Comments on: Mengapa masih miskin?

By: Penyokong setia klang
Assalamualaikum,

syabas Tan Sri teruskan misi dan program turun padang yang telah pun bermula ,satu pujian buat seorang pemimpin yang tidak menoleh kebelakang dan menunding jari pada pemimpin yang lepas kerana kegagalannya membantu masalah kemiskinan yang menjadi topik panas dilaman ini , dah menjadi adat dan bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul pembaca blog yang merasa tidak puas hati tidak duduk ditempat Tan Sri dan sepastinya mereka tidak memahami kesukaran tugas TanSri yang dianggap begitu mudah untuk diatasi ,teruskan perjuangan Tan Sri membela nasib insan yang miskin kalau tak banyak berikan lah sedikit kesenangan untuk mereka menghargai apa yang telah Tan Sri perjuangkan.

Betul apa yang Tan Sri katakan dan memang nyata Tan Sri dari dulu( semasa menjadi MB Slgr)  sampai kini pasangan pemimpin inilah pasangan yang paling kerap turun padang dan pasangan pemimpin yang suka berdamping dengan rakyat syabas moga allah sentiasa melindungi ts

By: Zailan Halidi
Salam untuk Tan Sri.

Setelah melayari blog TS, saya dapati ada yang membena dan ada yang menghentam, namun apa jua tujuannya, saya harapkan agar dapat kiranya kita sebagai satu bangsa melayu dan rakyat malaysia sepatutnya lebih bersyukur atas segala yang terima berbanding 50 tahun dahulu. Pada pendapat saya yang muda 7 tahun daripada usia malaysia merdeka, kehidupan kini jauh lebih baik daripada 50, 30, 20 tahun yang lepas atas usaha pemimpin terdahulu. Apa yang perlu adalah perlunya menjana satu pasukan penambah baikan atas dasar-dasar yang sedia ada disamping pembaharuan yang berani bagi terus meningkatan keperkasaan bangsa dan bukannya melemahkan bangsa itu sendiri.

Kalau dahulu Kuala Lumpuradalah sebuah kampong dan lombong boleh menjadi Gah seperti hari ini dan orang cina kalau dahulu dilombong tersebut dan kini menjadi tauke-tauke besar, kenapa melayu dan bangsanya tidak boleh menjadi gah ? Janganlah melayu bertelagah atas perkara yang terlalu remeh kerana ianya akan merugikan bangsa kita sendiri, kerana BUKAN SENANG UNTUK SENANG TAPI AMAT SENANG UNTUK SUSAH.

Kalau di klang sana mungkin orang tahu ‘Little Madras @ Little India’. Apa yang ingin disingkap disini adalah cara mereka menguasai kawasan itu, seingat saya dahulunya kawasan itu adalah majoriti peniaganya orang-orang cina, tapi kini telah bertukar kepada orang-orang india. Apa yang ingin saya nyatakan disini, kenapa orang melayu tidak berusaha kearah itu ? Bandaraya Shah Alam majoriti penduduknya adalah melayu, tapi cuba lihat peniaganya… berapa banyak premis yang dikuasai oleh orang melayu. Dimana daya saing orang kita, oleh itu bersikap terbuka dan ujudkan daya saing untuk maju saya rasa lebih baik, kerana saya pernah bekerja dengan syarikat melayu, bukan tak boleh maju tapi masalahnya bila dah maju ada yang lupa diri dan menidakan segala kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan dan sebagainya.

Seperkara lagi hingga kehari ini kebanyakan orang kita banyak yang mempunyai perasaan hasad irihati, tak salah irihati untuk bersaing demi kejayaan tapi kebanyakan mempunyai irihati untuk menjatuhkan, serta tidak senang melihat bangsa sendiri maju. Namun biarlah kemajuan itu dicapai secara HALAL dan bukan kemajuan yang dicapai secara yang dilaknat Allah SWT.Kalau dahulu sering kedengaran kata-kata MALAYSIA BOLEH, jadi tunjukanlah bahawa memang kita boleh dalam menjana negara yang maju dan dinamik, dan janganlah kerana beberapa perkara seperti minyak dan barangan lain naik kita bertelagah, bersaatulah mencari satu pendekatan bagi mengatasi keadaan ini dengan satu pendekatan yang terbaik. Selaku orang melayu dan islam kita seharusnya bersyukur dan berusaha untuk mengatasi keadaan dan bukannya sekadar mengeluh atas sega dugaan. Kita seharusnya mengimbau dan menghayati ketentuan dan dugaan Allah yang mempunyai fhadilatnya yang tersembunyi dan tidak mampu dihuraikan oleh insan bernama manusia.

