Tangguh dulu hasrat berhijrah ke bandar
Selamat pagi dan Salam sejahtera
Ada dua sebab kenapa saya menasihatkan anak muda atau remaja lepasan sekolah agar menangguh dahulu atau membatalkan terus hasrat untuk berhijrah ke bandar-bandar besar, terutama selepas keputusan peperiksaan setiap hujong tahun.
Pertama, kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menyebabkan lonjakan kenaikan sara hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan sebagainya. Bukan niat saya untuk menghalang anak muda mencari kehidupan di Bandar sebaliknya keadaan ini mungkin tidak terdaya diserap oleh ‘peneroka bandar’ baru ini.Kalau boleh tangguh dulu niat untuk berhijrah ke Bandar untuk sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun ini dan kalau boleh lupa terus hasrat itu kerana di kampong juga ada peluang untuk hidup.
Kedua dan yang lebih penting masih ada ruang kehidupan di luar bandar atau di kampong tempat asal tinggal mereka. Melalui kementerian saya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berbagai kemudahan dan insentif disediakan terutama bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, penternakan dan penanaman bahan makanan.
Untuk apa berpusu-pusu berhijrah ke Bandar semata-mata untuk merasai ‘live’ Bandar sedangkan sara hidup dan kos yang semakin tinggi jika di kampong ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan ini.
Menerusi Rancangan Ekonomi Desa (ED) kementerian menyediakan pinjaman antara RM20,000 hingga RM50,000 kepada mereka yang berminat sebagai usahawan, tidak kiralah sama ada hendak menternak kambing, ikan sembilang atau ikan keli dan apa saja kegiatan ekonomi desa, kita akan Bantu.
Apa yang penting bagi golongan belia ini kenalah rajin sikit mencari maklumat dan bertemu dengan agensi di bawah kementerian untuk mengetahui apa yang boleh mereka turut serta.
Paling tidakpun bila singgah kat CC (Ciber Café) atau Pusat IT Desa jangan sekadar untuk bermain games di internet sebaliknya layarilah portal kementerian untuk mengetahui segala maklumat. Dari sini mereka akan sedar bahawa di kampong juga terbentang ruang yang luas untuk mencari rezeki.
Sekian, jumpa lagi…














June 17th, 2008 at 8:53 am
Salam Tan Sri,
Alhamdulillah, kementerian Tan Sri memang banyak menyediakan kemudahan untuk direbut oleh anak-anak muda khususnya di kampung. Cuma Tan Sri kadang-kadang saya dapati, prosedur untuk mendapatkan pinjaman atau kemudahan tersebut terlalu banyak dan menyusahkan hingga menyebabkan anak-anak muda ini bosan dan akhirnya mereka gagal untuk mendapatkan pinjaman tersebut. Mohon segala kemudahan tersebut memang mudah untuk diperolehi. Terima Kasih.
June 17th, 2008 at 10:51 am
A.kum Tan Sri,
1. Sebenarnya mereka membawa diri ke bandar besar kerana ‘terpaksa’?
2. Jika di kawasan tempat tinggal mereka sekarang ada banyak peluang pekerjaan, saya percaya mereka tidak akan pergi ke bandar-bandar besar.
3. Kemudian nak jadi usahawan tani atau ternak? Jika dah tinggal dirumah teres kos rendah 2 atau 3 bilik, tanah sekangkang kera depan rumah…nak tanam apa…nak ternak apa..?? Nak minta tanah kerajaan…faham-faham sajalah Tan Sri !
http://sukj.blogspot.com
June 17th, 2008 at 11:13 am
Salam DTSMMT,
Saya sebagai anak kampung sangat mengargai dan menyanjung tinggi hasrat DS untuk membantu orang kampun yg miskin.
Saya tidak mempunyai tanah walau ’se kangkang kera’ pun. tinggal menumpang ditanah ‘resap kerajaan’.
Cuba DS terangkan dgn sejelas jelas nye bagai mana cara memohon bantuan supaya saya boleh bertani atau bercucuk tanam di mana2 jua, kerana ditempat saya ini tiada tanah kosong yg boleh diterokai.
Saya sangat berminat untuk menjadi petani moden, tetapi oleh kerana kemiskinan saya tidak boleh buat apa2.
Saya pernah memohon tanah melalui pejabat tanah T.Intan beberapa tahun lalu, tetapi tiada jawapan.
SAYA SANGAT BERHARAF AGAR DS DAPAT MEMBERI PENJELASAN YG MEMUASKAN
Salam dan Terima Kasih.
