Merawat ‘gergasi’ yang tidur
Saya bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Saya ada cara tersendiri dan mempunyai pendekatan terbaik untuk memastikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) benar-benar menepati inspirasi kerajaan Barisan Nasional mewujudkan kementerian ini.
Sebagai contoh, apa yang saya sifatkan ‘merawat’ agensi-agensi penting di bawah kementerian yang saya tengok macam ‘gergasi yang tidur’
Macam Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Felcra serta anak-anak syarikat mahupun agensi di bawahnya, ada peranan yang lebih besar dapat dimainkan bagi memberi kesan memajukan masyarakat luar Bandar.
Saya mahu semua program yang dilaksanakan oleh agensi-agensi ini baik dan rakyat di bawah mesti mendapat manfaatnya. Kalau tidak agensi ini akan dianggap sebagai ‘gergasi tidur’Tapi nak kejut ‘gergasi yang sedang tidur’ ne pun ada caranya. Dan saya mempunyai cara itu.
Kita tidak boleh kejut secara mendadak, takut kalau ‘dia’ terperanjat boleh mencederakan orang lain pulak.
Bila berada di kementerian ini saya berhadapan terus dengan orang kampong, saya juga orang kampong jadi saya rasa saya tahu apa yang orang kampong mahu.
Saya juga dah pesan kepada pegawai saya di kementerian agar meletakan orang kampong itu sebagai kawan dan rakan kita dalam beruruan.
‘Saya sendiri akan mula turun ke bawah untuk berjumpa dengan seramai mungkin penduduk kampung dan mendengar dari mulut mereka sendiri kerana kementerian ini diwujudkan untuk menjaga mereka.
Saya akan pastikan penduduk kampung dibelai dengan baik kerana mereka adalah tuan dan kita adalah pekerja, kalau tidak dijaga dalam keadaan baik nanti dia meragam pula.
Sebagai contoh, jika penduduk diberikan bantuan kambing, saya mahu menyemak sendiri sama ada kambing itu benar-benar sihat, elok dan diberikan kepada penerima yang betul.
Saya bukan hanya hendak dengar taklimat daripada pegawai, kadang-kadang taklimat elok sahaja, jadi saya mahu tengok adakah ketua kampung bersikap adil, adakah dia beri pada sanak saudara sahaja sedangkan peruntukan tidak sampai kepada sasaran sebenar.
Kerajaan sudah belanja banyak duit tetapi apabila dilaksanakan di peringkat bawahan kadang-kadang berlaku benda yang tidak diingini dan akhirnya mereka kata kita tak betul, jadi ini saya akan beri perhatian serius.
Kepada rakan dan teman di luar sana, yang sentiasa berada di alam siber. Saya mengharap dan mengalu-alukan jika ada sebarang pandangan atau tuan dan puan ada maklumat berlaku ketidakadilan dalam apa juga program kementerian, boleh terus menjadikan media ini sebagai pelantarnya. Saya bersedia untuk mendengar dan jika perlu untuk mengambil tindakan, dengan syarat segala maklumat dan pandangan itu masih bersandarkan kebenaran dan untuk kebaikan bersama.






April 16th, 2008 at 12:01 am
syabas Tan sri, saya kira pendekatan membelai dan memberi perhatian
kepada orang kampung khususnya orang melayu boleh dapat membantu
dan memulihkan kepercayaan mereka kepada kerajaan.Banyak kes yang kita
dengar dan lihat betapa kerajaan telah mengeluarkan banyak peruntukan
kepada orang kampung tetapi telah diselewengkan oleh pihak yang tidak
bertanggung jawab.Kaedahnya betul tapi perlaksanaannya yang menampakkan kerajaan tidak telus angkara perbuatan keji orang yang diamanahkan. Sehubungan dengan itu saya syorkan seharusnya Kementerian ada unit audit pada setiap Daerah didalam memastikan hasrat kerajaan tercapai.
April 19th, 2008 at 9:46 pm
Tanniah Tan Sri,nampaknya tanggungjawab yang besar telah diamanahkan.Sesungguhnya Tan Sri adalah harapan kami penduduk luar bandar untuk memperkasa kembali agensi terbabit contohnya RISDA.Banyak penduduk kampung teraniaya oleh RISDA menyebabkan projek getah dan kelapa sawit terbengkalai.Baru-baru ini datang pulak Mat Rasid Pemuda dari Beruas dengan tujuan untuk merampas tanah orang kampung yang selama ini menjadi tempat ternakan lembu dan kerbau.Katanya tanah kerajaan ini beliau yang punya dan ditauliahkan untuk menanam betik.Tolonglah orang kampung,siapa lagi tempat mengadu kalau bukan Tan Sri.
April 20th, 2008 at 1:40 am
Asalammualaikum Tan Sri,tahniah kepada Tan Sri telah dilantik menjadi Menteri.Disini saya ingin mohon jasa baik Tan Sri iaitu agar boleh membangunkan kawasan Bukit Beruntung Dan Bukit Sentosa di Rawang.
Kami yang telah membeli rumah dikawasan tersebut semasa Tan Sri menjadi MB Selangor ketika itu.Kami mengalami kerugian yang amat sangat membeli rumah dikawasan tersebut oleh kerana segala apa yang dijanjikan oleh pemaju semasa kami membeli rumah dulu hanya kata kata saja.Semasa kami membeli rumah dulu kawasan tersebut akan dijadikan PETALING JAYA 2 (PJ2) tetapi sekarang kalau Tan Sri ada masa kelapangan datang lah melawat kawasan tersebut amat menyedihkan.
Saya harap sangat agar Tan Sri dapat memberi perhatian kepada kami penduduk penduduk kawasan Bukit Beruntung & Bukit Sentosa Rawang. Saya amat kagum semasa Tan Sri menjadi MB selangor banyak projek2 raksaksa yang Tan Sri bangunkan kepada Selangor tapi apa boleh buat ku sangka panas hingga kepetang rupa nya hujan ditengan hari teruskan usaha Tan Sri. Terima Kasih.
April 21st, 2008 at 9:58 am
salam tan sri.
saja amat2 bersetuju dengan ben ngah.. harap tran sri ada agenda untuk memajukan lagi kawasan di sana
April 21st, 2008 at 2:43 pm
Ingatkan siapalah yang tidur tadi. Haha.
Apapun, selamat datang ke alam siber Tan Sri.
Jagalah blog dengan baik.
Komen baik atau buruk, selagi tidak sensitif pada minda umum - harap Tan Sri boleh siarkan semua.
Tan Sri tulis berimbang
boleh kita timbang
sama-sama komen dan bincang.
Welcome to the club.
April 21st, 2008 at 3:11 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Saya nak ucapkan tahniah kerana Tan Sri mempunyai blog sendiri untuk berinteraksi dengan bloggers di sleuruh dunia.
