Salam Rakan Blogger
Saya masih di pejabat. Sempat tengok sekejap komen-komen yang masuk. Jangan risau teruskan menulis pandangan anda. Kesempatan malam nanti saya cuba menjawab. Terima kasih
Saya masih di pejabat. Sempat tengok sekejap komen-komen yang masuk. Jangan risau teruskan menulis pandangan anda. Kesempatan malam nanti saya cuba menjawab. Terima kasih
April 23rd, 2008 at 6:19 pm
salam tan sri,
cuma saya nak tahu satu perkara aja apakah pelan perancangan tan sri dlm membangunkan melayu luar bandar
April 27, 2008 at 10:28 pm
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memohon peruntukan tambahan RM3.5 bilion lagi daripada RM11.031 bilion yang sudah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi memastikan usaha membasmi kemiskinan tegar dapat dicapai menjelang 2010.Ini sebahagian daripada apa yang saudara ingin tahu
April 23rd, 2008 at 6:51 pm
walau bagimanapun, saya orang ulu yam ingin mengucapkan kepada datuk kerana membuat pembangunan di kawasan ulu yam ..
April 27, 2008 at 10:28 pm
Terima kasih Orang Ulu Yam
April 23rd, 2008 at 8:19 pm
Salam YB Tan Sri,
Saya mengalu-alukan kesediaan YB Tan Sri untuk mendengar pandangan terutamanya yang berkaitan dengan Kementerian YB Tan Sri bagaimana untuk meningkatkan prestasi dan mengadakan program yang boleh memanfaatkan rakyat keseluruhan dan kalau tidak keseluruhann sekalipun dapat memberi manfaat pada rakyat terbanyak.
Saya mewakili Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan selaku NGO yang YB Tan Sri alu-alukan untuk memberi dan membincangkan idea ingin memohon sedikit masa daripada YB Tan Sri untuk kami adakan pembentangan ‘kaedah pelaksanaan projek’ secara pakatan yang mana telah kami buktikan dengan sekurang-kurangnya penglibatan 80 subkontraktor dan berpuluh-puluh lagi peniaga kecil dengan hanya projek sekolah bernilai RM60juta.
Kami sudah puas memohon untuk membentangkan kaedah ini namun tidak dilayan mungkin kerana kami tiada ‘connection’ yang kuat,dengan itu dengan kesediaan dan keterbukaan YB Tan Sri,kami berharap agar diberi peluang untuk kami duduk berbincang dan membentangkan kaedah kami yang diberi nama “Kaedah Pakatan” dalam melaksanakan projek dan program kerajaan.
Kami yakin dengan kaedah ini.masalah ketirisan dan projek terbengkalai serta dimonopoli oleh golongan tertentu akan dapat diatasi,kami tidak kisah sekiranya projek dibolot / dianugerahkan kepada golongan tertentu namun cuma berharap agar sedikit darinya dapat diagih-agihkan kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya di bandar-bandar kecil dan ingin memohon jasa baik YB Tan Sri untuk menimbangkan dan memberi kami peluang untuk membuktikan keberkesanan kaedah pakatan ini.
Akhirnya,terpulanglah pada YB Tan Sri samada untuk menerima atau tidak namun kami amat berharap agar dapat diberi peluang untuk membentangkan kaedah ini,serta menjelaskan perbezaannya dengan kaedah konventional hatta walau dalam masa satu jam sekalipun di mana-mana tempat yang YB Tan Sri tentukan.
Kami amat berharap agar diberi peluang duduk semeja dan membincangkan masalah rakyat kebanyakan ini.Melalui blog ini,kami berharap agar tidak perlu melalui proses birokrasi,kami sedia menghantar surat rasmi.Harap YB Tan Sri,boleh emailkan kepada saya mohdnasrudeen@yahoo.com untuk tindakan yang selanjutnya atau siapa yang boleh saya hubungi untuk menetapkan temujanji dengan YB Tan Sri.
Terima Kasih YB Tan Sri
Nik Mohd
April 23rd, 2008 at 8:40 pm
Seeloknya, UMNO lupakan soal bangsa kerana bangsa tidak ada nilainya di sisi Allah, kecuali yang bertaqwa.
April 23rd, 2008 at 9:41 pm
selamat bertugas tan sri…macam manakah kementerian tan sri mengalakakan kempen buku hijau untuk galak rakyat menanam tanaman kontan di kawasan rumah, dalam keadaan kekurangan makanan dan harga makanan yang naik sekarang.
April 23rd, 2008 at 10:53 pm
A.kum Tan Sri,
1. Pada pandangan saya Tan Sri masih merupakan seorang Pemimpin yang mempunyai kualiti, kemampuan, keupayaan untuk memimpin Umno dan orang-orang Melayu di negara ini.
2. Why not Tan Sri menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno Dec nanti.
3. Selamat maju jaya Tan Sri.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
April 23rd, 2008 at 11:20 pm
salam sejahtera datuk….
saya seorang penulis bebas ‘part time’…
saya cadangkan datuk membuat satu majalah BN- merangkumi semua parti UMNO,MIC,MCA.. separti harakah, wasillah…lebih detail tentang apa yang diperjelaskan oleh parti…
saya sedia membantu dan menyumbangkan idea…
terima kasih.
April 24th, 2008 at 10:31 pm
salam untuk tan sri.
jangan bimbang orang melayu belum sampai ke tahap nak mengganas.
orang belum sampai ke tahap berpecah sehingga bercerai berai.
buktinya semasa kebangkitan reformasi, orang melayu macam gitu saja.
masa Indonesia, orang melayu tidak pula bertindak sedemikian.
mereka secara keseluruhan tetap tenang dan tidak sekali-kali akan mengganas.
JADI BILA ORANG MELAYU AKAN MENGGANAS?
Bila harga barang naik, bila ekonomi mereka terancam.
Bila susah mereka nak hidup. Bila kerajaan tak mampu nak jaga
kepentingan orang melayu. Bila kerajaan asyik membelakangkan orang melayu dan sentiasa beralah kepada kaum lan semata-mata hendak menjaga hati mereka.
Inilah yang berlaku pada pru 12. Itu baru permulaan belum betul-betul mengganas.
Orang melayu dapati kerajaan jaga sangat kepentingan india sampai lupakan orang melayu. mereka takutkan sangat dengan kaum cina sehingga korbankan orang melayu.
orang melayu dah terlampau banyak dikorbankan dan berkorban.
sebab itu orang kata, orang yang terdesak untuk hidup, demi makan untuk anak-anak sanggup melakukan apa saja, termasuk mencuri.
kenapa. demi anak-anak dan demi untuk hidup.
itulah mesej yang perlu dibaca oleh pemimpin negara.
Kalau pemimpin melayu masih lupa pru12, alamak masa pru13, mungkin
bn hanya tinggal nama saja. itupun dah kira bagus. jangan sampai
tak ada nama langsung.
bn kena ambil kesempatan daripada kemenangan pembangkang - dengan kemenangan itu, rakyat dapat melihat apakah pemimpin mereka cakap macam tin kosong atau cakap tak serupa bikin atau membelakangkan orang melayu di tanah melayu demi kaum lain.
isu babi, misalnya cukup memilukan.
orang melayu tidak akan lupa semua itu.
biarkan pembangkang dengan agendanya yang tidak mengiktiraf
agenda melayu tetapi agenda rakyat. biarkan. biarkan.
bila sampai masanya, mereka yang pinggirkan orang melayu pasti
tidak ke mana. ke bawah jua akhirnya.
tan sri.
tan sri tau. orang masih ingat tan sri. orang masih hormat tan sri.
kenapa. sebab tan sri masih terus memperjuangkan agenda melayu.
ketika bn kehilangan lima negeri, tan sri di belakang pemimpin bn
yang ketika itu amat memerlukan sokongan.
bukan sokongan membawa rebah.
gambar yang tersiar di akhbar, kelihatan tan sri di belakang pemimpin negara amat menyedarkan orang melayu.
bukan tan sri tak tahu semua itu.
dr. mahathir jangan kritik dia. biarkan dia. apa yang baik, kita ambil. dia pemimpin berwawasan,. dia pemimpin besar meskipun dia juga tidak
sunyi daripada kesilapan. tetapi dia pemimpin yang sudah terbukti
kehebatannya. karisma kepimpinannya.
selama 22 tahun dia mentadbir, lebih banyak kejayaan daripada kelemahan. itu kita kena akui.
