Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Suruhanjaya Anti Rasuah bukti kerajaan telus

Saya mengalukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.Bagi saya ini bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telus dan bersungguh untuk memerangai gejala rasuah di negara ini. Sekaligus ini akan meningkatkan lagi imej negara di mata dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang serius dan bersungguh-sungguh memerangi gejala rasuah.

Kerajaan melakukan ini bukan kerana tekanan mana-mana pihak tetapi lebih kepada keperluan dan kesungguhan untuk melihat Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dari gejala rasuah.

Langkah ini juga akan memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia kerana saya percaya suruhanjaya ini akan memain peranan penting membendung sekaligus membenteras gejala rasuah di negara ini.


43 Responses to “Suruhanjaya Anti Rasuah bukti kerajaan telus”

  1. Ingin tahu Says:

    Tan Sri,

    Pohon tahu adakah suruhanjaya ini sama kaedahnya seperti Independent Commission Against Corruption yang digeruni di Hong Kong sewaktu belum dipulangkan kepada China?

    Adakah juga Suruhanjaya ini benar-benar independent dan hanya menjawab kepada Parlimen? Atau adakah ianya di bawah jabatan Perdana Menteri? Jika menjawab kepada Jabatan Perdana Menteri, adakah pula ianya boleh dikategorikan sebagai ‘independent’?

    Pohon penjelasan Tan Sri. Terima kasih.

  2. Din Says:

    Tan Sri betul ke kerajaan buat suruhanjaya ni bukan kerana tekanan dari lain-lain pihak? Betul ke sebab keputusan PRU 12 lepas?

    Kenapa tak buat masa PRU 11 lepas? Cuba ingat masa mula2 Pak lah naik jadi PM………….kes kasitah jadi contoh……BPR laksanakan tugas dgn cekap dan cepat…..rakyat tertunggu2 siapa lagi selepas kes kasitah …
    tapi lepas tu jadi lemau/basi/senyap/sepi……………

    Betul la kata Nazri Aziz , rakyat Malaysia ni byk yg kurang cerdek….nazri aziz saja yg cerdek……….

  3. Haliza Abdullah Says:

    Tan Sri,

    Semangat Suruhanjaya sangat tinggi dan besar nilainya. Saya berharap kedua-dua suruhanjaya Kehakiman dan Anti Rasuah meletakkan orang yang adakredibiliti. Saya minta maaf kerana selama ini dalam BPR pun ada salah laku, jangan nanti integriti suruhanjaya pun dipersoalkan.
    Apapun,tahniah Pak Lah visi yang direalisasi. Tp perlu pastikan perlaksanaannya mengikut aspirasi rakyat.

  4. ms s Says:

    DATO SERI,

    dulu masa zaman pemerintahan tun, tidak telus kah?

  5. anak penaga Says:

    Salam Tan Sri,

    Mengstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia(SARM), amat dialu-alukan dan semua gulungan masyarakat Malaysia harus memberi keperyaan sepenuhnya untuk SARMuntuk membuat kerjanya dengan tidak memilih bulu. Kesungguhan kerajaan sekarang untuk melihat Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dari gejala rasuah, bukan satu gimik politik semata-mata.

  6. azman Says:

    salam tan sri… saya harap ianya tidak hanya bertumpu pada penangkapan ikan bilis jer…. banyak ikan besar yg mengamalkan rasuah tapi sentiasa terlepas … byk agensi kerajaan tidak diyakini oleh rakyat … pendakwaan berpilih2 …. contoh terbaru yg saya baca tentang pencabulan oleh seorang bekas menteri … jika benar perkara itu berlaku ….rakyat memerhatikan adakah akan ada tindakan atau seperti dulu2 juga tiada tangkapan atau bukti

  7. slurpi Says:

    kenyataan anda terlalu awal mengatakan tentang kejayaan suruhanjaya ini sedangkan ianya masih dalam peringkat perbincangan. kalau dilaksanakan sekalipun, adakah ianya cukup ampuh untuk menentang gejala rasuah di peringkat tertinggi? atau adakah ini hanya retorik politik pemimpin anda untuk meraih sokongan rakyat yang sudah lari kemana-mana? Sepatutnya suruhanjaya ini telah dilaksanakan semasa indeks persepsi rasuah negara merundum jauh, dan bukannya memberikan komen-komen dangkal menidakkan laporan yang tersedia faktanya.

