Terima Kasih kepada bahagian yang mencalonkan saya
Salam bahagia dan salam perjuangan kepada pembaca semua. Terlebih dahulu saya merapatkan Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada bahagian Umno yang mencalonkan saya hingga melayakan saya untuk melepasi quota bagi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan Mac ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada bahagian dan perwakilan yang mencalonkan saya dan juga bahagian yang tidak mencalonkan
Saya menganggap kelayakan bertanding ini sebagai bermulanya satu tanggungjawab besar bagi saya untuk menyumbang tenaga dan kesetiaan kepada parti. Bagi saya, kelayakan ini juga adalah amanah dari akar umbi yang menyambut dan merestui hasrat saya untuk bertanding jawatan timbalan.
Bagi saya, pertandingan dalam parti adalah satu proses ahli untuk menilai dan memilih pemimpin. Tidak timbul soal perpecahan dalam parti selagi kita menganggap pertandingan ini sebagai satu proses memilih pemimpin dalam sebuah keluarga besar seperti umno.
Malah bila wujudnya pertandingan ini akan memberi ruang yang lebih kepada ahli dan perwakilan untuk memilih pemimpin dalam umno. Ahli akar umbi perlu diberi hak dan pilihan kerana melalui cara ini akan memperkasakan lagi parti.
Pertandingan bukan satu permusuhan malah ianya adalah satu proses yang sihat selagi kita semua patuh dan akur dengan peraturan dan kehendak parti.
Sekali lagi terima kasih kepada bahagian yang mencalonkan saya dan terima kasih juga kepada bahagian yang tidak berkesempatan mencalonkan saya.






November 10th, 2008 at 1:15 am
Tahniah diucapkan kepada Tan Sri kerana layak bertanding Timbalan Presiden. Walaupun sebelum ini berbagai rintangan dan cabaran, dengan tohmahan mengatakan Tan Sri menarik diri dari bertanding, namun alhamdulilah segala getir permulaan larian berjalan lancar. Seterusnya, segala usaha, tenaga dan sumber ditumpukan kepada bulan Mac 2009 yang tinggal 5 bulan lagi.
Jangkamasa pertandingan kali ini agak lama, kalau pakai kuda semput letih di tengah jalan, pakai lah kuda yang masih lagi muda dan gagah hingga sampai ke garisan penamat dengan bergaya.
Saya dan seluruh ahli UMNO Bahagian Kelana Jaya sentiasa berada dibelakang Tan Sri. Tan Sri bunyikan siren seluruh jentera datang berpusu-pusu berkempen untuk Tan Sri. Hablumminannas dan Habluminallah, sentiasa berhati lurus, mantapkan iman, senyum selalu dan telus dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan insyallah kejayaan menunggu dihadapan.
November 10th, 2008 at 1:27 am
Tahniah kepada Tan Sri kerana telak layak bertanding.semuga Tan Sri berolih kejayaan dalam pemilihan nanti.
November 10th, 2008 at 1:58 am
Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan melepasi kuota pencalonan. Semoga Tan Sri juga akan melepasi dan mencapai kejayaan dalam pusingan seterusnya. Selamat berjaya semoga Allah swt memudahkan segala perjalanan dan urusan memartabatkan agama, bangsa dan negara. Selamat Berjaya daripada kami semua.
November 10th, 2008 at 9:21 am
Salam Hormat Tan Sri
Tahniah kerana layak dalam proses pemilihan pada Mac 2008 nanti.
Harapan saya, mohon perwakilan menilai dan seterusnya memilih pemimpin yang boleh bekerja utk parti. Bukan shj pandai bercakap, tetapi kerja mesti kuat dan berkesan demi memulihkan UMNO itu sendiri.
Biarlah apa parti pembangkang dan penyokong pembangkang nak cakap. Nama pun pembangkang. Buat salah , tak buat apa lagi lah.
Tiada siapa yang menidakkan kesetiaan Tan Sri kpd UMNO. Syabas Tan Sri..