Syabas!
April 21st, 2008 at 5:19 pm
Asalamualaikum Tan Sri, diharap Tan Sri sihat selalu.
Tan Sri, kemudahan awam di kawasan luar bandar di Malaysia amat menyedihkan. Mengapa kementerian gagal menyediakan khidmat pengangkutan awam yang selesa ala negara maju, khidmat pemungutan sampah yang moden dan laluan pejalan kaki yang baik di semua bandar di luar Lembah Klang ? Saya rasa Tan Sri dan orang-orang besar dalam KKLBW sudah melawat negara-negara maju seperti Australia, Jepun, Britain dsb dan sudah melihat sistem yang model dan teratur di sana. Jadi mengapa tidak mengamalkannya di Malaysia ?
Kalau di Jepun misalnya di kawasan kampung paling terpencil sekalipun mesti ada sistem pengangkutan bas dan keretapi yang sangat moden, kerap dan efisien tetapi di kawasan luar bandar di Malaysia langsung tidak wujud sistem pengangkutan awam melainkan bas-bas yang amat uzur dan tidak selesa. Saya berasa amat pelik bin hairan mengapa kita terlalu syok kepada penggunaan kereta ? Sebuah negara maju mesti mempunyai pengangkutan awam yang cepat, moden, dan berjadual walau di kampung terpencil. Saya sudah tinggal di beberapa negara maju iaitu Jepun dan UK dan saya sudah lihat betapa Mudahnya hidup dengan adanya pengangkutan awam bas dan keretapi yang cekap - menjimatkan tenaga dan rakyat tak perlu menanggung kos minyak yang semakin meningkat saban hari. Tetapi sedih, di negara kita hampir semua rakyat inginkan pengangkutan awam terutamanya keretapi tetapi pihak kementerian dan kerajaan hanya berlumba-lumba membina JALAN RAYA, jalan raya, dan jalan raya sahaja !
Saya harap Tan Sri dapat menyediakan perkhidmatan bas dan keretapi moden, cekap dan berjadual ala Jepun di seluruh bandar dan luar bandar di Malaysia . Sediakan bas moden dengan frekuensi setiap 5 minit di KESEMUA jalan persekutuan. Misalnya, jalan persekutuan antara Klang dan Sabak Bernam. Jadi Tipah dari Klang dapatlah menaiki bas ke Kuala Selangor dengan mudah , kerana bas datang setiap 5 minit dan berhenti di perhentian setiap 500 atau 1000 meter. Saya rasa rakyat tentunya akan bersorak gembira dengan adanya perkhidmatan sebegini , tak perlu buang duit minyak jika naik kereta. Dengan ini kerajaan pastinya akan dapat sokongan besar rakyat kerana menjadikan hidup mereka bertambah mudah.
April 21st, 2008 at 5:22 pm
Tahniah Tan Sri…….jangan di ulang perbuatan orang2 terdahulu kerana implikasinya akan terlihat……awak urang kampau…jan mengutau banyak onau …den tau asal usul wa”ang dan soko2 kalian……..amin allah tau apa yang wa”ang buet.
April 21st, 2008 at 6:23 pm
assalamualaikum tan sri,
rakyat selangor amat dekat dengan tan sri dan tahu betapa ‘capable’nya tan sri mat taib atau ‘cikgu’.tan sri harap tan sri dapat merumuskan satu suara umno selangor yang insyaAllah dengan kuasa Allah s.w.t Selangor akan kembali ketangan barisan nasional(b.n).Kembalikan Profesional Dan Teknorat muda disamping akhlak yang mulia,bersih dan berjiwa nasionalis pada diri mereka di dalam UMNO SELANGOR.Pemimpin muda ini harus mempunyai roh dan kekuataan islam yang menebal serta mampu menjulang bangsa kita melayu terus disegani insyaAllah.Tan sri kerajaan bn melahirkan merekka ini jangan lupa benda ini tan sri.Kita sanjung tokoh-tokoh pemimpin yang lama diselangor tetapi zaman telah berubah tan sri.mungkin sekerap yang mungkin saya akan memberikan pandagan dan kritikan membina padfa tan sri inayaAllah.TAN SRI KITA BOLEH TEGUR KALAU TIDAK BETUL KERANA INI NEGARA KITA,TANAH KITA DAN HAK KITA.Semoga ALLAH S.W.T memberkati perjuangan Tan sri InsyaAllah.ISLAM DIJULANG MELAYU DI MERTABATKAN
April 21st, 2008 at 6:35 pm
assalamualaikum tan sri,
tan sri antara perkara yang terpikir oleh saya sambil menekan kekunci laptop ini ialah..Tan sri mat taib perlu turun padang terutama di negeri selangor ini seumpama zaman tan sri sebagai menteri besar dulu..tan sri kami diselangor masih terasa penangan tan sri masa mengetuai kerajaan selangor dulu…Tan sri kepimpinan memberi kepercayaan penuh pada tan sri jangan hampakan rakayat selangor terutama ahli umno selangor..”POLITICAL WILL”
April 21st, 2008 at 8:43 pm
SALAM TAN SRI,
bukan ape, tempat tinggal saya yang satu ni dah puluhan tahun dah bn perintah, maksudnya kerajaan kita sekarang la, memang tiada satupun pembangunan atau sebarang perubahan yang telah dijalankan..
selama 8 tahun yang saya mulai sedar apa itu pembangunan dan janji2 kerajaan, dan selama itulah satu pun harapan saya untuk melihat kampung saya ini dimajukan hancur berkecai, …
saya tinggal di sebuah rumah panjang di sibu,(untuk lebih rinci, sungai oya,) janji kerajaan nak bina jalan raya untuk menghubungkan kampung saya itu ke pekan terdekat, 8 tahun sya menanti, dan mungkin lebih sebenarnya …sampai sekarang, batang jln raya tu pun sya x nampak lagi…
ok, kami naik perahu atau sampan (guna mesin bot), 2 jam baru boleh sampai ke pekan terdekat, tetapi apa yang saya masih kesalkan, walau perlabuhan sampan2 kecil tu pun kerajaan tak pernah terfikir nak upgrade kan…
ape la nasib kami org sarawak ni..
minyak kami orang boleh ambil, kayu balak kami orang boleh tebang, gua2 kami orang boleh lawat, tapi kami masih lagi begini…
mungkin saya kena tunggu habis satu selangor dimajukan dulu kot baru tempat saya tu boleh dinaik tarafkan perlabuhan sampan yang kerdil tu..
