Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Karpal Singh dan janji Pakatan Rakyat di Selangor

Salam untuk semua. Sepanjang minggu ini saya melihat ada beberapa  isu yang harus diberi perhatian oleh setiap rakyat Malaysia.

Kelantangan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus-terusan mempersoalkan hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dianggap ‘keterlaluan’ dan boleh mengundang rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di negara ini.

Karpal sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak ‘celupar’ dalam memberi pandangan terhadap isu bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Bagi saya tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu boleh dianggap tidak menghormati institusi raja berpelembagaan dan menafikan bahawa Raja-Raja Melayu adalah lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada negeri-negeri Melayu yang lain.

Begitu juga keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di Selangor yang tidak menurunkan cukai pintu di Selangor sebagaimana janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

Bagi saya ianya satu pembohongan dan penipuan terhadap rakyat Selangor. Mungkin sebahagian daripada pengundi di Selangor dalam pilihan raya umum lalu memberi undi kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana terpengaroh dengan janji manifesto tersebut.

Ini dianggap satu tindakan tidak bertanggungjawab kepada rakyat Selangor.

Sebab itu Barisan Nasional bila berjanji kita pastikan janji tersebut logik dan boleh ditunaikan. Kita bukan berjanji semata-mata untuk menjadi popular dan mengula-gulakan rakyat tetapi hakikatnya tidak mampu dilaksanakan.

Apa alasan sekalipun yang diberi oleh Pakatan Rakyat, seharusnya mereka terlebih dahulu mengkaji dan meneliti factor kemungkinan setiap janji tersebut boleh dilaksanakan atau tidak dan bukannya hanya pandai berjanji dan rakyat yang mengharap akan merasa tertipu.

Kepada Pakatan Rakyat di Selangor saya mengucapkan ‘tahniah’ kerana baru tidak sampai dua bulan memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor, mereka sudah secara terang-terangan menipu rakyat Selangor.


71 Responses to “Karpal Singh dan janji Pakatan Rakyat di Selangor”

  1. sayang_selasih Says:

    Askum w.b. Tan Sri,

    Pertama sekali saya mengucapkan tahniah di atas langkah-langkah positif dan boleh dikatakan “menyentuh hati” dalam pendekatan Tan Sri untuk lebih memahami kehendak dan kemahuan rakyat. Saya merujuk kepada inisiatif Tan Sri bersama isteri untuk turun padang melihat sendiri keadaan rakyat semasa berkunjung ke utara tanahair. Keep up the good work…Harap Tan Sri meneruskan langkah-langkah yang baik ini untuk kebaikan bersama.

    Berkenaan dengan karenah Karpal Singh, sememangnya ianya adalah satu “attitude” yang begitu “arrogant”.. I should address him like that”. Sorry Tan Sri, kita berbahasa omputih skit…Rasanya En.karpal lupa dia berpijak di bumi mana..

    Rasanya tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa kita akan dikejutkan lagi dengan beberapa pembohongan-pembohongan oleh Pakatan. Janji-janji yang ditaburkan dahulu kemungkinan 10% je akan ditunaikan, yang lainnya tu..”we just wait and see lah”…

    Kepada rakyat Selangor, jgn mengharap sangat pada janji-janji Pakatan. Nampaknya sekarang Pakatan lagi bernafsu untuk mengorek kesalahan-kesalahan orang lain daripada mahu menjadikan janji-janji mereka dulu sebagai realiti. Saya pun secara jujurnya ingin melihat bagaimana Dr Lolo dapat menghapuskan bayaran tol seperti dalam manisfestonya dahulu. Indah didengar tapi mustahil untuk ditunaikan, dan jangan katakan bahawa ketidakkuasaan kerusi dalam Parlimen sebagai alasan untuk mereliasasikannya. “Think first before you act”..

    Buat Tan Sri, teruskan usaha murni Tan Sri untuk memulihkan keadaan. Biarpun natijahnya telah kelihatan, namun tidak salah untuk mencuba memperbetulkan kesilapan.

    Jumpa lagi dilain hari.

    Askum w.b.

  2. Zafirah bt Ahmad Says:

    assalamualaikum..
    Sy pelajar UTM KL.Sy amat berminat terhadap isu tentang Karpal Singh dan janji Pakatan Rakyat di Selangor.Walaupun sy masih lagi seorang pelajar dan berumur 19 tahun,sy amat meminati bidang politik.Komen sy tentang isu ini ialah sehingga ini sy lihat keperibadian Karpal Singh adalah sangat rendah.Sikapnya yang tidak menghormati orang lain amat menjengkelkan.Sy juga turut mengikuti beberapa sidang Parlimen kali ini.Dalam sidang ini Karpal Singh dilihat suka mengatakan yang bukan-bukan terhadap orang lain.Bagi janji Pakatan Rakyat di Selangor pula,sy telah menjangkakan perkara ini.Ini kerana manifesto yang dibuat oleh mereka sebelum Pilihan Raya ke-12 kebanyakannya adalah tidak logik.Mereka menjanjikan perkara yang mustahil dan akhirnya tidak dapat dilaksanakan.Seperti yang dapat dilihat sekarang,banyak janji yang dijanjikan oleh mereka tidak dilaksanakan.Justeru itu,pada sy rakyat Selangor dan semua rakyat di Malaysia mestilah sedar bahawa janji yang dibuat oleh pembangkang adalah palsu dan tidak mungkin dapat dilaksanakan.Pembangkang hanyalah mahu memenangi kerusi yang banyak pada pilihan raya yang lalu,bukan mahu membela nasib rakyat.Akhir kata ’sedarlah rakyat Malaysia’.. Terima kasih..

  3. Jebat Moderen Says:

    Tan Sri, sepintas lalu kalau tidak semua, kebanyakan orang melayu akan berkata Karpal Singh biadab atau kurang ajar kerana mempersoalkan kuasa sultan Perak. Sebelum ini pun, insiden yang menyentuh kedaulatan dan ketuanan orang melayu banyak ditimbulkan oleh wakil-wakil dari DAP. Setelah PRU12 nampaknya DAP begitu ghairah dan kerap membangkitkan isu-isu yang berkaitan dgn kedaulatan orang melayu. Apakah DAP ini parti politik perkauman seolah-olah parti yang anti melayu. Apabila fenomena ini berlaku, kebanyakan orang akan berkata Karpal Singh biadab dan kurang ajar, tidak ramai yang bertanya kenapa keadaan ini boleh berlaku yang menampakkan anggota DAP begitu lantang dan berani mempersolakan isu-isu yang dianggap sensitif. Semua orang melayu sekadar berkata anggota DAP tidak boleh membangkitkan isu-isu sensistif tetapi tiada seorang pun orang melayu yang bangkit dengan tindakan untuk membendung perbuatan membangkitkan isu-isu sensitif ini, di mana keperwiraan orang melayu yang menjadi tuan di Tanah Melayu yang digelar Malaysia ini? Di mana pemimpin-pemimpin melayu yang betul perwira untuk menangkis serangan yang beracun ini, kita tak mahu pemimpin yang hanya berani bercakap sekadar menyelar Karpal Singh macam anjing menyalak bukit, ianya tidak akan boleh merubah apa-apa. Jawapan kepada orang lain begitu senang dan berani memperkotakkatikkan kedaulatan melayu yang menjadi tuan di Tanah Melayu ini kerana orang melayu sendiri telah hilang jatidiri untuk menjadi tuan. Orang melayu perlu membuat muhasabah diri untuk membetulkan keadaan sebelum terlambat.

    Soal kerajaan Selangor sekarang tidak boleh nak kotakan janji semasa PRU12 yang lalu, pada saya senang saja, kalau orang berjanji dan mungkir janji itu munafik namanya. Sedialah jawapan di hadapan mahkamah agung akhirat nanti.

  4. halia muda Says:

    Assalamualaikum ts,
    pedih dan geram sangat pada isu ‘karpal’

  5. j.shack1 Says:

    assalamualaikum…

    this morning i visited your blog, there’s an entry written in English. where has the post gone?

    baru 2 bulan kan tan sri kan..

  6. GuruBashid Says:

    Karpal harus didiamkan dengan ISA.ISA relevan untuk orang seperti ini. Ia mahu dikenali sebagai pengamal undang-undang yang popular. Atas nama undang-undang ia menuntut keadilan ditegakkan oleh kerajaan, tetapi atas tiket undang-undang yang serupa ia melanggar undang-undang tertinggi, iaitu perlembagaan negara. Undang-undang boleh sahaja berguna kepada Karpal jika itu menyebelahi pihaknya, tetapi jika merugikan pihaknya undang-undang boleh sahaja dipertikaikan. Apa maknanya ini semua kalau bukan undang-undang nafsu dan peribadi yang yang bermaharaja di hati, di mana salah atau betul diukur berdasarkan pendapat peribadi.

  7. sampok Says:

    1. Raja Raja adalah ‘Land Lord’ kepada negeri-negeri serta jajahannya. Biadap kepada mereka yang cuba menafikannya. Ambil tindakan kepada mereka. Dari sudut mana pun, Raja-Raja adalah ‘Land Lord’.

    2. Saya juga menyeru kepada seluruh rakyat Selangor agar menuntut dan mendesak supaya disegerakan dalam mengotakan janji-janji yang dibuat oleh Kerajaan DAP-PKR-PAS

  8. Khalana Says:

    Tan Sri,
    Memang pedih, geram dan panas meluap2 dengan Karpal sorang ni. Dia rasa dialah “Yang Maha Peguambela” di M’sia ni. Tapi yang herannya Pemuda kita mana..?? Awat senyap je? Yang dulu cium keris tu mana pi la ni? Pi dok meniarap dengan budak2 sekolah yang tak dak kerusi meja di Sabah tu ke? Sepatutnya masa nilah Pemuda kena bingkas bangun, jawap, lawan, jgn dok diam. Kalau Karpal yang OKU tu pun ada semangat jahat yang kuat, takkan Pemuda2 yang gagah perkasa nak tengok saja? Tolong..lah bangun, jangan pakat tidoq. Kesianlah kat bangsa kita ni.

