Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Selangor calonkan Pak Lah dan Najib

Salam untuk semua. Untuk sekelian kalinya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelayar di laman web ini kerana kekal sudi mengunjungi, membaca dan meninggalkan pesan.

Hari Isnin lepas Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor telah bermesyuarat di Shah Alam. Berbagai perkara dibincangkan berkait rapat dengan persidangan cawangan-cawangan yang akan bermula dari 17 April ini serta beberapa isu semasa politik terutama di Selangor.

Namun, apa yang penting hasil mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai dikalangan Ketua-Ketua Umno Bahagian di Selangor dengan memutuskan untuk mencalonkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan Presiden Umno dan Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang.

Keputusan ini membayangkan Umno Selangor tetap teguh bersama-sama Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam meneruskan kepimpinan Umno serta Timbalannya Dato Seri Mohd Najib.


31 Responses to “Selangor calonkan Pak Lah dan Najib”

  1. Ahli Umno Akar Umbi Says:

    Macamana la korang semua boleh buat kata sepakat untuk mencalonkan Presiden yang dah direject oleh rakyat sedangkan mesyuarat cawangan pun belum bermula? Kalau orang lain buat salah dari segi etika tapi kalau korang buat takpe.. Ni lah mentaliti pemimpin2 Umno yang masih tak mahu menerima hakikat yg rakyat dah menolak mereka.. Takpe lah, walaupun Pak Lah dan pembodek2 disekelilingnya menang dlm Pemilihan Umno tahun ni pun tapi yg pastinya Umno dan BN akan ditolak secara total oleh rakyat dlm PRU 13 nanti di atas kedegilan dan kebebalan anda semua menerima hakikat sebenar.. Walaupun saya, keluarga dan kawan2 adalah ahli Umno yg cukup setia tapi kami tak akan mengundi Umno/BN kerana teramat benci dgn sifat dan sikap pemimpin2 Umno yg kaki bodek dan gila kuasa seperti pemimpin sekarang ini.. Percayalah akan balasan terhadap anda satu hari nanti!!

  2. crower Says:

    Assalamualaikum,

    1. Saya tidak yakin bahawa keputusan Ketua-Ketua UMNO Bahagian Selangor mencerminkan apa yang dihajati oleh majoriti yang berada di akar umbi, khususnya tentang pencalonan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengekalkan jawatan Presiden Umno.

    2. Rata-rata di akar umbi mahukan pembaharuan dalaman, bukan semata-mata kerana kurang yakin dengan kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi untuk “survival” UMNO di masa hadapan.

    3. Yang nyata, seseorang harus dipertanggungjawabkan dengan prestasi buruk BN di dalam PRU yang lepas. Memang benar, kita tidak boleh untuk menyalahkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi secara total, tetapi sebagai pemimpin tertinggi UMNO dan BN, beliau seharusnya memikul tanggungjawab ini. Lihat pada MCA, keputusan Presidennya untuk tidak bertanding merupakan satu tindakan yang wajar untuk dicontohi. Ianya mencerminkan sifat tanggungjawab and ikhlas di dalam memperjuangkan masa depan parti.

    4. Salah satu cara untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO adalah dengan pengunduran Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Rakyat tidak nampak dengan mata kasar sebarang pembaharuan yang dibawa oleh beliau. Rakyat tidak yakin dengan keputusan-keputusan beliau.

    5. Saya rasa telah terlalu banyak komentar diberikan oleh rakyat berkenaan dengan kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi . Tidak perlu bagi saya untuk mengulasnya kembali.

    6. Yang nyata, orang Melayu kini berada diambang perpecahan. Semakin hari semakin ramai yang benci pada UMNO kerana dasar kronisme, nepotisme dan rasuah yang menular. Isu-isu ini dimainkan oleh parti Keadilan yang tanpa disedari oleh penyokongnya (yang majoriti Melayu) adalah Keadilan sendiri merupakan parti tunggangan bagi parti-parti pembangkang lain dengan agenda untuk menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu.