(selangor maju 2005??)
apala nasib kami……
ps:
assalammualaikum tan sri,
for your information, i am a student right here in perak currently, but previously i study in selangor for about 5 years, i am 19 years old, why i am writting in english, to assure you that i am an intelligent person, not that type of people who always make fool of this blog thing and i hope u might take my comment above seriously…
you can even take a look at my place there, at pekan stapang, sibu sarawak..
u will see how eager people over there to keep on moving along with the development of malaysia, but their surrounding had never pleased them to do so..
just imagine, the school even toooooooo far away from the rural area..
even worse if u take a ride along the sungai over there, u will not believe as for me too, how these people there still can survive in this era without any kind of developing things there.. as i believe they are also have the right to at least experience the development of MALAYSIA…
i dare you to be the first ever YB to go there and help us there..
thank you..
April 21st, 2008 at 11:19 pm
terlebih dulu diucapkan tahniah kpd Tan Sri kerana telah mempunyai laman web @ blog sendiri dan ini diharapkan dapat mewujudkan satu saluran komunikasi antara pihak kerajaan dan juga orang awam. Mudah-mudahan menteri2 kabinet yang lain akan dapat mengikut jejak Tan Sri ini ke arah mengeratkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.
April 21st, 2008 at 11:39 pm
as..kum, puuh lega baca page ni, tapi cuma nak ingatkan ja, jgn la pula angat2 taik ayam. besok2 terlampau sibuk2 la pulak. rakyat tak lupa janji mentri, tapi menteri kerap lupa janji kat rakyat(bukan janji utk sorang2,utk rakyat sekelian la).kerajaan barisan nasional tapi duit yg digunakan adalah bukan dari barisan nasional SAHAJA jadi agihan kena menyeluruh la. lagi satu kalau pasaran semasa harga kambing tu rm600 sekor, bila nak diagihkan oleh kerajaan barisan nasional jadi rm6000 sekor la pulak. takut ada kekawan dipejabat agihan terlepas cakap dah ketahuan rakyat seluruh la pulak. saya nak lupa sejarah pahit yg lalu takut dikatakan melayu mudah lupa. rekod(baik atau buruk) pemerintah yg lepas cuba2 diingati elok2. tuk jgn marah kalau
April 22nd, 2008 at 6:59 am
Tahnaih Tan Sri kerana mengujudkan blok sendiri. Saya rasa tidak terlambat. Diharap Tan Sri selaku Pengerusi perhubungan UMNO selangor dapat menggalakan semua pemimpin UMNO celik IT. Banyak wakil rakyat dan pemimpin UMNO tidak tahu langsung menggunakan computer. Pastikan setiap ketua cawangan mahir IT dan mempunyai talian internet dirumah sendiri.
April 22nd, 2008 at 10:08 am
saya rasa terpanggil untuk memberi komen disini. Rasanya kelam kabut yang berlaku di Umno ni dah kelakar pulak jadi nya. Yang seronok tu , macam kita nak betul paip laaa… bocor kat tempat lain. tampal kat tempat lain. Kalau di kaji secara puratanya, memang la Umno sebagai parti pemerintah kalah, tetapi kalau di kaji secara mendalam, Umno tidak kalah. Yang kalah dalam pilihanraya tahun lepas adalah parti yang mewakili kaum lain di dalam Umno. Contohnya MIC dan MCA.
Menariknya, kekalahan MIC yang rata-rata penyokong india tidak suka akan presiden tidak dijadikan isu tetapi Pak Lah yang menanggung akibatnya.
Cubalah kita kaji secara mendalam, Umno masih lagi memegang majoriti kuasa, tetapi yang menjadi kekalah percaturan ialah wakil MIC dan MCA. Persoalan yang patut di tujukan . Kenapa hal ini boleh berlaku?.
Sebenarnya melalui pengamatan saya yang melihat dari golongan kebanyakan, bukan Tan Sri yea, sebab Tan Sri dah kat atas, sure tak nampak punya. Masyarakat kebanyakan tidak senang dengan tindak tanduk parti komponen ini. MIC pada amnya, sepatutnya menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat India tetapi kerana kedegilan Dato Seri Samy Vellu yang menganggap beliau adalah “immortal” di dalam parti menyebabkan masyarakat india tiada tempat untuk mengadu. Kesian mereka. Ini di tunjjukan didalam pilihanraya baru-baru ini.
Secara rasionalnya. Apabila rakyat india tiada tempat mengadu, maka mereka akan mencari alternatif lain. Disitu muncul laa HINDRAF. HINDRAF tidak salah, kerana mereka hanyalah individu yang menangguk di air keruh. Tetapi yang patut di salah kan ialah BAGAIMANA PARTI INI BOLEH WUJUD in the first place. Jawapannya ialah Tiada cara lain untuk mengadu melainkan dari mereka ini. Sedangkan masyarakat india pun tahu mereka tidak tahu perjuangan Hindraf. Sekali lagi Kesian mereka!
Sebenarnya perkara ini boleh di selesai jika PAK LAH sedikit tegas dalam membendung perkara2 seperti ini. Isu-isu yang sensitif setelah 2-3 minggu baru laa Pak Lah ingin selesaikan menyebabkan nasi menjadi bubur. Ketegasan itulah yang menjadi tunjang dalam pemerintahan Dr Mahathir. Memang ramai rakyat tidak suka ketika krisis matawang 1998. tetapi beliau tegas dalam menunjjukan visi beliau, maka setelah ekonomi pulih. rakyat yang tidak puas hati diam.
Ini lah Umno yang berlaku sekarang. kononnya memperjuangkan nasib orang melayu. Pada dasarnya YA, tetapi realitinya TIDAK. Kita tahu kaum INDIA tidak suka akan pemimpin mereka, tetapi kita diamkan diri kononya kita tidak perlu jaga tepi kain orang. Sepatutnya kita sebagai parti yang kuat menekan pemimpim INDIA ini tadi untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan. If you cannot perform yaou get out.
Inilah yang kelakar dan lawaknya di dalam UMNO. Wakil-wakil mereka menjalankan kerja dengan ikhlas dan jujur tetapi kerana orang lain punya masalah, mereka yang kena tanggung akibatnya. Contohnya, di perwakilan Rawang, Selayang dan Batu Caves. Saya tengok Umno Rawang, Selayang dan Batu Caves macam nak mati membantu wakil mereka. Tetapi yang BN letak ialah wakil INDIA mereka, CINA mereka. Yang bekerja keras adalah orang-orang melayu. Kaum india memang dah tak suka pemimpin mereka. Kita letak la lagi. Lepas tu yang dok kat atas expect menang. Lawak betul laaa.
Dan yang lawak lagi, selepas pilihanraya. Orang-orang melayu yang tak sedar diuntung ini menyalahkan diri pemimpin mereka dari UMNO sebab kalah. Sepatunya pada waktu ini laa kita menekan kaum-kaum lain ini untuk kepentingan UMNo.
