Peralihan kuasa, jangan paksa
Pengakuan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau akan berbincang dengan timbalannya Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tentang kaedah dan pendekatan peralihan kuasa seharusnya mendapat sokongan daripada pimpinan parti dan ahli akar umbi.Kesediaan Pak Lah untuk membincangkan peralihan kuasa kepada Najib menepati tradisi dan adab dalam Umno yang diamal selama ini. Ini hakikat dalam parti kita Umno berhubung dengan kepimpinan tertinggi parti.
Banyak hikmahnya kepimpinan tertinggi berlaku melalui peralihan kuasa daripada pertandingan atau perletakan jawatan. Peralihan kuasa mampu mengelak perpecahan yang besar dalam parti apatah lagi jika berlaku perletakan jawatan, sudah tentu parti akan terumbang ambing.
Saya agak hairan kenapa banyak pihak dalam Umno yang melihat keputusan pilihan raya umum ke 12 (PRU12) sebagai kesalahan seratus peratus ke bahu Pak Lah. Tidakkah kepimpinan negeri, bahagian dan cawangan juga harus mengambil tanggongjawab ini, memikul kekalahan ini sebagai tanggungjawab bersama.
Bukan salah Pak Lah sorang tentang merosotnya prestasi BN dalam pilihanraya umum lalu. Ini yang sepatutnya kita bincang dan ‘bedah’ untuk mencari kelemahan sekaligus membaiki agar pilihan raya akan datang kita mampu meraih sokongan dan kemenangan semula.
Jangan kita ahli-ahli Umno terpengaroh dan terikut-ikut dengan sentimen pihak pembangkang yang menyandar seratus peratus ke bahu Pak Lah dengan mendesak beliau berundur.
Mana budaya, adat dan adab kita dalam Umno. Memberi pandangan tidak salah, berbeza pendapat juga tidak salah tetapi jangan sampai memaksa dan mendesak. Itu bukan budaya Umno.






April 18th, 2008 at 4:28 pm
Salam. Saya bukan peminat UMNO tapi saya nak bagi pandangan saya tentang konsep jatuh-menjatuh ni yang amat memalukan orang Melayu sendiri.
Ape perlunya Pak Lah yang bermottokan “Work With Me, Not For Me” disuruh meletakkan jawatan? Ape kita sudah lupa ke pada zaman sebelum beliau di mana rakyat marhain dipekup mulutnye dengan ancaman ISA?? Tangkap sana, tangkap sini. Anak-anak mereka kebuluran dan terpaksa dibantu oleh sanak-saudara kerana isteri mereka tidak bekerja.
Ape yang salahnye sangat zaman Pak Lah ni???
April 19th, 2008 at 12:09 am
Terima kasih The Eye atas pandangan anda. Apa yang nampak lebih mustahak sekarang adalah soal penerusan kuasa Melayu. Saya harap saudara kerap mengunjungi web ini dan jangan lupa meninggalkan pesan dan pandangan saudara. Terima kasih
April 19th, 2008 at 10:15 am
Saya hairan kenapa Tan Sri adalah orang yg paling kuat mempertahankan Pak Lah sedangkan majoriti ahli Umno mahu agar Pak Lah mengundur diri dari tampuk kekuasaannya & keluarganya. Mungkin Tan Sri terhutang budi kerana Pak Lah telah mengangkat Tan Sri dari bekasan politik yg terbuang kembali menjadi seorang Menteri..
Tan Sri, memanglah bukan Pak Lah sorang yg perlu bertanggungjawab tapi seluruh rakyat di negara ini termasuk Tan Sri sendiri tahu bahawa penyebab yg terbesar yg rakyat protes adalah campurtangan ahli keluarga Pak Lah yg keterlaluan dan kelemahan pimpinan Pak Lah tg terserlah hanya tahu bercakap dari bertindak selama ini.. Saya, keluarga & rakan2 saya semuanya akan tetap memberi undi protes dlm PRU 13 sekiranya Pak Lah masih lagi memimpin negara ini..
Berhentilah kita org Melayu dari menjadi pengampu dan pembodek politik.. Ubahlah sikap kita sebelum kita hendak mengubah diri org lain..
Assalamualaikum Tan Sri..
April 21st, 2008 at 3:08 pm
Assalamualaikum Tan Sri..Tahniah dah ada blog sendiri..adakalanya kita perlu seiring dengan suasana..ini membuktikan UMNO terus relevan dan kena dengan slogan dulu kini dan selamanya..
Saya sedih mengenangkan nasib negeri saya..Perak..saya sering bertanya adakah cuma orang Bahagian Lenggong jer yang buat kerja untuk PRU 12..saya kecewa..saya rasa ini iktibar dan simbol untuk saya melihat dan terus berjuang bagi Malaysia 50 tahun akan datang..
Saya hairan kenapa melayu lupa?? Siapakah kakitgn awam..Majoritinya melayu..siapakah petani..majoritinya melayu..namun apabila BN mengangkat martabat melayu,,melayu mencacinya..
Saya pelik..sedarkah survival melayu terancam?? Tan Sri,teruskan perjuangan..
April 21st, 2008 at 3:13 pm
Assalamualaikum Tan Sri..Saya ada beberapa cadangan untuk mendapatkan kembali negeri yang tewas…terpulang pada Tan Sri..
