Kerajaan bersungguh basmi kemiskinan luar bandar
Salam untuk semua pembaca. Terima kasih atas kunjungan serta meninggalkan pandangan dan cadangan di laman web saya. Siapapun anda di luar sana, saya tetap menghargai segala teguran dan pandangan. Agak mustahil untuk saya membalas semua pandangan dan komen, tetapi percayalah saya membaca setiap satu dari pandangan anda.
Suka saya memaklumkan bahawa kementerian yang saya terajui, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang berusaha memperkenalkan beberapa strategi baru khusus untuk membasmi kemiskinan dan memajukan kawasan luar Bandar.Kita memohon peruntukan tambahan sebanyak RM3.86 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi melaksanakan strategi, yang bertujuan menaikkan taraf hidup penduduk luar bandar serta mengurangkan beban akibat kenaikan harga barang.
Antaranya, kita akan menubuhkan Asrama Sejahtera bagi menangani masalah pembelajaran anak-anak kumpulan miskin tegar dan mewujudkan pejabat cawangan kementerian di setiap negeri.
Kerajaan juga akan membuka Pusat Usahawan Luar Bandar (REC) di bawah Pelan Induk Pembangunan Usahawan Luar Bandar yang berperanan sebagai pusat sehenti dalam membantu usahawan luar Bandar.
Kementerian juga akan melaksanakan pemetaan projek-projek infrastruktur dan prasarana dalam lingkungan 30 kilometer dari bandar utama.
Kita juga akan memperhebatkan projek agropolitan sebagai lonjakan mega mengeluarkan lebih ramai masyarakat daripada kelompok miskin tegar selain menyelaraskan senarai miskin tegar dengan Daftar Miskin Tegar Nasional di bawah sistem e-Kasih dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
Melalui kaedah ini semua projek agropolitan di seluruh negara akan diletakkan dalam kawal seliaan kementerian itu kerana kepakaran sedia ada dalam kementerian ini serta agensi di bawahnya bagi memastikan matlamat pembasmian kemiskinan secara bersepadu dapat dicapai.
Kalau diteliti daripada RM11.03 bilion yang diterima dalam RMK-9, sejumlah 53 peratus peruntukan RMK-9 ditumpukan kepada penyediaan prasarana asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.
Mengikut catitan sehingga 2007, sejumlah RM3.867 bilion dibelanjakan manakala sebanyak RM2.41 bilion akan dibelanjakan pada tahun ini.
Antara perbelanjaan pada tahun ini, adalah untuk meningkatkan penyediaan infrastruktur asas untuk rakyat luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak di samping memberi tumpuan kepada projek yang memberi impak kepada masyarakat seperti program mesra rakyat dan bukan berbentuk fizikal.














July 3rd, 2008 at 11:47 am
Kadang-kadang saya rasa sedih melihat paparan yang dibuat olih pihak TV3 mengenai kesusahan pelajar di-perdalaman Sabah/Sarawak untuk pergi kesekolah.Kita dah merdeka selama 50 tahun masih lagi ujud keadaan sedemikian.Pengalaman saya pergi ke perdalaman Sabah juga bermain difikiran saya dimana saya dapati terdapat kampong-kampong ditempat tertentu tidak ada kemudahan telefon.Saya berterima kasih pada MCMC kerana memberi peruntukan pada OLNOs Telekomunikasi untuk projek USP.Berbalik pada kesusahan pelajar sekolah tersebut apa yang perlu ialah kemudahan infrastruktur yang mesti diambil perhatian iaitu jalanraya dimana jalanraya merupakan satu kemestian kerana ianya adalah satu keperluan asas.Saya berharap KKLB&W mempunyai peruntukan tersebut supaya rakyat mendapat kemudahan asas tersebut.Pembangunan dan kemajuan luarbandar hendaklah dilakukan secara setempat supaya ianyua dapat diselaraskan dengan senang.Kita tak mahu ada satu rumah disatu tempat dan 1KM ada satu rumah lagi, ini akan menyebabkan kesukaran.