Lihat mahathir semasa negara dipukul kegawatan ekonomi, dia tampil dengan idea tambatan ringgit. hanya dia sorang jaja idea itu ke seluruh negara. tak ada pemimpin yang nak bantu. dia berjaya menyelamatkan
BUKAN SAJA MARUAH ORANG MELAYU, CINA DAN INDIA, TETAPI LEBIH BESAR DARIPADA ITU, MARUAH NEGARA ISLAM YANG BERNAMA MALAYSIA.
Itu kita kena ingat, tan sri.
jangan hina dia. jangan kutuk dia. gunakan dia untuk kebaikan negara. JANGAN ESOK BILA DIA TIADA, BARU KITA NAK TANGISI PEMERGIANNYA. KETIKA ITU, TAK GUNA, NASI SUDAH MENJADI BUBUR.
BN masih relevan tan sri. banyak orang masih mengharapkan bn menjaga kepentingan mereka. tapi pemimpin tolonglah jaga rakyat bukan periuk nasi sendiri secara mengaut dengan jalan yang tidak sah.
sebagaimana yang saya selalu kata. saya ini misteri. tak sri tak kenal saya. tapi saya cuku[ kenal tan sri luar dalam.
berjuanglah tan sri untuk agama. bangsa dan negara.
-pengirim misteri the flam.
April 24th, 2008 at 11:35 pm
Assalamu’alaikum Tan Sri,
Saya bukan orang parti pembangkang dan bukan penyokong melulu UMNO. Saya ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kerana Tan Sri membangunkan blog ini sebagai saluran terus untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakyat.
HARAPAN PADA MEMPERKASAKAN BANGSA
Saya berharap mulai sekarang adalah masa untuk kita sama-sama bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memperkasakan bangsa kita; Melayu. Ambillah pengajaran dan mesej yang rakyat sampaikan dalam PRU12 yang lalu.
Semakin hari, saya sebagai rakyat biasa, rakyat akar umbi dan marhain ini semakin rimas melihat percaturan orang-orang politik (khususnya Melayu) yang tiada kesudahan. Saya tak nafikan politik penting tetapi politiking dalam sesama parti, sesama bangsa nampaknya semakin berkecamuk dan haru-biru [entahlah].
Kepada semua orang politik, sudah-sudahlah. Bekerjalah atas amanah yang telah diberikan. Soal siapa nak lawan siapa, siapa yang kena letak jawatan, siapa yang tak patut letak jawatan, itu selesaikanlah secara aman dan baik-baik.
Rakyat sedang menanti di bawah sana. Apakah sinar di hujung terowong kepada kami rakyat jelata selepas PRU12 yang lalu. Kini sudah hampir dua bulan PRU12 berlalu, maka kami masih menyelak-nyelak helaian manifesto yang diberikan dulu oleh kerajaan; baik dinegeri BN mahu pun di negeri PR.
Kami rakyat tidak ada kuasa, kuasa itu telah diberikan kepada orang-orang politik semasa PRU12 yang lalu. Jadi, bila dah ada kuasa, maka lakukanlah…
April 24th, 2008 at 11:35 pm
tahniah kepada YB Tan sri mempunyai blog sendiri ..ia bakal menjadi wadah untuk rakyat untuk berkomunikasi dengan pemimpin dengan lebih berkesan . YB sebagai Ketua Penerangan UMNO , apakah langkah-langkah yang harus UMNO ambil bagi menarik semula orang melayu terutama golongan muda untuk menyokong UMNO kerana golongan muda sekarang ini sudah tidak tahu perjuangan UMNO dahulu dari zaman Tunku hinggan ke zaman Pak Lah .
April 25th, 2008 at 10:58 am
Tan Sri,
Soalan saya semalam (Ingin Tahu) masih belum terjawab. Mungkin untuk pengetahuan semua, Tan Sri perlu memberi penjelasan kepada rakyat tentang tatacara Suruhanjaya ini. Jika tidak, tanggapan rakyat mungkin serupa dengan BPR sebelum ini.
Lagipun, sekarang Tan Sri mula mempunyai blog sendiri, maka adalah menjadi tanggungjawab Tan Sri untuk memberi komitmen kepadanya. Umpamanya, Tan Sri boleh menjawab sewaktu dipandu ke tempat kerja.
kasih.
Ingin Tahu
April 25th, 2008 at 11:46 am
Assalamualaikum Tan Sri,
Kini UMNO (BN) telah kalah di 5 negeri utama semenanjung.
Ini merupakan bala kecil yang telah Allah turunkan kepada kita agar kita lebih beringat.
Bagi saya, kekalahan ini ada lebih banyak kebaikan dari keburukan, demi menyatu dan menyedarkan orang-orang MELAYU.
Saya amat yakin dan percaya, Tan Sri merupakan salah seorang yang sangat berwibawa dalam menyatu dan memperkukuh semula kubu MELAYU dan BN.
Bukan untuk negeri Selangor, malah dengan jawatan selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah, Tan Sri mampu lakukan satu kejutan untuk rakyat Malaysia.
Saya akan terus menyokong dan mendoakan usaha Tan Sri dan terus akan mengecap kejayaan demi Agama, Bangsa & Negara tercinta.
Salam..
zelmey yusof
ahli UMNO dari Bah Kapar
Klang
Selangor
April 25th, 2008 at 11:55 am
Saya cukup bersetuju dengan penulisan saudara -pengirim misteri the flam. Saya dapati, orang melayu terlampau banyak berkorban untuk orang lain sedangkan orang lain, minta dan terus meminta tanpa memikirkan sensitiviti orang melayu. Adilkah ini?
Kita semua tentu ada membaca sejarah. Tetapi, mengapa kita tidak boleh memahami sejarah?
Saya ada belajar sejarah. Sebab itu, saya berani menyatakan ini. Ingatlah, Tanah melayu sudah dijajah dan ditakluk lebih 500 tahun. Adakah kita mahu ditakluk lagi?
Ada di kalangan rakan saya kata, saya ni, tak bela bangsa sendiri. Bukan tak bela, tapi, kita kena faham sejarah kewujudan Malaysia. macammanakah ianya wujud. Sepatutnya, mereka harus bersyukur. Adakah negara lain punya SRJKC atau SRJKT? Sekolah menengah aliran kaum? Fikir-fikirkan. Adakah negara lain siaran radionya pelbagai bahasa? Berita siaran telivisyen yang ada sampai tiga ke empat bahasa?
Bersyukurlah kita seadanya. Biarlah kita bersederhana. Janganlah meminta itu dan ini lagi. Berbincanglah. janganlah kerana kelembutan seseorang, kita nak panjat atas kepalanya.
April 25th, 2008 at 1:57 pm
semua cakap senang…. anwar naik jadi PM begini.. -pas nak buat hudud? boleh ke -PKR dan DAP tak ada masalah -raja dan sultan bagaimana? -masa itu simpati ke atas anwar manjadi si- MATI
April 25th, 2008 at 3:24 pm
Salam Tan Sri dan semua sahabat bloggers..
Pertamanya, bukan senang kita nak ada peluang cakap atau terus tulis pada YB Menteri. Tak kiralah YB senator atau YB ada kawasan Parlimen.
Keduanya, kalau boleh dalam blog jangan tulis panjang sangat.. takut penan mata nak baca..
