Debat Shabery-Anwar, lihat dari sudut kebenaran
Salam bahagia pelayar dan pengunjung laman blog saya. Harapan saya semuga kita semua kekal menikmati kehidupan yang selamat dan harmoni.
Menyentuh perdebatan antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka berlangsung pada 15 Julai ini dengan tajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak, tidak seharusnya dinilai dari sudut kehebatan berpidato, tetapi yang penting adalah aspek kebenaran dan realiti.
Aspek kebenaran itu yang penting untuk difahami rakyat kerana jika petah sekalipun, ia tidak bermakna sekiranya fakta diputar belit dan dipesongkan.
Bagi saya kebenaran yang harus diangkat dalam perdebatan ini, bukan soal siapa yang lebih petah bercakap. Yang penting fakta.Kalau petah bercakap sekalipun, tetapi fakta diputar belit itu tak guna. Kita nak kebenaran walau tak sepetah orang lain, itu yang penting. Kebenaran dan realiti, itu yang mesti difahami rakyat.
Bagi saya tindakan Menteri Penerangan itu untuk berdebat dengan Anwar adalah satu cara yang baik untuk mempertahankan keputusan kerajaan walaupun berdepan dengan pimpinan tertinggi pembangkang. Sekarang tahun 2008, kita perlu telus, berani dan sebab kita bersedia berdepan.
Kita tak ada masalah untuk bersuara. Ini kerana kerajaan yakin bahawa kita berada di jalan yang benar.
Oleh itu saya berharap perdebatan Selasa ini dapat difahami rakyat secara rasional tentang tindakan kerajaan mengenai penstrukturan subsidi bahan bakar.
Selama ini, rakyat dikelirukan dan dipesongkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah harga minyak boleh diturunkan jika mereka berkuasa.
Mereka hanya berminat untuk menggunakan duit keuntungan Petronas sepenuh-penuhnya untuk tujuan subsidi bagi menurunkan harga minyak.
Malah kalau kita lihat Belanda misalnya, syarikat minyak negara mereka adalah syarikat minyak terbesar di dunia, tetapi rakyat negara itu faham mengapa keuntungan syarikat itu tidak digunakan untuk menurunkan harga minyak.
Rakyat Belanda dah sedar 80 tahun dulu lagi tentang agenda nasional menguasai industri bahan api. Oleh itu, Shell mempunyai modal yang cukup untuk terokai industri minyak di seluruh negara.
Tetapi di Malaysia lain, kita nak duit minyak digunakan sepenuhnya. Ini memerlukan penjelasan kerana jika Petronas tidak melabur, hasil yang diterima negara tidak akan sebesar yang dinikmati hari ini.






July 14th, 2008 at 9:11 am
Assalamualaikum,
1. Acara debat ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh DSAI untuk menjelaskan dengan secara terperinci mengenai mekanisma-mekanisma yang akan digunakan olehnya untuk mengurangkan harga minyak sekiranya cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Secara peribadi, saya tidak akan termakan dengan apa-apa hujah dari mana-mana ahli politik yang menjanjikan bahawa “hari ini tubuh kerajaan, esok haga petrol naik” tanpa sebarang sokongan fakta.
2. Mekanisma yang bakal dijelaskan oleh DSAI juga harus membuktikan bahawa perancangan beliau bukan sahaja merupakan perancangan untuk menyenangkan rakyat pada kadar jangkamasa pendek sahaja, malah mekanisma juga harus membuktikan bahawa ianya tidak akan membawa impak negatif terhadap ekonomi negara untuk jangkamasa panjang.
3. DSAI juga adalah diharapkan dapat memberikan penjelasan setakat mana mekanismanya dapat bertahan apabila bertembung dengan suasana kenaikkan harga petrol sedunia. Umum mengetahui bahawa kenaikkan harga petrol merupakan fenomena sedunia dan tidak terhad kepada fenomena domestik.
4. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa BN telah pun membuat satu kesilapan apabila meletakkan Shabery sebagai pendebat. Isu yang dikupas merupakan isu ekonomi. DSAI selaku bekas Menteri Kewangan memounyai kepakaran di dalam bidang itu jika hendak dibandingkan dengan Shabery yang diragui akan ilmunya di dalam bidang ekonomi. BN sepatutnya diwakili oleh Menteri Kewangan Kedua, ataupun lagi molek, di wakili oleh Menteri Kewangan Pertama iaitu Pak Lah sendiri (walaupun ini tidak akan menjadi kenyataan).
July 14th, 2008 at 3:24 pm
Tuan,
‘Selama ini, rakyat dikelirukan dan dipesongkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah harga minyak boleh diturunkan jika mereka berkuasa.’
‘Mereka hanya berminat untuk menggunakan duit keuntungan Petronas sepenuh-penuhnya untuk tujuan subsidi bagi menurunkan harga minyak.’