Selamat berjuang. Wassalam
November 10th, 2008 at 9:28 am
Saya dan keluarga mengucapkan tahniah kepada TS kerana berjaya mendapat cukup pencalonanan utk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Semoga TS berjaya dalam pemilihan MAC 2009 nanti.
November 10th, 2008 at 9:34 am
TS tahniah atas kejayaan mendapat cukup pencalonan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Satu soalan utk TS,jika saya ada satu cadangan dan program untuk Kementerian TS untuk membaiki taraf hidup golongan fakir miskin dan ibu tunggal,perlukah saya berjumpa dgn TS?? Saya harap dapat membentangkan kepada TS sendiri .
Harap TS dapat maklumkan kepada saya bagaimana idea ini dapat diketengahkan.
November 10th, 2008 at 10:29 am
TAHNIAH YB SENATOR TAN SRI MUHAMMAD BIN MUHD TAIB KERANA TELAH MELAYAKKAN DIRI UNTUK BERTANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO..SAYA SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI UMNO BAHAGIAN SELAYANG DARI SELANGOR YANG SETIA KEPADA PARTI UMNO YANG KERAMAT INI AMAT2LAH BERBANGGA KERANA KITA ADA WAKIL DARI SELANGOR YANG BERTANDING TP.UMNO.
November 10th, 2008 at 10:39 am
Tahniah Tan Sri atas kejayaan mendapatkan kuota pencalonan bagi bertanding sebagai Timbalan Presiden. Kami ahli2 UMNO Bahagian Hulu Selangor amat gembira sekali apabila dimaklumkan sebagai bahagian UMNO yang ke 39 mencalonkan Tan Sri dan serentak dengan itu membolehkan TS melepasi angka kuota minimum yang diperlukan.
Saya percaya kerja yang akan terpaksa ditempuhi sehingga Mac 2009 nanti adalah antara kerja-kerja paling mencabar yang akan TS dan para penyokong TS akan lalui. Tentu sahaja TS akan berhadapan dengan delima “mahu terlibat atau tidak” dengan gejala politik wang. Mengetahui TS sejak pemilihan MT yang lepas, saya percaya TS akan tetap teguh dengan prinsip bertanding secara “bersih” walaupun akibatnya TS mungkin akan kalah. UMNO perlukan pemimpin besar seperti TS untuk melawan arus dan taufan yang dikenali sebagai “taufan politik wang” bagi membuktikan bahawa UMNO masakini masih mempunyai pemimpin yang bersih.
Saya sebagai penyokong kuat TS sejak dahulu lagi akan sentiasa berdoa semoga TS akan berjaya dan para perwakilan UMNO akan menghargai prinsip perjuangan TS dan dengan itu memilih TS sebagai pasangan paling cocok untuk membantu PM baru kita nanti. InsyaAllah.
November 10th, 2008 at 11:03 am
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri kerana dapat melayakkan diri untuk bertanding Timbalan Presiden UMNO,seterusnya saya berdoa Tan Sri layak memenanginya dan menjadi DPM.Saya percaya Tan Sri mempunyai X Factor yang diperlukan untuk Tranformasi Umno.
Saya harap Tan Sri dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca luahan saya dalam ;nasilemakbungkus.blogspot.com.
Selamat berjaya Tan Sri.Insya Allah.
November 10th, 2008 at 1:23 pm
Alhamdullillah, syukur kepada Allah swt kerana Tan Sri berjaya akhirnya mencapai angka pencalonan. Apa yang menarik Tan Sri mendapat 44 pencalonan menyamai bakal Presiden Barack Obama yang akan menjadi Presiden Amerika Syarikat ke 44. Tahniah, semoga angka keramat itu akan diterjemahkan oleh perwakilan UMNO untuk memilih Tan Sri sebagai Timbalan Presiden UMNO pada bulan Mac nanti, insyaallah. Sejak bermulanya persidangan mesyuarat perwakilan, saya sentiasa berdoa agat Tan Sri dapat mencapai kuota pencalonan. Semoga Tan Sri dapat memperbetulkan kesemua kesilapan UMNO Selangor yang membawa kepada kejatuhan Selangor pada pilihanraya 8 Mac lalu. Saya akan sentiasa menyokong Tan Sri. Tahniah sekali lagi.
