Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Kita, kerajaan yang bertanggongjawab

Kesemua 2,100 ketua kampong di empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang meletak jawatan baru-baru ini akan diserapkan semula dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.Pada peringkat permulaan ini, seramai 817 ketua kampong dan 11,438 ahli JKKK di Perak telah meletak jawatan masing-masing berkuat kuasa 1 Mei ini dan mereka akan berurusan terus dengan kementerian saya tanpa melalui kerajaan negeri.

Kita, Barisan Nasional sebuah kerajaan yang bertanggongjawab. Dari segi nama jawatan saya belum putuskan lagi tapi berkemungkinan akan dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) seperti cadangan Persatuan Ketua Kampung Perak baru-baru ini.Serentak itu, kementerian akan berurusan terus dengan mereka dalam melaksanakan projek pembangunan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan di kampung masing-masing. Apa ada masalah kerana kerajaan pusat masih dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh JKKK di empat negeri ini. Malah soal elaun RM400 sebulan yang diterima oleh ketua-ketua kampung, elaun mesyuarat JKKK serta elaun lain yang diberikan kepada mereka sebelum ini juga akan dibayar seperti biasa tetapi terus kepada mereka dan tidak melalui kerajaan negeri.

Detail perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat cabinet akan dating.

Malah, kementerian itu juga sedang mengkaji kemungkinan menaikkan jumlah elaun sedia ada memandangkan ketua kampung terbabit tidak lagi akan menerima elaun antara RM50 hingga RM200 yang lazimnya dibayar oleh kerajaan negeri.

Kementerian bertanggongjawab walaupun soal perletakan jawatan ini bukan dibuat oleh kementeriannya tetapi atas permintaan dan kehendak ketua kampung sendiri yang berasakan agak sukar untuk bekerja di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat, pihak kementerian mengambil tanggongjawab ini.

Mereka terutama ketua kampung di Perak ada pendirian yang jelas iaitu berdiri teguh dan sokongan sebulat suara terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)

Di Selangor, walaupun mereka menggunakan pendekatan berbeza setakat ini tetapi sudah menyatakan sokongan kepada kerajaan Persekutuan, begitu juga dengan Pulau Pinang dan Kedah yang difahamkan akan mengikut langkah diambil Perak.

Kewujudan jawatan JPPP ini tidak akan berlaku pertindihan tugas dengan ketua-ketua kampong yang dilantik oleh kerajaan negeri. JPPP akan bekerja di bawah kerajaan Persekutuan manakala ketua kampung dilantik kerajaan negeri bertugas untuk negeri masing-masing.Bagi kita, ketua kampung di empat negeri ini hanya satu iaitu yang dilantik oleh kerajaan Pusat kerana mereka sudah menyandang jawatan itu sejak berpuluh tahun lalu, berpengalaman luas dalam pentadbiran kampung dan pengaruh yang sudah kukuh.

Jadi, mereka amat diperlukan untuk melaksanakan projek pembangunan di luar bandar dan kita tidak akan membabitkan ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri.


40 Responses to “Kita, kerajaan yang bertanggongjawab”

  1. TaxPayer Says:

    Tidakkah nanti akan ada percangahan bidang kuasa dengan wakil yang dilantik oleh kerajaan negeri? Untuk membayar elaun tu bukankah menggunakan wang rakyat? Tidakkah anda rasa itu satu pembaziran? Kami lantik kerajaan untuk mentadbir bukan untuk kepentingan politik individu.

  2. mulutmelayu Says:

    Saya sedia maklum peruntukan elaun-elaun Ketua Kampung dan Pengerusi, Setiausaha dan elaun mesyuarat ahli-ahli JKKK dari dulu lagi adalah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Negeri (Jabatan Kerajaan Persekutuan) di negeri dan seterusnya melalui Pejabat Daerah (Pejabat Kerajaan Negeri) yang membuat bayaran elaun dsb. kepada Ketua Kampung dan JKKK berkaitan.

    Keanggotaan JKKK adalah terdiri daripada pelbagai keturunan Melayu, Cina, India dsb. dari pelbagai parti komponen Barisan Nasional. Sebagai seorang ahli JKKK saya begitu gembira dapat berkenalan dan bergaul mesra dengan pelbagai keturunan dalam satu kampung dan daerah demi kemajuan kampung didiami.

    Apabila Kerajaan DAP/PKR/PAS mengambil alih tampok pemerintahan negeri (repeat: bukan pemerintahan Kerajaan Persekutuan) kami dengan rasa bertanggungjawab meletakkan jawatan kami kerana kami tidak percaya akan ideology pakatan parti berkaitan.

    Kami tidak hairan elaun mesyuarat bulanan JKKK sebanyak RM20 sekali hadiri mesyuarat itu (elaun itu hanya menampong minyak kereta) tetapi kami berpegang teguh kepada prinsip kami itu.

  3. Anuar (BUKAN AHLI mana mana parti politik) Says:

    A’Kum Tan Sri,

    Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLW) bukan hak milik BN. KPLW mestllah memberi perkidmatan kepada semua rakyat yang terdiri dari rakyat yang menyokong BN, rakyat yang menyokong BR dan rakyat yang tidak menaggotai mana mana parti politik. Mereka yang di bantu mestilah yang layak mendapat bantuan tak kira apa bangsa, ugama dan kecenderungan politik, asalkan mereka RAKYAT MALAYSIA YANG LAYAK DI BANTU.

    Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang berhenti dan nak berhenti secara sukarela tidak sepatutnya di serapkan ke KPLW. Mereka ini umpama “Bapa borek anak rintik” dan “Cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari”

    Dulu Bapa dan Cikgu menjadi Menteri Cabinet, Menteri Besar, Exco dan sebagainya. Bapa dan Cikgu lantik mereka(Anak dan Murid) jadi Penghulu dan Pengerusi JKKK. Anak dan Murid memandang Bapa dan Cikgu sebagai contoh ikutan. “Bapa dan Cikgu MITHALI”.

    Bila bapa dan cikgu sibuk menambahkan harta dan memperkayakan kroni, anak dan murid pun ikut sama. Tugas kemasyaratan sebagai Penghulu dan JKKK diabaikan kerana sibuk berkerjasama melaksankan agenda Bapa dan Cikgu. Malah ada ketua kampun dan JKKK yang sibuk mencari peluang peluang perniagaan, tanak kerajaan yang boleh dikeluarkan pasir dan tanah merah, dan Tanah tanah yang boleh dipohon untuk disewakan dan sebagainya.

    Begitulah jadinya Bapa, Cigu, Anak dan Murid ni. Mereka inilah pemimpin BN dari yang atas sampai kebawah disaat akhir 50 tahun mereka memerintah. Tapi tak semua ORANG BN begitu. Hanya pemimpinnya yang begitu. Ramai orang BN yang dah menyampah dengan gelagat pemimpinnya. ANAK ANAK ORANG BN ni pula dah meluat dengan PEMIMPIN BN yang sedemikian rupa. Pada PRU12 mereka pangkat parti yang tiada kena mengena dengan BN bukan keran parti parti tu hebat dari BN tetapi mereka menyampah dan meluat dengan BN. Tetapi nasib UMNO lebih baik dari nasib komponen BN yang lain. Ini kerana orang melayu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan budi bicara politik yang matang.

