Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Saya tetap menawar diri jika cukup pencalonan

Salam bahagia dan salam sejahtera untuk semua. Pagi ini saya sempat untuk membuat sedikit catitan ringkas khusus berkaitan dengan persidangan Umno bahagian-bahagian yang memasuki minggu terakhir hujung minggu ini.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tetap akan bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi daripada bahagian-bahagian.

Tiada timbul soal menarik diri dari bertanding kerana saya berhasrat untuk memberi pilihan kepada ahli dalam memilih seorang timbalan presiden. Saya jelaskan ini kerana di minggu-minggu akhir ini telah timbul cerita yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya saya akan menarik diri.Cerita sebegini akan mempengarohi pencalonan dari bahagian-bahagian pada hujung minggu ini. Saya sekarang telah mendapat 29 pencalonan dan saya berharap menjelang hujung minggu ini saya akan diberi quota yang mencukupi untuk menawar diri sebagai calon timbalan presiden.

Saya menerima banyak maklumat dari sahabat dan rakan-rakan kononnya ada pihak yang menabur cerita karut kononnya saya akan menarik dari. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tetap akan menawar diri bertanding timbalan presiden sekiranya mencukupi quota pencalonan. Dan saya menyeru kepada bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat hujung minggu ini akan dapat memberi pencalonan kepada saya.

Malah saya berharap saya dan Dato Ali Rustam akan diberi hak untuk bertanding dengan memberi pencalonan yang mencukupi.


13 Responses to “Saya tetap menawar diri jika cukup pencalonan”

  1. suara de kota Says:

    Assalamualaikom Tan Sri Muhammad Muh Taib.

    Dengan izin Allah SWT, Tan Sri akan melepasi kuota pencalonan Jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

    Mengimbau kenangan lama, saya pernah beberapa kali ke Rumah Tan Sri di Batang Kali di mana ketika itu Tan Sri Sebagai Pengerusi Yayasan Selangor. Saya dan kami-kami daripada UMNO Cawangan Seri Raya, Ampang, memangnya ‘kagum’ dan merasakan di suatu hari Tan Sri akan menjadi saorang pemimpin yang ‘Out Standing’.

    Cuma saya tidak nak ambil ‘ruang’ menghampiri Tan Sri semasa Tan Sri menjawat Menteri Besar Selangor, walaupun ketika itu saya memang aktig dalam kancah ‘teater’ di Selangor.

    Kali terakhir saya bertemu dan berjabat tangan dengan Tan Sri adalah pada satu ceramah Pilihanraya ke 12, Mac lalu di lokasi ceramah di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan saya turut menyumbang MEMBACA ( Membakar Semangat ) Sajak untuk hadirin ketika itu?.

    Saya berharap agar Tan Sri akan menemui REZEKI untuk menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Saya menjangkakan pertandingan ini memangnya sengit dan akhirnya tentunya akan ‘menghibakan’. Saya percaya, Tan Sri ada kelebihan yang tersendiri.

    Semoga Berjaya!.

  2. ir musafir Says:

    Salam hormat Tan Sri

    Budaya sekat, halang dan blok dalam pencalunan inilah yang membuatkan pemimpin yang berpotensi dan bermutu terhalang menjadi pemimpin dalam UMNO. Secara peribadi, saya menyokong sistem kuota ini di hapuskan. Biarlah perwakilan nanti memilih pemimpin tanpa di pengaruhi oleh faktor faktor lain.

    Sekali lagi saya doakan Tan Sri semoga lepas pencalunan. Wassalam

  3. chengho Says:

    UMNO Pekan akan mengadakan mesyuarat bhg pada hari sabtu ini. adalah sesautu yg akan mendukacitakan rakyat jika UMNO Pekan tidak membuat pencalunan barisan MT UMNO .
    Diatas dasar keterbukaan ,tanggung jawab dan menyatakan yg hak tanpa hipokrasi UMNO Pekan mistilah tidak berkecuali dari membuat pencalunan . Rakyat mahu lihat adakah budaya UMNO akan berubah dan berani menyatakan yg tersirat dan tersurat . Najib sebagai defacto presiden UMNO dan defacto perdana menteri harus memberikan isyarat corak kepimpinan dan pemimpin yg mana dikendaki untuk bersama sama beliau membawa rakyat mengharungi cabaran cabaran dan realiti baru dunia . do it for the nation.