  9. Fida Ahmad Says:

    Salam TS,

    Isu karpal ni memang begitu sensitif pada semua amnya , lebih2 lagik melayu khasnya. kita hidup berbilang kaum dan saling menghormati antara satu sama lain. pemimpin negara perlu lebih tegas menangani kata-kata ’sengaja cari pasal’ ini .

  10. umno selamanya Says:

    assalammualaikum TS..
    saya harap pemimpin2 umno tidak akn bg muka kat karpal…

  11. Kasih67 Says:

    Assalamualaikum Tan Sri. Saya benci dengan kebiadaban karpal ni. Langsung tidak menghormati Raja-Raja Melayu.
    Kerajaan selangor sekarang mesti menunaikan segala janji-janji yang telah dibuat ketika PRU12 yang lalu. Jangan hanya pandai berjanji sahaja…..

  12. Sekadar pemerhati Says:

    Asmk Tan Seri,

    Apa yang kalot sangat tentang Raja Petra ni? Saya yg setiap hari kunjungi blog pun tak pernah tertarik dgn blognya. Tapi bila ada kes ni, saya pun kena lah jengok. Saya andaikan org lain pun ramai yg macam tu.
    Kes dalaman kerajaan belum pun sembuh dgn baik lagi, baru sekadar nak mengering, dah mula buat luka baru pula., apa pasal ni?

    Tan Sri, berdasarkan analisis berkaitan PRU12 dulu, kebanyakannya bersetuju bahawa BN mengalami kekalahan melalui saluran pengundi baru. Tapi sampai sekarang saya masih tak nampak langkah drastik yg dilaksanakan khususnya kepada kumpulan ini. Boleh lah bergerak dari sekarang kerana persediaan perlu dibuat juga takut betul-betul terjadi spt dawaan PR nak tukar kerajaan, saya yakin kalau ada yang melompat pun PR boleh memerintah kurang dari 2 bulan saja, lepas tu PRU akan terpaksa dibuat semula (PR dapt 30 = lebih 2, BN ambi balik 3 = ?, tak kan tukar kerajaan setiap minggu). Bila PRU diadakan semula BN dah readykah?

    Tan Sri, PM dah cakap, dia akan buat peralihan kuasa bila parti dah kuat nanti. Sama spt yg dibuat oleh Tun dulu. Jadi Tan Sri bolehlah pujuk semua ahli parti, kalau mahu Pak Lah berundur cepat, marilah sama-sama perkuatkan parti dahulu. Bila semua keadaan dah stabil nanti, Pak Lah dah janji beliau nak perturunkan kuasanya. Yang penting perkukuhkan parti dahulu. Jangan diwujudkan mana-mana kumpulan dalam parti.

    Tan Sri, blog-blog yg wujud hari ni jgnlah dijadikan musuh. Cuba convert semua bloger tu jadi kawan. Kebanyakan mereka ni bukannya ada apa-apa pegangan yang terlalu taksub sangat, cuma maklumat yang diterima sahaja disalah ertikan. Tolong nyatakan juga kat media perdana tu, janganlah terlalu memperbodohkan khalayak dengan cara laporan khususnya berkaitan perkara yang jelas dan nyata kepada publik contohnya bilangan yang hadir perhimpunan 1000 org sdgkan semua dpt lihat gambarnya melalui media lain yg bilangannya berpuluh ribu. Tak kah penimpuan ini terlalu jelas menampakkan kebodohan utk menipu. Murid sekolah rendah pun nampak penimpuan ini, jadi lain kali bila nak nyatakan kebenaran sukarlah org nak terima. Jgn jadi spt cerita gembala dgn serigala nanti.

  13. Suara Hati Says:

    Tan Sri,

    Bab si Karpal bedebah ini samada hantar dia ke Kamunting di bawah ISA atau bawa dia ke Mahkamah di bawah Akta Hasutan , habis cerita.

    Orang Melayu dan UMNO masih memegang tampok kerajaan Pusat. Apa yang nak ditakutkan. Kalau di Singapura lama dah orang macam Karpal ini masuk ISA. Itu saja untuk mengajar orang biadap seperti beliau ini.

    Itu saja Tan Sri. Selamat berjuang.

  14. fahamy-org kampung Says:

    ASSALAMUALAIKUM TS,

    Ini merupakan HADIAH’ paling besar utk pengundi di Selangor, mereka hanya mampu memberi CUTI BERSALIN 90 HARI drp manifesto PRU12 yg lain kerana mereka hanya mahu kemenangan sahaja.bagi pendapat saya CUTI BERSALIN 90 HARI akan hanya melambatkan prestasi kerja sesuatu jabatan kerna perlu mencari pengganti, melatih, dan yang lebih jelas selepas ini tiada lagi pekerja wanita yang sudah berkahwin ditempatkan di jawatan terpenting!

    Pandangan TS berkenaan AMUK’ di kalangan masyarakat melayu khususnya adalah tepat. Ini jelas diperlihatkan apabila kita kehilangan tempat mengadu ( UMNO ) dan hanya ada institusi RAJA dan peluang ini digunakan oleh pembangkang utk merealisasikan impian dan perancangan mereka.Atas perkembangan ini kita sewajarnya harus memperkasakan semula UMNO utk mengembalokan ketuanan kita di bumi Malaysia ini.

  15. PERMATANG PAUH Says:

    tahniah

  16. Bin ludin Says:

    as..kum. TS saya cukup benci meluat menyampah dll. bila org yang menegur org buat salah seolah2 dia tak pernah membuat salah. bagi saya teguran adalah bagus supaya manusia yg amat lemah dpt membetulkan dirinya. lainlah kalau yg kena tegur tu malaikat. saya suka pandangan JEBAT, ini menunjukan ada kesalahan yg perlu ditegur. walaupun topgun. jangan jadi mcm exco lama tnganu tu terus boikot. nak gelar apa depani TS. m’sian dilatih supaya JANGAN menegur walaupun pemimpin buat salah kecik atau besar. yes bos, saya geli tengok kaki bodek. Untuk ngri s,ngor Masih terlalu awal utk menghentam k’jaan s’ngor, bagi masa sikit lagi SEBAB ada yg mmrintah 50 taunpun gagal. kaya poket adalah, janji logik konon, TS dah lupa atau buat2 lupa. kami ingat banyak2 dan tak akan lupa. TS tlg komen secara profesional, mcm mentri baik bukan mentri jahat, mcm dewasa bukan kanak2 tgh bergaduh.

  17. dauz Says:

    ianya telah diputarbelitkan oleh umno & bn.

    janji bn kepada rakyat terlalu banyak diabaikan. kami sedih. sebab tu kami bagi peluang untuk kerajaan baru muncul untuk membela kami.

    tak mungkin semua janji kena tunai sehari lepas menang. kami bagi 100 hari. tak cukup lagi kami tunggu sampai pru akan datang.

    dan kami juga layak menilai sama ada bn atau pakatan yang lebih baik membela rakyat.

  18. MalaySaga Says:

    Assalamualaikum TS,
    Ini lah jadi nya kalau mereka diberi kuasa. Saya tak dapat bayangkan kalau mereka ada kuasa memerintah (mintak Allah jauh). Raja dan orang melayu akan dipermainkan sahaja. Pemimpin melayu PAS yang bersama mereka langsung tidak beri pendirian. Apa guna berpakatan kalau tidak tegur-menegur. Takut tegur, takut hilang kuasa, sokongan. Dalam Blog-blog mereka langsung tak sentuh isu ini. Keadaan ini amat mengecewakan. Hati orang-orang melayu bagai dicarik-carik. Mempersoalkan titah baginda sultan seolah-olah mengatakan raja melayu ni orang-orang bodoh yang tak pandai berfikir. Secara tak langsung mengatakan yang melayu ni pun orang-orang bodoh. Ini dibuktikan lagi dengan gelagat pemimin PAS yang bersama mereka. Sekali Karpal jeling semua tunduk melutut. Karpal beraja di mata PAS. Mereka menindas melayu secara psaikologi. Kalau ini berterusan tak mustahil Tragedi Pasir Salak pasti berulang…

  19. UMNO Cawangan Bukit Ampang Says:

    A.kum Tan Sri,
    Kami amat bersetuju dengan pandangan Tan Sri kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut pasal karpal nie lawatlah http://www.umnobktampg.blogspot.com atau laman web kami http://www.umnobktampg.net

  20. mohd khair Says:

    Salam Tan Sri,

    1) Isu Karpal Singh
    Puncanya amat mudah.. kerana kerajaan sekarang lemah.. itu hakikat yang kita kena akui.. orang Melayu terpaksa menagih undi dari bukan Melayu menyebabkan mereka merasakan ‘you owe me’.. Karpal Singh bukannya bodoh.. dia sengaja menggunakan sentimen ini untuk melihat respon dari bukan Melayu.

    2) Isu Kerajaan Selangor
    Selain dari cerita ‘babi’ tiada apa kemajuan lain di negeri ‘termaju’ ini. Menteri besar dan exco pasti akan merasa bahang kemarahan rakyat selepas ini.