  8. the killer Says:

    baru umum…….laksanakan dulu.jangan terlalu awal memuji pihak sendiri.
    Ini pun disebabkan tekanan rakyat.benda ni sepatutnya dah lama dibuat tetapi pihak anda tidak pernah bekerja sehingga kini.Tambahan sokongan anda bukannya real opinion…langsung tidak mempunyai dasar yang kukuh dan gambaran yang sebenar mengenai suruhanjaya yang akan ditubuhkan..

  9. bat8 Says:

    tan sri

    Dari kenyataan paklah, saya menyambut baik hasratnya untuk menjadikan bpr sebagai sebuah suruhanjaya bebas. Sama-sama kita nantikan perlaksanaannya.

    Suruhanjaya itu kelak hendaklah benar-benar bebas untuk melaksanakan tugasnya bukan macam suruhanjaya pilihanraya yang dikatakan bebas tapi yang bebas sebenarnya adalah untuk memanipulasikan segenap cara bagi memastikan BN dan UMNO(baru) khususnya sentiasa menang dalam setiap pilihanraya.

    Saya percaya paklah amat memahami mesej keputusan pihanraya yg ke12 lepas apabila mengumumkan penubuhan suruhanjaya ini. Permainan silap mata sekadar ala kadar sahaja seperti penubuhan IPMC, badan siasatan videotape lingam sudah tidak boleh diterima oleh rakyat lagi. Balik-balik ikan bilis kurus kering je disiasat oleh suruhanjaya ini. Jerung, dinasour besar dari kalangan UMNO(baru), kroni-kroni dibiarkan sahaja terus bermaharajalela mengamal rasuah dilepaskan…….tunggulah GE 13!

    Jika paklah masih dengan permainan silap mata dan menanam tebu dibiir mulut sahaja kali ini….tunggulah pilihanraya ke 13 nanti. Penangan rakyat kali ini tidak akan mengenal belas kasihan lagi…..takde lagi sori mori…

  10. Org Shah Alam Says:

    Kami harap pemimpin negara dan negeri kali ini lebih mengenal apa ertinya itu makna YB.. bukan Yang Berhormat.. Yg Berkhidmat.. Jika pemimpin berkhidmat dgn jujur dan ikhlas utk rakyat barulah rakyat hormat mereka.. jika tidak jadilah YB syok sendiri.. kaya kan kroni rasuah sana sini.. berselindung dgn kata `POLITIK WANG’ Dgn tertubuhnya Suruhanjaya ini bukan bermakna perkara di atas akan selesai.. Agama dah beritahu landasan yg betul dan salah.. BANGSA MELAYU itu jujur orgnya, ALLAH & ALQURAAN/ISLAM pegangan nya, SULTAN penaungnya.. jadilah pembesar negara yg tahu tanggung jawabnya pd rakyat nya, Jgn SALAH GUNAKAN kuasa yg di beri.. Sebenarnya Suruhanjaya ini tak perlu jika semua pembesar negara berhati bersih dan ikhlas dlm mentadbir negara dan negeri.. SELAMAT berkhidmat utk negara buat TS Muhammad dan bersifat amanahlah dlm mentadbir Kementerian Luar Bandar.. INGAT pesan kami.. jgn salah gunakan wang negara utk bekas2 ketua kampung & JKKK umno, mic dam MCA.. Org MELAYU itu JUJUR dan AMANAH sifatnya.. MARAH org MELAYU.. buruk padahnya pada UMNO dan negara.. Slmt berkhidmat buat TS Muhammad.., peace

  11. Org Shah Alam Says:

    Org Melayu itu muzakarah dlm selesaian masaalahnya.. bukan menegak benang basah dgn lumpur yg terpalit najis.. berhunus keris.. melintang lalu membujur patah.. Cubit peha kiri.. peha kanan akan terasa.. Tanggung jawab pembesar Melayu yg ada adalah memakmurkan kg halaman.. bukan istana idaman yg damai abadi.. Berkokok atas pentas politik utk bangsa agama.. hakikatnya bangsanya melarat tanpa pembelaan.. Sedarlah.. sebelum kita bersilat tidak ketahuan, menentang sahabat yg disangka lawan, walahal musuh senyum sendirian.. peace

  12. imbaa Says:

