Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Medan Info Desa untuk Orang Kampung

Salam untuk semua. Seharusnya saya berterima kasih kepada anda semua di luar sana kerana terus-terusan mengunjungi laman web ini. Kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat akan terus memikul amanah itu dengan sebaik mungkin untuk faedah seluruh rakyat tanpa mengira dari Bandar mahupun luar Bandar.

Bagi saya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kita akan terus memberi yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat. Ini terbukti bilamana kementerian akan membina lebih banyak pusat komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) atau Medan Infodesa (MID) di kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital antara luar bandar dan bandar kepada 60 peratus menjelang 2010.Sehingga kini kementerian sudah membina sebanyak 147 MID yang sudah beroperasi manakala 87 lagi dalam pembinaan.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebanyak RM50 juta digunakan untuk membina 180 MID yang dilengkapi kemudahan komputer serta internet dan RM20 juta lagi bagi latihan berkaitan teknologi maklumat kepada penduduk luar bandar.

Saya berpendapat usaha untuk melengkapkan semua daerah di seluruh negara dengan MID yang bertujuan melipatgandakan jumlah penduduk yang celik ICT.

Kita juga mahu jurang digital yang besar antara penduduk bandar dan luar bandar berupaya dirapatkan dan kami sememangnya komited ke arah itu.

Sehingga 2006, kira-kira 93 peratus penduduk bandar menggunakan internet berbanding 6.7 peratus di luar bandar, manakala pemilikan komputer pada kadar 88.8 peratus (penduduk bandar) berbanding 11.2 peratus di luar bandar.

Kementerian saya juga akan berusaha membina kemudahan seperti MID di setiap mukim dan kampung sebaik menyelesaikan pembinaan kesemua MID di kawasan luar bandar.

Kita anggarkan setiap MID mukim berharga kira-kira RM250,000 manakala MID kampung sekitar RM120,000.

Selain itu, sehingga 2007, seramai 59,254 penduduk luar bandar termasuk suri rumah dan peneroka Felda sudah diberi latihan komputer dan celik ICT menerusi 3,282 kursus ICT di MID.


28 Responses to “Medan Info Desa untuk Orang Kampung”

  1. shah efendy Says:

    YB Tan Sri,

    Langkah Kerajaan untuk menambah MID dalam tempoh RMK-9 adalah baik dan menunjukkan kesungguhan Kerajaan dalam membudayakan IT khususnya di kalangan masyarakat di luar bandar. Misi Kerajaan elektronik tidak mungkin berkesan tanpa penyertaan majoriti rakyat yang terbina dan terlatih dalam bidang yang cukup penting pada era masa kini. Harapan saya, agar kelompok masyarakat pedalaman seperti kaum Orang Asli, Iban dan Kadazan tidak dipinggirkan dalam kita merangka lokasi MID yang baru. Sekarang Astro pun sudah ’selesa’ masuk ke rumah mereka !

  2. anak rantau selangor Says:

    Salam buat Tan Sri,

    Walaupun negara kita sekarang menghadapi musibah kerana kenaikan harga minyak, namun kebajikan penduduk luar bandar tetap di utamakan. Terima kasih Tan Sri.

  3. AZMI BIN HASSAN0125975286) Says:

    YB Tan Sri,

    Kenapa YB Tan sri, tidak komen dengan telus mengenai isu-isu yang diutarakan,inilah yang dikatakan demokrasi.

  4. pengurus_mid Says:

    membela nasib penduduk luar bandar agar lebih ‘celik IT’.

  5. xfile Says:

    TS
    Satu usaha yang baik.
    Tender tu biarlah telus dan jangan bolos…

  6. Irwan Says:

    Mintak perhatian pada Tan Sri mengenai perkhidmatan Streamyx. Ianya semakin lembab dan menyukarkan rakyat Malaysia yang mencari rezeki melalui internet. Melalui iklan di TV yang menggambarkan GAHnya Streamyx hanya propaganda. Bagi saya ianya lebih teruk dari tahap dial up. Saya melanggan sejak 2004 dan sebagai pengguna memang tidak berpuashati.

    Apa guna internet kalau terlalu lembab dan sebagai pengguna, memang saya rasa tertipu !!. Perkara ini dianggap remeh oleh TMNET dan lagak syarikat ini seolah-olah ada kuasa kebal dikalangan mereka.

  7. Orang Kelumpang Says:

    Tan Sri Cikgu Muhammad,
    Saya nak tahu samada page ini sebenarnya page Kementerian atau your personal, sebab kalau ikut tajuk memang page ini ur Personal page. Tetapi saya tak nampak artikel U tentang pollitik semasa sangat especialy yang melibatkan Anwar. U tak ada memberi komen dan tak buat sebarang ulasan tentang kes liwat Anwar. Kami tertunggu-tunggu komen Cikgu.

