Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Kita yakin pada kesetiaan anggota BN

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan diberi kekuatan bagi menjalani ibadat puasa sepanjang Ramadhan ini. Selepas keputusan di Permatang Pauh, politik tanahair penuh dengan warna-warni. Penasihat Parti Keadilan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato Seri Anwar Ibrahim semakin ‘berani’ mengatakan bahawa selepas 16 September Pakatan Pembangkang akan membentuk kerajaan.

Kemungkinan ini dikaitkan dengan akan berlaku peristiwa ‘lompat’ sejumlah Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak.

Walaupun dalam politik ‘segalanya mungkin’ tetapi saya yakin dan percaya perkara tersebut tidak akan berlaku kerana masih yakin kepada kesetiaan Ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional, terutama dari Sabah dan Sarawak yang kerap dikaitkan dengan peristiwa ‘lompat-melompat’ ini.

Bukan mudah untuk sekumpulan seramai itu bertindak ‘melompat’ sebagaimana di dakwa oleh Ketua Pembangkang di Parlimen sebaliknya ianya lebih kepada ‘retorik’ dalam mencapai cita-cita politik.

Bagi saya, kesetiaan semua Ahli Parlimen BN tidak boleh diperkotak-katik semudah itu. Amanah rakyat yang diwakili mereka dan kesanggupan rakyat mengundi mereka ketika pilihan raya umum lalu atas tikit BN tidak boleh dipermainkan begitu sahaja.

Setia bukan semestinya dizahirkan diatas kertas sebaliknya setia adalah maruah bagi seseorang. Rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak juga mempunyai maruah dan harga diri dan mereka tidak boleh diperdagangkan sebegitu murah dengan dakwaan yang sebegitu.

Sebagai rakan dalam BN, kita sentiasa memahami ‘susah’ dan ‘senang’ ketika bersama. Namun, jika ada sedikit ‘kesusahan’ tidak mudah bagi rakan-rakan BN bertindak keluar parti dan menukar kerajaan yang ada.

Pakatan BN bukan sebuah pakatan serapuh dan semurah pakatan pembangkang. BN dibentuk atas rasa persefahaman antara parti yang mempunyai asas yang kukuh dan terbukti terjalin sekelian lama. Nilai kesetiaan dan ketaatan yang ditunjuk oleh setiap anggota BN tidak boleh dijual beli dengan hanya ‘janji-janji manis’ dan retorik semata-mata.

BN di Sabah dan Sarawak dibentuk untuk kepentingan rakyat kedua negeri itu. Ianya bukan sekadar perjuangan satu dua individu sebagaimana berlaku dalam pakatan pembangkang. Oleh itu, saya cukup yakin kepada kesetiaan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak dalam menangani perkara ini.


32 Responses to “Kita yakin pada kesetiaan anggota BN”

  1. fadzil bin husin Says:

    kita tengok la nanti Tan Sri. Keyakinan Tan Sri nampak sangat goyah. kenapa? Saya percaya dan yakin perubahan yg akan dibawa oleh PR adalah jauh lebih baik dari BN. Ini kerana BN tetap tidak mahu berubah malah rasuah, maksiat, arak, no ekor,dadah, kes culik, samun, bunuh malah 1001 macam jenayah berlaku saban hari, kerana apa? sebab BN tak takut Allah. Banyak dalih lepas tu main-mainkan islam ikut sesedap hati tanpa ada bantahan di kalangan Umno. kenapa? sebab tak takut Allah. Cth paling mudah, Allah bagi kuasa tapi nak laksanakan hukum islam , tarak. habuk pun tak nampak malah sindir ada lagi. contoh hukum hudud. Kalau hukum hudud dibuat, saya percaya tak ada siapa boleh cabar Umno. Kalau cabar juga Umno dapat pahala yg besar disisi Allah. Ini bila PAS nak buat hudud ditentang bagai nak rak. kenapa? sebab Umno tak takut Allah. Jadi balasan pertukaran tampuk pemerintahan kepada PR adalah pasti sebagai balasan di dunia kepada Umno. Allahu Akhbar. Sekian.

  2. Saravanan Says:

    Mat,

    Ko jugak yakin leh menang Permatang Pauh…

    Saravanan

  3. ahmad pauzi Says:

    Saya nak tahu apa kata PAS dalam soal ini.Sama ada ia bersetuju/tak bersetuju/ragu-ragu.