July 3rd, 2008 at 12:08 pm
Assalamualaikum TS,
Terimakasih dan tahniah atas keperihatian TS untuk menbantu masyarakat miskin di luar bandar,hanya Allah dapat menbalasnya,ingin mengongsi sedikit pengalaman saya bersama
Adun/JKKK/Ketua bahagian yang bertanggujawab menjaga kawasan saya,keperihatinan mereka tidak dipertikaikan tetapi dari pengawasan saya mereka tidak menyeluruh dalam memberi bantuan,komen saya mengapa bantuan hanya diberi kepada kawasan yang dimenangi BN atau menpunyai penyokong BN yg ramai,ini akan menberi pesepsi yg kita tidak adil and menberi ruang kepada pihak lain menpertikaikan cara pentadbiran kita,salah satu contoh geran untuk mendapat bantuan dari FELCRA hanya dikongsi dikalangan pemimpin cawangan dan orang yg rapat dengan beliau sehingga satu keluarga 2~3 orang mendapat geran sedangkan orang tua/lama dari kampung tersebut diabaikan salam
July 3rd, 2008 at 1:52 pm
YB Tan Sri,
Langkah bagi mewujudkan Cawangan KKLW di setiap negeri akan memudahkan lagi pemantauan terhadap pelaksanaan projek-projek di samping mewujudkan Pusat Usahawan Luar Bandar (REC) sebagai hab usahawan kecil luar bandar. Supaya ianya tidak bertindan dengan agensi lain, adalah disarankan supaya peranan REC dapat diasingkan daripada aspek-aspek yang sememangnya telah sedia wujud dalam agensi seperti MARA dan sebagainya.
July 4th, 2008 at 12:01 am
Assalamualikum Tan Sri, Terima Kasih kerana sudi hadir pada majlis Kolej Kediaman Ke 12 tempohari. Warga Univeriti Malaya am nya dan Warga KK 12 khasnya sangat berterima kasih dan bersyukur diatas kehadiran Tan Sri ke Majlis Makan malam dan penyampaian anugerah KK 12. Tan Sri, kalau tidak keberatan, pihak Jawatankuasa pelajar KK 12 ingin membuat berjumpaan dengan tan Sri untuk membincangkan dan seterusnya membantu pihak kerajaan dalam pendidikan anak-anak orang asli khususnya di kawasan selangor. Saya percaya kerajaan pakatan rakyat oleh PKR di Selangor pun langsung tidak pedulikan masyarakat orang asli di selangor. mereka lebih berminat kepada membina kandang babi yang bernilai 100 juta daripada melabur kepada pembinaan modal insan di kalangan orang asli di seluruh selangor. Mohon untuk membuat appointment dengan tan sri daripada mahasiswa KK 12 dan Majlis Perwakilan Mahaiswa UM berkenaan perkara ini. Sebelum saya terlupa tahniah juga kepada Tan Sri kerana anak Tan Sri juga belajar di Pusat ASASI Sains UM untuk semester ini. Semoga beliau akan mengikut jejak langkah Tan Sri menjadi orang yang berjaya demi membela nasib agama, bangsa dan negara. Amin
July 4th, 2008 at 1:09 pm
Salam YB Dato Seri,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB kerana telah meluangkan masa untuk mengunjungi Sabah bagi melihat sendiri kemiskinan penduduk Sabah yang tertinggal dalam arus pembangunan negara.
Mudah-mudahan apa yang disuarakan oleh Pemimpin dan Rakyat Sabah diberikan perhatian yang serius demi mencapai Wawasan 2020.
Dan untuk makluman YB Dato Seri, pengorbanan Datuk Yong Teck Lee dalam memperjuangkan Sabah memang amat kami sanjungi dan lawatan YB Dato Seri telah melihat sendiri bukti-bukti yang hanya merupakan sebahagian kecil daripada kemunduran negeri Sabah.
Semoga tuhan memanjangkan umur YB Dato Seri agar dapat terus melawat Sabah bagi memastikan segala projek yang bakal dilaksanakan oleh kementerian YB Dato Seri betul-betul mencapai sasaran.
Sekian.
