InsyaAllah, saya yakin cukup quota pencalonan
Salam sejahtera untuk semua. Hari ini, esok dan sepanjang minggu ini hampir 38 bahagian Umno lagi akan mengadakan persidangan tahunannya. Setakat ini bagi saya persidangan bahagian-bahagian berjalan lancar dan mencerminkan semangat musyawarah sebuah keluarga besar Umno. Jika ada terdapat sedikit sebanyak disana sini kekurangan yang berlaku, bagi saya itu semua adalah proses sebuah pemilihan.
Petang tadi selepas mesyuarat pasca kabinet di kementerian ramai rakan wartawan yang menunggu. Meskipun banyak soalan yang diaju termasuk berkaitan dengan kementerian saya, namun ‘cerita politik’ juga yang lebih menarik.
Ada rakan wartawan yang bertanya saya, apakah saya akan melepasi quota pencalonan untuk jawatan timbalan presiden. Satu soalan yang menarik kerna setakat ini saya dilihat cuma mampu meraih 9 pencalonan sahaja. Sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun layak bertading setelah melepasi quota yang ditetapkan. Manakala rakan saya Dato’ Seri Mohd Ali Rustam sudah mendapat 13 pencalonan.
Bagi saya, InsyaAllah, saya yakin akan melepasi quota yang ditetapkan bagi pencalonan jawatan timbalan presiden. Keyakinan ini berdasarkan masih terdapat 127 lagi bahagian yang belum mengadakan persidangan dan hujung minggu ini sejumlah 38 bahagian akan bersidang. Sudah tentu dari jumlah yang ada saya tidak mendapat pencalonan dari bahagian.
Secara logik juga di Selangor sendiri masih terdapat 15 bahagian yang belum bersidang dan saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, masakan mereka tidak memberi pencalonan kepada saya.
Saya memerlukan 30 pencalonan sahaja lagi untuk layak bertanding dan saya yakin rakan-rakan pimpinan umno bahagian yang belum bersidang akan memberi pertimbangan kepada saya.
Apapun, kepada bahagian-bahagian yang akan bersidang hujung minggu ini, saya mengucapkan selamat bersidang dan selain daripada mematuhi peraturan dan perlembagaan yang ada kita juga tidak terlepas dari akur kepada adab dan adat budaya melayu. Kerana antara Umno dan Melayu itu ianya sudah sebati dan serasi. Salam perjuangan dan Selamat Bersidang






October 25th, 2008 at 12:00 pm
YB diharap dapat pencalonan yang secukup untuk bertanding jawatan No2 dalam Umno . YB di lihat sebagai pemimpin yang mesra rakyat dan mengambil berat kebajikan semua rakyat semasa kepimpinan YB sebagai MB selangor…moga2 berjaya.
October 25th, 2008 at 1:06 pm
DENGAR KHABAR DPT PERCALONAN DARI MARANG PULA HARI NI…….ORG GANU
October 25th, 2008 at 8:45 pm
Salam sejahtera dan salam perjuangan Tan Sri, Saya percaya dan yakin Tan Sri akan melepasi quota yang ditetapkan bagi pencalonan jawatan timbalan presiden berdasarkan bukan sahaja pemerhatian saya sendiri akan tetapi juga pemerhatian oleh para pemimpin serta perwakilan di bahagian UMNO lain terhadap kepimpinan Tan Sri sama ada dalam parti UMNO mahupun selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar dan wilayah.Saya berpendapat bahawa Tan Sri adalah satu-satunya pemimpin veteran UMNO yang banyak berjasa dan tidak pernah abai tanggungjawab seorang pemimpin dari dulu lagi mahupun sekarang ini.Apapun yang berlaku terhadap diri Tan Sri dalam parti ataupun kerajaan,pernah pegang jawatan tinggi dalam kerajaan selaku Menteri Besar Selangor dan pernah juga tidak berjawatan akan tetapi masih juga setia kepada parti UMNO dan kerajaan. Berdasarkan kepada prinsip kestiaan maka adalah paling sesuai Tan sri patut di calonkan untuk jawatan timbalan presiden.Syabas Tan Sri,banyak lagi bahagian UMNO belum bersidang dan jikanya 15 bahagian UMNO yang ada di selangor untuk mencalon Tan Sri untuk jawatan timbalan presiden dan sudah pasti Tan Sri akan mendapat pencalonan dari bahagian lain khususnya dari Sabah.Saya menemui beberapa pemimpin serta perwakilan bahagian UMNO di Sabah, saya yakin dan percaya Tan Sri akan mendapat pencalonan dari mereka.Teruskan perjuangan Tan Sri semoga berjaya dalam pertandingan jawatan timbalan presiden pada bulan Mac tahun depan.
Selamat Berjuang!!!