    7. Saya amat sedih dengan keadaan ini. Orang Melayu harus kembali berpaut pada UMNO tetapi pada masa yang sama UMNO harus melakukan reformasi dalaman.

  3. ismail Says:

    Asalamualikum Tan Sri,

    Saya agak kecewa dengan pengumuman ini. Hal ini tidak seharusnya berlaku selama mana mesyuarat cawangan dan bahagian belum dilaksanakan. Ini menunjukkan UMNO memberi isyarat jelas kepada semua ketua bahagian dan ketua cawangan bahwa apapun yang akan di bangkitkan di dalam mesyuarat cawangan dan bahagian yang bersangkutan dengan pucuk pimpinan tidak akan dilayan. Secara tidak langsung ini juga merupakan suatu ugutan terancang yang di laksanakan pucuk pimpinan.

    Mungkin ada baiknya semua ketua bahagian yang sedia ada dan hadir pada mesyuarat bersama Tan Sri itu ditentang.

    Apa yang pasti keputusan sebulat suara Ketua Bahagaian tidak mewakili suara akar umbi.

    Lawan tetap lawan…

  4. demss017 Says:

    assalamualaikum YB TS
    Seperti apa yg telah saya tulis sebelum ini dan juga di blog yg lain, semua sokongan kepada sesiapa pun pada masa sekarang adalah atas mandat yg diperolehi daripada pemilihan yg lepas.utk pemilihan kali ini diharap semua calon akan berani menyatakan sokongan mereka kepada sesiapa pun agar ahli seperti saya akan membuat penilaian dan pemilihan.saya tidak akan memilih wakil saya walaupun mereka itu wakil rakyat bahkan menteri jika mereka masih memberi sokongan kepada PM dan TPM sekarang.sesiapa pun akan saya sokong utk PM dan TPM yg baru.apa pun vision mereka saya tidak peduli hanya bukan PM dan TPM sekarang.

  5. arrisaa Says:

    dan tambah sikit lagi KETUA BAHAGIAN dan AJK BAHAGIAN PUN akan dipilih oleh cawangan oleh itu kepada semua Ketua Bahagan dan AJK diam dan tutup mulut anda kerana kedudukan anda pun belum selamat lagi. Ketahui lah bahawa sekarang ini satu gerakan untuk memilih calon yg betul2 sesuai dan berkelayakan untuk menerajui cawangan dan bahagian sedang dijalankan. Oelh itu berhati-hati lah.

    Saya menghormati Tan Sridan mengagumi Tan Sri selepas Tun Mahathir.

    May Allah bless you

  6. zelmey Says:

    Salam YB Senator Tan Sri,

    Semoga UMNO dan Melayu terus mendapat pembelaan.

    Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat bimbang dengan keadaan politik sekarang serta ekonomi yang tidak stabil.

    Berjuanglah demi Bangsa & Tanah Air yang tercinta ini.

    Wassalam..

  7. azy Says:

    Saya menyokong. Harapan supaya sistem pemilihan calon ala Mahathir ditukar selepas Pemilihan nanti.

  8. latip.borgiba Says:

    mcm mana ni tansri..

    cawangan dan bahagian belum mesyuarat ttp dah putuskan nak calonkan paklah sbg presiden…

    kenapa still in denial lagi??..dengar la pandangan grass roots

  9. wan azmi Says:

    Asalaimukum TS,

    Demi keutuhan parti UMNO dan orang Melayu , jangan la kita berpecha belah

  10. zul saad Says:

    Seperti yang memang dah diduga dan menjadi tradisi UMNO suara akar umbi terarah kepada keputusan yang dibuat oleh Perhubungan Negeri. Belum pun cawangan bermesyuarat tetapi keputusan sudah dibuat. Itulah demokrasi ala UMNO.

  11. aliff Says:

    FASAL 20
    DISIPLIN

    20.12 Majlis Tertinggi berkuasa penuh membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang di antara lain:-

    - melarang penyalahgunaan kuasa dan wang dengan tujuan mendapat undi atau sokongan

    - atau untuk mempengaruhi mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain

    - atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.