November 10th, 2008 at 1:34 pm
Tahniah…..tahniah…..tahniah Tan Sri,langkah pertama…lulus….berjaya!
Para perwakilan yang bijaksana,gunalah undi anda dalam perhimpunan agung UMNO pada bulan Mac 2008 dan undilah Yang Berhormat Tan Sri Muhammad Muhd.Taib untuk jawatan No.2 UMNO.Semoga berjaya.
Charles Masuil
November 10th, 2008 at 4:07 pm
Assalaamua’laikum Wr Wb. Tan Sri,
Terlebih dahulu saya bersyukur kerana apa yang saya tuliskan di-dalam sinar harian menjadi kenyataan dan syabas kepada semua perwakilan bahagian.
Ini adalah satu permulaan dimana terdapat tiga orang yang akan berlari sebanyak 191 pusingan dan diharap Tan Sri mempunyai strategi bagaimana hendak mengekalkan stamina untuk larian ini.
Saya berharap agar Tan Sri buat kenduri kesyukuran dan kalau bolih jemputlah ahli ahli yang bekerja keras untuk hal ini.
November 11th, 2008 at 2:45 am
assalamualaikum
tahniah dari saya tan sri
kerana telah layak bertanding
pusingan pertama sudah berjaya dilepasi
harapan saya tan sri akan berjaya
UMNO dan Malaysia perlu pemimpin
seperti tan sri
saya rindu saat selangor di bawah pimpinan tan sri
negeri yg makmur dan kaya
November 11th, 2008 at 11:33 am
Assalamualaikum YB Tan Sri,
Ucapan TAHNIAH kepada YB Tan Sri kerana berjaya bertanding Timbalan Presiden. Saya amat percaya YB Tan Sri akan berjaya kerana YB Tan Sri yang saya kenal seorang yang amat berwibawa dan jujur serta ikhlas dalam UMNO. Susah nak cari orang macam YB Tan Sri yang amat menyayangi UMNO dan orang Melayu… tak hilang melayu di dunia….
November 11th, 2008 at 12:52 pm
maaf YB. saya akan sambung lagi pendapat saya nanti.
November 11th, 2008 at 12:57 pm
Assalamualaikum,
Tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri kerana berjaya melepasi cabaran pertama.
Saya yakin, kesungguhan, kesabaran, keikhlasan dan kepercayaan menjadi asas kepada pencapaian ini.
Semoga dipermudahkan segalanya.
November 11th, 2008 at 1:27 pm
Tahniah Tan Sri mendapat pencalonan yang begitu banyak. Nampaknya politik UMNO semakin matang dan bebas membuat keputusan. Sebagai orang lama dalam UMNO saya berharap pencalonan Tan Sri dapat membawa perubahan serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Selamat Maju Jaya Tan Sri..
November 12th, 2008 at 1:28 am
Tahniah….kerana Tan Sri layak bertanding.
Tumpukan usaha untuk meyakinkan ahli tentang agenda perubahan yang Tan Sri ingin laksanakan apabila di beri kepercayaan untuk jawatan Tim. Presiden
Elakkan terlibat dalam kancah politik wang.
