Medan Info Desa untuk Orang Kampung
Salam untuk semua. Seharusnya saya berterima kasih kepada anda semua di luar sana kerana terus-terusan mengunjungi laman web ini. Kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat akan terus memikul amanah itu dengan sebaik mungkin untuk faedah seluruh rakyat tanpa mengira dari Bandar mahupun luar Bandar.
Bagi saya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kita akan terus memberi yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat. Ini terbukti bilamana kementerian akan membina lebih banyak pusat komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) atau Medan Infodesa (MID) di kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital antara luar bandar dan bandar kepada 60 peratus menjelang 2010.Sehingga kini kementerian sudah membina sebanyak 147 MID yang sudah beroperasi manakala 87 lagi dalam pembinaan.
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebanyak RM50 juta digunakan untuk membina 180 MID yang dilengkapi kemudahan komputer serta internet dan RM20 juta lagi bagi latihan berkaitan teknologi maklumat kepada penduduk luar bandar.
Saya berpendapat usaha untuk melengkapkan semua daerah di seluruh negara dengan MID yang bertujuan melipatgandakan jumlah penduduk yang celik ICT.
Kita juga mahu jurang digital yang besar antara penduduk bandar dan luar bandar berupaya dirapatkan dan kami sememangnya komited ke arah itu.
Sehingga 2006, kira-kira 93 peratus penduduk bandar menggunakan internet berbanding 6.7 peratus di luar bandar, manakala pemilikan komputer pada kadar 88.8 peratus (penduduk bandar) berbanding 11.2 peratus di luar bandar.
Kementerian saya juga akan berusaha membina kemudahan seperti MID di setiap mukim dan kampung sebaik menyelesaikan pembinaan kesemua MID di kawasan luar bandar.
Kita anggarkan setiap MID mukim berharga kira-kira RM250,000 manakala MID kampung sekitar RM120,000.
Selain itu, sehingga 2007, seramai 59,254 penduduk luar bandar termasuk suri rumah dan peneroka Felda sudah diberi latihan komputer dan celik ICT menerusi 3,282 kursus ICT di MID.














July 3rd, 2008 at 1:37 pm
YB Tan Sri,
Langkah Kerajaan untuk menambah MID dalam tempoh RMK-9 adalah baik dan menunjukkan kesungguhan Kerajaan dalam membudayakan IT khususnya di kalangan masyarakat di luar bandar. Misi Kerajaan elektronik tidak mungkin berkesan tanpa penyertaan majoriti rakyat yang terbina dan terlatih dalam bidang yang cukup penting pada era masa kini. Harapan saya, agar kelompok masyarakat pedalaman seperti kaum Orang Asli, Iban dan Kadazan tidak dipinggirkan dalam kita merangka lokasi MID yang baru. Sekarang Astro pun sudah ’selesa’ masuk ke rumah mereka !
July 3rd, 2008 at 4:48 pm
Salam buat Tan Sri,
Walaupun negara kita sekarang menghadapi musibah kerana kenaikan harga minyak, namun kebajikan penduduk luar bandar tetap di utamakan. Terima kasih Tan Sri.
July 3rd, 2008 at 5:06 pm
YB Tan Sri,
Kenapa YB Tan sri, tidak komen dengan telus mengenai isu-isu yang diutarakan,inilah yang dikatakan demokrasi.
July 3rd, 2008 at 5:27 pm
membela nasib penduduk luar bandar agar lebih ‘celik IT’.
July 4th, 2008 at 9:44 pm
TS
Satu usaha yang baik.
Tender tu biarlah telus dan jangan bolos…
July 5th, 2008 at 1:14 am
Mintak perhatian pada Tan Sri mengenai perkhidmatan Streamyx. Ianya semakin lembab dan menyukarkan rakyat Malaysia yang mencari rezeki melalui internet. Melalui iklan di TV yang menggambarkan GAHnya Streamyx hanya propaganda. Bagi saya ianya lebih teruk dari tahap dial up. Saya melanggan sejak 2004 dan sebagai pengguna memang tidak berpuashati.
Apa guna internet kalau terlalu lembab dan sebagai pengguna, memang saya rasa tertipu !!. Perkara ini dianggap remeh oleh TMNET dan lagak syarikat ini seolah-olah ada kuasa kebal dikalangan mereka.
