Melihat Permatang Pauh dari dekat…
Salam bahagia untuk semua. Mungkin sehingga 26 Ogos ini saya akan banyak mencatit dalam laman ini tentang perkembangan pilihan raya kecil Permatang Pauh. Malah sejak sebelum penamaan calon lagi saya sudah berulang alik antara Kuala Lumpur dan Permatang Pauh. Namun, dengan tinggal lima hari lagi sebelum hari pembuangan undi, saya sudah mula berkampong di Permatang Pauh.
Semalam, saya berkesempatan untuk sekali lagi ‘turun padang’ pergi rumah ke rumah pengundi sekitar Parlimen Permatang Pauh. Pertama sekali saya amat terkejut melihat keadaan infrastruktur kampong-kampong tersebut yang masih lagi jauh ketinggalan. Bagi saya inilah kawasan parlimen bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang ditinggalkan dan kemudian disambung oleh isterinya Dato’ Seri Wan Azizah atas tikit Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Saya bersama petugas-petugas bilik gerakan pilihan raya telah menemui beberapa orang pengundi yang terdiri dari golongan kurang upaya, ibu tunggal, keluarga yang menanggung anak atau ahli keluarga yang sakit serta mereka yang tidak mendapat pembelaan dari wakil rakyat yang dipilih sebelum ini.
Turut serta bersama saya sekumpulan tiga orang doctor yang diketui oleh Dr. Roa. Kami datang bukan sekadar untuk menyampaikan sedikit buah tangan malah doctor yang ada terus melakukan pemeriksaan kesihatan dan mencadangkan rawatan lanjut kepada pesakit.
Rata-rata yang ditemui mengakui selama ini mereka tidak dipedulikan oleh wakil rakyat yang dipilih dan mereka hilang tempat mengadu kerana wakil PKR lebih mementingkan soal politik nasional daripada melihat keperluan dan masalah rakyat yang diwakili.
Bagi saya, inilah masalah sebenar orang Permatang Pauh. Orang luar, seperti saya dan kita semua mungkin melihat pilihan raya kecil Permatang Pauh ini lebih kepada soal Anwar Ibrahim ingin menjadi Perdana Menteri tetapi terlupa dan terlepas pandang nasib orang Permatang Pauh yang akan menanggung atas keputusan yang mereka buat nanti selama sekurang-kurangnya empat tahun lagi.
Bagi saya masalah rakyat setempat adalah soal kenapa kita perlu memilih wakil rakyat yang benar-benar mewakili parti yang mampu memberi perkhidmatan kepada pengundi mereka.
Oleh itu, saya menyeru kepada pengundi di Permatang Pauh agar lebih bersedia untuk berubah untuk masa depan mereka dan jenerasi yang ada daripada terlalu emosi kerana simpati dengan lakonan seorang yang mempunyai agenda peribadi.













August 21st, 2008 at 5:05 pm
SEBELUM INI..MANA BAYANG TUAN????
August 21st, 2008 at 5:13 pm
BN hidup.
August 21st, 2008 at 5:24 pm
salam sejahtera….
laa…saya ingat takdak dah org susah kat malaysia ni. naif nya saya kan…
ingatkan gitu la…kan ke Datuk Shabery pun kata gitu gak dulu…
“…walaupun dlm kesusahan tp rakyat cukup makan….”emm…janjinya
rakyat cukup makan dak…susah ka senang ka, kalau susah pun cukup
makan dah cukup kaaa….kalau gitu tak dak la lagi org yg ditunjuk dlm
Bersama mu tu di TV3 kan…sbb perangkaan dari Menteri Penerangan kataaaa
RAKYAT MALAYSIA NI, SUSAH MACAMANA PUNNNN…RAKYATNYA CUKUP MAKAN!!!
emm…macam2 org buleh kata noooo…..apa2 pun saya bukan org politik dan jauh
sekali terlibat dlm politik…ilmu politik langsung takdak…ini cuma dari rasa hatiiiii
dari org yg tak cukup ilmu didada…cuma ingin meluah rasa…apa2 pun HARAP2 nya
orang permatang pauh, bijak memangkah undi nanti…JANJINYAAAAA pilih la pemimpin
yang ada perasaan utk membantu rakyat yang miskin…yang sederhana…mau pun yang kaya rayaaa….akhir kataaa… PERPADUAN TERAS KEJAYAAN! SELAMAT MENGUNDIIII!!!