July 4th, 2008 at 2:45 pm
YB Tan Sri,
1) YB Tan sri kata sungguh akan basmi kemiskinan luar bandar bila? lihat hassan bin darus(bekalan api ada air tiada, Perda main-main),Azmi bin Hassan dan Ahmad bin Arshad terkilan juga tempat PM tiada bekalan air bersih)mohon tunaikan-kes ini diptg kuang besar DUN Bertam,Parlimen Kepala Batas.
2)Jalan diturap dari Ptg Kuang kecil ke ptg Tok Loba dimohon oleh Chek Malek bin Hussain melalui penanda tangan seramai 53 orang dan 18 buah rumah kecewa mereka dipinggirkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah SPU ulasan jalan tak utama,persoalan sekarang
7 buah rumah kampong sobri zakaria(kg setumpok) diturap tar,sebuah rumah kerumah Cikgu NOrdin Ahmad diturap,2 buah rumah ke pasar Awam kepala Batas diturap,kenapa jadi begini adakah pegawai PTD turun padang,atau ambil laporan atas angin,saya Chek Malek(hp 016 4041163) sanggup bersama Tan Sri membawa rombongan tutun meninjau masalah ini,bukan kata tapi tak dikota,beri kepada kepada orang yang berpengaruh seperti kampung Lahar kepar kampung PA Pak Lah(Datuk Abu Bakar Yahaya diturap tar dan mendapat padang bola,jalan diturap tar,sign board tulis ke LAHAR KEPAR,KAMI PENDUDUK PTG KUANG TENGGELAM DALAM PETA KEPALA BATAS DAN PULAU PINANG.
MOHON TAN SRI BUKTIKAN.SEKIAN,TERIMA KASIH.
July 4th, 2008 at 5:37 pm
Tan Sri,
Saya cadangkan Tan Sri tetapkan KPI untuk Kementerian Tan Sri dalam melaksanakan program-program yang disebutkan di atas..
Contoh: Pusat Usahawan Luar Bandar —KPI 50 Pusat telah ditubuhkan pada 31 Disember 2008…
Saya kerja di sebuah GLC dan selalu dapat KPI yang diset target terlalu tinggi oleh top management… Bak kata orang kalau kita set KPI tinggi kita akan bekerja ke arah sasaran tersebut…Alhamdulillah kami berjaya capai KPI tu..
Dan kalau boleh, setiap perkembangan projek2 yang dijalankan akan dipaparkan di blog ini.
Saya percaya ramai anak-anak desa yang bekerja di KL dan bandar besar lain ingin membantu Tan Sri dalam menjayakan projek2 yang dirancangkan..
Terima kasih.
July 4th, 2008 at 5:59 pm
ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH
PTG BERTAM,DUN BERTAM,PARLIMEN KEPALA BATAS.
HP:019-4058521@ 0125975286(AZMI BIN HASSAN)
YB TAN SRI,
SENARAI NAMA-NAMA MISKIN TEGAR KAWASAN PTG BERTAM,KEPALA BATAS,PARLIMEN KEPALA BATAS
BIL
NAMA
NO K/P
ALAMAT
1
CHE MAH BT HJ IBRAHIM
451024-02-5214
1480,PTG BERTAM,13200 KEPALA BATAS.
