Pertemuan singkat tapi besar maknanya…
Tanggal April 26 dan 27 memberi kepuasan serta pengalaman penuh bermakna kepada saya dan isteri apabila kami membuat lawatan serta bermalam di rumah penduduk kampung di Pulau Pinang dan Kedah.
Bukan itu sahaja, malah saya dan isteri Asbi Rohani sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sambil menyelami kesusahan serta kesulitan yang mereka hadapi.
Ini semua saya lakukan semasa membuat lawatan kerja bagi melihat sendiri kemiskinan di luar bandar serta bertemu dengan ketua-ketua kampung serta pengawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat atau Kemas.
Destinasi hari pertama di Kampung Telok, Sungai Dua, Seberang Perai, saya dan isteri ke rumah Puan Zainab Osman, berusia 71 tahun dan mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya lumpuh. Mereka berumur dari 41 tahun hingga 54 tahun.
Saya dan isteri tersentuh hati apabila melihat Puan Zainab membelai anak-anaknya dengan penuh kasih sayang walaupun dalam keadaan daif dan serba kekurangan.
Melihat keadaan itu, saya mengarahkan KEMAS memberi bantuan sepenuhnya, bukan sekadar bantuan makanan kerana Puan Zainab memerlukan perhatian lebih dari itu.
Begitu juga di Kampung Cheenam, Nibong Tebal, dimana Puan Sabariah yang tinggal dalam rumah bertiang yang usang membela seorang anak cacat berumur 18 tahun. Saya mengarah KEMAS membina sebuah rumah yang lebih selesa dan berlantai simen bagi menyenangkan beliau membela anak yang cacat.
Pada sebelah malamnya, saya dan isteri bermalam di sebuah rumah penduduk di Kampung Sungai Pulut di Baling, Kedah. Kesempatan ini saya sempat berjemaah di masjid Kampung Betong sambil beramah mesra dengan anak kariah di situ.
Dalam majlis dialog bersama lebih 100 penduduk Kampung Sungai Krik pula, saya telah meminta ibu bapa supaya berhati-hati dengan anak-anak perempuan mereka agar tidak terpedaya dengan lelaki warga asing serta terjebak dalam kancah maksiat atau jenayah pengedaran dadah.
Seawall pagi 27 April, saya berpeluang berjemaah Suboh di Masjid Kampung Betong, bersembang sambil menghirup kopi dan menjamah kuih kampung di beranda masjid. Kami bercerita bagaimana hendak meningkatkan kemajuan di kampung dan bagaimana untuk menambat hati anak-anak mjuda agar balik ke kampung untuk sama-sama membangunkan kampong halaman sendiri.
Saya juga sempat menyertai gotong-royong membersih sekitar masjid itu. Saya juga sempat mengadakan majlis dialog dengan qariah Kampung Jubai Bawah di Kulim, Kedah, untuk mendengar dan melihat sendiri keluhan penduduk.
Sesungguhnya, pulang dari sana, saya dan isteri berasa puas kerana kami dapat mendengar sendiri keluhan penduduk kampong serta menyelesaikan serba sedikit masalah-masalah rakyat yang kami lawati.
Saya akan terus membuat lawatan sambil bermalam di kampung-kampung setiap tiga minggu sekali untuk melihat serta menyelesaikan masalah-masalah rakyat sekadar yang terdaya.
















April 29th, 2008 at 8:32 pm
Wah bagoihlah TS. ha kalau lagu tu, baru boleh. Buatlah lawatan secara mengejut. Kalau buat lagu ni, barulah TS boleh tau apa masalah sebenar orang kampung. kalau belum buat lawatan, hebahkan dulu, susahlah macam ni.
April 29th, 2008 at 8:33 pm
Wah, tahniah TS. kalau lagu ni barulah bagus. Buatlah lawatan secara mengejut. Sekurang-kurangnya, TS akan dapat tau masalah sebenar orang kampung.
April 30, 2008 at 12:30 am
Saudar Tai Khai Eong
Saya akan teruskan program turun kampung ni untuk mendampingi rakyat disana
April 29th, 2008 at 9:37 pm
Tahniah YB. Jika begini sikap pemimpin umno sebelum ini, tidaklah umno ditolak rakyat. Kembalilah ke pangkal jalan.
April 30, 2008 at 12:31 am
Terima kasih saudara farid. Sokongan orang seperti saudara juga saya perlukan
April 29th, 2008 at 10:16 pm
Assalammualaikum tan sri,
saya tak pernah komen memuji tan sri selama ini.
tapi kali ini saya merasa kagum atas sikap tan sri menunjukkan amalan yg baik dan contoh yg teramat baik sekali sbg menteri.
saya sebagai rakyat terpaksa akur memuji dgn ikhlas sikap tan sri itu.
di sini saya sekali lagi mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada tan sri dan teruskanlah cara ini untuk menyelami hati rakyat jelata diluar bandar.
jika semua menteri2 m’sia mencontohi cara tan sri ini maka saya sbg ahli umno yg pernah berpaling tadah kepada parti PR pada PRU ke 12 akan terpaut hati kembali menyokong parti umno pada PRU ke 13.
sekian.
Burn@ Kaki Bakar
April 30, 2008 at 12:32 am
Saudara Burn
Saya lakukan ini kerana tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya. Soal puji atau sebaliknya bukan penghalang untuk saya teruskan khidmat saya di KPLBW
April 29th, 2008 at 10:25 pm
http://muhdtaib.blogspot.com/
blog backup tan sri..
April 30, 2008 at 12:33 am
Terima kasih dengan andaian saudara berniat baik
April 29th, 2008 at 10:29 pm
i always believed that you have all the credibility and capability of being a leader.. i always hopes that one day i’ll be given a chance to thanking you for all the development you had done in Selangor in the past.. and now, i would like to take this opportunity to say thank you to you.. what u did is the best way to digg out the problems this community face.. syabas TS
April 29th, 2008 at 10:34 pm
satu lagi TS.. saya harap TS dapat membawa perihal ISLAM HADHARI ke pengetahuan pucuk pimpinan tertinggi kerajaan kerana rata- rata golongan ini tidak menerima konsep ISLAM HADHARI yang dibawa.. bukan ingin bersikap negatif, tetapi saya harus bersetuju dengan pandangan sesetengah orang bahawa konsep ISLAM HADHARI ini menimbulkan kekeliruan.. bagaimana kalau ISLAM HADHARI ini ditukar kepada KONSEP HADHARI ataupun GERAKAN HADHARI..?
April 29th, 2008 at 11:00 pm
YB TS, semangat ambil tahu TS amat-amat diperlukan lebih-lebih lagi ketika masa sukar ini.Sesekali TS jenguk-jenguklah kawasan DUN TS yang lama( Batang Kali).Tengok-tengoklah kampung Orang Asli yang terletak di jalan alternatif ke Genting Highlands dari Hulu Yam.Mereka ini amat-amat memerlukan kemudahan asas.Jalan raya yang saya difahamkan dibiayai oleh Genting Highland dah cantik dah.
April 30, 2008 at 12:35 am
Insyaalah Saudara Hassim tapi sekarang saya perlu tumpukan ke seluruh negara. Apapun terima kasih atas pandangan saudara
April 29th, 2008 at 11:01 pm
A.kum Tan Sri,
1. Sebenarnya semenjak selepas PRU-12 yang lalu, saya sentiasa memerhatikan rentak perjalanan UMNO seterusnya.
2. Kampong itu adalah Melayu. Melayu itu adalah Kampong.
3. Jika UMNO mahu memenangi semula hati orang-orang Melayu, maka seharusnya Pemimpin-pemimpin UMNO itu perlu kerap turun ke Kampong untuk berjumpa sambil menyelesaikan masalah orang Melayu.
4. Sifat orang-orang Melayu amat mudah difahami. Jika sekali kita berbudi pada mereka, maka 10 kali mereka akan mengingati kita. Tetapi jika sekali kita mengkianati mereka, maka 10 kali mereka akan berdendam dengan kita.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
April 29th, 2008 at 11:22 pm
A.kum Tan Sri,
1. Saya harap jika Tan Sri free, saya jemput Tan Sri melawat Kpg Tg Rambai, Grik, Perak. Kampong ibu mertua saya.
2. Masalah yang dah berkurun di situ ialah penduduk selalu terputus bekalan air. Ini kerana bekalan air disitu masih menggunakan pam genarator. Jika cuti panjang seperti Hari Raya sudah tentu mereka terputus bekalan air kerana petugas bercuti balik kampong.
3. Untuk maklumat Tan Sri, Ahli Parlimen Grik ialah…Ustazah Tan Lian Ho(Gerakan)?? Macam mana pulak Datuk Tajol Rosli letak ustazah ni dikawasan yang majoritinya orang Melayu? Kalau macam tu susah la bagi penduduk nak berinteraksi dan nak mengadu masalah.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
April 29th, 2008 at 11:29 pm
tahniah n syabas YB TS,….semoga dengan pendekatan TS akan merapatkan hubungan kementerian KPLBDW dengan rakyat.
semoga program ini di lanjutkan sampai ke setiap pelusuk daerah
pedalaman di MALAYSIA.
TERIMA KASIH.
