Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Tidak mustahil PAS keluar Pakatan Rakyat

Salam untuk semua pembaca

Apa yang berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini terutama tentang kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menarik perhatian saya. Berdasarkan perkembangan terkini saya tidak menolak kemungkinan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor brdasarkan masalah dalaman yang semakin meruncing.

Apa yang dapat di lihat Pas kini tidak lagi sebulu dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam banyak perkara sehingga boleh dilihat kurangnya penglibatan pemimpin dan ahli parti itu dalam program-program rasmi kerajaan negeri.Bagi saya, fenomena ini sekali gus membuktikan bahawa di kalangan pakatan pembangkang itu sendiri sememangnya ada berlaku pergolakan.

Saya tidak tahu sama ada Pas akan menarik diri atau tidak daripada pakatan pembangkang di Selangor tapi yang pasti Pas kini sudah mula kecil hati.

Banyak majlis rasmi yang dianjurkan, ramai pemimpin dan ahli Pas tidak hadir dan ini menunjukkan di kalangan parti pembangkang, ada masalah dalaman.

Banyak keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan negeri hanya menguntungkan golongan tertentu.

Sebagai contoh, pada majlis sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan Selangor Jumaat lalu, wang sumbangan daripada syarikat swasta telah dimasukkan ke dalam akaun PKR menyebabkan parti-parti lain khususnya Pas begitu kecewa.

Begitu juga isu bila Dewan Pemuda Pas Selangor mengemukakan memorandum bantahan dua penyanyi wanita tempatan, Ella dan Mas Idayu sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor pada 6 Julai ini.

Bagi sebuah pakatan parti politik, bibit-bibit ketidakpuasaan hati begini merupakan ‘retak menanti belah’.

Selain itu, ekonomi Selangor dijangka terjejas berikutan tindakan kerajaan negeri menangguhkan banyak permohonan untuk melaksanakan pembangunan kerana tidak cekap memberi keutamaan terhadap perkara yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, saya didatangi ramai peniaga dan pemaju yang melahirkan keresahan kerana tidak dapat meneruskan perniagaan disebabkan permohonan mereka begitu lama tertangguh dan masih belum diluluskan.


41 Responses to “Tidak mustahil PAS keluar Pakatan Rakyat”

  1. malayamuda Says:

    tapi ade ura2 bahawa MCA, MIC, Gerakan dan parti 2 komponen BN seperti SAPP juga tidak sebulu dengan UMNO seperti dulu……….. ape komen YB ttg ” spirit ” BN yang semakin merosot ?

  2. su-kj Says:

    A.kum Tan Sri,

    1. Saya amat setuju jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Biarlah PKR dan DAP meneruskan matlamat politik mereka.

    2. Pada saya PKR bukan pilihan untuk Melayu Islam dinegara ini.

    3. PAS dan UMNO masih relevan untuk Melayu Islam dinegara ini.

    http://sukj.blogspot.com

  3. Pak Tam Says:

    PKR bukan parti Melayu. Perjuangannya untuk pemimpin tertentu. Memang betullah, baru selepas 100 hari dah macam cerita kita dengar. PAS elok keluar dari PR.

  4. Z Says:

    su-kj: saya berasa sangat sedih; Komen begini masih diluahkan selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. sangat menyilukan….

  5. shahefendy Says:

    YB Tan Sri,

    Sebantal tidak semestinya bersatu mimpi. Apa yang dialami oleh Pakatan Rakyat sekarang ialah satu episod yang mungkin sukar untuk dipercayai oleh mereka yang berkaitan. Tetapi, para cendia bestari politik serta kepimpinan UMNO dan BN telah meramalkannya sejak awal lagi. Kita tunggu dan lihat sambungan daripada episod tersebut selepas ini…

  6. salam Says:

    Saya fikir tidak ada apa-apa keuntungan yang diperoleh PAS jika keluar dari Pakatan Rakyat. Walaupun, katakanlah, hubungan PAS dengan DAP dan PKR ada masalah, tapi berada dalam “parti pemerintah” lebih banyak keuntungannya. Jadi dari segi lojik, saya tidak fikir PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat

  7. pemuda cinta kn bangsa Says:

    mustahil!!!!

  8. FK Says:

    Salam Tan Sri..
    Mengikut isu yg diilhamkan Tan Sri mmg ada logiknya PAS berkemungkinan akan keluar Pakatan Rakyat dan kita boleh lihat dr pelbagai aspek. Tapi bagaimana pula dengan team Barisan Nasional? Dengar cerita SAPP, MCA, GERAKAN dah mula goyah.