1. Minta semua Kementerian mengeluarkan arahan kepada semua jabatan di Negeri dan Daerah untuk hanya menerima tandatangan dari Pengerusi JPPP..
2. Setiap projek dilaksanakan diletakkan lambang BARISAN NASIONAL.
3. Memastikan semua wakil rakyat ADUN di Negeri kalah diberi peruntukkan yang lebih agar dapat menawan hati pengundi..
4. Menggerakkan semua sayap BN untuk bersedia lebih awal..
April 21st, 2008 at 3:56 pm
UMNO LAHIRNYA DIISTANA..
MEMBAWA SERIBU MAKNA..
MENUSUP DALAM DARAH MERAH..
BENDERA MERAH..PUTIHNYA DAULAH..SESUCI ADDIN..
PERJUANGAN TULUS UNTUK BANGSANYA ..
BANGUNLAH SANG SAKA BANGSA..
KEMBALI MEWARNAI DUNIA FANA DENGAN..JASANYA..
BUKAN PERIHALNYA..BUKAN HARTANYA..BUKAN EGOISNYA..BUKAN TAKBURNYA..
UMNO..MARALAH..SEDERAP MELURU..MEMBURU RAKYATNYA..PENDOKONGNYA..
BUKAN DIBURU RAKYATNYA..
KERANA GILANYA PADA KUASA..
KERANA GILANYA PADA HARTA..
KERANA SAYANGNYA PADA KELUARGA..
RENUNGLAH KEMBALI SEJARAH SILAM KITA..
PERJUANGAN BANGSA BERMARUAH..
TIDAK MUDAH MENGALAH..BANGSAKU
PERNAH MENAKLUKI LAUTAN..
MENAKLUKI KETINGGIAN..
MEREDAHI SEMPADAN..
MENAKLUKI DUNIA SILAM..
KERANA PERJUANGAN SEMUDAH ALIFF..BA..DAN TAA
AGAMA,BANGSA DAN NEGARA
NUKILAN..MUHAMMAD HASLI BIN HASAN
831008-08-5377
April 21st, 2008 at 4:06 pm
ADA SATU CERITA DIZAMAN DULU KALA
KISAHNYA MENGISAHKAN KISAH DUA SAHABAT..TUSAH DAN JUGA JEBAT..
MEREKA BERDUA PANGLIMA BERSAUDARA MEMACU NEGARA DI NUSANTARA…
ITU DULU…
TATKALA PERIH DAN JERIH BANGSAKU MEMBINA NEGARA BERDAULAH INI..NEGARA YANG LAHIR DARI AIRMATA DAN KESENGSARAAN RAKYATNYA..
KEKUATAN DITERAP PADA KEMENYAN..
DIASAPKAN PADA KERIS YANG BISA TERBANG…
DISELIT PADA PINGGANG..
MENGHANCURKAN PETUALANG JAHANAM..
KINI..
BANGSAKU BANGGA DENGAN ADANYA MALAYSIA..
PEMIMPIN SILIH BERGANTI..BENDERANYA SAMA
RAKYATNYA BANGSAKU YANG BERBIN DAN BERBINTIKAN SAMA…
SELAMANYA……
ANDAI MATI SEMUA PEJUANG..
ANDAI TUMPAS SEMUA TAULAN..
ANDAI GUGUR SEMUA WAWASAN..
ANDAI TEWAS SEMUA WARISAN..
AKAN ADA JUGA BANGSAKU….
April 21st, 2008 at 4:31 pm
Sekarang bukan bab peralihan kuasa tetapi membuktikan kuasa yang ada pada BN merancang dan melaksanakan segala janji janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya lepas.Kalaulah ada suara suara yang meminta peralihan kuasa dilakukan mereka mereka ini adalah orang tak tahu berpolitik dan mempunyai sifat yang tidak baik kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh yang bolih dilakukan.
April 21st, 2008 at 4:32 pm
asa kum
Tan sri pak lah tak perlu letak jawatan kalau letak lagi parah jadinya..
tapi pak lah perlu le nampak senamin skit tak payah le nak tunjuk romantik le dengan wife dia buat orang menyampah je….
Pak lah lebih demokratik tetapi kekadang memakan diri sendiri…
PRU 12 kalau pm adalah Tun Dr Mahathir sure 7 negeri lepas ke pembangkang….
kalau najib jadi pm pru ke 12 dulu nasib UMNo lebih buruk dari sekarang….
UMNO di toloak atas sebab sakit hati kepada semua peminpin suka belagak, sombong dan angkut….. Ali Rustam dulu pernah melarang kakitangan kerajaan Melaka pergi melawat ke Kelantan….Tindakan itu bodoh dan tak sepatutnya….
Tan sri saya ahli umno perigkat bawah tapi melihat gelagat peringkat Bahagian kekadang meluat pun ada….
