Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Terima Kasih Rakan Blogger

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan siber di luar sana kerana memberi ‘respon’ pada laman web saya ini. Meskipun baru empat hari berada di alam siber setakat malam ini sahaja saya menerima tidak lebih daripada 500 komen dari rakan-rakan dan teman di luar sana.Bagi saya ini satu perkembangan yang sihat. Saya juga dapat merasai satu dunia baru, bilamana balik sahaja ke rumah, sebelum masuk tidor saya akan buka dan membaca satu persatu komen dan pandangan dari anda. Sudah tentu saya mengambil masa untuk membalasnya.

Namun, saya hargai dan sanjung tinggi pandangan, komen malah tidak kurang juga yang ‘mengherdik’ dan ada yang sampai ke tahap menghina dan mencaci. Apapun percayalah, saya membaca dan memahaminya.

Disini sukacita ingin saya maklumkan, ada komen yang saya tidak dapat ‘publish’ kerana ada yang menyentuh pihak ketiga, terlalu peribadi yang bukan ruang ini untuk dibicarakan dan yang berunsur fitnah, menghina dan mencaci. Tetapi saudara jangan bimbang, saya tidak akan ‘delete’ apatah lagi ‘spam’ komen saudara.

Saya amat berharap sekiranya boleh setiap komen dan pandangan yang terus menjurus kepada artikel yang saya tulis dan yang paling penting saya perlu sangat untuk mendengar dan membaca komen yang berkaitan dengan kementerian saya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta jabatan dan agensinya.

Utuk tujuan itu laman web ini akan di tambahbaikan lagi dengan memasukan ruang aduan mengikut jabatan dan agensi di bawah kementerian saya. Melalui pendekatan ini saya berharap rakyat di luar sana boleh berhubung terus dengan saya sekiranya ada perkara yang berkaitan dengan kementerian.

Semoga, saudara dan keluarga sentiasa sihat dan gembira menjalani kehidupan seharian. Salam 

 

 

 

 


124 Responses to “Terima Kasih Rakan Blogger”

  1. Pemerhati, Pendengar dan Pembaca, dan Komen sikit-sikit Says:

    Assalamualaikum YB,

    Tahniah kerana berada di dalam dunia siber. Pihak PAS, DAP, dan PKR sudah lama berada di dalam dunia ini, dan YB belum terlambat untuk mengetahui karenah blogger. Idea blogger tu banyak, yang baik tu ambil la, dan yang kurang senang tu ambil juga, mungkin yang kurang baik itu, akan memberi pengajaran kepada kita semua untuk memperbetulkan keadaan. Sesuatu isu yang tersilap tu, mungkin telah disuarakan oleh blogger yang aktif dan jika perlu, YB boleh diketengahkan. Dan jika tidak boleh diketengahkan, campak ke sungai kelang. :P

    Alahai YB,

    Dunia blogger menjadi kegemaran PAKATAN RAKYAT (PAS, PKR dan DAP) atau PR kerana PR tidak berpeluang menyuarakan idea, idea membina, bantahan dan kemarahan melalui media BN (RTM, TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, Bernama, Utusan Malaysia, The Star, Berita Harian, Metro dan seangkatan). Tidak dinafikan PR ada saluran sendiri seperti Harakah, Sinar dan seangkatan dengannya. Tetapi jika setiap penulisan ada aje halangan dan ‘banned” (masalah la tuh), jadi pihak PR lebih suka beralih ke media siber ini, kerana sesuatu idea itu dapat segera disampaikan kepada yang membina laman blog, sama ada laman blog sendiri atau laman blog orang lain. Sebenarnya blogger tu membina komuniti sendiri di dalam siber. Ada penyokong, pencantas, dan tidak kurang pemaki hamun. Tapi pemaki hamun tidak sesuai.

    YB yang disegani,

    Saya telah menyusuri/melayari (surf) ke laman KKLW, dan terdapat 8 objektif yang dijanjikan. Semoga YB boleh menunaikan amanat yang diberikan oleh PM, dan melaksanakan ojektif yang terdapat di dalam laman itu, sebelum berakhir penggal ini, kerana rakyat (bukan saya seorang) memerhati dan menilai keberkesanan janji (objektif) itu. Jangan pihak PR sempat memberi tamparan di kemudian hari
    seperti isu babi di kg Tumbuk, yang diluluskan oleh MB sebelum pilihanraya, MB baru meneruskan.

    Sekian.

    p/s: Semua ini adalah pandangan peribadi saya sendiri, jika salah mohon maaf.

    Muhammad Muhd Taib says

    Tuan,
    Kalau nanti ada pandangan dan komen yang menjurus khusus untuk kementerian saya, boleh maklum terus melalui web ini. Saya amat berharap dapat mendengar komen dari akar umbi. Jumpa lagi

  2. Pemuda Pelapis Says:

    Salam sejahtera sekali lagi kepada Tan Sri,

    Saya suka jikalau lebih ramai pemimpin-pemimpin Umno dan BN mengambil langkah mengadakan blog masing-masing sebagai kaedah dan pendekatan terbaru ke arah mengenali hati budi rakyat dengan lebih dekat, di samping rakyat juga mampu meluahkan apa saja ketidakpuasan hati terhadap pemimpin.

    Pemimpin tidak perlu khuatir atau takut “diherdik” atau “dikecam” rakyat jika ini sebagai “medium” terbaik untuk rakyat menyatakan rasa hati yang tersirat yang selama ini hanya terpendam. Mungkin juga ini mampu dijadikan satu perubahan dan pembaharuan di dalam karier politik seseorang pemimpin agar berpeluang mendekati rakyat serta mengambil tahu permasalahan rakyat secara langsung, di mana selama ini amat sukar untuk rakyat berkomunikasi secara terus dengan pemimpin.

    Sepatutnya usaha ini sudah lama digunapakai oleh semua pemimpin Umno dan BN tapi malangnya kesempatan ini terlebih dahulu telah direbut oleh pemimpin parti pembangkang khususnya DAP dan pemimpin kerajaan jauh ketinggalan di belakang. Saya ingin menjemput Tan Sri secara peribadi untuk meluangkan masa di blog saya bagi melihat contoh senarai nama blog yang telah saya kumpulkan di sebelah kanan, yang mengasingkan “Blog Pemimpin BN” dengan “Blog Pemimpin PR”. Rata-rata pemimpin DAP telah lama menggunapakai blog sebagai “medium” untuk mereka berinteraksi dengan rakyat sedangkan kerajaan BN yang memerintah dan melancarkan “MSC - Multimedia Super Coridor” di Cyberjaya.

    SILA KLIK UNTUK MELUANGKAN MASA SEKETIKA

    Pada Ahad, 20 April 2008, jam 8:40PM baru-baru ini RTM 1 membincangkan slot tentang blog secara langsung. Walaupun tidak kesampaian cuma sesingkat 15 minit tetapi sebenarnya satu pendedahan untuk diumumkan kepada semua khususnya para pemimpin bahawa inilah “medium” terkini selain media elektronik atau media cetak sebagai arus perdana yang telah dilabelkan sebagai “tidak adil” oleh sebilangan besar rakyat pada hari ini. Peranan blog (internet) amat dahsyat sehingga mampu mengubah kerajaan di beberapa negeri (5+1).

    Oleh itu saya masih menunggu agar lebih ramai pemimpin Umno dan BN membuka blog masing-masing untuk saya senaraikan kepada pembaca supaya dapat berinteraksi terus dengan pemimpin dan bebas berbahas apa jua isu-isu semasa. Jangan lagi ada pemimpin BN yang “memperlekehkan” bloggers kerana zaman telah jauh berubah dan setiap kenyataan pemimpin adalah sensitiviti rakyat. Sudah tiba masanya kepimpinan BN menjejaki langkah terbaik ini.

    Semoga saranan yang berguna ini mampu diterimapakai dan jadikanlah apa yang telah berlaku sebagai satu iktibar buat semua pemimpin.

    Wassalam!

  3. Solaris Says:

    Assalamualikum Tan Sri,

    Saya ingin bertanya pada Tan Sri bekenaan hala tuju UMNO ketika ini yg pada hemat saya amat2 menyedihkan. The situation on the ground does not reflect as what UMNO leaders are saying, it is worst than that. Mungkin message yg sampai ke puncuk pimpinan bukan dari grassroot tetapi dari certain level of leaders that does not represent us the grassroot.

    Bagi saya situasi ini agak mengecewakan. Saya baru pulang dari Singapore setelah hapir 10thn bertugas disana dan memegang status penduduk tetap Singapore. Saban kali saya perhatikan dgn penuh minat perkembangan politik disini walaupun hanya seberang tambak. Saya khuatir jika keadaan ini terus berlaku ianya akan melemahkan Melayu itu sendiri.

    Kita harus menerima hakikat bahawa UMNO harus kembali kepada perjuangan asal iaitu memperkasakan BANGSA MELAYU akan tetapi UMNO kini telah menjadi satu parti yg representing the elites. Ini satu yg tak harus berlaku. Saya harap Tan Sri dapat memberi penjelasan pada kami yg berada dibawah ini.

    Sebagai generasi muda saya amat berharap agar satu bentuk reform dalam UMNO sendiri dapat dilakukan. Jangan sampai PILIHANRAYA 13 nanti UMNO hanya tinggal nama.

    Sekian terima kasih.

  4. lesson Says:

    akum tan sri,

    ok 1st sy nk nyatakn langkah yg tan sri ambil ni sedikit-sebanyak dapat
    mengurangkn kekangan rakyat dalam memberi pendapat,dgn wujudnya pelbagai akta dan kekangan terhadap saluran utk berikan pendapat, ini seolah-olah menghina tahap kematangan fikiran rakyat,rakyat yg merasa suaranya tidak dipedulikn pihak kerajaan dan bila media ‘mainstream’ yg diharapkn melaporkn keresahan mereka tentang sesuatu isu bersikap selektif tentang isu yg diutarakan,rakyat tiada pilihan lain kecuali berdemonstrasi(saya tidak setuju 100% langkah ini).
    mereka rasa ini saja caranya mesej mereka disampaikn.kami rakyat sudah muak bila berlaku sesuatu pihak kerajaan sentiasa keluarkan statement berikut:

    bila harga minyak naik…harga minyak kita masih murah dibandingkn dengan negara sekain2…

    bila kadar jenayah meningkat..kadar jenayah kita masih rendah jika dibandingkan dengan negara sekian2…

    bila harga barangan keperluan naik..harga barangan kita terkawal dan rakyat masih mampu serta tidak menggugat kuasa beli rakyat….

    bila tol naik…kerajaan tidak dapat mengelakkan kenaikan harga tol kerana syarat perjanjian terdahulu dgn pihak konsesi…

    bila projek yg baru berusia setahun jagung sudah rosak dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi(duit pembayar cukai)…kerajaan dah menyenarai hitamkan kontraktor terbabit(sedangkan perkara sama berulang berpuluh kali dan dalam margain yg amat besar)..

    bila ranking universiti kita merudum…sisitem ranking yg digunakan tidak adil dan tidak menilai keseluruhan prestasi universiti kita(mungkin lepas ni FAM pun guna alasan sama tentang kejatuhan ranking kita ke-170 dunia)…

    kami,rakyat malaysia mahukan penyelsaian dan bukan alasan terhadap sesuatu isu.

    Muhammad Muhd Taib says

    Lesson
    terima kasih atas pandangan saudara.

  5. su-kj Says:

    A.kum Tan Sri,

    1. Pada pandangan saya Tan Sri masih merupakn a ‘Great Leader’ bukan sahaja dalam Umno tetapi dalam negara ini jua. Saya tahu Tan Sri adalah seorang Pemimpin yang ada wawasan dan tahu berfikir apa yang perlu dilakukan.

    2. Tidak semua Pemimpin politik khasnya dari Umno yang mempunyai kebolehan dan keupayaan seperti yang ada pada Tan Sri.

    3. Tapi apakan daya, sebagai manusia kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Itulah halangan dalam kerjaya Tan Sri untuk bangkit semula. Bila berlaku sukar untuk mendapat kemaafan dari manusia. Walhal Tuhan sendiri lebih mudah mengampunkan dosa seseorang hambanya.

    su-kj
    http://www.penyokong-kj.blogspot.com

  6. Malaysia Says:

    Terima kasih Tan Sri

  7. Malaysia Says:

    Muhammad Muhd Taib says

    Tuan,
    Saya baca komen saudara. Maaf saya tidak dapat publish kerana tidak sesuai dengan matlamat dan tujuan blog ini. Harap maaf Tuan

  8. Savu Inni Says:

    Hi Tan Sri,

    Saya setuju dengan pandangan Tan Sri, biarlah komen tu jangan berunsur fitnah dan mencaci. Di sini saya nak tanya sedikit berkenaan dengan perancangan yang kementerian Tan Sri untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat saya iaitu PUNAN (Bukan PENAN).

    Setakat ini tiada jalan, atau projek pembangunan yang dirancang di kawasan saya iaitu BELAGA dan KAKUS Sarawak. Pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Daerah amat kurang interaksi dengan penduduk berkenaan dengan perkara ini.

    Saya memohon agar Kementerian Tan Sri membantu dalam melaksanakan projek pembangunan luar bandar tidak lupa turut membangunkan masyarakat Punan. Kerana ketiadaan peluang pekerjaan yang menarik seperti di Selangor ramai remaja kini berhijrah ke bandar.

    Saya misalannya kini telah sepuluh tahun menetap di Serdang Selangor. Perbezaan pembangunan di Selangor dengan Sarawak, terutama kawasan saya amat jauh berbeza. Tidak hairanlah ada di antara rakan2 dari Selangor bertanya kepada saya;

    “PUNAN MASIH MENETAP DI ATAS POKOK LAGIKAH”.

    Saya tidak menganggap itu sebagai penghinaan tetapi, memperlihatkan bertapa jauhnya jurang perbezaan di antara kaum / masyarakat di Malaysia dari segi pembangunan.

