Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Harap Hadi serius dengan cadangannya

Saya setuju dengan saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengajak UMNO bertemu dan berbincang mengenai hal orang Melayu.Saya melihat saranan ini sebagai suatu yang sangat menarik dan perlu difikirkan dengan serius oleh UMNO.

Kecelaruan yang timbul di kalangan Melayu semakin jelas apabila bangsa itu dilihat sudah mula tidak peduli beberapa perkara yang dianggap penting.

Ada orang Melayu hari ini yang dilihat sudah tidak kisah dengan Dasar Ekonomi Baru, tidak peduli dengan perjanjian-perjanjian lampau. Semuanya hendak dilanggar atas kepentingan peribadi.

Saya melihat bangsa Melayu sudah lari daripada matlamat asal perjuangan kita. Saya nampak ada orang-orang yang tidak peduli tentang itu semua.

Saya fikir sangat elok untuk wujudkan satu persefahaman bagi menuju kepada matlamat itu untuk membicarakan hal Melayu.

Memandangkan kita sedang membina satu bangsa, kita mesti mempunyai kekuatan menuju pembinaan satu bangsa yang kuat.

Saya lihat apa yang berlaku sekarang dari segi kecelaruan di kalangan orang Melayu diibaratkan seperti pepatah ‘harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Kita baru merdeka 50 tahun, kata orang baru nak ‘kick off’ tiba-tiba berlaku kekalutan ini di kalangan orang Melayu.

Matlamat kita untuk membina satu bangsa yang maju, satu kaum yang kuat. Oleh itu mesti ada ketenangan bagi bangsa Melayu untuk mencapai matlamat itu. Takkan selepas 50 merdeka kita makin berpecah.

Kita perlu ada satu kekuatan bangsa. Jika Melayu bersatu kita boleh membina satu bangsa. Kita mesti pertahankan bangsa Melayu.

Orang Melayu perlu sedar betapa sukarnya untuk kita memerdekakan negara dulu, membebaskan bangsa kita (Melayu) dari penjajah. Kita melalui pahit getir dan segala kepayahan untuk maju seperti hari ini.

Oleh itu jangan anggap ini hanya untuk jangka masa pendek. Kita perlu melihat ia untuk jangka masa panjang, untuk generasi akan datang.

Saya harap Datuk Seri Hadi Awang serius dalam perkara ini dan dia bercakap mewakili partinya PAS. Jangan esok, lain pula cakap.


58 Responses to “Harap Hadi serius dengan cadangannya”

  1. Truth Watch Says:

    Tahniah Tan Sri kerana mempunyai website sendiri. Diharap Tan Sri meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

    Saya juga berharap Tan Sri dapat menghidupkan semula Secretariat Melayu Antarabangsa yang dipelopori semasa Tan Sri menjadi MB Selangor dulu. Ia akan memperkuatkan jaringan antara dunia Melayu dan diaspora Melayu.

    Tahniah sekali kepad Tan Sri dan selamat datang ke dunia blogger.

  2. Muhammad Muhd Taib Says:

    Terima kasih Truth Watch atas pandangan saudara terhadap website saya. Tentang Sekretariat Dunia Melayu Antarabangsa tu, nanti kita fikirkan bersama. Apa yang menjadi penting sekarang adalah survival Melayu di negara kita sendiri. Saya harap saudara akan kerap mengunjungi website ini dan jangan lupa tinggalkan pesanan dan pandangan saudara. Terima kasih

  3. ben osman Says:

    Salam Tansri, orang mlayu skrg memang semakin celaru malah sudah lupa mengenai sejarah. Elok sangat sejarah contoh spt DEB, UMNO kontrak sosial dan Raja berperlembagaan dimasukkan semula dan diwajibkan didalam silabus sekolah rendah.Melentur buluh biar daripada rebung..

  4. kutil Says:

    Tan Sri.. bila bicara tentang Melayu. cuba lah selami ke dasar. apakah nasib Melayu yg di dasar yg penuh luka dan kudis… kalau setakat guna retorik Melayu untuk self survival.. melayu alaf baru tak sensitif lagi,, sapa pon asal keadilan di julang.. kami akan sokong .. nasihat saya cubalah jalin hubungan baik dengan Melayu2 yg bukan umno.. keterlaluan provokasi terhadap melayu Pas.. mengundang kekalahan yg besar ~ belajarlah…..

  5. aimi Says:

    Orang melayu pada hari ini terlalu mementingkan diri sendiri… terutamanya golongan muda.Golongan muda yang terlalu lantang membicarakan kelemahan kerajaan akhirnya terpaksa berputih mata apabila beberapa buah kerajaan negeri yang menggunakan tiket pakatan rakyat… hanya pada nama mula membuat acuan sendiri dalam mentadbirkan negeri masing-masing. Apa dah jadi dgn Pulau Pinang? Apa lagi hak orang melayu? Belum lagi dgn Selangor? Banggakah kita sebagai orang Melayu apabila sebuah LADANG BABI berkonsep moden bakal didirikan selepas beberapa bulan memenangi pilihan raya? Dengan pemberian air percuma kononnya… tapi hak-hak kita sebagai orang melayu terus diabaikan… Bangkitlah orang Melayu… jangan terlalu memikirkan tentang apa yang patut kerajaan berikan kepada kita… tetapi fikirkanlah apa yang patut kita lakukan untuk NEGARA. Jgn kerana masalah dan kepentigan peribadi, negara kita tercinta akan tergadai.

  6. merpati putih Says:

    Saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri.
    Setelah 11 tahun berjuang akhirnya Tan Sri dilantik sebagai Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Saya sentiasa mengikuti perkembangan Tan Sri dan saya berharap pada 2012 UMNO Selangor dapat menebus kembali maruahnya. Saya menyokong penuh usaha Tan Sri untuk menguatkan jentera UMNO Selangor. Saya bersedia bekerjasama dengan Tan Sri demi UMNO.

  7. GuruBashid Says:

    Assalamu’alaikum Tan Sri. Tahniah kerana memiliki web sendiri. Saya percaya web Tan Sri akan dimanfaatkan secara optimum untuk tujuan mengetengahkan idea bernas ke arah memperkukuhkan kesatuan umat Melayu, dan pada masa yang sama menjawab pelbagai persoalan yang mungkin dibangkitkan. Walau apa pun blog/situs bukanlah segala-galanya. Masalah rakyat patut dilihat dengan turun sendiri ke sasaran dan diambil tindakan sebijak yang mungkin.Saya do’akan usaha YAB Perdana Menteri, Tan Sri dan seluruh pimpinan dalam UMNO dan kerajaan akan diberi petunjuk oleh Allah.Saya akan bersama-sama dalam usaha murni ini.Semoga Allah memberikan kita kekuatan. Jika tiada halangan sila ke blog saya dan link kan ke blog saya dengan blog Tan Sri.Saya sendiri telh link kan blog tan sri di blog saya.

    Abd Bashid Harun (Master of Pricipalship,UM)
    Pen Kanan Petang
    SMK Simpang
    Jalan Matang
    34700 SIMPANG
    Taiping
    Perak DR

    http://gurubashid.com/blog

  8. Pitung Says:

    salam..saya setuju dengan ben osman.saya bukan melayu tapi saya banyak melihat karena dan sikap org melayu dulu dan skrg amat berbeza.Dan memang melayu mudah lupa.lupa mengenai sejarah.saya tak mengkritik tapi saya simpati dengan apa yang berlaku dengan bangsa melayu yang berlawan sesama sendiri kerana KUASA.

  9. lesson Says:

    akum,tan sri,sampai bila kita nk harapkn budaya tongkat ni,benda ni dh meresap dlm otak masyarakat kita,kita selalu canangkn melayu glokal,umat melayu yang boleh bersaing peringkat antarabangsa, ttp dlm negara sendiri pn kita x dididik bersaing secara sama-rata, jgn jd hipokrit..saya harap blog ni x jd macam blog dato seri ali rustam, blog syok sendiri namanya tu,komen yg x sependapat dgnya dipadam,jgn jd pemimpin yg nk dengar ape yg kita mahu dgr je,kdg2 kebenaran tu pahit utk ditelan,kn dh malu, sebelum sempat dia pdm ramai yg dh copy komen kt blog dia tu dn benda tu dh tersebar luas kt internet, harap admin blog ni professional la skit…

  10. Muhammad Muhd Taib Says:

    Tuan lesson. Terima kasih atas pandangan sekaligus saya anggap teguran. Walaupun kelahiran blog ini dianggap lewat tetapi saya penuh percaya tidak ada yang terlewat dalam hidup ini selagi kita mahu berusaha. Meskipun pahit itu ada kalanya penawar namun kita juga perlu berhemah dalam menyatakan kepahitan itu. Saya perlukan orang macam saudara untuk sentiasa singgah dan meninggalkan pandangan. Meskipun pahit yang saudara tinggalkan saya akan publish selagi pahit yang berhemah dan berbudi.

  11. Muhammad Muhd Taib Says:

    Saudara Pitung.
    Apa yang berlaku pada bangsa Melayu sekarang pernah, telah dan akan berlaku pada mana-mana bangsa di dunia ini. Mungkin cara dan kaedahnya berbeza. Namun, jika kita mampu untuk sedar lebih awal dan berusaha untuk membetulkan kepincangan tersebut, saya yakin bangsa tersebut mempunyai masa depannya. Terima kasih Pitung, singgah lagi ye..jangan serik pulak nak datang sini lagi.

  12. Muhammad Muhd Taib Says:

    A’kum Cikgu Bashid.
    Doa dan harapan saya cikgu sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Terima kasih atas pandangan dan saranan cikgu. Saya tidak boleh keseorangan dalam semua perkara, saya perlukan orang seperti cikgu dan rakan-rakan yang lain. Rakan dan sahabat yang mampu meletakan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan lain meskipun kita berbeza pendapat dan pandangan dalam banyak perkara. Jika kita berbeza pendapat carilah persamaan. Masakan tidak ada persamaan dalam hidup kita dan persamaan itula kita baja dan semai untuk jenerasi kita. Datang lagi ya cikgu

  13. Bekas Penyokong Umno Says:

    hmmm ntah laa…..

    sebenarnya dah lama pemimpin umno nie tinggalkan org melayu..depa dok sebok kumpul harta….

    cam nie lah… tak usah tumpukan pada org melayu ja dalam nak memperjuangkan hak - hak nie….. kita duk di malaysia…berbilang kaum…politik bersandarkan pada kaum dah habis dah…… kami semua dah bercampur…

    ini hanya pendapat saja….terpulang lahhh pada korang yang bijak pandai dalam poltik nie….. aku macam nie jer….tengok jer gelagat korang nie…

    susah senang pun aku tanggung sendiri….

