Tiga minggu sekali lawat kampung
Selamat malam saudara rakan blogger semua. Baru malam ini saya berkesempatan untuk posting artikel baru. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara yang tidak jemu-jemu memberi komen pada laman web saya.
Pada yang belum sempat dijawab harap bersabar, insyaallah saya akan cuba menjawabnya. Namun, jika saya tidak sempat menjawab setiap komen bukan bermakna saya tidak membacanya. Apapun terima kasih banyak atas respon dan perhatian yang diberi kepada laman web saya ini.
Hujong minggu lalu saya berkesempatan berada di utara tanah air, di Seberang Prai dan di Baling Kedah. Bagi meneruskan program melawat kampung ini saya telah menetapkan setiap tiga minggu sekali saya akan turun melawat kampung yang terpilih bagi melihat sendiri keadaan dan tahap pembangunan di kampung tersebut.Ini bagi membolehkan pihak saya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah menilai tahap pembangunan kampung tersebut.
Disamping saya sendiri dapat mendekati dan menyelami perasaan penduduk kampung. Saya akan bersama mereka menjalani aktiviti seharian malah akan bermalam di rumah ketua kampung tersebut. Saya sedar masih ada kampung yang ketinggalan dari segi kemudahan asas seperti jalan yang sempurna, bekalan eletrik dan air.
Melalui cara ini saya harap akan lebih dekat dengan kehidupan mereka disamping mendengar sendiri permasalahan dan apa sahaja yang ingin disuara dan dibangkitkan oleh penduduk kampung.
Mungkin disebelah petang kita boleh anjurkan pertandingan bolasepak atau sepak takrow bersama penduduk dan mengajak golongan belia untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan kampung.
Dari segi pemilihan kampung, saya sendiri akan meneliti laporan dan gambar yang dihantar untuk menentu keperluan kampung untuk dilawati.
Saya harap langkah ini akan mampu mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan orang kampung dengan kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Melalui laman web saya ini juga saudara boleh menghantar laporan dan gambar kampung saudara untuk diberi pertimbangan bagi saya lawati.














April 29th, 2008 at 1:11 am
Assalamu’alaikum wr wbt.,
Saya mengundang Tan Sri ke kampung saya, Kg Samagagah,Selinsing dalam DUN Selinsing, daerah Kerian. Selain masalah geran bertindih, masalah-masalah lain juga boleh diperhatikan seperti masalah pemilikan tanah oleh orang luar, nikmat pembangunan yang tidak merata, masalah pemasaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan ternakan, ketiadaan dewan yang serba lengkap (termasuk kemudahan komputer dan talian internet), masalah keretakan hubungan antara ketua kampung dan ketua UMNO cawangan, krisis keyakinan penduduk kepada kerajaan, perpaduan penduduk kampung, penjualan tanah kepada orang bukan Melayu, dan ketiadaan projek ekonomi berskala besar.
April 29th, 2008 at 1:14 am
Assalamualaikum YB Tan Sri,
Semoga usaha murni Tan Sri untuk mendekati rakyat akan menambahkan dan mengeratkan lagi silatulrahim dengan rakyat. Dan rakyat boleh menyuarakan keresahan yang timbul dan akibat masalah harga barang pada masa sekarang.
Selain dari itu, bekalan keperluan asas mereka mesti sentiasa ada. Dan, Tan Sri juga boleh mengenali keadaan perjalanan hidup mereka di luar bandar, mengenali kesusahan yang mereka hadapi, selain dari kesulitan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya penghubung, kemudahan elektrik, air, tandas, perparitan, pembuangan sampah dan sebagainya.
Saya harap, Tan Sri tidak memilih untuk berkunjung ke kawasan BN sahaja, tetapi juga mesti berada bersama dengan kawasan PR juga, kerana masalah rakyat tidak berada hanya disebelah pihak.
Ketika lawatan itu, Tan Sri boleh menganjurkan perlawanan bola sepak 7 sebelah, sukaneka, badminton, ping pong, sepak takraw dan perlawanan netball atau tilawah Al-Quran yang boleh diceburi oleh belia, beliawanis kampung.
Tahniah Tan Sri. Semoga Usaha Murni Tan Sri diberkati Oleh Ilahi.
April 29th, 2008 at 2:13 am
as salaamu alaikum
Saya harap Kementerian Luar Bandar tidak akan membina jalanraya yang terlalu lebar di kampung2. Bila ada jalanraya yang lebar maka lori2 besar dan kenderaaan dari luar akan dapat masuk, seterusnya menukar wajah kampung2 menjadi bandar2.
