Mengapa masih miskin?
JADUAL Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hujung minggu lepas amat padat. Tepat jam 12 tengah hari Sabtu, beliau mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Pinang di Dewan Milenium Kepala Batas.
Kesempatan berada di situ, Muhammad singgah di Kampung Telok, Sungai Dua melawat keluarga Zainab Osman. Ibu uzur berusia 73 tahun itu bukan sahaja hidup serba kekurangan malah terpaksa menjaga empat anak cacat yang hanya mampu terbaring.
Dengan bantuan sebanyak RM260 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM250 daripada Pusat Zakat, Zainab menyara makan, pakai anak-anaknya iaitu Zaiton Mohamad, 54; Habsah, 47; Ismail, 46; dan Norlia, 41.
Selesai mendengar luahan Zainab dan menyampaikan serba sedikit sumbangan kepada keluarga berkenaan, Muhammad turun ke penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin di Kampung Cheenam, Nibong Tebal.
Di situ beliau dibawa menjenguk kehidupan penduduk yang masih lagi mendiami rumah asal ketika program tersebut diperkenalkan lebih 10 tahun lalu.
Ketika meninjau penempatan tersebut Muhammad berkongsi keperitan seorang ibu bernama Sabariah yang juga mempunyai seorang anak cacat.
Meniti tangga kayu, mata terpaksa berhati-hati manakala memijak lantai rumah tersebut juga menuntut kesabaran, belum lagi mendongak ke bumbung yang bocor di sana sini.
Di sebalik keinginannya untuk keluar mencari rezeki menampung pembelajaran dua anaknya yang masih menuntut dan seorang daripadanya di Maktab Rendah Sains Mara Kulim, Sabariah terpaksa membatalkan hasratnya.
Semuanya kerana tiada siapa yang dapat menjaga anaknya yang cacat, lantas beliau terpaksa bergantung kepada bantuan Baitulmal sebanyak RM250 manakala RM300 lagi disumbangkan oleh JKM.
Tinjauan singkat itu tidak terhad sekadar berkongsi penderitaan, Muhammad juga dibawa melihat usaha penduduk di situ membangunkan diri dan keluarga termasuk menerusi projek Homestay dan perusahaan baja kompos.
Muhammad kemudian meneruskan misinya ke Sik, Kedah. Destinasi persinggahan beliau kali ini ialah Kampung Kuala Krik yang terletak di Kampung Betong, daerah Jeniri. Beliau memilih untuk bermalam di rumah penghulu kampung tersebut dan keesokan harinya bergotong-royong bersama penduduk kampung.
Kesempatan itu memberi peluang kepada Muhammad menyaksikan sendiri betapa dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini masih ada penduduk kampung yang mendiami rumah usang dan daif.
Kesemuanya itu ternyata memberi kesan mendalam kepada Muhammad yang kini menjadikan agenda turun padang meninjau penduduk miskin setiap tiga minggu sekali.
Ketika ditemui Utusan Malaysia sebaik selesai mengadakan pertemuan dengan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Kompleks Rakan Muda, Baling, Muhammad berjanji pada dirinya untuk meneruskan misi yang telah dimulakan sebaik diberi tanggungjawab menerajui kementerian tersebut.
”Saya melihat hujung sesuatu keadaan yang terjadi. Misalnya apabila saya melihat keadaan anak-anak kita yang terlibat dengan dadah dan salah laku yang lain, ia semestinya datang dari pangkal.
“Ia bermaksud puncanya adalah di peringkat akar umbi, apa sebenarnya yang telah terjadi kepada institusi keluarga yang paling rendah sekali, dan bolehkah kita memperbaiki keadaan ini,” katanya.
Muhamad menarik perhatian mengenai usahanya itu yang juga melibatkan kementerian lain seperti Kementerian Penerangan yang diterajui Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom.
Beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan kementerian tersebut dan berfikir bagaimana caranya untuk menyelesaikan isu-isu tertentu yang nampak ‘hujungnya’ tidak begitu menyenangkan.
Ia termasuk melihat semula fungsi institusi-institusi di peringkat akar umbi seperti masjid, JKKK yang berperanan sebagai membentuk minda masyarakat luar bandar supaya tidak terpengaruh dengan budaya negatif.
Menurut Muhammad, adalah menjadi agenda utamanya untuk turun padang meninjau permasalahan tersebut selain melihat sendiri pembangunan fizikal di kawasan tersebut.
”Saya mahu lihat keadaan rumah mereka, macam mana jalan-jalan kampung, begitu juga dengan taraf hidup mereka.
”Kalau ada kesengsaraan, di tahap mana mereka sengsara dan mengapa boleh jadi begitu daif,” katanya.
Beliau turut menunjukkan sekeping gambar rumah usang dan daif yang menurutnya lebih teruk daripada kandang kambing sambil membangkitkan persoalan bagaimana keadaan itu boleh dibenarkan terjadi.
”Kenapa boleh jadi macam ini, siapa orang yang mendiami rumah ini dan adakah kerana dia berbeza fahaman politik. Kenapa mereka tidak bagi saya laporan tentang kedaifan keluarga itu?” soalnya.
Muhammad memberitahu, lawatannya ke kampung-kampung juga bertujuan melihat sejauh mana kawasan luar bandar telah dilengkapi dengan kemudahan bekalan air dan elektrik.
Kesemuanya itu menurut beliau membantunya membuat keputusan yang lebih baik apabila balik ke pejabat kelak.
Ditanya mengapa masih ada kemiskinan tegar selepas negara 50 tahun merdeka, jawapan Muhammad ringkas, segala-galanya berpunca daripada kealpaan masyarakat.
Katanya, sebagai anggota masyarakat setiap orang sepatutnya berperanan melihat keadaan sekeliling mereka termasuk perihal penduduk miskin.
“Kalau saya seorang doktor yang berasal dari kampung ini misalnya, mengapa tidak setiap enam bulan sekali kita pergi tempat- tempat macam ini, periksa masalah kesihatan penduduk.
“Apa salahnya luangkan masa sehari cari penaja dan berbakti kepada penduduk kampung,” katanya.
Muhammad yakin ada kalangan penduduk Kampung Kuala Krik yang telah berjaya sambil mempersoalkan mengapa kumpulan tersebut tergamak melihat masih ada rumah yang amat daif di kampung itu.
“Ini jelas menunjukkan keprihatinan itu masih tidak ada,” katanya.
Sebab itu, tegas Muhammad, beliau ingin melihat sendiri keadaan di kampung-kampung dan pengalamannya bermalam di Kampung Kuala Krik mengiyakan kebimbangannya tentang budaya kealpaan.
Beliau berkongsi pengalaman melihat sendiri rumah yang hampir roboh dan terdedah kepada bahaya kerana pintu rumah tersebut boleh ditolak begitu sahaja. Begitu juga dengan keadaan tandas yang tidak tertutup rapi sedangkan rumah tersebut turut didiami oleh anak-anak gadis.
“Apabila ada kes rogol kita salahkan polis, sebenarnya kita yang tidak prihatin tentang aspek keselamatan ini.
”Banyak lagi kita boleh jumpa bila kita pergi ke kampung dan kalau kita duduk di atas, kita tak tahu semua ini,” katanya.
Ditanya mengapa kes penduduk miskin tidak mendapat perhatian sedangkan setiap kampung ada JKKK, Kemas selain Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parlimen, Muhammad enggan mengulas lanjut.
Sambil tidak mahu menoleh kekurangan atau kelemahan pihak-pihak lain, Muhammad menegaskan tentang pendekatan baru yang menjadi keutamaan beliau.
Beliau yakin dengan adanya pendekatan turun padang, semua pihak yang berkenaan akan bekerjasama dan memberi perhatian kepada nasib penduduk luar bandar.
”Kita mesti ikhtiar supaya kita sayang orang kita, mesti ada pihak membuat kajian tentang kekurangan ini dan kita akan menangani kelemahan tersebut,” katanya.
Mengenai paras kemiskinan tegar, beliau berkata, ia amat rendah namun baginya ‘angka satu hal, realiti juga satu hal’ dan apabila turun kampung menyaksikan keadaan sebenar ternyata ‘beliau berasa tidak selesa’.
Ditanya sama ada program turun padang itu ada kaitan dengan keputusan pilihan raya baru-baru ini, Muhammad menegaskan prinsipnya sambil berkata: “Semasa menjadi Menteri Besar dulu, ini memang kerja saya, saya sentiasa pergi ke kampung- kampung meninjau masalah rakyat.”
Mengenai pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di lima negeri yang dikuasai pembangkang, Muhammad mengakui wujud cabaran untuk berbuat demikian.
Katanya, untuk menggerakkan masyarakat bukan satu tugas yang mudah umpama menghidupkan enjin di peringkat permulaan.
Tetapi beliau berharap dapat memulakan pergerakan tersebut dan apabila ia mampu bergerak dengan sendiri maka tidak perlu bertungkus-lumus untuk menjayakan sesuatu projek.
Beliau juga menolak andaian bahawa penduduk luar bandar di lima negeri itu akan dibiarkan tanpa pembangunan.
“Kita tidak kira di mana pun, asal ada masyarakat luar bandar kita bertanggungjawab. Dengan adanya program turun padang ini saya dapat melihat sendiri kepayahan rakyat supaya kelak tidak ada siapa yang boleh ‘mengkonon-kononkan’ saya,” katanya.
Selepas seharian di Sik dan Baling, Muhammad mengakhiri program turun padang di Kulim, Kedah dan berjanji akan memantau program pembangunan di kawasan-kawasan yang telah dilawatinya itu.
Oleh NORAINI ABD. RAZAK (Utusan Malaysia 1 Mei 2008)
(Yang mengikuti program turun padang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini)




May 1st, 2008 at 2:36 pm
“Sambil tidak mahu menoleh kekurangan atau kelemahan pihak-pihak lain, Muhammad menegaskan tentang pendekatan baru yang menjadi keutamaan beliau.”
“Ditanya mengapa kes penduduk miskin tidak mendapat perhatian sedangkan setiap kampung ada JKKK, Kemas selain Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parlimen, Muhammad enggan mengulas lanjut.”
Bleh tau tak kenapa engan mengulas lanjut sedangkan kBN memerintah 50 tahun. kenapa sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak kaji pendekatan baru? Please jawap
May 1st, 2008 at 2:42 pm
salam ts,
good job….keep up your good job
May 1st, 2008 at 2:43 pm
thanks to noraini abd razak…
May 1st, 2008 at 3:01 pm
BERITA KOSMO 7-4-2008
KEPALA BATAS,
KISAH PENDUDUK TAGIH BEKALAN AIR BERSIH SEJAK 25 TAHUN LEPAS KENAPA?KES INI TERJADI KEPADA AZMI BIN HASSAN,AHMAD BIN ARSHAD DAN HASSAN BIN DARUS(PEMILIK RUMAH PPRT DIPINGGIRKAN),PERSOALAN SEKARANG KENAPA MEREKA INI DIPINGGIRKAN DAN TERJADI DI PTG KUANG BESAR.
HARAPAN SAYA YG BHG TAN SRI TURUN PADANG KERUMAH SEPERTI NO HP YANG TERTERA DIATAS UNTUK BERMALAM DI RUMAH PAK HASSAN DAN MANDI(AIR PERIGI) DIRUMAH SAYA(AZMI BIN HASSAN)
May 1st, 2008 at 3:57 pm
Kalaulah semua Menteri bersikap mcm TS, (Insyaallah). Kalau TS tahu Bekas Menteri & juga ahli Parlimen yg membuat angkara di Club Havana tuh TS nasihat2xkan lah beliau agar insaf…Kpd TS saya bangga, sebagai ank Selangor saya bangga.
May 1st, 2008 at 4:30 pm
Salam, Sdr Muhammad,
Syabas kerana meluangkan masa menjelajah kampung2 di Kedah, dan melihat sendiri bagaimana orang desa terpinggir dan ketinggalan dari arus kemajuan Malaysia, yang hanya 11 tahun lagi dijangkakan mencapai tahap negara moden. Namun Sdr sendiri tengok masih tebal kedaifan dan kemelaratan orang kita yang kini macam merempat di negara sendiri sedangkan orang bandar yang kebanyakkannya bukan sebangsa dengan sdr ramai yang melaram rumah besar,5,6 biji kereta mewah, 2,3 orang bibik, makan di hotel, setahun 2,3 kali ke luar negara melancong etc.
Kenapa masih ada jurang begini sedangkan kerajaan telah buat macam2 perancangan membasmi kemiskinan, beri macam2 bantuan, insentif, didikan, tubuh berbagai ajensi menangani masalah raayat dan merapatkan jurang perbezaan pendapatan.
Sebabnya hanya satu. Sistem perlaksanaan tidak berfungsi dengan betul. Pegawai2 di jabatan2 yang dipertanggungjawabkan seperti Kementerian Luar Bandar, Pejabat Daerah, dll , alpa dan sebuk dengan mengkaya diri sendiri. Meraka ingkar menjalankan tugas mereka masing2. Dahtu, JKKK, ADUN, Ahli Parlimen pun heboh dengan hal mereka kulu kilir menonjolkan diri masing2.
Jadi, elok juga Sdr merayau sikit tengok sendiri . Dan apabila terjumpa perkara yang tak sepatutnya, sdr soal `on the spot’ aje kepada pegawai2 yang bertanggung jawab. Lepas tu minta progress report tentang pembaikpulihannya.
Apabila sdr buat tinjauan ini, seeloknya tak usah heboh2. pergi aje buat surprise check, baru diaorang terbonggeng. Sdr mesti mencerminkan keseriusan sdr. Bawa sikap `No nonsense’ baru pegawai2 segan dan takut hendak main2. Buat target dan review selalu. Jadi machinery perlaksanaan baru bergerak dengan maju.
Sori, Tan Sri saya berhenti di sini dulu, nak solat. nanti kalau Iada peluang saya akan sambung lagi…
Teruskan dan jayakan tugas Tan Sri…
May 1st, 2008 at 4:53 pm
Salam Tan Sri,
Harap Tan Sri melihat juga para JKKK yang mana sering saya terima maklum balas yang antaranya mengatakan mereka tidak melaksanakan tugas JKKK dengan baik, tidak menyampaikan maklumat kepada penduduk kampung, tidak memantau, tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai JKKK, berkepentingan dengan orang politik untuk menggunakan wang peruntukan yang disalurkan untuk pembangunan.