  8. MANGKU_BUMI Says:

    Tan Sri saya sungguh tertarik dengan usaha kementerian tan sri membina banyak mid di seluruh negara dan saya mengucapkan tahniah. namun apa yang agak mengecewakan ialah pemilihan tempat mid itu seolah-olah terdapat pilih kasih kerana sama ada tempat itu adalah kawasan parlimen atau dewan undangan negeri menteri, timbalan menteri kklw magupun yb yang menjadi ‘gang’ kepada menteri kklw.

    malang lagi ialah kerana tempat yang dipilih itu ialah kampung halaman pegawai-pegawai kanan kklw yang dengan sengaja memilih tempat itu walaupun diketahui tempat itu te;lah ada segala infrastruktuk asas termasuk talian telefon yang memungkinkan internet disambung ke rumah-rumah di kampung di situ.

    tan sri, kerajaan perlu melihat balik perkara ini berdasarkan matlamat mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar. biarlah pemilihan kampung mid itu benar-benar tempat yang “mustahil” bagi ict/internet sampai dalam tempoh 10-20 tahun lagi. banyak lagi tempat yang amat memerlukan seperti di pedalaman sabah dan sarawak mahupun sesetengah tempat di negeri-negeri miskin di semenanjung. saya amat menyanjung tinggi hasrat tan sri untu memastikan agihan pembangunan luar bandar yang adil dan saksama (equal and equitable?).

    tan sri mengenai usaha “turun padang” yang tan sri buat beberapa kali sejak dilantik menjadi menteri kklw, saya amat tabiklah. namun ada juga tempat yang tan sri lawat itu bukanlah tempat “orang susah” seperti yang sepatutnya yang disebut oleh tan sri sebelum itu. saya tak pasti sama ada tan sri sendiri yang memilih tempat itu atau pegawai tan sri/kklw yang menentukan tempat yang akan dilawati itu.

    dalam hal ini saya suka mengingatkan tan sri bahawa terdapat pegawai yang suka melaporkan perkara-perkara yang baik-baik, manis-manis dan semuanya baik, ok, takda masalah…tapi harus diingat mereka itu cuba membuat kerja mudah atau cuba menyembunyikan masalah sebenar yang berlaku di bawah. sebab selama ini permasalahan itu sepatutnya telah diselesaikan. tengoklah berapa banyak lagi orang miskin yang ada di kampung? bila ditanya, ooo..tak banyak cuma ada 5% lagi sedang hakikatnya ramai lagi hingga bila tv atau akhbar dedahkan baru semua orang melompat! menyalahkan tv3lah, harian metrolah dll sebagai sengaja mendedahkan kedaifan rakyat.

    tan sri, dalam hal ini tan sri patut ada “say” untuk memilih tempat yang tan sri ingin turun padang, jangan “terlalu percaya” walaupun pegawai itu berpangkat tksu atau ksu sekalipun.

    tan sri, saya pernah berurusan dengan kklw dalam mengadu hal-hal bagaimana ingin membantu menghapuskan miskin tegar di kampung-kampung. apa yang mengecewakan, si miskin tegar hanya akan dibantu sekiranya berdaftar dalam sistem “spkr”? ke apa bendanya tu? sedang hakikatnya mata pegawai itu sendiri membenarkan bahawa si miskin tegar itu WAJIB SEGERA dibantu. tapi banyak pula karenah yang saja dibuat-buat dengan mengaitkan pejabat daerahlah, penghululah, jkkklah punya kerja….aaarrrrgggghhhhh!!!! SAMPAI BILA USAHA HAPUS MISKIN TEGAR MENJELANG 2010 AKAN TERCAPAI??? MUSTAHIL TERCAPAI JIKA SIKAP PEGAWAI YANG ADA DI KEMENTERIAN TAN SRI TIDAK BERUBAH SEJAK 50 TAHUN KKLW WUJUD!!!

    Maaflah tan sri. saya dan orang kampung sebenarnya kecewa dengan sikap kebanyakan dan rata-rata pegawai kerajaan di malaysia ni. gaji besar pangkat cepat naik. dan sekarang ni pula, baru 3 tahun kerja dah naik pangkat M41 ke M44, setahunkemudian naik M48 dah jadi pegawai besar yang boleh menentukan sesuatu projek, jaga projek seluruh negara! dulu kami 15 tahun kerja belum tahu dapat naik pangkat, tercongkol di takuk gred A-22 hingga sampai sikit lagi nak pencen.

    inilah hakikatnya tan sri. tan sri kena pusing kementerian tan sri 360 darjah jika tan sri ingin pastikan hasrat murni kerajaan menghapuskan kemiskinan luar bandar di capai menjelang 2010 atau 2020 nanti. wallahua’lam.

    terima kasih atas perhatian tan sri.