April 30, 2008 at 12:36 am
Saudara su-kj
Terima kasih saudara. Saya perhati saudara kerap singgah di blog saya dan meninggalkan pesan dan pandangan. Terima kasih
April 29th, 2008 at 11:41 pm
Assalamualaikum Tan Sri
Saya berpendapat tindakan Tan Sri turun padang adalah satu langkah yang patut diteruskan dengan ini masalah rakyat dapat difahami secara langsung walaupun tidak semua masalah mereka dapat diatasi tetapi serba sedikit melegakan mereka.Seeterusnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri kerana menyediakan Blog ini. Semoga Berjaya Insya Allah….
April 30, 2008 at 12:40 am
Terima kasih saudara. Saya lakukan semua ini kerana tanggungjawab dan amanah yang diberi
April 30th, 2008 at 12:37 am
tahniah tan sri, semoga “pendekatan” yang tan sri bawa akan mengembalikan semula “penyokong” BN
Teruskan - harap2 anggota kabinet lain boleh buat spt tan sri. Boleh jimat sewa hotel dan boleh dengar orang luar bandar melobi.
May 5, 2008 at 1:53 am
Terima kasih Saudara Che Din, sama-sama la kita membantu
April 30th, 2008 at 12:38 am
Tan Sri,
Tahniah kerana program melawat kampung-kampung. Saya masih ingat pada kecil sekitar saya juga dibesarkan di kampung. Masih banyak masalah orang kampung yang perlukan perhatian Tan Sri.
Program Tan Sri pergi ke kampung-kampung ini mengingatkan saya kepada Allahyarham Tun Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
Semoga Tan Sri berjaya membawa perubahan kepada kampung-kampung di seluruh negara.
Selamat berjuang untuk Agama, Negara dan Bangsa
May 5, 2008 at 1:54 am
Saya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi. Harap semua pihak memberi kerjasama. Datang lagi ya saudara
April 30th, 2008 at 1:04 am
salam Tan sri,
Tahniah tan sri yang telah membuka satu pendekatan yang cukup baik mendekati rakyat dengan turun ke kampung2 meninjau dengan sendiri permasalahan yang ada dan mendengar sendiri luahan dari akar umbi dalam sessi dailog dengan mereka.
Rakyat mahu berjumpa dengan pemimpin agar mereka merasa mereka di hargai dan masalah mereka dapat disuarakan dan di luahkan secara terus. Tetapi perlu di ingat tidak semua masalah dapat di selesaikan di sebabkan oleh peruntukan perundangan atau pun sekatan sekatan peraturan tetapi bagi rakyat ianya merupakan sesuatu yang perlu di ambil kira dalam pengubalan dasar atau peraturan di masa akan datang. Apa yang perlu di ambil kira oleh Tan sri dan pegawai pegawai di kementrian tan sri walau apa pun saranan atau permasalahan yang di timbulkan ianya perlu di susul dengan jawapan kepada semua saranan walaupun jawapan tersebut tidak berpihak kepada kehendakan pengadu. yang penting ada tindakan susulan. jika jawapannya tidak memihak kepada mereka, perlu di perjelaskan dengan baik penolakan cadangan atau saranan tersebut. jangan biarkan saranan dan cadangan tergantung tanpa jawapan walaupun ianya mengambil masa untuk meneliti dan menyelidik saranan saranan tersbut. jika tidak, akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan tanggapn tan sri hanya sekadar melepaskan tanggunjawap dan tidak ikhlas.
Saya yakin pendekatan tan sri kali ini adalah benar-benar jujur dan ikhlas dalam mendalami rakyat dan ingin membantu meyelesaikan permasalahan di peringkat akar umbi. Semoga pemimpin pemimpin lain di setiap peringkat juga turut serta mencontohi pendekatan tan sri.
Terus kan tan sri. Salam
May 5, 2008 at 1:56 am
Terima kasih hilriz raudah/saya baca dan faham komen sdr/i
April 30th, 2008 at 2:48 am
TAHNIAH DENGAN PROGRAM INI…… semoga dapat dilaksanakan juga di rumah terutamanya SOLAT DI MASJID BERJEMAAH.
‘Semoga MELAYU bersatu dan menolong sesama sendiri walaupun berbeza PARTI’
ASSALAMUALIKUM MMT…..
May 5, 2008 at 1:57 am
Terima kasih saudara anak reformasi. komen saudara saya baca dan faham. Harap kita dapat sama-sama membantu menjayakan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara ini
April 30th, 2008 at 3:08 am
Salam TS,
Elok juga pendekatan sebegini dilaksanakan. Selalunya bila kita dah terantuk, baru kita nak terngadah. Maka, pendekatan seperti ini sangat bagus untuk dilaksanakan. Tapi bukan hanya untuk kelompok2 TS sahaja. 5 negeri yang diperintah oleh bukan BN juga harus TS jengok2. Kalau tidak, next election, lagi banyak negeri akan bertukar tangan. Cuma pendekatan TS kepada JKKKP dibawah kerajaan bukan BN sangat tidak demokratik. Tidak menunjukkan ketokohan TS dalam menangani isu2 yang relevan kepada sistem pendemokrasian negara kita. Fikir-fikirkanlah. Salam . Syauqie
April 30th, 2008 at 3:23 am
Good work Tan sri, menerajui perubahan di kalangan pemimpin BN. masih ada lagi penyokong UMNO yang terus menyokong perjuangan UMNO jikalau beginilah sikap pemimpin UMNO sekarang…Kami orang UMNo mahukan pemimpin yang berjiwa rakyat dan ikhlas.
April 30th, 2008 at 7:23 am
SALAM TS,
TS..SESEKALI LAWATAN MENGEJUT HARUS JUGAK DILAKUKAN TERUTAMA KAWASAN-KAWASAN KAMPUNG YANG BERDEKATAN LEMBAH KLANG SEPERTI NILAI,SEMENYIH,DUSUN TUA,HULU SELANGOR,JANDA BAIK DAN BEBERAPA LAGI.TS, SAYA CADANGKAN JUGA TAN SRI MELIHAT ORANG-ORANG ASLI DI KAMPUNG MEREKA SEKERAP MELIHAT KAMPUNG LAIN DAN BAWA BERSAMA ORANG-ORANG ‘BERILMU’ KERANA ADA ANTARA MEREKA YANG TELAH MEMELUK AGAMA ISLAM TETAPI KURANG PERHATIAN DAN PEMAHAMAN MENGENAI AGAMA KITA TS..Saya jugak mengalakkan ts agar jangan diamalkan sangat pemberian wang kepada individu-individu di kampung ini dan janji-janji yang tidak mampu dilakukan kerana sebelum ini mereka telah terbiasa dengan amalan ini.SEGALA PEMBERIAN DAN SUMBANGAN HARUSLAH TERUS KEPADA PENERIMANYA, JUGA TS ‘ORANG-ORANG DI SEKELILING’ TS INILAH YANG HARUS TS ‘AWASI’.MEREKA INI DAHULU BEGITU SOMBONG KEPADA RAKYAT DAN ‘MEMUAKKAN’ KAMI SEBAGI RAKYAT.HARAP TS BERJAYA DALAM PROGRAM INI.
April 30th, 2008 at 8:06 am
Tahniah Tan Sri,
Saya mengikuti dengan penuh minat apa yang TS lakukan beberapa hari yang lepas ini. Sekiranya TS ada program lawatan ke Sarawak terutamanya rumah panjang saya di Belaga, Saya tidak keberatan untuk mengambil cuti beberapa hari untuk turut serta dalam lawatan tersebut.
Seperti kata TS walaupun singkat ia membawa penuh makna kepada masyarakat desa terutamanya yang jauh di pedalaman seperti rumah panjang saya.
Saya harapkan TS akan teruskan usaha murni sebegini.
Pemuda Punan.
Belaga. SARAWAK
April 30th, 2008 at 9:21 am
Tahniah TS, moga TS teruskan usaha mendekati rakyat dengan cara begini, secara mengejut. Kejujuran dan keikhlasn TS bekerja akan mendapat balasan yang tak terhingga .
April 30th, 2008 at 9:30 am
TAHNIAH TAN SRI
April 30th, 2008 at 9:42 am
Assalamualaikum Tan Sri..
Terlebih dahulu saya ucapkan JUTAAN TAHNIAH atas pendekatan Tan Sri kepada rakyat. Saya adalah rakyat Permatang Pauh yang menyokong penuh pendekatan Tan Sri lebih-lebih lagi berstatus menteri berjumpa dan mendekati rakyat akar umbi bagi membantu rakyat bawahan yang sememangnya mengharapkan bantuan dan keperrhatinan pemimpin………..
Alangkah baiknya, sekiranya semua pemimpin BN menggunakan pendekatan sama seperti Tan Sri “be humble to the grassroot”. Janganlah bertelagah sesama sendiri di arus media perdana yang sememangnya akan memberikan imej yang buruk kepada BN.
Saya dengan besar hati mengundang Tan Sri melawat Parlimen Permatang Pauh bagi mendekati hati dan jiwa rakyat Permatang Pauh yang semuanya sudah sebati dengan ANWAR IBRAHIM…
Ikhlas
Jiran Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang
April 30th, 2008 at 9:50 am
Salam Tan Sri,
Baguih la lagu ni, ini baru pemimpin berjiwa rakyat. Kalau ramai pemimpin UMNO macam ni saya yakin imej UMNO dapat dipulihkan.
