babi kat selangor, 400 lebih komen2 yg tersiar utk entri babi tu saja, 95% daripadanya hentam ali rustam semula…lepas tu dia delete SEMUA komen2 utk SEMUA entri dia…terkini, dia delete pula entri dia untuk isu babi tu…malu la tan sri, naib presiden umno buat macam ni…kalau tan sri jumpa dia, tolong sampaikan benda ni kat dia, kalau nak berblog, jadila blogger yg bertanggungjawab, yg yakin & berani menjawab isu2 yg ditimbulkan oleh pelayar2 internet…kalo nak padam2 entri, komen2 ni, saya nasihatkan berhenti jela jadi blogger, orang2 umno pun malu tau…

    saya senang melihat blog seperti tan sri & datuk raja ahmad zainuddin yg lebih fokuskan isu pemulihan umno, penerangan dasar2 kerajaan & menjelaskan pendirian dlm isu2 berbangkit…kalau boleh tan sri, update tentang langkah2 proaktif yg tan sri ingin buat di dalam kementerian pembangunan luar bandar…itu sebenarnya yg rakyat nak tau, bukannya pasal hentam pembangkang 24 jam…janganlah hentam sangat pembangkang ni tak tentu hala, kadang2 memalukan & jadi senjata makan tuan pula!

  58. juonmalaya Says:

    pada hemat saya, tuntutan Dr Khir tidak lebih daripada untuk menutup kelemahan diri sendiri akibat tumpasnya Bn menguasai Selangor. hakikatnya kekalahan Bn di selangor adalah yg paling dirasai memandagkan negeri tersebut merupakan negeri emas kerajaan persekutuan dan menjana byk pelaburan utk negara. jika bn kekal menang di selangor, saya pasti dr khir tidak akan mengeluarkan kata2 sperti skrg ini, krn beliau lebih tahu akibatnya seperti kemungkinan tidak dikekalkan sebagai Mb selangor. jika dr khir ikhlas utk meluahkan isi hati, beliau spatutnya sudah berbuat demikian sblm pru lagi.

    mengenai sokongan kepada pm, seharusnya diteruskan utk membolehkan pm dan barisan jentera kabinet meneruskan agenda membangunkan negara. desakan bertubi-tubi utk melihat pm turun takhta hanya memperlihatkan keperibadian sesorang yg hanya tau menuding jari kesalahan kpd org lain, tidak pula memuhasabah diri sendiri. seperti apa yg pernah YB Tan Sri pernah kata, jadikan semangat kerjasama dan perpaduan yg ditunjukkan oleh para penyokong pas terhadap pemimpin mereka sbg contoh yg baik. semua org ada kelemahan, tetapi utk mengaku bahawa diri kita adalah lebih baik atau terbaik adalah suatu yg tidak masuk akal dan menjengkelkan.

    kita sepatutnya bersatu, bekerjasama dan berganding bahu menggembleng tenaga utk meneruskan agenda pembangunan negara. tak usahla sebok berkata mengenai pertukaran puncuk pimpinan. nampak sgt orang melayu terutama UMNo ni mabuk dan gila kuasa. maaf jika ada yg terasa..

  59. mad ali rustam Says:

    Harap blog yang bro buat nie jangan jadi macam mad ali rustam dah la. teruk kena hentam..

  60. Isra Says:

    Assalamualaikum…..

    Tan Sri….. Terimakasih membuka ruangan ini, saya cuma ingin melahirkan pandangan umum saya. Sebagai rakyat biasa saya tak punya apa cita-cita besar kecuali berdoa agar negara kita sentiasa aman damai. Saya tak nampak apa rasionalnya meminta Pah Lah meletak jawatan, apakah pengantinya dapat menjanjikan kemenangan semula bagi pihak BN? Saya mencadangkan jangan menuding jari kesalahan kepada sesiapa kerana kekuatan UMNO bukan terletak pada individu. Sebagai individu yang sangat kerdil pemikiran saya mencadangkan semua wakil rakyat mendekati rakyat sekerap yang mungkin dan bukan hanya muncul diwaktu pilihanraya untuk menumpang nama baik dan jasa-jasa kerajaan BN. Pengundi-pengundi muda hendaklah didekati dan keahlian baru hendaklah dicari secara berterusan. Pemimpin yang jujur dan berkualiti pada semua peringkat hendaklah dicungkil. Janganlah asyik bercakaran sesama sendiri untuk merebut kuasa nanti rakyat menjadi muak. Apa pun dalam berpolitik saya sebagai rakyat berharap jangan lupa juga kita adalah sesama saudara Islam, walaupun berlainan fahaman politik. Mudah-mudahan negara kita yang berbagai bangsa terus aman dan makmur.

    Maaf Tan Sri….Terimakasih.

  61. Salam Bin Haziq Says:

    YB Tan Sri,

    Saya berasa peluang UMNO untuk pulih tidak sampai 20%. Rakyat sebenarnyer sudah jelak dgn sikap hipokrit pemimpin UMNO sendiri. Contoh yg paling nyata Tan Sri sendiri… Mengapa mesti ada JPP sedangkan kerajaan negeri memerintah mempunyai hala tuju sendiri utk menyatu padakan rakyat berbilang bangsa dalam memakmurkan kg2.. Tak rasional langsung, membasirkan duit rakyat dan memecahbelahkan rakyat shj… Kalau macam nilah tindakan anda, rakyat sendiri akan tergelak dgn pendirian anda….