Ketiga jangan marah kalau menteri tidakjawab, Sebabnya banyak yag kita tanya kita rasa dia tak tahu atau tak boleh jawab. Sebab kita tanya tak tepat.
Saya hanya nak tanya satu.. jika kes Kah Choon kat Penang jadi sibuk sehingga dia keluar parti sebelum di pecat… TAPI dr zaina Abidin Ahmad beskas TMB Selangor yang bertanding atas tiket PKR tak nampak kena buang dari UMNO pu..
April 25th, 2008 at 6:17 pm
Salam Tan Sri,
Saya bukan seorang yang sukakan blog dan saya juga belum mendaftar menjadi pengundi walaupun layak. Saya tidak mendaftar sebagai pengundi disebabkan saya masih menunggu parti politik mana yang benar2 layak untuk menerima undi saya. Pun begitu, saya seorang orang selalu mengikuti perkembangan politik tanahair di atas kesedaran bahawa kita juga perlu ambil tahu hal ehwal negara.
Keputusan PRU 12 memang mengecewakan saya tetapi bukan disebabkan BN tidak medapat 2/3 ataupun PR mengambilalih 4 negeri tetapi kekecewaan saya adalah terhadap undi orang Melayu kepada DAP. Saya amat kecewa. Kekecewaan saya dikongsi oleh rakan lain. Pada pendapat kami, orang melayu sepatutnya undi samanda BN ataupun PAS sahaja. Bukan DAP mahupun PKR.
Pada pendapat saya DAP dan PKR hipokrit sebab mereka memperjuangkan bangsa Malaysia, tiada status bumiputera dan kebebasan beragama tetapi pada masa yang sama mereka juga memperjuangkan SJKC, SJKT, Persatuan2 cina, bahasa cina dsb.
Mereka memperjuangkan HINDRAF yang mengatakan masyarakat India ditindas tapi kaum mereka sendiri sebenarnya menindas kaun Melayu. Sebagai contoh adik kepada rakan saya yang bekerja di 7 Eleven yang dimiliki oleh seorang cina tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat lima waktu. Banyak kilang cina juga tidak menyediakan ruang solat untuk staf melayu malahan tidak memberi waktu rehat yang cukup untuk muslim menunaikan solat jumaat.
Rakan saya yang bekerja di Kilang yang juga dimiliki oleh orang cina tidak pernah dinaikkan pangkat walaupun sudah lima tahun bekerja tetapi seorang budak cina yang baru setahun bekerja (lepasan SPM) terus menjadi line leader dan kemudian supervisor. Orang melayu tak boleh buat kerja ker?
Kilang-kilang dari Jepun lebih menghargai kemahiran pekerja-pekerja melayu di mana beberapa rakan saya telah di hantar ke Jepun untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Kilang cina ada buat macam tu ker?
Saya bukan seorang yang racist tapi biasanya cina yang menindas orang melayu seperti ini datangnya dari DAP. Ramai rakan2 saya dari kaum lain terperanjat cerita saya ni.
Saya juga sedar di kalangan UMNO itu sendiri ramai yang berebut jawatan dsb berdasarkan cerita ibu saya yang juga AJK wanita UMNO Bahagian di Johor, tetapi ada sebahagian lagi yang benar-benar mahu berkhidmat untuk parti tanpa mengharap apa-apa balasan.
Justeru, saya amat-amat berharap agar Pak Lah dan Tan Sri bersama2 pemimpin UMNO tulen yang lain dapat merubah UMNO (dan Kerajaan) dan menghapuskan anasir2 jahat yang boleh merosakkan UMNO. Tidak perlu berebut jawatan dan yang penting adalah khidmat UMNO pada masyarakat. Berpegang pada prinsip dan tidak perlu malu jika kalah asalkan kita tidak hipokrit. Anak cucu kita akan menghargai perjuangan kita jika kita jujur, pegang pada prinsip dan berjuang tanpa harapkan balasan seperti mana pejuang2 UMNO di zaman dahulu.
Rakan2 saya yang menyokong PAS pun tidak bersetuju dengan pakatan PAS dengan DAP dan PKR tetapi mereka juga masih mengundi PAS disebabkan inginkan negara kita ditadbir secara Islam total.
Oleh itu, saya menyarankan agar:
1 - UMNO turut memperjuangkan pentadbiran Islam secara total (sesi penerangan yang jelas perlu diberikan kepada rakan2 MCA, MIC dsb) dan contoh bagaimana nabi mentadbir Madinah perlu diberitahu kepada rakan2 non-muslim.
2 - UMNO harus menyingkirkan pemimpin yang tidak bersih walaupun dia/mereka itu high profile.
3 - perubahan-perubahan yang seperti dikehendaki rakyat perlu dibuat.
4 - UMNO perlu menerapkan nilai-nilai Islam sepenuhnya dalam semua acara yang dianjurkan (ini boleh menyebabkan PAS tidak lagi relevan sebab PAS sanggup undi DAP dan tiada lagi manifesto kerajaan Islam)
5 - rasuah dan perebutan jawatan perlu disingkirkan terus dari UMNO
6 - UMNO perlu perjuangkan terus bahasa melayu (ramai bloggers DAP mengatakan bahasa melayu bahasa kolot)
7 - rakyat miskin (cina, india melayu sabahan and sarawakian) perlu mendapat layanan istimewa dari segi kemasukan ke IPTA dan scholarship from GLSs dan kerajaan. Jika perlu, kenakan kuota di setiap IPTA untuk golongan ini. Ubat terbaik untuk orang miskin adalah ilmu bukannya wang ringgit.
InsyAllah, jika semua perkara di atas dapat UMNO laksanakan saya dan rakan2 lain akan mendaftar sebagai pengundi dan akan mengundi BN di PRU 13.
p/s: saya anak Johor yang tidak sokong mana2 parti tapi bila MB Kedah kata PAS nak biarkan UMNO menang di Johor dan Johor jadi Muzium UMNO saya makin meluat pulak dengan gaya pemimpin PAS. Sebagai pemimpin PAS seharusnya MB tersebut tidak berlagak sombong sebegitu (ini contra dengan sifat MB Kelantan yang rasinonal dan rendah diri). PRU 11 dan pilihanraya2 sebelumnya PAS hanya menang di Kelantan tetapi saya tidak pernah dengar pemimpin UMNO nak jadikan Kelantan Muzium PAS. Fikir2kan lah…
April 25th, 2008 at 8:24 pm
Ass’kum Tan Sri,
Tolong sampaikan kepada YAB Pak Lah atau Hishamudin bahawa System pendidikan Malaysia wajib di lihat semula terutama pendidikan pra Sekolah.
Saya bercadang semua pra sekolah yang ada di bawah Jab.KEMAS , Jab. Perpaduan dan Intergrasi Nasional dan Jab,Pelajaran digabung jadi satu dan dikawal selia oleh satu ajensi Kementerian Pelajaran dibawah Hishamudin.
Penyatuan ini akan memantapkan program pra sekolah lebih teratur dan memberi laluan Jab.Perpaduan dan Intergrasi Nasional mengutamakan agenda Perpaduan dan intergrasi kaum dibanding sekarang semua Pegawai sebok dengan Tabika JPNIN dan Tabika Kemas disamping mengenepikan ajenda pokok jabatan berkenaan.
Tolong sampaikan kepada YAB Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran ,Tan Sri.Kami akan tunggu dan lihat ……….
April 26th, 2008 at 4:18 am
tan sri,
jangan kita beri kuasa yang pada UMNO dan PM,untuk menhuru harakan keadaan.. telus dan sikap keterbukaan itu..akan memburukan keadaan.
