Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Kampung Pinangah - Antara Kemanusian dan Kemiskinan…

Salam bahagia pembaca sekelian dan Salam hormat orang-orang Sabah. Janji saya untuk ke Sabah dan melihat sendiri kalian di sana saya tunai sudah.

Sesampai di Kota Kinabalu saya terlebih dahulu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bagi mendapat gambaran jelas serta mendengar keperluan dan keadaan sebenar di Sabah terutama yang menyentuh tentang kementerian saya.

Pada sebelah malamnya saya mengadakan pulak pertemuan dan taklimat dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Sabah secara langung untuk berdailog dan mendengar masalah dan keperluan mengikut kawasan khusus berhubung kait dengan kementerian saya.

Kedua-dua majlis awal ini sudah cukup bagi saya  melihat apa yang perlu diberi penekanan di Sabah khasnya dalam usaha kementerian saya membasmi kemiskinan tegar di Sabah.

Ke esokan harinya saya bersama rombongan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memulakan lawatan. Pilihan pertama kami ialah di kawasan Parlimen Kinabatangan dan Kampung Pinangah sebuah kawasan terpencil di Sabah menjadi destinasi pertama saya.

Sebelum kami bergerak masuk saya dan rombongan diberi penerangan ringkas oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar tentang kesukaran untuk sampai ke Kampung Pinangan. Saya dimaklumkan dari Sandakan perjalanan ke kampong Pinangan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan melalui jalan berlopak dan berdebu memerlukan masa perjalanan selama 7 jam.

Lawatan saya ke kampong-kampung bukan majlis rasmi yang dirancang. Saya tidak menetapkan terlebih dahulu rumah mana yang saya ingin lawati. Keadaan ini bagi membolehkan saya melihat sendiri realiti kehidupan dan kemiskinan yang menghimpit penduduk di sana.

Saya sendiri yang memilih dan melawat rumah penduduk miskin dan menemui serta menemubual mereka. Dari sini sudah tentu gambaran yang diperolehi adalah tepat dan memudahkan saya dan kementerian untuk bertindak membantu mereka.

Lawatan dan tinjauan saya bukan retorik sebaliknya hakikat yang dapat dilihat dan dirasai sendiri. Saya mengunjungi sendiri rumah penduduk kampung yang ternyata dihimpit kemiskinan dan kesusahan. Malah isteri saya turut merasai keperitan tersebut.

Dari pipi kusap anak kecil ini jelas tergambar mereka juga sedang mewarisi kemiskinan dan kesusahan hidup ibu bapa mereka. Perkara ini menyentuh hati saya dan menguatkan lagi iltizam kementerian untuk membantu penduduk di pedalaman Sabah ini.

Mungkin anak kecil ini tidak mengenali apa-apa tentang kesusahan dan kemiskinan dan saya berjanji bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak akan terus mengabaikan nasib mereka.

Tidak berkasut atau lebih tepat lagi ‘berkaki ayam’ sudah menjadi perkara biasa bagi anak kecil di Kampung Pinangah ini. Ini semua membakar semangat saya untuk segera menarik keluar mereka dari himpitan kemiskinan ini melalui pendekatan dan usaha kementerian saya.

Di majlis ini juga saya berkesempatan menyampaikan bantuan seragam sekolah kepada pelajar miskin yang sebelum ini rumah mereka terlibat dalam tragedi kebakaran yang memusnahkan 35 buah rumah di kampung tersebut.

Saya terharu miskipun anak-anak kecil ini hidup dalam seribu kepayahan mereka tetap menjadi insan yang bijak menghormati tetamu. Saya dan isteri serta rombongan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh anak-anak kecil Tadika Kemas Kampung Pinangah. Terima kasih anak-anak ku…

Kampung Pinangah banyak mengajar saya erti kesusahan dan kepedihan. Lihatlah anak-anak kecil ini ke sekolah seawal pagi tanpa berkasut dan renungi lah kemiskinan dan keadaan rumah sebegini masih menjadi tempat untuk mereka berteduh.

Lawatan ke Kampung Pinangah ternyata menguatkan lagi iltizam dan semangat saya untuk terus membela mereka dan Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar tidak akan mensia-siakan nasib dan masa depan mereka.

Terima kasih orang-orang Kampung Pinangah. Meskipun singkat pertemuan kita namun ternyata banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Jumpa lagi…


11 Responses to “Kampung Pinangah - Antara Kemanusian dan Kemiskinan…”

  1. zack Says:

    Satu usaha yang bagus bagi seorang pemimpin yang melawat dan melihat sendiri keadaan kehidupan rakyat. Sesungguhnya kesusahan rakyat adalah suatu yang rialiti dan bukan benda yang direka reka. Saya amat menghargai kesungguhan YB dan saya harap usaha ini berterusan sepanjang YB menjadi pemimpin. Banyak lagi tempat tempat lain yang harus YB melawat dan saya rasa keadaan kemiskinan ini bukan hanya di Sabah atau Sarawak sahaja malah di Semenanjung juga. Terima Kasih

  2. Khairul Says:

    Salam Tan Sri,

    Tahniah atas usaha-usaha Tan Sri bersama kementerian. bagi saya wajar usaha tersebut memandangkan Sabah masih agak tertinggal walaupun telah merdeka sejak sekian lama. Mungkin mulai sekarang, tumpuan perlu lebih diberikan kepada Sabah dan Sarawak berbanding semenanjung, agar pembangunan yang dinikmati oleh seluruh rakyat malaysia akan lebih seimbang. Teruskan usaha murni itu, saya yakin Allah akan merahmati usaha-usaha murni tersebut, Insyaallah.