  14. Bekas Penyokong Umno Says:

    Kita Rakyat telah disedarkan…BUKAN HANYA BN saja yang dapat bela kita

    MALAYSIA BUKAN DIPUNYAI OLEH BN
    MALAYSIA DI PUNYAI OLEH RAKYAT

    Anda ahli politik bekerja untuk rakyat

    ingat tuh!!!

    and sedang diperhatikan………..

  15. bukan penyokong UMNO Says:

    Salam..
    TAHNIAH kerana anda telah berjaya memecahbelahkan lagi masyarakat Malaysia dgn tindakan melantik semula ketua2 kampung / JKKK di negeri2 yg dikuasai BR. Apakah hak anda dalam menentukan jawatan mereka?? Jawatan Ketua kampung n AJK2 mereka adalah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing2. Tindakan anda ini jelas membuktikan bahawa UMNO TIDAK MENGHORMATI PERLEMBAGAAN dan GILA KUASA sepertimana kes wang ROYALTI MINYAK di Terengganu terdahulu . Alangkah membazirnya jutaan RM ditabur utk menggaji mereka demi POLITICAL SURVIVOR UMNO sedangkan rakyat masih ramai yg merempat n hidup susah.

    50 tahun memerintah Malaysia tetapi UMNO nak mencapai 5 prinsip perlembagaan UMNO pun masih tidak kesampaian malah, makin merosakkan (contohnya Bahasa Melayu). Melayu tidak berpecah belah, UMNO yang berpecah belah… Ketuanan Melayu tidak tergugat, Ketuanan UMNO yang tergugat… Akhir kata semoga Perhimpunan UMNO Disember ini akan terpahat dalam Sejarah Malaysia di masa akan datang.
    Wassalam.

  16. izzrail Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,
    Saya amat bersetuju jika prinsip Tan Sri ingin mencari persamaan walaupun berbeza pendapat dan pandangan dalam berpolitik. Namun kita kena ingat selalu Tan Sri bahawa semenjak dari berakhirnya Kesultanan Melayu, Melayu dan Islam telah begitu sinonim. Kalau orang tanya dan memang telah dibuktikan melalui kata-kaa pujangga dan pemikir melayu bahawa mulianya orang melayu kerana Islam bersamanya. Begitu juga bangsa Arab suatu ketika sebelum kedatangan Nabi SAW ialah suatu bangsa yang berpuak-puak dan berpecah belah mengikut kabilah masing-masing. Namun setelah kedatangan Islam maka bangsa arab kembali bersatu. Maka jelaslah bahawa Islam menyatukan mereka sehinggakan Saidina Umar yang sebelumnya adalah manusia jahiliyyah telah menjadi manusia Islam yang patuh dan Nabi iktiraf sekiranya ada nabi selepas baginda maka Umar lah akan menjawatnya.

    Jadi kembali kepada isu untuk mencari persamaan di kalangan kepimpinan melayu Islam, maka dengan Islam dan ajarannya lah bangsa melayu dapat disatukan. Sehubungan dengan itu, kita kepimpinan melayu Islam wajar melihat dan mengkaji sejarah generasi islam masa lampau dan mengambil iktibar daripadanya. Dan saya bersangka baik secara pasti bahawa Haji Hadi Awang merujuk kepada perspektif Islam di dalam mengemukakan cadangan penyatuan bangsa melayu…iaitu mengikut perspektif Islam lebih dari perspektif bangsa itu sendiri.

    Nah, persoalan pokok sekarang keikhlasan para pemimpin melayu untuk mengambil Islam dalam segala pertimbangan. Mengikut pemikiran Islam seharusnya seorang yang beriman hanya akan mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian. Dan saya amat yakin dengan lahirnya jenerasi pemuda Islam yang berfikiran Islam maka mereka lebih rasional di dalam pertimbangan mereka untuk menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan bangsa melayu itu mengikut kaedah dan prinsip Islam.

    Saya dan mungkin sebahagian besarnya jenerasi muda Islam sangat-sangat berkeinginan sekiranya para pemimpin Nasiaonalis seperti Tan Sri mengambil langkah pro-aktif untuk membawa golongan Ulama Islam, para cendikiawan Islam di dalam IPTA/S, NGO Islam termasuklah para Mufti Negeri-negeri untuk mencari satu formula yang jitu untuk menaikan martabat bangsa Melayu Islam di Negara kita yang tercinta ini.

    Wassalam.

  17. man Says:

    salam tan sri..
    selamat berblog, selamat perjuangkan hak melayu demi agama dan negara.. bukan kepentingan peribadi..

  18. Cari Forumer Says:

    congratulation Tan Sri ….errr boleh cakap omputeh tak kat sini?

  19. Eden Budak DUN Ampangan Says:

    Yang mana baik tu jadikan teladan. Yang buruk tu jadikan sempadan. Harap orang Islam akan bersatu. Kita mesti ingat. Kalau lemah perjuangan Islam di dalam diri kita, akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Lebih² lagi si kafir laknatullah. So, tak kira parti apa pun anda, bersama-samalah kita memperjuangkan Islam. Jangan dok kejar harta di dunia ni aja. Takbir!!! Allahuakbar!!!

  20. asnoor Says:

    Tahniah kerana Tan Sri ada laman blog ini. Saya menyokong perjuangan UMNO dulu kini dan selamanya. Cuma segelintir ahli atau pemimpinnya yang mengambil kesempatan ke atas kuasa itu adalah salah dan tersasar dari perjuangan sebenarnya.

    Pendapat saya UMNO dan BN kena berterus terang dalam perjuangan untuk orang melayu terutama di peringkat nasional. Orang sekarang tak faham istilah tersirat dalam tindakan yang dilakukan oleh Pak Lah dan UMNO. Contohnya perlaksanaan jQAF dalam pendidikan. Ramai yang tak sedar kerajaan sedang memartabatkan semula Jawi, Quran , Bahasa Arab dan FArdu Ain dalam pendidikan.

    Semua ini mesti diterangkan untuk kepentingan melayu. jgn terlampau nak menjaga hati bangsa lain maka bangsa sendiri tak faham dan menyokong parti pembangkang. Byk lagi perkara tersirat yang dilakukan oleh BN dan UMNO mesti dinyatakan secara terang-terangan.

    Sekian, terima kasih.

  21. kharis Says:

    Assalamualaikum Tan Sri….

    Apa yang kita lihat UMNO bukan lagi sebagai wadah perjuangan rakyat. Umno adalah tempat untuk orang mencari kekayaan peribadi. Kalau TS tak percaya tanya ahli umno sendiri. setakat mana keikhlasan mereka. Pendek kata tak duit memang program umno tak mampu untuk digerakkan. Apakah yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku? Umno sudah terlalu lama dipuncak kekuasaan. Segala akses kerajaan dapat digunakan termasuklah wang dan fasiliti kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Kalau perkara menyalahgunakan kemudahan kerajaan untuk kegunaan parti umno ini berterusan percaya atau tidak umno akan lumpuh apabila ditakdirkan umno menjadi pembangkang di Malaysia. Ketika itulah umno akan tahu langit itu tinggi atau rendah. Kita lihat contoh bagaimana PAS mentarbiah ahlinya, bukan dengan duit. Tapi mereka masih mampu memiliki bangunan besar di tengah KL. Ahli mereka sanggup menyumbang untuk menghidupkan parti mereka.
    Jadi ahli umno perlu dididik sebagaimana PAS mendidik ahlinya, barulah umno tidak lenyap jika menjadi pembangkang. Umno perlu mengasingkan mentaliti kerajaan adalah umno dan umno adalah kerajaan. Tugas-tugas dalam kerajaan perlu dilaksanakan melangkaui batasan parti. Parti perlu menggunakan fasiliti mereka sendiri bukan fasiliti kerajaan.
    Satu pendapat saya, ada baiknya umno merasai pengalaman menjadi pembangkang di Malaysia. Ketika itulah umno dapat dibersihkan, yang mana ahli-ahli yang hanya bertuankan duit akan lari daripada umno kerana akses mereka sudah tersekat.Itu adalah pandangan saya.
    Minta maaf jika pandangan ini agak nakal. tapi fikir-fikirkanlah….

  22. pudin Says:

    tahniah dato kerana membuka website sendiri…
    secara dasarnya untuk melihat umno kembali pulih adalah dengan mengubah mentaliti pemimpin pemuda umno…sebagai contoh sy di kelantan..perbezaan yang jelas begitu ketara antara pemimpin umno dan pas adalah dari segi kemewahan..pemimpin umno di kelantan perlu menjadi seperti rakyat miskin untuk memenangi hati rakyat kelantan seperti yang telah dilakukan oleh wakil rakyat pas…saya harap dato dapat menerima pandangan sy ini dengan hati terbuka dan dapat membuat teguran terhadap pemimpin umno terutama golongan pemuda…wasalam

  23. Kenering Says:

    Tan Sri…Tolonglah…saya tak setuju diadakan sebarang pertemuan dengan Pakatan Rakyat..terutama Pas..Pas bukan lagi memperjuangkan Daulah Islamiyah seperti dahulu..mereka lebih gilakan kuasa..Baru - baru ini datang beberapa puak ini untuk mengambil alih pentadbiran Masjid,minta saya tandatangan,Saya tanya arahan sapa? depa caka pejabata agama..Saya telepon tiada pekeliling yang menyuruh menukar J/k Masjid..I’m goverment servent and do my work with general order..so what!!!!
    Mereka tidak menghormati pelantikan yang dibuat oleh DYMM Tuanku Sultan..Kurang ajar..
    tidak perlu..saya masih teringat fatwa mereka “lebih baik berkawan dengan orang kafir dari berkawan dengan orang zalim”.. tidak..UMNO betanding 34 kerusi menang 27 tau..bukan kerusi cukup meja makan 6 orang tau..tidak perlu dibuat perbincangan apapun selagi pemimpin dan penyokong mereka ada dendam pada UMNO…
    Kesimpulannya..Saya dan keluarga mengarahkan kepada orang kampung yang berfahaman PAS untuk tidak lagi menoreh getah di kebun milik keluarga kami dan mana -mana yang menyewa diminta keluar segera..kerana kami lebih suka berkawan dengan orang siam yang perut hijau..bukan bendera hijau

  24. SUARA RAKYAT Says:

    assalammualaikum…..

    tan sri,

    maaf la kat sini saya nak komen sikit .pemimpin umno sebelum ni memang angkuh sangat…selalu takbur dan cakap besar…sepatutnya la kita sebagai pemimpin atasan cuba cakap lembut dan baik dengan rakyat.barula rakyat sayang kat pemimpin.satu lagi kebanyakan yb atau wakil rakyat umno ni terlalu double standard orang kata pilih kasih.kalau pembangkang je semua disekat….pastu tak mesra rakyat..dekat2 pilihanraya baru leh nengok muka barula nak betul jalan,longkang,lawat sekolah dan macam2 lg la.kekadang generasi celik it sekang ni dah bosan ngan sikap pemimpin camni……..senang kata la tak bertanggungjawab….
    maaf la atas komen pedas saya ni….sama2 la kita renungkan.

    wassalam

  25. lananged Says:

    asalamuaikum tan sri,

    Tahniah kerana jadi setiausaha Bn. tapi perlu di ingat tugas tansri masakini adalah berat. kini masyarakat dah tak segan silu untuk kutuk umno.
    tugas tan sri adalah untuk meyakinkan masyarakat semula.

    namum kejatuhan BN adalah atas kesalahan semua dari ketua cawangan hingga ke PM.
    Tan sri perlu untuk mengubah budaya yang wujud dalam umno sekarang ni
    sikap megah dengan kemewahan kereta mewah masuh kampung buat kebencian org kampung je.

    ketua cawangan dan ketua pemuda di kampug rata rata tidak ada kredibiliti langsung. ketua pemuda lulus SRP je.

    projek kelas F rata rata di monopoli oleh ketua pemuda umno.

    lantik la ketua pemuda atau cawangan dari golongan yang intelektual sikit dan yang boleh bergerak dalam masjid ke.