Malaysia ada ramai intelek yang saya rasa mampu mengemukakan buah fikiran untuk mengatasi segala kekusutan.Apa yang penting adalah muafakat dan belajar dari kesilapan. Termasuklah dengan PRU yang lalu…semua YB memegang amanah selama 60 bulan ( 12 X 5 tahun ). Jadi apakah cukup semua YB ini bekerja hanya anggaran 2 atau 3 kali turun padang sebelum dan selepas pilihanraya ? Dapatkah segala masalah 60 bulan diselesaikan sekelip mata.? Oleh itu teruskanlah  agenda turun padang sebanyak mungkin dan sepanjang tempoh 60 bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat demi kesejahteraan kita bersama. Cubalah penuhi dan dengar keluhan rakyat yang mempunyai hak untuk bersuara serta meluahkan pendapat mereka. Walaupun Jadam itu pahit tapi kita kena telan jua demi kebaikan.

Teruskanlah TS menjayakan agenda negara bagi membangunkan negara khususnya luar bandar serta memperkasakan bangsa melayu demi kestabilan dan keharmonian Malaysia dimata Dunia.

By: Ujang
AS’kum YB Tan Sri….

Apa kabar Tan Sri….Saya rasa terpanggil utk meluahkn apa yg terbuku di hati. Begini keadaan skrang ni rata2 saya tgk ramai rakyak jelata seperti saya rasa tertekan dgn kenaikan harga barang2 keperluan harian sementelah lg saya ni penjawat swasta, memang terasa amat perit….lebih2 lg tinggal di Kl ni nk bayar sewa, nk bayar itu,ini…rasa x tertanggung. Jd saya nk tau la apa tindakan atau perancangan yg dibuat atau akan di buat utk mengatasi masalh2 ini.

Satu lagi Tan Sri saya perhatikan sekarang contohnya di Selangor dan KL terlalu ramai pendatang asing sehinggakn saya dan rakan2 rasa tidak selamat nk bg anak2 bermain di luar rumah. Saya tgk seperti d Gombak terlalu ramai indon2 yg membuat rumah secara haram di pinggir hutan malah mereka lebih kurang ajar dan tidak menghormati org lain. Klau hujung minggu pula jika ke KL rata2 di Chow kit,Kotaraya, CM dan byk tempat lg di penuhi warga pendatang. Saya nk tanya Tan Sri apakah tidak ada tindakan utk mengawal kebanjiran pendatana tanpa izin di negara kita ini. Saya pasti ramai di antara mereka itu tidak mempunyai permit kemasukn ke negara kita ini. Saya harap kerajaan kita dapat mengatasi masalah2 ini…

Terima Kasih Tan Sri….as’kum

By: Md Sabri
Salam Untuk Tan Sri,

Setelah meneliti layout blog Tan Sri maka saya dapati ianya cantik, rapi, mesra dan mudah untuk dilayari.

Saya berhajat untuk merekacipta satu blog seperti layout yang Tan Sri bina ini.

Mohon terangkan kepada saya dengan terperinci bagaimanakah caranya ?