    Dan jika berdasarkan kepada perenggan tersebut, tindakan Perhubungan UMNO negeri boleh diintepretasikan sebagai menyalahgunakan kuasa untuk mendapat undi atau sokongan.

    Oleh kerana mesyuarat cawangan dan bahagian belum lagi dijalankan, tindakan perhubungan UMNO negeritersebut telah terlebih dahulu cuba mempengaruhi mana-mana pemilihan untuk pihak lain (Pak Lah dan DS Najib.)

    Tindakan perhubungan negeri Pulau Pinang tersebut secara tidak langsung telah mengheret nama Pak Lah dan DS Najib di dalam keputusan mereka itu.

    HUKUMANNYA

    20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:

    (a) Diberi amaran;
    (b) Digantung hak-haknya dalam parti;

    (c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
    (d) Dipecat daripada parti;
    (e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

    Walaubagaimana pun, penulis tidak memberi komen mengenai tindakan perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan akhbar yang sama (27hb April 2008) sebaik sahaja selesai PRU-12 kerana penulis tahu bahawa ianya strategi politik dan tidak menyalahi Fasal 20.

    Akan tetapi, kenyataan akhbar perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang pada 27hb April 2008 itu turut menimbulkan keraguan kerana ianya bertentangan dengan kenyataan mereka pada 12hb April 2008 iaitu “badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang tidak menafikan ada permintaan daripada beberapa UMNO bahagian negeri itu yang mahukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum lalu.”

    Tetapi kali ini, di musim mesyuarat cawangan-cawangan dan bahagian yang bakal tiba, kenyataan perhubungan negeri UMNO itu tidak dapat diterima dan tidak sensitif kepada perasaan ahli-ahli UMNO dari akar-umbi.

    Pak Lah akan membuat lawatan kerja ke negeri-negeri lain selepas ini. Apa yang diharapkan ialah agar perhubungan UMNO negeri-negeri tersebut tidak mengulangi tindakan perhubungan UMNO Pulau Pinang.

    Pak Lah tentu bersetuju dengan penulis bahawa transperensi di dalam politik dan menghargai ahli-ahli UMNO adalah elemen-elemen yang sangat penting serta perlu dititikberatkan oleh pemimpin-pemipin UMNO hari ini.

    Realitinya, pemimpin-pemimpin UMNO perlu menghormati dan cuba meraih kembali keyakinan seluruh ahli UMNO dari akar-umbi. Ahli-ahli perlu dilihat sebagai seorang yang mempunyai makna kepada parti dan bukan hanya ‘pak turut’ dan untuk mencukupi korum mesyuarat sahaja.

    Mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO kali ini merupakan titik tolak kepada survival UMNO di masa hadapan. Maksudnya, ahli-ahli UMNO mesti terlibat secara langsung di dalam decision making parti.

    Itu yang paling mustahak !!

    Dan bukannya sebagai ‘yes man’ dan ‘mengangguk tak tentu pasal’ sahaja. Jika ‘tradisi’ begini masih berlaku, UMNO berkemungkinan tidak relevan, dibenci, dijauhi dan akan jatuh tersungkur seperti parti Golkar dan lain-lain.

  12. Speak Da Truth Says:

    Aslm

    Tan Sri,
    Umum sedar kegoyahan politik parti junjungan Melayu yakni UMNO ini. Termasuk jualah diri saya. Rimas, kecewa, marah dibuatnya bila sering dihidangkan dgn ‘lauk’ perbalahan antara para pejuang UMNO dan parti campuran. Penat bekerja mengharap sesuatu yg murni ‘dihidang’ di paparan media tetapi malangnya manusia bercakaran. Ingat kembali kata2 arwah datuk, “jangan sekali2 kau sebut belot pada UMNO. Pihak luar (parti bukan UMNO) tak pernah hargai darah pejuang, tak pernah syukur atas sakit perit pejuang…jangan! UMNO tetap hidup dlm keturunan kita”. Hmm…arwah datuk dan ayah saya merupakan antara pendokong perjuangan UMNO di Melaka seiring zaman Allahyarham Tun Ghaffar dan KTM skrg, DS Ali Rustam. Waktu merdeka, mereka jalan kaki ramai2 ke Padang Pahlawan.

