Saya memilih untuk berprasangka baik
Salam sejahtera dan Salam Persaudaraan.
Dalam politik kita harus lebih banyak berprasangka baik dari sebaliknya. Dalam isu kemasukan Ezam dalam Umno, saya memilih untuk berprasangka baik.
Ramai ahli Umno dan juga kenalan bertanya pada saya tentang kemasukkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor ke dalam Umno. Mereka bertanya kebaikan dan keburukannya.
Saya berkata saya pandang kepada kebaikkan kemasukkan Ezam dalam Umno sebab keburukkan itu, elok lah kita jangan fikirkan. Biarlah Allah tentukan perkara itu.
Umno sekarang ini dalam keadaan memerlukan semangat baru untuk mengukuhkan parti.
Dalam keadaan ini, Umno memerlukan setiap tenaga dan pengalaman sesiapa yang inginkan parti itu kekal menjadi tunjang kerajaan.
Ezam banyak pengalaman politik, baik manis atau pahit, serta pengetahuan dan pengalaman tentang PKR yang mana dia adalah bekas ketua pemuda.
Jadi pengalaman dia boleh memanfaatkan Umno dari segi saikologi dan juga strategi. Pengalaman dia boleh digunakan oleh Umno untuk mematikan serangan-serangan parti lawan serta memberi nafas baru dalam perjuangan Umno.
Dalam pada itu, kemasukkan Ezam memberi lebih keyakinan pada orang Melayu terhadap Umno dari segi perjuangan kerana Ezam, yang benci Umno boleh berubah fikiran melihat Umno yang tetap dengan perjuangan asal tanpa berganjak walaupun menghadapi pelbagai cabaran sekarang.
Jadi pada saya, Ezam boleh menolong Umno dan pintu Umno sentiasa terbuka kepada semua Melayu yang ingin melihat Umno kekal memimpin negara.

May 29th, 2008 at 3:55 pm
Salam Tan Sri,
Sebagai sebuah parti politik, Umno menunjukkan kematangannya. Sejarah telah menunjukkan bahawa Umno sentiasa terbuka menerima siapa sahaja untuk menyertai parti tersebut walaupun pernah menjadi musuhnya. Ini menunjukkan bahawa Umno sentiasa melapangkan dadanya tanpa perlu wujud sebarang prasangka itu.
Lihat sahaja pemimpin sedia ada, ada pemimpin yang dulunya dari Semangat 46, berjaya menjadi pemimpin Umno yang disegani. Kerana itu, Umno sememangnya terus relevan dengan kehendak orang Melayu malah untuk rakyat jelata keseluruhannya.
Umno berdiri teguh dan parti itu sentiasa mempunyai ahli-ahlinya yang mampu mengangkat martabat parti Umno. Walaupun ada pemimpin Umno yang tersohor datang dan pergi, kemampuan Umno untuk terus berdiri teguh terus kelihatan.
Kegoyahan, kepincangan, keributan, ketidaksamaan, ketidakhaluan dan ketidaktentuan adalah rencah kehidupan Umno dalam mematangkan diri. Dalam pengurusan sains politik, ia memerlukan kes-kes di mana keputusan manusia itu yang menentukan. Setiap keputusan itulah akan menjadi rujukan dan iktibar yang berguna kepada mereka yang bermain dalam dunia politik kemasyarakatan.
Maka itu, Umno umpama bahan kajian yang terus menerusi menjadi ujian ujikaji supaya kelak nanti, Umno terus relevan, rasional dan berbakti kepada ahli-ahlinya terutama orang Melayu.
Amin
June 8, 2008 at 2:38 pm
Terima kasih atas pandangan saudara. Saya harap ianya menjadi rujukan kita bersama
May 29th, 2008 at 3:57 pm
Tan Sri Yang dihurmati;
Saya sanjung akan niat baik Tan Sri yang tidak mahu berprasangka buruk terhadap kemasukan Ezam dalam UMNO.
Apakah UMNO terlalu perlu akan semangat baru bagi mengukuhkan parti UMNO sekarang. Apakah semangat perjuangan sudah tidak lagi ada dalam UMNO? Apakah semangat lama sudah tidak bolih diambil terima. Bagi fahaman saya, semangat perjuangan tetap sama cuma approachnya berbeza.
Saya percaya didalam membuat sesuatu keputusan kita dimestikan mempunyai prasangka baik dan buruk, asalkan jangan ada kesan kesan negatif. Kita mesti fikir dengan waras akan baik dan buruknya barulah kita bolih mencapai dan membuat sesuatu keputusan yang sebaik baiknya. Dalam politik, dalam erti kata sebenarnya, mencari akan kekuasaan, kita mesti punyai dua prasangka, iaitu baik dan buruk.
Benar Ezam mempunyai pengalaman berpolitik ketika bersama UMNO dan PKR dahulu. Tapi apakah pengalaman ini diperlukan untuk mematikan serangan parti lawan dan memberi nafas yang baru di dalam perjuangan UMNO? Apakah UMNO sudah tiada Pemimpin Pemimpin yang pintar dan berani menghadapi parti lawan? Adakah semua ini dan selama ini UMNO hanya mencari jalan untuk menghadapi parti lawan dan bukannya untuk membela nasib bangsa dan negara? Adakah dengan kemasukan Ezam maka ini akan memberi keyakinan yang lebih kepada orang orang melayu?
June 8, 2008 at 2:39 pm
Ezam bukan orang pertama yang kita terima semula menyertai umno kerana umno itu mesti relevan untuk orang melayu
May 29th, 2008 at 4:40 pm
Assalammualaikum WBT
Menyentuh mengenai kemasukan Ezam ini, saya rasa ia adalah baik untuk UMNO memulihkan parti. Ezam seharusnya di calonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana dia lebih dipercayai orang ramai dari menantu Pak Lah. Dia seorang yang berani berjuang menegakkan kebenaran, sedangkan menantu Pak Lah hanya bunyi jer lebih (Tong Kosong). Berdebat kat Parlimen pun takut.
June 8, 2008 at 2:42 pm
Itu pandangan saudara. Kemasukan ezam kerana kita yakin dia percaya dan yakin dengan perjuangan umno
May 29th, 2008 at 4:47 pm
Datuk,
Sikap ingin berperasangka baik memang elok tapi politik adalah politik..”baik” atau “Buruk” semuanya adalah relatif selagi pandangan itu berupa pandangan politik. Jika sikap berpandangan baik itu diamalkan secara total, sejarah-sejarah seperti s46, reformasi dan PKR tidak akan berlaku. Semuanya berlaku kerana sifat baik dan buruk dari kaca mata politik adalah amat relif maksudnya. Sebaiknya daripada terlalu sebok memperkatakan soal-soal politik remeh temeh, sepatutnya semua tenaga dan perhatian ditumpukan kepada persoalan memperkasakan ekonomi negara ini khususnya persoalan bagaimana rakyar yang majoritinya telah menerima kesan dari peningkatan kos hidup yang drastik ini dapat dibantu dan dikurangkan bebannya ke atas semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama serta amalan politik. Soal Ezam bukan lah soal penting dan siapakah Ezam ini, apa sangat sumbangannya kepada negara ini sehingga ia begitu penting? Dalam keadaan sekarang PM nampaknya mempunyai masa 30 minit untuk duduk berbincang dengan manusia bernama Ezam ini yang entah aplah kepentingannya kepada negara ini, tetapi PM dan para menterinya tidak punya masa atau hampir tak punya masa untuk diluangkan bagi mendengar masalah rakyat khususnya di kawasan luar bandar Sabah sedangkan Kawasan terbiar seperti SABAH dan SARAWAK lah yang telah menyelamatkan maruah PM dan Kabinetnya dari tewas. Tanpa kami, saya yakin Ezam dan Pak Lah serta sehabat UMNO mereka tidak akan dapat menikmati saat seperti ini. Oleh itu, sedar dan insaflah, selepas pilihanraya persoalan politik kepartian wajib diminimakan sebanyak mungkin, malah gunakanlah masa, tenaga, pemikiran dan semua sumber yang ada untuk membantu rakyat. Jika suara rakyat masih diabaikan, saya yakin Insyaalah, rakyat akan menghukum sekali lagi dan hukuman ini pastinya terlalu perit untuk ditanggung oleh PM dan Kabinetnya apa tah lagi bagi species politik seperti Ezam dan rakan-rakanya yang sentiasa mencari kesempatan dalam kesempitan. Penyertaan species Ezam ke dalam UMNO tak akan menyelamatkan PM dan Kabinetnya, tetapi pengabaian secara berterusan dan terancang terhadap rintihan, keluhan dan kehendak Rakyat Sabah dan Sarawak sudah pasti akan meletakkan PM dan Kabinet UMNO nya kelak dalam situasi yang tak pernah difikirkan selama ini. Suara rakyat yang diabaikan ini lebih memerlukan masa 30 minit PM berbanding dengan kepentingan peribadi Ezam semata-mata yang PM luangkan sebanyak 30 minit bersama si luncai politik ini. Jadi, konsep memilih berpandangan baik itu sebaiknya diterjemahkan dan diaplikasikan dalam kontek melihat suara hati rakyat Sabah dan Sarawak yang amat memerlukan masa sebanyak 30 minit yang telah disia-siakan untuk melayan kepentingan seorang manusia bernama EZAM yang tidak ada apa-apa kepentingan kepada kemakmuran negara ini serta tidak dapat menyelamatkan PM sekiranya Rakyat Sabah dan Sarawak “memilih pula untuk berpandangan baik terhadap PR”. Terima kasih.
June 8, 2008 at 2:45 pm
Kita menghargai sumbangan dan pandangan saudara.Umno tidak pernah mengabaikan mana-mana kelompok dan negeri. apa yang dilakukan oleh BN sebelum dan selepas pru12 adalah rujukan yang jelas. Terima kasih sekali lagi atas pandanggan saudara
May 29th, 2008 at 5:00 pm
risau kalau sebenarnya ade udang di sebalik batu.tapi kalau udang sisebalik me sedap juga. mana la tahu…hati orang ni lain2..rambut pon sekarang ni tak sama hitam kan….
June 8, 2008 at 2:46 pm
Sebab itu lebih baik kita berprasangka baik daripada sebaliknya. Umno ini untuk semua orang melayu yang bersedia untuk dalam satu jemaah
May 29th, 2008 at 5:12 pm
Saya ingin komen terhadap Ezam kembali kepada UMNO. Ezam merupakan seorang pengkritik UMNO semasa berjuang dlm KeADILan bersama DSAI. Seperti kita sedia maklum, KJ merupaka kawan rapat DSAI, dulu hingga kini walaupun tidak secara terang-terang. Ezam dipujuk kembali kepada UMNO merupakan agenda politik golongan yang bercita-cita tinggi untuk menerajui UMNO dan kerajaan mungkin 5 tahun akan datang.
Teorinya, KJ tidak boleh bertanding Ketua Pemuda di AGM UMNO November ini disebabkan, jika KJ bertanding, dia akan kalah dengan alasan KJ telah terlalu banyak membuat kesilapan tambahan pula lawannya akan menggunakan isu ini dan juga isu “menantu” ABB. Jika kita renung sejenak, pak mertua Presiden, menantu Ketua Pemuda.
Ekoran itu, Ezam dipanggil untuk kembali UMNO untuk tengok reaksi ahli-ahli Pemuda. Maka selepas itu, ditunjuklah Ketua-Ketua Pemuda Bahagian supaya mencalonkan Ezam sebagai Ketua Pemuda. Apabila Ezam menang, maka sudah tentunya KJ Timbalannya. The next AGM (3 tahun selepas Nov 2008) Ezam atau KJ akan bertanding Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Mereka nak jatuhkan Hishamuddin. Mana boleh sepupu (Najib & Hishamuddin) jadi Presiden & Timbalan. Apabila Ezam atau KJ Timbalan, maka lengkaplah susunatur perancangan (strategi) mereka untuk memerintah Malaysia.
Kemasukan Ezam jika diterima masuk UMNO, bolehlah dikatakan UMNO ni “bacul”. Ezam yg. terang-terang menentang UMNO (seperti meludah dijilat balik) sanggup diterima oleh UMNO. Dimana integriti UMNO?
Renungkanlah saudara-saudara kelian.
Wassalam Tan Sri…
June 8, 2008 at 2:48 pm
Sekadar untuk renungan bersama. Sebelum ezam umno banyak menerima semula bekas ahlinya. Kerana bila mereka menerima semula umno kita beranggapan umno itu masih relevan dan kuat
May 29th, 2008 at 5:46 pm
Dalam keadaan UMNO dituduh lemah dan digembar-gemburkan kononnya menjadi punca kemerosotan undi kepada BN dalam PRU12 tempoh hari, kemasukan Ezam harus diterima sebagai kawan yang ingin membantu buat UMNO.
Ezam memasuki semula UMNO ketika UMNO dalam keadaan sulit dan tidak popular. Tentunya ini suatu tindakan yang cukup bersedia dan berani daripada Ezam yang tidak mungkin berupaya dilakukan oleh ramai orang.
Sepatutnya kemasukan Ezam tidak disangsikan atau dianggap mencabar mana-mana pihak dalam UMNO. Malahan kita patut berterima kasih kepada beliau yang sekurang-kurangnya dengan tindakan beliau itu imej UMNO yang tercalar sedikit terubat.
Bersangka baik seperti saranan YB Tan Sri itulah yang terbaik. Malahan itulah sikap terpuji yang dianjurkan oleh Islam. Jika ada ahli UMNO yang masih berprasangka buruk (suudzzan) dalam saat-saat yang begini penting, apa maknanya itu kalau bukan ego namanya sedangkan sikap itulah yang turut menyumbang kepada apa yang dialami oleh UMNO sekarang.