April 22nd, 2008 at 10:38 am
Tambahan untuk komen saya yang sebelum ini. Saya ingat jika Tan Sri ingin mengembalikan kepopularan Tan Sri. Saya cadangkan supaya Tan Sri bawakan Isu pendatang tanpa Izin dengan lebih meluas. Sebenarnya rakyat semakin rasa terbeban dengan isu kenaikan harga barang dan isu pendatang tanpa izin ini. Kekadang saya rasa menjadi rakyat Malaysia ini adalah bukan sesuatu yang untuk dibanggakan kerana kita rakyat malaysia tertindas sebenarnya. Lebih baik menjadi rakyat asing tetapi menetap di Malaysia. Macam- macam kemudahan yang kita akan dapat.
Hidup orang Malaysia Susah. Melayu Am nya. Kenapa?
Pemimpin mereka kononnya memperjuangkan nasib mereka Tetapi pada lisanya saja. Kenyataannya tidak?.
Contohnya yang paling ketara. Rakyat asing tidak perlu membayar lesen untuk meniaga. rakyat malaysia kena. Rakyat asing tidak perlu lesen memandu. rakyat malaysia Perlu. Rakyat malaysia kena bayar Income tax. Rakyat asing. Suka hati aku laa nak bayar. Kerajaan mana tahu.
Rakyat malaysia perlu fikir sebelum beranak. Rakyat asing, kat tepi longkang pun boleh beranak. Ala apa susah. Nanti ada laa orang malaysia yang ambik. Orang malaysia kan baik-baik.
Jadi di sini , di manakah keadilan sebagai orang peribumi. Semua kena bayar. orang lain yang dapat untungnya. Kita bayar income tax. Rakyat asing naik Bus selesa. Orang malaysia rata-ratanya mempunyai kenderaan sendiri. Inilah yang di katakan tindakan pemimpim Melayu tidak peka atas tindak tanduk mereka atau mereka membuat polilsi tanpa berfikir panjang.
Contoh yang paling ketara adalah Orang Melayu ingin berjaya dalam perniagaan. Saya ingin bagi komen kerana saya rasa usul ini memang laa tidak akan berjaya walau 10 , 20 atau 50 tahun lagi kerana Polisi kita sendiri yang menyekat peluang orang melayu.
Kalau nak berjaya juga, guna laa grant atau pinjaman. tu pun 3 -4 tahun tutup sebab tak boleh rolling.
Orang Cina dah nampak perkara ini lama dah. Sebab tu Isu Dasar Ekonomi Melayu mereka buat tak peduli jea. Tau dah Takkan Berjaya punya.
Mana tak nya. Orang melayu nak berniaga. Lesen kena apply. Bukan satu agency, kurang-kurang 2-3 agency. daftar syarikat laa. Appoint Acounting firm la.. Macam-macam? kalau Astro lak, Macam2 ada. Belum beli barang lagi. Mana laaa nak untungnya
Kaum CIna lak nak meniaga. Senang aja. Buat trading jea dah buat duit. takyah nak apply licence ke. Apa ke. Nama company pun tak yah.
Untung 100%. sebab tu laa banyak orang melayu jadi orang tengah. senang. tak de overhead. Jual name card jea. dah untung apa.
Kesian kat orang Melayu ni. Bukan tak nak meniaga, tapi sebab benda-benda ini la… macam mana nak meniaga. dah la Will power kurang. Nak expect apa ‘will’ laa. buat Will writing laa akhirnya.
April 22nd, 2008 at 1:08 pm
maaf mencelah di tengah-tengah ‘pakar politik’…
saya dilahirkan di dalam keluarga umno…memegang janji arwah ibu spy terus menyokong kuat dibelakang umno, saya pegang hingga kini.. namun, itu bukan bermakna menutup mata jika berlaku kepincangan.. dulu, arwah ibu akan meyokong parti bukan individu..dia sanggup kempen dari rumah ke rumah membantu parti tanpa mendapat elaun..semua itu demi UMNO. lain cerita skrg…yang lebih menyokong individu & elaun daripada parti..
April 22nd, 2008 at 3:02 pm
Salam Yg Bhg Tan Sri,
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur kerana Yg.Bhg Tan Sri dipertanggungjawabkan menerajui Kem. Pem. Luar Bandar dan dilantik semula sebagai Menteri. Yg, Bhg tan Sri Sebagai pemimpin Selangor satu ketika dulu amat saya kagumi,matlamat amat jelas dan Tan Sri pada pandangan saya seorang pemimoin yang amat kuat dalam memperjuangkan kaum Melayu.
Justeru, saya teropanggil untuk bersama-sama menyokong apa jua perangcangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Untuk pengetahuan Yg Bhg Tan Sri, saya adalah anak jati negeri pahang iaitu berasal dari Kmpung Jelai Ulu Cheka, yang sekarang mencari rezeki di negeri Selangor. Namun demikian, sebagai anak negeri Pahang khususnya kampung kelahiran saya iaitu Kg.Jelai Ulu Cheka, saya amat sedih apabila mengenangkan kemudahan asas yang seolah-olah tidak ada pihak yang mengambil perhatian serius untuk memajukannya.
Kemudahan asas yang saya maksudkan disini ialah kampung Jelai Ulu Cheka, masih lagi tidak ada talian telefon sama ada talian tetap telekom mahupun handphone. Begitu juga, dengan kemudahan jalan perhubungan yang amat menyedihkan. jadi. pada pandangan saya aladah tidak wajar sama sekali dalam keadaan negara kita menuju ke arah negara maju dan setelah 50 tahun merdeka masih ada lagi kampung atau kawasan yang terpencil dan dipandang sepi oleh pihak-pihak yang berwajib.
Cuba yg Bhg Tan Sri bayangkan, sekiranya berlaku sebarang kecemasan ke mana arah penduduk kampung ingin memohon bantuan dengan kadar segera, sungguh sedih. Pada pandangan saya para penduduk kampung sudah puas memohon dan menagih simpati daripada ketua kampung, Penghulu, ADUN dan sebagainya. Namun jawapannya tetap sama, tidak ada tindakan sewajarnya di ambil.
Justeru sekali lagi, saya selaku wakil yang tidak dilantik oleh mana-mana pihak memohon kepada pihak Yg Bhg Tan Sri dan Kementerian mengambil tindakan segera terhadap perkara ini sewajarnya.
April 22nd, 2008 at 4:29 pm
TS,
Cadangan kami - mana2 agensi dibawah kementerian TS yang tidur sekian lama tu - baik disuruh mati sahaja lah. Fungsi mereka boleh diambil alih oleh agensi yang masih berjaga. Dalam erti kata lain, bubarkan agensi yang tidak berfungsi dan tidak produktif. Kakitangan mereka diserap kepada agensi induk yang baru. Jangan biarkan mereka makan gaji buta!
Mana2 agensi/Jabatan yang kurang memberi impak kepada kemajuan negara secara khusus - beri pilihan. Bubar atau tingkatkan produktiviti!
