Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

RM24 juta majukan Pulau Sebatik

Salam bahagia pembaca sekelian.

Baru-baru ini dari 11 hingga 15 Jun saya bersama pegawai dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengadakan lawatan ke Sabah bagi meninjau dan melihat sendiri keperluan jangka pendek dan jangka panjang di sana terutama kearah membasmi kemiskinan tegar di Sabah.

Ketika di Pulau Sebatik dalam Parlimen Tawau, kementerian telah bersetuju meluluskan peruntukan tambahan RM24 juta untuk projek takungan air, pembinaan pusat rawatan air, penyaluran bekalan elektrik dan pembinaan jalan kampung di Pulau Sebatik.Peruntukan ini nanti akan berupaya meningkatkan prasarana sedia ada yang memanfaatkan 15,000 penduduk pulau ini.

Projek takungan air dan projek rawatan air adalah kemudahan tambahan untuk Loji Pemprosesan Air Pulau Sebatik di Kampung Wallace Bay yang sudah siap.

Ketika ini 12 buah kampung bergantung kepada hujan dan perigi dan hanya tiga kampung memiliki kemudahan air bersih menggunakan air graviti.

Manakala projek bekalan elektrik yang sudah dan sedang dibina menggunakan tenaga solar.

Ketika di Kampung Bergosong, saya melihat ada keperluan kepada pembinaan Balai Raya bagi kemudahan masyarakat setempat untuk kegiatan seperti pertemuan, kenduri dan berbagai acara kebudayaan. Kementerian bersetuju untuk meluluskan pembinaan Balai Raya yang dianggarkan bernilai RM100,000.

Saya juga turut meninjau projek jalan luar bandar sejauh 19.5 kilometer (km) bernilai RM42 juta dari Kampung Bergosong ke Kampung Wallace Bay di Pulau Sebatik yang kini 70 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini


9 Responses to “RM24 juta majukan Pulau Sebatik”

  1. fazri Says:

    Salam TS,

    Terima kasih kerana membuat lawatkan ke Sabah dan melihat sendiri permasalahan rakyat Sabah. Masalah kesusahan dan keperitan hidup rakyat Sabah sudah acapkali di lontarkan dan diluarkan di dada akhbir dan media massa yang lain namun umpama mencurah air di daun keladi. Sekarang ini apabila MP’s dari Sabah memberikan kata-kata yang sedikit tajam barulah nampak sedikit usaha dari kerajaan persekutuan meloncat sana meloncat sini memperlihatkan keperihatinan mereka. Kenapa selama ini suara-suara rakyat sabah sering dipinggirkan usahlah diberikan alasan kerana kurang peruntukan kerana alasan itu sudah menajdi tahi telinga rakyat negeri sabah. Dengan lawatan yang dibuat mutakhir ini diharapakan sikap dan tindakan pemimpin-pemimpin BN dan terutama UMNO akan berubah dan melayan setiap keluhan rakyat negara ini dengan adil.

  2. Putra Says:

    A’kum Tan Sri (TS),

    Tahniah di atas kesungguhan TS yg nampaknya rajin turun padang demi menyelami masalah rakyat. Mungkin juga dalam usaha TS dan para pemimpin yg lain utk mengurangkan jurang kemiskinan antara masyarakat bandar dan luar bandar.

    Dalam pada itu, kadang2 pemimpin juga perlu mengeksploitasikan apa yg wujud di sesuatu kawasan atau kampung bagi membangunkan kehidupan masyarakat. Sebagai contohnya saya tinggal di Bukit Besi, Hulu Dungun, Terengganu. Kampung saya ini dibawah pentadbiran agensi KETENGAH yg terletak dibawah KKLB&W yg mana TS adalah menterinya. Bukit Besi merupakan kawasan tinggalan sejarah perlombongan bijih besi yg terbesar di Asia pd abad ke20 dahulu. Berbagai lokasi menarik seperti air terjun, tasik, monumen/artifak bersejarah, keindahan alam semulajadi dan sebagainya wujud di sini.

    Walaupun mempunyai berbagai lokasi yg menarik, malangnya ia tidak dibangunkan dan dipromosi sepenuhnya. Sebagai contoh apa salah seandainya artifak tinggalan perlombongan di sini diangkat sebagai bahan sejarah yg hebat spt A’famosa atau Lembah Bujang drp terbiar begitu shja. Berbagai kemudahan harus disediakan spt papan tanda utk kemudahan pengunjung, gerai, tandas dan sebagainya. Seandainya kemudahan-kemudahan ini dapat disediakan sudah pasti dpt menarik org ramai spt para pelajar, pgkaji sejarah dan pelancong utk berkunjung. Seterusnya dpt memberi pendapatan kepada penduduk kampung yg mencari rezeki terutamanya sbgai usahawan atau peniaga kecil. Berbagai produk juga dapat dipasarkan spt kraftangan, cenderahati, batik dan lain-lain.

    Sebelum ini berbagai menteri hanya melintasi kampung saya. Malang sekali mereka tidak pernah pun menjeguk Bukit Besi. Saya menjemput TS yang baru memegang jawatan Menteri KKLB&W kalau ada kesempatan silalah berkunjung dan melawat lokasi di Bukit Besi. Ini pastidapat menggembirakan penduduk di sini yang dahagakan kunjungan menteri atau berbagai program yg melibatkan kehadiran pemimpin. Saya juga berharap TS dapat membangunkan Bukit Besi sebagai destinasi pelancongan walaupun terletak di luar bandar di samping dapat mengeluarkan segelintir masyarakatnya dari arus kemiskinan.