  4. Zaidi Says:

    Tapi Tan Sri kelihatan Dato Sri Anwar saorang yg gigih untuk mencapai cita cita nya

  5. Jaafar HM Says:

    Assalammualaikum dan selamat berpuasa.
    Buat pertama kalinya saya kurang setuju dengan pendapat TS. Retorik yang TS dakwa sebenarnya kenyataan yang harus kita semua terima. Kita harus akui perjalanan DS Anwar untuk sampai kePutrajaya walaupun terpaksa melalui onak dan duri tetapi tidak mustahil ianya akan berjaya. Berdasarkan kepada senario politik terkini termasuk emej Pak Lah dan Bn telah merosot sebaliknya karisma DS Anwar begitu meyakinkan- menjadikan impian pembangkang untuk berkuasa bukan lagi satu retorik atau omong kosong. Lihatlah Komen DS Anwar mengenai Baget 2009, hebat dan komprehensif mencakupi ekonomi makro yang berwibawa mengurangkan defisit dengan menarik pelaburan asing, tidak seperti baget Pak Lah macam-gula-gula getah, manisnya hanya sementara. Secara jujur saya merasa tindakan menyeberang parti sesuatu yang baik dilakukan oleh semua MP Bn atas dasar pergi lah ke bahtera yang jelas hala tuju yang Kaptennya lebih cerdik dan mampu membawa bahtera ke pulau Jaya. Jangan dah lemas dan nak tenggelam baru nak menyeberang, nanti terlambat dan malu lah pulak.

  6. Dunia-Politik.blogspot.com Says:

    Jangan main yakin jer Tan Sri. Segalanya mungkin didalam politik.
    Saya petik artikel Tan Sri untuk dimasukkan di http://Dunia-Politik.blogspot.com .

  7. said ali Says:

    Ya percaya la, tapi aku sebagai melayu sudah hilang kepercayaan pada pemimpin melayu BN, kenapa penghina agama dan lagu negaraku di biarkan bebas balik ke malaysia, kenapa mesti memohon maaf pada kaum lain kalau bercakap benar, mana pegi semangat melayu, dan pendirian melayu dan islam pemimpin BN. UMNO adalah melayu bacol dan pengkhianat melayu sebenarnye, aku menyesal mengundi UMNO PRU baru ni, dan itu lah utk kali terakhirnye aku pangkah BN.

  8. Affizal Says:

    Salam Ramadhan utk Tan Sri, rasanya bila mempersoalkan hal setia dizaman sekarang ni sudah mula ada yang mempersoalkan apakah ada kawan atau ahli yg benar2 setia? Apakah setia yg diluahkan itu hanya kerana takut atau ada sebab2 lain? Tetapi jika ikhlas & benar, alhamdulillah semoga ianya akan terus utuh tanpa dapat dirobohkan olih mana2 anasir. Mungkin dipihak yg setia ini memerlukan kepercayaan yg tak berbelah bagi bagi menguatkan lagi kesetiaan mereka, jangan kerana ada gossip atau khabar angin mengurangkan kepercayaan terhadap pihak yg telah lama setia ini sehingga kan nak buat sumpah bertulis sebagainya. Semoga Tan Sri dpt menasihati & memberi pandangan pada pemimpin2 kita sekarang ini yg cuba memberikan cadangan2 merobohkan ikatan ini.

  9. mujahidin Says:

    Assalamualaikum kpd semua, selamat menyambut ramadan al mubarak kpd mereka yg beragama islam, mudah mudahan ramadhan kali ini memberi keinsafan kepada semua. Setelah kemenangan anwar di permatang pauh yg memang sudah diduga dan yg tak diduga ialah bertambahnya majoriti menunjukan betapa taksubnya orang terhadap anwar, mungkin jika pak kasim yg bertanding di situ mungkin keputusannya ialah lain. Semasa hari pengundian saya berada di dua tempat pembuangan undi di guar perahu, jikalau tidak kerana kesesakan trafik saya boleh berada di banyak tempat pembuangan undi lg…insyallah. Pada hari tersebut saya menyaksikan kembali satu suasana dan keadaan yg pernah berlaku dalam negara ini iaitu zaman reformasi, pilihan raya kecil lunas, telok kemang dan sebagainya dan saya mengaku saya antara org yg menyokong tuntutan perubahan tersebut. Ini kerana pada waktu itu saya masih muda dan hanya mengikut emosi sahaja tanpa mahu berfikir panjang. Tetapi semakin saya meningkat dewasa saya sedikit demi sedikit faham apa itu sejarah dan perjuangan…insyallah. Ketika hari pengundian saya melihat anak-anak muda begitu taksub pada anwar tanpa memahami apa itu perjuangan, ada sesetengahnya masih begitu muda mungkin darjah 4,5 atau 6 menggayakan aksi mat rempit atas motor tanpa menghiraukan undang2 sambil mengibarkan bendera PKR. Mereka ini terlalu muda untuk memehami apa itu perjuangan tetapi dengan sebab pidato anwar mereka mengikut sahaja.
    Menukar kerajaan secara lompat parti adalah satu perbuatan khianat dan amat tidak berintegriti dan jika silap percaturannya boleh menghancurkan negara. Saya mencabar agar jika ada wakil rakyat yg ingin melompat parti agar meletak jawatan supaya pilihan raya kecil boleh diadakan dan kita tengok suara rakyat mahukan siapa. Ini baru anak jantan dan bermaruah. Tapi saya tau ini semua adalah strategi anwar sahaja yg memang bijak berpolitik dan banyak persalinan baju politiknya. Orang macam anwar amat merbahaya kepada negara dan anwar sedang cuba meruntuhkan asas negara ini yang sudah lama bertapak sejak sebelum merdeka lagi dimana orang melayu, cina dan india dan kaum2 yang lain hidup dalam suasana yg amat harmoni. Anwar sedang cuba menimbulkan syak wasangka antara kaum dan agama yg mana sebelum ini tidak pernah berlaku. Saya sebagai anak malaysia yang sayangkan negara, bangsa dan agama saya menyeru kepada mereka agar berfikirlah dengan waras tentang apa yg sedang terjadi, janganlah mudah untuk menerima apa yg dijanjikan sekiranya ianya belum pasti. Ingatlah ketentuan menjadi perdana menteri ini adalah dengan keizinan Allah s.w.t, tunku abdul rahman, tun razak, tun hussin onn, mahathir dan pak lah menjadi perdana menteri dengan keizinan allah s.w.t melalui cara yg betul.