Pernah dimaklumkan bahawa penama yang diberikan bantuan kerajaan oleh JKKK telah meninggal dunia…… perkara ini disedari oleh anak penama …… sedangkan bantuan tersebut tidak diterima…..kepada siapakah wang tersebut diberikan? Begitu juga dengan rumah PPRT yang diberikan di kalangan saudara mara JKKK itu sendiri…..
Harap masalah ini dapat diselesaikan oleh pihak Tan Sri kerana kepincangan kepimpinan yang sebeginilah yang mengecewakan rakyat….jika blog dikatakan penyebab kekalahan….maka kita tawan semula dengan tindakan menyelesaikan masalah……
May 1st, 2008 at 5:08 pm
assalamualaikum TS..
SAYA CADANGKAN TS tumpukan kepada golongan miskin tegar yang masih banyak di negara kita ni. Biar TS dahulu berjumpa mereka sebelum ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memperbesarkan isu kemiskinan ini…TS, memang betul kerajaan BN telah memerintah lama..kita faham bukan seme kita boleh “kayakan” sekiranya ada diantara mereka tidak mahu berubah..dan sekaranglah masanya bagi kerajaan PR MEMBUKTIKAN YANG MEREKA PERIHATIN KEPADA GOLONGAN MISKIN INI…kerajaan BN telah membantu begitu ramai golongan miskin..yang masih tinggal hanyalah beberapa peratus sahaja lagi..andai jumlah sedikit ini kerajaan PR tidak mampu membantu, maka akan terbuktilah mereka hanya pandai menabur janji..sekian..
semoga TS terus berkhidmat kepada masyarakat…
May 1st, 2008 at 5:14 pm
Heran juga ya mengapa masih miskin. Kalau tengok orang BN yang jadi wakil rakyat tiba-tiba jer kaya raya. Boleh buat rumah macam istana.
May 1st, 2008 at 5:23 pm
assalamualaikum TS..
Memandangkan TS menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, saya inginkan pendapat TS mengenai isu yang saya bangkitkan ini..saya rasa pihak kerajaan lebih tahu apa kehendak kehendak rakyat negara kita berkaitan pembangunan ini,terutamanya selepas PRU12 tempoh hari.
Relevankah lagi wawasan 2020?
Tiba tiba sahaja teringat saya kepada idea Tun Dr Mahathir dulu untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020..terima kasih buat Tun kerana mengilhamkan idea yang begitu bernas kepada keseluruhan rakyat Malaysia.Namun..apa yang ingin saya utarakan disini bukanlah terhadap idea Tun, tetapi apa yang saya rasakan ada kaitannya dengan apa yang berlaku kepada rakyat Malaysia selepas PRU 12 tempoh hari. Setelah memerhati dari jauh..membaca komentar2 mereka yang pelbagai..meneliti halaman halaman blog..membaca akhbar akhbar harian…terlihat pada pandangan saya begitu ramai masyarakat malaysia hari ini sudah tidak mahukan pembangunan..pada mereka apa yang ada pada hari ini sudah cukup buat mereka..apa yang dicanangkan kerajaan hari ini disimpulkan sebagai membazir!!!buang duit rakyat!!pada mereka, tidak payahla koridor sana, koridor sini..tidak payahla ada angkasawan…semuanya membazir duit mereka..kalau itulah kehendak rakyat..eloklah segala perancangan yang dibuat dibatalkan..segala duit yang ada diberi terus kepada rakyat..tidak payahla kerajaan sekarang bersusah payah memikirkan masa hadapan andai rakyat tidak sama memikirkannya..Adakah wawasan 2020 masih relevan??adakah rakyat kita bersedia menghadapi kehidupan yang penuh mencabar, sedangkan banyak lagi perkara yang mereka masih belum mampu menghadapinya..adakah isu isu hari ini tidak akan berlaku ketika negara ini maju kelak?harga barang?harga minyak?kos sara hidup?adakah semua isu ini masih relevan untuk dibincangkan ketika negara ini mencapai taraf negara maju kelak?jika kita hanya fikir hanya kita sahaja yang akan hidup selepas ini..biarlah negara ini seperti 20 atau 30 tahun lepas..tetapi andai kita berfikir bahawa satu hari nanti negara ini bukan hanya untuk kita sahaja, tetapi untuk anak cucu cicit kita..kita akan sedar betapa “pembaziran” duit rakyat hari ini adalah untuk anak cucu kita kelak….wawasan 2020 terletak ditangan kita…anak cucu kita kelaklah yang akan menikmatinya….sama sama lah kita renungkan….
sudi kiranya TS dan saudara saudara lain memberi pendapat.Terima kasih
May 1st, 2008 at 6:25 pm
Salam TS, mp kepala batas PM kan? Kenapa jadi begitu ya???
May 1st, 2008 at 9:12 pm
Miskin merupakan penyakit minda yang sukar diubati. Semua kaum di Malaysia tak terkecuali dari penyakit ini. Si pesakit minda kalau kita lihat di rancangan Bersamamu di TV3 jelas menunjukkan miskin merupakan penyakit minda yang sukar dirawat. Kadangkan satu keluarga mempunyai penyakit ini. Mereka tidak mampu berubah melaikan anak-anak mereka yang sendiri yang mampu bangun dan berusaha memulihkan penyakit keluarga mereka. Itupun kalau anak itu mempunyai minda yang sihat dan mahu berubah. Oleh itu langkah kerajaan sentiasa berusaha berbagai cara untuk mengatasi penyakit ini perlu diteruskan walaupun wujud juga individu yang sihat tetapi mengaku miskin (mereka tak sakit tapi berpura-pura sakit kerana mahukan bantuan kerajaan) Ini terutama puak-puak pembangkang yang berpegang kepada falsafah ‘DUIT KERAJAAN DUIT RAKYAT’ DUIT RAKYAT DUIT KITA; HARTA KERAJAAN BUKAN HAK BN, HAK KERAJAAN HAK RAKYAT, HAK RAKYAT HAK KITA”
inilah yg diguna pakai oleh mereka
May 1st, 2008 at 9:30 pm
Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB kerana blogger ini.walaupun agak payah untuk mendapat kepecayaan atas keberkesanannya saya tetap gembira kerana YB memulakann sesuatu yg mana UMNO patut adakan sejak dulu lagi.komen payah utk disampaikan ke pucuk pimpinan kerana banyak sangat red tape dari pemimpin yg lain.banyak sangat protokol yang nak dijaga dan mood pemimpin bemacam macam.jika YB dapat meneruskan approach sebegini dan bukan hanya sebagai gimik saya percaya kepercayaan rakyat perlahan lahan akan dapat kembali.UMNO yg lepas telah lupa akan bahana tsunami yg mungkin belaku tetapi setiap kali bah setiap kali jugalah pantai berubah.saya beharap bukan hanya pemimpin tertinggi sahaja akan ditandangi tetapi dari peringkat cawangan lagi perlu ada pertandingan dan perubahan.jangan sejarah lepas naib ketua dapat membeli undi berulang lagi.orang yg membeli dan yg dibeli tu sama sahaja.pengkianat.oleh itu mereka yg masih diluar UMNO joint dan be vocal voice out semua yg tak bekenan dihati dan jika kerajaan hendak kita tukar, adalah lebih baik tukar pucuk pimpinan parti kerana UMNO memimpin bukan 1 bahkan 14 parti komponen yg lain.adalah sayang sejarah lebih 50 tahun dimusnahkan.pemimpin itu dipilih bukan diwarisi.mana mungkin pemimpin dapat membeli semua ahli .oleh itu jika pemimpin dapat membeli segelintir ahli sehingga menang itu menunjukkan kesalahan semua ahli lain.tidak pandai menilai pewakilan dan ahli akar umbi tidak pandai memilih ketua cawangan.dan mereka yg diluar tidak pandai memilih wadah pejuangan hanya beteriak menyalak bukit.jika semua yg peka akan nasib bangsa mereka mesti joint dan buat tsunami yg lebih besar dalam UMNO.sekarang tiada pemimpin yg kekal selepas pru12 hanya mereka yg berani berubah.sejarah lepas jadikan tauladan dan sempadan.saya percaya itu.terima kasih
May 1st, 2008 at 9:38 pm
Salam Tan Sri,
Syabas TS, Kelapa makin tua makin lemak, santannye pekat, banyak gunanya. Tempurungnya boleh dibuat ukiran dan kayu api, sabutnya boleh dibuat fibre kusyen kereta dll.
Tan Sri makin tua makin bertenaga dan bersemangat. Apa ilmu Tan Sri?
May 1st, 2008 at 9:59 pm
Tahniah atas keperihatinan TS. Saya setuju, TS perlu buat lawatan mengejut. jangan buat hebahan. Dengan cara ini saja TS dapat tengok hal yang sebenarnya.
TS, nak minta tolong, beritahu Menteri penerangan, jangan batalkan siaran langsung persidangan parlimen kat tv1 tu. Nah sekarang, biarkan rakyat tengok gelagat wakil yang mereka pilih. Rata-rata sekarang, lakonan wakil yang mereka pilih dah terbongkar. Tipu-helah mereka sedikit dah terbongkar.
Jadi, tolong sampaikan hajat kami kat Menteri penerangan. Tolong jangan batalkan siaran langsung. kami nak dengar wakil yang kami pilih ni, mana yang kurang ajar.
May 1st, 2008 at 10:18 pm
A.kum Cik Noraini dan Tan Sri,
1. Macam mana tak miskin sebab yang dah kaya akan terus menambah kekayaan mereka dari masa ke semasa.
2. Saya beri satu contoh. Jika mengikut rekod JPJ sehingga 14.4.08, terdapat seramai 1589 individu dinegara ini yang mempunyai 10 kereta didaftarkan atas nama yang sama? Bagaimana pula yang ada 7, 5 dan 3 buah kereta? Begitu juga bagaimana dengan jumlah dan harga rumah-rumah yang mereka miliki?
3. Oleh itu ikutlah contoh Rasul kita Nabi Muhamad SAW. Bila baginda wafat, baginda tidak ada satu sen pun dalam simpanannya kecuali meninggalkan Quran dan Hadis untuk pedoman hidup kita semua.
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
May 1st, 2008 at 11:00 pm
Walaupun ada yang mengatakan miskin ini satu penyakit yang tidak boleh diubati, itu salah, sebenarnya miskin boleh diubati.
Apa yang perlu dilakukan mereka itu perlu diberi bimbingan,kaunseling, latihan dan motivasi untuk mengubah nasib mereka. Setakat memberikan wang ringgit memang tak lah berubah nasib mereka.
Saya syorkan TS mengumpulkan mereka semua yang miskin itu untuk diberi bimbingan, kaunseling , latihan dan motivasi. Itu adalah amat penting untuk mereka keluar dari kemiskinan mereka. Kalau setakat TS kehulu-kehilir mendengar keluhan mereka tapi tiada tindakan diambil itu dipanggil kerja Politik namanya.
May 1st, 2008 at 11:01 pm
Asslamualaikum Tan Sri
Semoga sentiasa dirahmati Allah. Mengapa rakyat masih miskin. Pujangga pernah berkata “Jangan beri mereka ikan tetapi ajarlah mereka cara mencari ikan”. Insya Allah mereka akan berjaya dan masalah kemiskinan ini akan dapat diatasi…………..
May 1st, 2008 at 11:15 pm
salam tan sri,
melayu miskin ni bukan cerita baru,dasar deb tu dah baik lah sangat untuk melayu,tapi tan sri,percayalah hanya dengan ilmu sahaja kita dapat mengubah nasib kita,kita dah bina petronas,proton,kl tower,klcc,grand prix,putrajaya..tahukah tan sri,di antara 10 architect dunia yang membina klcc satu darinya ialah melayu..tahukah tan sri yang membuat master plan putrajaya tu pun melayu..tahukah tan sri architect sekarang sedang membina 5 tower di dubai,membuat master plan di abu dhabi,membuat master plan di marakesh maghiribi..subhanaallah mereka ni semua makan sambal belacan dan ulam macam kita..panggil lah mereka bagi motivasi sikit kat orang melayu yang tak mau ada ilmu..ni..
tan sri..keprihatinan tan sri yang dari dulu sayang kan melayu..tu adalah satu kejujuran yang datang dari hati nurani…
tahukah tan sri,petronas sedang dan akan membina satu pipeline yang menghubung semua negeri di caspian sea…dan pemimpin kita bertelagah macam budak tak sekolah kat parlimen malu betulll…
minta lah pendekar amin tu jadi pendekar betul baca lah undang2 jadi speaker sapa2 yang melampau tu..suruh je keluar dewan..
muga tan sri…teruskan prihatin dengan bangsa melayu..percayalah satu kita beri kebaikan Allah balas dengan sepuluh kebaikan..
selamat berjuang dengan meningkatkan ilmu dan keikhlasan sejagat.
salam
May 2nd, 2008 at 12:07 am
Tan Sri,
Kampong Sg Pergam di Bagan Datoh, Perak adalah kampong luar bandar yang dikelilingi oleh kawasan estat.
Penduduk telah diberi jalan, tetapi jalanraya kampong itu susah kalau berseliseh kereta. Apakah tak ada perhatian ke dari Kementerian.
Mintalah ICU, JPM bagi peruntukan parlimen buat jalan bagi elok sikit atau kementerian luar bandar sendiri bantu.
Dah ramai yang keluar kota, tapi kampong tetapi macam itu juga, masih mundur. Malahan Datuk Hamidi yang pejabatnya sebelah pejabat Tan Sri itu pun tak pernah tengok, walhal sedara mara dia pun banyak di situ.
Tolonglah Tan Sri.
May 2nd, 2008 at 12:11 am
Satu lagi Tan Sri,
Kemiskinan tidak boleh dibantu orang lain, kecuali orang itu sendiri membantu diri.
Bantuan yang perlu Tan Sri buat ialah gunakan KEMAS, didik orang meskin ini macam mana nak mengurus wang.
kalau nak dikira eset nak jadi kaya berada di depan mata, cuma tak tahu nak urus macam mana menjadi kaya. Misalnya ada tanah, bukankah itu satu dari punca ekonomi, kemudian usaha, bukankah itu juga punca ekonomi. Cuma kalau dah ada dua benda itu, baru diberi modal, maka boleh jadi kaya.