November 12th, 2008 at 9:37 am
Tan Sri,
Minta jasa baik Tan Sri melihat masalah yg dihadapi oleh rakyat miskin ini :-
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18341
Ni cerita pasal orang miskin nak dapat bantuan PSNB tapi disuruh menjadi ahli UMNO dulu …
MInta jasa baik Tan Sri siasat perkara ni … tak sepatutnya perkara ini berlaku kalau ianya betul …
Terima kasih Tan Sri …
November 14th, 2008 at 8:47 am
Salam hormat Tan Sri,
Diucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kelayakan Tan Sri untuk bertanding jawatan timbalan presiden UMNO pada bulan mac 2008.Kini sah tiga pemimpin veteran UMNO untuk merebut jawatan No.2 ini dan kini mulalah kempin oleh pihak-pihak tertentu samaada oleh penyokong masing-masing mahupun kedengaran suara terang-terang dari pemimpin UMNO mahupun bekas pemimpin UMNO. Baru-baru ini kita dengar dari mantan PM Tun Mahathir yang terang-terang mengatakan bahawa orang yang terbaik ialah Tan Sri Muhyiddin,kita hormat pandangan Tun Mahathir tetapi bagi saya,orang yang terbaik untuk jawatan No.2 ini ialah Tan Sri Muhammad Muhd.Taib kerana kita tahu Tan Sri Muhammad Muhd Taib adalah seorang yang veteran No. 1 UMNO berbanding dengan Tan Sri Muhyddin dan Datuk Ali Rustam. Tan sri Muhammad Muhd.Taib ada kelebihannya tersendiri.Syabas Tan Sri teruskan perjuangan.Saya sentiasa berkempin untuk Tan Sri tanpa wang ringgit. Saya pergi ke merata tempat di Sabah untuk berjumpa kepada perwakilan UMNO.Baru-baru ini saya ke Sandakan dan Sipitang untuk tujuan kita mahu Tan Sri Muhammad Muhd.Taib menang dalam pertandingan Timbalan Presiden UMNO.Saya berkempin secara sukarela tanpa arahan mana-mana pihak,tanpa bayaran-percuma.
Selamat Berjuang !!!
Charles Masuil
November 14th, 2008 at 10:14 pm
Assalamualaikum TS,
Saya harapkan jasa baik TS untuk percepatkan temujanjanji yang telah saya buat di pejabat TS di putrajaya.
November 17th, 2008 at 7:27 am
tan sri,
Guru tabika Kemas perlu ditingkatkan kulitinya bukan hanya tangkap muat sahaja berdasarkan kecenderungan politik biasanya olih ketua umno setempat.
Tukar bahasa penggantaran Tabika Kemas kepada bahasa Inggeris peringkat kanak kanak
pada tahap Tabika senang diajar dan cepat menerima apa juga ilmu yg diberi. Dalam masa dua tahun kanak ini akan pasih dlm bahasa Inggeris . Msaalahnya guru guru Tabika perlu dilatih kemahiran berbahasa Inggeris.
Kalau bolih dibuat gulungan pertengahan melayu dan bukan melayu akan menghantar anak anak mereka ke Tabika Kemas.
November 17th, 2008 at 8:29 am
Tahniah Tan Sri atas kejayaan melepasi quota bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Apa yang lebih membanggakan, bahagian saya Kuala Krau turut mencalonkan Tan Sri bagi jawatan tersebut.
November 17th, 2008 at 9:35 pm
salam hormat TS,
Terlebih dahulu tahniah TS kerna akhirnya tercapai jua doa penyokong TS untuk melihat TS bertanding sebagai salah seorang pemimpin yang bakal menyatukan semula perpecahan dalam parti.
TS ,
setiap malam saya meluangkan masa menatap laman web TS tapi sejak nya tercalon jelas TS terlalu sibuk dan bekerja keras kearah impian ,insyaallah TS hanya allah yang mengetahui niat murni TS saya sebagai penyokong setia TS sentiasa mengiringi doa setiap saat semuga perjuangan TS dilindungi dan dijauhi dari segala jua halangan dan rintangan yang mungkin menggangu perjalanan usaha murni TS.
TS dah dua tiga hari saya tidak menulis diruangan ini tetapi hari ini saya terpangil mencoretkan sedikit cerita kekesalan penyokong PKR pada pagi minggu yang lalu ,sebenarnya penyokong PKR ni datang bersarapan direstoran …..bila dia nak membuat bayaran dia terlihat satu gambar yang membuatnya bertanya kepada saya sesuatu berkaiatan UMNO dan pendapat saya keadaan sekarang maksudnya perbezaan selangor dibawah pemimpin UMNO dan PKR ,saya tanya dia apa pendapatnya …dia seorang kakitangan MBSA terus mengeluh panjang menyesal memang menyesal keluhnya penuh makna saya tanya mengapa dia kata tersilap percaturan dalam membuat pemilihan ,saya tanya lagi mengapa jawabnya ringkas kalau MBSA dah mula miskin tak ada duit apa lagi kemajuan yang dijanjikan nak terlaksana dulu kontrak lampu jalan semua bukan tanggung jawab pekerja MBSA sekarang kakitangan sendiri kena buat kerja tu sebabnya kena jimat wang,nak pusing duit tak cukup kena bagi discount 50% kpd pembayar saman macam-macamlah menyesal betul keluhnya lagi sekarang semua projek jangan harap orang lain dapat semua bagi pada pengikut-pengikut kuat mereka saja ,saya dan yang lain-lain semuanya tengok macam orang bodoh ikut perintah tukang bagi borang ambil borang je lah .