    Mana mana Ketua Kampung dan JKKK yang nak berhenti tu kebanyakan nya tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan betul kerana mengikut perangai Bapa dan Cikgunya . Ramai juga Ketua Kampung dan JKKK telah bertugas dengan baik dibawah kerajaan BN dan akan bertugas dengan lebih baik lagi dibawah Kerajaan BR/PR.

    Bapa bapa dan Cikgu cikgu yang masih memegang kuasa mesti ingat. Jangan bongkak dan takabur. 50 tahun telah berlalu. Negara telah maju. Rakyatnya juga telah maju dari segi pisikal dan mentalnya. Rakyat telah mempunyai pemikikirannya yang tersendiri dan perlu dihormati.

    Ketua kampung dan JKKK kalau nak berhenti, RAKYAT tak kisah. Akan ada Ketua Kampung dan JKKK yang baru yang lebih bertanggung jawab daripada anda insha Allah. Ketua kampung dan JKKK yang telah bertugas dengan baik berbincanglah dengan pemimpin BR/PR. Kita semua adalah rakyat dan rakyat perlu berbincang untuk membuat perkara yang baik. Manusia selalunya tidak berbincang untuk membuat perkara sumbang dan jahat.

    Ketua Kampung dan JKKK yang dah berhenti tidak boleh di serapkan di KPLW. KPLW bukan milik BN tetapi milik rakyat. Orang yang telah meletak jawatan dari berkidmat untuk rakyat tidak patut diberi jawatan untuk memporak perandakan masyarakat.

    Kalau Tan Sri meneruskan juga mengambil anak anak dan murid murid ini berkidmat di bawah KPLW, bererti Tan Sri belum lagi berubah minda seperti rakyat yang telah berubah minda kearah kebaikan. Tan Sri mesti ingat Dewan Rakyat sekarang ada 82 pembangkang tak macam dulu. Nanti Tian Chua akan tutop pintu Dewan dan bercakap sampai Tan Sri pengsan.

    Berhati hati lah sikit Tan Sri. Anak anak dan murid murid tu semuanya kaki ampu dan kaki bodek yang hanya melihat kepengtingan mereka dan bukan kepentingan rakyat.

    Tan Sri seorang yang baik dan berhati mulia. Jangan biarkan pembodek dan pengampu tu menjahanamkan kebaikan dan kemuliaan yang ada pada Tan Sri. Its time to move on. The people’s interest must come first. Masih ramai rakyat miskin yang perlu di bantu.

    Sekian Terima Kasih

  4. Muhammad Muhd Taib Says:

    Sdr Anuar,
    Terima kasih atas pandangan saudara. Yang mana pandangan dan cadangan saya ambil kira sebaliknya yang mana tuduhan dan yang ada bersifat emosional saya tidak boleh memberi pandangan kerana ianya bersifat umum dan tidak jelas. Apapun terima kasih Anuar. Salam

  5. anina Says:

    salam Tan sri…

    Apa yg sy amati tok ketua Kpg yg lalu kebanyakannya tidak menjalankan tugas dengan cemerlang..salahsatu jentera parti pemerintah yg perlu bertanggungjawab dengan kekalahan PR12 lalu termasuklah mereka ini..sy org BN,masih sayang BN selamanya tetapi keletah ketua kpgni yg banyaknya lebih kepada membesarkan poket sendiri sgt merimaskan..sy becakap selaku penduduk kpg melihat semua ini dengan rasa kesal dan kekadang tertanya-tanya bila nak berubah.Pandangan sy tan sri !!akan dtg jgn lupa lantik wakil-wakil kita dari kalangan org yg lebih cenderung kearah agama insyaalah selamat.mereka lebih tahu mana yg haram dan halal..sy rasa masih ramai di kpg tersebut yg layak menyandang jawatan tersebut..atau lebih baik pemilihan ketua kampung d serahkan sja kepd penduduk setempat yg lebih mengenali mereka.Apa saja yg dilakukan oleh ketua kampung yg melibatkan hak-hak rakyat harus dilakukan dengan telus(diwartakan) tanpa disorokkan sedikitpun,harus adil,amanah dan tanggungjawab yg d pikul menyeluruh tidak tertumpu kepada penyokong sahaja sedangkan kebajikan kepada yg lain d abai…
    Tsunami PR12 yg lalu harap menjadi pengajaran kepada kita bahawa suara rakyat bukan boleh d pandang sebelah mata.Mana yg pincang d betulkan.
    Dalam masa sama kesempatan ini sy juga menyeru kepada pengunjung blog ini juga semua d luar sana berilah peluang kepada Pemerintah memperbaiki mana yg pincang kerana semua yg d buat memerlukan masa untuk berubah.
    Sy sebagai rakyat Malaysia yg sangat cintakan tanahair ini berharap Malaysia akan terus maju di bawah pemimpin pemimpin yg adil dan amanah……

    Berhati hati lah sikit Tan Sri. Anak anak dan murid murid tu semuanya kaki ampu dan kaki bodek yang hanya melihat kepengtingan mereka dan bukan kepentingan rakyat.

    Tan Sri seorang yang baik dan berhati mulia. Jangan biarkan pembodek dan pengampu tu menjahanamkan kebaikan dan kemuliaan yang ada pada Tan Sri. Its time to move on. The people’s interest must come first. Masih ramai rakyat miskin yang perlu di bantu.

    Sekian Terima Kasih

  6. nazali Says:

    Adakah Umno B End selama ni Kerajaan bertanggungjawab

    Salam Sejahtera,
    Tan Sri kenapa rakyat marah pd b end ada sebabnya.Salah satu contohnya berlakunya diskriminasi keatas pemilik rumah bertingkat(low & middling cost) terutamanya selepas akta Air 2004 dan 655 dimana Kerajaan BN Selangor sebelum itu membenarkan Syabas menaikkan harga Air dari Rm0.70 ke RM1.20 dan terakhir Nov2007 menjadi RM1.38 m3 (terdapat 450,000 pengguna meter pukal termasuk W.Persekutuan) dan masalah2 lain pelbagai yuran dikenakan sehingga RM800 setahun merangkumi yuran pengurusan,insuran,cukai taksiran dan cukai tanah.Taman perumahan tidak ada strata title(kadang2 1 geran 3 taman -bila disiasat ada kabel kuat oleh shareholder dengan pemaju).Jadi pemilik2 rumah bertingkat tidak tahan lagi dengan permasalahan yg telah berlaku sejak akta tahun 1985 lagi.Semua rakyat terutama di Selangor akan tetap memberi sokongan kepada pakatan Rakyat(PAS,PKR & DAP) walau permasalahan tidak dapat diselesaikan disebabkan akta yg diwujudkan oleh BN Selangor sebelumnya terutamanya Isu Meter Individu(Pihak Syabas masih berdolak dalih/melambatkan pertukaran meter pukal ke meter individu).sekian terima kasih

  7. stemp4515 Says:

    Salam sejahtera Tan Sri,
    Terima kasih dan setinggi pengharagaan buat Tan Sri kerana sudi mengadakan laman blog yang sebegini.Sekurang-kurangnya ada jua tempat untuk kami rakyat di bawah ini untuk mengadu permasalahan kami khususnya yang berkaitan dengan Kementerian yang Tan Sri terajui kini.

    Suasana iklim politik negara dewasa ini agak mengharu-birukan pemikiran rakyat marhaen seprti kami dan sebenarnya ingin saya cadangkan di sini agar suasana politik yang kalut pada ketika ini ditenangkan agar dapat semua perancangan untuk membangunkan negara diteruskan dengan lancar.

    Sekian terima kasih.