    Di Pekan Pahang, ketika membuat kajian baru2 ini, saya perhatikan jalan tetap berturap walaupun hanya ada sebuah rumah menggunakan jalan tersebut. Di Sarawak - kita tidak akan jumpa rumah panjang yang dihuni beratus-ratus orang memiliki kemudahan infrastruktur seperti ini.

    Walaupun ada kepincangan dari segi pembangunan, saya tetap mengundi BN setiap kali pilihanraya di BELAGA. Kita tidak pernah undi pembangkang. Tetapi saya risau juga, kerana sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang mengeluh kesetiaan yang diberikan kepada BN seolah-olah tidak dihargai.

    Wakil rakyat BN di kawasan kita hanya nampak bata hidung hanya apabila pilihanraya diadakan. Dah 20 tahun pegang - pembangunan yang diberikan hanya membina titi, dan pondok rehat. Aduh.. sedih saya melihat masyarakat diperlekehkan seperti ini. Janji bukan main manis ketika pilihanraya.

    Saya berharap Tan Sri lakukan sesuatu, saya risau kelak Tsunami yang melanda Selangor, Perak, Pulau Pinang turut melanda Sarawak.

    Saya nantikan jawapan dari Tan Sri. Terima Kasih.

    Savuini
    Pemuda Punan, Sarawak.

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara Savuini
    Terima kasih atas maklumat. saya akan ambil perhatian dan akan bertindak segera berdasarkan bidang tugas kementerian saya. Terima kasih sekali lagi.

  9. PKR Bkt Gantang Says:

    Tahniah Tan sri,

    welcome to the world of bloggers di mana ianya adalah trend yang memang happening la untuk semua orang tak kira pangkat dan usia…
    So, tan sri, bolehlah gunakan blog nie untuk dapatkan pandangan yang membina untuk negara…

    peace no war …

    http://www.perdana4peace.org

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara
    Itulah matlamat dan tujuan saya di sini. Terima kasih

  10. Budiman74 Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Selama ini saya menyanjung tinggi perjuangan jiwa Melayu Tan Sri, selama Tan Sri menjadi MB Selangor Darul Ehsan (yang sekarang bakal bertukar ke Darul Al-Khinzir) telah banyak membawa pembangunan dan kemewahan kepada rakyat Selangor. Selama Tan Sri menjadi MB juga terserlah jutawan dan hartawan yang lahir dari negeri Selangor. Syabas dan tahniah kepada Tan Sri.

    Namun begitu, Tan Sri tidak lari dari kesilapan kecil dalam memperjuangkan agenda Melayu. Tidak ada seorang pemimpin pun yang tiada cacat celanya. Kecacatan tersebut telah dilindungi dengan kebaikan yang telah Tan Sri taburi dengan keiklasan menaikan mertabat anak bangsa.

    Setelah sekian lama tanpa kuasa ditangan, Allah SWT telah menganugerahkan kepada Tan Sri kuasa yang dikira macam superpower juga lah dengan meneraju Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    Dengan peruntukan yang besar ini bagaimanakah Tan Sri bercadang hendak membantu kontraktor kelas F yang ada di Selangor ini dan negeri lain dengan adil seperti yang dilakukan oleh KKR dan KPUdK kerana rata2 kontraktor sediada telah ketandusan projek semenjak Selangor diperintah oleh PKR babi?

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara Budiman74
    InsyaAllah kita sedang menyusun berbagai kaedah agar mereka yang layak dan berkemampuan mendapat peluang dan ruang yang sama.

  11. Lily Baharudin Says:

    Akum Tan Sri,

    Syukur Alhamdullilah, Tan Sri diambil semula ke dalam pucuk pimpinan kerajaan. Saya berharap sangt Tan Sri dapat membuat perubahan bagi kami penduduk di luar bandar / wilayah.

    Saya ada membeli aset di kawasan Bukit Sentosa. Namun setelah bertahun disana, saya menghadapi masalah dengan kewangan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Saya terpaksa berulang dari Bukit Sentosa - Kuala Lumpur dengan kos perjalanan pada masa itu RM5.50 (tol) dan RM8-RM10 (petrol).

    Akhirnya, saya telah melepaskan aset saya di Bukit Sentosa pada pihak bank. Kini saya hanya mampu menyewa di Kuala Lumpur dengan pendapatan seisi rumah <RM3000. Kami terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM500 dan pinjaman kereta dengan pihak bank RM600. Perbelanjaan seharian (anak 2 orang/tuisyen/lain-lain) RM1000.00 tidak termasuk perbelanjaan lain.

    Saya meminta simpati dari pihak Tan Sri untuk memohon menyewa rumah DBKL secepat mungkin kerana saya terpaksa berpindah keluar pada hujung tahun ini kerana tuan rumah ingin mengambil kembali rumah sewa ini. Saya telah keluar masuk sewa rumah sebanyak 4 kali ini menyebabkan pembantutan sistem pembelajaran anak kami.

    Saya dahului kerjasama dan prihatin dari pihak Tan Sri dengan jutaan Terima Kasih dan menyokong segala tindakan pihak Tan Sri.

    Lily Baharudin
    (0172153907)

    Muhammad Muhd Taib says

    Puan Lily
    DBKL tidak berada di bawah kementerian saya.Apapun saya yakin DBKL akan memberi pertimbangan mengikut kaedah dan peruntukan yang sedia ada.

  12. Zaaba Says:

    Sdr. Muhammad Muhd Taib,

    Saya telah menulis kepada Sdr. Dr. Khir & juga Ali Rustam untuk mengucapkan “Selamat Datang Ke Alam Blog”. Hingga kini Dr. Khir telah menyiarkan beberapa komen saya. Ada juga yang telah ditapis kerana mungkin ia terlalu peribadi untuk beliau. Saya boleh menerima pandangan tersebut kerana di alam blog ini “we can agree to disagree”. Saya bersetuju agar bahasa digunakan tidaklah bahasa “vulgar”. Walaubagaimanapun bahasa kasar tetapi tidak “vulgar” harus dibenarkan kerana skil penulisan serta vocabulary seseorang itu berbeza.

    Dimuatkan di sini adalah antara tulisan yang telah saya arahkan kepada Sdr Dr. Khir Toyo & Ali Rustam.
    ———————————————
    “Kepada yang baru menceburi alam blog, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan “Selamat datang ke Alam Blog“. Gunalah kemudahan berblog ini dengan bijak. Ia bolih membawa banyak kebaikan dan juga keburukan bergantung kepada si pengguna.

    Sungguh amat memalukan untuk melihat kebanyakkan para pemimpin BN, terutama sekali para pemimpin tertinggi UMNO kerana begitu lambat sekali untuk mengaku keberkesanan alam siber ini (terutama sekali blog) untuk berhubung dengan rakyat dan juga untuk mendengar rintihan hati rakyat. Sampai sekarang ramai lagi dikalang pemimpin-pemimpin UMNO yang masih menyangkal akan hakikat ini.

    Rakyat Malaysia telah banyak meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap sikap memperbodohkan rakyat oleh pemimpin BN terutama sekali para pemimpin UMNO melalui media-media arus perdana yang dikuasai oleh BN dan UMNO. Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan pemimpin BN dan UMNO memang berpikiran kolot serta kebelakang dalam memperkecil-kecilkan daya pemikiran rakyat. Tambah pula idea serta galakan terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) termasuk internet serta alam siber ini didorong sendiri oleh Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Adakah ini disebabkan para pemimpin UMNO lain tidak dapat memahami serta mendalami salah satu usaha Dr. Mahathir dalam membangun negara adalah melalui cetusan dari Projek Multimedia Super Corridor? Atau adakah para pemimpin UMNO telah menjadi terlalu bongkak dan terlalu ghairah dengan kehidupan dunia fantasi masing-masing sehingga lupa akan dunia reality yang didiami oleh manusia-manusia biasa? Atau adakah para pemimpin-pemimpin UMNO telah terlalu lama dipersada kuasa sehingga terkeluar dari reality yang rakyat bolih berfikir serta menyoal salahguna kuasa yang berleluasan di golongan elit? Persoalan-persoalan begini hanya bolih dijawab olih ahli-ahli UMNO terutama para pemimpin tertinggi mereka.

    Akhir sekali, dengan rendah diri sekali lagi saya ingin mengucapkan “Selamat Datang ke ALAM SIBER”!
    —————————————–
    p/s: Diharapkan Sdr. MM Taib tidak tersinggung kerana saya enggan menggunakan “titles and honorifics”. Kalau kita bersua dan berdepan muka berkemunkinan saya akan menggunakan “titles and honorifics” yand Sdr ada.

    Muhammad Muhd Taib says

    Tuan,
    Saya tidak boleh memberi komen terhadap blog pihak lain. Tetapi apa yang tuan maklum dan komen di blog saya insyaallah saya cuba yang terbaik untuk respon dan mengambil kira pandangan dan teguran tuan. Terima kasih

  13. Harry Says:

    Prestasi kerajaan sebenarnya dinilai oleh rakyat seperti pasukan bolesepak negeri atau negara, itu sudah menjadi lumrah sikap rakyat Malaysia ini kerana budaya, persekitaran, pendidikan & serta tabiat sejak lahir telah di asuh sebegitu. Umpatan, kutukan, hinaan & cerca menjadi makanan semasa kita membesar namun begitu setiap kaum yg ada di Malaysia ini menjadi peranan besar bg pemangkin dari apa yg saya sebutkan tadi, dengan di pengaruhi oleh agama. Jadi kita perlu mengubah cara pemikiran & kehidupan sejajar dengan perubahan global, saya nampak apa yg perlu kita capai utk mencapai perubahan tersebut ialah dgn pengaruh agama. Meletakkan agama rasmi di hadapan iaitu Islam di samping menjaga sensitivity bangsa serta agama lain. (Gerakkan dakwah islam juga harus bergerak seiring tanpa mencemarkan sensitivity).

    Siapa di antara kita yg menjadikan panduan Rukun Negara sebagai panduan dalam syarikat? (masa di sekolah kita beriya-iya, bila habis sekolah semua tu tak penting).
    Rukun Islam?
    Rukun Iman?
    (”Jgn kita fikirkan benda yg tertinggi, kerana jika yg rendah tidak kita gapai manakan sampai kita ke puncak”)
    itu pasal byk yg hanyut, sebab tak ada panduan dalam kehidupan.

    Muhammad Muhd Taib says

    Harry
    Terima kasih atas pandangan saudara

  14. salam Says:

    Salam,
    Tan Sri, semua bloggers adalah agent asing yg cuba merosakkan negara.

    Muhammad Muhd Taib says

    Salam
    Saya percaya ada juga kebenaran yang kita perlu ambil kira pandangan dan teguran rakan blogger kita.

  15. panglima hitam Says:

    salam tan sri,
    alhamdullillah tan sri,sudah mulai mengikuti dan mula memahami kehendak rakyat muda masa kini.walaubagaimanapun tan sri telah memulai dengan suatu pendapat yang berani dan telus di sinar hari ini.semuga sikap ketelusan sayang kan bangsa berterusan,demi memartabatkan dan mengembalikan kepercayaan rakyat untuk dulu,kini dan selamanya.
    kementerian tan sri mempunyai banyak kelebihan yang akan menambat hati rakyat oleh itu saya sarankan agar kerjasama yang erat di antara kementerian dan ngo dapat dijalankan.
    semuga tan sri,tabah dalam menghadapi suasana politik masa kini cabaran yang amat berbeza dan lebih high tech dari dulu.
    tetapi setiap niat dan langkah yang tulus dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan yang setia insyaallah,tan sri akan berjaya.
    tan sri telah banyak membangunkan jutawan2 melayu dan china yang mendapat rezeki ketika tan sri jadi menteri besar dulu,tentu yang ada masih mempunyai perasaan dan ingin bersama-sama mengembalikan perpaduan bangsa.
    sabarlah kerana MANUSIA YANG BAIK ITU ADALAH MANUSIA YANG BANYAK GUNANYA KEPADA MANUSIA YANG LAIN kata RASULLAH SAW.

    selamat berjuang.

    Muhammad Muhd Taib says

    Kalau saudara mewakili mana-mana ngo dan mempunyai pandangan serta ide untuk dikongsi bersama dengan kementerian saya, saya sentiasa mengalu-alukan.

  16. Mahir Says:

    Selamat berjaya Tan Sri dalam dunia blogging. Jika selama ini dunia internet, media internet, blog kebanyakannya di kuasai oleh pihak yang bukan pro BN, mungkin percubaan Tan Sri ni satu break through. Tapi kalau boleh Tan Sri “sound” bagi “warning” sikit kat media cetak dan TV tu, kalau nak dapatkan kembali kredibiliti, suruh mereka beri ruang sikit pada pihak bukan pro BN, baru orang akan mula baca dan percaya media-media tersebut.

    Cuna Tan Sri lihat kebanyakan komen, semuanya menyatakan ketidak puasan hati. Mereka (termasuk la saya) perlukan satu ruang, untuk melahirkan pendapat dan untuk merasa didengar oleh pihak atasan. Itu sahaja, beri mereka peluang untuk didengari, lakukan yang terbaik for the next 4-5 years, insyaallah, keadaan boleh berubah.

    Selamat Maju Jaya

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih, pandangan dan saranan saudara saya tetap ambil kira.

  17. Arefin Omar Says:

    Tahniah Tan Sri. Saya berminat dg pandangan dan tulisan Tan Sri. Semoga Tan Sri akan berjaya.

  18. Arefin Omar Says:

    Semoga berjaya

  19. askarsepoi Says:

    saya masih tetap dengan pendirian bahawa tan sri perlu benar-banar mengotakan langkah LUAR BIASA untuk membantu penduduk luar bandar.

    Saya menganggap langkah luar biasa adalah Tan Sri sendiri menggerakkan kementerian turun dan mencari, siang dan malam, mereka yang benar-benar hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan.

