Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Ketuanan Melayu bukan Retorik

Salam hormat dan salam sejahtera kepada pembaca sekelian. Harapan saya kita semua berada dalam suasana gembira dan ceria menjalani kehidupan seharian. Iklim politik negara agak ‘panas’ sejak kebelakangan ini. Panas samada musim pemilihan dan pertandingan dalam Umno atau juga panas bilamana ada pemimpin Umno sendiri yang tersasar arah dalam melihat dan menilai perjuangan Umno.

Saya terkilan dengan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim, bekas Senator dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa Ketuanan Melayu merupakan satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.Bagi saya, Zaid mungkin ada ‘masalah’ lain dalam membuat kenyataan tersebut. Tetapi bagi saya, ketuanan melayu yang diperjuangkan oleh Umno selama ini bukan retorik sebaliknya satu konsep yang disusuli dengan program-program yang berjaya memajukan bangsa Melayu selaras dengan fasa 153.

Umno tidak pernah sekadar untuk menjadi juara dengan melaung-laungkan slogan ketuanan melayu bagi mempertahankan kuasa atau untuk meraih sokongan orang melayu terhadap Umno, tetapi rekod perkhidmatan dan sumbangan Umno kepada penerusan ‘survival’ orang melayu sepatutnya menjadi rujukan Zaid.

Apakah selama ini konsep ketuanan melayu telah memingkirkan perkembangan pendidikan dan ekonomi orang melayu atau melalui pendekatan tersebut orang melayu mampu bersaing dan terus berada dalam pasaran keduanya.

Malah, ketuanan melayu tidak pernah menganaktirikan bangsa lain atau menindas peluang dan hak mereka. Jadi perjuangan umno mempertahan dan memperkasakan ketuanan melayu tidak harus dibimbangi oleh pihak lain malah sekiranya semua pihak memahami konsep dan perlaksanaannya, kita mampu melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang harmoni dan bersemangat Malaysia.


12 Responses to “Ketuanan Melayu bukan Retorik”

  1. Pemuda Pelapis Says:

    Salam YB Tan Sri,

    Apa perlu membuang masa tentang Datuk Zaid Ibrahim? Mustahil Tan Sri masih tak tahu yang beliau itu manusia sasau yang tiada berpendirian. Nama sahaja berpendidikan undang-undang tetapi hakikatnya berpemikiran korup pada kategori tahap kelas E. Kalau kelas E bagi lesen memandu memanglah bagus, semua kenderaan kecil dibawahnya pun kita boleh pandu tapi E untuk Zaid ni ialah layak diberikan “Ejekan - Ek Elleee…” macam loghat orang Kelantan. Malas saya nak huraikan panjang-panjang, buang masa melayan orang bodoh seperti Zaid. Usah dilayan, lama-lama kita terikut-ikut jadi bodoh dan bengong macam dia.

  2. Slyderrose Says:

    Tidak ada sesiapa mempersoalkan hak2 melayu seperti termaktub dalam perlembagaan tetapi umno (baru) mempergunakan slogan ini menutup kelemahan dan kesilapan lampau dalam mencari sokongan yg kian pudar. Pada 2004, pernahkan umno bercakap pasal ketuan melayu?. Dan jangan lupa pemimpin tertinggi umno (bukan ahli biasa) banyak kali salah langkah dan bersikap tidak adil pada orang melayu dalam parti lain, contohnya PAS. Selepas kemenangan PAS 1999 di Trengganu kenapa umno menarik royalti minyak dari kerajaan negeri?. Bukankah PAS sebuah parti melayu dan jelas Islamnya?. Ketuan melayu apa yg nak dipertahankan ini kalau orang melayu sendiri menindas orang melayu. Banyak lagi isu-isu yg membabitkan umno, terlalu panjang kalau hendak digariskan di sini. Tan Sri kena fikir sendirilah. Jadilah orang melayu berakhlak islam yg sebenarnya.

  3. amoker Says:

    Malah, ketuanan melayu tidak pernah menganaktirikan bangsa lain atau menindas peluang dan hak mereka.

    YOu got to be kidding!