  21. Shairul Says:

    Tan Sri,

    Kita harus sedar yang kebiadapan Karpal dan lain-lain pemimpin dalam DAP adalah disebabkan oleh kesilapan kita juga. Rakyat memberi protes kepada UNMO dan BN. Maka kuasa politik dan pengaruh orang melayu akan berkurang.

    Kita mesti faham yang protes ini akan kekal menjadi sokongan jika UMNO dan BN tidak berubah dan ‘out of touch’ dengan apa yang berlaku di bawah. Walaupun kita akan kata yang ini semua hanyalah persepsi, tetapi bagi orang yang berpersepsi, ia adalah satu yang benar dan akan terus di percayai.

    Kita harus berusaha untuk memperbaiki bagaimana kita mengurus negara. Ini boleh diterjemahkan dengan pengurusan dan pelaksanaan program pembangunan secara telus dan berhemah.

    Saya mencadangkan agar setiap program pembangunan mestilah ada kajian tentang ‘economic value added’ supaya kita boleh mewawarkan kepada rakyat apakah faedah dari program kita..

    Wassalam.

  22. Orang Kita BTHO Says:

    Salam Tan Sri,

    rakyat jelata kini sudah pandai menilai mana yang baik dan buruknya. Semoga apa yang berlaku dalam pentas politik pastinya menjadi hasil kajian politik semasa kerana kita amat memerlukan setiap kes sosio-politik dalam menjadikan diri kita dapat menilai dengan tepat, benar dan betul.

  23. Dulu umno skarang atas pagar Says:

    TS, bagaimana saya katakan kalau, Karpal berlaku biadap seperti itu adalah kelansungan daripada tragedi Idris Jusoh di terengganu dan juga ke Shahidan kassim di perlis. Apatah lagi wujud perselisihan MB Nizar dengan sultan perak juga. Mungkin termasuk PM kita sendiri selisih faham dengan raja2.

    Kelansungan ini mungkin wujud kerana jika diperhalusi, mereka ini berani bersorak dan melawan Raja2 melayu kita kerana orang melayu sendiri juga melawan raja2. Ianya bukan soal mereka tidak menghormati raja2 melayu, sebaliknya kita orang melayu sendiri yang memula melawan raja2.

    Walau bagimanapun, Karpal wajib minta ampun dari Raja2.

    Berkenaan dengan negeri selangor, terkadang saya terpanggil juga untuk marah, tetapi saya belum berani untuk mengatakan mereka gagal. Kerana mereka belum pun sampai 1 tahun memerintah.

    Apa yang merisaukan saya juga, bagaimana jika PKR berjaya menunaikan sekuran-kurangnya 70% dari janji2 mereka kecuali apa yang mereka baru sedar yang mereka tidak mampu. Saya tidak rasa pada masa ini, memburuk2kan mereka akan menjadikan rakyat selangor terus membenci dan percaya.

    Ramai orang2 sekarang lebih bersikap analitikal. Tidak mudah percaya pada BN dan juga tidak mudah percaya pada PKR sendiri. Bagi saya, masih terlalu awal untuk mendakwa mereka gagal, silap2 nanti umno malu sendiri hendaknya.

    Sekian.

  24. Astora Jabat Says:

    Salam Tan Sri,

    Terima kasih kerana menyediakan blog yang membolehkan orang ramai membaca pandangan Tan Sri secara interaktif dan memberi respons bersetuju dan tidak bersetuju.

    Saya ada sedikit pandangan mahu disampaikan kepada Tan Sri berhubungan analisis yang dibuat banyak pihak tentang keputusan pilihan raya yang lalu. Pandangan ini saya telah sampai pun dalam mesyuarat cerdik pandai agama dan ulama yang dipengerusi Tan Sri Abdul Hamid Othman tidak lama dulu.

    Kini analisis tentang keputusan pilihan sudah berlebihan dan kerana kita tidak tahu menggunakan segala analisis yang dibuat serta mengalah pula dengan pukulan-pukulan yang dihadapi menyebabkan kita menyalah sesama sendiri dan menikam kawan seperjuangan.

    Dalam Islam sebenarnya segala masalah, halangan dan rintangan (pukulan-pukulan) itu adalah ujian untuk kita menjadi lebih kuat dan lebih berkasa. Itu disebut banyak ayat al-Quran dan hadis. Tetapi ramai di kalangan kita sebaliknya memilih jalan mengalah dan menerimanya begitu sahaja.

    Lebih dari itu muncul pula golongan yang tidak ada prinsip dalam perjuangan dan tidak bertanggungjawab mengambil peluang menangguk di air keruh dalam suasana kerajaan/BN/UMNO sedang berhadapan dengan ujian ini.

    Pada saya semua faktor yang dianalisis sebagai punca kehilangan banyak kerusi BN/UMNO dalam pilihan raya yang lalu adalah betul belaka kerana sesuatu kejadian besar tidak mungkin kerana satu sebab. Cuma ada dua faktor yang dianggap menjadi punca paling utama kehilangan kerusi itu.

    1- Tindakan tidak menjawab dan berdiam diri terhadap segala tuduhuhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dulu bila saya bangkitkan perkara ini termasuk dalam mesyuarat tertutup, mereka menjawab Pak Lah ada hikmahnya tersendiri tidak mahu melayang tuduhan dan tohmah itu. Beliau ada cara yang berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad. Saya anggap pendirian itu tidak betul kerana setiap tuduhan dan tohmahan jika diulang berkali-kali, orang ramai akan percaya. Justera kena jawap dan jawapan pula mesti tegas dan dilakukan secara konsisten. Matlamat memberi jawapan walaupun tidak dapat melenyap tuduhan dan tohmahan, ia boleh mengimbanginya. Itu sudah cukup.

    Lebih dari itu politik juga seperti bola sepak dan perang, jika hanya berdiam diri atau mempertahan diri saja dan tidak serang, mesti kalah.

    Pada zaman negara dilanda krisis teruk ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tahun 1998-2000 serangan terhadap kerajaan dan beliau sangat hebat dan jauh lebih hebat dari yang pernah dihadapi Pak Lah dulu dan sekarang, tetapi jawapan dan serangan secara konsisten dilakukan Tun Mahathir dan orang-orang di belakangnya, kerajaan menang dan selamat.

    Dulu BN/UMNO ada team yang berwibawa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab memberi jawapan dan serangan balas kepada pembangkang dan puak-puak anarkis. Sebagai contoh bila Jakim tidak buat kerja, tapi kerajaan tubuh atau hidup semula Jabatan Hal Ehwah Khas (Jahek/kini Jasa) untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu. Tapi kini Jasa di bawah pimpinan baru pun sama dengan Jakim dan semua penceramah hebatnya dibuang belaka. Yang tinggal siapa? Cuba Tan Sri selidik.

    2- Faktor terbesar kedua ialah serangan Tun Mahathir terhadap Pak Lah. Pada saya siapa saja yang datang selepas Tun Mahathir atau mengambil tempatnya akan berhadapan masalah besar. Kerana Tun Mahathir sudah menjadi ikon besar. Siapa saja yang mengambil tempatnya mesti dilihat masyarakat secara bandingan dan bila dibuat perkara berlaku sudah tentu Pak Lah dilihat kurang daripada Tun Mahathir. Sebenarnya perkara itu logik kerana macam mana boleh banding orang yang baru berkuasa dengan orang sudah berkuasa selama 22 tahun. Pak Lah hanya mangsa keadaan sebenarnya dan beliau tidak dapat megelak daripada menjadi mangsa kerana walaupun ada prestasi hebat macam mana pun beliau tidak mungkin dapat bersaing dengan orang yang sudah mempunyai prestasi 22 tahun.

    Keadaan menjadi bertambah buruk bila Tun Mahathir pula mula mengkritik dan menyerang Pak Lah. Saya dengar kritikan dan serangan awal Tun Mahathir terhadap Pak Lah dalam perjumpaan tertutup BTN (UMNO Beyond 2020). Tidak lama selepas itu berbalahan antara mereka berdua pun muncul dalam media massa. Saya amat kecewa dengan keadaan ini.

    Itulah faktor utama. Ada faktor-faktor besar lain termasuk masalah menantu Pak Lah, tetapi yang utama pada saya dua itu saja.

    Ada waktu, saya akan cuba memberi pandangan.

    Sekian, wassalam.

    Astora Jabat

  25. wiraperdana Says:

    DI ZAMAN INI

    Di zaman ini
    Dunia porak-peranda
    El Nino, La Nina, Taufan Nargis
    Yang lebih tragis
    Yang kaya menghina yang miskin
    Sang penguasa menindas rakyat
    Yang cerdik terus memperbodohkan yang bodoh

    Di zaman ini
    Zaman penuh kekalutan dan kecelaruan
    Zaman yang tidak lari dari perkara-perkara ghaib
    Yang lebih mengaibkan
    Yang miskin berlagak sombong
    Dan sehina-hina yang miskin adalah yang sombong
    Pemimpin yang kelihatan baik zahirnya
    Tetapi sebenarnya adalah syaitan yang bertopengkan manusia (Mungkin MAHAFIRAUN)
    Lagak seperti dalam filem Hindustan
    Sang Penguasa terlibat rasuah, arak, dadah dan kaki perempuan

    Di zaman ini
    Yang maksiat nampak soleh
    Yang soleh nampak macam maksiat

    Di zaman ini
    Konsert tiada salahnya kerana dihujungnya ada amal
    Lupakah kau di sana ada percampuran muda-mudi
    Nafsu akan terangsang bila tersentuh
    Maka terlepaslah nafsu dalam dakapan noda dan dosa

    Di zaman ini
    Majlis ilmu dan memperingati Tuhan diharamkan
    Dikatakan hanya ada caci maki dan hamunan si penceramah
    Dibinanya ratusan masjid
    Tetapi tidak diimarahkannya
    Disuruh ke rumah Allah
    Tetapi tidak boleh menyanggah pandangan pemimpin
    Maknanya pergi ke sana hanya untuk sembah yang esa
    Apa ini………….?