    Bukan masanya untuk pihak Tan Sri dan kementerian duduk di kaunter dan menunggu si miskin datang terensot-ensot .. apakah Tan Sri fikir si miskin dari hulu tembeling atau si miskin di hulu rajang tahu di mana pejabat Tan Sri ?

    Bahkan apakah Tan Sri fikir si fakir yang tinggal di celah-celah setinggan dan kg melayu sekitar kota KL ini juga tahu di mana pejabat Tan Sri ..?? Kalau berasa susah, memang susah !! itulah kerja dan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada rakyat ..

    Itulah yang akan rakyat tuntut kepada Tan Sri di akhirat kelak.. bahkan lebih cepat dari itu, dalam pemilihan umno hujung tahun ini atau PRU ke 13 kelak ..

  20. Hang Mokhtar Says:

    Selamat pagi TS-Saya telah mengikuti blog TS sejak semalam dan saya nampak TS begitu cool menghadapi comment2 yang dibalas.Begitulah hendaknya kita mesti akur kepada situasi semasa,cara pendekatan,cara berbahasa,yang penting keikhlasan.Orang kita ini biasanya pemaaf dan mereka mudah lupa berdasarkan “Sedangkan Nabi ampunkan umatnya”.Jika TS duduk di warung,di pejabat dimana2 saja rata2 rakyat meceritakan kisah2 pemimpin yang sombong,bongkak,cakap besar dll jadi ini akan mecairkan sokongan terhadap kerajaan.Pemimpin2 ini tidak terasa peritnya hidup dibawah ini kerana hidupnya banyak dibiayai.Saya tahu bukan senang nak jadi YB memberi derma tak boleh tahan.Tiada ada Melayu yang inginkan tanah airnya tergadai walaupun idealoginya berlainan.Tetapi jika kesusahan teramat sangat akan beralih imannya.Jadi teruskan TS memujuk merayu adalah lah lebih baik dari marah dan mencaci.Insyaalah berjaya be cool.Wassalam.

  21. Tai Khai Eong Says:

    Selamat pagi Tan Sri.

    Di sini ingin saya bertanya. Apakah sumbangan kementerian yang diterajui oleh Tan Sri ini kepada warga Oku di Malaysia? Saya berharap agar kementerian Tan Sri ini dapat membantu warga-warga orang kurang upaya kerana kami warga oku sekarang, memang sangat sulit untuk mendapatkan pekerjaan.
    Sekian.

  22. Norizam Palari Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Tan Sri saya hanya nak beritahu Tan Sri yang saya dah buat aduan kepada Puan Rahimah binti Mumin 0138576462 dari Bahagian Pemantauan Dan Inspektorat KKLW,dan email ke Kementerian Tan Sri berkenaan kawasan di Batu 17 Tawau yang dari Merdeka sampai sekarang masih tak dapat kemudahan air bersih (paip air).Harap Tan Sri dapat membantu penduduk di situ. Lagi bagus Tan Sri lancarkan projek naik taraf pembekalan air bersih (air paip) di kawasan Batu 17 Balung,Tawau dan Batu Payung,Tawau mesti semua penduduk disana sokong Tan Sri dan boleh bantu Tan Sri semasa Pemilihan nanti.

    Harap Tan Sri dapat membantu penduduk disana.

    wassalam

  23. ismailr Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Pertama tamanya ucapan selamat kembali kepersada perjuangan. Saya mengharapkan Tan Sri dapat memberi suatu nafas baru kepada perjuangan umno selangor.

    Saya adalah ahli UMNO Puchong Indah 1. Selepas PRU12 baru baru ini saya ada membuat analisa terperinci tentang keadaan yang berlaku di Puchong Indah yang mempengaruhi undi yang diberikan kepada calon BN.
    Saya berharap Tan Sri dapat melihat dan meneliti kandungannya serta dapat mengambil langkah langkah segera bagi memastikan UMNO akan terus relevan di masa akan datang. Saya bersedia mengirinkan maklumat itu kepada Tan Sri pada bila bila masa.

    Disamping itu saya bersama beberapa kawan sedang menghidupkan suatu komuniti umno online yang kami namakan umnocommunity.net bagi menghubungkan semua blog blog umno di bawah sebuah blog yang besar di panggil planet. Semuanya masih dalam proses pembikinan dan saya menjemput Tan Sri untuk masuk ke umnocommunity.net kemudia masuk ke planet di mana Tan Sri akan melihat hasilnya.

    Memandangkan tumpuan maklumat sekarang adalah melalui internat dan penggunaan internet secara meluas oleh pihak penmbangkang, maka Saya melihat planet ini boleh di jadikan satu perhubungan yang amat berkesan bagi menyampaikan maklumat. Maklumat boleh disampaikan kesemua blog yang dihubungkan tanpa perlu memasuki semua blog secara satu persatu.

    Tan Sri boleh menghubungi saya jika berminat untuk berkongsi maklumat tentang peranan planet umnocommunity.net yang saya ujudkan.

    Terima Kasih.

    Ismail Rubani

    Muhammad Muhd Taib says

    Tahniah, teruskan usaha baik saudara.

  24. halia muda Says:

    ASSALAMUALAIKUM TAN SRI,,
    WAH..SURAT KHABAR UTUSAN MALAYSIA MENUJUKKAN GAMBAR TAN SRI DI BIDOR…TAHNIAH TAN SRI…WORK SMART AND HARD TAN SRI…

  25. anak kassim Says:

    Bosan dengan kepimpinan yang asyik menyalahkan orang lain. Bosan dengan Tan Sri yang mengambil keputusan untuk memihak kepada apa yang rakyat tolak.

    Blog Tan Sri akan menjadi satu lagi platform untuk rakyat menyuarakan ketidakpuashatian terhapap kepimpinan. Percayalah.

  26. azlan isa Says:

    Tan Sri.

    Mohon saya luahkan sikit rasa hati. Setahu saya sewaktu Tan Sri menjawat MB Selangor, beberapa kawasan di utara Selangor dibangunkan oleh Tan Sri..umpamanya Bukit Beruntung/Sentosa/Bandar Sg Buaya dan sekitaran, dan di janjikan dengan bermacam kemudahan infrastruktur etc. Tapi apa yang memilukan ialah setelah4 kali PRU, hampeh semuanya, dan akhir sekali BN di humban di kawasan ini semua. G Palanivel tersungkur, walaupun merayu di beri se penggal lagi..rakyat lebih rela penggal beliau. Adun pun sekarang ni BN pembangkang. Tan Sri lihatlah balik kawasan ini..rendah kan diri tu..bergaul dengan rakyat marhaen..kotakan janji lama…rakyat bukan nak duit Tan Sri tu…jaga infrastruktur kawasan yang di janjikan….Interchange Sg Buaya umpamanya….Rawang dah sesak sangat….dan lagi..dan lagi..

  27. zul Says:

    Assalamualaikum wbt

    Tahniah kerana dipilih menjadi Menteri Kabinet setelah sekian lama menyepi dalam arus kabinet negara.Saya ingin menyarankan kementerian Dato agar lebih menitik beratkan dari segi keberkesanan dalam menjalankan sesuatu projek dan bukan hanya melihat kepada faktor bajet dibelanjakan sahaja.

    Para pegawai perlu turun padang melihat sendiri projek itu dan jangan hanya melipat laporan yang pada umumnya cuba menyembunyikan sesuatu yang tidak baik kepada phak atasan.

    Projek di kg tidak seharusnya diberikan kepada ketua kampung seperti amalan kini kerana berlaku banyak penyelewengan.

    Luar bandar merupakan kawasan kuat penyokong UMNO/BN tetapi penduduk luar bandar juga tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya bila mana kemajuan banyak dibawa ke bandar besar sahaja.Tubuhkan pusat tuisyen desa bagi membantu pelajaran anak-anak desa terutamanya selepas maghrib dan guru2 boleh diambil dengan dibayar upah mengikut jam.Boleh gunakan sekolah/perpustakaan desa/balai raya sedia ada.

    Tanah-tanah terbiar tidak diusahakan juga banyak di luar bandar gunakan FELDA dan FELCRA untuk bangunkan tanah-tanah ini contohnya di Air kala Gerik yang mana banyak tanah Melayu tidak dibangunkan.

    Sekian dulu….

    lagi cadangan akan muncul…..tungguuuuu

  28. Azzah AR Says:

    salam tan sri,

    bangunkan jugak kawasan2 luar bandar di sabah dan sarawak kerana mereka juga MALAYSIA.. saya sedih tgk budak2 sekolah rendah yg duduk asrama sebab jarak antara sekolah dgn rumah makan masa 3 hari perjalanan melalui hutan.. belum yg naik penambang lagi.. mereka anak2 yg bijak.. jangan siakan mereka..

    banyak lagi yang terketinggalan.. kesian depa.. biarlah rakyat dan pemimpin susah senang dirasa bersama.. barulah adil dan boleh hidup dengan aman kerana Allah redha dgn kita.. kata Dacing kan, mestila kena balance all the time.. ;-)

    wallahu alam..

  29. Said ALi Says:

    Satu je pesanan saya, Tan sri ke, raja ke, dato ke, apa2 pangkat pun kamu semua akan mati satu hari nanti, so beringat lah,

  30. Taffa Othman Says:

    Salam Tan Sri,

    Saya adalah ahli UMNO No. 56377 Ahli Biasa….

    Tapi tak lagi mengundi buat UMNO & BN kerana saya begitu benci & meluat melihatkan gelagat PEMIMPIN UMNO & BN… Kenapa begitu sikap kebanyakkan PEMIMPIN UMNO & BN begitu terserlah dengan “SOMBONG-ANGKUH-BONGKAK-BUSUK HATI-RIAK” dan bermacam macam lagi gelagat yg kita lihat, untuk memenangi hati kami rakyat marhein ni bukanlah susah sangat, hakis la sikap KRONISMA & NEPOTISMA dan BODEK MEMBODEK ni dulu mungkin RAKYAT boleh di BODOHKAN atau di TONGGONGKAN tapi tidak lagi sekarang, kerana 50 Tahun rakyat telah memberi peluang kepada UMNO & BN supaya berubah sikap, tapi semakin ANGKUH dan SOMBONG si PEMIMPIM UMNO & BN ni.

    Tan Sri,
    Sayangnya saya kepada UMNO & BN ni dahulu boleh dikatakan teramat sayang, tapi bila kasih sayang kita langsung tak diendahkan maka kita beralih arah… Bukan berdendam tapi cuma benci dengan sikap kebanyakkan PEMIMPIN UMNO & BN, segala salahlaku sering dinafikan, adakah salah jika berlaku adil atau berbuat baik… Susah sangat kah untuk berbuat baik…

    Contoh yg nyata adalah RASUAH & SALAHLAKU… Masakan orang berani menuduh jika perkara ini tak benar… Jika tak benar kenapa yg dituduh itu tidak mengheret si penuduh ke kamar PENGADILAN… Diam sediamnya… Bilamana sipengadu mengadu tentang salahlaku PEMIMPIN UMNO & BN si pengadu diheret ke penjara…. Dimana keadilan atau Hak kami rakyat marhein ni… Inilah sikap UMNO & BN… Yang salah dibela… yg cuba menegakkan atau berniat baik Insyallah diPENJARAKAN… Apakah semua ini….

    Tan Sri,
    Hidup bukan lah WANG & HARTA DUNIA yg bertimbun timbun, kerana itu bukanlah segalanya… Tapi agenda UMNO & BN adalah mengkayakan DIRI sendiri… Adakah ini menjamin kita di AKHIRAT kelak… Pengabaian MINDA rakyat di sogok oleh segala macam KEMUNGKARAN anak anak muda boleh membeli ARAK dimerata rata 7-Eleven dan yg menjual nya anak anak bangsa Melayu yg berkerja mencari nafkah untuk terus hidup… Maka ini adalah satu pengabaian dari PEMERINTAH…

    Konsert konsert serta perilaku ARTIS berpakaian menjolok mata dibiarkan agar menjadi IKUTAN anak anak bangsa, mungkin ini yg dimahukan oleh UMNO & BN. Siaran berita & Akhbar begitu tidak menunjukkan ETIKA sebenar, berat sebelah… Menjadi satu kesalahan besar jika mahu melakukan KEBAIKAN… Segala kebaikan sering mendapat TENTANGAN hebat dari UMNO & BN… Sedar kah ini semua.

    Bila UMNO & BN mahu membuat perubahan sikap ini….Jika begini lah berterusan saya rasa & yakin tunggulah keruntuhan & kepupusan UMNO & BN, maka disini saya merayu pada PEMIMPIN UMNO & BN agar berubahlah demi UGAMA-BANGSA & NEGARA, Insyallah saya akan pulang ke pangkuan.

    Anggaplah luhan hati saya ini kerana,
    Teguran saya ni kerana Sayangkan UMNO, kerana itu saya mebuat teguran.

  31. haidah ahmad Says:

    asskum tan sri ,

    sebagai orang biasa … rakyat malaysia yang tinggal di negeri selongor .. shah alam …. saya berharap benar federal government do something with lambakan pekerja asing..yang tidak mempunyai permit terutama kawasan industries shah alam most of them pekerja asing… , memang mereka pun nak cari makan tapi sampai kan bebudak yang lepasan spm nak kerja factory tak ade peluang, jangan sampai kera di hutan sisusukan anak sendiri mati kelaparan.

    dan perkhidmatan awam, shah alam , subang jaya , Damansara , Puhong , klang, and bandar sunway …. LRT…. kepadatan penduduk disini terlalu padat… hari hari menghadapi kesesakan jalan , nak pergi kerja naik bas…. perkhidmatan bas pun (suck)………. Komuter ade tapi jauh dari tempat tempat strategik.

    security sosial pun satu hal, apasal sampai sekarang adik shaline masih tak jumpa … kenapa … kes macam ni majoritinya melibatkan orang orang melayu….. terutama kawasan urban… rumah rumah flat kos rendah…

  32. duDe Says:

    assalamualaikum tan sri..apa kabar?di sini saya ingin menyatakan bahawatakutnya untuk memikirkan masa depan saya terutamanay manakala umumnya bangsa melayu kita sendiri..saya tidak menyebelahi mana2 pihak yang bertanding kerana pada saya ahli politik sekarang bukannya berjuang untuk agama,bangsa dan negara tetapi adalah kerana kepantingan peribadi semata2.baik yang memerintah mahupun yang membangkang..di mana pemimpin2 yang benar2 memperjuangkan kemajuan bangsanya seperti yang telah berlaku sewaktu pemerintahan TUNKU ABDUL RAHMAN..saya takut satu hari nanti kita akan jadi masyarakat yang merempat di tanah sendiri..kite kene fikir bagaimana untuk memajukan anak bangsa kite kerana mereka yang akan memimpin negara ini nanti.bukannya kita bergaduh pasal kerana kepentingan peribadi..ingatlah pesanan HANG TUAH, TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!!!BERJUANGLAH WAHAI ORANG MELAYU DEMI AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!!