    Harap keputusan menyokong kepimpinan DS Pak Lah dan DS Najib yg ada bukan setakat di mulut tetapi di hati. Balik ke bahagian masing2 buat kerja sebagai pejuang, bukan sbg ‘jaga’ mahupun luncai. Hina harta, julang maruah. Hidup para pejuang! Hidup Melayu!

  13. Berita Semasa Says:

    Janganlah ketepikan suara akar umbi. Pemilihan cawangan pun belum. Jawatan ketua bahagian pun belum tentu kekal. Macam mana Umno negeri boleh buat keputusan sedangkan anda sendiri belum dipilih ?

  14. kilatmalam Says:

    Hehehe….tegohlah berdiri. PRU13, PKR sapu bersih. ……………

  15. salam Says:

    Soalnya mengapa Badan Perhubungan yang membuat keputusan, dan bukan serahkan kepada Bahagian dan Cawangan?

    Sudah matikah demokrasi dalam UMNO, atau sengaja mahu dimatikan untuk menjaga kepentingan orang-orang yang sekarang dapat kedudukan dengan ehsan Pak Lah?

  16. pemerhati Says:

    assalamualaikum, jangan terlalu memuji manusia kerana manusia lain akan berasa dengki tetapi pujilah allah kerana tidak terhingga kebesarannya. Allah hanya satu tiada lain lagi untuk berhasad dengki.

    Kalau kita memungut tahi cicak sementara menunggu masuk waktu solat besar martabatnya daripada mengharap kedudukan keji.

  17. sesumpah Says:

    saya pemuda dari bhg kapar meminta jasa baik tan sri agar menukar suk (raden) yang teramat celupar serta tidak menghormati rang lain…jika tindakan segera tidak dibuat di khuatiri imej tan sri akan tecalar serta diragui seperti yg berlaku kepada dsr khir toyo

  18. anak selangor Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    saya ingin memberikan satu cadangan, tan sri adalah seorang tokoh yang amat di sanjungi dan dihormati di seluruh selangor dan seantero malaysia. tidak bolehkah tan sri mengelakkan sebarang pertandingan di bahagian - bahagian yang ada di negeri selangor ini.
    perkara pertandingan seperti amatlah tidak baik, kerana ada di antara bahagian di selangor yang telah kucar - kacir di buatnya. Manakan tidak, ketua bahagian pun nak dilanggar. Ada satu bahagian itu, saya dikhabarkan - ada satu gerakan untuk tidak membenarkan wakil rakyat kawasan terbabit yang berada di dalam satu bahagian untruk tidak memegang sebarang jawatan di dalam bahagian.. ini adalah salah satu, punca keratakkan lagi kepada UMNO yang telah kita ketahui keretakannya. saya mencadangkan kepada tan sri, membuat satu kaedah supaya setiap wakil rakyat mesti mempunyai jawatan yang terpenting di dalam bahagian iaitu ketua, timbalan ataupun naib di dalam bahagian masing - masing. contohnya jika terdapat 3 wakil rakyat di dalam sesuatu bahagian itu. kenapa tidak, wakil - wakil rakyat terbabit berbincang ataupun mengikut senioriti. yang tua dibagikan ketua dan yang baru dibagikan timbalan atau naib. saya harap cadangan ini mendapat pandamgan sewajarnya dari pihak tan sri….