Tan sri tak perlu la lantik ketua kampung untuk federal di negera kawasan pembangkan…. kalau lantik juga pasti ramai masyarakat salahkan pusat lagi…. golongan saluran 3 kebanyak cerdik2..berlembut dan jangan berdemdam dgn pembangkan ini akan menaik imej umno sendiri…
ok tan sri
April 21st, 2008 at 4:37 pm
Saya merujuk pada apa yang ditulis olih TINTAS tentang kejujuran kerana sifat ini adalah sifat yang baik dicontohi tetapi ingin saya menegaskan bahawa perletakan jawatan tidak wajar dipersoalkan sekarang kerana sekiranya kita buat analisa terperinci bolihlah saya katakan bahawa UMNO masih relevan pada dan daripada orang Melayu.UMNO masih kukuh walau pun terkena tsunami 60 meter tingginya,kalaulah bukan UMNO maka banyaklah kubu kubu Melayu akan tenggelam.
April 21st, 2008 at 4:41 pm
Salam Tan Sri.
Ingin saya mendapat kepastian bilakah Tan Sri akan berkunjung ke Bahagian Pandan kerana saya akan memberi resepi tetapi ini adalah rahsia kerana saya takmahu jadi seperti cerita Nujum Pak Belalang yang mana rahsia adalah satu amalan yang bolih menaikkan atau menjatuhkan seseorang.
April 21st, 2008 at 4:53 pm
Kepada AUAU,
Selamat petang saya ucapkan kepada sdr AUAU diatas pegangan yang begitu kuat dan iltizam untuk selamanya didalam mempertahankan naluri sdr itu.Manusia kalau ada kesilapan itulah manusia kecuali orang yang terpilih sahaja tidak begitu.Anda telah memaksa diri anda berada dalam kancah kepedihan hati kerana akal yang ada perlu diberi pertimbangan.
April 21st, 2008 at 5:07 pm
Salam Tan Sri,
Nasib UMNO sekarang adalah ibarat RETAK MENUNGGU BELAH. Terlalu banyak kata2 negatif yang dilemparkan terhadap parti UMNO dan juga ahli-ahli tertinggi UMNO. Sekiranya Tan Sri kerap bergaul dengan rakyat jelata sudah pasti Tan Sri akan dapat mendalami perasaan rakyat terhadap kerajaan yang diterajui Barisan Nasional buat masa ini. Perasaan meluat & menyampah yang meluap2.
Saya dan ramai kawan2 adalah dari golongan 30an dan merasakan bahawa UMNO langsung tidak releven dgn kami. Kami tidak dapat apa2 menafaat dari UMNO kerana kami bekerja dgn pihak swasta. Ada kawan2 saya yg millionaires juga merasakan bahawa kekayaan yg mereka dpt adalah dari hasil kerja keras yang tidak langsung berlandaskan contract atau tender dari kerajaan atau pertolongan dari ahli2 politik maka kami tidak terhutang budi langsung terhadap UMNO atau BN.
Apa yang dilihat sekarang ialah UMNO adalah sebuah parti yang sgt korup, pemimpinnya yg hidup senang lenang dari hasil duit rakyat, parti yang mengayakan kaum keluarga, parti yang pemimpinnya merasakan mereka adalah kebal dan bertindak sesuka hati untuk kepentingan diri sendiri, parti yang memberi lesen untuk mengelak dari didakwa dan parti yang terkenal dgn amalan bodek-membodek dan ampu-mengampu.
Selain dari itu, kami juga merasakan UMNO adalah parti yang tidak tahu berterima kasih/tidak tahu diuntung. Sebagai contoh, pemimpin UMNO begitu galak mengaibkan mantan PM kita walaupun byk kebaikan yang telah dibuat selama ini hanya untuk menutup mulut mantan PM yang memberikan pandangan terhadap kerajaan sekarang.
Agak sukar untuk UMNO menawan 5 negeri yang sudah ditawan pembangkang malah sekiranya UMNO masih ditakuk lama dgn elemen2 yg disebutkan di atas, BN mungkin akan menjadi pembangkang pada PU yg akan datang.
Diharap Tan Sri dapat memberi respons bukan sahaja terhadap komen yang sedap didengar malahan kepada komen2 negatif terhadap kerajaan.
Wassalam.
April 21st, 2008 at 7:25 pm
salam.minta komen Tan Sri Datuk mengenai pandangan Dr khir toyo dalam blog beliau mengenai peralihan kuasa yg perlu disegerakan.TQ
April 21st, 2008 at 7:27 pm
tan sri,peralihan kuasa perlu disegerakan kerana disana sini isu ini sering diperkatakan.saya juga nampak asasnya untuk peralihan ini dilakukan dengan kadar segera.Akar umbi Umno mahu melihat perkara ini.Pda hemat saya PERALIHAN INI PERLU.
April 21st, 2008 at 9:19 pm
Tan Sri,
Pak Lah tak perlu turun. Saya nampak yg nak Pak Lah turun sgt ialah TDM. Dia ada agenda dia. Kesian jugak Pak Lah kena hentam kiri kanan…..masa yang ada ni buatlah apa yg patut untuk kebaikan negara. Jgn takut dgn tekanan TDM dan kawan2nya. Sejarah akan melihat Pak Lah sebagai pemimpin yg membenarkan perubahan (macam Habibie dan Gorbachev), walaupun ianya dikaitkan dgn tekanan dari pembangkang atau rakyat.