    Tan Sri

    Pak Lah dah mola buat advertisement wakil2 rakyat ternanti2 tarikh tayang perdana di parlemen utk turut serta membahas dan memeri input utk pembaikan . manakala rakyat pulak akan menilai dlm jangkamasa 4 tahun ni. Apakah ianya sekadar kosmetik, ginju atau apa juga perumpmaan yg digunakan sama2 lah kita saksikan. KPI Pak lah sebagai PM buat penggal kedua harus berani bukan sekadar bilis jadi pilihan malah jerung2 yg mengganas selama ini patut diberi perhatian dan keutamaan. Kekecewaan rakyat selama ini adalah disebabkan jerung2 terus bermaharajalela seolah2 mereka mengatasi segala2nya dan BPR walau pun nampak ada gigi rupanya gigi palsu…………

  13. AWA Says:

    Bagus YB dan diharapkan kami betul-betul ambil langkah yg wajar. Di Sabah rakyat sentiasa menghadapi “rasuah” kakitangan dari Semenanjung terutamanya bahagian PenguatKuasa di Jabatan.
    Mereka bukan rakyat yang jujur dan halus digantung jawatannya!

  14. shahrul Says:

    Salam…

    Setakat ini pengumuman utk menjadikan BPR sbg satu suruhanjaya mmg amat dialu-alukan, sekurang-kurangnya lebih baik dari sekarang. Tetapi bagi saya perlaksanaan dan keberkesanannya lebih penting untuk dinilai.

    Harap2 ini bukan gimik utk meraih sokongan jangka pendek saat2 hayat politik boleh dihitung.

  15. bluessmurf Says:

    teringat kata-kata Tun Mahathir. “kita mahu diri kita bukan saja BERSIH, nampak BERSIH”. mungkin apa yang Pak Lah akan lakukan ini untuk menjadikan kerajaan BERSIH dan NAMPAK BERSIH macam kata-kata Tun Mahathir dulu.

    kearah kebaikan, apa salahnya?

  16. Nina Says:

    TAHNIAH.. semoga ia akan menjadi benar-benar telus

  17. kuceng Says:

    Mahukan apa yang bersih, bukan hanya pada hari sabtu sahaja.

  18. pandanwangi Says:

    ‘RASUAH’ boleh diibaratkan sama seperti gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut.kalo tak di bendung memang boleh lebur sesebuah negara. Bila BPR dah jadi suruhanjaya ni harapannya, kuasanya akan lebih untuk membendung gejala rasuah…tidak kira lah dalam kerajaan atau pon individu. tapi dalam masa yang sama akan ada juga cakap-cakap belakang yang kononnya masih tak telus. Memang payah nak puaskan semua orang. Rasanya yang lagi jadi macam cacing kepanasan mereka yang makan cili la…sebab terlalu pedas kot…

  19. lord musan Says:

    ..salam..lagi satu tan sri,when u became a blogger, we also need to see your feedback on the comments given by all.lease give your answers to all comments kalau boleh sebab bila kami comment tapi takde response maknanya blog ni is either computer generated or oranglain yang buatkan.so,please kalau pak lah nak jadi telus,tan sri pun kena jugak jadi telus.sebagai permulaan sila berikan feedback or pandangan tan sri tentang comments yang diberi oleh orang disini.saya faham banyak nak tulis kalau nak jawab semua tapi dalam 100 komen kalau u boleh beri response pada satu pun baru betulu yang maintain blog ni.kalau tak just macam yang lain la..seprti yang fellow bloggerssaya kata…KOSMETIK semata-mata!harap-harap Tan Sri bukan jurujual make up la ye…

  20. Iza Says:

    Bg saya kerajaan belum telus lg….walaupun Pak Lah x ambik rasuah…belum tentu ahli2 umno yang lain x ambik rasuah…Rumah banglo,kereta mewah (bkn sebiji tp 2,3 biji)…mana dapat duit>????Fikir secara logik lah….orang kaya bertambah kaya…orang miskin bertambah miskin….mcm ni ke kerajaan nk membela rakyat..

  21. Ana Halidi Says:

    Assalamualaikum Tan Sri..