CHARLES MASUIL
October 25th, 2008 at 9:12 pm
“Secara logik juga di Selangor sendiri masih terdapat 15 bahagian yang belum bersidang dan saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, masakan mereka tidak memberi pencalonan kepada saya” dengan ayat yang di atas, saya rasa tan sri patut mendapat 15 daripada 15 bahagian dari selangor itu. saya rasa amat kecewa di atas apa yang telah dilakukan oleh shah alam, mereka ibrat duri dalam daging. “respect your leader” langsung tiada dalam kamus mereka. tan sri harus berwaspada pada talam dua muka.
semoga tan sri mendapat bukan sahaja 39 perncalonan tetapi lebih daripada itu, tan sri seorang sahaja antara ahli politik yang betul betul memperjuangkan nasib kaum melayu, meninggikan maruah dan martabat melayu “you are the true malay leader”
October 26th, 2008 at 10:12 am
org sabah mcm mana tan sri..boleh dpt undi mereka tak?
October 28th, 2008 at 8:39 am
Syabas dan Tahniah Tan Sri,
Syabas dan terima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Penampang,Ybhg.Datuk John Ambrose,Saudara Fredie Sua, Saudara Valantine Nieh,Saudara Charles Jomiji serta perwakilan persidangan UMNO Penampang pada 27 Okt kerana dengan sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd.Taib untuk timbalan presiden UMNO. Kita harap bahagian UMNO yang belum bersidang agarnya juga mengekuti jejak bahagian UMNO Penampang yang mencalonkan Tan Sri untuk jawatan timbalan presiden UMNO. Teruskan perjuangan bersama Tan Sri Muhammad Muhd.Taib , bakal timbalan presiden UMNO.
Selamat Bersidang.
CHARLES MASUIL
October 28th, 2008 at 7:06 pm
Peristewa dan sejarah tulin pemilihan calon timbalan presiden yang berlaku di persidangan perwakilan UMNO bahagian Penampang pada 27 Okt adalah benar-benar tulin kerana persaingan antara Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd.Taib masing-masing mempunyai penyokong tersendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan tanpa politik wang. Saya dengan senyap-senyap berkempin untuk Tan Sri Muhammad Mhd.Taib sudah sekian lama ia itu sabulan yang lalu kepada perwakilan. Saya berkempin,bercakap dan bertukar-tukar pendangan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhammad Muhd.Taib tanpa wang ringgit.Saya berkempin secara kerelaan dan ketulusan hati kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib berdasarkan kepada kepercayaan saya kepada beliau selama ini. Saya akui Tan Sri Muhammad Muhd.Taib tidakpun kenal siapa saya yang seorang ahli UMNO biasa di Penampang.
Kami tidak pernah bersuamuka tetapi saya rela untuk berkempin kepada beliau kerana Tan Sri Muhammad Muhd.Taib,seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan boleh berganding bahu dengan Dato Seri Najib untuk masa depan negara, bangsa dan agama.Saya masih meneruskan kempin saya kerana saya tahu banyak lagi bahagian UMNO di Negeri Sabah belum bersidang.Saya berharap agar mana-mana bahagian UMNO sama ada di Sabah atau di negeri lain di semenanjung yang belum bersidang supaya memberi luang dan mencalonkan kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden UMNO.
Selamat Bersidang.
CHARLES MASUIL
October 30th, 2008 at 2:14 am
assalamualaikum tan sri
saya percaya dan yakin bahawa tan sri akan layak bertanding
cuma saya harap menang atau tewas nanti sebagai orang no2 UMNO
atau sekurang-kurangnya sebagai pengerusi badan perhubungan negeri selangor
jangan la ada dendam pada beberapa bahagian yang tidak mencalonkan tan sri
satu hari nanti mereka akan sedar kesilapan mereka dan menyesal atas tindakan
kurang bijak ini. harap tan sri dapat maafkan mereka yang tidak tahu berterima kasih,
pelupa dan kurang ajar ini.
jika ke sabak bernam sudi-sudikan hubungi saya
banyak yang ingin saya tanyakan secara bersemuka dengan tan sri
itupun kalau singgah ke sabak bernam la
October 31st, 2008 at 4:49 pm
salam buat ts dan keluarga, moga allah memberi kesejahteraan dan seterusnya memberkati apa yg ts buat sekarang ini, terutamanya dalam memperjuangkan agenda bagi orang2 melayu. bagi saya tiada halangan buat ts untuk melepasi pencalonan sebagai calon timb presiden umno, kerana ini adalah kali kedua calon dari selangor menawarkan diri sejak sekian lama. tak perlu saya tulis disini tentang kelebihan ts kerana memang semua org sudah tahu, cuma samada orng nak akuinya atau tidak, doa saya semoga ts berjaya demi untuk melayu semua
October 31st, 2008 at 5:14 pm
Salam Tan Sri.
Tiada kemajuan. Macam tulah. Saya membayangkan bila TS ada laman Blog ni, suatu bentuk pembaharuan terutama dalam mencambahkan idea bernas kepada semua, tak kira apa peringkat, malang dua kali…..takde apa yang baru.