  10. tiamia Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Sememangnya itulah yang diharapkan. Tidak ada yang belot dan menjadi katak melompat-lompat. Kalau ini terjadi alangkah malangnya bumi melayu ini. Segala usaha dan pengorbanan untuk tanahair hanya akan lebur di makan arus politik yang tidak menentu.

    Daripada statistik sekiranya perkara ini terjadi hilanglah kuasa anak melayu di parlimen saperti di DUN Selangor. Justeru hak melayu akan terhakis.

    Nampak saperti MB nya melayu tetapi sayang DAP semakin berleluasa dan biadap. hakikatnya melayu lain dari parti komponennya saperti tidak boleh bersuara. Kesian.

    Saya hairan mengapa orang melayu sendiri begitu taksub untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Diberi sokongan saperti di Permatang Pauh.

    Agenda yang merbahaya dan saya rasa kita telah cuba untuk mengelakkannya namun ramai yang termakan kata-kata manis dan provokatif.

    Semuga Tan Sri tidak jemu berjuang demi melayu kerana jiwa Tan Sri jiwa melayu sejati dan tidak pernah berubah. terima kasih kerana menjadi pemimpin kami dan saya bangga dengan Tan Sri.

  11. abe MIE Says:

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    kerajaan katak…
    tapi rakyat malaysia bukan hendak kerajaan katak jadi kerajaan mereka.

    kita lihat pilihanraya sabah…PKR boleh menang tak?

  12. HarimauMalaya Says:

    Assalammualaikum

    Pada pendapat saya masalah lompat parti nie tak jadi hal sangat la…….sebab kita sendiri tahu kesetiaan Ahli-ahli Barisan Nasional sejauh mana……Yang saya hairan tue 16 September 2008 nie….apa nak jadi dengan Malaysia…..ada pulak yang mengatakan bahawa 16 september 2008 cuti umum sebab DSAI dah jadi PM……aduhai…..apa nie semua…..Nie pulak kes nak melompat parti……..hai……letih memikirkanya……sebagai seorang rakyat Malaysia nasib anak bangsa kita yang akan datang perlu difikirkan….begitu juga nasib kita sekarang yang telah difikirkan oleg orang-orang yang sebelum kita…..Alhamdulillah mereka berjaya……

    Sudah tiba masanya kita pulak mencorakanya kembali untuk jenerasi yang akan datang….kita kena ingat kita bukan hidup menongkat langit…..sampai masa kita juga akan dijemput pulang ke Alam yang Kekal…….

    Walau apa pun…….Demi Agama,Bangsa,dan Tanah Air……Jenerasi Anak muda sekarang perlu la……. ‘Lu Fikir La Sendiri…..” Assalammualaikum ………http://www.suaramerdekamalaysia.blogspot.com

  13. adakah kau mampu Says:

    Salam Tan Sri,

    Maaf saya katakan komentar di blog Tan Sri agak dingin sekarang ini, mungkin kesibukan masing-masing menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarak.

    Kemenangan PKR di Permatang Pauh adalah satu tamparan buat UMNO sama umpama tamparan pada bekas-bekas tamparan di tempat sama. Semakin banyak tamparan semakin hangat semangat membara untuk berjuang….teruskan perjuangan mu UMNO demi rakyatnya yang memerlukan kepimpinan yang jujur untuk membangunkan negara…

    Tiba masanya UMNO membersihkan segala bentuk kekotoran yang ada dalam UMNO sebelum ia dibersihkan orang lain… Kadang2 kita lihat baju orang lain kotor tapi kita tak nampak rupanya baju kita lagi banyak kekotoran…basuh dan seterika semula nilai-nilai yang selama ini telah terpalit dengan kesan2 kekotoran yang memburukkan baju tu…

  14. Shaiful Says:

    http://www.shaiful-hulusgr.blogspot.com

    Tan Sri, zaman dah mula berubah, bukan senang kita nak berpolitik cara lama dan cara orang melayu sendiri di layan selama ini, tansri adalah pejuang melayu, tetapi kenapa sengaja tidak nampak… jangan kerana wang ringgit, nama dan harta tan sri sanggup membuta hati tidak nampak apa yang telah terang lagi tersuluh, harapan baru rakyat malaysia..