    Umno banyak menyebut isu isu perkauman, membangkitkan isu.

    peminpin umno jng belagak lagi….tidak ada kekebalan dalam politik contohnye tan sri sendiri…

    peminpin umno perlu bercakap sewcara berhemah dan ilmiah….zaman sekarang org sudah bijak pandai bukan seperti tahun 80 an… kita boleh cakap ha anak kamu nak dapat biasiswa kena sokong kerajaan…kalau ayat tu keluar lagi orang akan gelak je.

    wakil BN cari le yang ada kridibiliti apa yang sampai 4 penggal tak ganti lain pun.

    orang umno sendiri selalu cakap kat warung nak kaya jadi umno sure mudah dapat projek.

    Kakitangan awam ramai meluat dengan ketua bahagian yang kebanykakan belagak cuba tanya ketua2 jabatan perigngkat Daerah sure dia ramai benci dengan ahli partlimen hanya tau cakap je.

    Tan sri perlu ingan pas boleh beceramah dewngan ahli datang ribuan tanpa di sediakan bas.
    umno perlu sediakan bas dan duit minum lagi.

    Umno kini jadi parti elik segala galanya perlu duiit. sedmangat perjuangan mana adadah di sebabkan kemewahan.

    semua ahli jawatan kuasa bahagian nampak mewah.

    fikir firkirkan le Tan sri.
    ubahkan gerlagat peminpin umno dan budaya mereka agar di terima masyarakat…

    ok tansri lain kali tulis lagi…

  26. daud Says:

    Assalamualaikum Tan Sri.
    Tahniah kerana anda masih lagi bersemangat untuk membawa kembali org melayu ke hadapan. Saya rasa Tan Sri sbg org kuat utk umno Selangor elok rasanya Tan Sri yg menyahut pelawaan Hj Hadi utk duduk semeja dan luangkan masa untuk menguatkan lagi bangsa melayu. Baru rakyat akan melihat keikhlasan Tan Sri dalam perjuanga nya dan jangan jadikan isu memartabatkan orang melayu sebagai agenda politik. Sbnrnya isu kaum ini hanya hangat di bincangkan semasa demam pilihanraya dan perhimpunan UMNO shj. tapi bagi saya sbg peminpin Melayu dan Islam sekarang ini mesti ada tindakan utk menyelamatkan Melayu yang mmg ter kebelakang lebih- lebih lagi selepas PRU baru- baru ini. Kaum lain bergembira melihat Melayu semakin berpecah kerana politik yg berbeza pahaman dan masing-masing ingin menjadi hero. Di Selangor kita dapat lihat Teresa Kok bergembira dgn agenda cinanya, di Perak dan P Pinang DAP yang mengawal segala urus tadbir negeri walaupun menteri besarnya Melatu. jadi Tan Sri harus berbuat sesuatu yang boelh memberi impak besar kepada Masyarakat Melayu dengan duduk semeja dengan Haji HAdi bukan atas dasar politik untuk kepentingan Melayu. saya yakin TanSri adalah Hero yang sebenarnya.

    wassalam

  27. ShahAlamian Says:

    Tan Sri,

    Kita memang orang Melayu tetapi kita juga orang Malaysia. Kita mesti fikirkan tentang KESEMUA rakyat Malaysia dan bukan hanya bertumpu kepada Melayu sahaja.

    Kerajaan mesti membantu semua rakyat Malaysia yang miskin/berpendapatan rendah tak kira kaum, dengan sama rata. Tak perlu lagi konsep “Melayu bantu Melayu, Cina bantu Cina, dan India bantu India” . Orang yang berfikiran sebegitu memang orang Mentaliti kelas Tiga. Kerajaan dan Setiap orang Malaysia yang kaya mesti membantu orang Malaysia yang susah tak kira bangsa apa sekalipun.

    Orang Melayu kesemuanya beragama Islam. Dan agama Islam pula mengajar umatnya menjadi bangsa yang kompetitif dan bersahsiah tinggi. Bukanlah hasrat saya ingin menyoal Hak Bumiputera atau apa. Tetapi cuba fikirkan- kalau orang Melayu betul-betul mempraktikkan ajaran Allah s.w.t. , orang Melayu memang sudah sepatutnya menjadi bangsa yang kuat dari segi ekonomi dan sahsiahnya, walaupun tanpa Hak yang mereka ada. Kalau pemimpin-pemimpin Melayu betul-betul mengamalkan ajaran Islam, sudah tentu mereka akan berbicara secara baik, ramah dengan senyuman terpancar di wajah apabila berdepan dengan parti lawan sekalipun. Baru-baru ini di Australia , sebuah negara bukan Islam pun, pihak parti memerintah dan parti pembangkang dapat duduk bersama dalam dewan dan berdiskusi dengan lembut dan berkongsi pendapat dengan penuh hemah tentang bagaimana mereka dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Australia secara seluruhnya.

    Tetapi di Malaysia, negara yang kononnya Islam, pemimpin-pemimpin saling mempermainkan dan mencela pemimpin dari parti lain dan saling mencari kesalahan sesama sendiri. Inikah dia Islam ? Dan beginikah ajaran Nabi Muhammad s.a.w. yang kita sanjungi ? Kita mengkritik keras Denmark apabila wajah Nabi s.a.w. dilakar sebagai teroris tetapi bagaimana pula dengan pemimpin kita yang mengaku Islam tetapi bersikap ganas, kasar , dan memalu/menjatuhkan saudara Islam mereka sendiri dalam akhbar dan sebagainya - ini terang-terangan menconteng arang ke atas ajaran yang dibawa Rasulullah dan penghinaan yang teramat besar kepada junjungan kita- lebih jijik dari apa yang pelukis Denmark itu buat.

  28. Kalluq Says:

    TS - berbalik kepada perpaduan, melayu tetap tidak akan hilang di dunia-(pepetah Hang Tuah). Tetapi ada orang melayu inginkan kuasa seperti orang-orang yang kecewa dan disingkir. Tahniah kepada TS kerana kuasa yang mencari TS dan bukan TS yang mencari kuasa.

    TS - untuk makluman TS, saya seorang ahli sains politik. Sepanjang pengajian saya kadang-kadang ada pensyarah yang saya lihat pro kepada parti selain dalam komponen BN. Apa yang saya harapkan agar TS berbincanglah dengan ahli akademik terutamanya ahli sains politik kerana mereka pakar dalam hal-hal yang pincang.

  29. cikkiah Says:

    Assalamualaikum wbt. Tan Sri,

    Terlebih dahulu tahniah kerana telah mempunyai blog sendiri. Walaupun Tan Sri ada “kes” dahulu, tetapi kalau Tan Sri ikhlas untuk meneruskan survival dan perjuangan bangsa Melayu, Kiah doakan perjuangan Tan Sri dipermudahkan.

    Saya menyokong UMNO sejak dari dulu lagi, akan tetapi sejak akhir-akhir ini ada beberapa perkara yang buat Kiah kecewa. Kiah melihat terdapat beberapa “ketempangan” tertentu yang perlu disegerakan pembetulannya, tetapi tidaklah juga secara “terburu-buru”.

    Ibarat menarik rambut dari tepung, rambut biar habis ditarik, tapi rambut jangan sampai terserak. Kiah harap perkara ini sedang dalam timbangan pemimpin tertinggi negara dan kesudian untuk berbicara dengan PAS, Kiah sangat-sangat hargai.

    Adapun demikian, Kiah juga percaya, kadang-kadang ada perkara yang dapat kita “pulih”kan. Dalam masa sama, ada juga perkara yang terjadi, tetapi terlalu rumit untuk di”ubati”. Memenangi kepercayaan orang ramai semula demi survival parti dan yang lebih utama kelangsungan bangsa Melayu di tanah sendiri, kadangkala tidak dapat tidak, UMNO harus akui ada yang terpaksa “dikorban” kan. Walaupun yang dikorbankan pada hakikatnya jujur, dan ikhlas tetapi telah menjadi “mangsa keadaan” atau tersalah langkah “sedikit”.

    Tan Sri,
    Orang Melayu masih menyokong UMNO. 79 kerusi parlimen membuktikan masih kukuhnya hati orang Melayu pada UMNO, biar apapun yang diulas dari seantero jagat “cyberspace”. UMNO boleh kuat semula seperti dulu jika “hati-hati orang yang kecewa” diubati.

    Salah satunya dengan lebih memahami kehendak rakyat. Mungkin dialog dengan PAS boleh memberi sesuatu? Mungkin ada yang boleh didengar tanpa rasa angkuh dari kedua pihak buat seketika? Barangkali yang “salah anggap” boleh diperjelaskan, dan sememangnya salah boleh “diperbaiki”. Apalah salahnya buat seketika kita di pihak UMNO, merendah diri seketika demi bermuhasabah untuk kepentingan Melayu yang bererti juga kepentingan Malaysia. Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

  30. Azlan Kemas WP Says:

    Salam Tan Sri,

    Semoga tan sri berada di dalam keadaan sihat hendaknya.

    Saya terpanggil bagi berbicara tentang keadaan negara kita 50 tahun pertama yang baru kita lepasi dan cabaran 50 tahun akan datang. Ini rentetan daripada ucapan Tan sri dalam amanat Menteri kepada anggota KKLW pada 21.4.2008 yang cukup berkobar dan penuh makna.