Jika sifat sombong itu masih menjadi pakaian sebahagian kita, maknanya ada ahli UMNO yang masih belum mengambil walau sedikit pun pengajaran daripada apa yang telah menimpa parti itu. Kita seolah-olah terlupa bahawa nasib UMNO dan nasib Ezam itu bukan di tangan kita. Usaha kita bagaimana besar pun tidak mampu memberi bekas kepada manusia. Tetapi Allah azzawajallalah yang menentukan sesuatu itu.
Maka paa yang akan berlaku serahkan sahaja kepada Allah S.W.T. Itu pun jika kita sebagai ahli UMNO mahu menjadikan IMAN itu pegangan. Jika tidak, biarkan sahaja apa-apa yang kita ingin dilakukan seperti yang dulu-dulu juga.
Maka untuk Ezam sendiri, bagaimana beliau membawa dirinya dan mendekati ahli-ahli UMNO itulah yang akan lebih banyak membantu dirinya dalam parti itu. Itulah pandangan Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishamuddin yang saya kira banyak kebenarannya yang perlu direnung oleh Ezam.
Jika niatnya suci untuk membantu UMNO dengan kemasukannya itu, bukan sahaja UMNO akan menolongnya malahan Allah juga akan menghulurkan tanganyanya. Tetapi jika dia mempunyai niat niat yang lain, dia sendiri yang akan mengalah dan berundur sedikit demi sedikit dengan keadaan itu.
Pandangan GuruBashid tetapi Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
June 8, 2008 at 2:49 pm
Terima kasih Cikgu. Saya sering melihat pandangan cikgu sebagai seorang yang faham dan kenal sejarah umno. Terima kasih sekali lagi
May 29th, 2008 at 6:07 pm
Salam Tan Sri,
SALAM TN SYED,
PENGUMUMAN PAK LAH DALAM SATU MAJLIS MEDIA TIDAK UBAH SEPERTI PENGUMUMAN TUN DR. MAHATHIR KEPADA MEDIA TENTANG KEMASUKAN ANWAR KE UMNO SUATU KETIKA DAHALU. MASIH KAH KITA SEMUA INGAT?
PERISTIWA ITU BERLAKU 26 TAHUN DAHULU, APABILA MAHATHIR DENGAN BANGGANYA MENGUMUMKAN AYAM TAMBATAN BARUNYA KEPADA MEDIA. PADA KETIKA ITU RAMAI RAKAN TAULAN YANG SAMA BERJUANG DENGAN PAK SHEIKH KITA TU KESAL DENGAN TINDAKANNYA MEMASUKI UMNO YANG SEBELUM ITU PALING KUAT MENGHENTAMNYA.
SEKARANG NOSTALGIA ITU SEPERTI MENGIMBAS KEMBALI DENGAN PENGUMUMAN PAK LAH TENTANG KEMASUKAN EZAM PULA KE DALAM UMNO BEZANYA DISINI EZAM DULU ADALAH AHLI UMNO KINI CUMA IANYA HANYA MERUJUK SEMULA.
APA PUN SEPERTI KATA TAN SRI YANG MEMILIH UNTUK BERPRASANGKA BAIK AKAN NIAT SAUDARA EZAM ITU. MUNGKIN BELIAU SUDAHPUN MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA UMNO YANG SELAMA INI TERSASAR PERJUANGANNYA BERSAMA ANWAR. APA PUN SELEPAS INI KITA TUNGGU DIMANA KEDUDUKANNYA SELEPAS KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA (UMNO) TERSAYANG.
MENURUT PAK LAH EZAM TIDAK AKAN DIBERI LAYANAN ISTIMEWA NAMUN BEGITU SAYA PERCAYA BELIAU SELEPAS INI BEBAS MENGEKSPLOITKAN DIRINYA DALAM MEDIA ATAU MAJLIS-MAJLIS ANJURAN KERAJAAN. PIHAK MEDIA TIDAK TERAGAK-AGAK AKAN MEMBERI SELUAS-LUASNYA RUANG KEPADA EZAM TERUTAMA KENYATAAN-KENYATAAN YANG BAKAL DILONTARKAN KEPADA BEKAS KETUANYA ‘DSAI’.
TIDAK SEPERTI DAHULU KEMUNCULANNYA SENTIASA DISEKAT MALAH DIBURU OLEH PIHAK BERKUASA. ITULAH MALANGNYA KALAU BERTAPAK KEPADA PARTI PEMBANGKANG DAN UNTUNGNYA KALAU BERADA DALAM PARTI KERAJAAN.
MUNGKIN REFORMASI UNTUK DIRINYA DAHALU TIDAK MEMBERI KEUNTUNGAN POLITIK PADA DIRINYA.
TAN SRI, BAGAIMANA PULAK SEKIRANYA HARI INI ATAU LUSA, DATUK SRI ANWAR IBRAHIM MENYATAKAN HASRAT UNTUK KEMBALI KA PANGKUAN UMNO? APAKAH TAN SRI JUGA AKAN MENYATAKAN ‘BERPRASANGKA BAIK’?
PS* TIDAK ADA SEORANGPUN YANG BENAR MELAINKAN KALAM ALLAH.
WALLAHUALAM.
http://www.kulatlapok.blogspot.com
June 8, 2008 at 2:50 pm
Kalau semua pemimpin umno berprasangka buruk tidak mungkin anwar juga menyertai umno. itu lah umno wadah perjuangan untuk orang melayu. pemimpin boleh datang dan pergi tetapi umno perlu kekal untuk survival orang-orang melayu
May 30th, 2008 at 12:27 am
Salam Tan Sri,
1) Pandangan saya berprasangka baik biarlah berpada-pada. Bila mana kita menerima kembali seseorang yg dahulunya begitu lantang mengecam parti UMNO malah sehingga ke luar negara mereka sanggup burukkan pemimpin UMNO. Orang2 yg sifatnya sebegini, seharusnya diNyahkan daripada parti kerana mereka tidak mempunyai semangat memperjuangkan bangsa yg tulen. Dalam masa 1 saat wadah perjuangannya boleh berubah. Di kala kecelaruan yg berlaku di dalam UMNO kini, pada pandangan saya, penerimaan kemasukan saudara Ezam ke dalam UMNO membuktikan bahawa UMNO telah tidak berpendirian setegas dahulu. Kita lihat tak sampai 1 minggu dia (Saudara Ezam) ada hati mahu kedudukan di dalam parti.
June 8, 2008 at 2:52 pm
Kemasukan ezam sebagai petanda ada yang tidak kena dalam Parti Keadilan Rakyat. Kalau tidak masakan dia ingin kembali kepada Umno. Mari kita berprasangka baik dahulu
May 30th, 2008 at 12:32 am
Salam sejahtera dan Salam Persaudaraan.
Assalamuaalaikum,
Saya merasakan pendapat TS mengenai “prasangka baik” amatlah terpuji serta rendah diri, kalaulah itu menjadi teladan kepada saya, rakan-rakan dan pemimpin-pemimpin yang ada maka amatlah bersyukur kerana ia benar-benar memberi satu pelajaran kepada saya, terima kasih TS.
Walaubagaimanapun saya merasakan tiada apa yang istemewanya saudara Ezam memilih UMNO sebagai tempat berteduh kerana sebagai seorang ahli politik ia menjadi satu kelaziman bagi sesetengah ahli politik bertukar ideologi bila kecewa ataupun meyedari apa yang diperjuangkan sudah tidak releven. Saya berharap UMNO tidak memilih peristiwa saudara Ezam ini sebagai satu harapan yang tinggi kerana ia tidak releven kepada UMNO sebagai contoh jika UMNO menggunakan saudara Ezam atau melebih-lebih dalam mempropagandakan isu beliau sebenarnya UMNO telah melakukan kesilapan kerana ia sebenarnya akan meluapkan rasa ketidakpuasan hati ahli-ahli UMNO yang masih setia, sebagai contoh isu Khairy Jamaluddin seorang yang baru, menantu kepada Perdana Menteri, mendapat laluan mudah dalam barisan pemuda UMNO, dikatakan penentu serta perancang utama Malaysia (Budak-budak tingkat 4) dan lain-lain lagi. Oleh itu kesinambungannya ialah Khairy salah satu cerita-cerita rakyat atau lebih tepat lagi melayu dalam pandangan perspektif kekalahan BN pada PRU12 maka tidak mustahil Ezam menjadi sesuatu yg serupa tapi tak sama dalam isu Khairy. Bersyukur dengan kemasukan saudara Ezam bagus tapi mempropagandakan beliau adalah kesilapan yang besar. Kesimpulannya orang akan berfikir “Ezam masuk UMNO tu, adalah yang dia kehendaki tuh…ada masyuk kut” kerana itu adalah perkara pertama yang saya fikir setelah mengehtahui cerita beliau. (Namun tak semua berfikir begitu). Saudara Ezam bukan di pecat dari PKR tapi mengundurkan diri oleh itu ada yang serba tidak kena disini, malah ia terlalu peribadi oleh itu UMNO juga harus melayannya secara biasa seperti ahli lain juga.
TS UMNO sekarang sedang di serang bertubi-tubi secara halus, oleh itu pendekatan yang halus juga harus diambil, dalam perkara ini rakyat serta ahli UMNO peringkat bawahan tidak nampak serta lemah dalam penilaiaan kepimpinan kerana tidak ada satu pemimpin yang di pandang tinggi dan kuat, bagi mengawal UMNO, pada saya langkah yang diambil banyak yang sumbang. Rakyat serta ahli UMNO sudah muak dengan politik kerana politik gagal membawa pembelaan pada rakyat dan ahli UMNO.
TS jangan menampakkan UMNO ini terdesak, pada saya untuk mengubatinya perlukan masa jangan tergesa-gesa pada saya UMNO sudah ada segalanya cuma waktu ini ialah waktu sukar bagi UMNO, ahli UMNO & rakyat sedang menilai apa itu intan apa itu kaca jika kita ikhlas dalam perjuangan tidak kira parti pasti kita peroleh kemenangan.
Ampun dan maaf atas salah dan silap dalam penulisan saya.
June 8, 2008 at 2:53 pm
Terima kasih atas pandangan saudara. Jika kita ingin bersatu carilah persamaan dan bukanya membesarkan perbezaan
May 30th, 2008 at 12:48 am
Mukhriz tak habis2 sibuk nak jatuhkan Pak Lah. Apa dia tak fikir kaaa… bila mana diberi mandat kemenangan sebagai MP Jerlun – Patut dia mau busy dengan paper proposal macam mana nak bangunkan kawasan Jerlun itu sendiri sebagai membalas budi baik rakyat di situ. Ini tidak………………… tak habis2 percubaan controversial dia………. Dia macam seolah2 hilang arah perjuangan. Paling tidak, patutnya dia dah mula start busy dengan survey untuk bangunkan IKS di Jerlun. Lebih indah lagi bila dia boleh come up dengan master blue plan untuk pembangunan Jerlun itu sendiri untuk 10 tahun akan datang. Mungkin possible improve infrastructure……………. Kalau nak lagi excellent pikir pula macam mana nak attract foreign investor untuk buka kilang di Jerlun. Secara tak langsung ini boleh beri peluang pekerjaan especially kpd anak anak muda.
Ini tak…………………. Ada aja idea dia nak jatuhkan org melayu sendiri. Pak Lah patut sack Mukhriz.
June 8, 2008 at 2:54 pm
Sepatut dan seharusnya begitu. Terima kasih atas pandangan saudara
May 30th, 2008 at 1:44 am
Assalamualaikum YB TS
Seperti kata pepatah ‘Sekali air bah sekali pantai berubah. Orang yg pandai belajar atas kesilapan orang, org kurang pandai beajar atas kesilapan sendiri. bukan org aje tak pernah belajar dan sentiasa berulang kali melakukan kesilapan yg sama. Saya rasa pepatah tu bagus utk direnungkan balik.
Mungkin ezam pernah buat salah dan mungkin nak perbaiki kesilapan itu. Mungkin jugak ada rahmat disebaliknya. Siapa nak jadi apa itu perkara yang lain.
Kenal pasti dulu apa yg tengah belaku sekarang. Keyakinan rakyat kepada UMNO amat goyah. Ini adalah benar. Isu yang diutarakan sebahagiannya ialah kelemahan atau kekaburan dalam menentu arah tuju UMNO itu sendiri.
Pimpinan Pak Lah dilihat sebagai lemah. Pak Lah dilihat sebagai terlalu passive . Kesilapan (pada pandangan saya) dalam menentukan siapa MB Perlis atau Terengganu boleh dielakkan jika beliau memdapat maklumat yg benar sebelum membuat tindakan.Jika beliau ingin betindak sebagai autocratic, kena teruskan sehingga org akan mengikut arahan itu atau secara democracy, beliau patut mendapat pandang org yg telibat terlebih dahulu barulah membuat pengumuman. Beliau akan di terima sebagai org yg mengambil berat kehendak ramai. Tetapi apa yg belaku cuma akan menunjukkan kelemahan.Sedangkan beliau pernah berkata beliau pantang dicabar.Tetapi pada pandangan saya beliau telah dicabar berulangkali.
Begitu juga yg berlaku semasa YB Dato hisamuddin apabila menghunus keris. Jika tiada keberanian lebih baik jangan dibuat tetapi kalau ingin jadi wira, biar putih tulang. Pemuda ramai ahlinya.