  8. Kenering Says:

    Saya amat bersetuju untuk diserapkan semua JKKK ke JPPP..untuk makluman semua..saya seorang yang menjaga dan memastikan semua perjalanan dan mesyuarat JKKK dilaksanakan..elaun tidakalah seberapa namun lebih bersifat ingin membantu..Apabila diwujudkan JPPP ia memberi ruang kepada orang UMNO khususnya di kampung untuk memanfaatkan pertubuhan ini kerana ahli UMNO boleh tukar parti tapi kalau orang UMNO masukkan dalam kawah bakar sampai mati pun biru jugak Tan Sri..Ini bermaksud tiada kuasa bagi mereka yang dilantik oleh kerajaan negeri..hebat tue..biar depa tempah cop banyak tapi tiada orang nak ambil tandatangan..
    Untuk makluman Tan Sri saya hantor borang UMNO umur 16,ditolak sebab tak cukup Umur..sekarang umur dah 25 tahun ada baby kecik sorang..dan saya dah ada impian untuk pastikan dia jadi insan yang tahu berterima kasih dengan kerajaan..
    Berkenaan dengan KPLB dilantik untuk mentadbir seperti yang dikatakan oleh saudara anwar tadi..anwar ibrahim ker??saya langsung tak setuju..saya tidak setuju langsung dengan ungkapan kalau nak berenti-berentilah..Nabi Muhammad berjuang hingga akhir hayat..saudar ingat senang ker nak buang sentimen politik dalam minda masyarakat..saya berada di grassroad..orang tengah pada kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan..saya juga nak ucapkan takziah pada seluruh rakyat Perak kerana selepas ini Ketua Kampung dibuat secara undi..tidak kira bangsa tau..apa nasib kawasan kg yang ada bangsa lain..rasmi masjid jemputlah..hahahaha..Itu contoh banyak contoh lain lgi,pertikaian tanah,cerai berai,harta pusaka,waris,masjid,j/k masjid ish banyak la keje saya sebagai pemantau nie..
    Bila dia kata berbincang dengan PR yang baru..saya dah tgk depan mata dan saya malu nak cakap..MB baru kata ” kalau saya salah tegur,kalau saya betul sokong”..tipulah..ada beberapa orang rakan tegur tak boleh pun..
    Tan Sri..biar Ketua kampung negeri dapat tandatangan 2 borang jer..borang baitulmal,borang nikah..hidup UMNO

  9. HAFIZ(BUKAN AHLI MANA2 PARTI) Says:

    Salam Saudara,
    Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara anuar tadi yang mana berkenaan dengan cadangan KKLBW untuk memusatkan JKKK 4 negeri takluk PR.Ini kerana duit untuk membayar elaun bagi JKKK berkenaan adalah duit rakyat dan bukan duit saudara menteri.Maka saudara tidak patut untuk membuat keputusan mengenainya sedangkan JKKK berkenaan tidak perlu meletak jawatan,jika benar mereka juga berkhidmat untuk rakyat.Teruskan sahaja dasar-dasar yang baik,yang telah dirancang oleh kerajaan terdahulu.Ini memuakkan lagi rakyat dengan hipokrasi sesetangah parti politik yang bertunjangkan amalan korupsi dan kroni.Saya bukan bermaksud hendak menghentam mana parti.Apa yang saya suarakan adalah sebab saya sayangkan negara ini dan tidak mahu negara ini menjadi seperti Palestin,Iraq DLL yang hancur akibat kepentingan politik sesetengah pihak.Saya berharap saudara menteri akan mempertimbangkan keputusan berkenaan.Saudara boleh mengawal JKKK yang dibawah 4 negeri berkenaan dengan kuasa yang saudara miliki.Pantau segala program yang dianjurkan oleh mereka.Tidak perlu menubuhkan JKKK diperingkat persekutuan kerana ia akan menambahkan perpecahan di kalangan masyarakat.Bayangkan di rumah saudara sendiri mempunyai 2 individu yang membuat keputusan?Keputusan yang mana satu akan dipilih oleh anak-anak saudara?sepatutnya keputusan dibuat secara kolektif,JKKK lama dikekalkan,tidak perlu meletak jawatan.Mereka perlu menghantar laporan kemajuan kampung dan pihak kementerian saudara harus senantiasa memamtau dan bermesyuarat dengan JKKK serta kerajaan negeri.Adakah itu lebih baik?Dari membuat sesuatu perkara yang boleh memecahbelahkan rakyat.Sekarang adalah masa paling sesuai untuk parti di sebelah pihak saudara untuk membuat penilaian semula kepada apa yang telah parti saudara lakukan untuk rakyat selama lebih 50 tahun memerintah.Jangan kerana berlainan prinsip kepartian masa depan masyarakat di korbankan.Ingatlah,sejauh mana,sekaya mana,sebesar mana pangkat kita,renungilah kemerdekaan yang telah kita kecapi.Saya sangat sayangkan MALAYSIA….

  10. Pemuda Luka Says:

    TAHNIAH buat TAN SRI kerana dilantik menjadi Menteri Pembangunan Wilayah yang baru..Saya juga terpanggil untuk memberi sedikit komen saya apabila kesangupan pihak kerajaan melantik kembali ahli JKKK dibawah kerajaan..AWAS..mengambil ikhtibar di KELANTAN..saya melihat ahli JKKK yang banyak merosakkan perjuangan UMNO di Kelantan.sebangai contohnya..saya merupakan seorang anak kelantan yang selama ini setia dengan UMNO tetapi telah berubah dan tawar hati apabila tindak tanduk JKKK yang dilantik bertindak sebagai wakil rakyat..kabanyakkan projek yang disalurkan untuk kebaikan rakyat disalah gunakan untuk kroni dan tindak tanduk mereka tidak boleh ditegur.Ini menyebabkan pengundi diatas pagar berubah sepenuhnya ke Parti LAwan.Saya berharap Tan SRi dapat menubuhkan satu suruhan jaya yang boleh memantau JKKK dengan seadil-adilnya.

  11. askarsepoi Says:

    untuk lebih cekap dan tulus, tan sri boleh wujudkan PERMOHONAN BANTUAN ONLINE daripada penduduk kepada Tan SRi, boleh juga melalui kementerian atau blog ini sendiri .. Tan Sri kena akui bukan mudah ketua kg atau pengerusi JKKK untuk bersikap adil kepada penyokong pas-pkr-dap di kg-kg.. sama juga dengan TanSri, bukan mudah Tan Sri bersikap adil dengan pakatan rakyat.. Namun atas nama kesaksamaan, bantuan dan kemudahan yang seadilnya perlu ditunjukkan. Hari ini rata-rata masyarakat memandang umno-BN sebagai mengutamakan parti dan kroni, maka jika tan sri tidak membuktikan sebaliknya, sentimen ini akan berkekalan dan bakal diwarisi.. fikir-fikirkanlah ..

  12. Kenering Says:

    TAK PAYAH BANTU DAH NEGERI KEBAJIKAN……..ANUAR ADA DIA BAGI DUIT DIA PUN SUKA BUAT KEBAJIKAN MCM TUE..

  13. lananged Says:

    Tan Sri…

    Di perak beberapa ketua kampung yang berbual dengan saya kebaynakkan tak la excited sangat nak letak jawatan…mereka kata boleh kerja dengan kerajaan perak sekarang…
    Ramai orang melihat menteri arahkan agar letak jawatan. tindakan ini sebenarnya meletakkan umno jatuh kredibiliti… bagi saya biar la ketua kampung tu meneruskan kerja…
    Kalau di lantik sebagai ketua untuk jaga projek federal je banyak mana sangat projek federal kat kampung..
    Seorang DO di perak kata tindakan Tan sri akan merosakkan umno sendiri.