    UMNO-wadah perjuangan bangsa melayu
    PKR-wadah perjuangan keadilan rakyat
    PAS-wadah perjuangan kemenangan islam

    berjuanglah atas nama Allah S.W.T.

  9. azam Says:

    As’kum TSM.

    Tan Sri pernah sebut dalam ucapan di satu majlis bahawa kalau orang Melayu terlalu marah dan benci sangat dengan UMNO sampai tahap tak boleh nak terima dah, masuk lah PAS asalkan jangan PKR. Saya kurang setuju dengan pendapat ini, kerana PAS sendiri pun banyak perjuangan nya yang menyimpang dan menyeleweng dari landasan Islam itu sendiri, serta merugikan orang Melayu. Ada baik nya kalau orang Melayu benci pada UMNO dan BN, jangan mengundi langsung. Ontok-ontok je, kata orang Rawa. T.kasih

  10. anti muhdtaib Says:

    yb..komen la sikit pasal SAPP…kata kukuh sgt BN tu…kuakuakua…

  11. anti muhdtaib Says:

    tlg la jgn buang komen2 mcm ni…bg la org baca biar org kenal siapa yb ni…aku rasala bn tu tunggu masa je nak hancur…

  12. HardTalk Says:

    Assalammualaikum WBT

    Waaaa gembira nya TS memecah-belahkan orang. Sudahlah TS, bawak la bertaubat. Allah jadikan manusia sebagai khalifah di dunia ini untuk memakmurkan dunia, bukannya memecah-belahkan masyarakat.
    Cuba TS lihat ada ke keputusan yang Pak Lah buat berbincang dengan ahli UMNO. Cuma berbincang dengan anak-menantunya sahaja dan tingkat 4 putrajaya. Penerimaan Ezam sebagai ahli UMNO pun kerana nak jaga air muka Pak Lah jer kan. Nasihat saya, berkhidmatlah dengan ikhlas untuk kebaikan negara. Bukannya kerana ingin kekal berkuasa di dunia ini. Nanti bila tiba Allah tanya di akhirat, tak terjawab nanti.

  13. Tai Khai Eong Says:

    Ya memang diakui ada parti dalam BN yang tidak sebulu. namun, ianya diselesaikan secara perundingan dan juga Ketua BN amat tegas.

  14. bendahara kj Says:

    as,kum TS, jika benar pas keluar dr pakatan rakyat ini adlah satu berita yg menggembirakan dan satu rahmat drpd Allah, kerana ini akan menyelamatkan simbol negara islam khususnya dinegeri selangor akan terus ditegakkan. Saya ada terdengar yg perancangan jahat dap dan sekutunya untuk menggubal undang2 berkenaan pembinaan rumah ibadat bagi agama lain akan dipinda iaitu rumah ibadat agama lain akn dibenarkan pembinaannya bebas mengikut apa saja yg mereka hajati. Bayangkan di shah alam nanti akan terbina gereja yg lebih besar drpd masjid negeri, akan ada kuil yg tingginya lebih tinggi dari kubah masjid negeri…emmm..tak tahulah… justeru itu sebagai parti yg memperjuangkan agama islam, saya bersetuju benarlah dan senantiasa berdoa kepada Allah, jika inilah jalan penyelesaian bagi menangkis niat jahat dap dan sekutunya, saya harap dengan keluarnya pas dr pakatan akan dapat menyelesaikan segala katakutan yg sedang saya fikirkan. saya tahu mereka ini akan melakukan apa saja sebagai tanda kekuasaan mereka selama mereka memerintah walaupun pada pru yg akan datang mereka akan kalah tetapi mereka tetap berbangga kerana telah berjaya meletakkan satu tanda selama mereka memerintah. saya harap dgn pengalaman ts dan pemimpin2 yg lain akan dapat menyelesaikan masaalah ini. Allah maha besar…

  15. arbai Says:

    Salam Blogger semua dan Tan Sri,

    Tak prlu kita sibukkan mereka, apapun yang dikatakan mereka tetap tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Akan tetapi Tan Sri yang duduk dibawah dagu ni perlu berusaha melasanakan program kerajaan yang dikatakan sudah menepati agenda kerajaan membantu golongan miskin yang kini belum mampu dilaksanakan.

    Lawatan Tan Sri ke Sabah baru-baru ini seolah-olah baru pertama kali mengalami kesusahan yang mana kesusahan itu sudah menjadi sebati dengan jiwa golongan yang tidak bernasib baik di Sabah dan Sarawak. 50 tahun negara merdeka, mereka masih lagi berada dizaman 40 an. Sungguh tidak adil hidup ini. Mangsa Politik atau mangsa keadaan. Wallahualam.

