Suruhanjaya BPR
Terima kasih kepada semua yang menulis kepada saya dan juga yang dibaca oleh semua. Saya kagum dengan keberanian Pak Lah memperkenalkan dua pembaharuan (reforms) dalam masa dua minggu. Ada yang komen tak percaya pada reforms ini. Tak apalah. Mari kita sama-sama tunggu, lihat dan nilai bila ia di laksanakan nanti.














April 29th, 2008 at 8:45 am
sepatutnya dari awal lagi sudah dijadikan suruhanjaya… tiada apa yang perlu dikagumkan Dato’….
April 29th, 2008 at 10:25 am
Assalamulaikum Tan Sri
Pada pandangan saya Pak Lah tak perlu letak jawatan selagi beliau masih sanggup memikul amanah Allah sebagai PM dan sekiranya beliau ingin melepaskan jawatan perlulah memilih calon yang sesuai dan boleh diterima oleh rakyat dan bersih. Perebutan kuasa perlulah dielakkan. Saya rasa Pak Lah seorang pemimpin masih dinamik dan terbuka dengan melakukan pembaharuan dengan melakukan reforms tersebut Saya doakan agar usaha beliau berjaya Insya Allah……
April 29th, 2008 at 10:43 am
A.kum Tan Sri,
1. Sebenarnya yang menjadi masalah besar kepada negara kita ialah ketiadaan ‘Kejujuran’ dan ‘Ketegasan’.
2. Undang-undang yang sedia ada sudah lengkap. Cuma kita tidak ada kejujuran dan tidak ada ketegasan untuk melaksanakannya.
3. Jika tidak ada kejujuran dan ketegasan bukan setakad Suruhanjaya tetapi jika ditubuhkan ‘Super Suruhanjaya’ pun kita tetap akan menghadapi masalah yang sama.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
April 29th, 2008 at 11:46 am
Ok, tentang suruhanjaya hakim tu ok lah. Cuma satu, lantik semua kaum dan mestilah yang berkecuali dari sebarang parti politik. kalau dapat NGO yang ada kaitan dengan kehakiman serta mereka yang berkelayakan. Ingat, rasuah ni, semua orang boleh terlibat dan bukan terhad kepada sesuatu kaum.
Suruhanjaya rasuah tu cantik. Perlantikan tu mesti meliputi semua kaum dan mereka yang berkelayakan. Semua orang boleh terlibat dengan rasuah punya.
April 29th, 2008 at 1:02 pm
Assalamualikum,
Saya inginkan info yg tepat tapi sangat susah mendapatkannya… sebenarnya berapa ramai kah dari rakyat Malaysia yg layak mengundi tetapi tidak mendaftar?? Dan berapa peratuskan yg sebenarnya dah mendaftar tapi tidak mengundi?? Adakah ini salah satu faktor ‘ketewasan’ BN??
April 29th, 2008 at 1:44 pm
Assalamualaikum saudara/saudari
Jangan tertipu tektik Pakatan Rayat….banyak janji dalam manifesto yang tak mungkin dapat ditunai di alih ke kandang babi moden….!!
Kalau ikhlas kenapa nak buat yang sensetif, supaya kita lalai yang mereka tak mampu tunai janji
Kalau nak moden kenapa bila nak buat inserator , YB Teresa yang depan sekali menentang…padahal kalau bahaya lama dah orang jepun mati bergelempang
Fokus apa yang perlu buat… jangan leka dengan taktik lama DAP
Salam
mindasegar
April 29th, 2008 at 5:37 pm
Tan Sri,
Adakah Tan Sri sendiri percaya bahawa reforms tersebut akan betul2 terlaksana?
Saya terbaca di blog lain yang menyatakan Datuk Zaid Ibrahim tidak “suka” kepada preventive laws spt ISA dan OSA. Justeru, adakah ISA dan OSA akan dimansuhkan dalam reform tersebut?
Saya berpendapat kita masih perlu kepada ISA tetapi perlu ada satu mekanisme untuk mengelakkan supaya ia tidak disalahgunakan.