HAKIM dan BPR ini.. pun manusia kalau kita guna apa cara pun mereka tetap macam kucing, tetap makan ikan juga.
masalah kita sekarang ialah untuk melahirkan ahli umno yang taat kepada allah dan juga kepada parti. kita rosak dik kerana pemimpin yang bersikap juang yang tinggi,
saya ingat lagi tan sri ..kata pada saya dalam bilik menunggu tingkat 5. pejabat PM. ” kita berjuang.. untung nasib kita bergantung dengan KETENTUANNYA”..khir toyo.. bohong kepada saya dan umno selangor.. dia kata tan sri bertanding di selangor,kalau lah tan sri bertanding hari tu.. insyallah kita tak hilang selangor..
apa pun jaga lah KKLW moga orang miskin di kampung dan bandar..dapat nikmat dari tan sri.
salam perjuangan.
zainal abidin awang kechik..
“yahaya bujang..teringatkan saya 1993..VOLVO 244.milik nya.kena baling dengan tong gas di gerik” he his your good man..
April 26th, 2008 at 6:58 am
encik tai,
tahniah atas kenyataan anda itu.ingin saya jelaskan disini bahawa bangsa melayu itu amat kaya dengan tatasusila,santun,budiperkerti dan sifat2 positif, ini diperkuatkan lgi dengan agama yang dianuti oleh mereka iaitu islam dimana islam ini mengesyorkan semua penganutnya menghormati hak2 kaum-kaum yang lain dan bersikap baik kepada mereka.Tambahan pula dimalaysia sensitiviti perkauman begitu dijaga,saya rasa saudara tai juga amat setuju dengan ‘keamanan’.terima kasih saudara tai atas sikap keterbukaan anda.
April 26th, 2008 at 11:16 am
Salam to all forumers,
Saya bersetuju dgn tulisan2 yang ditulis oleh Saudara Flam.
Tetapi yang menjadi persoalannya, adakah pemimpin2 tertinggi UMNO memahami apa yang dikehendaki rakyat? Mereka gagal menyelami kemarahan rakyat terhadap kerajaan skrg sehingga mampu menjatuhkan 5 negeri ke tangan parti pembangkang.
Buat masa ini, tidak kelihatan apapun perubahan yg dibuat. Media masih galak melaporkan berita2 yang hanya enak didengar oleh PM maka ramai yg terpengaruh dgn berita2 yang dilapurkan di internet.
Selain itu, kecaman yang ditujukan kepada mantan PM juga menjadikan rasa meluat yang meluap2 terhadap orang2 atasan kerajaan yg lupa akan segala jasa yg telah ditaburkan mantan PM kita.
Gunakan pendekatan yg lebih efektif & intelektual untuk menambat hati rakyat. Sekiranya parti masih di takuk lama dgn elemen bodek & ampu, rasanya nyawa UMNO mungkin tak berpanjangan.
April 26th, 2008 at 6:44 pm
Saya mengikuti blog Tan Sri dari hari pertama ianya disiarkan di dalam Utusan Malaysia. Syabas saya ucapkan kepada Tan Sri, dan semoga apa yang Tan Sri usahakan sekarang ini dapat diteruskan dengan penuh konsisten sebagai satu usaha untuk mendekati rakyat. Alangkah bagusnya jika lebih ramai lagi pemimpin BN mengambil pendekatan sebegini dari awal lagi.
Insya Allah, dari semasa ke semasa saya akan memberi pandangan dan idea kepada Tan Sri supaya kelangsungan Bangsa Melayu, dan Umat Islam di Malaysia ini dapat dijaga, dan pada masa yang sama memberi ruang kepada bangsa-bangsa lain untuk bersama-sama membangunkan negara Malaysia kita yang tercinta ini.
Cuma saya perlu minta maaf dari awal lagi sekiranya pandangan yang bakal saya berikan terlalu tajam atau sini sehingga menyinggung perasaan Tan Sri. Maklumlah, saya orang muda, darah pun darah muda. Tapi saya akan cuba mengekalkan daya profesionalisme dan intelektualisme di dalam memberi pandangan nanti
Salam hormat dari saya..
April 26th, 2008 at 9:13 pm
Tan Sri,
Tahniah diucapkan kepada TS yang sudi menjenguk webblog TS sendiri walaupun sibuk! Begini lah yang dikatakan semangat ‘blogger’. Seperti komen saya pada tulisan-tulisan TS yang lain - bloggers dimana jua sedang memerhati blog TS ini dengan penuh minat. Jika TS dapat manfaatkan blog ini sebaik-baiknya, TS akan jadi Menteri “Reformasi” di dalam kabinet sekarang. Bahkan, akan lebih dikenali dan berjaya dari mana-mana pemimpin UMNO yang tidak mahu menongkah arus perubahan dalam berkomunikasi dengan rakyat.
Asalkan, tulisan TS dilihat dan dibaca bukan semata-mata propaganda UMNO semata-mata, walaupun semua orang tahu TS adalah Ketua Penerangan UMNO. Ketaksuban kepada UMNO jangan sesekali dibawa ke dalam tulisan dalam blog. Ingat. Bloggers datang dari berbagai fahaman, warna kulit dan pengetahuan.
Tulisan TS hendaklah berkisar kepada tajuk perubahan yang cuba dibawa oleh Kerajaan BN. Mintalah pendapat, pandangan, komen dan syor dari semua orang dalam blog. TS sendiri boleh menapis dan mengambil mana-mana syor yang baik untuk dibawa ke mesyuarat Kabinet atau Mesyuarat MT. Dengan cara ini, sebenarnya TS sendiri telah berkomukasi dengan rakyat secara langsung dan dapat mengambil buah fikiran dari semua lapisan rakyat secara langsung juga.
Ingat. Ada 26 Juta rakyat Malaysia, lebih ramai dari ahli UMNO, lebih ramai dari anggota kabinet dan sudah tentu lebih ramai dari MP dikumpulkan! Buah fikiran rakyat yang terlibat secara langsung serta hidup dibawah polisi kerajaan yang memerintah, selalunya banyak logik dan lebih praktikel dari yang keluar mulut menteri-menteri kita sendiri.
Sekali lagi TS, Syabas. Terus berblog dan sudilah mendengar rintihan serta pendapat rakyat. Mudah-mudahan bertemu cadangan dan pendapat yang dapat membantu TS dan kerajaan sekarang memerintah dengan cekap, akauntabliti dan telus!
April 26th, 2008 at 9:24 pm
Saya ucapakan terima kasih kepada TS yang datang ke Dewan Millineum, Kepala Batas dan menjelaskan tentang perancangan kerajaan persekutuan meneruskan khidmat kepada rakyat di P.Pinang walapun diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kami semua ahli JKKK dari pelbagai Melayu, Cina dan India memahami bahawa BN adalah sebuah kerajaan terbaik setakat ini. Cuma kebijaksanaan pembangkang memutar belitkan isu dan kelemahan pemimpin BN sendiri serta faktor-faktor lain telah menyebabkan BN tersungkur di negeri-negeri tertentu. Semuga TS akan meneruskan usaha mengembalikan sinar gemilang BN.
April 26th, 2008 at 11:05 pm
Assalamu’alaikum Tan Sri,
Ini cuma berita am (Fardhu Kifayah) sebagai khidmat masyarakat kepada umat Melayu dan Islam seluruhnya. Saya ada meletakkan “Ruangan Khidmat Masyarakat” di blog saya demi manfaat masyarakat setempat bagi keperluan semasa.
Saya dengan ini meminta jasabaik Tan Sri bertindak bagi pihak penduduk setempat supaya “Fardhu Kifayah” ini mampu disegerakan. Mohon Tan Sri merujuk permohon di sini:
KLIK UNTUK KE RUANGAN KHIDMAT MASYARAKAT
Kerjasama dan keprihatinan Tan Sri di dalam menyuarakan usul ini kepada kerajaan Selangor yang ada sekarang, didahului ucapan ribuan terima kasih.
April 27th, 2008 at 12:07 am
Asmk..