    Di zaman ini
    Bani Adam semakin bijak
    Globalisasi semakin keterbukaan minda rakyat terbanyak
    Hanya sedekit khalayak yang beku, kaku dan lesu
    Ditipu oleh sang penguasa lembu
    Yang kerjanya memenuhkan perut sendiri dan anak-pinak

    Di zaman ini
    Glokalisasi semakin mendapat tempat
    Golongan hilang akal menjadi tempat rujukan
    Maka sedarlah natijahnya………………………
    Perkara yang dapat pahala nampak macam berdosa
    Perkara yang dapat dosa nampak macam dapat pahala
    Sedarlah…………..
    Sebelum zaman ini ditamatkan.

    A Rahman A Rahim
    12.13 a.m 080508

  26. nik mason Says:

    Tan Sri,
    Takkan nak siar hanya komen-kome yang ampu kan UMNO sahaja.
    Berlaku adillah.

  27. Hamba Allah Says:

    Assalamualaikum Tan Sri

    Saya berharap tindakan undang-undang boleh diambil keatas “Karpal Singh” ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Jika belum ada undang-undang perlulah digubal untuk menyekat tindakan tersebut daripada berulang. Semoga PAS dan PKR keluar daripada PR dan tidak menjadi kuda tunggangan mereka.

  28. Snanti Says:

    Saya setuju dengan Sekadar Pemerhati….

    Kita harus akui perbezaan pendapat ini (antara bloggers) adalah baik.
    Saya respect dengan Dato’ Seri Hamid Albar (di program “bersama media” di TV1) yang mengakui perbezaan pendapat adalah bagus tapi tak boleh la kalau berbahas asyik nak tunjuk dia betul jer (contohnya RPK)… kita dari pelbagai background so cara pemikiran kita maybe berbeza..kena la respect pendapat orang lain… (harap semua wakil BN dapat praktikkan amalan ni)

    Pakatan Rakyat masa tabur janji tu diorang tidak lebih macam “salesman” or “direct selling person”, bila bercakap asyik cerita yang baik jer supaya dapat “komisen” tinggi….. Secara logiknya bila kerajaan turunkan cukai pintu so kerajaan hilang pendapatan..somehow kerajaan kena cover balik “kehilangan pendapatan” tersebut samada melalui kenakan/naikkan caj di perkara2 lain ataupun kurangkan perbelanjaan pelaburan/pembangunan… (teori di dalam Ekonomi Asas Form 5 pun ada)

    Diaorang tak cerita pulak bab macamana nak cover “kehilangan pendapatan” tu…Salesman katakan…cerita baik jer la sampai dapat jual barang…dah dapat jual barang kalau barang tu rosak di kemudian hari apa dia peduli janji dah kenyang dengan komisen…

  29. Wak Sidin Says:

    Salam utk TS & Bloggers!

    Baru kena cucuk dgn OKU dah gelabah! Jiwa dan Semangat Kepimpinan yang lemah adalah ungkapan yang baik kepada majoriti pemimpin yang ada di Malaysia terutamanya pemimpin melayu….. kerana apa? Kerana kebanyakan mereka menjadi pemimpin ada sebab peribadi…..!

    Bukan Retorik menjadi ukuran! tadi apa tindakan yang perlu dilaksanakan untuk menutup mulut-mulut yang suka memprovokasi orang melayu….. mana pemimpin-pemimpin melayu yang memperjuang dan mempertahankan maruah bangsa melayu? atau hanya tak berani cakap kerana arahan dari pihak atasan atau nak menjaga kerusi dan kedudukan masing-masing…….?

    Perjuangkan dan pertahankan maruah bangsa melayu demi kedamaian dan kemakmuran negara Malaysia serta kelangsungan bangsa Melayu dinegara berdaulat sendiri ini… TS.

    Salam!
    Pemerhati Kampung

  30. akarUmbi Says:

    tan sri ni..bagi la dulu peluang kat kerajaan pakatan rakyat di selangor,kedah,penang,perak n kelantan
    baru je berapa hari bentuk kerajaan…x adil untuk menilai jika x bagi peluang.

    kerajaan BN di terengganu,johor,N9,melaka DSB pula berapa byk janji dah mereka dah tunaikan??

    tan sri tahu jawapannya…

  31. Awang Kata Says:

    Tan Sri,

    DAP mempersoalkan hak dan kuasa raja-raja Melayu bermakna sama dengan mempersoalkan hak dan kelayakan kaum (misalnya) Cina dan India sebagai warga negara ini - Lihat perlembagaan persekutuan. Layakkah kaum-kaum tersebut mendapat segala kemudahan dan kesenangan di negara ini andai mereka angkuh dan sombong biadap.

    Tidak tahu kesopanan dan kesusilaan - adat istiadat dengan orang Melayu. Orang Melayu jangan mudah alah hujah, kena tanya dalam diri - dalam hal ini siapa biadap, siapa petualang, siapa gunting dalam lipatan, siapa hantu, siapa taasub, siapa pelampau dsb.

    Orang Melayu (setiap kita pemimpin) kena perkasa semula kuasa raja dan bukan hanya raja berkuasa dalam agama seperti tajaan Barat dulu. Bahkan tidak keterlaluan kalau diwujudkan semula raja-raja Melayu di negeri-negeri yang tidak beraja. Ini Tanah Melayu, negara berdaulat.

  32. Keris Junjung Says:

    Salam …

    Saya tertanya dan kalau boleh TS boleh ajukan pertanyaan saya kepada orang yang berkenaan, “KENAPA WARTAWAN-WARTAWAN TIDAK MENANYA PENDAPAT ORANG RAMAI MENGENAI KARPAL SINGH si durhaka ITU?”

  33. Pak Tam Says:

    Tun Dr Mahathir umpama ‘P Ramle’ dalam politik Melayu
    Kalau Allahyarham Tan Sri P Ramle dianggap lagenda dalam dunia perfileman Melayu kerana jasa dan karya-karya agungnya, Pak Tam rasanya Tun Mahthir juga boleh dianggap ‘P Ramlee’ dalam dunia politik Melayu.

    Pak Tam mengatakan begitu bukan sahaja kerana jasa keduanya dalam dua dunia yang berbeza tetapi juga kerana sanjungan orang Melayu kepada keduanya yang dianggap berlebihan dan melampau.

    Jasa keduanya Pak Tam tidak pertikai. Samada allahyarham P Ramle mahupun Tun Dr Mahathir,keduanya adalah pujaan dan sanjungan orang Melayu. Samada jenerasi muda ataupun tua, keduanya adalah lagenda.

    Kerana sanjungan dan pujaan yang berlebihan, kita terlupa keduanya juga ada salah dan silap sepanjang karier dan sumbangan yang dibuat. Tetapi Pak Tam tidak berminat untuk mempersoalnya kerana mungkin kerana jasa yang banyak dan besar maknanya, sedikit kesilapan dan kekurangan tidak menjadi persoalan bagi orang Melayu.

    Cumanya, kita tidak boleh menjadikan keduanya dalam dua dunia yang berbeza sebagai ‘perbandingan’ dan ‘titik tolak’ untuk melihat yang selepas daripada mereka.

    Dalam dunia perfileman Melayu P Ramle dianggap lagenda. Karyanya dikaji dan diberi perbandingan. Cukup hebat dan tidak ada tolok bandingnya. Bukan semasa zamannya malah hingga kini. Bila berbicara tentang jatuh bangun filem Melayu, filem P Ramle sering diperbandingkan. Hinggakan karya Datuk Yusof Haslam, Mahadi J Murat dan sesiapa sahaja selepas itu hingga kini dianggap tidak mencapai piawan mutu dan kehebatan filem Melayu.

    P Ramle mungkin berjaya dan hebat ketika zamannya, tetapi mungkin tidak sekarang. Disebabkan hampir semua steysen tv menayang semula cerita-cerita P Ramlee saban minggu ianya dianggap bandingan terbaik. Hinggakan menenggelam terus tokoh-tokoh sezaman dengannya.

    Begitu juga rasanya dengan Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita. Jasanya selama 22 tahun cukup besar dan tetap disanjung dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Tetapi tidak bermakna kerana jasa dan lagendanya beliau, sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri selepas beliau perlu dibanding dan diukur dengan kehebatan beliau.

    Bezanya P Ramle sudah tiada lagi sedangkan Tun Dr Mahathir masih sihat dan masih menjadi ikon politik Melayu. Suara Tun masih diterima pakai orang, ‘filem’ Tun masih di ‘tayang’ saban hari oleh ‘tv’ politik Melayu. Orang yang dulu menjadi musuh kini dah berkawan baik semula dengan Tun. Tun terus menjadi juru cakap politik Melayu malah Tun ada ‘pewaris’ yang sedang di bina untuk terus menakah dalam dunia politik Umno.

    Pak Tam rasa tidak adil bagi Pak Lah jika segala apa yang dilakukannya mahu dibandingkan dengan Tun. Kenapa Pak Lah perlu menjadikan kepimpinan Tun sebagai titik tolak atau lebih tepat kena ‘merujuk’ dengan Tun terlebih dahulu.

    Tun sepatutnya tidak banyak campurtangan dalam politik Melayu. Jasa dan budi beliau tetap dikenang orang. Hari ini adalah zaman Pak Lah. Beri kebebasan dan ruang yang selesa untuk Pak Lah mengurus dan mentadbir parti dan negara. Kalau Pak Lah dikatakan punca kemerosotan Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu, apakah Tun tidak ‘mempunyai saham’ dalam memastikan merosotnya sokongan terhadap BN.