Terima Kasih.
April 29th, 2008 at 11:41 pm
tahniah dan syabas kerana dengan program lawatan ini akan dapat merapatkan adn meninjau akan perkembangan di setiap pelusok daerah pedalaman di MALAYSIA.
SYABAS
April 30th, 2008 at 1:05 pm
TS,
Parlimen sudah pun bersidang. Eloklah bawa idea Suruhanjaya BPR ini ke dalam parlimen dan bincang penubuhannya dengan segera. Ambil lah kesempatan ini. Kalau tidak, rakyat akan menganggap ini satu lagi retorik PM semata-mata mengabui mata rakyat. Lebih-lebih lagi dengan desakan untuk beliau berundur dengan segera dan akan dimalukan dalam pemilihan bulan Disember 2008.
Kepada TS, selaku ahli MT UMNO - sampaikan kepada Pak Lah supaya jadikan apa yang dia ucapkan itu semua menjadi realiti. Dengan cara demikian, rakyat akan melihat beliau bersungguh-sungguh untuk mengotakan janji selepas PRU-12. Tak payah nak tunggu sehingga hujung tahun. Terlambat nanti.
Kalau dia menang jawatan Presiden UMNO nanti pun sudah tidak guna lagi. UMNO akan berpecah lebih dari 3 puak peringkat atas. Kat bawah tu lagi lah berkecai. Sayugia itu, percepatkan semua reformasi yang dijanji kepada rakyat.
April 30th, 2008 at 10:52 pm
assalamualaikum,
apa yg ada atas kertas belum menjamin pelaksanaannya. kita sama sama tunggu dan lihat. Saya juga nak lihat tentang pelaksanaan bermcm mcm koridor.
May 1st, 2008 at 4:59 am
YB Tan Sri,,
REFORMASI ATAU TRANSFORMASI tidak menjadi persoalan pada Rakyat. Lebih-lebih lagi sekarang, nak ubah Akta atau Perlembagaan bukan mudah. Asyik kena hentam dek pembangkang aje. Apa yang patut dibuat ialah BPR tidaklah perlu dibesarkan sangat. Ibarat, kita tidak sepatutnya hanya membesarkan pasukan polis kerana semakin ramai pencuri wujud. Apa yang lebih penting ialah mencegah. Kata orang Putih preventive is better the cure..( dengan izin). Kita kena terima hakikat bahawa stauts apa pun BPR, badan bebas, atau jadi cawangan KGB atau CIA pun, jika masyarakat dah terima bahawa amalan JOLOK jika nak sesuatu maka rasuah akan berlaku. Akhirnya JOLOK jadi budaya dan yang tafsir JOLOK sebagai salah laku hanya badan BPR. Last sekali jika dah terlalu ramai anggota, maka JOLOK pun n boleh adjust dengan BPR.
Tan Sri, jika kerajaan nak jadikan BPR suruhanjaya, maka kerajaan harus juga menyediakan satu program mencegah. Ibarat kita tak nak anak-anak buat sepah di rumah, maka kita kena siapkan almari dan kotak untuk simpan barang. So kita kena sediakan kotak dan lamari. Kemudian ajar anak susun. Bila dia tak nak susun, barulah kita ambil tindakan…
Apa kata kita minta BPR siasat dahulu pegawai-pegawainya. Mana tahu mungkin ada pegawai BPR mohon Tanah guna nama anak atau ahli keluarga di Selangor atau di lain-lain negeri.Kita lihat cara bayarpremium, dia gunakan cek siapa?. Ada pegawai BPR dapat gelaran Dato’. walaupun tak pernah bertugas dan berjasa kat negeri yang bagi gelaran tu? Ini nama rasuah ke tidak? Ada ke kertas siasatan BPR dibuka kepada pemimpin yang beri gelaran pada pegawai BPR dibuka sebelum anugerah tu diberikan.. kalau ada apa jadi dengan siasatan tu..
Oleh itu.. daripada kita BESARKAN BPR, lebih baik kita utamakan latihan integriti pada pegawai BPR dan rakyat.
