Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Jangan bercakap lagi tentang siapa calon Permatang Pauh

Salam bahagia dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Agak lama saya tidak menulis di sini, kesibukan tugas rasmi dan pelbagai tugas yang sering menghimpit masa saya menyebabkan saya agak lama tidak menulis di ruangan saya ini. Apapun saya tetap mengikuti pandangan dan komen dari saudara-saudara semula. Sekali lagi terima kasih kerana tidak jemu-jemu singgah dan meninggalkan pesan di ruang ini.

Demokrasi yang kita amalkan masih segar dan nyaman di negara ini. Kerana demokrasi juga orang Permatang Pauh akan sekali lagi diheret dalam situasi pilihan raya kecil. Bukan kerana berlaku kematian pada mana-mana calon yang menang dalam pilihan raya umum lalu sebaliknya kerana pengorbanan seorang ‘isteri’ kepada suami tersayang.

Apapun, Barisan Nasional terutama Umno tetap menyambut kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan pastinya akan berdepan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Ogos ini.Calon PKR sudah kita ketahui dan sudah pasti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itupun yang dihajati oleh bekas Ahli Parlimen kawasan tersebut Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang bertindak mengosongkan kerusi tersebut. Namun bagi BN dan Umno calon yang dikira layak masih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan.

Jadi saya meminta semua pihak agar buat masa sekarang jangan terlalu banyak bercakap tentang calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Soal siapa bakal menjadi calon BN tidak seharusnya dijadikan perdebatan, sebaliknya membiarkan pucuk pimpinan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan.

Kita kena tunggu dan beri peluang kepada Perdana Menteri untuk membuat pilihan. Tunggulah, sekarang bukan lagi masa untuk bercakap soal siapa calon, tumpukan perhatian kepada jentera parti. Pastikan kita bersedia.

Saya percaya ketetapan mengenai calon BN akan diperhalusi oleh jawatankuasa di peringkat pucuk pimpinan BN dan akan diumumkan selepas berbincang dengan semua pihak termasuk UMNO di peringkat bahagian.

Siapa juga calon, kita akan sokong dan tumpuan perlu diberikan untuk persediaan pilihan raya. Keutamaan kita ialah memberi penjelasan kepada rakyat.


11 Responses to “Jangan bercakap lagi tentang siapa calon Permatang Pauh”

  1. Luth Says:

    Salam,

    Umno ada calon ke untuk bertanding? Atau hanya akan melepaskan batuk ditangga sahaja?

  2. JiMaN Says:

    Tan Sri,

    Dr. Wan Azizah sudah dikurniakan darjah kebesaran Pulau Pinang, Darjah Panglima Pangkuan Negeri sempena Ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang membawa gelaran Datuk Seri.

    Sewajarnya diperbetulkan di dalam artikel-artikel Tan Sri pada masa akan datang.

  3. Laksamana Din Says:

    Komen saya seperti berikut:-

    1. Setelah dikaji dengan teliti, saya cadangkan BN/UMNO tidak bertanding dikerusi Parlimen Permatang Pauh.

    2. Dengan mencabar Dato Seri Anwar, BN/UMNO pasti ada muslihat lain, hanya kepimpinan tertinggi UMNO yang mengetahuinya, untuk mengalahkan Anwar.

    3. Alasan BN/UMNO yang ingin memberi penjelasan terperinci kepada pengundi Permatang Pauh adalah alasan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal. BN/UMNO mempunyai jentera media nasional untuk memperjelaskan isu-isu kepada pengundi malahan cara berkempen adalah tidak efektif langsung.

    4. UMNO berkempen hanyalah untuk berdrama semata-mata, mengalih pandangan rakyat kerana disamping itu, ada starategi lain untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar (seperti yang tersebut di No. 2). Hanya UMNO yang mengetahuinya.

    5. Apa-apa strategi yang akan dilakukan oleh BN/UMNO tidak akan dapat mengalahkan Anwar. Anwar adalah strategis UMNO dahulu selama 15 tahun untuk mengalahkan PAS dan DAP dan beliau tahu cara-cara UMNO.

    6. BN/UMNO dinasihatkan tidak menghabiskan wang rakyat (sekiranya mengunakan jentera Kerajaan) dan juga wang UMNO dengan berbelanja besar di Pilihanraya tersebut.

    7. Saya setuju pandangan Tan Sri Anuar Musa supaya BN/UMNO patut boikot pilihanraya ini.

  4. azam Says:

    Assalamualaikum TS,

    Jika kena caranya pendekatan kempen oleh jentera UMNO dan BN di sertai pula dengan pemilihan calon yang dapat di terima oleh pengundi, maka kita yakin bahawa DS Anwar akan berhadapan dengan tentangan sengit daripada UMNO dan BN. Yakinlah bahawa sekurang-kurangnya majoriti PKR akan menurun. Tidak mustahil juga DS Anwar akan kecundang di gelanggang sendiri. InsyaAllah.