April 22nd, 2008 at 5:16 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Saya pengundi muda, baru pertama kali mengundi pada pilihanraya yang lepas. Sebelum ini, saya memang tidak suka mengambil tahu tentang politik tanah air kita kerana saya fikir politik adalah membosankan. Atau mungkin juga diri saya yang baru setahun jagung dan dari kecil lahir dan hidup di bawah kepimpinan TDM berasa sgt selesa dengan keadaan tanah air yang aman, damai sehinggakan saya fikir saya tidak perlu mengambil tahu tentang isu2 politik negara. Mungkin juga bapa saya adalah seorang yg fanatik terhadap BN membuatkan saya menyokong UMNO,BN. Namun, apa yang terjadi pada pilihan raya lepas membuatkan saya takut dan saya sebagai budak mentah juga perlu mengambil tahu tentang isu2 politik kita. Sebabnya, saya hairan mengapa bapa saya seorang yg fanatik BN telah beralih angin pada pilihan raya lepas hingga saya juga dinasihatkan memilih pembangkang. Kini, memang terdapat banyak pertanyaan dalam minda saya yang saya juga keliru mana satu yang benar. Tan Sri, di sini saya sebagai budak mentah ingin bertanya tentang Program Menaik Taraf Dan Senggaraan Jalan Kampung. Adakah kerajaan pilih kasih di dalam menaik taraf jalan kampung seperti apa yang saya perhatikan, jikalau penduduk tersebut adalah di kalangan penyokong BN, jalan diturap hingga ke pintu rumah. Namun sebaliknya yang berlaku jikalau penduduk tersebut penyokong pembangkang. Kenapa begitu tan sri..? Kedua, isu pemberian bantuan ternakan kepada penduduk. Saya amat menghargai bantuan kerajaan tersebut yang diberikan kepada rakyat.Cuma saya ingin bertanya, adakah penerima tersebut walaupun diberikan kepada penerima yang betul, adakah mereka di ajar cara2 menjaga ternakan? Kerana apa yang saya lihat, terdapat penerima2 yang tidak menjaga ternakan dengan baik. Hinggakan ada yang dihinggapi penyakit dan terbiar hingga mengganggu tanaman2 orang lain. Adakah setelah bantuan diberikan terdapat orang yang akan pantau penerima tersebut? Itu sahaja yang saya ingin tanya kepada tan sri.
Saya hanya memerhati apa yang berlaku kepada politik kita dan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya tanpa mengira hasutan dari pihak luar.
Sekian dari pengundi baru.
Terima kasih tan sri kerana sudi membaca komen saya ini.
Wassalam.
April 22nd, 2008 at 7:13 pm
tahniah tan sri ,
saya sungguh bangga dengan tan sri kerana masih setia dengan umno walaupun banyak dugaan yang saya lihat.saya adalah idola kepada tan sri
lebih lebih lagi ibu saya orang kerinci juga.saya harap tan sri buktikan kepada PM yang tan sri mampu menawan semula SELANGOR
April 22nd, 2008 at 7:58 pm
terimakasih TAN SRI kerana sudi bersama kami.Banyak orang bercerita tentang kebaikan TAN SRI. Buat permulaan salam perkenalan dari saya.lepas ini bayak cerita saya akan berkongsi dengan TAN SRI. Soalan pertama dari saya apa itu sebenarnya MELAYU.
April 22nd, 2008 at 8:02 pm
DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI BUAT MASA INI TIDAK BOLEH UNDUR.TIDAK BOLEH MAIN DALIL-DALIL.CUBA FIKIR SEDALAM-DALMNYA.JANGAN PAKAI NAK LANYAK SAJA.
April 22nd, 2008 at 8:44 pm
tahniah tan sri dari kami, yang pasti kami senantiasa berjuang bersama. pastikan ketuanan melayu terus terbela, jgn sampai hak org melayu yang mmg telah termaktub sekian lama akan hilang dek kerana org2 yang tidak bertanggungjawab dan org2 yang gilakan kuasa sehingga sanggup mnggadaikan bangsa dan hak org melayu. sejarah mmg telah membuktikan hak org melayu, kin mari kita ciptakan sejarah yang baru. HIDUP TAN SRI… HIDUP MELAYU
April 22nd, 2008 at 9:18 pm
Salam sejahtera kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri, kerana initiatif mengujudkan blog ini. Dan jutaan terima kasih juga kerana sudi membaca tulisan saya ini.
Saya adalah salah seorang rakyat negeri Selangor dan diantara ribuan pembeli projek Di Selayang Heights. Sekarang ini kami, penduduk Andari Townvilla sedang sangat terdesak, kerana pihak pemaju telah menutup tempat parking dikawasan perumahan kami kerana mereka akan membina satu lagi blok kediaman (Townhouse). Selama ini pun, kawasan meletak kereta di sini tidak mencukupi dan sering berlaku pergaduhan. apa tah lagi sebahagian darinya pula telah diambil untuk pembinaan. Projek perumahan phasa pertama belum lengkap kemudahan seperti yang dijanjikan pemaju seperti rumah sampah, tempat letak kereta, sebagainya kini kemudahan yang sedia ada pula telah dirampas pemaju.
2 minggu lalu, kami telah membeli plan perancangan kawasan kami dengan Majlis perbandaran Selayang. Sungguh mengecewakan kerana dalam masa 3 tahun, 8 plan pembangunan telah diluluskan. Dan sekiranya kesemua phasa tersebut yang terdiri dari
pelbagai jenis rumah, dan rumah kedai siap dibina, kawasan perumahan kami akan sesak dan tiada lagi 10% kawasan hijau yang sepatutnya dikekalkan dalam mana mana projek pembangunan. Sekarang ini, kolam yang ukurannya entah berapa meter sahaja dan
terpaksa dikongsi oleh tiga projek besar dengan purata pintu rumah melebihi 400. Rumah kelab hanya berdiri tanpa kemudahan yang sepatutnya seperti kedai runcit, salun dan sebagainya tetapi sebaliknya ianya digunakan oleh pemaju sebagai tempat promosi jualan dan pejabat operasi. Kami disini sudah tidak dapat menahan kemarahan.
Pada hari jumaat lalu (18.4.08) sepatutnya pihak jawatan kuasa penduduk telah memanggil pihak Majlis Perbandaran Selayang bagi
menyatakan ketidak puasan hati kami. Malangnya yang datang hanya pegawainya sahaja. Dan menurut beliau, pengarah bernama Johari, setiap hari jumaat, pergi main Golf. Boleh ke begitu? Sungguh mengecewakan kerana kami dikenakan cukai pintu hampir RM300 setahun oleh pihak MPS, tapi sebaliknya pihak MPS memperlekehkan kami. Malah pegawai yang datang juga seperti acuh tidak acuh dan tidak langsung membuat catatan perkara-perkara yang diadukan. Kemana lagi kami rakyat hendak mengadu. Sebelum ini pun kami pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan Kementerian perumahan, tapi nampaknya kini mereka mendiamkan diri juga.