  16. Dr Novandri Hasan Basri Says:

    Salam TS,

    Di dalam PRU-12, PAS sudah ‘terbeli’ dengan ‘ongkos’ yang diberikan untuk menggerakkan jentera pilihanraya mereka.

    Dan TS tentu lebih arif mengenai isu ‘ongkos’ ini dan siapa yang terlibat.

    Masaalahnya TS, jika PAS sudah ‘terbeli’, apakah mereka akan melawan arus dan menidakkan pakatan politik mereka?

    Realitinya, PAS adalah parti politik yang bersikap seperti lalang, TS.

  17. Khairul Says:

    Salam Tan Sri,

    Semakin lama PAS dalam Pakatan Rakyat, semakin banyaklah penipuan PKR dan DAP pada mereka. Tindakan dan bantahan Dewan Pemuda PAS antara elemen jelas yang menunjukkan bahawa tiada keikhlasan dalam Pakatan Rakyat dan sebagai isyarat kemarahan PAS pada PKR dan DAP.

    Cadangan baru untuk merendah volume azan yang dikemukakan oleh penduduk dalam salah satu kawasan di negeri Selangor yang dipersetujui oleh EXCO DAP untuk dibawa dalam mesyuarat EXCO bakal menyaksikan apa yang PAS dan MB Boneka mampu buat sebagai orang Islam.

    Biarkan mereka rasa bagaimana DAP memonopoli pentadbiran Selangor dan kita lihat mereka membonekakan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

  18. Jebat Moderen Says:

    Tan Sri, kalau kita pandang sepintas lalu, komposisi Pakatan Rakyat (PR) adalah satu kombinasi yang menyeluruh untuk mewakili kaum-kaum di Malaysia. DAP sudah tentu boleh mewakili kaum Cina, PKR boleh mewakili semua kaum dan PAS untuk kaum melayu yang islam (islam untuk semua kaum).
    Topik perbincangan kita kali ini adalah PAS dalam PR. Secara umumnya, dunia politik adalah dunia persepsi. Banyak tindakan yang dibuat oleh pengikut politik adalah berdasarkan persepsi yang digarapkan, soal kebenaran kadang-kadang tidak diambilkira.

    PAS ditubuhkan di atas landasan hukum Islam. Hukum Islam adalah sesuatu yang jelas dan nyata, bukan persepsi. Setiap tindakan yang tidak berlandaskan atau harus di dalam hukum Islam ianya dianggap berlawanan dengan prinsip atau dasar PAS itu sendiri. Saya melihat di sini, apabila berlaku sesuatu tindakan dalam PR yang berlawanan dengan hukum Islam, sudah tentu para pemimpin PAS akan melahirkan penentangan sebab kalau para pemimpin PAS mengiyakan tindakan itu maka sebagai pemimpin ia akan dipersoalkan oleh Allah kerana menghalalkan yang haram. Penentangan ini boleh berlaku dalam berbagai bentuk, yang paling lemah adalah penentangan di dalam hati dengan berkata dalam hati “aku menentang kerana tidak ikut hukum Islam”. Sebagai pemimpin, mana boleh penentangan dibuat dalam hati sahaja, ianya mesti dilakukan dengan perbuatan. Inilah yang terjadi kepada PAS dalam PR sekarang. Sejarah juga telah tercipta, terkeluarnya PAS dalam BN dulu pun salah satu sebabnya adalah kerana dakwaan UMNO/BN tidak islamik dan kemungkinan ianya akan berlaku sekarang sebagaimana jangkaan Tan Sri.

    Saya sebagai orang islam, ingin mengingatkan kepada para pemimpin PAS, setiap tindakan yang berlawanan atau tiada keharusan dalam hukum Islam mesti dibuat penentangan yang keras walaupun mengakibatkan anda semua tersingkir dari PR, inilah perjuangan pemimpin yang dikatakan untuk menegak kebenaran.

    Saya setuju dengan pendapat su-kj, PAS dan UMNO masih relevan untuk orang Melayu Islam (melayu bukan islam tak relevan) dan PAS kekal relevan untuk orang Islam tidak mengira kaum selagi PAS tidak lari dari landasan keislamannya.

  19. hamba allah Says:

    Assalamualaikum wr.wb Tan Sri

    Saya cuma tertunggu-tunggu bilakah PAS nak laksanakan undang-undang Islam di dalam masyarakat majmuk di Selangor dan di negeri-negeri yang di perintah bersama PKR dan DAP. Adakah PAS telah tidak berminat untuk melaksanakannya ataupun PAS semata-matanya hanya memancing pengundi Islam. Tegakkanlah Islam di dalam diri sendiri dahulu sebelum ditegakkan pada orang lain……….Islam yang sebenarnya ialah adalah berakhlak tinggi.