Kalau tak pandai tentang itu, bantu macam mana pun akan jadi miskin juga.
May 2nd, 2008 at 1:53 am
Tahniah TS!Segala usaha TS untuk memberi penerangan kepada umum melalui medium blog amat berkesan.Saya syorkan TS juga add advertisement board pada blog ini.Tentang jadual harian TS.Sekurang-kurangnya pembangkang tahu Menteri macam TS amat prihatin dengan masalah rakyat.Tahniah TS.
May 2nd, 2008 at 2:16 am
salam…
ajal maut, jodoh, rezeki di tangan Tuhan…
ada yang miskin di dunia, akhirat lain pula…
tapi yang kaya di dunia perlulah membantu yg miskin….
tapi sebelum ini kepimpinan BN tidak pernah terlintas hendak melawat golongan miskin…sehingga berkawan dengann yang kaya sahaja…
ada hikmat juga apabila BN ditumpaskan oleh rakyat supaya BN bangun membela rakyat…BN, insya allah akan dibangunkan rakyat apabila pembangkang gagal…
mahatma gandhi pernah berkata- dunia ini ibarat roda..sesekali di bawah, sesekali di atas..
http://malaysialoni.blogspot.com
May 2nd, 2008 at 2:27 am
assalamualaikum…sekadar pandangan peribadi.
masalah kemiskinan tidak mampu untuk di atasi dengan pemberian bantuan berbentuk kewangan semata-mata. Bantuan kewangan hanya memberikan penyelesaian sementara. pihak yang berwajib perlulah memikirkan mekanisme yg lebih berkesan seperti memberikan bantuan dalam bentuk mewujudkan bengkel IKS(industri kecil sederhana).
lagi satu…wakil rakyat ni susah betul nak turun padang. x de majlis memang susah nak pi melawat kawasan. bawa-bawa la turun kawasan. tgk macam mana hidup rakyat. ramai lagi orang susah kat malaysia ni terutamanya kat luar bandar. di tambah dengan kenaikan harga barangan harian yang agak melampau sejak kebelakangan ni. yang sengsaranya orang-orang kecik macam kami ni. kami bukannya mengharapkan wang wakil rakyat… tp cuma mahukan wakil rakyat yang prihatin
May 2nd, 2008 at 3:04 am
Assalamualaikum Tan Sri,
Usaha yang baik… …teruskan..
Salam pengenalan…
Wslm
IbnuJef
May 2nd, 2008 at 6:54 am
selesaikan segera masalah jkkk di negeri kedah,kuala nerang.
May 2nd, 2008 at 8:38 am
miskin adalah satu masalah negara yang maseh belom dapat diselesaikan sehingga sekarang. kita dapat lihat di mana-mana negeri di tanah melayu nie, maseh ada lagi penduduk yang dalam pendapatan yang sangat minima…
walaupon tanah melayu udah merdeka dan udah maju sehinggakan di ibukota kuala lumpur sudah mempunyai bangunan yang tinggi melangit yang memakan beribu-ribu billion..
tapi kita lihat ya di kampung2 pendalaman, maseh ada lagi orang yang miskin… tak cukup makan dan tempat tinggal.
macham mana kita nak jawab semua nie?
May 2nd, 2008 at 9:06 am
i am still wondering lim kit siang want to spend 1 week at my kampung and live like my forefather live life?heheh well I DONT THINK SO!!!!
May 2nd, 2008 at 10:51 am
Assalamualaikum TS
Saya doakan usaha TS berjaya serta mendapat keredhaan Allah swt.
May 2nd, 2008 at 11:44 am
Assalamualaikum TS,
Tahniahlah atas keperihatinan dan kesudian TS turun padang.
Hanya satu yang jadi kemusykilan, kenapa tak bawa wakil rakyat PR untuk bersama-sama menjayakan misi TS ini. Saya masih tidak dapat memahami kaedah pimpinan persekutuan (BN) yang tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR yang baru memerintah negeri.
Saya rasa agak terkilan apabila TS membuat pendekatan turun padang melalui kementerian TS tetapi pada masa yang sama YB di kawasan tersebut tidak dilibatkan.
Apakah tujuan TS ini semata-mata untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN atau memperbetulkan kelemahan kementerian TS?
May 2nd, 2008 at 12:08 pm
tahniah Tan Sri adakan blog dan teruskan program turun padang dan merisek khabar masyarakat tempatan/bawahan. tk
May 2nd, 2008 at 3:19 pm
A’kum TS,
Saya ni tak pandai nak bercakap dan tujuan saya menulis ni adalah untuk kita renungkan bersama demi kebaikan rakyat jelata, bukan untuk nak mengajar sesiapa.
Kita org Islam ni pokok pangkalnya IMAN dan TAQWA. Apa pun yg kita nak buat kalau kita rujuk kpd dua perkara ni dan sifat ALLAH itu Maha Mendengar dan Melihat, insyaALlah, kita akan buat dg hati yg jujur, ikhlas, penuh khusu’ dan tawadhu’. Nawaitu kena betul. Kalau nawaitu jadi pemimpin nak mengkayakan diri dan keluarga, lupakanlah.
Nak jadi kaya bukan tak boleh, tapi cara mcmana nak jadi kaya tu yg mustahak. Kena btul. Pastu bila dah kaya kena tunaikan tggjwb yg ALlah perintahkan.
Masa saya kcik2 dulu arwah mak saya pernah berkata kalau nak jadi pemimpin (wakil rakyat) ni kena kaya dulu. Kenapa bgitu mak? Anak2 bertanya. Sbb bila dah jd pemimpin org tu dah takde masa nak kerja, kena jaga kebajikan rakyat, jd kalau tak kaya, takde harta mcmana nak sara keluarganya? . Mak bapak saya dulu pun kuat amenonya dan kuat kempen. Saya sendiri dan abg2 pun masa pilihanraya tukang bonceng pengundi dg basikal ngatar pegi dan balik TANPA UPAH sesen pun. Bayangkanlah membonceng makcik2 dg jalan yg becak, lekak lekok dan d bawah panas terik matahari. Bukan dekat, dr rumah saya ke pusat mengundi lebihkurang 7 batu! Dlm perjalanan tu turut berkempen agar sume pangkah KAPAL LAYAR, lawannya tentulah pa alif sin! Tp skrg dah terbalik, kalau nak kaya jadilah wakil rakyat. Tu cerita tahun 1960an dulu, zmn Tunku Abd. Rahman (Ku Deghame kata oghe Kelate)
Saya teringat akan mafhum hadith: “setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ALlah tanya apa yg telah kamu lakukan ke atas org yg kamu pimpin (rakyat kamu yg d bawah DUN atau Parlimen kamu)”. ALah a’lam. A’kum.
May 2nd, 2008 at 3:47 pm
Tan Sri,
Saya setuju dgn cara Tan Sri melawat orang2 di kampung. Harapnya Tan Sri dapat melakukannya dgn lebih kerap. Bg saya idea Tan Sri untuk melawat mereka ini mmg bernas dan tepat pada masanya.
Harapan saya semoga Tan Sri dapat memikirkan idea sebernas seperti di atas dalam menaikkan semula martabat UMNO dan BN. Setakat ini, banyak cadangan hanyalah untuk menukar kepimpinan sedia ada. Mungkin Tan Sri ada idea lain yg lebih bernas daripada ini?
Teruskan berfikir!
http://melayubiasa.blogspot.com
May 2nd, 2008 at 4:33 pm
Jangan dengki melihat orang Melayu kaya, sehingga menyatakan “yang kaya terus kaya dan miskin terus miskin” Ini semua ketentuan Allah, Sesiapa yang rajin berusaha akan beroleh kejayaan. Orang miskin tidak boleh sentiasa dibantu dengan wang ringgit, minda mereka perlu dilatih dan diasuh menjadi manusia rajin, rajin bekerja dan rajin mencari rezeki. Orang Melayu yang malas sememangnya miskin. Mereka tak reti nak berfikir macam mana mencari wang untuk hidup. Mereka ini masa kecil dahulu merupakan kanak-kanak yang lembam, slow learner dan lain-lain penyakit seperti kekurangan zat dalam pemakanan. Akhirnya sehingga dewasa otak mereka terus lembab, Yang kaya cuma anak. Rata-rata keluarga Melayu yang miskin hidup mereka mempunyai ramai anak. Oleh itu kita yang kaya kenalah bantu mereka. Hari ini orang-orang kaya Malaysia bermurah hati mengumpul dana untuk disalurkan kepada orang miskin melalui pelbagai bantuan yang dilaksanakan di peringakat sekolah rendah dan menengah. Orang PAS, PKR tahu apa, tahu kutuk orang BN yang kaya saja. Seperti mereka kutuk Allahyarham Dato Z dari Kelang. Saya berbangga kerana beliau berjaya berhijrah dari seorang penjaga gate keretapi sehingga menjadi jutawan Melayu yang dihormati. Hanya puak-puak pembangkang saja yang mahu melihat orang melayu dan pemimpin melayu menjadi miskin.
May 2nd, 2008 at 4:46 pm
PKR BKT Gantang!! saya nak jawab.
miskin adalah satu masalah negara yang maseh belom dapat diselesaikan sehingga sekarang. kita dapat lihat di mana-mana negeri di tanah melayu nie, maseh ada lagi penduduk yang dalam pendapatan yang sangat minima…MACAM MANA NAK SELESAI SETIAP TAHUN KELAHIRAN BERTAMBAH DAN MENJADI INSAN YANG MISKIN SEJAK LAHIR LAGI DITAMBAH DENGAN KEJAHILAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK. MAKA ORANG MELAYU DAN LAIN-LAIN BANGSA AKAN TERUS MENJADI MISKIN.
KALAU BOLEH ORANG MISKIN INI HANYA TIDUR SAJA DAN BANGUN TIDUR ADA MAKAN. TAK ADA BAJU ORANG BELIKAN. NAMA BERUSAHA TIDAK SEKALI. TAMBAHAN LAGI RAMAI ANAK MELAYU TERLIBAT DENGAN NAJIS DADAH, INI AKAN MENJADIKAN MASALAH KEMISKINAN BERTERUSAN
CUBA BACA KISAH INI. ” AKU PERNAH BERBUAL DENGAN SEORANG APEK TUA DARI NEGARA CHINA. DIA KATA DIA DATANG KE MALAYSIA PADA USIA 10 TAHUN. EMAK DIA HANYA BEKALKAN SEKAMPIT BERAS, SEBOTOL KICAP DAN BEBERAPA BIJI BUAH KANA” SETELAH MENETAP DI MALAYSIA DAN BERUMAH TANGGA HINGGA MEMPUNYAI BEBERAPA ORANG CUCU , DIA BEBANGGA KERANA MEMILIKI TANAH KEBUN GETAH SELUAS 100 EKAR, MEMILIKI BEBERAPA BUAH KEDAI DAN JUGA SEBUAH PAWAGAM.
ORANG CINA DAN INDIA SERTA BANGSA BANGSA LAIN SENTIASA BERUSAHA MENCARI REZEKI DAN KEKAYAAN.
DEB BERJAYA MELAHIRKAN JUTAWAN-JUTAWAN MELAYU. INI KERANA MEREKA BERUSAHA. RAMAI ORANG-ORANG PAS DI BUKIT GANTANG TELAH BERJAYA MENJADI USAHAWAN BERJAYA KERANA KERAJAAN BN TIDAK MENYEKAT PELUANG MEREKA UNTUK BERUSAHA.
SO FIKIR LAH KEMBALI PKR BUKIT GANTANG AKAN KEJAYAAN ORANG LAIN. JANGAN NAMPAK YANG NEGATIF SAHAJA
walaupon tanah melayu udah merdeka dan udah maju sehinggakan di ibukota kuala lumpur sudah mempunyai bangunan yang tinggi melangit yang memakan beribu-ribu billion..
tapi kita lihat ya di kampung2 pendalaman, maseh ada lagi orang yang miskin… tak cukup makan dan tempat tinggal.
macham mana kita nak jawab semua nie?
May 2nd, 2008 at 8:10 pm
Salam TS & Bloggers,
Sekadar Buah Fikiran……..!
Bantuan RM adalah satu kaedah melegakan emosi kemiskinan, tetapi apa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan? Menuding jari dan menyalahkan pihak lain bukan penyelesaian!
Cadangan 1.
Mana graduan2 dari kalangan penduduk kampung yang telah berjaya mengenggam segulung ijazah dari subsidi kerajaan? Mereka wajib membayar semula kepada masyarakat setempat dengan melaksanakan “Tanggungjawab Sosial”.
Contoh kaedah yang paling mudah…… 10 org siswazah yg telah berkerja dgn pendapatan lebih RM2000 menyumbang RM50 dari gaji bersamaan RM500. RM100 untuk 1 keluarga daif atau bermasalah sebulan, maksudnya 5 keluarga telah dibantu…. Jgn hanya berfikir untuk tukar telefon baru, kereta nak besar dan sombong dgn org kampung! Hutang sosial pun kena bayar tau….. Tanggungjawab tu! Macam bayar Hutang PTPTL.
Cadangan 2.
Ketua Kampung / Penghulu & Orang Besar Kampung jgn la pilih bulu bila nak salurkan peruntukan kerajaan kpd akar umbi… kalau layak bagi la! jgn pulak yang sihat segar bugar ada kereta dapat peruntukan fakir miskin, tapi yang sakit buasir contohnya ada motosikal buruk tak layak pulak…!
Bila budak2 siswazah balik kampung nak tolong bantu masyarakat, di jeling pulak….. (perasaannya takut kena rampas kuasa!) Bagi idea tak nak dengar, sebagai kesimpulannya mereka yang berilmu ni ambik pendekatan biorlah! kan ketua kampung ada……. tahulah dia selesaikan masalah kampung ni…. selepas itu TS datang melawat kampung terkejut tengok tahap kemiskinan org kampung… TS kalang-kabut nak selesaikan masalah masyarakat, Orang Jabatan & Ketua2 Berkenaan pulak panas punggung… Bila diorang naik angin yang jadi mangsa siapa? kalau tak orang-orang yang daif dan bermasalah tadi….! Apa diaorang boleh herdik? contoh! “Tu lah! korang punya pasal aku kena tabur oleh TS…..!”.