  62. Mokhtar Latiff Says:

    Ts-Pada pandangan saya memampatkan penyatuan party2 didalam component BN patut di ambil serious oleh UMNO dari menyatukan orang Melayu.Orang Melayu saya rasa tidaklah membencikan UMNO begitu sangat tetapi meluat kepada pemimpin2 yang angkuh dan sombong.Orang Melayu kebanyakkan baik hati jika lembut datang lembutlah diterima.Jika keras datangnya keraslah sambutannya.
    Kadang2 mulut kata lain tetapi hati Tuhan saja yang tahu
    Melayu manakah yang mahu tanah airnya tergadai.Saya rasa ini
    bukanlah berpatah arang tetapi siren kesedaran untuk kita sama2
    bangkit bersatu mendoakan kesejahteraan di bumi bertuah ini.Sama sama lah kita mencari penyelesaian ini.Kita mesti ingat pasa sejarah, jika dulu orang boleh berkorban harta untuk UMNO mengapa tidak sekarang.Carilah pendekatan yang sesuai,insyaallah……..Amin

  63. Jadore Mind Says:

    MMT,
    Ini adalah kali pertama saya kunjungi blog anda. Tahniah! Sekian lama projek mega Dr Mahathir mencelikkan rakyat dengan IT, baru sekarang ramai pemimpin di kalangan UMNO mula berjinak buka blog sendiri. Ini termasuklah KM Melaka yang dulu bermati-matian dan bersungguh-sungguh menghina para bloggers.
    Walau apa pun alasan anda semua, apa yang pasti anda semua menyedari bahawa media arus perdana yang anda semua tunggangi, diperkuda, diperbodoh dan diperkosa itu tidak selamanya berada di mercu keagungan. Media-media arus perdana yang meloyakan itu, akhirnya tersungkur oleh tangan-tangan anda semua yang tidak bermoral itu.
    Saya tidak mahu bincang tentang adab atau adat. Kerana beradab dan beradatlah, 50 tahun orang Melayu diperkuda, diperbodoh, diperlekeh dan entah apa-apa lagi. Saya nasihatkan anda, jangan cemarkan ruang siber ini dengan tulisan-tulisan tidak bermoral dan tidak bermaruah seperti mana anda semua paparkan di dada akhbar. Ruang siber ini tidak harus diperkosa. Ruang ini cukup tinggi harga diri. Penulis blog adalah mereka yang bertanggung-jawab. Bukan penulis pelacur seperti penulis akhbar-akhbar utama negara.
    Ini adalah permulaan catatan terbuka saya kepada anda. Kita jumpa lagi di lain ketika. Maaf saya pinta sekiranya bicara saya tidak lunak didengari. Sampai sini, saya mohon undur diri.

  64. Johan Adin Says:

    Salam Dari Negeri Di Bawah Bayu,

    Memang lumrah manusia mencari alasan apabila kalah. Bermacam-macam tohmahan dan tanggapan buruk dilemparkan ke semua arah. Pendapat individu itu sendiri sahaja yang benar tanpa melihat isu yang lebih besar. Tanpa kita sedari kita lebih mendengar kepada khabar angin yang sememangnya lebih seronok didengar.

    Kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku. Namun kita boleh mengubah masa depan. Saya percaya UMNO sebagai sebuah parti yang telah lama memerintah negara ini mampu memperbaiki segala kesilapan agar pandangan serong sesetengah rakyat dinegara ini dapat diperbetulkan semula.

    Prihatin dan dengarlah masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat jelata. Bukan setakat membaca laporan yang disampaikan oleh sesetengah pemimpin. Bukalah lebih banyak ruang seperti blog ini agar rakyat dapat berkomunikasi dengan para pemimpin. Saya yakin UMNO akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang demi seluruh rakyat di negara yang kita cintai, Malaysia.

  65. Pemuda Pelapis Says:

    Salam Tan Sri,

    Terlebih dahulu berbanyak maaf kerana walau pun saya taat setia kepada Umno dan BN sejak dulu, kini dan selamanya namun sebagai barisan pelapis muda, kita masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri mengikut peredaran masa.

    Saya juga turut ada mengkritik Tan Sri dan harap Tan Sri mesti bersedia untuk menerimanya dengan hati penuh terbuka dan berlapang dada. Pada saya adalah lebih baik ahli-ahli dan penyokong Umno/BN sendiri yang mengkritik jika dibandingkan orang luar yang mengkritik. Kalau kita tengok dalam Dewan Rakyat pun, sesama pemimpin mana-mana parti pun lebih teruk dan lagi dahsyat bahasa-bahasa yang digunakan.

    Tan Sri kena bersedia menerima apa pun jua kritikan dan kecaman jika ikhlas mahu membawa perubahan dan menepati halatuju di zaman globalisasi ini. Rakyat seluruhnya, khususnya barisan muda sudah bangkit dan semakin ramai memfokuskan diri ke alam politik tanahair, tidak kira di mana pun mereka berada.

    Majoriti cerdik pandai barisan muda telah celik mata dengan apa yang telah berlaku di dalam pentadbiran negara dan saya mohon Tan Sri sebagai orang lama yang ada pengalaman lampau, jangan mudah bersikap “melatah apabila ditegur”. Fahamilah segala teguran itu walaupun pahit untuk ditelan, ianya umpama “penawar” kerana sepertimana ubat yang pahit itulah yang memulihkan kesihatan diri.