  33. artline Says:

    Saranan halia muda berhubung dgn keadaan di bkt beruntung, sg buaya, bkt sentosa amat d perlukan penyelesaian yg SEGERA. keaadan tidak berubah sejak 10 tahun yg lalu. malah, kawasan2 ini menuju ke arah kedaifan berbanding dgn pembangunan kawasan2 baru d sekitar rawang, sg buloh dsb. apa lagi kalau kita bandingkan dgn pembangunan d sebelah selatan bandaraya. teramat jauh perbedaan nya. malah, tanah perkuburan cina ie. rawang memorial park, pun sudah beroperasi d sebelah bandar sg buaya. penduduk sg buaya yg dijanjikan dgn ‘access road’ sejak tahun 1999, terus ditipu pemaju & sekutunya. jadi, jika tan sri benar2 jujur dlm perjuangan utk berkhidmat & membela nasib rakyat, laku kan sesuatu dgn segera d kawasan2 ini tan sri. saya percaya, tan sri tidak mahu idea2 tan sri lebih sedekad dahulu, ketika menerajui kerajaan negeri selangor, utk membangun kan daerah2 di sebelah hulu selangor ini menjadi ‘white elephant’ & dikutuk rakyat. Tan Sri, enough has been said by many people al these years. Just Do It! OPPORTUNITIESARENOWHERE…

  34. Manusia Biasa Says:

    Salam Y.Bhg Tan Sri,

    Teruskan perjuangan Tan Sri. Kami gembira menerima Tan Sri sebagai pemimpin UMNO di Selangor. Kekal konsisten dalam menyampaikan idea segar untuk menjadikan warga UMNO Selangor lebih berdaya maju dari segi pemikiran dan ideologi seterusnya dapat membentuk corak kepimpinan yang lebih efektif dan dihormati.

    ucbks.blogspot.com

  35. agus8303 Says:

    Tahniah Tan Sri diatas keterbukaan Tan Sri mengikut jejak langkah beberapa pemimpin yang membuka laman blog sendiri. Semoga blog ini menjadi penghubung antara Tan Sri dengan rakyat yang berada di bawah ini. Suatu langkah bijak dan tahniah sekali lagi buat Tan Sri. Gracias..

  36. imbaa Says:

    Tan Sri

    Langkah kerajaan menangani masalah kemiskinan tegar di kawasan luar bandar harus dipertingkatkan lagi begitu juga dgn peranan ketua kampong dan jkkk yg dilantik oleh kerajaan seharusnya menjadi menjadi agen yg dapat membantu agensi2 kerajaan dlm menangani masalah rakyat serta memberi input kpd agensi2 supaya sesuatu masalah itu dapat diselesai berdasarkan fakta yg benar . Saban hari TV3 dan juga media2 lain mempaparkan gulunagn keluarga miskin yg masih lagi menghuni pondok burok, keciciran pembelajaran anak2, masalah kesihatan dsb.

    Saya berpendapat sekiranya peranan ketua kampong dan JKKK itu berfungsi masalah sebegini tidak seharusnya berlaku kerana berbagai bentuk bantuan disalurkan diantaranya bantuan utk memperbaiki rumah gulungan miskin ,bantuan dari jabatan kebajikan masyarakat dsbnya.

    Peranan Ketua Kg dan JKK bukan sekadar utk memastikan pengaruh politik kerajaan berterusan tetapi perlu diperlihatkan ketelusan dlm melaksanakan apa juga bentuk perkhidmatan yg bakal disalurkan kpd penduduk kampong.

  37. Razlan Says:

    Tahniah Tan Sri,

    Sebagai Ketua Penerang UMNO kita perlu lebih kehadapan dari orang lain.

    Cuma kekecewaan sebagai blogger yang aktif sudah 4 tahun yang mempertahankan UMNO dimana saya tidak mendapat sokongan dari pihak UMNO sendiri untuk bersama-sama berhujah didalam ruangan internet.

    Kekalah kita pada kali ini sedikit sebanyak disumbangkan dengan bermaharajalelnya Pengkhianat Melayu yang memanipulasi maklumat dan seterusnya telah memberikan suntikan idea di kepala otak generasi baru untuk membenci UMNO.

    Tugas Tan Sri amat berat, bukan sahaja penulis dihalaman ini, UMNO perlu ada pengerak dan Kerajaan perlu tahu apakah ideologi yang di perjuangkan di kebanyakkan laman-laman blog.

    Didunia Siber ini, Tan Sri boleh melihat betapa Melayu sendiri tidak mempertahankan Hak Kepentingan Orang Melayu.

    Selamat berjuang …

  38. Kamaruzaman Hassan Says:

    Assalamualikum Tan Sri,

    Mungkin Tan Sri sudah tidak berapa ingat dengan saya. Bekas Wartawan WP yang pernah membantu Tan Sri dalam pilihanraya 1995 di mana ketika itu Tan Sri menang tanpa betanding. Hingga sekarang, saya masih berhubungan dengan Datuk Zainal Sakom di Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Kelana Jaya, sebagaimana persahabatan kami sejak dahulu.

    Tan Sri, ada beberapa perkara yang mahu saya perkatakan tetapi tidak sesuai di ketengahkan di sini. Jika Tan Sri ada masa, sila email saya kerana amat penting untuk saya mengatakannya pada Tan Sri secara peribadi. Perhatian Tan Sri amat saya hargai.

    Sekian dulu.
    UMNO untuk selama-lamanya.
    Wasallam.

  39. freddyT Says:

    syabas tan sri di atas usaha ini..

    mudah-mudahan usaha murni seperti ini mampu menjadi titik tolak kepada usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan..

    saya juga berharap agar usaha ini dapat dijadikan contoh kepada YB-YB yang lain agar membina blog sendiri dan rakyat mampu menyuarakan pandangan dan masalah.

  40. Hairi Says:

    Salam.
    Saya mengucapkan tahniah kepada tan sri atas pelantikkan tan sri sebagai menteri kembali.
    disini saya ingin mencadangkan kepda tan sri.
    kemas yang sekarang di lebih banyak di tumpu kepada pengurusan.
    saya mencadangkan kemas nie kembali ke balik kembali.
    semua urusan pelantikan berdasarkan ketua bahagian.
    baru lah ketua bahagian di sesuatu tempat di segani semua pihak .
    disamping itu juga kemas seharus nya lebih dekat kepada pengundi dan masyarakat.jgn terlampau khusus kepada pengurusan.ini juga boleh melemahkan parti umno tersendiri jika terlampau memikirkan pengurusan kemas sahaja.bukan saya nyatakan kelayakan sesuatu kelulusan sesuatu jawatan tidak penting tetapi jika pihak yang kite lantik itu bukan nya dari golongan memperjuangkan umno serta tidak ada semangat mempertahankan kerajaan yang sedia ada .ia amat menyedihkan. oleh itu saya menyeru agar tan sri menukar kembali hala tuju kemas.

  41. pemerhati dekat Says:

    assalamualaikum tan sri,

    saya ada persoalan untuk tan sri jawab dengan jujur dan ikhlas, seperti semua sudah maklum matlamat penubuhan UMNO adalah untuk menjaga dan memperkasa bangsa melayu. tetapi dari pemerhatian saya dari dekat, saya dapati matlamat parti UMNO ni hanyalah satu retorik dan hanya untuk memancing sokongan bangsa Melayu sahaja.

    kenapa saya berkata begitu? salah satu contoh ialah negeri Kelantan umumnya sudah tahu bahawa 99% penduduknya dari bangsa Melayu yang nasibnya di perjuangkan oleh UMNO. tetapi apabila negeri Cik Siti Wan Kembang itu berada ditangan PAS, saya dapati seolah² parti UMNO ni bukan parti bangsa Melayu dimana negeri tersebut dianaktirikan oleh kerajaan tunjangan UMNO itu. lihatlah bagaimana diskriminasi berlaku, sekatan bantuan ekonomi berlaku, hasil minyak negeri Kelantan dinafikan dan kerajaan Malaysia rela mengagihkan kepada negara lain (thailand) yang bukan dari bangsa Melayu dengan membuat saluran paip melalui negara jiran itu…. tiada kerjasama erat dalam sektor pembangunan di sekitar negeri tanah milik bangsa yang di bela oleh UMNO sendiri walaupun sudah tereng-terang kerajaan negeri membuka pintu seluas-luasnya untuk bekerjasama…. dan banyak lagi “penyeksaan” yang telah dilakukan terhadap bangsa Melayu Kelantan oleh parti UMNO sendiri…. ini semua adalah disebabkan negeri Kelantan di tadbir oleh pembangkang…..

    jadi persoalan saya adakah betul matlamat penubuhan UMNO ini sebenarnya untuk membela nasib bangsa Melayu ataupun untuk berkuasa semata-mata? saya harap Tan Sri dapat menjawabnya secara terus terang tanpa “bunga-bunga” bahasa terlalu banyak.

  42. Billgates Says:

    Tahniah Tan Sri kerana menyertai warga bloggers yang suatu masa dulu dianggap goblok dan syok sendiri oleh Minister of Misinformation.

    Saya harap kerajaan BN akan bersikap adil dan terbuka kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Justeru, usaha Tan Sri untuk membayar elauns kepada ketua-ketua kampung dan JKKK bukan satu langkah yang bijak apatah lagi dengan menggunakan wang rakyat.

    Kepentigan rakyat harus dijaga jika UMNO ingin kekal relevan untuk 50 tahun lagi.

  43. noor_yon Says:

    ASSALAMUALAIKUM TAN SRI,
    SAYA SEBAGAI RAKYAT, MEMINTA PEMIMPIN BUAT KERJA DAN KURANGKAN BERCAKAP……BAGI WAKIL WAKIL YANG DILANTIK SEKARANG WAKTU UNTUK PERBAIKI KESILAPAN LALU…..PEDULIKAN SEGALA JAWATAN TAPI TUNJUKKAN KEMAMPUAN BAHAWA MASING MASING BOLEH BERKERJA BUKAN HANYA BOLEH BERCAKAP…..

  44. smallville Says:

    Salam YB,

    Tadi saya ada terbaca dalam AgendaDaily tentang komen Dr Khir Toyo yang sekali lagi mendesak untuk peralihan kuasa dicepatkan. Dan saya juga terbaca tentang salah seorang exco Pemuda menyatakan bahawa peralihan kuasa seorang presiden parti bukan terletak mutlak dalam tangan presiden itu sendiri sebaliknya ahli-ahli yang menentukan. Sebenarnya saya yang pendek ilmu politik ini agak pening bila isu ini dimainkan terutama oleh orang kuat dalam UMNO sendiri. Ada pihak yang saya lihat dalam UMNO begitu akur dengan Pak Lah dan ada yang begitu terasa dengan kekalahan UMNO baru-baru ini. Saya rasa baik kita ambil contoh pejuang-pejuang UMNO di Kelantan yang kalah tempoh hari, apa yang mereka cari adalah kelemahan sendiri bukan kesalahan orang lain. Apa pendapat YB.

  45. Orang Kita BTHO Says:

    Salam Tan Sri,

    Jejak Tan Sri mewujudkan blog sebegini amat digalakkan. Saya mengharapkan segala apa yang dibangkitkan dalam komentar komen ini dibaca sendiri oleh Tan Sri.

    Sebagai menyahut seruan Tan Sri, perkara pertama yang harus diberikan tumpuan ialah Tan Sri perlu menjenamakan blog Tan Sri di kawasan ketua-ketua kampung di seluruh negara.

    Menerusi jentera kementerian, Tan Sri perlu menguar-guarkan blog ini kepada ketua-ketua kampung dengan membekalkan mereka laptop serta streamix atau pun 3G kad supaya setiap ketua kampung dapat mengakses setiap pemasalahan setempat di kampung masing-masing dengan cepat.

    Pegawai-pegawai kementerian perlu turun padang segera berjumpa dengan ketua-ketua kampung tersebut dalam memastikan agenda pembangunan rakyat dapat diselaraskan dengan efisien.

    Soal ini pernah dipraktikkan oleh Presiden Korea Selatan di mana kaedah Omynews yang diakses terus kepada Presiden telah membuahkan hasil yang menakjubkan di mana segala masalah di peringkat akar umbi dapat ditangani dengan segera.

    Presiden Korea Selatan tersebut dapat mengetahui secara terperinci mengenai pemasalahan rakyat dari peringkat akar umbi dan seharusnya Tan Sri perlu segera bertindak demi rakyat jelata di peringkat akar.

    Menerusi institusi pentadbiran paling bawah iaitu ketua kampung akan menjadi mata dan telinga antara rakyat dan kerajaan pemerintah.

  46. Nemesis Says:

    Assalamualaikum, Tan Sri?

    Sesungguhnya.. perjuangan yg bertopengkan bangsa amatlah memalukan untuk didendangkan ketika ini. apa nak dimegahkan dengan bangsa melayu kita ni, menang sorak kampung tergadai!

    dah la.. setiap kali TV3 UMNO tu sebut perkataan melayu, saya sebagai bangsa melayu rasa nak termuntah dan terpaksa pekup telinga kerana malu dan menyampah! rasa mcm kita ni lekeh sgt!