Yang Mengharap,

MD SABRI BIN IBRAHIM

By: Penyokong Ezam
Assalamualaikum wbt, isu kemiskinan di luar bandar terutama di kawasan penduduk melayu memang sudah lama berlaku….walaupun ada usaha yg dilakukan tetapi ianya tidak bersunguh-sungguh…DEB yang ditubuhkan 30 tahun lalu jauh dr mencapai sasaran…dasar2 DEB ini sepatutnya dikaji semula dan diberi suntikan baru agar matlamatnya tercapai… untuk mendapat sokongan orang2 melayu, pemimpin2 umno harus kembali ke kampung2 yg mana majoritinya ialah orang2 melayu bukannya hidup menyendiri di bandar2 dengan kemewahan dan budaya yg angkuh, bongkak dan sombong…rakyat miskin tidak dipedulikan dan terus dibiarkan miskin…saya pernah terlibat membina beberapa rumah PPRT di negeri utara semenanjung untuk penduduk miskin yang kosnya hanyalah sebanyak RM 13000.00… dengan kos sebanyak ini kita tahu macam mana keadaan rumah tersebut yg hanya mempunyai dua bilik tidur sementara dinding bahagian dalam untuk bilik tidur hanya dibuat menggunakan plywood nipis…saiz rumah ini pula amat kecil sehingga jika keluarga tersebut mempunyai anak yg ramai sudah tentu ianya tidak selesa… anak2 lelaki juga mungkin terpaksa berkongsi bilik dgn anak2 perempuan…sementara itu pemohon juga mestilah mempunyai tanah sendiri utk mendirikan rumah tersebut…bagaimana pula jika si miskin ini tidak mempunyai tanah kerana mereka amat miskin dan daif sudah tentulah mereka tidak berpeluang mempunyai rumah… ini ialah nasib si miskin berbeza pula dengan pemimpin2, menteri2 besar, exco2 dan yg lain2… di selangor dahulu exco2 dibinakan rumah ditempat elit dengan kos jutaan ringgit walaupun mereka sudahpun mempunyai rumah sendiri…  dan kita semua sedia maklum kawasan2 ini yg banyak terdapat di kedah, kelantan, terengganu, perak telah kalah pada PAS atau PKR…nasib baik pedalaman sabah dan sarawak masih menang… ini adalah salah satu kealpaan dan sikap dauble standard pemimpin2 yg hanyut dalam glamour mereka sendiri…sikap2 ini hendaklah diperbetulkan segera dan saya menyeru supaya pemimpin2 Islam ni bumi bertuah ini agar kembali kepada kehidupan yg sederhana dan mencontohi amalan Nabi Muhammad saw di dalam pemerintahannya…wasalam.

By: hariz
A. kum Tan sri, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas tindakan Tan Sri dalam membendung isu kemiskinan negara.

Pandangan saya ialah kemiskinan sememangnya boleh dicegah dengan adanya pendekatan yang betul dilakukan. Sekiranya perhatian dan bantuan diberikan dengan sebaiknya, insyaallah satu hari nanti mereka akan dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka dengan usaha mereka sendiri. Tetapi inya seharusnya berpada-pada kerana takut mereka berasa terlalu selesa sehinggakan mereka membentuk sifat yang dapat membentuk kealpaan. Tetapi jika mereka yang mempunyai anggota keluarga yang sakit atau pun kurang upaya, bantuan harus diberikan secara berterusan kerana sememangnya beban yang dipikul adalah berat. Jika setengah diantara kita hanya pandai untuk menyalahkan kerajaan atas alasan masih terdapat kemiskinan dikalangan rakyat, apa kata berubah dengan membantu kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan. Ini tidak, hanya tahu nak salahkan kerajaan padahal segala kemewahan yang dinikmati adalah atas kesungguhan dan keprihatinan kerajaan BN. Tahniah sekali lagi Tan Sri.

By: kasi
kenapa takut dengan kebenaran yg pernah saya tulis dlm halam tuan

By: Liz
Assalamualaikum Tan Sri,

Bercakap tentang isu kemiskinan, saya ingin mengetahui bagaimana YTL (bukan Melayu) berjaya memperolehi tanah-tanah hak milik KTM? Adakah mereka membeli tanah2 tersebut? Jika benar, berapakah harga yg dibayar? Bagaimanakah individu ini dengan sewenang2nya mendapatkan tanah2 prime milik KTM (contoh Sentul). Alangkah indahnye jika ia dibangunkan untuk orang2 Melayu. Jika fenomena ini berterusan, maka KL ni akan dikuasai sepenuhnya oleh bukan Melayu.