August 21st, 2008 at 6:23 pm
Muhamma, jangan lah komen negatif pasal P.Pauh. Memang ada kekurangan,itu dah sah. What do you expect huh? BN/ Umno tolng bangunkan PP yang di pegang PKR? BN/Umno kau juga yang mencekik penduduk2 PP tak nak hulurkan bantuan wang untuk pembanggunan! Wang ini dari Rakyat,untuk semua Rakyat. Kita membayar INCOME TAX!
Semasa Muhammad meneraju Selangor dulu, apa semua sudut sudut Negeri Selangor ada dapat pembangunan yang sempurna,tiadak kekurangan? Cerminkan diri dulu,baru you bagi komen terhadap PP!
Dalam P kecil ni you baru mau tunjuk2 yang you ni amat perihatin dan sanggup kerumah rumah orang2 susah dan menunjuk gambar2 yang you ni amat perihatin konon!
August 21st, 2008 at 7:06 pm
Aduh hai.
Desperate nya UMNO. Pada kempen sebelum PRU 8.3.2008, UMNO perlu selebriti, penyanyi, angkasawan and orang kenamaan untuk menang kerusi. Sekarang pulak, UMNO perlu pemain badminton Chong Wei di ceramahnya.
August 21st, 2008 at 7:22 pm
Keadaan tu akan berubah bila DSAI menang Datuk….Dari dulu kempen BN memang tidak pernah berubah…sekurang2nya DSAI ada Agenda dan manifesto yang meyakinkan. Tidak lah macam BN yang hanya menyerang peribadi beliau saja diguna dalam kempen. Be realistic Datu… Rakyat kini lebih matang…Kalau DSAI tidak ditangkap 10 tahun lepas…tentu hidup keluarga dalam gambar tu baik.
Rakyat mahu perubahan Datuk…..BN tidak pernah berubah dengan Dasar pecah dan perintah…yang menebalkan lagi sifat perkauman rakyat Malaysia. Pemimpin di atas mungkin tidak rasa..tapi rakyat tahu apa sebenarnya yang wujud…Gunakan lah agenda yang lebih besar dan Convincing daripada gambar keluarga miskin dan sakit ini. Kenapa bila Wan Azizah tidak dapat tolong keluarga ini sewaktu dia MP pihak BN tidak tolong??? Tunggu pilihanraya baru BN sensitif ke??
Biarlah rakyat tentukan Datuk….kami rakyat percaya DSAI akan menang…tak kiralah beliau mendapat majoriti 1 undi ke, 20,000 ke dia tetap akan menang.
selamat berkempen Datuk
August 22nd, 2008 at 9:14 am
YB Tan Sri,
Kita berharap agar pengundi Permatang Pauh akan mula membuka mata dengan apa yang terserlah hari ini. Gunakan undi anda dengan bijak. Undilah Barisan Nasional untuk kesinambungan pembangunan yang terencat sejak sekian lama. Selamat berjaya BN !!!
August 22nd, 2008 at 12:57 pm
assalamualaikum………
terima kasih kerana menyiarkan gambar-gambar sebenar keadaan penduduk permatang pauh..
jika boleh tolong siarkan lagi cerita mengenai kehidupan mereka disana……
terima kasih
August 23rd, 2008 at 12:35 pm
tahniah..selalulah menjenguk ke permatang pauh walaupun jika Umno tewas disini.Apa yang penting adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.Tidak banyak menteri2 yang mempunyai idea serupa TS.
August 24th, 2008 at 12:58 am
misi YB selepas ini adalah datang ke tempat saya di parit sulong. Ada ramai juga seperti mereka yang YB akan jumpa disini. Mereka di permatang pauh dah dapat sumbangan dan yang di parit sulong sedang menanti sumbangan dari datuk…
August 24th, 2008 at 11:36 pm
Alangkah baiknya kebajikan rakyat dilakukan sepanjang masa dan bukannya pada musim pilihanraya.
August 26th, 2008 at 11:38 pm
adui Tan Sri.. kenapa masih lagi berfikiran seperti 50 tahun dulu. Jangan dok pikir undi merosot ke apa. Tadi tengok kat Astro Awani, Tan Sri kena kritik dengan Prof dari UKM.
Kerajaan BN masih berfikir seperti orang tak bertamadun.
August 27th, 2008 at 10:37 am
Salam,
Sudah la tu TS, banyak2 kan beristighafar…. face the realiti la… JKKKP tu la yang sebenarnya memecah belah kan rakyat… kasi can orang lain nak perintah pulak… dah kasi 50tahun memerintah, bagi TS yang kaya raya jer la…
Turun minyak 15sen…. Harga barang turun ker???????????????????
