Saya menawar diri untuk memperkasakan parti
Salam bahagia dan salam perjuangan kepada semua.
Pertandingan dalam parti harus dilihat dari sudut yang lebih positif. Pertandingan yang sihat akan mampu menguat dan memperkasakan parti. Pertandingan juga satu proses memilih pemimpin dan ‘menyegarkan’ kembali perjuangan Umno.
Atas sebab itu saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Disember ini.
Kalau mahu dilihat rekod terdahulu saya pernah memenangi jawatan itu dalam tiga pemilihan pada 1993, 1996 dan 2000 sebelum tewas pada 2004. Saya menawar diri kerana mahu membantu memperkasakan parti untuk berdepan dengan cabaran baru.
Saya juga komited untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha memperkasakan Umno.
Saya harap dengan pengumuman ini perwakilan UMNO mempunyai lebih banyak pilihan pemimpin untuk menduduki jawatan berkenaan.
Kepimpinan UMNO memerlukan pasukan kerja yang ikhlas berjuang untuk kepentingan parti dan masa depan orang Melayu.
Misi kepimpinan UMNO hari ini ialah memperkukuhkan perpaduan Melayu di setiap peringkat, memastikan ekonomi dan politik Melayu kembali kuat serta mengembalikan UMNO sebagai tunjang perjuangan rakyat Malaysia.
Saya ingin menjadi sebahagian daripada kepimpinan masa depan UMNO yang melaksanakan misi itu dan dengan ini menawarkan diri untuk pencalonan di peringkat bahagian bagi jawatan Naib Presiden.






July 24th, 2008 at 11:44 am
A’kum Datuk, saya rasa sebagai penyokong kuat UMNO Selangor, tidak perlulah Datuk bertanding lagi. Berilah peluang kepada golongan muda seperti Datuk Hisammuddin etc.. Kalau kalah malu saja..
July 24th, 2008 at 5:58 pm
Kami di UMNO Bahagian Kapar akan menyokong dan beri pencalonan pada YB Tan Sri
July 24th, 2008 at 7:13 pm
Bolih caya ke nie?.
July 25th, 2008 at 11:35 am
Tan Sri,
Menawarkan diri tu kan hak setiap ahli UMNO atau mana-mana juga persatuan atau pertubuhan. Jadi sebagaimana Tan Sri, agak mengekikan hati saya apabila Perhubungan Negeri-Negeri termasuk Selangor mencadangkan Presiden dan Timbalan Presiden tak di pertandingkan. Kesianlah kat ahli, tak da can nak pilih Presiden dan Timbalan.
Kalau UMNO benar pada perjuangannya, buktikan lah, jangan nak jaga diri aje, itu pasal lepas 62 tahun, UMNO yang sepatutnya bertambah kukuh jadi haru biru. Saya boleh katakan begitu sebab masa PRU 1964 dan seterusnya PRU 1969, tidak memahami isi hati rakyat membuat UMNO sedemikian.
UMNO perlu berubah, kalau tidak percayalah masa untuk hancur pasti. Sebenarnya, sampai bila pun kalau kita nak tengok dengan jujur, dah tak ada orang yang berkaliber dalam UMNO. Kenapa agaknya? Yang ada tu adalah agenda tersendiri, untuk MELAYU ….., untuk rakyat …., untuk ISLAM entah lah.
July 25th, 2008 at 4:41 pm
saya dari umno cawangan desa sentosa bahagian sepang menyokong tan sri menawarkan diri bertanding naib presiden..saya doakan tan sri menang…
July 25th, 2008 at 4:55 pm
TS..kenapa takde update selepas debat?…
July 25th, 2008 at 5:53 pm
Aik, kenapa bila diri sendiri nak bertanding dikatakan bahawa pertandingan yang sihat akan memperkasakan parti? Kalau begitu, kenapa anda tidak menyokong agar jawatan Presiden & Tim. Presiden dipertandingkan? Bukankah ianya adalah pertandingan yang sihat dan akan menyuburkan demokrasi dlm Umno? Bukankah ianya peluang bagi ahli-ahli parti untuk memilih pemimpin yang terbaik dan menyingkirkan pemimpin yang lemah dan teruk?
Disini, jelaslah bahawa anda adalah jenis manusia kaki bodek yang berjuang untuk kepentingan diri sendiri kerana menyokong pemimpin yang lemah diatas alasan anda dilantik sebagai menteri olehnya, jadi anda ‘wajib’ menyokongnya walaupun parti anda akan hancur dibawah pimpinannya….
Ini menunjukkan anda bukanlah pemimpin Melayu yang benar-benar sayangkan parti Umno dan bangsa Melayu!! Hanya manis dimulut namun dihati????????
July 26th, 2008 at 1:55 am
Saya harap Tan Sri tumpukan kpd agenda membasmi kemiskinan. Tan Sri sudah jadi menteri penuh dan harap bagilah peluang kpd mereka yang lain yg tiada jawatan menteri lagipun Tan Sri sudah pernah jadi Naib selama beberapa penggal. Inilah yg ahli UMNO meluat dgn pemimpin UMNO nak semua jawatan hingga menutup peluang kpd org lain seolah-olah mereka sahaja yg hebat….Ketua bhgn juga dia, ketua perhubungan juga dia, majlis tertinggi atau Naib juga dia, wakil rakyat juga dia, senator juga dia, menteri juga dia, pengerusi itu juga dia, projek juga dia, semua dia sapu hingga menutup peluang org lain jadi elok pilih / cari parti lain yg tidak bolot jawatan macam Pas dan PKR….kalau tidak diubah ketamakan peminmin UMNO mcm Tan Sri maka UMNO akan hancur PRU 13 nanti …percayalah cakap saya. Rakyat dah meluat dgn kerakusan pemimpin UMNO. PRU 12 kalau UMNO tidak main kotor dah kalah teruk….