Tersentuh hati saya apabila seorang pemimpin atasan turun padang melawat keluarga daif dan yang membela anak-anak OKU. Dengan belaian kasih sayang dari hati membuatkan saya terfikir sejenak bagaimanakah keadaan mereka ini apabila merekamenempuhi keadaan serba mencabar dengan harga barang yang semakin meningkat dan nilai gaji dan matawang semakin tiada nilai.
Suka saya mencadangkan agar Tan Sri dapat mengadakan satu peluang didalam alam maya ini agar dapat rakan2 yang membaca blog Tan Sri yang bersimpati dapat menghulurkan sedikit bantuan. Sedih dan menangis tiada berguna, cuba hulurkan simpati dengan perbuatan lebih bermakna walaupun ada bantuan dari pihak kemas, kebajikan masyarakat dll tetapi banyak mana boleh depa bantu, kalau ada orang lain membantu pun lebih sikit beban dapat diangkat dari depa.
Saya ada sedikit terkilan kerana beberapa response saya baru2 ini tidak disiarkan. Apa yang telah saya komen dan cadangkan itu adalah untuk orang Melayu dan UMNO. Tiada niat lain, sesungguhnya kami tidak mahu ada pemimpin lain yang cuba menggunakan UMNO untuk kepentingan peribadi. Kita sayangkan pemimpin dan kita lebih sayangkan UMNO. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Umpama air dan tebing.
Saya harap ketelusan dan sikap terbuka yang diamalkan dapat membina UMNO ke mercu kejayaan semula. Amin
April 30th, 2008 at 10:45 am
Salam YB TS!
Tahniah diatas kesungguhan TS untuk membuat anjakan paradigma dengan melancarkan laman blog ini, walaupun agak terlewat dari segi masa pelancarannya.
Namun begitu saya berbangga dengan kesungguhan TS yang sentiasa belajar dan berusaha untuk menjadi seorang pemimpin yang relevan sepanjang zaman, mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan memahami serta berpegang dengan prinsip-prinsip yang digunapakai oleh hampir semua ahli-ahli politik veteran melayu iaitu memahami kehendak akar umbi yang mahukan pemimpin yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka pada sepanjang masa tanpa kehilangan BISAnya…..
Pada pandangan saya, TS telah berada pada landasan yang betul untuk menarik kembali sokongan rakyat yang menghukum kerajaan BN pada PRU 12 dengan pendekatan aktiviti turun padang yang telah dilaksanakan oleh TS, walaupun ia adalah satu aktiviti yang memenatkan dan saya pasti ia tidak digemari oleh kebanyakan kakitangan Jabatan tertentu, tetapi ia sangat berkesan untuk mengendurkan ketegangan pemerhati-pemerhati BN dan mengelukan lidah pembangkang BN (walupun tak semua, sebahagian sudah memadai!)
Saya sangat setuju dan mengharapkan dengan rendah hati agar pemimpin -pemimpin lain mengikuti jejak langkah TS atau melaksanakan program- program atau kaedah-kaedah lain yang keputusan akhirnya ialah merapati akar umbi dan benar-benar membela nasib rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan keperhatian dari pemimpin-pemimpin yang hebat-hebat belaka. Ia adalah untuk mereka meneruskan kehidupan serta memperbaiki taraf hidup mereka agar mereka tidak terpinggir atau tertinggal dari arus perdana dan kepesatan kemajuan negara agar masyarakat melayu khasnya tidak menjadi “2nd Class Citizen” dinegara mereka sendiri.
Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan dan kebahagian di dunia dan akhirat untuk YB TS seisi keluarga.
Salam!
Pemerhati Kampung.
April 30th, 2008 at 10:49 am
A’kum Tan Sri
Macam ni le dikatakan pemimpin bersama rakyat…kalau semua pemimpin UMNO mcm ni tak jadi keputusan macam PRU 12 baru ni. Kita mintak banyakkan usah mcm Tan Sri buat ni,tengok rumah orang2 kampung yang susah bagi bantuan takpayah tunggu rancagan Bersamamu yang bongkar. Kalau pemimpin UMNO yang bongkar masalah baru nampak depa bekerja…pas ni pi kawasan Cina, India, Kadazan pulak baru ummm….Syabas..
April 30th, 2008 at 11:09 am
Kami amat terharu dgn langkah TS mendekati org2 kg, Syabas dan di harap semua pemimpin umno dapat mencontohi apa yg TS lakukan walau pun mereka sibuk dgn tugas mentadbir Negara, Kementerian serta Negeri.. TS telah memulakan langkah sebagai Yang Berkhidmat dan insyaalah bakal di hormati rakyat. Sesibuk mana tugas yg di beri oleh Negara dan Negeri, berjumpa rakyat adalah kewajipan mereka yg telah di pilih menjadi WAKIL mereka di pentas pentadbiran.. Mereka SUDAH JEMU dgn WAKIL kpd wakil rakyat yg selalu di lantik UMNO.. sebaiknya wakil rakyatlah yg berdamping dgn pemilihnya.. Tahniah.. a good move, tp kami berpesan, jgn salah gunakan wang kementerian(Negara) untuk ketua2 kg yg dah resign tu.. Harap TS teruskan mendekati org2 melayu yg selama ini di pandang sepi oleh UMNO.. Peace
April 30th, 2008 at 11:30 am
Assalamualaikum…tahniah TS…semoga TS meneruskan tugas TS dengan cemerlang dengan IziNYA..moga dikurniakan kesihatan yang baik..demi menjalankan amanah dari NYA…bile buat mcm nie..kita akan lebih dekat ngan mereka di kawasan2 pedalaman…mereka akan rasa mereka amat dihargai oleh pemimpin yang dipilihnya…TS..nak tanye..kawasan stinggan TS pon termasuk ke
April 30th, 2008 at 11:57 am
that’s the way utk memenangi semula hati rakyat. keep it up.
April 30th, 2008 at 11:57 am
Yb,
Semasa saya kecil (tahun 70 an), saya sangat kagum dgn pemimpin umno. Mereka selalu datang ke kampung, jenguk masalah rakyat. Tapi sekarang, rakyat kena cari pemimpin di bandar. Itupun blm tentu jumpa, hanya ada wakil.
Usaha tan sri telah mengembalikan nostalgia saya kpd pemimpin zaman arwah tun razak, yang berjiwa rakyat. Teruskan usaha murni ini. Kadang kita terleka, tapi tidak mengapa. Yang penting, kita tersedar. Sebagai manusia, kita sering terlupa. Harap tan sri tidak pandang ke belakang lagi. Saya akan terus menyokong usaha baik, tidak kira siapa yang melakukannya.
April 30th, 2008 at 12:04 pm
Saya menyokong penuh pendekatan TS ini. Diharap TS dapat menasihatkan kpd semua Kementerian untuk berbuat demikian kerana dari pandangan rakyat BN semakin lupa kepada rakyat jelata dan cuma menumpukan kepada golongan tertentu shj. Teruskan TS dan saya akan sentiasa menyokong usaha baik TS tersebut.
April 30th, 2008 at 12:42 pm
askum tan sri,
sy agak muskil sikit!!
kenapa tan sri memilih Negeri Kedah destinasi yg pertama untuk di lawati??
kenapa tidak di negeri Pahang, Terengganu atau pun Kelantan??
setahu saya 3 negeri tersebut lebih ramai rakyat jelata yg lebh miskin dari kedah.
apakah lawatan tan sri ini ikhlas utk rakyat jelata?? atau ianya ada unsur2 politik untuk menawan kembali hati rakyat di negeri kedah??
April 30th, 2008 at 1:07 pm
Salam Tan Sri, Saye turut hadir malam tadi di KK Klub,Taman Melawati, penerangan yg Tan Sri beri kan itu memang ade realiti nye, ada yg pro dan kontra. Kita kene akui dan terima kekalahan dgn hati terbuka, jgn persoal kenape? dari sesi soal jwb, Tan Sri sendiri dah boleh mendapatkan jwnpn dgn tepat.
Ape kerajaan Negeri skrng nak buat, biarkan, kita ade suare di DUN yg boleh membangkang jika tak betul..Jgn unkit lagi soal BABI, nanti akan memerangkap UMNO sendiri, Tan Sri sedia maklum yg isu babi ni adelah kesinambungan dari kerajaan BN/UMNO dahulu.
Dari luahan akar umbi yg Tan Sri dngr sendiri, memang benarlah berlaku sesuatu yg tak kene dalam UMNO itu sendiri, khusus nye di Bahagian Gombak, saye tak tahu lah ape lapuran yg di buat oleh Ketua bahagian kpd Ketua Perhubungan UMNO Negeri dalam soal ini. Saye setuju dgn perkataan Tan Sri semalam, presentation gune Power Point jer yg cantik, tapi hakikat nyer????? Dan di akhir semalam Tan Sri sempat memberitahu saya untuk nak buat perjumpaan dgn kesemua pengunjung blog Tan Sri, satu cadangan yg cukup baik…antara lain boleh mendidik supaya bloger2 ini cenderung dalam menulis perkara tentang UMNO/BN, tapi biarlah perkara yg di buat itu betul dan bukan sekadar tempelan sahaja…Tan Sri pun setuju waktu di PR12 dahulu, tak de sorang wakil UMNO/BN khusu nye di bahagian Gombak ini yg punye blog sendiri, bila dah kalah, baru lah Khir Toyo nak buat blog, termasuk jugak lah Tan Sri sendiri. Di Selangor ni, bak kate Tan Sri semalam, rakyat nyer URBAN….maklumat bukan lagi di peroleh dari sumber kerajaan sahaja….dah global sekarang ni…. Kepimpinan UMNO di Gombak ini khusus nye, perlulah ada Paradigma, jgn lagi ikut cara lama…..