2
PARIDAH BT KAMIS
630321-02-5850
1479,PTG BERTAM
3
NORMAH BT JAAFAR
590827-07-5522
4510,PTG BERTAM
4
ROKIAH BT BAB
520327-02-5496
2151,PTG BERTAM
5
SAARAH BT MAMAT
351024-07-5184
2151,PTG BERTAM
6
MON BT YUSOF
360902-02-5020
4511,PTG BERTAM
7
MOHAMAD SUBRI BIN ISHAK
72111-02-5615
1278,PTG BERTAM
8
SALMA BT CHIK
3896798
1105,PTG BERTAM
9
NORIJAN BT PUTIH
5643364
192,PTG BERTAM
10
HASMAH BT HAMID
600707-02-5658
207,PTG BERTAM
11
RAMLAH BT HAMID
591007-07-6030
2151,PTG BERTAM
12
RAMLI BIN SAID
431202-02-5367
6007,PTG BERTAM
13
CHAH BT HJ SAAD
221024-07-5066
7510,PTG BERTAM
14
MINAH BT HARON
7509,PTG BERTAM
15
SAADIAH BT HARON
3475840
7510,PTG BERTAM
16
SALMAH BT IBRAHIM
371024-07-5085
1164,PTG BERTAM
17
AHMAD BIN OTHMAN
520921-07-5381
351,PTG BERTAM
18
ZAINUN BIN DAUD
620915-07-6079
3904,PTG BERTAM
19
SITI MAIMUNAT BT HAMAT
530202-07-5456
1015,PTG BERTAM
20
DAHARAH BT MD ESA
480420-07-5224
9495,PTG BERTAM
21
CHE TOM BT AHMAD
800726-02-5684
4923,PTG BERTAM
22
ZARIAH BT CHE MAN
270227-07-5040
1274,PTG BERTAM
23
DARUS BIN AWANG
231024-07-5073
1159,PTG BERTAM
24
MAT BIN SULAIMAN
351024-07-5109
1198,PTG BERTAM
25
NORMADIAH BT SAID
651105-07-5252
2302,PTG BERTAM
26
KAMARIAH BT CHE MAN
440908-02-5224
362,PTG BERTAM
27
NORZALIWATI BT ABD RAHMAN
660217-06-5046
362,PTG BERTAM
28
NORLIDA BT ABD RAHMAN
680422-02-318
362,PTG BERTAM
29
BUKHARI BIN OTHAMN
690906-02-5329
6621,PTG BERTAM
30
CHE TOM BT MAN
460524-07-5132
1487,PTG BERTAM
31
HALIMAH BT ABDULLAH
461005-0-5362
2699,PTG BERTAM
32
SOPIAH BT OTHAMAN
440617-07-5168
193,PTG BERTAM
BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN NAMA-NAMA MISKIN PTG BERTAM UNTUK SIASATAN DAN TINDAKAN SELANJUTNYA.
SEKIAN,TERIMA KASIH.
YANG BENAR,
(ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH)
July 4th, 2008 at 9:45 pm
TS
Satu usaha yang baik
July 6th, 2008 at 11:20 am
assalamualaikum tan sri. tahniah tan sri nampak amat bersungguh-sungguh ingin merealisasikan hasrat menghapuskan miskin di negara ini khasnya di luar bandar. moga tuhan perkenankan niat murni tan sri. didoakan juga tan sri tetap sihat gagah dan bersemangat sepanjang menjadi menteri luar bandar.
tan sri mengenai usaha “turun padang” yang tan sri buat beberapa kali sejak dilantik menjadi menteri kklw, saya amat tabiklah. namun ada juga tempat yang tan sri lawat itu bukanlah tempat “orang susah” seperti yang sepatutnya yang disebut oleh tan sri sebelum itu. saya tak pasti sama ada tan sri sendiri yang memilih tempat itu atau pegawai tan sri/kklw yang menentukan tempat yang akan dilawati itu.
dalam hal ini saya suka mengingatkan tan sri bahawa terdapat pegawai yang suka melaporkan perkara-perkara yang baik-baik, manis-manis dan semuanya baik, ok, takda masalah…tapi harus diingat mereka itu cuba membuat kerja mudah atau cuba menyembunyikan masalah sebenar yang berlaku di bawah. sebab selama ini permasalahan itu sepatutnya telah diselesaikan. tengoklah berapa banyak lagi orang miskin yang ada di kampung? bila ditanya, ooo..tak banyak cuma ada 5% lagi sedang hakikatnya ramai lagi hingga bila tv atau akhbar dedahkan baru semua orang melompat! menyalahkan tv3lah, harian metrolah dll sebagai sengaja mendedahkan kedaifan rakyat.
tan sri, dalam hal ini tan sri patut ada “say” untuk memilih tempat yang tan sri ingin turun padang, jangan “terlalu percaya” walaupun pegawai itu berpangkat tksu atau ksu sekalipun.