    Bagi saya, kerajaan sebenarnya sedari awal pembentukannya telah telus dalam melaksanakan bermacam agenda untuk pembangunan dan kebajikan rakyat. Akan tetapi, yang tidak telus adalah para penjawat dan pemimpin itu sendiri. Saya setuju dengan pendapat saudari Iza, sejauh mana pun Pak Lah mengusulkan ketelusannya dalam membendung rasuah, namun belum tentu lagi ahli-ahli, pemimpin-pemimpin di bawah Pak Lah akan bebas daripada rasuah. Biar pun tidak semua menerima rasuah, namun sebahagian besar daripadanya pasti ada yang menerimanya. jangan biarkan kerana hanya seorang pemimpin yang membuat onar, habis keseluruhan kepimpinan dicerca dan dilempiaskan dengan pelbagai perkara yang tidak sedap didengar sebagai santapan halwa telinga. Kesedaran itu sebenanrya penting dalam tiap-tiap individu terutama pemimpin. Amalan rasuah perlu dibendung dengan sebaik-baiknya bukan sekadar omongan kosong semata. Kepimpinan Pak Lah dihargai, disanjungi, namun sedikit kepincangan yang tercalar akan terus dirasai oleh setiap lapisan masyarakat. Ingatlah, bahawa jatuh bangun keadaan politik semasa dan kepimpinan pemerintahan negara memberi kesan mendalam yang bukan sedikit buat masyarakat. Masyarakat adalah pemerhati luar yang paling bermakna dan paling berpengaruh dalam menentukan jatuh bangun politik pemerintahan sesebuah kerajaan yang berdaulat.

  22. Taffa Othman Says:

    Maaf Tan Sri,

    Memang bagus dan baik …….. Tapi kenapa sekarang …
    Kalau dulu lagi dibuat begini alangkah baik nya….

    Tidak kah dah terlambat… Untuk meraih sokongan.
    Setelah keyakinan & Kepercayaan RAKYAT TERHAKIS….

    Baru hendak di buat semua ni…
    Saya doakan mudah mudahan dibuat secara TULUS & IKHLAS.

  23. Anuar Says:

    Salam TS dan blogers semua,
    Saya setuju dgn pandangan kengkawan blogers tu… saya yakin inisiatif Pak Lah dan Kerajaan BN lebih kepada strategi terdesak… selepas kekalahan teruk dalam PRU-12 lalu… selepas beri laluan untuk penubuhan Suruhanjaya Kehakiman.. sekarang nak beri laluan kpd Suruhanjaya BPR..

    Kita, rakyat akan beri peluang… sejauh mana perlaksanaan nya… cakap dan bikin… jangan hanya mempolitikan isu isu untuk populariti… buktikan ketelusan semua tu… kalau ada kes rasuah… jangan campur tangan langsung… walau pun anak, isteri, menantu, suku sakat kita terlibat… sanggupkah UMNO melihat pemimpin2 mereka dibawa kepengadilan atas tuduhan rasuah?… sanggupkah UMNO mengorbankan “perasuah2″ tu…

    Lagi satu saya harap pemimpin2 kerajaan tu cubalah kurangkan cakap..dan lebihkan perlaksanaan.. sebut sesuatu tu bila kita sampai ketahap 80% boleh dilaksanakan.. kalau setakat idea dan sekadar 20% kemampuan… lebih baik diam…. kalau betul2 nak buat.. buat betul2.. lihat siapa yg kena.. baru orang percaya…

    Ayuh rakyat semua! kita tunggu dan lihat…. berapa ramai yg akan dipenjarakan kerana kes rasuah selepas BPR beroperasi dalam dimensi nya yang baru..

  24. burn Says:

    Saya juga mengalukan pengumuman Perdana Menteri mengstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

    tapi tan sri!! kalau Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia di kongkong dari belakang oleh Pemimpin kerajaan BN pun tak guna juga, contohnya SPR…
    nama je bebas tapi tak bebas… dakwat celup jari pengundi apa cerita?? berapa orang KPN tangkap?? inilah akan berlaku jika sesebuah parti itu terlalu lama memerintah negara.

  25. Salam Bin Haziq Says:

    PM Abdullah meneruskan siri pengulangan pengumuman menarik. Kali ini beliau ingin menambah taring BPR.

    Kalangan yang sabar, boleh saja menunggu.. Perubahan hanya bermakna dengan peruntukan undang-undang dan bidang kuasa jelas termasuk pendakwaan. Pegawai juga harus bebas dan berwibawa.

    Ujian awal ialah fail kes rasuah besar yang bertimbun yang masih tersimpan di almari!