    Terlebih utama dan penting untuk saya kongsikan kepada Tan Sri dan rakan-rakan pemimpin lainnya, tolong jangan ada sikap “under estimate” sesama pemimpin, sesama bangsa dan juga sesama musuh politik. Apa yang terbaik perlu kita terima dan ikuti. Dalam pada masa yang sama kena bijak “menapis” apa yang tidak baik tapi dari pandangan saya sekian lama saya bersama Umno/BN, Tan Sri juga tergolong dalam kumpulan “Pak Turut” dan takut untuk menegur pucuk pimpinan kerana khuatir tiada tempat diberikan, yang mana rakyat melihat dengan penuh kebosanan. Jika ini bakal berterusan maka Umno/BN bukan semakin kukuh bahkan akan mampu berkubur.

    Seperkara yang teramat penting Tan Sri kena tanamkan dalam jiwa bahawasanya, tanpa sokongan majoriti daripada akar umbi maka pucuk pimpinan pasti akan tumbang, ibarat sebatang pokok yang telah reput akarnya dan tidak lagi berdaya mencengkam bumi dengan kuat maka pokok yang sehebat “tualang” juga akan pasti tumbang menyembah bumi. Sekiranya ini berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan? Siapakah yang wajib bertanggungjawab? Oleh itu sebelum terjadi maka beringat-ingatlah.

    Jangan sekali-kali lupa asal-usul diri kita. Sentiasa ingat dari mana datangnya kita kalau bukan atas pilihan rakyat dan akhirnya mampu mendaki sehingga ke atas untuk berada di kelompok Majlis Tertinggi. Hari ini pula ramai yang mempertikaikan Tan Sri menjawat sebagai Menteri melalui “pintu belakang” atas tiket Senator dan haruslah 10 kali ganda perlu lebih gigih daripada sebelumnya untuk membuktikan ketrampilan yang membanggakan sebagai pemimpin.

    Suatu masa dulu ketika Tan Sri memegang jawatan Menteri Besar Selangor, saya masih mampu menyanjungi Tan Sri tetapi mula pudar setelah “skandal demi skandal” timbul. Salah satu yang perlu Tan Sri ingat adalah isu membawa keluar jutaan ringgit wang tunai dan akhirnya Tan Sri dibela dan diselamatkan oleh Tun Dr Mahathir yang mejadi Presiden dan Perdana Menteri pada ketika. Jadi janganlah menjadi umpa “kacang lupakan kulit” apabila mantan Perdana Menteri mengkritik dan menegur kita. Tan Sri perlu lebih berhemah tinggi dalam situasi sekarang. Apa yang saya maksudkan ini semoga Tan Sri faham dan renung-renungkanlah.

    Sedikit “pembetulan” kepada kenyataan Tan Sri menjawab kepada Akademia. Penyokong Umno/BN di akar umbi atau sesetengah pemimpin yang mendesak Pak Lah berundur, bukan kerana terikut-ikut pembangkang tetapi pandangan serta kajiselidik mereka berdasarkan pengalaman mereka. Tan Sri juga mungkin ada kesilapan kerana jika diikutkan pembangkang, sebenarnya pembangkang lebih suka Pak Lah dan Najib terus duduk di situ supaya mereka mampu merebut kerajaan persekutuan di atas kelemahan yang Pak Lah tonjolkan. Cuba kaji balik apa Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar cakap. Bukankah mereka ini masih menyokong Pak Lah? Adakah Tan Sri mengkaji kenapa pemimpin pembangkang ini menyokong Pak Lah? Saya tahu Tan Sri tahu dan biarlah bersikap lebih jujur dan lebih telus.

    Setakat ini, itu sajalah yang hendak saya beri pandangan dan saya tidak tahu samada Tan Sri menyiarkan pandangan saya atau pun tidak. Tapi jika Tan Sri benar-benar ikhlas dalam perjuangan, walaupun kita bertentangan pendapat asalkan masih bersopan, maka tiada sebab untuk Tan Sri menapis atau mengenepikan komen saya ini. Berpeganglah pada kenyataan dan kata-kata Tan Sri itu.

    Sekian, wassalam!

  66. Azzah AR Says:

    salam tan sri

    selamat datang ke dunia tanpa sempadan..

    tahniah atas inisiatif ini..

    ada mata pandang.. ada telinga dengar..

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

    - alBaqarah: 216 -

    renung2kan dan selamat mentadbir!

  67. torres Says:

    askum TS.. tahniah diatas kelahiran blog ini…
    Dalam dunia serba canggih dan cepat, pemimpin perlulah peka dan ‘up to date’ terutamanya dalam pengisian blog. Harap TS tidak terlambat untuk sentiasa mengemaskini blog ini utk tatapan pengunjung. Walaupun kita mengethui TS juga mempunyai tugasan yang lain yg perlu dipikul.

    Apa2 pun, sy secara personally mengharapkan TS Muhyiddin untuk juga sama2 membuka blog. Semenjak 2 menjak ini, beberapa kenyataan beliau sangatlah bernas,kreatif,jujur dan membuka minda terutamanya orang2 melayu.
    Mungkin dengan cara itu, orang ramai dapat melihat dan menilai mengenai pandangan beliau dan dapat secara directly berhubung dengan beliau terutamanya kpd rakyat di bawah spt sy.
    Pemimpin dalam konteks semasa, bukanlah sahaja bijak untuk memimpin dalam konteks tempatan tetapi juga bercorak antarabangsa. pemimpin yang berminda,idea, berkomunikasi dll tahapnya mencecah standard antarabangsa tetapi jiwanya tetap melayu dan kuat nilai Islamnya pasti akan membawa negara ke satu tahap yang hebat yang bukan hanya berslogan2 dikampung sendiri.