  20. Anselmo Lothario Says:

    Salam sejahtera, saya keluar sedikit dari topik perbincangan. Saya nak sentuh isu liwat. Saya harap kerajaan jangan pedulilah dengan kedutaan Turki dan biar mereka jaga Anwar.Biarkanlah sampai bila-bila dia pelihara Anwar. Jika kedutaan Turki tak nak beri kerjasama untuk Polis soal siasat Anwar, biarkanlah.Tak payah soal siasat. Rakyat pun bukan percaya dengan cerita karut Anwar.Jika Anwar keluar sendiri dari Kedutaan Turki nanti biarkan dia lepas bebas.Pedulikanlah dia.Anwar, dah hilang akhlaknya.Lepas ni jika Anwar berbogel pun di tengah-tengah KLCC, orang-orang PAS dan PKR akan cakap dia kena bomoh oleh Pak Lah dan Najib.Entah-entah ini kerja suka sama suka.Saya bimbang, kerajaan ia-ia nak siasat dan nak tau kebenaran, tiba-tiba pengadu kata dia kena paksa oleh Pak Lah dan Najib. Kerajaan juga yang susah.Ini umpan Anwar.

  21. UMNO Bahagian Pandan Says:

    Askum Tan Sri,

    100 hari memerintah kawan di lupakan, pembangunan di tangguhkan, janji manifesto ditutup dengan isu menyalahkan kerajaan terdahulu, warga reformis dipinggirkan, rasuah diberikan, anak beranak menjadi orang penting dalam sebuah organisasi, demi duit kepentingan sendiri di utamakan, dulunya pakatan kini individu, dulunya menumpang nama kini dah pejam sebelah mata, Titah Baginda Sultan agar majid-masjid tidak diganggu dipekakkan. Bagi saya wajar la PAS keluar daripada PR dari hanya di guna-gunakan oleh PKR untuk politik berkepentingan sendiri.

    http://umnobahagianpandan.blogspot.com/

  22. abe MIE Says:

    SALAM..

    kat Pantai dalam, 10ribu ahli keadilan minta penjelasan anwar pasal

    1. kenapa sembunyikan diri sedangkan pada 1988 dia lawan kalau bab liwat.
    2. kenapa pilih kedutaan turki? kan turki negara sekular. bab al-juburi tak salah. kenapa tidak pilih kedutaan filipina? kan anwar suka ke sana.
    3.Ujian ada menunjukkan ada kesan di dubur yang tertuduh. kenapa anwar diam?
    4. kenapa anwar hanya mengaitkan kesnya dengan UMNO? kenapa tidak pertahankan diri?
    5.Anwar dengan perempuan lain bagaimana? kalau aljuburi dah salah, bagaimana dengan al-buriti?
    6. anwar tidak bersumpah?
    7. Kes najib orang simpati sedangkan kes anwar tidak pula, kenapa? hanya penyokong yang bodoh dan benggak sahaja percaya anwar adalah ‘malaikat’…

    kalau tidak, mereka semua akan mengisytihar masuk UMNO??? anwar kena jawab….

    pkrpasdap.blogspot.com

  23. Ramos Says:

    salam tan sri,

    ini mungkin keluar topic, tetapi saya rasa tan sri akan sependapat dengan saya jika saya meluahkan rasa kecewa dengan konflik dalaman yang dihadapi parti2 dibwh bn..yang saya nampak, mereka semua mcm ada personal grudge antara satu sama lain yang sudah melarat hingakan perkara remeh temeh dibesar2kan dan publicized di mainstream media.ini akan memberi gambaran bhw kita tidak bersatu hati, ‘ini kecik punya hal laa’ , jangan sampai panggil press conference, nak tunjuk dia punya marah pada pihak satu lagi.saya betul2 kecewa dengan tindak tanduk mereka yang segelintir ini. bukankah kita ini satu geng..jangan conteng arang di muka sendiri..mungkin byk lagi perkara disebalik tabir yg berlaku dan tidak dipertontonkan pd masyarakat..ini membuat kita mengeluarkan andaian sendiri, selalunya kesimpulan yang dpt kita putuskan ialah instability dalam parti ataupun perebutan kuasa..saya harap tan sri dapat menyatukan mereka ini semua dan menyarankan supaya mereka menyelesaikan masalah mereka secara senyap2,takpayah nak heboh satu malaysia..pihak pembangkan hanya perlu sandar dengan selesa dan gelakkan org bn..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..saya harap mereka yang segelintir ini dapat settle cepat2 dan move on with their lives..

    balik pada perkara berkaitan,pihak pakatan menerima satu lagi tamparan hebat dengan kes terbaru melibatkan de facto leader pkr..saya mahu percaya bahawa dakwaan ini tidak benar kerana perkara jijik diluar tabii manusia ini tidak sepatutnya berlaku di mana2.jika betul beliau tidak bersalah,kenapa lari masuk embassy?saya harap pihak yg berkaitan dapat menjalankan siasatan menyeluruh keatas pertuduhan ini.

    maaflah jika saya menguriskan hati mana2 pihak,ini adalah pendapat peribadi saya..