    Daripada pihak kerajaan asyik memberi sumbangan atau bantuan berbentuk kewangan barangan keperluan, lambat laun bantuan tersebut akan habis juga. Oleh itu alangkah eloknya jikalau kawasan di sekitar kampung Bukit Besi yg terletak di luar bandar/ pedalaman dibangunkan dan dipromosikan agar dapat menarik ribuan pengunjung dan pelancong. Rumah-rumah org kampung juga boleh dipilih utk dijadikan homestay dan sebagainya bagi membolehkan org luar merasai pengalaman bercuti dalam suasana persekirana kampung sambil menghirup udara segar bugar yg masih belum tercemar.

    Sekian cadangan saya. Kerjasama, sokongan, keprihatinan dan perjuangan TS amat diharapkan demi agama, bangsa dan negara.

    Terima kasih. Wassalam.

  3. Ujang Says:

    As’kum Tan Sri…

    Amat baguslah bila kerajaan tambah peruntukan utk PPRT, sekurang2nya nasib mereka terbela….cuma jgn pilih bulu sudah la, itu yg saya takut terjadi.
    Disini saya nk highlight satu isu, saya ni berasal dr N.9…semenjak dua menjak ni bila saya balik ke kampung saya di Kg Serting Tengah, Kuala Pilah saya tengok hutan simpan di situ habis kena ceroboh bak kata lain habis balk2nya di keluarkn, itukan hutan simpan kenapa dan siapa yg mencerobohnya. Bila kita kacau hutan2 kita yg tinggal tak seberapa itu yg menyebabkn keadaan persekitaran makin lama makin panas. Saya rasa sedih bila balik tgk hutan simpana dh jd mcm tu, semata2 nk kan keuntungan…nk cepat kaya tp tak memikirkan kesan jangka panjangnya. Saya harap Tan Sri boleh bantu saya dan penduduk di situ dgn memberi penjelasan yg baik. Jgn sampai nnt harimau masuk ke kg lagi sebab pernah terjadi, ialah kita dah kacau tempat habitat dia. Satu lg dekat situ ada kampung bernama Kampun Bayai Lama, masalah utamanya di kampung itu ialah berkenaan dgn air…dah bertahun penduduk disitu mengalami masalah air kejap ada kejap tidak kadang2 tu langsung takde….ianya berlaku dh bertahun tahun. Klau boleh Tan Sri tolong2 lah apa2 yg patut. Sekian terima kasih, as’kum.

  4. shahefendy Says:

    YB Tan Sri,

    Dalamasa pemimpin lain sibuk membuat percaturan terhadap survival politik masing-masing, YB Tan Sri terus setia menyempurnakan tugasan hakiki di KKLW tanpa sebarang masalah. Sebagai warga, saya amat berbangga dan berdoa semoga YB Tan Sri diberikan kekuatan serta iltizam yang tinggi untuk terus memajukan rakyat desa di mana saja mereka berada. Tahniah !!!

  5. fred Says:

    lagi niat yg bagus.. tapi org politik ni mane ble percaya terutamanya Um No!!! kate nak tlg melayu islam tapi tikam belakang.. lagi satu Um No ni parti assabiah (perkauman melebihi ugama islam). sepatutnya berjuang untuk ISLAM dan ALLAH bukannya kaum melayu.. Nampaknya kita suma masuk neraka.

  6. asmur Says:

    majukan lah kg.kami.wallace bay dahagakan kemajuan..

  7. asmur Says:

    penduduk di kampung wallace bay kini tidak terbela dari segi penempatan mereka.hal ini kerana penduduk kampung lain yang berdekatan dengan kampung kami ini telah mendapatkan hak bagi kediaman yang mereka tinggal seperti kampung mentadak dan sungai tongkang.namun,kami masih lagi tidak mendapat hak tempat tinggal walaupun ada diantara penduduk kampug kami sudah menetap di situ hampir 50tahun.kami masih lagi dikatakan menumpang di tanah NBT.apa yang kami inginkan adalah hak tempat tinggal yang bergran.kami takut kami akan di usir satu hari nanti.dimana kami akan menetap?apa yang akan terjadi?

  8. Berahim Muyong Says:

    Assalamualaikum Tan Sri, seperti mana yang saya sarankan terdahulu bahawa kampung Sungai Damit Tuaran maseh memerlukan sekolah Agama rakyat, Klinik DEsa dan juga bangunan baru sekolah Tabika Kemas kampung ini. Dan kami sungguh berharap agar pihak Tan Sri dapat melawat kampung kami, dan kami bersedia menanti kedatangan Tan Sri. Semuga Tan Sri berada dalam keadan sihat walafiat dan sukses dalam pemilihan UMNO nanti. wasalam

  9. UWOK BAYAI Says:

    saya adalah penduduk asal kampung bayai lama, bapa saya adalah imam dikampung tersebut masalah utama penduduk ialah air memang sering terganggu dan tiada klinik yang paling terdekat jika berlaku kecemasan, kebanyakan penduduk miskin dan orang tua-tua kalau lah dapat Tan Sri fikirkan jalan penyelesaian. kami sedia memberi kerjasama.

Leave a Reply