Perjumpaan semalam sepatutnya di teruskan lagi demi untuk kebaikan UMNO itu sendiri bukan sahaja utk bahagian Gmbk, tapi keseluruhan nye.
Sekian
April 30th, 2008 at 1:48 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Pertamanya saya ucapkan TAHNIAH pada Tan Sri kerana mengambil pendekatan sedemikian. Cuma saya suka nak mencadangkan, jangan lupa kunjungi masyarakat di FELDA kerana saya perhatikan mereka sudah semakin ramai yang menyokong pembangkang. Sikap Tan Sri begini memang sudah lama mereka rindui, terutama masyarakat FELDA di Hulu Selangor. Teruskan cara itu Tan Sri, kerana itu yang lebih baik.
April 30th, 2008 at 2:46 pm
Assalamualaikum TS
Saya ucapkan syabas dan tahniah kpd TS, pendekatan yang amat diredhai oleh Allah swt (ikhlas, bukan sebaliknya) saya yakin pendekatan inilah yang sering dinanti-nantikan oleh setiap lapisan kita. Semoga TS berjaya membawa keyakinan semua pihak. InsyaAllah PR 13 kita punya semua.
April 30th, 2008 at 2:50 pm
Yg Bhg Tuan,
Saya En. Chek Malek bin Hussain (HP 016 4041163 )(580729-07-5159) No Rumah,4851,Kampong Ptg Kuang Kecil 13100 Penaga, SPU, DUN Bertam, Parlimen Kepala Batas telah memohon jalan mini tar ke Ptg Tok loba sejauh 1.5 km dan telah menghantar surat ke Pejabat Daerah dan Tanah SPU sejak 2004 sehingga sekarang belum ada jawapan dan berita walaupun Malaysia telah masuk ke RMK 9 dan telah menghadapi Pilihanraya umum ke 12. Adalah diperhatikan ada laluan jalan mini tar ditar sebanyak 2 kali tetapi yang terkilan lagi kenapa permohonan saya En. Chek Malek tiada berita atau adakah saya dan 53 orang yang menandatangani permohonan ini dianaktirikan dalam hal ini oleh pihak berwajib,
Biro pengaduan awam Pulau Pinang Pn. Faridah bt Ahmad telah turun padang yang diarahkan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Malaysia Yg Bhg Dr. Chua Hong Teck telah hadir di tapak yang dipohon dan terkejut dengan masalah kami ini.
Rasa terkilan juga kegunaan laluan ini bukan untuk saya seorang tetapi seluruh masyarakat setempat akan melaluinya setiap hari dan masa.
Tinjauan dibuat disekitar kpg Lahar Kepar dan sekitarnya jalan biasa telah ditarkan oleh kerajaan,tetapi hairan dan mendukacita jalan kearah tempat tersebut tidak diturapkan.
Adalah diharapakan permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam hal ini demi untuk kepentingan rakyat amnya.
Sebarang siasatan hubungi saya hp 0164041163(Chek Malik)
sekian, terima kasih.
Yang benar,
Chek malek bin hussain
——————————————————————————–
redwan Adnan wrote:
Yg Bhg Tuan,
Adalah tidak benar tuan mengatakan 2 buah rumah terlindung dibelakang rumah saya berapa banyak, boleh dikira, lawatan turun padang bersama saya chek malek 016 4041163untuk mengira bilangan rumah dan penduduk.
sekian,terima kasih
chek malek bin hussain.
afzanhafiz@penang.gov.my wrote:
Selamat Tengahari,
Dimaklumkan bahawa hasil siasatan pejabat JKRSPU jalan tersebut merupakan jalan kampung, hanya terdapat 2 buah rumah berdekatan jalan tersebut, sehubungan dengan itu ia tidak memenuhi skop projek jalan kampung (PJK). Sekian, terima kasih.
Mohd Afzan Hafiz Bin Mohd Ali
Unit Komunikasi Korporat
Bahagian Pengurusan Korporat
JKR Pulau Pinang
Tel:
604-6505390
604-2616653 ext. 173
604-2626712 ext. 173
604-2633263 ext. 173
Fax:
604-2614707
email :
hafiz@penang.gov.my
Selamat petang,
Mohon tuan berhubung dengan pihak JKRSPU ditalian 04-5741388 dan bercakap dengan Encik Ahmad bin Haji Daud atau Encik Shaiful Azhari Bin Ahmad untuk berbincang mengenai masalah ini.
Sekian, terima kasih.
Mohd Afzan Hafiz Bin Mohd Ali
Unit Komunikasi Korporat
Bahagian Pengurusan Korporat
JKR Pulau Pin
April 30th, 2008 at 2:52 pm
YB Tan Sri,
Saya berharap tindakkan TS ini dapat menjernihkan anggapan yang sudah tercalar di Masyarakat kita.
Untuk mendapatkan kembali sokongan akar UMBI, kerja dari peringkat atasan perlu dibuat. Kita tidak boleh lagi berangappan kerja masyarakat ini dijalankan oleh pihak Bahagian sahaja.
Bahagian pun tidak boleh beranggapan didalam kampung adalah tanggunjawab cawangan.
Tahniah TS, dan berharap dengan Jawatan Menteri yang diberi dapat dimanfaatkan dengan baik dan bijak.
Pedulikan apa orang nak kata, kita berjuang kerana bangsa, mungkin ramai diluar sana yang marah dengan TS, tetapi ikhlas dari saya, saya melihat TS penuh dengan kesabaran, selama 9 tahun berkhidmat tanpa jawatan dalam kerajaan dan berkhidmat secara jujur didalam UMNO.
Teruskan TS ..
April 30th, 2008 at 3:21 pm
Inilah pemimpin yang kita mahukan…. jangan hanya pandai berkata-kata tetapi tidak pula melakukannya. Tahniah Tan Sri teruskan usaha……. dalam membangunkan negara….
April 30th, 2008 at 3:42 pm
TS bile nak balik ke kampung keliang, selangor…
kami di sini juga mempunyai banyak masalah
April 30th, 2008 at 3:58 pm
alhamdulillah…ni la pemimpin yg kita cari…
sy harap usaha murni TS akn bekekalan…
insyallah BN akn mndpt mandat drpd rakyat..ALLAHUAKBAR
April 30th, 2008 at 4:14 pm
salam tan sri,
terima kasih kerana sanggup turun padang. harap2 diteruskan setiap masa. bagaimana dengan menteri lain? yang sepatutnya turun padang ialah ADUN kawasan.
apa2 pun, terima kasih kerana prihatin terhadap masalah sekitar. kalau boleh, tan sri buat satu galeri untuk gambar2 tersebut dan gambar rumah yang telah diberi bantuan.
April 30th, 2008 at 4:18 pm
a’kum TS,
tahniah di atas usaha yang telah TS lakukan. harapan saya agar ianya berterusan dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari seluruh masyarakat luar bandar yang memerlukan perhatian.
April 30th, 2008 at 4:58 pm
tahniah tan sri kerana mengadakan program melawat kampung dan menyelami keadaan dan perasaan rakyat pendalaman.
akum- tansri
satu cadangan kita selalu dengar penyakit kronik waris tidak mampu membayar kos rawatan dan pembedahan yang mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit. waris terpaksa meminta-minta sedekah melalui media sebagainya. kadang-kadang belum sempat wang dikompol sipesakit meninggal.
ada baiknya kalau kerajaan membiayai kos tersebut. inshaallah akan diberkati.
April 30th, 2008 at 5:12 pm
Tan sri,
Saya kagum dengan sikap tan sri dan isteri.
Semoga akan ada lebih ramai pemimpin yang berjiwa rakyat.
Terima kasih tan sri!
p/s: rindu kat kampung halaman bila baca cerita tan sri tentang “menghirup kopi di beranda masjid” di kampung saya tu..=)
April 30th, 2008 at 5:50 pm
Tahniah TS. Postkan lebih banyak buah tangan (gambar) lawatan ke kg-kg melayu lain, kg orang asli, kg orang cina dan india di pedalaman dan lain-lain untuk tatapan kami.
Teruskan usaha murni ini, Allah akan permudahkan segala urusan anda.
April 30th, 2008 at 5:58 pm
Assalamu’alaikum TS,
Antara teladan dan tanggungjawab
Sebagai pemimpin peringkat veteran dlm kabinet dan UMNO khususnya, contoh teladan yg TS praktikkan amat baik. Perlulah semua lapisan pemimpin dan ahli UMNO kembali kepada pendekatan kasih sayang dan kemesraan dgn masyarakat. Cara yg lebih baik, utamakanlah kebajikan lahir dan batin rakyat. Kebajikan lahir spt keperluan makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Manakala kebajikan batin (rohani) meliputi peluang belajar ilmu asas, mendengar aduan dan meratakan kasih sayang. Rasulullah mengajar kita dgn akhlak tertinggi,”Berbuat baiklah kepada org yg berbuat jahat kpd kamu”. Mana ada pemimpin yg mengajar dan memberi contoh semulia Rasulullah. Kalau baik dibalas baik, itu biasa. Tetapi kejahatan dibalas dgn kebaikan, ini luar biasa
Sebagai tanggungjawab, TS memanglah sepatutnya mengambil berat apa saja persoalan rakyat. Pemimpin dlm Islam adalah “orang yg berkhidmat dan menguruskan keperluan rakyat”. Pemimpin BUKANLAH org yg berkhidmat mengambil kesempatan dlm menguruskan keperluan rakyat.
