Saya menawar diri untuk kestabilan parti
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin untuk pembaca semua. Semoga semangat Aidil Fitri ini akan memperkukuhkan lagi siratulrahim antara kita.
Semalam saya mengumumkan untuk menawar diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac akan datang.
- Kesediaan saya untuk menawar diri berdasarkan jawatan nombor dua itu berlaku kekosongan bilamana Dato’ Seri Najib akan bertanding jawatan Presiden berdasarkan fomula peralihan kuasa yang diumumkan Presiden, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.
- Peralihan kuasa yang dibincang dan dipersetujui sebelum ini hanya melibatkan jawatan Presiden antara Pak Lah dan Dato Najib. Peralihan kuasa tidak melibatkan jawatan lain termasuk Timbalan Presiden. Sebab itu saya menganggap jawatan timbalan berlaku kekosongan dan perlu diisi oleh calon yang diputuskan oleh ahli.
- Saya menawar diri bersandarkan rekod perkhidmatan sebelum ini. Saya pernah menjadi ‘imam’ dan ‘makmum’ dalam politik. Dan saya mampu menjadi keduanya dalam keadaan makmum yang baik, patuh kepada ketua, setia kepada ketua dan tidak menjadi ‘masalah’ kepada ketua.
- Saya menganggap saya calon akar umbi. Ahli Umno sering melaungkan perlukan pemimpin yang memamahi masalah akar umbi. Saya datang dari ahli dan pemimpin akar umbi. Jadi saya rasa inilah masanya Umno perlu kepada pemimpin akar umbi untuk membantu memperkasakan parti.
- Penawaran diri saya setelah berunding, berbincang dan mengambil pandangan daripada kesemua Ketua dan pimpinan Umno bahagian di Selangor. Mereka bersetuju dan menyatakan sokongan kepada hasrat saya dan insyaallah akan mencalonkan saya untuk jawatan timbalan presiden.
- Bagi memperkasakan Umno, Umno perlu stabil. Bila stabil, Umno akan kuat. Untuk kuat, Umno perlukan orang nombor satu dan nombor dua yang ‘serasi’ untuk membentuk satu pasukan. Mengikut satu peribahasa China, tidak boleh ada dua ekor singa diatas puncak bukit yang sama. Jika dua singa diatas puncak bukit yang sama, daerah jajahan tersebut akan sentiasa tidak tenteram dan tidak stabil.
- Saya menawar diri berdasarkan rekod perkhidmatan dan berharap ahli parti akan memberi sokongan kepada saya kerana rekod perkhidmatan samada dalam parti mahupun kerajaan serta rekod kesetiaan kepada ketua selama ini.








October 10th, 2008 at 11:38 am
Salam Tan Sri,
Saya mengucapkan tahniah diatas kesediaan Tan Sri untuk menjadi calun Naib Presiden dan sebagaimana telah sedia maklum bahawa sesiapa sahaja yang akan bertanding untuk Timbalan Presiden janganlah kaitkan dengan Najib kerana ini akan menyebabkan menggunakan pengaruh Najib.
Saya rasakan Tan Sri layak untuk dicalunkan kerana Tan Sri adalah dari kalangan akar umbi yang pernah melalui jatuh dan bangun dalan arena politik.Tan Sri perlulah mempunyai strategi yang dinamik dan komprehensif kerana dengan jalan ini sahaja Tan Sri InsyaAllah akan menang.
Kestabilan parti adalah merupakan satu kemestian tetapi apabila ada orang yang mengkucar-kacirkan parti hendaklah ditolak.Sejarah telah menentukan bahawa kesabaran amat penting dan ulasan kita hendaklah selari dengan citarasa pemimpin.
Kita tak mahu menjadi pengacau dalam parti dimana telah mempengaruhi situasi kelam kabut dalam parti.
October 10th, 2008 at 11:45 am
Salam Tan Sri,
Saya mengucapkan tahniah diatas kesediaan Tan Sri untuk menjadi calun Timbalan Presiden dan sebagaimana telah sedia maklum bahawa sesiapa sahaja yang akan bertanding untuk Timbalan Presiden janganlah kaitkan dengan Najib kerana ini akan menyebabkan menggunakan pengaruh Najib.