tan sri, saya pernah berurusan dengan kklw dalam mengadu hal-hal bagaimana ingin membantu menghapuskan miskin tegar di kampung-kampung. apa yang mengecewakan, si miskin tegar hanya akan dibantu sekiranya berdaftar dalam sistem “spkr”? ke apa bendanya tu? sedang hakikatnya mata pegawai itu sendiri membenarkan bahawa si miskin tegar itu WAJIB SEGERA dibantu. tapi banyak pula karenah yang saja dibuat-buat dengan mengaitkan pejabat daerahlah, penghululah, jkkklah punya kerja….aaarrrrgggghhhhh!!!! SAMPAI BILA USAHA HAPUS MISKIN TEGAR MENJELANG 2010 AKAN TERCAPAI??? MUSTAHIL TERCAPAI JIKA SIKAP PEGAWAI YANG ADA DI KEMENTERIAN TAN SRI TIDAK BERUBAH SEJAK 50 TAHUN KKLW WUJUD!!!
Maaflah tan sri. saya dan orang kampung sebenarnya kecewa dengan sikap kebanyakan dan rata-rata pegawai kerajaan di malaysia ni. gaji besar pangkat cepat naik. dan sekarang ni pula, baru 3 tahun kerja dah naik pangkat M41 ke M44, setahunkemudian naik M48 dah jadi pegawai besar yang boleh menentukan sesuatu projek, jaga projek seluruh negara! dulu kami 15 tahun kerja belum tahu dapat naik pangkat, tercongkol di takuk gred A-22 hingga sampai sikit lagi nak pencen.
inilah hakikatnya tan sri. tan sri kena pusing kementerian tan sri 360 darjah jika tan sri ingin pastikan hasrat murni kerajaan menghapuskan kemiskinan luar bandar di capai menjelang 2010 atau 2020 nanti. wallahua’lam.
terima kasih atas perhatian tan sri.
July 8th, 2008 at 6:32 pm
A’skum Tan Sri.
Memang satu niat yang murni untuk Tan Sri membasmi kemiskinan di luar bandar terutamanya di kampung-kampung. Tetapi saya seorang penduduk kampung dalam bandar. Saya tinggal di Kampung Melayu Batu 16, Rawang (BAHAGIAN SELAYANG), Selangor.
Rata-rata di sini hampir kesemua penduduk di luar paras kemiskinan. Dengan perancangan di bawah kementerian di bawah seliaan Tan Sri yang ingin membantu penduduk kampung dengan mengwujudkan satu badan yang dinamakan JKKP adalah satu peranncangan yang tepat untuk membantu penduduk mendapat bantuan serta peruntukan secara terus dari kerajaan pusat memandangkan negeri Selangor telah berjaya ditwan oleh pembangkang. Saya adalah segelintir anak muda yang masih tinggal untuk menyokong perjuangan UMNO di mata masyarakat kampung agar UMNO tidak berkubur dalam pilihanraya ke 13.
Akan tetapi sesuatu tindakan dari ketua bahagian Selayang (Dato Ahmad Bahri) yang mencalonkan seseorang untuk kepentingan politik beliau telah menimbulkan beribu-ribu persoalan di kalangan penduduk kampung. Memandangkan Tan Sri telah memberi mandat kepada ketua bahagian untuk menamakan calon pengerusi JKKP maka dengan ini kesempatan telah diambil untuk mempertahankan jawatan ketua bahagian yang disandang dan kelihatan goyah.
Berbalik kepada penamaan calon pengerusi JKKP yang langsung membelakangkan peranan UMNO cawangan, maka dengan ini ramai ahli-ahli UMNO di sini kecewa dengan sikap Dato’ Ahmad Bahari. Kami dengan berani mengatakan bahawa pada PRU 12 lepas kemenangan calon BN adalah kerana beliau menang dengan cemerlang di pusat daerah mengundi yang diseliakan oleh UMNO cawangan kami. Tetapi atas dasar langkah terdesak Dato’ Ahmad Bahari yang masih gilakan jawatan ketua bahagian yang disandang oleh beliau selama 4 penggal, maka penduduk kampung di sini telah dijadikan korban dengan menamakan penyokong kuat beliau yang langsung tidak dapat diterima oleh majoriti masyarakat termasuklah ahli-alhi cawangan UMNO di sini.