  9. samasedia Says:

    tan sri

    kami sayang umno
    tolong jangan buat macam penang, cawangan belum mesyuarat dah umum pencalunan.
    saya hairan pemimpin2 keturunan mamak ni masih bersikap autokratik menggunakan kuasa yang ada dalam parti, walaupun parti sekarang dalam delima

    sekarang ni bagi le sikit muka kat ahli2

  10. orangkampung Says:

    Askm TS,

    Tahniah dengan perancangan MID nie…sebagai seorang warga kampung saya mencadangkan agar MID ini diperluaskan kegunaannya bukan setakat kursus-kursus ICT tetapi ia wajar dijadikan tempat rujukan ilmu atau pusat tiusyen ‘on-line’ secara berjadual untuk anak-anak dan remaja luar bandar dengan caj yang minima.

    Cara ini juga dapat mengurangkan budaya lepak di kafe siber di kalangan remaja…dan yang paling penting ibu-ibu yang tidak bekerja dapat memantau anak-anak belajar seperti kempen 2 jam 3 jam.

    Terima kasih.

  11. iskandar Says:

    Harap Tan Sri dapat komen tentang AKUAN SUMPAH DATUK ABDUL MURAD, kalau akuan sumpah Raja Petra dan Bala berdasarkan “hearsay” PEMBANGKANG sibuk canangkan kebenarannya bagaimana pula pengakuan sumpah Datuk Abdul Murad yang atas perlakuan sendiri??

    Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.

    Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

    Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.

    Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

    Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

    Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Rakyat mahu jawapannya

  12. Hashim majid Says:

    Salam YB Tan Sri, Program ini merupakan program yang amat agresif dan hadiah yang amat besar kepada penduduk desa. Saya dan rakan-rakan di Kampong Sg. kamin, Batang Kali, Selangor berhampiran jalan ke Genting Highlands mungkin tidak dapat menikmati kemudahan ini olehkerana tiada bekalan letrik.Kami telah menuggu lebih 20 tahun untuk mendapatkan bekalan letrik tapi belum kesampaian.Harap-harap dengan peruntukan tambahan dalam RMK 9 untuk tujuan memberi kemudahan air bersih dan bekalan letrik ke kampung-kampung, kampung kami tidak akan tertinggal lagi dari segi kemudahan asas ini. Walupun kami belum mendapat kemudahan asas ini sejak dibawah kerajaan BN ,kami masih yakin satu hari nanti kami akan dikurniakan kemudahan asas ini walaupun sekarang di bawah kerajaan pakatan pembangkang.
    Salam.

  13. Badin Says:

    Tan Sri,

    Terdapat masalah baru yang menghantui masyarakat luar bandar ketika ini. Masalah ini kelihatan begitu terpencil walaupun begitu ianya telah menganggu ketenteraman hidup masyarakat luar bandar.

    Masalah yang ingin saya utarakan ialah masalah Babi hutan yang berkeliaran mencari makan dikampung - kampung terutama kampung-kampung tradisional yang kedudukannya berhampiran dengan Banjaran Khatulistiwa. Kampung-kampung tradisional sebelum ini memang jarang dihampiri oleh babi. Kawasan tanah baru teroka seperti Felda mungkin ada.
    Negeri-negeri yang terlibat adalah Pahang, Perak, Selatan Kedah, Kelantan dan lain lain.

    Perkara ini berlaku sejak 5 tahun kebelakangan ini dan menjadi lebih ketara sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini penduduk kawasan luar bandar hanya terserempak dengan babi babi hutan dikawasan-kawasan ladang seperti getah & kelapa sawit. Tetapi kini babi babi hutan telah berani menghampiri kawasan rumah penduduk kampung dan berkeliaran seolah olah binatang ternakan.

    Keadaan menjadi lebih rumit apabila babi babi hutan ini mengancam tanaman penduduk kampung. Akibatnya pendapatan penduduk kampung juga terancam. Ada juga usaha mereka memanggil Kaum Cina untuk memburu babi tersebut. Malangnya pemburu dari Kaum Cina ini hanya memilih untuk menembak babi hutan yang baik sahaja. Anak babi & babi tua dibiarkan lepas.

    Saya merasakan sekiranya Tan Sri dapat mengambil langkah langkah susulan untuk menanggani masalah ini, saya percaya Tan Sri akan dipandang sebagai pembela nasib masyarakat luar bandar. Tiada seorang pemimpin pun baik dari kerajaan & pembangkang nampak masalah ini.

    Goof luck Tan Sri

  14. arbai Says:

    salam Tan Sri,

    semoga rakyat luar bandar mendapat manfaat hasil perancangan terbaik kerajaan dan warisan kepimpinan terdahulu. kesinambungan idea itu kini di sambut oleh kepimpinan yang ada sekarang. syabas. apapun isu yang rakyat hadapi sekarang harap kerajaan dapat atasinya dengan cara terbaik. semoga rakyat dan kerajaan dapat ‘win win’.