    MB perak umum akan lantik ketua kampung ikut kehendak pendudk kampung dan di urus oleh pejabat Daerah tidak ada lagi ketua kampung politik…. malahan ketua kampung sekarang jika ok dan di terima penduduk boleh jadi ketua kampung …ini mendatang iumej baik kepada pas..

    Tan sri perlu sedar ketua kasmpung ada yang bukan minat sangat nak jadi ketua kampung tapi atas dasar politik di lantik juga…

    Ramai melihat pelantikan ketua kampung yang berbeza oleh Federal adalah matlamat ingin mengawal dan mencari pengaruh di kawasan tersebut….

    Masakini sebuah kampung tidak ada ketua kampung pun boleh harmoni, fungsi ketua kampung lebih kepad cop borang dan pengesahan sahaja kini.

    Masyarakat lebih panmdai dari ketua kampung kadangkala lebih suka terus berurusan ke pejabat kerajaan yanfg berkaitan.

    Hakikatnya masyarakat akan kata UMNO terdesak dan tidak ikhlas dalam isu ketua kampung..

    Ok ikhlas dari saya…

  14. bin ludin Says:

    as…kum. tuk saya rasa crita ni mcm zaman kanak2 bergaduh masa main rumah2, angkut abih barang2 sendiri, dalam hati menyesal, meluat dan sedih. tapi takpa asal sama2 tak leh main, janji berpecah. padan muka. dalam isu ni ikhlas saya cadangkan bila PRU13 nanti jangan adakan calun DUN biar be end pusat ja yg memerintah negeri2, itupun kalau menang. yang sudah tu sudah la, tunjukkan bahawa kawan2 tuk tak gemar menambah masalah sedia ada, jadilah penyelesai masalah,boleh jadi tuk ingat tindakan tu akan mengembali sokongan kpd kawan tuk, mungkin tuk lupa salah satu sebab result PRU12 disumbang oleh sebahagian dari geng yg tuk cuba selamatkan ni. jangan tambah ketidakpuasan hati akar umbi. diaorang nipun dah nak dijatuhkan sekali, ada banyak isu setempat dicipta oleh kawan2 tuk yg tak menyentuh pasal barang naik atau meluat tentang media arus pengampu. tuk jgn tambah kebencian akar umbi tu, kembalikan kepercayaan rakyat dengan cara yg betul2 profesional dan waras. akar umbi dah jemu dgn tindakan beremosi mcm ni, harap maaf. wasallam,

  15. Kenering Says:

    KITA MAHU SELEPAS INI SEMUA MT TURUN KE BAHAGIAN BERBINCANG DENGAN BAHAGIAN DALAM PROSES PENENTUAN CALON..BANYAK BAHAGIAN TIDAK MEMERLUKAN CALON PAYUNG TERJUN..

  16. keris tetap keris Says:

    tan sri, bagaimana kaedah ketua ketua kampung diselangor hendak hendak menyertai jppp, mungkin tan sri boleh terang kan kemana mereka mahu bertanya? kalau boleh prosidurnya.

    terima kasih tan sri.

  17. stemp4515 Says:

    MINTA TAN SRI LEBIH MEMBERI PERHATIAN KEPADA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI SABAH DAN SARAWAK TERUTAMA DARI SEGI PEMBINAAN JALAN RAYA .TIDAK AKAN BERMAKNA JIKA SARAWAK JADI JELAPANG PADI KESEMBILAN JIKA PARA PETANI SUKAR UNTUK MEMASARKAN HASIL PADI EKORAN DARI SISTEM PERHUBUNGAN JALAN RAYA YANG MASIH TERLALU JAUH KETINGGALAN BERBANDING DI SEMENANJUNG.

  18. blog14 Says:

    kenape msti berpecah belah hanya kerana fahaman politik yg berbeza…
    sebab bukan kroni ker???
    susah nak dpt bantuan…??
    come on laa.. berkhidmat la untuk rakyat..
    bukan untuk jaga periuk nasik sendiri….

    pada saya.. BN bukan kerajaan tapi sebuah parti yg diamanahkan utk mentadbir negara oleh rakyat…
    kalau PR plak yg diberi amanah pula, kena perlu kite membelakangkan tanggungjawab kepada rakyat… mmg dasr ketua kampung, hanya pentingkan diri sendiri… tak fikir langsung soal tanggunjawab…

  19. NoSPeakEnglais Says:

    TS,

    Topik tulisan ini mengelirukan! Topik lain, isi lain. Patut ditulis - Kita, Kerajaan yang prihatin.

    Isi kandungan tulisan ini mengambarkan betapa BN masih lagi mengongkong dasar berdendam dengan parti memerintah yang bukan BN. Ini tindakan tidak beretika. Kebudak-budakkan. Tindakan yang mencurah minyak petrol kedalam api yang sudah besar. Rakyat akan bertambah geram dan akan menghukum kesilapan BN ini nanti. Cukuplah. Tunjukkan bahawa UMNO bukan bersifat pendendam seperti yang digambarkan.

    Ketua Kampung dan JKKK ini dibayar gaji atau elaun. Siapa yang bayar. Kerajaan Persekutuan atau Negeri - bukan itu yang penting. Semua gaji atau elaun mereka dibayar guna wang rakyat. Patutkah rakyat dizalimi untuk pergaduhan politik UMNO/BN dan PR? Patutkah harta rakyat disalahgunakan?

    Insaflah wahai kamu-kamu sekalian, janji Allah itu benar. Syurga dan Neraka itu benar. Siksaan kubur itu benar. Ketahulah! 26 juta rakyat Malaysia bukan semuanya jenis pengampun dan pemaaf. Kot-kot ada ler doa mereka ini dimakbulkan. Kan susah…..

  20. ariff Says:

    Salam Tan sri,

    Saya terpanggil memberi komen setelah membaca tajuk diatas. Banyak penjelasan Tan Sri yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis. Kenapa perlunya semua Ketua kampong di empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang meletak jawatan baru-baru ini diserapkan semula dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Apa rasionalnya?Maaf..Saya tidak jelas dengan penjelasan Tan Sri..Seolah-olah jelas menampakkan kerajaan pusat cuba menidakkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat. Tidakkah nanti akan ada percangahan bidang kuasa dengan wakil yang dilantik oleh kerajaan negeri? Untuk membayar elaun tu bukankah menggunakan wang rakyat? Tidakkah anda rasa itu satu pembaziran? Kononnya mereka amat diperlukan untuk melaksanakan projek pembangunan di luar bandar dan KPLBW tidak akan membabitkan ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri. kenapa perlu ada ‘DOUBLE STANDARD’. Hal-hal sebeginilah yang membuatkan rakyat semakin loya dengan BN. Harap Tan Sri dapat menjawab.