  19. Herlina Ab. Aziz Says:

    Tan. Sri,

    Mengapa ketua-ketua UMNO bahagian Selangor masih lagi mahu mengekalkan kepimpinan sekarang? Adakah Tan Sri dan orang-orang UMNO ini masih MENUTUP TELINGA DAN MATA dari kebenaran bahawa ramai rakyat tidak lagi mahu duduk di bawah kepimpinan PakLah dan TS Najib? Saya bukan orang RKR dan saya sangat cintakan negara saya. Saya mahu orang UMNO kembalikan semula kestabilan politik BN dengan menukar pucuk pimpinan yag ada. Korbankan Pak Lah dan orang-orang yang tidak mahu mendengar suara rakyat, atau UMNO akan kami korbankan nanti.

  20. Sinatra_Z Says:

    Waah sejak bila akar umbi setuju untuk berdiri teguh dengan dua pemimpin ini? Sejak bila cawangan setuju? Perhubungan UMNO Selangor buat keputusan nampak gayanya tanpa berhubung dengan akar umbi.

    Sejak bila parti UMNO ini Milik dua orang ini ataupun sekumpulan pembesar dari majlis tertinggi?

    Apa hak ketua perhubungan yang TIDAK DIPILIH MELALUI UNDI menyatakan bahawa bagus sekiranya kita tidak ada pertandingan presiden UMNO.

    Saya kata biar pemilihan akar Umbi UMNO pilih samada Dato Seri Abdullah wajar kekal sehingga 2010, saya lebih suka sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah mendapat kuota.

    Nah kalau Najib tidak berani kita beri laluan kepada mereka yang telah bersedia mahupun sudi.

    Dato Seri Najib dan Datuk Seri Abdullah sudah setuju peralihan kuasa.. HABIS YANG KITA NI SIAPA, DIAM JE LAH YE DENGAR KATA PEMBESAR NEGERI!!! OOO HIDUP PAK LAH HOORAY!!! YEAAA!! HIDUP UMNO HIDUP MELAYU!!!

    Ramai dah menyampah dah budaya ampu ni… Rasa macam budak bodoh pulak bila akar umbi diperkotak katikkan macam ni.

    Ingat ye…

    Kampung Terbakar Nampak Asapnya..
    Hati Terbakar Siapa Yang Tahu…

    buangkan kuota, biar kami yang pilih siapa presiden kami. Kemudian siapa yang menang dari pertandingan itu barulah kami berkerja dengan setia untuk orang berkenaan. Jangan dengan sesuka hati menyatakan pendapat BAGI PIHAK akar umbi…

  21. yiemega Says:

    Saya tidak setuju…ia bertentangan dengan perlembagaan.

  22. shah efendy Says:

    YB Tan Sri,

    Tahniah di atas keputusan UMNO Selangor itu, yang dilihat mampu mengurangkan politiking kepartian. Sepakat, sehati sejiwalah demi menjana kembali maruah bangsa yang sudah semakin tercalar ini.

  23. qoolat Says:

    Assalamulaikum Tan Sri,

    Saya rasa Tan Sri “play safe” dalam isu pucuk pimpinan UMNO dengan menjadi org kuat Pak Lah dan Najib. Namun, bagi saya seorang rakyat biasa yang sayangkan agama, bangsa Melayu malah UMNO., saya rasa tindakan itu silap sama sekali. perubahan mula terasa di merata-tempat dan ini adalah suara akar umbi, yang selalunya tidak sampai ke telinga Tan Sri atau MT kerana tapisan ketua bahagian yang masih tidak bertanggungjawab menyampaikan suara kami.

