Hati-hati jangan sampai tertangkap…
Salam untuk semua. Nampaknya keadaan politik negara tidak pernah sunyi dari ‘kejutan’ demi ‘kejutan’. Namun apa sekalipun kita perlu menyerah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil keputusan. Rakyat dan orang awam tidak seharusnya membuat keputusan sendiri dan bertindak sendiri. Kesannya sudah pasti rakyat dan negara yang menerimanya.
Namun, untuk kali ini saya lebih berminat bercerita tentang betapa Umno tetap bertegas dalam soal pemilihan parti diperigkat cawangan,bahagian mahupun pemilihan jawatan tertinggi parti Disember nanti.
Tegas bagi Umno, boleh berkempen tetapi mesti tertakluk kepada tata cara dan etika yang tegas dan ketat.Oleh itu, saya meminta ahli yang mahu bertanding pada pemilihan Umno hanya berkempen selepas ibu pejabat parti mengeluarkan tata etika pemilihan yang baru pada 17 Julai ini.
Adalah tidak wajar calon memulakan kempennya pada masa ini sedangkan tata etika mengenai berkempen masih belum dikeluarkan oleh parti. Walaupun, kita tahu dan tidak mampu menghalang mana-mana ahli yang berkempen secara tersembunyi ke mana-mana bahagian dan cawangan.
Kita tahu ada ahli Umno yang sudah pun berkempen secara senyap sejak tiga atau empat bulan lalu jadi kita minta mereka berhati-hati, jangan sampai tertangkap.
Tata etika pemilihan ini bukan bermakna Umno hendak menghalang ahlinya dari menawar diri bertanding dalam parti. Begitu juga Umno tidak pernah menghalang ahlinya yang hendak bertanding untuk menghadiri majlis tertentu termasuk kenduri kahwin, tahlil dan sebagainya, dengan syarat tidak menjadikan majlis itu sebagai medan untuk mereka berkempen.
Peraturan kali ini tetap sama dengan peraturan terdahulu iaitu setiap calon dilarang berkempen pada majlis keramaian dalam tempoh enam bulan sebelum pemilihan.






July 3rd, 2008 at 12:07 pm
saya sebagai presiden persatuan penduduk bandar puncak alam fasa 2 42300 selangor darul ehsan indin bertanya sama ada pihak kementerian pembangunan luar bandar mempunyai peruntukan untuk membantu kami persatuan penduduk bandar puncak alam faas 2 42300 selangor melengkapkan balai masyarakat bandar puncak alam satu projek yang dibiayai olih kementerian kerajaan tempatan melali Majlis Daerah Kuala selengor . Balai ini telah siap pada bulan Disember 2007 dan pihak majlis daerah kuala selangor telah menyerahkan urusan pengguaan balai ini kepada persatuan kami.Balai ini tidak dilengkapi sebarang kemudahan dan persatuan berharap kementerian pembangunan luar bandar dapat bantu persatuan melengkapakan balai ini dari segi kelangkapan seperti kerusi plastik, kerusi vip, rostrum, pentas, meja , kipas angin dan penghawa dingin untuk bilik mesyuarat. terima kasih. saya bolih dihubungi melalui talian 0173875625
July 3rd, 2008 at 2:09 pm
YB Tan Sri,
Pemimpin harus bersih daripada sebarang perlakuan buruk yang mencemar nama parti. Apatah lagi, bagi seorang Islam ianya amat nyata dan berdosa jika membabitkan perkara-perkara yang di luar dari batas agama suci kita ! MORAL satu hal yang perlu diberikan perhatian utama, tidak saja ‘RM politik’. Jangan buat benda-benda yang ‘terlarang’ dan keluar dari hukum Tuhan ! Untuk menjadi pemimpin yang bersih, calon juga harus menjaga tata susila yang baik agar rakyat lebih meyakini mereka. Kepada pemimpin-pemimpin Melayu, ingatlah bahawa AMANAH Allah adalah kunci utama kepada penawaran anda dalam apa jua jawatan yang dihajati ! Jangan cakap lain buat lain. Jikapun manusia tidak mampu melihat segala perlakuan buruk anda, tetapi ALLAH maha melihat. Selamat menawarkan diri !