Saya selaku rakyat mendoakan TS diberikan hidayah dan taufik oleh Allah swt. Jika TS dipimpin dan dipandu oleh Tuhan, insyaAllah apa yg TS lakukan akan menyelamatkan TS dunia dan paling utama di AKHIRAT.
Allah menyeru agar berbuatlah (kebaikan/kebajikan) nanti Allah akan menilai dgn memberikan rahmat (pahala), Rasul menilai dgn memberikan syafaat (pertolongan) dan org mukmin akan menilai dgn memberikan ketaatan dan kepatuhan.
TS yg budiman, pemimpin spt TS bukan sahaja perlu lakukan kerja turun padang spt yg telah TS paparkan, tetapi rakyat juga menaruh harapan agar org spt TS menyampaikan mesej drpd rakyat secara berkesan kpd barisan kabinet khususnya PM. Rakyat sudah muak dgn gelagat pemimpin yg hanya mempertahankan ‘Bos’ demi kedudukan mereka, tetapi mengenepikan perasaan dan pandangan rakyat.
Semoga TS dan keluarga beroleh rahmat dan keampunan ALLAH hendaknya. Semoga TS sentiasa dipandu untuk melakukan kebaikan dari detik ke detik. Syabas dan tahniah TS.
Ampun maaf dan wassalam.
April 30th, 2008 at 6:34 pm
TS,
TS akan pergi ke kampung Cina dan India ke? TS menteri kepada rakyat Malaysia kan? Saya Harap TS seorang yang berjiwa rakyat Malaysia bukan sahaja golongan tertentu.
April 30th, 2008 at 6:43 pm
salam tan sri,
terima kasih tan sri telah pun mulai turun ke padang..melihat sendiri kawasan yang penuh dengan kemesraan takda makna materialistic pada mereka melainkan kasih sayang seorang pemimpin.
tapi tan sri,nak melawat satu malaysia kampung banyak betul,kalau boleh sambil melawat tan sri selitkan dengan ceramah agama atau motivasi dan tan sri boleh bawa rakan2 yang tan sri rasa punyai peminat yang ramai macam tan sri..kerana sekali turun padang 2 3 hutang langsai..
kerana rakyat sekarang perlukan kasih sayang,keprihatinan pada mereka,cara tan sri tepuk badan mereka,naik motosikal dan makan sama2 itulah kerinduan rakyat sekarang ni..cakap bahasa kampung dan gurau-senda relaxs bagi mereka.
semuga tan sri suksess dan di rahmati Allah
salam
April 30th, 2008 at 6:47 pm
As-Salamu ‘Alaikum YB Tan Sri,
Bolehkah pembantu Tan Sri emailkan address email Tan Sri kepada saya. Ada beberapa cadangan dan pendapat yg. hendak saya berikan kepada Tan Sri. Maklumlah, cadangan ini agak personal untuk pemimpin, tidak sesuai atau bukan salurannya di sini.
Maaf Tan Sri dan salam!
April 30th, 2008 at 7:14 pm
Tahniah Tan Sri atas usaha Tan sri turun padang dalam menyelami dan melihat sendiri masalah dan kesusahan penduduk luar bandar. dengan cara ini Tan sri akan memperkukuhkan lagi kepercayaan rakyat kepada pemimpin umno dan BN khasnya.
Tahniah sekali lagi
April 30th, 2008 at 7:56 pm
TS,
Good deeds can and should be done at all times, regardless of circumstances.
Adakah TS akan terus melakukan kerja amal yang baik ini walaupun tidak lagi aktif dalam politik?
Salam.
April 30th, 2008 at 10:15 pm
Tan Sri;
saya sebak… Mengapa terlalu lama baru Pengurus UMNO sedar? Ini yang rakyat mahukan.
Maaf kerana menggunakan perkataan Pengurus dan bukan Pemimpin. Bagi saya pemimpin mesti Mempengaruhi. Saya orang UMNO, usia 30..tapi tidak mudah terpengaruh. Saya mengaku saya mengundi pembangkang tapi Demi ALLAH!!! Ia bukan protes. Cuma mual dengan menantu General Manager UMNO… Dia ingat dia terlalu bijak. Kekadang beliau kurang ajar…
Okay Tan Sri..berbalik kepada soal tadi…isteri saya seorang AJK Kemas..banyak program yang baik dijalankan oleh Kemas…sekurang-kurangnya makcik2 yang “kebosanan” itu ada juga programnya. saya ucap Terima kasih kepada Kementerian Tan Sri…. Cuma malam tadi, saya ada lihat Buletin Utama (30/4), ada kampung di tempat Parlimen Menteri sukan, cukup daif dan tiada api, air dan jalan raya.
Come on Tan sri, dah 50 tahun merdeka. jangan lah kerajaan BN buat lawak…Dulu saya terkejut juga bila dengar senario di Ijok…Takkan nak suruh PR rampas baru nak terhegeh2….Apa lagi…masukkan kampung itu di senarai destinasi Tan Sri yang berikutnya..
TERUSKAN USAHAMU TAN SRI…Usahalah sehingga kami terpengaruh dan mencintai UMNO kembali..
Wassalam.
dari Harimau Malaya
April 30th, 2008 at 11:58 pm
Baguihlah tu. Dah lama dah orang macam saya mengharapkan ada menteri yang datang tanpa paluan kompang atau jalan tetiba berturap dek kerana ada menteri nak datang. Sebab tu masalah sebenar tak dapat dikenalpasti, tambah-tambah bila DO buat laporan powerpoint di pejabat, menteri cuma tengok skrin putih. Pastilah tak perasan masalah sebenar.
Okay Tan Sri, harap Tan Sri jangan lupa Sarawak dan Sabah juga.
May 1st, 2008 at 12:20 am
assalamualaikum Tan Sri..
tahniah di atas keperihatinan TS..cadangan saya cuma satu..kementerian yang sedang TS kepalai sekarang perlu lebih ditonjolkan lagi fungsi dan peranannya..saya rasa masih ramai yang tidak memahami fungsi dan peranannya..Akhir kata, saya sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan TS..SEKIAN
May 1st, 2008 at 12:28 am
Tahniah TS kerana turun untuk melihat keadaan kampung di Malaysia. Ini patut dilakukan selepas pilihanraya 2004 lagi. Berhubung dengan perkara lain, apakah pendapat TS tentang media yang sekarang ini seolah2 memartabatkan hiburan secara berlebihan sehingga kanak2 ramai yang bercitat2 untuk menjadi penyanyi atau prnghibur? Saya rasa perkar ini harus di ambil berat. Maaf mengganggu TS atas perkara ini. Saya yakin kerja2 baik TS mandapat keridahaan Allah.
May 1st, 2008 at 12:45 am
Tahniah TS,
Ini membuktikan BN akan jadi wakil rakyat yang baik bila kalah.
May 1st, 2008 at 12:50 am
Bagus lah TS melawat mereka, berpuluh tahun mereka di bawah BN, tapi nasib mereka macam tu lah. Tengoklah dosa-dosa BN. TS jangan lupa pulak Pakatan Rakyat baru menang 2 bulan. Jadi buat cerita nasib mereka jadi macam tu sebab bawah Pakatan Rakyat.
May 1st, 2008 at 4:31 am
YB Tan Sri,
Pendekatan Tan Sri tu betul. Cuma kita nak tengok iltizam sebenarnya perbuatan itu. Jika dalam Tahun ini di Kg yang TStumpang tu ada pilihanraya, maka menanglah undi kat kampung TU. Inilah caranya…
Tapi kita kena ingat bahawa apa yang Tan Sri buat tu tidak ditutup dengan isu minyak dan beras yang semakin mahal. Nanti orang kampung hidangkan TS lemping… bila TS tanya kenapa tak ada nasi.. mereka cakap beras mahal… apa macam???
So, semua tindakan kena bersepadu..
OK TS.. sebagai Ketua Penerangan UMNO, sila terangkan pada wakil rakyat dan Ketua Bahagian UMNO.. jangan tunjukkan sangat kerea mewah mereka.. dulu sengkek, tapi dapat aje jawatan wakil rakyat dah buat banglo, beli kereta mewah, garaj depan rumah boleh muat enam biji kereta.. sebab rakyat pun tahu gaji dan elaun wakil rakyat berapa RM.. bila dihitung.. hujungnya kesimpulan dibuat iaitu RASUAH. Sebab rakyat tak tahu mungkin wakil rakyat tu berniaga… berniaga apa? berniaga syarikat DOT COM, DOT MISSION. buat DOT tingal COMMISSION.
Baik-baik hati rakyat dah lembut skikit, akan marah sekali lagi..
May 1st, 2008 at 4:34 am
Tan Sri, sorry lupa nak tanya sikit..
Sama aje kain dengan yang bawa motorsikal tu.. kain sponsor ke??
May 1st, 2008 at 5:42 am
Bagus TS, ni baru etul pemimpin. Tp TS kecewa la ngan Persidangan Dewan Parlimen yg baru ni, mcm sarkis. Saya tak nampak akan ada kesedaran pd pemimpin Parlimen kita TS.