    Kualiti diri dan kejujuran menjadikan pemimpin kuat, Pemimpin kuat maka kuatlah UMNO! Kuat UMNO, maka kuatlah BN, Kuat BN maka Kuatlah Negara! Kuat Negara maka tercapailah agenda perjuangan demi negara,bangsa dan tanahair!
    Kita semua amat sayangkan UMNO!

    terimakasih TS.
    Assalamualaikum.

  68. kharis Says:

    Sudah sampai masanya kita berpolitik secara matang. Pilihanraya sudah berlalu. Kini adalah masa untuk berkerja. Rakyat sudah memilih wakil yang mereka mahu sama ada BN atau PR. Berilah keadilan pada semua, beri peruntukan yang sama pada semua wakil rakyat sama ada BN atau PR, supaya mereka boleh membantu rakyat yang memilih mereka.

  69. one Says:

    salam semua..

    tahniah kepada tan sri muhammad kerana mengambil langkah untuk ke alam siber ini.ini merupakan satu peluang kepada tan sri dan rakyat untuk berdiskusi dan bertukar pandangan..

  70. Shakyean Baki Says:

    Yb Tan Sri,

    Tahniah Tan Sri kerana berjaya adakah diskusi disini, ini bermaksa pemimpin UMNO juga mampu bersaing/berjuang dalam dunia siber. Insyalah SELANGOR akan di tebus semula atas kebijaksaan Tan Sri selaku Pengurusi Perhubungan UMNO Selangor. Tan Sri adalah tokoh yang telah membina 1/2 negeri ini. Semuga semua pemimpin UMNO mencontohi Tan Sri sebagai pemimpin rakyat tulin, HIDUP UMNO…………

  71. Kenering Says:

    ORANG UMNO TIDAK AKAN JUMPA ORANG PAS YANG JADI PEMIMPIN BILA BERKAWAN DENGAN DAP

  72. wan Says:

    ASALAMUALIKUM W.B.T TAN SRI,

    KEPUTUSAN PRU 12 BARU BARU INI MERUPAKAN SATU LEMBARAN BARU DARI SUDUT LANDSKAP POLTIK NEGARA. CEMUHAN DAN CACIAN KEPADA PIMPINAN UMNO OLEH ORANG MELAYU SENDIRI ADALAH SATU SIKAP YANG SEPATUTNYA DIHINDARI BAGI SEORANG MELAYU YG MENPUNYAI SIFAT KEISLAMAN. APA YANG PERLU DILAKUKAN ADALAH MESTILAH MENILAI KEDUDUKAN DIRI BERDASARKAN KACAMATA YANG DIGARISKAN DALAM KITAB AL-QURAN DAN HADIS. BERBERAPA PERKARA YANG SAMA -SAMA KITA PERLU RENUNGI SEPANJANG 50 TAHUN PEMERINTAHAN UMNO APAKAH SIFAT-SIFAT INI MASIH KITA KEKALKAN :-

    I) PERJUANGAN POLITIK UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA MASIH DIKEKALKAN? ATAUPUN KITA MENPUNYAI NIAT MEMPERKAYAKAN DIRI, KELUARGA MASING-MASING DENGAN SIFAT SOMBONG DAN BONGKAK.

    2) PERJUANGAN KITA ADAKAH BERDASARKAN GARIS PANDUAN YANG DIGARISKAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS. MODUL YANG DIPUSAKA OLEH JUNJUNGAN NABI MASIH KITA PRAKTISKAN. BIARLAH PENASIHAT DARI ULAMAK YANG TULIN BUKANNYA PIHAK PENGAMPU YANG MENGIYAKAN APA YANG DISEBUT OLEH PEMIMPIN SAJA.

    BAGI PENDAPAT SAYA KEPUTUSAN PRU 12 INI ADALAH SATU PERINGATAN YANG DIBERI OLEH ALLAH S.W.T BAGI MEMASTIKAN KESEMUA PEMIMPIN YANG ADA MENGINGATKAN DIRI MASING-MASING TIADA SESUATU YANG MUSTAHIL DIDALAM DUNIA INI JIKA DIHENDAKI OLEH ALLAH S.W.T. HATI MANUSIA BOLEH BERUBAH ATAS KEHENDAKNYA.

    OLEH DEMIKIAN SEGERALAH KITA BERTAUBAT JIKA TERDAPAT KESILAPAN YANG TELAH KITA LAKUKAN DAN SAMA-SAMA LAH KITA BERLARI KEHADAPAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG TERDAPAT DINEGARA KITA DENGAN PENDEKATAN BERIKUT:-

    I) HAPUSLAH RASUAH DAN NAIKAN INTEGRITI SISTEM PERUNDANGAN NEGARA

    2) JANGAN ABAIKAN KEHENDAK RAKYAT WALAUPUN BERBEZA FAHAMAN POLITIK. (APA DAH JADI SETENGAH MENTERI DAH ARAHKAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG DIADAKAN DINEGERI PEMBANGKANG DIMITA DITANGGUH ATAU DIBERHENTIKAN)

    3)MELAKSANAKAN APA YANG DIJANJI DENGAN JELAS AGAR RAKYAT DAPAT MELIHATNYA. BUKAN SLOGAN SEMATA-MATA. KITA MENPUNYAI PERATURAN TETAPI TIDAK DILAKSANAKAN….

    SEKIAN SAJA PADA MASA INI DIHARAP BERJUMPA LAIN KALI. WASALAM.
    INGATLAH KEMATIAN SATU YANG PASTI. AMAL AKAN DINILAI OLEH ALLAH S.W.T. BUATLAH PERKARA YANG DIREDHAI BUKANNYA MENCARI KEPUPLARITI.