  15. aliff Says:

    TNA SRI MASIH BELUM MENJAWAP SAMA ADA PENGUMUMAN TIU TELAH MELANGGAR ETIKA PEMILIHAN UMNO ATAU TIDAK..???

  16. Mardziah Hashim Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Saya telah lama mengikuti perkembangan telecentre di Malaysia. Kita sudah sedia maklum terdapat pelbagai usaha untuk merapatkan jurang digital ini, dan saya menumpukan perhatian kepada tiga usaha besar, iaitu PID, MID dan CSKC. Kita semua faham tentang kepentingan ICT untuk menaikkan taraf penduduk luar bandar, dan pada pandangan saya, isu ’sustainability’ tidak boleh dipandang ringan. Banyak lama web yang dibina, tetapi pengisiannya tiada, atau pun tidak dikemaskini. Sebagai contoh, banyak laman web MID yang disenaraikan di alamat http://www.infodesa.gov.my tidak terkini. Saya mengandaikan jika laman web tersebut tidak dikemaskini, maka aktiviti ICT juga tidak berjalan dengan lancar di kawasan tersebut. Adakah ini benar? Kerajaan telah membelanjakan banyak duit, dan rugi rasanya jika rakyat tidak mendapat menafaat dari usaha murni. Harap dapat jawapan dari pihak Tan Sri.

    Sekian, terima kasih.

  17. Speak Da Truth Says:

    Aslm

    Tan Sri,
    Kebanyakan para pemimpin yg ada skrg megah pada parti, tetapi layu pada tanggungjawab sebenar pada rakyat dan Tuhan. Ramai yg lupa bahawa tiket sebagai ‘khalifah’ rakyat bukan tiket murahan mencari publisiti, mengangkat sirna lawan, bongkak mahupun angkuh tetapi tiket mengangkat martabat individu itu jika MAMPU melaksanakan amanah rakyat. Wajib kita yakni saya, para blogger termasuk Tan Sri jua saling ingat mengingati bahawa amanah ini bakal dipersoal di dunia hakiki kelak. Jadi, harap2 mana jua yg memikul gelaran YB ini tidak lupa bahawa mereka duduk satu kerusi amanah. Jgn belot pada rakyat yg memilih bukan semata-mata pada parti tetapi calon.

    Yg jelas adalah amanah. Yang terselindung: hentikan mengeksploitasikan rezeki yg Tuhan hidangkan atas nama parti. Bukan…bukan milik parti, drpd Tuhan, utk semua. Rakyat percaya Tan Sri ikhlas.

  18. waktze Says:

    Salam YB,

    Saya telah melawat beberapa MID. Ia adalah inisiatif amat baik dan berkesan sama ada penduduk setempat mahupun pengendali MID itu sendiri. Di Malaysia ini terlalu byk inisiatif telecenter seperti MID, PID dll. Pernah saya ke Felda Palong 7 (dlm Mac 08), telecenter dikatakan telah mendapat pembiayaan penuh tetapi apa yg berlaku sebenarnya bilik komputer tidak sempurna - tidak dilengkapi dengan air-cond & tiada ciri keselamatan & berbulan komputer ada tetapi tidak dapat digunakan…

    saya cadangkan semua inisiatif telecentre perlu digerakkan oleh kementerian YB shj. Pelaksanaan dan pemantauan perlu cermat & teratur agar kemudahan ini sampai kepada target dengan sempurna.

    sekian.

  19. utohkacil Says:

    Kenapa soalan yg di kemuka kan pada posting,

    “Tangguh dulu Penghijrahan ke Bandar”, pada 12 Jun 08,

    langsung tidak berjawab!

  20. anak bekas Ahli UMNO Says:

    Tansri..Assalamualikum.

    Saya rasa Tansri berada di landasan yang betul..Blog Tansri berkisar tentang apa yang Tansri mahu lakukan dan apakah yang telah dilakuna oleh tansri disamping sedikit issue tentang UMNO. Pada saya itu sudah cukup. tak perlu Tansri memambah lagi tentang isu Anwar.

    Tentang UMNO Peneng tu…Tansri lakukan apa yang terbaik tapi perkara inilah yang menyebabkan ramai Belia Melayu Tepelajar(termasuk saya) menjauhi UMNO kecuali mereka yang berniat untuk mencari keuntungan atau Mempunyai pengaruh Keluarga.

    Berbalik kepada topik ini, Dalam RMK9, Sebanyak 180 MID dibangunkan dengan average kos 250,000 setiap satu. Dalam Malaysia ini agak agak ada berapa banyak Mukim? dan jumlah 180 ini mewakili berapa percent dari keseluruhan Mukim dalam Malaysia. dan selepas RMK9..agak agak berapa peratuskan MID di Malaysia, Kalau dapat 70% saya rasa ianya berbaloi juga.