May 1st, 2008 at 8:37 am
Salaam Tan Sri,
Semoga Tan Sri terus di beri kekuatan untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Jangan jadi macam pakatan pembangkang terutama di Selangor (saya tingal di Kajang) yang masih sibuk berkempen walaupun Pilihanraya dah lama berlalu. Saya hampir meletakkan jawatan AJK surau di taman saya selepas PRU kerana tak tahan dengan sikap majoriti ajk surau (ahli pas) yg tidak sensitif langsung dengan ideologi dan fahaman politik org lain. Mereka ingat hanya org pas saja yang datang berjemaah di surau. Kuliah di surau menjadi medan mereka menghentam BN dan mendabik dada mendakwa Islam telah menang di selangor walhal mereka jadi kuda tunggangan dap. Kebetulan saya hadir dalam perjumpaan antara Tan Sri dengan UMNO Bahagian Serdang di UKM selepas PRU dan saya menerima nasihat Tan Sri supaya ahli UMNO terus mendekati surau dan masjid dan saya membatalkan hasrat meletak jawatan sebagai ajk surau. Bagus juga, saya masih boleh menyuarakan pandangan dan teguran pada mesyuarat ajk surau. Ada antara ajk surau yang menjauhi saya kerana kecewa saya masih bersama UMNO dan pendirian saya masih sama, ke surau kerana Allah dan bukan untuk berpolitik. Harapan saya agar semua pemimpin dan ahli UMNO terus rapat dgn surau, bukan untuk mendapat pengaruh tetapi kerana kewajiban kita pada Allah. PAS pun bukan parti yg memperjuangkan Islam, cuma gila kuasa hingga sanggup dipergunakan oleh pkr dan dap. Teruskan perjuangan Tan Sri, insyaalah kami akan terus bersama Tan Sri demi kepentingan agama bangsa dan negara
May 1st, 2008 at 10:59 am
Assalamualaikum..
Tan sri, secara jujurnya saya ni bukanlah penyokong UMNO..Saya ni penyokong PAS dan insyaAllah akan bersama perjuangan ni selama-lamanya.
Tapi, saya tak pernah menafikan kebaikan yang dilakukan oleh UMNO. Saya puji tan sri kerana sudi turun padang bertemu dengan rakyat jelata. Jika saya berada di kampung tersebut, pastinya saya amat berbesar hati dengan kehadiran tan sri. Walaupun kita berbeza fahaman politik, saya boleh menghormati tan sri sebagai pemimpin negara selagi tan sri melakukan perkara-perkara yang baik @ bertepatan dengan kehendak syariat.
Pesan saya, harap tan sri sentiasa konsisten dengan kebajikan-kebajikan seperti ini. Anggap jawatan yang disandang ni sebagai tanggungjawab/amanha daripada Allah s.w.t bukan singgahsana kemegahan. Pesan juga kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang lain supaya kembali kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Mungkin saranan saya ni “kurang nilainya” pada pandangan tan sri memandangkan saya ni hanyalah seorang mahasiswa biasa/rakyat biasa saje. Tapi perlu diingat bahawa tan sri juga merupakan “rakyat biasa” juga dulu sebelum menjadi pemimpin negara hari ni.
Saya doakan tan sri terus menerus berkhidmat dengan baik dan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Paling penting, lakukan setiap perkara kerana Allah s.w.t
Tahniah Tan sri!!
May 1st, 2008 at 11:26 am
salam tan sri,
hari ini saya baca di utusan betapa kemiskinan masih lagi banyak di negeri2 sebelah utara tu,entah lah macam mana pemimpin yang lepas yang terlepas pandang perkara yang meliputi basic kehidupan yang terlampau mudah untuk dilaksanakan dengan banyak saluran dari kerajaan yang memerintah.
muga tan sri dapat membetulkan keadaan yang mungkin akan menyinggung perasaan pada yang tak buat kerja,,,tapi biarlah popular dengan berkata benar dan melaksanakan tugas dengan amanah jangan sorok masalah di bawah carpet.
insyaallah tan sri kalau teruskan usaha sebegini rakyat akan teringat kembali budi dan jasa kerajaan yang memerintah yang memang telah banyak melakukan perubahan dan pembangunan infra dan manusia.
salam tan sri semuga di lindungi Allah swt.
May 1st, 2008 at 2:19 pm
Salam Tan Sri,
Woooowwww!!!! Terkejut saya membaca komen-komen di atas dan yang lain-lain, satu kejutan buat saya yang kurang ambil tahu tentang politik secara mendalam…. walaupun saya hanya lihat dan dengar secara kasar yang dah cukup sumbing….inikan pulak secara halusi…rupa-rupanya yang sebenarnya dah retak dan akhirnya pecah berderai dalam PRU12…..
Inilah punca kekalahan yang diwujudkan oleh orang BN dan UMNO sendiri…..sebagaimana yang diceritakan oleh bapa saya selepas pengumuman kekalahan BN di Gombak…..bapa saya sebagai AJK Bilik Gerakan BN sudah nampak akan berlaku kekalahan kerana sikap ahli-ahli yang tidak bekerja bersungguh2 untuk berkempen hanya mengharapkan habuan yang akan diterima dari parti BN/UMNO. Bayangkan lagi 2 ke 3 hari mengundi banyak poster masih tidak digantung…..dengan arahan bapa saya barulah ia dilaksanakan sesegera yang mungkin…..seolah yakin BN akan menang lagi tanpa usaha lebih2….
Sungguh memalukan masyarakat kita hari ini yang lebih utamakan upah dari bekerja demi negara….. berbeza dengan pembangkang yang kadang kala kita dapat lihat rakyat pula sanggup menyumbang derma kepada parti berkenaan untuk memastikan matlamat pembangunan negara yang diharapkan tercapai…..
Sekarang dewan yang berjaya dibina di kawasan perumahan bapa saya yang diluluskan pemimpin sebelumnya melalui permohonan bapa saya tidak dapat digunakan kerana diuruskan oleh pemerintah baru…..
Bagi saya, sudah cukup para politik bertelagah mengenai isu-isu yang hanya lebih berperibadian parti politik masing-masing….. kedua-dua parti harus teruskan usaha untuk membangunkan negara walaupun banyak gangguan politik…..yang PENTING RAKYAT MENDAPAT FAEDAH……
PENGARUH KUASA DAN WANG SALING BERKAIT….. bila seseorang ada kuasa…. dengan hanya suara dan tandatangan maka semua boleh jadi……masa inilah dugaan datang untuk terlibat dalam wang kotor……akhirnya rakyat yang tertindas….
Jangan ingat orang yang takder ijazah dan pangkat rendah itu bodoh dan tak boleh fikir perkara sebegini…….kerana dengan maklumat dan pengalaman yang diterima dari sekeliling menjadikan manusia boleh fikir secara bijak……kerana genius dan kebijaksanaan bukan datang dari sekeping kertas tetapi pengalaman yang berharga dan kurniaan akal…..
Tan Sri, saya sangat memuji dan bangga usaha Tan Sri membuang jurang yang wujud antara pemimpin dan rakyat…..namun saya harap ia juga di kalangan orang-orang yang dekat dengan Tan Sri dan yang sering bersama Tan Sri…..kerana mereka juga membawa imej Tan Sri…..
Okey selamat berjaya…….
May 1st, 2008 at 7:13 pm
Puteri Tak Glamaour,
Perkara yang sama juga berlaku di Keramat Au 3, AU4. AU5. Takan Permata.
Muka Ahmad Bujang ( ADUN Lama ) tak pernah nampak.kecuali PRU yang dulu . Timbul semasa pilihan raya saya.
Biarlah ini menjadi pengajaran kepada semua termasuk Pak Abu.
Rakyat sudah celik.
Kerja keras untuk rakyat … bolih sambung jadi ADUN lagi kalau tak setakat 1 penggal saja.
May 2nd, 2008 at 12:07 am
Assalamualaikum,
TS, kenapa semua komen disini sekadar memuji? tidak adakah cacat celanya pentadbiran dan kepimpinan TS? Saya cuma khuatir usaha TS ini akan dipandang sini, kerana komen kebykannya umpama membodek. Saya pasti jika TS mengambil kira teguran2(yang saya pasti ada namun tidak disiarkan), pastinya rakyat akan meghormati dan TS dapat memperbaiki. Janganlah lali dengan pujian, nanti akan timbul syok sendiri yang akan memakan diri.
Sekian, terima kasih
May 2nd, 2008 at 8:56 am
alngkah baiknya klu semua pemimpin BN mcm ni….pasni harap2 samy veloo atau ong ka ting boleh pergi tinggal di kampung saya seminggu dan rasalah bagaimana susahnya orang kampung saya di selama perak membanting tulang mencari rezeki kais pagi mkn pagi, kais petang makan petang…sanggup ke diaorg makan nasi dengan ikan masin, sayur pucuk paku dan bila malam hanya dengar radio buruk yg guna batri dan disinari oleh lampu minyak tanah….pastu bangun pagi berjalan 2 km semata-mata pergi amik air utk mandi dan kegunaan harian….sanggup ke sammy vello dan ong ka ting?hehehe
May 2nd, 2008 at 9:45 am
Assalamualaikum YB Tan Sri,
Saya dan beberapa anggota panel ‘Anugerah Kecemerlangan MID 2008 KKLW’ dalam perjalanan ke MID (Medan Infodesa) Kg. Teluk Teduri, Baling, ketika berlangsung majlis YB Tan Sri di Kompleks Rakan Muda, Baling pada 27 April 2008 lalu. Hajat hati memang nak singgah seketika tetapi memandangkan kesuntukan masa untuk ke lain-lain MID di Kedah dan Perak, kami mengambil keputusan untuk terus saja ke destinasi yang telah dijadualkan. Terus terang saya sendiri berasa agak ralat, kerana tidak dapat bertemu YB Tan Sri di sana.