  73. Alvin Kassim Says:

    Kalau nak menang hati rakyat, grooming dan image building itu tipu nama nya. Kalau seseorang itu bodoh & sombong, macam mana cuba nak di tutup dengan makeup, nampak jugak. Paling bagus cakap benar, buat benar dan jangan nak menipu.

    Yang betul itu betul, yang salah itu tetap salah walau macam mana anda cuba memutar belit. Saya tidak sokong BN atau PR, saya sokong saya dan keluarga saya. Negara ini adalah milik kita, rakyat Malaysia dan kerajaan tidak kira BN atau PR adalah pekerja kita, rakyat Malaysia. Saya boss sebab saya bayar gaji semua kakitangan kerajaan dan saya yang memberi kuasa dan kedudukan untuk mentadbir negara, harta saya sebagai rakyat untuk kebaikan semua, bukan untuk segelintir kaya.

    Jadi Tan Sri, sudah overdue Tan Sri buat kerja untuk saya dan rakyat betul-betul. Kalau tidak, apa gunanya anda. macam syarikat saya, saya ambil orang bekerja untuk buat kerja, bukan untuk buat duit lebih-lebih. Jadi tolonglah, tadbirlah negeri dan negara untuk kami, rakyat Malaysia sebab RAKYAT YANG PUNYA NEGARA, BUKAN ANDA. Saya marah sebab ini negara saya, saya ada kepentingan atas apa yang terjadi ke atas negara ini sebab kalau apa-apa terjadi saya tidak boleh lari keluar negara ke rumah saya di Perth atau London atau mana.

    Saya dan rakyat jelata bukan nya bodoh dan buta. Kami nampak menteri-menteri shopping, pakai kereta mahal macam BMW dll. Kami tak kisah anda buat duit lebih dari kami tapi yang penting bila belanja duit kami sampai berbillion, pastikan projek tersebut berjalan lancar dan memanfaatkan kami, bukan segelintir yang jadi kaya overnight.

    Tan Sri, saya sebenarnya “apolitical”, saya benci politik, tak nak masuk campur tapi cukup lah. Jangan membazir lagi khazanah Malaysia yang terhad. Kalau anda dan rakan seperjuangan nak berebut negara ini, ingat sikit lah anak-anak kami yang harus terus hidup, diberi makan dan pelajaran. Bila saya dah mati, apa nak jadi Tan Sri.

  74. syed amar Says:

    ASSALAAMUALAIKUM!!
    Senyap je…
    Ada ka orang kat rumah ni?!

    Tan Sri.
    Responlah sikit.
    Barulah mesra rakyat namanya.

  75. juonmalaya Says:

    saya ingin membidas kata2 jay yg hanya tahu copy paste artikel org (f.y.i artikel ni say pernah terbaca dulu):

    1: anda kata Bn under paklah hilang 4 negeri. apakah bila masa pas kelantan di ambang kejatuhan dulu (dgn hanya majoriti 1 kerusi dun),
    dan tidak mampu menawan negeri lain, tidak dianggap lemah? kenapa masa itu tuan guru nik aziz tidak digesa turun tahta?

    2: walaupun penang dpt kpd pembangkang, adakah paklah tewas dlm mengekakan kerusi parlimennya? siapakah atau lebih tepat parti apakah yg menyebabkan penang jatuh ke tgn pembangkang sbnrnya?

    3: apa yg dihairankan? itulah ketelusan pru. menteri pun tak jamin menang. sedangkan presiden pas hadi awang pun pernah tewas di kerusi dun dan parlimen!

    4: rasuah berleluasa atau penyabitan kesalahan terhadap rasuah yg mkn byk digembar gemburkan? hakikatnya zmn inilah pesalah rasuah byk disabitkan kpd kesalahan, itu yg disalah erti sbg rasuah berleluasa. sbnrnya ia adalah pengajaran kpd mereka. malah kes rasuah itu adalah membabitkan kes lampau. dulu pun rasuah byk, tp pemimpin hanya diam dan tuutp kes!

    5: saya ingin mengatakan, sejak malaysia jadi pengerusi oic dan nam, kita hnya byk melaungkan kata-2 dan keazaman shja. hakikatnya negara islam yg lain juga tidak bersatu malah berpecah belah antara puak2 dan rakyat sendiri. malah di zaman keberanian TDM membidas zionis dan barat, apakah ada kesan terhadap mereka? adakh kita dan negara islam oic yg lain membidas mereka, perang di iraq dan afgan dihentikan? apakah mereka mengendahkan kata2 kita? tidak pun.

    6: apakah tanpa paklah sbg pm, harga brg akan turun? kenapa USA yg dianggap raja dunia, juga turut mengalami krisis ekonomi? kenaikan harga brg dirasai oleh malaysia shja ke? sejak anda hidup dulu dan kini, brg apakah harganya makin menurun? hatta harga sebutir gula2 pun dulu 5sen, skrg 20sen satu! ada komplen?? hakikatnya itulah harga yg perlu dibayar bila kita menuju kemodenan dan kemajuan. tiada negara maju di dunia ini harga brgnya murah. tokyo di jepun adalah antara bandaraya dgn kos sara hidup termahal di dunia. sara hidup di britain lagila. maka adakah cita2 kita utk menjadi negara maju perlu dihapuskan dan kembali kpd zaman kemunduran, hanya utk mengelak harga brg drp naik? itupun kalo jadi lah!

    hakikatnya kita perlu byk perfikiran jauh dan matang terhadap apakah signifikan bg setiap keputusan dan cadangan yg dibuat oleh pemimpin. ada baiknya, wpun ada keburukan juga. yg penting kita sbg rakyat, apakah sumbangan kita thadap kemajuan negara? hanya memekik melolong shja??