  21. Jebat UMNO Says:

    Salam buat Tan Sri,
    Saya rasa tindakan Tan Sri menubuhkan JPPP, adalah satu tindakan yang kurang matang sbb Tan Sri gagal memahami hasrat rakyat pada PRU12 ini (walaupun tindakan ini atas alasan untuk kepentingan rakyat ). JKKK dimasa BN telah gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab, mementingkan diri, ego dan beranggapan mereka lah yang penting dan berkuasa dan tanpa mereka belum pasti projek2 pembangunan akan dapat di nikmati oleh penduduk setempat. Tiada orang yang lain lebih layak dari mereka. Pada saya mereka ini adalah seperti ” Kadok Naik Junjung”. Begitu juga dengan kepimpinan UMNO yang lain. Pada saya Tan Sri pun tahu akan tingkah laku mereka ini. Sebab itu BN telah ditolak dalam PRU12 yang lalu.
    Tan Sri,
    Adakah dengan penubuhan JPPP ini akan membuat senario politik kita berubah? Apakah jaminan nya segala pemudahan dan pembangunan akan sampai kepada rakyat setempat jika mereka-mereka ini masih menjadi pemimpin? Pada pandangan saya, mereka akan lebih mendabik dada? Maaf saya yakin mereka lebih mengharapkan elaun dari menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab.
    Sebagai orang Islam kita perlu ingat segala tindak tanduk kita akan di hitung dan di persoalkan tidak kira PM , Menteri dan semua kepimpinanan yang ada. Harus diingat bahawa kita didunia ini hanya ada 2 hubungan sahaja iaitu ” Hubungan dengan ALLAH dan Hubungan dengan MANUSIA.
    Maka oleh itu Tan Sri sebagai Menteri yang di lantik mesti melihat ke hadapan bahawa tugas atau apa keputusan yang di buat atas nama kepentingan rakyat mestilah dibuat dengan IKHLAS bukan atas dasar untuk MEMBALAS DENDAM atau KEANGKUHAN.
    Allah telah memakbulkan doa-doa orang yang di zalimi, maka jadikanlah ini IKTIBAR muga menjadi pemimpin yang DISEGANI dan DIHORMATI.
    Akhir kalam,
    saya percaya diatas pengalaman Tan Sri berkecimpung di dalam POLITIK ini, sudah tentu banyak iktibar yang ALLAH tunjukan. Ambillah pengajaran muga jangan kita tergolong dalam kalangan orang yang sia-sia.

  22. shahrul Says:

    Salam…

    Perlantikan JPPP semata-mata atas dasar kepentingan politik yg sempit. Hanya akan memecah-belahkan orang2 kampung yg kebanyakannya Melayu.

    Rakyat melihat ini sbg acara balas dendam BN. Jika ini cara BN respon kpd keputusan PRU12, PRU13 nanti ada harapan akan terkubur terus.

    Bukan ahli parti politik.

  23. bomoh_ajaib Says:

    Anak beruk lari termengah-mengah,
    Kerana terdengar ranting yang patah,
    Orang UMNO jangan melatah,
    Siapa yang menang dan siapa yang kalah?

    Biawak hidup jangan didakap,
    Kelak nanti tercakarlah diri,
    UMNO kuat UMNO mantap,
    Kerana kawanlah hilangnya negeri.

    Kerasnya keris kerana besi,
    Cantiknya keris kerana sarung,
    Apa guna kuat dan berisi,
    Sesama saudara kita bertarung.

    Rumah papan tiangnya seribu,
    Hendak ditampung atap rembia,
    Memilih pemimpin berfikirlah dulu,
    Agar perjuangan tak sia-sia.

  24. Faizal Riduan Says:

    faizalriduan.blogspot.com

    Tan Sri yang dihormati.

    Pertamanya tahniah kerana kembali ke pangkuan kabinet dan kerajaan. Dala m tempoh pertapaan yang panjang saya percaya Tan Sri banyak pengalaman mengenal kawan dan lawan dalam parti mahupun kerajaan.

    Saya sentiasa mendengar cerita entang watak Tan Sri dengan gelar ‘kampung boy’ yang pada saya mewakili suara masyarakat marhain.

    Namun tindakan pertama Tan Sri menyerap Ketua Kampung di bawah kementerian Tan Sri sesuatu yang menimbulkan implikasi yang pada saya lebih buruk pada persepsi masyarakat. Soal lain jatuh pada nombor 2 kerana persepsi itu tidak kira benar atau tidak ianyalah yang akan menjadi pertimbangan kepada rakyat keseluruhan.

    Berikut mengapa saya rasakan kurang arif tindakan tersebut:

    1) Dalam gesaan demi perpaduan ke arah permuafakatan melayu tindakan seperti ini seperti satu sabotaj kepada kerajaan negeri yang baru. Ketepikan soal kepartian sempit, apa yang dapay dilihat oleh rakyat bawahan bahawa UMNO lebih kepada ugutan. Kita belum ikhlas untuk bermuafakat jika elemen ini diambil kira.

    2) Jika sekalipun Ketua Kampung semuanya mempertahankan prinsip adalah lebih baik mereka meletak jawatan dan bekerja di luar parti untuk mengembalikan sokongan rakyat bukan dengan ditawarkan jawatan lain hanya bertukar bos dari kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan memberi gambaran seolah mereka ini golongan yang boleh ditawar dengan wang.

    3) Saya khuatir dengan tindakan Tan Sri yang ikhlas ini akan ditafsir oleh ahli UMNO yang lain sebagai satu tindakan populariti yang bersifat peribadi. Selama ini Tan Sri masih menang dalam pemilihan tanpa jawatan dalam kabinet kerana ahli sayangkan Tan Sri. Tetapi tindakan pada kali ini boleh disalahtafsir untuk menguatkan sokongan akar umbi kepada kedudukan Tan Sri dalam parti.

    4) Saya lebih menekankan kepada prioriti kementerian di bawah Tan Sri. Saya lihat peruntukan yang besar untuk mengganung kos membayar smeua elaun ketua kampung itu mengetepikan kepantingan rakyat bawahan, masyarakat kampung dan luar bandar yang lebih memerlukan peruntukan tersebut. Apatahlagi apabila Tan Sri memaklumkan perlukan peruntukan tambahan, rakyat jelata sudah dapat mengagaknya ianya adalah dengan tujuan untuk menampung kembali kos yang dikeluarkan untuk menjaga kepentingan ketua-ketua kampung ini.

    Akhirnya, saya dengan ikhlas mengharapkan Tan Sri memberikan pertimbangan sewajarnya.

    sekian, terima kasih.

  25. arfa Says:

    assalamualaikum,,Tn Sri…kenapa lah BN tk dapat menerima kekalahan pilihanraya ke12?saya rasa dengn adanya 2 orng ketua kampung dlm sesebuah kg akan menjahanamkan kemufakantan masyarakat ,apakah tansri tk pernah terpikir perkara begini???saya pikir tn sri tentu orng yang waras dan maseh lagi boleh mengunakn anugerah allah yang amat tinggi ini,,(otak),,selama bn memerintah saya tk pernh di benarkan masuk dlm mesyurat kg saya?dsbbkn saya ini bukn ahli mana2 parti,,,apakah mesyuarat kg hanya utk ahli umno????pk pk lah,,jgn la nk rosakkn orng kg lg??biarlah orng2 bandr dengan tabiat tk ambil tahu jirannya di bndr saja,,,

  26. Nasionalisme Says:

    A’kum Tan Sri dan Para Commentators,

    Pada pendapat saya Tan Sri, tidak perlulah kerajaan pusat hendak menubuhkan jawatan JPPP. Ini kerana akan memecah belahkan lagi permuafakatan orang Melayu di kampung. Tan Sri pun tahu bahawa orang di kampung amat sensitif dan mereka lebih mementingkan keharmoniaan.
    Oleh itu apabila adanya JPPP nanti akan menyebabkan perbalahan dengan JKKK. Seperti yang kita semua tahu secara general, orang di kampung pun sudah matang. Ternyata wakil wakil ketua kampung yg dilantik dibawah kerajaan BN telah gagal menjalankan tugas mereka. Kerana jika mereka menjalankan tugas dengan baik- KENAPA MEREKA TIDAK MENYOKONG BN?

