Di kampungpun kita boleh berjaya, tidak perlu berhijrah ke bandar
Salam sejahtera untuk pembaca semua. Meskipun sekarang ini ‘musim’ pertadingan dalam Umno, tidak bermakna saya perlu memilih isu berkaitan politik untuk blog saya ini. Bagi saya, persoalan yang berlegar di kalangan jenerasi kita terutama golongan remaja masih perlu diberi perhatian.
Saya memilih untuk berkongsi pandangan pada malam ini berkaitan dengan soal penghijrahan golongan remaja dari kampung ke Bandar. Tidak salah berlakunya penghijrahan dari kampung ke Bandar sekiranya penghijrahan itu membawa tujuan lebih baik dari terus menetap di kampung. Sebagai contoh sekiranya mendapat tawaran pekerja yang lebih di baik di Bandar atau meneruskan persekolahan di Bandar. Tetapi apa yang saya ingin kongsi bersama adalah penghijrahan yang dianggap tanpa jaminan, seperti penghijrahan golongan belia semata-mata untuk mencari keseronokan atau untuk mencuba nasib di Bandar.
Ini kerana apa yang ada di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sudah cukup untuk memberi jaminan bagi remaja atau belia untuk terus hidup di kampong dan desa.Pada saya mereka tidak perlu berhijrah ke bandar. Duduk di kawasan-kawasan yang sesak dan wujud pelbagai masalah. Lebih baik mereka duduk di kawasan yang boleh mengeluarkan hasil, udaranya nyaman, masyarakatnya aman, dan mereka juga boleh memajukan seperti juga di negara-negara yang lain. Ramai juga orang yang duduk di bandar meninggalkan bandar kerana di bandar macam-macam stress, kekusutan dan sebagainya.
Jadi mereka berpindah ke luar bandar dan mereka merasakan duduk di luar bandar itu mereka akan dapat menghasilkan sesuatu dan mereka boleh jual ke bandar. Jadi tidak perlu anak-anak muda desa ini berhijrah ke bandar. Lagipun di luar bandar sekarang, jalan-jalannya sudah pun cantik. Misalnya daripada Tanjung Malim ke Kuala Lumpur sangat dekat kerana sudah ada highway. Dia boleh duduk di Tanjung Malim, dia boleh duduk di Slim River. Pengangkutan keretapi pun sudah ada. Dia boleh letak kereta dia di Tanjung Malim dan naik kereta bekerja di Kuala Lumpur.
Jadi ini semua boleh kita tukar ‘mindset’ (pemikiran) kita. Daripada kita bersesak-sesak duduk di bandar, sewanya tinggi dan dengan masalah anak-anak yang kadang-kadang tidak dapat dikawal, gejala sosial yang tinggi. Maka lebih baik dia duduk di kampung, memajukan kampung di samping boleh menjaga ibu bapa dia.
Kalau sekitar tahun 70-an atau 80-an dulu, sebab berlaku penghijrahan ke Bandar disebabkan kekurangan peluang pekerjaan dan hidup susah di kampung, mungkin saya bersetuju, tetapi tidak sekarang.
Di kampung-kampung hari ini segalanya telah kita sediakan. Kita ada kepimpinan kampung yang dinamik dan proaktif. Sebab, kita latih ketua-ketua kampung ini. Kita ada 15,000 kampung dan hanya 8,000 kampung sahaja yang ada JKKK. Kita cuba hendak menambahkan suatu hari nanti sehingga ada 18,000 JKKK di kampung-kampung. Dan apabila mereka ini dilatih, kita bagitahu kepada mereka apa peranan ketua kampung, apa peranan JKKK hendak memajukan masyarakat luar bandar.
Jadi kalau dia dapat mengemudikan kampong dia dengan kemudahan-kemudahan yang ada ini seperti kemudahan yang disediakan oleh Mara, kalau kementerian saya dipanggil Kemudahan Ekonomi Desa. Kita ada geran sehingga RM10,000 dan katakan lah kita beri kepada belia beliawanis yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri.
Misalnya dia minat untuk buat burger tetapi alat tak ada. Jadi kita boleh bagi geran kepada dia RM10,000 untuk dia mohon. Kalau dia sudah maju dan nak kembangkan lagi perniagaannya, dia boleh pinjam dengan SPEK RM25,000 hingga RM50,000.