August 27th, 2008 at 2:06 pm
Dato’,
Kalau setakat hamper, rakyat dah tak makan pujuk lagi dah. Yang penting, BN mesti mengakui kesilapan dan memperbetulkannya dgn segera. Tak perlu tegakkan benang yang basah. Rakyat sudah semakin muak. Strategi berkempen menghentam peribadiseseorang, bukanlah strategi yang betul. Berpolitiklah dengan jujur. Nyatakan kepada rakyat apakah kemajuan yang hendak dibawa..dan buktikan. Ini akan mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kepercayaan rakyat..kerana pemimpin BN telah terkenal dengan janji2 manis di pilihanraya. Jadi kalau pun kemajuan yang dijanjikan pada kali ini terdapat kesungguhan dan kebenarannya, rakyat tak mudah termakan kata.. Tunaikanlah janji walaupun pada hari ini kita tahu BN telah kalah di Permatang Pauh.
August 27th, 2008 at 5:28 pm
Salam Tan Sri…
Saya rasakan kekalahan UMNO di Permatang Pauh bukan kerana PKR kuat tetapi tanda protes rakyat terhadap BN lebih-lebih lagi Pak Lah. Saya rasa yang paling utama ialah Pak Lah mestilah meletak jawatan serta-merta.Mesej di Permatang Pauh adalah jelas, terang lagi bersuluh.Saya juga rasakan bahwa Tengku Razaleigh adalah individu yang sesuai untuk mendapatkan kembali imej UMNO yang rosak yang mana boleh karam pada bila-bila masa sahaja.
Terima kasih.
Semoga Tan Sri berkerja kuat demi agama, bangsa dan negara
August 27th, 2008 at 10:45 pm
Tan Sri terus kan perjuangan dan bekerja dengan lebih keras lagi. Usah khuatir, walaupun BN kalah- tanggungjawab harus diteruskan. Jgn lah pula membiarkan. Ini adalah kerana dgn meneruskan bekerja untuk membantu rakyat akan memberi pahala diakhirat dan insya-allah di kemudian hari jika umur panjang. Sekian Terima Kasih
August 28th, 2008 at 4:04 pm
Orang kata kalau bagi sedekah ngan tangan kanan biar tangan kiri pun tak tau. Itu baru sedekah ikhlas. Ini namanya sedekah publisiti. Pakej ngan gambar skali.
August 29th, 2008 at 9:51 am
Nampak keperihatinan Datuk Seri terserlah semasa PRK Permatang Pauh. Tapi malang, nampaknya penggundi Permatang Pauh macam tidak memberi respond undi kepada BN. Kenapa keadaaan seperti ini berlaku dan apa sebab-sebabnya?
August 29th, 2008 at 7:00 pm
Tugas seorang pemimpin memang berat, setimpallah dengan pahala pahala dan keberkatan yang dijanji. Sejuknya nampak sekira lawatan sebegini dibuat bukan atas agenda agenda tertentu. Saudara tunaikanlah apa yang patut dan tak usah diungkit apa yang tidak dibuat orang. Melawatlah ke semua kawasan kawasan lain juga dan hulurlah bantuan atau simpati kepada mereka yang betul betul memerlukan tak kira bangsa dan agama. Terima Kasih.
August 30th, 2008 at 11:23 pm
tuan apa sudah jadi?
September 1st, 2008 at 5:47 am
Salam sejahtera:
BN kalah lagi. Begitulah hakikatnya. Persoalannya ialah mengapa ini terjadi? Apakah tidak cukup kah sumbangan BN dalam membangunkan bangsa Malaysia. Pada pandangan saya kekalahan BN adalah kerana sikap pemimpin BN itu sendiri. Rakyat sudah muak. Maka ditonjolkan melalui by election yg lalu. Menggunakan sumpah adalah salah satu faktor yg dilihat terdesak oleh rakyat terhadap jentera kempen BN. Kita ada mahkamah syariah mengapa digunakan sumpah sebagai weapon untuk memancing undi? Ingatlah rakyat sudah boleh berfikir yg mana kaca dan permata. Ini tidak…………. di saat2 akhir pi masuk mesjid sibuk angkat sumpah. Kata masjid tidak boleh digunakan untuk platform politik. Masjid kena stand alone. Kesucian masjid wajib dijaga.