July 3rd, 2008 at 3:21 pm
saya setuju dgn saranan ts agar berhati- hati dan jgn berkempen sebelum tata etika berkempen dikeluarkan, itu diperingkat tertinggi. Bagaimana pula diperingkat bahagian (maaf andai soalan bodoh yg saya keutarakan), sedangkan apa yg saya ketahui diperingkat bahagian rata2 calon yg menawarkan diri untuk apa saja tempat telah mula melakukan gerak kerja dgn menyusun jentera2 masing2 daripada 2 tahun yg sudah. Jadi saya harap agar tidak diperketatkan sangat undang2 bagi mereka2 yg ingin bertanding diperingkat bahagian. Kerana apa sekiranya diperketatkan sangat hingga tidak boleh bercakap dikhalayak ramai bagaimana kita hendak memilih calon bagi yg benar2 layak bagi mengemudi barisan yg akan datang, sudah tentu tugas berat menanti kita dimasa akan datang bagi mengembalikan kuasa yg selama ini telah berada ditangan kita. Jadi saya harap agar UMNO lebih banyak bertolak ansur, atau senang kata biarlah parti keramat kita berpegang teguh pada amalan yang selama ini diperjuangkan iaitu amalan Demokrasi. Buat ts renung2lah untuk kami yg berada dibawah. Wassalam
July 4th, 2008 at 9:47 pm
TS
Politik wang dalam UMNO dah jadi macam darah daging..
Isu Isa Samad adalah buktinya…
July 7th, 2008 at 8:26 am
tan sri saya rasa penulisan penulis ini boleh dipertikaikan faktanya…klu boleh, UMNO amik tindakan undang2 kepada penulis ini seperti dikenakan kepada raja petra…..banyak kesalahan fakta didalam penulisan yang berdasarkan emosi semata-mata.
Wan Azizah ibarat Aquino?
Amin Iskandar | Jul 5, 08 8:43am
Hujung minggu lepas kita dikejutkan dengan satu lagi episod konspirasi politik untuk membunuh karier politik Anwar Ibrahim, ketua umum PKR yang sering dinamakan oleh media antarabangsa sebagai “prime minister in waiting” (bakal perdana menteri).
Hanya dengan sekelip mata, nama Mohd Saiful Bukhari Azlan bekas pelajar Uniten menjadi popular dan dikenali di seluruh negara lantaran laporan polis yang dibuatnya terhadap Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.
Saiful Bukhari yang pernah bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar mandakwa pernah diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu beberapa kali termasuk yang terkahir pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Desa Damansara.
Laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari itu mengejutkan ramai pihak. Yang lebih mengejutkan lagi apabila Anwar memberitahu bahawa beliau menerima ancaman bunuh.
Perkara ini diumumkan oleh Dr Syed Husin Ali, timbalan presiden PKR sewaktu sidang akhbar di Hotel Quality, Shah Alam pada 29 Jun. Sidang akhbar tersebut pada mulanya untuk Anwar Ibrahim menjelaskan laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari.
Akan tetapi atas sebab keselamatan, Anwar tidak dapat hadir oleh kerana beliau berlindung di kedutaan Turki.
Ancaman bunuh yang didakwa diterima oleh Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang serius.
Jika dakwaan Anwar itu benar, bermakna regim Abdullah-Najib sudah berada dalam keadaan terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa mereka.
Bunuh-membunuh dalam politik bukanlah perkara baru di Malaysia. Walaupun ia tidak sehebat negara jiran kita seperti Filipina dan Indonesia, tetapi sejarah telah membuktikan ia boleh berlaku.
Sewaktu zaman Parti Komunis Malaya (PKM) mengangkat senjata, ramai pejuang-pejuang telah dibunuh.
Tentu kita tidak boleh lupa tentang “Peristiwa Memali” pada 19 November 1985 yang menyaksikan 18 orang penduduk Kampung Memali terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain tercedera.
Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu mengatakan Ibrahim Libya dan penduduk kampung tersebut mengancam keselamatan negara, persepsi umum tetap mempercayai bahawa peristiwa tersebut berlaku kerana Ibrahim Libya menggugat politik Mahathir-Musa.
Berbalik kepada tuduhan liwat dan ancaman bunuh kepada Anwar. Walaupun tuduhan liwat masih lagi dalam siasatan polis, masyarakat umum sudah tidak mempercayainya dan menganggap ia satu lagi ulangan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.
Rata-rata orang yang saya temui termasuk beberapa orang ahli-ahli Umno berasa marah dengan tuduhan liwat “kali kedua” terhadap Anwar. Bagi ahli Umno yang saya temui, jika benar tuduhan liwat tersebut adalah konspirasi, ia akan mempopularkan lagi Anwar sekaligus mencerahkan peluang bekas timbalan perdana menteri tersebut untuk mengambil alih Putrajaya.
Dalam tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Center sebuah badan bebas, majoriti rakyat Malaysia yang mereka temubual, tidak mempercayai tuduhan liwat terbaru terhadap Anwar.
Menurut Ibrahim Suffian, daripada 225 orang yang ditemubual, 60 peratus daripada mereka merasakan bahawa tuduhan terbaru terhadap ketua umum PKR bermotifkan politik.
Mengenai ancaman bunuh terhadap Anwar, bagaimana jika ia benar-benar berlaku? Apakah akan terjadi jika Anwar terbunuh akibat daripada konspirasi untuk menghalangnya mengambil alih Putrajaya?