July 26th, 2008 at 11:06 pm
http://dewawang.blogspot.com
salam…
dalam hidup kita, kadang kala di atas, kadang kala kena berada di bawah. sama juga dalam politik. kalau berada di atas sahaja, nasib orang dibawah kita tak peduli dan apa yang berlaku di selangor antara contoh yang nyata.
kalau kita berada di bawah aje, apa kerja dan sumbangan kita? tak pernah berubah. jadi kita kena berada dalam kedudukan yang tidak statik dan tidak setiap saat begitu selesa dengan apa yang ada.
apapun, teruskan perjuangan. masih ada ruang buat tuan melakar dalam bidang politik seperti dulu.
July 26th, 2008 at 11:58 pm
tan sri.
Penawaran Tan Sri untuk bertanding jawatan naib presiden adalah dialukan dan berharap tansri akan berjaya. Tapi pandangan tan sri bercanggah dengan dasar pak lah (Bukan UMNO)kerana tidak membenarkan pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan. Saya rasa ini dasar katun. Mana demokrasi, mana pertandingan sihat. Macam mana nak perkasa parti kerana presiden Abdullah Badawi langsung tak gagah perkasa pun. Tn sri tolong lah dengar cakap raayat dan ahli UMNO akar umbi. Pak lah tak releven lagi memimpin UMNO. Dia akan hancurkan melayu. Percayalah. Jangan kerana kedudukan Tan sri cuba pesong pendirian rakyat.
July 27th, 2008 at 1:52 pm
aslaimulakum TS
saya menyokong penuh hasrat Tan sri , kerana saya melihat komitmen dan semnagat pada Tan Sri sejak dari dulu , walaupun penah jatuh dan tidak memegang jawatan Tan Sri seorang yang setia kepada Parti dan terus berkerja keras dan sentiasa menunjukkan tauladan kepada golongan muda dalam parti kita. Umno memerlukan seorang pemimpin yang berkualiti, sanggup mendengar masalah rakyat, tidal sombong dan saya mengajak orang melayu dan ahli umno memberi sokongan kepada Tan Sri
wa azmi(su dun m urai, kelantan)
0179899305
July 27th, 2008 at 11:22 pm
Baguslah kalau TS nak memperkukuhkan Umno. Tapi kalau tidak terpilih, usahlah sedih. Orang yang tidak berjawatan juga boleh memajukan Umno.
July 28th, 2008 at 1:17 pm
Salam Tan Sri;
Saya menyokong 100% jika Tan sri yang bertanding. Bukan bodek tetapi setelah memantau prestasi dan keupayaan Tan Sri sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Semoga Allah menetapkan Tan Sri sebegini…Amin.
ps: Ada juga pemimpin yang saya tak berapa setuju.
July 28th, 2008 at 1:39 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Apakah wadah perjuangan memperkasakan parti yang akan dibawa oleh Tan Sri?Bagaimanakah pula dengan dengan pemimpin UMNO yang lain, adakah mereka sudah cukup bersedia untuk bertanding dari segi niat,keikhlasan,emosi dan ketelusan tanpa ada sebarang perkiraan yang akan menguntungkan sebelah pihak.
Seharusnya semua ini dikaji bagi membolehkan hanya pemimpin yang benar-benar layak dipilih untuk mewakili sekelian kaum Melayu yang sedang kehausan kepimpinan yang tulus ikhlas.
Apakah cukup dengan sekadar melaungkan retorik berbentuk perjuangan tetapi hakikatnya mengecewakan pengundi yang memberi harapan mereka dengan sepenuh hati.
Saya berdoa agar pemimpin yang mempunyai niat dan keikhlasan dalam perjuangan terpilih dan biarlah dari situ lahir semangat Agama dan bangsa yang kuat untuk dipertahankan dan diperjuangkan.Samada pemimpin muda atau lama,bukanlah satu keutamaan lagi,tetapi pemimpin akan diukur oleh keikhlasan mereka dalam perjuangan.
Semoga Allah menyelamatkan Agama Islam dan bangsa Melayu sebelum tergadai segala-galanya.
Fikirlah akan generasi melayu yang akan datang.Mereka akan mencerca dan menangis sekiranya kepimpinan hari ini tidak dapat mempertahankan hak mereka sebagai bangsa Melayu.
Apakah cercaan yang dimahukan oleh kepimpinan Melayu tika ini dimasa hadapan.Sesudah masuk ke alam barzakh generasi baru akan mencerca disebabkan kesilapan kita hari ini.
Oleh itu kembalilah berjuang kerana Agama,Bangsa dan negara.
July 28th, 2008 at 7:49 pm
“Pertandingan dalam parti harus dilihat dari sudut yang lebih positif. Pertandingan yang sihat akan mampu menguat dan memperkasakan parti. Pertandingan juga satu proses memilih pemimpin dan ‘menyegarkan’ kembali perjuangan Umno.”
Saya menyokong 100% statement YB Senator Tan Sri. Pertandingan adalah sesuatu yang sihat jika kita lihat dari sudut sihat (yang bertanding), namun tidak sihat jika dilihat dari sudut sebaliknya (yang ditandingi). Begitulah lumrah azali, senantiasa ada dua pandangan. Namun sudut pandangan YB Senator Tan Sri adalah yang terbijak.