Azlan
April 29th, 2008 at 7:14 am
SALAM TAN SRI,
HARAPAN SAYA SEMOGA TAN SRI SENTIASA DALAM PERJUANGAN YANG DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.TAN SRI INFRASTRUKTUR DI KAMPUNG2 PADA WAKTU INI BAGI DI SELANGOR MENGIKUT PEMERHATIAN SAYA DIDALAM KEAADAN YANG BAIK DAN MEMUASKAN.SEBAGAI SATU ‘KEFAHAMAN’ BUAT TAN SRI, MASYARAKAT DIKAMPUNG MASIH ADA SEGELINTIR YANG MENGAMALAKAN’FAHAMAN KEKAMPUNGAN’.INI DIPERKUATKAN LAGI BAGI ANAK2 MEREKA YANG AGAK ‘INTELEKTUAL’APABILA PULANG KE KAMPUNG BERJAYA BERCERITAKAN KELEMAHAN-KELEMAHAN YANG ADA PADA KEMENTERIAN PLB INI.CERITA-CERITA SEPERTI PADA SIAPA PROJEK INI DIAGIHKAN,SIAPA KONTRAKTOR INI,DARI KRONI SIAPAKAH DIA?BENDA-BENDA SEBEGINI LEBIH POPULAR BERBANDING KEJAYAAN PROJEK-PROJEK YANG DILAKSANAKAN OLEH KEMTERIAN TAN SRI NANTI.TAN SRI SEPEKARA LAGI, JKKK AMAT MEMAINKAN PERANAN PENTING DLM KEMENTERIAN PLB, MEREKA ADALAH AKAR UMBI.PANTAULAH MEREKA INI, SAYA ADA MENDENGAR KHABAR DARI KEDAH YANG ‘MERUNGUT’ MENGENAI HAL JKKK INI.HARAP TAN SRI AMBIL INISIATIF YANG AMAT2 KUAT’ DI SINI.TAN SRI AMAT ‘PEDIH’ RASANYA MELIHAT SITUASI DI ‘PERAK’ DAN ‘SELANGOR’ BANTULAH AGAMA,BANGSA DAN NEGARA KITA TAN SRI.
April 29th, 2008 at 9:20 am
Assalamualaikum,
Tahniah tan sri atas blog ini, sy juga banyak mengikuti perkembangan blog tan sri dan datuk seri khir toyo, walaupun pada mulanya respons kebanyakannya negatif namum sejak akhir-akhir ini, kebanyakan respons dari orang ramai nampak lebih bertanggungjawab dan proaktif. Apa yang saya dapat disimpulkan bahawa sebenarnya rakyat tidak tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan dan apa rasional disebaliknya. kebanyakan maklumat mereka perolehi hanyalah program kerajaan tapi mereka kurang paham natijah program kerajaan tersebut khasnya dari mulut menteri itu sendiri. Sebelum ini mereka hanya mengagak apa rasional yang kerajaan lakukan menjadikan rakyat keliru.
Wasalam.
April 29th, 2008 at 10:12 am
Harap saudara boleh sertakan sebarang satu atau dua gambar utk kampung yg telah saudara lawati
April 29th, 2008 at 10:57 am
A.kum Tan Sri,
1. Program Tan Sri itu harus disokong. Bila kita dah ada plan, maka sudah tentu tugas kita lebih mudah dan berkesan.
2. Cuma saya harap lawatan kerja Tan Sri itu mestilah didahului oleh rasa tanggongjawab Kerajaan keatas rakyat dan bukan kerana keutamaan politik.
3. Begitu juga Tan Sri hendaklah bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri dibawah Parti Lawan, supaya pembangunan di Kampong-kampong berkenaan dapat dimajukan dengan lebih teratur dan berkesan.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
April 29th, 2008 at 11:26 am
Satu usaha yang bagus dan patut dicontohi oleh ahli DUN dan Parlimen. Cuma harapnya jangan hanya dimulut sahaja.
April 29th, 2008 at 11:41 am
Selamat pagi TS. Tahniah pasai TS dah mula turun mai melawat kampung. Ini sekurang-kurangnya, TS akan dapat taulah lagu mana kehidupan orang kampung dan lagu mana depa punya susah. jadi, TS tak payahlah dok dengak cakap orang bawah pasai nanti leceh. Pembantu ni sometimes depa bagi semua yang elok. hat tak elok depa diam. Ha lepas tu tak pasai-pasai menteri kena tuduh berat sebelah dan kroni. Tulah punca dia.
Saya berharap semua menteri akan turun mai sendiri tengok rakyat. Toksah dok suruh orang bawah mai. leceh punya. nanti lain yang kami cakap, lain yang depa tulis atau pun depa report.