  15. JA Says:

    Salam Tan Sri,

    Saya amat yakin, pucuk pimpinan BN merupakan jentera yang amat mempunyai kredibiliti dalam memastikan negara tercinta Malaysia untuk tetap kukuh dan boleh membangun seterusnya dikenali umum.
    Teringat dahulu semasa pentadbiran Tan Sri di BATANG KALI bersama arwah bapa saya ADNAN MOHD SHARIFF. Pada masa itu, saya amat-amat kagum dengan pimpinan Tan Sri sebagai ahli BN sehinggakan Tan Sri merupakan salah seorang idola saya.

    Saya berpendapat pimpinan BN masa kini perlu mencontohi pimpinan masa dulu di mana keikhlasan dalam membangunkan dan memperjuangkan bangsa Melayu amat jelas sekali. Tiada jurang antara orang kampung dan orang politik. Rebutan Jawatan bukan menjadi isu utama dalam BN.

    SYABASSS!! TAN SRI

  16. azrai78 Says:

    Assalamualaikum….
    Salam sejahtera kepada datok sekeluarga dan jentera seluruhnya….memandangkan senario politik yang berlaku sekarang sepatutnya kerajaan sekarang (BN) mengambil pendekatan yang lebih proaktif kerana apa yang hendak disampaikan oleh masyarakat adalah jelas melalui PRU 12. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab setiap tindakan yang bakal dan diambil biarlah berpadanan dengan situasi parti pemerintah itu sendiri.

    Cadangan saya, mengapa tidak setiap calon yang telah tewas pada PRU 12 turun padang, mencari sebab mereka ditolak oleh rakyat, buat post motem yang rasional dan profesional dan bukan mencipta sebab kekalahan yang telah berlaku.

    Rakyat yang dipimpin oleh kerajaan sekaranglah yang telah memberikan signal yang AMAT jelas kepada kerajaan.

    Apabila masalah kecil didalam rumah tangga yang harmoni mudah diambil kesempatan oleh golongan-golongan yang sememangnya cekap dalam CONSPIRACY THEORY.

    Sekian Terima Kasih, Semoga BN terus maju dengan tindak tanduk yang menjurus kearah kepentingan RAKYAT.

  17. iskandar Says:

    Disini saya ingin bangkitkan isu berkenaan KAJIAN YG DILAKUKAN OLEH UPSI BERKENAAN SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK DI AJAR DALAM BAHASA INGGERIS..

    Sebenarnya tak ada masalah pun pelajar belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris kerana pada waktu itu lah mereka sesuai di bentuk.. jika dimulakan pada tahap tahun satu semestinya pada tahap tahun 6 dan masuk tingkatan pelajar itu tak akan berasa kekok belajar dalam bahasa inggeris kerana dia akan lebih kerap berbahasa inggeris dalam satu hari.

    Masalah sekarang timbul kerana GURU-GURU SEKARANG MAJORITI TIDAK FASIH BERBAHASA INGGERIS. JAdi bagi saya kajian UPSI adalah tidak sempurna.Jika dikaji balik maka akan didapati bahawa GURU_GURU adalah punca penguasaan bahasa inggeris pelajar menjadi lemah.

    Satu lagi pendapat saya, untuk seseorang itu menguasai sesuatu bahasa maka dia perlu kerap bertutur contohnya seorang pelajar MELAYU belajar di sekolah cina (seperti anak saudara saya) oleh kerana kerap bertutur maka dia berjaya menguasai bahasa tersebut malah lebih baik daripada kawannya yg berbangsa cina tetapi tidak bertutur bahasa mandarin di sekolah dan di rumah. Oleh itu dengan adanya Pembelajaran BAhasa INggeris utk 2 subjek tersebut secara tidak langsung memningkatkan lagi kekerapan pelajar-pelajar itu bertutur.

    Dari segi teknikalnya pula jika daripada mula lagi pelajar-pelajar itu diajar semua istilah teknikal didalam bahasa inggeris maka sepatutnya tidak ada masalah yg timbul untuk tidak dapat memahami. Ini berbalikkepada perkara pertama iaitu BAGAIMANA GURU-GURU itu berjaya menyampaikan sesuatu subjek itu.

    Persoalan lain yg ditimbulkan bahawa semua negara maju menggunakan bahasa sendiri dalam pembelajaran,memang betul tapi adakah negara kita negara maju? dan adakah negara kita mempunyai cukup buku-buku ilmiah didalam bahasa melayu??

    Disini pada pendapat saya pemimpin yg menganjurkan isu ini adalah seorang pemimpin yang memandang jauh kehadapan..

    Untuk anak-anak kami disekolah sahaja mereka berpeluang mengasah bahasa inggeris mereka.
    YB seorang gradusi di Universiti ternama maka haruslah berpandangan jauh dan kritis.

    Sebenarnya ini bagus untuk kemajuan semua rakyat tidak kira bangsa.