Cadangan 3.
Berikan mereka bantuan yang boleh meningkatkan taraf hidup atau keluar dari belenggu kemiskinan contohnya. Bagi peruntukan membela lintah dan makanan lintah, kemudian ada pihak yang dilantik membeli balik lintah tu… jadi peserta macam pekerja yang berkerja dari rumah la konsepnya. Bila diorang dah pandai dan ada simpanan RM boleh lah diorang jadi usahawan lintah.
Salam kemajuan untuk semua rakyat Malaysia!!!
Pemerhati Kampung
May 3rd, 2008 at 12:06 am
Selamat malam. Saya mai lagi.
Ada orang tanya kenapa tak bawa orang PR dalam lawatan Ts. jawapannya senang, mereka kan ada idea sendiri? mengapa nak tiru BN yang mereka kutuk selama ini? Guna idea sendiri senang cerita.
May 3rd, 2008 at 12:48 am
Rujuk kpd komen naj:
Saya setuju dgn saudara, usaha tangga kejayaan/kekayaan..cuma, bg setengah kes kita kena percaya kpd qada’ dan qadar Allah juga.. ada yg dijadikan miskin dan ada yg dijadikan kaya… yg kaya disuruh membantu yg miskin.. yg miskin disuruh berusaha jgn harap bantuan saja.. ada setengah usaha memerlukan bantuan spt kewangan dan sbgnya.. disitulah org kaya boleh bantu orang miskin..
Betul pasal cite cina tu…tp di Malaysia ni sikap org Cina yg saling membantu sesama mrk yg sebenarnya penggerak kpd kejayaan mereka… org Melayu saling cantas dan ada yg ambil untung tgh jalan… bantuan tak sampai ke golongan sasar.. atau pun kpd kelompok ahli parti saja.. org cina tak ada semua tu… parti lain tp tetap sama cina.. kita musuhi org melayu parti lain lebih dari bangsa lain.. sebab tak tolong kita nak dapat jawatan..paspot kpd kekayaan…tak yah nafi lah…
Aku ada cite juga pasal foodcourt kat puchong, MPSJ yg dirikan. Org Melayu yg dari dulu niaga tepi jln kat situ tak dapat lot tu… yg dapat tak tau sapa..masa apply kecoh nak t/tangan yb la, ketua cawangan la, macam2 la termasuk kriteria parti pun ambil kira…bila dapat sewakan kat melayu lain dgn sewa tinggi…dua tiga bulan lingkup tak mampu bayar sewa..yg berniaga tepi jalan selalu kena kompaun MPSJ… skrg ni tah kompeni mana ambil alih semua…yg melayu tetap niaga tepi jalan… tak hairan kenapa masih miskin… jgn hipokrit atau cari alasan lain… sudahlah… mcm buat2 tak tahu sendiri punya salah…
May 3rd, 2008 at 2:00 am
Salam Tan Sri…sebagai orang yang dibesarkan dikampung saya sedar dan amat memahami apa yang berlaku di kampung…di sini saya ingin nyatakan sedikit pandangan.
Bagi memajukan orang kampung yang daif masalah utama yang menjadi kengkangan berkaitan modal bagi memulakan sesatu perniagaan atau pertanian.
Pada hemat saya ilmu dan pengalan bukan menjadi soal utama kerana sekarang ramai anak-anak muda yang berasal daripada kampung berjaya dan mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang.
Mengapa tidak kerajaan melalui Kementerian yang diterajui Tan Sri mengalakkan anak-anak muda yang berjaya ini untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di kampung.
Cadangan saya mengapa tidak kumpulkan golongan cerdik pandai ini bagi menguruskan sebarang aktiviti pertanian moden atau sebarang perniagaan dengan menubuhkan koperasi atau berkelompok. Dalam koperasi itu sertakan juga golongan miskin ini bagi meningkatkan taraf mereka dengan cara usaha sama@memberikan mereka pekerjaan@cara perkongsian keuntungan. Saya percaya ramai golongan terpelajar yang sanggup berganding bahu membantu golongan miskin.
Apa yang menjadi masalah sekarang golongan terpelajar ini juga tidak mempunyai modal bagi memulakan langkah membantu golongan miskin.
Cuba Tan Sri renungkan berapa ramai lagikah golongan terpelajar yang masih mengangur?
Tidakkah mereka ini berguna untuk membantu golongan miskin di kampung? Dan lihat juga kebaikan yang bakal diperolehi kepada kedua-dua pihak.
Saya percaya biarpun graduan-graduan ini baru mendapat segulung ijazah mereka masih mampu membantu dan membangunkan ekonomi keluarga miskin di kampung asalkan diberi modal bagi memulakan sesuatu dan agensi berkaitan seperti Mardi, Mada, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan… memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.
Pada hemat saya juga masalah tanah juga bukan isu utama kerana umum mengetahui kebanyakkkan orang kampung memiliki tanah…jadi mengapa tidak tanah mereka ini diusahakan dengan pertanian atau penternakan cara moden dengan bantuan golongan yang terpelajar.
Secara tidak langsung ini juga dapat mengurangkan kadar eksport atau pergantungan kita terhadap negara asing jika sektor pertanian dan pnternakan ini dimajukan.
Pada saya tidak ada sektor lain yang dapat dimajukan di kawasan kampung kecuali pertanian dan penternakan. Bukan menidakkan sektor indstri tetapi jika boleh sekalipun ia memerlukan masa yang lebih panjang dan lebih berliku.Mungkin ketika itu parti kebanggaan orang Melayu tidak wujud lagi.Mungkin.
Saya percaya melalui cara ini belenggu kemiskinan dapat diatasi dengan lebih cepat. Pada saya biarlah golongan miskin ini diberi `jala untuk menangkap ikan…bukan dengan cara memberi ikan setiap masa…sampai bila kerajaan mampu memberikan `ikan’ kepada golongan ini.
Harapan saya juga lawatan Tan Sri ke kampung-kampung juga bukan sekadar melihat kesusahan yang dialami mereka tetapi lakukan sesuatu bagi membantu mereka keluar daripada kepompong dan lingkaran yang boleh `merosakkan masyarakat’.
TQVM
May 3rd, 2008 at 5:12 am
Salam….
Penulis berasa amat terpegun apabila TS sanggup turun ke padang serta tinggal bersama melihat kedaifan rakyat miskin walaupun TS berstatus menteri. Syabas diucapkan!!!!!!! Penulis juga amat terharu melihat betapa ramainya rakyat melayu yang masih hidup di bawah kedaifan dan serba kekurangan. Persoalannya yg ingin penulis timbulkan disini, mengapakah baru sekarang TS sedar betapa ramainya Melayu yg beragama Islam masih lagi hidup di bawah taraf kemiskinan sedangkan sebelum kekalahan BN pada PRU 12, pernahkah TS, menteri2 UMNO ataupun ketua2 UMNO membuat kenyataan sebegini???? Apakah ianya hanya sekadar ‘Political Gimmics’ ataupun satu kenyataan yg benar2 ikhlas dari seorang pemimpin seperti TS?? Wallahu A’lam….. Namun secara peribadi, penlis melihat ianya sekadar satu kenyataan yg cuba menagih simpati dan meraih sokongan demi mendapatkan undi untuk PRU 13 kelak.
Jika TS terfikir betapa ramai Melayu yang hidup dalam serba kedaifan, sudah tentu TS pernah terfikir betapa ramainya golongan ‘UMNONIAN’ yang kaya raya serta hidup dalam penuh kemewahan dan kekayaan melimpah ruah sedangkan hanya mempunyai jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan???? Berapa ramai ‘UMNONIAN’ yang memperkayakan golongan Cina hanya sekadar menjadi ALI BABA kepada projek-projek yang diberikan??? Penulis pernah mengenali seorang bekas Ketua UMNO Bahagian, seorang kontraktor kelas A, namun syarikat beliau tidak mempunyai seorang pun quatity surveyor atau juru ukur bahan sedangkan projek yang beliau dapat bernilai berjuta-juta RM??????
Apakah DEB yang sering dilaung-laungkan oleh UMNO benar2 berjaya, atau adakah UMNO benar2 berjaya membela nasib Melayu selama ini??? Adakah PM benar2 berjaya membela nasib Melayu secara umumnya sedangkan di kawasan beliau sendiri terdapat ramai Melayu yang hidup dalam serba kedaifan???
Teringat penulis ketika Pilihanraya Kecil di Pasir Panjang, Kelantan, PM merasa amat simpati dengan kemiskinan di Kelantan khususnya di Pasir Mas. Maka ramai lah orang-orang UMNO yang lain turut memberi komen, termasuklah Menteri Besar Kedah ketika itu, DS Mahdzir Khalid,bekas MB Perak DS Tajol Rosli serta MB Johor mengatakan bahawa UMNO sahajalah yang mampu membawa pembangunan serta kemajuan di tiap2 kawasan seluruh Malaysia. Sebagai seorang Ketua Penerangan Pusat berstatus menteri, akuilah TS bahawa Melayu miskin disebabkan UMNO. Melayu tidak pernah berpecah, yang berpecah hanyalah UMNO.
Wallahu A’lam Bis Sawab…………….
May 3rd, 2008 at 10:38 am
Wah, TS masuk tv9 dalam rancangan Nasi Lemak, Kopi O. Tahniah kerana memberikan penerangan tentang kementerian yang TS terajui.
May 3rd, 2008 at 1:42 pm
PENIAGA BURGER DAN SEVEN ELEVEN
Saya ingin bawa isu ini untuk sama-sama kita renungkan. Peribahasa Melayu berbunyi “DIMANA ADA GULA DISITU ADA SEMUT ” hari ini satu lagi peribahasa Melayu (betul ker peribahasa? atau simpulan bahasa) “DIMANA ADA SEVEN ELEVEN DISITU ADA GERAI BURGER BUDAK MELAYU”.
Sikap ingin menceburi perniagaan ini amat baik sekali. Sekurang-kurangnya remaja -remaja ini dapat belajar selok belok perniagaan dan pandai mencari wang, kerana 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. mereka juga akhirnya berjaya memiliki kereta-kereta proton satria, proton putera dan pelbagai lagi mengikut pilihan mereka.
Cuma satu perkara yang tak elok ialah sikap mereka yang kadang kala pengotor dalam penyediaan hidangan mereka, seperti merokok sambil memasak daging, tidak mencuci tangan selepas memegang benda-benda yang boleh dianggap kotor dan berbakteria.
Seperkara lagi yang kurang elok ialah rakan-rakan peniaga burger ini akan menjadikan kawasan parking depan kedai seven eleven tempat parking motosikal dan tempat berlonggok mereka sehingga mengganggu keselesaan pelanggan-pelanggan 7eleven.
Pihak pengurusan 7eleven tidak ada hak untuk menegur mereka kerana mereka biasanya akan berniaga di sebelah kedai 7eleven. yang ditutup pada sebelam malam.
Satu lagi, rata-rata kita pergi kita akan dapat lihat peniaga burger ini ialah orang melayu. Hanya sekali saya melihat remaja cina berniaga iaitu di Jalan Leith( kalau tak silap ) Pulau Pinang mereka bukan berniaga di depan 7eleven tetapi depan sebuah pub dan bistro yang ada bed and breakfast. dan pelanggan nya ialah mat saleh yg menginap di situ.
bersambung tk.
May 4th, 2008 at 8:03 am
UMNOIAN?
Satu istilah baru. Adalah tidak benar sama sekali tuduhan liar sebegitu. Itu adalah tuduhan biasa yang lama dah didendangkan oleh PAS. Ramai ketua-ketua cawangan UMNO tak kaya pun, pakai kereta buruk saja, atau kehuli kehilir dengan motor cabuk saja, Yang nampak kaya sebab mereka mempunyai lesen perniagaan dan berniaga? ada dapat lesen kontraktor kelas F, permit lori , permit dapur arang dan sebagainya,
Kalau yang kaya tu sebab mereka sudah kaya. mereka tahu cara-cara nak menjadi kaya, hari ini saya biasa tgk anak-anak muda sambil duduk lepak kat Kopitiam dengan komputer riba saja duit masuk beribu-ribu. hidup mewah tanpa kerja yang teruk, sebab mereka main saham. tak tahulah saham tu saham betul atau saham tak betul.
Berbalik kepada UMNOnian tadi(Hairidin). Di Malaysia sudah tertulis begitu, Kita dijajah 500 tahun. Bila merdeka negara kita ada Cina dan India. Kita tidak boleh lari dari hakikat ini. Orang Cina amat penting dalam kehidupan Melayu. Orang India juga penting dalam selesaan orang Melayu. Orang Pakistan dan Benggali juga memainkan peranan besar dalam jiwa Melayu Begitu juga bangsa Melayu di Malayisa. Kalau tak ada Melayu semua kaun tadi tidak akan berhijrah ke Malaysia.
Tanpa Penjajahan dan penghijarah mereka Malaysia mungkin tidak di panggil Malaysia. entah apa-apa nama agaknya. Dan tanpa semua elemen di atas tak akan wujud Bangunan Sultan Abdul Samad, Petronas Twin Tower dan segala macam pembanguna lagi. Dengan adanya mereka tak akan ada jalan raya berturap sehebat ini.
Tak ada mereka perut orang Melayu semua nya kepis dan kering. anak-anak kecil pula buncit kerana cacing.
jangan cakap soal alibaba mari kita sembang kegiatan ekonomi orang melayu.
sejak berpuluh tahun sudah orang melayu kampung hari-hari ke pekan beli sayur dan ikan . soalnya siapa yang jual sayur, siapa yang tanam sayur.