  4. IRAMAN HJ KARIM Says:

    Betul Datuk,
    FELDA sebagai satu contoh yang sangat jelas. UKM dan UITM pada mula ditubuhkan juga adalah kerana mengenangkan nasib bangsa melayu dan bumiputera yang masih kurang dalam bidang pendidikan tinggi. Kouta kemasukan mereka ke Universiti juga adalah dicadang dan didokong oleh UMNO. PNB ditubuhkan untuk apa? Amanah Saham Bumiputera, MARA, UDA suatu ketika dulu. Apa semuanya ini. Untuk melemahkan bangsakah?
    Datuk Zaib,
    Memanglah ada kekurangan dan kelemahan disana dan disini. Umpamanya sikap bangsa kita yang semakin ‘kurang ajar dan tak tahu berterima kasih’ seperti Zaid ini. Memikirkan tentang kelantangan mengkritik setengah-setengah orang kita ni Datuk, saya teringat dengan kata-kata arwah Pak Cik saya semasa kekalahan USNO 1975 dahulu. Bahawa mereka yang kalah ini seenaknya jangan menggunakan jalan raya yang dibina kerajaan. Iku hutan sahaja jika ingin menuju ke pusat Bandar. Padan muka.

  5. Eagle has landed Says:

    Tan Sri, samada ketuanan melayu itu satu konsep atau pun rhetorik, tetapi yang jelas nya generasi kini meluat dengan pemimpin UMNO yang berselindung di sebalik ketuanan melayu kerana ingin mempertahankan kedudukan mereka.
    Tan Sri mungkin bertanya “Apa khabar orang kampung” tetapi pernah kah mereka berkata khabar tidak baik kepada Tan Sri. Mereka tidak akan berkata benar kecuali berlapik terutama nya apabila berjumpa pemimpin negara. Tan Sri telah menjajah ke merata pelusuk kampung dan apa kah Tan Sri sebenarnya berani berkata setelah 50 tahun keadaan mereka telah maju? Apa “benchmark” yang digunakan? Pemimpin UMNO sudah tidak mahu menyelami hati budi umat melayu tetapi ingin terus mencanangkan ketuanan melayu. Untuk apa dan untuk siapa?
    Sama ada sedar atau tidak semasa Tan Sri memimpin negeri Selangor sebenar nya itu lah konsep ketuanan melayu tetapi apa yang berlaku sekarang ialah konsep ketuanan diri sendiri keluarga dan kroni. Mereka tidak peduli asalkan mereka terus berkuasa dan sekira nya mereka perlu menginaya sesaorang mereka pasti akan lakukan , pada mereka “the end justify the means”
    Kita tidak perlu melompat dengan apa yang di katakan olih Zaid, kenapa tidak kita renung bersama dan cuba memahami apa yang tesurat dan tersirat.
    Semoga berjaya Tan Sri.

  6. chengho Says:

    Zahid adalah contoh orang yg kecewa kerana tidak diterima olih perwakilan UMNO.
    Dia bekas ketua bhg Kota Bharu tetapi untuk mendapatkan pencalunan dari cawangan2 pun tak lepas.
    Jangan lah marahkan nyamuk kelambu di bakar ,nasihatkan dia supaya muasabah diri sendiri dan pikirkan mengapa Kota Bharu menolak dia.

    Mentang2 dia kaya dan UMNO bertanggung jawap membuat dia menjadi orang kaya pada hari ini dia menjadi ego,dia merasakan dia berjaya kerana hanya meritokrasi , lihat lah diKelantan sendiri
    bagaimana ramai lagi orang2 melayu yg daif dan memerlukan bantuan dari orang saperti Zahid .

    Zahid pernah menjadi pemimpin dan pemimpin memerlukan pengikut yg baik ,sudah sampai masa nya Zahid menjadi pengikut yg baik .

    UMNO amat memerlukan pemikiran tajam Zahid untuk menepis tohmahan dari musuh2 UMNO. SEgala nya tidak terlambat lagi.

  7. Mohammad Says:

    Salam TSM,

    Saya menyokong sepenuhnya DEB, semoga matlamat 30% ekuiti bumiputera akan tercapai dalam masa terdekat (dengan izin Allah). Lepas tu jangan hentikan DEB, naikkan matlamat ekuiti ke 70% pula.
    Mereka yang tidak suka DEB adalah orang-orang yang tamak. Mereka mahu kekayaan negara dimiliki oleh mereka sahaja. Persetan dengan Zaid, dia umpama langau, terbang mencari makanan.
    Saya berharap agar TSM teruskan perjuangan DEB. semoga orang Melayu dan Islam semakin berjaya dibumi Malaysia ini. AMIN.

  8. ir musafir Says:

    Salam Hormat Tan Sri,

    Zahid Ibrahim adalah satu contoh orang Melayu yang tidak mengenang budi. Dia belajar dan kaya macam sekarang pun adalah hasil dari dasar DEB dan perjuangan orang Melayu. Kalau ya pun jangan lah hentam teruk-teruk dasar yang telah mengKAYAkannya. Bagilah peluang orang lain. Duduk diam-diam dah lah.

    Saya setuju sangat kalau dia di halau dari berada di bumi Malaysia ini.

    Wassalam. Semoga Tan Sri Lepas pencalunan Timbalan Presieden.