  18. Ramli Taib Says:

    Pada saya bukan 16 September menjadi tumpuan . BN itu sendiri menjadi tumpuan masyarakat. Dengan pergolakan dalam parti parti komponen membuatkan BN sendiri gelisah. Sebagai rakyat bawahan , tidak banyak bezanya siapa yang memerintah. Sudah adat orang di bawah memang begitu. Yang risau adalah orang di atas saja.

    Jika di lihat sendiri pada mesyuarat cawangan - cawangan , banyak terdapat cawangan yang bermasalah. Dalam pengendalian mesyuarat pun banyak yang tidak ikut peraturan lagi. Sebagai contoh , Cawangan Batu 30 dan Cawangan Rumah Murah Batu 30. Jemputan mesyuarat pun tidak dihantar kepada semua ahli.

    Jika UMNO ingin berkuasa semula dengan cemerlang , ubah sikap pemimpin dari atas sampai ke bawah. Jangan khayal lagi dengan orang melayu tidak lari dari UMNO.

  19. iskandar Says:

    Saya merujuk kepada kes Ahmad Ismail dimana beliau mengatakan bahawa Kaum Cina di Malaysia dahulu adalah PENUMPANG.Lebih jelas lagi adalah PENDATANG. Ahmad Ismail memang betul tetapi tidak semua Kaum CIna adalah PENDATANG kerana lihat daripada sejarah KESULTANAN MELAYU ramai kaum CINA di terima oleh SULTAN-SULTAN sebagai rakyat mereka. Tetapi kemasukan Kaum Cina dan India ke Tanah Melayu adalah kerana mereka datang untuk berkerja sama ada datang sendiri atau dibawa oleh pihak BRITISH dan JEPUN.
    Bagi saya secara rasionalnya apa yang dikatakan oleh AHMAD ISMAIL adalah benar belaka tetapi ia adalah didalam konteks SEJARAH.
    Jika dia memainkan isu perkauman maka memang di patut dihukum tetapi apa yang ditekankan semasa ceramah dia di PErmatang PAuh adalah untuk mengingatkan Kaum CIna supaya bersyukur kerana mereka diberi STATUS KERAKYATAN yang sebenarnya ditentang oleh kebanyakan orang-orang melayu yang dibawah naungan SULTAN-SULTAN,itulah sebab utama ORANG MELAYU menolak MALAYAN UNION,namun begitu atas semangat timbangrasa ORANG MELAYU maka mereka dapat menerima ORANG-ORANG BUKAN MELAYU diberi HAK KERAKYATAN DI TANAH MELAYU.

    HAK KERAKYATAN ITU ADALAH SUCI DIDALAM PERLEMBAGAAN, maka tiada sesiapa pun yang layak dan berhak menafikan HAK KERAKYATAN seseorang itu sama ada dia itu MELAYU,CINA atau INDIA atau apa-apa BANGSA pun.

    Demikian juga sama hal nya dengan HAK KEISTIMEWAAN MEALYU DAN ISLAM yang terkandung didalam PERLEMBAGAAN.. TIADA SIAPA PUN LAYAK DAN BERHAK UNTUK MEMPERSOALKAN HAK ITU SAMAADA ORANG MELAYU,CINA ATAUPUN INDIA.

    KENAPA?? KERANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN ISLAM ADALAH BALASAN HAK KERAKYATAN DIBERI KEPADA ORANG BUKAN MELAYU. MAKA KITA HARUSLAH MENGHORMATI HAK MASING-MASING.

    JADI JANGAN LAH SESIAPA PUN BERANI MEMPERTIKAIKAN HAK MASING-MASING.

    MEMANG SEKARANG KITA NAMPAK UMNO MENGGUNAKAN HAK KEISTIMEWAAN ITU SEPENUHNYA TETAPI ADAKAH IA SALAH? TIDAK KERANA IA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. ADAKAH ORANG MELAYU MENGHALANG ORANG CINA DAN INDIA MENERUSKAN HIDUP MEREKA ATAU MENGHALAU MEREKA KELUAR DARIPADA NEGARA INI? TIDAK SAMA SEKALI..

    Jika AHMAD ISMAIL dikatakan bersifat perkauman,bagaimana pula KARPAL SINGH dan LIM KIT SIANG yang hendakkan Artikel 153 dihapuskan,bukankah itu satu sikap PERKAUMAN?? Dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN..

    Bagaimana pula dengan Teresa Kok yang ingin supaya Tulisan Jawi di buang di semua PapanTanda Jalan di Lembah Kelang? Bukankah itu satu sikap PERKAUMAN (buat pengetahuan orang bukan melayu bahawa bahasa melayu dahulu adalah ditulis dalam bahasa JAWI (arab) bukan rumi).

    Maka pada pendapat saya sesipa pun yang mengungkit perkara yang mempertikaikan HAK-HAK YANG TELAH TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN dia harus di tahan menggunakan ISA sama ada orang itu orang politik atau tidak.