July 5th, 2008 at 6:12 pm
Tan Sri Cikgu Muhammad,
Saya nak tahu samada page ini sebenarnya page Kementerian atau your personal, sebab kalau ikut tajuk memang page ini ur Personal page. Tetapi saya tak nampak artikel U tentang pollitik semasa sangat especialy yang melibatkan Anwar. U tak ada memberi komen dan tak buat sebarang ulasan tentang kes liwat Anwar. Kami tertunggu-tunggu komen Cikgu.
July 6th, 2008 at 11:10 am
Tan Sri saya sungguh tertarik dengan usaha kementerian tan sri membina banyak mid di seluruh negara dan saya mengucapkan tahniah. namun apa yang agak mengecewakan ialah pemilihan tempat mid itu seolah-olah terdapat pilih kasih kerana sama ada tempat itu adalah kawasan parlimen atau dewan undangan negeri menteri, timbalan menteri kklw magupun yb yang menjadi ‘gang’ kepada menteri kklw.
malang lagi ialah kerana tempat yang dipilih itu ialah kampung halaman pegawai-pegawai kanan kklw yang dengan sengaja memilih tempat itu walaupun diketahui tempat itu te;lah ada segala infrastruktuk asas termasuk talian telefon yang memungkinkan internet disambung ke rumah-rumah di kampung di situ.
tan sri, kerajaan perlu melihat balik perkara ini berdasarkan matlamat mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar. biarlah pemilihan kampung mid itu benar-benar tempat yang “mustahil” bagi ict/internet sampai dalam tempoh 10-20 tahun lagi. banyak lagi tempat yang amat memerlukan seperti di pedalaman sabah dan sarawak mahupun sesetengah tempat di negeri-negeri miskin di semenanjung. saya amat menyanjung tinggi hasrat tan sri untu memastikan agihan pembangunan luar bandar yang adil dan saksama (equal and equitable?).
tan sri mengenai usaha “turun padang” yang tan sri buat beberapa kali sejak dilantik menjadi menteri kklw, saya amat tabiklah. namun ada juga tempat yang tan sri lawat itu bukanlah tempat “orang susah” seperti yang sepatutnya yang disebut oleh tan sri sebelum itu. saya tak pasti sama ada tan sri sendiri yang memilih tempat itu atau pegawai tan sri/kklw yang menentukan tempat yang akan dilawati itu.
dalam hal ini saya suka mengingatkan tan sri bahawa terdapat pegawai yang suka melaporkan perkara-perkara yang baik-baik, manis-manis dan semuanya baik, ok, takda masalah…tapi harus diingat mereka itu cuba membuat kerja mudah atau cuba menyembunyikan masalah sebenar yang berlaku di bawah. sebab selama ini permasalahan itu sepatutnya telah diselesaikan. tengoklah berapa banyak lagi orang miskin yang ada di kampung? bila ditanya, ooo..tak banyak cuma ada 5% lagi sedang hakikatnya ramai lagi hingga bila tv atau akhbar dedahkan baru semua orang melompat! menyalahkan tv3lah, harian metrolah dll sebagai sengaja mendedahkan kedaifan rakyat.
tan sri, dalam hal ini tan sri patut ada “say” untuk memilih tempat yang tan sri ingin turun padang, jangan “terlalu percaya” walaupun pegawai itu berpangkat tksu atau ksu sekalipun.
tan sri, saya pernah berurusan dengan kklw dalam mengadu hal-hal bagaimana ingin membantu menghapuskan miskin tegar di kampung-kampung. apa yang mengecewakan, si miskin tegar hanya akan dibantu sekiranya berdaftar dalam sistem “spkr”? ke apa bendanya tu? sedang hakikatnya mata pegawai itu sendiri membenarkan bahawa si miskin tegar itu WAJIB SEGERA dibantu. tapi banyak pula karenah yang saja dibuat-buat dengan mengaitkan pejabat daerahlah, penghululah, jkkklah punya kerja….aaarrrrgggghhhhh!!!! SAMPAI BILA USAHA HAPUS MISKIN TEGAR MENJELANG 2010 AKAN TERCAPAI??? MUSTAHIL TERCAPAI JIKA SIKAP PEGAWAI YANG ADA DI KEMENTERIAN TAN SRI TIDAK BERUBAH SEJAK 50 TAHUN KKLW WUJUD!!!