Kami hairan, atas dasar apa projek-projek di kawasan perumahan kami ini diluluskan. Ianya kawasan cerun. Tetapi setiap inci tanah akan didirikan bangunan sehingga ada yang setinggi 18 tingkat dan juga termasuk phasa-phasa rumah kediaman, rumah kedai dan sebagainya. Adakah pihak yang berwajib datang melawat kawasan sebelum satu-satu projek diluluskan? Atau mereka meluluskannya hanya dengan membentang plan sahaja. Apa akan jadi dengan kami dengan kepadatan penduduk yang tidak terkawal.. Rumah yang kami beli bukan nya murah, malah ada yang mencecah 250 ribu. Yuran Maintainence pula mahal ada yang mencecah RM250 sebulan. Tapi kemudahan rumah sampah pun tiada, hanya diletakkan tong sampah kecil sahaja.
Kami tidak nampak MPS akan membantu kami. Dan yang lebih curiganya, siapakah dibelakang pemaju ini, yang begitu berani. Langsung tidak menghiraukan aduan kami. Yang dia tahu, mau mendapatkan wang kami. Kalau cerita pasal wang, mereka buka macam-macam akta, tapi hak pengguna macam mana?
Saya dan ribuan penduduk disini, memohon kepada yang berwajib agar dapat membantu kami menghentikan projek yang terlalu hampir dengan rumah kami. Ianya tersangat merbahaya, atau mau tunggu sehingga ada yang maut.
Akhir kata, pandanglah kami dibawah ini. Besar hati sekiranya dapat kami dibantu. Kami bukan meminta yang bukan hak, kami hanya mau hak kami seperti yang dijanjikan pemaju. itu sahaja. Jika kami tidak dibantu dalam masa terdekat ini, satu blok kediaman lagi akan didirikan kerana sekarang ini, kerja-kerja mengorek sedang giat dijalankan.
Mujurlah Adun Templer, YB Dato Subahan Kamal dengan tulus iklas membantu kami dan sehingga kini beliau telah dua kali datang ke tempat kami. Hari Sabtu ini, jam 10 pagi, kami menjemput TV3 yang sekarang ni bersetuju untuk datang. Kami akan protes habis-habisan. Kalau ada yang silap, kami akan cari. Kami rakyat tidak mau Pemaju sesuka hati menunjukkan taring.
Diharapkan dengan keadaan yang berlaku selepas pilihan raya tempoh hari, kakitangan kerajaan akan lebih peka terhadap masalah rakyat dan menjauhkan korup. Setiap yang korup seharusnya diheret keluar kerana mereka inilah yang memburukkan keadaan walaupun mereka ini hanya segelintir.
Saya menulis kepada YAB Tan Sri adalah atas capacity YAB Tan Sri wakil tertinggi UMNO. Janganlah ada satu manusia pun yang mengambil mudah kuasa Allah. Saya doa kan YAB Tan Sri diberi kesejahteraan dipermudahkan perjalan dalam membela nasib rakyat. Terima kasih.
April 22nd, 2008 at 9:40 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Alhamdullilah, selepas sekian lama, dapat juga saya berhubung dengan Tan Sri berkaitan masalah pembangunan di Hulu Selangor iaitu Bandar Sg. Buaya, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Hati saya sentiasa berkata, kalaulah Tan Sri masih memegang jawatan MB Selangor, kawasan ini tidak akan terabai seperti sekarang.
Jika kawasan ini tidak membangun dan rumah di Taman-taman perumahan tersebut rata-ratanya tidak berpenghuni, bagaimana MDHS dipersalahkan jika tidak mengutip cukai pintu? They don’t deserve the penyapu, its the past Selangor government that owe us an answer to this long suffering of ours. Susah ke sangat nak bina interchange Sg. Buaya tu?
I hope Tan Sri will weave your magic wand to Hulu Selangor, like you did to Selangor when you were the MB.
April 22, 2008 at 11:30 pm
Cik Rosenah
Saya panjangkan komen cik untuk wakil rakyat BN bawa dalam sidang dewan selangor nanti. Apapun terima kasih atas ingatan
April 22nd, 2008 at 10:12 pm
Hi Mr. Tan Sri,
This is a breakthrough since blogger Jeffooi become a MP, suddenly all YB become blogger. Congratulation, because we all can share some opinion with the YB.
Ok, Let go to the point of this posting.
1) Tan Sri is Menteri Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, so what is the view/action will Tan Sri took to provide we, east malaysia population a further improvement in communication, transportation, power supply, and etc. ??
2) Regarding the Jelapang padi as quote by YAB our PM few weeks back, what is Tan Sri action to archive this objective? How about the land needed? will central gov. provide our population require land? Can non-bumi acquire any land for this purpose? or apply any land for agriculture purpose?
3) When our road will be build? since the plan already been approve by last gov. back to 10+plus already? (kanowit area: Ng. Sengayan(opposite of Tan Sri Leo Moggie village- divide by Sg. Rajang))
Thanks you Tan Sri if can provide a reply or a guide to apply a piece of land used for agriculture purpose.
April 22nd, 2008 at 10:48 pm
April 22, 2008 at 11:28 pm
Tuan komeng,
Saya baca dan faham komen saudara. Maaf saya tidak dapat publish untuk tatapan umum. Kita masih ada etika dan adab. Maaf ya. Datang lagi…
April 22nd, 2008 at 11:46 pm
Assalamualaikum TS,
Semoga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Saya adalah seorang pekerja GLC yang sangat hampir dengan ahli-ahli perniagaan melayu. Alhamdulillah saya nampak kesungguhan melayu untuk berniaga. Namun begitu biasalah bertempur di medan perniagaan bukan selalunya menang. Tetapi yang kalah berjuang dalam perniagaan kita tidak boleh hukum mereka dengan mengenepikan usaha mereka untuk meneruskan perjuangan perniagaan. Ramai peniaga yang tersungkur, namun bagi “genuine businesman” mereka takkan menyerah kalah. Pendapat saya mereka inilah yg perlu diambil semula dan dibantu semula oleh kerajaan untuk meningkatkan dan memartabatkan lagi masyarakat melayu untuk berniaga dan memberi lebih peluang pekerjaan. Ini kerana mereka telah merasa pahit maung dalam perniagaan, jatuh bangun, ditipu, bergolok gadai dan bermacam2 lagi strategi. Tetapi dalam masa mereka untuk menyelamatkan perniagaan mereka modal menjadi halangan terbesar. Jadi disini saya sarankan pinjaman IKS atau SPED (bawah seliaan KPLBDW) dibuka kepada golongan tersepit modal ini walaupun nama mereka di’blacklist’ demi menyelamatkan perniagaan mereka. Jgn sampai dijual kepada org lain. Bank-bank di Amerika Syarikat pun lebih cenderung untuk memberi pinjaman kepada syarikat/firma yang jatuh/rugi berdasarkan kepada pengalaman berbanding kepada business yang baru hendak dimula bermodalkan kertas kerja sahaja. Di Melaka, di tempat saya bekerja Syarikat yang kurang berpengalaman dalam industri perkilangan dan pengedaran telah terpilih untuk menjadi teraju utama industri halal di sini atas alasan kerta kerja yang ‘power’ kerana ahli lembaga pengarah lulusan universiti luar negara. Khabarnya mereka mendapat geran lebih RM10juta (WALLAHUALLAM). Peniaga yang telah lama berkecimpung dalam perkilangan tidak mendapat peluang sebegitu rupa. Perlantikan vendor-vendor juga dipilih oleh Peneraju utama ini. Sekali lagi majoriti peniaga yang lama berkecimpung berpeluang untuk meningkatkan pasaran tidak terpilih. Orang yang jatuh ini sebenarnya patut kita tolong agar satu hari nanti boleh menjadi mentor kepada peniaga-peniaga muda yang lain dan mewujudkan rangkaian perniagaan melayu yang besar, maju dan disegani.