Maka dengan ini saya melihat senario ini akan menjadikan UMNO cawangan kami sebagai satu bahan lawak jenaka kerana kami akan bekerjasama dengan pengerusi JKKP yang berintegriti rendah, tidak berkepimpinan dan tidak langsung akan mendapat penghormatan dari penduduk.
Terpulanglah kepada Tan Sri ntuk memberi komen atau tidak, kerana saya dan ahli-ahli lain yang berperanan sebagai askar UMNO sudah semakin lemah moralnya dan semakin tidak semangat apabila mengetahui kami akan dibebankan dengan cemuhan masyarakat tidak kira ahli UMNO atau penyokong pembangkang. Terima kasih kerana sudi membaca Tan Sri…
July 21st, 2008 at 2:32 am
Saya berharap di bawah teraju Tan Sri hasrat kerajaan kali ini akan tercapai dan peruntukan yg diwar-warkan betul-betul dibelanjakan secara telus tidak seperti sebelumnya. Saya bagi contoh Kg. saya dahulu diletakan di bawah PPRT. Tapi banyak projek yg dilaksanakan hanya sekadar untuk mendapatkan keuntungan, contoh mereka buat projek ternakan itik dengan kos ratusan ribu ringgit tapi hanya sekali pusingan sahaja selepas itu ditutup, kdua dibuat gerai / tempat penduduk kg menjual ikan tapi hanya bertahan setahun lepas tu dirobohkan (RM 40 ribu), ketiga dibuat bengkel perahu dan dibekalkan peralatan membuat perahu tapi tak sampai setahun tiada hasil ditutup / dihentikan, keempat dibagi peruntukan rumah PPRT untuk yang layak tapi pekakas (zink,bruti dan papan) hanya separuh yang sampai yg lain entah kemana akhirnya mereka yg layak dan sepatutnya mampu membina rumah baru (pprt) terpaksa membaiki mana yg patut saja. Selepas itu tiada program susulan / atau pemantauan dari pihak berkenaan walaupun kerajaan telah belanjakan ratusan / mungkin jutaan (jika dikira kos membina jalan, letrik dan air). Akhirnya penduduk kg kami masih lagi ramai yang miskin sedangkan ada 4 cawangan UMNO yang bertapak dengan 2 org wakil rakyat (ADUN dan Parlimen) dari UMNO dan hanya 30 minit perjalanan kereta dari bandaraya kota kinabalu. Harap Tan Sri pantau dari masa ke semasa mana-mana projek jangan terlalu percaya dengan orang bawahan yang kadangnya tidak ada semangat patriotik untuk menolong orang miskin menikmati kemudahan yang lebih selesa khasnya golngan ibu tunggal yang cukup ramai di kg. saya.
August 2nd, 2008 at 8:44 pm
A’kum Tan Sri,
Saya terpanggil untuk mengikuti blog Tan Sri ini memandangkan kepentingan peranan Kementerian (KKLW) dibawah pentadbiran Tan Sri. Saya tertarik sekali dengan usaha Tan Sri mendapatkan peruntukan tambahan untuk KKLW bagi mengurangkan masalah kemiskinan tegar. Harapan saya peruntukan ini akan diluluskan oleh Kerajaan.
Bagi tujuan pelaksanaan, saya suka mengulas pengalaman “Mangku Bumi” berkenaan KKLW yang bertanggungjawab mengurus sumber pada peringkat bawahan. Rasanya pengalaman “Mangku Bumi” tidak banyak perbezaan dengan pengalaman saya berurusan dengan Kementerian yang lain. Masalahnya ialah kerenah birokrasi yang ditimbulkan oleh pegawai yang mempunyai agenda tersendiri. Saranan saya ialah supaya Tan Sri lebih kerap turun padang tanpa memaklumkan kepada pegawai yang akan dilawati terlebih dahulu. Ini ialah kerana budya bodek yang telah menjadi penyakit yang semakin sukar diubati sekarang.