    Di dalam ucapan tan sri adalah peri pentingnya menjaga kerajaan pada hari ini bagi pembentukan agenda pembangunan modal insan pada masa hadapan.

    Pada pendapat saya fokus kita adalah masyarakat khususnya masyarakat luar bandar, masyarakat dalam wilayah pembangunan dan luar dari kerajaan yang mana mereka adalah “pengundi diam” yang boleh menentukan survival politik negara pada masa hadapan. Kegagalan penyampaian maklumat yang tepat dan cepat menyebabkan golongan ini mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dilontarkan oleh pembangkang seperti kenaikan harga barang, isu SPR, Isu kenaikan harga minyak dan pelbagai lagi.

    Isu-isu ini juga telah menjadi senjata pembangkang dalam mempengaruhi kempen pilihanraya. Sehubungan dengan itu, dengan adanya agensi di bawah Kementerian Tan Sri seperti Kemas, Risda, Salcra, dan pelbagai lagi adalah penggerak dalam menyalurkan maklumat tepat tentang apa rancangan kerajaan dan perkembangan kerajaan hari ini dan pada masa hadapan.

    Di dalam penyaluran maklumat ini, serta dalam era maklumat tanpa sempadan, komunikasi adalah penting. Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah diri mencadangkan beberapa cadangan yang boleh difikirkan bersama:
    1) Sebuah artikel ada menyentuh bahawa 5-6 tahun akan datang medium internet dan sistem pesanan ringkas telefon (sms), akan mengambilalih peranan akhbar dan media massa pada hari ini termasuk di luarbandar. Sehubungan dengan itu, melalui kerjasama dengan MAMPU dan syarikat telekomunikasi gergasi kerajaan seperti Telekom, Maxis , mampu menyalurkan maklumat tepat rancangan kerajaan secara ringkas dan tepat. Sebagai contohnya, kenyataan YAB Perdana Menteri yang memaklumkan bahawa harga minyak tidak akan naik berterusan di malaysia serta rancangan 4 Billion sebagai stok penimbal makanan asas dalam negara. Ini boleh dimaklumkan melalui sistem sms dan internet.

    2) Penyampaian maklumat kerajaan melalui kumpulan-kumpulan kecil dan rumah-rumah selain majlis - majlis rasmi. Perhatian yang dilakukan iaitu kejayaan pembangkang di lima negeri adalah sumber inspirasi dari negara luar khususnya pimpinan negara Turki yang baru.Kaedah ini perlu dilakukan bermula tahun pertama sebelum pilihanraya akan datang. Dengan kata lain, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”

    3) Perlunya gerakan dari sekarang kempen sayangkan kerajaan dan pemahaman terhadap dasar kerajaan. Kegagalan semangat kebangsaan yang tinggi di kalangan golongan muda, NGO’s juga memberi kesan. Adalah dicadangkan (jika ada relevannya), penambahan ilmu kenegaraan di kalangan masyarakat kampung (JKKK), persatuan penduduk (Rukun Tetangga di bandar), NGOs, persatuan belia adalah penting. Di sini lah pentingnya, agensi seperti BTN, KEMAS, KBS, dan agensi-agensi lain di bawah KKLW sebagai perantara maklumat. Dan mungkin tidak keterlaluan ilmu tentang kenegaraan dan dasar kerajaan menjadi pra-syarat sebelum sesebuah persatuan (belia, NGOs, Rukun Tetangga) diluluskan penubuhannya.

    4) Perlunya sinergi dari pelbagai agensi seperti berikut dalam penyampaian maklumat contohnya,
    a) KBS - untuk belia di kampung dan bandar
    b) KEMAS - untuk masyarakat di kampung (lama dan muda)
    c) KeKKWA dan pelbagai lagi.

    Ini penting agar tidak berlaku pertindihan program dan penumpuan di sesuatu tempat/lokaliti

    Dengan ini adalah diharapkan melalui usaha ini, penyampaian maklumat melalui gergasi baik di bawah KKLW atau agensi lain lebih berkesan dan mencapai matlamat.

    Hingga bertemu lagi Tan Sri…wassalam

  31. mamat abdullah Says:

    A’kum Tan Sri

    Saya salah seorang yang sangat menganggumi Tan Sri sejak dari dulu
    Doa saya semoga Tan Sri terus berjuang untuk memartabatkan bangsa

    saya ada banyak nak diperkatakan , nak diketengahkan untuk pengetahuan Tan Sri ,,,,,,,nanti beransur- ansurlah
    cuma itu saja , harap Tan Sri go through semua komen , pandangan, ulasan2

  32. bin ludin Says:

    as..kum. tuk saya dah lawat semua page blog ni, ada komen pro n kon, itu biasalah sedap provok ja, suruh kerja hancur. dari satu sudut saya kagum tuk sudi bersemuka dlm laman ni.

    saya bukan penulis, ttp tarikan kuat blog tuk ni menyebabkan saya mesti mencuba walaupun bahasa pasar yg digunakan. kalau dah 50 thn agenda nak menyatukan melayu gagal, semestinya ada satu titik pertemuan utk masalah ini, kita selalu sebut melayu islam(sbb skrg ni ada melayu murtad, dah terlalu ramai tuk) cina muslim(pun lagi ramai kat tong san nun melebihi rakyat m’sia) india muslim dan sama waktu dgn nya. melayu, cina india dan sebagainya tetap berbeza sampai kiamat. tak boleh nak ubah dah.jadi yg sama kat islam ja. tanya cina kat china you pray for whom? jawab dia ALLAH. begitu juga tanya yg lain pun, jadi ALLAH lah titik pertemuannya. yg ni kena hj hadi la terangkan. saya bukan pandai untuk memandai. saya tak boleh cakap dgn akal logik, kena dgn ilmiah dari ALQURAN n HADIS

    bebalik kpd selepas 50 thn masih gagal, saya senang dgn komen kutil tu. apasal bila sesama melayu(berlainan ideologi) umno terlampau provok, contoh mudah projek jalan kampung(tuk tak pernah lalu) kalau utk org umno sampai lepas dapur tu. tapi kawasan ada rumah org pas tak diturap langsung. ini salah satu punca kemarahan terhadap pemimpin umno.(isu terpinggir je, ciput) benda remeh mcm ni lah penyebab pepecahan dlm kampung. bila ada pelawat(atas pagar) kerumah org pas tadi, sembanglah pasal jalan tadi timbullah rasa simpati dan terfikir pelawat tadi masih ada pemimpin yg kolot sampai tahap remeh mcm ni tak dpt diselesaikan dgn pertimbangan yg waras. bagi pelawat tadi pemimpin memegang amanah wang rakyat bukan wang barisan nasional. inipun tak boleh adil apalagi isu yang lebih mega, jadi kesimpulannya tuk kerajaan yg memerintah SAHAJA mampu menyatukan atawa mentigakan melayu, apa guna kerjaan bekuasa penuh kalau menyatukan umat melayu pun susah(kalau penting). lainlah jika ada agenda yg lebih penting spt berebut kekayaan, pangkat atau bina empayar. tapi ini tak ada kot, ini semua agenda penyebab manusia tak mahu mati nak hidup lama pasai nak bawa masuk kubur tak diluluskan.

    skrg ni trend rakyat suka berfikir secara bercanggah dgn idea pemimpin selalu akan menampakkan kelemahan pimpinan tak kira sapa pun pak lah ka che det ka, akhirnya slogan tak payah lebih2 kalau perlaksanaan tak mampu nak lakukan, buat malu org yg menyokong je. buat kerja dulu otomatik slogan tercipta, tak pecah kepala memikir slogan apa utk besok.

    saya memohon jutaan maaf kiranya pandangan secara relak ni menyebabkan tuk rasa tercabar. inilah luahan ikhlas saya dari umat cukup lemah apalagi kalau berdepan dgnNYA.

    wasallam.

  33. XFILE Says:

    Tan Sri dan pembaca budiman.
    Saya melihat kerajaan UMNO(melayu) gagal dalam membela nasib bangsa melayu sendiri berdasarkan faktor peminggiran bangsa melayu itu sendiri seperti berikut:-
    1. Teori Ekonomi.
    Kerajaan memegang kuasa di dalam syarikat GLC, tetapi selepas dicongak pemimpin di dalam syarikat CEO memanglah melayu, tetapi di peringkat jawatan kebanyakkan bangsa bukan melayu dan melayu hanyalah ramai diperingkat operasi, bawahan dan pertengahan… Kenapa ini berlaku? Kerana CEO melayu ini memberikan pangkat pengurus-pengurus kepada bangsa bukan melayu dan seterusnya golongan ini memberikan impak ekonomi dari segi pengagihan tender atau kerja kepada kaum mereka bagaikan tiada kaum melayu yang layak. Contohnya lihatlah di dalam GLC berapa ramai pengurus melayu VS pengurus bukan melayu…?

    2. Teori Ali Baba
    Dasar ekonomi memberikan tender kepada bumiputera… Atas nama nak kaya cepat, golongan ini telah melacurkan diri untuk digunakan nama sebagai syer holder tetapi hanyalah mendapat % tertentu. Akhirnya projek yang sepatutnya 100 juta hanyalah menjana ekuiti melayu 1 juta yang lain masuk ke bakul bangsa lain… Siapa yang buat ini semua… namanya melayu… Dan yang lebih dasyat lagi sub kerja-kerja ini pun tak diberikan kepada kontraktor melayu…

    Maka yang ada kuasa sekarang perlulah merubah. Syarikat GLC perlulah melantik pengurus dikalangan orang melayu. Jika ada pelacur picisan yang menggunakan nama untuk keuntungan peribadi, senarai hitamkan mereka kerana mereka inilah pengkhianat bangsa.