Orang Melayu mempunyai tanah luas di kampung tapi dibiar menjadi hutan. Nak makan sayur kailan pun beli kat Cina. Siapa tanam kailan, jawabnya Apek tua yang datang dari Tongsan. Nak makan Kicap? siapa buat…Apek cina dari Hainan yang buat. Nak makan Tauge, tauhu dan pucuk, siapa buat, orang kampung buat? tidakkk…keluarga Ah Kong yg datang dari Kaoushiong yang buat. Ikan tenggiri yang melayu makan,siapa yang tangkap? Cina Ah hai dari Kuala Kurau yang tangkap. Siapa yang jual ikan di market. Nyonya Si Chuan yang jual. Orang melayu hanya datang naik basikal atau motor ke market untuk beli ikan dan sayur, Harus diingat basikal dan motor hondacub tu pun Boon Siew yang buat. Curut dan rokok yang dihisap oleh Pak Cik Kordi yang ke market tu pun Cina Lon Hai kat pekan yang buat, Mancis cap King Kong pun Cina Ah Tiak yang buat.
Jalan raya dari kampung sampai ke market ikan pun di asaskan oleh penjajah Inggeris dahulu yang pekerja-pekerja nya adalah dari kaum India. selepas balik dari market singgah pula di kedai kopi. minum secawan kopi dan sekeping roti canai, nak balik beli keropok dan sebuku roti paun untuk isteri dan anak-anak dirumah. siapa buat semua tu.
singgah di kedai runcit Ah Seng beli rempah, gula, belacan, beras, dan macam2 lagi, cuba lihat siapa yang buat ? contohnya rempah babas ker , tarbus ker, siapa buat?
Mak Nagah atau Pak Ngah tadi tu tak kira lagi baju , kain , seluar, kasut dan talipinggang atau beg tangan. siapa buat?? di rumah dia pula, Almari, meja makan, katil, segala macam benda dalam rumah siapa buat dan siapa jual. Mak ngah pula.. bedak celak, manik yang dipakai siapa yang buat dan siapa yg jual. itulah wujudnya gurindam ini( BEDAH CELAK KAIN MANEK KURAN
KALAU TAK ADA SEMUA KAUM DI ATAS ORANG MELAYU HIDUP TIDAK SESELASA HARI INI. ORANG MELAYU AKAN PAKAI CAWAT DAUN KAYU , PAGI-PAGI BERLONGGOK DEKAT API MAKAN UBI KAYU BAKAR, MASUK HUTAN CARI POKOK KAYU UNTUK MAKAN DAN HAIWAN BURUAN.
Tanpa Pameswara dan Pedagang Arab yang membawa agama Islam, Orang Melayu akan terus menyembah tonggul-tunggul kayu , menjadii Pagan
Oleh itu kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini. bab alibaba pulak. Kalau Ahmad yang ada lesen kontraktor binaan Kelas F atau lesen kontraktor bekalan dan perkhidmatan tentulah tugas dia mencari kontrak-kontrak baru, dan kalau dah dapat mestilah dia mencari pembina dan pembekal, oleh kerana semua kontraktor dan pembekal tu cina mestilah En Ahmad akan mendapat kan bekalan perkhidmatan dari mereka, tak lah semua En Ahmad nak buat semua.. nak cari kontraktor binaan Melayu? ada dan boleh.. tapi tahap pembuatan amat buruk sekali. sebab tu En Ahmad cari Apek Cina juga,.
Orang Melayu ni bukan nya reti buat rumah batu atau projek-projek besar, nak baca pelan pun tak reti, Nak harap penganggur siswazah jurusan jurutera awam datang tolong? jangan haraplah. mereka tak minat, Mereka nak cari kerja yang boleh duduk dalam pejabat berhawa dingin dengan bertali leher dan blazer.
Siswazah penggangur Melayu pun satu hal. Hanya mengharapkan kerja dengan kerajaan semata-mata. tak reti nak cari kerja sendiri. Ini sama lah juga dengan membuka perniagaan sendiri seperti perladangan, kontraktor binaaan atau bermacam-macam lagi., Orang Cina dan India atau kaum-kaum lain yang keluar dari Universiti tidak sama dengan sikap siswazah melayu. mereka menjadikan ilmu yang ditimba di univerisiti sebagai tiket untuk berdikari dan menceburi pelbagai bidang. tidak seperti melayu masih mengharapkan sesuatu subsidi dari kerjaan. dah tu. kalau dapat jadi guru KPLI atau JQAF bukan nak ucap terima kasih Pak Lah teapi bawa bendera pembangkang masa pilihan raya.
May 4th, 2008 at 2:00 pm
ASSALAMUALAIKUM TS,
LAMA TAK DENGAR KHABAR…..BAGAIMANA SITUASI PLB BUAT MASA INI BOLEH KAMI DAPATKAN GAMBARAN TERKINI,HARAP SANGAT…
May 4th, 2008 at 2:10 pm
Muliakan lah tugas seorang wakil rakyat dgn mendekati mereka.. Moga ada selesaian kroniknya kedaifan bangsa.. berjuanglah dgn IKHLAS dan AMANAH.. moga ALLAH bersama TS Muhamad.. tp jgn lupa.. jgn salah guna wang kementerian utk ketua2 kg dan JKKK yg resign tu.. Teruskan usaha mulia TS utk mendekati masaalah bangsa.. bravo
May 4th, 2008 at 8:38 pm
Saya harap ianya dapat diluluskan.
Tahniah kepada kumpulan permuafakatan melayu yang telah mengadakan persidangan di Johor selama tiga hari bermula Jumaat. Adalah diharapkan, melayu akan bangun dari tidur dan janganlah dengan begitu mudah berkorban apa sahaja sehingga maruah dan hak-hak tergadai. Ke mana melayu nak pergi jika kampung halaman sudah tergadai pada orang lain?
Kepada Umno, baliklah ke pangkal. Masih belum tersesat jauh. Kembalilah ke jalan agama. Jika ada hak rakyat yang diambil, pulang balik.
Sekian.
May 4th, 2008 at 9:50 pm
Assalamualaikum Tan Sri
Merujuk kepada Akbar Berita Minggu 4 Mei 2008/Ahad
PROJEK MISKIN SIFAR DIUTAMA
Pelaksanaan projek ini hanya di kawasan luar bandar bagamana pula untuk rakyat di bandar. Bukankah berdasarkan pilihanraya yang lalu undi merosot di kawasan bandar. Sepatutnya kerajaan membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup di bandar supaya tidak di bebani dengan caj/bayaran yang terlalu banyak seperti bayaran cukai pintu, indah water dan berbagai-bagai bayaran dimana kadang-kadang gaji bulanan sebahagian besarnya digunakan untuk bayar bil dan cukai. Minta maaflah mungkin pembangunan di bandar ini bukan di bawah kementerian Tan Sri dan saya tak pasti kebajikan rakyat di bandar di bawah ADUN, Ahli Parlimen atau Majlis Berkuasa Tempatan…..di mana aduan harus dikemukakan
May 4th, 2008 at 11:24 pm
Kenapa masih miskin? Sebab 90% peruntukan negara masih bocor kepada sekumpulan kecil. TS, orang Melayu hanya ada kekuatan politik sahaja di Malaysia, tiada kekuatan ekonomi. Kalau besok Melayu kehilangan kuasa politik, semua terus lingkup. Kenapa tidak guna kekayaan negara untuk mengajar dan menguatkan kuasa eknomi orang Melayu. Jika kuasa politik sudah tiada, tidak mengapa. Orang Melayu sudah pandai berdikari. Sekarang soalan sudah terjawab. Tindakan anda TS.
May 5th, 2008 at 12:33 am
Syabas YB TS MMT.
Pemimpin yang berjiwa rakyat dan turun padang inilah yang dikehendaki oleh masyarakat kita. Kalau ini yang dibuat oleh semua wakil rakyat sebelum ini saya percaya BN masih lagi mempunyai kuasa yang besar seperti 2004. Oleh kerana pemimpin tidak menyelami masalah rakyat maka hanyutlah 5+1 negeri kepada pembangkang dan BN tiada majoriti dua pertiga.
Satu lagi YB TS MMT perlu melihat dan membuat perubahan dalam KEMAS yang mana mereka terutamanya penyelia kawasan lebih melindungi wakil rakyat yang memberi mereka projek pembangunan KEMAS. Mereka membuat laporan wakil rakyat mereka masih relevan dan mendapat sokongan dan mengistiharkan kawasan mereka putih sedangkan tidak lagi relevan dan dibenci masyarakat kerana wakil rakyat mereka telah menjadi wakil kerajaan dan menjaga kepentingan pemimpin atasan.
Masalah-masalah rakyat dan luahan mereka sampai kepejabat sahaja tiada penyelesaian. Pegawai dan penyelia KEMAS sibuk mengejar projek dari membantu masyarakat. Sibuk menjaga kedudukan dalam politik daripada menjaga masyarakat. Bukan mereka tidak boleh mencari pendapatan yang lebih dan berpolitik tetapi kena beranilah membuat laporan yang betul berkenaan perangai wakil rakyat yang menysahkan rakyat.
Kami di Gombak lagi merana kerana kedudukan kami dipinggir bandar maka kami tidak dikira bandar dan juga tidak dikira kampung sedangkan masih ramai lagi orang susah dan tidak mempunyai rumah. Duait gaji habis membayar rumah orang lain dan digunakan untuk pengangkutan serta makan-minum yang mahal.
Fikir-fikirkan YB TS MMT
May 5th, 2008 at 12:41 pm
assalamualaikum tan sri
tahniah atas usaha ts ini
rakyat yang miskin biasanya kurang faham atau tidak mendapat peluang yang baik. saya rasa rakyat miskin juga cerdik dan pandai mencari peluang. hanya mungkin masalah birokrasi yang menyebabkan usaha mereka tidak tercapai.
rakyat miskin sebenarnya perlu diberi ilmu dan panduan bagaimana mereka boleh melepaskan diri dari belenggu kemiskinan.
harap ts dapat didik orang-orang dalam jabatan yang selalu berurusan dengan rakyat miskin ini. beritahu mereka tentang tanggungjawab yang dipikul itu akan menjadi beban diakhirat dan menjadi penyebab untuk masuk ke nereka.
selagi mereka tidak takut Tuhan selagi itulah apa juga yang dirancang tidak akan berhasil. dan sehingga bila pun UMNO tidak akan dapat menawan kembali kepercayaan rakyat.
(takut nanti Islam hanya tinggal nama, macam negara jordan, nama Islam tapi agama kristian)
saya rasa ts lebih faham dengan masalah ini kerana ts orang lama yang bermula dari bawah dan tahu apa yang berlaku dalam setiap peringkat/pangkat sama ada dalam jabatan kerajaan atau UMNO itu sendiri.
berharap sangat agar ts respon dengan tulisan saya ini dan dapat berbincang dengan ts tentang apa yang harus dilaksaknakan untuk memastikan PRU 13 memihak kepada BN.
ts boleh hubungi saya di 013-3614376 atau layari http://www.tabibmuda.com.
terimakasih ts kerana sudi membaca tulisan ini
May 5th, 2008 at 1:00 pm
UMNO dengan gahnya mendabik dada bahawa cuma mereka sahaja yang memperjuangkan nasib orang Melayu. Gamaknya, yang dimaksudkan slogan itu ialah orang Melayu yang miskin. Setelah 50 tahun merdeka, masih ada lagi berita disana sini bahawa ada orang Melayu yang masih miskin tegar! Dimana silapnya?
1) Kalau UMNO sedar, perjuangan parti itu untuk mengubah sosio ekonomi orang Melayu ke tahap yang setara dengan kaum lain, maka mungkin kita akan dapati pada masa ini keseluruhan hidup serta ekonomi lebih kurang 12 juta orang Melayu akan meningkat berbanding 50 tahun dahulu. Mana silapnya?
2) Sehingga ke hari ini, berapa kerat orang Melayu sudah jadi jutawan berbanding yang masih hidup penuh kedhaifan? Mana angkanya?
3) Bila rakyat bersuara NEP tidak diperlukan lagi. Apa strategi UMNO untuk menyakinkan orang Melayu tidak lagi dipinggirkan? Mana formulanya?
4) UMNO tak usah nak beralasan dengan perjuangan yang tak habis, kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu. Ini satu sandiwara untuk mengkayakan kroni dan juga orang tertentu dalam UMNO. Orang Melayu yang diluar UMNO masih jauh merempat dari yang di dalam UMNO. Cubalah tengok TV. Mana UMNO sebagai pembela nusa bangsa?
Mana sajak PAK Lah?
May 5th, 2008 at 2:58 pm
Alhamdulillah..saya memang respect kat Tan Sri semasa Tan Sri jadi menteri besar dulu sampailer skrg ni..teruskan perjuangan Tan Sri membela nasib orang orang melayu..saya doakan Tan Sri sentiasa dilindungi oleh tuhan.
May 5th, 2008 at 4:16 pm
jgn la nak bangkit persoalan kenapa baru sekarang nak ambil tahu…kenapa dahulu buat tak tahu…at least masalah ini telah dapat perhatian dan kita tunggu apa tindakan pihak berkenaan..baru bole kita buat penilaian..walaupon sekarang baru nak ambil tahu at least ade kemajuan…tunggu dan lihat..tahniah..keep it up…kami hargai
May 6th, 2008 at 6:20 am
No Speak english perlu banyak membaca, menglihat mengkaji dan bukan mengeluarkan tudukan secara penuh emosi itu, kemiskinan perlu dilihat dari pelbagai sudut. Saya nak tanya anda apakah perjuagan PAS untuk meningkatkan ekonomi Melayu di Kelantan? tak ada…Berapa banyak gerai peniagaan dan projek perumahan rakyat yang telah dibina untuk keselesaan rakyat. berapa banyak pusat latihan untuk memajukan rakyat.?? tak ada. Yang ada kuliah agama berbentuk politik setiap minggu dan setiap bulan adalah.
Ingat ! bila sebut pemimpin anda juga adalah pemimpin didunia ini. jagalah anak cucu anda agar anak cucu anda tidak kencing di atas kubur anda kerana gagal membina jiwa mereka sekiranya anak cucu anda miskin , menjadi penagih dadah, menagih gam, (termasuk menghisp rokok) menjadi kaki judi, perasuah dan sebagainya,
kepimpinan bermula dari diri anda.