Permasalahan kaum ni sampai bila-bila pun tak akan selesai. Negara barat yang dah mencapai kemajuan beratus tahun lebih awal dari kita pun, sampai hari ini masih dibayangi pemasalahan perkauman. Apa yang penting ialah sebagai pemimpin, janganlah pula menjadi pemangkin untuk menyemarakkan perkauman. Sepatutnya mereka bertindak sebagai penenang. Majoriti rakyat tidak akan bertindak dengan tidak waras jika mereka dipastikan hidup dalam keadaan yang harmoni dan dilayan dengan seadilnya. Janganlah ada sesetengah pemimpin hidup terlalu mewah sedangkan masih ada rakyat yang hampir gila kerana ketiadaan keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal.
Para kontraktor pula seperti tak logik dek akal, dapat satu kontrak kerajaan aje terus jadi jutawan. Pegawai atasan GLC seperti MAS contohnya, semasa syarikat hampir muflis dulu, pegawainya sampai berpuluh buah kereta peribadi. bila tak cukup duit kerajaan tambah melalui duit pembayar cukai.
Masalah penganguran belia pula, kerajaan sibuk galakkan pelabur asing datang supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk, tetapi GLC pula membuang pekerja. Apa guna GLC kaya tapi rakyat tak dapat kerja.
Berkenaan dengan PRU12 dulu, BN kalah sebab kekurangan maklumat. Kenaikan harga barang gagal diperjelaskan oleh pihak kerajaan. Penjelasan telah dibuat tetapi adakah dipastikan rakyat faham? Bila kesan langsung ini menimpa, mereka mencari punca kenaikan barangan ini. Maka di situlah pihak pembangkan memainkan peranan menerangkan punca kenaikan barang antaranya duit kerajaan dibelanjakan ke arah yang tidak betul, penglibatan keluarga dan kroni, kelemahan PM untuk memantau dan mengurus. Semua ini diambil kesempatan yang sebaiknya oleh pihak pembakang. Sayangnya pihak BN masih enak dibelai mimpi ciptaan. Ketua kampung adalah orang yang paling hampir sekali dengan rakyat. Cuba semak apakah ketua kampung yang ada itu disukai oleh rakyat atau pemimpin? dan berbagai lagi ruang yang boleh diperbaiki jika pemimpin serius dan ikhlas ingin memperbetulkan. Sehingga sekarang, bagi saya masih tidak nampak keseriusan pemimpin untuk memperbetulkannya. Kita kena ingat, zaman sekarang kebergantungan rakyat kepada pemimpin untuk mendapatkan maklumat tidak seperti dulu. Rakyat sudah cerdik, jadi jangan cuba sekali-kali memperbodohkan rakyat. Mereka masih bersabar dengan kelakuan pemimpin sehingga ke hari ini, tetapi kesabaran itu pun ada hadnya. Cubalah pastikan jangan melangkaui had tersebut, nanti buruk padahnya. Bukan sahaja kerajaan tumbang, tetapi kepercayaan terhadap mana-mana kumpulan yang akan menerajui kerajaan pun hilang. Menang jadi abu, kalah jadi arang. semuanya terlepas. Jangan ingat lari keluar negeri boleh terlepas, kat tengah-tengah AS pun boleh meletup dek kemarahan. Nauzubillah.
April 27th, 2008 at 12:38 am
Tahniah TS….
Banyak kerja kena buat tapi utamakanlah
pembersihan jiwa pemimpin dan penyokong UMNO
agar kuasa dapat balik setelah hati menjadi cerah!
April 27th, 2008 at 2:24 am
Assalamualaikum YB Tan Sri,
Dimanakah YB Tan Sri berada? Respon kami tidak dibalas disini?Kami semua menunggu respon daripada YB Tan Sri.
Terima Kasih
April 27th, 2008 at 2:30 am
assalamualaikum tan sri
tahniah kerana mewujudkan laman web tan sri sendiri
tahniah juga kepada semua yang telah memberi komen membina dan komplen yang beremosional.
apa pun yang lepas biarlah berlalu, tidak ada guna salah menyalahkan antara satu sama lain.
yang penting, bersama-samalah berusaha untuk membina semula perpaduan melayu
dan mengembalikan orang melayu agar menjadi Islam yang mengamalkan Islam itu sendiri, bukan hanya memperkatakan atau menggunakannya demi kepentingan diri sendiri.
rasanya sudah sampai masanya semua pemimpin dan ahli UMNO meletakkan ego mereka ditapak kaki. terimalah hakikat bahawa apa yang berlaku dalam PRU12 itu sebagai ujian dan peringatan Tuhan kepada kita semua.
saya bukanlah pandai sangat tetapi saya ahli UMNO yang berlegar ‘diatas’ dan ‘dibawah’… alhamdulillah, saya boleh berada dimana sahaja. dengan sebab itu saya dapat menilai setiap situasi tanpa melibatkan emosi. semua pihak ada masalah dan ada kelebihan.
banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengembalikan kuasa melayu secara total di negara ini. namun kita perlu bermula dari pemimpin dan terus keakar umbi.
selama ini saya menganjurkan banyak program (kursus, seminar, motivasi, kem dan sebagainya) kepada golongan belia. kebanyakan program tersebut disponsor oleh pemimpin di sekitar tempat saya (Kuala Langat, Selangor) kerana saya tidak mengenakan sebarang bayaran kepada belia.
apa yang saya harapkan sekarang ialah saya boleh mendapat lebih banyak bantuan dari pelbagai pihak agar lebih banyak program untuk belia, agar mereka dapat dicorak menjadi seperti apa yang kita harapkan.
saya yakin, jika program belia diberi perhatian (tanpa menimbulkan syak bahawa program yang dibuat berkaitan dengan BN) undi disaluran 4, 5 dan 6 pada PRU13 pasti akan berpihak kepada kita.
saya akan ceritakan lebih lanjut tentang perancangan saya. namun untuk permulaan, tan sri boleh layari lama web saya http://www.tabibmuda.com.
saya akan menyerahkan kertas kerja lengkap mengenai perancangan saya kepada tan sri jika tan sri berminat.
tan sri boleh menghubungi saya di 013-3614376.
April 27th, 2008 at 9:52 am
TAN SRI SELAMAT BERSIDANG DI PARLIMEN ESOK…….
April 27, 2008 at 10:21 pm
Terima kasih saudara Halia muda
Saya hadir nanti sebagai menteri
April 27th, 2008 at 10:47 am
Assalam mualaikum, Tan Sri,
Tahniah atas jawatan baru Tan Sri. Disini secara ikhlas saya masih percaya penuh dengan kredibiliti dan karisma TS untuk memulih dan memperkasa UMNO ketahap yang dapat dibanggakan, asalkan segala nyamok dan virus yang ada dalam dan luar UMNO di bunuh atau setidaknya dinyahkan. Pada saya semua maanusia punya kelemahan dan kekuatan masing-masing. Tidak ada yang sempurna, termasuk pemimpin kita kini dan yang lepas. Pemimpin kini walaupun ada kelemahan sedikit tetapi ia seribu kali lebih baik jika dibandingkan dengan yang dulu, yang mana terkenal dengan kezalimannya, bill out nya, kroninya, dan lain-lain “putridities”nya. Sekarang masih menyalak untuk melindungi bangkainya yang kalau didedahkan tentu akan dikutuk oleh umat sepanjang zaman. Pemulihan sistem kehakiman dan peningkatan BPR kepada suruhanjaya sedikit sebanyak manambah keyakinan rakyat kepada Pak Lah, walaupun agak terlambat. Harap TS dapat menyarankan agar di bentuk satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat TDM agar ianya berhenti menyalak ganggu kedamaian Malaysia. Bila aman barulah dapat berfikir dengan tenang untuk kemasyalatan ummah. Harap dapat respon dari Tan Sri.
April 27, 2008 at 10:24 pm
Saudara jaafar HM
Terima kasih pandangan saudara. Bukan kerja saya sorang tetapi peranan orang seperti saudara juga penting jika kita masih sayangkan umno.