Dan satu lagi, bila nak melawat sesuatu tempat, jangan hebahkan. Pergi secara senyap-senyap sudah. ha, bila orang tempat tu dapat tau menteri nak mai, wah, mulalah depa buat benda yang tak sepatutnya. Bagi cantiklah, indahlah, buat ala-ala ada pembangunanlah walhal langsung habok takdak. Ini yang berlaku selama ini.
Dan bila menteri sampai, mulalah nak buat cerita bohong. habis tu, lagu mana menteri tak mau percaya? kat depan mata, cantik dan indah bukan main walhal itu hanyalah lakonan semata-mata. Realitinya, rakyat kat tempat tu, satu apa pun takdak. Jadi macammana tu?
Jadi saya berharap, TS tidak menghebahkan ke mana Tan Sri akan melawat seterusnya. Dengan cara ini sajalah TS dapat melihat realiti tempat yang TS nak lawat. kalau hebahan, sudah tentu anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab akan membuat lakonan untuk kepentingan mereka.
April 29th, 2008 at 1:40 pm
salam tan sri,
nampak mcm ada perubahan, baguslah kalau kerajaan dah mula turun padang tengok kesusahan rakyat. kalau boleh, berilah bantuan (dlm bentuk peralatan) untuk repair rumah2 yang dah uzur terutamanya bumbung rumah yang dah berlubang. orang kampung nak rasa jugak kemodenan malaysia. dan jangan lupa untuk paparkan dlm blog apa2 saja bantuan kepada rakyat di mana akan menambah keyakinan rakyat. dah lama rakyat (org kampung) tak dapat bantuan.
April 29th, 2008 at 3:24 pm
Bagus Tan sri, tp adakah Tan sri akan melawat juga kampung2 yang menjadi kubu kuat pembangkang? Contohnya di kelantan.
April 29th, 2008 at 3:34 pm
Salam Tan Sri. Tahniah sebab berani membuat pembaharuan. Harap lebih ramai wakil rakyat berjiwa rakyat macam tan sri. masa di kg chenaam, sg aceh, seberang prai saya perhatikan ‘kuncu-kuncu dan orang parti’ cuba mengerumuni tan sri. MELEMASKAN. orang kampong nampak menjauhi bila orang politik terhegeh-hegeh cuba menunjuk-nunjuk muka kehadiran, konon rapat dan akrab dengan menteri. patut dulu semua tu buat macam tan sri. lawat kampong tanpa ada menteri turun, baru rakyat tabik. lain kali masa tan sri datang melawat, biarlah rakyat merasa kehadiran tan sri. beri peluang rakyat dapat mendekati tan sri, sebab niat tan sri turun padang ialah untuk melihat dan mendengar sendiri suara rintihan, aduan, harapan orang kampong. biar tan sri selesa bersama orang kampong. kehadiran ‘kuncu-kuncu dan orang parti’ tu ok dan dialu-alukan tapi bagi peluang kepada tan sri. buka peluang kpd rakyat. yang lain tu buatlah apa yang patut-bermesra dengan org kampong yang lain. dengan apa yg org kampong nak cakap macam yang tan sri buat. semua ada peranan, bukan hanya pandai nampak buat kerja bila depan mata kehadiran pemimpin pusat je.
tan sri, saja nak ingat, nampaknya tan sri kena serasikan nama kementerian iaitu KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - bukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayahlah tan sri. terima kasih.
April 29th, 2008 at 4:41 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Tahniah dan syabas kepada YB Tan Sri serta Puan Sri yang begitu gigih turun ke padang, ke pelusok kampong tanpa mengira penat dan lelah. Saya fikir setakat ini Tan Sri telah dapat menghayati sendiri keperitan, kesempitan hidup keluarga yang sangat susah saperti di Kampong Poh, Bidor, di Padang Serai,di Sungai Dua,Seberang Perai. Saya yang juga kebetulan mengikut rombongan Tan Sri ke semua tempat tersebut sangat sedih melihat kehidupan mereka yang berkaitan dalam keadaan negara kita yang telah lebih 50 tahun merdeka, di samping sangat kagum dengan semangat dan stamina yang di miliki oleh Tan Sri. Semoga Pegawai-Pegawai yang bersama Tan Sri dalam lawatan-lawatan tersebut akan lebih proaktif.
Salam.