    Wassalammm..

  21. papayadono Says:

    Dato’ kalau boleh ingat lagi projek Dato’ untuk membangunkan kawasan seksyen 13 sebagai pusat aktiviti peniagaan untuk orang melayu khususnya di world wide. Selepas dato’ tidak lagi menjadi menteri besar kawasan disitu tidak dibangunkan sehinggalah lewat kebelakangan ini. Apa yang berlaku amat menyedihkan. Kami yang kurang berkemampuan bekejar untuk mengubah kehidupan dengan membeli lot kedai. Apabila tidak dimajukan kami berdepan dengan masalah. Jangkan ade pendapatan rupanya punah harapan. Kedai tak mampu bayar , terlelong, terjerat dengan hutang dan sekarang lagi black list. Bukan sikit bunga yang kena bayar. Jadi minta tolong dato’ bagaimana kami boleh keluar dari kemelut ini.

  22. hakimi Says:

    Salam YB,

    Medan Infodesa memang baik dan berguna untuk orang kampung supaya mereka celik IT. Walau bagaimana pun objektifnya kurang tercapai kerana Kursus yang dilaksanakan hanya pada tempoh tertentu sahaja. Saya sebagai orang kampung lebih melihat Medan Infodesa ini sebagai pusat hiburan permainan game seperti cyber cafe yang dipenuhi oleh budak-budak yang kebanyakannya berumur bawah 12 tahun (faktor harga sewa komputer yang murah menyebabkan mereka selalu datang untuk main game). Bukankah ini menyalahi akta Cyber Cafe?! Adalah lebih baik pihak KKLW menyiasat perkara ini sendiri…

    Oleh itu, Medan Infodesa ini seharusnya mempunyai dasar yang lebih jelas dan bersepadu. Medan info desa sepatutnya menjadi kelas bimbingan komputer kepada orang kampung sepanjang masa (bukan hanya pada masa tertentu). Ia sepatutnya dijadikan kelas dan aktiviti untuk budak-budak diluar masa sekolah.

    Kelas atau aktiviti yang saya maksudkan ialah kelas komputer yang ditetapkan silibus dan jadualnya (seperti kelas tuisyen). Tidak dinafikan menjadikan Medan infodesa sebagai pusat internet desa itu memang baik dan mendatangkan faedah kepada orang kampung. Tetapi malangnya orang dewasa jarang yang berkunjung ketempat ini, dan selalunya yang akan datang adalah budak sekolah. Budak sekolah yang datang sudah tentu bukan untuk belajar komputer, tetapi untuk bermain game terutamanya game LAN dan online. Malah ada yang bermain melebihi 4 @ 5 jam. Adakah Medan Info Desa ini lebih mengutamakan keuntungan daripada objektif asalnya?!

    Oleh itu harap perlaksanaan Medan Info Desa ini dikaji semula. Jadikanlah ia pusat kelas bimbingan komputer (pusat latihan ICT ) dan penduduk Kampung boleh belajar IT dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pusat latihan ICT di luar. Upahlah tenaga pengajar yang lebih banyak contohnya 3@4 orang graduan ICT untuk menjadi tenaga pengajar. Sesiapa yang ingin menggunakan Internet dan perkhidmatan lain, ia di bolehkan tetapi mestilah tidak menganggu kelas dan hanya untuk rujukan, carian maklumat dan perkara-perkara lain yang dirasakan penting.

  23. pengurus_MID Says:

    Salam kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’,

    Ini adalah penjelasan untuk Sdr Hakimi,

    Sememangnya MID menjadi kelas bimbingan untuk org kampung dan aktiviti budak2 di luar. Tetapi segala tindak tanduk pelajar2 semasa penggunaan komputer di MID tidak dpt dikawal oleh Pengurus MID sepanjang masa.

    MID mempunyai silibus dan jadual tuisyen untuk membantu penduduk kampung mempelajari selok belok mengenai komputer, tetapi kelas itu tidak mendapat sambutan di kalangan penduduk kerana sesetangah daripada mereka merasakan sudah terlambat mempelajari tentang perkomputeran..

    MID tidak menyediakan games untuk pelajar2 bermain. Tetapi pelajar2 yang telah mahir dengan komputer boleh mencari capai games melalui rangkaian internet. Dan mereka boleh bermain games melalui rangkaian internet tanpa memuat turun ke dalam komputer.

    Untuk makluman, MID ini ditubuhkan atas `smart partnership’ antara KKLW dan JKKK Kampung. KKLW hanya menyediakan prasarana dan pengurus (yang mana ia dari kalangan graduan ICT) yang mengurus bangunan tersebut untuk kegunaan masyarakat setempat. Segala perbelanjaan utiliti, dan perbelanjaan lain di tanggung oleh MID tersebut; dan mendapat pemantauan KKLW dan agensi dibawahnya.