April 27th, 2008 at 1:04 pm
salam tan sri….,
harap dapat jenguk jenguk blogspot saya….., kita membicarakan isu isu yang sama dalam kategori politik…
t ksh
April 27, 2008 at 10:20 pm
Saudara Dari Seberang
Saya dah jenguk. Cantik hitam manis rupanya
April 27th, 2008 at 2:21 pm
dato seri ..
saya ingin berbual dengan dato tentang pembaikan semula Umno .
apa dato setuju ??
April 27th, 2008 at 8:24 pm
Dah bnyk komen yg di beri, belum ade lagi yg berjwb, tan sri kene tngk blog selalu……dan jwb supaya rakyat tahu yg tan sri ada membaca komen yg di beri…jgn diam jer…lame nanti blog pun terus kene block.
Ni ape komen tan sri pasal wang Balkis ni????Pihak kerajaan negeri dan pun
mengeluarkan pandangan nya…..Dah kalah, duit Balkis pun nak ambek ker???Orang yg bercakap tu(Bini Khir Toyo), die bukan lagi yg di pertua Balkis,..secara automatis nye bini Tan Sri Khalid lah yg jadi yg di pertua pulak..nanti komen lebih2, panas pulak jadi nye, pandangan tan sri pls!!!!
April 27, 2008 at 10:18 pm
Saudara Jawa Bajau
Saya baca semua komen yang masuk walaupun tak berkesempatan untuk menjawab semua. Faktor masa juga perlu diambil kira. Apapun saya tetap mengambil perhatian setiap pandangan yang masuk. Soal Balkis saya tak boleh komen.
April 27th, 2008 at 9:10 pm
salam tansri,
selamat bersidang esuk,muga sukses..tentulah banyak perkara yang dibangkitkan,pastikan sentiasa mantap..agenda melayu perlu di perkukuhkan..sikap pembangkang yang ekstrem perlu di naturalised kan…perpaduan yang kukuh dan pemerintahan yang mantap perlu di pertingkatkan..harapan banyak orang melayu pada tan sri..insyaallah..Allah akan bersama dengan orang2 yang bersyukur..salam
April 27, 2008 at 10:16 pm
Terima kasih saudara
Perpaduan menjadi agenda penting untuk kita semua.
April 28th, 2008 at 12:04 pm
Assalamualaikum Tan Sri
Tahniah kerana mengwujudkan laman blog ini dan juga perlantikan sebagai Menteri KPLB yang baru. Semoga Tan Sri akan mengangkat KPLB sebagai sebuah kementerian yang sentiasa dekat dengan rakyat khususnya di luar bandar. Saya juga berasa teruja dengan dedikasi Tan Sri kepada blog ini, ini membuktikan bahawa pemimpin kerajaan yang ada sekarang sememangnya celik IT dan menghargai blog sebagai penyampai maklumat.
April 28th, 2008 at 12:37 pm
Salam Tan Sri,
Buat pembuka saya mahu menyatakan bahawa kalau semua orang bukan melayu bersependapat dengan En Tai Khai Eong amanlah negara ni dan lama dah melayu maju. Bagaimanapun saya puji En Tai kerana sangat memahami perasaan orang melayu dan berani menyatakanya.
Tansri (hmmm… bolihke saya address Tansri sebagai Sdr saja, lebih selesa rasanya). Ok, sudahke sdr fikirkan corak implimentasi yang akan sdr jalankan di kementerian luar bandar yang sdr pimpin? mestilah sudahkan? Tapi kalau bolih saya nak cadangkan seperti berikut :-
iaitu dua perkara induk, (a) urusan status quo (b) tindakan kemajuan
(a) Urusan status quo
Kaji setiap jabatan, agensi2 dan anak2 syarikat dibawah kementerian, yang masih relevan tapi tak efisyen, diubahsuai supaya efisyen dan efektif. Jabatan, agensi dan anak syarikat yang tak menyumbang, bahkan merugikan, scrap aje. Pastikan petugas dari KSU kebawah buat kerja, adakan targets dan review dan yang tak capai tahap, beri warning, dan kalau masih gagal, buang aje. Kemudian, elakkan pembaziran, dari segi kewangan dan masa, seperti keraiiian, lawatan2 yang tak membawa apa2 hasil, seminar kat hotel2. Kalau Sdr melawat ke mana2 kawasan luar bandar, contohnya, tak payahlah menderu deru pegawai kementrian dan ketua2 jabatan negeri ikut serta, dan tak payah adakan jamuan sambutan dan sebagainya, kerana ini semua membazir. Kalau setiap lawatan Sdr, berpuluh2 pegawai & petugas terlibat, bayangkan berapa juta RM dan berapa banyak masa pegawai2 membuang masa tak buat kerja sebenar mereka. Hakikatnya setiap perancangan dan tindakan yang tidak menyumbang kepada tugas asal kementerian, iaitu memanfaatkan penduduk dan kawasan luar bandar hendaklah sdr kikis dari budaya kementerian, yang memang sudah lama alpa dan leka.
(b) tindakan kemajuan
Set wawasan dan target tahunan, 3 tahun dan 5tahun yang jelas dan bolih dicapai. Elakkan mengukir hala yang ambigious, seperti `memastikan penduduk kampung maju dan selesa bla bla bla ‘ . Contoh wawasan jelas ialah, `membuat tindakan sepadu dan efisyen supaya wujud 250000 hktar sawah untuk padi 2 kali setahun di NS, Selangor, Pahang, Perak dan Johor bermula jan 2009.’ apabila target telah diukir, maka pegawai, jabatan, agensi dan sebagainya ukirlah pula strateji2 bagi pencapaiannya. Setiap bulan buat review tahap pencapaiannya. Sdr sendiri mesti pasti segala jentera kearah hasrat wawasan tadi berjalan lancar.
Sekarang ni banyak kampung, dan kawasan luar bandar terbiar, rumah tinggal, semak, ladang terbengkalai. Bahkan sekolah,surau dan balairaya banyak yang tidak diurus. ini semua kerana penghijrahan orang kampung ke bandar sejak 40 tahun dulu. Jadi tugas paling besar kementerian sdr sekarang ialah untuk menghidupkan semula kampung dan kawasan luar bandar ni, supaya ada penhijrahan semula balik ke kampung.
Saya rasa cukuplah saya berpidato…. Assalamualikum Tan Sri dan selamat maju jaya.
April 28th, 2008 at 1:05 pm
Assalamualaikum. saya fauzi bin osman beralamat di no 65 taman lipis baru kuala lipis pahang.Buat pengetahuan dato, saya telah menghantar surat kepada JBA daerah Lipis untuk mengalihkan paip yang melalui tanah yang saya baru beli di Kg Kuala Lanar.Tanah tersebut saya beli untuk menjalankan projek pertanian.Tanah tersebut telah melalui proses meratakan tanah dan dalam masa tersebut didapati paip 6 inci ditemui.Saya telah menghubungi pihak JBA lipis untuk mengesahkan samada paip itu milik JBA atau sebaliknya.Pihak JBA mengesahkan bahawa paip tersebut milik JBA maka saya telah membuat surat bertarikh 5 Mac 2008 untuk tindakan.Saya amat kecewa kerana tindakan lambat daripada pihak JBA.Hanya seingat saya pada lebih kurang 4 april lawatan daripada Jurutera Daerah (JD) JBA lipis telah datang ketanah saya.Apa yang mengecewakan saya adalah Jurutera daerah mengatakan bahawa tanah yang saya beli ini merupakan jalan P.L..B (pembangunan Luar Bandar) sedangkan ketika tuan tanah ingin memjualkan kepada saya dia tidak maklumkan bahawa tanah tersebut merupakan jalan PLB.Melihat kepada fizikal tanah tersebut yang semak samun dan saya memerlukan masa seminggu untuk membersihkan tempat tersebut daripada pokok2 besar. jalan tar juga tidak terdapat disitu, hanya setakat jalan luar sahaja.JD terus menerus menafikan bahawa tanah tersebut untuk kegunaan jalan PLB sedangkan terbukti dalam geran tanah tidak terdapat struktur tanah tersebut.untuk mengetahui lebih lanjut saya telah berjumpa dengan pegawai PLB di pejabat Tanah Daerah Lipis dan beliau setuju dengan saya bahawa tanah tersebut tidak lagi digunakan sebagai jalan lagi.Untuk makluman tuan juga saya telahpun memulakan projek pertanian yang telahpun dirancangkan.Keadaan lebih terdesak kerana laluan paip betul2 berada ditengah-tengah bangunan yang telah dibina.Memandangkan masalah ini sudah lama berlanjutan bangunan yang dibina sudah hampir siap dan hanya untuk pemasangan dinding sahaja lagi tetapi dengan adanya paip tersebut maka kerja2 terpaksa ditangguhkan.Saya meminta jasa baik pihak dato untuk menyegerakan tindakan mengalihkan paip tersebut memandangkan priojek tanaman cendawan saya telah terbengkalai libih dua bulan dan menhadapi kemungkinan tanama tersebut rosak dan saya terpaksa mengalami kerugian dalam kos penyewaan tanah serta kerosakan benih tanaman.Harap pihak Tuan dapat membantu masalah saya ini.