April 29th, 2008 at 4:53 pm
Yg Bhg Dato’,
Saya En. Chek Malek bin Hussain (HP 016 4041163 )(580729-07-5159) No Rumah,4851,Kampong Ptg Kuang Kecil 13100 Penaga, SPU, DUN Bertam, Parlimen Kepala Batas telah memohon jalan mini tar ke Ptg Tok loba sejauh 1.5 km dan telah menghantar surat ke Pejabat Daerah dan Tanah SPU sejak 2004 sehingga sekarang belum ada jawapan dan berita walaupun Malaysia telah masuk ke RMK 9 dan telah menghadapi Pilihanraya umum ke 12. Adalah diperhatikan ada laluan jalan mini tar ditar sebanyak 2 kali tetapi yang terkilan lagi kenapa permohonan saya En. Chek Malek tiada berita atau adakah saya dan 53 orang yang menandatangani permohonan ini dianaktirikan dalam hal ini oleh pihak berwajib,
Biro pengaduan awam Pulau Pinang Pn. Faridah bt Ahmad telah turun padang yang diarahkan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Malaysia Yg Bhg Dr. Chua Hong Teck telah hadir di tapak yang dipohon dan terkejut dengan masalah kami ini.
Rasa terkilan juga kegunaan laluan ini bukan untuk saya seorang tetapi seluruh masyarakat setempat akan melaluinya setiap hari dan masa.
Tinjauan dibuat disekitar kpg Lahar Kepar dan sekitarnya jalan biasa telah ditarkan oleh kerajaan,tetapi hairan dan mendukacita jalan kearah tempat tersebut tidak diturapkan.
Adalah diharapakan permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam hal ini demi untuk kepentingan rakyat amnya.
Sebarang siasatan hubungi saya hp 0164041163(Chek Malik)
sekian, terima kasih.
Yang benar,
Chek malek bin hussain
——————————————————————————–
redwan Adnan wrote:
Yg Bhg Tuan,
Adalah tidak benar tuan mengatakan 2 buah rumah terlindung dibelakang rumah saya berapa banyak, boleh dikira, lawatan turun padang bersama saya chek malek 016 4041163untuk mengira bilangan rumah dan penduduk.
sekian,terima kasih
chek malek bin hussain.
afzanhafiz@penang.gov.my wrote:
Selamat Tengahari,
Dimaklumkan bahawa hasil siasatan pejabat JKRSPU jalan tersebut merupakan jalan kampung, hanya terdapat 2 buah rumah berdekatan jalan tersebut, sehubungan dengan itu ia tidak memenuhi skop projek jalan kampung (PJK). Sekian, terima kasih.
Mohd Afzan Hafiz Bin Mohd Ali
Unit Komunikasi Korporat
Bahagian Pengurusan Korporat
JKR Pulau Pinang
Tel:
604-6505390
604-2616653 ext. 173
604-2626712 ext. 173
604-2633263 ext. 173
Fax:
604-2614707
email :
hafiz@penang.gov.my
April 29th, 2008 at 7:09 pm
Saya ingin memohon jasa baik Tan Sri, agar permintaan saya ini diambil berat sbagai ‘TOP PRIORITY’.
Tan Sri, saya berasal dari Sarawak, bahagian Ke 4 - Kawasan parlimen BARAM dan DUN Marudi. Kawasan2 ini adalah kubu kuat BN semenjak merdeka. Tapi yg menyedihkan pembangunan infrastructure terutama Jalanraya dikawasan diabaikan olih pemerintah, khasnya wakil rakyat Palimen dan juga DUN. Sudah banyak kali rakyat mengadu kepada wakil2 mereka tetapi dibisukan saja. Jalan utama pengubungan diantara Pekan Beluru dan Pekan Lapok telah rosak dgn teruk dan sukar sekali dilalui terutama musin hujan kerana jalan ini tidak pernah diturap /(di=tar). Banyak kenderaan terkandas ditengah jalan disebakan jalan tidak dapat dilalui. Keadaan ini menyulikan penduduk2 disekitar kawasan ini, kerana ini sahaja adalah satu2 nya jalanraya yg menghubung Pekan Lapok ke Pekan Beluru dan seterusnya ke Miri.
Jadi saya memohon kepada Tan Sri sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, supaya memberi perhatian utama pada masaalah kami ini dan menyegerakan projek untuk menurap Jalanraya ini. Jika Tan Sri memberi keutamaan pada pemohonan saya ini, nama Tan Sri akan terpahat dihati penduduk dikawasan ini untuk selama-lamanya kerana Tan Sr lah orang yang utama memberi kehidupan yang baru kepada rakyat dikawasan ini yang selama ini tidak pernah menikmati pasaraya yg baik setanding dgn kawasan2 lain diMalaysia.