  24. zul saad Says:

    Bagaimana TS boleh simpulkan PAS tidak mustahil keluar PR dengan hanya bersandarkan kepada dua isu kecil yang boleh diselesaikan melalui rundingan. Fakta kutipan sempena sambutan 100 hari itu pun belum jelas memandangkan penafian yang dibuat oleh bekas PA MB Selangor bahawa tiada wang masuk sesen pun disebabkab tiada respon dari penderma. Bantahan konsert oleh Pemuda PAS itu sebenarnya memberi kemenangan moral kepada PR yang menunjukkan kepada rakyat bahawa yang salah tetap salah dan perlu dibetulkan, tidak seperti BN yang terpaksa undi sokong kenaikan harga minyak yang dibentangkan di parlimen walaupun ada sesetengah MP dari BN yang tidak setuju dengan kenaikan tersebut. Selagi mengamalkan prinsip begini selama itulah tiada pembelaan untuk rakyat. Apakah TS rasa telah MEMBELA RAKYAT dengan MENYOKONG usul kenaikan minyak di parlimen minggu lepas atas alasan untuk menampung pembangunan dan sebagainya? Kita tak perlukan pemimpin yang tak berani untuk menyatakan sesuatu yang hak dan mencegah sesuatu yang batil dan jangan rosakkan kemurnian berpolitik. Wassalam.

  25. ad. Says:

    Klu Ts tak ingat biar saya ingatkan,mmg lah btl apa yang Ts dengar tu,ada terdapat ahli ahli pas yang nak lari,tetapi mereka mereka yang nak lari tu sama lah perangai nya dgn si mat deris n “the gang” yang penah DURHAKA kat Ts dulu,cume beza nya mat deris tu dlm umno,tak de lah bunyi nya mcm nak bepecah dr pakatan,tp apa beza nya dgn kata2 si mat deris yang ugut Ts dulu,yang membuat pengakuan bertulis akan menjadi penyokong kerajaan tanpa berpati,tak ke sama perangai mat deris tu dgn org2 pas yang kata nak lari tu.

    Udah lah Ts,tak payah lah terlalu mengambil tau soal PR ni,terus kn je agenda memertabat kn melayu tu,bukti kan Ts adil dgn org melayu tanpa mengira aliran parti,jgn dibeza beza kn semua tu org islam belaka,jgn pula Ts menuduh PR menzalimi org melayu sdg kn Ts sendiri tdk berlaku adil dgn org melayu.

    Relevan nya parti bkn pada nama,tapi terlatak pada tangan2 pemimpin yang MEMIMPIN.

  26. pemerahati Says:

    PAS memang tak boleh bekerja dengan DAP yg terang terang anti Melayu…tengok le di PP nak guna semua bahasa di papantanda.Selain dari itu Karpal Sing terang terang menentang negara Islam yg di cadangkan oleh PAS. Macam mana nak duduk bersama?…PKR pun buat ceramah tak jemput PAS….Tidur sebantal mimpi lain lain…

  27. anak johor+melaka Says:

    assalamualaikum tan sri,

    saya memang bersetuju dengan pendapat tan sri tentang hal kemungkinan pas keluar dari pakatan rakyat. bagi saya ia bukan satu kemungkinan dan ia seharusnya mestilah dijadikan satu kenyataan. sejak akhir-akhir ini pas semakin lari dari matlamat asalnya. mereka seolah-olah telah terikut-ikut dengan rentak rakan-rakan dalam pakatan rakyat. dap dengan sikap malaysian malaysianya dan pkr pula tak habis-habis dengan isu liwat mantan timbalan perdana menteri yang kini disegarkan semula dan kononnya melibatkan konspirasi dari pihak pemerintah pusat. kenapa islam hadhari di haramkan sedangkan projek ternakan babi disokong sejak awal-awal lagi pakatan rakyat memerintah di selangor. ini jelas menunjukkan pas kini menjadi kuda tunggangan pihak dap. jadi pas patut fikirkan semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat.