Tidak dikira kalah PRU12 walau kurang 2/3 majority tetapi akan dilihat kalah apa bila tindakan selepas itu seolah-olah kita telah hilang arah tuju.
Jika org cina atau india tidak sokong MCA MIC tunjukkan bahawa mereka yg rugi. Mengapa diberi koata jawatan Menteri seperti mereka masih menang sedangkan Sabah dan Serawak yg setia diberi jawatan yg mana ditolak kemudian. Tetapi setelah diasak baru beliau pergi bertemu pemimpin Sabah dan Serawak.Tidak kah itu menunjukkan kelemahan.Keyakinan org melayu akan menurun kerana pada pandangan mereka,Pak Lah terpaksa mengorbankan Kepentingan Melayu untuk membeli balik sokongan org lain.
Ini ditambah dengan keadaan semasa yg mana problem bekalan asas,petrol dll.Semua MT dilihat sebagai yes man.Seluruh organisasi diragui ditambah dengan asakan dari dalam dan luar.
Jadi siapa yg akan menjadi wira. Sesiapa pun boleh jika mereka dapat menunjukkan kepada semua mereka memahami kelemahan atau kesilapan yg lepas dan ingin mengubahkannya.
Mengapa YAB Tun Dr Mahathir masih bepengaruh. Kerana ketegasan yg beliau tunjukkan dahulu didalam atau diluar negara.Salah atau betul tindakan beliau hanya pada pandangan org. Tetapi tindakan susulan itu yg penting.Pegang keputusan yg telah dibuat.Perbaiki kemudian jika perlu.
Ciri YAB Tun ini yg tiada dikalangan pemimpin UMNO sekarang.Karpal singh hampir menjadi sejarah tetapi sekarang dah berlagak kembali. Jika Pak Lah ingin berbuat sesuatu yg lebih baik, kami rakyat tidak nampak apanya itu.Terima kasih YB TS.
June 8, 2008 at 2:57 pm
Tidak salah kita belajar dari kesilapan daripada kita menghukum terus kerana kesilapan.
May 30th, 2008 at 5:33 am
Tan Sri
Saya memuji pedekatan yang begitu, menerima baik seadanya ahli yang nak rujuk semula konon nya ada keinsafan dann memgetahui asas perjuangan UMNO iaitu menegakkan bangsa , agama dan negara atau pun gian nak nyanyi semula lagu UMNO ” bersatu bersetia berkhidmat”
Walaubagaimanapun di peringkat bahagian tidak begitu terbuka pendekatan nya,
Ada Ahli baru saja menawarkan diri untuk sesuatu jawatan, Penyandang nampak nya mula kurang stabil, serta merta mengambil tindakan yang bertentangan apa yang YANG KEBIASAN di buat ketika UMNO sekarang berusaha mengekalkan keahlian atau apa yang lumrahnya kes2 begini pentadbiran di peringkat perhubungan atau pun peringkat pusat selalunya membuat menyelidik sebelum bertindak
Malah ketua2 cawangan pula nampaknyu yang lebih terbuka dan tidak emosi iaitu tidak mengambil apa2 tindakan kapada penentang mereka sambil berkata UMNO ini bukan aku sa orang yang punya, UMNO untuk kesemua orang melayu di Semenanjung Malaysia
Kapada Tan SRI kaml mohon pertimbang dan tunjuk ajar bak kata pepatah melayu ORANG SOMBONG SELALU RUGI,<>
June 8, 2008 at 3:01 pm
Umno ini berwarna warni tetapi jika ada salah laku pemimpin disemua peringkat sebagai ahli kita boleh merujuk ke ibu pejabat tetapi biarlah datang bersama bukti dan bukanya fitnah dan sebagainya
May 30th, 2008 at 8:33 am
Assalammualaikum TS.
Saya sanjung tinggi pandangan TS. Bukanlah bermakna UMNO kini kekurangan pemimpin berkaliber atau ketandusan idea tetapi kemasukan Ezam lebih kepada memberi wajah baru kepada umum bahawa UMNO mempunyai niat untuk menangani kebejatan dalaman terutamanya rasuah. Umum tahu penglibatan Ezam dalam Gerak adalah memerangi rasuah. Justeru itu siapa saja ahli UMNO yang jujur dan ikhlas dalam UMNO tentu akan menyambut baik kemasukan Ezam, sebalinya bagi mereka yang punya ajenda kotor dan rasuah tentu sekali merasa kurang senang dan cuba prejudice terhadap Ezam. Apapun masih terlalu awal untuk memuji atau mengeji. Masa akan menentukan.
June 8, 2008 at 3:02 pm
Terima kasih Saudara Jaafar HM. Pandangan saudara jelas itulah sikap kita orang melayu yang ingin melihat melayu terus kuat dan bersatu
May 30th, 2008 at 9:02 am
salam tan sri,
sudah sebulan saya hantar maklumat ini ke email tan sri di kementerian. sehingga kehari ini masih tiada sebarang maklumbalas. susah sangat ke nak balas/jawab? apa sebenarnya pegawai-pegawai tan sri buat? saya terpaksa bersangka baik, mungkin kementerian tan sri terlalu sibuk untuk menjawab email saya ini.
lokman
30/05/08
FW: Jalan Kampung Parit Muhammad, Jalan Bakri Muar Johor.
From: lokman ahmad (lokman_ahmad@hotmail.com)
Sent: Monday, April 28, 2008 2:37:06 PM
To: muhammad@rurallink.gov.my
Cc: jamaliah@rurallink.gov.my
YB Tan Sri,
Assalammualikum,
Saya telah mengemukakan perkara ini kepada YB menteri sebelum ini tetapi tiada sebarang jawapan daripada beliau. Malahan jawapan kepada email saya pun tiada. Saya amat berharap pihak YB Tan Sri dapat membantu saya didalam hal ini.
Pegawai yang mengendalikan perkara ini ialah En Hafizzudin.
Segala perhatian serta tindakan pihak Tan Sri amat saya hargai dan diucapkan terima kasih.
Yang benar
Lokman Ahmad
019-2996559
——————————————————————————–
From: lokman_ahmad@hotmail.com
To: aziz@rurallink.gov.my
CC: jamaliah@rurallink.gov.my
Subject: Jalan Kampung Parit Muhammad, Jalan Bakri Muar Johor.
Date: Wed, 31 Oct 2007 15:04:59 +0800
Yang Berhormat Dato Seri Abdul Aziz Shamsuddin
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
31 Oktober 2007
Saya inigin merujuk kepada perkara diatas.
Saya telah cuba membuat permohonan untuk jalan kampung ini yang jaraknya lebih kurang 2km sejak dari tahun 2005. Dari pejabat daerah Muar ke pejabat JKR Muar hingga ke Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Baru-baru ini saya telah menerima jawapan daripada pegawai KKLW bahawa permohonan saya hanya akan dipertimbangkan sekiranya peruntukkan mencukupi. Saya ingin memohon jasa baik YB untuk melihat serta memperimbangkan seterusnya meluluskan permohonan saya ini.
Jalan Parit Muhammad ini merupakan satu-satunya jalan kampung yang masih tidak bertar sepenuhnya di kawasan ini jika dibandingkan dengan jalan-jalan kampung yang lain. Malahan ada jalan kampung yang lain telah ditar berkali-kali walaupun masih dalam keadaan yang baik. Selain daripada itu banyak jalan-jalan ke kawasan rumah kampung yang lain telah ditar sedangkan jalan Parit Muhammad yang digunakan oleh ramai orang kampung masih tidak ditar.
Untuk makluman YB terdapat beberapa buah rumah disepanjang jalan Parit Muhammad ini. Disamping itu jalan ini digunakan oleh ramai orang kampung untuk ke tempat kerja mereka atau ke tanah kebun masing-masing.
Saya amat berharap agar YB dapat membantu saya dalam hal ini. Perhatian pihak YB saya dahului dengan ucapan terima kasih
Sekian.
Yang benar,
Lokman bin Ahmad
019-2996559
May 30th, 2008 at 9:12 am
Tan Sri,
Ezam terang2an telah melanggar Fasa 20.10, dan kesalahan ini mmg tiada ruang pun utk rayuan ataupun pengampunan.
Harap Tan Sri berani membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis tertinggi.
Rgds
FASAL 20
DISIPLIN
20.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.
20.2 Ahli-ahli Lembaga Disiplin hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi yang terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan dalam pemilihan.
20.3 Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.
20.4 Tanpa menyentuh hak Majlis Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat Badan Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO, bolehlah mengenakan mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.
20.5 Tiap-tiap peringkat parti hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin mengenai kegiatan mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.
20.6 Seseorang ahli atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan keatasnya boleh merayu kepada Majlis Tetinggi.
20.7 Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.
20.8 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:
(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b) Mengikut perintah-perintah parti;
(c) Menjalankan dasar-dasar parti;
(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e) Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f) Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.
20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:
(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.
20.10 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.
20.11 Ahli-ahli yang telah dikenakan hukuman, kecuali yang dikenakan hukuman dibawah Fasal 20.10 boleh membuat rayaun supaya:
20.11.1 Menarik balik penggantungan keahliannya selepas 2 tahun daripada tarikh ia dihukum.
20.11.2 Menarik balik pemecatan keahliannya selepas 3 tahun daripada tarikh ia dihukum.
May 30th, 2008 at 9:29 am
Kalau kita lihat dari sudut politik, Ezam ada significantnya yang tersendiri. Bayangkan kalau seseorang yang tidak dikenali masuk UMNO, boleh dikatakan semua orang tidak ambil peduli tetapi kalau kemasukan orang yang tidak dikenali itu ke dalam UMNO atau parti lainnya diwar-warkan secara meluas, ianya juga mempunyai significantnya. Dunia politik adalah sebahagiannya dunia persepsi.
Tan Sri, pada saya berprasangka baik adalah satu nilai yang universal tetapi nilai itu kalau dipadankan dengan politik ianya boleh berlaku dalam dua keadaan yang berbeza dimana ianya boleh memberi natijah yang baik atau sebaliknya dan ianya juga bergantung kepada keadaan bagaimana persepsi digarapkan untuk mencapai sesuatu matlamat politik tadi. Secara puratanya lebih dari 90% penduduk mempunyai tahap pemikiran yang biasa dan selebihnya saja yang mempunyai tahap pemikiran yang rational. Bayangkan apabila sesuatu cerita politik dihebahkan, ianya sudah cukup untuk mencipta satu persepsi didalam minda majoriti penduduk yang mampu untuk membuat suatu perubahan yang mungkin radikal. Soal persepsi inilah juga saya nampak telah memberi impak langsung kepada PRU12.
Berbalik kepada kemasukan Ezam ini ke dalam UMNO, pada saya ianya berlaku dalam ruang lingkup dunia politik, jadi kita tidak boleh lari dari “political millage” samada ianya menguntungkan atau merugikan. Kalau kita nampak ianya memberi keuntungan dari segi politik maka kita harus merangka strategi untuk mencipta persepsi umum untuk memaksimumkan keuntungan itu. Kalau kita nampak ianya merugikan, strategi juga harus dibuat untuk mengelak kerugian itu. Dari pengamatan saya, nilai yang universal itu kalau telah diadunkan dengan politik kekadang ianya boleh jadi tidak bernilai lagi.
May 30th, 2008 at 9:37 am
Tan Sri,
Kita tak perlukan org macam Ezam utk perkuatkan parti…PKR, DAP, PAS tak kuat..
Kita kalah sbb kepimpinan hari ni adalah yang paling lemah…rakyat dan ahli UMNO tak suka dgn kepimpinan hari ini..mesej jelas dlm PRU hari tu…Pak Lah di penang, Mahadzir dan Johari di Kedah, Tan Sri and Dr Khir di Selangor, Tajol Rosli di Perak..Pahang, Johor and Terengganu yang ultimatum..pemimpin mrk lebih diterima oleh rakyat dan ahli Umno
Baca betul2 mesej dr rakyat dan ahli Umno.. jgn in denial lagi
May 30th, 2008 at 9:42 am
nampaknya, melayu ni, tak boleh lari dari hasrat dengki-mendengki no? Kalau buat pandangan negetif, wah cepat saja.
Macammana melayu nak maju? Kes Ezam ini sepatutnya dipandang dari sudut positif dan bukannya sudut negetif. Orang yang membenci kita, tidak semestinya akan membenci kita sampai ke sudah dan orang yang sayangkan kita, tak semestinya menyayangi kita sempai ke sudah.
Alamak, saya stop dululah, telekom datang pebaik kabel. nanti saya sambung cerita.
May 30th, 2008 at 9:57 am
3. Adakah mereka masuk untuk berkhidmat kepada parti UMNO atau untuk berkhidmat kepada Pemimpin-pemimpin UMNO tertentu sahaja?
—
Saya juga tertanya soalah yang sama .
Hari ini, beliau berani mencabar Jawatan Pemuda akan datang.
Jadi Dato Hishamuddin sudah tersepit?
May 30th, 2008 at 10:05 am
Assalamualaikum Tan Sri,
semuga Allah merahmati dan memberi kesihatan yang baik kpd Tan Sri..
saya setuju dengan pendapat Tan Sri yang kita harus berprasangka baik terhadap orang lain apatah lagi ianya memang di sarankan di dalam agama Islam kita tetapi naluri ataupun firasat yang datang di dalam diri kita juga dari Allah S.W.T sebagai petunjuk kepada proses melahirkan pendapat dan keputusan kepada sesuatu perkara..Ybhg Tan Sri, saya a jarang berpandangan negatif terhadap orang lain tetapi di dalam kes Ezam, ingin saya timbulkan persoalan & pendapat berikut :
1> mengapa hanya sekarang ini beliau bertindak untuk menyertai UMNO mengapa tidak sebelum ini?