  3. wan azmi Says:

    Asalaimualakum TS

    saya amat berbangga dengan pendekatan untuk menyelami kesusahan dan keperitan rakyat yang dilakuakn oleh YB Menteri sendiri

    saya percaya dan yakin pendekatan ini amat berkesan kerana ianya memberi kesedaran kepada pegawai pegawai kementerian utk bersama sama YB Menteri dalam usaha membnatu golongan rakyat miskin dan pembangunan luar bandar yang lebih mampan

    Usaha ini mesti diteruskan kesemua daerah dan negeri, saya juga berharap kunjungan YB Menteri kekawsan saya di Manek Urai, kuala Krai Klentan

  4. UMNO Bahagian Pandan Says:

    Assalamualaikum,

    Tan Sri,

    Kampung Pinangah - Antara Kemanusian dan Kemiskinan, alhamdulillah syukur kepada allah kehidupan di lembah klang skang, apabila melihat keperitan dan kesusahan penduduk Kampung tersebut. Terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan juga UMNO khususnya. Perbandingan yang dapat di lihat daripada rombongan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat ketara, dari segi jaringan kemudahan perhubunganya, cara hidup, keadaan rumah, dari segi pemakaian, anak-anak kecil pergi ke sekolah tanpa memakai kasut yang sesuai dan juga ada yang berkaki ayam. Tabik hormat saya kepada Tan Sri dan kementerian Tan Sri bersama-sama ADUN dan Ahli Parlimen Sabah berjaya menyelamai permasalahan penduduk luar bandar. Janji Tan Sri “”Berjanji bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak akan terus mengabaikan nasib mereka”" diharap akan di kotakan. Saya doakan misi and visi kementerian Tan Sri berjaya. Insyallah.

  5. brader rez Says:

    Datuk Seri,
    Tersentuh hati saya melihat Datuk Seri sanggup ke pedalaman untuk menjalankan tugas … harap Datuk Seri meneruskan perjuangan membela nasib golongan luar bandar!

  6. Berahim Muyong Says:

    assalamualikum Tan Sri
    Tan Sri, terima kasih atas lawatan Tan Sri ke Sabah dan sempat meninjau kehidupan masyarakatnya.Saya berbangga kerana punya seorang pemimpin yang perihatin kepada rakyatnya. disini Tan sri saya ingin mengemukakan beberapa permintaan mewakili penduduk kampung Sungai Damit, Tamparuli ,Tuaran kami yang mana masalah ini telah lama berlaku tapi kami tidak tahu bagimana untuk menyelesaikan nya. saya senaarikan keperluannya Tan Sri,

    1. Majoriti penduduk kampung ini beragama Islam tetapi kami tidak mempunyai Sekolah Agama untuk anak-anak kampung ini belajar agama yang formal.
    2. Kami perlukan sebuak klinik Desa, penduduk kampung yang memerlukan rawatan atau berjumpa dengan doktor atau bidan terpaksa pergi ke Klinik Kg. Bundung yang jauh lebih 15 Km dan pekan Tuaran 12 km untuk itu kami mohom supaya kementerian luar bandar dapat membantu kami.
    3. Kelas bimbingan kakak-kanak Kemas perlu di perbaiki ( atau membina baru ) kekurangan peralatan pembelajaran.

    Oleh yang demikian Tan Sri kami sangat berharap sekiranya Tan Sri dapat me lawat Kampung Kami.

    wasalam

    Berahim Muyong
    saya boleh di hubungi melalui e mail diatas.

  7. Aloy Anak Sungai Says:

    Salam YB Tan Sri,
    Terima kasih kerana melawat Kinabatangan. Di No 4 Kg Lot L/M Bukit Garam misalnya( Terletak di sempadan Sandakan- Kinabatangan, Jalan Sandakan-Lahad Datu ) masih ada penduduk yang guna lampu minyak tanah dan minum air sungai, walaupun bekalan elektrik dan air paip kinabatangan ke Sandakan melaluai kawasan tersebut. ADR YB Datuk Hj Bong Mokhtar Hj Radin telah berusaha memenuhi keperluan rakyat tapi nampaknya ada lagi rakyat yang terpinggir. Di harap dengan lawatan Tan Sri ini pegawai-pegawai di kementerian Tan sri terutamanya Pegawai Daerah Kinabatangan melipatgandakan usaha agar tiada lagi rakyat terpinggir atau dipinggirkan. Tahniah sekali lagi moga usaha murni Tan Sri diberkati Allah.

  8. shahefendy Says:

    YB Tan Sri,

    Inilah model kepimpinan yang harus dipunyai oleh setiap kepimpinan kita. Tahniah dan syabas !

  9. fedoti Says:

    satu langkah yg baik untuk melihat keadaan sebenar negeri sabah, Tahniah Tan sri.Semoga lawatan seperti ini dapat memberikan perubahan yang sebenar kepada negeri sabah dan penduduknya.

  10. Muyong Berahim Says:

    apa ini ini si berahim muyong… itu sungai damit bukan tempat terpencil….minta macam macam…surau kau pun inda pegi….minta dulu dengan Allah baru kau minta kpd menteri….

  11. Muyong Berahim Says:

    Mana email kau….kata ada email diatas ,, ternyata enda ada..beginikah…mau ambil tahu hal hal kampung kunon…kalau ada aku email direct pada kau…inda payah aku menyampuk disini

Leave a Reply