May 6th, 2008 at 9:05 am
Akum,Selamat dtg ke “alam blog” TS update!Agenda Road Tour TS menjelajah “mencari” org miskin amat dibanggakan.Mungkin Road Tour ini sehebat Kembara Johor yangmana pengisiannya utk membasmi kemiskinan wajar dilaksanakan memandangkan kebanyakan yg miskin dtg dari bangsa kita!Saya ingin cadangkan diwujudkan “database collection” untuk merangka,mengumpul dan membasmi kemiskinan tegar” di kalangan anak bangsa ygmana database” ini boleh digunapakai serta dipelbagai penggunaannya.”Database” ini juga sewajarnya diselarikan dgn Tour” yg TS lawati dalam bentuk peta digital.Oleh itu kawasan2 yg telah TS lawati dpt kita “review” bersama.Bagaimana jika kami ingin menyertai Road Tour Insan” ini?Muga dpt kita sama2 menjayakannya.
May 6th, 2008 at 9:44 am
Guru bersila, murid meniarap di SABAH.
KOTA KINABALU 5 Mei - Kementerian Pelajaran diminta segera bertindak mengatasi kedaifan kemudahan di beberapa sekolah di Kalabakan, berikutan ada murid yang terpaksa meniarap semasa belajar kerana ketiadaan kerusi dan meja.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, suasana pembelajaran murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kalabakan itu amat menyedihkan dalam arus kemajuan pendidikan negara hari ini.
Menurut beliau, selain murid yang terpaksa meniarap, guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut juga terpaksa bersila kerana ketiadaan kemudahan asas itu.
“Sekolah ini tidaklah terlalu jauh di pedalaman, hanya kira-kira 60 kilometer dari bandar Tawau, tetapi tidak tahu di mana silapnya apabila kebajikan mereka diabaikan.
“Keadaan ini amat merunsingkan saya sebagai wakil rakyat. Apakah ini generasi yang mahu kita lahirkan sebagai pemimpin akan datang,” katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Hamisa yang juga Ketua UMNO Wanita Bahagian Kalabakan berkata, selain murid tahun satu itu, beliau juga melihat sendiri bagaimana pelajar tahun empat sekolah yang sama menulis beralaskan paha kerana hanya mempunyai kemudahan kerusi.
Katanya, hasil lawatan ke sekolah tersebut pada Mac lalu itu juga, beliau difahamkan pihak sekolah telah mengemukakan masalah tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri tetapi tidak ada tindakan yang diambil.
Beliau memberitahu, dalam lawatan ke SK Tanjung Batu Darat pula yang hanya terletak kira-kira 20 minit dari bandar Tawau, didapati air hujan bertakung menenggelamkan kawasan sekolah menyebabkan murid dan guru berhadapan dengan suasana pembelajaran yang cukup tidak selesa.
“Suasana pembelajaran, kemudahan awam dan bangunan sekolah masih ada lagi yang sangat uzur dan tidak layak dipanggil sekolah dalam keadaan negara sudah 51 tahun merdeka.
“Kerajaan kita membelanjakan berpuluh juta ringgit setahun di bawah Kementerian Pelajaran untuk menaik taraf kemudahan pembelajaran, tetapi persoalannya mengapa masih ada sekolah yang tertinggal dengan masalah kecil seperti ini,” katanya.
Tambah beliau, apa yang dikesalkan ialah sekolah-sekolah terbabit merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya mendapat perhatian dan tindakan segera pihak berkaitan.
Terdahulu semasa membahas usul terima kasih di atas ucapan dasar Yang Dipertua Negeri, Hamisa berkata, banyak isu mengenai prasarana pendidikan di luar bandar perlu segera ditangani oleh Kementerian Pelajaran.
Katanya, antara isu tersebut termasuk ketiadaan padang untuk aktiviti kokurikulum, kawasan berdekatan bukit-bukau menyebabkan pelajar dalam keadaan tidak selamat, pelan pembinaan sekolah tidak teratur serta kawasan tidak berpagar.
May 6th, 2008 at 10:37 am
saya setuju dgn muhaha…..jangan persoalkan benda yang dah lepas….yang penting sudah mengorak langkah untuk membuat kelainan. tahniah ts, teruskan usaha dan kerja kuat ts.
May 6th, 2008 at 11:23 am
Salam.
TSri. Ada ke Tan Sri respon terhadap permintaan atau keluhan rakyat marhaen ni ?? Nampak macam keluhan di dengar tapi tiada tindakan diambil. Jengok lah balik ke kawasan Tan Sri dulu yang rata-rata peneroka kena tipu tu…tanah tergadai, wang pun terbarai. Kawasan tak dimajukan. 4 kali pilhanraya, janji camtu jugaklah. Ingat, sebagai orang islam, kita semua akan mati..dan Tan Sri jugak akan disoal. Akhirat nanti lebih pedih azabnya jika banyak dosa.
May 6th, 2008 at 11:36 am
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada Tan Sri kerana diberi kepercayaan menerajui kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan saya percaya Tan Sri mampu lakukan kerana Tan Sri bukan orang baharu dalam kabinet.
Apa yang ingin saya utarakan disini saya mohon Tan Sri singgahlah di Taman Lembah Permai Batu Gajah kerana disini terdapat berbagai kekurangan tiada Dewan orang ramai, sistem perparitan banyak yang rosak, padang permainan tiada langsung untk tempat kanak-kanak bermain, oleh yang demikian saya harap sangat Tan Sri datang lah sini, YB sini pun (DUN SG Rapat) langsung tak ambil peduli tolong lah Tan Sri
May 6th, 2008 at 12:29 pm
Rakan melayu….
Kita semua dalam tidak sedar sedang dalam suatu perlumbaan.
Dan adat dalam berlumba, ada yg memecut di hadapan, dan ada yang tertinggal jauh di belakang.
Pilihlah, sama ada untuk kedepan, atau tinggal jauh di belakang. Keupayaan terletak dalam diri kamu. Dan apabila kamu jauh ketinggalan dek kerana terleka, jangan lah kamu meminta simpati org di depan supaya menunggu kamu. Dan pabila kamu jatuh tercicir, bangkitlah dengan keupayaan yang kamu ada kerana kamu bukan lah selemah yang kamu sangka…
May 6th, 2008 at 12:44 pm
Wah, nampaknya ada yang lepas geram kat TS. Biasalah TS, itulah dia kemarahan rakyat. Jadi sekarang, TS kenalah buktikan yang perjuangan Umno ini, masih lagi releven. Umno harus kembali ke asal iaitu menjadi sebuah parti untuk parti orang kampung. Para peminpin tak payahlah dok rumah besak. Apa guna kalau yang meminpin dok rumah besak tapi yang dipimpin dok pondok buruk, susah, tak cukup makan dan sebagainya?
Sebagai sorang peminpin, kenalah tau hati budi orang yang dipimpin. Dalam agama islam, ikutlah nabi Muhammad. Cuba kita lihat macammana kepimpinan nabi Muhammad. Adakah orang mempertikaikan kepimpinan beliau? Sama ada kawan atau pun lawan, kepimpinan Nabi Muhammad ini diiktiraf kehebatannya.
jadi, kalau Umno ingin menjadi payung kepada orang melayu, bertaubatlah. Ikutlah ajaran islam dan ikutlah garis panduan yang diberi oleh Nabi Muhammad.
harus diingat, ini mesej dari tuhan yang maha esa. Tuhan sayangkan Malaysia dan BN. Jika sekiranya tuhan tidak sayang, mungkin BN akan menang besar dan seterusnya peminpin-peminpin BN akan terus lalai dan leka dan seterusnya tidak memperdulikan rakyat jelata lagi.
BN harus jadikan musibbah yang ditimpakan oleh tuhan yang maha esa ini sebagai amaran dan peringatan. Kalau ada apa-apa yang diambil dari rakyat yang bukan hak, pulangkan balik pada mereka.
May 6th, 2008 at 12:49 pm
mengapa masih miskin. rasanya kalau semua berusaha sepenuhnya tentu semua akan mendapat keberkatan. biarpun x kaya. mana ada kat dunia ni yang rakyatnya semuanya kaya. yang fakir sama2 lah bantu. kalau terlebih bantu, tak boleh berdikari pula. kalau org melayu duduk di negara asing, boleh jugak berjaya, belum lagi ada org melayu yang miskin di negara orang. pelik tapi benar. apa2 pun, biar miskin di dunia jgn miskin di akhirat.
May 6th, 2008 at 6:40 pm
Salam Tan Sri.
Kenapa ye…dalam lawatan Tan Sri cuma orang Melayu je yang miskin…
Hairan ye…macam mana orang Cina dan India apa takde ke yang miskin???
Kembali kepada pendekatan Rasulullah SAW., temadun diukur pada kekuatan iman dan taqwa bukan pada kebendaan…fikirkan!
Pembangunan Insan.. idea yang baik, tafsirkan.. rohaniah ke jasmaniah atau dua-dua sekali. Kat mana orang Melayu kita, bandingkan dengan bangsa lain…apa silapnya..kaji…kupas..strategi(jangka pendek dan panjang) pantau…tiada penyelewengan
Fikir dalam-dalam! cari cendiakawan…kaji dalam-dalam sejarah bukti segalanya
May 6th, 2008 at 8:27 pm
TS,
Saya berharap tan sri cari formula untuk menawan semula selangor dari Pkr kerana saya sebagai rakyat selangor rasa malu dengan pemerintahan pkr.saya rasa berbangga jika selangor dibawah pemerintahan Umno kerana umno sahaja yang dapat memajukan negeri selangor dan rakyat.
May 6th, 2008 at 9:07 pm
Kasihan membaca keluhan dari Batu Gajah. Kawasan tu Kawasan yang mana sebahagian penduduknya menolak pembangunan dan kemajuan. Ini jelas dalam ucapan Parti pembangkang. “Pembangunan satu aktiviti yang semua kerajaan dunia akan buat, bukan BN saja.” itu kata mereka.
Oleh itu Batu Gajah memilih DAP dan sudah tentu mereka tidak mengutarakan kepada kerajaan BN tentang keperluan pembangunan di kawasan mereka.
Mereka lebih ke agenda-agenda lain dalam perjuangan mereka. Untuk membela rakyat saya rasa perkata terakhir,
May 7th, 2008 at 12:59 am
Assalammualaikum WBT
Apa program yang TS akan buat untuk membasmi kemiskiskinan? Tak kan TS nak melawat kampung untuk membeli JIWA sahaja. Selepas ini nak tengok pula program basmi kemiskinan dari TS.
May 7th, 2008 at 11:51 pm
YB TS beria-ia sangat untuk membasmi kemiskinan,bagaimana halnya penduduk Pulau Gaya Kota Kinabalu sejak merdeka masih ketinggalan jauh dlm arus pembangunan.Oleh itu,selaku menteri yang bertanggungjawab dlm pembangunan kemajuan luar bandar di harap kepada YB TS dpt melawat ke Pulau Gaya untuk meninjau dan bersemuka dengan ahli-ahli UMNO yg tidak mendapat pembelaan dari ahli parlimen Putatan,kerana beliau hanya tahu berjanji.
sekian,terima kasih
KANCHI ABDULLAH
(Ketua Daerah Mengundi Umno Pulau Gaya)
May 8th, 2008 at 9:12 am
Tahniah Tan Sri,
Sebenarnya kaedah beginilah yang amat diperlukan oleh rakyat.
Pendekatan yang Tan Sri lakukan harus diteruskan. Menurut tinjauan saya sebagai anak jati kampung, warga kampung khasnya memang amat menginginkan pemimpin mereka turun padang bagi menyuarakan masalah dan keinginan mereka. Sebagai pengundi, mereka juga ingin dihargai. Jika ini terus dilakukan, saya yakin bahawa Kedah, Perak dan Selangor akan kembali menjadi milik BN. Namun saya rasakan kita perlu memikirkan strategi yang lebih berkesan bagi menawan semula Pulau Pinang kerana peratus pengundi bangsa Cina adalah melebihi dari Melayu dan kebanyakan daripada mereka adalah dari golongan yang “senang” dan tinggal di sebuah negeri yang agak maju.
May 8th, 2008 at 9:28 am
Salam Tan Sri,
Tahniah & syabas di atas usaha Tan Sri untuk turun padang melihat penderitaan penduduk. Saya cuma ingin memberikan sedikit pandangan mengenai program-program pembasmian kemiskinan tegar. Saya dapati kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet yang besar untuk program ini dan ini tidak termasuk bantuan-bantuan daripada PPZ dan lain-lain NGO. Namun begitu hakikatnya ialah pelaksanaan program-program yang dirancang tidak kerana beberapa sebab:
1) Bantuan tidak sampai kepada golongan sasar kerana kelemahan sistem pelaksanaan. Bantuan kerajaan dilaksanakan oleh pihak pej daerah yang menggunakan jentera diperingkat mukim (penghulu) dan kampung (ketua kampung) untuk mendapatkan maklumat. Hasilnya wujud ketirisan bantuan dimana ia diberikan kepada kroni-kroni atau golongan yang tidak layak serta dipengaruhi sentimen politik.
Cadangan : Pihak kementerian perlu meningkatkan keupayaan jentera diperingkat pelaksanaan sama ada dengan mewujudkan cawangan diperingkat negeri yang paling ramai miskin tegar atau meningkatkan keupayaan KEMAS supaya bantuan disalur kepada mereka yang betul2 memerlukan.
2) Golongan sasar tidak mahu keluar dari kepompong kemiskinan kerana sudah selesa diberi bantuan setiap masa dan ‘berbangga’ dengan ‘title’ ORANG MISKIN TEGAR.
Cadangan : Golongan sasar diberi bantuan dan diberi tempoh tertentu untuk melihat perkembangan mereka. Sekiranya bermasalah berikan bantuan yang seadanya dan sekiranya masih tidak berjaya.. saya rasa baik bantuan tersebut diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Saya berdoa semoga usaha kerajaan untuk membasmi miskin tegar menjelang 2010 akan tercapai.
Sekian and semoga berjaya.