April 21st, 2008 at 11:07 pm
as..kum. boleh tuk terangkan budaya umno yg patut dipatuhi rakyat dan yg patut dipatuhi pemimpin. sebab saya nampak perbezaan amalan antara keduanya. contoh suruh rakyat berjimat, pemimpin membazirkan wang rakyat. seperti projek dengan harga berlipatkali ganda.
April 22nd, 2008 at 8:58 am
salam..ape nak jadi ngan bee end ni…gerakan dah bagi isyarat nak tinggalkan bee end…mic kat banyak caw dah tutup kedai…mic kat sngor dah gasak umno sngor…marilah kite pakat ubah pemikiran…mungkin saya terlalu obses tentang ‘kingdom of heaven’ tapi itulah realitinye , kite boleh hidup harmoni walaupun berlainan latarbelakang ….waiting for new saladin to lead the country
April 22nd, 2008 at 10:46 am
Buat masa ini Umno masih relevan.Tetapi apa yang sedang hangat di perkatakan dan yang sangat membimbangkan adalah terhakisnya keyakinan orang Melayu dan ahli2 Umno terhadap corak kepimpinan sekarang.Suara2 yang menuntut pak lah berundur bukan sahaja datangnya daripada rakyat malah datangnya daripada ahli2 Umno sendiri.Pemimpin dan ahli2 Umno wajar jujur dan perlu menerima apa yang berlaku ini adalah kesilapan yang besar dan sukar di tebus hanya dalam jangka masa lima tahun.Membina negara yang kukuh kita memerlukan masa yang begitu panjang.Untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang berbagai kaum bukanlah satu usaha yang mudah.Buktinya sudah jelas kepimpinan hari ini gagal menambat hati rakyat bukan sahaja dikalangan orang Melayu malah kaum yang lain.Fenomena ini amatlah mencemaskan.Sebab itulah peralihan kuasa wajar disegerakan.Jangan lah kita menuduh kritikan TUN ada agenda.Pemimpin yang bertungkus lumus,memerah otak dan fikiran membawa Malysia ketahap yang cemerlang,gemilang dan tebilang tidak akan sanggup menghancurkan negara yang dibina selama ini.Kalau kita tidak mengenang itu semua,anggaplah beliau Quran buruk yang tidak boleh dibuang begitu sahaja,walau pun kertasnya buruk tetapi isi dan petunjuk yang terkandung didalamnya amat2lah berguna agar kita tidak tersesat jalan.Saya harap orang Melayu khususnya ahli2 Umno dapatlah berfikir dan bermuhasabah demi kepentingan agam,bangsa dan negara.
April 22nd, 2008 at 12:05 pm
assalamualaikum tan sri,
sy salah seorang penyokong UMNO/BN semasa dulu,tapi kini sy beralih kepada parti pembakang,kerana bayak sagat perubahan pada masa ini,contoh,harga barang,harga miyak petro naik degan mendadak,disamping itu juga faktor lain seperti,ahli keluaga “Pm”"menantunya”yg lebih2,
sekian terima kasih
anuar
April 22nd, 2008 at 1:04 pm
saya berharap kerajaan baru dibawah pimpinan dato seri Abdullah dapat memberi dimensi baru kepada rakyat dan menerima segala pandangan dan cadangan daripada rakyat……..
April 22nd, 2008 at 1:32 pm
Hallo kawan2.. Aku nak tanye. Ape yang korang dapat kalau Pak Lah letak jawatan? Siapakah dalam Umno yang layak menyandang jawatan ini selepas dia? Pemimpin yang rumahnye beratap rumbia ke?? Ape ukuran kredibiliti korang?? Pemimpin yang naik kapcai ke? Kalo dia pi keje jalan kaki sekalipun tapi duit dia dalam bank berjuta2 bukan ke penipu besar namanye??? Aku nak gelak le tengok Exco2 Selangor yang tolak banglo Sekyen 7 tu. Itu suma LAKONAN SEMATA2.
Aku sekarang tengok Umno dah jatuh nak watpe aku kutuk depa lagi? Baik aku kutuk orang2 yang baru dapat kuasa ni. Anda suma ade pehem??! Demi kuasa, PAS pun sanggup bela babi dah sekarang ni. PKR bagi makan, PAS cuci taik, DAP pulak makan. Hahahahah!!! Bukan ke baik pakat cenggitu?
April 22nd, 2008 at 3:00 pm
Tan sri,
saya tertarik dengan jawapan tan sri diatas ia itu….
“Terima kasih The Eye atas pandangan anda. Apa yang nampak lebih mustahak sekarang adalah soal penerusan kuasa Melayu. ”
============================================
Saya tertarik dengan apa yg tan sri kata mengenai penerusan kuasa melayu, agenda melayu dsb. Inilah yang sering dijaja oleh UMNO(baru) bagi mendapat simpati orang-orang melayu.
saya amat hiba apabila tiba pilihanraya atau apabila UMNO(baru) tersepit, kata-kata keramat ini dicanang keseluruh negara bagi meraih sokongan. Setelah mendapat apa dihajati, pemimpin UMNO(baru) kembali kepada perangaii asal mereka - tidak memperdulikan langsung nasib mereka sehingga apabila UMNO(baru) terdesak dilain kali.