    La ni.. Tan sri simpan la perjuangan tan sri tu. dah tak relevan dah. sampai masa kita perjuangkan politik yang lebih murni iaitu - politik berkeadilan!

    Ikhlas dari saya..

  47. bin lading Says:

    assalamualaikum tan sri…

    pertama tahniah kerana dapat kemabali dalam kerajaan setelah sekian lama di sisihkan…di sini saya cuma nak merapu skit jer ..

    Pertama harapan saya nak melihat satu perubahan positif dalam kepimpinan tan sri dalam mengendalikan kementerian yang tan sri pegang sekarang..di mana saya tahu tan sri seorang yang amat kuat semangat melayu dan ingin melihat perubahan dalam sektor ekonomi dan taraf hidop orang melayu..

    Kedua saya nak melihat satu kejayaan yang besar dalm mengembalikan ketuanan melayu yang dah sekian lama hilang..bukan baru ..bukan selepas pru12 tetapi ketuanan melayu dah hilang 30 tahun yang lalu..
    saya yakin tan sri mampu melakukannya dgn baik melalui kementrian ini..

    itu dua harapan saya kepada kepimpinan tan sri…

    Satu lagi saya nak minta jasa baik tan sri senaraikan ahli politik atau wakil rakyat Umno khasnya dan BN amnya yang tidak berkereta mewah,tidak mempunyai rumah bak istana,tidak memiliki rangkaian perniagaan yang memonopoli projek projek kerajaan,jika ada email pada saya..kerana saya sendiri nak ucapkan tahniah kepada mereka kerana mereka telah bekerja utk rakyat bukan utk perut mereka dan keluarga atau kroni mereka..boleh agaknya tan sri..jika tidak boleh tak mengapa saya cuma memohon jika boleh..sebab saya rasa tidak ada di kalangan ahli politik atau wakil rakyat Umno khasnya BN amnya yang hidup susah….

    sekian terima kasih

  48. yuza Says:

    Saya mengucapkan tahniah kepada Ybhg. Tan Sri diatas pelancaran laman web Tan Sri ini yang mana ia adalah selaras dengan keperluan masa kini, namun saya merasakan ada yang tidak kena dengan kemunculan banyak laman blog sekarang yang sepatutnya digunakan untuk memberi penjelasan dan meyakinkan orang ramai tentang sesuatu isu berbangkit sebaliknya telah menjadi medan politik untuk kepentingan peribadi dengan satu pihak serang menyerang antara satu sama lain dan akibatnya ia telah mendedahkan keburukan apa yang tidak sepatutnya diketahui umum,lantas menimbulkan pandangan negatif terhadap parti dan kerajaan, diharap pihak Tan Sri mengambil perhatian diatas perkara ini.

  49. sg bayor Says:

    tan sri…
    pertimbangkanlah plan ‘jpp’ tu…kaji btul2 fikir dalam2..wat istikharah pun tak pa..kami rakyat terbawah ni dah dapat merasa kesan negatifnya.mungkin jpp bagus untuk moral umno tapi bagaimana pula dengan perpaduan rakyat????

  50. Antares Says:

    Tahniah kepada Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kerana memulakan blog ini - dan kerana laksanakan rancangan “ecocide” dalam negeri Selangor dalam tempuh beliau memegang kuasa sebagai Menteri Besar. Kekayaan anda adalah kemiskinan rakyat dan cucu-cicit kita semua, memasuki keturunan Tan Sri.

    Harap dimaklum, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tidak dapat sokongan
    daripada semua yang menghargai integriti alam sekitar kita.

  51. abdul rahman bin abbas Says:

    yb dato.

    saya sentiasa berdoa kemelut dalaman umno akan segera selesai dengan kejayaan kepada bn untuk persiapan pru13.

    sedikit berkenaan babi.. tak bolehkah raja-raja melayu membuat satu pendirian haramkan ternakan babi dinegeri masing-masing atau malaysia amnya.

    kalau singapura boleh haramkan ternakan dan impot babi dari malaysia kenapa malaysia negara melayu islam tak boleh? sesuatu perlu dibuat. saya yakin hapuskan semua kandang babi dan kawasan yang ada digantikan dengan ternakan lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik untuk makanan semua kaum rakyat malaysia.

    sekian, terima kasih.

  52. Melayu Baru Says:

    Sallam Reformasi Tan Sri

    Nampak gaya TS telah ketagih candu bloggers. Tahniah. Turut bergembira kerana rakyat dapat berinteraksi sekarang. Inilah penting nya kita ada pembangkang yang kuat termasuk pembangkang (macam TS) di 5 negeri PR. Yang untung adalah rakyat jua.

    Sayang nya segelintir umno masih takbur. Lihat apa kat Rafidah ’saya dah jadi MP selama 28 tahun, jadi biarlah orang lain tanya soalan di Parlimen. Sudah tak ada soalan lagi yang saya tak tahu jawapanya.’ Hebatnya pemimpin umno!

    Jabatan Persekutuan di 5 negeri PR adalah suatu pembasiran duit rakyat. Malah ianya juga punca umno di benci rakyat. Ia juga merupakan bala kepada perpecahan rakyat. Inikah contoh parti yang perjuangkan bangsa?

    Ketuanan rakyat adalah segalanya. Gembira rakyat telah menjadi raja buat pertama kalinya.

    Untuk makluman TS di Thailand wakil rakyat akan mencium tangan rakyat dan bukan sebaliknya seperti diajar oleh budaya ampu umno yang korup.

    Sallam reformasi sekali lagi.

  53. shah efendy Says:

    Assalamualaikum YB Tan Sri,
    Kabarnya YB Tan Sri ke Sungai Teras, Slim River semalam. Dan dari respons yang saya terima, bahawa rata-rata masyarakat di sana amat berbesar hati dan begitu gembira dengan lawatan kerja tersebut. Malahan mereka menyatakan bahawa YB Tan Sri amat sederhana dan turut bersedia mengetepikan segala kekangan protokol, sehingga mereka merasakan bahawa YB Tan Sri adalah ’sebahagian daripada masyarakat mereka’. Tahniah ! Seperti YB Tan Sri sedia maklum, bahawa masyarakat Orang Asli adalah masyarakat yang amat sensitif. Kesediaan kita untuk mendekati golongan tersebut secara kerap, akan menjadikan mereka rakyat yang sentiasa bersyukur, menghargai dan menyokong perjuangan Kerajaan BN ke arah kemajuan bersama. Tahniah sekali lagi YB Tan Sri !

  54. Mimi Says:

    Selamat petang,

    Tahniah kerana menyediakan blog ini, sedikit sebanyak bolehlah kami memberi komen atau pun meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini. Suka di sini untuk saya berterus-terang, saya bangga menjadi anak Malaysia tapi saya tidak bangga mempunyai pemimpin yang lembab dan tidak peka dengan masalah rakyat terutamanya penduduk di luar bandar.

    Tahukah tan sri bagaimana keadaan keluarga dan saudara mara di kampung saya, tentulah tan sri tak tahu bukan walaupun saya sebut nama kampung tentu masih haha tak tahu. Di sini bukan saya nak beritahu perihal keluarga saya saja tapi masyarakat di kampung saya yang di antaranya adalah keluarga saya. Saya tinggal di bandar besar, saya dan suami antara pembayar cukai kepada kerajaan setiap tahun kononnya satu hari nanti tibalah masanya kampung saya disediakan infrastruktur yang baik tapi malangnya sehingga kini kampung saya masih di takuk lama, tidak ada kemajuan.

    Bila tiba hujung tahun nak balik kampung, saya sangat susah hati hanya kerana gara-gara TIDAK ADA BEKALAN AIR BERSIH. Selama ini, penduduk kampung hanya mengharapkan sungai yang telah tercemar. Maklumlah makluk asing sangat ramai di kampung saya hinggakan sama jumlah dengan penduduk tempatan, oh sedihnya….. Contoh terbaru Disember lalu baliklah saya ke Sabah, baru 3 hari di sana saya dan anak-anak saya sakit, cirit-birit dan muntah-muntah teruk ingatkan sekejap je rupa-rupanya berlarutan hinggalah saya balik ke Putrajaya, selama 13 hari di Sabah kami sekeluarga sakit berpanjangan dah berulang-alik ke klinik dan hospital. Bayangkan kerana tidak ada air bersih boleh buat saya sakit jantung.

    Klinik di kampung saya pun sungguh menyedihkan, hanya di buka waktu siang saja maklumlah klinik desa. Nak sediakan perkhidmatan siang malam tapi ubat tak cukup, kakitangan pun kurang dan bertaraf bidan kampung je.

    Lain lagi kes pemandu bas (sebenarnya van), tambang yang mahal. Nak kata jauh tak juga, nak kata jalan tak elok tapi bertar pula (tapi banyak lubang la) dan malah sebahagian bas tidak ada permit. Dah berulang kali penduduk merunggut tapi tak diendahkan, maklumlah orang kampung pun tak kenal siapakah YB di kawasan ni, bila masa pilihahanraya barulah muncul hingga sanggup pijak lopak. Bila mengadu kat JPJ, itu je JPJ boleh buat ‘road block’ tapi malangnya saman tak keluar tapi duit yang masuk poket, hish hish menguntungkan org JPJ je dapat duit sampingan.

    Sebenarnya banyak masalah nak saya utarakan di sini tapi takut tan sri bosan membacanya. Kalau tan sri ada masa terluang, cuba lah datang di kampung halaman saya untuk melihat sampai manakah kemajuan kampung saya ni. Selari dengan ‘title’ Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah eloklah tan sri dan YB yang lain turun padang dan melihat sendiri betapa susahnya orang kampung yang miskin dan serba kekurangan, buatlah sesuatu untuk membantu penduduk kampung. Saya dulu pun tergolong dalam golongan ini, miskin dan hampir bunuh diri tapi Tuhan masih kuatkan iman saya.

    Harap tan sri terus bekerja untuk rakyat dan curahkan bakti dengan penuh keikhlasan. Setiap kebaikan yang tan sri sumbangkan pasti di balas juga dengan kebaikan, kalau bukan di dunia tapi di akhirat.

    Sekian.

  55. sharil Says:

    Salam,

    Minta kerjasama moderator utk besarkan font sebab kecil sangat (sakit mata membaca) terutama ruang komen perayap.

  56. exconomist Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Sebelum saya menyampaikan isi hati saya, izinkan saya membuat sedikit pengenalan mengenai diri saya. Saya adalah seorang anak muda Melayu yang baru mula bekerja pada tahun 2007. Sebelum itu, saya telah melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Alhamdulillah, segala kos pengajian saya di sana telah ditanggung oleh sebuah GLC melalui biasiswa penuh mereka. Semasa di sana, saya adalah seorang pemimpin pelajar yang giat menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk persatuan pelajar-pelajar Malaysia di universiti saya.

    Tujuan saya menulis di sini adalah untuk mengupas isi hati Tan Sri berkenaan beberapa isu. Saya adalah seorang yang suka membuat pendirian selepas mendengar hujah-hujah kesemua pihak. Terus terang saya katakan di sini bahawa saya telah mengundi untuk parti pembangkang semasa PRU-12. Undi saya telah berpihak kepada mereka setelah saya mendapati hujah-hujah mereka lebih kukuh daripada hujah-hujah pihak kerajaan.

    Berikut adalah soalan-soalan saya:

    1. Sejauh manakah orang Melayu perlu memperjuangkan Agenda Melayu? Sebagai anak muda yang dilahirkan pada tahun 1980-an, saya dibesarkan di dalam masyarakat berbilang-kaum. Saya mempunyai ramai kawan dari kaum Cina dan India. Pada pandangan saya, kawan-kawan saya yang berbangsa lain juga adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama seperti saya. Tetapi, apabila pemimpin-pemimpin Melayu mula bercakap-cakap mengenai Ketuanan Melayu, ia seolah-olah menggambarkan orang Melayu mempunyai hak yang lebih daripada kaum-kaum lain di Malaysia. Saya terkilan kerana kawan-kawan saya dari kaum-kaum yang lain merasakan diri mereka adalah ‘second-class citizen’ di negara sendiri, sedangkan mereka itu mempunyai latarbelakang sosioekonomi yang serupa dengan diri saya. Saya setuju bahawa bahasa, adat, budaya, serta cara hidup orang Melayu perlu dikekalkan selama yang boleh. Namun begitu, orang Melayu juga perlu peka dan sensitif terhadap kaum-kaum yang lain di negara ini. Hak-hak mereka hendaklah dijaga dan bukannya diancam. Saya berasakan Agenda Melayu telah menjadi kurang relevan di dalam senario hari ini berbanding Agenda Malaysia. Malaysia patut dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai berbagai-bagai kaum seperti Melayu, Cina dan India sebagai komponennya, bukannya sebagai sebuah negara Melayu di mana orang Cina dan India adalah ‘pelakon-pelakon tambahannya’.

    2. Patutkah kita sebagai orang Melayu korbankan kemajuan negara bagi memastikan kemajuan bagi kaum Melayu? Pada pendapat saya, Malaysia telah hilang kelebihannya di mata pelabur-pelabur dunia akibat perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Negara-negara lain seperti China dan India telah mengalami pembangunan pesat kebelakangan ini, manakala negara seperti Vietnam telah mula menarik modal-modal yang dulunya dilaburkan di Malaysia. Tan Sri mungkin boleh mengatakan bahawa soalan saya tidak relevan sama sekali kerana tiada bukti-bukti kukuh yang mengatakan DEB melemahkan kedudukan Malaysia di mata dunia. Untuk melihat betapa relevannya soalan saya, cubalah Tan Sri lihat berapa banyak perbelanjaan di kementerian Tan Sri yang boleh dikurangkan sekiranya semua projek diberikan kepada pembida-bida yang terbaik? Namun begitu, DEB telah mengikat tangan Tan Sri untuk memberikan kebanyakan projek-projek tersebut kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera, walaupun bidaan mereka bukanlah yang terbaik. Alangkah bagusnya jikalau pengurangan perbelanjaan daripada projek-projek tersebut dapat digunakan untuk membantu semua orang yang susah, tidak kira mereka berbangsa Melayu, Cina atau India? Kita perlu sedar bahawa tidak semua orang Cina dan India itu kaya. Saya berasa sedih apabila anak-anak orang Melayu yang kaya diberi biasiswa kerajaan untuk ke luar negara, dan anak-anak orang Cina dan India yang lebih miskin dan lebih berkelayakan terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan. Perumpukan modal yang sebegini membuatkan Malaysia terkebelakang berbanding ekonomi-ekonomi yang lain. Saya takut, jikalau kita tidak mengubah perkara-perkara sebegini, Malaysia akan terus terkebelakang buat selama-lamanya.