    Mengenai mengupah tenaga pengajar, sedia maklum pengurus itu sendiri terdiri dari graduan ICT dari institut pengajian tempatan. Jikalau ingin mengupah tenaga pengajar seramai 3@4 orang, ia memerlukan peruntukan yang besar yang mana perlu di keluarkan dari MID itu sendiri.

    - Bagaimana MID dapat mengupah tenaga pengajar jikalau tiada kerjasama dari penduduk kampung untuk menghadiri kursus?
    - Saya rasa, Encik Hakimi perlu tahu lebih lanjut tentang MID sebelum mengutarakan komen-komen tersebut. Kemungkinan dengan penjelasan daripada pengurus MID, En Hakimi dapat melihat skop yang lebih luas tentang APA ITU MID.

    Dan Untuk makluman Tan Sri Dato’

    MID diwujudkan untuk merapatkan jurang ICT antara luar bandar dan bandar. Dan objektif itu akan tercapai dengan jayanya jika:

    - Masalah kerjasama antara wakil KKLW di MID dan JKKK Kampung dapat diselesaikan setelah sekian lama ia berlaku.
    - Perebutan kuasa/bangunan MID antara wakil-wakil kampung dan wakil KKLW.
    - Masalah MID setempat yang tidak mendapat perhatian serius dari kementerian yang sepatutnya.
    - Permasalahan status wakil KKLW di MID.

    Sekian. Terima Kasih
    “Kesejahteraan Kampung, Membangunkan Negara”

  24. wakil_MID Says:

    Salam ramadhan…

    Tengah2 ramadhan ini pun ada isu hangat pulok..

    Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En Hakimi dr kg…. diatas keperihatinan saudara mengenai MID dengan mengutarakan isu-isu berikut-berikut.

    Bagi pandangan saya, saudara masih kabur lagi mengenai program MID ini. Seperti yang telah dimaklumkan, MID ini adalah projek KKLW untuk masyarakat desa dan juga masyarakat orang asli di Malaysia. Untuk pengetahuan saudara juga, MID ini telah diuruskan oleh seorang pengurus ( graduan ICT ) yang bekerjasama dengan JKKK kampung dan agensi pelaksana(jheoa, kemas, felcra, risda dll).

    Walaupun MID adalah program KKLW tetapi segala urusan utiliti adalah tanggungan MID sepenuhnya 100%…KKLW hanya support dari segi baget untuk menjalankan kursus iaitu sebanyak 6 kursus sahaja bagi setiap MID bagi tahun 2008. Walaupun begitu sesetengah MID telah mengeluarkan baget sendiri untuk membuat kursus yang diluar dari baget kewangan KKLW.

    Seperti maklum balas blogger yang lain, MID telah menawarkan kursus berbayar untuk warga masyarakat setempat tetapi respon adalah amat mengecewakan…Malah kursus yang ditawarkan elaun pun susah untuk dapang..inikan kelas yang berbayar..Pada pandangan saya, masyarakat kita sendiri harus sedar…jika kita tawarkan kepada bangsa sudah tentu meraka berebut-rebut dengan kemudahan yang ada di MID…sedar2 lah weh. Kelas komputer kat MID adalah rendah dari yang lain la weh…tak caya cuba survey la. Malah silibus pembelajaran kami lagi bagus tau…

    Ketahap kegilaan remaja dan kanak-kanak bermain game memang tidak dapat dielakkan…wahhal sekarang ini bergitu byk permaian percuma secara online.Dengan tahap kepandaian meraka dalam ICT membolehkan mereka sendiri mengakses laman web tersebut. Oleh itu, MID boleh mengehadkan pengguna tersebut untuk main games dalam jangka masa tertentu dalam masa seminggu.Disarankan juga ibu bapa turun sendiri ke MID untuk melihat kelibat anak mereka..atleast mereka tak la melencungkan ke tempat yang tidak patut dan melepak sana sini selain datang ke MID. Games juga boleh membuka minda anak-anak kita la weh..