2> Tidakkah Tan Sri rasa apakah memang beliau benar-benar nak berjuang membantu UMNO yang tengah “bergolak ” ini atau memang ianya adalah antara strategi PKR dalam usaha untuk menambahkan lagi masalah yang sedia ada bagi menjatuhkan UMNO kerana ahli-ahli PKR yang membuat keputusan untuk menyertai UMNO adalah dikalangan barisan orang-orang kuat PKR yang bernilai bagi pihak PKR..
May 30th, 2008 at 10:11 am
Askm….
saya menghormati pendIrian kalian semua mengenai berita kemasukan Ezam dalam UMNO. Berperasangka baik adalah sifat yang baik dan terpuji.. tapi jangan lah semua perkara kita berperasangka baik sahaja.. kita perlu lihat perkara-perkara yang tersirat. Memanglah apa nak kita risau sangat kita kan sesama melayu.. sapa yang nak tolong melayu kalau bukan melayu…tapi melayu yang bagaimana.. adakah melayu yang mempunyai prinsip atau melayu yang seperti lalang.
Dalam kontek sekarang, untuk mencari melayu yang berperinsip sangatlah sukar..kalau ada pun kumpulan ini sudah pasti akan dipinggir dan dicop sebagai kumpulan yang tidak berfikiran matang kerana menentang arus semasa. Kesannya golongan yang betul-betul cinta kepada agama , bangsa dan negara hanya menjadi teritip…ini merupakan kejayaan kepada golongan yang tidak suka melihat orang melayu bersatu maka berlakulah konsep belah dan pecah..kekuatan melayu merosot kerana tiada perpaduan…
Kita perlu melihat sejarah dalam perjuangan politik ini…ingatkah kita kejatuhan kebanyakan kerajaan dan pemerintah bermula dari wujudnya pemimpin lalang ini…mereka akan melakukan apa saja untuk mencapai impian walaupun menggadai segala-galanya..
saya tidak berhajat mengulas lebih panjang lebar…
Tan Sri perlu melihat perkara-perkara tersirat dalam sesuatu perkara yang melibatkan UMNO dan bangsa Melayu…
Sepekara lagi Tan Sri, mengenai peruntukan biasiswa yang telah mengubah dasar memperuntukan 45% kepada bukan bumi, ini tidak sepatutnya berlaku..adakan kerana kepentingan politik kita sanggup memberi hak kita kepada org lain.. kebiasannya bila kita dah memberi kita susah nak amik semula…sayA aharap TS membangkitan perkara ini…
saya sangat2 berharap..
Kehilangan Pulau Batu Putih menjadi teladan kepada kita..
Akhir saya ucapkan selamt berjuang…HIDUP UMNO..HIDUP MELAYU.
May 30th, 2008 at 11:46 am
TAN SRI
SAYA HARAP KEMASUKAN EZAM DALAM UMNO KAN MEMBUKA RUANG PADA MEREFORMASIKAN UMNO AGAR MENJADI SATU PARTI YANG BENAR-BENAr bersih dari amalan rasuah danMENJADI SATU PARTI YANG MENJAGA KEPENTINGAN UMAT MELAYU,NAMUN SAYA RASA RAMAI PEMIMPIN UMNO YANG MASIH MERAGUI KESETIAAN EZAM PADA PARTI BARUNYA INI,APAKAH TAN SRI SENDIRI SERATUS PERATUS JUJUR MENERIMA KEMASUKAN SEMULA EZAM KE DALAM UMNO?SAYA SENDIRI SELAKU PEMUDA UMNO SHAH ALAM SANGSI DENGAN KEMASUKAN EZAM INI,TAKUT ADA AGENDA LAIN YANG TERSEMBUNYI KENAPA BELIAU MASUK SEMULA KEDALAM UMNO.HARAP SELIDIK SEBELUM TERLAMBAT,JANGAN NASI DAH MENJADI BUBUR….
May 30th, 2008 at 1:20 pm
Salam Tan Sri,
Sememangnya kita tak perlu berprasangka buruk terhadap kemasukan Ezam, namun perlu ada juga berhati-hati buat masa ini…..lihat dan kaji dahulu segala kenyataan dan perbuatan dia…..adakah ia bennar-benar menunjukkan sokongan dia kepada UMNO….
Even dalam UMNO sendiri banyak duri dalam daging…. yang perlu UMNO bertindak dengan hati-hati…inikan pula mereka yang selama ini mengutuk UMNO secara terang-terang…..
Maka lihat sejauhmana pengorbanan dia terhadap memperjuangkan UMNO dan bukan kerana projek atau duit……Kalau selepas ini dia kelihatan mewah sudah tentu akan timbul cakap-cakap lain……
Kalau nakkan semangat juang terhadap UMNO, sememangnya ada pada Ketua Pemuda UMNO sekarang….. saya suka akan semangat juang dia…..tapi maaf saya katakan dia agak keterlaluan bila mencampuri beberapa hal yang tidak patut dicampuri hanya kerana dekat dengan Perdana Menteri….dan kadang kala semangat juangnya agak keterlaluan jika dilakukan secara kotor……
Kadang kala kita tidak dapat membaca apa yang tersirat dalam jiwa seseorang….mungkin niat ketua Pemuda UMNO tu baik….tapi caranya kurang diterima….begitu juga sebaliknya…..jika seseorang tu sememangnya menunjukkan sikap baik dan cara yang diterima…..mungkin dia pula yang tidak mempunyai niat baik…..
Sebagai orang yang dah berpengalaman……kita dapat baca….tak perlu nak pakai bomoh…..jika kita ada MATA HATI…..kita akan nampak siapa sebenarnya mereka ni…..
masa sekarang ni tak cukup dengan hanya mata kasar……semua orang kena guna mata hati mereka……
YANG PENTING SETIAP LANGKAH YANG KITA LAKUKAN PERLU JUJUR…..BARULAH NAMPAK KEIKHLASAN KITA…… JIKA NAK JADI PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT…TAK PERLU PROTOKOL….ANGGAP SEMUA ORANG BANDAR ATAU LUAR BANDAR ADALAH RAKAN KITA….SALING MEMBANTU, SALING MENGHORMATI, SALING MENGAMBIL BERAT DAN SEBAGAINYA…..
OKEY SELAMAT MAJU JAYA KEPADA UMNO…..BUANG DULU SIKAP KETAMAKAN UNTUK KAYA DALAM SEKELIP MATA KERANA SEMUA TU TAK MENJAMIN KITA MASUK SYURGA YANG PENTING KEJUJURAN MEMBANTU RAKYAT ITU YANG MENJAMIN KITA MASUK SYURGA…..
May 30th, 2008 at 4:23 pm
Tan Sri,
Saya merupakan salah seorang anak jati Selangor yang sempat berkhidmat dengan Tan Sri ketika Tan Sri menjadi Menteri Besar Selangor. (Ketika itu saya berkhidmat di Yayasan Selangor) Saya mengikuti perkembangan politik Tan Sri dari tahun 1986 hinggalah sekarang. Turun naik Tan Sri dalam politik memang hebat, tetapi Tan Sri tetap bersama UMNO.
Saya heran kenapa DSAI , Azmin, Ezam dan ramai lagi yang keluar UMNO dan bukak bermacam-macam parti politik termasuk S46, PKR. Mereka ni pernah membuka bermcam-macam aib UMNO dan menghentam UMNO. Sekarang Ezam masuk semula ke UMNO dengan alasan untuk berkhidmat dan akur dengan dasar2 kerajaan. Saya mengikuti politik UMNO ni sejak tahun 1986 dan menjadi ahli untuk Petaling Jaya Selatan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi
Saya akur dengan pandangan Tan Sri bahawa kita kena bersangka baik dalam politik ini dan dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal selamanya. Sebagai anak Selangor jati saya merasakan perlantikan Tan Sri amat tepat kerana Tan Sri begitu setia bersama Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jangan Tan Sri bimbang kerana saya tidak berniat untuk mengampu atau membodek untuk rapat dengan Tan Sri.
Seperti yang saya kata tadi saya hanya aktif sebagai pemerhati walaupun suatu ketika dulu pernah mendapat peluang untuk bergiat aktif dalam politik namun saya memilih untuk berkhidmat dengan Yayasan Selangor dan sekarang bersama dengan GLC di dalam bidang telekomunikasi.
Namun begitu sebagai salah seorang bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Selangor ( PERMAS) Universiti Malaya dari tahun 1984/85 politik tidak dapat dipisahkan , saya berharap satu hari nanti Tan Sri melalui UMNO Selangor dapat mengumpulkan bekas-bekas pemimpin ini untuk bersama-sama Tan Sri, ramai dari kami sekarang yang kerja makan gaji, guru, berniaga , developer, dan macam2 lagi, cuma seorang saja yang menruskan minat dalam bidang politik dan berjaya menjadi YB iaitu YB Sulaiman Razak.
Saya percaya ramai di antara bekas pemimpin yang berminat untuk aktif dalam UMNO dan menyumbang kepada UMNO Selangor.
Saya harap dapat berjumpa dengan Tan Sri di forum UMNO Selangor. Saya doakan Tan Sri berjaya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar sekali gus dapat membantu kerajaan persekutuan untuk membasmi dan memajukan rakyat luar bandar Malaysia. Terima kasih
May 30th, 2008 at 4:37 pm
Soalan Saya:
Mengikut Perlembagaan UMNO Fasal 20(20.1) Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.
Mengikut rekod Ezam telah pun bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum 1999
May 30th, 2008 at 6:12 pm
tan sri ! pendapat saya tentang ezam.dia orang baik.saya pernah kenal beliau.sifat baharu tak tau lah nanti kalau dia tukar jadi tak baik.dia orang perjuangan.semangat tinggi tetapi akhir-akhir ni dia dah lembut sikit.saya tau pasal apa tapi tak payah sebut lah.sekarang fokus kita ialah MUKHRIZ BIN MAHATHIR. dia dah semakin honar. boleh kawan dengan KJ tu.KITA TAU DEPA NI ADA SAIKOLOGI POLITIK.SENGAJA BUAT PERKARA PELIK SUPAYA ORANG FOKUS DAN TAK LUPA DEPA.TETAPI KALAU LEBIH-LEBIH ORANG NANTI MELUAT DAN BENCI PARTI SEBAB DOK SIMPAN ORANG MACAM NI. LA NI ORANG YANG BERKELAYAKAN BERLAMBAK. DEPA TAU APA .DEPA PERNAH SUSAH KA.BETUL LA KATA DEPA MCM KITA KALAU GARAM TU MASIN TAPI MASIN GARAM SECAMCA TAK SAMA MASIN MACAM GARAM SATU GUNI. DUDUK ELOK-ELOK LA DAH ADA PELUANG TU.
May 30th, 2008 at 6:24 pm
salam tan sri…
pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada tan sri kerana memilih untuk bersangka baik dan positif…
saya sebagai org melayu yg sentiasa percaya bahawa umno akan terus kekal dan relevan sebagai satu wadah perjuangan ingin mengalu-alukan keputusan ezam untuk kembali ke umno…
kepada sesetengah golongan yg agak negatif saya pohon supaya bukalah minda dan lapangkan dada kerana kita harus mengakui pada saat dan ketika ini umno kelihatannnya agak tenat dan seharusnya umno perlu menunjukkan kematangannya kepada lawan dan kawan….
semoga ezam dapat menyumbangkan sesuatu demi untuk survival dan perpaduan org melayu….
May 30th, 2008 at 8:45 pm
Kemasukan Ezam ke pangkuan UMNO hendaklah dipandang dari sudut positif. UMNO merupakan parti yang memperjuangkan kepentingan orang melayu. Semua orang melayu layak menjadi ahli selagi orang melayu tu jujur terhadap perjuangan bangsa melayu. Tindakan menapis kemasukan ahli umno adalah tidak lain hanya kepentingan individu yang mempunyai agenda peribadi dalam parti. Umno adalah hak orang melayu yang sayangkan bangsa melayu. Jadi pemimpin boleh datang dan pergi, begitu juga ahli, semua orang melayu layak menjadi ahli.
May 30th, 2008 at 11:43 pm
Tan Sri,
Berbaik sangka adalah satu sifat yang positif. Kalau semua lapisan pemimpin UMNO mempunyai sifat ini parti ini akan kembali cemerlang seperti di zaman Tun Razak. Semua berfikir mengenai perjuangan bangsa dan agama.
Salam
May 31st, 2008 at 8:18 am
A.kum Tan Sri,
Bagi saya sesiapa sahaja boleh menjadi ahli UMNO dan perasangka yang baik itu bagus jika diamalkan.Tetapi dalam konteks ini Mengapa UMNO seperti kelihatan terdesak sehingga tidak memikirkan baik dan buruk kemasukan seorang pejuang handalan yang menghentam UMNO satu ketika dahulu.Apakah UMNO tidak mempunyai ramai pemimpin yang lain.Sebenarnya Tan Sri UMNO mempunyai ramai pemimpin yang baik dikalangan akar umbi tetapi tidak dipandang kerana ada agenda pihak atasan yang masing-masing memikirkan tujuan tertentu.