Ini kerana, YB Senator Tan Sri mampu untuk melihat dari kedua-dua sudut iaitu dari sudut yang sihat dan sebaliknya. Seperti contoh, YB Senator Tan Sri menyatakan bahawa YB Senator Tan Sri bertanding jawatan Naib Presiden kerana ianya sesuatu yang sihat, maka itu adalah dari sudut yang sihat.
Namun begitu YB Senator Tan Sri juga mengatakan bahawa pertandingan bagi ketiga-tiga jawatan teratas di Bahagian Kelana Jaya tidak perlu dipertandingkan kerana pertandingan akan menyebabkan berlakunya perpecahan dan ianya tidak sihat, maka itu adalah dari sudut yang tidak sihat. Syabas YB Senator Tan Sri kerana menjadi seorang Melayu yang berjaya memalukan bangsa sendiri.
Apatah lagi dengan restu yang diberi, dan mungkin juga sedikit sebanyak bantuan, kepada menantu YB Senator Tan Sri sendiri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian Kelana Jaya yang mana Sdr. Affendi menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan sehingga berjaya mendapatkan pencalonan untuk kerusi Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Bahagian. Inilah menantu kesayangan yang membanggakan ayah mertua.
YB Senator Tan Sri, sebenarnya UMNO dari dahulu tidak menggalakkan pertandingan untuk merebut jawatan, tetapi Dato’ Onn sangat sukakan demokrasi yang membenarkan ahli-ahli UMNO membuat pemilihan. Ini bukanlah pertandingan untuk mengejar nama, pangkat atau harta berjuta ringgit, bak kata menantu YB Senator Tan Sri sendiri tidak akan habis 5 keturunan harta dia (walhal ramai yang tahu bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan?). Ini adalah pemilihan untuk memilih individu yang terbaik bagi memimpin orang-orang Melayu ke era kegemilangan.
Maaf saya katakan sebagai anak jati Selangor yang membesar di zaman YB Senator Tan Sri sebagai Menteri Besar, saya amat malu dengan perbuatan YB Senator Tan Sri waktu ini. Saya berdoa agar Allah S.W.T. membuka kembali pintu hati YB Senator Tan Sri agar YB Senator Tan Sri kembali sebagai Mike Tyson dahulu, seorang bekas guru yang amat menyanjung tinggi martabat orang-orang Melayu.
July 28th, 2008 at 11:22 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Tahniah,dan syabas Tan Sri diatas keyakinan pada diri untuk bertanding atas tiket Naib Presiden,saya bukan orang yang aktif dalam politik tetapi hidup saya terus setia menyokong kearah kehidupan dalam suasana harmoni rakyat malaysia yang sedia ada saya yakin inilah jua yang umno perjuangkan ,dan saya setia menjadi peyokong pada setiap apa juga perjalanan aktiviti Tan Sri demi untuk kebaikan rakyat malaysia,insyaallah sekali lagi akan saya sediakan pulut kuning dan daging rendang kiranya Tan Sri berjaya dapat duduk di-kerusi naib presiden insyaallah semuga semua penyokong setia Tan Sri bersama berdoa agar Tan Sri beroleh kejayaan .
Akhir kata teruskan berjuang demi Negara dan rakyat semua ,saya yakin allah akan perkenankan niat suci Tan Sri kerana dari mula saya mengenali Tan Sri dan Puan Sri inilah pasangan pemimpin yang saya lihat berjiwa rakyat,dan pemimpin yang tak kisah kan darjat sekali lagi syabas Tan Sri teruskan berbakti
July 29th, 2008 at 6:54 pm
“Berbeza pendapat tidak bermakna kita tidak boleh berkomunikasi di ruang ini.”
July 29th, 2008 at 10:01 pm
salam YB,
bagi lah peluang kat orang muda pula YB, contohi Dr M yang beri peluang kpd orang muda. YB pun dah jadi orang lama dah…
ampun maaf jika terkasar bahasa…
tk
July 30th, 2008 at 11:08 am
Sudah laa tuh Muhd Taib, zaman awak memuja pemimpin dah berlalu ……… fikirkanlaaa berapa lama lagi awak nak hidup kat dunia ni, adakah UMNO sekarang benar2 mempertahan hak dan kedaulatan org MELAYU serta kedaulatan negara. Saya sebagai ahli UMNO merasakan pemimpin2 sediada sekarang MAJORITI dah tidak memikirkan KESENGSARAAN MELAYU …………………..
July 30th, 2008 at 1:04 pm
YB Tan Sri,
Langkah tersebut kena pada tempatnya. Penawaran diri untuk bertanding bukan sesuatu yang bersifat ‘main-main’ atau ’suka-suka’. Hanya mereka yang telah benar-benar bersedia, sanggup menggalas cabaran ke medan pertandingan sebenar. Lebih ramai yang menawarkan diri, lebih baik, kerana ahli-ahli UMNO dapat membuat perhitungan yang mutlak. Saya melihat peluang Tan Sri ada, memandangkan komitmen sebelum dan selepas PRU12. Teruskan dan selamat berjaya Tan Sri !
July 30th, 2008 at 1:27 pm
………….”Misi kepimpinan UMNO hari ini ialah memperkukuhkan perpaduan Melayu di setiap peringkat, memastikan ekonomi dan politik Melayu kembali kuat serta mengembalikan UMNO sebagai tunjang perjuangan rakyat Malaysia.”………….
Mengapa setelah lebih 50 tahun (setengah abad) UMNO memerintah, masih lagi ada ungkapan kata2 seperti di atas.