    Pak Tam : Adalah molek kalau Tun tidak terus mempersoalkan pentadbiran Pak Lah kerana bukankah Pak Lah adalah pilihan Tun dan bukanya pilihan ahli Umno ketika itu.

  34. Malaysia student in UK Says:

    selamat petang,

    saya adalah seorang pelajar di uk dan amat tertarik dengan politik politik yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini.

    pertama sekali, ingin saya komenkan tentang perkara-perkara yang disuarakan oleh karpal singh. Pada pendapat saya, ia adalah tidak berpatutan kerana kita hidup dalam negara yang berbilang kaum dan harus saling hormat menghormati. Ini adalah pendirian pertama saya, tetapi saya ingin ketahui juga if this is actually true ?Saya dapat rasakan bahawa not many Malaysian actually know what lies behind the perlembagaan. E.g. kesalahan Menteri Besar Perak dalam memecat the pengarah agama islam of perak and isues isues perlantikan menteri besars di terengganu dan sebgainya. Siapa yang betul, siapa yang salah? Of course memang salah jika kapal singh try to mengelirukan rakyat but kalau sememangnya this is what is written in perlembagaan… i think dia tidak salah. Bagi pendapat saya, its best that we publish out the perlembagaan for all malaysian to read and describe the meaning of every details in it so at the end of the day , we do not fight over something which is rather … unproductive . i have been living in uk for sometime, dan its common for the people in uk to mempersoalkan tentang kelakuan ,etc raja di UK seperti prince william dan sebagainya. Prince charles juga selalu dikutuk di surat khabar ..and i think we have to change our mentality abit so that we can progress. Maakan saya jika pandangan saya terlalu radikal.

    Kedua tan sri, saya bukan pro pembangkang, bt i think its fair that we give them a chance to prove themself. I think rata-rata its reality that people do not support PKR just because they promise you that they can lower the cukai pintu. Thats ironic ! Why parti pembangkang win is because they are tired with BN and the attitudes of some of the wakil rakyats. I am happy and i am sure most malaysian are happy if they could deliver 60 percent of what they promised from the last election. If bn would want to win back the hati of the rakyat,. they have to work and show their SINCERITY.

    Finally, this is my urgeto all Malaysian . I hope that we could get along together and work hard to improvbe our country. I feel sad to tengok our country especially in this situation…..with the unrest politic. Can we work teogether and be more obejective in our mindset and thinking ? For example,. i hope the rakyat are more realistic like in the implmentation of english in sc and maths. Do you know that Vietnamese people could speak so much more fluent english than us ????? This is because their govenrment have set up many english schools ..and guess what ? MOst chinese citzens in uk are so much more educated and speaks better english than us…eventhough they still take pride in mandarin…. thiey are the global worker that every multinational company wants to look for…

    its hard for malaysan like me which has limited language capability in chinese or in eglish to compete with the chinese… i think its the responsible for the government to shape malaysians to be a stronger global worker so that we can compete …

    truest me.. the word is changing…. and fi we continue to live happily like what we are …w eare no different from china when they think that the world move around them ..before they got conqured by Britain..

  35. teropong_malam Says:

    Assalamualaikum Tan Sri, terima kasih kerana turun ke Baling untuk meninjau masalah rakyat bawahan baru-baru ini. Sebenarnya kekalahan Umno di Baling Tan Sri adalah disebabkan oleh orang-orang Umno sendiri, bukannya Pas ada kekuatan pun. Sekarang saya melihat wakil rakyat Pas kalut dalam menunaikan janji-janji mereka terhadap rakyat. TQ

  36. Budiman74 Says:

    Assalamualalikum TS,

    TS nampak segak hari ini Jumaat, dengan baju Melayu jingga bersongkok di rancangan TV3 MHI. Cahaya muka TS nampak bersih dan memancar.

    Saya puji langkah pertama yang dibuat oleh Majlis Permuafakatan Melayu. Fungsi dan usaha langkah pertama telah dibuat. Nampak kehadirannya. Tidak hanya beretorik seperti badan Melayu yang lain.

    Mana badan profesional Melayu muda…kalau badan sahaje ada kepala kaki dan tangan tak guna tak jalan lah. Orang muda melayu sekarang sudah pudar kah semangat kemelayuan nya…ini yang dirisaukan…mereka adalah pelapis pemimpin….usaha kan agar semangat melayu tu subur dengan program2. Tapi….kalau makan kat seafood cina, mekanik cina, kedai runcit Samy, hp digi dan maxis dari mana nak datang semangat melayu tu

  37. Pakuteh Says:

    Salam TS,

    Saya setuju dengan pandangan peribadi TS berkenaan kelakuan Karpal Singh. Namun, pada saya sama saja tindakannya seperti Tun Mahathir dulu. Cumanya, Karpal terpaksa gunakan media sebab dia bukan PM.

    Bab kerajaan PR di Selangor saya langsung tak bersetuju dengan pendapat juak-juak AMENO ni. Mengapa dulu kita boleh tunggu BN 50 tahun sedangkan PR baru 50 hari dah melalak semacam.

    Mengapa kita tidak boleh bersabar dan serahkan kepada kebijaksanaan mereka mentadbir. Kita sebagai rakyat sepatutnya memberi dorongan dan menegur jika ada kepincangan atau salah guna kuasa.

    p/s : Kalau BN cakap ’sedang dalam kajian’ semua diam tak komen pun. Tup tup 5 tahun dalam kajian….

  38. syed amar Says:

    Tan Sri,
    hari tu ada sorang budak Ijok buat laporan polis kerana kerajaan PR Selangor tak tunaikan janji pilihanraya.

    aduh lah hai…..nasib baik dia tak buat laporan macam tu tahun lepas kepada kerajaan BN, susahlah PDRM kena order buku laporan……3 kontena pun tak cukup.

    Tan Sri (dan BN) kena sedar. Perkara2 tak cerdik macam ni, dan memburuk2kan kerajaan PR yang baru 2 bulan memerintah seperti yg TS sebutkan di atas, sebenarnya membuka pekong BN, dan akan menyebabkan orang lari lagi jauh.

    Sepatutnya bila kalah, kita terimalah dengan berlapang dada, penuh kerendahan diri, berusaha memperbaiki diri (bukan menuding jari), barulah nampak berwibawa. Kita mesti berjiwa besar…..in English, magnanimous.

    Insya Allah, kalau ikhlas, kelak akan memberi kesan positif kepada hari pengundi2.

  39. irfandina Says:

    Salam Tan Sri,

    Pertamanya saya bersetuju dengan pendapat tan sri dalam isu karpal singh…sesungguhnya inilah `true colour’ dap…mereka tak pernah mengiktiraf ketuanan melayu atau kesultanan melayu itu sendiri…tetapi apa yg paling saya kesali ialah sehingga kesaat ini kita masih belum mendengar or membaca komen para pemimpin pas berkenaan perkara ini…bukankah komen oleh si karpal singh itu secara tidak langsung seolah-olah beliau cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri perak yg diterajui oleh pemimpin pas…adalah sesuatu yg amat dikesali jika para pemimpin pas gagal melihat tindakan si karpal singh ini seolah-olah ingin mengajar mb dari parti pas bagaimana untuk mentadbir negeri….satu lagi ingin saya tekankan disini sepatutnya para pemimpin pas berani bersuara menegur keceluparan si karpal singh walaupun mereka kini berada didalam pakatan rakyat…sedarlah wahai pemimpin pas rakyat kini memerhatikan anda…adalah sesuatu yg amat malang apabila pemimpin pas hanya membisu seribu bahasa…apakah menjadi satu dosa besar untuk menegur si karpal singh itu…apakah pas merasakan bahawa jika mereka menegur kelak nanti kaum bukan melayu tidak akan mengundi mereka lagi pada pru yg akan datang???kalau itulah keadaannya maka sesungguhnya terbuktilah bahawa pemimpin pas hanya mengejar habuan duniawi tanpa mengira kepentingan bangsa dan agama…sedarlah bahawa isu seperti ini seharusnya melangkaui batasan politik…ini soal kebiadapan kepada institusi beraja di negara kita…kalaulah di terengganu tempoh hari pas begitu lantang mencerca umno tapi mengapa pada kali ini diam seribu bahasa???

  40. KAZA Says:

    Assalamualaikum,

    Saya berpandangan tindakan Karpal Singh itu memang biadap…. mempertikaikan keputusan Sultan. Ia sama seperti ADUN-ADUN Trengganu yang pada awalnya mempertikaikan Keputusan Sultan Trengganu (Yang Dipertuan Agong sekarang), Dato’ Seri Shahidan yang mempertikaikan kedudukan MB Perlis dsbgnya…. Semuanya sama.

    Pakatan Rakyat telah gagal dalam melaksanakan janjinya kepada rakyat Selangor setelah 2 bulan berkuasa…. saya kecewa sebab ada lagi banyak masa. Kedua, saya kecewa mereka sanggup bercakap benar & jujur memaklumkan kegagalannya melaksanakan janjinya tidak seperti parti pemerintah yang sebelum ini…… tidak pernah mengaku bersalah.

  41. Naj(UMNO TPG Says:

    OKU DAN DATO IBRAHIM ALI

    OKU tidak sepatutnya merasa berkecil hati dengan Dato Ibrahim . Beliau tidak menghina mereka sebaliknya mengkritik Karpal. Adakah orang OKU tersebut pembela Karpal ?