TAHU KAH TUAN RAKYAT SEMAKIN MISKIN, YANG KAYA BERTAMBAH SUPER KAYA, YANG MISKIN MENJADI PAPA,
TAHU KAH TUAN NEGARA KITA SETARAF DENGAN INDONESIA?
TAHU KAH TUAN DEMOKRASI DI THAILAND LEBIH DEMOKRATIK DARI KITA?
JADILAH PEMIMPIN UNTUK RAKYAT BAWAHAN BUKAN UNTUK ORANG ORANG ATASAN ,
July 14th, 2008 at 4:51 pm
assalamulaikum tan sri,
sudah terbukti anwar pengacau..kenapa kerajaan tidak sumbat saja dia dalam isa..kalau wan azizah bising dia boleh ikut suaminya kedalam. kerajaan perlu tegas..kalau tidak rakyat frust..demi keamanaan, kestabilan dan kemakmuran rakyat dan negara ini perlu dilakukan..jangan jadi selepas pru12 baru nak akui peranan blogger..by that time sudah jadi bubur.
July 15th, 2008 at 7:47 am
YB Tan Sri,
Debat ini seakan satu kemenangan moral kepada DSAI, di mana kita telah mengangkatnya tinggi seolah-olah dia adalah seorang ahli politik yang serba tahu di dalam dunia ini ! Soal minyak dihadapi oleh semua negara di dunia waima negara taikun OPEC sekalipun. Bulan lalu, Presiden PETRONAS telah memperjelas mengenainya dan telah memberitahu kita semua mengenai susur galur prosedur pengeluaran dan pengurusan minyak di Malaysia. Apakah DSAI lebih pakar daripada Presiden PETRONAS sendiri dalam soal harga minyak ini ? Bagus sangatkah dia ? Semalam harga minyak naik lagi ke US 143 lebih.
Saya fikir DSAI pasti akan mendapatkan info daripada ‘rakan-rakannya’ dari negara Uncle Sam itu, tentang bagaimana menjadikan impiannya suatu realiti iaitu, “Hari ini memerintah esok minyak turun !”. Yang saya bimbang, “Hari ini tak dapat memerintah, esok ‘turun minyak’ (mengamuk) !”.
Kadang-kadang saya lihat beliau sudah ke tahap takabur. Nak berdebat hanya dengan Pak Lah dan DS Najib sahaja. Beliau menganggap Datuk Shabery Cheek tidak layak untuk perdebatan tersebut. Malah telah mencabar PM serta separuh daripada ahli kabinet BN. Apakah maknanya ini kalau bukan riak atau takabur ?
Apa yang pasti, saya melihat rakan Pakatan Rakyat mereka PAS, perlu memberhentikan ini semua. Menyanjung DSAI sebagai PM dalam penantian seolah menyempitkan pandangan khalayak mengenai beberapa pemimpin kanan PAS yang juga cukup berwibawa untuk di angkat ke Putrajaya (?). Atau memang mereka awal-awal lagi sudah mengangkat bendera putih ? Kasihan PAS, DSAI telah berjaya menggula-gulakan mereka !
July 15th, 2008 at 9:24 am
Siapa Anwar? dan kenapa perlu berdebat dengan dia?….kita ketahui Anwar memang pandai bermain dengan kata kata yakni”berdebat” ini memberi memberi ruang kepada beliau untuk lebih menonjol ….. pada pendapat saya Menteri Penerangan sekarang kurang lancar dalam berbicara dan tidak sesuai untuk berdebat dengan Anwar ( maaf bukan untuk merendah2kan dia) , sekiranya beliau kalah dalam perdebatan ini moral kerajaan akan jatuh,pembangkang akan besorak keriangan.bagi saya untuk berdebat mengenai isu kenaikan minyak hanya layak dibuat oleh Dato Shahril sbb dia mengetahui isu ini dengan lebih mendalam. Perdebatan ini tidak perlu dibuat secara langsung kerana saya tidak yakin dengan kemampuan Menteri Penerangan dalam issue ini.
July 15th, 2008 at 10:22 am
salam…tan sri
Kebenarannya setiap rakyat malaysia mempunyai hak keatas hasil minyak yg dikeluar dari perut bumi malaysia..kerajaan BN diamanahkan oleh rakyak utk mentadbirnya dengan bijak,telus dan amanah…itu tanggungjawab BN dan ianya bukan untuk digunakan dlm memenuhi agenda peribadi kerajaan BN(seperti mana yang selalu terpampang di notis board di tapak pembinaan…sebuah lagi projek kerajaan BN)..tidak kah ia jelek dipandang…bagi saya pemimpin BN harus tahu menimbang..melihat..membuat ramalan sebelum membuat sesuatu keputusan.. maksud saya melihat di dalam gambaran yang besar… kesan dan risiko yg bakal dihadapi…dalam soal subsidi minyak…pihak kerajaan tidak harus sama sekali mengadai amanah yang diberikan rakyat…priority “KEBAJIKAN RAKYAT DAHULU”… kerajaan tidak sepatutnya membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak yang mendadak ini…marah org singapore…thailand…kita yang jadi mangsa dibumi sendiri…..