    Statement diatas adalah komen dari blog Dato’ Seri Anwar. Memang ada kebenaran nyer, jangan hanya kosmetik saja, didalam nyer masih busuk lagi…….

  26. Tai Khai Eong. Says:

    Ya, inilah bukti kesungguhan kerajaan untuk membasmi gejala rasuah yang ibarat barah.

    Dan saya mengharapkan bahawa suruhanjaya anti rasuah ini akan benar-benar berkesan untuk membasmi gejala rasuah di negara kita. kalau dapat, ikutlah cara bagaimanakah negara-negara luar yang terbukti berjaya membasmi gejala rasuah. Harap dapat belajar dengan mereka ini.

    Tuhan akan memberkati usaha murni ini.

  27. Akademia Says:

    As-Salamu ‘Alaikum YB Tan Sri,
    Saya berbeza pendapat dari Tan Sri. Tan Sri mengatakan dengan adanya Suruhanjaya Anti Rasuah akan meningkatkan lagi imej negara di mata dunia. Macamana ni? Sepatutnya dengan adanya suruhanjaya tersebut semakin merendahkan lagi imej negara.

    Apa yang berlaku sekarang, confirmlah selama ini ada rasuah dan terlalu kronik wabaknya, hingga terpaksa ditubuh suruhanjaya khas.

    Negara-negara yang tak ada rasuah tak perlu ada suruhanjaya anti rasuah. Kalau kerajaan M’sia dah confirm sendiri ada rasuah dan sudah jadi kronik, maka rakyat akan bertanya berbagai soalan. Rumusannya? Faham sajalah.
    Maaf Tan Sri.

  28. Dr.Tay Says:

    Saya amat setuju terhadap Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia ini. Sekurang-kurangnya Pak Lah faham mesej PRU-12. Saya juga cadangkan supaya sebuah suruhanjaya permuafakatan antara kaum dan agama diadakan. Pak Lah seharusnya menunaikan janji beliau yang beliau hendak melihat kesatupaduan berbilang kaum dicapai. Masalah kita sekarang sebelum PRU-12 ialah rakyat Malaysia tidak dapat duduk semeja untuk berbincang tentang bagaimana semua kaum dapat bersatu dengan cara bermuafakat. Perkara ini bertambah buruk lagi apabila ahli politik sendiri selalu menyempang kepada sesekumpulan etniknya sendiri. Sebagai contoh MB Melaka, di kaca matanya hanya UMNO dan orang Melayu bukan BN dan rakyat Malaysia. Saya rasa kalau pemimpin sekarang benar-benar hendak berjuang untuk rakyat dan memikat kembali setiap rakyat menyokong BN, konsep dan mentaliti pemimpin BN perlu tukar agar rakyat dapat lihat pemimpin yang dipilih itu bukannya daripada kaum tertentu tetapi pemimpin rakyat Malaysia. Umno sebelum pilihanraya berjuang bukan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum tetapi di mata rakyat hanya untuk golongan tertentu. Sama juga dengan MCA untuk kaumnya sahaja tapi bukan untuk orang Cina secara umum dan MIC lemah dan tidak boleh bersuara di BN. Buktinya tiada apa-apa yang dilakukan untuk kaumnya. Suruhanjaya bebas ini perlu melepasi kaum tertentu dan ahli politik yang suka bermain perkauman untuk kerjayanya. Bagi saya Pak Lah pada saat ini perlu berteguh melakukan apa yang dilihat perlu tanpa diganggu sesetengah orang yang mempunyai agenda sendiri. Semoga Tuhan memberi Pak Lah lebih masa dan peluang untuk menjalankan tugasnya dan menjayakan segala janjinya.

  29. Harimau Malaya Says:

    Tan Sri;