Apa kah UMNO telah gagal selama lebih 50 tahun ini?
August 1st, 2008 at 11:11 am
Harap UMNO mencalon kan Tun Mahathit bertanding di Pematang Pauh untuk melawan Anwar Ibrahim.
August 3rd, 2008 at 9:41 pm
Assalamualaikum tan sri….
POLITIK ITU BERSIH, MANUSIA YANG MENGOTORKANYA,
SEGALA YANG BERLANDASKAN ISLAM SAHAJA YANG AKAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT,
PERCAYA DAN YAKINLAH SAYA YAKIN TUAN JUGA FAHAM TENTANG ISLAM. KALAU BENDA
YANG BENAR ITU IA TETAP BENAR DAN YANG SALAH ITU TETAP SALAH…HANYA ALLAH
YANG LEBIH BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI. KEYAKINAN PADA ALLAH BUKAN SEKADAR DR PERKATAAN YG KITA KELUARKAN MALAHAN PERBUATAN KITA. SAYA HARAP TUAN FAHAM APA YG SAYA UTARAKAN. JIKA TUAN BENAR TEGAKANLAH…. JIKA TUAN SALAH BERTAUBATLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA…….
August 4th, 2008 at 2:08 am
Tak payah la TS buang masa nak masuk bertanding.Umno dah terlalu korup sampai keperingkat akar umbi.Dibahagian saya sendiri (BALING) dah ada 4 calun yang nak berebut jawatan Ketua Bahagian.Masing2 dah susun senarai kumpulan 7 yang akan menjadi perwakilan ke Pusat.Yang nak masuk bertanding tu..tak ada kredebiliti lansung.Masing2 nak mencantas sesama sendiri.Kalau mereka ini sampai ke peringkat Pusat nanti,bertambah korup lagi jadinya.Sebab itu Baling tewas 3-1 pada PRU yg lepas.
August 5th, 2008 at 3:55 pm
ISU KECIL YANG CUBA MENCELAH DISINI-
SAYA SEKADAR RAKYAT MALAYSIA.dan akan cuba patuh kepada undang -undang negara Malaysia yang tericinta selagai tidak bercanggah dengan hukum ISLAM.itu sahaja.
ISU KECIL yang cuba di perbesarkan oleh saya ialah .Mengenai AMANAH RAYA.,kerana apa saya memelilih AMANAH RAYA sebagai ISU KECIL yang cuba di perbesarkan .
Kerana sebab-sebab berikut-
1.mengapakah kuasa yang diberikan oleh kerajaan untuk menguruskan HARTA PUSAKA kepada AMANAH RAYA .jawapan nya ialah semua pihak bersetuju kerana keuntungan secara monopoli ini akan menguntung RAKYAT JELATA.
2.Tiada siapapun yang pernah terberbeban dengan fees@yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pernah meyuiarakan persilisihan faham dan ketidakpuashatian kepapa AMANAH RAYA kepada Pihak kerajaan yang memerintah.
Disini saya terdapat hujah yang menyokong pandandangan saya.
1-sebuah badan amanah yang diberikan oleh kerajaan untuk menguruskan HARTA PUSAKA k, yang mesti/wajib@jika tidak mereka tidak boleh menuntuk harta pusaka mereka dan dilalui oleh segenap lapisan rakyat malaysia yang ingin menuntut harta pusaka yang bernilai lebih daripada rm 5000 sahaja*jika tidak silap sayalah..
2-fikirlan jika penubuhan AMANAH RAYA ini untuk menguruskan harta pusaka dengan baik,kenapa mesti dikenakan fees mengikut % harta yang diuruskan.jika ini satu kemestian mengapa fees yang dikenakan begitu mahal. 4% untuk setiap RM25000.00 pertama. Mengapakan tidak diberikan kepada sebuah jabatan kerajaan sahaja dan fees@yuran perkhidmatan yang dikenakan hanyalah mengikut kes yang dibuat dengan bayaran tetap mengikut urusan,*sebagai contoh harta pusaka yang dituntut tanpa wasiat bertulis yang saha ialah sebak RM 300,dan jika pengurusan harta pusaka yang dituntut tanpa wasiat ialah sebanyak RM600.00,bayangkan jika ada RM 25000 sahaja yang dituntu ,yuran perkhidmatan yang dikenakan ialah sebanyak %4 .amatlah berbaloi ,hanya RM 1000.00 sahaja dikenakan kepada pengguna. Baki harta pusaka masih ada 24000 lagi dan dibahagikan sama rata kepada 12 orang waris. Dapatlah dengan adil seorang RM 2000.00 sahaja.hanya dengan fees sebanyak RM1000 sahaja dengan perkhidmatan yang cekap daripada AMANAH RAYA amatlah berbaloi bukan.
PERSOALANYA mengapakah amanah RAYA MENGENAKAN fees @yuran perkhidmatan mengikut kadar % harta yang diuruskan adakah ianya berbaloi untuk smeua rakyat Malaysia.jelaskan lah wahai golongan PEMIMPIN KAMI.
Sebagai contoh Perlukah AMANAH RAYA yang sedang menguruskan harta pusaka BERNILAI RM 1,000,000.00 @1 juta . MAKA sebuah sistem sekuriti yang amanah,@sumber tenaga manusia @alatan melindungi @insurans yang memerlukan modal yang lebih untuk menguruskan harta pusaka bernilai RM1,000,000.00@1JUTA. Dan mari kita RAKYAT MALAYSIA bandingkan diantara HARTA PUSAKA yang akan dituntut sebanya RM 25,000,00 SAHAJA. Adakah sebuah sistem sekuriti yang amanah,@sumber tenaga manusia @alatan melindungi @insurans (semua ini akan mengubah kos perkhimatan Amanah raya.Mari kita mengkaji sebaik-baiknya.