  34. wehdah Says:

    Assalamualaikum TS,
    saya amat setuju UNMO dan PAS berbincang dgn dada yg terbuka demi kepentingan Melayu Islam…ketepikan sebarang sentimen demi menjaga agama dan bangsa…kerna Melayu itu amat sinonim dgn islam…
    ya…byk kesilapan yg UMNO telah lakukan terutamanya sikap acuh tidak acuh dlm hal yg membabitkan pandangan agama..diharap jadikan iktibar dan semoga bertaubat atas segala kesilpan yg lalu berserta keikhlasan utk melihat anak Melayu Islam terus maju…dasar2 yg menjaga kepentingan Melayu Islam perlu dipertahan dan mekanisma yg mantap perlu dibuat utk mengelak dr berlaku sebarang unsur penipuan dan kronisme…
    saya pelik juga TS..kenapa org marah TS buka blog ni…tidak salah utk mendengar komen walaupun org cakap sudah terlewat..bukan saidina Umar pernah berkata: “bertaubat dan mengaku kesalalahan lampau adalah lebih baik dari terus berada dlm kebatilan…”…jadi,apa salahnya hendak mendengar nasihat org lain selagi TS benar2 ikhlas dan mahukan perubahan kearah yg dituntut oleh agama….
    seterusnya..saya harap rakan2 yg ingin memberi teguran supaya menggunakan bahasa yg berhikmah sepertimana yg diajar oleh islam..sesiaa pun kita samada ahli PAS,UMNO, ata PKR adalah berdosa jika menggunakan bahasa yg jijik utk menegur org…bukan begitu yg islam ajar…
    diharap usaha utk menyatupadukan umat melayu Islam benar2 seruis tanpa sebarang pihak mengambil kesempatan demi semata2 hendakkan kuasa yg tidak kekal ini….
    semoga semua pemimpin MElayu Islam sedar betapa pentingnya kesatuan dan benar2lah insaf dan bertakwa kepada Allah dgn mencuba sedaya upaya mengamalkan arahanNya…

  35. Tok Batin Malaysia Says:

    selamat dan Salam Sejahtera YB Senator TS Menteri KKLW…
    Tahniah diatas perlantikan sebagai Menteri KKLW..
    terima kasih kpd Yb TSri.. kerana menghadirkan diri di majlis Penyampaian APC 2007 pada 21 April 2008 di PICC Putrajaya.
    saya amat tertarik dan dengan penuh minat setiap ucapan Yb TSri.. apa yang ingin saya maklumkan kpd Yb Tsri.. Malaysia Merdeka dah 50 tahun dan telah di tadbir oleh 5 Perdana Menteri… Malaysia Boleh!!… Yb TSri.. lebih arif dan lebih maklum perkara ini. Dalam KKLW terselit sebuah agensi yang di adakan khas oleh Kerajaan Malaysia khusus untuk menjaga kesejahteraan lebih kurang 150 ribu kepala.. (Bukan Keluarga) Orang Asli iaitu JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI.. Ketua Pengarahnya dah masuk yang ke 13 (kalau tak salah dan silap) kenderaan Jabatan JHEOA penuh keliling bangunan PICC.. untuk kali ini saya nak tanya saja iaitu… 1. KENAPA JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI TIDAK MENGAMBIL ORANG ASLI YANG ADA KELAYAKAN UNTUK BERKHIDMAT DIPERINGKAT PEGAWAI DAN PROFESYONAL DI JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI?
    2. MINTAK LAH KETUA PENGARAH YANG BARU INI MENGUTAMAKAN BELIA ORANG ASLI MENGISI JAWATAN PEMANDU, PAP DAN LAIN-LAIN JAWATAN PERINGKAT RENDAH BERKHIDMAT DENGAN JHEOA.

    Terima kasih yang tak terhinga kepada Yb Sri.. kerana membenarkan untuk saya mengadu kepada Yb TSri.

    Semuga tuhan menjauhkan bahaya drp Yb TSri sekeluarga.

    terima kasih.

  36. jay Says:

    Saran UMNO-PAS Bersatu

    Saya bersetuju dengan semua pendapat semalam berkaitan perlunya orang Melayu dan bumiputera bersatu. Telah banyak pendangan yang dilontarkan dalam ruangan ini menyatakan kekesalan mereka terhadap orang Melayu terutamanya yang mengundi DAP, PKR dan Pas sehingga menyebabkan DAP berkuasa di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

    Kini semuanya telah berlalu dan tiada apa yang boleh dilakukan lagi melainkan perlu mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya.

    Umum telah mengetahui bahawa barisan kerajaan baru di beberapa negeri tersebut disertai oleh tiga parti iaitu DAP, PKR dan Pas. Amat tidak dapat difahami sebenarnya bagaimana pakatan ini boleh terhasil kerana Pas merupakan parti yang sentiasa mencanang sebagai pembela dan penyelamat Islam.

    DAP sejak dahulu lagi secara terbuka tidak mengiktiraf Islam serta enggan bekerjasama dengan Pas. PKR pula sentiasa bertindak demi kepentingan parti dan perjuangan mereka sentiasa berubah mengikut kaum mana yang ditemui ketika berceramah.

    Walaupun Pas sering menafikan mereka tidak bekerjasama dengan DAP, tetapi rakyat tetap melihat terdapat kerjasama antara kedua-dua parti tersebut terutamanya di Perak dan Selangor serta di Parlimen.

    Penasihat seumur hidup DAP pula semalam menggesa parti itu meningkatkan kerjasama dengan Pas demi kepentingan jangka panjang DAP.

    Sekiranya ura-ura pakatan DAP-PKR-Pas akan bergabung membentuk sebuah parti ala Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan, maka ia akan menunjukkan dengan jelas kerjasama antara Pas dan DAP.

    Demi menumbangkan BN, prinsip dan perjuangan parti sanggup diketepikan seketika dan akhirnya pakatan ini berjaya menakluki Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan hampir berjaya di Negeri Sembilan.

    tim ketua
    umno cawangan mahsuri
    bayan baru

  37. ravan Says:

    salam tan sri,

    saya sebagai warganegara di malaysia dari keturunan warganegara malaysia amat bangga dan rasa gembira akhirnya ada juga pemimpin di selangor terutamanya dari UMNO dapat memaparkan blog sebegini.

    harap tan sri dapat menerima segala komen komen dari pengkritik juga penyokong terhadap kerajaan pusat di bawa naugan dato sri abdullah. saya harap mata (minda) akan terbuka setelah melalui arus pilihan raya, dan silalah beri perhatian kepada masalah para rakyat terutamanya orang selangor dari semua golongan bangsa.

    berkhitmat untuk rakyat jelata adalah hasrat dan wajib sebagai pemimpin tak kira waktu,keturunan,bangsa juga status seseorang …..salam mesra

  38. zaman Says:

    salam… know your enemy then you know where tou are. hj hadi takan sekali memperjuangkan melayu kerana dia bukan dari parti melayu. bersedialah dengan fenemena baru, masyarakat telah meninggalkan baju bangsa demi satu negara untuk semua. apabila saladin masuk ke jerusalem semasa perang salib kedua…tiada setits darah org bukan islam ditumpahkan di kota jurusalem, sedangkan lautan darah tumpah semasa tentera salib masuk ke jurusalem pada 1096. ini kerana hati yang besar tidak akan melakukan kerosakan yang kecil atau besar. tapi hati yang kecil akan mencipta sejarah bencana yang besar…

  39. milow90 Says:

    saya berasa bangga akan teguran dan cara UMNO/BN menegur kerajaan pakatan. sangat perihatin dan peka walaupun isu2 tersebut bukan isu besar. sebgai contoh isu babi. waktu dulu masa memerintah sedap2 je luluskan. sekarang dah jd pembangkang baru UMNO/BN selangor nk bangkang? dah jd macam ni baru nk bela rakyat. kalau tan sri benar2 nak bela rakyat dan kaum melayu, dan bukannye nak kaut keuntungan melalui autoriti. apa kata, tan sri dan UMNO/BN menjadi pembangkang sahaja? lebih efektif daripada menjadi kerajaan bukan? tan sri fikirkan lah sendiri~

    salam perjuangan.

  40. wan Says:

    Tan Sri,

    Sebagai orang Islam dan Melayu, saya sungguh rasa terkilan apabila melihat Presiden Pas pergi ” all the way” ke Pulau Pinang untuk berjumpa Lim Guan Eng. Apakah Pas mesti melutut saperti itu? Karpal Singh dijemput ke Kelantan tapi dia tak mahu pergi.

  41. bin lading Says:

    assalamualaikum pertama tahniah di ucapkan kepada tan sri kerana mengambil langkah bijak dengan mengadakan blog untuk menerima pandangan kritikan dan cemuhan rakyat terhadap kepimpinan tan sri.

    saya juga nak ucapkan tahniah kerana dilantik semula kedlm kerajaan setelah hampir 17 thn di sisihkan…di sini harapan saya cuma satu supaya tan sri dapat mengaplikasikan segala pengalaman tan sri selama di sisihkan dlm kerajaan untuk melakukan sesuatu yang terbaik demi kemajuan dan peningkatan sosio ekonomi orang melayu terutama di luar bandar yang mana menjadi tanggungjawab tan sri utk mengolah satu pelan perancangan yang terbaik.

    Orang melayu bukan perlukan banggunan tinggi,projek yang bernilai ratusan juta tetapi kami mahukan satu pelan pembangunan ekonomi yang baik dan telus bkn pelan pembangunan ekonomi utk ahli politik mengenyangkan perut mereka sendiri..rakyat tertindas orang melayu tertindas kaum lain yang naik ke atas..disini saya cuma nak beritahu bahawa ketuanan melayu dah lama hilang….bukan baru…bukan selepas PRU12..tpi dah berpuluh tahun..tak perlu la kita bangkitkan pasal hilangnya ketuanan melayu..tetapi apa yang perlu di fikirkan dan di tangani ialah orang orang yang menghilangkan dan melenyapkanketuanan melayu….Siapa?…Tan sri fikirlah sendiri..

    Saya yakin dan percaya tan sri akan menjadi seorang pemimpin yang baik dan tegas kerana bagi saya tan sri menampakkan aura seorang pemimpin yang tegas dan bermaruah..sama seperti mantan tim perdana menteri datuk sri anwar ibrahim..

    Doa dan harapan saya supaya tan sri dapat bawa satu pembahruan kepada orang melayu ekonomi orang melayu dan ketuanan orang melayu kembali kepada asalnya….

    sekian sahaja merapu saya ini..