Jadi kesimpulan saya, bantulah perniagaan melayu yang ada potensi utk maju tetapi kekurangan modal dgn memberi pinjaman @ geran dan salurlah pinjaman @ geran perniagaan kepada org yang lebih memerlukan.
April 23rd, 2008 at 1:41 am
Salam TS. Tahniah krn menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Tapi perkataan‘merawat’ tak sedap di baca mcm ayat KJ jek (betulke ayat KJ)
Bagus la klu Ts dah ade cara nk perbetul kan agensi2 tersebut yg sememang nya ‘gergasi yg sedang tidor’ yg tak tahu benda lain selain dari tido di buai mimpi pendek kata kerja mereka hanya la tidor.Kalau boleh semua agensi kerajaan TS perbetul kan jua.
Sebagai anak muda yg di besar kan di selangor sy minta TS tumpukan jua kampung2 di selangor, maksudnya taman2 perumahan yg diduduki golongan rendah mcm sy ni.
Ya…saya bukan org bandar tp asal saya dari kampung dan YA saya di sini(selangor) bukan peneroka di bawah felda ke?felcra ke?Tapi ibu bapa saya peneroka dan saya generasi ke2 yg berhijrah di kota besar ini. Tak semua anak peneroka gagal ramai yg berjaya,langkah TS perbetulkan agensi2 tesebut amat la baik.
Tetapi yg penting apa yg patut TS laku kan pada generasi ke2 felda ini??apa yg TS harus bantu pada Peneroka2 ini? Cukupkan sekadar memberi lembu,kambing,subsisi baja dan mcm2 lagi subsidi?cuba TS tgk rumah2 peneroka kesian…. amat la daif..klu ade yg besar pun cantik tersergam krn bantuan anak2 yg berjaya . (bantuan BN???) Tak di nafikan kerajaan BN byk membantu terima kasih atas geran tanah.
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Felcra serta anak-anak syarikat mahupun agensi di bawahnya, ada peranan yang lebih besar dapat dimainkan bagi memberi kesan memajukan masyarakat luar Bandar.(paste dari TS)
Setahu saya Peneroka semua dah maju dah bijak dah pandai ibu bapa sy pandai internet tahu blog2 politik.Semua hasil bantuan anak2. IBu bapa sy tahu senario politik di malaysia.sebut saje blog2 pro pembangkang atau kerajaan ,tranganukite?klpos,mykmu dan mcm2 lagi cuma taip jek dlm 1minit dah boleh baca hal politik.
Apa yg sy nk cakap ni TS kena bantu anak2 generasi ke2 seperti sy ini.Tak terkecuali di selangor ini tak kira la mereka ini siapa? anak cina?melayu?india ke peneroka ke nelayan ke tak kira la apa juga bangsa dan perkerjaan.
Berbalik isu kampung2(tmn2 perumahan) di bandar besar terutama di selangor,sy yg tinggal di pinggir bandar ini amat sedih sekali melihat anak2 muda di pinggir kan.Saya tak nak sentuh isu pengangguran,rempit ragut,bohsia,bohjan. Sedih sgt psl majoriti anak2 melayu.
Apa kerajaan BN bantu? rakan muda pada TS berjaya atau gagal?
rakan muda?? under Kementerian mana? saper di sebalik program tersebut? apa yg harus di lakukan utk bantu mereka2 ini? apa guna ada program tp tidak berkesan? kenapa tidak berkesan? TS nk sy jawap ke atau TS bole jawap?
TS ade tgk iklan di TV ..’KAMI BUKAN ALONG TP KAMU MAHU TOLONG’
tolong kejadahnya nya….Hampehhhh!!! iklan bukan main lg tp bila dh pergi daftar nak pinjam duit bukan main byk syarat nya…tak heran la ramai usahawan kecilaan mcm sy ni pinjam ALONG. klu TS nk tahu ALONG ni lagi baik dari pemimpin UMNO. dgn bantuan along2 ini sy dpt berniaga kecil2an(jual goreng pisang jek)
Dan dgn duit goreng pisang ni sy jaga anak2 muda di tempat sy,nk hrp ketua UMNO kejadahhhhh….nk hrp ketua bahagian Hamppeehhh!!!! ingat mereka ni la pelapis2 undi mereka ini la yg menentu kan nasib org melayu.
dengan undi2 mereka la 4+1 kecundang.dengan duit goreng pisang UMNO tewas di tenpat saya. nak tahu ke TS di mana? hehehe…
JGn sekali2 pemimpin UMNO BN berkata Melayu berpecah Malaysia akan hancur di perintah cina. tak mungkin berlaku psl sememang nya melayu tak berpecah yg berpecah ada lah UMNO sebuah pertubuhan melayu yg tidak lagi membantu melayu.Penting kan kroni poket sendiri.Jadi mangsa anak melayu,
Tak perlu la sy nyata kan apa penyelewengan pemimpi2 UMNO baik di pusat,bahagian atau caw, semua nya sama…hampeehhhhh.!!!!!!!
TS bantu la anak2 muda seperti saya ni…cari jln cr cara utk memenangi hati mereka semula..TS faham maksud sy?
TS sori ler…smbg lain kali sy anak nangis ler…hahahaha….
P/S Presiden Samurai FC Club(tak daftar)
S/usaha Caw PKR(tak resmi pon tp still ahli UMNO)hahahhaaha..
Thanks TS.. jumpa lagi.