Jadi sekali lagi saya mohon jasa baik Tan Sri, bantulah kami orang2 kampung yg memerlukan pasarana yg baik supaya kami bolih hidup setanding dgn rakyat Malaysia yg lain yg telah mendapat kemudahan asas saperti Jalanraya yang diturap supaya kami bolih menghindari kemiskinan yang melanda kami selama ini. Kemudahan jalaraya adalah satu2nya yg amat diperlukan penuduk luar bandar supaya hasil tani dapat dipasarkan kepada umum dan seterunya memberi penghidupan baru bagi kami yang tidak pernah tahu apa ertinya senang dan kemewahan.
Kalau Tan Sri lebih perhatin dan ingin tahu secara mendalam kawasan dan masaalah kami, saya dgn ikhlas bila2 masa bolih dihubungi melalui e-mail. Sekian, terima kasih Tan Sri.
April 29th, 2008 at 9:02 pm
Syabas YB Senator Tan Seri, teruskan YB demi bangsa dan negara.
Wassalam
April 29th, 2008 at 10:28 pm
askum tan sri,
sy agak muskil sikit!!
kenapa tan sri memilih Negeri Kedah destinasi yg pertama untuk di lawati??
kenapa tidak di negeri Pahang, Terengganu atau pun Kelantan??
apakah lawatan tan sri ini ikhlas utk rakyat jelata?? atau ianya ada unsur2 politik??
April 30th, 2008 at 2:19 am
Assalamualaikum Tan Sri,
Pertama sekali sekalung tahniah diucapkan atas usaha Tan Sri mendekati penduduk kampung. Tetapi dlm pada itu, diharapkan agar kami warga kota tidak dilupakan juga terutama di tengah kemelut krisis kenaikan harga barang. Harapan kami warga kerja swasta agar kerajaan dpt memberi sedikit perhatian kepada kami sebagaimana yang diberi kepada kakitangan kerajaan. Kasihanilah kami, beban kerja tidak setanding dengan gaji yang diterima. Sekiranya boleh, saya ingin sgt bertemu dengan Tan Sri secara peribadi krn saya begitu kagum dgn org2 Melayu kita yg sudah berjaya sebagaimana Tan Sri dan Tan Sri Mukhtar Al-Bukhari dan saya juga ingin menjadi sebahagian dr golongan ini dan mencungkil rahsia kejayaan mereka. Saya percaya saya boleh dan saya juga positif Tan Sri juga tidak keberatan utk meluangkan masa walaupun hanya sekadar 5 minit utk bertemu dgn saya. Sebagaimana DVD filem “Secret” yg mengajar kita ttg “ASK, BELIEVE AND RECEIVE” saya percaya saya akan berjaya. Terima kasih.
April 30th, 2008 at 1:15 pm
TS,
TS adalah menteri kepada semua rakyat dan semua negeri. Ambil lah kesempatan ini untuk menabur jasa dengan sebaik-baiknya. Buat rancangan melawat semua negeri walaupun yang dibawah Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, jengoklah selalu kawasan luar bandar di negeri Sarawak/Sabah yang jauh ketinggalan. Ada yang masih pakai lampu minyak tanah selepas 50 Tahun Merdeka. Tak ada jalan. Ingatlah, kerana kedua-dua negeri ini yang telah menyumbang 54 kerusi Parlimen ke BN yang menyebabkan BN masih memerintah di peringkat persekutuan. Kalau tidak, entah la. Lagi banyak MP BN menganggur.
Justeru itu, bayar lah balik kepercayaan rakyat di negeri Sarawak/Sabah kerana mengundi BN. Nanti MP mereka akan senang hati dan tidak timbul soal melompat kedalam dakapan Pakatan Rakyat.
April 30th, 2008 at 3:15 pm
Tahniah YB Senator Tan Seri. Apa kata selepas ini YB Senator membuat lawatan pula ke perkampungan homestay. Saya selaku Presiden Persatuan Homestay Malaysia bersedia untuk mengatur lawatan YB Senator di mana sahaj perkampongan homestay yangt diusahakan oleh penduduk luar bandar dan YB Senator sendiri boleh mengalami bagaimana kami penduduk kampong menguruskan pelancong-pelancong yang menginap di perkampongan homestay.
Saya boleh dihubungi melalui HP No. 019-9865070.
Sekian, terima kasih.
April 30th, 2008 at 8:00 pm
As’kum Tan Sri, tahniah peribadi dari saya juga mewakili rakyat Kampung Teluk Ru BNO Sabak Bernam kerana Tan Sri diletakkan dikalangan kami semua. Di harap Tan Sri juga akan berada atau melawat kampung kami yang semacam itu bentuknya sejak 50 tahun Malaysia merdeka. Tidak ada apa yg boleh dibanggakan..air paip selalu kecik dan low preasure..letrik kalau hujan mula la black out..jalan2 kampung bertar tapi kecik juga selisih 2 lori 1tan membawa hasil kampung pun tak boleh. Balai Raya dari zaman saya budak2 mcm tu juga cuma di tokok tambah je tanpa ada aktiviti utk orang2 kampung. Masjid?..Tan Sri tenguk la sendiri tak payah saya nak ulas di sini.