Terima Kasih.

By: Hamba Allah
salam,

Di sabah atau Labuan yang dikatakan termiskin di Malaysia kalau mengikut data yang ada disekolah sebenarnya PATI yang kononnya ada IC. Bantuan Baucer Tuisyen, Baitulmal atau KWAMP  hampir 90% mereka dpt.  Jagi fikir2kan la Datuk…

By: maz
PER: PEMBANGUNAN DI BUKIT BERUNTUNG SELANGOR PATUT DISEGERAKAN

Salam Tan Sri,

Saya amat bangga dan teruja dengan keperhatinan Tan Sri terhadap penduduk luar bandar yang miskin. syabas..! muga usaha Tan Sri membuatkan hasil yang terbaik, demi menjalankan tanggungjawab pada bangsa, agama dan negara. Inilah yang dinamakan pemimpin yang sebenar yang sanggup turun pandang melihat sendiri kemiskinan kehidupan luar bandar.

Di sini saya suka untuk mengemukakan permasalahan kami yang terpinggir dari harus pembangunan lebih kurang 10 tahun. Dengan itu saya berharap Tan Sri dapat membaca dan bertindak demi menyelesaikan permasalah yang saya bentangkan seperiti di bawah ini.

Berhubung perkara di atas saya ingin membuat aduan ketidakpuasan hati saya tentang pembangunan di Bukit Beruntung Serendah Selangor.

Saya amat bangga dengan usaha-usaha dan wawasan Menteri Besar Negeri Selangor YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo yang ingin menjadikan Negeri Selangor Termaju dalam era tahun 2005.  Tapi malangnya Bukit Beruntung masih dipinggirkan oleh pihak YB untuk mendapat hak mengecapi zaman kemajuan dalam tahun 2005.  Amat kecewa sekali kerana kawasan di Bukit Beruntung tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak YB selama ini demi mengotakan janji dan wawasan YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo.  Jadi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan masalah tersebut khususnya bagi pihak penduduk dan pembeli rumah di kawasan Bukit Beruntung agar mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak YB.

Saya adalah pembeli rumah di Bukit Beruntung (Prima Beruntung) dan amat kesal sehingga kini tiada pembangunan dari segi ekonomi di sekitar Bukit Beruntung (Prima Beruntung) ini amat mengecewakan walaupun rumah-rumah dibina bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan turun.   Saya yakin kekecewaan seperti ini dapat dirasai oleh para pembeli rumah yang lain. Walaupun masa telah berlalu hampir 10 tahun tiada apa perubahan yang dapat dibanggakan di kawasan tersebut, bak kata pepatah melayu indah khabar dari rupa! Nama sahaja gah BERUNTUNG tapi agak mengecewakan tidak banyak membawa keuntungan bagi penduduk dan pembeli rumah di kawasan tersebut.

Sepatutnya pihak Pemaju dan Majlis Tempatan telah membuat perancangan rapi sebelum mendirikan sesuatu kawasan perumahan, dan memikirkan juga untuk mendirikan pelbagai sektor kerja dan pusat pengajian untuk kemudahan pembeli rumah dan penduduk setempat agar perkembangan ekonomi dan social bergerak selari dengan kemajuan kawasan persekitaran tersebut; dari itu ia tidak merugikan mana-mana pihak terutama pembeli-pembeli rumah di Bukit Beruntung (Prima Beruntung).  Malahan kemajuan sesebuah kawasan pertempatan akan menaikan taraf ekonomi negara juga.

Purata kira-kira 90% kawasan perumahan di sekitar Bukit Beruntung (Prima Beruntung) tanpa penghuni sebab kawasan itu tiada kemudahan seperti sumber kerja yang kurang strategik, pusat pengajian canggih dan gedung pasaraya atau sebagainya yang semuanya ini amat diperlukan untuk penduduk setempat dan pembeli rumah yang lain untuk membuat keputusan tinggal di rumah baru mereka.