April 23rd, 2008 at 8:28 am
Salam Yg Bhg Tan Sri,
Saya masih lagi tertunggu-tunggu maklum balas daripada Tan Sri. Saya ada cadangan supaya semua para pemimpin mesti ada laman blog sendiri, khususnya Menteri Besar Pahang dan juga Exco2nya.
Terima kasih.
April 23rd, 2008 at 9:25 am
Tahniah Tan Sri….baru la ada ruang utk orang2 mcm kita nak luahkan pendapat. Tan Sri,…
Cuba-cubalah tengokkan apa yang boleh di buat dgn Projek Khi***sir 100juta
tu. Negara kita ni dah tak ada lagi sungai yg bersih. Macam mana moden pun teknologi atau kaedah nak bela menatang tu..saya yakin ramai penduduk sekitar tu akan hidup terseksa. Satu kilometer dah boleh bau aroma dia…kesian rakyat. saya sedih tengok ulasan penduduk area tu kat Tv3. Saya pun tak tau siapa pembela nasib mereka…nasib baik ada Kalam singh Tv3 tu..kalau tak, tak taau kat mana nak mengadu…
….thanks
April 23rd, 2008 at 12:28 pm
Assalaimuailaikum Tan sri terlebih dahulu sayakan ucapkan tahniah kepada Tan sri kerana memegang jawatan sebagai menteri.Disini saya ingin bertanya kepada tan sri apa benarkah pegawai- pegawai kerajaan semuanya tidur bukannya apa untuk pengetahuan Tan sri saya telah membuat pinjaman dari BANK SME dan di submit kepada kementerian luar bandar dan wilayah (SPED)dalam masa yang sama saya telah menunggu selama setahun lebih keputusan nya amat mengecewakan bila saya menelepon bermacam-macam jawapan yang diberi salah satu belum meeting pegawai tak cukuplah dan bermacam-macam lagi sampai sekarang saya menuggu jawapan dari pegawai-pegawai kerajaan ibarat saya menunggu buah yang tak jatuh.Dan disini saya akhiri dengan ucapan TERIMA KASIH.TOLONGLAH KAMI
April 23rd, 2008 at 2:19 pm
Syabas, teruskan sokongan for PM Pak Lah.
April 23rd, 2008 at 2:58 pm
Tahniah Tan Sri, pelantikan bertaraf Menteri. Kena pulak menteri saya sebab saya duduk diluar bandar. Luar bandar ni sungguh pun nampaknya macam tidak banyak berjuang tetapi selama 50 tahun sebagai penyokong setia kerajaan. Bayangkanlah 50 tahun tu lama Tan Sri, tapi saya rasakan sebagai orang kampong macam tidak banyak perubahan dari 5 tahun, 10 tahun 15 tahun macam tu jugak… kalau waktu-waktu tiada pilihanraya dan orang kampong tak bising macam jarang sikit YB-YB datang. Orang kampong ni bukan bantuan sahaja yang diharapkan, tetapi mungkin ada peluang bantuan pertanian, pendedahan teknologi baru mengenai pertanian, ternakan dan apa-apa lah juga mengenai orang kampong. Pernah juga pergi ke pejabat pertanian, perikanan dan haiwan, komennya kadang-kadang peruntukan dah habis, kena tunggu tahun depan, tahun ini peruntukan telah ditutup kalau nak cuba tahun depanlah itu dan inilah….
Tapi apapun saya sangat berterima kasihlah kerana Tan Sri ada blog sendiri dan inilah pertama kali saya meluahkan perasaan kepada Menteri untuk orang kampong….
Bukan tujuan saya komplen jabatan-jabatan kerajaan, mungkin juga saya yang kurang pandai timing mohon atau memang itu peraturannya, tapi saya yakin ada ruang yang boleh dibetulkan lagi.
April 30th, 2008 at 12:46 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Saya ingin merujuk kepada komen Rodiana Hamidi..
Saya amat berharap agar Tan Sri dapat menolong penduduk di perumahan kami. Saya pun tak tahu dimana bocornya aliran proses yang sepatutnya mengikut sistem yang sepatutnya. Semakin banyak bangunan yang dibina di cerun bukit. Jangan pula nanti, bila dah berlaku kejadian yang tak diingini, barulah masing-masing menyalahkan pihak lain. Walhal, kami penduduk di sini sudah menentang habis-habis pembangunan ini.
Sekiranya bangunan ini dinaikkan, semakin sesak perumahan kami. Sedangkan diwaktu awal pembelian, pelbagai janji pihak developer. Banyak kawasan hijau la, udara yang nyaman la, dan berbagai lagi janji-janji manis yang boleh dikatakan lebih manis dari madu. Bila mula-mula masuk ke perumahan ini, memanglah semua seperti yang dijanjikan. Janganlah jadi macam Israel pulak.. ambil tanah palestin sedikit demi sedikit. Sekarang, semua kemudahan yang diberi diambil sedikit demi sedikit. Mula-mula parking, nanti, tak tahulah.. entah2 rumah kelab dan kolam renang pun nak di robohkan untuk buat bangunan baru..
Saya amat berharap Tan Sri dapat memberi sedikit perhatian kepada isu ini. Sekian, terima kasih.
October 12th, 2008 at 2:32 pm
ASSALAM TAN SRI,,
SAYA BELUM NAMPAK LAGI PERKEMBANGAN MASALAH YANG DIBAWA OLEH CIK ROSENAH MENGENAI MASALAH KAMI DI ANDARI TOWNVILLA,SELAYANH HEIGHTS. KAMI BERBESAR HATI SEKIRANYA TAN SRI TURUN PADANG UNTUK MELIHAT SENDIRI MASALAH KAMI….DISANA KAMI AKAN MAKLUMKAN KEPADA TAN SRI KEDEGILAN PIHAK PEMAJU…
November 20th, 2008 at 7:15 pm
Saya pernah menulis disini pada bulan April lalu. Malangnya sekarang semua yang saya tulis tu sudahpun terlambat. Bangunan telah pun hampir siap. Rumah sampah dah confirm tak ada. Taman kami yang sekangkang kera tu tak lama lagi pasti tiada. Saya menyesal gila beli rumah disini. Majlis Perbandaran Selayang membisu. Rasanya next step saya, nak masuk BPR lah pulak. YB Tan Sri juga sepi. Datuk Subahan Kamal masih belum give-up. Terima kasih kepadanya. Dia contoh pemimpin yang commited.
Dah nasib kami di Andari, Selayang Heights ni. Jalan masuk kami belum tentu hulu hilirnya. Masih macam tu juga. Pemaju langsung tak ambil kisah. Hak pengguna sebenarnya tidak dilindungi. Sakit hati tengok pemaju buka pejabat jualan di merata-rata
termasuk pusat membeli belah.
Dimana lagi rakyat nak mengadu. Dah tak tau nak menggundi siapa lagi. Keciwa…