Kita tidak lagi selantang dahulu mengkritik regime zionis dan presiden bush. Pembangunan dan idea2 baru di copy masa Dr M. Corridor2 ini semua dilihat oleh rakyat sebagai sesuatu yg bukanlah baru. Wilayah Iskandar copy cat Putrajaya idea Dr M.
Kesimpulannya BN harus memiliki idea baru. Pemikiran baru. Kalaulah masih lagi tidak mahu berubah maka BN nanti akan lenyap dalam arena politik negara. Mengapakah ini terjadi? Jawapannya ada kepada pemimpin BN itu sendiri.
Harapan saya semoga Tan Sri bawa perubahan baru kepada kualiti kepimpinan di dalam BN.
Salam perjuangan!
September 2nd, 2008 at 11:03 am
Terasa sedih yang teramat apabila usaha selama 2 mgggu tgalkan family utk mencelikkan bangsa melayu hanya kerana sayangkan bangsa,agama dan negara.Kesal dengan sikap melayu kita yang tak ingin berubah.Apa lagi boleh dikata Pematang Pauh yang kalah tetapi berhari-hari hati menangis mengenangkan nasib kita orang melayu.Bangsa lain bertepuk tangan.Apa akan jadi akan datang maruah kita tercabar menangis nenek moyang kita melihat apa berlaku hari ini.
Wahai pemimpin yang terpimpin bukalah mata celikkan minda berubahlah demi bangsa ,agama dan negara tercinta ini.Pandanglah hari esok untuk generasi kita yang masih kecil.
Harapan saya semoga BN tngkatkan kualiti kepimpinan dikalangan pemimpin.Jangan gadaikan negara hanya kerana nafsu.Hanya BN yang mampu pastikan kestabilan politik dan ekonomi.Hidup BN.
September 2nd, 2008 at 4:19 pm
Manusia diberi akal untuk berfikir.Fikir dengan fikiran yang waras serta untuk masa depan.Kalau suruh cakap bayi pun menangis nak susu tapi suruh sumpah anak pun tergelak.Bayangkan dan istighfar banyak-banyak adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa menjadi mat jenin yang mana selalu pasang angan-angan fatamorgana.Hidup dengan angan-angan bolih membuat fikiran jadi bodoh.
September 2nd, 2008 at 8:21 pm
Amacam TS..tepat sekali ramalan saya bahawa BN tewas diPmtg Pauh.Takkan Ts tak nak turun kesini lagi?Bantu2lah org Pmtg Pauh yg TS katakan dahaga pembangunan.Jgn kerana tewas teruk,TS dah tak nak melawat mereka lagi.
Cadangan saya utk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN:
a-Media perlu telus dan tidak memihak kepda BN sahaja dalam menyiarkan berita2 yg masih samar2.
b-Kempen secara menyerang peribadi adalah tidak relevan sekarang kerana rakyat sudah matang.
c-Tak perlu menunjuk-nunjuk terhadap bantuan 2 yang diberikan seperti menyiarkan dalam media2 kerajaan.
d-Propaganda BN terhadap PR sudah tidak diterima rakyat.
e-Penjenamaan semula BN seperti merubah wajah bendera yang sudah lapuk dengan penggunaan gambar dacing.
f-Penyemakan semula daftar ahli UMNO yg betul2 setia kerana saya jangkakan hampir separuh dari ahli UMNO sudah keluar parti.
g-Menyelesaikan masalah dalaman BN spt masalah antara parti komponen dan masalah dalaman UMNO sendiri.
h-Berpijaklah dibumi nyata dengan menerima hakikat bahawa UMNO memang mempunyai masalah dalaman dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik.Parti perlu betul2 mantap,barulah rakyat yakin.
i-Kenapa mahu menganggap Sdr Anwar sebagai musuh utama UMNO?Kewujudan beliau adalah untuk mengimbangi salahguna kuasa dan korupsi.Musuh utama UMNO adalah ahli2 UMNO sendiri.Buat tapisan ahli secara menyeluruh dengan menggugurkan ahli yg tidak setia walaupun pada peringkat cawangan.Jangan risau UMNO kekurangan ahli.Biar ahli kurang tetapi semua yang tinggal itu betul2 ahli setia.
j-Bermuafakat dgn pembangkang dalam menangani masalah rakyat,bukannya saling menuding jari.
Moga TS dapat menerima teguran dan nasihat dari rakyat marhaen.
Wassalam
September 4th, 2008 at 11:05 pm
Salam Tan Sri.