  28. Mohd shah Says:

    TS…saya nak komen sikit pasai DSAI ni….dia ni memang pandai bereendiwara nakkan publisiti murahan le…sbb tengah tengah kemelut nak “merampas” kerajaan yang memerentah dia creat issue liwat.Saya rasa dia dah buat perancangan teliti supaya kerajaan yang sedia ada dilihat kejam tak bermarwah itu sbb siang siang lagi dah beritahu kawan kawan dia kat Amerika.Bagi saya jangan bagi publisiti sangat le buat senyap aje…kalau di akhabar utama letak kat page belakang belakang aje…

  29. ANAK KEDAH Says:

    Assalamualaikom ts,saya setuju dengan teori ts yang mengatakan PAS akan keluar dari pada PR ,dalam pemerhatian dan kajian saya sekarang ini sudah ada percanggahan pendapat diantara pemimpin PAS dan DAP serta PKR,kita lihat di selangor sahaja kerajaan yang dipimpim PR telah membuat berbagai keputusan yang tidak menyenangkan hati para pengundi melayu dan islam,seperti membina kandang babi moden yang lebih besar dan selesa kepada babi2 serta menelan kos yang tinggi,sedangkan masjid yang dalam pembinaan oleh kerajaan terdahulu diabaikan,apa salahnya disambung kembali pembinaannya,begitu juga dengan isu pembesaran dan kebenaran pembinaan kuil2 diselangor yang mana kita lihat sebagai tidak masuk akal sedangkan penduduk india hanya berapa sahaja.Jika kita lihat pada Sambutan 100 hari pemerintahan PR ,PAS tidak di jemput awal tetapi diberitahu pada saat2 akhir majlis itu,dan bendera PAS pun tidak kelihatan disana,inikah dikatan sebagai “PAKATAN RAKYAT”?,dimanakah sepakatan itu,dimana?ini menunjukkan DAP dan PKR tidak ikhlas dengan PAS,begitu juga di perak apabila menteri besar nya ir nizar telah mengumumkan pemberian tanah kampung baru kepada 80% hak kepada orang cina dengan pajakan selama 999,dimanakah rasionalnya yang mana orang melayu hanya 99 tahun sahaja,dan kalau diikut kan akta tanah memeng salah untuk pajakan 999.Sebenarnya MB perak tersepit dengan DAP dan PKR.Dan berita terbaru mengatakan MB selangor akan mengikut jejak K’JAAN perak jugak dalam hak pemberian tanah kampung baru.Ini semua adalah penghianat bangsa melayu.walaupun sebelum ini k’jaan BN ditaolak dan dicemuh serta dihukum oleh rakyat tetapi kerajaan BN dahulu tetap mempertahan kan hak melayu….
    sekarang rakyat patut menilai yang mana intan yang mana kaca.Saya bersetuju jika PAS kembali begabung dengan BN (UMNO),untuk masa hadapan bangsa,agama dan negara,ini sja jalan yang ada….

  30. Penduduk Selangor Says:

    PR kononnya keadilan untuk semua kaum. Tidak ada kelebihan untuk orang Melayu. UMNO di kutuk kerana perkauman. Tengok DAP. Laungkankeadilan tapi realitinya perjuangan untuk kaum Cina. Tanah di Perak dah diberi secara borong untuk kaum mereka. India melalui PKR_ kuil akan diperbesarkan. Lepas ni berleluasa lah mereka dengan kuasa dan semua peluang dan harta di Selangor dan Perak serta P.Pinang __SEMUA depa sapu. Melayu PKR kata tak pa .. asalkan Anwar jadi PM. PAS pulak masih kata UMNO sekular. Yang mereka bersengkongkol dengan Cina dan India DAP dan PKR tu apa pulak jika bukan sekular namanya.
    Tak tau la macam mana Anwar boleh butakan hati dan mata pemimpin PAS. Memang pandai Cina dan India DAP dan PKR. Mulut kata keadilan untuk semua kaum tapi melebihkan kaum mereka TAPI Melayu PKR dan PAS kata ini memang adil sungguh!

  31. xfile Says:

    TS saya tak tahu kenapa TS memilih topik ini.
    Kalaupun PAS keluar Pakatan Rakyat adalah mustahil ia akan bersama BN. Yang nampak terhegeh-hegeh sekarang adalah UMNO yang mahukan sokongan PAS selepas BN tewas dalam PRU. Nampak sangat….Macam UMNO sekarang tak ada maruah…

    Eloklah TS bincangkan bagaimana SAPP boleh buat kenyataan yang menggemparkan sebab ia komponen BN. Walaupun Pak Lah cakap OK tapi tak OK. Asyik nak tipu rakyat jee…
    Kami ni rakyat asyik kena tipu baik BN atau PR sama je… Tapi BN tipu lagi besar..Najib kata minyak, barang tak naik lepas pilihanraya…Tapi naik melambung-lambung. Pirah… jadi pemimpin asik menipu jee kejenye…