    Karpal juga harus ingat beliau tidak sepatutnya menjadi MP memandangkan beliau sudah sakit strok, Elok saja duduk di rumah dan menjaga anak cucunya. Dalam BN kalau sudah kena strok macam tu sudah tentu tak akan dipilih menjadi MP. Bagaimana nak masuk kampung , nak membantu rakyat, nak bekerja untuk rakyat sedangkan dia sendiri perlu dibantu.

    Di sini nampak sangat ketiga-tiga komponen parti pembangkang ketandusan pemimpin. Rata-rata mereka bertanding di dua kerusi iaitu ADUN dan MP. Atau mereka ini tamak kerana ingin menguasi kedua-dua elaun ADUN dan MP.

    Dalam BN ianya hanya berlaku di Sarawak , itu pun ada sebab dan alasan yang kukuh untuk memudahkan kerja dalam memajukan negeri, bukan saja-saja nak syok sendiri macam pembangkang.

    Dengan isu Karpal menguris hati orang Melayu dan Raja ,maka Beliau hendaklah dengan penuh rasa malu dan menyesal dengan perbuatannya maka eloklah beliau meletak jawatan dalam DAP dan melepaskan kerusi Ipoh Timur.

    Beliau seorang yang sentiasa mencari tempat selesa untuk bertanding, Saya cabar beliau kalau berani pergilah bertanding dalam kawasan majoriti Melayu.

    Kepada OKU di Malaysia nak pesan sikit, jangan mudah melatah,dan jangan sensitif, karpal bukan OKU, OKU sentiasa dibela.

  42. warisan tokku Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    amat nasib baik yb karpal singh ni! kalau perkara sebegini berlaku 500-600 tahun dahulu hukumannya pasti macam dalam filem Semerah Padi

  43. selumbarkayu Says:

    hidup ni kadang2 diatas kadang2 dibawah

  44. WAREK-IRANG Says:

    Salam YB Dato Tan Seri,
    Nampaknya selepas PRU12 ni keadaan nampak semakin tidak terkawal. Terutamanya barang keperluan harian, terutamanya beras 15% keatas tiada dalam pasaran (T.Intan) yg ada hanya 5% harga dulu RM 18.50 sekarang RM 28.80. Hingga kehari ini tiada apa tindakan dari mana2 pehak. Para Menteri kita asyek sibuk mengutuk negeri2 perintah PK - isu babi le, pakatan rapuh le, ini timbul pula hal Karpal Singh, dalam Dewan pun begitu juga tak habis2 hal Anuar, hal K Singh , hal babi dan hal PR. Seketul menteri pun tidak membangkitkan hal kesusah rakyaat di kampung.
    YB baru sekarang nak tunjuk muka ke kampung2 dan tahu hal kesusahan mereka, mengapa baru sekarang dah tua terhegeh2 baru nak masuk kampung? Kerana 5 buah negeri dah lupus ke atau dah dapat jawatan percuma?
    Kalaulah dari dulu semua menteri2 BN buat macam YB buat ni, dan ambil tindakan segera pada rakyat yg perlu bantuan dah tentu BN makin kuat.
    Boleh kah YB perbetulkan sikap dan sifat kebanyakan YB2 BN yg tamak, sombong, menunjuk2 harta kekayaan dan hidup mewah ber lebih2 han?
    Isu babi ni nampak kecil, tapi BN (UMNO) telah buat satu kesilapan besar, lagi kuat UMNO menyebutnya lagi jauh le harapan untuk mengambil hati pengundi kaum cina. Lain le kalau BN (UMNO) tidak memerlukan sokongan mereka. Sebanyak sedikit kekalahan BN pada PRU12 yg lalu disebabkan KERIS nanti pada PRU13 ia akan jadi KERIS + BABI.

  45. Fitri Says:

    A,kum TS,

    Tapi ramai orang tanya apa perbezaan kes ni dengan kes YAB PM ngan sultan Perlis & Terengganu? Dengan kain rentang ‘KAMI NAK IDRIS, xxx’ di terengganu dulu? Kalau boleh TS beri penjelasan sikit supaya boleh dikongsikan. Terima kasih.

  46. wiraperdana@personasatria Says:

    KISAH LIMA PERKARA ANEH

    Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
    Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

    Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”
    Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

    Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
    Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

    Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”
    Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”

    Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
    Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”

    Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, “Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
    Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

    Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

    Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

    PETIKAN DARI 1001 KISAH TELADAN

  47. Ahmad Says:

    YB Tan Sri,
    Isu UMNO dan isu Karpal sama saja. Kedua pihak mempersoalkan tindakan Raja/Sultan baik dalam isu melantik menteri besar atau memindahkan pegawai agama. Kalau nak dikira kelantangan bantahan suara tentu UMNO lebih dari Karpal dalam isu ini.

    Saya cadangkan UMNO tunjuk tauladan yang bersopan dan berhemah, tidak perlulah berlebihan. Pembangkang akan lebih menghormati UMNO. Saya percaya Raja/Sultan amat arif dalam pergolakan politik diMalaysia ini.

  48. anak rantau selangor Says:

    Salam Buat Tan Sri.

    Saya cukup naik angin dengan kenyataan Karpal Singh itu, dan saya harap tindakan keras perlu di ambil terhadap nya kerana kurang ajar dengan Sultan, minta jgn di samakan dengan tindakan wakil rakyat BN Trengganu kerana situasinya berbeza sama sekali.

    Salam dari kami anak-anak rantau Selangor di Melaka, teruiskan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

    Salam.

  49. burn Says:

    askum TS,

    Kes Karpal Singh ni telah di politikkan oleh media pro umno/bn.
    turut mengambil kesempatan menunjuk kehebatan menyerang YB Karpal Singh ya itu
    panglima2 umno yg kehilangan keris baru2 ini kerana takut sergah parti sekutunya.

    Sebenarnya YB Karpal Singh cuma mempersoalkan kuasa Sultan Perak menarik semula surat pertukaran Datuk Jamry Sury oleh MB Perak kerana tidak memberi kerjasama
    dengan kerajaan baru PR dan bukannya mempersoalkan kuasa Sultan Perak melantik sesiapa yg ingin di lantik Sultan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

    di ulangi:

    YB Karpal Singh cuma mempersoalkan kuasa Sultan Perak menarik semula surat pertukaran Datuk Jamry Sury oleh MB Perak dan bukannya mempersoalkan kuasa Sultan Perak melantik sesiapa yg ingin di lantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

    sekian.

  50. duit Says:

    PKR ckp:tidak dapat dilaksanakan buat masa sekarang.
    bukan tak akan dapat dilaksanakan terus…

  51. man Says:

    nak tutup isu beras naik harga dengan cerita manifesto PR ke ni?

  52. sribuat Says:

    a’kum tan sri,

    kadang isu yg dimainkan, spt isu babi di sngor, isu karpal vs istana perak, x payah nk mainkan la. muak dah dgn propaganda tu semua. ibarat mcm meludah ke langit. sya percaya karpal bercakap ikut prundanga, tp yg membahaskannya ikut logik akal, ikut kebiasaan. sapa yg betul ????????????
    cuba baca blog sang kelembai, apa sudah jadi dgn peranan institusi raja. raja boleh tegur kerajaan ke tau kerajaan tegur raja ? begitu juga dlm pentadbiran awam, sapa lebih arif dlm kerja. menteri ke atau ketua setiausaha. sapa patut dengar sapa.

  53. Keris Junjung Says:

    Burn:
    “YB Karpal Singh cuma mempersoalkan kuasa Sultan Perak menarik semula surat pertukaran Datuk Jamry Sury oleh MB Perak dan bukannya mempersoalkan kuasa Sultan Perak melantik sesiapa yg ingin di lantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.”

    *cuma mempersoalkan kuasa Sultan Perak <– terangkan maksudnya?
    *bukannya mempersoalkan kuasa Sultan Perak <— terangkan maksudnya?
    *mempersoalkan <– terangkan maksudnya?

    Kenapa taknak cakap si durhaka Karpal Singh telah mempolitikkan titah SULTAN? Encik Burn, Kenyataan disini, suara orang melayu bukan suara UMNO ataupun BN! Orang melayu marah tak pergi mengadu kat PKR ataupun PAS, tetapi mengadu kat UMNO! Sebab UMNO memperjuangkan bangsa MELAYU daripada dulu lagi! PKR memperjuangkan seorg bekas rasuah yang ingin jd jaguh banteras rasuah sebab dia nak cakap dia rasuah dulu sebab UMNO bukan dirinya(nak salahkan ibu mengandung ke?)! PAS berjuang atas nama ISLAM yang kemudian hari gugur ISLAM ganti KEBAJIKAN sebab nak jd teman peluk orang BUKAN ISLAM!

    Kalau Karpal Singh nak persoalkan PAKLAH, kita orang melayu tak marah apa-apa pun. Tetapi kes kali ini, durhaka itu persoalkan SULTAN! Siapa Karpal Singh?! Kenapa tiba-tiba dia menjadi begitu popular selepas PRU12? Sebelum ini saya tak pernah tahu siapa Karpal Singh itu? Tetapi sekarang ini, dia menjadi popular sebab Karpal Singh itu “cuma mempersoalkan kekuasaan Sultan”!

    p/s: tolak tepi fahaman politik, kita bercakap atas orang melayu.