Saya terbaca bahawa Tan Sri akan bertanding Naib Presiden Parti saya ucapkan tahniah kerana satu satunya pemimpin dari Selangor. Oleh itu saya berharap Tan Sri selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor agar dapat melihat perkembangan Mesyuarat di peringkat Bahagian Bahagian dan Cawangan Cawangan di seluruh Selangor.
Saya seorang ahli umno di bahagian Ampang dimana kita lihat di peringkat UMNO Ampang ada pertandingan 2 penjuru di antara Pemangku Ketua UMNO Bahagian Dato Ismail Kijo dan muka baru Ybhg Dato Dr Maamor Osman. Untuk pengetahuan Tan Sri sikap tidak TULUS diperingkat UMNO Bahagian Ampang sangat terserlah dimana Cawangan Cawangan yang menyokong Dato Dr Maamor akan ditangguhkan dan di arah bermesyuarat semula dengan alasan korum tidak mencukupi dan Cawangan Cawangan yang mencalonkan Dato Ismail Kijo walaupun tidak mencukupi korum cawangan itu sah dan ada di antara Cawangan Cawangan yang tidak bermesyuarat tetapi dimaklumkan telah bermesyuarat seperti berikut;
1. Cawangan Pusat Bandar Tmn Dato Ahmad Razali (tidak cukup korum)
2. Cawangan Jln Ulu Kelang (tidak cukup Korum)
3. Cawangan Jln Merdeka (Tidak Cukup kiorum)
4. Cawangan kolam Air Lama (tidak Bermesyuarat)
5. Cawangan Pinggiran Kg Pandan Dalam ( Tidak bermesyuarat)
6. Cawangan Tmn Tun Abdul Razak ( tidak Bermesyuarat)
7. Cawangan Pusat Komersial Tmn Dagang (tidak Bermesyuarat)
8. Cawangan Desa Enggang (tidak bermesyuarat)
9. Cawangan Pinggiran Bandar Baru Ampang (salleh tawil) (Tidak Bermesyuarat)
10.Cawangan Uda Jaya (tidak Cukup korum)
11.Cawangan Taman Sri Raya (tidak Cukup korum)
12.Cawangan Tmn Tasek Fasa 5 (tidak bermesyuarat)
13.Cawangan Pinggiran tasek permai (tidak bermesyuarat)
14. Cawangan Tmn Rasmi Jaya (tidak cukup korum)
Oleh itu Tan Sri selaku Pengerusi Perhubunganan UMNO Selangor dapat kiranya menyiasat apakah berlaku salah guna kuasa didalam pertadbiran UMNO Bahagian Ampang. Saya lihat jika benar apa kita lihat ini benar saya rasa UMNO di Ampang akan terkubur dan saya pasti kemarahan ahli di peringkat akar ubi akan menyebabkan ahli akan berubaha haluan ke parti melayu yang lain.sekian salam
September 6th, 2008 at 7:31 am
tan sri,masa prk permatang pauh hari tu tan sri dan orang 2 kerajaan janji nak perbaiki rumag saya,apasal dah habis pilihanraya senyap aje????????????????????????????bila nak datang lagi????????????????lagi 5 tahun le jawapnyakan??????????????????beras dan sardin yang dibagi pun dah jadi taik,tar jalan kerumah saya bila nak dapat????????????????????nasib baik saya undi calon TALIBAN tu.
September 9th, 2008 at 10:35 am
tan sri,
zaman dah berubah, keadaan politik baru dan socio ekonomi orang melayu dah teruk. Kadar kemiskinan naik disebabkan harga minyak naik, walaupun harga minyak turun 15 sen, tetapi harga barangan domestik sudah 30 persen naik tansri, cuba lah lihat kesaengsaraan kami, terutama orang melayu kampung, nak beli majerin buat kueh pun dah naik, dulu RM9.30 sekarang dah RM11.60… apa dah jadi Tan Sri pejuang orang melayu dunia, jangan disebabkan harta, wang ringgit, tan sri failed utk melihat benda yg terang lagi tersuluh…
orang kampong di hulu selangor terseksa, cuba lah tengok sendiri keaadaan kami.
September 20th, 2008 at 12:56 pm
TS datang ke Pamatang Pauh dengan niat ikhlas ke atau kerana pilihanraya? Tiba-tiba muncul sahaja di Pematang Pauh apabila kempen mengundi. Ada udang sebalik mee. OK penduduk sana nak tengok bila lagi TS akan muncul selepas ini.