  76. Shah Says:

    Syabas Tan Sri kerana dah berani menempuh kebenaran melalui blog sendiri.
    Saya cuma terpanggil untuk memberi komen tentang berita muka hadapan surat khabar Sinar Selangor hari ni, 22 April 2004.
    Kini baru Tan Sri dan semua orang kuat tahu apa sebenarnya rakyat nak marah kat UMNO.
    1) Jangan angkuh bila memerintah. i.e jangan ingat kita boleh bercakap serta buat apa apa semasa itu.
    2) Selalu berbincang dengan semua Ahli sebelum membuat apa apa keputusan.

  77. Sarzi Says:

    kisah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah. Beliau seakan terngamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculan setelah dilantik, mereka berbisik menanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Katanya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya.

    Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang dijauh, orang tua yang uzur, orang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).

    Nasihat utk pemimipin2 seluruh Malaysia. Ingatlah dunia sementara, akhirat kekal abadi. Taatilah Allah dan turutilah sunnah nabi saw.

  78. Azzah AR Says:

    ada mata pandang
    ada telinga dengar
    ada hati buka
    ada akal pakai

    lu pikir la sendiri..

  79. somanto Says:

    Tan Sri
    Hakikatnya PRU 12, orang Islam dan Melayu kedudukan dan kuasa politik telah berkurangan. Oleh itu, pendekatan mengajak seluruh pemimpinan Melayu + Islam duduk semeja adalah diperlukan. Utamakan kepentingan agama, bangsa dan tanah air daripada kedudukan siapa patut ganti Pak Lah. Selagi usaha ini tidak dilakukan, selama itulah masalah tidak dapat diselesaikan. Pemimpin Islam + Melayu mesti lihat kepentingan agama, rakyat dan tanah air, bukan diri sendiri. Cukuplah kesilapan 50 tahun UMNO/BN yang diberi kuasa memerintah. Jadikan keputusan PRU 12 sebagai pengajaran untuk memperbaiki kelemahan. Terima kasih

  80. NoSPeakEnglais Says:

    Tan Sri,

    Apa yang diluahkan oleh Khir Toyo itu adalah benar. Pak Lah mesti segerakan peralihan kuasa jika mahu melihat UMNO pulih semula. Jika dia masih lagi tidak mengendahkan suara kami yang diperingkat akar umbi, alamatnya UMNO akan berpecah belah. Kemungkinan, akan pecah lebih dari 3 kumpulan seperti yang diulaskan oleh Najib.

    Pelan peralihan kuasa mesti dinyatakan lebih awal. Bukannya menunggu sehingga 2010! Jika kita menunggu sehingga tarikh ini, pembangkang sudah menjadi terlalu kuat. UMNO pula sudah terbarai. Adakah ini yang kita semua mahukan?

    Bermacam-macam perubahan yang cuba dilakukan oleh Pak Lah sekarang untuk mengaut kembali sokongan kepada UMNO/BN. Yang terbaru ialah BPR ke SuruhanJaya. Beliau lupakah, SuruhanJaya yang ada sedikit pun tidak dipercayai oleh rakyat. Lihat sahaja isu Lingam dan SPR. Berbagai komen telah keluar. Betul atau tidak kritikan rakyat, bukan ukurannya. Yang pasti, persepsi rakyat terhadap semua ini hanyalah wayang semata-mata.

    Oleh sebab itu, terlalu banyak persepsi rakyat yang perlu dibetulkan oleh kerajaan BN sehingga PRU-13 nanti. Dalam masa sama, kemelut UMNO juga tidak menampakkan ianya akan selesai dalam setahun dua ini. Masa terus berlalu sehingga suatu masa terdekat ini nanti kita akan sedar yang UMNO dan BN tidak lagi diperlukan. Bila ini terjadi, UMNO memang layak mengikuti jejak langkah parti GERAKAN di Pulau Pinang.

    Pak Lah mesti beri peralihan kuasa kepada pengganti beliau semasa Bulan Disember tahun ini. Tempoh sekarang sehingga Disember adalah memadai untuk beliau terus memimpin dan beliau perlu berbuat demikian segera - bukannya menunggu sehingga 2010.

    Kami ahli UMNO seluruh Malaysia di semua peringkat akar umbi memerhati gerak geri beliau saban hari. Jangan tersalah langkah dan jangan tersalah cakap. Kami, tidak teragak-agak menjadikan 2008 sebagai tahun dalam sejarah UMNO, bila Presiden parti dipaksa berundur.

    Bulan Jun ini, segalanya akan bermula. Tsunami politik Part II akan berlaku lagi. Semua ahli MT juga patut sedar diri sebelum tindak tanduk memakan diri. Mana yang tidak telus, tidak cekap, Yes Man, $$$Man dan seumpamanya - dipersilakan undur diri sebelum dipaksa pergi.

  81. razman Says:

    Salam saudara

    Untuk pertama kali, saya ingin mengucapkan tahniah pada saudara kerana berjaya mewujudkan laman blog ini. Blog adalah satu madah komunikasi yg dekat untuk saudara mendengar isi hati rakyat yang sebenar.