    Selain dpd itu Tan Sri, saya rasa Kementerian yang Tan Sri menjawat ini perlu memberi sokongan penuh terhadap JKKK yang dilantik dibawah pakatan PR. Bukannya apa, PR pun tak kuat mana. Rakyat masih percaya pada BN-cuma cara BN menjalankan tugas itu tidak memuaskan. Mungkin mereka mempunyai sebab sebab dan alasan sendiri yang munasabah. Itu adalah tugas Tan Sri dan para pekerja yang berkeja di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk mencari jawapannya. Jadi tidak ada apa pun kalau Tan Sri bekerja sama dengan JKKK yang baru..mungkin mereka lebih memahami keperluan penting orang di kampung kampung mereka. Oleh itu Tan Sri kena make sure apa yang mereka suarakan itu didengar- tak semestinya kena diikutkan, tapi sekurang kurangnya kita dengar apa yang mereka nak cakap- kita tolong apa yang boleh ditolong.

    Sebelum tan sri ingin menubuhkan JPPP ini elok Tan Sri buat research, jgn dengar sebelah pihak sahaja (wakil JKKK BN) tetapi kena dengar atau find out juga dari pihak pihak lain secara keseluruhan. Maybe it will take a very long time- but definitely can be achieve. Jgn salahkan rayat kerana tidak menyokong BN..sama juga kita jangan salahkan PR kerana menang, mereka menang kerana mereka USAHA tan sri..mcm Tan Sri juga berusaha suatu ketika dahulu semasa tan sri seorang rakyat biasa sahaja. Mungkin dengan cara yg saya syorkan ini sedikit sebanyak akan memberi tan sri lebih idea yang bernas untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik- malah lebih baik dari dahulu.

    Jadi disini Kementerian Luar Bandar dan Wilayah harus berusaha, buat kerja dengan ikhlas dan bersungguh sungguh. Jangan pikir nak senang jer. Tan Sri kena menanamkan sifat berusaha dan rajin ini kedalam Kementerian yang Tan Sri handle ni, dan kena bersifat terbuka dan toleransi. Percayalah..kebanyakkan orang lebih suka apabila kita bersikap mcm tu. Tak apa kalau mereka tak nak sokong kita, yang penting kita tolong- kerana orang kebanyakkan orang kampung adalah orang kita juga TAN SRI..esok lusa nanti mereka akan kenang juga jasa Tan Sri dan parti BN..

    Sekian Terima kasih

  27. BN Enesti Says:

    Tahniah diatas perlantikan Tan Sri Menjadi Menteri Dalam Kabinet.

    Saya melihat UMNO. terutama pemimpin diperingkat MT/MKT nampak jelas bukanlah seperti pejuang yg berjuang utk kedaulatan Melayu. Mereka hanya lagak sahaja dan hipokrit di atas pentas. Mereka MT/MKT LEBIH RELA HILANG MARUAH DIRI DAN KEDAULATAN UMNO DARIPADA KEHILANGAN KEDUDUKAN DAN KUASA. Pada mereka jika mereka hilang kuasa dan kedudukan maka hilanglah kehidupan mewah mereka. Jadi kita abaikan sahaja mereka. UMNO bukan milik mak bapak mereka. UMNO milik kita ahli2 akar umbi dan kerana kitalah mereka dapat kedudukan dan kuasa serta dapat hidup bermewah2. Justeru untuk selamatkan UMNO ianya terletak dibahu kita sendiri di akar umbi. Maka hendak lah kita memberitahu dan berpakat di setiap cawangan dan bahagian dengan satu nada dan satu suara dengan tegas dan yakin MENDESAK ABDULLAH AHMAD MELETAKKAN JAWATANNYA DENGAN SEGERA SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN UMNO. Ingat… hanya kita sahaja…hanya kita sahaja dan hanya kita sahaja yang mampu menggalas tanggungjawab ini. Saya percaya dan yakin Tan Sri, bukan keturunan kita bukan orang pengecut , saya masih ingat lagi di Stadium TPCA - Tan Sri lah orangnya ketika itu meimnta Tuanku Sultan Selangor menarik gelaran Dato’ daripada LEE KIM SAI.diatas kebiadapannya.teruskan perjuangan demi Bangsa dan Negara. Horas..

  28. yusoff Says:

    Y.B Tan Sri,
    Mengenai bayaran elaun yang tertunggak kepada S/U JKKK yang lepas, terutamanya di negeri saya, Pulau Pinang yang sekarang ini diperintah oleh pembangkang, adakah elaun tersebut masih boleh dibuat bayarannya kepada semua S/U JKKK yang terbabit?
    Difahamkan Tan Sri akan ke Pulau Pinang pada 26/04/08 ini bertempat di Dewan Millenium.
    Besar harapannya agar Tan Sri dapat menyentuh mengenai perkara ini.
    Terima Kasih.

  29. teresa Says:

    Y.B Tan Sri…teruskan usaha UMNO

  30. keris tetap keris Says:

    insyaallah kebenaran akan teserlah jua dalam PRU 13 nanti, TSM hanya perlu menjalankan tanggungjawab dan kewajipan secara ‘iklas’ nya pada saya ramai orang telah mula mengangap bahawa harakah itu sentiasa membawa berita nyayuk skrang, dan manifesto konon “pakatan rakyat” di selangor nampaknya telah teserlah, diman guan eng disamakan dengan khalifah umar, subsidi bagi meringankan beban rakyat kononya telah di gantikan dengan ladang babi mega hui memang bestttt lah dan kenyang member kat sebelah “pakatan itu” dan yang terbaru adalah mereka bakal mendapat perdana menteri yang setaraf ngan nostradamus……

    sekarang benda benda begini telah mula menular kembali ke kantin kantin dan kedai kopi dikampung dan jabatan kerajaan, ‘masalah’ yang dulunya di pahak krajaan sekarang telah berpindah tangan malah yang lebih best lagi juara kuara kedai kopi dulunya sekarang teruk kene hentam dan tak brani tunjuk muka lagi…… heheheheh itulah akibatnya asyik mengata orang tanpa memikirkan jasa dan kebaikanya.

  31. Yusri Says:

    Asalamualaikum Tan Sri,
    Tahniah di lantik menjadi menteri PLBW.Mengenai penyerapan semula ketua kampung di negeri PR yang telah meletak jawatan saya berpendapat tidak perlu. Mengapa Tan Sri mahu mengeruhkan keadaan dan suasana kampung?dengan adanya 2 ketua kampung maka berpecah belahlah lagi orang melayu yang sudah berpecah sekarang kerana politik sempit. Saya sungguh risau memikirkannya,pada pendapat saya penyerapan semula ini adalah semata-mata keinginan politik,bukannya mahukan kepada kebajikan rakyat. Saya tidak tahu mengapa ramai orang BN dan juga orang PR terlalu asyik bermain politik.Sekarang adalah masa untuk bekerja,jika mahukan kepada perpaduan Melayu, ini adalah antara step yang perlu di elakkan(penyerapan semula).Bukankah rakyat sudah membuat pilihan?,kenapa tidak hormati pilihan majoriti ini?.Ini masanya BN sebagai sebuah parti yang sudah matang,menunjukkan kematangan mereka,jika tidak rasanya ramai anak-anak muda seperti saya malu untuk memangkah BN,apatah lagi untuk menyertainya,kerana merasakan parti ini tak matured dan kebudak-budakkan(sorry to say). Harap Tan Sri jangan marah dengan pendapat saya ni,saya cuma mahu orang melayu bersatu padu,ada masanya kita boleh berpolitik,tetapi demi kepentingan bangsa ada perkara2 tertentu kita kena berfikir dan bertindak sewajarnya.