    Sebetulnya saya orang Melayu, ahli UMNO, dari keluarga UMNO, sayang UMNO…tapi “lack of pure visionary leadership” pada pemerintahan sekarang telah menjelaskan ke”silap”an kita, apatahlagi kalau kita tidak jujur dan berterus-terang. Tan sri, ini negara saya, tanah tumpah darah saya…saya ada hak untuk menolak pemimpin yang pada “pandangan” saya lemah dan lembab. Apa yang dilakukan “persis dibuat-buat”. Kami golongan muda bukan bodoh. Bukan Khairi sorang saja yang boleh diharap.Dia sapa? Baru datang Malaysia pada tahun 1999. Saya umur 14 tahun dah gantung banner UMNO. Dah tolong kekanda saya (sekarang Ketua Cawangan) promote dan kempen.
    Bila datang saja mamat Kuwait ni, ramai yang mual, meluat…tambah pula desas desus yang mengatakan dia adalah mastermind pada ke”bodoh”an pimpinan UMNO, lagi lah orang menyampah!!!
    Anak Melayu sekarang mesti VOKAL!! Kalau kita nak menandingi bangsa lain, kita perlu berani. Gelombangnya jangan disekat….cuma yang boleh adalah mengawal…
    Perhimpunan jangan dilarang…tapi perlu dikawal.
    Kalau perhimpunan UMNO boleh, kenapa parti lain tak boleh?
    Kalau UMNO boleh julang keris, kenapa MCA tak boleh julang pedang Cina?
    Tan Sri lebih senior, orang silat, Melayu dan ada pangkat…Tan Sri lebih arif…Terpulang pada Tan Sri..memandang kemarahan Melayu ini pada sudut yang menyenagkan hati Tan Sri sahaja atau dari sudut paling betul dan benar.
    Pilihan sudah ada cuma kita perlu BIJAK, VOKAL, BERANI dan JUJUR!!! Nescaya UMNO boleh hidup (kalau nak hebat, kena adjust sana sini). Umno sudah terkena kencing manis, ada anggota perlu dibuang kalau nak terus hidup.
    Wassalam Tan Sri.

  30. Dzalee Says:

    Datuk,

    Sebagai rakyat Malaysia, saya turut mengalu-alukan langkah kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Persoalannya, adakah kerajaan BN akan memberi sepenuh kebebasan untuk badan ini bertindak secara bebas tanpa sebarang ikatan. Biasanya dari segi siasatan, badan ini akan diberi kebebasan tetapi setelah bukti-bukti nyata telah diperolehi dan dikemukakan kepada AG untuk pendakwaan, kes ini akan ditutup atau tiada tindakan susulan diambil sekiranya melibatkan orang-orang kenamaan.
    Harapan saya dan rakyat Malaysia ialah biarlah Suruhanjaya ini yang membuat siasatan dan dakwaan tanpa melalui AG atau mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak kerajaan. Cukuplah sekadar menghormati YAB dengan memaklumkan perkara ini kepadanya terlebih dahulu sebelum pendakwaan dijalankan. Keberkesanannya akan lebih terselah dan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan BN menangani gejala rasuah akan mendapat sokongan dan imej BN dapat dipulihkan

  31. Orang Melayu Perak Says:

    Tan Sri,

    Terima kasih kerana secara jujur mengakui, sebelum ini BN tak pernah telus…dan memperkudakan ACA utk kepentigan politik dan peribadi.

  32. orang biasa saja Says:

    Tan Sri..

    Syabas atas cadangan penubuhan Suruhanjaya tersebut…memang harapan rakyat Malaysia.

    Soalnya suruhanjaya tersebut berada dibawah kuasa mana.. kerajaan atau Yang Dipertuan Agong atau Dewan Rakyat..??

    Harus ambil iktibar dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).. Pengerusi dilantik kerajaan tidak dipercayai sebilangan besar rakyat.. menjadi isu besar kpd parti lawan (BERSIH)…

    Kalau nak dibebaskan, biarlah betul2 bebas. Yang Dipertuan Agong sbg kuasa diluar kerajaan dan mana2 pihak adalah yg terbaik utk melantik Pengerusi dan ahli suruhanjaya tanpa dinasihatkan oleh mana2 pihak…
    Atau pun ahli suruhanjaya terdiri dari pelbagai bangsa dan parti politik..
    Apa keputusan tak leh pertikai sebab org masing2 ada dalam suruhanjaya..hanya pandangan saya saja..

  33. Abu Says:

    Kabare..

    Tahniah kerana penubuhan suruhanjaya ini. Diharapkan berlaku perubahan dalam penguatkuasaan & pembanterasan jenayah rasuah di negara kita..Jenayah rasuah harus ditentang habis-habisan..Jangan hanya kes melibatkan Rm10.00 sja yang disiasat..siasatla semua kes..tak kira pangkat,darjat sekali pun..biarla telus dengan tindakan yang bakal dilakukan..