  42. Nasionalisme Says:

    A’kum Tan Sri,

    First of all saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Tan Sri ke dunia cyber blog. Mengenai penulisan blog yang dikemukakan oleh Tan Sri saya juga mempunyai pandangan. Orang Melayu ni masalahnya satu sahaja..iaitu dengki. Kita ni mmg tak boleh tgk orang lain kaya dari kita. Oleh yang sedemikian timbul lah tikam belakang, caci mencaci, dan sifat bongkak serta lupa diri. Selain daripada itu, kegilaan kuasa yang seperti digembar gemburkan oleh sesetengah pihak mahupun dari pihak lawan atau pihak yg menang merupakan satu sentimen masalah yang akan menjerus kepada perpecahan sesebuah masyarakat (tak kira melayu/cina/india/kadazan/dayak/iban..etc)

    Kita sekarang kerap mendengar rakyat menceritakan/mengata tentang UMNO hanya menolong untuk ahlinya sahaja bukan untuk orang Melayu secara keseluruhan. Pada pendapat saya, ada benarnya juga. Kerana yang Melayu yang prosperous di Malaysia pun kebanyakkannya dari golongan ahli Parti, tetapi bukan daripada Melayu biasa (bukan ahli UMNO). Selain daripada itu Tan Sri, semenjak tahun 90-an, kita melihat Malaysia telah melahirkan ramai golongan professional melayu dan juga ahli ahli perniagaan melayu yang berjaya TANPA bantuan kerajaan dan juga yang BUKAN tergolong daripada ahli UMNO. Jadi golongan golongan ini TIDAK pernah dipedulikan oleh kerajaan ataupun parti UMNO. Oleh yang sedemikian mereka ini lebih menyebelah ke parti pembangkang yang lebih prihatin terhadap mereka. Dan juga kebanyakkan mereka ini PERNAH cuba untuk mendapatkan bantuan dari kerjaan tetapi mendapat respon yang negatif. Oleh itu, saya mengesyorkan at least pihak UMNO atau kerajaan BN (Malaysia) recognise mereka ni semua. Di situ mungkin akan mengeratkan lagi perpaduan orang melayu.

    Lagi satu tan sri, saya berharap pihak kerjaan pusat dibawah pimpinan parti BN janganlah terlalu angkuh dan bongkak. Saya berkata demikian kerana sebagai rakyat yang biasa, yang juga kadang kadang mendengar rintihan rakyat yang lain: mereka semua mengatakan tentang bongkak dan angkuh. Jadi pada pendapat saya Tan Sri, orang orang BN harus menanamkan sifat berjiwa RAKYAT. Maaf jika saya cakap tanpa beralas, tapi ini lah hakikatnya. Saya hanya rakyat, hanya orang biasa yang pagi pergi kerja mencari rezeki..saya bayar cukai mcm orang lain. Jadi saya nak GOVERNMENT dengar apa yang rakyat mahukan. Untuk perpaduan orang melayu- kita kena tunjukkan nilai teladan dan kemaysarakatan serta adat asli- then kita boleh menyatukan melayu, because majoriti orang melayu masih lagi berada dibawah tahap kemiskinan dan hidup di kawasan kampung yang secara keseluruhan hidup penuh dengan keserdahanan dan kesusahan.

    Yes saya tidak nafikan memang orang melayu kena maju tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Tetapi untuk mencapai status atau level yang sedemikian masih jauh lagi. Saya percaya jika pihak kerajaan menjalankan research sudah pasti akan jumpa bagaimana caranya untuk memajukan orang melayu ini selain daripada DEB. Kadang kadang pasal prinsip Ketuanan Melayu tu lah yang juga menyebabkan orang Melayu kita ni lemah, lembik, mengharap, dan mengelamun. Melayu kena bangun Tan Sri, sekarang sikit sikit melayu telah bangun. Saya berharap UMNO berubahlah..jgn pentingkan ahlinya sahaja. Sekian Tan Sri..

  43. cikkiah Says:

    Assalamualaikum wbt. Tan Sri,

    Terlebih dahulu tahniah kerana telah mempunyai blog sendiri. Walaupun Tan Sri ada “kes” dahulu, tetapi kalau Tan Sri ikhlas untuk meneruskan survival dan perjuangan bangsa Melayu, Kiah doakan perjuangan Tan Sri dipermudahkan.

    Saya menyokong UMNO sejak dari dulu lagi, akan tetapi sejak akhir-akhir ini ada beberapa perkara yang buat Kiah kecewa. Kiah melihat terdapat beberapa “ketempangan” tertentu yang perlu disegerakan pembetulannya, tetapi tidaklah juga secara “terburu-buru”.

    Ibarat menarik rambut dari tepung, rambut biar habis ditarik, tapi rambut jangan sampai terserak. Kiah harap perkara ini sedang dalam timbangan pemimpin tertinggi negara dan kesudian untuk berbicara dengan PAS, Kiah sangat-sangat hargai.

    Adapun demikian, Kiah juga percaya, kadang-kadang ada perkara yang dapat kita “pulih”kan. Dalam masa sama, ada juga perkara yang terjadi, tetapi terlalu rumit untuk di”ubati”. Memenangi kepercayaan orang ramai semula demi survival parti dan yang lebih utama kelangsungan bangsa Melayu di tanah sendiri, kadangkala tidak dapat tidak, UMNO harus akui ada yang terpaksa “dikorban” kan. Walaupun yang dikorbankan pada hakikatnya jujur, dan ikhlas tetapi telah menjadi “mangsa keadaan” atau tersalah langkah “sedikit”.

    Tan Sri,
    Orang Melayu masih menyokong UMNO. 79 kerusi parlimen membuktikan masih kukuhnya hati orang Melayu pada UMNO, biar apapun yang diulas dari seantero jagat “cyberspace”. UMNO boleh kuat semula seperti dulu jika “hati-hati orang yang kecewa” diubati.

    Salah satunya dengan lebih memahami kehendak rakyat. Mungkin dialog dengan PAS boleh memberi sesuatu? Mungkin ada yang boleh didengar tanpa rasa angkuh dari kedua pihak buat seketika? Barangkali yang “salah anggap” boleh diperjelaskan, dan sememangnya salah boleh “diperbaiki”. Apalah salahnya buat seketika kita di pihak UMNO, merendah diri seketika demi bermuhasabah untuk kepentingan Melayu yang bererti juga kepentingan Malaysia. Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

  44. bat8 Says:

    jay

    Untuk meletakkan segala kesalahan sepenuhnya keatas paklah adalah tidak tepat. Paklah memang mempunyai saham yang besar dalam keputusan pilihanraya ke 12 berbanding dengan pemimpin-pemimpin UMNO(baru) yang lain termasuk tan sri. Kekalahan tersebut adalah menefestasi keatas ketidakupayaan paklah untuk membetulkan kepincangan dari pentadbiran sebelumnya.

    Kalau ada orang yang perlu bertanggungjawab diatas kekalahan tersebut dan keadaan yang teruk sekarang, orang itu adalah orang yang memilih dan melantik paklah ke jawatan PM.

    Paklah adalah diantara anggota kabinet yang paling lama berkhidmat dibawah pentadbiran terdahulu. Sudah tentu ketuanya amat tahu akan keupayaan dan kebolehan paklah. apatah lagi, orang tersebut begitu disanjung sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tiada tolok banding. Takkanlah dia tak boleh berfikir dengan jelas, layakkah paklah menjadi pengantinya.

    pada saya, apa juga kesukaran yang dihadapi oleh negara hari ini adalah akibat dan kesan, polisi-polisi dan cara pentadbiran dahulu. Kesan kepada sesuatu terutamanya kepada negara samada baik atau buruk, akan mengambil masa untuk menjadi kenyataan. Untuk mengatakan bahawa sejak paklah menjadi pm, tiba-tiba negara negara menjunan 180 darjah secara tiba-tiba.

    Saya melihatnya lebih kepada ketidakupayaan paklah untuk “reverse ” kesan-kesan dari pemerintahan dulu.

    Saya bersetuju bahawa paklah perlu melepaskan jawatan demi kebaikan negara. Juga sebagai demokrat tulin. Persoalannya, masih adalah pemimpin-pemimpin UMNO(baru) yang mempunyai keupayaan untuk membuat satu reversal kepada sliding trends akibat kebobrokan pemerintahan sebelumnya? Saya tidak nampak sesiapapun kecuali Tg. Razaleigh…tapi tan sri tentu tak bersetuju.

  45. bat8 Says:

    tan sri

    rakyat melayu di kelantan tu bukan orang melayu malaysia ke? Selama 20 tahun lebih, orang melayu kelantan menolak UMNO(baru) atas sebab-sebab yang rakyat dinegeri-negeri lain baru sedar secara demokratik tau…

    tapi apa yang kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO(baru) buat? UMNO(baru) terutamanya melalui kerjaan pusat, pertama-tamanya menubuhkan kerjaan dalam kerajaan yang dipilih rakyat dengan menubuhkan jabatan persekutuan. Tak padan dengan itu, balas dendam kat rakyat kelantan dengan deny hak pembangunan.

    Persoalannya apa orang melayu kelantan bukan orang melayu ke? Nak cakap perpaduan orang melayu konon…..orang kelantan juga bayar cukai….tan sri, UMNO(baru) tak layak nak bercakap pasal perpaduan melayu lah……

    Lagipun UMNO(baru) sejak memasuki sabah, dah buka keahlian keada bumiputra bukan melayu. Ini lagi tidak melayakkan UMNO(baru) bercakap pasal perpaduan melayu. Yang paling sesuai bagi UMNO(baru) bercakap ialah tentang perpaduan bumiputra je….!

  46. wehdah Says:

    bentuk pakatan melayu islam….pada masa yg bekerjasama dgn parti dr bangsa2 lain kerna mereka juga adalah warganegara malaysia…tapi pastikan org melayu islam menjadi tunjang dlm pakatan ini dan menerajui halatujunya…..jadi, kesatuan PAS dan UMNO amat penting serta org2 melayu yg dlm PKR…pelik juga saya kenapa PAS sanggup bekerjasama dgn DAP yg jelas2 memusuhi islam…saya sgt hormat kepada semua pemimpin PAS…tapi saya rayu dipertimbangkan cadangan ini dan tariklah kembali pakatan bersama DAP…..sungguh terkilan melihat komen2 dr pemimpin DAP yg bencikan islam…