  4. Khairul Says:

    Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dilihat calon paling berwibawa untuk mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden berbanding Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam. Kerana itu ada pihak yang sedang bertungkus lumus menyekat pencalonan Mat Taib agar beliau gagal melepasi kuota yang ditetapkan.

    The Iron Mat Tyson ini bukan calang-calang pemimpin. Aura kepimpinannya memang digeruni sejak dulu lagi. Beliau punyai cara yang tersendiri dan sangat rapat dengan semua lapisan pemimpin, samada pemimpin atasan maupun pemimpin kecil bawahan. Sikap ramah mesranya mengikat ikatan kukuh antara Mat Taib dan orang awam. Kerana itu beliaulah antara Menteri Kemajuan Luar Bandar yang paling disenangi dengan orang kampong dan pendalaman. Mat Taib rela bermalam bersama orang kampong, tidur beralas tikar mengkuang, mandi sumur dan segala-galanya yang dilakukan oleh orang kampong. Mat Taib tidak pernah merasa janggal, kerana sejarah kehidupannya juga begitu. Yang pasti Mat Taib itu juga orang kampong tulen yang membesar dalam suasana kampong.

    Hubungan akrabnya dengan semua orang tidak boleh dinafikan. Wibawa kepimpinannya terserlah ketika memimpin Selangor sebagai Menteri Besar. Cetusan wawasannya menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2005, 15 tahun lebih awal dari Wawasan 2020, telah berjaya direalisasikan. Mat Taib boleh dianggap sebagai Bapa Pembangunan dan Permodenan Selangor.

    Perjuangannya mempertahankan hak-hak Melayu tersemat kukuh dalam dirinya dan dalam waktu yang sama beliau turut mementingkan soal perpaduan dan hak kesamarataan dengan kaum-kaum lain. Kerana itu tidak hairanlah, ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, ia ditangisi oleh seluruh warga Selangor samada Melayu, Cina maupun India. Jelas bagi mereka, Mat Taib adalah pemimpin rakyat yang sebenar.

    Hari ini Mat Taib kembali bersaing dalam arus politik perdana tanah air. Usahanya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO menentang Muhyiddin Yassin, bukan sahaja direstui oleh pimpinan di Selangor khususnya, tetapi turut mendapat sokongan moral dari kepimpinan rakan-rakan komponen Barisan Nasional di Selangor. Mereka menyokong kerana mereka tahu kehebatan dan aura kepimpinan Tan Sri Muhammad bin Haji Muhd. Taib, pemimpin berjiwa rakyat dan pemimpin yang rela menyusur hingga ke akar umbi.

    Mat Taib jangan putus asa, sekatan yang dilalui jadikan sebagai cabaran awal untuk memikul amanah tersebut. Percayalah, pencalonan bukan tanda kemenangan. Yang jelas, Mat Taib sedang melalui isyarat bahawa peluangnya berada dikerusi nombor 2 dalam UMNO dan seterusnya dinobatkan sebagai Timbalan Presiden UMNO semakin hampir. Teruskan perjuangan. Moga Allah SWT merestui perjalanan itu.

    Ada kesempatan, sila berkunjung ke http:\\www.bicarakapar2.wordpress.com

  5. MSBAB Says:

    Saya berdoa agar Tan Sri mendapat cukup pencalonan dan seterusnya menang sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana saya nampak ciri-ciri kepimpinan Tan Sri dan keikhlasan/komitmen Tan Sri dalam memperjuangkan agama, bangsa, dan negara. Tan Sri menunjukkan contoh pemimpin terbaik apabila menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan secara jujurnya saya kagum dengan kesungguhan Tan Sri yang sanggup turun ke kampung dan berada bersama-sama penduduk kampung/luar bandar selama beberapa hari, menampakkan sistem penyampaian yang lebih berkesan dan saluran bantuan yang lebih efektif.

    Semua orang risau UMNO akan berkubur disebabkan terdapat sebilangan anggota UMNO yang sanggup mencemarkan nama baik UMNO demi kepentingan diri sendiri. Umpamanya saya dan kawan-kawan yang balik mengundi di kampung telah dijanjikan ‘duit minyak pengundi luar’ malangnya wang peruntukan yang diperolehi tidak diagihkan kepada semua pengundi luar yang telah tersenarai. Kami ikhlas mengundi BN tetapi kami tidak suka penipuan dan penyelewengan. Saya juga amat bersetuju dengan pandangan Tan Sri bahawa UMNO berada dalam bahaya jika terus dikuasai oleh golongan kontraktor dan perkara ini perlu ditangani segera bagi mengelakkan kepentingan peribadi mengahului kepentingan parti sekaligus boleh menjejaskan nama baik parti.