  32. Yusri Says:

    Asalamualaikum Tan Sri,
    Tahniah di lantik menjadi menteri PLBW.Mengenai penyerapan semula ketua kampung di negeri PR yang telah meletak jawatan saya berpendapat tidak perlu. Mengapa Tan Sri mahu mengeruhkan keadaan dan suasana kampung?dengan adanya 2 ketua kampung maka berpecah belahlah lagi orang melayu yang sudah berpecah sekarang kerana politik sempit. Saya sungguh risau memikirkannya,pada pendapat saya penyerapan semula ini adalah semata-mata keinginan politik,bukannya mahukan kepada kebajikan rakyat. Saya tidak tahu mengapa ramai orang BN dan juga orang PR terlalu asyik bermain politik.Sekarang adalah masa untuk bekerja,jika mahukan kepada perpaduan Melayu, ini adalah antara step yang perlu di elakkan(penyerapan semula).Bukankah rakyat sudah membuat pilihan?,kenapa tidak hormati pilihan majoriti ini?.Ini masanya BN sebagai sebuah parti yang sudah matang,menunjukkan kematangan mereka,jika tidak rasanya ramai anak-anak muda seperti saya malu untuk memangkah BN,apatah lagi untuk menyertainya,kerana merasakan parti ini tak matured dan kebudak-budakkan(sorry to say). Harap Tan Sri jangan marah dengan pendapat saya ni,saya cuma mahu orang melayu bersatu padu,ada masanya kita boleh berpolitik,tetapi demi kepentingan bangsa ada perkara2 tertentu kita kena berfikir dan bertindak sewajarnya.
    Sekian Tan Sri..

  33. kamikaze Says:

    YB Tan Sri,

    Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas perlantikan Tan Sri sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Sememangnya kami telah lama menunggu saat-saat ini dimana kepimpinan YB Tan Sri, seorang yang berkebolehan, berpengalaman dan berwibawa dapat memimpin dengan lebih baik dari pemimpin sebelumnya dan seterusnya memulihkan keadaan yang boleh dikatakan kecoh ini.

    Saya juga ingin mengucapkan tahniah diatas blog ini dimana rakyat jelata berpeluang memberikan pandangan dan meminta penjelasan daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang dihormati khasnya Tan Sri.

    Saya ingin menarik perhatian YB Tan Sri diatas tajuk forum WHAT IS HAPPENING TO MALAYSIAN POLITICIAN, PDRM & ACA? Forum ini yang dikirim oleh Matspanar pada 18/4/2008 boleh dirujuk atau dilayari di laman web http://www.forum.cari.my di segmen: politic & event - local politics. Jika YB Tan Sri meneliti tajuk forum ini, ada keratan-keratan akhbar yang disertakan.

    Persoalan saya, adakah seseorang yang berlatar belakangkan seperti ahli politik yang disebutkan layak menjadi seorang pemimpin dimana kes-kesnya belum diselesaikan tapi beliau masih aktif dan masih berkempen untuk bertanding?

    Secara peribadi saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku dalam UMNO khas dimasa ini dimana rakyat telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan kepimpinan UMNO.

    Saya amat berharap bahawa YB Tan Sri dapat memberikan penjelasan supaya persoalan ini dapat dileraikan.

    Sekian, terima kasih.

  34. zaid Says:

    Saya ada terbaca kat internet ttg mana kaum yg paling berjaya.Jawabannya ialah kaum yahudi.Jumlahnya kecil je.Kenapa?Kaum ini mulutnya banyak?Mereka tak takut utk bersuara lantang ttg apa2 saja.Sebab tu mereka kontrol apa saje media termasuk hiburan contohnya hollywood, internet, print media,tv dll.Kajian menunjukkan kaum yg berjaya & maju kerana mereka lebih berani bersuara.Berbalik kpd Umno & org2 melayu amnya.Mereka tak dibenarkan bercakap bebas, kena ikut arahan org atas saja,must be politically correct.Makin lama bangsa melayu makin terkonkong dan lemah.Dulu kita lahirkan ramai ahli2 sastera & cendiakawan yg berani, skrg. semuanya dah tua mati satu demi satu.Tiada pengganti.Mana yg. dianggap melanggar arahan, awal2 dah kena cantas.Ada juga terdengar satu dua nama macam Farish Noor, Dina Zaman dan Ruslan something, tapi pandangan & pemikiran mereka lebih cenderong kebaratan.

  35. zaid Says:

    Saya kurang arif ttg rasuah.Dari kacamata media malaysia, kebanyakkan yg di hadapkan ke mahkamah org2 melayu sebab menerima rasuah dan ini termasuklah beberapa bekas pemimpin.Yg. menghairankan, kalau ada yg menerima,pasti ada yg memberi.Siapakah golongan yg memberi ini?Jika pihak ACA/BPR mampu mengenal pasti atau mencari bukti2 yg sahih individu tersebut ada menerima wang atau harta yg haram, kenapa tak dihadapkan sekali mereka yg memberi?Ataupun,bagi BPR, yg memberi tu tak penting, tak termasuk didlm manual mereka.

  36. Bujang Lapok Says:

    Salam Tan Sri.

    Saya nak tanya pada Tan Sri. Apakah tujuan blog ini? Adakah untuk mendapat pujian dan bodekan? Kalau begitu tutup je blog ni. Pandangan yang menjurus kepada parti pembangkang Tan Sri kata emosional, cakap tak beretika dan macam-macam lagi. Open your mind Tan Sri.

  37. sekupangdua Says:

    untuk pengatahuan ANUAR, BLOG 14,NO SPEAKINGENGLAIS DAN BOMOH AJAIB.

    jangan anggap jkkk makan diut rakyat, bior teman cerita sikit sebagai SU jkkk. dalam sebulan su akan berbelanja macam-macam 1. fhotostat sebanyak 485 keping untuk minit yang diperlukan untuk jkkk dan badan-badan lain sepeti DO, Pejabat Penghulu, Dewan Bandaraya IPOH, ketua balai POLIS. dewan ahli majlis, ketua bahagian, jabatan-jabatan lain yang terlibat bila disebutkan dalam minit. 2. semua badan-badan yg ter libat kita kena hantar minit (selalunyer 4-5 mukasurat) kepada semua seprti yang saya katakan tadi 7-8 tempat yang berlainan (mau 30-40 hingggit). surat untuk jabatan secara drastik yang memerlukan bukti kena hantar dengan courier sevice satu sampul rm 8 kaliler dengan 4 atau 5 surat yang dihantar 3. jangan kira dakwat printer, computer, printer dan alatan-alatan yang lain biasaleer sendiri keluaor duit yop. segala progaram sepanjang tahun tak pernah pulak ada dana yang membantu untuk buat aktiviti kampung duit (elaun) jkkk ler yang kami gunakan sendiri untuk kampung. ehhh banyak lagi yop, bukan sekupang dua…. bayangkanler macam-macam pertandingan panjut, korban utk raya haji, bantuan fakir miskin, morea sepanjang raya tahun…. kalau nak cerita tak cukup yop.