June 17th, 2008 at 12:25 pm
bagaimana hendak memohon pinjaman tersebut? ape kelayakan yg perlu ada?
June 17th, 2008 at 1:02 pm
YB Tan Sri,
Jika diberi peluang untuk kembali kepada masa lampau, saya fikir saya adalah antara orang yang akan menyahut seruan YB Tan Sri agar warga desa tidak berlumba-lumba mencari rezeki di bandar. Ledakan kemajuan telah membawa arus kemakmuran di kampung-kampung di negara ini pada masa kini. Kini persekitaran kampung memang jauh berbeza dari masa lalu. Melalui kemajuan yang disuntik oleh pihak Kerajaan (BN), kita melihat kini pelbagai aspek/peluang di bidang ekonomi disediakan untuk direbut oleh rakyat desa khususnya kaum belia dan beliawanisnya.
Hasil kunjungan saya ke beberapa kampung sejak April lalu dalam program MID, telah membuatkan saya berasa kagum dengan apa yang telah diusahakan oleh pihak Kerajaan selama ini. Secara tak langsung ianya menggamit rasa cemburu di hati saya yang telah berkelana di kota impian ini sejak hampir 30 tahun. Terlalu ramai yang aktif dan berjaya di kampung sana. Terdapat masyarakat kampung yang membina kejayaan dalam bidang ekonomi seperti mengusahakan ladang pertanian, ternakan, homestay, kraftangan dan sebagainya, samada melalui secara usahasama/berkumpulan mahupun individu.
Usaha Kerajaan untuk melahirkan warga desa yang celik IT melalui pengwujudan Medan Infodesa (MID), turut menghasilkan pulangan yang baik mutakhir ini. Janganlah anda merasa terperanjat sekiranya melihat kalangan ‘warga emas’ di kampung juga kini telah mahir mengendalikan komputer serta melayari internet untuk mencari maklumat, berurusan dengan klien (melalui perniagaan berkonsepkan jualan secara maya/internet) ataupun menggunakannya bagi tujuan pembayaran bil-bil tertentu. Perkembangan ini bakal menyaksikan suatu situasi yang bersifat ‘biasa’ pada masa akan datang.
Terlalu banyak sebenarnya yang boleh dimanfaatkan oleh para pelia dan beliawanis dalam program-program ekonomi yang disediakan oleh pihak Kerajaan, terutama melalui agensi pelaksananya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Saya percaya, selepas ini ramai rakan-rakan belia dan beliawanis kita yang akan menyahut seruan YB Tan Sri dengan merebut peluang perniagaan atau latihan mengusahakan projek-projek bagi diseimbangkan dengan situasi ekonomi terkini. Maka, dengan itu ianya dapat meminimakan penghijrahan belia dan beliawanis ke bandar yang belum tentu menjamin syurga impian mereka. Selamat maju jaya !
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri segala perubahan ini. Kesempatan untuk melihat sendiri perkembangan kemajuan kampung-kampung yang menyediakan MID diseluruh negara telah membuatkan saya berasa optimis akan perjuangan UMNO dan Kerajaan BN selama ini.
June 17th, 2008 at 1:45 pm
Salam buat YB, Tan Sri,
Saya adalah seorang daripada Anggota KEMAS berjawatan sebagai Penyelia Kanan Perhubungan di Pejabat KEMAS Negeri Johor. Saya amat tertarik dan bersetuju sangat dengan artikal mengenai nasihat kepada anak anak muda di luar bandar agar tidak berhijrah ke bandar atas sebab dengan masaalah kenaikan harga minyak dan lain lain barangan keperluan harian. Saya juga dalam beberapa siri aktiviti dan program telah menyampaikan saranan tersebut dan memaklumkan pihak KKLW ada menyediakan pelbagai dana pinjaman dan bantuan bagi membantu rakyat luarbandar. Hanya terdapat sedikit kemusykilan di mana feedback yang di terima rata rata mereka menyuarakan bahawa bantuan dari kita KKLW amat susah untuk mendapat kelulusan kepada mereka yang memang berminat untuk menjalankan aktiviti keusahawanan di kampung kampung. Oleh itu saya mohon agar satu dana di sediakan khusus bagi memberi bantuan kepada dengan cara yang mudah tetapi tidak dalam angka yang besar dan di kurangkan kriteria pemohon bantuan tersebut sebagaimana yang pernah di laksanakan oleh KEMAS satu masa dulu agar KKLW akan sentiasa bermain d bibir masyarakat luar bandar kerana membantu mereka
Sekian terima kasih diatas keperihatinan YB. Tan Sri.