Saya rasakan Tan Sri layak untuk dicalunkan kerana Tan Sri adalah dari kalangan akar umbi yang pernah melalui jatuh dan bangun dalan arena politik.Tan Sri perlulah mempunyai strategi yang dinamik dan komprehensif kerana dengan jalan ini sahaja Tan Sri InsyaAllah akan menang.
Kestabilan parti adalah merupakan satu kemestian tetapi apabila ada orang yang mengkucar-kacirkan parti hendaklah ditolak.Sejarah telah menentukan bahawa kesabaran amat penting dan ulasan kita hendaklah selari dengan citarasa pemimpin.
Kita tak mahu menjadi pengacau dalam parti dimana telah mempengaruhi situasi kelam kabut dalam parti.
P/S Janagan siarkan yang pertama dari saya
October 10th, 2008 at 11:53 am
Tan Sri,
Syabas. selagi belum di anggap expired atau “Ubat habis tempoh’ dan masih lagi boleh memberi penawar wajar bagi Tan Sri menawarkan diri demi untuk bangsa dan Agama.
October 10th, 2008 at 12:55 pm
Assalamualaikum.
Umno adalah satu institusi politik yang bersifat demokrasi. Oleh itu kita kena bertindak mengikut lunas-lunas demokrasi. Umno bukan dinasti kesultanan yang baru bagi menggantikan sistem raja yang telah dimandulkan oleh umno. Oleh yang demikian aktivis dan pengamal politik umno kena faham operasi sistem tersebut.
Dalam umno tempoh hayat seseorang memegang jawatan dalam parti adalah tiga tahun. Apabila sampai tempohnya seseorang penjawat jawatan hatta seorang presiden parti pun kena mengundurkan diri. Semua jawatan menjadi kosong secara otomatik. Bagi tempoh yang baru sesiapapun boleh menawarkan diri sekiranya mendapat pencalonan yang mencukupi. Bagi penjawat jawatan kena ingat, jawatan itu bukan menjadi hak mutlaknya setelah dilantik. Dalam budaya demokrasi ianya bertempoh. Sampai tempohnya, sesiapa pun boleh bersaing untuk mendapatkan jawatan tersebut. Tidak perlu menunggu incumbent menyatakan ia tak mau lagi baru ada yang nak merebut kedudukan itu. Itulah budaya demokrasi. Menyerahkan hak ahli untuk menentukan siapa yang patut jadi pemimpin.
Kenapa orang umno setelah dimerdekakan, mereka masih mengamal budaya feudal raja-raja; menunjukkan seseorang seperti anak, menantu dan seumpamanya seolah hak menentukan waris kepimpinan sebagai hak mutlaknya. Sedangkan itu adalah hak ahli.
Kalau DYMM Agong boleh mengundurkan diri apabila tamat tempoh kenapa ahli politik umno tidak boleh.
Selamat mencuba.
October 10th, 2008 at 9:58 pm
Tahniah kepada Tan Sri kerana menawarkan diri sebagai calon T Presiden. Semuga UMNO Bahagian akan memberi ruang kepada Tan Sri untuk di calonkan dan seterusnya memenangi jawatan Tim Presiden.
Saya berharap Bakal Mantan PM nanti tidak seperti mantan yang ada untuk mengkeritik umno. Ini kerana beliau masih sebagai Ahli MP walaupun jika tidak memegang jawatan kerajaan.
Jika ini berlaku , UMNO akan bertambah parah dari dalam.
October 13th, 2008 at 1:19 am
Tahniah, semoga berjaya merebut TP Umno dan seterusnya TPM.
Lepas Najib, sila cuba untuk President.
October 13th, 2008 at 3:01 pm
tan sri,
yg penting malaysia memerlukan suntikan kepimpinan baru didlm situasi dunia hari ini.
masaalah baru memerlukan formula baru untuk penyelesaian . rakyat ingin melihat idea idea bernas dari tan sri walaupun idea idea itu menentang arus .
October 14th, 2008 at 2:14 am
Tolong beritahu Badan Perhubungan negeri bahawa hak-hak bahagian yang menentukan siapakah yang mereka pilih atas suara akar umbi…jangan paksa bahagian mengikut terunjuk Pengerusi Perhubungan Umno Negeri tak kira apa-apa negeri.