    Itulah dua soalan yang saya ingin ajukan kepada Tan Sri. Saya harap Tan Sri dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan seihlas-ikhlasnya.

    Sebelum saya mengakhiri komentar saya ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri kerana berjaya memulakan blog. Dalam zaman internet ini, blog adalah satu media yang amat perlu bagi Tan Sri menyampaikan pesanan-pesanan Tan Sri kepada orang ramai. Di samping itu,Tan Sri dapat berinteraksi dengan orang ramai yang memberi komentar di blog Tan Sri. Tetapi, apabila berhujah, silalah beri peluang kepada pembaca-pembaca untuk membuat komentar. Jangan sampai ruangan untuk membuat komentar ditutup, seperti blog Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Pesanan saya, jikalau Tan Sri benar-benar percaya dengan pegangan-pegangan yang Tan Sri sampaikan di sini, berdebatlah dengan orang-orang yang tidak bersetuju dengan pegangan-pegangan itu di sini. Janganlah lari dari perdebatan, kerana itu menunjukkan kelemahan Tan Sri. Malah itu akan menunjukkan kelemahan hujah-hujah Tan Sri, kerana hujah-hujah yang tidak kukuh akan tenggelam dengan sendirinya.

    Sekian, wassalam.

  57. Dr. Tay Says:

    Sejak kebelakangan ini, saya rasa Pak Lah dihenyak dengan desakan supaya beliau berundur. Saya rasa yang perlu berundur itu bukannya Pak Lah tetapi Timbalannya dan menteri-menteri terdahulu. Kalau hendak Pak Lah bertanggungjawab saya rasa itu persepsi salah daripada sesiapa yang mendesak seperti Khir Toyo. Selangor tewas disebabkan Khir Toyo bukan Pak Lah. Dari segi nasional Pak Lah tidak tewas kepada pembangkang. Razalegh juga perlu berundur sebab Kelantan tewas. Sejak PRU-12 Pak Lah telah mula membuat perubahan mengapa beliau perlu berundur. Kalau Najib menjadi PM adakah perubahan akan berlaku? Kalau tidak berlaku Najib jua perlu berundur. Jikalau begitu Malaysia menjadi bahan tertawa di mata dunia. Bagi saya Pak Lah perlu diberi peluang untuk mentadbir sekurang-kurangnya 2 penggal lagi untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar berupaya atau tidak. Dr. Mahathir memerintah selama 22 tahun tapi Pak Lah tak sampai 10 tahun. Saya rasa herdikan Dr. Mahathir kurang hemah. Beliau harus menjadi pemimpin yang membimbing dan memimpin pemimpin baru bukan mengkritik tak tentu arah tanpa membimbing dan memimpin.

  58. Mohamad Isa bin Soan Says:

    assalamualaikum tan sri…

    Maaf sekiranya saya menggangu? Saya adalah salah seorang peserta Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) di Perlop 1, Sungai Siput (U) Perak, mohon sekiranya tan sri jika ada kesempatan menghantar wakil dari Kementerian menjenguk kami memandangkan semenjak kami berpindah hampir setahun tiada ada pun dari pihak kementerian yang tan sri terajui sekarang membantu dari segi meningkatkan sara hidup ekonomi kami. Kami penduduk PPMS seramai 100 buah rumah bukan mahukan wang ringgit. Saya rasa tan sri perlu melihat semula apa yang boleh tan sri lakukan dan perbaiki baik kemudahan, prasarana, bantuan dan sebagainya di PPMS KAMPUNG PERLOP 1 SUNGAI SIPUT (U) PERAK di mana kesemuanya sebelum ini pihak yang sepatutnya melihat kami tidak berbuat demikian. Kami ini terletak di dalam parlimen Sungai Siput. Berkemungkinan melalui kementerian tan sri sesuatu ‘buah tangan’ dari tan sri dapat mengembalikan semula kepercayaan dan harapan penduduk dikawasan tersebut kepada kerajaan barisan nasional..InsyaAllah, tan sri selamat memulakan kerja dan sentiasa dalam lindungan dan petunjuk dari Allah S.W.T

  59. Truth Watch Says:

    Tan Sri,

    Saya perhatikan mukasurat Biodata Tan Sri adalah kosong. Adakah Tan Sri lupa nak isi atau tidak ada masa? Walaupun Tan Sri dikenali ramai tapi ramai dikalangan generasi muda yang kurang tahu sumbangan dan perjuangan positif Tan Sri dimasa lalu. Mungkin apa yang mereka tahu hanyalah cerita negatif yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang.

    Mengenai komen-komen dari pembaca saya amat bersetuju dengan komen Halia Muda supaya Tan Sri teruskan ‘Work Hard and Smart’.

    Selamat berkhidmat Tan Sri demi Agama, Bangsa dan Negara.

  60. amir Says:

    salam tan sri
    pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah & syabas kepada tan sri atas usaha yang di pamerkan untuk membangunkan blog ini. Dengan adanya blog ini, ia secara tidak langsung dapat mendekatkan pemimpin politik dengan rakyat terutamanya golongan muda yang menetap di kawasan bandar.

    Saya berharap agar laman blog ini akan selalu di update dari semasa ke semasa agar segala agenda kerajaan dapat dijelaskan kepada rakyat dan segala aduan yang di ajukan dlm blog ini, akan di ambil tindakan sewajarnya oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

    Saya juga berharap blog ini mampu bergerak sepantas kilat dalam menangkis segala tuduhan pihak2 tidak bertanngungjawab dalam usaha kerajaan menjalankan usaha2 pentadbiran negara.

    sekian..wslam

  61. goldart Says:

    tan sri mesti uruskan hak orang orang di negeri Sarawak dan Sabah terutama sekali orang luar bandar terlebih dahulu sebab saudara tan sri ,taib mahmud telah merogol hak kami melalui kuncu-kuncu,saudara mara dan kroni kroni nya.Tetapi saya juga percaya yang tan sri tidak berani dan tidak tergamak berbuat demikian sebab tanpa BN sarawak umno sudah lama hilang kuasa.

    1.Jangan paksa kami ,orang Sarawak dan Sabah menguasi Bahas Melayu yang bukan bahasa ibunda kami sehinggakan ramai daripada kami hilang saingan di tempat kerja,didenda kerana tidak lulus BM,tidak dapat kenaikan pangkat kerana tidak atau lewat lulus BM,tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA kerana tidak lulus BM.Hapuskan syarat lulus Bahasa Malaysia.
    2.Berikan kami hak kami untuk meiliki tanah asal kami dengan menyegerakan proses pengesahan dan pemberian surat hak milik tanah kami.
    3.Kemukakan di surat khabar tempatan bilangan orang Melayu yang berkhidmat serta jawatan mereka di jabatan kerajaan di Sarawak dan Sabah.
    4.Hapuskan keperluan untuk rakyat Malaysia yang tinggal di Sarawak dan Sabah untuk mengisi ruang yang di sediakan untuk kaum dan agama dalam apa jua jenis borang samada swasta atau kerajaan.
    5.Saya terasa seolah olah kami di takluki oleh orang Malaya seperti mana kami dijajah oleh penjajah british dahulu.Senjata utama penaklukkan mereka adalah melalui polisi pendidikan dan bahasa.

    http://www.goldarthotspot.blogspot.com

  62. Halil Says:

    saya sebagai seorang pelajar yang menuntut di IPTA ingin menuntut agar Tan Sri dapat mengotakan janji Tan Sri. tidak seperti menteri sebelum ini, contohnya berkenaan pusat besi buruk yang terlalu banyak, hingga menyesakkan mata memandang di kiri an kanan jalan. sy mengikuti perbahasan parlimen yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap puast pengumpulan besi buruk, dan bermula dari saat itu saya berharap agar pusat besi buruk yang berada di jalan menghala ke kajang dapat di hapuskan sama sekali, tetapi sehinga saat ini, pusat pengumpulan itu bukannya hilang, makin membesar! malahan bertambah lagi pust pengumpulan yang lain2 lagi.

    jadi jangan biarkan mahasiswa seperti saya akan memikirkan bahawa kebanyakan YB hanyalah YANG BERKATA untuk mengekalkan kuasanya.. tetapi buktikan lah YB adalah yANG bERKHIMAT.

    Saya akan terus memerhati siapa yang berkuasa untuk berkhidmat ataupun hanya utk mengumpulkan harta.

  63. pemuda putrajaya Says:

    Salam, Tan Sri.

    Saya ingin bertanya, adakah Tan Sri faham dengan konsep ‘blogging’ sebelum Tan Sri memulakan blog page ini? Saya lihat kebanyakan ahli2 politik sekarang mahu mengadakan blog masing2 semata-mata kerana ia telah menjadi mainstream dalam politik. Kalau Tan Sri tidak faham dengan konsepnya, biar saya terangkan sedikit.

    Blog ini adalah ruang penulisan kepada mana2 individu yg mahu hasil penulisannya di baca oleh orang ramai. SETIAP HASIL PENULISAN DI DALAM BLOG ADALAH MERUPAKAN PANDANGAN INDIVIDU TERSEBUT. Jadi saya rasa tidak berapa sesuai untuk Tan Sri menggunakan kaedah mainstream ini untuk mendapat feedback berkenaan dengan Kementerian yg terletak di bawah Tan Sri kerana pada zahirnya, platform blog ini adalah utk mengutarakan penulisan Tan Sri sebagai individu, bukan sebagai Menteri atau Senator atau Ahli UMNO dsbg. Jikalau Tan Sri teruskan juga, nescaya kedudukan Tan Sri disamatarafkan dengan ahli2 politik lain (termasuk barisan pembangkang) yg berhaluan peribadi; sekaligus menampakkan Tan Sri menggunakan publisiti sahaja dlm mengendalikan amanat yg diberikan kepada Tan Sri dalam Kabinet. Ingat Tan Sri, di alam siber tidak wujud kasta atau jawatan. Kami pembaca pun tiada cara untuk mempastikan yang menulis artikel di sini adalah Tan Sri sendiri ataupun nenek Tan Sri.

    Oleh itu, jika Tan Sri pun nak ‘join the bandwagon’ dalam dunia siber ini, saya rasa biarlah Tan Sri faham dengan konsepnya dahulu. Saya harap Tan Sri menganggap komen saya ini relevan dengan artikel yg Tan Sri tulis di atas. Saya juga memohon maaf jika terkasar bahasa. Saya sentiasa menunggu reply Tan Sri dalam bentuk email di alamat yg telah saya berikan bersama2 komen saya ini.

    Sekian.

  64. hairul Says:

    Assalamualaikum Tan Sri….
    Saya bukannya penyokong umno sejak dari lahir lagi dan saya juga tak kata umno tak bagus, tatapi apa yang melucukan saya mengenai umno ini ialah seolah2 pemimpinnya buat kerja untuk memastikan kekuasaan bukan buat kerja untuk rakyat, mereka lupa mereka diatas kerana sokongan dari bawah.Pada hemat saya umno kalaupun masih kuat untuk berkuasa mungkin dalam dua kali pilihanraya lagi ,KENAPA?????……… sebabnya adalah kerana pengundi tegar umno majoritinya yang berusia 40an keatas,Berapa kali jer lagi diaorang boleh mengundi!~!!!!!!!! saya tak sokong umno bukan kerana saya benci umno tapi saya lebih tertarik kepada parti yang memperjuangkan islam kerana allah tidak memandang hambanya melalui kaumnya tapi memandang hambanya melalui agamanya. Harap maaf jikalau pandangan saya menyinggung sesetengah pihak .Yang baik datang darinya dan yang buruk datang dari hambanya.
    Wassalam……

  65. flam Says:

    tahniah kerana sudah ada blog sendiri. pada saya ini antara hikmah
    di sebalik keputusan mengejutkan pru 12. Kini, ali rustam, khir toyo dan
    tan sri sendiri dah ada blog sendiri.

    sebenarnya blog ini akan mula menampakkan kepentingannya apabila
    tiba masanya. IAITU menjelang pemilihan cawangan, bahagian dan kebangsaan. IAITU bila tiba pilihan raya umum sekali lagi.
    walaupun penulisnya misteri, tetapi yang penting mesej yang ingin disampaikan. Apa kata orang, jangan lihat sapa yang kata, tapi
    fikir apa yang dikatakannya.

    Kalau tan sri bijak menggunakan blog ini, tan sri akan dapat
    pelbagai idea dan maklumat rahsia daripada pengirim misteri.

    Masalahnya tan sri, di malaysia ini ada beratus ribu blog. Tugas tan sri sekarang ialah mencari jalan untuk memperkenalkan blog tan sri
    supaya ia dikenali dan menerima banyak komen.

    tan sri tidak mengenali saya. saya misteri. tapi saya mengenali tan sri dan sentiasa mengikuti perkembangan tan sri dari semasa ke semasa.
    itulah hebatnya pengirim misteri macam saya ini.

  66. munie Says:

    assalamualaikum tan sri..

    saya baru tau ttg blog tan sri lps baca dlm the star hari ini. tahniah tan sri sbb berani berhadapan dengan rakyat.. terutama golongan muda seperti kami.