Maaflah tan sri. saya dan orang kampung sebenarnya kecewa dengan sikap kebanyakan dan rata-rata pegawai kerajaan di malaysia ni. gaji besar pangkat cepat naik. dan sekarang ni pula, baru 3 tahun kerja dah naik pangkat M41 ke M44, setahunkemudian naik M48 dah jadi pegawai besar yang boleh menentukan sesuatu projek, jaga projek seluruh negara! dulu kami 15 tahun kerja belum tahu dapat naik pangkat, tercongkol di takuk gred A-22 hingga sampai sikit lagi nak pencen.
inilah hakikatnya tan sri. tan sri kena pusing kementerian tan sri 360 darjah jika tan sri ingin pastikan hasrat murni kerajaan menghapuskan kemiskinan luar bandar di capai menjelang 2010 atau 2020 nanti. wallahua’lam.
terima kasih atas perhatian tan sri.
July 6th, 2008 at 5:23 pm
tan sri
kami sayang umno
tolong jangan buat macam penang, cawangan belum mesyuarat dah umum pencalunan.
saya hairan pemimpin2 keturunan mamak ni masih bersikap autokratik menggunakan kuasa yang ada dalam parti, walaupun parti sekarang dalam delima
sekarang ni bagi le sikit muka kat ahli2
July 7th, 2008 at 9:37 am
Askm TS,
Tahniah dengan perancangan MID nie…sebagai seorang warga kampung saya mencadangkan agar MID ini diperluaskan kegunaannya bukan setakat kursus-kursus ICT tetapi ia wajar dijadikan tempat rujukan ilmu atau pusat tiusyen ‘on-line’ secara berjadual untuk anak-anak dan remaja luar bandar dengan caj yang minima.
Cara ini juga dapat mengurangkan budaya lepak di kafe siber di kalangan remaja…dan yang paling penting ibu-ibu yang tidak bekerja dapat memantau anak-anak belajar seperti kempen 2 jam 3 jam.
Terima kasih.
July 7th, 2008 at 3:02 pm
Harap Tan Sri dapat komen tentang AKUAN SUMPAH DATUK ABDUL MURAD, kalau akuan sumpah Raja Petra dan Bala berdasarkan “hearsay” PEMBANGKANG sibuk canangkan kebenarannya bagaimana pula pengakuan sumpah Datuk Abdul Murad yang atas perlakuan sendiri??
Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.
Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.
Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.
Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.
Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.
Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Rakyat mahu jawapannya
July 8th, 2008 at 1:07 am
Salam YB Tan Sri, Program ini merupakan program yang amat agresif dan hadiah yang amat besar kepada penduduk desa. Saya dan rakan-rakan di Kampong Sg. kamin, Batang Kali, Selangor berhampiran jalan ke Genting Highlands mungkin tidak dapat menikmati kemudahan ini olehkerana tiada bekalan letrik.Kami telah menuggu lebih 20 tahun untuk mendapatkan bekalan letrik tapi belum kesampaian.Harap-harap dengan peruntukan tambahan dalam RMK 9 untuk tujuan memberi kemudahan air bersih dan bekalan letrik ke kampung-kampung, kampung kami tidak akan tertinggal lagi dari segi kemudahan asas ini. Walupun kami belum mendapat kemudahan asas ini sejak dibawah kerajaan BN ,kami masih yakin satu hari nanti kami akan dikurniakan kemudahan asas ini walaupun sekarang di bawah kerajaan pakatan pembangkang.
Salam.
July 11th, 2008 at 12:39 am
Tan Sri,
Terdapat masalah baru yang menghantui masyarakat luar bandar ketika ini. Masalah ini kelihatan begitu terpencil walaupun begitu ianya telah menganggu ketenteraman hidup masyarakat luar bandar.
Masalah yang ingin saya utarakan ialah masalah Babi hutan yang berkeliaran mencari makan dikampung - kampung terutama kampung-kampung tradisional yang kedudukannya berhampiran dengan Banjaran Khatulistiwa. Kampung-kampung tradisional sebelum ini memang jarang dihampiri oleh babi. Kawasan tanah baru teroka seperti Felda mungkin ada.
Negeri-negeri yang terlibat adalah Pahang, Perak, Selatan Kedah, Kelantan dan lain lain.
Perkara ini berlaku sejak 5 tahun kebelakangan ini dan menjadi lebih ketara sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini penduduk kawasan luar bandar hanya terserempak dengan babi babi hutan dikawasan-kawasan ladang seperti getah & kelapa sawit. Tetapi kini babi babi hutan telah berani menghampiri kawasan rumah penduduk kampung dan berkeliaran seolah olah binatang ternakan.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila babi babi hutan ini mengancam tanaman penduduk kampung. Akibatnya pendapatan penduduk kampung juga terancam. Ada juga usaha mereka memanggil Kaum Cina untuk memburu babi tersebut. Malangnya pemburu dari Kaum Cina ini hanya memilih untuk menembak babi hutan yang baik sahaja. Anak babi & babi tua dibiarkan lepas.