Seingat saya, UMNO(baru) bukan lagi menjadi parti orang melayu sepenuhnya sejak ia memasuki sabah dalam tahun 92/93. Seingat saya, sejak dari itu UMNO(Baru) telah membuka keahliannya kepada semua bumiputra di negara ini. Disabah, terdapat ramai bumiputra bukan melayu menjadi ahli UMNO(baru).
Jadi, mengapakah UMNO(baru), apabila setiap kali tersepit membangkitkan tentang perjuangan melayu, merayu kepada sentimen melayu sahaja? Bagaimana dengan nasib ahli-ahli UMNO(baru) lain yang berketurunan bumiputra melayu? Apakah nasib mereka bukan menjadi teras perjuangan UMNO(Baru)? Tidak pernah saya mendengar pemimpin-pemimpin UMNO(baru) bercakap mengenai nasib mereka.
Tan sri…..sampai bilakah orang melayu ini hendak dibodoh-bodohkan oleh UMNO(Baru)? Sekiranya, UMNO(baru) betul-betul berjuang untuk melayu, hari ini kita tentu dapat lihat keupayaan orang melayu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di negara ini.
Kita boleh faham dasar pendidikan british dizaman penjajahan dahulu. dasar pendidikan mereka hanya sekadar untuk membolehkan orang melayu boleh mengira dan membaca sahaja, bukan untuk menjadikan orang melayu bijak dan maju. Kalau tidak, takkanlah mata pelajaran bercucuk tanan dan menganyam bakul dimasukkan dalam sukatan pelajaran. Maknanya, british sengaja mahu orang melayu tetap dalam keadaan mundur, keterbelakang berbanding dengan kaum lain pada masa itu - tujuannya senang untuk memperkotak katikkan bangsa melayu.
Bila saya emosional - begitulah perasaan saya apabila mengenang kemajuan orang melayu setelah 50 tahun merdeka. Setelah 50 tahun british meninggalkan negara ini, nasib orang melayu masih diperkotak katikkan…….
saya merasa hiba apabila tan sri dan UMNO(baru) bercakap tentang penerusan kuasa melayu! Melayu hanya berguna sebagai entity untuk justify apabila kalangan UMNOputras berpakat nak membahagi-bahagikan kontrak-kontrak dan lain-lain habuan ekonomi atas dasar DEB!…saya hibaaa……
April 22nd, 2008 at 3:25 pm
Salam, Saya sebagai rakyat yang tak minat dengan politik ini, hairan dengan sesetengah rakyat malaysia yang asyik meminta dari memberi. Mereka lebih suka mendesak untuk mendapatkan sesuatu dari menyelesai sesuatu. Bagi mereka penyelesaian jangka pendek yang ada pada fikiran mereka.Dengan keadaan politik yang tidak menentu ada yang mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku dengan menyalahkan pemimpin atasan terutamanya Pak Lah, adakah mereka lupa saat menyampai kejayaan pada masa lalu hingga menyanjung tinggi tiba tiba berlaku kemerosotan bukannya kekalahan membuatkan setengah pemimpin tidak kira atasan,bahagian serta ahli membuat kesimpulan yang tiada pemyudahnya. Mereka ini seperti tiada maruah terus-terusan meyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri.Adakah dengan Pah Lah meletak jawatan boleh membantu UMNO untuk pulih semula????? Mungkin mereka ini lupa bahawa UMNO tanpa orang melayu keseluruhannya tidak akan kemana. Jadi saya berharap ahli-ahli UMNO yang rasmi ini berfikir dengan cara yang matang bukan kerana kepentingan diri sendiri. Boleh saya katakan bahawa orang-orang muda tidak berminat masuk UMNO sendiri disebabkan oleh ahlinya terutama sesetengah ajk,ahli-ahli bahagian yang mana cuba mencari pengaruh supaya mendapat habuan. Setengahnya melantik atau cuba membina pengaruh dikalanhan ahli keluarga yang terdekat. Ini amat memalukan terutama bagi teladan untuk orang melayu yang masih muda. Ada pernah beberapa kali saya bercakap dengan ahli yang mempunyai pangkat yang mana pernah berkata’ Kalu nak projek kena masuk parti mesti cari pengaruh. Begitulah kesudahannya. Tanggapan ini berterusan dari semasa ke semasa yang mana menjadi gunting dalam lipatan. Dengan melihat setengah ketua bahagian tidak menunjukan langsung sikap berkhidmat kepada masyarakat terutama selepas menang besar pada 2004 membuat rakyat semakin meluat. Ini kah warisan yang hendak diajar oleh sesetengah orang UMNO, sombong, bongkak. Sesetengah menteri juga tidak kurang egonya. Sepatutnya menteri-menteri bersifat mesra rakyat bukan menjawab soalan mengikut emosi. Siapakah yang paling besar UMNO kah atau rakyat melayu secara keseluruhan?Saya menyeru supaya dihentikan segera tekanan kepada pah lah supaya meletak jawatan. Let pah lah do his job. Saya serta beberapa rakan saya menyokong penuh diatas pembahruan yang dijalankan oleh PM kita Pah Lah. Adalah menjadi tanggung jawab beliau untuk melaksanakan apa yang dijanjikan. Hidup Pah Lah…Allahhuakhbar
Tengah fikir nak join UMNO
April 22nd, 2008 at 4:07 pm
Kami tidak setuju jika Pak lah dipaksa letak jawatan sebagai Presiden UMNO secara mengejut! Kami mahu Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu dengan memberi “cut-off date” peralihan kuasa kepada Najib dalam masa terdekat ini.