  47. Hilriz Raudah Says:

    salam,
    Saya mengucapkan tahniah kepada tan sri di atas ujudnya blog tan sri di mana orang seperti saya ini dapat menyampaikan pandangan dan cadangan terus kepada tan sri. Mungkin untuk mendapat ruang dan peluang bertemu tan sri amat sukar tetapi dengan ujud nya blog ini dapat lah saya sebagai insan yang berpaksi kan negara Malaysia sebagai tempat untuk mencurahkan buah fikiran dan tenaga untuk memakmur bumi. Saya bersetuju dengan pandangan Tan Sri di mana orang melayu tidak boleh ketika ini berpecah dan terungkai ikatan sebagai satu bangsa yang bermaruah dan berdaulat di sebabkan berselisih faham dalam politik. Di dalam islam sendiri terdapat mazhab mazhab yang berbeda beda tetapi ianya masih di dalam satu pegangan asas iaitu al quran dan hadis. Melayu eprlu bersatu demi menjadi ketuanan melayu sentiasa kekal dan berada di tangan mereka. Walau pun akan ada kata kata ianya hanya lah satu retorik UMNO dalam mendapatkan sokongan tetapi ia sebenarnya satu prinsip asas mengekalkan melayu sentiasa berdiri megah di tanah air sendiri. Cuba bayangkan bagaimana kedudukan melayu di Pulau Pinang yang secara geopolitik nya hanya 40 peratus dan tidak dapat walau menang kesluruhan kerusi UMNO masih tidak dapat membentuk kerajaan melayu kerana kedudukan taburan melayu sendiri. Hanya dengan kekuatan UMNO yang kuat di persekutuan membolehkan beberapa kebajikan dan kebajikan orang melayu terbela di Pulau pinang. Suara suara orang melayu dapat di layan dan di dengar kerana kekuatan tersebut. Perancangan memertabat dan menjadikan orang orang melayu berdaya saing bukannya semudah di atas kertas. Ianya memerlukan banyak kaedah dan pendekatan yang meliputi pelbagai sudut dan aspek sebelum dapat menjurus mencapai matlamat tersebut. Persoalannya adakah orang melayu lihat semua ini sebagai usaha yang berterusan. UMNO bukannya ahli sihir yang boleh mengadakan sesuatu dengan sekelip mata. KIta pelu satu generasi modal insan yang bersedia untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan dengan menepati keperluan semasa. UMNo merangka pelan pembangunan segenap sudut dan aspek secara berperingkat dan bertepatan dengan keadaan dan situasi ketika itu supaya kemajuan negara dan pembinaan modal insan berjalan serentak. Tetapi Pembangunan negara bergerak pantas dengan pembangunan insan yang masih mengejar untuk menyaingi nya.Aapakah kita tidak berbangga dengan apa yang kita kecapi sekarang adalah hasil dari perancangan pemimpin-pemimpin UMNO dari sebelum merdeka sehingga ke Pak lah yang sentiasa menyusun agar rakyat Malaysia terutama orang melayu tidak ketinggal dalam kemajuan pesat dunia luar. Ynag memimpin dan menguruskan semua ini adalah orang orang melayu. Orang melayu dari pemimpin UMNo yang telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara dan bangsa yang di hormati di dunia. pemimpin pemimpin Melayu ini lah yang telah mengubah kehidupan orang orang melayu yang dulunya tidak mengenal apa itu sains, teknologi, keusahwanan, tele komunikasi dan banyak lagi tetapi sekarang telah mennguasai semua itu. Pemimpin melayu dari orang UMNo ini lah telah membuka satu bandaraya iaitu Putrajaya dan bukan lagi Yap Ah loy yang di bangga kan dulu. Kenapa kita lupa semua ini hanya kerana kita telah marahkan segelintir pemimpin yang mungkin tidak bersih yang di gembur gemburkan oleh pembangkang. Sentimen itu cukup hangat di mainkan sehingga kita lupa nikmat yang kita hadapi selama ini. Kemudahan infra, keselsaaan hidup, kemudahan meningkatkan ilmu dan banyak lagi yang di sediakan oleh kerajaan selama 50 tahun ini di anggap sebagai sesuatu yang datang dengan tiba tiba. Dengan sekelip mata. Perlu lah di ingat Sebuah kerjaan tidak di bina dalam sehari tetapi ianya boleh di robohkan dalam masa sehari.
    Saya mohon agar sebagai ketua penerangan UMNO Malaysia tan sri teruskan perjuangan memastikan UMNO sentiasa kuat dan kukuh dan melayu sentiasa bertuan di negara ini.

  48. KNN Says:

    Ladang Babi tak salah kot. asalkan tak cemarkan sekitaran tu. RM100 M akan digunakan dengan sebaik-baiknya diharapkan orang melayu jangan risau. Ladang babi hanya untuk menyepadukan semua ladang di malaysia di satu tempat, bukankah ini satu langkah yang baik? Baik daripada mempunyai ladang babi di merata-rata. Sungguhpun itu orang cina dan india memerlukan daging babi seperti orang melayu memerlukan daging lembu dan ayam. Orang india tak boleh makan lembu, tapi kenapa tak ada McDonald yang halal untuk orang India? Adakah ini adil jikalau nak dikatakan bahawa ladang babi akan mengugat kedudukan orang melayu? Secara faktanya, ladang babi langsung tak bawa keburukan, malahan terdapat kebaikan pulak, sebab orang cina makan daging babi, mereka puas hati, lepas tu kerja kuat bersama-sama kaum lain untuk membangunkan negara. Bukankah ini satu yang membanggakan? Saya rasa pekerja asing dari Indonesia, Nepal, Bangladesh yang ada di sini lagi memburukkan keadaan sosial Malaysia daripada landang babi yang dikatakan. Saya harap orang Melayu dapat faham bahawa kaum lain tidak mahu merampas apa-apa pun dari orang melayu. Orang melayu harus yakin pada diri sendiri bahawa mereka adalah orang yang pintar dan kuat, dahlah jadi orang yang pintar dan kuat, apa pula nak takut orang lain datang untuk merampas hak-hak bumiputera? Kalo boleh jadi seperti Amerika, siapapun layak untuk jadi presiden. Macam Obama yang orangnya muslim, belajar di indonesia, namun dapat juga bertanding untuk menjadi presiden. Bolehkah Malaysia jadi seperti begini? TAK BOLEH? Setakat ini hanya dikatakan bahawa orang melayu saja yang boleh jadi PM, kenapa tak boleh ubah dan bagi peluang kepada sesiapa sahaja yang berkebolehan? Kaum cina dan india dah banyak sabar dengan sikap-sikap kerajaan yang melampau meskipun sikap-sikap itu bukannya terlalu jahat.
    Marilah ubah sikap yang bergantung kepada kerajaan sahaja, marilah semua orang melayu berkerja keras dengan kaum lain untuk memajukan negara demi kebaikan generasi akan datang. Jangan hanya fikir pasal yang di depan mata saja, kita mesti cakap, dan buat dengan efisien. buang sikap malas dan rasuah sebab ini tidak bertepatan dengan akhlak rakyat malaysia dan agama Islam yang mengajar kita agar berbuat baik.

  49. resh Says:

    Salam,
    Penyalahgunaan kuasa agak keterlaluan dalam pemerintahan BN khusunnya UMNO. Seringkali kepentingan bangsa lain diketepikan dengan tidak diambil kira jasa dan pengorbanan mereka terhadap pembinaan negara selama 50 tahun. Apakah Melayu sahaja menyumbang ke arah pembangunan negara? Tidakkah bangsa lain tidak memainkan peranan? Saya amat kesal dengan keadaan di negara kita di mana toleransi antara kaum tidak lagi wujud seperti sebelum ini disebabkan sikap angkuh segelintir pemimpin UMNO. Saya ingin juga manyatakan bahawa sebelum ini kaum India telah menyokong BN sekitar 90%, Melayu pula 67% dan Cina 75%. Kenapa keadaan ini menjadi sebaliknya? Tolong fikir-fikirkan di mana kesilapan?

  50. nomoreumno Says:

    Wajarkah UMNO dibubarkan? Teman guna perkataan dibubarkan supaya lebih manis berbanding perkataan dikapankan atau dikuborkan. Mari kita lihat isu ini secara positif dan negatif. Teman pecaya pastinya ada yang membalas balik dengan bertanya mengapa tidak PAS dibubarkan? Kalau soalan ini dikeluarkan, teman dah sedia jawapannya. Hanya PAS sahaja parti yang memperjuangkan dan mempertahankan Islam. Walaupun terdapat ungkapan-unkapan untuk mempertahankan Islam dalam UMNO tapi mereka ni cakap tak serupa bikin. Tak payah le nak dijelaskan lagi. Memadai membaca ruang ”Bolehkah Melayu bersatu?”

    Persoalan wajarkan UMNO dibubarkan sebenarnya timbul dari kata-kata Ketua Pemuda UMNO yang teman dengar dalam TV. Dia kata yang lebih kurang mafhumnya, apa gunanya mendapat atau memegang jawatan tinggi dalam parti kalau parti kita TIDAK DIHORMATI. Maknanya mereka dah sedar parti UMNO sudah tidak dihormati. MB Pahang pulak kata SAYA MALU dengan apa berlaku dalam parti, lebih kurang macam tu le yang teman dengar dalam TV. Lepas tu Menteri Luar pula kata kita TUBUH SURUHANJAYA nak pulehkan UMNO le kot. Apa macam? Mari kita bincang … bukannya apa. Kalau UMNO dibubarkan.. kemana mereka nak pergi? Kalau masuk PAS dgn perangai macam tu, rosak pulak PAS nanti..

  51. Hamba Allah Says:

    Saya terkeliru sebagai seorang Islam pertelingkahan Islam PAS atau Islam Umno diharap ulama dan pemimoin di negara ini perlu mencari penyelesaian dan mencontohi negara Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad saw dimana Islam dapat ditegakkan didalam masyarakat majmuk di mana Allah sebagai kiblat yang sebenarnya oleh rakyat negara ini, Insya Allah.

  52. PENGUNDI UMNO DI SABAH Says:

    Tan sri,
    Saya mewakili penduduk KG. Mesapol Lama, KG. Kasusu dan KG. Sapok Pelakat Sipitang, Sabah.

    Dah 50 tahun negara kita merdeka, tapi kg kami masih macam zaman penjajah lagi. Jalan raya tidak berturap, hanya ditimbus dengan batu sahaja, ini menyulitkan penduduk kg memasarkan hasil pertanian. sekarang Felcre pun dah masuk KG. Sapok Pelakat, tetapi jalan tak dibaiki. Kami penduduk di 3 buah Kg di sini adalah pengundi setia UMNO dan BN, tetapi tiada wakil rakyat yang memperjuangkan nasib kami. Saya harap Tan Sri akan ambil tahu tentang kesulitan penduduk di luar bandar terutama di kg kami.

    Sekian,

    Wassalam.

  53. hamba allah Says:

    Assalamualikum Tan Sri semoga dirahmati Allah hendaknya saya bersyukur kerana Islam masih lagi menjadi tunjang kepada pemerintahan negara ini cuma saya khuatir dan bimbang apakah ianya akan kekal. Seterusnya tentang pelaksanaan Islam Hadari ianya sebenarnya penerapan nilai-nilai Islam dalam negara ini ataupun satu fahaman baru yang hanya mengambil nili-nilai tertentu dan meninggalkan nilai-nilai tertentu seperti undang-undang Islam contohnya menutup aurat adalah wajib seperti dalam al quran-surah annisa. Saya mencadangkan supaya Islam Hadari ini di kaji semula supaya Islam dapat diamalkan secara menyeluruh di dalam negara ini dan diterima pakai oleh masyarakat majmuk di negara ini, Insya Allah

  54. Anak Jawa Gedangsa Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Saya melihat, pada dasarnya UMNO dan PAS mempunyai persamaan. Paling pentingnya, kedua-dua parti ini memonopoli sokongan dari orang Melayu dan beragama Islam. UMNO berjuang demi agama Islam, Bangsa Melayu dan negara Malaysia sementara PAS berjuang ke arah menubuhkan sebuah negara dan pentadbiran Islam di negara ini. kedua-duanya ada persamaan.