May 8th, 2008 at 8:26 pm
assalamualaikum tan sri…
Maaf sekiranya saya menggangu? Saya adalah salah seorang peserta Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) di Perlop 1, Sungai Siput (U) Perak, mohon sekiranya tan sri jika ada kesempatan menghantar wakil dari Kementerian menjenguk kami memandangkan semenjak kami berpindah hampir setahun tiada ada pun dari pihak kementerian yang tan sri terajui sekarang membantu dari segi meningkatkan sara hidup ekonomi kami. Kami penduduk PPMS seramai 100 buah rumah bukan mahukan wang ringgit. Saya rasa tan sri perlu melihat semula apa yang boleh tan sri lakukan dan perbaiki baik kemudahan, prasarana, bantuan dan sebagainya di PPMS KAMPUNG PERLOP 1 SUNGAI SIPUT (U) PERAK di mana kesemuanya sebelum ini pihak yang sepatutnya melihat kami tidak berbuat demikian. Kami ini terletak di dalam parlimen Sungai Siput. Berkemungkinan melalui kementerian tan sri sesuatu ‘buah tangan’ dari tan sri dapat mengembalikan semula kepercayaan dan harapan penduduk dikawasan tersebut kepada kerajaan barisan nasional..InsyaAllah, tan sri selamat memulakan kerja dan sentiasa dalam lindungan dan petunjuk dari Allah S.W.T
May 8th, 2008 at 9:18 pm
Sebagai pemimpin akar umbi, yang perlukan kemajuan dalam bidang kontraktor binaan, saya amat keciwa atas tindakan Kerajaan yang memansuhkan permohonan baru untuk Lesen Kontraktor klas F, sedangkan masih ramai pemimpin akar umbi yang berwibawa dalam bidang ini, telah tidak berpeluang untuk memohon Lesen Klas F. Untuk makluman YB.TS. seramai 17 orang Ketua Cawangan UMNO dalam Daerah Mengudi Pulau Gaya dibawah jagaan saya semuanya dalam golongan miskin dan memerlukan perhatian,Saya tidak menafikan ada juga Ketua Cawangan yang mendapat projek KPLBW tetapi apabila sampai ke JPPS atau DBKK dan Pejabat Daerah kenalah di Undi atau cabutan walhal Ketua Caw yg pohon orang lain yang dapat,sedangkan kos projek tidak lebih dari RM20,000.00 dalam hubungan ini saya merayu kepada YB.TS. Kos projek dibawah RM25,000.00 supaya dilaksanakan oleh JKKK tnapa melibatkan undian atau cabutan.
May 10th, 2008 at 2:57 pm
Selama BN memerintah, ni la 1st time dengar YB turun padang bukan dalam masa kempen PRU, hehehe.
Pembaca kena baca kemudian fikir, selama 50 tahun BN memerintah Penang, ada lagi rakyat hidup miskin macam ni? Bagi masa 50 tahun pula Kat Pakatan Rakyat, kita try tengok.
May 14th, 2008 at 5:38 am
ts untuk maklumat umno bhg gombak telah hilang keyakinan gengan kepimpinan sedia ada.yang pernah mejawat penjawat awam. mereka ni kononnya korupsi, dan rendah moral nya
May 14th, 2008 at 9:51 am
salam TS,
Kenapa dua komen saya tidak disiarkan sedangkan layout blog TS boleh diubah seperti layout blog Tun M?
May 14th, 2008 at 11:46 am
YB SENATOR TAN SRI,
KEBANYAKAN LUAHAN ORANG DALAM HAL INI BANYAK SAMA DENGAN SAYA SEPERTI AZMI BIN HASSAN,AHMAD BIN ARHSAD,HASSAN BIN DARUS(BAGI RUMAH PPRT DI PTG KUANG BEKALAN BERSIH TIADA) LA NI BUANG BESAR BASUH MACAM MANA?KES SAYA CHEK MALEK BIN HUSSAIN MASUK KOSMO 5 MEI 2008, 18 BUAH RUMAH MOHON JALAN DITURAP,LA 50 TAHUN MERDEKA MASIH ADA KAMPUNG MUNDUR TERUTAMA KAMPUNG PTG KUANG KECIL DALAM DUN BERTAM ,PARLIMEN KEPALA BATAS,KAMPUNG PENDALAMAN ,KESIAN,50 TAHUN YB BN BUAT APA?LA NI KUT DEPAN JALAN TAR BELAKANG JALAN TANAH,KESIAN KAT HAMPA NU?
SEKIAN TERIMA KASIH.
CHEK MALEK BIN HUSSAIN
May 14th, 2008 at 2:14 pm
TERIMA KASIH TAN SRI. NAMPAKNYA TAN SRI DAH MULA MENDENGAR PANDANGAN KAMI DAN TELAH MULA MENYATAKANNYA.BERANI KERANA BENAR TETAPI JANGAN TERLALU BERANI NANTI MAKAN DIRI.HE HE.KALAU BEGINI RASA SERONOK LAH NAK BERKONGSI CERITA DGN TAN SRI. NANTI ADA BANYAK YG BERDERET-DERET DOK NANTI TU.KITA ORANG MELAYU BUKAN NAK LAWAN SAPA-SAPA TETAPI NAK BERSAING DENGAN CINA.
KERAJAAN SUKA ATAU TIDAK KENA TOLONG.JANGAN TOLONG GOLONGAN YANG TERTENTU SAHAJA.MELAYU DAH MULA SEDAR DAN TELAH MULA MENILAI FAKTA DAN REALITI.SEKARANG NI DALAM HUTAN PUN DAH ADA UNIVERSITI.GENERASI BARU DAH BERUBAH PEMIKIRAN MEREKA.MEREKA MAU CAKAP SERUPA BIKIN.
May 15th, 2008 at 1:41 am
Bahasa Mallayu saya tidak begitu fasir tetapi saya akan cuba sampaikan message saya.
Mak saya adalah seorang penoreh getah and bapa saya bekerja di Singapore sebagai buruh kasar. Mak dan bapa saya tidak habis Primary school pun. Tetapi, mereka faham tentang kepentingan education. Mereka telah cuba simpankan apa-apa yang mereka boleh untuk pendidikan untuk ketiga-tiga ank mereka. Mereka percaya pada hard work, how much you can save and not how much you earn, dan memberikan benda yang terbaik kepada anak mereka. Sekarang, kami tiga orang sudah graduate dari universiti luar negara and processnay amat susah sekali.
Adalah baik kalau boleh dapat banduan daripada government tetapi kita sendiri kena work hard and work for what we want.
I believe everyone could get out of poverty if they work hard for it. The same goes to my Malay friends.
I sincerely hope that the present government will channel the money and effort in helping these people. At the same time, these people need to help themselves too. Be positive, be hard working and try to save as much as possible.
May 22nd, 2008 at 1:53 pm
Salam Tan Sri,
Melihat kepada perubahan corak petadbiran di kementerian TS saya amat berbangga menjadi ahli UMNO dan rakyat Negeri Selangor. Memang sepatutnya kita menyalahkan diri sendiri kerana masih ada saudara2 kita yang masih di dalam kepompong kemiskinan walaupun sudah 50 tahun kita merdeka. Jika didalam rancangan bersamamu TV3, setiap minggu ada sahaja keluarga yang susah dan kadangkala amat daif. Didalam melihat rancangan itu saya bertanya sendiri dimana Ketua Kampungnya, Penghulunya, JKKKKnya, ADUNnya, APnya, Ketua2 parti politiknya, dan yang paling menyedihkan mana pergi jiranya. Kita mempunyai pelbagai agensi kerajaan yang boleh membantu mereka2 ini. Sememangnya saya tidak menyalahkan orang yang sedang susah itu kerana tidak memohon bantuan atau tidak tahu dimana untuk memohon bantuan. Ini kerana mungkin kerana tidak mahu dikatakan suka meminta-minta. Tetapi adakah orang2 yang lain ini ‘buta’.
Kebiasanya saya melihat masaalah ini datang dari sikap ketua2 di kawasan tersebut yang mana tidak berusaha untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya kepada mereka2 ini. Masaalah pilih bulu sering juga menjadi penyebab utama. Berdasarkan pengalaman saya ada ketua kampung tidak mahu memberi sokongan terhadap permohonan penduduk kampung hanya kerana mereka berlainan fahaman politiknya. Perkara ini sememangnya amat dikesali. Sepatutnya jika sesorang itu bergelar ‘pemimpin’ sikap professional haruslah ditunjukkan. Saya amat berharap TS dapat mengambil perhatian tentang perkara ini dan diharapkan juga TS akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memajukan masyarakat Malaysia. Keep up the good work. Salam.
May 26th, 2008 at 8:21 am
TS. ngri2 tu bukan kah dprintah oleh BE END selama 50thn dulu?????????. lain lah kelantan dprintah pemimpin kolot, kalau ikut crita media ngri2 ni kaya belaka. peluang pekerjaan banyak. patut ramai benar rakyat m’sia tak percaya langsung kat media ni. PEMBOHONG KUAT.
June 3rd, 2008 at 11:28 am
PER: PEMBANGUNAN DI BUKIT BERUNTUNG SELANGOR PATUT DISEGERAKAN
Salam Tan Sri,
Saya amat bangga dan teruja dengan keperhatinan Tan Sri terhadap penduduk luar bandar yang miskin. syabas..! muga usaha Tan Sri membuatkan hasil yang terbaik, demi menjalankan tanggungjawab pada bangsa, agama dan negara. Inilah yang dinamakan pemimpin yang sebenar yang sanggup turun pandang melihat sendiri kemiskinan kehidupan luar bandar.
Di sini saya suka untuk mengemukakan permasalahan kami yang terpinggir dari harus pembangunan lebih kurang 10 tahun. Dengan itu saya berharap Tan Sri dapat membaca dan bertindak demi menyelesaikan permasalah yang saya bentangkan seperiti di bawah ini.
Berhubung perkara di atas saya ingin membuat aduan ketidakpuasan hati saya tentang pembangunan di Bukit Beruntung Serendah Selangor.
Saya amat bangga dengan usaha-usaha dan wawasan Menteri Besar Negeri Selangor YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo yang ingin menjadikan Negeri Selangor Termaju dalam era tahun 2005. Tapi malangnya Bukit Beruntung masih dipinggirkan oleh pihak YB untuk mendapat hak mengecapi zaman kemajuan dalam tahun 2005. Amat kecewa sekali kerana kawasan di Bukit Beruntung tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak YB selama ini demi mengotakan janji dan wawasan YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo. Jadi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan masalah tersebut khususnya bagi pihak penduduk dan pembeli rumah di kawasan Bukit Beruntung agar mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak YB.
Saya adalah pembeli rumah di Bukit Beruntung (Prima Beruntung) dan amat kesal sehingga kini tiada pembangunan dari segi ekonomi di sekitar Bukit Beruntung (Prima Beruntung) ini amat mengecewakan walaupun rumah-rumah dibina bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan turun. Saya yakin kekecewaan seperti ini dapat dirasai oleh para pembeli rumah yang lain. Walaupun masa telah berlalu hampir 10 tahun tiada apa perubahan yang dapat dibanggakan di kawasan tersebut, bak kata pepatah melayu indah khabar dari rupa! Nama sahaja gah BERUNTUNG tapi agak mengecewakan tidak banyak membawa keuntungan bagi penduduk dan pembeli rumah di kawasan tersebut.
Sepatutnya pihak Pemaju dan Majlis Tempatan telah membuat perancangan rapi sebelum mendirikan sesuatu kawasan perumahan, dan memikirkan juga untuk mendirikan pelbagai sektor kerja dan pusat pengajian untuk kemudahan pembeli rumah dan penduduk setempat agar perkembangan ekonomi dan social bergerak selari dengan kemajuan kawasan persekitaran tersebut; dari itu ia tidak merugikan mana-mana pihak terutama pembeli-pembeli rumah di Bukit Beruntung (Prima Beruntung). Malahan kemajuan sesebuah kawasan pertempatan akan menaikan taraf ekonomi negara juga.
Purata kira-kira 90% kawasan perumahan di sekitar Bukit Beruntung (Prima Beruntung) tanpa penghuni sebab kawasan itu tiada kemudahan seperti sumber kerja yang kurang strategik, pusat pengajian canggih dan gedung pasaraya atau sebagainya yang semuanya ini amat diperlukan untuk penduduk setempat dan pembeli rumah yang lain untuk membuat keputusan tinggal di rumah baru mereka.
Saya harap pihak Majlis Perbandaran Bukit Beruntung (Majlis Perbandaran Kuala Kubu) dapat membuat tindakan yang wajar agar kawasan tersebut dapat dibangunkan sepertimana di kawasan lain di Negeri Selangor. Saya harap pihak berwajib (Majlis tempatan) perihatin sebab pembeli rumah semuanya membayar cukai setiap tahun. Maka diharap pihak majlis tempatan dan kerajaan negeri dapat mempertimbangkan keadaan ini juga. Selama ini pembeli rumah terpaksa menjelaskan bayaran pinjaman bank, penyelenggaraan dan cukai tanah/pintu tanpa ada peluang untuk menduduki rumah mereka atas sebab keadaan sekitar tiada pembangunan yang memuaskan.
Saya rasa semua pembeli-pembeli rumah telah tertipu dengan janji manis dari pihak pemaju dengan iklan-iklan mereka yang mengatakan “BAHAWA BUKIT BERUNTUNG” akan menjadi BANDAR yang membangun dengan pesat seperti mana “PETALING JAYA, SELANGOR” di mana mereka gelarkan sebagai “BANDAR KEMBAR KEDUA SELEPAS PETALING JAYA”!.
Sudah tiba masanya YB dan pihak kerajaan Negeri Selangor wajar turun padang bagi meneliti di mana kawasan yang sepatutnya diberi perhatian untuk mendapat pembangunan sewajarnya bagi membela nasib para pembeli rumah keseluruhanya. Saya rasa dengan cara itu pihak kerajaan Negeri Selangor dapat menyalurkan segala kemudahan asas yang canggih demi menarik para pembeli rumah untuk tinggal di rumah mereka terutama di sekitar Bukit Beruntung (Prima Beruntung) dan kawasan sekitarnya.
Saya juga amat kesal kerana acap kali mendengar berita-berita TV di mana kawasan tidak sepatutnya dibangunkan, seperti kawasan tadahan hujan dan hutan simpan telah diceroboh oleh pihak pemaju tanpa ada kawalan dari pihak berwajib misalnya Majlis Tempatan atau Badan Kerajaan Negeri. Mengapa dan kenapa perkara ini terjadi sedangkan kawasan sedia ada yang sepatutnya mendapat pembangunan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Contoh terbaik adalah KAWASAN PRIMA BERUNTUNG (Bukit Beruntung) sudah 10 tahun masa yang lama untuk menanti segala pembangunan, fikirkanlah nasib rakyat seperti kami yang berpendapatan sederhana masih duduk di rumah sewa sedangkan rumah sendiri masih tidak sesuai diduduki atas sebab-sebab pembangunan yang tidak ada langsung dilaksanakan.