    Jika kenyataan orang politik itu boleh menjurus kepada rusuhan maka tahan dia baik UMNO,MCA,DAP,MIC,PKR,PAS,SAPP,PBS,LDP,PPP dan semua NGO’s.

    If we dont like the government just vote againt them in next election,dont stir up problem that can cause chaos.
    I dont hate my chinese and indian neighbour,in fact we are very good to each other plus other children go to school together.

    Sometimes if you all POLITICIAN ask too much,question too much,complaining too much,arguing too much,thats what actually divide US.

    I think and this is i think the most appropicate way for us,all malaysian,to be together is to abolish all other school except the NATIONAL SCHOOL so that our children can life and learn together.Is that what all of us want,isnt it!! Stop training to fight for your right to practice MANDARIN or TAMIL because you can also learned it in the NATIONAL SCHOOL.Make it a MUST to have the SUBJECT in MANDARIN and TAMIL.Then all of our children can speaks 4 languages.

    Oelh itu kawan-kawan semua HORMATI lah HAK-HAK yang ada pada kita.JAngan cuba mempertikaikan HAK orang lain kerana HAK anda juga akan dipertikaikan.

    Sayangi diri anda,keluarga anda,jiran anda,bangsa anda,bahasa anda,agama anda dan paling utama sekali kesejahteran,keharmonian,keamanan dan kedamaian NEGARA KITA MALAYSIA..

  20. Aloy Anak Sungai Says:

    Salam Tan Sri,
    Kita harap kesetiaan MP BN dari Sabah dan Sarawak tidak akan berubah. Walaupun begitu di Sabah khususnya, perkara lompat-meompat parti ini bukan perkara baru, tahun 90an dulu PBS kehilangan kuasa akibat tindakan beberapa ADUN PBS menyertai BN. Akta Lompat telah di cabar di Mahkamah. rakyat menggesa agar SESUATU PERLU DILAKUKAN agar negara tetap aman, ekonomi berkembang dan pembangunan terus berlaku. Di harap permainan ini (lompat /menyeberang parti) dapat dihentikan. Kepada MP BN amanah yang diberikan oleh rakyat andainya dikhianati maka anda akan dihukun oleh SEJARAH. ” Kerbau dipegang pada tali, menusia pada janji” jangan sampai jadi “kerbau di cucuk hidung”.Berfikir adalah satu perbuatan yang sangat sukar dilakukan, lihat saja pada buaya. Buaya adalah binatang yang hodoh lagi rendah mertabatnya , tetapi bila anda malas berfikir, lalu terjun dalam kolam yang didalamnya ada buaya, kalau pun anda tidak di makan oleh buaya, tetapi tentulah hidup anda akan dikuasai oleh buaya tersebut sepenuhnya.

  21. nazrul Says:

    akum tan sri…slmt menjalani ibadah puasa, moga2 sentiasa mndapat barkat dr Allah. saya memang menyokong perjuangan UMNO yg membela org melayu, namun begitu saya masih belum mendapat pekerjaan yg tetap…hubungi saya di talian 0177759873. saya merupakan seorang graduan dr UNIMAS, Sarawak dlm jurusan politik dan pemerintahan. saya mengharapkan agar Tan Sri dapat memberi pertimbangan kepada saya, akum.

  22. -ADAM AMIN- Says:

    Dato’ sudah lama dah orang bercakap tentang kewibawaan kerajaan Malaysia semenjak tahun 2007 lagi.

    Rata-rata mengatakan Pak Lah adalah seorang pemimpin yang lemah, pentadbiran sekarang terkenal dengan istilah kaki ampu, kaki bodek, kaki rasuah, kaki foya, kaki jolok, kaki sokong dan kaki pecah-belah. Kesemua ini menyebabkan kewibawaan kerajaan nampak lemah dikalangan rakyat cuma nampak manis dan mantap dikalangan kaki ampu dan kaki bodek termasuk kaki rasuah.

    Sedar atau tidak, kekuatan UMNO di akar umbi umpama ” Akar sudah rosak atau buruk, cuma menunggu masa untuk menumbangkan pokok”.

    Harapan saya agar Malaysia dapat mencari pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan mendapat sokongan semula daripada masyarakat dunia kepada Malaysia seperti dibawah kepimpinan TDM. Kini dunia luar mentertawakan Malaysia, memperlekehkan Malaysia manakala rakyat Malaysia sudah berani menderhaka kepada pemerintah dan memperlekehkan segala usaha yang telah dijalankan walaupun untuk kebaikan rakyat.

  23. AbuNawaz Says:

    Memang ada kebenaranya ulasan Tan Sri, tetapi pada hakikatnya UMNO dan BN sedang menuju kearah kehancuran. Pak lah akan dihentam dari dalam apabila Tun Mahathir dah kembali masuk Umno.
    BN sekarang lebih kepada penyusunan politik daripada penyusunan ekonomi rakyat. Akan hilang taat setia ahli ahli parlimem apabila kebangkitan rakyat dikawasan mereka mendesak untuk lompat, kerana sekarang ini agenda yang dibawa oleh pakatan rakyat manampakan ada kebenaranya untuk rakyat.