Beliau boleh pegang jawatan Presiden UMNO selepas perbetulkan masalah dalaman UMNO sebelum mengambil tindakan lanjut - letak jawatan dan serah kepada keputusan “Pemilihan untuk Jawatan Presiden” nanti.
Jawatan Perdana Menteri adalah hak rakyat semua. Jawatan Presiden UMNO adalah hak ahli UMNO semua. Dua perkara berbeza memerlukan dua pendekatan berbeza. Jawatan Perdana Menteri boleh bagi kat Najib. Jawatan Presiden UMNO boleh bagi kat orang lain. Jadi, tidak ada satu orang pun boleh pegang semua kuasa. Adilkan? Kalau nak buat apa-apa keputusan, kena duduk berbincang dengan semua orang. Keputusan dicapai dengan mengambilkira pandangan ahli diperingkat rendah. Barulah UMNO akan terus relevan.
April 22nd, 2008 at 5:37 pm
SEGERAKAN PERALIHAN KUASA.
Tan sri…perletakan jawatan seorang perdana menteri dan presiden umno itu telah menjadi amalan oleh ke empat-empat perdana menteri dahulu.proses perletakan jawatan p.m ini alhamdulilah berjalan dengan lancar kerana inilah budaya melayu kemas dan tersusun disertai adat timur sambil menuruti segala amalan islam.Pada hemat saya tan sri ada ‘asas’nya supaya peralihan ini DISEGERAKAN,DIPERCEPATKAN.Saya melihat ’suasana’ pada ketika ini berat kearah ‘peralihan kuasa pm’.Saya sedar mendesak,tekanan dan provokasi bukan amalan umno dan org melayu itu sendiri kerana kita org melayu terkenal dengan kelembutan dan cakap ‘berlapik’.Tan sri saya adalah rakyat biasa yang bergaul dengan rakyat biasa,berkerja dengan rakyat biasa anggaplah suara ini satu suara kecil srg rakyat biasa yang ikhlas.Saya sering terlupa untuk menaip perkara ini….Semoga Allah memberkati usaha Tan sri dalam ‘kemelut politik’ pada ketika ini,semoga Allah juga membuka dan menerangi pintu hati pemimpin-pemimpin melayu umno menyelesaikan segala permasalahan pada waktu ini dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat pada umno.Amin
April 22nd, 2008 at 11:54 pm
Assalamualaikum Tan Sri, Kiranya masih tak terlambat mengucapkan sedalam tahniah, dan teriring doa restu atas pelantikan Tan Sri dlm Kementerian yang diamanahkan untuk membela nasib masyarakat luar bandar, sekali gus merancang kemajuan masa depan masyarakat yang masih ketinggalan.
Saya tidak mahu komen tentang UMNO kerana bagi saya siapa jua pemimpin Melayu, baik dlm UMNO, PAS,PKR dll. pertamanya harus berpendirian sebagai pemimpin Melayu-Islam yang memperjuangkan tamadun Melayu dan agama Islam sebagai asas filsafat nasional, wadah jati diri dan perpaduan bangsa yang terdiri drpd penduduk pelbagai kaum ( dengan penuh keadilan, toleran, dan tidak menindas kaum-kaum lain). Saya kira inilah kegagalan UMNO Baru selepas pimpinan TUN Razak& Tun Hussein Onn yang telah meletakkan asas dan dasar nasional yang kuat dari segi bahasa, budaya, dan rohaniah bagi membarengi pembangunan ekonomi dan kebendaan sejak dekad 70-han. Tetapi pembangunan ini menjadi tempang apabila mulai dekad 80-han pembangunan lebih mengutamakan aspek kebendaan sehingga berkembang sikap tamak haloba, persaingan, ekses sosial, dan kegoncangan-kegoncangan nilai-nilai dan akhlak , tanpa peduli nasib dan kesejahteraan rakyat terbanyak. Perkhidmatan kesihatan, institusi pendidikan, kemudahan awam( air, api, jalan raya etc) sebagai contoh dibangunkan bukan untuk kepentingan kesihatan, pendidikan, dan keperluan rakyat, tetapi untuk keuntungan pemodal dan pelabur atas nama Malaysia Incorporated dan pelbagai gimik lain.
Pada kesempatan ini izinkan saya menyentuh satu aspek permasalahan sahaja untuk TanSri bincangkan secara serius dengan pucuk pimpinan negara, iaitu masalah penyingkiran Bahasa Melayu daripada pengajaran/pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah. Sekumpulan kami telah berjumpa dengan mantan Perdana Menteri di Putera Jaya sebelum beliau meninggalkan kerusinya, dan kemudian Perdana Menteri yang ada sekarang, juga di pejabatnya di Putera Jaya menyatakan ketidak- setujuan kami secara rasional, dengan alasan-alasan yang masuk akal, tetapi tidak diendahkan langsung. Tentu Tan Sri masih ingat kami juga telah menemui Tan Sri di rumah Tan Sri di Subang Jaya secara tidak rasmi kira-kira empat tahun lalu dengan hajat pandangan ikhlas kami dapat dibawa ke perhatian pucuk pimpinan bagi memikirkan secara sungguh-sungguh isu ini.