NASHARUDDIN ABDUL RAHMAN
June 17th, 2008 at 2:59 pm
Tan Sri,
Belum terlambat izinkan saya mengucapkan tahniah kepada TS atas perlantikan sebagai Menteri penuh bagi mengetuai satu kementerian yang penting.
Saya ingin memohon perhatian TS diatas masalah “Orang Asli” dinegara ini. Saya pernah mengetuai satu Batalion Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia yang dikenali “Senoi Praaq” atau terjemahannya “orang perang”. Kesempatan itu, saya telah menjelajah keseluruh (lebih kurang 90%) perkampungan orang asli. Ada 3 perkara penting yang saya dapati; pertama taraf ekonomi; kedua sosial dan ketiga pendidikan. Pada keseluruhannya didapati 3 masalah ini terus terbiar. Ekonomi mereka umpama “kais pagi makan pagi”.
Tidak ada program yang membolehkan orang asli naik taraf dalam bidang ekonomi. Walaupun begitu, mereka yang cerdik sikit bukannya dari warisan “pure” orang asli tapi keturunan mereka hasil kawin campur. Manakala aspek sosial pula masih ditahap lama. Tengoklah persekitaran yang mereka tinggal, rumah yang mereka duduk, kemudahan api, air ada perkampungan langsung tidak dibekalkan. Mereka minum air sungai, rumah diperbuat dari buluh, beratapkan bertam. Mereka ketinggalan dari aspek kehidupan arus perdana. Tidak ada TV untuk ditonton, tidak ada radio untuk didengar. Dari aspek pendidikan, 70% daripada mereka adalah buta huruf.
Bagaimanakah kementerian TS untuk mengurangkan penderitaan orang asli kita ini. Jauh dilubuk hati saya, sekiranya saya seorang hartawan, saya akan pilihara mereka ini dengan mengadakan kemudahan asas yang mereka perlukan. Saya akan adakan dana “pendidikan” untuk anak2 mereka.
TS, saya sedia untuk membantu TS merancang apa jua program untuk mereka kerana saya punya kekuatan jalinan perhubungan (communication) dengan kaum orang asli. Mereka (tok batin) selalu menghubungi saya apabila menghadapi masalah. Kadangkala saya bantu saya setakat termampu dengan sedikit huluran untuk anak2 mereka bagi membeli pakaian sekolah. Harapkan bantuan dari Jabatan Orang Asli kadangkala lambat kerana terlalu mengikut prosedur.
Jika TS ingin saya membantu, saya boleh dihubungi di e-mail acp_yusof@yahoo.com. Saya amat perihatin terhadap mereka seumpama keluarga saya sendiri.
TS renungkanlah nukilan saya ini. Kalau perlu jawap, jawaplah. Kiranya TS tidak peduli hal ini alhamdullilah saya ucapkan.
Terima kasih.
June 17th, 2008 at 5:14 pm
Terima kasih Tan Sri atas lawatan yang di buat di Kampung saya di Tawau.
Terima kasih
June 19th, 2008 at 8:17 pm
Tan Sri,
Lega rasa hati dan minda bila membaca coretan TS. Coretan beginilah yang boleh dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya sangat berharap supaya kami rakyat Malaysia dapat berhubung dengan kerajaan dengan mudah seperti ini. Walaupun sekadar info. Soal dalaman parti hanya melibatkan 3 juta (?) orang sahaja. Tan Sri adalah milik negara tak kira mereka yang berparti atau tidak.
Bukalah cerita seperti ini lagi. Saya percaya TS banyak cerita.
Tahniah dan Terima kasih.
June 19th, 2008 at 11:33 pm
YB TAN SRI,
KENAPA BELIA BERHIJRAH KEBANDAR ALASANYA KERANA CONTOH KAMPUNG SAYA PTG KUANG,DUN BERTAM,PARLIMEN KEPALA BATAS APA CADANGAN MESTI ADA ALASAN TAK RELEVAN SEPERTI JALAN TAK UTAMA,TANAH TAK ADA NAK BUAT PADANG BOLA,BANGUNAN TAK BOLEH BUAT,MENGERTAK ORANG KERANA DEDAH YANG SEBENAR,JUSTERU ADAKAH DIKAMPUNG MEMBERI KESENANGAN DIDUNIA DAN AKHIRAT?