    Dengan itu, saya amat berharap Tan Sri dapat menduduki kerusi Timbalan Presiden bagi membersihkan nama baik UMNO yang sudah banyak tercalar dengan politik wang dan sebagainya seterusnya meletakkan UMNO di landasan perjuangan yang sebenar. InsyaAllah, kami doakan buat Tan Sri.

  6. Mukhatar Says:

    Assalamualaikum YB Tan Sri,

    Esok adalah hari terakhir Bahagian Bahagian UMNO mengadakan mesyuarat agung dan Selangor masih mempunyai 4 bahagian yang akan bermesyuarat esok. Diharap kesemua bahagian UMNO Selangor mencalunkan Yb Tan Sri. Seingat saya yang masih cetek pengetahuan tentang politik, inilah kali pertama ketiga tiga naib presiden menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dan ketiga tiganya memperolihi percalunan. Tahniah diucapkan kepada perwakilan bahagian kerana bijak memilih. Secara peribadi saya nampak Yb Tan Sri mempunyai potensi yang cukup baik untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO jika akar umbi UMNO mengenali Yb Tan Sri dari dekat, bukan saya menafikan Tan Sri Muhyidin dan Dato Ali, mereka juga ada kelebihan mereka tersendiri. Saya amat mengkagumi YB Tan Sri kerana sikap Yb Tan Sri yang sederhana dan mesra rakyat bukan sahaja musin pertandigan tetapi sentiasa mesra walau dalam apajua sekali pun tak kira tempat dan dimana. Diakhir kata saya berdoa kepada ILLAHI supaya YB Tan Sri mendapat percalunan yang secukupnya dan menang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Aminn

  7. Ahmad Razin Hj Yob Says:

    Assalamualaikum,

    Yang Berhormat Tan Sri Muhamad. Semoga di berkati Allah bersama keluarga tercinta. Pada hari ini, (Sabtu )di beritakan Tan Sri hanya memerlukan beberapa pencalonan lagi untuk bertanding. Insyaallah, dengan izin Allah pada 9 hb nanti pencalonan akan mencukupi. Jika di rasakan hasrat ini akan membawa kebaikan, maka sewajarnya lah ia di terruskan demi perjuangan agama ,bangsa dan negara. Semoga berjaya. Selamat Berjuang Dari Arau, Perlis.

  8. anuar ibrahim Says:

    tan sri berapa nominasinya sekarang? tak dapat tidurlah…. mahu sangat melihat pejuang melayu kita ini dapat menjadi timbalan. Doa saya sekeluarga untuk TSM

  9. Faizal Bin Zakaria Says:

    Semoga berjaya :-)

    Selamat Datang Ke Laman Blog Baru Saya :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

  10. anuar ibrahim Says:

    Taniah TSM, cukup sudah pencalonan. Saya sekeluarga tupang gembira untuk Tan Sri.

  11. zack Says:

    Tan Sri,

    Tahniah diucapkan kerana layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.. sesungguhnya ahli ahli diperingkat akar umbi memang memerlukan seorang yang memahami masalah mereka seperti Tan Sri… teruskan perjuangan dan semoga berjaya

  12. ABE ALI Says:

    Assalamualaikum Yang Berbahagia Tan Sri,

    Tan Sri kata, Tan Sri ni banyak kali sangat menduduki peperiksaan SPM. Dan kali ini kira dah jemu dengan peperiksaan SPM dan nak menduduki STPM pulak.

    Sekiranya Tan Sri gagal dalam peperiksaan STPM yang bakal diduduki nanti …….. macam mana yer? Nak pencen terus ke atau nak ulang lagi STPM ? di tahun tahun yang mendatang ? Masa tu pun umur kira pun dah tua dah ? Tan Sri tak puas ke setakat jadi Menteri kabinet Malaysia. Kan jadi Timbalan Presiden UMNO .. dan seterusnya jadi TPM tu susah sikit kerjanya….

  13. ABE ALI Says:

    Assalamualaikum dan Selamat menyambut IdilAdha Mubarrak

    Saya mengagak tentu Tan Sri sekarang ni terlalu sibuk. Dulu bila pembaca buat komen atau bertanya, tentu Tan Sri beri penjelasan. Sekarang ni dah tak ada dah. Saya harap Tan Sri buatlah macam dulu.

Leave a Reply