Untu makluman Tan Sri selain daripada fikiran-fikiran dan tulisan tokoh-tokoh perseorangan, dua kajian ilmiah telah dijalankan oleh Dr Juriah Long et.al, pada 2005 terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah, dan terakhir pada April 2008 ini oleh kumpulan yg dipimpin oleh Prof. Emeritus Dato Dr Ishak Harun. Kedua-dua kajian ini menunjukkan dapatan yang sangat mengecewakan dan negatif terhadap pelajar-pelajar Melayu terutama di luar bandar. Ini bukan soal kecil, walaupun bukan soal politik atau soal ekonomi. Ini soal pendidikan dan asas tamadun Melayu yang tak boleh diperjudikan, dan telah menjadi api dalam sekam dalam perasaan para guru, cendekiawan dan penulis Melayu, serta aktivis pelajar Islam di universiti. Selagi isu ini dianggap enteng (spt empat tahun lalu), dan tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, saya percaya pertanyaan yang wajar, ialah untuk apa lagi masyarakat Melayu perlu bergantung harapan kepada UMNO? Malahan nama “Melayu” itu dicabut daripada istilah Bahasa Melayu dan digantikan dengan Istilah “Bahasa Malaysia” pada tahun 2007 atas arahan Kabinet , seolah-olah menyebut nama “Melayu” itu adalah satu dosa besar. Tidakkah istilah Bahasa Malaysia itu sangat terbatas pada sempadan kecil yang memeluk 26 juta jiwa pendudk sahaja, sedangkan istilah Bahasa Melayu itu merangkumi akar sejarah ribuan tahun, dan dari segi budayanya merangkumi wilayah Nusantara yang merumahkan hampir 300 juta manusia? Kenapa setiap kali hendak mengambil hati kaum lain kita mengurangi hak Melayu kita? English sebagai nama bahasa Inggeris , baik di UK, USA, Australia, Kanada dan New Zealand kalau saya tak silap kekal sebagai English.
Demikianlah pandangan ikhlas dari saya dan kawan-kawan yang prihatin, terutama terhadap masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bukan sekadar masalah pelajar-pelajar Melayu di luar bandar mengalami kesulitan menimba ilmu sains dan matematik. KAMI TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS ATAU MANA-MANA BAHASA ANTARABANGSA seperti yang difitnah oleh beberapa individu yang bermuka-muka menyokong Dr. Mahathir. Kami justeru menggalakkan orang kita menguasai banyak bahasa. Kekhuatiran besar kami ialah Bahasa Melayu itu akan hapus sebagai bahasa ilmu modern.
Sekian, T. Kasih , dan haraplah Tan Sri memberi maklum balas; salam mesra kami kpd Tan Sri dan keluarga.
April 24, 2008 at 12:08 am
Saudara Baha Zain
Saya akan menghubungi saudara nanti. Terima kasih
April 23rd, 2008 at 12:03 am
Salam
Adalah mendukacita apabila kita melihat kecaman demi kecaman yang di lemparkan oleh penulis komen blog ini yang mahukan Pak lah meletak jawatan kerana terikut ikut dengan sentimen yang di mainkan oleh parti-parti pembangkang dengan mengambil kesempatan ke atas keputusan pilihanraya yang lepas. Wal hal sebelum pilihanraya parti parti pembangkang lah yang memainkan isu mengenai konon nya negara malaysia tidak mengamalkan sistem demokrasai dengan telus sehingga ada di kalangan mereka mengunakan channel tv luar negara memburuk buruk kan sistem demokrasi dan pilihanraya malaysia. Meraka juga mengujudkan satu pakatan dengan nama BERSIH untuk mengatakan sistem demokarasi malaysia tidak adil sehingga menghantar memorandum kepada Yang Di pertuan Agong. Kenapa mahu mengheret yang di pertuan agong untuk memenuhi kehendak mereka? tetapi apabila pilihanraya memihak kepada mereka perkara ini tidak lagi di timbulkan. Mereka berkokok seolah olah mereka telah menang keseluruhannya pilihanraya padahal mereka hanya memenangi dua per tiga kerusi di Pulau pinang dan kelantan sahaja tetapi di selangor, kedah dan perak hanya dengan majoriti mudah. BN masih lagi mendapat mandat yang selesa iaitu 63 peratus dalam parlimen. Hanya kekurangan 8 kerusi lagi untuk mendapat dua pertiga kerusi tetapi dalam amalan demokrasi BN layak memerentah. Laungan dari pihak pembangkang yang mengambil kesempatan dari keputusan pilihanraya ini mengambarkan betapa mereka cuba mengabui mata rakyat dan mereka berjaya dengan meminta Pak Lah meletakkan jawatan kononnya BN telah tewas. Turut lantang, parti PAS yang lupa pada hakikatnya di kelantan pada pilihanraya 2004 mereka hanya menang dengan majoriti 2 kerusi tetapi masih meletakkan Datuk Nik Aziz sebagai MB kelantan. kenapa tidak mendesak Datuk Nik Aziz letak jawatan ketika itu di atas rasa tanggungjawab beliau menyebabkan jatuhnya majoriti di kelantan ketika itu? Mana ada di kalangan Aahli UMNo atau BN ketika itu mendesak Datuk Nik Aziz meletak jawatan? Mereka merestui kekalahan tersebut di atas prinsip Demokarasi.Jadi mandat telah di berikan kepada BN dan BN WAJIB memikul amanah rakyat malaysia yang memberi kepada mereka untuk mentadbir Malaysia. Pak lah tidak akan berada di tempatnya sekarang jika allah tidak memberi dia kebijaksaan untuk berada di situ. Allah juga telah memberi dia hidayah untuk mengatakan dengan telus dan jujur untuk melepaskan jawatan kepada timbalannya dalam satu proses peralihan yang lebih teratur dan bertamadun demi melihat negara Malaysia terus kekal stabil. Tindakan begini akan menjadi satu bahan kes rujukan kepada sejarah politik malaysia bagaimana kebijaksaaan pemimpin menerajui negara di masa akan datang.