Mengikut penelitian saya, banyak ruang yang boleh dimanafaatkan oleh KKLW bagi membantu masyarakat yang kurang kemampuannya di Malaysia ini dan hampir kesemuanya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Contohnya, bagi penduduk yang menjalankan aktiviti pertanian, KKLW boleh bekerjasama dengan Kementerian Pertanian bagi menjalankan projek pertanian skala kecil menggunakan kaedah-kaedah yang lebih maju. Umpamanya dalam soal penanaman padi, kaedah “System of Rice Intenfication” (SRI) yang tidak memerlukan air, benih dan baja yang banyak masih belum dicuba dinegara kita. Untuk makluman, kaedah ini dimulakan di Madagaskar seawal tahun 80′an dan menunjukkan hasil yang sangat memberansangkan. Tidak ada ruginya sedikit kawasan yang diusahakan oleh FELCRA dijadikan kawasan ujian kerana jika berjaya menambah keluaran sekitar 50%, kita bukan sahaja tidak perlu lagi mengimport beras dari negara luar, tetapi juga boleh menambah pendapatan golongan pesawah miskin di seluruh negara.
KKLW juga boleh memulakan kajian untuk memanfaatkan beberapa spesies tumbuhan liar yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai makanan haiwan ataupun manusia sendiri. Contohnya pokok paku pakis yang selama ini terbiar, merupakan tumbuhan yang sangat cepat membiak dan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Jika dibiarkan mereput, saya yakin tumbuhan ini juga boleh dijadikan baja organik yang amat bermutu tinggi. Dengan kadar pertumbuhan yang sangat pantas, paku pakis atau kumpulan Algae ini boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan yang lumayan untuk golongan petani kita.
Saya berharap langkah-langkah segera dapat diambil oleh KKLW bagi membangunkan industri yang saya sebutkan tadi untuk faedah negara. Saya yakin jika kita memulakan langkah sebegini, kita juga akan menjadi tarikan pelancung dan pelawat dari luar negara.
Wassalam
August 5th, 2008 at 8:10 am
Assalamualaikum Tan Sri.
Tidak di nafikan kerajaan telah memperuntukan begitu banyak sumber kewangan untuk pembangunan kawasan luar bandar khususnya untuk gulungan miskin.
Walaubagaimana pun kita terpaksa akur menerima komentar dari rakyat bahawa kebanyakan peruntukan tersebut tidak sampai sepenuhnya kepeda kumpulan sasarnya.Ini menyebabkan kita gagal untuk mengatasi masaalah sebenar terutamanya masalah kemiskinan penduduk kawasan luar bandar.
Kerbanyakkan peruntukan kewangan tersebut banyak di habiskan untuk pengurusan projek dan projek2 yang di laksanakan adalah yang sama dan telah berulang-ulang kali di laksanakan dan telah berkali-kali gagal.Dan akhirnya kumpulan sasar yang di persalahkan dengan pelbagai alasan seperti kurang minat.kurang komitmen,tak berdisiplin dan sebagainya.
Sepatutnya pehak kerajaan atau agensi pelaksana harus di persalahkan atas kegagalan ini kerana telah gagal menguruskannya sebagaimana kertas cadangan asal yang dibuat mereka.
Kebanyakan projek2 kerajaan untuk membantu gulungan miskin dibuat tidak mengikut kehendak sebenar kumpulan sasar.Mereka sebenarnya tidak memerlukan pendapatang bulanan yang mencecah hinga 4 angka.mereka2 ini hanya perlu sedikit bantuan seperti:
perumahan,
bantuan pelajaran untuk anak-anak,
bantuan rawatan perubatan percuma dan
peluang pekerjaan untuk anak-anak mereka yang kebanyakannya tidak memiliki kelulusan yang tinggi.
Dan yang tidak berupaya untuk bekerja iaitu gulungan tua dan uzur pula mereka hanya memerlukan sedikit bantua sara hidup bulanan.
Sebagai pesara kerajaan yang kembali hidup bersama masyarakat luar bandar,ini yang dapat saya simpulkan dan itulah hasrat yang selalu mereka laung-laungkan setiap kali pilihanraya di adakan.Saya sangat yakin dan percaya dengan pengalaman dan rekod perjuagan TS selama ini, perkara ini akan dapat di ushakan.Insyaalah kalau kerajaaan dapat buat sebegini rupa,tak mustahil pilihanraya akan datang BN akan kembali dipuja dan disanjungi sebagai Pembela Rakyat Sebenar.
Orang Pencen