Kemasukan Ezam semestinya di rungkai dan dikaji dengan baik kerana dia adalah bekas pemimpin PKR dan dia dahulunya bekas musuh UMNO.Tidakkah kita terfikir Andaikata dia memasuki UMNO bukannya kerana ingin berjuang bersama tetapi kerana merosakkan UMNO dari dalam untuk tujuan memusnahkan UMNO.Apakah UMNO rela diperlakukan sedemikian rupa.UMNO adalah sebuah parti yang hebat satu ketika dahulu tetapi dengan kemasukan ezam melambangkan UMNO itu lemah dan memerlukan pemimpin yang lain sedangkan ramai pemimpin dari akar umbi tidak dilihat di pihak atasan.Turunlah pemimpin atasan ke akar umbi dan lihat ramai lagi pemimpin yang boleh kita harapkan dari UMNO sendiri yang UMNO tidak mahu pandang atau endahkan.Mengapa tidak ezam bermula dari bawah semula untuk kita mengetahui semangat setianya pada UMNO.Sudahkah kita mengenalinya hanya dengan kata2 yang indah darinya untuk masuk UMNO.lihat dahulu perjuangannya jika dia benar ingin bersama UMNO jangan hanya dengan mengisi borang ahli UMNO sahaja dapat bertanding di pihak atasan sedangkan semangat untuk UMNO itu tiada.Maka hancurlah UMNO jika dia ada tujuan tertentu memasuki UMNO.Kalau perkara ini dapat dilihat di akar umbi takkan pihak atasan tak mahu melihatnya.masuk boleh test dulu benar atau tak baru ambik.Jangan sejarah DSAI diulangi kerana memasuki UMNO tetapi tidak di uji semangatnya dan akhirnya membuat sesuatu yang merugikan bangsa.Jika UMNO sekarang hanya memasukkan tanpa ujian yang teliti maka UMNO itu sudah tidak relevan kerana ada agenda tersendiri dan tidak mengendahkan pandangan ahli.Kalau ini berlaku tidak mustahil anwar ibrahim pasti akan kembali ke UMNO sedangkan dialah musuh utama kita kerana memecahbelahkan bangsa melayu.Saya sebagai ahli tak rela melihat kejadian ini berlaku. Fikirlah untuk kebaikan UMNO dan Keburukan UMNO bukan Kebaikan dan keburukan orang lain.
-sekian
May 31st, 2008 at 9:07 am
Berprasangka baik sesama insan. Itulah pilihan terbaik yang sememangnya dituntut dalam Islam.Masalah UMNO selama ini pun berkisar pada aspek prasangka ini. Kecenderungan ahli untuk berprasangka buruk kepada pemimpin dan sesama ahli menjadikan hal-ehwal dalaman UMNO tidak pernah selesai. Habis satu, timbul satu.Semuanya bermula daripada perasaan hati yang tidak tenteram melihat pemimpin atau orang lain. Prasangka, dzan dan syak adalah jenis penyakit hati yang bukan sahaja merosakkan individu terlibat tetapi juga boleh merosakkan parti dalam jangka panjang. Ini patut dielakkan oleh setiap ahli dan pemimpin UMNO.
Kita patut melihat setiap ahli UMNO sekecil mana pun fungsinya, dia berpotensi kepada parti. Kalau dia tidak dapat memeberikan sumbangannya dalam bentuk idea dan fikiran, dia boleh memberi sumbangan dalam bentuk yang lain seperti wang ringgit jika dia ahli yang berada.
Jika dia tidak memiliki itu semua dia masih boleh menyumbang dalam bentuk tenaga dan masa. Jika itu pun tidak ada, dia boleh berikan sumbangan dalam bentuk sokongannya berterusan kepada parti. Dengan kekal sebagai ahli parti dan menyokong parti kerajaan BN dalam setiap pilihan raya, itu pun merupakan sumbangan yang boleh diberi oleh semua ahli parti.
Abd Bashid Harun
M.Princ, UM, B.A Hons, Isl.Studies, UM dan Dip NPQH, IAB
May 31st, 2008 at 4:47 pm
UMNO ni apa jenis parti?
Tak suka sesiapa pun pergi.
Menabur fitnah menunjuk benci.
Menambah sakit dihati.
UMNO dimaki.
UMNO dicaci.
Tanpa belas tanpa peri.
Berbuat sesuka hati.
Untungnya UMNO tetap di sini.
Terdesak, sesiapa pun boleh kembali.
Membawa kecelaruan haluan diri.
Sanggup menyembah dengan murahnya harga diri.
Manis mulut menabur pelbagai janji.
Pijak semut pun tak mati.
Sayangnya UMNO masih di sini.
Kalau ya pun nak marahkan Badawi.
Kenapa UMNO pulak yang dibenci?
Menuduh tanpa peri
Jasa Umno jauh untuk dihargai
Yang nampak agenda peribadi
Mahathir kecewa berlalu pergi
Tercabut sudah segala duri
Ezam berduka lantas kembali
Apa beza onak dengan duri?
Berani bercakap tentang kredibiliti.
Konon inilah perjuangan sejati.
Parti jenis apa UMNO ni?
Tempat menjilat ludah sendiri?
Boleh berbuat sesuka hati?
Tak suka pergi, terdesak kembali?
Yang salah UMNO lagi…
Ah…apa kita nak peduli,
UMNO tetap juga di sini,
UMNO masih juga begini.
Buatlah sesuka hati…
Anggaplah UMNO parti diri sendiri,
Gunakalah UMNO untuk kukuhkan diri,
Bila dah kenyang boleh lari lagi..
Apa yang nak susah disusahkan lagi
UMNO adalah sebuah parti
Kita boleh datang kita boleh pergi
Kerana UMNO masih lagi berdiri.
Dari dulu hingga kini
Selamanya tak tahulah lagi?
Jika UMNO diperlakukan begini….
May 31st, 2008 at 6:30 pm
assalamualaikum Yb TS, saya bersetuju dgn TS kerana mengambil sikap bersangka baik, mmg ini adalah digalakkan dalam agama kita utk bersangka baik dlm segala hal kerana segala ketentuan adalah dari NYA. Tapi haruslah diingat kita juga diharuskan berhati2 kerana manusia ni rambut sama hitam tapi hati sulam lain. Berbagai pandangan dari sudara2 kita berkenaan kemasukan Ezam, jadi marilah kita sama2 menilai yang baik jika ia benar2 mendatangkan kebaikan buat kita dan jgn lupa kita sama2 nilaikan yang tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan buat kita. Tidak salah Ezam hendak menabur bakti pada UMNO tapi biarlah ikut saluran, yang dulu biar didulukan jgn kerana beliau org lama yg setia berbakti dipinggir begitu saja. Mmg setiap manusia itu ada kebaikan & keburukannya jadi marilah kita sama2 dari peringkat akar umbi bersama2 menilai dan membuat kebaikan buat org2 melayu terutamanya kearah penyatuan keyakinan golongngan org muda terhadap pati keramat kita iaitu UMNO. Saya sentiasa doakan dgn kegigihan TS kita semua akan bersatu kembali seperti zaman kegemilangan org2 melayu sedikit masa lalu…Amin
June 1st, 2008 at 12:09 am
salam…
ada 5 motif Ezam masuk semula UMNO. lawati website abe MIE- panjang sangat nak cerita.
Apapun apa salahnya orang melayu bersatu. semua orang buat salah. Macam kata Ibrahim Ali- tukar politik bukannya tukar agama.
pkrpasdap.blogspot.com
June 1st, 2008 at 4:55 am
[...] 3. YB Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib dalam blog Mencerna Minda Melakar Bangsa [...]
June 1st, 2008 at 10:57 am
Salam sejahtra Tan Sri.Tidak salah kita berperasangka baik.Walau bagaimana pun saya merasa hairan ezam yang mempunyai rekod tersendiri dan diantara orang yang lantang menentang umno diterima begitu mudah tanpa ragui,dikaji malah dialu2kan dan mendapat liputan yang luas oleh media seolah2 kembalinya wira umno yang sangat berjasa pada umno.Sungguh pelik seorang pemimpin agung umno yamg tidak ternilai jasanya pada agama,bangsa dan negara dikutuk,dihina.dicerca dengan kata2 yang sungguh biadap dipinggirkan oleh party umno yang beliau pimpin selama 22tahun.Saya sangat kecewa Tan Sri majlis tertinggi umno langsung tidak berusaha untuk mengambil daya usaha untuk membawa kembali pemimpin agung itu kembali kepangkuan umno.Kenapa kita tidak mahu berperasangka baik terhadap teguran atau kritikanya selama ini?kalau ezam seorang yang pernah menjadi musuh umno kita terima dengan tangan terbuka dengan berperasangka baik walaupun belum pasti untungnya dan kita belum lihat jasanya pun dalam umno.Tidakkah umno hari ini merasa kehilangan dan rugi dengan perginya seorang pemimpin yang sangat dikasihi oleh lapisan rakyat?pemimpin yang bijaksana dan tajam akal,disegani dalam dan luar yang masih punya idea2 yang dapat membantu pada kemajuan negara?kalau hendak dibandingkan dengan ezam ibarat bumi dengan langit.Pemimpin tajam akal dan bijaksana yang pernah kita miliki dibuang seperti sampah ibarat tidak berguna lagi walaupun beliau masih hidup lagi.Saya sangat kecewa dengan fenomea yang berlaku dalam umno hari ini,dan saya sedar ini adalah keluhan manusia kerdil yang tidak akan dapat perhatian dan sentuhan.Terima kasih Tan Sri memberi peluang kepada saya meluahkan apa terbuku dihati.Semoga Tan Sri dapat berkhidmat dengan hati yang ikhlas dan selamat berjuang.
June 1st, 2008 at 1:39 pm
EZAM KEMBALI BERSAMA KOTAK-KOTAKNYA
Ezam Mohd Noor berdiri di pentas di Kampung Kedai Piah tidak sampai 100 hari yang lalu dan menjerit-jerit dihadapan lebih kurang 300 orang mengupas hujah-hujahnya tentang bertapa buruknya UMNO dan betapa busuknya Barisan Nasional. Intipati pekikan Ezam berakhir dengan kesimpulan bahawa Kerajaan Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah terlalu hina dengan korupsi yang menjadi-jadi.
Sedekad yang lalu, Ezam keluar dari UMNO bersama enam kotak yang dilaung-laungkan sebagai berisi segala dokumen yang boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Sampai hari ini saya menanti Ezam membongkar isi keenam-enam kotak itu. Ezam rela ke penjara mempertahankan enam kotaknya. Dan minggu ini, Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotaknya.
Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotak? Apakah isi kandungan kotak-kotak itu? Hari ini segala-galanya telah jelas lagi bersuluh. Sebenarnya satu ketika dahulu Ezam keluar UMNO dengan enam kotak kosong, tetapi hari ini, Ezam kembali ke dalam UMNO dengan 6 kotak berisi.
Apakah yang diisi di dalam kotak-kotak itu? Apakah enam kotak itu berisi segala bentuk dokumen yang boleh memusnahkan Anwar Ibrahim dan mereka yang setia dengannya? Apakah enam kotak itu berisi segala dokumen dan skandal yang boleh menumbangkan kesepakatan kerajaan Pakatan Rakyat? Atau enam kotak itu berisi berjuta-juta ringgit sebagai habuan kepulangannya ke dalam UMNO.
Seorang Ahli Parlimen yang juga amat rapat dengan Anwar Ibrahim memberitahu saya, Ezam menawarkan RM10 juta kepada 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengikutnya menyertai UMNO. Jika ini berlaku, tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dijadikan pesta seperti dahulukala, bila ada pegawai kanan Parti Komunis Malaya menyerah diri, mereka dipaksa untuk membuat kenyataan terbuka dan menyebarkan propaganda Kerajaan. Melihat Ezam di kaca TV memberitahu bahawa beliau memohon untuk kembali ke dalam UMNO kerana kerajaan Pimpinan Abdullah adalah kerajaan yang Pro-Reform, bahkan Ezam seperti tidak tahu untuk menjelaskan keputusannya itu dan asyik-asyik berputar-putar pada kalimah ‘Pro-Reform’ mengingatkan saya disewaktu kecil dahulu menyaksikan bagaimana Musa Ahmad, bekas pemimpin kanan PKM tampil di kaca TV menceritakan mengapa dia menyerah diri.
Mengapa Ezam terjun ke dalam kapal yang hampir pasti akan tenggelam? Mengapa Ezam membiarkan dirinya sebagai tropi suasa Abdullah Badawi? Mungkin didalam darahnya ada sesudu dua darah amfibia dan menjadikan dia bersedia untuk melompat seperti katak.
Tetapi mungkin juga tindakan Ezam itu berdasarkan perancangan teliti yang memakan masa hampir setahun diperingkat perancangan. Perancangan yang diilhamkan oleh seorang ahli politik pembangkang yang amat bijaksana yang terkenal dengan pemikiran ‘out-of-the-box’.
Kembalinya Ezam ke dalam UMNO sudah tentu menambah percakaran di dalam Majlis Tertinggi UMNO dan juga di peringkat akar umbi di mana Ezam terpaksa bertapak semula. Ezam akan dilihat sebagai Pro Abdullah lantaran menambah gelodak akar umbi yang masih ingat siapa Ezam.
Kembalinya Ezam dilihat oleh akar-umbi sebagai satu permulaan kepada usaha membuka pintu kepada Anwar Ibrahim untuk kembali semula ke dalam UMNO dan seterusnya meneutralkan Najib Razak yang mungkin akan bergabung dengan Muhyiddin Yassin menentang Abdullah.
Anwar Ibrahim tidak pernah menghentam kepimpinan Abdullah bahkan beberapa kali Anwar tampil dalam wawancara akhbar mempertahankan Khairy Jamaluddin.
Namun, Najib Razak tidak pernah terlepas dari menjadi sasaran pelbagai tomahan oleh Anwar. Musuh Anwar di dalam Anwar jelas nampak ialah Najib Razak dan bukan Abdullah.
Apabila Anwar memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan baru akan ditubuhkan pada bulan September, apakah Anwar merujuk kepada kerajaan Abdullah-Anwar? Apakah pada bulan September Anwar akan menyertai UMNO dan akan dilantik sebagai ‘running-mate’ Abdullah untuk pemilihan pucuk pimpinan parti pada Disember 2008.
Di dalam politik tiada yang mustahil, di dalam UMNO, yang mustahil telah beberapa kali berlaku dan tentu kita masih ingat bagaimana ‘duri dalam daging’ UMNO, iaitu Musa Hitam bergabung dengan musuh tradisinya Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Mahathir atau lebih jelas, untuk membunuh Razaleigh ‘once and for all’?
Segala yang berkemungkinan berupaya menjadi kenyataan dan buat masa terdekat, jelas sekali kemasukkan Ezam ke dalam UMNO menambahkan lagi kekusutan yang UMNO hadapi.
Siapakah yang mendapat habuan dari bertambahnya kekusutan di dalam UMNO ini?
Diambil dari blog kickdefeller
June 1st, 2008 at 6:08 pm
TAN SRI ! SAYA TERHARU MEMBACA PENGAKUAN EZAM.ITU LAH SEBENARNYA POLITIK KITA. MASIH BANYAK AGENDA TERSEMBUNYI YANG SEDANG RANCAK DIRANCANG OLEH PIHAK TERTENTU UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI. SEBAIKNYA YANG SUDAH TU SUDAHLAH. MARI KITA BERSATU MENUJU KEARAH YANG LEBIH CEMERLANG DAN BERSAING SECARA SIHAT. WALAU MACAMANA PUN PADA FIRASAT SAYA PAK LAH TAK BOLEH TURUN LAGI. TURUN NAIK SESEORANG ITU DITANGAN ALLAH BUKAN DITANGAN MANUSIA.
June 1st, 2008 at 6:13 pm
sekiranya ezam masuk semula ke dalam umno dengn ‘good faith’ why dont he do that before general election?mustahil ezam tidak mampu berfikir betapa besarnya peranan&momentum yg beliau mampu mainkan dgn memasuki UMNO sebelum PRU…peroalannya kenapa hanya selepas PRU dan selepas BN kalah teruk barulah ezam mengumumkan kemasukan beliau..there should be something rite?
June 1st, 2008 at 6:37 pm
daripada 3.5 juta ahli UMNO kenapa ezam yg diberikan perhatian? apakah ahli2 UMNO yg lain2 tu tak berkebolehan?
June 1st, 2008 at 7:13 pm
TS perasangka baik tu bagus, tetapi waspada mesti ada. sebab takut perubahan pentas lakonan ni cuma sandiwara saja mungkin kecewa sebelah sana, bermuka sebelah sini, menangguk diair keroh, spy pun boleh jadi, alasan diberi tak cukup kuat, ihklas tak ada, nanti boleh jadi duri dlm daging,apapun sebab utama dia ni, kena waspada,
June 2nd, 2008 at 9:14 am
Salam Y.B Tan Sri,
Memang di dalam Islam pun kita disuruh untuk bersangka baik pada setiap perkara. Tetapi didalam kancah politik, setiap tindak tanduk kita akan dnilai dan dilihat dari persepsi yang berbeza beza.
Saya merasakan bahawa kemasukan Ezam adalah lebih banyak memberikan kemenangan moral atau faktor “pyschology boost ” kepada UMNO. Orang yang telah menjerumuskan dirinya dan melibatkan diri didalam perjuangan DSAI secara aktif, telah pun melakukan pusingan U-Turn “360″ didalam karier politiknya.
Tetapi yakinlah Tan Sri, kemasukan Ezam bukanlah faktor pendorong akan kembalinya kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Kerajaan. Untuk mengelakan dari berlakunya “undi protes” sekali lagi pada PRU yang akan datang, kita kembalilah kepada prinsip bahawa kuasa yang diberikan kepada semua pemimpin kerajaan dan pemimpin parti adalah merupakan AMANAH dari Yang Maha Pencipta.
Usaha-usaha kerajaan didalam menangani isu isu semasa terutama rintihan dan keluhan rakyat di dalam menangani kos sara hidup yang tinggi dan pembersihan IMEJ kerajaan secara keseluruhanya yang akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti dan mahupun kerajaan.
Wasaallam.
June 2nd, 2008 at 10:12 am
lihat pada kebaikan..
bagus tue..
tapi saya lebih syorkan jika dapat pstikn niat dia betul dn ikhlas..
June 2nd, 2008 at 11:56 am
salam Tan Sri,
saya juga memilih untuk berprasangka baik mengenai kemasukkan Sdra Ezam ke dalam parti UMNO. Semoga niat baik beliau untuk menyatupadukan bangsa Melayu agar Melayu tetap Bersatu, Bersetia Berkhidmat …. dulu, kini dan selamanya ….. mendapat keredhaan Allah s.w.t
June 2nd, 2008 at 12:59 pm
Memang agama Islam menggalakkan kita bersangka baik pada orang, tetapi ingat juga kepada pepatah Melayu, rambut sama hitam, hati lain-lain…
Jadi di sebalik bersangka baik, kita harus menyimpan peratusan untuk keraguan kerana kita tidak tahu motif sebenar di sebalik kemasukan Ezam ke dalam UMNO.
Saya juga agak musykil, kenapa pada hari Ezam masuk semula ke dalam UMNO dan seorang wartawan telah menanyakan soalan kepada Pak Lah tentang adakah apa-apa keistimewaan yang akan diberikan kepada Ezam dan dia menidakkannya.
Tiba-tiba pada keesokannya pula Ezam mengumumkan jika ada sokongan, dia akan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda.
Apa semua ini? Pada saya jelas nampak ada konspirasi.
June 2nd, 2008 at 2:47 pm
Rakyat boleh nilai perbelanjaan Adun, Exco
IPOH: Kerajaan Negeri Perak tidak berhasrat mencari kesalahan apabila membangkitkan isu peruntukan RM8 juta yang dibelanjakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan bekas exco Barisan Nasional (BN) dalam tempoh dua bulan sebelum pilihan raya umum Mac lalu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah mengenai perincian projek kecil dan kosnya untuk mendapat justifikasi perbelanjaan berkenaan.
Katanya, kerajaan negeri bukannya ingin menyalahkan kepemimpinan sebelum ini atau menghadapkan mereka ke mahkamah, tetapi hanya ingin tahu perincian dalam perbelanjaan itu.
——————————————————————————–
Tan Sri cuba lah patah kan kenyataan ini ,kenapa Kerajaan PR bodoh betul nak salahkan mantan Kerajaan BN tentang perbelanjaan,tak kan KErajaan PR tak boleh cari rekod perbelanjaan?? Ini duit negeri semua ada rekod semua claim projek ada rekod. Saya rasa la kerajaan PR sekarang ni memang tak tahu memerintah jadi sekarang ni bertatih, untuk mengelak malu maka macam macam la tuduhan yang dilemparkan untuk mengelak rakyat mengetahui ketempangan mereka. Apa perancangan untuk masa hadapan sehingga sekarang pun rakyat tak tahu,kecuali kelantan,negeri PR lain asyik menghentam kerajaan BN dahulu saja. Jadi bagi pendapat saya Tan Sri kena sedarkan sikit rakyat kita pekung sebenar orang2org PR ni terutama DAP dan PKR,yg puak PAS ni sekarang memang jelas kena tarik HIDUNG macam LEMBU dah jadinya. Jadi MB tapi tanah MELAYU ISLAM tergadai
June 2nd, 2008 at 2:59 pm
Untuk kemasukan EZAM ,dia perlu buktikan kesetiaannya kepada UMNO dengan membongkarkan segala muslihat Anwar Ibrahim dan mendedahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan kelemahan KEadilan yang sebenarnya punca perpecahan orang MELAYU dan BAPA SEGALA FITNAH yang wujud sekarang ini. Ketahuilah bahawa BERBOHONG,PENIPUAN,PENTINGKAN DIRI SENDIRI,HASAD DENGKI DAN PEMERAS UGUT adalah di antara sifat yang wujud dalam diri Anwar Ibrahim,ini kita dapat lihat dalam tragedi V.K Lingam yang mana pada pendapat peribadi saya adalah peras ugut yang nyata yang perlu di buat laporan polis termasuk lah Apek Gow yang rakam video itu. Pendapat saya lagi bahawa Video itu adalah untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan sedangkan MELOBI itu berlaku di merata-rata tempat dan suasana,malah dalam Parti Pembangkang pun wujud sikap melobi. Yang penting di sini dalam peruntukan UNDANG-UNDANG segala keputusan PM (atau bekas PM) adalah SAH,jadi tak perlu dipertikaikan lagi.Jadi nasihat saya jangan kita termakan hasutan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu nya yang memang sekarang ini walaupun menang banyak kerusi tapi langsung tak memberi impak yang positif dalam menangani MASALAH DAN SENARIO sekarang ini,MEREKA hanya pandai MENGHENTAM tanpa IDEA yang MEMBINA. MEREKA sememangnya TIN KOSONG.
HARAP MP DAN ADUN BN TAK JADI TIN KOSONG MACAM MEREKA-MEREKA ITU
June 2nd, 2008 at 4:36 pm
Segala Puji Untuk Allah swt
Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad saw
Assalamualaikum Tan Sri. Tentunya sibuk dengan tugasan seharian dan semoga dapat melaksanakan segala amanah Allah kepada rakyat. Saya tidak bercadang untuk komen tentang kemasukkan Ezam kedalam UMNO kerana keluar parti dan masuk parti sudah menjadi perkara biasa cuma kejujuran individu berkenaan yang terlibat Allah jua yang Maha Mengetahuinya begitu juga dengan Tun Mahathir keluar parti apakah mesej sebenarnya kita tidak tahu…….yang penting perjuangan harus diteruskan agar menepati kehendak Allah.
Insya Allah
Yang Ikhlas
Insan Jahil yang merindukan Perpaduan
June 2nd, 2008 at 4:43 pm
Salam Tan Sri,
Sebelum saya menyatakan sesuatu didalam warkah ini ingin saya nyatakan sesungguhnya saya ralat kerana tidak dapat menghadiri perjumpaan Tan Sri dengan UMNO Bahagian Pandan pada 22/5/ 08 lepas kerana saya dan rakan-rakan lain tidak dapat hebahan dari UMNO tersebut.Sungguh malang bagi UMNO Pandan kerana tidak memberi publisiti atau pun tidak membuat banner tentang aktibiti yang dilakukan.Ini Menyebabkan masyarakat setempat tidak dapat mengetahui kegiatan yang dijalankan.
Apa apa jua kita harus bersangka baik kerana sekiranya kita bersangka baik Allah akan balas yang baik-baik juga.Mungkin ini adalah anugerah Allah.
June 2nd, 2008 at 6:40 pm
A’kum YB Tan Sri,
YB ‘memilih untuk berprasangka baik’ tu memang amat baik.
Cuma yg tak baik nye pandangan umum, Ezam tu asalnya UMNO, bila nampak susah ‘cari makan’, dia lompat keluar ikut bosnya. Bila dah rasa susah juga ‘cari makan’di luar ngan bosnya, di lompat keluar lagi.
Nak lompat balik masuk UMNO dia malu kerana dah kutuk UMNO sampai macam sahabat YB yg ‘bakar jambatan’ tu.
Tapi nampak nye bila dah tak de lain jalan, dan dapat tawaran, maka ‘hilang malu’ nye. Tanpa segan silu dan bangga diri nye mengistiharkan lompat balik ke dalam UMNO.
- jenis ‘LOMPAT LOMPAT CARI MAKAN’ - boleh haraf ke untuk membela bangsa, agama dan negara?
June 3rd, 2008 at 7:21 am
Tan Sri,
Berprasangka baik tu mmg lah dituntut. Tapi hakikatnya, kenapa si Ezam ni diberi layanan vvip? Siap ada sidang khas bersama PM. Apa semua ni? Melayu2 lain rata2nya sukar untuk diterima menjadi ahli UMNO. Rata2 mengambil masa. Ini tidak logik akal lah Tan Sri. Dia nak masuk, UMNO proses shjlah. Ini mcm hero tamil la Tan Sri.
June 3rd, 2008 at 4:27 pm
Tan Sri,
Perkara 20.10 Perlembagaan UMNO tidak membenarkan Ezam menyertai UMNO seumur hidup. Lagi pun Ezam belum minta maaf dengan UMNO atas sumpah seranah dan maki hamun beliau dahulu.
http://c-bok.blogspot.com
June 3rd, 2008 at 11:53 pm
Salam buat TS dan pembaca blog ini,
Pertamanya Terima kasih kerana sudi menyiarkan komen saya. Ini jelas menunjukkan bahwa TS memang bebas, telus dan sudi menerima komen2 kami demi untuk kebaikan bersama, dan utk mencapai objektif diadakan blog ini.
Komen saya ttg EZAM, saya amat b’setuju dgn TS kerana UMNO tidak perlu bimbang sekiranya UMNO selama ini benar. tapi sebaliknya, pada mereka2 yg telah melakukan sebaliknya ( penyelewengan / kroni / rasuah ) … merekalah yang perlu risau.
Salam.
June 4th, 2008 at 1:09 am
Salam buat semua.
Baguslahtu Tan Sri. Kalau boleh sedarkanlah orang yang selalu asyik syak orang ada niat jahat. Sesama ahli UMNO pun nak ditikam dan syak yang buruk sahaja. Kalau tak caya tunggulah bulan 10 nanti. Ada yang nama kena buang atau tak dipanggil dalam mesyuarat agung. Inilah yang paling aku begang… Jadi Ahli tapi tak dipanggil mesyuarat Agung. Inilah sikap orang yang selalu ada hasad dengki dan sentiasa sangka burok kat orang lain. Hak orang tak diberi…. Fikir-fikirkanlah….
Harap Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap AJK cawangan yang tak bagi orang yang ada hak datang mesyuarat. Kalau boleh dipermudahkan cara pengaduan dan pengadu pula mestilah kemukakan bukti.
June 4th, 2008 at 9:45 am
Assallammualaikum YB. Tan Sri,
Pada hemat saya saudara Ezam sejak awal perjuangannya bersama DSAI telah melihat kelemahan-kelemahan dan pembohongan DSAI kepada bangsa Melayu, khususnya dan Malaysia amnya. Pada masa itu rasanya Saudara Ezam juga melihat dan terlibat sama dalam usaha DSAI bersekongkol dengan kumpulan-kumpulan yang tidak suka melihat kejayaan Malaysia diluar negara. Hubungan DSAI dengan kumpulan Yahudi dan Amerika yang begitu anti Islam tentunya menusuk hati Ezam tetapi terpaksa buat. Mungkin ketika itu dia merasakan potensi kebaikan DSAI melebihi kelemahannya.
Namun hari ini dia telah mengakui bahawa kelemahan dan kesekongkolan DSAI dengan kumpulan Yahudi dan Amerika yang mahu melemahkan Islam dan Malaysia itu telah keterlaluan dan merugikan orang Melayu serta Malaysia. Dia juga telah diragui dan diketepikan oleh PKR kerana menegur kelemahan yang merugikan Melayu dan negara.
Saudara Ezam mahu membetulkan keadaan dan bersama UMNO. Itu adalah satu langkah yang baik sekiranya dia benar-benar mahu berkhidmat dengan ikhlas. Tugas utama beliau ialah menangkis serangan antarabangsa terhadap Malaysia agenda DSAI. Beliau kena jelaskan kepada dunia kelemahan DSAI. Sama-sama kita bersihkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa.
Saya cadangkan saudara Ezam melihat blog-blog yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan negara seperti http://www.teras-umno.com dan yang lain-lain lagi.
Sekian, terima kasih.
June 4th, 2008 at 11:35 am
Salam Tan Sri,
Saya lihat kemasukan Ezam memang dinantikan oleh golongan oportunis UMNO yang kian lemah. Demi menunjukan Umno masih relevan dan untuk mendapat sokongan pelbagai pihak, tindakan ini dilihat munasabah oleh mereka. Tun keluar dan bekas orang kuat Anwar masuk… dan tidak mustahil suatu masa nanti, mungkin 5 tahun dari sekarang dia akan jadi seorang Menteri penuh.
June 4th, 2008 at 12:20 pm
Y.Bhg Tan Sri,
Tan Sri sudah lama dalam politik dan telah mengharungi beberapa gelombang serta peristiwa-peristiwa. Kadangkala ada juga antara kita yang lupa kepada perkara yang agak penting dalam konteks-konteks tertentu. Semasa Semangat 46 ditubuhkan ada banyak pemimpin UMNO pada ketika itu telah keluar dan dalam masa yang sama telah menghengtam UMNO. Rais Yatim, kalau saya tak lupa, pernah menyatakan bahawa SAYA TELAH MEMBAKAR JAMBATAN UNTUK PULANG KEPADA UMNO. Begitulah bencinya kepada UMNO. Tapi lihatlah apa yang terjadi sekarang. Beliau telah diterima balik dalam UMNO dan berjuang seiring dengan pemimpin-pemimpin lain walhal telah memanjat dalam hiraki Umno dan telah dilantik sebagai menteri. Perjuangan seseorang pemimpin mistilah dalam konteks suasana pada stu-satu masa.
Dalam hal Ezam ini saya penuh keyakinan bahawa dalam konteks semasa beliau telah membuat satu pilihan yang sesuai dengan perjuangan beliau yang pada masa ini bertepatan dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO dan Brisan Nasional. Oleh hal yang demikian kita tidak harus mempersoalkan kemasukan beliau dalam UMNO. Sebaliknya orang yang menentang mungkin ada agenda-agenda mereka sendiri yang Allah sahaja mengentahuinya.
Saya perperansangka baik saperti Tan Sri…………
June 4th, 2008 at 2:05 pm
Salam Tan Sri,
Saya percaya, memang ramai orang UMNO yang sedang berperang dengan perasaan mengenai kemasukan semula Sdr. Ezam bersama beberapa rakannya ke UMNO. Saya bersyukur, kerana prasangka saya sama seperti Tan Sri. Saya berprasangka baik dan sangat berbangga dengan kemasukan semula beliau ke kancah perjuangan UMNO, kerana bagi saya ia menjelaskan bahawa hanya UMNO sahaja parti yang boleh diharapkan untuk berjuang mempertahankan nasib bangsa Melayu dan Agama Islam. Ini terbukti, sehingga hari ini UMNO tetap berani menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam, walaupun ditentang habis-habisan oleh kaum lain, malah orang Melayu yang berkepentingan.
Saya percaya, Sdr. Ezam dan sahabat-sahabatnya melihat situasi ini, kerana mereka rata-rata sangat berpengalaman dan mempunyai pendidikan yang membolehkan mereka membuat tindakan dan keputusan rasional.
Sewajarnya, sebagai ahli UMNO kita sepatutnya boleh menerima kemasukan Sdr. Ezam untuk membantu memperkukuhkan UMNO. Janganlah terlalu berprasangka buruk, kerana sikap inilah yang menjadikan UMNO semakin lemah. Percayalah, kalau setakat Sdr. Ezam dan beberapa rakannya masuk UMNO untuk tujuan yang tidak baik, ia tidak akan mampu menggugat kekuatan UMNO, namun percayalah juga bahawa Sdr Ezam dan Rakan-rakanya mampu untuk menyumbang sesuatu bagi memperkukuhkan survival UMNO pada masa akan datang, Insyaallah. Wassalam.
Terima kasih.
June 4th, 2008 at 2:31 pm
Salam Tan Sri.
mmg WAJIB sbg manusie kte patut berbaik sangke.Wlu bgi mane pun sejarah Ts telah bnyk membuktikn yg sikap terlalu baik didlm politik ini akhir nye memakan diri sendiri.
kemasukkn ezam didlm umno penuh 1001 mcm teke teki,agak2 boleh ke ezam 2 menembusi umno klu bkn di sbb kn SESUATU dorongan,bkn sye meragui kemasukkn ezam secare total,cume si ezam 2 dulu kunun nye adelah SENJATE PEMUSNAH bgi pkr,jd klu umno nak beli pulak senjate 2 kene lah tengok2 dgn teliti,ape tujuan dibeli? umno da tak ade senjate lg ke? nak tembak siape? n yg paling penting SIAPE yg akan mengengdalikn nye.ape yg kite bimbang kot2 SENJATE 2 nak digune pakai di dlm umno gak,mane lah nak tau..bak kate pepatah “senjate mkn tuan”
Ts,bersangke baik 2 mmg baik,tp BERHATI HATI juge di tuntut,lebih2 lg dlm perang,bkn ke umno skrg ni dlm perang?.
sekian,selamat maju jaye.
June 4th, 2008 at 5:21 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Saya sebenarnya tidak tahu sangat pasal politik,ni internet pun saya tak tahu sangat,kawan yang ajar saya guna internet,saya cuma nak beritahu kisah saya sebagai
rakyat miskin,pendapatan cuma RM300 sebulan,sara hidup empat org anak,kadang kadang kami sekeluarga makan,ada masa kami akan berlapar,kami memang tak mampu,tapi selagi saya hidup,selagi tulang empat kerat berdaya,selagi itu saya nekad untuk menyara anak anak dan keluarga saya. Cuma kebelakangan ni,kami sekeluarga sudah tidak mampu membeli beras kerana harga beras sudah naik berkali ganda.Sebelum harga beras naik,dapatlah kami sekeluarga merasa makan nasi seminggu dua kali,bila harga beras naik,kami langsung tidak mampu membeli beras.harap kerajaan dapat kurangkan harga beras seperti asal,anak bongsu saya sering menangis kerana kelaparan.saya tumpang menulis menggunakan komputer kawan saya kerana saya sudah tidak tahu kemana kami orang miskin mahu mengadu.maaf juga saya pinta kerana saya tidak punya alamat surat komputer.kawan cuma suruh saya letakkan apa apa perkataan diruangan surat komputer agar surat saya ni dapat sampai ke tan sri.harap sangat kerajaan dapat mengurangkan harga beras ke harga asal.
June 4th, 2008 at 5:27 pm
Assalamualaikum.
Sebagai genarasi baru, saya sangat bersetuju dengan pendapat Tan Sri bahasa untuk maju kita perlu sentiasa perperasangka baik. Walaupun begitu tidak salah untuk kita merasa curiga dan sentiasa berhati-hati.
Apa yang berlaku selama ini, seperti yang didedahkan oleh Datuk Mukriz Mahathir baru-baru ini ialah seperti ada usaha untuk menyekat kemasukan ahli diperingkat cawangan. Sebenarnya sikap buruk sangka telah menebal dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat cawangan sejak sekian lama kerana mungkin mereka khuatir kedudukannya akan dicabar.
Satu perkara yang ingin saya kongsi bersama ialah, biarkan sahaja sesiapa yang ingin meninggalkan UMNO. Kita tidak perlukan orang yang merasakan dirinya terlalu penting sehingga beranggapan bahawa dengan meninggalkan UMNO atau mengugut untuk meninggalkan UMNO, segala kehendaknya dan kata-katanya akan dituruti. Dalam masa yang sama buka lah seluas-luasnya pintu UMNO kepada sesiapa yang ingin menganggotainya.
Berbalik kepada kes Ezam, beliau sebenarnya bukan meninggalkan UMNO, tetapi diketika pemecatannya dan beliau dilihat bersama-sama Anwar Ibrahim maka majlis tertinggi UMNO teleh memecatnya, maka tidak salah bagi kita untuk menerimanya kembali untuk sama-sama mengukuhkan UMNO.
June 4th, 2008 at 11:07 pm
Salam Tan Sri,
Berprasangka baik tu memang baik. Tapi baik tu kena la pada tempatnya.
Ada ke pemimpin UMNO yang memang ikhlas berjuang untuk orang melayu?
Saya tak nampak pun yang ikhlas jadi pemimpin untuk membela bangsa.
Yang saya nampak ialah pemimpin UMNO berjuang untuk tembolok mereka dan keluarga mereka adalah. Yang pembodek dan kaki ampu lagilah ramai, dan boleh dianggap majoriti dua pertiga. Mereka yang dulu kelihatan bersih pun berbau tengik bila tembelang dah pecah.
Pemimpin UMNO ni dah boleh dianggap ‘penagih kuasa’ yaitu perangai yang lebih kurang sama dengan penagih dadah atau arak tegar. Mereka menyokong pemimpin dengan membuta tuli, asalkan dapat kuasa. Mereka yang ada kuasa pula berperangai menongkat langit, macam boleh hidup seribu tahun. Kalau rakyat ada masalah, itu adalah masalah global. Macam la rakyat ni bodoh sangat. Menteri yang memegang jawatan kabinet pula bukannya semua tu kompeten. Ada yang macam tikus membaiki labu. Sistem pendidikan kita porak peranda dibuatnya. Asyikla buat ‘Try and Error’, tapi banyak yang ‘error’dari yang sukses. Anak-anak mereka tak pulak dihantar belajar di sekolah kerajaan ‘Try and Error’ yang dibuat mereka. Itulah akibatnya bila ‘cakap tak serupa bikin’. Bila berucap bukan main lagi, mengaku pembela bangsa, padahal pembela tembolok mereka dan keluarga mereka sahaja.
Jadi, berita Ezam masuk UMNO memang sudah dirancang oleh seseorang atau sekumpulan orang. Itu menunjukkan mereka ada strategi yang tersendiri. Mereka ini merancang, tapi Tuhan yang menentukan.Sejauh mana perancangan mereka itu berhasil, sama-samalah kita nantikan.
Minta maaf TanSri kalau ada terkasar bahasa.
Saya tiada kepentingan di dalam UMNO, saya bukannya kontraktor yang menagih projek juta-juta dari kerajaan atau ‘Penagih Kuasa’, cuma ahli biasa yang pernah belajar di luar negeri sahaja.
Wasalam.
June 4th, 2008 at 11:08 pm
Bagi saya Ezam kena buktikan taat setia beliau terhadap UMNO terlebih dahulu sebelum memikirkan ttg jawatan dlm UMNO. Sebaiknya biasalah dia menjalan satu tempoh probation period bagi membuktikan yg beliau bukannya ‘trojan horse’.
June 5th, 2008 at 11:28 am
YB Tan Sri,
Saya amat bersetuju dengan pandangan YB Tan Sri mengenai isu kemasukan semula Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO. Dalam keadaan parti yang sedang menjana kembali imejnya, orang-orang seperti Ezam (dan rakan-rakannya) sedikit sebanyak dikira dapat membantu usaha-usaha tersebut. Namun, hairan bin ajaib benar, apabila kemasukan tersebut dianggap sebagai memiliki agenda peribadi yang tersembunyi. Ada pelbagai tanggapan dan persepsi yang cukup mengeliru malah menjengkelkan. Sefaham saya, dalam Islam sendiri kita sering dianjurkan untuk bersangka baik (husnulzan) terhadap satu sama lain. Tindakan untuk mempertikaikan sesuatu yang bersifat ‘baik’ adalah amat merugikan parti. Susah payah kita minta PAS dan KEADILAN duduk semeja bagi memikir isu ketuanan Melayu, tup-tup ‘aset yang menyerah depan mata’ kita pinggirkan ! Soal keikhlasan Ezam kita serahkan kepada Allah SWT.
Ezam perlu dilihat sebagai aset yang bernilai. Hanya kepada mereka yang takut akan bayang-bayang sendiri saja melihatnya dari sudut yang berbeza. Kita kena akui bahawa era ini adalah era yang sukar bagi UMNO. Janganlah ditambahkusutkan lagi situasi sulit tersebut melalui kenyataan-kenyataan yang berbaur peribadi yang langsung tidak menguntungkan !
Satu lagi, mengapakah ‘dibimbangkan’ sangat jika ada yang ingin menawarkan diri bagi merebut jawatan-jawatan tertinggi UMNO ? Kepada grassroot seperti saya, saya melihat situasi itu hanya memaparkan ketidakyakinan individu (calon) tersebut. Memang, hakikatnya dalam apa-apa pertandingan merebut jawatan, yang dicari ialah pemimpin yang sesuai dan seacuan dengan kehendak parti serta semua peringkat keahlian. Jika kita memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang dicari, tak usahlah bimbang jawatan tersebut TETAP milik kita !
Saranan saya YB Tan Sri, bagus juga sekiranya mereka-mereka yang berhasrat menjadi calon dapat digandingkan di media elektronik (TV) dalam forum, diskusi ataupun program yang berbentuk perdebatan. Melaluinya, kita akan melihat keterampilan mereka melalui hujah-hujah yang turut menjelmakan wawasan serta visi mereka sebagai calon yang berwibawa. Sebagai perintis, disarankan di peringkat Ketua Pemuda dulu. Jika sesuai, barulah disusuli dengan jawatan-jawatan yang lain pada masa akan datang.
Semoga UMNO sentiasa dilingkungi dengan insan-insan yang berjiwa husnulzan sepertimana Ketua Penerangannya. “UMNO tetap relevan Dulu, Kini dan Selamanya !”.
June 5th, 2008 at 2:36 pm
Dari mula ianya disebut hingga kini saya masih tertanya2 apakah fungsi sebenarnya JKKKP ini diadakan.Adakah pihak kerajaan BN tidak menyakini dgn JKKK yg baru ini atau dgn sengaja tidak mahu ahli2 BN kampung tersebut bekerjasama dgn kerajaan PR negeri baru ini.Tidakkah Kewujudan JKKKP menyebabkan kekeliruan penduduk kampung kepada pentadbiran kampung dan menyebabkan perpecahan dikalangan penduduk kampung tersebut.Kerajaan BN membuat pembaziran dgn memberi elaun sebanyak RM400 kepada Pengerusi JKKKP yang tidak pasti fungsinya kepada kampung.Kerana bekas ketua kampung yang dilantik itu bukan lah orang yang miskin. Sebaik elaun tersebut diberikan kepada mereka yg lebih memerlukan sekira Kerajaan BN ini prihatin kepada rakyat.Ditambah pula dgn kenaikan harga minyak akan menyebabkan peningkatan harga barangan harian terutama beras yang masih tidak nampak penurunannya.
June 5th, 2008 at 2:36 pm
salam , pertama sekali , saya ucapkan sybas dan tahniah atas perlantikan tan sri ke jawatan ini yg memanag menuntut tan sari turun padang , saya adalah golongan luar bandar yg sinonim dgn panggilan org kg, saya merasakan tidak salah , malu , atau segan dengan panggilan ini, memandangkan hampir 85 % penduduk bandar berasal dr kg,,,, langkah satu tapak tan sri he hadapan turun ke kg adalah satu langkah yg murni, kalau tidak mana mungkin dpt tau situasi sebenar yg penuh dengan birokrasi, yg pada pandangan sy memang terjadi di kebanyakan kwsan luar bandar,,,, utk makluman tan sri ,,, sy adalah anak watan negeri pahang ,, dr golongan muda dan tertarik dengan gaya tan sri mendekati rakyat ,,,, ini dimanakan mesra rakyat … org kg kadang2 tidak berapa paham dengan proses pembangunan yg di kelolakan oleh PLB yg mana org kg ingat sama dgn fungsi JKR , buat jalan , atau pari sahaja , padahal bayak bantuan boleh dihulurkan,,, sy harap tan sri boleh menasihat menteri 2 lain yg berlagak sombong , kaya konon yg merasakan kg bukan standart untuk menjejak kaki, ni tidak sanggup bercuti ke luar negara,,, habis duit rakyat meeting konon tp bercuti,,,.. harap kerja murni tan sri di balas oleh allah di kemudian hari kelak ,,,,, akhir kalam hidup tan sri hidup…
June 6th, 2008 at 3:54 pm
Salam Tan Sri,
Saya rasa Tan Sri sudah agak lama tidak mengunjungi blok ini. Saya faham mungkin Tan Sri sedang sibuk. Apapun Tan Sri secara peribadi saya langsung tidak mengenali Rakyat Miskin yang meluahkan perasaannya di blog ini, namun dari luahannya saya amat bersimpati dengan keadaan hidupnya dan saya berharap agar Tan Sri atau para pegawai Tan Sri akan segera membantu beliau. Wassalam.
June 6th, 2008 at 4:49 pm
Perlulah Iskandar jadi ampu Bend.memang patut kerajaan perak siasat contohnya pebelanjaan adun kg tunku,selangor buat setiap majlis makan-makan sampai RM10,000.00 setiap majlis habis dalam tempoh 2 bulan dengan jumlah peruntukkan lebihkurang RM500,000.00
June 7th, 2008 at 9:33 am
Silalah baca artikal di bawah ini dan diharap Umno dan BN akan dapat mengambil serius perkara ini. Diambil dari blog saya http://www.sedinginsalju.blogspot.com/
skip to main | skip to sidebar Sedingin Salju
Untuk mengisi masa lapang saja.
Selasa, Jun 03, 2008
mengapa mejoriti besar golongan oku penglihatan menyebelahi pembangkang?
Saya pernah menulis bahawa orang buta mejoriti besarnya menyebelahi pembangkang. Sememangnya ini tidaklah dapat dinafikan sama sekali. Ia adalah realiti yang sebenar.
Orang kata, sesuatu perkara yang berlaku itu, mestilah bersebab. Begitu jugaklah mengapa mejoriti besar orang buta menyebelahi pembangkang dan tidak menyebelahi kerajaan.
Pihak parti pemerintah dikatakan gagal mendekati dengan orang-orang buta. Jika sesuatu menteri atau oraang-orang besar dijemput untuk merasmikan sesuatu majlis anjuran persatuan-persatuan NGO orang buta, mereka selalunya hanya akan menghantar wakil sahaja. Yang dijemput ini lebih berminat menghadiri majlis yang lebih berprestage.
Apabila sesuatu majlis dibuat oleh NGO’s oku penglihatan, jarang kita dapat melihat sukarelawan dari parti pemerintah seperti Umno dan parti komponen BN yang lain. yang banyak akan menjadi sukarelawan untuk sesuatu majlis anjuran NGO’s oku penglihatan ini ialah mereka dari parti pembangkang. jadi tidak hairanlah parti pembangkang lebih dekat di hati oku penglihatan ini.
Apabila sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh oku penglihatan ini didedahkan ke pihak umum, parti pembangkanglah akan menjadi juara untuk menyelesaikan masalah mereka ini. Mana dia parti BN yang melaungkan slogan masyarakat penyayang?
Pihak BN amat jarang berdialog dengan golongan oku penglihatan ini. Apatah lagi bercampur-gaul dengan mereka Perkara ini diambil alih oleh parti pembangkang. jadi, apa nak kata?
Masalah infrastruktur golongan oku penglihatan, masalah pengangkutan dan segala masalah keperluan oku penglihatan yang lain, amat lambat diperhalusi oleh pihak kerajaan. Jadi, tidak hairan kalau parti pembangkang mengambil kesempatan dalam kesemua hal ini.
jadi di sini, ingin saya berseru kepada pihak kerajaan, tolong jangan ketepikan golongan oku khususnya oku penglihatan ini. Jika anda semua inginkan sokongan dari kami semua, dampingilah kami. Janganlah menyisihkan kami.
Dicatat oleh Sedingin Salju di 1:54 PM
June 7th, 2008 at 11:02 pm
Salam Tan Sri
Tulisan Tan Sri “Dalam pada itu, kemasukkan Ezam memberi lebih keyakinan pada orang Melayu terhadap Umno dari segi perjuangan kerana Ezam, yang benci Umno boleh berubah fikiran melihat Umno yang tetap dengan perjuangan asal tanpa berganjak walaupun menghadapi pelbagai cabaran sekarang.”
Soalan saya:
Orang melayu yang macam mana Tan Sri maksudkan? Adakah orang melayu yang tinggal dikampung, orang melayu tinggal dibandar,orang melayu berpendidikan rendah,orang melayu yang berpendidikan tinggi,orang melayu yang kaya atau orang melayu yang miskin? Orang melayu yang mana agaknya yang keyakinannya kepada UMNO tiba-tiba bertambah setelah melihat Ezam masuk UMNO?
June 8th, 2008 at 12:52 am
Kemasukan Ezam.. bagaimana dengan perlembagaan UMNO fasal 20.10
mesti lebih aris kan….
June 8th, 2008 at 12:22 pm
Kenapa semua orang takut sebelum berjuang? Belum pasti apa jadi? Kalau dia belot, UMNO boleh ambil tindakan. Dia masih belum buat-apa-apa lagi kan… jadi macamana nak kata Ezam tu akan buat tak baik?
Ada politikus Johor tu macam mengeletar jer bila Ezam nak masuk balik…
June 10th, 2008 at 11:02 pm
Ezam tidak relevan.Yang perlu kita fikir adalah bagaimana boleh kita mempercepatkan peralihan kuasa kerana semakin lama kita menunggu semakin parah ekonomi negara dan semakin teruk rakyat menderita.
June 11th, 2008 at 9:43 am
assalamualaikum Tan Sri
saya sebagai ahli UMNO secara peribadi menyokong tindakan untuk bersangka baik dgn
kemasukan semula ezam dlm UMNO. Mmg betul tanpa ezam pun kita dah cukup kuat tapi tak salah kalu kita diperkuatkan lagi dgn kehadiran ezam. saya juga setuju dgn pendapat bahawa ezam dah berada di kedua belah pihak, PR dan BN jadi kembalinya ezam membuktikan PR berada di landasan yg salah. pada pilihanraya kecil Port Dickson 1998 kalu tak silap saya menyokong PKR yg calonnya Roslan Kassim dan kemudian saya kembali kepada UMNO. adakah itu menjadikan saya pengkhianat? TIDAK pengalaman itu menjadikan saya yakin dan pasti bahawa UMNO dan BN adalah pilihan yg TEPAT
June 11th, 2008 at 3:38 pm
Jawa Sabak Bernam, anda dan Ezam sama aje, manusia hidup tanpa prinsif, tiada pendirian tetap, macam lalang.
Manusia jenis ini tidak boleh diharaf untuk membela agama, bangsa dan negara.
June 11th, 2008 at 4:03 pm
Salam Tan Sri,
Apa yang saya amati, Tan Sri belum lagi memberikan pandangan Tan Sri tentang isu yang paling hangat masa kini iaitu kenaikan harga petrol dan diesel. Adalah amat penting TS menberikan pandangan TS. Jangan senyap je seribu bahasa.
June 12th, 2008 at 1:08 pm
Saya sokong dengan kemasukan ezam yang paling penting Melayu bersatu. Anggaplah ezam telah kembali ke jalan yang benar. Kita patut bagi ezam peluang memperbetulkan kesilapannya…
June 14th, 2008 at 9:27 am
terima kasih kepada warek-ireng
atas “pujian” itu kerana sekurang2nya dosa2 saya sikit
masuk dalam akaun dosa tuan.
apapun bila bercakap tentang PKR saya tau apa yg saya ckp
bukan membabi buta kerana saya dah berada disana
June 14th, 2008 at 4:45 pm
BERSANGKA BAIK:
Ezam sudah insaf akan kesilapan lalu, dan beliau juga bersangka baik dengan KJ dan Pak Lah yang sudi membantu beliau dalam usaha membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara di Sg. Buloh.
Ezam nampak peranan hardcore dalam PKR sudah diketepikan oleh Anwar dengan kemasukan bukan melayu dan juga kemasukan pemimpin parti sosialis.
BURUK SANGKA:
Ezam menjadi virus Trojen Horse untuk merosakkan UMNO
Ezam menjadi spyware untuk mencari maklumat sulit dalam UMNO
Kalau nak cari salah orang sepuluh hari , sepuluh malam pun tak habis. Stop terima kasih
kemasukan Ezam ke dalam UMNO di alu-alukan.
June 17th, 2008 at 11:40 am
Kenapa Jawa SB ni dah elok2 dlm UMNO pi masuk PKR?
Kemudian masuk lek UMNO.
Tak leh fikir ke? PKR tu parti ape?
Kan ke UMNO ni parti TERTUA BAGI ORANG2 MELAYU, PARTI TERUNGGUL, PARTI TERAGUNG!
Mengapa mesti kita tinggalkan nye?
Walau susah payah bagai mana pun kita MESTI TETAP BERADA DI DALAM UMNO!