    Suruhanjaya ini diharap dapat laksanakan tugas dgn baik..jangan sekadar tukar nama saja..emm, tapi yang musykil kan saya ialah ketika PM wat pengumuman pembentukan suruhanjaya ini. Beliau kata perkara ini terdapat dlm menifesto BN semasa pilihanraya ke 11 dulu..ianya baru nak dilaksanakn masa kini..emm tp peliknya, kenapa pas kalah teruk dlm PRU12 baru nak wat..tak kanla da terhantuk baru nak tergadah..ataupun memandang enteng kes rasuah ataupun menifesto yg dibuat hanyala untuk penuhi syarat berkempen.. ADIOS!!

  34. Frontier_Age Says:

    Tan Sri,

    Dari satu sudut kita dapat lihat langkah ini positif…tetapi dari sudut yang lain kita juga dapat lihat bahawa sebelum ini BPR tidak relevan…jadi betul lah dakwaan pihak pembangkang selama ini? Jangan terlalu mengikut dakwaan pembangkang kerana ini akan menjejaskan kredibiliti UMNO itu sendiri…Sedangkan kita tahu pembangkang akan terus komplain apa yg UMNo buat walaupun sesuatu perkara itu baik. Jgn terperangkap dgn permainan politik pembangkang.

    Dulu,kini dan selamanya UMNO, Cemerlang..gemilang dan Terbilang.

  35. pemerhati senyap Says:

    Suruhanjaya yang nak ditubuhkan itu memang sedap didengar, harap-harap sedaplah juga perlaksanaannya kelak. Jangan jadi harapkan pagar, pagar makan padi dan janganlah juga jadi macam SPR yang banyak dipertikaikan oleh banyak pihak.

  36. MEE68 Says:

    Bagus tu memanglah bagus…tp…SAYANG SEMUANYA…SUDAH TERLAMBAT…TAK GUNA DI KESALKAN LAGI…

  37. Che Din Says:

    Salam Tan Sri, minta PM percepatkan penubuhan surahanjaya BPR dan suruhanjaya Kehakiman. Buktikan lah hendak buat perubahan.
    Terima Kasih

  38. Ir. Hj. Redzuan Ab. Rahman Says:

    Assalamualikum;

    Rasuah adalah salah barah yang amat menyiksakan dan amat memalukan; dan saban hari sama di ketahui atau didengari oleh kita.

    Teringat saya ketika menyertai salah satu program intigriti yang dianjurkan oleh MIM yang dianjurkan bersama dengan pihak CIDB pada 2004 atau 2005 di mana ianya disertai oleh Datuk Seri Samy Vellu dan lain-lain pengawai tinggi kerajaan dan swasta dimana seorang pegawai daripada kementerian daripada KPKT secara jokingly berkata jika wang ribu-ribu dan juta-juta ianya akan menjadikan manusia buta dan leka dan amat sukar untuk dibenteras…. dan mendapat ketawaan yang kuat daripada pihak perserta dan pegawai lain; manakala daripada pihak CEO daripada sebuah GLC dengan sinis mengatakan mungkin jika berbincang di sini sehingga 200 tahun pun gegala rasuah tidak akan dapat dihapuskan,

    Terbaru dengan kes Lingam; tiada seorang pun daripada BPR menafikan sekeras-kerasnya ujud rasuah atau penyelewengan di dalam badan tersebut apabila disebut di dalam perbicaraan dan semua mereka terlepas akibat sistem kehakiman dan …….

    Daripada di atas dapatlah dikatakan dengan tertubuhnya suruhanjaya ini bukannya hanya menjadi budakk suruhan sahaja ……. dan akhirnya kata-kata berikut akan didengar : KAMI PIHAK PEMERINTAH TIDAK TERTAKLUK TERHADAP KEPADA APA-APA YANG DIKATAKAN OLEH SURUHANJAYA TERSEBUT……………………

  39. spenderman Says:

    SALAM TAN SRI..

    Sy harap Tan Sri baca juga ulasan atau pendapat A. Kadir Jasin dlm blognya..
    http://www.kadirjasin.blogspot.com/ >> ” Suruhanjaya Saingi Kuasa Raja dan PM ”
    Selamat membaca & think about it.

    Wassalam.