Ada seorang belia di Keda Wang di Jitra, dia asalnya kakitangan agensi Keda. Dia kemudian membuat cadangan untuk membuat industri sos cili. Lepas budak ini berkembang dan dia membuat pinjaman dengan SPEK sebanyak RM300,000 dan dia berjaya mengembangkan industrinya.
Jadi kalau ada pengusaha yang begitu agresif dan mahu mengembangkan perusahan ini dengan menggunakan fasiliti yang ada ini yang ada di Mara, Felca, Risda, saya percaya kemajuan yang akan berlaku di kampung-kampung ini akan berlipat kali ganda.
Jadi, bagi saya tak ada sebab untuk belia kampung lari ke Bandar semata-mata untuk berniaga atau mencuba nasib di Bandar. Apa yang mereka perlu lakukan sedikit usaha pergi ke agensi-agensi di bawah kementerian saya dan cari maklumat tentang peluang ini. Atau kalau tak tahu juga cari kat portal kementerian. Boleh pergi CC (Cyber Café) dan disana tengok segala maklumat dan kemudahan yang disediakan oleh kementerian dan agensi di bawahnya.
Sama-samalah kita majukan kampung dan jangan kita tinggalkan kampung kita hanya kepada generasi tua atau mak bapa kita sahaja dan kita balik kampung sekali setahun bila tiba hari raya.






October 20th, 2008 at 11:41 pm
salam tan sri, saya tidaklah nak komen pasal isu yang tan sri bangkitkan dalam website ini cuma saya nak lahirkan perasaan saya berkaitan komen nazri tan sri aziz dalam surat khabar mingguan malaysia kelmarin. tatkala baca berita itu, saya rasa nak tergelak pun ada, malu pun ada. saya hairan macam mana seorang menteri berkelulusan undang-undang boleh persoal kelayakan tan sri untuk jadi timbalan perdana menteri jika menang timbalan presiden mac nanti. saya bukan nak bodek tan sri pun, sebab kita tidak pernah kenal secara dekat. tetapi bagi saya, komen itu sangat dangkal untuk disuarakan oleh seorang menteri yang kerjanya jaga parlimen dan pada satu ketika jaga portfolio undang-undang. saya ketawa besar apabila nazri kata tan sri bukan seorang ahli parlimen. senator bukan ahli parlimen kah? kalau bukan, senat itu di mana kalau bukan salah satu cabang daripada parlimen. tidak perlulah untuk saya tanya sama ada dewan senat atau dalam istilah kita dipanggil dewan negara itu bukan dalam bangunan parlimen. itu lagi teruklah pula bunyinya! satu lagi, jika seorang senator boleh dilantik sebagai menteri, mengapa pula tidak boleh dilantik sebagai timbalan perdana menteri. apa yang saya tahu, untuk jawatan-jawatan itu, syaratnya ialah seorang ahli parlimen (yang juga termasuk ahli dewan negara), mengapa pula tidak boleh? memang daripada tradisi yang biasa dilantik ialah ahli dewan rakyat tetapi jangan sampai kata tidak boleh. lagi satu perkara, timbalan presiden umno bukan semestinya timbalan perdana menteri. itu cuma tradisi tetapi umno dan kerajaan adalah entiti yang berlainan. apa salahnya jika sesekali kita melanggar tradisi. bagi saya, ini cuma sekadar kempen mereka untuk calon yang lain, sebab itulah mereka tergamak kelirukan rakyat dengan kenyataan-kenyataan dangkal semacam ini. saya doakan rakyat tidak terkeliru dan semoga tan sri dapat pencalonan yang cukup untuk menyempurnakan persaingan. rekod tan sri bagi saya amat cemerlang dan perlu dikembangkan!