    Saya seorang rakyat biasa, ingin meminta perhatian Tan Sri mengenai komen saya. (itupun kalau dibaca harapnya)

  24. Hj Rozman Says:

    Cadangan saya biarlah akar-umbi menentukan siapakah Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan datang, samada ditandingi atau tidak. Adalah tidak demokratik pemilihan ini dipandu atau dikendalikan mengikut citarasa kepimpinan UMNO tertinggi sahaja tanpa melibatkan peranan akar-umbi. Usahlah dijangkiti dengan perangai lama kepimpinan UMNO Selangor yg terdahulu yang terus-menerus syok sendiri sehingga kita kalah dalam PRU. Saya berharap TS membuka lembaran baru dan menerima anjakan fenomena sesuai dgn era globalisasi ini dan bersifat terbuka kepada kritikan yg membina dan terbuka serta tidak mengambil pendekatan angkuh dan sombong yang menidakkan pandangan orang lain khususnya ahli-ahli parti akar-umbi yang bertungkus-lumus di barisan hadapan berjuang dalam PRU. Galakkanlah akar-umbi mengambil peranan secara langsung, tidak dikawal atau dikongong serta dicegah dari memberi pandangan dan kritikan. Gesa akar-umbi menamakan calon2 yg berkaliber mengikut pandangan mereka di pentas terbuka dalam mesyuarat2 UMNO Bahagian kali ini. Apabila TS sendiri menggalakkan perkara ini berlaku, barulah jurang antara tertinggi dan terendah dapat disatukan dalam wadah kemesraan dan saling hormat-menghormati; dan selepas itu barulah TS memandu kami agar yang menang bukan dapat semua dan yang kalah akan melepas semua!

  25. Jebat Moderen Says:

    Saya akui, saya dan orang melayu yang lainnya memang telah terdidik sejak kecil lagi supaya kita menghormati orang yang lebih tua, ketua-ketua, orang yang terhormat lebih-lebih lagi pemimpin dan juga sultan, raja-raja dan kaum kerabatnya. Sikap hormat menghormati ini adalah satu sifat yang mulia. Didikan yang diterima dalam aspek hormat menghormati ini adalah secara total tanpa ada penjelasan tentang KEWARASAN kenapa sifat hormat menghormati ini perlu dipupuk.

    Pada pengamatan saya, oleh kerana orang melayu telah dididik tanpa ada kewarasan yang wajar tentang sifat hormat menghormati ini, maka timbul isu di antara orang yang memberi hormat dan orang yang dihormati. Oleh kerana Tan Sri membawa topik ini, maka ianya berkaitan dengan skop pemimpin dan orang yang dipimimpin. Sudah sewajarnya di sini orang yang dipimpin harus menghormati pemimpin. Perhubungan di antara pemimpin dan orang yang dipimpin selalu timbul ungkapan “hormat dengan membabibuta”, “yes man”, “pembodek”, “jaga periuk nasi sendiri”, “takut nak bersuara” dan bermacam-macam ungkapan negatif yang lain. Kenapa ungkapan negatif ini timbul? Pada saya ungkapan ini timbul berbalik kepada kewajaran atau kewarasan kenapa harus kita hormat kepada seseorang pemimpin itu.

    Kalau umum sudah tahu seseorang pemimpin itu tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin dan lebih-lebih lagi terkenal dengan sifat buruknya, maka wajarkah orang yang dipimpinnya itu menghormatinya lagi? Kalau dia terus dihormati dan disanjungi maka timbullah ungkapan-ungkapan negatif di atas.

    Dalam kita menuju ke era globalisasi, kita harus membawa pendekatan yang lebih terbuka dalam soal kepimpinan ini untuk membentuk satu kekuatan yang sebenar bagi menghadapi kehebatan cabaran yang mendatang. Pemimpin harus bersedia untuk dikritik dan bersedia untuk membuat perubahan kearah kebaikan dan orang yang dipimpin harus membuat kritikan kepada pemimpin mereka dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab untuk membina kekuatan baru yang lebih baik.

    Dalam soal sokongan kepada DSAAB dan DSMN ini, saya fikir semua orang yang dipimpin mempunnyai kewajaran dan kewarasan sendiri kenapa sokongan itu harus diberi. Umum juga telah mengetahui, prestasi BN dalam PRU12 telah jatuh begitu teruk sekali. Jadi untuk menggembalikan prestasi BN ini masih terletak di tangan DSAAB dan DSMN, mampukah mereka? Sudah tentu orang akan berkata, kalau mereka berdua sahaja sudah tentu mereka tidak mampu, jadi sokongan masih diperlukan dari seluruh orang yang dipimpin oleh mereka berdua. Yang menjadi persolan besar sekarang, adakah seluruh jentera BN memberi sokongan padu kepada mereka berdua? Apapun kedua-dua DSAAB dan DSMN perlu merangka strategi yang jitu lagi mantap untuk memacu arah tuju politik, ekonomi dan sosial Malaysia ke arah yang lebih menyakinkan semua pihak di dalam Malaysia dan antarabangsa.