  9. anti corrupt Says:

    hahaha,
    sungguh menggelikan hati membaca komen2 dalam blog ini.
    Agaknya kebanyakan adalah ahli UMNO.

    Saudara Iraman Hj Karim,
    “Bahawa mereka yang kalah ini seenaknya jangan menggunakan jalan raya yang dibina kerajaan. Iku hutan sahaja jika ingin menuju ke pusat Bandar. Padan muka.” demikian komen saudara.
    Tahukah saudara perbezaan antara “NEGARA” and “KERAJAAN” dan “PARTI POLITIK”
    Setiap rakyat malaysia berhak menggunakan jalanraya (atau mana infrastruktur milik NEGARA MALAYSIA). Parti yg menang tidak “MEMILIKI” nya. itu milik RAKYAT MALAYSIA.
    FAHAM?

    Kepada semua yg memberi komen,
    Sejak bila memberi kritikan itu tidak dibenarkan dalam UNDANG2 MALAYSIA?
    Kalau UMNO kritik pembangkang itu semaunya OK, semuanya benar?
    Bila UMNO dikritik, itu pengkhianat?
    Logiknya apa? tolong jelaskan.

    Selama 50 tahun UMNO berkuasa, rakyat yg miskin tetap miskin.
    sedangkan menteri2 UMNO semuanya kaya-raya.
    Saya akan carikan unicorn yg hidup, kalau saudara2 dapat carikan seorang mentari UMNO yg bukan jutawan?

    salam sejahtera semua

  10. S@penyokong setia klang Says:

    salam

    Salam
    Mr Corrupt
    sebenarnya awak tak buka mata bukan orang UMNO je yang kaya ,awak nampak ke orang kuat parti pembakang yang naik proton Tiara awak dengar cerita je tapi tak buka lagi statement akaun mereka ,ada ke yang akaunnya baki tertinggal RM 500 mcm yang tertinggal dalam akaun awak dan kita-kita ,alah saudara ,apa yang kita dapat bertekak merenggangkan ikatan bangsa tercinta kalau tak suka butakan mata pekakkan je telinga yang nyata semua pemimpin tak de beza semua nya kaya tapi yang lainnya ada yang tak nak tunjuk sebab …belum dapat apa yang dicita dan saje buat-buat pape tak de apa2 sorylah ye saudara …saya tak dipihak mana hanya bercakap apa yang memang nya nyata.

  11. jawa_sabak_bernam Says:

    kepada anti-corupt
    sebagai orang melayu (jawa)
    teguran dan kritikan itu tak penah dihalang
    cuma perlu berkhemah dan penuh kesantunan
    yg perlu dimulai dengan niat untuk memperbetulkan
    kesilapan dan kekurangan bukan untuk menghancurkan
    atau menghentam
    kalau setakat nak cari salah
    semua orang boleh buat

  12. wisnani Says:

    tak ada masalah dgn term ‘ketuanan melayu’ ini. kita tak pernah menindas sesiapa. cume saya mmg sgt terkilan andai term ini digunapakai dan raja2 dijadikan boneka utk kepentingan individu2 tertentu. saya sedih andai melayu berpecah belah dan masih belum mahu majukan diri.

    @anticorrupt,
    saya tak sebelahkan sesiapa. tapi kalau awk kata masyarakat kita masih miskin, jgn asyik salahkan pemimpin dahulu. melayu dah terlalu byk diberi muka maka kalau mereka masih miskin jgn lagi slahkan sistem yg kita ada. negara kita maju di mata dunia krn kerja keras pemimpin juga. jgn asyik nak mengutuk sahaja. maka pertimbangan anda nyata silap. tak semuanya buruk.

    @kepada sesiapa yang nak mansuhkan DEB, anda adaklah melayu yang tak sedar diuntung. termasuklah zaid ibrahim yang berlagak macam bagus setelah sistem itu secara tak langsung diguna pakai hingga mengakayakan beliau.

    @para pemimpin umno hari ini.
    yang bergama islam, yang kata berjuang utk bangsa, saya tak kisah jika anda kaya, tapi biarlah dlm cara yang betul. hanya Allah tahu apa yang anda lakukan. kalau mmg ikhlas dan harta yg dikumpul tidak ambik hak rakyat, semuga Allah berkatinya. tapi, kalau sebaliknya, wallahualam. harta bertimbun2 tapi tak bawa ke mati.

    @pengkritik
    anda mmg prihatin. tapi jgn salah dlm menimbang sesuatu isu. lihatlah dari sudut pro dan kons. jgn takut luahkan pendapat. jgn sbb nak dptkan faedah, yang betulk jadi salah.

Leave a Reply