    BN membuat kesilapan apabila mengantar ahli parlimenya keTaiwan dalam keadaan sekarang. Ini jelas pada pandangan rakyat yang BN benar benar takut dan percaya pada dongeng 16 sept. Mengapa terdesak hinggakan tidak menghormati bulan ramadan hanya untuk mempelajari hal pertanian.

    Dalam hal pertanian ini adalah lebih baik hantar saja mreka dari kementerian yang berkenaan pergi belajar, ada juga hasilnya dan tidak membazir.

    oklah walau apa pun dharap Tan Sri dapat berusaha untuk menjaga maruah bangsa dan tanahair ini daripada sebarang ancaman serta memberikan perhatian yang sebaik baiknya pada rakyat dalam golongon yang disasaran oleh kementerian Tan Sri.

    Daripada MANTAN AHLI UMNO

  24. paparem Says:

    Selepas Mahyuddin berjumpa mantan PM bersama Tengku Li , beberapa kenyataan di keluarkan olih pemimpin UMNO yang menunjukan tiada sepakatan dalam keputusan MT UMNO.

    1) Mahyuddin kata Pak Lah perlu fikir semula berkaitan penyerahan kuasa. Demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia.

    2) Najib kata biarlah ahli menentukan masa peralihan kuasa.

    3) Pak Lah kata , perlaihan kuasa telah di persetujuan olih MT dan kabinet.Tidak sepatut timbul isu perlaihan kuasa lagi.

    4) Rahim kata , peralihan kuasa akan di bincangkan semula.

    Yang pasti dalam UMNO sendiri sudah tiada kata sepakat yang benar-benar di capai. Yes di depan dan No di belakang. Tekanan kepada Pak Lah agar segera berundur nampaknya kian menebal dari UMNO sendiri. Kemasukan TUN semula kedalam UMNO bukan 100 % untuk kekuatan UMNO tetapi membantu kempen undur Pak Lah yang di lihat di peringkat bawahan.

    Yang nampak kini Najib tersepit , Mahyuddin dan Ku Li mempunyai peluang untuk merebut tempat di atas.Pak Lah dalam kesayuan terpaksa bermanis muka dengan Mahyuddin dan Najib. Tapi gambar terbaru Pak Lah dan Mahyuddin bila bersalam tidak memandang muka. Apa dah jadi sebenarnya…

  25. KJ Says:

    TS,
    Kesetiaan setelah 50 tahun bersama bakal hancur kerana sikap pemimpin.Pemimpin sendirian ketika senang,tapi memcari rakan ketika terdesak.Inilah sikap yg akan membawa kehancuran UMNO terdekat ini.rakyat telah muak dengan mainan media milik kerajaan.Hanya menunjuk2 keburukan pembangkang tanpa memanggil mereka untuk menyatakan pendirian sebenar.Seolah2 kerajaan mahu rakyat semua tahu bahawa pembangkang itu tidak berguna.Sebenarnya kerajaan yg tidak berguna kerana mempermainkan minda rakyat dengan fakta2 yg tidak benar seperti isu Azan,ISA,Permatang Pauh,Perkauman,Perbelanjaan PilihaNRAYA,LAWATAN KE TAIWAN dll.Hanya Allah sahaja yg akan menunjukan kebenaran yg sebenarnya.

  26. Hanafiah Ghazali Says:

    Salam TS,

    Saya cuma ingin bertanya apakah tiada lagi fungsi BTN dalam kerajaan hari ini?

    Propaganda DSAI diambil terlalu serius dan hasilnya sangat kelam kabut. Tindakan balas sangat memalukan dan menjatuhkan maruah kepimpinan Umno sendiri. Malah DSAI masih boleh berseloroh dan bermain kata, menunjukkan bahawa lemahnya kepimpinan Umno waktu ini.

    Selain itu, di mana propaganda Umno? Umno tidak melawan. Jika melawan sekalipun lebih mendatangkan malu kepada diri sendiri seumpama tiada perancangan rapi. Matlamat propaganda adalah untuk memenangi hati dan minda rakyat. Namun hari ini kita lihat jumlah yang membenci semakin meningkat. Psychology war yang membunuh diri sendiri? Pasti digelak sakan oleh Si Manipulator DSAI.

    TS,
    Apa nak jadi dengan Umno? Masih dibuai mimpi? Masih dengan egois masing-masing bahawa Malaysia ini Umno pemiliknya? Masih rakuskah pemimpin Umno? Atau mungkin tergopoh gapah menyediakan diri sebelum kapal ini tenggelam?

    Saya amat berharap agar TS dapat bertindak sesuatu memandangkan TS sendiri merupakan Ketua Penerangan Umno Malaysia dan ianya adalah sebahagian tanggungjawab TS.

    Salam Ramadhan.