Wahai golongan pemipin -apakah nasib -nasib RAKYAT JELATA untuk membayar fees @yuran perkhimatan yang dikenakan hingga ada yang menyebankan ada yang mengadai harta pusaka mereka disebababkan oleh fees@yuran yang dikenakan kepada mereka.
Apakah komen PEMIMPIN dan MUFTI kami. Silakan tampil memberikan suara anda untuk RAKYAT JELATA.
3-Mengapakah AMANAH RAYA di jadikan GOC-siapakah yang untung.rakyat atau golongan tertentu sahaja.Siapakah dalang disebalik penubuhan dan pemberi kuasa kepada amanah raya berhad,
4-pada pandangan saya kerajaan mudah tertipu dengan tuntutan segelintir pihak dan rakyat terpaksa menganguk kan sahaja tindakan penswastaan tanap memikirkan BEBAN YANG AKAN DITANGGUNG OLEH RAKYAT.
5-mengapakah AMANAH RAYA perlu diswastakan (alasan kukuh yang pasti diberikan oleh kerajaan pastilah sebegini. untuk keuntungan,kecekapan)mengapa ini berlaku saya masih tidak faham dengan tindakan yang amatlah tidak bijak ini.
6-sebagai GOLONGAN pemimpin yang bertanggungjawap kemukan kan lah ISU KECIL dan MASALAH TERPENCIL INI. Ini agar rakyat terbela dengan sebaiknya.
7.saya juga mencabar mana pihak dapat memberikan maklum balas yang kepada ISU KECIL dan MASALAH TERPENCIL INI..
8.JIka Berginilah kerajaan ingin membuat keuntungan untuk RAKYAT,silakan teruskan,semoga PIHAK KERAJAAN akan TERUS mencari keuntungan yang berlipat ganda untuk RAKYAT,
Saya tutut mencadankan agar pihak kerajaan untuk terus mencari kuntungan yang berlipat kali ganda-tidak mustahil untuk polis juga akan mengenakan fees untuk menyelesaikan jenayah yang melibatkan koporat/kormersial ,dengan menuntut fees mengikut jumlah kerugian mereka.
bomba perlu mengenakan fees kepada mangsa kebakaran yang mengikut jumlah harta mereka yang diselamatkan.sebagai contoh rumah seluas 5000 kaki persegi akan dikenakan fees 2% daropa nila tanah semasa.(keuntuanga pihak bomba ini akan dapat menyumbang kepada ekonomi negara.)
mungkin polis juga pelru dikopratkan kepada untuk mendapatkan lebih lagi dana untuk membantu memberikan punlangan kepada pendapatan negara Malaysia tercinta.mari kita semua bincangankan hal ini dengan lebih terperinci lagi.
3.RAKYAT PASTI BERHARAP LEBIH BANYA K GOC akan ditubuhkan dan lebih banyak akta ditubuhkan untuk memberikan keuntungan yang boleh dinikmati oleh semua rakyat malayisa.(mungkin faham komunisime perlu diterapkan ).
saya akan jangankan kan golongan pemimpin akan memberikan jawapan sebegini.
1.perkara kecik ini memang tidak dapat dielakkan .sudah menjadi undang -undang di dalam negara Malaysia tercinta.jadi kita perlu akur. Kepada undang -undang.
2.Fees yang dikenakan oleh amanah raya amatlah minimun ,berbanding negara lain didunia.dana amaanh raya memang berhak menntuk fees mereka kerna kecekapan mutu kerja mereka yang amat lah baik sekali.
Keuntungan yang diberikan oleh AMANAH RAYA kepada kerajaan dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia dengan saksama.dan keuntungan yang salurkan digunakan untuk pembangunan modal insan dan pembanguan infraskutur yang lebih baik.
7-JIKA PIHAK AMANAH RAYA bersikap telus mengapakah AMANAH RAYA tidak mampu uNtnk MENGURUSKAN harta PUSAKA yang dituntut sebanyak 40 bilion ini kepada waris yang HAK.amanah telah diberikan dengan sebaik yan mengapakah perlu dituntut perlu,serakanlah kepada yang HAK jika benar AMANAH .
August 5th, 2008 at 11:43 pm
askum..tan sri….
x de isu2 baru ke tan sri”?
ulas la skit pasal pemilihan umno skng nie..
kucar kacir nampaknya=)
August 6th, 2008 at 3:44 pm
Tan Sri…
Knapa org ramai msh percaya ckp Anwar???
Harap Tan Sri dan UMNO akn trus memimpin dgn relevan dan terpuji…
I’m just 20 but really sad to see Malaysians older than me being cheated by Anwar…
The sollution is we must read a lot…
Know the history….
Yang benar akan tetap benar…
HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU….
Semoga bumi Malaysia ini akan terus menjadi milik kita, jangan sampai bumi dipijak milik orang..
August 6th, 2008 at 7:41 pm
Salam. TS
Saya ingin mengucapkan syabas di atas usaha dan cita-cita TS untuk kembali ke kancah politik tanah air di dalam mengembalikan UMNO ke tempat yang lebih baik dari yang ada sekarang ini. Semoga segala yang dibuat dgn ikhlas itu akan diberi ganjaran oleh Allah.
August 7th, 2008 at 11:43 pm
That’s the spirit Tan Sri…
Demi untuk memperkasakan Parti..