Bantuan PPRT..entah la Tan Sri..dari arwah bapa saya hidup dia mengharap bantuan rumah tapi sampai dia meninggal apa pun tak nampak, yang datang ambik gambar2 rumah ramai entah dari mana datang mereka tu..sekarang rumah tu pun dah dirobohkan..kesian kan.
Arwah bapa saya (Busro bin Abdullah) memang dulu kuat BN..tapi bila arwah dan rumah dia uzur “orang2 BN” batang hidung pun tak nampak.
Itu satu contoh yang kena btg hidung saya sendiri belum penduduk2 yang lain yang tak ada pilihan terus lari keluar dari kampung mengikut anak2 atau saudara mara yang lain.
Memang penduduk disini tak ramai mana pun tapi kalau sikap BN yang hanya nampak kepada kawasan padat yang boleh dapat undi banyak sahaja itulah politik yang tidak sihat mcm berniaga ertinya.
Wakil rakyat kami pun kami kurang kenal kerana beliau tak pernah nak muncul pun so kalau Tan Sri nak jelajah seluruh Malaysia nak jenguk2 kami maknanya ahli2 DUN tu duduk goyang kaki je la kan.
Satu masalah besar kami dan kampung2 yg sewaktu dengannya ialah TIADA KEMUDAHAN BAS AWAM..tak percaya?…itu la hakikatnya. Dimana KHAZANAH?…kalau Lembah Klang dengan Rapid KL dan Penang dengan Rapid Penang…kami mcmana pula Tan Sri?…budak2 nak ke sekolah nun jauh sekolah menengah di Sg Air Tawar atau di Sabak Bernam.
Yang berani pakai motosikal buruk bapa yang tak mampu kayuh la basikal macam zaman saya sekolah dulu..50 tahun Malaysia merdeka tau!.
Mcmane ekonomi nak baik, mcmane pembelajaran anak2 kampung nak tinggi..susah kami Tan Sri.
Sebenarnya Tan Sri adalah MB kesukaan saya dulu dan saya pernah berjabat tangan dan bertegur sapa dengan Tan Sri di Melaka beberapa tahun dahulu itupun kalau Tan Sri tak lupa. Kalau lupa pun saya tak salahkan Tan Sri dengan tugasan harian Tan Sri dulu.
Setakat ini Tan Sri celoteh dari saya, insyAllah kita bertukar pendapat satu hari nanti. Cuma harapan saya Tan Sri kena buka minda dan berhubung terus dengan rakyat bawahan jangan melalui org tengah atau wakil2 DUN yang selalunya pentingkan diri sendiri dan menyembunyikan fakta.
Maaf jika terkasar bahasa, Terima Kasih.
May 2nd, 2008 at 11:47 am
A’skum Tan Sri
Satu mekanisma yang bagus dalam medekati rakyat yang selama ini saya secara peribadi merasakan kurangnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan BN. Bukan hendak menuduh itu dan ini, tetapi apa yang berlaku sebelum PRU12 amat berbeza dengan apa yang dibuat oleh Tan Sri sekarang.
Pertimbangkan dalam senarai Tan Sri. Kampung Melayu Batu 16, Rawang menunggu kehadiran Tan Sri. Bangunan JKKK yang dirasmikan oleh Tan Sri semasa memegang jawatan MB S’gor masih tersergam indah. Bersebelahan bangunan JKKK berdiri teguh Tabika KEMAS yang pertama di M’sia yang mengasaskan pembelajaran berasaskan pendidikan Jepun. Bangunan ini tersergam indah hasil usaha pihak K’jaan dan Kedutaan Jepun.
Kehadiran Tan Sri diharap juga dapat menyuntik moral di kalangan meraka yang telah berjuang untuk menjadikan kampung ini sebagai kubu kuat k’jaan dalam PRU12 baru-baru ini. Kami tunggu respon Tan Sri.
May 2nd, 2008 at 8:04 pm
Tan Sri,
Bla nak dtg kampung saya..dah 50 tahun memerintah, kampung saya tak maju lagi. aper citer
May 3rd, 2008 at 11:45 am
tan sri dalam kengairahan melawat , jng lupa kampung sendiri hulu selangor spt lembah beringin, sg buaya, bt beruntung, bt sentosa, serendah. saya tidak tahu tinggalan warisan siapa tapi sudah pasti satu lagi projek barisan nasional. jng kera di hutan di susukan anak sendiri mati kelaparan. mungkin kawasan ini layak hadiahkan penyapu pula pada yg datang sebagai cenderahati atau buah tangan…
May 5th, 2008 at 10:35 am
Assalamualaikum wbt.Dan Salam Perpaduan Tan Sri.
Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana niat Tan Sri mendekati rakyat lebih-lebih lagi kepentingan orang melayu dan pembangunan orang melayu itu sendiri. Makluman baru-baru ini saya telah memohon bertulis kepada Tan Sri untuk lawatan serta tindakkan sewajarnya dari pihak Tan Sri untuk pembangunan Kampung Lembah Kinrara, Puchong Jaya DUN Kinrara, PARLIMEN Puchong. Kalau diikutkan pandangan boleh dikatakan kg. yang terletak dibandar Puchong ini adalah satu kampung majoritinya orang melayu yang dipinggirkan dari arus pembangunan dan memerlukan tindakan serta dari pihak kerajaan…Harap dapat respon segera dari Tan Sri. T/Kasih
May 6th, 2008 at 7:07 pm
salam,
teruskan melawat kampung2 seluruh malaysia. jgn lupa sabah&sarawak ya..
May 6th, 2008 at 9:22 pm
ASSALAMUALAIKUM YB SENATOR TAN SRI,
SAYA CHEK MALEK BIN HUSSAIN( HP 0164041163) TINGGAL DI NO 4851,KAMPUNG PTG KUANG KECIL,13100 PENAGA SEBERANG PERAI UTARA TELAH MEMOHON PERUNTUKAN DARI PM KERANA PM JADI AHLI PARLIMEN KEPALA BATAS SUPAYA JALAN DARI PTG KAUNG KECIL KE PTG TOK LOBA DITURAP DENGAN TAR, SEDIH MELIHAT TIBA-TIBA KAMPUNG LAHAR KEPAR DITURAP,ADAKAH SAYA DIANAK TIRIKAN ATAUPUN LAHAR KEPAR KAWASAN SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN PAK LAH YAKNI DATO ABU BAKAR BIN YAHYA,JANGAN LAH MACAM ITU,BILA PILIHANRAYA HANTAR SURAT KERUMAH MERINTIH KEPADA KAMI UNDILAH BN,TETAPI INIKAH BALASANNYA.
MOHON JASA BAIK PAK LAH TURAP DENGAN TAR SUPAYA JASAMU DIKENANG SEPANJANG HAYAT KAMI.
May 9th, 2008 at 9:20 am
Assalamualaikum Tan Sri,
Terlebih dahulu ingin saya ucapkan tahniah kepada yg Bhg Tan Sri kerana dilantik menerajui Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, ini sudah tentulah banyak harapan sedang menunggu komitmen Yg Bhg Tan Sri begitu jugalah tempat kami ini Taman Lembah Permai batu gajah Perak, Sejak kami menduduki taman ini banyak kemuadahan tidak diadakan antaranya dewan orang ramai,taman permainan kanak-kanak,padang permainan. Lebih menyedihkan lagi longkang yang mengalirkan air buangan dari kolam indah water rosak teruk ini menyebabkan pencemaran bau dari air kumbahan itu, banyak sudah laporan dihantar beserta dengan gambar tetapi satu pun tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil, oleh yang demikian saya berharap sangat kementerian Yg Bhg Tan Sri dapat turun ke sini dan lihat sendiri. Untuk pengetahuan Yg Bhg Tan Sri bilangan penduduk Taman ini adalah sejumlah 600 orang kebanyakan adalah orang melayu. Perhatian dari Yg Bhg Tan Sri amat kami perlukan dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
May 10th, 2008 at 6:59 pm
askum Tan Sri
saya ingin meminta jasa baik tan sri untuk melawat ke kampung - kampung orang asli yang terdapat di daerah pahang memandanfkan masihbyk perkampungan orang asli di daerah pahang yang tidak menerima kemudahan asas. antara prkampungn yang tidak mempunyai perkampngan asas adalah seperti di daerah lipis iaitu perkampungan RPS betau. saya berharap pihak tan sri dapat memberi perhatian pada perkampungan terbabit.
May 16th, 2008 at 3:40 pm
Tan Sri,
Belum terlambat izinkan saya mengucapkan tahniah kepada TS atas perlantikan sebagai Menteri penuh bagi mengetuai satu kementerian yang penting.