    Harap tidak menjadi keberatan jika saya membahasakan diri saudara dengan panggilan saudara, tanpa sebarang gelaran rasmi. Bagi saya blog adalah madah perkongsian hati & pemikiran. Ia berkesan tanpa ada unsur2 rasmi…

    Saya bukan org politik. Keutamaan saya dan kebanyakan golongan yang seangkatan dengan saya hanyalah pada agama Islam dan sebagai seorang Insan. Bagi saya Pak Lah seorang yang ‘nice guy’ namun dia bukan seorang pemimpin yang saya harapkan. Beliau tidak mampu membawa keamanan yang diharapkan sepanjang beliau memerintah. Cth isu lina joy, IRC, Hindraf.
    Langkah beliau longlai & tidak strategik - cth setiap tindak tanduk yg diputuskan lambat dan tidak melihat pada implikasi. Terbaru adalah menyuruh bukan islam untuk mengistiharkan pertukaran agama.

    kata-katanya tidak punyai karisma 7 kredibiliti - komitmen beliau boleh dipertikaikan.

    Dari Isu Lina Joy ke isu hindraf. Beliau juga mempunyai masalah imej yang teruk, dari isu nepotisme, ke isu ‘press statement’ yang mana apa yang diucap tidak sama dengan realiti….

    Secara asasnya tiada pemimpin jika tiada lagi pengikutnya…
    Pak Lah boleh kata ia masih ada ramai pengikut tetapi rialitinya ia bukan lagi majoriti…

    Jangan sampai UMNO dah tersungkur baru kita nak sedar akan hakikat ini.

  82. Satiman bin Purnomo Says:

    KENAPA PEMIMPIN TERTINGGI, BUKAN PEMIMPIN BAWAHAN ATAU AHLI BIASA YANG SALAH KERANA PENGARUH UMNO MEROSOT.

    Yang Berbahagia Tan Sri,

    Saya amat berbangga dengan kesediaan Tan Sri menerima pendapat melalui blog kelolaan sendiri. Sekurang-kurangnya saya boleh menyatakan pendapat saya tanpa bimbang akan dikenakan tindakan ISA atau sebagainya.

    Saya selalu terbaca komen mengenai kenyataan bahawa kemerosotan pengaruh dan kekuatan BN atau UMNO pada pilihanraya lepas tidak harus dibebankan kepada pemimpin tertinggi.

    Kalau begitu, adakah benar ia juga harus dipikul sepenuhnya oleh semua orang termasuk ahli umno yang baru masuk ke dalam parti ini.

    Adakah semua orang termasuk orang kampung yang diupah memanjat pokok untuk memasang bendera UMNO untuk kempen itu juga wajar dipersalahkan kerana undi berpindah ke parti pembangkang?

    Kita harus terima hakikat, pemimpin tertinggi adalah orang pertama harus dikaji atau mengkaji dirinya sendiri, kenapa ia berlaku. Kenapa pemimpin tertinggi? Jawapannya mudah. Kerana:

    1) Pemimpin melambangkan kebanggaan pengikutnya. Macammana nak jadi kebanggaan pengikutnya? Dia mestilah berkaliber, berkarisma, tegas tetapi bijak berunding. Pandai menikam hujah lawan dengan pedas dan tajam, tetapi dengan senyum. Bukan di agah sedikit, sudah angkuh melafazkan Saya Pantang Dicabar, atau Saya Memang Marah. Saya tak pernah terbaca cerita pemimpin hebat mengucapkan sedemikian.

    2) Bila pemimpin dibanggakan pengikutnya, maka pengikutnya akan bersatu, bekerja keras, berkorban dan berbuat apa sahaja. Tanpa perlu wang, sogokan dan ganjaran. Ini apa yang dinamakan Aura Pemimpin. Alah. macam Aura Mawi juga lah.

    Yang ke 3 dan seterusnya akan menyusul kemudian.. Tunggu

  83. anjungkemas Says:

    kepada jay….so what??hehe.klu stakat cut and paste org punya toksah cita2 ler nk lawan org mcm tan sri muhamad yg telah dedicate separuh hidupnya kepada UMNO dan kerajaan!hehehe buat malu la lu!balik baca buku dlu!

  84. bluessmurf Says:

    Tan Sri, saya ingin mencadangkan agar diadakan pertemuan diantara Pak Lah dan Tun Mahathir secara tertutup. Pertemuan ini amat penting untuk UMNO dan juga negara.

    ramai yang masih lagi menunggu akan ‘berita baik’ spt ini setelah 2 bulan bergelumang dengan isu ‘persengketaan UMNO’.

    saya sendiri dah naik meluat dengan hal ini.

    ikhlas dari,
    cucu Kesatuan Melayu Muda Bukit Mertajam

  85. Zirzak Says:

    Assalammualaikum Tan Sri,

    Banyak pendapat yang kita dengar daripada rakyat samada yang menyalahkan atau yang menyokong Pak Lah (pendapat saya mungkin 50% rakyat masih lagi menyokong Pak Lah). Mereka yang menyalahkan lebih mudah untuk menuding jari daripada memperbaiki apa yang telah terjadi. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan Pak Lah adalah salah seorang yang tidak terkecuali.

    Sepatutnya mesej yang disampaikan dalam PRU12 sudah cukup untuk menyatakan kepada Pak Lah tentang ketidakpuasan hati sebahagian rakyat. Tidak perlulah ada antara kita yang cuba mendesak Pak Lah untuk meletakkan jawatan. Beliau adalah salah seorang pemimpin yang baik dan ini diakui sendiri oleh ustaz di tempat saya yang sesuatu ketika dahulu pernah berjumpa dengannya. Bukan itu sahaja, banyak yang telah dilakukan Pak Lah yang kita boleh lihat sendiri terutamanya kepada pemimpin2 pembangkang.