Kami mahu suara kami didengar bukan cuba dipinggirkan atau “budaya pancung” bagi memandamkan suara yang mahukan perubahan.
Jika ini masih berlaku jangan harap pilihanraya akan datang berpihak kepada kita.Lihat apa yang terjadi Permatang Pauh.
Walaupun bijak berbicara bahasa mandarin tetapi tahukah anda apa kata mereka “melayu tak boleh tipu cina tetapi cina boleh tipu melayu.
Kalau tidak percaya kenapa 1 orang cina buka kedai dalam kawasan melayu dia boleh hidup tetapi 1 orang melayu buka kedai susah mahu hidup dalam kawasan cina…harap tolong jawap?
October 14th, 2008 at 11:44 am
Saya merasa terkilan mengenai keputusan mesyuarat bahagian Shah Alam yang tidak mencalunkan TS untuk jawatan TP.Inilah satu kesimpulan yang perlu diambil kira untuk pimpinan yang akan datang dimana kesetiaan adalah merupakan satu elemen yang sangat penting dalam hidup kerana ini akan mengangkat martabat manusia kearah pembangunan dan kemajuan.Saya pernah teringat semasa dalam tahun 80′an saya didatangi olih bos saya untuk menolong beliau balik ke Pulau Pinang dan kebetulan pula GM adalah orang Pulau Pinang dan saya membawanya kerumah GM tersebut dan menyatakan hasrat beliau itu kerana didalam hati saya berkata tak kan orang PP tak bolih tolong orang PP.Al hamdulillah permintaan nya berjaya.Semasa saya mengunjungi kawan saya di Bukit Mertajam beliau mempelawa saya kerumah dan mengucapkan terima kasih beliau kepada saya.Itulah yang mengingatkan saya iaitu kalau orang sendiri tak mahu tolong kita kepada siapa lagi yang nak kita harapkan.Fikirkanlah……. kerana orang Selangor tak macam yang sebelumnya dalam era Harun Idris.
Dalam hal ini Ketua Bahagian tak perlu risau pola pemilihan ini kerana sememangnya ahli-ahli yang menentukan pemilihan tersebut.Katakan TS menang dalam pemilihan ini tidak semestinya ini adalah kehendak ketua bahagian.
October 14th, 2008 at 9:45 pm
Tan Sri yang dihormati,
Saya mengucapkan syabas kerana Tan sri menawarkan diri untuk jawatan Timb Presiden UMNO. Tugas sebagai no 2 amat lah berat. Tapi saya yakin Tan Sri akan InsyaAllah dapat memegang jawatan tersebut jika diberi peluang. Ini keranan pengalaman , karisma dan keihklasan yang ada pada diri Tan Sri.
Saya berdoa Tan Sri akan berjaya demi Agama, Bangsa dan Negara.
Yang ikhlas,
Dari saya seorang Penyokong kuat UMNO dulu, sekarang dan selama-lamanya
October 15th, 2008 at 4:44 am
Tentang pencalonan adalah di tangan perwakilan bahagian dan Badan Perhubungan Negeri tidak berhak memaksa bahagian mengikut terunjuk mereka.Seorang Ketua Bahagian belum pasti dapat menjadi wakil rakyat kerana sekarang orang sudah tahu siapa yang mereka pilih.Dalam 365 hari apakah peminpin tidak dapat mengenai isi hati rakyat tetapi rakyat dapat tahu tentang hak-hak mereka.
Tahniah buat shah Alam yang telah buat keputusan sendiri
October 15th, 2008 at 10:07 am
Assalamualaikum Tan Sri
1. Saya sokong Tan Sri 100% untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO
2. Bagi saya tugas utama Tim Presiden UMNO adalah untuk menjaga dan memastikan parti UMNO lebih kukuh dan berwibawa. Oleh itu pada pandangan saya Tan Sri adalah orangnya bukan Muhyiddin dan Ali Rustam.
3. Timbalan Presiden bukan untuk duduk dan berdiri setaraf Presiden. Jika UMNO memilih Muhyiddin, kelak nanti akan goncang UMNO. Satu kapal hanya seorang Kapten.
http://suarasukj.blogspot.com