Sewaktu di Alor Setar (dihadapan Bangunan UMNO Kedah) pada pagi tersebut, saya dapat melihat akan keghairahan ratusan Ahli-ahli JKKK yang akan bertolak ke Baling untuk bertemu dengan YB Tan Sri. Saya yakin mereka adalah antara penyokong setia BN yang tiada tolok bandingnya, yang selama ini telah mendambakan diri penuh setia dan pertanggungjawaban samada dalam waktu suka mahupun sebaliknya. Sekalung syabas untuk mereka !
Sebenarnya, saya cukup teruja sewaktu menatap foto-foto di blog YB Tan Sri serta juga melalui paparan di media massa mengenai lawatan kerja YB Tan Sri itu. Semua ini menyegar dan membangkitkan kembali nostalgia sewaktu YB Tan Sri berada di kerusi MB Selangor tahun-tahun 80an yang memperlihatkan sifat keikhlasan serta keintiman YB Tan Sri dengan masyarakat marhain kususnya di luar bandar.
Saya mendoakan agar YB Tan Sri dan Puan Sri sekeluarga akan sentiasa dilimpahi dengan kesihatan, kesejahteraan dan kemakmuran oleh Yang Maha Esa. Sebenarnya langkah yang dilakukan oleh YB Tan Sri adalah merupakan jawapan kepada persoalan rakyat, bahawa Kerajaan BN ‘tidak sesekali’ akan meminggirkan mereka meskipun negeri Kedah sendiri di bawah arus pemerintahan PR. Tahniah dan teruskan usaha murni ini YB Tan Sri !
May 2nd, 2008 at 1:13 pm
Tan Sri,
Suatu pendekatan yang ditunggu oleh rakyat untuk melihat menteri benar-benar turun padang dan bukan sekadar singgah di dewan orang ramai saja bila masuk kampung. Sepatutnya perkara ini berlaku sejak dulu lagi dan ia bukannya natijah dari kekalahan PRU12 lepas sebab ia adalah amanah dan tanggung jawab yang perlu dipikul.
Dari pengalaman saya, masalah sebenar rakyat tak dapat disampaikan dengan baik kepada menteri oleh JKKK/Penghulu/Pegawai Daerah/Pegawai Kemas Daerah/Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Penyelewengan peruntukan oleh mereka-mereka diatas menyebabkan agihan peruntukan tak sama rata seterusnya masalah tak selesai sampai bila-bila. Kalau Tan Sri tak percaya cakap saya, Tan Sri boleh selidik sendiri semasa lawatan 3 minggu sekali…..
May 2nd, 2008 at 4:06 pm
Assalamualaikum TS,
Masalah air di Kawasan Batu 17 Tawau dan Batu Payung Tawau,yang saya adukan kepada Tan Sri dan Kementerian di bawah Tan Sri telah mendapat makluman positif. Pegawai dari Kementerian Tan Sri telah menghubungi saya.Saya berterima kasih keperihatinan yang ditunjukkan oleh Tan Sri. DI sini saya ada cadangan supaya sebelum dan semasa projek Bekalan Air Paip berjalan saya dan penduduk di kawasan Batu 17 berharap pihak KEmenterian dapat memberi satu alternatif kepada kami iaitu menyediakan bekalan air melalui DRILLING dari sumber bawah tanah.
Berkenaan program melawat kampung, kami juga ingin menjemput Tan Sri datang dan melawat kawasan sekitar di Tawau di mana masih banyak kawasan yang ketinggalan dalam mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrik.
Wassalam
Sekali lagi terima kasih Tan Sri.
May 3rd, 2008 at 12:18 pm
YB Senator Tan Sri,
Saya Chek Malek bin Hussain tinggal di DUN BERTAM, Parlimen Kepala Batas kawasan PM,hairan saya mewakili 53 orang tandatangan mohon jalan diturap tar dari kampung ptg kuang kecil ke ptg tok loba mulai 2004,2005 dan 2006 melalui JKKK, Pengerusi JKKK Ptg Sintok,DO SPU malang belum ada berita mengembirakan,ditinjau di kg Lahar kepar baru-baru ini telah ditarkan,apa masalah pejabat daerah SPU pilih bulu atau kroni sebab turun padang tak nak,report atas angin mungkin,jangan jadi mengajar anak berjalan betul,diri sendiri pening.mohon disegerakan tapi tempat lain yang positif?
Sekian,terima kasih.
Chek malek bin Hussain.
May 4th, 2008 at 10:33 pm
Tahniah Tan Sri,
Saya benar2 teruja dengan apa yg telah dimulakan oleh tan sri.Harap tan sri benar2 ikhlas dan membuat lawatan dengan mengejut dan tanpa memaklumkan kepada jentera kerajaan seperti JKKK.Melalui observasi saya terhadap keputusan PRU yang lepas (Parlimen Baling),banyak rungutan dari pengundi mengatakan JKKK tidak berlaku adil dan bantuan disalurkan kepada kroni dan kaum keluarga mereka sahaja.Tan sri perlu melihat perkara ini secara serius.
May 5th, 2008 at 7:12 am
Salam..
tahniah Tan Sri..semoga kebajikan rakyat terus terbela..Tan Sri perlu konsisten dengan usaha ini..
May 5th, 2008 at 1:55 pm
Tan Sri,
You are doing such a good job, going to the people and that really matters and I am sure that the rakyat will really appreaciate that and your support for PM is truly the right thing to do. Kudos!. Keep up the good job.
Thana.
May 5th, 2008 at 2:22 pm
Lin kali… jangan pegi sorang….ajak sekali orang kaya UMNO yang paki kete besar penuh bodyguard turun tengok skli… brulah saya tak ckp org kaya UMNO sombong….
2) TS kena mulakan kurangkan jurang (protokol) skt ( chnya bile ada jamuan… lauk pauk org kenamaan kena sama ngan yang laen… (org awam )
3) TS WEbsite UMNO banyak buang masa cthnya terdapat lagu UMNO… awal pembukaannya…ttp Website DSAI senang je… tk yah tunggu lama….
Kalau silap tempat… ampun saya minta…
Saya masih menyokong UMNO…..
May 5th, 2008 at 3:37 pm
Norizam Palari Says:
May 2nd, 2008 at 4:06 pm
Assalamualaikum TS,
Masalah air di Kawasan Batu 17 Tawau dan Batu Payung Tawau,yang saya adukan kepada Tan Sri dan Kementerian di bawah Tan Sri telah mendapat makluman positif. Pegawai dari Kementerian Tan Sri telah menghubungi saya.Saya berterima kasih keperihatinan yang ditunjukkan oleh Tan Sri. DI sini saya ada cadangan supaya sebelum dan semasa projek Bekalan Air Paip berjalan saya dan penduduk di kawasan Batu 17 berharap pihak KEmenterian dapat memberi satu alternatif kepada kami iaitu menyediakan bekalan air melalui DRILLING dari sumber bawah tanah.
Berkenaan program melawat kampung, kami juga ingin menjemput Tan Sri datang dan melawat kawasan sekitar di Tawau di mana masih banyak kawasan yang ketinggalan dalam mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrik.
Wassalam
Sekali lagi terima kasih Tan Sri.
May 6th, 2008 at 11:29 am
Tan Sri,
Kalau Tan Sri ada masa bolehlah merasa hidup dengan penduduk luar bandar di Sarawak pula..Terus terang saya katakan tahap Kemiskinan penduduk luar bandar di Negeri Sarawak pun masih lagi tinggi.Tan Sri,akhir kata Teruskan Perjuangan Tan Sri Agar Misi kita untuk membasmi kemiskinan mampu dicapai.Kami penduduk luar bandar di negeri Sarawak sentiasa berdiri teguh di belakang Tan Sri dan kami juga menunggu Kedatangan Tan Sri ke kampung-kampung di negeri Sarawak dengan hati yang gembira dan penuh kesyukuran.
May 6th, 2008 at 9:21 pm
Nak keluar tajuk sikit’
Menubuh dan membubarkan pertubuhan tertakluk dibawah akta pertubuhan. ahli ahli pertubuhan boleh pada bila-bila masa untuk membubarkannya. dan orang lain yang bukan ahli tidak ada hak untuk masuk campur.
Hari ini sibuk kisah antara kerajaan PR Selangor dengan BALKIS. Menteri Besar Tan Sri Khalid tak faham undang-undang atau saja buat tak faham. Kalau saja buat-buat tak faham makna beliau saja mencari publisiti murah untuk menarik perhatian ke arah lain daripada janji janji beliau dalam PRU 12 kepada rakyat negeri.
May 6th, 2008 at 11:03 pm
Salam Tan Sri.