Saya merasakan sekiranya Tan Sri dapat mengambil langkah langkah susulan untuk menanggani masalah ini, saya percaya Tan Sri akan dipandang sebagai pembela nasib masyarakat luar bandar. Tiada seorang pemimpin pun baik dari kerajaan & pembangkang nampak masalah ini.
Goof luck Tan Sri
July 11th, 2008 at 12:58 am
salam Tan Sri,
semoga rakyat luar bandar mendapat manfaat hasil perancangan terbaik kerajaan dan warisan kepimpinan terdahulu. kesinambungan idea itu kini di sambut oleh kepimpinan yang ada sekarang. syabas. apapun isu yang rakyat hadapi sekarang harap kerajaan dapat atasinya dengan cara terbaik. semoga rakyat dan kerajaan dapat ‘win win’.
July 11th, 2008 at 9:03 am
TNA SRI MASIH BELUM MENJAWAP SAMA ADA PENGUMUMAN TIU TELAH MELANGGAR ETIKA PEMILIHAN UMNO ATAU TIDAK..???
July 11th, 2008 at 1:33 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Saya telah lama mengikuti perkembangan telecentre di Malaysia. Kita sudah sedia maklum terdapat pelbagai usaha untuk merapatkan jurang digital ini, dan saya menumpukan perhatian kepada tiga usaha besar, iaitu PID, MID dan CSKC. Kita semua faham tentang kepentingan ICT untuk menaikkan taraf penduduk luar bandar, dan pada pandangan saya, isu ’sustainability’ tidak boleh dipandang ringan. Banyak lama web yang dibina, tetapi pengisiannya tiada, atau pun tidak dikemaskini. Sebagai contoh, banyak laman web MID yang disenaraikan di alamat http://www.infodesa.gov.my tidak terkini. Saya mengandaikan jika laman web tersebut tidak dikemaskini, maka aktiviti ICT juga tidak berjalan dengan lancar di kawasan tersebut. Adakah ini benar? Kerajaan telah membelanjakan banyak duit, dan rugi rasanya jika rakyat tidak mendapat menafaat dari usaha murni. Harap dapat jawapan dari pihak Tan Sri.
Sekian, terima kasih.
July 11th, 2008 at 3:34 pm
Aslm
Tan Sri,
Kebanyakan para pemimpin yg ada skrg megah pada parti, tetapi layu pada tanggungjawab sebenar pada rakyat dan Tuhan. Ramai yg lupa bahawa tiket sebagai ‘khalifah’ rakyat bukan tiket murahan mencari publisiti, mengangkat sirna lawan, bongkak mahupun angkuh tetapi tiket mengangkat martabat individu itu jika MAMPU melaksanakan amanah rakyat. Wajib kita yakni saya, para blogger termasuk Tan Sri jua saling ingat mengingati bahawa amanah ini bakal dipersoal di dunia hakiki kelak. Jadi, harap2 mana jua yg memikul gelaran YB ini tidak lupa bahawa mereka duduk satu kerusi amanah. Jgn belot pada rakyat yg memilih bukan semata-mata pada parti tetapi calon.
Yg jelas adalah amanah. Yang terselindung: hentikan mengeksploitasikan rezeki yg Tuhan hidangkan atas nama parti. Bukan…bukan milik parti, drpd Tuhan, utk semua. Rakyat percaya Tan Sri ikhlas.
July 12th, 2008 at 9:56 pm
Salam YB,
Saya telah melawat beberapa MID. Ia adalah inisiatif amat baik dan berkesan sama ada penduduk setempat mahupun pengendali MID itu sendiri. Di Malaysia ini terlalu byk inisiatif telecenter seperti MID, PID dll. Pernah saya ke Felda Palong 7 (dlm Mac 08), telecenter dikatakan telah mendapat pembiayaan penuh tetapi apa yg berlaku sebenarnya bilik komputer tidak sempurna - tidak dilengkapi dengan air-cond & tiada ciri keselamatan & berbulan komputer ada tetapi tidak dapat digunakan…
saya cadangkan semua inisiatif telecentre perlu digerakkan oleh kementerian YB shj. Pelaksanaan dan pemantauan perlu cermat & teratur agar kemudahan ini sampai kepada target dengan sempurna.
sekian.