    itulah pegorbanan kami sebagai JKKK demi untuk orang kampung. dan untuk itu saya dibayar lebih yop.. nak tau berapa? RM20 yop DUA PULUH RINGGIT JER, idak pernah melalak sampai hari ni bila miker kata teman guna DUIT RAKYAT. itu pun dibayaor selepas 6 bulan. bila teman kestadium perak tempohari tak ada pun yang nak memujuk JKKK tapi lagi dema mengata cepatler berentinyer…adaler… siap mengatakan ketua kampung dan jkkk kampung terlibat masuk share projek babi di selangor…yang sedihnya diikuti dengan TAKBIR … ooo itu cara komer org islam ker? nauzubillah. sekarang yang yang kawan babi jkkk ker atau komer yang meneruskanyer pulak tu semua pakat setuju pulak …

    kalau macam ini punya cakap teman rasa biorler miker kelentong orang bisu tentuler tak boleh nak balas… sebab dia bisu tetapi percayalah jawapan dema lagi telus dari komer…. yang tak menggunakan pemberian allah utk merapatkan umat… amin

    anytime….HIDUP MELAYU..HIDUP UMNO…..WALAU SEKUPANG DUA TETAPI TULUS….INSYALLAH

  38. Chek Malek bin Hussain Says:

    YB Tan Sri,

    Saya En. Chek Malek bin Hussain (HP 016 4041163 )(580729-07-5159) No Rumah,4851,Kampong Ptg Kuang Kecil 13100 Penaga, SPU, DUN Bertam, Parlimen Kepala Batas telah memohon jalan mini tar ke Ptg Tok loba sejauh 1.5 km dan telah menghantar surat ke Pejabat Daerah dan Tanah SPU sejak 2004 sehingga sekarang belum ada jawapan dan berita walaupun Malaysia telah masuk ke RMK 9 dan telah menghadapi Pilihanraya umum ke 12. Adalah diperhatikan ada laluan jalan mini tar ditar sebanyak 2 kali tetapi yang terkilan lagi kenapa permohonan saya En. Chek Malek tiada berita atau adakah saya dan 53 orang yang menandatangani permohonan ini dianaktirikan dalam hal ini oleh pihak berwajib,

    Biro pengaduan awam Pulau Pinang Pn. Faridah bt Ahmad telah turun padang yang diarahkan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Malaysia Yg Bhg Dr. Chua Hong Teck telah hadir di tapak yang dipohon dan terkejut dengan masalah kami ini.
    Rasa terkilan juga kegunaan laluan ini bukan untuk saya seorang tetapi seluruh masyarakat setempat akan melaluinya setiap hari dan masa.

    Tinjauan dibuat disekitar kpg Lahar Kepar dan sekitarnya jalan biasa telah ditarkan oleh kerajaan,tetapi hairan dan mendukacita jalan kearah tempat tersebut tidak diturapkan.

    Adalah diharapakan permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam hal ini demi untuk kepentingan rakyat amnya.
    Sebarang siasatan hubungi saya hp 0164041163(Chek Malik)

    sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Chek malek bin hussain

  39. mohd Hussaini Says:

    JKKK

    Tan Sri (TS), saya tidak bersetuju apabila TS berkata bahawa JKKK sediada akan terus dikekalkan dan dibiyai terus olih kerajaan persekutuan. Olih itu mereka harus terus menyokong kerajaan pusat. Saya difahamkan, bahawa JKKK yang dulunya dibawah BN akan terus dikekalkan tetapi akan berurusan terus dengan kerajaan persekutuan. Tidak perlu kerjasama dengan kerajaan negeri dibawah PR. TS, duit yang TS kata itu, datang dari mana ? Bukahkah ianya wang cukai rakyat yang sekarang ini 48% menyokong PR. Malah di negeri negeri dikuasai PR, penyokong PR sebagai epnyimbang utama cukai.Olih itu adalah sesuatu yang mengaibkan apabila JKKK yang akan dikekalkan tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR. PR dituduh sombong dan bongkak dengan kuasa yang baru, saya rasa tindakan JKKK sediada yang tidak mahu bekerja dibawah PR tindakan yang tidak rasional dan berasas sama sekali. Hinakah bekerja dibawah PR ? Baik sangatkah, jujur sangatkah, berdedikasi sangat kah JKKK yang TS puji puji itu ? Dengan terus melantik JKKK sedia ada, sementara PR pula akan melantik JKKK baru, bukan kah ini akan menyebabkan perpecahan disamping pembaziran wang rakyat ? Yalah, TS apa peduli, yang mustahak agenda politik sempit TS itu diteruskan. TS tahukah JKKK ini, umpama ditempat saya, tidak pernah pun menggunakan wang tabong JKKK untuk kebajikan masyarakt setempat mahupun pembangunan setempat. Malah penyelewengan yang ada ; umpamanya dewan yang berharga tidak sampai RM 30 ribu dibina dengan harga RM 80 ribu, ketua kampung kenakan charge Rm 50 untuk tanda tangan sokongan untuk setiap perhomonan dsbnya. TS, biarlah PR menjalankan urusan pengurusan dan seliaan kampung tanpa campur tangan JKKK yang ridak disukai olih penduduk setempat selama ini, tetapi tidak bolih berbuat apa apa. Tindakan kerajaan persekutuan didalam soal JKKK ini berbau politik yang tidak sihat. TS, kalau mahu MELAYU kembali menyokong UMNO, jangan buat sesuatu yang hanya akan menambah meluat, kebencian masyarakat. Malah perlantikan TS sendiri sebagai menteri tidak disenangi olih ramai kerana latar belakang TS. Olih itu jangan lah buat sesuatu yang hanya akan memburukkan keadaan. Hanya satu JKKK sudah cukup dan memadai untuk kebaikkan semua. Hanya mereka yang benar benar bersih, jujur dan layak harus dilantik, mahupun dari PR.

  40. titahkaca Says:

    Tan Sri yang saya hormati saya nie adalah pemimpin kecil akar umbi (bukan pengerusi JKKKP) tapi telinga saya sekarang tengah panas tolooooooongler Tan Sri. Pasal Bayaran RM50.00 / tan sawit yang kerajaan kenakan pada perkilang-perkilang telah pihak kilang transfer kat petani. Sebagai Ketua Penerangan Cawangan saya kena menyebelahi kerajaan. Tapi untuk kes nie saya pun rasa nak hentam kerajaan. Sebagai Menteri tak kan tak leh kabo kat Pak Lah , kebanyakan pekebun kecil kelapa sawit adalah melayu. Adakah selepas ini Pak Lah nak kurang sokongan orang melayu pula, selepas kurangnya sokongan bukan melayu pada pru lalu. maaf kalau saya melalut dari tajuk di atas tetapi hanya blog tan sri yang saya jumpa. kalau tak nak siar pun tak apa. tapi tolong kabo kat Pak Lah kalau nak ambil sesuatu tindakan tu, kaji dengan sedalam-dalam-dalam dulu. dah ler minyak petrol naik mendadak baru nak bernafas dengan kenaikan harga sawit dah kena RM 50/tan plak. tolong Tan Sri !!!!!!!! lepas nie saya nak cari blog khairi plak

Leave a Reply