Di Filipina, pernah berlaku satu peristiwa yang seakan-akan sama. Pada 21 Ogos 1983, Ninoy Aquino pulang ke Filipina setelah tiga tahun hidup dalam buangan di Amerika Syarikat akibat ditekan oleh regim Marcos.
Beliau adalah tokoh pembangkang yang popular dan menjadi alternatif kepada diktator Marcos. Sebaik saja mendarat di lapangan terbang antarabangsa Manila, Ninoy Aquino dibunuh oleh agen-agen diktator Marcos.
Pembunuhan Ninoy Aquino telah menyebabkan kemarahan di kalangan rakyat Filipina. Rakyat hilang kepercayaan kepada pemerintahan regim Marcos dan tindakan tersebut telah mendorong kepada apa yang dipanggil “civil disobedience” secara besar-besaran.
Isteri Ninoy, Corazon Aquino telah diangkat menjadi ikon kepada kebangkitan rakyat. Pada 7 Febuari 1986, pilihanraya presiden berlangsung. Marcos ditentang oleh Corazon Aquino. COMELEC (SPR bagi Filipina) mengumumkan Marcos sebagai pemenang pilihanraya tersebut.
Akan tetapi, keputusan kiraan cepat yang dibuat oleh National Movement for Free Election (NAMFREL), sebuah badan pemantau pilihanraya yang tertua di dunia memihak kepada Corazon Aquino.
Majoriti rakyat lebih mempercayai keputusan pilihanraya yang dikeluarkan oleh NAMFREL berbanding dengan COMELEC.
Kebangkitan rakyat secara besar-besaran bermula apabila menteri pertahanan Filipina pada ketika itu, Juan Ponce Enrile dan pemimpin tentera Lt. Gen Fidel Ramos, mengumumkan dalam satu sidang akhbar pada 22 Febuari 1986 bahawa Marcos telah memanipulasi pilihanraya.
Oleh kerana itu, mereka tidak lagi menyokong Marcos dan Corazon Aquino adalah presiden Filipina yang sah.
Kenyataan Enrile dan Ramos tersebut telah menyebabkan kemarahan rakyat terhadap diktator Marcos memuncak. Rakyat berdemonstrasi selama tiga hari sehinggalah Corazon Aquino ditabalkan sebagai presiden Filipina yang sah dan Marcos melarikan diri ke Amerika Syarikat.
Begitulah serba sedikit sejarah yang pernah berlaku di negara jiran kita, Filipina.
Hari ini di Malaysia situasi yang berlaku seakan-akan sama. Malaysia pada hari ini mengalami kemerosotan ekonomi. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dengan drastik telah menyebabkan inflasi meningkat.
Dalam masa yang sama, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap regim Abdullah-Najib. Pilihanraya 8 Mac telah menyaksikan BN kehilangan beberapa buah negeri dan kuasa dua pertiga di parlimen.
Jika penggunaan “dakwat kekal” dilaksanakan pada pilihanraya umum yang lalu, kemungkinan besar kerajaan BN telah menjadi sejarah.
Berulang kali Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai “cukup” ahli parlimen yang ingin melompat menyertai Pakatan Rakyat dan menumbangkan kerajaan BN.
Malahan Anwar turut memberi “dateline” pada 16 September bersamaan dengan tarikh penubuhan Malaysia pada 1963. Regim Abdullah-Najib bertambah cemas apabila presiden SAPP Yong Teck Lee mengumumkan bahawa ahli parlimen daripada partinya akan membawa usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dalam sidang dewan rakyat.
Walaupun usul undi tidak percaya ini masih belum berlaku, ia meninggalkan “trauma” kepada regim Abdullah-Najib. Maka sebab itulah rakyat mudah untuk mempercayai dakwaan Anwar bahawa wujudnya konspirasi kali kedua untuk menghancurkan karier politik yang telah beliau bina setelah hampir sepuluh tahun bergelumang dengan pahit-manis politik dan merengkok enam tahun di dalam penjara.
Jika benar para konspirator berniat untuk membunuh Anwar secara fizikal, tidakkah mereka melihat sejarah yang pernah berlaku di Filipina?
Memang benar di Malaysia belum pernah lagi berlaku “people’s power” yang mampu menumbangkan kerajaan. Akan tetapi, perkara tersebut tidak mustahil untuk dilakukan.
Sama seperti pilihanraya umum 8 Mac. Dengan halangan yang begitu besar seperti SPR yang tidak bebas, media yang berat sebelah dan jentera kerajaan yang dimanipulasi oleh BN, Pakatan Rakyat masih berjaya merampas lima negeri dan 10 daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan di Wilayah Persekutuan.