    Manalah mereka ini tahu. Naik keta, minyak kerajaan bayar. Makan, minum, rumah kerajaan. Rakyat macam kamilah yang derita. Lepas minyak naik, kami kena tanggung harga barang yang naik. Lepas tu beri duit kepada orang yang ada kereta. Yang ada kereta ni orang boleh dikira baiklah dari yang duk atas motor macam kami ni. Rakyat miskin yang naik basikal atau jalan kaki kirim salam. Kerajaan tak pandang. Duit bonus untuk orang kaya jee… Yang ada kereta sampai 5 biji lagilah besar bonus kerajaan bagi. Apa punya ekonomi dan kira-kira tak tahulah….

    TS, dari bincang isu PKR, PAS atau DAP lebihlah baik tahi BN di cuci dan kasi bersih BN dan UMNO agar kami masyarakat melayu dapat terima UMNO seperti mana perjuangan di masa Tun Abdul Razak.

    TS, kalau pemimpin UMNO seperti hari ini yang asyik dok kejar projek, tender, kocek sendiri, kroni, politik wang, rasuah dan bermacam-macam lagilah tahinya, maka saya akan memandang UMNO umpama barah dalam politik bangsa Melayu. Kalau kanser ni tak boleh disembuhkan, maka UMNO akan kekal tidak relevan untuk bangsa Melayu.

  32. Hamba Allah Says:

    Assalamualaikum TS

    Saya merupakan seorang kakitangan yg berada di bawah pimpinan TS yang mana saya ditugaskan utk membantu masyarakat luar bandar dlm bidang ICT……baru-baru ini saya menghadiri satu mesyuarat dimana kami disarankan utk menyelitkan slot ketuanan melayu….saya memang bersetuju diadakan slot sedemikian di mana saya terlalu sedih mengenangkan nasib melayu dan tanah air kita terutamanya sepertimana yang telah berlaku di Perak. Ada Menteri Besar tetapi menteri yang tidak boleh bersuara….ada tanah tetapi dlm masa 2 bln pemerintahan PR tanah telah berjaya dipindah milik dan bkn hak milik org melayu lagi…… apa guna PAS menang kalau hanya menang SORAK ….TANAH tergadai…..fikir-fikirlah wahai org MELAYU…..walaupun sebenci mana pun kita dengan BN hanya BN yang mampu membela nasib org MELAYU…..

  33. Yoursay Says:

    Mengapa isu PAS atau DAP menjadi persoalan sedangkan UMNO sendiri ,tanpa boleh dinafikan mempunyai pergolakkan antara ahli partinya.Pergolakkan yang telah meretakkan parti.Sekurang kurangnya DAP ataupun PAS adalah dua parti yang sedang cuba mendapatkan huraian dan mencari jalan untuk bekerjasama.Dua jalan uang cuba sehaluan.Bukan seperti UMNO,satu jalan dan merengkok.
    Namakan satu ahli parti UMNO yang berani berdiri dan berkata huraian boleh tercapai antara kita?Terus terang tiada kerana takut hilang kuasa atau nama.Membuat topik ketawa terhadap seseorang yang kurang sifat adalah bahan UMNO.Lihat saja di Youtube.Lihat saja lawak ahli UMNO.Akhir kata…ukur baju di badan sendiri.

  34. Tuah moderen Says:

    Wahai jebat moderen,

    Nampaknya PAS sudah lari dari pejuangan islam dan negara islamnya. Mana hukum hudud yang diwar-warkan, setelah menang walaupun sedikit pengundi hantu pun dah tak ada. Bacalah sejarah mengenai PAS dan pemimpinnya terutamanya buku Sikap Saya tulisan Nik Aziz MB Kelantan yang ada kaitan dengan kerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik.

    Kajilah kekuatan dan kelemahan PAS barulah kita tahu. Walaupun PAS menjadikan Islam teras perjuangan, namun dari segi amalannya tidak begitu.