August 8th, 2008 at 12:36 pm
Assalamuaalaikum,
TS
Saya amat bersyukur kepada ilahi kerana dapat bernafas serta dapat berinteraksi dalam blog TS bagi mengemukakan pendapat demi kebaikan bersama.
Saya juga bersyukur kerana kawasan saya telahpun selamat serta dengan berjayanya menjalankan “Mesyuarat Cawangan Batu Unjur 2008″ tanpa sebarang pertandingan. Sejurus itu disini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli UMNO Batu Unjur yang hadir serta memberi sokongan tanpa berbelah bagi. Saya sebagai Timbalan ketua Pemuda Batu Unjur juga ingin merakamkan rasa bangga dengan perjalanan lancar mersyuarat tersebut yang dihadiri oleh ahli seramai 86 org dan pemuda berdaftar serta berbayar yurannya seramai 46 orang ini adalah satu rekod terbaik sepanjang penubuhan Cawangan Batu Unjur.
Berbalik kepada isu semasa yang berlaku ialah melihat kepada Mesyuarat Cawangan yang sedang berlaku sekarang pelbagai isu timbul seperti isu keahlian, yuran, pertandingan pemilihan (perebutan kuasa), politik wang, perjalanan mesyuarat yang tidak sempurna malah ada yang tidak adil kepada calon dan lain-lain lagi, adalah satu kesedihan yang amat sangat bila melihat ketidakseimbangan keharmonian sesama penduduk cawangan atau kawan menjadi musuh serta saudaramara atau adik beradik tidak bertegur sapa selepas mesyuarat tersebut menjadi-jadi, saya ada membuat pantauan disekitar kawasan saya. Inilah yang dikatakan kelongaran penyeliaan pihak UMNO Bahagian terhadap Cawangan. Cawangan seringkali terpinggir dengan aktiviti pihak Bahagian ini kerana jika aktiviti yang dijalankan oleh Bahagian hanya ketua atau AJK Cawangan sahaja yg menjadi perhatian Bahagian ini kerana pengaruh pemilihan Bahagian hanya tertumpu kepada Ketua Cawangan, Ketua Pemuda & AJK yang terpilih bagi mewakili Mesyuarat Bahagian.
Perkara seterusnya saya juga ingin bertanya tentang satu badan NGO G3 kerana saya amat tertarik serta berpendapat ia adalah satu badan NGO yang pada masa sekarang ini dengan suasana kestabilan politik yang tidak menentu lebih-lebih lagi pada 5 negeri yg telah ditawan oleh pembangkang amat perlu bagi UMNO untuk bergerak seiring bagi memastikan ahli-ahli tidak terpinggir. Berbalik kepada sejarah KEMAS sebagai pengerak UMNO satu masa dahulu G3 juga seolah-olah boleh menjalankan tanggungjawab seperti itu dengan lebih berkesan. Malah bagi saya selepas Mesyuarat UMNO Cawangan ini G3 boleh membantu untuk menjadi satu badan penyatuan UMNO ini kerana semalam saya ada menghadiri satu perjumpaan atau mini road show yang sebenarnya tidak dirancang, setelah diperkenalkan dengan G3 saya lihat kecerian ada wajah ahli UMNO dimana pihak mereka telah kalah pada Mesyuarat Cawangan mereka, inisiatif ini bukan diambil oleh pihak yang menang tapi dibawa oleh Ketua Kampung JKKP dimana saya baru sahaja diberitahu bahawa pihak persekutan di kementerian TS lah yang mewujudkan jawatan tersebut. Tahniah TS kerana bertindak serta menjadi penyelamat kapada kami yang tinggal di Negeri Selangor sebagai Pembangkang.
Oleh yang demikian TS saya amatlah meyokong wujudnya G3 ini dan saya juga telah menawarkan diri untuk merekacipta laman wab G3 bagi kampung tersebut iaitu Kampung Telok Menegon. Banyak aktiviti sosial ekonomi boleh dirancang oleh G3 manakala UMNO pula menjadi perencana aktiviti penyatuan ahli. Alhamdulillah sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.
(Saya amat tertarik dengan kata-kata Ketua Kampung JKKP Kampung Telok Menegon, berbunyi: “Kalah didalam, menang diluar”. Bererti kalahnya pada sesuatu pertandingan atau perlawanan itu tidak semestinya kita harus berhenti untuk berjuang, mungkin ada perlawanan atau tempat lain yang boleh kita bertanding atau berkhidmat untuk masyarakat, dalam ertikata lain tiada lagi ungkapan “Jaguh Kampung”)
Sampai sini sahaja coretan saya yang panjang lebar, maaf jika ini membuang masa TS serta pembaca blog ini.
Assalamualaikum.
August 8th, 2008 at 3:26 pm
Inilah jawapan yang sama dari semua menteri dari 10 org yang nak bertanding dalam pemilihan ini.. Alasan yang hanya indah khabar dari rupa… Memperkasakan.. what a nonsense…
Jawapan yang mudah hanyalah mengejar pangkat dan kedudukan semata2… Apa yang nak diperkasakan dengan 10 org menteri berebut untuk bertanding bagi Jawatan Naib Presiden kali ini..
Rakyat sejak dulu lagi boleh menilai permainan dan agenda pengamal politik BN ini.
August 11th, 2008 at 12:37 pm
ikhlaskan diri…pasti berjaya
August 12th, 2008 at 8:20 pm
Biar lah dia org berebut, Tuhan kan ada, Tuhan tahu hati saper yg ikhlas hati saper yg busuk. Lagi sekali pilihanraya kita pukul habis la iyer. Naib ke mana aper ke mana, org kampung banyak yg terkapai2 lagi.