So, YB Tan Sri dalam bajet September ini kena ada elemen mencegah. Ibarat lebih baik kita lepaskan nyamuk pendekar serang nyamuk denggi daripada daripada kita bina hospital untuk nyamukk addes.
May 1st, 2008 at 5:44 am
Ini adalah teknikal management yg sepatutnya dari dulu lg sudah di rencanakan, walaubagaimana pun lebih baik bermula dari tidak bermula langsung
May 1st, 2008 at 9:34 am
Asalamualaikum Tan Sri.
Saya terpanggil untuk memberikan juga pandangan saya terhadap masalah-masalah dalaman dan luaran yang dihadapi oleh BN dan UMNO itu sendiri. saya tidak sedikit pun menyalahkan mana-mana pihak didalam kemelut percanggahan idea dan perbezaan ideologi yang berlaku didalam BN itu sendiri. Bagi pihak pembangkang itu adalah lumrah bagi pihak mereka membangkang perkara-perkara yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, sebab namanya pun pembangkang.
Pokoknya disini, buat masa kini dan sekarang, BN perlu membangkitkan kesedaran minda dan mentaliti rakyat terhadap apa yang bakal dan mampu serta boleh diberikan oleh Kerajaan (BN) kepada mereka. Tidak perlu digusarkan ancaman-ancaman, kritika-kritikan pihak-pihak pembangkang terhadap Kerajaan, yang penting agenda-agenda dan kebajikan rakyat perlu dilaksanakan, diteruskan, dibangunkan dan dimajukan.
Bagi pihak pembangkang yang telah berjaya ( buat masa ini ) menawan beberapa negeri, kecapilah pembangunan yang telah dibangunkan oleh BN, dan rakyat sekarang hendak tengok apa yang parti memerintah boleh dan akan buat untuk membangunkan negeri-negeri tersebut.
Disini, Tan Sri ingin saya bangkitkan berkenaan kebajikan dari segi perubatan kepada pesakit-pesakit kronik ( cancer ), seperti saya. apa yang ingin ditekankan disini adalah dimana jalan untuk saya mendapatkan bantuan kewangan bagi menampung kos pembedahan dan perubatan bagi penyakit ini. Adakah saya boleh diberi peluang untuk mendapatkan pencen ilat dari Perkeso, yang mana rekod saya telah digantung susulan pihak Perkeso mahukan laporan terkini status penyakit saya, setelah saya membuat pembedahan. Pokoknya Tan Sri, dimana saya nak dapatkan bantuan kewangan tersebut ?
Mohon pihak Tan Sri berikan jawapan bagi permasalahan saya ini dan juga kepada pesakit-pesakit lain yang memerlukan rawatan seperti saya.
WanitaBN.
May 4th, 2008 at 2:34 am
Salam TS,
Kalau betul la Suruhanjaya BPR itu betul telus suruh la mereka siasat kes-kes berikut :
1) Pemberian Sijil Halal dari JAKIM kepada HDC. Betul ke tak ada kepentingan peribadi
2) Pemindahan duit BALKIS kepada BAKTI. Memalukan badan amal dan kebajikan dipolitikan. Sedangkan kononnya nak membantu orang susah dan anak yatim. Bayangkan hak anak yatim dibawa lari, tak ke berdosa besar tu.
3) Isu kejohanan CYC yang membelakang FAM. Macam mana KBS boleh senang-senang sponsor RM17 juta setahun untuk CYC. Sapa dia Gifted Group Ltd tu. Kenapa tak gunakan tajaan swasta untuk kejohanan itu.
May 4th, 2008 at 9:02 pm
Assalamualaikum Tan Sri, terimakasih atas kehadiran di Majlis perjumpaan dengan JKKK (JKKP) seluruh Negeri Kedah di Baling baru-baru ini. Saya harap Tan Sri dapat kerap turun ke Baling untuk berjumpa akar umbi dengan lebih kerap.
Zamri Othman, Timbalan Ketua Pemuda Umno Bahagian Baling, 019-4219997
May 4th, 2008 at 9:08 pm
Maaf Tan Sri, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Baling