October 20th, 2008 at 11:53 pm
salam buat tan sri, saya kagumi tan sri sebgai pemimpin yang kuat kerja, berkesan dan banyak idea. tan sri mungkin bukan tokoh yang cakap berdegar-degar seperti pemimpin2 lain tetapi keberkesanan tan sri sepanjang mentadbir selangor terutamanya telah terbukti. ini semua orang akui. di kementerian juga saya kagumi cara tan sri yang sanggup masuk kampung dan berkampung di kawasan luar bandar bersama rakyat. saya percaya tan sri akan lebih cemerlang jika diberi peluang. semoga sukses.
October 21st, 2008 at 12:57 am
Salam Tan Sri,
saya setuju jugak le dengan pendapat TS tu. Tapi kita kena menjenguk dari sudut lain kaum di kampung ni pada satu masa dulu dah tinggal yang tua tua. Yang muda pada satu era dulu telah berhijrah kebandar.
TETAPI sekarang ni dah berlainan sedikit. Dah dua tiga tahun kita perhatikan anak anak muda kita kembali pulang ke kampung
Sebab sebab nya senag sahaja;
1. Yang mana dulu pernah berhijarah dan bekerja di kota besar seperti KL dan Singapura kembali kerana tiada lagi peluang pekerjaan yang ada di Kuala Lumpur.
2. Atas sebab keadaan ekonomi diri yang tidak lagi sustainable dibandar i.e: gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi.
3. Masaalah sosial yang mana mereka ini mahu melarikan diri dari keadaan yang dirasakan sesak dan juga masaalh lain yang mereka ini sendiri ujudkan. Hutang tak bayar, lari dari along, terlibat dalam kes jenayah, dadah dan juga kehidupan keterlaluan.
TETAPI jika kita amati dikampung pun tidak kurang jugak rintangan yang dihadapi oleh belia dan pemuda kita. Mereka seakan terlekat ditahap pekerjaan yang diwarisi seperti penoreh getah, bertani, nelayan dan lain lain pekerjaan kampung.
Memang banyak program program yang ujud di kampung kampung ni melalui MARA, KPU dan lain lain. tetapi banyak juga birokrasi yang mana membuat mereka mereka ini hilang kepercayaan kepada pihak pengajur.
Seperti wujud pengahadang dan pilih kasih oleh wakil penganjur dan kroni kroni mereka pemilihan kasih antara parti politik seperti anak UMNO dan anak Pembangkang.
Jadi ini dilihat sebagai kes pilih kasih orang UMNO kerana rata rata wakil penganjur ini di wakili atau dikuasai oleh wakil wakil UMNO sendiri. Maka terjadilah satu kumpulan pemberontak secara diam… “silent protes” yang mana mereka ini secara diam atau terang terangan menyokong parti lawan.
Penyelesaian nya amat senang, seperti kertas kerja yang sedang saya usahakan. Saya akan cuba berjumpa dengan Tan Sri atau wakil Kementerian bagi mengusulkan nya.
Sekian terima kasih.
October 27th, 2008 at 5:34 pm
Maslah di Kampung
Low Cost = Low Price=Low Income=small scale=Low competativeness=Low Capital Inflow=Low Growth=Low Generation of employment=Neo Subsistance Ecomy.
What it is need Capital Injection that creat enployment and spilover and multiplier effect.
Not rural SMI and Workshop but rural Factories
Remember the Development of FELDA is from capital Injection of World Bank
It has become Neo National Esatate then
Similar Strategy should be taken to jump Start the rural Economy
Think about It Sir ,People say you are rich. It is ok being rich if benifit people
Saidina Abu Bakar was Rich,Saidina Othman was Rich,Siti Khadijah was Rich
They jump start the Islamic Movement then…….
November 4th, 2008 at 12:15 pm
Salam tan Sri,
Ye ke kat kampung pun boleh berjaya ?/ habis yang Tan Sri tinggalkan org kampong Sg Buaya terkapai-kapai tu camna? Lawat lah sikit mereka yang tertipu tu dan sekarang ni hidup dalam kesempitan. Hutang pemaju kepada mereka mencecah jutaan RM, tanah dulu diambil untuk dimajukan tapi tertipu oleh pihak pemaju yang rakus dan juga dilinduingi oleh pihak atau separti dengan Tan Sri.
Kalau Tan Sri dapat selesaikan masalah mereka, maka saya rasa Tan sri akan kembali di hormati…tapi untuk masa ini…doa je lah Tan Sri