Telah dihantar dengan e-mail: pengarah@jba.phg.po.my
hasnul@ktak.gov.my
April 28th, 2008 at 2:19 pm
saya cuma hendak tanya sejauh mana tan sri rasa blog ini mampu “membantu” tan sri membantu masyarakat kampung?
harap tan sri boleh memberikan jawapan
April 28th, 2008 at 2:31 pm
asalammulaikum tan sri…
saya tertarik dangan langkah yb untuk mengadakan program masuk kampong..saya mencadangkan agar tan sri datang dan tinggal di rumah ketua kampong saya di bukit benda, bukit kepong, johor.
Kawasan ini selain mempunyai nilai sejarah yang terkenal iaitu peristiwa bukit kepong, kg ni dan kawasan sekitarnya memerlukan perhatian yang seruis dari segi pembangunan.
setiap tahun kawasan di kampong ini akan megalami banjir yang teruk dan saya rasa jika dibuat satu parit besar pasti masalah banjir ini akan dapat dielakkan kalu pun tidak sepenuhnya.
Dari segi politik, saya dapati PAS selalu mencucuk jarum dan terpadat tanda-tanda mula menjalarkan pengaruhnya.
saya mewakili ketua kampong bukit benda dan kampong sekitarnya menjemput Yb tan sri ke kampong ini…
April 28th, 2008 at 2:52 pm
Saya terbaca The Star 28/4/08 menyiarkan gambar Tan sri sedang membuat kerja gotong royong memaku raban ayam agaknya…dalam UM dan BH tiada laporan . Niat Tan Sri hendak bermalam dikawasan yang dilawati amat diperlukan ,saya Tan Sri memang dah biasa bergaul dengan orang kampung. Lagi satu, bila Tan Sri nak pulanglan periok rendang tok yang Tan Sri ambik dekat Sungai Siput tu….maaf ya kerana bangkitkan kisah ini tetapi itulah yang menjadikan Tan Sri a true leader……
April 28th, 2008 at 4:09 pm
ASLALAMUALAIKUM TAN SRI…
SAYA UCAPKAN TAHNIAH DIATAS PERLNTIKAN TAN SRI DLM KABINET PAK LAH.SAYA DOAKAN AGAR TAN SRI TERUSKAN USAHA NI.SAYA NK AMBIL MASA TAN SRI SKIT UNTK SMPAIKAN MSALAH YG SAYA TGOK DI KG SAYA DI PERLIS. 1KELUARGA OKU YG TERABAI DGN BANTUAN YG ADA.TNGGAL DI UMH YG USANG.SI SUAMI YG BUTA DN MNGALAMI MSLAH KESIHTAN.SI ISTERI YG X SENMPURNA. SYA BERHARAP SNGAT AGAR TAN SRI DPT BANTU.NI ALAMAT KELUARGA MALAG TERSEBUT OTHMAN HASHIM,582 KG SEMATANG SERDANG,02700 SIMPANG 4 PERLIS.SAYA x TAHU BGAI MANA YG SEND PIC.KLAU TAN SRI BOLH BAGI THU CARA NYA SAYA AKAN SEND PIC SEBAGAI BUKTI.SAYA HARAP TAN SRI DPT BALAS EMAIL SAYA NI.
SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS KEPERIHATINAN TAN SRI.TQ
April 28th, 2008 at 7:49 pm
Salam Tan Sri,
Saya bukanlah seorang yang begitu mengenali Tan Sri, namun sejak Tan Sri memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah saya merasakan masyarakat luar bandar ceria semula. Kemungkinan ini berkait dengan pendekatan yang Tan Sri gunakan iaitu dengan mendampingi masyarakat luar bandar……
Program pendampingan Tan Sri bersama orang kampung dengan mengadakan perjumpaan malah tidur di rumah penghulu kampung adalah satu tindakan yang amat bijak. Inilah yang ditunggu-tunggu masyarakat luar bandar, harap pemimpin di bandar juga lakukan yang sama.
Mungkin ini salah satu penyebab awan politik kita menjadi mendung…..di tambah lagi dengan panahan api yang disemarakkan oleh pembangkang….kerana kurangnya pemimpin yang mereka pilih turun ke kawasan mereka dan dampingi mereka secara in formal dan tak perlu ada kompang atau majlis rasmi, sama-sama merasa pengalaman hidup di tempat mereka yang memilih mereka….
Tapi harap pendekatan ini adalah ikhlas dari sudut hati Tan Sri dan bukan beragenda untuk mempromosi diri……maaf jika berkasar….. Sebenarnya apa yang rakyat mahu lihat adalah aksi spontan dari pemimpin dan bukan yang dibuat2….. mungkin boleh bergurau, boleh ketawa dan boleh bincang dengan lebih spontan macam sebuah keluarga…… jangan lahirkan jurang antara pemimpin dan rakyat…..
Pada pendapat saya sikap mesra rakyat bukan hanya perlu di kalangan pemimpin sahaja tetapi juga semua ahli parti yang mengiringi pemimpin tersebut termasuk isteri mereka…… kadang-kadang pegawai yang mengiringi mereka ni penuh dengan lagaknya…..termasuklah Puteri UMNO, Putera UMNO, Wanita UMNO…..seolah mereka ni orang yang hebat-hebat dan tak boleh ditegur dan disentuh sembarangan…silap langkah mereka tak suka…..manakala Puteri UMNO pula penuh dengan glamour yang tak sesuai dengan keadaan di kampung….
Sepatutnya semua ahli UMNO adalah Perhubungan Awam atau Public relations (PR)…..PR ni semua orang dah diajar dirumah oleh ibu bapa…..bukan susah….jangan masam dengan orang….perlu sentiasa senyum….dan salam-salaman…..berbual dan biar rakyat selesa dengan kita dan ingin berkongsi masalah dan pendapat dengan masyarakat….
Tak payahlah nak baik bila depan pemimpin2 UMNO jer…..di belakang sombong…… dan lagi satu sepatutnya bukan rakyat yang perlu datang bersalaman dengan mereka…. tapi mereka yang perlu datang kepada rakyat….dan pastikan hormat isteri pemimpin….
Dan pada saya segala aktiviti Tan Sri juga perlu berhubungkait dengan program-program kementerian….. termasuk program kemiskinan, usahawan desa dan pembangunan luar bandar….