Jangan asyik gah berkata untuk pembangunan semasa PILIHAN RAYA sahaja tapi bukitkanlah. Kami mahu juga merasai di tempat kami, bukan hanya satu kawasan sahaja yang patut dibangunkan atas peribadi dan keuntungan pemimpin misalnya. Tapi kami minta pembungunan yang menyeluruh di seluruh NEGERI SELANGOR untuk kebaikan semua rakyat amnya. Jangan Janji tinggal janji. Sehingga kini kami masih menuntut kata-kata oleh Menteri Besar Negeri Selangor YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo yang ingin menjadikan Negeri Selangor Termaju dalam era tahun 2005. Nampaknya 2 tahun sudah berlalu namun JANJI TINGGAL JANJI, sungguh malang sekali Bukit Beruntung masih dipinggirkan oleh pihak YB.
Dari itu saya harap agar pihak YB dan Kerajaan Negeri Selangor dapat mempertimbangan masalah ini. Semoga BUKIT BERUNTUNG akan MENGUNTUNGKAN semua pihak dengan ada pertumbuhan ekonomi yang pesat dapat menaikan taraf hidup rakyat dan ekonomi negara amnya.
Terima Kasih,
telah dihantar pada Tarikh : 13/8/2007
Kepada,
Y.B. Dato’ Ch’ng Toh Eng, DPMS, PJK & YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo
ADUN Bahagian Kuala Kubu
Selangor.
June 3rd, 2008 at 4:51 pm
salam,
Di sabah atau Labuan yang dikatakan termiskin di Malaysia kalau mengikut data yang ada disekolah sebenarnya PATI yang kononnya ada IC. Bantuan Baucer Tuisyen, Baitulmal atau KWAMP hampir 90% mereka dpt. Jagi fikir2kan la Datuk…
June 4th, 2008 at 5:27 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Bercakap tentang isu kemiskinan, saya ingin mengetahui bagaimana YTL (bukan Melayu) berjaya memperolehi tanah-tanah hak milik KTM? Adakah mereka membeli tanah2 tersebut? Jika benar, berapakah harga yg dibayar? Bagaimanakah individu ini dengan sewenang2nya mendapatkan tanah2 prime milik KTM (contoh Sentul). Alangkah indahnye jika ia dibangunkan untuk orang2 Melayu. Jika fenomena ini berterusan, maka KL ni akan dikuasai sepenuhnya oleh bukan Melayu.
Terima Kasih.
June 5th, 2008 at 9:57 am
kenapa takut dengan kebenaran yg pernah saya tulis dlm halam tuan
June 10th, 2008 at 1:29 pm
A. kum Tan sri, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas tindakan Tan Sri dalam membendung isu kemiskinan negara.
Pandangan saya ialah kemiskinan sememangnya boleh dicegah dengan adanya pendekatan yang betul dilakukan. Sekiranya perhatian dan bantuan diberikan dengan sebaiknya, insyaallah satu hari nanti mereka akan dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka dengan usaha mereka sendiri. Tetapi inya seharusnya berpada-pada kerana takut mereka berasa terlalu selesa sehinggakan mereka membentuk sifat yang dapat membentuk kealpaan. Tetapi jika mereka yang mempunyai anggota keluarga yang sakit atau pun kurang upaya, bantuan harus diberikan secara berterusan kerana sememangnya beban yang dipikul adalah berat. Jika setengah diantara kita hanya pandai untuk menyalahkan kerajaan atas alasan masih terdapat kemiskinan dikalangan rakyat, apa kata berubah dengan membantu kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan. Ini tidak, hanya tahu nak salahkan kerajaan padahal segala kemewahan yang dinikmati adalah atas kesungguhan dan keprihatinan kerajaan BN. Tahniah sekali lagi Tan Sri.
June 16th, 2008 at 6:07 pm
Assalamualaikum wbt, isu kemiskinan di luar bandar terutama di kawasan penduduk melayu memang sudah lama berlaku….walaupun ada usaha yg dilakukan tetapi ianya tidak bersunguh-sungguh…DEB yang ditubuhkan 30 tahun lalu jauh dr mencapai sasaran…dasar2 DEB ini sepatutnya dikaji semula dan diberi suntikan baru agar matlamatnya tercapai… untuk mendapat sokongan orang2 melayu, pemimpin2 umno harus kembali ke kampung2 yg mana majoritinya ialah orang2 melayu bukannya hidup menyendiri di bandar2 dengan kemewahan dan budaya yg angkuh, bongkak dan sombong…rakyat miskin tidak dipedulikan dan terus dibiarkan miskin…saya pernah terlibat membina beberapa rumah PPRT di negeri utara semenanjung untuk penduduk miskin yang kosnya hanyalah sebanyak RM 13000.00… dengan kos sebanyak ini kita tahu macam mana keadaan rumah tersebut yg hanya mempunyai dua bilik tidur sementara dinding bahagian dalam untuk bilik tidur hanya dibuat menggunakan plywood nipis…saiz rumah ini pula amat kecil sehingga jika keluarga tersebut mempunyai anak yg ramai sudah tentu ianya tidak selesa… anak2 lelaki juga mungkin terpaksa berkongsi bilik dgn anak2 perempuan…sementara itu pemohon juga mestilah mempunyai tanah sendiri utk mendirikan rumah tersebut…bagaimana pula jika si miskin ini tidak mempunyai tanah kerana mereka amat miskin dan daif sudah tentulah mereka tidak berpeluang mempunyai rumah… ini ialah nasib si miskin berbeza pula dengan pemimpin2, menteri2 besar, exco2 dan yg lain2… di selangor dahulu exco2 dibinakan rumah ditempat elit dengan kos jutaan ringgit walaupun mereka sudahpun mempunyai rumah sendiri… dan kita semua sedia maklum kawasan2 ini yg banyak terdapat di kedah, kelantan, terengganu, perak telah kalah pada PAS atau PKR…nasib baik pedalaman sabah dan sarawak masih menang… ini adalah salah satu kealpaan dan sikap dauble standard pemimpin2 yg hanyut dalam glamour mereka sendiri…sikap2 ini hendaklah diperbetulkan segera dan saya menyeru supaya pemimpin2 Islam ni bumi bertuah ini agar kembali kepada kehidupan yg sederhana dan mencontohi amalan Nabi Muhammad saw di dalam pemerintahannya…wasalam.
June 17th, 2008 at 12:56 pm
Salam Untuk Tan Sri,
Setelah meneliti layout blog Tan Sri maka saya dapati ianya cantik, rapi, mesra dan mudah untuk dilayari.
Saya berhajat untuk merekacipta satu blog seperti layout yang Tan Sri bina ini.
Mohon terangkan kepada saya dengan terperinci bagaimanakah caranya ?
Yang Mengharap,
MD SABRI BIN IBRAHIM
June 23rd, 2008 at 4:37 pm
AS’kum YB Tan Sri….
Apa kabar Tan Sri….Saya rasa terpanggil utk meluahkn apa yg terbuku di hati. Begini keadaan skrang ni rata2 saya tgk ramai rakyak jelata seperti saya rasa tertekan dgn kenaikan harga barang2 keperluan harian sementelah lg saya ni penjawat swasta, memang terasa amat perit….lebih2 lg tinggal di Kl ni nk bayar sewa, nk bayar itu,ini…rasa x tertanggung. Jd saya nk tau la apa tindakan atau perancangan yg dibuat atau akan di buat utk mengatasi masalh2 ini.
Satu lagi Tan Sri saya perhatikan sekarang contohnya di Selangor dan KL terlalu ramai pendatang asing sehinggakn saya dan rakan2 rasa tidak selamat nk bg anak2 bermain di luar rumah. Saya tgk seperti d Gombak terlalu ramai indon2 yg membuat rumah secara haram di pinggir hutan malah mereka lebih kurang ajar dan tidak menghormati org lain. Klau hujung minggu pula jika ke KL rata2 di Chow kit,Kotaraya, CM dan byk tempat lg di penuhi warga pendatang. Saya nk tanya Tan Sri apakah tidak ada tindakan utk mengawal kebanjiran pendatana tanpa izin di negara kita ini. Saya pasti ramai di antara mereka itu tidak mempunyai permit kemasukn ke negara kita ini. Saya harap kerajaan kita dapat mengatasi masalah2 ini…
Terima Kasih Tan Sri….as’kum
June 24th, 2008 at 6:02 pm
Salam untuk Tan Sri.
Setelah melayari blog TS, saya dapati ada yang membena dan ada yang menghentam, namun apa jua tujuannya, saya harapkan agar dapat kiranya kita sebagai satu bangsa melayu dan rakyat malaysia sepatutnya lebih bersyukur atas segala yang terima berbanding 50 tahun dahulu. Pada pendapat saya yang muda 7 tahun daripada usia malaysia merdeka, kehidupan kini jauh lebih baik daripada 50, 30, 20 tahun yang lepas atas usaha pemimpin terdahulu. Apa yang perlu adalah perlunya menjana satu pasukan penambah baikan atas dasar-dasar yang sedia ada disamping pembaharuan yang berani bagi terus meningkatan keperkasaan bangsa dan bukannya melemahkan bangsa itu sendiri.
Kalau dahulu Kuala Lumpuradalah sebuah kampong dan lombong boleh menjadi Gah seperti hari ini dan orang cina kalau dahulu dilombong tersebut dan kini menjadi tauke-tauke besar, kenapa melayu dan bangsanya tidak boleh menjadi gah ? Janganlah melayu bertelagah atas perkara yang terlalu remeh kerana ianya akan merugikan bangsa kita sendiri, kerana BUKAN SENANG UNTUK SENANG TAPI AMAT SENANG UNTUK SUSAH.
Kalau di klang sana mungkin orang tahu ‘Little Madras @ Little India’. Apa yang ingin disingkap disini adalah cara mereka menguasai kawasan itu, seingat saya dahulunya kawasan itu adalah majoriti peniaganya orang-orang cina, tapi kini telah bertukar kepada orang-orang india. Apa yang ingin saya nyatakan disini, kenapa orang melayu tidak berusaha kearah itu ? Bandaraya Shah Alam majoriti penduduknya adalah melayu, tapi cuba lihat peniaganya… berapa banyak premis yang dikuasai oleh orang melayu. Dimana daya saing orang kita, oleh itu bersikap terbuka dan ujudkan daya saing untuk maju saya rasa lebih baik, kerana saya pernah bekerja dengan syarikat melayu, bukan tak boleh maju tapi masalahnya bila dah maju ada yang lupa diri dan menidakan segala kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan dan sebagainya.
Seperkara lagi hingga kehari ini kebanyakan orang kita banyak yang mempunyai perasaan hasad irihati, tak salah irihati untuk bersaing demi kejayaan tapi kebanyakan mempunyai irihati untuk menjatuhkan, serta tidak senang melihat bangsa sendiri maju. Namun biarlah kemajuan itu dicapai secara HALAL dan bukan kemajuan yang dicapai secara yang dilaknat Allah SWT.Kalau dahulu sering kedengaran kata-kata MALAYSIA BOLEH, jadi tunjukanlah bahawa memang kita boleh dalam menjana negara yang maju dan dinamik, dan janganlah kerana beberapa perkara seperti minyak dan barangan lain naik kita bertelagah, bersaatulah mencari satu pendekatan bagi mengatasi keadaan ini dengan satu pendekatan yang terbaik. Selaku orang melayu dan islam kita seharusnya bersyukur dan berusaha untuk mengatasi keadaan dan bukannya sekadar mengeluh atas sega dugaan. Kita seharusnya mengimbau dan menghayati ketentuan dan dugaan Allah yang mempunyai fhadilatnya yang tersembunyi dan tidak mampu dihuraikan oleh insan bernama manusia.
Malaysia ada ramai intelek yang saya rasa mampu mengemukakan buah fikiran untuk mengatasi segala kekusutan.Apa yang penting adalah muafakat dan belajar dari kesilapan. Termasuklah dengan PRU yang lalu…semua YB memegang amanah selama 60 bulan ( 12 X 5 tahun ). Jadi apakah cukup semua YB ini bekerja hanya anggaran 2 atau 3 kali turun padang sebelum dan selepas pilihanraya ? Dapatkah segala masalah 60 bulan diselesaikan sekelip mata.? Oleh itu teruskanlah agenda turun padang sebanyak mungkin dan sepanjang tempoh 60 bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat demi kesejahteraan kita bersama. Cubalah penuhi dan dengar keluhan rakyat yang mempunyai hak untuk bersuara serta meluahkan pendapat mereka. Walaupun Jadam itu pahit tapi kita kena telan jua demi kebaikan.
Teruskanlah TS menjayakan agenda negara bagi membangunkan negara khususnya luar bandar serta memperkasakan bangsa melayu demi kestabilan dan keharmonian Malaysia dimata Dunia.
July 29th, 2008 at 12:02 am
Assalamualaikum,
syabas Tan Sri teruskan misi dan program turun padang yang telah pun bermula ,satu pujian buat seorang pemimpin yang tidak menoleh kebelakang dan menunding jari pada pemimpin yang lepas kerana kegagalannya membantu masalah kemiskinan yang menjadi topik panas dilaman ini , dah menjadi adat dan bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul pembaca blog yang merasa tidak puas hati tidak duduk ditempat Tan Sri dan sepastinya mereka tidak memahami kesukaran tugas TanSri yang dianggap begitu mudah untuk diatasi ,teruskan perjuangan Tan Sri membela nasib insan yang miskin kalau tak banyak berikan lah sedikit kesenangan untuk mereka menghargai apa yang telah Tan Sri perjuangkan.
Betul apa yang Tan Sri katakan dan memang nyata Tan Sri dari dulu( semasa menjadi MB Slgr) sampai kini pasangan pemimpin inilah pasangan yang paling kerap turun padang dan pasangan pemimpin yang suka berdamping dengan rakyat syabas moga allah sentiasa melindungi ts