Saya harap pihak Majlis Perbandaran Bukit Beruntung (Majlis Perbandaran Kuala Kubu) dapat membuat tindakan yang wajar agar kawasan tersebut dapat dibangunkan sepertimana di kawasan lain di Negeri Selangor.  Saya harap pihak berwajib (Majlis tempatan) perihatin sebab pembeli rumah semuanya membayar cukai setiap tahun.  Maka diharap pihak majlis tempatan dan kerajaan negeri dapat mempertimbangkan keadaan ini juga.  Selama ini pembeli rumah terpaksa menjelaskan bayaran pinjaman bank, penyelenggaraan dan cukai tanah/pintu tanpa ada peluang untuk menduduki rumah mereka atas sebab keadaan sekitar tiada pembangunan yang memuaskan.

Saya rasa semua pembeli-pembeli rumah telah tertipu dengan janji manis dari pihak pemaju dengan iklan-iklan mereka yang mengatakan “BAHAWA BUKIT BERUNTUNG” akan menjadi BANDAR yang membangun dengan pesat seperti mana “PETALING JAYA, SELANGOR” di mana mereka gelarkan sebagai “BANDAR KEMBAR KEDUA SELEPAS PETALING JAYA”!.

Sudah tiba masanya YB dan pihak kerajaan Negeri Selangor wajar turun padang bagi meneliti di mana kawasan yang sepatutnya diberi perhatian untuk mendapat pembangunan sewajarnya bagi membela nasib para pembeli rumah keseluruhanya.  Saya rasa dengan cara itu pihak kerajaan Negeri Selangor dapat menyalurkan segala kemudahan asas yang canggih demi menarik para pembeli rumah untuk tinggal di rumah mereka terutama di sekitar Bukit Beruntung (Prima Beruntung) dan kawasan sekitarnya.

Saya juga amat kesal kerana acap kali mendengar berita-berita TV di mana kawasan tidak sepatutnya dibangunkan, seperti kawasan tadahan hujan dan hutan simpan telah diceroboh oleh pihak pemaju tanpa ada kawalan dari pihak berwajib misalnya Majlis Tempatan atau Badan Kerajaan Negeri.  Mengapa dan kenapa perkara ini terjadi sedangkan kawasan sedia ada yang sepatutnya mendapat pembangunan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Contoh terbaik adalah KAWASAN PRIMA BERUNTUNG (Bukit Beruntung) sudah 10 tahun masa yang lama untuk menanti segala pembangunan, fikirkanlah nasib rakyat seperti kami yang berpendapatan sederhana masih duduk di rumah sewa sedangkan rumah sendiri masih tidak sesuai diduduki atas sebab-sebab pembangunan yang tidak ada langsung dilaksanakan.

Jangan asyik gah berkata untuk pembangunan semasa PILIHAN RAYA sahaja tapi bukitkanlah.  Kami mahu juga merasai di tempat kami,  bukan hanya satu kawasan sahaja yang patut dibangunkan atas peribadi dan keuntungan pemimpin misalnya.  Tapi kami minta pembungunan yang menyeluruh di seluruh NEGERI SELANGOR untuk kebaikan semua rakyat amnya.  Jangan Janji tinggal janji. Sehingga kini kami masih menuntut kata-kata oleh Menteri Besar Negeri Selangor YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo yang ingin menjadikan Negeri Selangor Termaju dalam era tahun 2005.  Nampaknya 2 tahun sudah berlalu namun JANJI TINGGAL JANJI,  sungguh malang sekali Bukit Beruntung masih dipinggirkan oleh pihak YB.

Dari itu saya harap agar pihak YB dan Kerajaan Negeri Selangor dapat mempertimbangan masalah ini.  Semoga BUKIT BERUNTUNG akan MENGUNTUNGKAN semua pihak dengan ada pertumbuhan ekonomi yang pesat dapat menaikan taraf hidup rakyat dan ekonomi negara amnya.

Terima Kasih,

telah dihantar pada Tarikh :  13/8/2007

Kepada,

Y.B. Dato’ Ch’ng Toh Eng, DPMS, PJK & YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo

ADUN Bahagian Kuala Kubu

Selangor.