Saya berharap perkara baik sebegini dilanjutkan tanpa berat sebelah. Semoga Tuhan merahmati Tan Sri. Saya juga berharap, tiada suara prejudis lagi sumbang yang mengatakan Tan Sri hanya menolong orang menyokong kerajaan. Biar Tan Sri tunjukkan yang niat Tan Sri merangkumi semua rakyat Malaysia. Biar Tan Sri buktikan, jika mereka memerlukan bantuan, kriteria utama adalah rakyat Malaysia yang memerlukan. Sekian.
May 7th, 2008 at 12:26 am
Tahniah Tan Sri, satu tindakan yang sangat wajar, turun sendiri ke kampong2. Menghirup kopi di beranda masjid… hemm mengembalikan nostalgia saya lebih kurang 38 thn lalu, mengikuti mak dan bapa saya ke mesy Agong UMNO di beranda Madrasah Mutmainnah, Jln Panchor, Kulim. Tapi Tan Sri sorang je ke Menteri yang sanggup buat lagu tu? Bila lagi Menteri muda spt Datuk Hishamuddin nak jenguk kampong? Ni sampai ada lagi sekolah di Sabah yang tiada kerusi meja ni apa hal? Cuba pi meniarap sama dengan budak-budak tu, rasa macamana.. Sanggup ke?
May 8th, 2008 at 12:21 am
TS, kalau la semua menteri di malaysia seperti anda ,pasti rakyat akan memilih BN .sikap turun padang melihat sendiri masalah rakyat adalah contoh terbaik supaya kita dekat dgn rakyat . melihat TS pakai kain pelikat baju melayu ,orang kampung pasti tidak tahu menteri masuk kampung mereka ..inilah pemimpin yang rakyat mahu ..bukan berlagak dengan kereta besar,ada bodyguard. UMNO harus menjadi parti kampung semula seperti dulu zaman Tun Razak, Husin Onn dan Tun Mahathir .
teruskan usaha mu TS
May 8th, 2008 at 1:23 am
Assalamualaikum Tan Sri. Tahniah saya ucapkan kepada Tan ri dan Puan Sri atas kerelaan dan kesanggupan Tan Sri berdua turun ke kampung meninjau masaalah rakyat. Kalau boleh biarlah berterusan Tan Sri berbuat demikian. Semoga sikap kasih Tan Sri kpd rakyat akan menjadi contoh kpd wakil2 rakyat yg lain. Bukan hanya turun ke kg hanya ketika nak mengundi shj. Saya berharap dan percaya, kepercayaan rakyat kpd UMNO dan BN akan kembali bertaut sekiranya semua wakil rakyat dapat menyelami masaalah rakyat spt Tan Sri. Tahniah lagi sekali atas keikhlasan hati Tan Sri. Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yg dapat membalas segala kebaikan Tan Sri.
May 20th, 2008 at 4:05 pm
Assalamualaikum
Tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri kerana sudi meninjau masalah rakyat terutamanya di luar bandar. Di sini saya ingin utarakan masalah saya untuk perhataian Tan Sri. Untuk Makluman Tan Sri, maslah di kampung saya terutama sekali adalah kekurangan infrastruktur seperti telefon dan jalan yang sempurna. Pada zaman yang canggih ini saya belum lagi menerima semua kemudahan tersebut seperti di tempat lain. Saya harap Tan Sri dapat meluang masa untuk datang melawat kampung saya.
Mat Saad Bin Rejab
Kampung Charok Kejai, Telaga Batu,
08200 Sik
Kedah
Tel: 0195728857
May 21st, 2008 at 9:44 pm
YB Tempat saya pun tak buat macam TS buat. TS akena habaq kat depa-depa ni (YB) supaya turun padang. Hasan Hj Omar,Ketua UMNO Pmtg Saga, Bahagian Kepala Batas
May 23rd, 2008 at 3:14 pm
tahniah..
tan sri sanggup ‘turun padang’..
saya harap di perbanyakkan lagi usaha - usaha spt ini..
tahniah lagi sekali tan sri…
May 31st, 2008 at 2:13 am
Tan Sri persatuan iman malaysia masih wujud tak lagi camne nak jadi ahli
June 4th, 2008 at 1:22 pm
Gelombang Tsunami PRU 12 kelmarin agaknya membuatkan org2 atasan UMNO baru nak berfikir bahawa jawatan yg mereka sandang sebenarnya ditentukan oleh rakyat……… Kalau rakyat tak pangkah mereka masa undi lalu.. tak merasalah nak dapat pegang pangkat besar2…. Saya terfikir semula, bagaimana kalau PRU 12 kelmarin BN menang besar, saya rasa program yang TS buat sekarang mungkin tdk akan terlintas dalam fikiran TS. Jgn baru dah kalah mcm2 lah program untuk mendampingi rakyat dibuat. Tp kalau menang hampeh……. rakyat pun dah dilupakan. Niat murni kena konsisten dan ikhlas… baru sinar kemenangan dan kecemerlangan dikurniakan olehNya.
June 4th, 2008 at 5:18 pm
A’kum Tan Sri (TS),
Tahniah di atas kesungguhan TS yg nampaknya rajin turun padang demi menyelami masalah rakyat. Mungkin juga dalam usaha TS dan para pemimpin yg lain utk mengurangkan jurang kemiskinan antara masyarakat bandar dan luar bandar.
Dalam pada itu, kadang2 pemimpin juga perlu mengeksploitasikan apa yg wujud di sesuatu kawasan atau kampung bagi membangunkan kehidupan masyarakat. Sebagai contohnya saya tinggal di Bukit Besi, Hulu Dungun, Terengganu. Kampung saya ini dibawah pentadbiran agensi KETENGAH yg terletak dibawah KKLB&W yg mana TS adalah menterinya. Bukit Besi merupakan kawasan tinggalan sejarah perlombongan bijih besi yg terbesar di Asia pd abad ke20 dahulu. Berbagai lokasi menarik seperti air terjun, tasik, monumen/artifak bersejarah, keindahan alam semulajadi dan sebagainya wujud di sini.
Walaupun mempunyai berbagai lokasi yg menarik, malangnya tidak dipromosi sepenuhnya. Sebagai contoh apa salah seandainya artifak tinggalan perlombongan di sini diangkat sebagai bahan sejarah yg hebat spt A’famosa atau Lembah Bujang drp terbiar begitu shja. Berbagai kemudahan harus disediakan spt papan tanda utk kemudahan pengunjung, gerai, tandas dan sebagainya. Seandainya kemudahan-kemudahan ini dapat disediakan sudah pasti dpt menarik org ramai spt para pelajar, pgkaji sejarah pelancong utk berkunjung. Seterusnya dpt memberi pendapatan kepada penduduk kampung yg mencari rezeki terutamanya sbgai usahawan atau peniaga kecil. Berbagai produk juga dapat dipasarkan spt kraftangan, cenderahati, batik dan lain-lain.
Sebelum ini berbagai menteri telah mengunjungi sekitar kampung saya, amat malang sekali mereka tidak pernah pun menjeguk Bukit Besi. Saya menjemput TS yang baru memegang jawatan Menteri KKLB&W kalau ada kesempatan silalah berkunjung dan melawat lokasi di Bukit Besi. Saya juga berharap saya dapat membangunkan Bukit Besi sebagai destinasi pelancongan walaupun terletak di luar bandar di samping mengeluarkan segelintir masyarakatnya dari arus kemiskinan.
Kerjasama, sokongan, keprihatinan dan perjuangan TS amat diharapkan demi agama, bangsa dan negara.
Wassalam.
June 21st, 2008 at 1:22 pm
Tan Sri.
Terlebih dahulu diucapkan taniah kerana Tan Sri diberi tanggongjawab baru sebagai Menteri di KKTW.Diharap dan didoakan supaya Tan Sri sihat dan dan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.RISDA adalah salah satunya agensi di bawah Tan Sri.Diharap Tan Sri dapat memperbetulkan beberapa dasar dalam RISDA yang merugikan pekebun kecil.Contohnya daerah Baling yang begitu banyak sekali diujudkan Mini Estet sehingga 40 buah.Tetapi mengapakah masih ramai yang dibelenggu kemiskinan.Pihak RISDA telah mengujudkan berbagai-bagai anak syarikat tetapi tidak menguntungkan.Diujudkan Tanamsemula Komersial dan dah keluar hasil tetapi diberi dividen tak seberapa?.Tolong jengok-jengoklah sama rakyat di Baling.Jangan dengar sangat taklimat yang diberikan oleh pegawai kerajaan,kerana selalunya mereka akan menonjolkan yang berjaya sahaja.Sejarah Baling jangan berulang lagi.Orang kampong sekarang terhimpit umpama penyakit kenser yang perlu diberi rawatan sepatutnya.Sila Tan Sri semak beberapa projek RISDA Daerah Baling yang ada tetapi yang berjaya berapa sahaja.Kalau dengar taklimat dari pegawai sememangnya sedap didengar tetapi kalau digroud tidak macamtu.Kebanyakkan kakitangan di RISDA mengeluh kerana pelapuran terlampau banyak tetapi pada hakikatnya kerja-kerja untuk menambahkan pendapatan pekebun kecil tiada.Lebih baik RISDA menjalankan kerja-kerja tanamsemula daripada membuat kerja-kerja yang bukan-bukan seperti pemantauan,pengembangan dan lain-lain projek yang sepatutnya dijalankan oleh lain-lain agensi.
Sekian terima kasih.