  54. Pak Tam Says:

    Itulah orang Melayu PKR dan pembangkang. Apa yang tak kena semua Melayu UMNO. NGOs yang kehadapan mengenai isu Karpal dikatakan didalangi oleh UMNO. Harap NGOs pro PAS atau PKR semuanya membisu. Buangkanlah hasad dengki itu, bersihkan lah hati. Pun tak sedar lagikah…barisan PKR di Pulau Pinang tu siapa di belakangnya. Semuanya bukan Melayu. DAP ada Melayukah?? Nasib baiklah ada dua tiga kerat wakil rakyat Melayu PKR di PP. Itu pun hanya jadi boneka sahajalah. Seluruh rakyat Malaysia dah sangat kenal dan faham dengan Karpal Singh, Pengerusi DAP Pusat. Itu pun masih ada Melayu menyokong Karpal…mungkinlah Melayu tu ahli DAP!!!

  55. pemuda cinta kn bangsa Says:

    sye sokong keris junjung…………
    kepada burn,kaji la balik kenyataan anda itu.
    sekian

  56. zeus Says:

    Yezzah,,,saya setuju dgn ‘keris dijunjung’. Memang nyata sesangat apa PKR sudah lakukan sebelom dan selepas PRU12. Mana PKR dapat ‘wang’ banyak2 nih. Kalau tidak berulang-alik ke US dulu berjumpa dengan al-gore. Awak rasa US suka ke Msia tidak beri rakyat Israel masok Msia? Sesiapa (negara mana pon) yang anti-israel, ia akan jadi tumpuan US. Dan Mr. Anwar konon nak jadi hero kepada kaum2 lain yang bersetongkol dengan Israel. Konon nak bagi sama adil kepada semua rakyat, bila DAP pimpin negara DAP nak bagi sama adil pada orang melayu?. Perasan sangat mengikut PKR. Buka le sikit mata dan hati.

  57. Anak Jati Wilayah Says:

    TS,

    Maksud istilah ZALIM : iaitu dgn tidak meletakkan sesuatu ditempat yg sebenarnya. Bg isu Karpal Singh (KS), jikalau benar KS mempertikaikannya, maka dia patut diambil tindakan. Kerana undang2 dan peraturannya jelas. Namun dimanakah perbezaannya dgn kes 22 Adun terengganu yg mengingkari titah istana. Adakah kes mereka ini berbeda ataupun Mereka yg hidup dibawah payung2 tertentu bebas melakukan apa sahaja. Adakah perbuatan ini tidak dinamakan Zalim ?

    Apa pendapat TS ?

    P/s : pelik dan hairan kenapa PR terutamanya DSAI masih berdiam diri ttg isu ini.

  58. sampok Says:

    Sebab Karpal Singh pandai, berani. Ilmu undang-undang dia tinggi.
    Orang Melayu tidak pandai, tidak berani nak dakwa dia.

    Orang Selangor yang pangkah PKR pulak, terima sajalah padahnya diam-diam…

  59. r.iskandar Says:

    pendapat saya tentang isu ini- http://riskandar.blogspot.com/2008/05/royal-pain.html

  60. tenggiling Says:

    musykil laaa tan sri..takkan semua pro umno je dlm ni
    first n last la sy masuk blog ni..tak telus..a’kum

  61. ahmad ali Says:

    Kepada keris junjung,

    Karpal Singh memberikan pendapat berdasarkan pengalamannya dalam undang-undang. Itu sahaja..

    UMNO memang bagus..Sewaktu Sultan dihina, mereka bangkit. Sewaktu mereka menghina Sultan, pun mereka bangkit..

    Itulah UMNO, yang tak pernah sedar kesalahan sendiri.

  62. ahmad ali Says:

    Kepada semua orang Melayu,

    Mari kita ramai-ramai membuat laporan polis terhadap kerajaan persekutuan BN kerana tidak memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar Bumiputera sedangkan dah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

    Mari juga kita membuat laporan Polis kerana Perdana Menteri telah mencabuli perlembagaan mengenai Iskandar Malaysia. Terdapat akta mengenai Iskandar Malaysia yang menyatakan Perdana Menteri dan Timbalannya tidak boleh didakwa atas sebab-sebab kecuaian dalam Iskandar Malaysias sedangkan semua individu sama sahaja di sisi Perlembagaan Malaysia…..

  63. Yusri Says:

    asalamualaikum,

    berkenaan dengan isu Karpal Singh saya juga tidak bersetuju dengan cara beliau,namun jangan di lupa bukan sahaja beliau yang pernah merendahkan kuasa raja,masih ingatkah siapa yang telah meminda perlembagaan yang mengurangkan kuasa raja?..
    Berkenaan dengan isu kerajaan negeri Selangor, saya rasa tak masuk akal mereka2 yang mempertikaikan isu2 janji dan manifesto.Sedangkan kerajaan BN yang sudah 50 tahun memerintah pun masih ada lagi janji yang tak dapat di penuhi dengan sebaiknya, ini nak di bandingkan dengan mereka yang baru 2,3 bulan mentadbir.Lagipun apa2 janji lebih mudah di tunaikan jika ada belanjawan tahunan, sedangkan kerajaan baru ni tak sempat lagi buat belanjawan.yang ada sekarang adalah bajet semasa kerajaan terdahulu.Tunggulah sehingga hujung tahun ni dalam bajet PR,untuk melihat apa2 janji yang harus mereka penuhi..wasalam

  64. Torashah Says:

    Salam YB. Tan Sri,

    Sedikit komen tentang Karpal Singh. Sebenarnya perbuatan Karpal Singh sudah sampai ke tahap melampau.Dimana bumi di pijak,disitu langit di junjung. Dah berapa lama Karpal Singh bermastautin di negara ini. Rasanya sejak lahir sehingga lah sekarang. Rambut dan janggut pun dah putih semuanya. Seorang peguam yang bijak dan terkenal. Sebut saja Karpal Singh, siapa yang tak kenal. Tetapi agak malang masih tidak tahu adat resam orang Melayu yang beragama Islam. Lebih-lebih lagi dengan kedaulatan Raja-raja Melayu. Jangan jadi macam katak di bawah tempurung. Belajarlah untuk menjadi rakyat yang jujur yang menghormati kedaulatan Raja-raja Melayu. Dengan berlatarbelakangkan peguam, Karpal Singh tak perlu nak tunjuk lagak kononnya dia sahaja yang pandai dalam undang-undang negara.

    Karpal perlu memahami bahawa negara ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Jika Karpal arif tentang undang-undang, sepatutnya tahu ada perkara-perkara yang dikhususkan kepada sultan yang menjadi hak mutlak baginda dan tidak boleh dibangkitkan atau dipersoalkan. Karpal mungkin hanya melihat tindakan Sultan Perak dari sudut perundangan sedangkan mengikut amalan biasa, sultan adalah ketua dalam urusan berkaitan soal agama di setiap negeri. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa sultan dan raja Melayu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Karpal sewajarnya sensitif kepada institusi raja di negara ini dan tidak harus terlibat dalam tingkah laku yang boleh menyinggung sultan dan sistem beraja. Kalau orang Melayu dipanggil menderhaka, tetapi mengapa Karpal menjadi begitu biadap. Adakah Karpal tahu yang tindakannya bukan sahaja kurang ajar malah mencabar dan menghina kedudukan dan kedaulatan sultan.

    Mungkin ajaran ugama Karpal tak mengajarnya berbuat demikian namun kenapa beliau nak mengungkit-ungkitkan yang negara ini mempunyai sultan yang paling ramai dalam dunia. Sepatutnya beliau berbangga kerana Malaysia mempunyai sistem raja berpelembagaan yang unik didunia yang tidak ada pada mana-mana negara-negara lain. Karpal kena ingat yang orang Melayu amat pantang jika raja-raja mereka dicabar dan dipersendakan. Rakyat Malaysia tidak tinggal dalam zaman feudal, tetapi pemikiran beliau sebenarnya tinggal di zaman itu lagi. Pemikiran yang masih kolot yang suka dan selalu mencari kesalahan orang lain seolah-olah beliau sahaja yang betul. Rakan-rakan Karpal didalam DAP pun sama juga. Jangan jadi semut diseberang laut nampak, tetapi gajah didepan mata buat-buat tak nampak.

    Ingat Karpal jika anda mengatakan yang kuasa raja-raja adalah terhad,kesetiaan orang-orang Melayu terhadap Raja-raja mereka tidak terhad dan tidak berbelah bagi. Cuma tahap kesabaran orang Melayu sahaja ada hadnya. Kalau Karpal menganggap dirinya seorang warganegara yang baik, apakah sumbangannya kepada negara.Tak ada dan tidak nampak satu pun. Yang anda tahu cuma mencari kesalahan, memperlekehkan orang dan memburukkan nama negara. Adakah oleh kerana Karpal seorang yang terkenal, pengundi-pengundi Karpal mengundinya pada PRU ke-12 yang lalu walaupun yang nyatanya sumbangan beliau tiada. Kalau diletakkan “ kasut Karpal Singh “ pun orang Pulau Pinang akan mengundi “ kasut ” itu dan bukannya Karpal Singh. Begitu taksubnya pengundi-pengundi DAP di Pulau Pinang yang memainkan sentimen perkauman semasa pilihanraya yang lalu. Baru dapat kuasa dan kejayaan menguasai Pulau Pinang dan berkongsi memerintah Perak dan Selangor dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sudah mula nak tunjuk belang.
    Jangan ingat dengan kuasa rakyat yang tersalah beri itu boleh berkekalan jika DAP dan Karpal Singh sentiasa mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak mencerminkan kecelikan minda mereka dalam membuat sebarang tindakan. Inilah masalahnya apabila semua ahli parti nak tunjuk pandai tetapi semuanya “ bodoh sombong “.