  67. Ayam Belanda Says:

    Apa Khabar Tan Sri,

    BN dan UMNO hendaklah memberi khidmat terbaik di negeri Johor. Kebajikan rakyat perlu dijaga, isu tempatan mesti diberi penekanan. Yang penting kepada rakyat Johor adalah seperti kenaikan kos sewa rumah, barangan terlalu mahal, kesesakan jalanraya, perkhidmatan bas, perkhidmatan pungutan sampah dll.

    Rakyat Johor tak pandang isu Wilayah Iskandar, kerana tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada rakyat, cuma orang Singapura saja yang gembira. Rakyat Johor terutama Melayu hendaklah terus terbela.

    Sindiran MB Kedah bahawa Johor akan menjadi ‘muzium UMNO’ adalah kenyataan yang pedas. Sepatutnya BN dan UMNO terus bangkit untuk menjadi contoh terbaik mengatasi negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Amanah Saham Johor patutnya diperjuangkan, bukaknya ditutup, ramai Melayu Johor akan berhutang dan muflis.
    ASSALAMUALAIKUM TAN SRI

  68. ANAK SARAWAK Says:

    SALAM SEJAHTERA TAN SRI. SAYA NAK SIKIT BUAT ADUAN KEPADA TAN SRI.SAYA DAH BUAT ADUAN INI KEPADA LAMAN BLOG PM BANYAK KALI TAPI TAK ADA JAWAPAN.SAYA TAK KISAH MUNGKIN PM SIBUK.SAYA NAK TAN SRI TOLONG SELESAIKAN MASAALAH PENDUDUK KAMPUNG SAYA DI RUMAH JANA BATANG LASSA MATU DARO SARAWAK.LEBIH DARI 20 TAHUN KAMPUNG SAYA KETINGGALAN DARI SEGI PEMBAGUNAN.MEMANG SAYA AKUI TEMPAT KAMPUNG SAYA DI LUAR KAWASAN DANDAR.TAPI TAKAN KEMUDAHAN SEPERTI BEKALAN ELEKTERIK,AIR DAN JALAN RAYA TAK DAPAT DI HUBUNGKAN.JIKA TAN SRI MENINJAU KE KAMPUNG SAYA,KAMPUNG TEBAANG DARO SUDAH LAMA MERASAI KEMUDAHAN ITU SEMUA.JIKA DI AMBIL KIRA PERJALANAN DARI KAMPUNG TERSEBUT KE KAMPUNG SAYA MELALUI SUNGAI TAK SAMPAI 1 JAM MENGGUNAKAN BOT APATALAH LAGI MELALUI JALAN RAYA JIKA DI SAMBUNGKAN.PERKARA INI SERING KALI DI AJUKAN OLEH KETUA KETUA KAMPUNG KEPADA YB DISITU TAPI TAK ADA TINDAK BALAS LANGSUNG.UNTUK PENGETAHUAN TAN SRI KAWASAN SAYA ITU DI BAWAH PARLIMEN IGAN YANG DI SANDANG OLEH YB WAHAB BIN HAJI DOLLAH.YB SERING BERGANTI TAPI KAMPUNG SAYA MAKIN KETINGGALAN DARI SEGI PEMBANGUNAN.SAYA AMAT MENGHARAPKAN TAN SRI DAPAT MENYELESAIKAN MASAALAH INI.SEKALI LAGI SAYA MERAYU KEPADA TAN SRI UNTUK MEMPERBETUL KAN APA YANG TAK BETUL DI KAWASAN KAMPUNG SAYA.SAYA MEWAKILI KETUA KETUA KAMPUNG UNTUK MENYUARAKAN KESEDIHAN DAN KEINGINAN UNTUK MERASAI PEMBAGUNAN DAN KEMUDAHAN ITU.BANYAK LAGI MASAALAH YANG DI HADAPI OLEH PENDUDUK DISITU.SAYA SEDIA BERHIDMAT UNTUK TAN SRI JIKA TAN SRI MEMERLUKAN BANYAK LAGI MAKLUMAT.SAYA RELA BERKORBAN.
    ALAMAT SAYA NO.60 LORONG SERI MURNI 14.TAMAN SERI MURNI.13800 SUNGAI DUA BUTTERWORTH.PULAU PINANG. TEL; 017 4498208. LEBIH DARI 18 BUAH RUMAH PANJANG TIDAK TERMASUK KAMPUNG SAWAI DAN PASSIN MENANTIKAN PERTOLONGAN TAN SRI.SEKIAN TERIMA KASIH
    (KETUA PLATUN RELA 0063)
    TAMAN DESA MURNI
    SUNGAI DUA BUTTERWORTH.

  69. The unfairness of Malaysia (about religion) Says:

    Ya, because he doesn’t understand English so many of them write in BM. Learning BM is only making my life tough. It’s not an important language in the world. I don’t know why they set that only those who score A in BM can enter the local university. No matter what, i can’t find any points that entering local university is a wise decision except that you don’t need to pay so much fee. I simply hate the subject Sejarah too. Its tedious. The Menteri Pendidikan forced us to study it. :( It’s only wasting time. I believe that those who studied it will forget it as soon as the exam is over.

  70. Akademia Says:

    As-Salamu ‘Alaikum YB Tan Sri,
    Saya berpendapat JPP yang ditubuhkan di lima negeri pemerintahan PR akan merosakkan pengaruh BN dalam PRU13 akan datang.

    Ramai yang mengatakan JPP merupakan saluran pembaziran atau pengaliran wang kepada orang tertentu.
    Adanya JPP menunjukkan BN tidak mempu menjalankan tugas kepada rakyat di negeri-negeri pemerintahan PR dan tidak berupaya menyatukan rakyat tanpa sebarang diskriminasi.
    Tan Sri patut menimbangkan cara yang lain dari JPP. Saya dengar orang-orang PR (since i’m not a politician) seronok juga dengan JPP ni. Maksudnya, JPP adalah satu dari berbagai modal dalam PRU13 akan datang.
    Adanya JPP, rakyat dapat menilai releven atau tidak BN dalam era politik tamadun generasi kini.
    Maaf Tan Sri.

  71. Altantuya Says:

    Saya harap Tan Sri tidak menjadi seperti Mohd Ali Rustam yang dah tak tahan dengan komen dan terus tutup ruang komen dlm blog beliau.

  72. ubi kayu baling Says:

    assalamualaikum tan sri
    kami risau-risau juga apa kebendanya dilantik JKK dan ketua kampung yang baru di bawah kementerian tan sri . alangkah moleknya , sama-sama berpakat dengan kerajaan negeri yang pembangkang tu lantik yang dipersetujui oleh semua rakyat, melalui undi dan sebagainyamacam kat Perak tu.Berilah panduan dan tanggung jawab untuk tadbir kampung , macam mana nak jaga rakyat bagi hidup aman damai, sama - sama berpakat. Beri gaji pun satu saja . Kerja tidak bertindan tindih.Tak boleh ka tengok dalam kementerian lain, kakitangannya ada yang sokong kerajaan , ada yang menentang kerajaan, tapi atas kepentingan negara sama-sama bertungkus lumus membangunkan negara!Tapi kalau tan sri
    berkeras juga nak lantik pimpinan lain dalam kampung , alamatnya UMNO akan jatuh teruk lagi, rakyat tak akan respek dah! Ingat PRU 12 ini baru cuba-cuba tau,lepas ni kalau dok macam tu juga , tak berubah-ubah sikap yang ada pada pimpinan ,asyik mengutuk parti lawan dan mendabik dada parti sendiri,maka UMNO akan luput terus.PERCAYALAH

  73. ejam Says:

    akum tan sri,
    terima kasih kerana memberi peluang untuk kami untuk meluahkan perasaan kepada kerajaan malaysia. malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan kami boleh hidup sekali, bekerja sekali, bersukan dan boleh berjalan seorang diri tanpa rasa tajuk kepada rakyat malaysia. bangsa cina, india dan semua bangsa dimalaysia kamiapabila pergi ke luar negara tidak pernah mengatakan kami melayu, india atau cina “we are malaysian”. kami bangga menjadi rakyat malaysia.

    tan sri,
    tolong maklumkan kepada Pak Lah, kami sudah tidak dapat menyokong BN lagi, dimana hak kami? Kenapa Pak Lah tetap dengan pendirian tidak mahu memberikan bonus untuk kakitangan kerajaan, tidakkah Pak Lah takut kakitangan kerajaan sendiri tidak mengundi BN. Berapa ramai kakitangan kerajaan? Jangan dilihat pada ketinggian jawatan, mereka semua pengampu, lihatlah pekerja bawahan yang tangga gaji yang rendah, nak bawa keluarga makan diluar pun selepas hari gaji. Prihatin lah, kami adalah orang bawahan yang amat memerlukan sedikit imbuhan. Saya juga harap kawan blog yang lain terutama kakitangan kerajaan fikirkan lah”Lu fikir lah sendiri”

  74. anakbanjar Says:

    Muhammad Muhd Taib says

    saya percaya komen saudara itu bukan lahir dari niat sebenar saudara. Apapun untuk menjaga ruang ini agar lebih selesa pada semua orang, saya tidak dapat publish komen saudara itu. Apapun saya ucap terima kasih atas pandangan sekaligus penghinaan tersebut.

  75. Ahmad Faisal Alias Says:

    Tan Sri,

    pada pendapat saya yang tak pandai berpolitik ni, saya rasa ramai antara suara-suara sumbang dari ahli2 yang lantang mengkritik kepemimpinan UMNO hari ni sedang bersandiwara kerana mereka tidak yakin dgn kekuatan dalaman yang ada pada UMNO. Mereka lantang mengkritik dengan harapan tindakan diambil ke atas mereka agar mereka dipecat untuk membuka laluan bagi membolehkan mereka menyertai parti lawan. Sebenarnya mereka takut untuk pergi ke sebelah sana dengan terang-terangan jadi mereka cuba mencari jalan belakang untuk berbuat demikian.

    Maaf sekiranya saya terlalu keras kepada mantan PM, Tun Dr Mahathir. banyak jasa beliau tetapi saya juga berpendapat bahawa Tun lantang kebelakangan ini terhadap Pak Lah mungkin kerana beliau ingin alihkan perhatian rakyat dari perkara2 yang pernah dilakukannya dahulu. Mmg senang bagi Tun utk salah pihak sana-sini dlm UMNO lantaran apa yg berlaku sekarang tetapi jikalau kita pandang balik jauh ke belakang, siapa sebenarnya yang mencipta sebuah masalah paling besar yang bernama Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara?

  76. nadia Says:

    Nik Aziz okays pig farm

    PASIR PUTEH: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yesterday expressed support for the proposed hi-tech pig farm in Selangor, provided it did not contaminate the environment.

    He said there was no reason to raise objections against the proposal if the company managing the farm was able to adhere to the guidelines set by the Department of Environment.

    “We support it, so long as the farm does not contaminate the environment.

    “Non-Muslims have the right to breed pigs,” he said.

    Nik Aziz was asked to comment on a decision by the Pakatan Rakyat government in Selangor to allow a company to open a RM100-million modern and environmentally-safe pig farm in Tumbuk Estate in Sepang.

    However, the Pas spiritual leader said Kelantan would not allow the opening up of pig farms on a commercial scale in the state.

    “The backyard breeding of pigs by non-Muslims is adequate,” he said.

    and plus he once said..

    “I advise UMNO to accept the Al Quran and hadith. Pas is against UMNO because the party does not use Al Quran and the hadith as the basis of its struggle,”

    *as a muslim who living in a establish muslim country..i am confused…
    cus i was there.. i was in melaka..i understand what they are going through..it takes 50 years to end it…tell him that i rather buy him a whole carton of liquor than reading this crap from him…and that RM 100 m..give it to our 2nd astronaut…to all the leaders..i am only 25 years old this year…but i still remember the world flag book that my mama bought for me… i was searching for our country flag..Malaysia…

    ”The dark blue stands for the unity of the Malaysian people. The crescent moon is a symbol of the official religion Islam. The 14 pointed star symbolises the unity of the 13 states and the federal government. The yellow is the colour of Their Highnesses the Rulers of the Malay States.”
    is stated

    the leaders gave up our economic and now our land….

    i am not a politician nor interested to it…but i do support green wolrd..wake up it’s global warming..*

    and here some comment that pick up frm bloggers…
    ————————————————————————————–
    (Now, this is very unlikely. I have seen weird stuff in the news, but this is ultimately the biggest shock, yet quite a pleasing sight for a bad sleep last night. This man, Nik Aziz, is pretty cool now. Although I don’t know who he is, even for a Mentri Besar of Kelantan, he is pretty much deserving all the respect I can give.

    Dammit, he is a Muslim giving support to pig farmers! How cool can that be? Pork has always been a bane to the Muslim community, and this is a pretty big move especially for Nik Aziz.

    He knows that us Chinese are businesspeople, and we need to make money. To make REALLY good money, what can be better than being a pig farmer?

    I quote: “You’re still plugged into the Matrix if you have not eaten pork.” - Shaun Liew)

    (If it was a chicken farm or cow farm, I am sure the same would have been reported.

    As long as the tone of the reporting does not sound as showing off, or implying anything apart from journalistic and factual reporting, it should be ok.

    However, this was a main issue during election, if BN was offended, I think they started it as an issue so should be responsible.

    If its necessary to keep pigs farm away from Moslem community, then do it.

    We should listen to the request of all community and find a middle of the road solution to suit everyone.
    Surely a secluded land can be found away from all community, because I as a non moslem still dont like to be near a big pigs farm because the smell can sometimes be unbearable, despite the assurance of modern farming method.

    So leave the politics and religion aside, we should be working together for the country and everything should be okay-sabah fan)

    (Its great to know that the new Selangor government is proactives in business dealings keep up the good work but with cautions and not rushing to conclusions.

    Referring to the approved RM100 mil in pig farming, I believed it is refering to the PFA (Pig Farming Area) concepts that was first mooted during the Nipah virus back in the late 90’s.