    Adakah orang yang baik perlu dihukum seperti ini (ada pemimpin yang jauh lebih teruk daripada Pak Lah sebelum ini). Kesilapan tetap sesuatu yang tidak boleh terima tetapi janganlah sampai hilang rasa hormat kepada manusia yang sememangnya tidak mempunyai sifat yang sempurna (lihatlah kepada diri kita sendiri). Setiap manusia mempunyai kelemahan lebih2 lagi mereka yang mendapat kuasa secara total.

    Mungkin selama ini Pak Lah tidak sedar yang sebahagian rakyat tidak berpuas hati kepada segelintir pemimpin UMNO. Kerana itu sebagai rakyat kita telah pun menyampaikan mesej kepadanya dan sekarang ini berilah peluang kepada Pak Lah untuk memperbetulkan kesilapannya.

    Bagi saya juga, isu tentang ketidakpuasan hati rakyat kepada segelintir pemimpin UMNO yang sombong dan tak berakhlak adalah isu yang paling penting yang perlu pemimpin2 UMNO tangani dengan segera. Isu2 lain tidak akan timbul (seperti isu yang dibawa oleh pembangkang dalam PRU12) jika dikalangan pemimpin UMNO adalah orang yang disayangi dan dihormati oleh rakyat. Datuk Seri Najib adalah contohnya. Beliau mendapat majoriti yang besar di dalam PRU12 adalah kerana rakyat ingin melihat perubahan daripada seorang pemimpin yang masih lagi bersih daripada membuat sebarang kontroversi.

  86. saiful Says:

    Tan sri, saya nak minta jasa baik dari Tan Sri untuk melihat projek pembangunan perumahan di Serendah Perdana hulu selangor. pembeli telah menandatangani perjanjian pada tahun 2002, sehingga kini projek tersebut masih tidak berjalan. baru-baru ini pemaju menghantar satu surat mengatakan projek pembangunan perumahan tersebut telah mendapat kelulusan. apabila saya menghubungi jabatan kerjaraya, pihak jkr mengatakan projek tersebut masih belum mendapat kelulusan jalan keluar dan masuk. jadi bagaimana sekarang Tan Sri

  87. AhliUMNObaru Says:

    Helo TS,

    Meh kita renung ape yang ditulis dalam UTUSAN MALAYSIA - 15/4/2008

    UMNO bakal berkubur di muzium

    Johor bakal jadi muzium UMNO - Azizan

    IPOH 15 April - Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai ‘muzium’.

    Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, matlamat berkenaan boleh dicapai selepas pakatan pembangkang itu berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

    Katanya, antara negeri yang akan mereka rampas daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas ini ialah Perlis, Terengganu dan Pahang.

    ”Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.

    ”Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,” katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.

    Azizan mendakwa, kejayaan Pas, DAP dan PKR mengambil alih kerajaan negeri di Kedah membolehkan rakyatnya bebas daripada pemerintahan UMNO dan membolehkan mereka hidup di bawah kerajaan baru yang lebih mesra rakyat.

    Menurutnya, ia jelas terbukti apabila kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR negeri Kedah tetap mempertahankan industri padi di negeri itu kerana ia membekalkan 53 peratus beras negara.

    ”Sebab itu kita buat keputusan agar projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) tidak akan dibuat di kawasan sawah padi kerana kerajaan bimbang ia akan menjejaskan bekalan beras.

    ”Ini membuktikan kerajaan terdahulu membawa industri itu tanpa menghiraukan kesengsaraan rakyat kerana mengambil tanah sawah yang subur seluas 1,200 hektar untuk memajukan projek itu,” katanya.

    Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri percaya dapat menarik pelaburan berjumlah hampir RM16 bilion apabila pelabur asing yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.

    Katanya, pelabur asing juga didapati tidak menghadapi masalah untuk melabur di negeri ini selepas pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.

    ”Selepas dua minggu dilantik sebagai Menteri Besar, saya telah menerima kunjungan pelabur dari Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melabur di sini.

    ”Kita juga menerima lawatan rombongan 20 ahli perdagangan antarabangsa iaitu dari Eropah, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain yang berminat untuk melabur di negeri ini,” katanya.

    http://www.utusan.com.my/utusan/

  88. ahpauzi Says:

    Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberi kemenangan kepada UMNO untuk menerajui pemerintahan diMalaysia.Bagi kerajaan beraja siapakah yang membuat peraturan supaya MB orang Melayu kalau tidak UMNO.

  89. pelesit_desa Says:

    Salam Tan Sri,

    Bila mana Tan Sri menyatakan pendirian UMNO Selangor, ada masanya saya sebagai ahli UMNO merasa ianya bukanlah satu keputusan yang disuarakan oleh ahli di peringkat akar umbi. Mengapa saya berkata sedemikian ini kerana tiada sessi penerangan atau sekurang-kurangnya sessi mendengar suara dari peringkat akar umbi. Saya tidak ada mendengar yang ada Bahagian yang membuat sessi maklumbalas sebelum apa2 pendirian di buat oleh UMNO Selangor. Ini amat bertentangan dengan apa yang sering diutarakan oleh pimpinan UMNO sekarang yang mahu mendengar suara dari akar umbi. Seperti yang Tan Sri nyatakan semua pimpinan dari peringkat cawangan hingga peringkat tertinggi perlu bertanggungjawab dengan ketewasan ini. Tetapi mengapa pendirian ini hanya datang dari Ketua2 Bahagian sahaja tanpa merujuk kepada ahli2 dibawah ini.

    Dalam keadaan sekarang, bagi saya ada amat perlu pemimpin turun ke cawangan2 mendengar pendapat dan kehendak ahli2 dibawah ini. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan per