Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Saya jemput untuk kita bertemu

Salam semua pembaca yang dihormati

Sejak lebih tiga bulan laman web ini berfungsi, saya menerima berbagai pandangan. Ada yang memberi pandangan membina malah tidak kurang juga yang membenci dan menghina. Saya anggap itu semua sebagai lumrah bila kita berhadapan dengan dunia tanpa sempadan dan perenggan ini.

 

Bagi membuktikan bahawa saya bukan sekadar untuk suka-suka bila memulakan laman web ini maka saya terpanggil untuk bertemu dengan semua tetamu saya yang kerap singgah dan meninggalkan pesan di blog ini.Pertemuan yang dirancang ini dijangka akan diadakan sekitar bulan Julai ini. Namun masa dan tempat akan ditetapkan kemudian. Apa yang penting saya menunggu ‘respon’ daripada saudara-saudara semua untuk bersetuju bertemu dalam satu majlis siratulrahim antara kita.

 

Jika sebelum ini kita hanya mampu berkomunikasi melalui alam siber dan tidak sempat bersua muka mengenali sesama kita, maka majlis yang dirancang ini merupakan medan terbaik untuk kita bertemu.

 

Pertemuan itu nanti bukan untuk mencari siapa betul dan siapa salah dalam berbagai isu yang kita sering perdebatkan di alam siber ini. Sebaliknya sebagai satu ruang kepada kita untuk bertukar-tukar pandangan dalam berbagai isu yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

 

Bagi memudahkan urusan seterusnya saya membuka jemputan kepada semua pembaca dan mereka yang kerap singgah dan memberi pandangan dalam laman web ini untuk mengesahkan kesudian hadir.

 

Jika saudara merasakan perlu untuk jemputan rasmi sila hantar nama dan alamat melalui email ini, madtaib09@gmail.com.


76 Responses to “Saya jemput untuk kita bertemu”

  1. su-kj Says:

    A.kum Tan Sri,

    1. Ia merupakan satu langkah bijak oleh kerajaan. Lagi kerap bertemu lagi kurang ‘tempo serangan’ oleh bloggers terhadap kerajaan. Akhirnya semua Blogger terkulai layu ditapak tangan kerajaan BN.

    2. Saya cadangkan jika boleh ia dibuat melalui 4 pusat. Iaitu zon tengah(K.L), zon selatan(J.B), zon utara(A.Star) dan zon timur(K.Trengganu). Jika ia dibuat di KL sahaja…duit minyak, duit tol, duit rumah tumpangan, duit makan kami siapa nak tanggong? Jika Kem Pembangunan Luar bandar & Wilayah boleh tanggong is ok no problem.

    3. Hari dan masa juga perlu difikirkan. Kalau boleh hari Sabtu.

    http://sukj.blogspot.com

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih, saya harap saudara juga dapat hadir. Tempat dan masa akan dimaklum kemudian

  2. shah efendy Says:

    YB Tan Sri,

    Saya kira langkah untuk menganjurkan majlis sebegini, adalah merupakan kaedah terbaik untuk merapatkan jalinan silaturrahim YB Tan Sri dengan pelayar-pelayar yang singgah di blog YB Tan Sri ini. Juga, usaha tersebut menyerlahkan lagi kewibawaan YB Tan Sri diposisi Ketua Penerangan UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selain portfolio Menteri KKLW, yang dianggap sebagai prospek parti dan negara ke arah menjana kemajuan bangsa. Syabas YB Tan Sri ! Saya dengan penuh keterujaan, mengesahkan kehadiran ke majlis yang bakal diatur.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih Saudara Shah Efendy. Kita jumpa nanti..

  3. a.m.gazali Says:

    tahniah, satu usaha yang baik. kata orang bertentang mata lebih baik pertemuan di alam maya. terima kasih

    Muhammad Muhd Taib says

    Saya juga harap begitu, Kerana majlis yang akan dianjurkan nanti khusus bagi mereka yang pernah singgah di blog saya ini

  4. Ahmad Says:

    YB,
    Saya ingin bersama-sama saudara dalam pertemuan yang saudara akan adakan.
    Harap hubungi saya dan beritahu tarikh, masa dan lokasi perjumpaan ini.

    Muhammad Muhd Taib says

    Masa, tempat dan tarikh akan diumum melalui blog ini.

  5. pemerahati Says:

    Bagus cadangan TS ni…

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih dan bila ditetapkan tarikh, masa dan tempat nanti saudara adalah dijemput

  6. mamapeace Says:

    haha..mau bagi makan..itu rasuah ka??

    Muhammad Muhd Taib says

    Saya jemput untuk kita bertemu. Jika sudi saudara boleh hadir

  7. Ahpauzi Says:

    Pertemuan adalah satu cadangan yang baik kerana ianya bolih mengeratkan lagi siratulrahim sesama Islam dan dapat berkongsi idea bagaimana untuk menambah baikan organisasi UMNO dikalangan masyarakat.Saya menyokong cadangan su_kj dimana diadakan lokasi berdasarkan zon.

    Muhammad Muhd Taib says

    Saya terima pandangan dan cadangan dari anda semua. Bila tarikh, masa dan tempat yang sesuai diperolehi, saya akan maklumkan

  8. mma Says:

    salam..
    Tan Sri, saya setuju sangat dengan saranan untuk mengadakan pertemuan di luar alam siber. Hubungi saya bila-bila masa dan di mana sahaja tempatnya saya akan bersama.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih atas respon dari saudara. Sebenarnya saudara sudahpun di jemput masa dan tempat akan dimaklum melalui blog ini

  9. Hairul Says:

    Kita x perlukan kaki BODEK dlm parti..

    Muhammad Muhd Taib says

    apa maksud kaki bodek dengan cadangan pertemuan ini

  10. Panglima Perang Cyber Says:

    bagussss Pak Cik Mat…Saya sokong….kita terang bukan menyerang !!!

    mana lagi pemimpin macam Pak Cik Mat ? harap Pak Cik Mat ajak Menter Terang Benderang Penerangan sama sama…

    moga berjaya.

    Kita jumpa kedai mamak lah tak apa jugak. Jimat dan sempoi……

    Muhammad Muhd Taib says

    Kita jumpa sesama kita la dulu untuk bincang-bincang dan mendengar pandangan dari rakan di luar sana

  11. nawawi Says:

    Assalamu’alaikum Tan Sri,

    Saya selalu mengikuti perkembangan web Tan Sri dan yang lain2. Sejak kebelakangan ini beberapa web mulai pudar dan kurang menyengat! Minat pengunjung mulai kurang, kerana ‘posting’nya tidak cukup ummp. Jemputan Tan Sri ini mungkin dapat menarik semula minat pelayar atau mungkin juga mengundang pelbagai reaksi pelayar. Hanya segelintir yang komited untuk membaiki keadaan.

    Eloklah kalau Tan Sri dapat anjurkan majlis yang sesuai termasuk mudah untuk peserta datang. Biarlah majlis tidak formal dan kalau baik lagi diberi ‘claim’ yg sesuai, insyaAllah ramai yg bersedia.

    http://nawawidahalan.blogspot.com/

    Muhammad Muhd Taib says

    Setakat ini saya akan menyediakan tempat untuk kita bertemu dan adalah sedikit makan minum. Ibrat kita jemput tetamu ke rumah adalah air pembasah tekak. Selebih dari itu saya tidak menjanjikan apa-apa

  12. Wan Shamsudin Says:

    Tan Sri yang dihurmati;

    Kadangkala saya kurang yakin akan kejujuran pemimpin pemimpin terutamannya dari UMNO. Mohon maaf. Sejujurnya, saya sudah hilang hurmat pada mereka.

    Apakah pemimpin yang kita ada ini benar benar jujur? Ingin membela nasib rakyat? Mereka , isteri dan anak anak mereka hidup sederhana? Janganlah bodohkan kami. Apakah PM kita jujur? Anak anaknya, menantunya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui…

    Saya tidak kisah samaada, Tan Sri nak siarkan komen ini atau pun tidak…Ini adalah luahan jujur dari saya. Hanya kematian saja yang akan menyedarkan mereka. Itu pun kalau mereka nak sedar….Nauzubillah……

    Muhammad Muhd Taib says

    Mungkin kesangsian saudara Wan Shamsudin akan terlerai bila kita bertemu dalam majlis yang dirancang nanti.

  13. isra Says:

    Assalamualaikun Tan Sri..

    Tan Sri… maaf kerana mencelah, saya mohon dibuka forum isu terhangat masa kini yang menghimpit rakyat iaitu kenaikan harga minyak, perhidmatan dan barang-barangan. Minta wakil-wakil rakyat dengar pendapat suara hati rakyat dan dibawa ke Parlimen.

    Wassalam.

  14. Mohd Says:

    Assm. Tan Sri,

    Saya cadangkan supaya Tan Sri mengenalpasti dulu beberapa topik untuk tujuan pertemuan ini. Pilihlah beberapa tajuk yang sesuai supaya pertemuan ini bukanlah hanya bual-bual kosong, malah suatu langkah yang boleh mendatangkan manfaat untuk kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

    Muhammad Muhd Taib says

    Saya buka untuk saudara dan rakan-rakan yang lain mengemukakan cadangan kalau kita bersetuju untuk bertemu dan berbincang berdasarkan topik dan tajuk

  15. ejam Says:

    tan sri,
    saya mmg mengikuti tapi sejak isu naik minyak tan sri sonyap je.
    saya bukak gak blogs tansri tak abis2 saya tidak berprasangka.
    saya berharap tan sri beri ruangan untuk kami bercakap sebab ruangan cukup penting tanpa ruangan “ye tuan”.

  16. azam Says:

    Kepada mamapeace,

    Lihat lah dengan fikiran terbuka. Bila Menteri tak jumpa pun bising, nak jumpa pun bising. Macamana lagi nak buat. Apa lah punya pemikiran macam ni..

    Bagaimana pun tahniah Tan Sri.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih azam, pastikan saudara dapat hadir nanti

  17. Harry Says:

    Assalamuaalaikum Tan Sri,

    Saya sudah pun menjawab untuk hadir jika ada kelapangan (Insyaallah). Saya merasakan Tan Sri benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai ketua walaupun diatas sana ada banyak ketua, mengenai cadangan pertemuan ini ia adalah satu tindakkan bijak dan juga satu titik permulaan bagi TS didunia siber ini.
    Kita buang fahaman politik sebentar dan kita bawa masuk fahaman siber, pada mula-mula saya berjinak dialam siber ini saya menggunakan MIRC iaitu satu kaedah dunia siber yg memblehkan saya mendapat teman dalam siber, setelah berbulan lamanya saya berhubungan di alam siber kemudian saya mengambil keputusan untuk berjumpa. Akhirnya talian persahabatan itu terjalin dengan lebih akrab serta nilai persahabatan itu dapat dinilai setelah pertemuan 4 mata dibuat.
    Perbandingan ini saya adaptasikan pada pendapat saya tentang pertemuan diantara Blogers dan Tan Sri. Perbandingan yang kecil ini bukannya perbezaan bagi panyatuan namun ia saya anggap sebagai “silaturahim”

    Sekian Terima Kasih.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih. Pertemuan ini dirancang kerana saya menganggap saudara yang singgah dan meninggalkan ‘pesan’ di blog ini sebagai tetamu saya. Setakat ini saudara adalah tetamu siber saya dan tidak salah untuk kita bertemu

  18. Hussin Saharuddin Says:

    Pertemuan cerita lain. Tulisan di alam siber lebih berkesan dan jimat masa dan wang. Nampaknya tuan dah mula lemah menulis sehingga kini sudah 2 minggu tiada coretan. Cakaplah sikit fasal harga minyak ke, saranan-saranan untuk mengatasi masalah kenaikan harga sebagai mengimbangi keluhan dan luahan dari parti lain.

    Muhammad Muhd Taib says

    Kenaikan harga minyak kesan pasaran dunia tapi kerajaan masih memberi berbagai insentif untuk meringankan beban rakyat

  19. warek-irang Says:

    Ni lagi satu program untuk lantak duit rakyat.

    Belum apa2 lagi yg sorang mohon ‘makan kedai mamak’,

    yg sorang lagi mahu ada kan ‘claim’

    Kenapa tak mau ubah perangai ‘melantak duit rakyat’ ni?

    Sikap BURUK ini harus dibuang.

    ‘Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara’ dan

    ‘Bukan untuk MELANTAK’!

    Muhammad Muhd Taib says

    Saudara adalah dijemput agar kita boleh bertemu dan berbincang nanti.

  20. sayang_selasih Says:

    Assalammualaikum Tan Sri,

    Cadangan untuk mengadakan pertemuan antara pelayar-pelayar bersama dengan Tan Sri amatlah dialu-alukan. Saya bersetuju dengan saranan su-kj agar pertemuan diadakan berdasarkan zon. Dengan ini, membolehkan lagi Tan Sri dan juga pelayar-pelayar berinteraksi dan membincangkan isu-isu semasa dengan lebih baik. Sabaiknya ianya diadakan pada sebelah malam dan hari Sabtu.

    Akhir kata, semoga cadangan pertemuan ini dapat meleraikan apa yang kusut dan sirna.

    maklumkan sekiranya ianya dapat direalisasikan.

    Jumpa lagi.

    Muhammad Muhd Taib says

    Pertemuan yang dicadangkan insyaallah akan tetap diadakan cuma mengikut zon itu agak sukar rasanya. Apakata kita bertemu di kuala lumpur dulu dan dari pertemuan itu nanti kita bincang langkah seterusnya

  21. ieza Says:

    salam…

    saya juga bersetuju dgn cadangan su_kj, pertemuan diadakan mengikut zon dan tidaklah diadakan di hotel2 (satu pembaziran). Insyallah saya akan turut hadir.

  22. Ramzam Says:

    Tan Sri
    Sila jengok-jengok sendiri orang-orang di bawah agensi Tan Sri terajui.Jangan dengar kata-kata pegawai-pegawai kanan sahaja.Cuba dekati orang yang duduk di barisan hadapan (front-leader).Gurka-gurka inilah yang tahu selok belok buat kerja.Yang bertali leher hanya tahu beri arahan sahaja tetapi tidak tahu mengambil hati orang-orang kampung.Banyak sangat lapuran terpaksa dibuat yang direka-reka supaya PPR banyak kerja tetapi hati orang kampung tidak dijaga.Lebih baik kerja RISDA macam dahulu semasa Tanam Semula.Bukan macam sekarang,terlampau banyak pelapuran tetapi projek tak jadi.

    Muhammad Muhd Taib says

    Saya bersedia mendengar setiap pandangan dan jika saudara ada pandangan yang baik boleh email terus kepada saya

  23. khairul Says:

    TS,
    Saya ingin meminta jasa baik TS untuk mengajukan atau bertanya mengenai 2 perkara kepada kerajaan.
    1) Kenaikan Harga Minyak
    Secara hipotesis perbandingan harga
    Kos Pengeluaran setiap Liter - RM0.70
    Jika jualan runcit ialah - RM1.00 - Untung adalah RM0.30
    Jika Jualan Rucit ialah - RM3.00 - Untung adalah RM2.30

    Jualan minyak Petronas adalah melebihi dari harga pasaran akibat kualitinya yang lebih (30%????)
    Jadi adalah tidak masuk akal jika ianya mengurangkan pendapatan kerajaan jika menjualnye dengan harga yang asal malah pendapatan tetap akan naik akibat dari jualan minyak kerana Jumlah Pengeluaran ialah 650000 Barel dibandingkan dengan penggunaan dalam negeri hanyalah 400000 barel.

    2) Peratus inflasi yang di umumkan oleg TS Zeti. Bolehkah didapatkan senarai barangan yang dibuat perbandingkan kerana logiknye Inflasi kite akan menjadi lebih dari 50%. Inin boleh diperhatikan dengan peningkatan harga yang amat ketara.

    Jadi TQ, saya sebagai warga yang prihatin, saya rasa telah diperbodohkan oleh kerajaan sendiri. Adalah menjadi kesedihan apabila parti yang ditubuhkan telah disalah gunakan.

    Pandangan saya agar TS dapat melakukan sesuatu serta mengembalikan ahli kepada perjuangan asal parti dan bukan kepentingan sendiri.

    Maaf jika teguran saya terkasar tetapi bukan lah tujuan untuk berkurang ajar tetapi perpaduan melayu adalah diantara pemimpin dan rakyat dan janganlah kuasa yang ada disalahgunakan kerana telah terdapat banyak contoh empayar Melayu runtuh akibat dari kerakusan pemimpin di Nusantara ini dan didoakan UMNO bukanlah salah satu darinya.

    Teguran saya adalah dari hati saya yang kudus dan sayangkan UMNO dan berpegang teguh pada perjuangan asalnya.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih atas pandangan saudara.

  24. george Says:

    salam…

    kenapa sekarang ni syarat untuk apply loan PTPTN ketat sangat?. siap kena deposit duit dulu kat dalam akaun SSPN sebelum proses kelulusan. Kalau ikutkan kat dalam website PTPTN, deposit maksimum rm3000. mcmana org kampung nak cari duit? dalam keadaan ekonomi sekarang ni, agak mustahil. nak simpan rm10 sebulan pun belum tentu. maka makin ramai la mak bapak berhutang cuma untuk anak2 belajar. setiap borang kena bayar. tak ada yang free. mana dia subsidi seperti yang di gembar gemburkan?. dari dulu sampai sekarang, setiap dokumen perjanjian pinjaman kena ada setem hasil. masa aku student dulu, nak bayar setem hasil terpaksa berjimat cermat. tak ada pula nak mansuhkan setem hasil tu.

    apakah strategi tan sri untuk membantu rakyat miskin untuk menyambung pelajaran?

  25. amin manaf Says:

    SAYA PUN INGIN HADIR SAMA SATU CADANGAN YANG BAIK

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih harap kita dapat berjumpa nanti

  26. pakuteh Says:

    Salam TS,

    Berbelah bagi juga ya…YB yang ajak ni bukan senang.

    Namun, apa yang saya nak kata ialah biarlah ada objektif pertemuan ini. Kalau setakat minum lepas borak-borak sesama sendiri baik tak payah la…

    Untuk pertemuan pertama ni saya cadang kan…

    Kalau nak buat biar sedikit formal.
    Adakan forum. Bincang ikut tajuk dan kita kupas sama-sama.

    Lepas tu nak gi makan ke apa ke boleh la…(sendiri bayar tau).

    Muhammad Muhd Taib says

    Format saya belum tetapkan lagi tetapi saya tetap akan mengambil kira pandangan dan persetujuan ramai nanti

  27. hj ramly Says:

    TAN SRI, TERUSKAN PERJUANGAN. KITA ADAKAN PERJUMPAAN DAN SEMINAR UNTUK BICANG ISU DALAM BLOG TAN SRI NI.

    LANTIKLAH SAYA KE JAWATAN PENTING. SAYA AKAN BERJUANG BERSAMA TAN SRI UNTUK UMNO. SAYA ADALAH ANAK ANGKAT TS HUSSIN AHMAD MANTAN KETUA PENERANGAN UMNO.

    Muhammad Muhd Taib says

    Terima kasih. Harap saya dapat berjumpa tuan haji dalam pertemuan yang kita rancang nanti

  28. irfandina Says:

    salam tan sri…

    Alhamdulillah….kalau ikhlas niatnya maka saya ucapkan tahniah kepada tan sri…saya juga amat bersetuju pertemuan ini diadakan mengikut zon…kalau boleh biarlah ia dimulakan di kawasan parlimen perdana menteri sendiri (Kepala Batas)….

    semoga idea ini menjadi kenyataan dan sekali lagi tahniah kepada tan sri diatas keberanian untuk berdepan dengan rakyat jelata…..

  29. Dr Novandri Hasan Basri Says:

    Salam TS,

    Bagus kerana mencuba pendekatan ini.

    Cuma diharapkan agar perjumpaan-perjumpaan yang akan disusun tidak seperti yang terjadi semasa pelancaran Media Saka Bangsa di mana ianya dilakukan pada hari kerja.

    Seperkara lagi, TS boleh menggunakan pendekatan lain iaitu membuat jemputan resmi secara on-line terus ke dalam blog bloggers-bloggers yang aktif di dalam alam siber ini. Senarainya boleh didapati didalam portal-portal seperti All.Bloggers dan sebagainya.

    Saya pasti bloggers akan berbesar hati jika TS sendiri yang mengirim e-jemputan kepada mereka (walau pun ada yang tak suka TS). Dan terpulanglah kepada bloggers untuk datang atau tidak.

    http://novandri.blogspot.com

    Muhammad Muhd Taib says

    Dr. Saya lebih tertumpu kepada pelayar yang singgah di blog saya dari membuka kepada blogger lain. Apa yang penting saya ingin bertukar-tukar pandangan dengan pengunjung blog saya yang saya anggap sebagai tetamu saya. Dr juga dijemput

  30. Daud Uncle Dee Says:

    Tahniah atas keperihatinan & keberaniaan Tan Sri. Semuga berjaya.

  31. zulsaad Says:

    DS Dr.Rais Yatim dalam Mingguan Malaysia Ahad lepas kata UMNO sekarang tak dapat bezakan antara kritikan dan kutukan sebab terlalu banyak pengampu yang menjaga kepentingan politik peribadi masing-masing…… Apa yang disuarakan dalam blog TS sebenarnya bukan menghina tetapi itulah realiti dan fakta yang perlu ditelan. Kami bukan macam barisan kabinet Pak Lah (termasuk TS) yang sentiasa memuji sahaja walaupun tindakan yang diambil bersifat adhoc dan tidak tepat contohnya prosedur untuk terima kemasukan semula Ezam dlm UMNO tanpa melalui MT.
    Pertemuan yg TS nak jalankan tu memang saya tunggu dan insyallah saya akan cuba hadir sebolehnya untuk berkomunikasi dgn TS. Harap program tu terbuka dan tiada limit peserta.

  32. Make Says:

    Tan Sri,
    Tahniah dah dapat jawatan Menteri…diperkenakan Allah mulut saya mengatakan YB Tan Sri akan jadi Menteri semasa perhimpunan UMNO 2004 tetapi YB tersenyum namun bercakap juga jika ada rezeki. Kini rezeki YB dah dapat…..perjuangan baru perlu diperbaiki yang dulu2 tu jadikan tauladan…..harini Allah mengembalikan tempat yang tertinggi dalam bangsa dan agama….tetapi ingat kesucian dan keiklasan pada agama dan bangsa serta negara perlulah diutamakan. Saya doakan agar terus berjaya ahli2 umno jalan tak betul tu indecrt ditegur…apa yang mereka kata diatas tu ada betulnya jangan ditepikan ,ini akan merosakan UMNO sudah 62 tahun dilahirkan.

  33. dinbangi Says:

    Assallammualaikum YB. Tan Sri.

    Elok juga dapat berkumpul bertanya khabar, membina kekuatan semangat dan kerjasama serta strategi.

    Ada jemputan dan dengan izin Allah boleh kita bertemu.

    YB. Tan Sri dan tuan/puan sekelian, sudi kiranya melayari bolg kami http://www.teras-umno.com

    Terima kasih.

  34. Inst of Strategic and Information Studies (InSiS) Says:

    YBhg Tan Sri,

    Elok sangatlah TS jemput untuk bersemuka ada banyak perkara boleh dikongsi bersama. Saya kira TS lah ahli politik @ Menteri yang pertama berbuat demikian. Yang lain-lain sewaktu pilihanraya sahaja ingin ber ia-ia nak jumpa pengundi. Habis pilihanraya kami dianggap macam “haprak”. Nak jumpa mereka tunggu berminggu-minggu buat appointment dan kadangkala langsung tak dapat jumpa. Janji amat manis umpama “menanam tebu dibibir mulut, habis manis sepah dibuang. Saya pernah menulis mengenai “orang asli” tapi langsung tak jawab. The plight of “orang asli is terrible”. Mereka agak terbiar. TS dibawa melawat kampung orang asli dipinggir bandar bandar Bidor..kenapa jabatan tidak bawa TS melawat ke kampung pendalaman. Disitu TS boleh melihat sendiri penderitaan mereka.

    Fikirkanlah TS. Pengundi sekarang bijak-bijak, kami khuatir BN atau UMNO akan lenyap di pilihanraya ke 13 nanti. Saya adalah seorang “political strategist” saya banyak bergaul dengan rakyat massa. Keluhan mereka boleh menjejaskan kepimpinan sekarang jika kita membuat strategi mula sekarang untuk menawan hati pengundi.

    Sekian TS. Wassallam.

  35. john doe Says:

    Saya setuju jika pertemuan diadakan di Hotel … lebih selesa dan privacy … kalo kat kedai mamak nak duduk berbincang pun susah, lain org menjerit tgk bolanya, lain org hisap rokok berkepul2 nya, lain org yg anak menangisnya ….. nanti objektif tak tercapai … yg ada cumalah makan2 roti canai dan teh tarik …

    Belanja utk hotel tu boleh guna budget Keraian (walaupun dah dipotong 10 % tapi banyak lagi rasanya) … kalo buat tu membazir, buat ni membazir, baik tak buat apa2 dok diam jer …

  36. orange butterly Says:

    Cadangan yang baik … tahniah TS…insyallah saya juga akan hadir

  37. Nizam Says:

    Seingat saya TS lebih dulu membuka laman blog ni berbanding chedet. Tapi kenapa TS punya visitor baru 30,043 (just checked). Tapi chedet nyer dah nak jejak 2 millions visitors. Saya rasalah, antaranya..
    a) Isu dibangkitkan tak menarik (muak utk di baca)
    b) UMNO dah tak popular (sebab byk sgt “isu2 yg tak popular”..)
    c) Rakyat semakin bijak membuat pilihan (mana yg tulen dan mana yg diada2kan)
    d) Malas nak list kan lagi dah..buang masa jek.. (cakap rakyat bukan kerajaan nak dengar)

  38. abe MIE Says:

    salam…

    kenapa UMNO dah lesu? mana pergi jantan dan betina UMNO? putera dan puteri? Setiap masalah negara seperti kenaikan harga minyak di malaysia, UMNO dan BN kena dipertanggungjawab.

    abe MIE khuatir UMNO akan jadi parti nyamuk selepas pilihanraya akan datang kerana gagal mengatasi masalah ini.

    Apa tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada UMNO, UMNO lebih suka berdiam diri sedangkan orang ramai menganggapnya UMNO lemah dan memang UMNO Jahat….kalau tidak percaya lihatlah dalam blogspot pembangkang…

    pkrpasdap.blogspot.com

  39. Semenyih_Bangi_Jelebu Says:

    Ya..saya setuju dengan Encik Hussin Saharuddin, nampaknya setiap kali saya masuk ke web ini, apa-apa pun tiada…kami masuk untuk mengharapkan sesuatu yang baru dan bukan untuk membaca surat khabar lama…

    Harap Tan Sri dapat kemaskini, kalau dapat kemaskini hari-hari..takan tak da isu…Isu Rakyat, isu Parti, Isu Parlimen, Selitkan Isu-Isu kotemporari…pasti web ini akan meletup…

    Lagi satu, komen saya pasal perjumpaan tu saya setuju…buat di tempat-tempat yang ala kadar sahaja…ingin rasanya pergi sekiranya ada masa lapang…Tak perlu buat dihotel-hotel besar dan makan yang mewah-mewah.

    Saya juga ingin rasanya membantu Tan Sri dari segi sekretariat.

    Salam,

  40. umno cawangan bukit ampang Says:

    salam Tan Sri,
    Ini adalah satu langkah yang baik dan kami amat menyokong tindakan ini.sekian.
    -pemuda UCBA

  41. .. Says:

    buat kat hotel la best
    ape la ieza ni

  42. Khairul Says:

    Salam Tan Sri,

    Tahniah atas usaha berani Tan Sri. Moga inisiatif ini akan membuka lembaran baru dalam kerjaya Tan Sri. Saya berminat untuk turut serta. Tan Sri Sekadar maklumkan sahaja dalam blog ini, bila tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.

    Terima Kasih.

  43. sekupangdua Says:

    assalamuaikum semua!

    MESTI TENGOK satu lagi bukti patut dilaporkan pada POLIS angkara si IBLIS PAS utk perarakan protes harga minyak. menghina PAKLAH yg dijadikan spt SYAITAN, boleh jadi pergaduhan besar!

    MESTI TENGOK! http://alhusseyn51.blogspot.com/ Penulis BLOG mohon jadikan isu utk perhatian BLOGGERS! penghinaan kerja si syaitan

  44. Pak Tam Says:

    YBhg TS;
    Saya sokong pertemuan itu. Insyaallah saya akan hadir dan setuju pertemuan ikut zon. Lebih privacy jika diadakan dihotel, jamuan ringan sudahlah. Harap kehadiran bukan kepada blogers shj. Janganlah kawan2 bloger emosional. Jk menteri nak jumpa, jumpalah. Janganlah buat andaian sebelum berjumpa tak baik.

    http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

  45. puteri tak glamour Says:

    Salam Tan Sri,

    Saya adalah antara orang yang hampir dengan Tan Sri di Kementerian ni…. namun saya tidak berpeluang untuk berjumpa dan berkomunikasi kerana faktor ranking saya yang rendah dalam Kementerian ini. Jika saya lakukan juga, satu pandangan yang tidak baik diberikan kerana tidak melalui saluran yang betul.

    Tan Sri, saya sangat bangga dengan Tan Sri sebagai Menteri di KKLW. Walau pun tanggungjawabnya nampak mudah tetapi hakikatnya sangat berat untuk Tan Sri pikul…..kerana ia tanggungjawab 2 dalam 1 iaitu untuk parti dan kerajaan kalau dipikul seorang memang tak mampu…. nasib baik Tan Sri ada orang-orang kanan yang telah lama bersama Tan Sri yang begitu kuat menyokong Tan Sri dari belakang….

    Saya kagumi idea-idea baru yang dicetuskan Tan Sri dan ia adalah yang terbaik pernah saya lihat, inilah pemimpin yang kita mahu untuk menerajui Kementerian…… kenal pasti isu atau masalah yang menghalang dalam melaksanakan tanggungjawab Kementerian dan seterusnya atasinya dengan cadangan dari pelbagai pihak….. bukan dikalangan pegawai Professional dan Pengurusan sahaja tetapi juga kakitangan sokongan kerana mereka lebih mendapat penghayatan tentang sesuatu kerja yang dilaksanakan berbanding ketua-ketua yang segelintirnya lebih kepada mengarah sahaja…..

    Idea-idea Tan Sri jika dapat difikirkan dengan bijak….sudah tentu ia tidak melibatkan kos yang tinggi….. terutama untuk laksanakan maklumat kemudahan asas melalui pemetaan radius 30km……tambahan pula ramai pegawai2 PTD yang menjadi harapan tinggi di kementerian ni dapat bantu……tetapi sebahagian pegawai PTD terlalu mengharapkan kakitangan sokongan bawahan untuk laksanakan kerja…..sebahagian pegawai PTD suka berborak, malas, berlegar-legar ke sana ke mari dan sering menolak jika diberi tugas yang berat….dengan alasan bukan skop kerja mereka…..

    tetapi mereka ini dinaikkan pangkat walaupun masih baru…..kerana keadaan terdesak………. bayangkan kalau ramai pengambilan pegawai PTD yang baru berkhidmat 3 tahun dah naik pangkat ke 44 atau 48…. berapa banyak elaun yang kita habiskan untuk mereka….untuk elaun rumah bagi 48 sahaja RM750 seorang… belum gaji lagi….

    Sifat kita yang suka merendahkan orang yang tidak berpendidikan tinggi, orang luar bandar, orang miskin, orang kolot, orang cacat itulah yang membuatkan kita jadi bongkak, sombong….malah tak cukup dengan itu dah kaya nak kaya lagi…… dah kaya nak kuasa pulak…..

    mereka sanggup jual muka semata2 berebut kuasa…. nak bagitau satu kampung yang dia diberi jawatan tertinggi dalam Kementerian agaknya…. tanpa disedari sebenarnya jawatan diperolehi secara tak bermaruah iaitu kerana pandai bodek…..

    Harap Tan Sri dapat kenali orang2 yang tidak jujur sedemikian kerana jika mereka jadi pemimpin dalam kerajaan…… hasilnya orang bawahannya sukar laksanakan tugas kerana ketua tak pandai buat kerja dan tak pandai fikir……SAYA MALU MENGAKU JADI KAKITANGAN KERAJAAN JIKA PEGAWAI ATASAN SAYA MENUNJUKKAN KETIDAKREDIBILITI DI HADAPAN ORANG RAMAI, AKHIRNYA ORANG MEMPERTIKAIKAN BAGAIMANA MEREKA BOLEH JADI PEGAWAI TINGGI…..

    Jadi pegawai pengurusan tinggi bukan setakat duduk dalam bilik besar, hadir mesyuarat, out station, hadir kursus dan seminar, terima wang gaji dan elaun cukup bulan….tetapi mereka adalah pemikir dan pakar rujuk bagi setiap tindakan…..

    Bagaimana ekonomi kita nak berkembang jika perkhidmatan awam kita juga lembab…..nak buat satu-satu keputusan pun lembab, makan masa 4 hingga 6 bulan….. duit yang diperuntukkan dari bulan 2 hanya boleh bergerak pada penghujung tahun…..Memang sukar nak buat keputusan terutama berkaitan dengan wang……namun jika diberi kepercayaan kepada pegawai dan dikukuhkan dengan surat autority…..sudah tentu ia mudah dilaksanakan…..tak perlu tunggu pegawai atasan yang sentiasa sibuk….pergi kursus, pergi seminar, pergi mesyuarat luar kawasan, bercuti dan sebagainya…..alamtnya berbulan-bulanlah……kerenah birokrasi tetap ada……

    Sebenarnya rakyat di luar sana dah bosan dengan sikap pegawai kerajaan yang lembap dan terlalu banyak alasan…..tak peduli tentang kesusahan rakyat…sedangkan pegawai khidmat awam adalah wakil parti majoriti yang menang iaitu BN…..boleh saya katakan pegawai kerajaan yang bersikap keRAJAan…..ini termasuklah JKKK yang ada…..sikap tamak menguasai diri…..sehingga abaikan amanah yang diberikan…..dan lebih utamakan kroni dan saudara mara dengan gunakan bantuan kerajaan….sedangkan yang layak terima tak terima bantuan…..nak marah JKKK tak boleh sebab merekalah yang akan bantu untuk pilihanraya……ada sentimen dengan mereka……tapi isu ni digunakan oleh pembangkang……secara diam beri bantuan kepada mereka yang dianiaya…….

    Saya masuk kerajaan dah hampir 10 tahun kini (sebelum ni swasta chinese comp.) ……pengurusan khidmat awam masih tak mampu mengejar pengurusan swasta (macam kura-kura berlumba dengan arnab dihadapan)…..sikap suka buang masanya dalam mesyuarat……laporan tipu…. demi nak tunjuk mereka dah berjaya laksanakan…..kalau selalu buat laporan palsu….macamana orang nak tahu ada masalah….dengan ada masalah ia boleh diperbaiki….kalu sorok sampai 10 tahun tetap ada masalah…..

    Selain dari tu…..cara khidmat awam yang ikut suka dalam menentukan keputusan misalnya….laporan prestasi untuk anugerah khidmat cemerlang…..Penilaian akan dibuat berdasarkan tahun semasa dan bukan pada tahun laporan prestasi disediakan, misalnya….dalam laporan prestasi adalah laporan bagi tugas yang dilaksana pada tahun 2007…..tetapi markah diberi pada tahun 2008…..dan panel juga menilai pada tahun 2008 (tambahan pula pegawai panel baru 2 bulan berkhidmat bagi tahun 2007). Kesimpulannya, apa yang dilaksanakan pada 2007 tiada nilai…..setengah jabatan kerajaan ada staff dapat anugerah cemerlang kerana selalu teman bos pergi memancing, waktu kerja dia tido bawah meja…….

    Tan Sri, saya lihat banyak sangat kepincangan dalam Kementerian dan saya yakin pasti tempat lain juga begitu dan ia sangat2 tidak padan dengan bangunan putrajaya yang sungguh indah ni…..kalau swasta biar pejabat buruk tetapi kerja sistematik…. dan produktif…..,

    Kalau pihak pengurusan tinggi juga menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri dan sanggup berperangai kebudakan kerana jawatan….. bagaiman mereka nak pemimpin rakyat…..Saya rasa Tan Sri pasati dapat mengenali yang mana Jauhari dan yang mana manikam kerana banyak pengalaman melibatkan orang ramai……

    Harap Tan Sri pertimbangkan masalah ini kepada pihak yang berkenaan kerana saya sendiri sudah tidak yakin dengan blog, web aduan, warkah untuk PM……

    …. namun semua tu takkan dapat dilaksanakan jika pihak pengurusan umpama ‘engkau tengok aku aku tengok engkau, bila disoal angkat bahu’. Alasan demi alasan diberikan. Harap Tan Sri dapat juga memantau apa yang dilaksanakan oleh pengurusan Kementerian.
    Jangan biar ia berulang lagi…..

  46. AZMI BIN HASSAN Says:

    Assalamualaikum YB Tan Sri,

    i)Jemputan saya juga mari keakampung saya Ptg Kuang DUN BERTAM,PARLIMEN KEPALA BATAS melihat saya Azmi Hassan,Ahmad Arshad,Hassan Darus masih guna air perigi dah 50 tahun Malaysia merdeka tapi kami bertiga masih ketinggalan zaman yakni ketinggalan diarus permodenan

    ii) Miskin tegar seperti Hassan bin Darus warga emas,Md Isa bin Salleh, Ideris bin Lebai Lebai Shaari dan Emaknya Che Mah Bt Hassan uzor, dapat duit walfare RM95 sebulan,cukup tak dengan harga barang dan minyak naik? serta OKU Kechik bt Safar tinggal di kg tok min.

    Bersama-sama ini saya sertakan NO HP 0125975286(Azmi bin Hassan) untuk lawatan turun padang dan melihat dari jarak dekat.

    Sekian,terima kasih,wassalam.

    Azmi bin Hassan

  47. KENA INSAF Says:

    YB Tan Sri,

    i)Kenapa Bekalan air bersih belum disalurkan kepada rumah saya(Azmi bin Hassan), alasan kerana saya tidak mampu,sekiranya saya berkemampuan sebagai menteri kabinet atau wakil rakyat(ADUN) atau Ahli Parlimen masalah ini tidak akan berlaku.Luahan dan rintihan telah dibuat tetapi dicabar oleh JKKK Ptg Kuang masuk TV3 atau Surat Khabar tidak hairan,tetapi kini mereka pihak berwajib belum laksanakan seperti rumah saya azmi bin Hassan,Ahmad bin Arshad dan Hassan bin Darus(Dapat rumah PPRT dari Perda tapi bekalan air tak disambung la buang air besar bagaimana,pakai tisu) sepatut masalah ini tak berulang lagi dan berlaku dalam kawasan Pak Lah(PM) Jemputan balas saya Azmi bin Hassan 012 5975286 untuk turun padang kerumah saya di ptg kuang,13100 penaga, seberang perai.

    2)Kes Chek Malek bin Hussain jalan tak diturap tar,malu lagi malu kenapa?Ketua Penolong Pegawai Daerah bahagian Pembangunan En. Farulizam bin Chek May kata tak utama,beliau tak turun padang kut,banyak jalan dalam kampung tak utama diturap,contoh jalan kerumah Cigu NOrdin bin Ahmad(sebuah rumah),,Jalan kerumah Sobri bin Zakaria(kampung setompok 7 buah diturap,dulu tak diturap kini diturap tar,boleh dikatakan semua penduduk masa dulu ikut jalan ptg kuang,tetapi kini ada permodenan dan Pak Lah jadi PM maka berturaplah jalan.2 buah rumah diturap tar ke pasar awam kepala batas serta di Lahar kepar kawasan PA PM banyak diturap tar,adakah mereka pilih bulu atau saja memberi alasan yang tak relevan kalau orang cerdik dengar,budak umur setahun boleh ditipu ala kampung,tapi dunia kini dah berubah. hubung saya Chek Malek bin Hussain 016 4041163.

    Sekian,terima kasih.

  48. fauzi Says:

    Tak menarik la blog Tan Sri ni, sama mcm suratkhabar arus perdana. Tan Sri lansung tak nak ulas pasal cerita minyak..harga barang. Tapi klu nak komen tu mcm yang dalam suratkhabar tu lebih baik tak payah tulis, nanti lansung orang tak nak click kat blog ni.
    Betul tak kawan-kawan.

  49. juraimizainal Says:

    TS,

    bloggers2 ni adalah adalah puak2 yg hyperaktif… isu2 mesti yg terkini dan kadang2 hangat, kene jawap pantas…

    tak boleh lemah gemalai… kalau tak bosan…dan makin layulah blog, kene tahan terima kutukan… kalau tak nanti jadi lah blog one way jer, jadi penakut…

  50. Cheguman Says:

    Cadangan yang baik. Kalau buat di Melaka, insya Allah saya akan hadir (jika dijemput). Tak perlu jamuan atau buat di hotel. Kat balai raya pun boleh. Lepas tu kita ke warung, sendiri makan, sendiri bayar. (Saya belum masuk grup veteran tapi masih sempat tidur atas meja sekolah semasa kursus. Cuma 2-3 tahun ni baru ada orang ajak kursus di hotel).

  51. arbai Says:

    Salam Tan Sri,

    Suatu cadangan yang baik. Tan Sri seorang yang peka dan cepat mengambil sesuatu tindakan. Semoga perhimpunan seperti cadangan itu, jangan kita semua anggap untuk merai simpati. Tapi boleh tampung ke Tan Sri? Rasanya kalau semua blogger hadir, wah sudah tentu meriah majlis perjumpaan tersebut.

    ps*Baru jadi Menteri, Tan Sri dah buat kerja selami penduduk luar bandar. Syabas diatas perlantikan Menteri KKLW.

  52. samasedia Says:

    tan sri

    saya amat sukacita cadangan itu.

    kalau tak keberatan sediakan topik perbincangan dahulu

    boleh lah buat persiapan

    selamat maju jaya

  53. Abd Bashid Harun Says:

    Assalamu’alaikum Tan Sri,

    Satu pendekatan yang baik dan terpuji. Setelah berbincang di alam siber, bawa berbincang pula di alam nyata.

    Sebahagiannya sudah boleh menerima melalui maya, sebahagiannya pula hanya akan menerimanya apabila disentuh dan bertentang mata.

    Sebahagian pula sudah menolak atau menerima Tan Sri awal-awal lagi tak kira apa yang terjadi.

    Begitulah hebatnya makhluk yang bernama insan, ciptaan terbaik Tuhan. Tuhan tidak pernah mengikat manusia dengan satu cara dalam mendepani pelbagai ragam manusia dan perkara. Gagal satu cara beralih ke lain cara. Namun berkeluh kesah dan putus asa ditegah sama sekali.

    Tindakan Tan Sri adalah tindakan telus dan berani.Tentulah yang hanya bersedia dan berfikiran terbuka berupaya melakukannya.

    Saya mungkin boleh hadir jika ada kad jemputan rasmi untuk diunjuk kepada majikan saya. Itu pun kalau masa cuti, jika tidak, saya hanya berupaya memberi sokongan moral sahaja.

    Apa pun Tan Sri, kita melakukannya bukan untuk mendapat reda manusia. Kita hanya menunjuk cara, tetapi kerja mengubah hati adalah kerja Ilahi.

    Kita tak boleh mengambil alih kerja Tuhan walau sesaat cuma. Yang boleh kita lakukan hanyalah melakukan pengorbanan dengan kerja berterusan, sambil berikhtiar, berdo’a dan bertawakkal.

    Selamat Maju Jaya Tan Sri.

    Abd Bashid Harun
    Sek men Keb Simpang
    Jalan Matang
    34700 SIMPANG

  54. syauqie Says:

    Salam TS,

    Saya baru dengar TS ada di Sabah untuk tengok project pembangunan yang sepatutnya dibangunkan di Sabah. Elok lah tu. Sedih bila dengar nak buat jambatan sepanjang 30 meter pun tunggu berpuluh2 tahun. Bila hujan turun, habis. Tak boleh nak melintas sungai.

    Sebanarnya apa peruntukan yang menteri Pembangunan Luar Bandar dulu buat ? Saya betul2 tak faham. Takkan lah tak ada langsung pembangunan dilaksanakan sedangkan janji dah dibuat.

    Kita faham Sabah & Sarawak tu besar. Tetapi bayangkanlah , dah berapa puluh tahun mereka dalam pemerintahan BN namun kemudahan asas memang ada yang masih taj mencukupi. Mana dia janji2 yang ditabur untuk pembangunan kononnya.

    Harap TS kerja kuat sikit. Jangan asyik komplen kerja orang tak buat, walhal kerja diri sendiri, jabatan sendiri dan kementerian sendiri tak terlaksana.

    Saya dengar peruntukan RM 83.6 juta untuk pembangunan luar bandar. Semoga keadaan akan lebih berubah. Walaupun TS tak dilantik oleh rakyat ; tapi ingat ; Rakyat yang bayar gaji PM dan kabinet. Secara tidak langsung , duit gaji TS kami yang bayar. Saya tak dapat terima kalau negeri2 di Sabah & Sarawak masih tak dapat nak menikmati kemudahan2 asas secara sempurna. Tolonglah…. berubah demi kebaikan rakyat.

  55. umno cawangan bukit ampang Says:

    Salam Tan Sri,
    Kami ingin bertanya mengapa anwar ibrahim tidak dikenakan hukuman kerana kesalahan yang telah dia lakukan seperti yang dibongkar di http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

    sekian
    -Skuad Umno Cawangan Bukit Ampang

  56. CheK Malek bin Hussain Says:

    YB Tan Sri,

    Kenapa DUN Bertam, Parlimen Kepala Batas ramai yang susah dan perlu pembelaan?contoh diptg kuang kecil,ptg kuang besar(kampung tok min) dan ptg rambai luar.Dulu kenapa pemimpin akar umbi lalai dan leka,asyik bercerita dikedai kopi saja dalam kampungorang ni tak betul?sepatutnya naik motosikal cari siapa yang susah ambil nama,bukan kata orang lain tolong kata kacau kampung,persatuan dalam kampung mesti ubah pemimpin baru minda berubah,ini dia kata kepada orang dia hebat tapi orang lain lagi hebat,masa kerja orang hormat time pencen orang kata masa dulu sombong sangat la ni cari publisiti pula.hubungi saya untuk lawatan azmi bin hassan 0125975286

  57. Ahmadee Curry Mee Says:

    Assallammualaikum YB. Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

    Tak perlu jumpa-jumpa la Tan Sri..Blog-memblog ni hanya alam maya sahaja. Tidak pernah dilakukan lagi oleh sesiapa di Malaysia dimana blogger tersebut berjumpa dengan ahli-ahli komentar blognya.

    “Bagi membuktikan bahawa saya bukan sekadar untuk suka-suka bila memulakan laman web ini maka saya terpanggil untuk bertemu dengan semua tetamu saya yang kerap singgah dan meninggalkan pesan di blog ini” - Saya cadangkan Tan Sri menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas Tan Sri sebagai seorang menteri. Banyak lagi rakyat-rakyat desa yang masih memerlukan bantuan dan sokongan Tan Sri yang sungguh hebat itu. Sepatutnya Tan Sri perlu tahu mana ‘priority’ yang lebih penting, sama ada berjumpa dengan mereka yang memberikan komen didalam blog Tan Sri atau bekerja sungguh-sungguh sebagai seorang menteri. Sudah tentulah berjumpa dengan mereka yang kerap meninggalkan pesan didalam blog Tan Sri adalah yang yang lebih penting dan perlu diberikan keutamaan.

    Selamat Bertugas Tan Sri !! Jangan pula tidur-tidur macam Pak Lah OK !

  58. lokman Says:

    syabas tan sri.

    boleh saya hadir?

  59. Halim Said Says:

    YB Tan Sri, harap dapat berhubung dengan saya melalui e-mail. Saya adalah wartawan daripada NST bahagian Streets. Harap YB Tan Sri dapat berhubung dengan saya secepat mungkin. Sekiranya dapat tinggalkan nombor telefon YB pada email atau hubungi saya di 03-22823322 ext 7819. Terima Kasih.

  60. shah efendy Says:

    YB Tan Sri,

    Saya tertarik dengan luahan Puteri Tak Glamour. Saya fikir keluh kesah sedemikian memang wujud di kalangan kakitangan awam dari semua peringkat sejak sekian lama. Semua Kementerian dan Jabatan di negara ini berhadapan dengan sindrom yang sama. Dan, jangan lupa ianya juga berlaku di kalangan swasta. Malah di peringkat eksekutif pemerintah ! Seperkara lagi inti yang ingin disampaikannya ialah masalah birokrasi. ‘Birokrasi’ merupakan satu perkataan momokan yang telah ‘digam gajahkan’ dalam pentadbiran awam negara. Yang sering menjajanya ialah klien kita. Itu wajar (jika sahih). Tetapi, bagaimana mungkin ianya diluahkan oleh penjawat awam sendiri ? Ini samalah halnya dengan para BNBC yang membudayakan ‘pembelasahan terhadap Kerajaan yang didokonginya’ sewaktu berhujah di Parlimen. Bagi saya, amatlah perlu YB Tan Sri melihat sedalamnya perkara ini. Warga kerja KKLW telah mula bercakap mengenai sesuatu yang menjadi ‘kepantangan’ peringkat eksekutif selama ini.

    Seperti dalam kes saya sendiri. Di penghujung Jun 2008 ini kontrak saya akan diTAMATkan. Alasannya ialah kemasukan saya ke JHEOA tidak mengikut prosedur JPA. Diploma saya sehingga kini tidak diiktiraf oleh LAN atau kini MQA. Untuk makluman YB Tan Sri, saya berkelulusan Diploma Komunikasi dan Perhubungan Awam, dari Institut of Public Relations Malaysia (IPRM). Penaungnya ialah YTM Raja Dr. Nazrin Shah. Penasihatnya Datuk Peddy Bowie, pengamal media tersohor di negara kita dan antarabangsa. Presidennya mula-mula Prof. Datuk Seri Syed Aidid, TNC UIAM, kemudian Prof. Datuk Hamdan Adnan (Pesuruhjaya SUHAKAM, mantan presiden FOMCA), dan kini Puan Shamim Abdul Jalil (adik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil). Pensyarahnya ketika itu, semua pengamal dan pakar media negara dan antarabangsa termasuk Nik Affendi bos PR KWSP), Velentine Siva (APDC), Datuk M. Marimuthu (presiden FOMCA), Datuk Abas Salleh (mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia) dan ramai lagi yang cukup berkaliber dalam PR.

    Saya pernah menulis kepada YTM Penaung IPRM, kepada pengurusan IPRM, malah kepada Prof. Datuk Hamdan Adnan dan Puan Shamim Abdul Jalil sendiri. Malangnya, perkara ini ‘hanging’ hingga kini. Untuk makluman YB Tan Sri, jawatan saya di JHEOA ialah Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 (gelar jawatan Ketua Unit Institusi Sosial). Struktur baru gelaran ini telah ditiadakan. Perkhidmatan saya di JHEOA ialah selama kira-kira 8 tahun. Sebelum ini di Jabatan Penerangan Malaysia (Bahagian PENTARAMA) dalam status Sementara selama 13 tahun, Jabatan Perpaduan Negara selama 7 tahun dalam status Kontrak. Saya pernah menjadi Pegawai Khas Menteri sewaktu Tan Sri Hajah Zaleha Ismail dan Datuk Seri Dr. Hajah Zaharah Sulaiman di Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada dua KSU di Kementerian yang sama. Malah di JHEOA sendiri, saya pernah ditugaskan selaku PRO selama setahun (sewaktu era Datuk Mohammad Izat Hassan kini KP RISDA). Gaji terakhir saya di JHEOA ialah sebanyak RM 3,262.10.

    Saya menyara keluarga yang terdiri daripada seorang isteri dan tiga anak kecil perempuan (kembar Tahun 6 - UPSR 2008 dan seorang Tahun 4). Kesemua mereka adalah pelajar cemerlang yang menduduki ranking top three di sekolah. Ekoran penamatan kontrak, saya dikabarkan akan ditawarkan Pekerja Khidmat Singkat (PKS) dengan gaji (kalau penuh kedatangan) sekitar RM900 (belum ditolak EPF) sebulan. Meskipun bersyukur, namun bayangkanlah Tan Sri, apakah yang mampu saya buat dengan wang sebanyak itu ? Saya berusia 49 tahun, hanya jawatan JAGA yang boleh menerima saya kot…

    Selain Allah, saya hanya mampu meminta belas ihsan YB Tan Sri selaku Menteri yang bertanggungjawab untuk membantu saya. Jika JHEOA tidak sanggup mengambil saya bekerja sehingga ke tahun hadapan, setidak-tidaknya bantulah untuk menyambung kontrak dalam gred S27 saya sehingga ke penghujung tahun ini. Sempatlah saya mencari laternatif lain. Fikiran saya benar-benar runsing kini.

    Saya sedar akan prosedur Kerajaan. Tetapi, pertimbangkanlah khidmat saya selama ini. Saya adalah ahli UMNO Cawangan Fasa III bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Anggota RELA kawasan berkaitan. Pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung POLTERA Kebangsaan, Keua Belia 4B Cawangan Taman Datuk Senu selain beberapa penggal selaku Setiausaha 4B Kawasan Batu. Ketahuilah bahawa selama ini saya ‘tidak pernah menerima walau satu senpun wang ganjanran kontrak’ setiap penghujung kontrak saya ! Saya pendamkan, asalkan mereka membayar gaji saya sudahlah. Baru-baru ini KKLW menghantar permohonan saya untuk jawatan baru sebagai Pegawai Kebudayaan dalam skim Bakat ke JPA. Malangnya, jawapan mendukacitakan kerana sebab yang utama saya kira ialah ‘pelupusan’ service di JHEOA selama 8 tahun. Saya diarahkan untuk TIDAK menyertakan resume saya di JHEOA (termasuk pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2005). Jadi, secara logiknya, pastilah pihak tersebut menolak mentah memandangkan saya tidak pernah bertugas di JHEOA (sedangkan jawatan dipohon ialah dalam skop kesenian dan kebudayaan Orang Asli).

    YB Tan Sri yang saya hormati, saya kini seperti ‘banduan tegar’ yang sedang menanti hukuman gantung pada 30 Jun 2008 ini ! BANTUlah saya YB Tan Sri. Kasihanilah keluarga saya. KSU pernah berkata kepada Bahagian PSM, dalam kes ini mesti ada konsep ‘menang-menang’. Sekarang nampaknya ‘menang-kalah’ ! Saya adalah penyokong fanatik UMNO dan BN ! Ketika BN merudum baru-baru ini, boleh dikatakan hampir 98% kakitangan JHEOA ‘bergembira’. Tetapi percayalah, saya menangis meratapinya. Bacalah blog saya anaketam.blogspot.com terutama seminggu selepas dan sebelum PRU12.

    YB Tan Sri, saya akan terus menyokong blog YB Tan Sri meskipun jawapan yang akan saya terima nanti mengecewakan saya sekeluarga ! Semoga Allah SWT sentiasa merahmati YB Tan Sri, keluarga dan parti keramat kita UMNO…! (Saya mohon dengan penuh pengharapan agar posting ini tidak disiarkan dalam blog Tan Sri kerana ianya agak berbaur peribadi dan demi menjaga kredibiliti organisasi pemerintah). Terima kasih.

  61. WAREK-IRANG Says:

    Tq, YB TS kerana memberi reponse kpd tulisan sye.

    Diharaf kpd semua penyokong UMNO sama ada yg tua atau mude, berkerja lah dgn ikhlas, bukan kerana ‘ada makan’ atau ‘ada claim’ sahaja.

    Dgn ini kita boleh menunjukan contoh yg baik kpd rakyat.

  62. Omar Says:

    Salam uncle mike,

    saya ingin mencadangkan t.s mempraktikkan sistem undian (online polling) di blog ini untuk memilih isu/tajuk yang bersesuaian dan yang akan mendapat lebih sambutan daripada warga internet.mungkin juga isu2 ini dapat dibahas di perjumpaan kelak.

    tujuan undian ini adalah untuk mengenalpasti isu yg kerap dibangkitkan dan mengira popularity isu2 yg harus dipaparkan..dibwh adalah contoh dimana aplikasi ini boleh didpti.

    http://mashable.com/2007/08/06/online-polling/
    http://www.easy-poll.com/
    http://www.micropoll.com/

    dengan adanya aplikasi ini juga dpt kita mengkaji ‘behaviour’ atau kecenderungan para pengunjung blog.dan sbg penerima feedback dr semua pengunjung..cara ini juga adalah spt ‘market survey’ & evaluation..dimana kita dpt melihat tahap kepuasan pengunjung..

    tajuk dan hasil undian haruslah diupdate selalu untuk membina curiousity dan memenuhi sifat ingin tahu pengunjung.tajuk & isu yg popular akan mendpt sembutan dan dianggap spt personal touch t.s..

    mungkin usulan saya ini tidak selari atau tidak sesuai dengan konsep blog t.s. ini cuma cadangan..

    semoga lebih berjaya dan berkesan inshaallah!!!

  63. mohamadadela79 Says:

    Assalamualaikum,TS.pertemuan yang nak di langsungkan saya sokong 100%.kali terakhir saya melihat dan bersua dengan TS semasa melawat jenazah Arwah Ayahanda Pak Chot di Sungai Sireh beberapa tahun yang lalu.saya agak kagum dengan kedatangan TS.bersyukur juga melihat TS ada di sana membacakan surah Yassin untuk arwah.TS sebenarnya senang didekati cuma situasi sekarang TS perlu juga prihatin dengan nasib anak-anak muda seperti saya yang sukar menempuh kehidupan yang amat mencabar dengan menanggung isteri dan 2 orang anak yang masih kecil dengan pendapatan RM 750 sebulan.hidup di bandar semuanya serba serbi mahal.apa yang perlu TS buat hanyalah mendapatkan keseimbangan ekonomi dan nilai wang ringgit pada situasi sekarang ini.saya memang mengharapkan jumpa dengan TS buat kali ke 3.kali pertama pada tahun 1986 semasa Hari PIBG sekolah.umur saya 7 tahun pada waktu itu!TS adalah pemimpin negara yang pertanma saya jumpa pada waktu itu.dulu TS adalah idola saya.tapi kini?faham-fahamlah sendiri siapa yang paling lantang menyuarakan nasib rakyat masa kini.TSpun dalam group dia dulu.tegakkanlah keadilan dan nasib rakyat tidak kira di mana anda duduk.wassalam…

  64. Toh Says:

    Ya…TS..ini memang satu cadangan yang bagus.

    Dunia siber ni tiada sempadan,sama juga dengan fikiran ita.Adalah perlu untuk social-political bloggers (spt TS) berjumpa dengan pembaca2 utk bertukar pandangan dan berkomunikasi.Kerana blog dan komen shj tidak dapat menjawab ataupun menyentuh banyak lagi isu yg melanda.Cara yg paling baik ialah kita bertemu dan sama2 bincang dan kongsi pandangan.

    Wakil dr pihak pembangkang mendominasi pengundi muda pd PRU yg lepas,kerana mereka menguasai alam siber dan blog.Juga bloggers dan wakil mereka yg rela turun padang utk menemui pengundi dan orang ramai,yg menyebabkan mereka mengetahui fikiran dan pandangan dr pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.Kalau BN nak menang balik hati pengundi muda dan mendapat sokongan dai alam siber,maka majlis pertemuan atau dialog ini adalah satu keperluan.

    Semoga pertemuan ini akan berjaya,dan harap saya akan berpeluang utk menemui dan berdialog bersama TS.

    Harap berjumpa nanti.Sekian terima kasih.

  65. Yang Arif Says:

    Hallo…..
    Tak kan senyap je TS..
    Bangkitkan la isu-isu hangat…

  66. Ujang Says:

    As’kum…Tan Sri…

    Saya teringin utk hadir tp masalahnya hari Sabtu dan Ahad saya ada kelas…saya menyambung pelajaran(Part Time). Saya rasa ini satu pendekatan yg baik selain dr blog ini, pertemuan antara pemimpin perlu, ianya tak semestinya perlu diadakn selalu memadai sebulan sekali dan di setiap peringakat daerah atau zon…ini akan membuatkn pemimpin dapat sama melihat kehidupan rakyat jelata….seperti yg di lakukn Khalifah Saidina Umar Al-Khatab…melihat keadaan rakyatnya. Saya bersetuju dgn cara Tan Sri semoga pemimpin2 yg lain pun aku mencontohinya jgn asyik tau cakap ajer…apa2 pun terima kasih…as’kum

  67. Zailan Halidi Says:

    Tahniah kerana TS berani meghadapi apa jua situasi semasa, saya bersetuju akan hasrat TS untuk bertemu, semoga hasrat murni TS mendapat keredhaan Allah dan dapat menghuraikan segala kekusutan yang ada. Saya juga berhasrat untuk hadir andai ada kelapangan dan tahu bila dan dimana perjumpaan itu diadakan.

  68. ismail Says:

    InsyaAllah saya memang ingain sangat bertemu tan sir …

  69. Rosli Says:

    Salam TS,
    Pertemuan yg dirancang memanglah baik. Tetapi perlu dikhususkan topik-topik yang akan dibincangkan supaya lebih beradab, tertib dan tersusun dan mengelakkan perselisihan yang tidak berkesudahan. Barangkali isu ketuanan dan halatuju Melayu/UMNO patut dibincangkan. Rakyat melihat pemimpin Melayu sudah tersasar dan dilihat terlalu mera’ikan kaum bukan Melayu sedangkan hak-hak orang Melayu semakin terhakis. Lihat sahaja tanah kepunyaan Melayu. Pertumbuhan bandar-bandar nampaknya sinonim dengan pertumbuhan rakyat bukan Melayu. Orang Melayu bukan sahaja terpaksa bersaing dengan rakyat bukan Melayu tetapi juga bersaing dengan PATI. Kerajaan tak nampakkah ?

  70. UMNO SEUMUR HIDUP Says:

    TAHNIAH TAN SRI KERANA DAPAT MEWUJUDKAN SATU RUANGAN BLOGG UNTUK RAKYAT MEMPERKATAKAN ISU-ISU SEMASA.

    TERUSKAN PERJUANGAN ANDA YANG BELUM SELESAI LAGI. INGAT KEIKHLASAN DAN KEBENARAN KITA DALAM MEMPERJUANGKAN BANGSA KITA TERLETAK DI DALAM TANGAN KITA SENDIRI.

    SALAM PERJUANGAN

  71. Mukhatar Says:

    Assalamualaikum YB Tan Sri,
    Disebabkan kesibukan mencari rezeki, sudah 10 hari saya tidak melawat blog YB Tan Sri.
    Saya menyokong penuh cadangan YB Tan Sri dan juga SUKJ tentang perlunya diadakan perjumpaan dengan semua tetamu blog YB Tan Sri bagi mendengar masalah dan juga pandangan2 mereka mengenai isu isu semasa dan sebagainya.
    Saya amat memahami hasrat YB Tan Sri ingin berjumpa dengan tetamu tetamu blog bagi mengenali antara satu sama lain dan juga mempereratkan tali silaturrahim antara kita semua. Saya amatlah berharap perjumpaan ini ditunda pada bulan Januari 2009 bagi mengelak tamggapan ramai bahawa YB Tan Sri mengambil kesempatan ini bagi meraih populariti menjelang perhimpunan agung umno pada bulan disember hadapan walau pun tidak semua tetamu blog terdiri dari ahli umno. Apapun keputusan mengenainya saya terima dan jika ada kesempatan, saya juga akan hadir ( InsyaAllah ).
    Diharap dalam perjumpaan ini tajuk perrbincangan mengenai isu semasa seperti kesan kenaikan harga barang, kesan dari PRU 12, semangat setiakawa dalam BN, Hala tuju UMNO dimasa hadapan dan banyak lagi isu isu semasa yang perlu diberi perhatian segera.
    Diharap cadangan untuk bertemu tetamu ini menjadi kenyataan.

    Terima kasih
    Mukhatar

  72. Wadi Says:

    As’kum Tan sri.

    Saya telah mengikuti lama blog Tan Sri sejak ia dilancarkan.Pertemuan ini memang perlu dan seharusnya pertemuan yang bakal diadakan akan dapat memberi gambaran sebenar keadaan negara tanpa agenda tersembunyi.Sewaktu tan Sri hadir ke Pulau Pinang sebelum PRU ke 12di dewan SOCSO seberang Jaya hanya beberapa soalan sahaja yang dibenarkan bertanya oleh UMNO negeri maka ini dilihat tidak mencukupi malah alasan trafik jam pada hari ahad memang alasan yang tidak kukuh.Diharap perjumpaan kali ini lebih terbuka dan caranya lebih kepada perjumpaan ilmiah untuk semua rakyat terutama bangsa melayu.

    InsyaAllah saya akan cuba hadir dalam perjumpaan ini.sebelum ini saya tidak mahu membuat komen kerana merasakan situasi yang sama akan berulang seperti yang sudah-sudah.Memandangkan Tan Sri begitu komited maka saya menulis diruangan Tan Sri untuk kali pertama dan akan berterusan.

  73. laily Says:

    Saya buka reti sangat politik. Kerja gomen tapi penyangak UMNO ramai sangat yang cari makan di pejabat kerajaan. Orang atas main telefon sahaja suruh luluskan projek/pembelian. Kalau main catatkan ada bukti bila timbul kes. Itulah sampai umur 50 saya tak pernah undi Barang Naik (BN).

    Kalau pemimpin tu baik sangat ambil gaji untuk cukup makan saja bukannya sampai 55 ribu sebulan. Kita orang masuk kencing pun kena bayar tapi menteri semua free. Balik buat kerja terus buat tuntutan berbelas ribu lagi.

    Nak kata Tan Sri ni pejuang dan prihatin dengan rakyat tak payah cakaplah. Bila dah hampir tertiarap barulah nak tunjuk baik dan lagak hero. Kalau betul prihatin dengan rakyat cuba turun padang naik komuter rawang seremban-seremban rawang waktu masa puncak pagi dan petang. Berapa ramai yang bersesak dan tak dapat naik komuter untuk pergi kerja dan balik kerja.

    Sekali-sekali merasalah tunggu bas rapid di chowkit - berdiri lebih sejam di stesen baru bas tiba.

    Sekali-sekali berbarislah bayar harga beras yang meningkat sampai 40 ringgit untuk sepuluh kilo. Jenguklah di pasar berapa harga ikan, sayur. Kuih pau yang dulu 1.00 dah jadi 1.80. Nasi jangan ceritalah. Lauk pegedil pun cecah RM4.00.

    Takkan dengan rasuah subsidi ciput kami rakyat nak sokong UMNO. Sorrylah….

    Cubalah hidup gaya khalifah sikit. Malam-malam menyamar tengok kehidupan rakyat bukannya pergi jamuan di hotel-hotel kenyangkan perut.

  74. iqram Says:

    Salam TS,

    Coretan Pemimpin masa kini.

    Melihat kepada senario politik tempatan masa kini khususnya parti UMNO, saya sebagai salah seorang pemuda dari bahagian Sg. Besar Selangor rasa terpanggil bagi menyuarakan pandangan serta pendapat dan berkongsi idea atau sebarang komen berkaitan fenomena ini.

    Untuk pengetahuan TS dan pembaca sekalian, Sebagaiman yg kita ketahui seorang pemimpin haruslah mempunyai kriteria atau karektor yg membuatkan masyarakat menghormati dan menyokong cara kepimpinannya. Antaranya dari sudut sosial, ekonomi, pengetahuan am, kemasyrakatan dan paling utama perihal dunia politik.

    Apa yg lebih penting ingin saya perkatakan di sini, seorang yg pernah saya kenali En. Ahmad Pauzi B. Hj. Saian, beliau salah seorang ahli perniagaan yg berjaya dan di segani oleh semua kenalan dan penduduk setempat. Beliau juga berpengalaman dan memiliki pengetahuan yg luas dlm bidang perniagaan. Antaranya syarikat persendirian yg diuruskan oleh beliau antaranya Dorani Bayu Resort & Services Sdn. Bhd. Dan GAPS Sdn. Bhd.

    Beliau juga dikenali ramai bukan sahaja masyarakat setempat malah masyarakat luar juga mengenali beliau. Tambahan pula, beliau mempunyai personality yg menarik, bijak dalam menangani masalah, peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekelilingnya terutama kehidupan masyarakat yg memerlukan bantuan.

    Beliau juga sering meluangkan masa lapangnya untuk menghadirkan diri dalam sebarang majlis sama ada formal @ tidak yg diadakan dalam kawasan pecan atau pinggir Bandar. Beliau juga seorang yg ringan tulang sedia menyumbangkan tenaganya untuk membantu bagi menjayakan majlis tersebut sehingga berjaya.

    Beliau juga mempunyai sifat mudah mesra dan bergaul dengan semua golongan tidak mengira status atau pangkat seseorang sama ada usia, bangsa, agama mahupun keturunan. Ini dapat kita lihat sifat yg dimiliki oleh beliau adalah seorang yg mudah didekati dan mudah untuk berunding dalam apa jua masalah.

    Untuk pengetahuan umum, beliau amat menitik beratkan hal berkaitan kemasyarakatan, beliau tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yg memrlukan bantuan sama ada dari segi kewangan, barang keperluan asas dan sebaginya. Ini juga menggambarkan beliau seorang yg perihatin terhadap rakyat yg kurang berkemampuan bagi meringankan beban sara hidup mereka. Beliau juga ingin melihat serta memastikan seluruh rakyat tempatannya memiliki kehidupan yg selesa dan sempurna seperti rakyat lain. Contohnya, mendapat peluang pendidikan, tempat tinggal, makanan dan keperluan psiologi yg sempurna.

    Yg lebih utama sekali ingin saya nyatakan di sini, bahawa beliau juga telah lama bergiat aktif dalam dunia politik hampir 20 tahun. Pada masa kini beliau telah menjawat jawatan penting sebagai Timbalan Pengerusi JKKK, Pengerusi JKKB, Setiausaha UMNO Cawangan, Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan Ahli Dewan Perniagaan Melayu Selangor. Dengan berbekalkan pengalaman hampir 20 tahun ini dapat mematangkan dan menambahkan lagi pengetahuan beliau dalam selok belok dunia politik masa kini dan masa akan datang.

    Ini juga menyerlahkan lagi diri beliau berkebolehan dalam pelbagai bidang. Pemimpin seperti ini yg rakyat perlukan, bukan hanya omongan kosong sebagaimana yg kita lihat dunia politik masa kini hanya propaganda semata. Namun begitu bagi pandangan saya beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yg boleh dibanggakan oleh semua penduduk tempatan kerana beliau memiliki semua cirri pemimpin antaranya mempunyai pengetahuan luas dalam semua bidang sama ada bidang poltik, agama, perniagaan dan sebgainya. Bukan untuk memuji atau memuja tapi itulah yg dapat saya gambarkan tentang karektor dan sifat peribadi beliau. Sekian sahaja coretan yang dapat kita kongsi bersama.

  75. azim kedah Says:

    Yb.tan sri,

    disini saya terpanggil untuk menyuarakan suara rakyat luar bandar di parlimen kubang pasu,yang mana kampung mereka telah ketinggalan oleh pembangunan yang mana jalan mini tar ke rumah-rumah tidak pernah di terima oleh mereka berbanding kampung-kampung yang lain disekitar ini yang mana kerap menerima peruntukkan jalan mini tar rumah ke rumah…saya harap Yb tan sri dapat singgah sejenak di kampung tersebut iaitu kampung pulau pisang tunjang…ps; bila dapat kita bertemu???

  76. azim kedah Says:

    assalammualaikum,Yb TanSri……..bila kita boleh bertemu lagi????????

Leave a Reply