    Macam mana yek nak ajak orang dewasa ini mengunjungi MID ini yek…kasi la sedikit cadangan yek?…rasanya sudah pelbagai inisiatif telah dibuat oleh MID, tetapi hasilnya tengok la sendiri…

    pelaksanaan mid dikaji semula. jadikan pusat kelas bimbingan komputer. upahlah 3 - 4 graduan ict utk jadi tenaga pengajar. penggunaan internet boleh tapi jgn sampai ganggu kelas:
    Bagus gak tu kalu dikaji semula..lebih-lebih lagi utamakan kami ini sebagai pengurus yang tetap jawatanya…Dari segi pengurusan..KKLW patutnya menyelesaikan masalah yang ada dulu(banyak rasanya).
    Kelas bimbingan komputer..saudara boleh tengok sendiri la…moh la join kelas komputer kami dan hebohkannya bersama..insya Allah akan lebih berjaya…Hope kalu kena bayar sedikit tiada masalahkan…
    Tenaga pengajar yang berada di MID adalah tenaga pengajar yang telah dilatih dan pengetahuan meluas dalam dunia ICT iaitu seorang pengurus(gradua) dan dibantu oleh 3-4 sukarelawan dari masyarakat kampung sendiri.(pengetahuan ICT penuh didada)…Kalau ada kekurangan sedikit itu adat la.nak semua graduan..sapo nak bayar gaji tu? Yang pastinya setelah anda menyertai kelas komputer kami..tentu telah berbekal dengan ilmu komputer…

    Fuh makin sejuk rasanya….
    apa-apa pun marilah kita bersama-sama menaikkan MID dimata dunia dan memajukan masyarakat desa dengan ilmu ICT..AMIn

    Selamat beramal dan berpuasa..
    wassalam

  25. wakil_MID Says:

    Salam kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’,

    Ini adalah penjelasan untuk Sdr Hakimi,

    Sememangnya MID menjadi kelas bimbingan untuk org kampung dan aktiviti budak2 di luar. Tetapi segala tindak tanduk pelajar2 semasa penggunaan komputer di MID tidak dpt dikawal oleh Pengurus MID sepanjang masa.

    MID mempunyai silibus dan jadual tuisyen untuk membantu penduduk kampung mempelajari selok belok mengenai komputer, tetapi kelas itu tidak mendapat sambutan di kalangan penduduk kerana sesetangah daripada mereka merasakan sudah terlambat mempelajari tentang perkomputeran..

    MID tidak menyediakan games untuk pelajar2 bermain. Tetapi pelajar2 yang telah mahir dengan komputer boleh mencari capai games melalui rangkaian internet. Dan mereka boleh bermain games melalui rangkaian internet tanpa memuat turun ke dalam komputer.

    Untuk makluman, MID ini ditubuhkan atas `smart partnership’ antara KKLW dan JKKK Kampung. KKLW hanya menyediakan prasarana dan pengurus (yang mana ia dari kalangan graduan ICT) yang mengurus bangunan tersebut untuk kegunaan masyarakat setempat. Segala perbelanjaan utiliti, dan perbelanjaan lain di tanggung oleh MID tersebut; dan mendapat pemantauan KKLW dan agensi dibawahnya.

    Mengenai mengupah tenaga pengajar, sedia maklum pengurus itu sendiri terdiri dari graduan ICT dari institut pengajian tempatan. Jikalau ingin mengupah tenaga pengajar seramai 3@4 orang, ia memerlukan peruntukan yang besar yang mana perlu di keluarkan dari MID itu sendiri.

    - Bagaimana MID dapat mengupah tenaga pengajar jikalau tiada kerjasama dari penduduk kampung untuk menghadiri kursus?
    - Saya rasa, Encik Hakimi perlu tahu lebih lanjut tentang MID sebelum mengutarakan komen-komen tersebut. Kemungkinan dengan penjelasan daripada pengurus MID, En Hakimi dapat melihat skop yang lebih luas tentang APA ITU MID.

    Dan Untuk makluman Tan Sri Dato’

    MID diwujudkan untuk merapatkan jurang ICT antara luar bandar dan bandar. Dan objektif itu akan tercapai dengan jayanya jika:

    - Masalah kerjasama antara wakil KKLW di MID dan JKKK Kampung dapat diselesaikan setelah sekian lama ia berlaku.
    - Perebutan kuasa/bangunan MID antara wakil-wakil kampung dan wakil KKLW.
    - Masalah MID setempat yang tidak mendapat perhatian serius dari kementerian yang sepatutnya.
    - Permasalahan status wakil KKLW di MID.

    Sekian. Terima Kasih
    “Kesejahteraan Kampung, Membangunkan Negara”