BEZAKAN 60 RELONG DAN 2 RELONG DAN 5RELONG,TAKKAN 60 RELONG SAMA DENGAN 5 RELONG DALAM PEMBERIAN BANTUAN,RUMAH PPRT BIARLAH LENGKAP DENGAN API/AIR BUKAN MACAM RUMAH HASSAN BIN DARUS(DAPAT DARI PERDA TAPI KINI BELUM ADA KEMUDAHAN ASAS INI CUMA AIR BELUM LA NI BUANG AIR BESAR CUCI BAGAIMANA?DUDUK DALAM KAWASAN PARLIMEN PUN TAKDAK AIR SEDIH,SEDIH.MOHON SEGERAKAN,MOHON SEGERAKAN BEKALAN INI,BUKAN MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINAGA KIRI.
PAK CHA.
PTG KUANG,DUN BERTAM,PARLIMEN KEPALA BATAS.
June 20th, 2008 at 12:29 am
saya setuju kalau anak muda tangguhkan dulu hasrat nak berhijrah kebandar.sebenarnya bukan semua yang berhijrah itu kerana desakkan hidup, tetapi terpengaruh dengan rakan yang dah berhijrah ke bandar untuk merasai suasana baru dan ingin hidup berdikari dan lari dari konkongan ibu bapa..
sedangkan dikampung halaman sendiri macam2 boleh dilakukan atau diusahakan. jika tidak berpeluang manjadi usahawan, anak muda cubalah mendapatkan kemahiran seperti di giat mara misalnya. kerajaan banyak menyediakan pusat2 latihan kemahiran untuk memberi kemahiran kepada belia yang berminat.jika mereka tidak membuka perniagaan sendiri, mereka boleh mencari pekerjaan dengan lebih mudah kerana sudah ada kemahiran.
oleh itu tidak wajar jika kita politikkan penghijrahan anak muda kebandar kerana desakkan hidup..kemudian apabila mereka mengalami kepayahan dengan kos sara hidup yang tinggi di bandar,kerajaan pula akan disalahkan..
June 20th, 2008 at 6:06 pm
Tan Sri,
Pandangan Tan Sri mengenai anak-anak muda atau remaja lepasan sekolah agar menangguh dahulu atau membatalkan terus hasrat untuk berhijrah ke bandar-bandar besar adalah satu pandangan yang baik dan jauh. Saya amat bersetuju pandangan daripada Tan Sri itu. Banyak perkara perlu dicuba terlebih dahulu oleh anak-anak muda ini sebelum mencuba nasib mereka di bandar-bandar besar. Ambil peluang yang ada, gunakan khidmat nasihat dan bantuan daripada kerajaan persekutuan terutama di bawah kementerian Tan Sri sendiri. Kita punyai banyak contoh usahawan-usahawan melayu kita yang telah berjaya dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang perniagaan dan juga pertanian. Bak kata orang “berbudi pada tanah insyallah akan akan tertuai hasilnya”. Mungkin ayat saya ini bagai “membodek” Tan Sri. Bagi saya jika tidak dimulakan akan tiada juga pengakhiran/hasilnya. Orang selalu kata kita tiada tanah, tapi mungkin ada idea untuk memulakan perniagaan. Orang selalu kata kita tiada modal untuk memulakan perniagaan, hasilkan dulu idea kertas kerja. Minta nasihat kepada yang pakar/yang telah berjaya. Insyallah jika ada usaha akan ada juga kejayaan.
Diharap pihak kementerian juga perlu membuka peluang-peluang seluas-luasnya kepada mereka ini. If just only one side sahaja berusaha tapi tidak mendapat perhatian daripada pihak kerajaan tiada gunanya. Mungkin keperhatinan kementerian Tan Sri dan juga Tan Sri sendiri dapat juga mereka ini bernafas.
Terima Kasih
http://umnobahagianpandan.blogspot.com/
June 24th, 2008 at 11:41 am
saya cadangkan kementerian membina bangunan yang menempatkan pemuda yang dari kampung yang berhijrah ke bandar utuk bekerja.bangunan ini kira seperti hostel yang mengenakan bayaran minima kepada pekerja yang baru berhijrah.ini untuk menjana ekonomi kaum melayu yang bekerja di bandar dan mengurangkan kos hidup di bandar. Hostel ini disyaratkan kepada kaum melayu sahja kerana bagi kelebihan kepada kaum pribumi tanah melayu
June 24th, 2008 at 4:45 pm
Selamat maju jaya PM…
June 28th, 2008 at 12:27 am
DS,
Pembangunan luar bandar perlu dimulakan dgn pekan kecil dengan pelbagai aktiviti perniagaan yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Pekan kecil yang terurus ini
akan dijadikan tempat untuk penduduk tempatan menjual hasil dan produk kampung mereka.
Bila pekan kecil ini berada di merata tempat, ianya akan menjadi suatu rangkaian perniagaan yang mantap dan berdaya maju.