Esoknya saya keSunway Lagon terdengar juga keluh seorang pengurusan pusat riadah sunway lagoon mengeluh juga sebab katanya sebab selangor dah dipimpin PKR nak buat apa-apa projek pun susah sebab TDC tak mahu bagi sokongan dan bantuan …..
dari kisah diatas sekarang baru penyokong2 PKR tahu mereka silap tapi dah tak guna nasi dah jadi bubur ibarat satu bandar diserang tsunami nak bina rumah yang dah punah sama macam dulu tak kan semudah itu sebab itu orang kata beringat sebelum terkena jangan dah terhantuk baru tergadah,
saya berharap sangat TS menang agar terbela nasib parti dan bangsa insyaallah
November 18th, 2008 at 9:22 pm
Assalamualaikum YB.
Saya bersyukur kerana YB mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding Timbalan Presiden. Walaupun saya tidak aktif dalam UMNO tetapi saya sentiasa mengambil berat tentang politik tanah air. Saya yakin bahawa YB akan menang dalam pertandingan tersebut berdasarkan kriteria yang ada pada YB. Inya-Allah YB akan ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Sebagai rakyat biasa, saya amat berbangga sekiranya YB menjadi Timbalan Presiden UMNO.
November 20th, 2008 at 4:02 pm
Di harap the best man wins.
November 25th, 2008 at 2:37 pm
TAHNIAH TAN SRI !
TERUSKAN PERJUANGAN…
November 27th, 2008 at 5:01 pm
assalamualaikum tan sri,
Dalam beberapa sesi sembang-sembang dengan beberapa rakan yang bergiat dalam bidang media (secara freelance), secara tidak dirancang maka telah lahirlah idea ‘media campaign’ bagaimana boleh membantu kemenangan calon Timbalan Presiden UMNO. Memandangkan saya merasakan Tan Sri mempunyai kaliber untuk memimpin orang Melayu, maka saya dan rakan-rakan ingin menawarkan diri kepada tan sri untuk turut serta memastikan tan sri berjaya menduduki kerusi TPU pada mac nanti. itu pun jika difikirkan perlu. kami sedia untuk membentangkannya kepada tan sri akan idea kami ini. Wassalam
November 29th, 2008 at 2:59 pm
Assalamualaikum TanSri,
Tahniah Tan Sri
Rindu nak lihat Kegemilangan Negeri Selangor sewaktu pemerintahan Tan Sri.
Saya amat menyokong Tan Sri walau pun masa tu tak layak mengundi lagi.Tan Sri seorang pemerintah berjiwa rakyat.Bila bertembung dengan Tan Sri,Tan Sri tak lokek dengan senyuman dan menegur sapa saja.
Selepas Tan Sri turun saya dah tak berminat sangat dengan parti,dapat lak Adun baru yg sombong lagi saya menyampah.
Tapi kalau Tan Sri naik saya akan sokong habis habisan.Di harap kan Tan Sri boleh mengubah pandangan generasi muda terhadap UMNO.
Tahniah lagi sekali Tan Sri.
December 1st, 2008 at 12:33 pm
salam TS,
Tahniah buat TS..
mawar merah doakan semoga TS akan berjaya menduduki kerusi t.presiden sekaligus menjadi t.pm….
TS perjuangan mu masih panjang…
harapan ank selangor agar TS merampas semula SELANGOR dari pemerintahan PKR…
ank selangor tidak ingin hidup dalam pemerintahan babi…
Semoga TS beroleh kejayaan…
December 6th, 2008 at 10:56 am
asalamualaikum dan salam sejastera para sahabat semua..