  27. Pak Tam Says:

    Assalamualikum TS,
    Saya tetap yakin dengan perjuangan UMNO. Melayu dan Islam masih memerlukan sokongan UMNO. Selama ini UMNO dan bukan PAS bukan DAP dan bukan PKR yang telah banyak membela nasib org Melayu hari ini. Memang ada kelemahan dan kekurangan pentadbiran kerajaan BN tapi Pak Lah selaku PM telah mulai membuat perubahan. Kehadiran DSAI telah banyak mengganggu pentadbiran kerajaan BN. Dia mahu jadi PM secara tidak demokratik. Dia membuat kenyataan provokatif hingga rakyat menjadi gelisah. Dia bijak membuat kenyataan yang menunjukkan kerajaan BN terdesak, kelamkabut, goyah dan sebagainya. Sebenarnya bukan rakyat yang gelisah sebaliknya DSAI sendiri yang gelisah kerana ahli parlimen BN masih tak jadi katak. Kerajaan katak akan dibentuk oleh pemimpin katak.

  28. kJ Says:

    Hanafiah Ghazali,
    Adakah cuma BTN sahaja senjata BN yg ada?Saya telah mengikuti banyak kursus2 dianjurkan oleh BTN.Semuanya auta dan banyak menyebelahi UMNO.BTN dah lumpuh.Saya sendiri pun tak terpengaruh dgn dakyah2 BTN dlm ceramah mereka.Tuhan bagi otak.Gunakan otak untuk membuat pertimbangan yg rasional.Jangan terpengaruh dgn org lain.Melayu akan terus hancur jika sikap ini menebal dlm jiwa.
    Sekarang ini BTN dah tak relevan.Lebih baik guna C4 atau ISA.Kan ke itu lebih mudah?

    Tan Sri,
    Fikir2lah sendiri apa yg terbaik untuk Islam tanpa pengaruh rasuah dan salahgunakan kuasa.Pimpinlah menurut ajaran Islam.Pasti rakyat akan menilainya

    Wassalam.

  29. DAH IKHWAN Says:

    Salam Datuk,

    Untuk pandangan yang lebih tepat tentang kesetian ahli parlimen umno, sila lihat kajian dimuat dalam blog dibawah:

    DAH IKHWAN Weblog
    address:dahalmi.wordpress.com

  30. DAH IKHWAN Says:

    maaf, sila ambil perhatian website address untuk DAH IKHWAN ialah: dahalmi.wordpress.com

  31. faizal bin zakaria Says:

    Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
    Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)

    Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

  32. mior Says:

    YB Tan Sri.. Saya nie mantan pemuda Bhgn. Saya dah lama mengekori kelibat Tan Sri sejak jd MB dulu lagi dan saya selalu berkeliaran d Serendah,Batang kali,Kuala Kubu dihujungnya. Bukit beruntung pun x wujud serlahnya lagi.Dapur rumah keluarga Tan Sri pun kekadang numpang minum dan berborak, al maklumlah Tan Sri masyur dan saya peminat Tan Sri. Saya sebenar nya nak luah dan berhajat pada Tan Sri je.. x banyak pun cuma minta Tan Sri tutup mata 5 min dan renung sejenak apa akan jadi generasi Melayu akan datang bila melihat konflik politik masa kini yang agak merbahaya kini. kita ada 3 puak Melayu berpecah. UMNO dgn amalan tradisinya PAS fahamannya dan PKR dgn kumpulan melayu yg tak berpuashati.. Tan Sri pun arif kemelut ini, saya amat takut mainan halus DAP yg semua org tau serpihan PAP Singapura yg cuba mengYahudikan fikiran melayu.Terang terangan dalam parlimen menghasut tidak menerima Malaysia negara Islam,amat mengecewakan dan hancur hati luluh perasaan saya dan begitu jugak akar umbi yang lain nanti Pulau Pinang pun minta di tukar nama menjadi Penang je nak tunjuk biadap yg meyakitkan dan akan terlepaslah tanah ini buat selama lama kebal dan menjadi cawangan israel selepas Singapura.Malang sekali dan hinanya tempat berumah tangga PM la ni pula. Maaf.. ini hakikat. Renunglah Tan Sri jangan Selangor jadi begitu kerana ini harapan anak Selangor tercinta dan saya sedar suara saya sekadar habuk apakan lagi kuasa yg ada seperti melukut di tepi gantang. Tolong lah Tan Sri..saya merayu carilah ILHAM naikkan kekuatan Melayu Islam di tanah Selangor agar berpasak di bumi Selangor. Saya doakan Tan Sri berjaya kotakan hajat saya dan anak melayu lain serta akar umbi,semuga sejarah akan mengubah kredibiliti Tan Sri dan tercatit kenangan indah dan nikmat untuk generasi mendatang mengingati ketulusan perjuangan Tan Sri.Semuga berjaya Mac 2009.akhir sekali Wahai sahabat2 Melayu ku yang lain marilah sama sama muafakat ambil lah iktibar dari perpecahan ini. BersatuSedar kepincangan ini..Berilmulah

Leave a Reply