April 23rd, 2008 at 10:41 am
bin ludin & bin lading (ataupun org yg sama),
Ape, hang jeles kat nickname aku ke??
Itu la aku cakap pembangkang cam ko ni suka kat babi. Aku bukan le menghina makhluk Allah. Sedangkan dalam darurat pun kita dibenarkan memakannya. Kalo engko larat la..
Hanya aku hairan kenapa masa zaman BN bila datang JE korang beria-ia menyalahkan kerajaan tak tutup ladang babi?? Penuh le cerita dalam Harakah tu pasal keburukan babi. Bagi dalil itu, bagi dalil ini. Nape sekarang Harakah diam?? Nape tak keluarkan cerita buruk babi ni lagi??
Lagi satu, dah ade penawar ke JE ni?? Babi korang ni suci dari JE ke? Lepas ni Harakah, sila letak cerita khasiat makan babi pulak ye.
April 23rd, 2008 at 11:43 am
Salam Tan Sri
Saya nak komen sikit tentang PRU12 lalu, memang kekalahan UMNO/BN tidak wajar diletak di atas bahu Pak Lah semata-mata tetapi itu lah politik, Tan Sri pun sedia maklumkan dalam politik khususnya politik UMNO mana ada kawan untuk selamanya begitu juga sebaliknya…hari ini munkin musuh tapi esok ada yg sanggup basuh buntut musuhnya kerana kepentingan politik. Meletakkan kesalahan ke atas bahu Pak Lah adalah tindakan paling mudah dan senang tanpa perlu buat bedah siasat yang mendalam. Org lain yg ambil alih nanti pun akan 2×5 juga percayalah. Kalau pengkritik Pak Lah skrg betul2 ikhlas kenapa tak sokong Tun bila dia dah nampak kekalutan Pak Lah pada peringkat awal lagi…kenapa kata Tun nyanyuk, kalau Tun nyanyuk kenapa org yg tak nyanyuk boleh dipengaruhi…sendiri mau pikir lah Tan Sri
April 23rd, 2008 at 10:12 pm
Assalamualaikum…
Saya tak nampak kelemahan besar dalam pimpinan Pak Lah. Percayalah, bila yang memegang kuasa bernama manusia telah tak kira siapa pun dan dari parti mana pun, agama apapun dianutinya isu kronisma, rasuah dan apa pun tetap akan timbul. Kepimpinan sesorang ada gaya tersendiri. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Hargailah apa yang kita ada sekarang supaya tak menyesal di kemudian hari. Apa pun setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Wassalam.
September 30th, 2008 at 9:02 am
salam tan sri
pak lah memang bagus sbb dia lebih toleransi tapi dgn toleran dia banyak pihak mengambil kesempatan dan sifat lembut tuu yg buat org tak raspect dgn dia contok kes isa dia seolah 2 bermain tarik tali sekejap nak isa sekejap tak contoh bangsa asing dia dia bebas orang melayu dia tahan atas isa takut sintimen bangsa agaknye tapi dia paklah memang lupa dia banyak support umno atau bn adalah orang melayu saya yakin kalau pak lah terus duduk atas kerusi dia sekarang umno akan berkubur dia sini orang melayu banyak yg celik tapi pendiam bila mengundi baru dia buat keputusan dato walau dato terhutang budi sekalipun dgn pak lah dato akui juga hl nii
September 30th, 2008 at 9:09 am
pak lah
1- meng isa kan bangsa melayu bangsa asing di bebaskan tak adil
2-suruh najib minta maaf pada bangsa asing sedang kan bila bangsa asing kutuk melayu diam ajee
3-naikkan menantu secepat mungkin sedangkan tidak ada moral bila umno banyak monyet maka umno tak ubah macam kandang zoo
4-lemah lembut macam pondan tak tegas contoh saya boleh kutuk sapa2 suka kutuk paklah terlalu kurang yg kagum dia dia
5-terlalu beri muka pada bangsa asing dan sikit2 polis dan polis dia cuci tangan rakyat tahu sebenarnye dia takut ibarat baling batu sorok tangan kalau dia nak tunjuk baik sangat apa cerita scomi dan khairi tu pendek kata dia pun tak terlepas dari salah guna kuasa