    Sehubungan itu saya sangat bersetuju jika perundingan antara UMNO dan PAS ini disegerakan dalam mencari titik persamaan dan membina kekuatan bangsa Melayu. Apa yang penting dalam perkara ini ialah, kedua-dua pihak MESTI mengenepikan rasa ego, kepentingan diri dan kepentingan parti, tetapi yang lebih penting pertemuan dan penggabungan itu lebih menjurus kepada demi kepentingan BANGSA MELAYU DAN ISLAM.

    Dalam konteks ini juga, cuba kita contohi perkara baik yang ada dalam diri kaum cina. Ada ketikanya mereka sanggup melupakan kepentingan parti demi kepentingan bangsa. mereka boleh duduk bersama demi kepentingan kaum dengan melupakan kepentingan parti dan sebagainya. Contohnya telah kita lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang. Peristiwa ini seharusnya boleh kita jadikan ingatan, bahawa kalau kita terus dengan keegoan masing-masing, akhirnya bangsa dan agama kita akan lemah dan diperlekehkan oleh bangsa dan agama lain.

    Ayuhlah kita bersatu, janganlah ditangguhkan lagi. Saya sangat bimbang dengan nasib Melayu di bumi sendiri. Takbirrrrrrrrr.

  55. anjungkemas Says:

    klu nk salahkan pak lah 100%tak patut…ok lah cth saya bagi dlm sesebuah pejabat kerajaan…klu pengarahnya tak perform adakah 100% salah pengarahnya?tak juga sebab mungkin anak buahnya yang tak perform sehingga membantutkan perfroming jabatannya…..sama gak mcm paklah, hangpa yg tak buat kerja, pastu nk salahkan dia…klu semua dia nk buat, bagus dia tak payah jadi PM…letak pun sapa jadi PM pun klu setakat jadi boneka tak guna…tu pasal gus dur tak tahan lama…..kejap aje dh turun…..

  56. lananged Says:

    asakum Tan Sri…..

    yang pertama nak sentuh kenapa melayu mundur…lihat penang… lihat la di johor baharu…..kemunduruan itu semua atas sikap lembab orang melayu…. jgn duk risau pasal DAP memerintah p.pinang selama ini tanah melayu hilang semua sbb sikap melayu….

    Tergelak besar bila dgr Tan sri duk umah orang2 kampung nak mengenali masyarakat….pasal pa plak buat gitu itu semua hipokrit je,,, tan di layan cam VIP gak….pegi semacam pegi resort je la….pas tu bila nak melawat kampung maklumkan semua ketua cawangan….puak2 cawangan pulak tu bila Menteri nak turun apa lagi layan sakan la….mesti la nak tonjolkan diri kut boleh naik nama jadi calon…..bagi hamba banyak kaedah nak mengenali kemiskinan rakyat….stail tan sri ni nampak tak berapa ikhlas je…ni semua ngabiskan beras je….

    Tan sri….

    pasal pa la yang pi kempen semua ketua kampung kat negeri bawah BA letak jawatan…. betul la tan sri kata tak paksa, tapi duk pakat kat depa kemenrian tan sri akan bagi jawatan JPP la elaun sama la….kalau letak jawan tanda hormatnya UMNO la….macam macam propaganda lagi hamba dengar…..masyarakat leh baca semua tu….mula2 dulu tan sri kata semua kata sepatutnya letak jawatan sebab mereka umno yg lantik ….last last sekarang kata tak paksa plak….mai ke perak pakat jumpa semua ketua kampung duk kempen…..tak baik la itu macam tan sri….

    Apa yang di buat akan di nilai….boleh tgk ikhlAS KE TIDAK KE…

    Sekarang kat negeri bawah BA akan ada 2 ketua kampung macam bn buat di terngganu dulu…jadi BA boleh memperkasakan lagi pengaruh walaupun tidak memegang kerajaan negeri….itu yg kata tak ikhlas tu….

  57. jagat@berjuang Says:

    tan sri…
    SILA UBAH SIKAP PEMIMPIN UMNO

    1….JANGAN CAKAP SECARA SOMBONG….

    2….JANGAN BERGERAK SECARA GENTERS…MASUK KAMPUNG DGN 5 BIJI KERETA MEWAH…. ORANG KAMPUNG TAKUT NAK DEKAT…

    3…..APA APA TINDAKAN BIOR LE IKHLAS…NAMPAK IKHLAS,,,,JELAS IHLAS…

    4…… PROJEK 2 TAK PAYAH LE SEMUA KAT KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN ATAU AJK BAHAGIAN….

    5……KENAPA ANANGGOTA AJK BAHAGIANB UMNO SEMUA KAYA KAYA DENGAN KERETA MEWAH MEWAH JE….

    6…..PEMIMPIN UMNO SELALU CAKAP PASAL MELAYU,,, SELALU CAKAP PASAL HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU….SEMUA TU BUANG MASA JE..GERAKKAN APA YG DO KOTA

    7….PASA MUAFAKATAN PERPADUAN MELAYU HANAYA SETAKAT BISING DENGAN SEMINAR JE LA…TINDAKAN BANYAK YANG MEMECAH BELAH MELAYU…..KAMPUNG DI NEGERI ba KETUA KAMPUNG 2
    ADA SIKAP MEMILIH AHLI UMNO JE….

    8….JANGAN PANDANG PEMBAGKANG LEMAH ATAU ANGGAP MEREKA PARTI YG TIDAK BERDAFTAR….MEREKA BOLEH BANGKINT….

    9…..PAS 50 TAHUN BERJUANG TANPA JEMU TANPA KEUNTUNGAN APA APA….AHLI PAS LEBIH CEKAL DAN TIDak ADA NIAT KEUNTUNGAN…INI BERBEZA DENGAN UMNO YANG SEMAKIN HANYUT DENGAN KEMEWAHAN…

    FIKIR FIKIR LE TAN SRI….

  58. Torashah Says:

    Salam YB Tan Sri,

    Pas Mula Ketepikan Pakatan Rakyat Tubuh Kerajaan. Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal. Itulah Pas dengan gaya terkini mereka. Gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

    Ditambah lagi dengan pengunduran Tun Dr.Mahathir, mereka melihat UMNO retak menunggu rebah. Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

    Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman. elik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial?

    Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Adakah rakyat masih ingat semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu.

    Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia (hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

    Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada “hak istimewa sesuatu kaum”. Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat. Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004.
    Apakah Pas takut disergah oleh “abang besar” iaitu DAP sehingga sanggup mengugurkan penubuhan negara Islam dalam manifesto piliharaya 2008 yang lalu. Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat. Manakala DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.

    Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tiada lagi Ketuanan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman pada 14 April 2008. Ketuanan Rakyat yang disebut semasa Black 14. Apakah ini petanda Hari yang “black” juga untuk orang Melayu dalam PKR dan Pas? Bukankah Anwar yang hendak menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat? Kenapa Hadi Awang beria-ria benar mengeluarkan kenyataan? Atau Hadi Awang juga menyimpan cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri dalam diam-diam? Hadi Awang nampaknya telah mengubah haluan dan menerima kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin Perikatan dahulu. Suatu masa dulu, Hadi Awang dengan begitu keras sekali memfatwakan bahawa adalah kafir bekerjasama dengan kaum-kaum lain yang bukan Islam. Apakah DAP akan bersetuju dengan pandangan Hadi Awang ini? Nampaknya Lim Kit Siang seakan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri pilihan kerajaan Anwar, berbanding Hadi Awang.

    Ini kerana DAP sudah menguasai tiga buah negeri iaitu Penang, Perak dan Selangor berbanding Pas yang hanya dapat dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah. Dari segi hasil dan kekayaan, DAP melebihi PAS. Tentunya Kit Siang akan menjadi pilihan Anwar. Atas faktor perpaduan, kekayaan dan pengaruh berbilang bangsa, Anwar pastinya akan mengenepikan Hadi Awang. Lihatlah bagaimana Anwar membela Karpal Singh dalam isu mempertikaikan keputusan Sultan Perak mengenai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

    Sayugia diingatkan bahawa perpaduan di dalam UMNO masih kekal tetap utuh dari dulu, kini dan selamanya. Hampir 95 peratus ahli Parlimen UMNO mengisytihar memberi sokongan padu kepada Presiden UMNO. Tak payahlah Hadi Awang risau. Tindakan Tun Dr. Mahathir mungkin mendatangkan kesannya jika separuh ahli Kabinet daripada UMNO meletakkan jawatan masing-masing. Hal ini tidak berlaku. Walaupun di kalangan ahli UMNO ada yang suka dan tidak suka kepada kepimpinan seseorang, tetapi untuk bertindak keluar daripada parti yang berusia 62 tahun itu nampaknya sukar. Masih ramai ahli UMNO yang berada di barisan akar umbi yang tetap melahirkan kemarahan di atas sikap pucuk pimpinan parti atas beberapa isu dan perkara, tetapi mereka masih waras untuk terus bersama UMNO walaupun golongan ini tidak bijaksana dan terbilang.

    Yang pasti ahli UMNO tulen dan setia kepada parti tidak mudah untuk dipujuk rayu untuk sama-sama keluar parti. Walaupun sering berbeza pendapat, masih ramai ahli UMNO yang memegang slogan parti keramat orang Melayu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. Jadi nasihat untuk Hadi Awang, lupakanlah buat sementara hasrat untuk mengambil alih kepimpinan Barasan Nasional buat masa ini. Tunggulah sehingga PRU yang ke-13 nanti. Itupun jika masih berhasrat lagi.

    Orang UMNO sendiri sudah cukup matang dan sebarang krisis timbul seperti yang pernah berlaku sebelum ini, berjaya diselesaikan dengan ‘cara UMNO’. Tidak payahlah jadi macam Karpal Singh yang suka menjaga tepi kain orang. Buat masa ini carilah fatwa-fatwa yang bersesuaian untuk meredakan kemarahan rakyat negeri Selangor. Kalau tidak pun rajin-rajinlah buat banyak ceramah-ceramah perdana dengan harapan kutipan dapat didermakan kepada Menteri Besar Selangor yang tengah pening kepala sekarang bagi memenuhi janji-janji Pakatan Rakyat semasa PRU ke-12 yang lalu. Itu yang lebih penting.

Leave a Reply