  26. ADAM AMIN Says:

    1. Dato’… Budaya UMNO, depa kata budaya selesa… dimana mereka hanya tahu kata OK, setuju, akan setuju, mungkin setuju, benar, tepat, idea you memang class dan lain-lain lagi. Saya tak faham adakah itu ditafsirkan sebagai Kaki Ampu, Kaki Bodek, Minda Lemah kerana malas berfikir untuk membuat kritikan atau nasihat.

    2. Diharap MT dan kepimpinan UMNO peringkat bahagian tidak melekat budaya selesa kerana setiap keputusan akar-umbi perlu diambil kisah bukan buat-buat tak kisah…..

    3. Cerita lakonan zaman Tan Sri P. Ramli dimana wujud “kelas dewasa”. Mamang patut laaa.. Ketua Bahagian membuat keputusan untuk parti UMNO. Kini setiap cerok kampung sudah ada ilmuan dan bijak-pandai yang jauh mengatasi kepintaran Pak Menteri, cuma mereka tiada peluang untuk menjadi wakil rakyat.

    4. Percaya atau Tidak….. La ni kuasa UMNO dan Kuasa Politik Melayu (termasuk PAS) dijadikan bahan jenaka oleh orang-orang Kafir.

  27. Ramos Says:

    Salam Tan Sri,

    Saya berpendapat bahawa Datuk Sri Abdulluah adalah pemimpin yang baik di masa ekonomi kita bergolak dan keadaan politik yang tidak menentu. kita dapat melihat beberapa langkah yang diambil beliau untuk menangani krisis harga barang naik, saya dapat pecahkan kepada dua langkah iaitu langkah jangka masa panjang dan langkah jangka masa pendek.
    langkah jangka masa pendek adalah spt:
    1) pemberian rebat cukai jalan
    2) pemberian dividen lebih daripada Petronas
    3) kempen2 berbelanja bijak dan kempen kesedaran
    dll.
    Langkah jangka masa panjang pula adalah:
    1) menjadikan borneo sbg jelapang padi baru negara kita
    2) menggalakkan pertanian dan pembuatan
    3) menerokai pasaran2 baru
    4) menggalakkan barang buatan malaysia
    5) melahirkan cediakawan
    6) menekankan kepentingan HR

    kesemua langkah ini adalah untuk kita self-sustain dan mengurangkan penggantungan negara kita daripada produk luar negara.saya harap kita dapat berfikir diluar kotak untuk bersama2 menghadapi krisis ini.

  28. Ramos Says:

    http://www.prowaris.org/?m=h&id=223

  29. Ramos Says:

    mod tlg jgn siarkan post terakhir saya(link url prowaris) dan posting ini ,saya cuma ingin memberitahu ttg link tersebut.harap maklum

  30. zelmey Says:

    Salam YB Senator Tan Sri

    Semoga parti UMNO akan menjadi semakin kuat dan dipercayai oleh masyarakat, terutama kaum Melayu.

    Saya sentiasa mendoakan agar setiap usaha YB Tan Sri diberkati Allah dan peroleh kejayaan.

    Hidup UMNO !!!!

  31. sham Says:

    serahlah kepada mesyuarat agong bahagian buat keputusan untuk pilih sesiapapun. nasib ketua bahagian pun masih belum tentu lagi mau menang. berilah peluang kepada mesyuarat agong bahagian. jangan buat pengumuman. tunggulah mesyuarat bahagian selesai.

Leave a Reply