August 18th, 2008 at 4:35 pm
Dipetik dari blog http://adrianshah.blogspot.com/
Sangat menarik untuk difikirkan bersama.
——–
Timbangan Neraca Melayu
“Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam genggaman orang Melayu hari ini,” Dato’ Onn Ja’afar.
Assalamualaikum w.b.t.
Ayat di atas telah diucapkan oleh Dato’ Onn Ja’afar di dalam satu perhimpunan masyarakat Melayu sekitar tahun 1946.
Pada perhimpunan agung UMNO ke-58, Pak Lah di dalam ucapan dasarnya telah menyentuh satu tajuk berkaitan membangunkan modal insan bagi mencapai potensi bangsa.
Che Det pula tidak pernah putus idea dan harapan di dalam membangkitkan semangat orang Melayu antaranya melalui buku Dilema Melayu dan sajak Perjuangan Yang Belum Selesai. Antara bait-bait sajak ini ialah:
“Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku”
Ini adalah beberapa contoh bagaimana pemimpin-pemimpin Melayu dari era pra-kemerdekaan sehingga hari ini tidak putus-putus memberikan pelbagai idea, nasihat, kecaman dan sebagainya dalam pelbagai bentuk dengan tujuan untuk menyedarkan orang Melayu bahawa Melayu perlu menentukan nasib mereka sendiri.
Namun adakah nasib orang-orang Melayu terletak di atas tangan sendiri?
Antara perjuangan paling bermakna UMNO adalah untuk memansuhkan Malayan Union seterusnya mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Alhamdulillah misi ini akhirnya tercapai, namun bukan kerana kerajaan British tunduk kepada desakan orang Melayu tetapi lebih kepada pergolakan politik British sendiri pada waktu itu. Parti Buruh yang memerintah telah didesak bertubi-tubi oleh Parti Konservatif agar mengkaji balik Malayan Union dan akhirnya dua orang ahli parlimen British iaitu Kapten L. D. Gammans (wakil Parti Konservatif) dan Left. Kolonlel David Rees-Williams (wakil Parti Buruh) telah dihantar pada sekitar bulan Mei 1946 untuk membuat tinjauan dan laporan mengenai keadaan Tanah Melayu ketika itu, iaitu lebih kurang sebulan selepas Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946.
Sebenarnya 1946 merupakan satu tahun yang malang bagi kerajaan British kerana pada tahun yang sama mereka telah meneriman desakan yang amat hebat bagi kemerdekaan negara India. Akhirnya India mendapat kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.
Parti Buruh yang memerintah juga baru sahaja berjaya memenangi pilihanraya 1945 dari Parti Konservatif yang telah memerintah kerajaan British sejak pilihanraya 1931. Oleh itu, desakan politik yang sangat hebat telah diterima oleh Parti Buruh bagi membuktikan kemampuan mereka menerajui kerajaan dan empayar British.
Walaupun begitu, usaha yang telah ditunjukkan oleh UMNO dalam memansuhkan Melayan Union patut diberi pujian.
Ini adalah satu contoh, yang terhebat di dalam sejarah masyarakat Melayu selain kemerdekaan dan kejatuhan empayar Melaka, mengenai nasib bangsa mereka sendiri.
Namun, apakah tindakan orang Melayu sekiranya kerajaan British enggan memansuhkan Malayan Union? Adakah orang-orang Melayu akan memberontak dan berperang dengan kerajaan Malayan Union?
Berdasarkan kepada fakta sejarah sejak kejatuhan empayar kerajaan Melaka, pasti ada orang Melayu yang akan menentang, tetapi tidak secara menyeluruh, dan tidak kurang pasti ada yang akan membantu kerajaan Malayan Union menetang bangsa sendiri. Inilah bentuk pemikiran orang Melayu sejak dahulu.
Nasib mereka bukan terletak di atas tangan sendiri. Alangkah sedihnya apabila ianya terus berlarutan sehingga hari ini.
Orang-orang Melayu terutama yang berada di dalam kelompok UMNO, tidak habis-habis berteriak, “Melayu mesti bangkit”, “Jangan cabar ketuanan Melayu” dan sebagainya, apatah lagi semasa perhimpunan agung UMNO. Namun ianya lebih kepada retorik politik semata-mata.
Apabila datang seorang towkey bangsa asing, membawa pelbagai imbuhan dan hadiah, maka neraca nasib bangsa sudah terletak di atas tangan towkey tadi.
Perkara yang sama dapat dilihat di dalam pemilihan UMNO kali ini. Calon-calon yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, yang tidak menaburkan hadiah-hadiah dan pelbagai bentuk lain keriangan, dipandang sepi. Berbeza dengan mereka yang ‘menghulur’, diangkat sebagai pemimpin hebat, walhal neraca nasib mereka telah diletak di atas tangan ‘yang menghulur’. Maruah mereka begitu mudah dibeli.
Sekiranya inilah bentuk pemimpin yang dikehendaki di dalam UMNO, maka pastinya Dato’ Onn Ja’afar akan merintih menangis melihat bangsatnya bangsanya sendiri.
August 27th, 2008 at 11:03 pm
Tan Sri,
Anwar hanya seorang sahaja dan beliau telah mampu mengegarkan seluruh barisan kabinet Barisan Nasional. Anwar diibaratkan seperti lagenda dan mitos lama yang telah muncul kembali. Rata rata rakyat Malaysia masih lagi tidak mampu menilai realiti dengan fantasi. Anwar dianggap sebagai HERO dalam filem. Dimana HERO itu datang menyelamatkan mangsa dari orang jahat.