Isu utama… bangsa lain dari Melayu/Bumiputra dok tuntut hak Melayu/Bumiputra di lucutkan…tapi TS bawa isu “….yakin cukup kota….” tak perlu jadi Timb. Presiden UNMO..pun boleh juga berbakti….Malang nasib lagi…YB DAP boleh dakwa UMNO Dulu, Kini dan setakat ni!!! apa respon TS pasal ni, Bagaimana nak membetulkan kata-kata hina ni! Apa dah jadi!!!
Salam TS….ni kali terakhir saya dalam Blog ni! harap maaf kalau komen saya mnyakitkan hati TS dan pembaca lain…..tapi ni lah sebenarnya terbuku dalam otak dan hati saya.
November 1st, 2008 at 1:10 pm
Assalamualaikum,
InsyaAllah Tan Sri akan dapat melepasi kuota untuk bertanding Timbalan Presiden nanti….
Saya selalu berdoa agar Tan Sri berjaya Jadi Timbalan Presiden parti. Pada pandangan saya Tan Sri layak untuk jawatan itu… Dengan ‘terealisasinya’ Selangor era pemerintahan Tan Sri dan usaha² Tan Sri merapatkan ukhwah diantara masyarakat sebelum PRU yang lepas, itu adalah bukti yang jelas…Dimana kedudukan Tan Sri sebagai pemimpin. Cuma saya berharap, sikap ikhlas Tan Sri sekarang terus kekal hingga ke akhir hayat. Dalam usaha Tan Sri nak menjaga masyarakat Malaysia yang majmuk amnya dan orang melayu sendiri khasnya. Tan Sri perlu ingat, masyarakat sekarang semakin bijak… Mereka menilai sendiri pemimpin yang ada diatas… Contoh terbaik ialah PRU yang lepas…
Bagaimana kita nak atasi keadaan ini??… Saya rasa pendekatan yang terbaik ialah, pemimpin mendekati masyarakat…bukan mendekati ahlinya sahaja… kerana yang memilih kita nanti bukan hanya ahli….Tapi yang lebih besarnya ialah MASYARAKAT dalam Malaysia ini.
Terima Kasih kerana membaca pandangan saya…. Maaf sekiranya tulisan saya ada menguris sesiapa…
November 1st, 2008 at 3:54 pm
Semoga berjaya Tan Sri. Perbetulkan lah UMNO dan bersihkan lah UMNO dari trademark lebih raja dari raja.
November 2nd, 2008 at 10:46 am
Saya tidak pernah berjumpa mahupun mengenali Tan Sri, walaupun Tan Sri telah menghadapi satu penginayaan politik olih orang UMNO sendiri tetapi Tan Sri masih yakin dengan perjuangan UMNO yang ramai generasi sekarang merasa kurang yakin kecuali mereka yang opportunist dalam perjuangan mereka. Mungkin ini lah kelebihan semangat perjuangan yang ada pada Tan Sri atau pun Tan Sri punya agenda yang lebih besar.
Saya pernah terbaca dalam satu artikel di mana bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew pernah menyatakan bahawa UMNO akan menghadapi kehancuran di abad ke 21. Apakah yang berlaku sekarang ini menunjukan bibit bibit kehancuran tersebut telah tiba?
Saya tidak pernah menyertai mana mana perti politik tetapi tetap “Melayu Baru” dan saya berpandangan sekira nya seorang pejuang bangsa seperti Tan Sri di ketepikan dalam pencalonan UMNO kali ini maka saya yakin UMNO tidak punya masa depan. Tetapi sekira nya Tan Sri berjaya maka teruskan lah perjuangan dan laku kan lah keberanian Tan Sri seperti semasa menjawat MB Selangor satu ketika dahulu dengan sikap “membujur lalu melintang patah” hanya berhati hati apabila memilih penasihat dan teman perjuangan. Semoga berjaya Tan Sri-jangan takut dan jangan gentar ALLAH bersama mu.
November 4th, 2008 at 12:36 am
salam
ape yg akn tan sri lakukan jika anda mnang jwatan ini?
sy tgok kbykan pemimpin skrg semuanye mcm mahu mengkayakan diri dan kroni msg2.
ingatlah duit 2 hnya di dunia, tdak akn kkal slamanya..
November 4th, 2008 at 8:25 pm
sAYA BERDOA KEHADRAT ALLAH SWT SEMOGA YB TAN SRI LAYAK BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN , PADA SAYA SEORANG BEKAS KOMANDO HANYA YB TAN SRI DAPAT MEMAHAMI MASALAH RAKYAT AKAR UMBI DAN SAYA BERHARAP JIKA YB TAN SRI MENANG TIMBALAN PRESIDEN KEHIDUPAN BEKASX TENTERA MENDAPAT LAYANAN YANG LEBIH BAIK DARI SEKARANG. DARI SAYA ANAK BUAH ABU BAKAR RELA HULU SELANGOR.
November 11th, 2008 at 2:42 am
Salam hormat ,
Tahniah TS quota dah melepasi semoga pemilihan terus bertambah dan quota terus meningkat insyaallah, semuga impian murni TS menjawat jawatan TPM tercapai .
December 12th, 2008 at 12:00 am
Tan Sri usahakanlah untuk menang Timb. Presiden. Saya doakan Tan Sri berjaya.