    Rakyat tidak akan lupa apabila Karpal Singh telah bertindak di luar batasan semasa Persidangan Undang-undang Komanwel ke-12 yang lalu di Kuala Lumpur. Semangat cintakan negara memang tidak ada didalam sanubarinya. Karpal Singh telah menjadikan Persidangan Undang-undang tersebut sebagai medan politik untuk memalukan kerajaan. Karpal semasa membentangkan kertas kerjanya mengenai hukuman mati di Malaysia pada persidangan undang-undang itu telah keluar daripada topik asal apabila mengkritik integriti institusi kehakiman negara ini. Sepatutnya Karpal sedar perbuatannya itu seperti meludah ke langit.

    Selaku tuan rumah persidangan, kritikan Karpal mengenai kehakiman telah menjejaskan nama Malaysia dan juga mencemari persidangan itu. Perbuatannya dilihat sebagai pendekatan politik terdesak parti pembangkang dalam menghadapi kerajaan Barisan Nasional. Mungkin Karpal mahu menjadi jagoan namun tindakannya itu tidak disenangi peserta tempatan malah delegasi luar. Sekali lagi,maruah negara tercalar. Rakyat tidak akan lupa wahai peguam Karpal.
    Karpal Singh sememangnya seorang yang tidak pernah sensitif dalam suasana sekeliling. Perbuatan memalukannya itu bolehlah disifatkan sebagai menggadai maruah bangsa. Sebelum ini pun,telah banyak kali Karpal mengguris perasaan terutamanya kepada orang Melayu. Terbaru dengan mempersenda kuasa sultan di Perak. Sifat kurang ajarnya tidak pernah kurang. Namun masih ada orang Melayu tidak pernah sedar dan cepat memaafkan dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu. Lebih menyedihkan masih ada lagi rakyat yang sanggup tidur sebantal dengan Karpal Singh ini hinggakan ada yang tergamak melaungkan takbir ketika menyambut kedatangan “abang besar ” mereka.ini.
    Akhir sekali, apakah tujuan sebenar Karpal Singh mempertikaikan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secara terbuka? Adakah dengan niat memperlekehkan institusi kesultanan di negara ini atau Karpal tidak pernah mengiktiraf institusi diraja selama ini dan dengan itu tanpa segan-silu berani mempertikaikannya. Adakah Karpal akan meminta maaf kepada Raja-raja dan orang Melayu dengan menarik balik kenyataan itu. Ingat Karpal Singh, jangan jadi pasal pulut santan binasa, pasal mulut badan binasa. Ingat kedaulatan raja mengatasi kedaulatan DAP yang mahu ‘mengDAPkan’ Perak.

  65. Ahmad Albab Says:

    Tan Sri,
    Walau banyak bagaimana lantang tan sri membuat cerita, bagi diri saya perkara itu adalah tohmahan semata. Kerana anda sudah kalah dan takut segala perbuatan anda akan terbongkar. Semua orang Melayu Dalam UMNO dah kenyang dan tak puas-puas nak buat lagi dengan mencuri duit rakyat. Nasib baik Barisan Kalah, Jika tidak berapa banyak lagi akan di KAPOR.
    Dan sekarang nak tunjuk keburukan orang lain. Keburukan awak dah tahu dek orang. Itu pasal orang kampong nak tolak orang-orang yang suka rasuah.

  66. alone Says:

    asalammualaikum TS,berkenaan isu karpal !, saya rasa bukan karpal singh seorang sahaja dalam isu ini ! PM juga ada juga buat kenyataan berkenaan perlatikankan MB terengganu!, bekas MB terengganu dan konco konconya serta bekas MB perlis dan seorang lagi peguam negara pun juga memprotes keputusan sultan dalam isu perlatikan menteri besar bagi terengganu dan perlis ! apa yang mereka semua ini buat ialah memprotes dan mempertikai keputusan sultan!,buat kenyataan dalam media masa! persoalannya wajarkah karpal singh seorang saja kah patut di persalahkan?, adakah kerana beliau bukan melayu mempertikaikan keputusan sultan?? wajarkah seorang pemimpin melayu mempertikaikan keputusan sultan melayu??, apa tindakan yg wajar patut dikenakan kepada mereka ini?? , saya rasa tersentuh hati bila keputusan sultan melayu di permainkan oleh mereka ini! sampai bila pun isu ini tak kemana, kerana memulakan isu ini adalah orang melayu sendiri! akhir kata bersatu kita teguh bercerai kita roboh . harap TS teruskan usaha murni TS untuk membantu rakyat tanpa mengira bangsa ,agama dan fahaman politik ! asalamualaikum semua sampai jumpa lagi!

  67. BN Enesti Says:

    A.Kum , TS , saya sudah lama menjadi ahli UMNO,cuma tidak lah pernah memegang jawatan tertinggi, hanya setakat pegang jawatan kecil di Cawangan dan bahaagian. hingga lah sekarang ini saya masih menjadi ahli UMNO, itupun cerita lama.

    Hari ini ramai ahli UMNO yang sudah senyap membisu, lemah dan tidak bermaya, ada taring pun dah tak boleh mengigit., dan tiada lagi pemuda yang mempunyai aura penggerun seperti TS,ketika waktu di zaman 80-han. Hari ini DSH ketua pemuda setakat menyalak, seregah dan tidak memberi apa-apa kesan, pencuri tetap masuk ke dalam rumah,tidak hiraukan salakkan dan seregah. Kenapa sekarang ahli ahli UMNO khusunya pemuda tidak mempunyai semangat juang yang berani?. Orang Melayu kalau terlalu banyak lemak mula lah ia menjadi lesu banyak bersantai santai hingaa lupa kampong halaman tergadai.

    Laungan DSH Kesetian kepada parti UMNO, budak -budak sekolah darjah satu pun boleh buat. DSH tiada aura sebagai ketua..nak memimpin pemuda.Oleh yang demikian saya berharap TS akan membuat sesuatu yang boleh memulihkan ahli ahli UMNO khususnya Pemuda yang sudah hayal tersangat lama. Hari ini nak cari pejuang didalam barisan UMNO boleh dibilang dengan jari. Saya ingin mencadangkan supaya penerangan yang jelas harus diberi kepada pelapis pemuda dan Putri, elok sangat mereka ini di hantar segera untuk dipulih semangat beri latihan kuliah selama sebulan. Jika tidak UMNO hari ini akan lemas.
    Pihak atasan kenalah ambil tahu, atau dan dengar rintihan ahli-ahli di peringkat cawangan dan bahagian. Syabas TS..

  68. cucumataib Says:

    Karpal Singh pandai, berani. Ilmu undang-undang dia tinggi.
    Orang Melayu tidak pandai, asyik mengampu pemimpin.

    kepada orang Selangor yang pangkah PR syabas, kemudahan air percuma dan yg lain2 akan menyusul.
    kepada org org di negeri pemerintahan bn jgn jeles, nasib anda lah tak dpt apa2 imbuhan dari bn yg anda undi pada pru ke 12 lalu….

  69. nazali Says:

    Salam Tan Sri(Gelaran menyebabkan manusia berasa megah dan sombong dihadapan rakyat)
    ISU AIR
    Siapa yg buat perjanjian Air dengan Syabas serta Pusat kalau bukannya kerajaan UMNO yang lalu sehingga menyusahkan rakyat terutamanya penduduk rumah bertingkat berjumlah 200,000~300,000 unit sehingga kini kena bayar air pada harga RM1.38m3.
    ISU PELBAGAI BIL
    Bermacam yuran/cukai dikenakan keatas penduduk rumah bertingkat seperti cukai pintu,cukai tanah,insuran bangunan dan yuran penyurusan bangunan dan lain-lain kalau bukannya kerajaan umno yang dulu

  70. hariz Says:

    A. kum tan sri, semoga tan sri dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera amin.

    Memang tidak dapat dinafikan lagi pihak pembangkang sememangnya sudah menjadi semakin ‘melampau’ baik dari segi pertuturan mahupun tindakan mereka. Sudah menang 5 negeri mereka dah mula tunjukkan ‘belang’ dan sekarang mencabar kuasa kesultanan. Ini baru 5 negeri, jika semenanjung habis disapu bagaimana agaknya sifat mereka? tidak mustahil akan jadi ‘Singapura ke-2′. Sepatutnya mereka ini dikenakan tindakan undang-undang kerana mencabar kedaulatan sultan sebagai pemerintah negeri.

    Dari dulu saya memang tidak pernah mempercayai segala manifesto dan kemampuan pihak pembangkang untuk memerintah. Lihat sahaja bagaimana mereka menabur janji dan akhirnya tidak ada satu pun janji yang ditunaikan. Tengok isu pertelingkahan antara penduduk Sg. Long dengan pihak konsesi Grand Saga. Dimana kredibiliti pemimpin pembangkang dalam menangani isu ini? Menteri Besar Selangor tidak pernah turun padang tinjau sendiri dan menyelesaikan masalah ini. Apakah orang sebegini layak dipanggil sebagai pemimpin? Kerajaan persekutuan juga yang akhirnya campur tangan dan menyelesaikannya. Sekarang kita tengok sahaja isu air percuma yang ‘bakal’ diberikan oleh kerajaan selangor kepada rakyat selangor. Sememangnya hanyalah satu penipuan belaka. Tidak ada benda yang percuma.

  71. Jawa Sabak Bernam Says:

    tahniah kepada sebilangan pemimpin PAS dan PKR kerana berjaya nenbuktikan mereka
    pengecut dgn tidak mampu mengkritik tindakan karpal tu. marilah kita berikan lebih masa kepada kerajaan selangor yg baru supaya mereka dapat terus “membangunkan” negeri selangor. dulu kita di selangor seronok dgr cerita babi dinegeri sembilan, lepas tu kita gembira dgr kisah babi di melaka lepas ni kita akan berpesta dgr kisah babi di SELANGOR.
    TAHNIAH!!!!!

Leave a Reply