Keadaan ini amat berbahaya dan boleh dikaitkan dengan peristiwa pencalonan Estrada. Estrada merupakan HERO seumpama didalam filem, dan akhirnya Estrada yang dianggap HERO yang pandai BERPIDATO (seperti Anwar) tumpas dan Philipine terus hancur lebur negaranya. Apakah rakyat rata rata melihat anwar sedemikian rupa? Mereka tidak sedar, tidak apa biarlah. Kita lihat sama ada HERO (anwar) ini boleh juarai seluruh rakyat ataupun tidak.
September 4th, 2008 at 5:41 pm
Tan Sri, berdasarkan dari segala comment yg ditujukan pada Tan Sri, kebanyakkan menyatakan protes tentang kepincangan pada kerajaan sekarang malah juga pada parti orang melayu sendiri iaitu UMNO. Sekiranya nawaitu Tan Sri ikhlas memang untuk memperkasakan parti, seeloknya Tan Sri mencari formula yang berkesan dalam menangani sentimen ketidak puashati perasaan rakyat sekarang ni lebih2 lagi orang Melayu terhadap pucuk pimpinan sekarang. Sememangnya sukar bagi Tan Sri untuk bertindak demikian sekiranya ada kalangan pemimpin2 tertinggi yg bersifat talam dua muka & bermaksud udang disebalik batu serta sanggup melakukan apa saja hanya memastikan agenda dirinya dipenuhi malah mengaburi ahli2 Umno atau rakyat kononnya berjuang untuk memartabatkan Melayu tetapi sebenarnya ‘menjual’ Melayu. Memang Melayu tak akan hilang didunia ni tapi Melayu akan hilang tarafnya dibumi sendiri. Melayu akan bercakaran sesama sendiri. Melayu akan berpuak sana sini & akhirnya Melayu tak sepakat lagi. Kembalikanlah semula semagat perjuangan Melayu kita dahulu yg diperjuangkan olih pemimpin2 terdahulu wahai Tan Sri. Sebuah kapal akan hilang pedoman arahnya walaupun dibantu angin sekiranya nakhodanya berpeluk tubuh ataupun membatu. harap Tan Sri cuba mengubah angin yg terdapat dalam parti UMNO sekarang ini daripada mengikut saja haluan angin tersebut.
September 6th, 2008 at 8:59 am
As’kum Tan Sri.
1.Tan Sri selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia sepatutnya sudah tahu bagaimana pihak AKHBAR cuba untuk menjatuhkan UMNO dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya lihat bagaimana permainan pihak akhbar dalam kes di Pulau Pinang isu Perkauman dan UMNO Bahagian Di Pulau Pinang di persalahkan sebagai Ketua Penerangan UMNO M’sia apakah tindak Tan Sri untuk membantu mempertahankan Hak UMNO Bahagian tersebut. Saya lihat ada pihak tertentu yang menaja pihak akhbar supaya Isu UMNO di perbesarkan supaya Rakyat melihat UMNO sudah tidak RELEVAN dan tidak KUAT seperti dulu.
2.Tan Sri Lihat bagaimana BPR bergitu AKUR apabila di beri kuasa oleh UMNO untuk membuat tindak terhadap ahli ahli UMNO yg memyalahguna kuasa atau rasuah parti. Tan Sri apa gunanya kita ada Lembaga Displin Parti kalau kuasa di berikan kepada BPR. Isu terbaru kerana RM200.00 BPR dengan akur dan bangga melaporkan kepada akbhar dan kita lihat bagaimana mereka membuat cerita di muka depan akhbar dan ini membuat rakyat menyatakan Orang UMNO, Pemimpin UMNO boleh dibeli. Kita lihat BPR cuba mencari lagi kesalahan kesalahan Pemimpin Pemimpin dan Ahli ahli UMNO.
Disini saya lihat ada pihak tertentu yang menaja kepada AKHBAR dan BPR berlumba lumba mencari kesalahan Pemimpin dan Ahli UMNO. Saya sebagai ahli UMNO berharap kepada Prisiden Parti,Timbalan Presiden, Naib Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO supaya kes melibatkan ahli parti harus diserahkan kembali kepada Lembaga Displin Parti dan bukannya BPR (Badan Pencegah Rasuah). Jangan sampai Ahli UMNO benci kepada UMNo itu sendiri. salam
KITA MINTA PEMIMPIN UMNO
September 29th, 2008 at 5:04 pm
askum tan sri
sedih saya sebagai seorang ahli UMNO melihat pemilihan tahun ini
di Sabak Bernam semua ahli sibuk berkempen sampai sanggup “telanjangkan” kawan
semalam dirumah seorang balu kepada seorang Ketua UMNO cawangan wakil kerajaan PKR
datang hantar barang dapur. mana pegi org UMNO Sabak Bernam????? sibuk nak keluar suratkhabar je ke? gila glamour!!!! ini perjuangan membela rakyat ke perjuangan nak bela tekak dan perut demi memenuhi nafsu pada kuasa dan duit ni. Semua orang tau beberapa orang UMNO kena panggil BPR
October 31st, 2008 at 7:10 pm
setuju Ts bertanding, insyallah akan dapat pencalonan penuh.. lagi pun TS orang yang berpegalaman dlm pertandingan. rakyat memerlukan pemimpin yang bekerja dan aktif di peringkat akar umbi.. so TS memang layak … teruskan