Okey Tan Sri sampai sini sajer saya coretkan, jika ada pandangan lagi saya akan layari lagi di sini…..SELAMAT BERJAYA….TAN SRI…. JANGAN HAMPAKAN HARAPAN RAKYAT…..SEGALA RINTIHAN DAN ADUAN YANG DAPAT DISELESAIKAN ADALAH BUKTI BAHAWA PEMIMPIN LAYAK DIHORMATI……
DAN PASTIKAN JUGA PEGAWAI DI KEMENTERIAN LAKSANAKAN APA YANG DINYATAKAN OLEH TAN SRI….. DAN BUKAN HANYA MENGANGA LAGI MACAM DULU….. TUNGGU BUAH TAK JATUH2….SAMPAI HABIS PILIHANRAYA…..SEBAB SIBUK TENGOK ISU PENTADBIRAN YANG TAK HABIS-HABIS….. ASYIK MELIHAT DAN HENTAM KESALAHAN ORANG…..
SEDANGKAN ISU PENTING TIDAK DIBINCANGKAN DENGAN TELITI……PERKARA JKKK YANG DITUKARKAN KEPADA JPP DAN PROGRAM LUAR BIASA BASMI KEMISKINAN YANG DIBANGKITKAN TAN SRI TAK DIBINCANGKAN….
HARAP TAN SRI DAPAT MELIHAT SIKAP PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN YANG SEMAKIN ANGKUH……
April 28th, 2008 at 9:57 pm
Tarikh: 28 April 2008
Assalamu’alaikum Tan Sri,
Surat ini tidak perlulah disiarkan di laman Tan Sri sebab niat asal saya untuk mengirimkannya melalui email Tan Sri. Tetapi kerana saya tidak memiliki email tersebut maka saya gunakan ruangan komen yang terdapat dalam blog ini untuk mengadu tentang perkara ini.
2. Perkara yang banyak berlaku di Pejabat Tanah Daerah Krian, Perak ialah masalah geran bertindih.Maksudnya ada dua penama pada sekeping tanah. Contoh yang tepat ialah apa yang berlaku kepada penduduk di Kg Samagagah, Mukim Selinsing, Spg Empat, Semanggol, Perak yang terletak dalam daerah Kerian.
3. Saya memang bersimpati dengan masalah penduduk di kampung saya itu sejak sekian lama, namun saya seperti dahulu masih percaya yang Ketua Kampung,Ketua UMNO Cawangan, wakil rakyat dan Pejabat Tanah dapat menyelesaikannya. Namun masalah ini berlarutan hampir sepuluh tahun namun masih belum ada penyelesaian.
4. Malahan ada pemilik tanah (Pemegang Geran) telah meninggal dunia dan masalah itu dipikul pula oleh anak-anak mereka.Dan untuk pengetahuan Tan Sri inilah salah satu sebab mengapa ada pemimpin di kawasan tersebut fade up dan berpaling tadah dengan menyokong pembangkang (malahan meminta orang menyokong pembangkang) dalam pilihan raya baru-baru . Telah banyak usaha dilakukan. Wakil rakyat bertukar ganti,namun masalah belum dapat diselesaikan.
5) Setahu saya sesebuah kawasan yang diluluskan untuk pertanian mesti memberi keutamaan kepada penduduk di mana tanah itu diteroka. Apatah lagi kalau tanah itu telah diusahakan sebelumnya oleh pemohon. Tetapi ada orang luar yang turut mendapat tanah di kawasan itu.
6) Setahu saya juga lot-lot tanah yang diluluskan untuk diberi hak milik mestilah direserved beberapa lot untuk tujuan menghadapi kemungkinan seperti pemilikan tanah bertindih (Geran Bertindih). Jika berlaku pemilikan tanah bertindih, maka beberapa lot tanah yang direserved itu boleh dijadikan gantinya. Tetapi apa yang berlaku semua tanah diluluskan dan diberi hak milik sehingga tiada tanah kosong lagi di kawasan itu.
7) Pejabat Tanah yang sudah bersilih ganti DOnya semakin menyulitkan keadaan. Alasan yang diberi “ini urusan DO lama. Kami tak tahu menahu”. Begitu juga wakil rakyat yang baru menggantikan wakil rakyat yang lama mereka juga sulit dan disulitkan dengan keadaan ini.
9) Yang anehnya ketika masalah itu belum selesai timbul pula cerita penerokaan tanah baru di kawasan tersebut. Ada pulak tanah? Tadi kata tanah sudah habis. Sekarang mengapa ada balik? Inilah antara persoalan-persoalan yang bermain di kepala penduduk yang terlibat.
10) Walau apa pun, kepada kepemimpinan baru pulak perkara ini dibawa dan diletakkan harapan sekali lagi. Kami amat berharap perkara ini diselesaikan seberapa segera yang mungkin atau selewat-lewatnya sebelum PRU13.
11) Saya takut sekali lagi ini dijadikan alasan untuk orang yang kecewa berpaling tadah. Dan apabila ini berlaku yang mendapat keuntungannya adalah pembangkang.Saya tidak rela pembangkang menjadi wakil rakyat kawasan kami sekali lagi. Selinsing adalah kubu UMNO. Tiba-tiba kali ini jatuh ke tangan pembangkang.Cukuplah sekali ini atas kesilapan kita. Kita tak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.
Harapan saya cubalah dapatkan maklumat sebenar daripada pemilik tanah tersebut. Dengar masalah mereka. Saya tidak mahu campurtangan. Saya seorang guru. Tugas saya ialah mengajar. Tetapi dalam kemelut ini, saya tidak ada cara lain melainkan mengemukakan sendiri masalah ini dan menawarkan bantuan.Tujuan saya hanyalah untuk melihat UMNO/BN diberi kepercayaan semula dan seterusnya memenangi Pilihan Raya akan datang. Insya-Allah.
Terima kasih. Wassalam.
Abd Bashid bin Harun
63 Blok C Perumahan Awam
Batu 2 1/2 Jalan Simpang
34000 Taiping
Perak
Penolong Kanan Petang (DG44)
Sek Men Keb Simpang
Jalan Matang
34700 Simpang
Taiping
Perak
email: gurubashid@yahoo.com
Laman web: Panduan Guru-Guru Malaysia
Url: http://gurubashid.com/blog
HP:013-5964217
Tel Rumah: 05-8472769
Tel Sekolah: 05-8471144
April 28th, 2008 at 10:38 pm
Tan sri, awat bloge tak di up date ?
April 30th, 2008 at 3:08 pm
apa laaa banyak yang tak jawab
May 2nd, 2008 at 12:09 am
Assalamualaikum Tan Sri
Setiap hari PR menyalahkan BN tentang itu dan ini tetapi mereka tidak menyedari kemudahan yang mereka gunakan termasuklah laman Blog ini pun BN yang bangunkan. “umpama senjata makan tuannya sendiri”. Tiadakah cadangan supaya undang-undang siber yang membenteras gejala ini.
May 4th, 2008 at 1:51 am
assalammualaikum TS..
sy sekadar ign mmbr pndngn…
pada saya..UMNO xyahla memikirkan pasal ketuanan melayu…
kerana kita telah ada agong dan sultan dalam hal2 nie..
saya rasa lebih baik UMNO menumpukan perhatian dalam survival kepimpinan melayu…saya harap TS boleh menimbangkan cadangan saya ni..
May 4th, 2008 at 11:50 pm
Assalammualaikum WBT
Dalam blog Dr Khir ada buat survey siapakah calon paling layak menggantikan Pak Lah, saya syorkan dalam blog ini pun buat demikian. Jadi TS tahu apa rakyat nak, bukannya mengikut pendapat kecil dalam dewan mesyuarat yang banyak kaki ampu.
June 22nd, 2008 at 4:23 am
Nice website!!
July 1st, 2008 at 10:49 pm
Kini Teresa Kok telah mula kurang ajar dan mencabar orang-orang Melayu dan Islam di negara kita.
Walau apa pun, apa yang saya harapkan Melayu akan bertambah kuat dengan apa peristiwa yang telah terjadi sekarang.
Saya percaya YB Tan Sri mampu memberi sumbangan kepada agenda ini..