    There has been many talks on PFA before and presented to many state governments especially to now PR controlled states and none of the previous government wants to have any relationship to it nor talk about it. As it may jeopardise thier interest in the state government.

    What I would like to highlight is there was a project in Tg Sepat for this PFA and it is half built and left redundant.
    - So why now proposed in Sepang? Sepang is very much near to KLIA, and it doesnt seems to be appropriate.
    - Secondly in any PFA or pig farming, there is a need of BIG support from government to help the industry to rejenuvate and to solve the solid waste that is harmful to environment.
    - The waste (farm waste) in overseas are either converted to organic fertilisers or generating electricty through bio-gas.

    Lastly I would like to share is that as long as PFA projects are handle the correctly both environmental and sensitivity as a nation interest, it will contribute significant into our GDP and reducing the food import at deficits.

    By the way, the world pork producers are increasing its production to meet the growing demands for China so dont we think is a business to look into. China consumes half of the world pork.)

    ***we have kolam ikan yg sumber makanan kepada ikan itu adalah babi…
    dan kita juga akan ada ladang ternak babi yang mungkin makanan nya boleh jadi manusia…since thats the one particular animal that would eat anything.dan kalau skarang ada yang jual katak salai on-the-sport kt pasar malam mungkin nanti kita ada org jual babi berleluasa…FYI katak salai tu bau lebih kurang sama jugak dgn babi…ini bukan isu perkauman..apata lagi nak sekat rezeki org..tapi kalu nak buat..buat la kat tempat jin bertendang yang takda komuniti manusia yang tinggal, berkerja, atau bersekolah berdekatan dengan tempat kejadian..Sekian Terima Kasih..

  77. Adun Sgor 2012 Says:

    Salam Tan Sri,

    Saya berharap dapat memberi pandangan, komen dan kritikan yang bernas dalam blog ini. Saya berpendapat bahawa blog Tan Sri akan menjadi lebih popular dari mana2 blog politik kepunyaan ahli2 politik orang Melayu. Satu lagi blog popular ialah dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya amat yakin blog Tan Sri akan dilawati lebih ramai lagi dari blog Dr Khir yang dilancar terlebih dahulu sebab Tan Sri lebih berpengalaman dan pandangan Tan Sri lebih rasional. Lagipun Tan Sri seorang strategis, tetapi pandangan saya kelak tidak semestinya menyebelahi Tan Sri.

    Tan Sri, cita2 saya dalah untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor pada tahun 2012, insyallah. Parti belum tentu lagi…!

    Last but not least, thanks for having this forum/blog for us to provide views and comments.

    Salam dari Bakal Adun Selangor 2012.

  78. Ritz Ariff Says:

    Jadilah pemimpin yang adil dan saksama dengan mencontohi sifat rasulullah dan sahabat beliau. Negara kita sedang menghadapi masalah kepimpinan. Ingatlah allah akan menjahanamkan dunia ini dengan pemimpin yang tidak adil.

    Jangan jadikan politik untuk tempat mengaut keuntungan peribadi dan konco2. Berkhidmatlah untuk rakyat BUKAN untuk mengayakan diri.

  79. Tharieq Dhiyauddin Says:

    Salam,
    Apa khabar semua. Saya bangga majoriti melayu masih sayangkan melayu.

    Sedikit pendapat sahaja. Komen yang baik adalah ucapan salam, tanya khabar, dan cerita positif terhadap individu/kumpulan. Kemudian bolehla masuk kepada subjek utama iaitu mengenai kekurangan, cerita negatif. ketidakpatuhan dan diiringi pula cadangan/pendapat yang bernas untuk mengatasai masalah tersebut. Akhirnya di kemudian hari semua orang senang dan bersatu padu..

    Lu Pikirlah sendiri.. Assalamualaikum…

  80. Asrul Muzaffar Mohammed Says:

    Cadangan saya… kini saudara sudah mempunyai blog (tahniah). Apa kata dibuka pula akaun untuk profil Facebook (www.facebook.com)! Ramai pemimpin PR ada di sana manakala BN pula amat sedikit!

  81. syahidah Says:

    saya merupakan bekas pelajar di KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI INOVASI(551140).saya mengambil kursus Diploma TECHNOLOGY MAKLUMAT yang bernombor ID IPO 5967.Pada permulaan saya mengetahui tentang kolej ini daipada Azman bin Abdul Hamid yang bernombor ked pengenalan 870226085764.Beliau ada menceritakan serba sedikit mengenai keistimewaan memasuki KOLEJ MUTIARA,beliau juga ada mengatakan kolej ini memang telah diiktiraf LAN.Akhirnya dengan semangat saya untuk belajar saya bersetuju untuk mendaftar.Sebaik sampai di kolej pada 19 MAC 2007 saya diperkenalkan kepada En.Ezriq untuk proses pendaftaran dan diberi surat tawaran kemasukan ke program DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY(DCIS).Setelah selesai,saya terus sahaja memasuki ke kelas untuk proses pembelajaran dan diberi asrama iaitu di Chery Apartment.Pada permulaan saya tidak mengesyaki apa-apa tentang kolej tetapi apabila saya mula-mula ingin memohon pinjaman Mara,saya terkejut kerana pihak kolej telah menukar surat tawaran saya ke atas DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY(AUTOMOTIVE MAINTENANCE)(P A6651) yang bertarikh 4 Jun 2007 atas alasan yang diberikan oleh pengetua kolej iaitu Puan Hamizah ialah kursus yang saya ambil iaitu DCIS tidak ditawarkan pinjaman Mara,hanya kursus Automotive maintenance sahaja yang ditawarkan pinjaman Mara.jadi,untuk menolong kamipihak pengurusan telah menukar surat tawaran dan mengubah sijil SPM rakan-rakan saya yang sepatutnya memang tidak layak kerana kebanyakkan mereka ridak cukup 5 kredit.Sehinggalah saya dan rakan-rakan mendapat surat tawaran daripada pihak Mara dengan tertulis pinjaman kami di atas kursus Automotive Maintenance.Lebih mengejutkan lagi,yuran yang sepatutnya kami bayar sepanjang tempoh 3tahun pengajian adalah RM15,000 sahaja tetapi di dalam surat pinjaman Mara dengan mengikut kursus Automotive yuran pengajian sebanyak RM25,000.Kami terpaksa menandatangani perjanjian kerana untuk meneruskan pelajaran dan menampung perbelanjaan hidup selama di KOLEJ MUTIARA.Sewaktu proses pembelajaran pula,pensyarah selalu tidak masuk ke kelas untuk mengajar tetapi kadang-kadang hanya memberikan kami tugasan dan menamatkan waktu kelas awal.Kelengkapan di dalam makmal komputer pula tidak mencukupi,pelajar kelas aya seramai 17 orang tetapi komputer yang ada cuma 10 sahaja tetapi hanya 3 sahaja yang boleh digunakan.KOLEJ MUTIARA juga membenarkan seorang pensyarah yang tidak berkelayakan mengajar iaitu anak prempuan kepada pengetua kolej bernama MISS IKA.Beliau baru berumur 19 tahun tetapi boleh mengajar kami yang mengambil kursus diploma.Manakal proses pembelajaran bersama beliau hanya sekadar sembang-sembang kosong sehingga tamat waktu pembelajaran.Terdapat 2 oarang pelajar senior yang belum tamat pengajian tetapi dibenarkan menjadi ataf sambilan di situ.Beliau adalah Badrul B. Bakari dan Asriel jason Arul a/l Arul Pakiam.Sepatutnya mereka tidak boleh menjadi staf sebelum habis belajar tetapi dibenarkan kerana banyak membantu pengurusan kolej di dalam mengaburi mata pelajar kolej tentang banyak penipuan yang pihak pengurusan lakukan.Kebanyakkan pelajar yang memasuki kolej ini melalui agen iaitu Lisa,Mark,Azman dan Penghulu Daerah Teluk Intan.Manakal di daerah lain juga terdapat agen yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pelajar.Segala urusan pendaftaran dilakukan oleh pihak agen.Sebelum memasuki kolej,pihak pengurusan menjanjikan pelbagai kemudahan tetapi setelah lama berada disini segalanya hanya cakap kosong sahaja.Keselamatan dan kebajikan pelajar juga diabaikan.Tempat tinggal memang disediakan tetapi hanya selama 3bulan sahaja,selapas itu kami terpaksa mencari rumah sewa sendiri.Pihak kolej sepatutnya sudah dibayar oleh pihak Mara sebanyak RM4,000 untuk 1sem tetapi masih meminta pelajar membayar yuran pendahuluan kolej sebanyak RM77O manakala campur yuran asrama untuk 3bulan sebanyak RM240 seorang.Manakala slip keputusan peperiksaan juga dikenakan caj sekiranya hendak dicetak oleh pelajar.Mengenai peperiksaan sem pula pensyarah sendiri telah memberi soalan kepada pelajar sebelum peperiksaan bermula.Sepatunya di IPTS atau mana-mana IPTA sekalipun tidak dibenarkan memberi soalan tetapi pihak kolej dengan rela hati membenarkan asalkan pelajarnya lulus dengan cemerlang.Ini kerana jika kami gagal sekalipun kolej tetap meluluskan keputusan kami sebelum dihantar ke pihak Mara supaya setiap sem Mara akan membayar RM4,000 kepada kolej bagi setiap pelajar.Oleh kerana saya dan juga rakan-rakan selalu tidak berpuas hati dengan pengurusan dan penipuan kolej,pihak pengurusan kolej telah mensenarai hitamkan nama kami di kolej.jadi,apabila kami di black list kami tidak dibanarkan untuk datang ke kolej dengan alasan kami akan memburukkan tentang kolej kepada pelajar-pelajar baru.Pada hujung tahun 2007 saya telah membuka laman web LAN untuk menyemak status kolej dan lebih memeranjatkan saya kursus yang saya ambil iaitu DCIS tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak LAN.Setelah saya mengetahui tentang status ini sya dan rakan-rakan erus membuar pengaduan di pajabat Mara,IPOH untuk mengetahui status pinjaman Mara yang kami ambil.Sebelum itu pihak Mara di KL ada menelefon kami mengatakan akan datang ke kolej untuk menyemak result SPM asal tetapi pihak kolej seolah-olah dapat menghidu kehadiran pihak Mara KL dan telah mengarahkan semua pelajar kolej agar tidak berada di dalam kolej pada hari tersebut.Apabila saya membuat pengaduan di pejabat Mara IPOH mereka seolah-olah bersama=sama bersubahat dengan pengetua kolej dan mengambil aduan kami sambil lewa sahaja tetapi mendukacitakan saya kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak Mara.Kama yang tidak berpuas hati terus membuat pengaduan di Jabatan Pelajaran Negeri Perak danmengadu tenteang LAN yang tidak diiktiraf.Tetapi seperti pihak Mara juga tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap kolej.Apabila saya siasat rupa-rupanya memang betul pihak pegawai di JPN telah terlibat sama dengan penipuan dan pamalsuan SPM seorang bekas palajar kolej iaitu Jabrullah.Pelajar ini sebenarnya memang tidak mengambil SPM tetapi layak masuk ke kolej dan layak mendapat pinjaman Mara kerana pihak kolej telah mencetak SIJIL PALSU yang dibuat oleh kerani bernama CIK NURUL HUDA dan mendapat pengesahan daripada EN HAMIDON iaitu pegawai bahagian pelajaran swasta JPN Perak.Saya rasa sudah terlalu banyak yang sudah saya dedahkan tenteng PENIPUAN PIHAK KOLEJ jadi saya dengan hormatnya memohon jasa baik TAN SRI supaya mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat.KASIHANILAH KAMI,KAMI BUKAN ANAK BERADA DAN TUJUAN DATANG KE KOLEJ UNTUK BELAJAR TETAPI DITIPU SEHINGGA TELAH MENGHABISKAN BANYAJ WANG SELAMA BERADA DI SINI.SAYA JUGA MEMPUNYAI BUKTI-BUKTI PENIPUAN PIHAK KOLEJ SERTA MEMPUNYAI BUKTI-BUKTI BAHAWA KAMI TELAH MEMBUAT PELBAGAI PENGADUAN…TETAPI SAYA TIDAK TAHU BAGAIMANA MAHU SERTAKAN DI DALAM WEB INI.SAYA MENGHARAPKAN AGAR SEGALA PEBELANJAAN SAYA SELAMA BERADA DISANA DAPAT DIGANTI..KAMI BEGITU TERKILAN DAN DUKACITA APA YANG TELAH TERJADI.

  82. Akademia Says:

    As-Salamu ‘Alaikum YB Tan Sri,
    Saya ada membaca beberapa soalan MP PR untuk sidang akan datang. Antaranya ialah mengenai JPP.

    (Rujuk: http://ms.wordpress.com/tag/soalan-dewan/).

    Dengan soalan tersebut, data-data akan dikumpulkan oleh PR. Dicampur dengan data-data dari soalan-soalan lain. Dibandingkan dengan data-data yang digunapakai semasa menumbangkan BN di lima buah negeri pada PRU12 yang lalu. Mungkin, natijahnya, akan digunapakai untuk menjadikan di lima negeri tersebut sebagai BN less than 25% pada PRU13 akan datang. Malah, mungkin boleh diproses untuk digunapakai untuk menawan Negeri9, Melaka dan Johor.
    PR mungkin tidak begitu ghairah menawan Trengganu dan Perlis dalam PR13 akan datang. Sebabnya, kebanyakan rakyat mungkin sedia maklum.
    Maaf Tan Sri.

  83. imran Says:

    Salaam Tan Sri,

    Nasihat sama Tan Sri Aziz Karpal Singh,Ragunath Kesavan,Tan Sri Zahid Hamidi…gunakan perkataan yg baik-baik berbicara tentang Tun Dr.Mahathir.Dia mantan perdana menteri,masa sihat dan mudanya diabadikan utk rakyat dan negara.Sekarang dia berumur,dia bercakap hal kebenaran pun dia dikatakan mengkritik.tak baik begitu.agama mengajar kita menuturkan yg baik