  40. spenderman Says:

    salam..
    kepada Ir. Hj. Redzuan Ab. Rahman.
    Tuan Haji, saya amaaaattt bersetuju ngan apa yg Tuan Haji cakapkan tu… Mmg tepat… kita tunggu tgk la, mesti jadi mcm ni…
    salam..

  41. Anak Jati Wilayah Says:

    TS
    Saya tertarik dgn komen dari Ir. Hj. Redzuan Ab. Rahman. Bg saya sebagai rakyat biasa, Terlalu banyak telah di momokkan dengan cerita2 ini. Di dalam fikiran saya ini, ada masih beberapa kes yg sehingga kini masih belum selesai ( kes rasuah / penipuan )…siasatan telah dibuat, namun hasilnya agak mengecewakan. Apa yang pastinya, di MALAYSIA inilah antara negara2 membangun yang mana PEMIMPIN2 mereka adalah paling jujur and penuh integrity di dunia, even korea dan jepun pun pemimpin tertinggi pernah di dakwa dan dihukum. Walau penuh dengan khabar angin, namun tak sampai dengan 5 jari pun ditangkap or di dakwa. Pelik bin ajaib. Ataupun, Si “PERASUAH ” dan PENIPU di m’sia ini terlalu bijak sehinggakan dapat melepaskan diri ( kerajaan tak de bukti kukuh untuk mendakwa seseorang itu ) kerana di korea, mungkin Bekas Perdana menteri ( yang di dakwa ) dan menteri kabinetnya ” KURANG BIJAK DAN KURANG CEKAP ” dalam isu menipu ini.

    Bg pendapat saya, Jika TS masih ingin BN / UMNO kembali menguasai M’SIA, adalah lebih baik isu RASUAH /PENIPUAN ini dijadikan MAIN AGENDA, dan pastikan ianya berhasil. Jangan hanya berkata2 ataupun, yang IKAN KECIL sahaja. Otherwise, i believe it will always be ” A dream which will be never come true ”

    Think abt it, what is PR doing right now is to REVEAL the case one by one, fm Penang, ke Perak ke Selangor,……… i think BN shd counter this. Remember….. truth will prevails….

    RENUNG2KANLAH.

  42. Anak Jati Wilayah Says:

    TS,
    Kes lingam .. kalau tak silap saya, ada di katakan BPR merasuah bekas pembantu Lingam supaya diam…….. apa tindakan BPR so far …… takkan nak suruh rakyat buat polis report baru nak ambil tindakan…

    What a sad BPR….

  43. Torashah Says:

    Salam Tan Sri,

    Saya cadangkan tubuh satu suruhanjaya siasat Anwar Ibrahim.
    Anwar Ibrahim semasa berucap di perhimpunan “ Black 14 “ yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini sempena menyambut hari “ tamat edah “ beliau yang membolehkannya bergiat semula di arena politik tanah air ada menyebut supaya satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat Tun Dr.Mahathir Mohammad. Seolah-olah beliau menunggu saat-saat itu untuk melepaskan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir Mohammad.

    Apabila mendengar kata-kata Anwar, teringat kembali ketika Anwar Ibrahim masih di zaman pelajar. Rakyat mungkin sudah lupa yang Anwar Ibrahim pernah bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr.Mahathir di depan Allahyarham Haji Sulaiman Palestin kerana ditahan ISA sewaktu Dr.Mahathir menjadi Menteri Pelajaran. Semasa menjadi pemimpin ABIM dan pelajar, Anwar lantang mengecam dan mengutuk habis-habisan UMNO dan para pemimpinnya sepertimana yang masih dilakukannya sekarang tetapi tidak lama kemudiannya menjelir lidahnya kelangit.

    Sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dulu, prinsip agama Islam dijadikan asas perjuangannya untuk mencapai matlamat dalam politik. Setelah menyertai UMNO, semua prinsip dan perjuangan Islam hanya sebagai topeng saja sedangkan perjuangan sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah Anwar Bin Ibrahim dengan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir sejak dulu,kini dan selamanya.

    Adakah ini peluang terbaik Anwar untuk mengeluarkan segala tomahan agar Tun Mahathir dapat diheretkan ke mahkamah sepertimana yang dilakukan didalam kes Linggam sekarang. Tetapi bagaimana pula dengan kes Anwar sendiri. Bagaimana dengan pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.

    Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

    Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.

    Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

    Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

    Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat cela sehingga sanggup memalukan sesiapa sahaja yang didendaminya. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Leave a Reply