Saya ingin memohon perhatian TS diatas masalah “Orang Asli” dinegara ini. Saya pernah mengetuai satu Batalion Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia yang dikenali “Senoi Praaq” atau terjemahannya “orang perang”. Kesempatan itu, saya telah menjelajah keseluruh (lebih kurang 90%) perkampungan orang asli. Ada 3 perkara penting yang saya dapati; pertama taraf ekonomi; kedua sosial dan ketiga pendidikan. Pada keseluruhannya didapati 3 masalah ini terus terbiar. Ekonomi mereka umpama “kais pagi makan pagi”. Tidak ada program yang membolehkan orang asli naik taraf dalam bidang ekonomi. Walaupun begitu, mereka yang cerdik sikit bukannya dari warisan “pure” orang asli tapi keturunan mereka hasil kawin campur. Manakala aspek sosial pula masih ditahap lama. Tengoklah persekitaran yang mereka tinggal, rumah yang mereka duduk, kemudahan api, air ada perkampungan langsung tidak dibekalkan. Mereka minum air sungai, rumah diperbuat dari buluh, beratapkan bertam. Mereka ketinggalan dari aspek kehidupan arus perdana. Tidak ada TV untuk ditonton, tidak ada radio untuk didengar. Dari aspek pendidikan, 70% daripada mereka adalah buta huruf.
Bagaimanakah kementerian TS untuk mengurangkan penderitaan orang asli kita ini. Jauh dilubuk hati saya, sekiranya saya seorang hartawan, saya akan pilihara mereka ini dengan mengadakan kemudahan asas yang mereka perlukan. Saya akan adakan dana “pendidikan” untuk anak2 mereka.
TS, saya sedia untuk membantu TS merancang apa jua program untuk mereka kerana saya punya kekuatan jalinan perhubungan (communication) dengan kaum orang asli. Mereka (tok batin) selalu menghubungi saya apabila menghadapi masalah. Kadangkala saya bantu saya setakat termampu dengan sedikit huluran untuk anak2 mereka bagi membeli pakaian sekolah. Harapkan bantuan dari Jabatan Orang Asli kadangkala lambat kerana terlalu mengikut prosedur.
Jika TS ingin saya membantu, saya boleh dihubungi di e-mail acp_yusof@yahoo.com. Saya amat perihatin terhadap mereka seumpama keluarga saya sendiri.
TS renungkanlah nukilan saya ini. Kalau perlu jawap, jawaplah. Kiranya TS tidak peduli hal ini alhamdullilah saya ucapkan.
Terima kasih.
May 24th, 2008 at 1:22 am
asalamualaikum Tok mat,
Saya menyokong penuh tentang perubahan dan agenda Road Tour’ yang TS sedang laksanakan.Seperti komentar saya sebelum ini, saya cadangkan agar di dalam web rasmi ini diwujudkan suatu PETA DIGITAL yangmana umum dapat melihat kawasan yang telah TS lawati di mana di dalamnya nanti para pelawat web ini dapat upload’ kan foto2 kampung-kampung yang masih lagi belum “sampai” dipengetahuan kita. Bagi kementerian pula, PETA DIGITAL ( GIS ) dapat menyumbang dalam menentukan kawasan - kawasan yang telah dilawati dan diperlengkapkan kemudahan-kemudahan seperti bekalan elektrik, air, telifon dan sebagainya.Ia dapat “dipersembahkan” kepada semua pelawat yangmana melalui ini juga pembaca dapat lebih ‘dekat’ lagi dalam mengetahui dan berkongsi permasalahan yang kementerian lalui bersama kami.
Pada dasarnya, ia merupakan suatu wahana yang terbaik dan “pantas” dalam menyalurkan dan mengemaskinikan pengkalan data pihak kementerian T.S untuk sama2 kita membasmi ke miskinan di kalangan rakyat Malaysia ini. Saya berharap agar idea ini dapat membantu dan memberi sumbangan kepada kita untuk membasmi kemiskinan. Fahamy-geologist-( darcapo@hotmail.com )
June 4th, 2008 at 1:40 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Saya sangat setuju dengan Tan Sri. Tapi saya nak cadangkan agar Tan Sri jangan pedulikan negeri yang di menangi oleh pembangkang. Tan Sri bantu dan utamakan pembangunan di negeri yang diperintah oleh BN. Biar Selangor, Perak, Penang, Kedah dan Kelantan membangun dengan kerajaan negeri masing-masing. Biar padan muka orang yang memilih mereka. Biar diorang tau apa yang boleh dibuat oleh kerajaan mereka. Bila kerajaan mereka gagal, PRU13 Malaysia akan jadi milik BN keseluruhannya.
Terma kasih.
June 12th, 2008 at 7:52 pm
Harap Ts dpt jelaskn kenapa kita sbg negara pengeluar minyak namun harga kita terlalu tinggi jika di bandingkan dgn negara2 pengeluar minyak yang lain.