  35. shamsuddin moner Says:

    Assalamualaikum. Sekarang ini ramai di kalangan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan dan bahagian yang tertanya-tanya tentang Etika Pemilihan UMNo 2008. Tidak semua yang dapat buku panduan Etika Ahli UMNO. kalau adapun, bahagian-bahagian UMNO yang terlibat amat lewat untuk mengedarkannya kepada semua ketua-ketua cawangan. Ini akan mendatangkan masalah kepada ahli-ahli yang ingin bertanding diperingkat cawangan dan bahagian tidak lam lagi kerana mereka tidak tahu sepenuhnya Etika Pemilihan UMNo secara jelas. Justeru, bagi memudahkan ahli-ahli UMNO untuk mendapatkan salinan Etika berkenaan, maka saya telah menyalin semula Etika berkenaan ke dalam komputer dan dimuatkan dalam laman blog saya iaitu, http://shamsuddinmoner.blogspot.com - sesiapa yang ingin mendapatkan salinan ini bolehlah melayari laman blog saya. harap YB Tan Sri dapat hebahkan kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara . Seklian

  36. orangmuda Says:

    biasalah tu masalah dalam pakatan..
    tapi dah dapat diselesaikan..
    UMNO dulu pn ada team a team b.. kan2?
    phtu ada lah plak pakatan 46..
    smua ada masalah.. jgn tgk
    sblh mata je..

    salam..

  37. Ag Thomas Atahi Says:

    Kalau PAS benar-benar berjiwa ISLAM Sejati sudah tiba masanya mereka keluar Pakatan Rakyat dan serta BN untuk perkukuhkan pentadbiran negara. Sekarang bukan masanya untuk berpolitik tapi masa untuk memperkasakan negara. Pakatan rakyat terlalu ramai samseng dan tidak sesuai dengan budaya PAS. Sesungguhnya pengorbanan PAS akan dikenang dalam sejarah peradaban bangsa Melayu. Jangan biarkan Perpecahan kita diambil kesempatan oleh orang lain untuk kepentingan puak mereka…..sedarlah sebelum terlambat.

  38. ulu bernam Says:

    Kalau benar ini terjadi umno dan pas bergabung, ini adalah situasi yang amat sihat dimana kita boleh tengok sekarang bukan melayu mula naik tocang. Kembalikan ketuanan melayu dan pas boleh gunakan landasan ini untuk tegakkan islam dengan langkah yang pertama, sudah tentu umno akan bahagikan sebahagian kuasa kepada pemimpin2 pas. Saya amat optimis dalam perkara ini. Lupakan sengketa lama dan mula yang baru untuk terus perkasakan umat Islam/Melayu! Jangan biarkan bangsa yang dahulunya kita pungut sekarang dan naik kepala.

  39. ulu bernam Says:

    pkr bukan parti yang berjuang untuk umat/melayu islam, pemimpin pkr selain nuar brahim haruslah menyokong muqabalah ini dan tinggalkan nuar brahim dengan kawan-kawan majmuk kononnya itu… satu lagi tahniah buat nuar brahim yg pandai memilih mp dari partinya utk parlimen kelana jaya. Tan Sri, kalau budak mcm ni jd mp tempat Tan Sri alamat tempat Tan Sri tu pun diam je la……

  40. arbash Says:

    Salam Tan Sri,
    Falsafah Pas senang sahaja. Islam tidak menentang orang bukan Islam dan Islam menentang kezaliman. DAP hanyalah parti orang bukan Islam, tetapi UMNO adalah zalim.

  41. demss Says:

    Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram (Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ogos 1963).
    Siapa yang tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. (Nik Aziz Nik Mat, 24 Januari 1999).Kroni salah kalau dilakukan oleh orang lain tetapi islam benarkan kalau melibatkan diri sendiri.Itu islamic ini kufur.itu perintah nabi ini bidaah.Ialah jual le islam ini.atas nama islam,si bodoh beduyun-duyun mengikut.Pemimpin islam.mudah sangat ke kelayakan nak jadi pemimpin islam.pakai serban sebab ikut sunah.nak mertabatkan islam.nak jalankan hudud.ini hukum allah.takbir takbir.apa itu.lembu-lembu itu pun ikut.tengok perak dan pulau pinang.Kit siang kata DAP tolong DAP.itu kata dari hati dia.bila tidak dapat melawan kehendak sultan perak baru lah terima PAS jadi MB.PAS pun setuju kononnya DAP nak tolong tuboh negara islam.Langkah mayat aku dulu kata Karpal singh.itu kata hati dia.baru nak pujuk datang kelantan tunjuk kebaikan pas.beri lah apa pun hak melayu supaya dapat sokongan DAP.komen UMNO perintah 50 tahun tidak bantu melayu.itu PR baru sehari perintah penang dah buang NEP.Khalid pulak cadang bukak le pintu UITM untuk bukan melayu untuk besaing konon. sebelum merdeka ini lah kata orang melayu.boleh ke melayu besaing.pin patah pun tak reti nak buat.kita mesti bekongsi dengan bangsa lain untuk merdeka.dah 50 tahun meraka dah nak lebih.tak pa asal PKR PAS DAP jadi parti pemerintah.UMNO zalim.ko tu tak reti beterima kasih arbash.

Leave a Reply