Jika Anwar berjaya dibunuh oleh para konspirator, tidak mustahil Azizah akan mengulangi sejarah Corazon Aquino di Filipina sekali gus menjadi perdana menteri pertama dari golongan wanita.
July 9th, 2008 at 6:43 pm
Assalamualaikum YB TS
Saya ahli umno.Jika ketua bahgian atau perhubungan negeri ingin menyatakan sokongan terhadap sesiapa sahaja pada masa ini pada pendapat saya hanya atas mandat yg lepas.pada pemilihan cawangan yang akan dijalankan saya harap calon yg betanding akan memberitau siapa yg akan disokong beliau dan begitu juga untuk pemilihan keperingkat lebih tinggi nanti.ini agar orang seperti saya dapat membuat pemilihan yang mewakili kehendak akar umbi.jangan menukar mandat apabila telah dipilih nanti.saya harap semua ahli dapat menghadiri pemilihan itu nanti.jika kita gagal untuk memilih sesiapa sebagai wakil suara akar umbi nanti kita jangan persalahkan mereka yg dipilih.salahkan diri sendiri.sebagai pemulaan saya tidak akan memilih penyadang jawatan dicawangan saya atau bahagian walaupun beliau itu wakil rakyat bahkan menteri jika mereka memilih utk menyokong pm dan tpm sekarang.utk pemilihan kali ini wakil yg akan saya pilih tidak perlu mempunyai vision atau apa pun tapi cuma satu tidak akan memilih pm dan tpm sekarang.
dan jika YB TS dari cawangan dan bahgian saya, saya sanggup menawarkan diri mencabar YB TS jika tiada siapa yg sanggup melawan arus walaupun hanya utk 1 penggal.ahli akar umbi perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dan perlu menyokong mereka yg telah dipilih apabila semua pemilihan ini selesai.jangan salah menyalah jika kehendak masing masing tidak tercapai.
July 21st, 2008 at 2:57 am
Saya menawarkan diri bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian tapi saya agak terkilan dengan rakan-rakan yang lain yang menggunakan wang untuk meraih pencalonan menyebabkan saya yang tidak mempunyai wang terasa jauh terasing dan terpinggir. Saya cuba mendapat simpati dari rakan-rakan di peringkat cawangan dan minta mereka memilih pemimpin yang bersih (tidak bergantung pd wang untuk naik) dan memikirkan nasib anak bangsa mereka pada masa depan, namun Tan Sri mereka menjawap kalau tak ada wang tak usah bertanding, kalau setakat guna air liur mereka kata tak akan kemana. Saya sangat sedih dengan gejala ini Tan Sri tapi bukan mudah untuk membuktikan politik wang kerana peringkat akar umbi sendiri yang menggalakan penggunaan wang jadi mana mungkin mereka berani tampil menjadi saksi jauh sekali membuat aduan. Tapi sekiranya gejala ini tidak dibendung maka UMNO akan hancur satu masa nanti kerana yang menjadi pemmpin adalah orang yang kuat merasuah dan kalau mereka berani rasuah (guna wang untuk jadi pemmpin) maka mereka ini tidak akan teragak-agak mengambil rasuah bila ada peluang. Orang yang bermula dengan jahat pasti akan berterusan jahat untuk mempertahankan jawatannya dan yang berjiwa bersih (tidak guna wang) atau mereka yang punya tokoh kepimpinan / kewibawaan / karisma tapi tidak berduit akan terpinggir dan tidak mendapat tempat di dalam UMNO. Itu sebabnya kita dapat pemimpin sekarang yang bercakap macam budak tadika KEMAS yang langsung tiada ciri-ciri kepimpinan kerana mereka berjaya menjadi pemimpin kerana menggunakan wang.
July 23rd, 2008 at 11:57 pm
Politik wang seudah sinonim dengan UMNO dari peringkat atasan MT hinggalah peringkat cawangan. Ini menjadikan UMNO semakin lemah dan dipinggirkan rakyat lantaran pemimpin UMNO mata duitan bermula dari ketua cawangan hinggalah peringkat tertinggi parti. Ada wang pemimpin disayang tiada wang pemimpin dibuang. Pemimpin Atasan UMNO hanya pandai bercakap pasal politik wang sedangkan merekalah ‘rajanya’. Cakap tidak serupa bikin inilah menjadikan poltik wang dalam UMNO sukar dibendung.
August 4th, 2008 at 1:55 am
biarlah mereka dengan politik wang yang sudah menjadi darah daging mereka.Kita sama2 bergerak keluar dari UMNO dan biarkan korupsi terus subur dlm Umno.Memang penyakit ini dah tak boleh diubati lagi.Semua pemimpin tertinggi rata rata mengamalkan korupsi.Kita cuma rakyat biasa saja.Tak guna menasihati mereka ibarat anjing menyalak bukit.