  5. Jo, Genting Malik Says:

    Salam TS
    Hari mengundi di Permatang Pauh sudah semakin hampir. Gelanggang telah pun dibuka. Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah dikosongkan Oleh DSWA telah diserahkan semula kepada pungundi di sana. Samada BN boleh rampas balik atau tidak itu kita serahkan kepada pengundi. Apa yang nak saya bincangkan tentang rancangan DSAI untuk menjadi PM setelah memenangi kerusi Parlimen di Permatang Pauh. Mengikut laporan-laporan dari media PKR beberapa orang ahli Parlimen BN tunggu isyarat saja untuk melompat parti untuk menyertai Pakatan Anwar Ibrahim seterusnya merampas pemerintahan BN.

    Apa yang saya dan pembaca blog ini ingin persoalkan. Kalaulah benar ada beberapa Ahli Parlimen BN akan melompat ke parti PR bagi memberi laluan kepada DSAI menjadi PM, dimanakah nilai moral Ahli Perlimen yang sebegini kerana sebagai pengundi, saya telah mengundi sipolan bin sipolan kerana saya percayakan parti yang dibawanya semasa bertanding. Namun apabila saja parti itu mendapat kemenangan yang diberi oleh pengundi, tiba-tiba Ahli Parlimen ini melompat meninggalkan partinya dan penyokongnya untuk kepentingan diri sendiri.

    Pada saya, sebagai pengundi saya tidak redha dan tidak izinkan perkara seperti ini berlaku kerana kalaulah benar ada Ahli Parlimen yang sebegini, maka inilah satu contoh pengkhianatan Wakil Rakyat (MP) kepada pengundinya. Maka saya ingin mencadangkan kepada Wakil Rakyat sebegini lebih baik kosongkan semula kerusi dan serahkan semula kepada pengundi. Jangan buat lompat-lompat, pening kepala pengundi.

    Ada pula ura-ura Ahli Parlimen di Sabah nak lompat parti kerana kecewa kerana tak dapat jadi menteri penuh. Ini satu lagi sikap mementingkan diri sendiri. Ada sebablah PM tak lantik mereka menteri penuh. Kalau nak berkhidmat untuk rakyat tak semestinya jadi menteri penuh baru boleh berkhidmat untuk rakyat. Cubalah fikir betul-betul. Sekarang adalah masa untuk melakukan baik pulih BN yang telah tercalar. Kekecewaan rakyat perlu diubati, dekati hati rakyat dan fahami masalah-masalah pokok agar BN kembali kepada perjuangan asal. Jangan sampai suatu hari nanti BN tinggal hanya sejarah untuk diratapi oleh bangsa Melayu.

    Hidup UMNO dan BN

  6. Sukj Says:

    Salam Tan Sri,

    1. Dalam apa jua pertandingan, pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

    2. Diharapkan pihak yang menang tidak lupa pada janji. Manakala pihak yang kalah tidak akan terus merasa kecewa.

    3. Paling penting kehidupan rakyat dikawasan Permatang Pauh semakin bertambah makmur.

    http://suarasukj.blogspot.com

  7. pemuda cinta kn bangsa Says:

    letak je sape-sape…
    kami tetap sokong pak lah..

  8. khairul Says:

    Semoga BN dapat menawan kembali Parlimen Permatang Pauh.

  9. sAYOT2 Says:

    Mat Taip…Saya tak pernah merasa Demokrasi yang segar dan nyaman itu..hidup yang saya lalui selama ini adalah terhimpit dan di himpit oleh deskremenasi oleh pihak Dacing.

  10. shah efendy Says:

    YB Tan Sri,

    Dari sumber yang diperolehi di Permatang Pauh, mereka menyatakan bahawa pengundi lebih suka DS Dr. Wan Azizah daripada DS Anwar Ibrahim. Namun demikian, menurut sumber, DS Dr. Wan Azizah juga susah nak tunjuk prestasi kerana sumber kewangan di tangan Kerajaan BN yang memerintah masa tu. Kehadiran sesekali ke kawasan tersebut atas tiket wakil rakyatpun hanya sekadar ‘lawatan lalat’. Sekejap-sekejap balik KL. Lama-lama kat sana nanti kena ‘pau’ dengan pengundi pulak ! Paham-paham jerlah, grassroot nak hidup jugak ! Apapun, selamat berjaya BN !

  11. SAIFUL KARI Says:

    Saya rasa kita hantar menteri PEYAPU, senang sikit kita nak sapu bersih Kemenangan BN……….

Leave a Reply