  26. Azmy Says:

    Salam YB,

    Saya tertarik dgn cadangan-cadangan yang dilontarkan oleh saudara hakimi mengenai MID. Saya rasa saudara hakimi masih belum mengetahui sedikit sebanyak perkembangan MID di tempat beliau. Saya sendiri pernah menjadi jurulatih MID satu masa dahulu, namun kini saya tidak lagi bersama MID kerana bekerja di luar. Setahu saya peruntukan yang diberikan oleh pihak kementerian terlalu sedikit bagi setiap tahun, oleh itu MID tersebut perlu menjana pendapatan sendiri. Kursus-kursus yang percuma beserta elaun menjadikan MID itu satu pusat yang sepatutnya dipenuhi oleh orang kampung untuk menimba ilmu, namun hasilnya hampa. Saya sendiri pernah dan terpaksa pergi dari rumah ke rumah untuk mencari peserta kursus yang disediakan secara percuma namun terlalu banyak alasan yang diberikan oleh org kampung saya. Sampaikan pengurus MID di tempat saya menawarkan kpd kami(jurulatih) sekiranya berjaya mencari peserta, MID akan membayar sedikit imbuhan. Itulah senario yang berlaku di MID ketika itu. Dengan JKKK sendiri yang sentiasa bertindak mengawal kedudukan kewangan MID dan memerah pendapatan MID, memaksa MID mencari kaedah dan alternatif lain bagi menjana pendapatan sampingan selain membuka cybercafe dan membenarkan kanak-kanak bermain game. Dan aktiviti bermain game ini antara salah satu yang membolehkan mid memperolehi sekurang-kurangnya 20-30 peratus keuntungan. Itu pun masih belum mencukupi untuk membayar bil-bil yang tertangguh dan perlu dibayar setiap bulan di mid hanya kerana di sebabkan masalah dalaman di antara JKKK dengan pengurusan MID itu sendiri.

    Dan setahu saya akta cybercafe tidak pernah melarang permainan video game secara on-line yang kini terlalu mudah dicari di internet. Ia hanya melibatkan melayari laman web lucah dan penyebaran email berunsur hasutan. Selain dari itu setahu saya juga, pengurus MID di tempat kami berkelulusan ICT yang memang ada kelayakan penuh dalam mentadbir MID itu sendiri. Walaubagaimana pun masalah MID ini pada pendapat saya adalah lebih kepada masalah pengurusan dalaman, kerana objektif dan peranan MID itu sering diganggu oleh JKKK dan pengurus lama JKKK yang sentiasa menggunakan wang MID sehingga kering dan adakalanya meminta bayaran-bayaran yang tidak munasabah dan sentiasa berdolak-dalih mengenai kedudukan kewangan MID.

    Saya sendiri sebagai anak jati kampung sentiasa sedia untuk memberikan khidmat kepada masyarakat kampung saya walaupun ada di antara orang kampung saya tidak suka penglibatan “orang baru” seperti kami ini di dalam MID. Semoga MID akan terus hidup dalam membangunkan dan mencelikkan masyarakat desa dan saya mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada pengurus mid di tempat saya yang masih lagi bertahan dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi di MID.

  27. cik siti Says:

    sahabt2 sekalian ….sebenarnya dah ada dah program yang medan infodesa jalankan…namun golongan dewasa hanya menuungu kursus free yg dapat duit tu baru nk dtg…nk cari ilmu pon sume nk free saja…siap nk ada elaun baru nk dtg…bila mid buat kursus berbayar dengan cas hanya suku je dr pusat komputer luar cas…dikatakan mid ni nk amik duit org…bila org melayu nk maju…nk tgu free baru nk gerak…klulah mid ni dibuka kat org bukan melayu ada kursus2 murah…pasti berduyunlah dtg…..mid dahler tkde peruntukan letrik, bil2 sume…sume mereka kena cari….kalau tk pandai wat biznes…alamat tutuplah selepas beberapa bulan n mid akan jd muzium..

    walaupon budak2 main games…cuba pk dr sudut positif, games tu kalau guna dgn cara betul ada unsur education…nk surf games paki bahasa inggeris..nk eja kena betul2..sikit sebanyak ank2 kite dapat pengetahuna dgn bahasa…cumenye ibu bapa jgn hanya nk salhkan midlah…..mana mid nk jg buda2k yg byk..ibu bapa seharusnye teman anak2…tgk apa diorg buat…..

    jgn cepat melatah…pikir dulu sebelum betindak…dr anak- pegi tempat tk tentu hala….pusat2 games….baik dok kt mid…sng sy nk cari anak2 sy klu hilang kat mid lah jwbnye…saya sokong mid..

  28. Nazli Abd.Manan Says:

    Saya nak tanya YB,tentang pembangunan luar bandar di kawasan Semenyih,diKampong Sungai Pening Pening.Saya sebagai slah saorang pemilik tanah disana dah naik pening dan nak sampai ketahap migrain kerana tidak ada jalan yang sempurna dikawasan tersebut.
    Ini telah berlaku sejak YB menjadi Menteri Besar Selangor.Dah ramai yang jadi NB tapi masih macam tu jugak.
    tal bolik ke kasi peruntukan buat jalan yg elok sikit supaya dapat kami ushakan tanah kami.Kalau tidak nampak nya akan tergadai lah tanah.Dah pihak Silk ambil buat Lebuh Raya lepas ni tak tahu lah mana lagi yg tengah teropong cari jalan nak ambil lagi.
    Tolong bagi perhatian sikit.
    Selamat Hari Raya dan Wasslam/Nazli

Leave a Reply