July 15th, 2008 at 11:02 am
A.kum Tan Sri,
1. Sepatutnya debat secara terbuka antara Pemimpin Kerajaan dan Pemimpin Pembangkang ini telah lama diadakan.
2. Kenapa setelah 50 tahun merdeka, baru sekarang ini tahun 2008 ia mahu diadakan? Memang betul kita bukan mahu melihat siapa yang lebih hebat berhujah, tetapi kita mahu melihat ‘kebenaran’ dalam sesuatu isu yang dibangkitkan.
3. Adakah salah pihak pembangkang atau pihak kerajaan?
http://suarasukj.blogspot.com
July 15th, 2008 at 12:45 pm
Tan Sri, dalam menilai sesuatu perkara memang kita wajib berdasarkan kepada kebenaran dan ianya satu tuntutan. Dalam proses menilai kebenaran ini, ianya memerlukan ilmu yang betul, maklumat yang betul dan kefahaman yang betul baru kebenaran itu dapat ditegakkan. Apabila kita memperkatakan soal ilmu yang betul, maklumat yang betul dan kefahaman yang betul, kesemuanya adalah terlalu subjektif. Untuk menentukan ilmu dan maklumat yang betul kita terlebih dahulu kena tentukan sumber kepada ilmu dan maklumat itu dari sumber yang betul lagi sahih. Soal kefahaman pula ianya bergantung kepada keupayaan seseorang individu untuk menguasai ilmu dan maklumat yang diterima.
Di dalam perdebatan ini, apakah objektif utama yang kita mahu capai? Adakah tujuan utamanya untuk menerang kepada rakyat tentang rasionalnya kenapa kerajaan naikkan harga minyak? Kalau inilah tujuan utamanya, perdebatan ini tidak perlu langsung sebab dengan diadakan perdebatan ini, ianya akan mengundang banyak kemungkinan negatif yang tempiasnya akan kena balik kepada kerajaan. Kalau perdebatan ini diadakan sebelum harga minyak naik, mungkin itu memberi kebaikan atau “check and balance” kepada kerajaan.
Keadaan akan jadi lebih teruk jika hujah dari pihak kerajaan tidak boleh untuk menangkis hujah dari pihak pembangkang dengan hujah yang ilmiah, fakta dan logik akal. Perlu diingat, kita berhadapan dengan majoriti rakyat yang mempunyai tahap pemikiran yang biasa lebih kurang 90%, sedangkan rakyat yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan rasional hanya sekitar 10% sahaja. Bayangkan kuasa rakyat yang 90% itu mampu untuk membuat satu kejutan yang besar!!!
July 15th, 2008 at 6:14 pm
Asalamualaikum Tan Sri,
Bagi pendapat saya pembangkang hanya melihat dari sudut dekat sahaja (senang sekejap tak pe) bagi kita, kita lihat jauh apa yang boleh memberi manfaat kepada semua bangsa. Pelaburan bagi mereka hari ini cucuk esok dah dapat hasil. Perlu kita ingat harga minyak dunia semasa DSAI memimpin berapa? dan berapa banyak yang beliau turunkan untuk rakyat?, itu yang patut beliau fikirkan.
Sila layari blog UMNO Bahagian Pandan:
http://umnobahagianpandan.blogspot.com/
July 15th, 2008 at 6:20 pm
Salam Tan Sri,
Perdebatan pada malam ini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata. Masyarakat bukan setakat hendak melihat kemunculan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kaca televisyen tetapi rakyat menunggu-nunggu adakah kehebatan DSAI ini masih seperti dulu lagi.
Yang pasti, para penganalisis politik pastinya setuju bahawa bukan setakat bijak berpidato menjadi sandaran malahan kebenaran kepada fakta amat penting untuk dibentangkan kepada mata masyarakat umum.
Soal ini penting kerana rakyat juga perlu faham apakah tujuan perdebatan ini. Bukan hanya semata-mata untuk menunjukkan kejaguhan masing-masing. Realitinya ialah kebenaran apa yang cuba dibawa oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat walaupun kadang-kala tindakan itu tidak popular.
Ini seharusnya rakyat perlu memahami betapa langkah yang pahit perlu dilaksanakan juga dan kesannya sudah pasti kita mahu dalam tempoh jangka panjang di mana sesuatu yang positif. Seseorang pemimpin perlu melihat bukan setakat 10 - 20 tahun, tetapi perlu melihat 80 hingga 100 tahun ke depan.
Tidak ramai pemimpin bagaikan mutiara tetapi kita mempunyai pemimpin yang boleh digilap tetapi dengan cara yang betul. Moga-moga kita mendapat kebenaran pada malam ini sebagai satu catatan sejarah politik tanah air kita.
Wassalam
July 15th, 2008 at 7:08 pm
Assalamualaikum Tan Sri. Pada pendapat saya usul untuk tidak menggunakan hasil keuntungan Petronas sewenang-wenangnya adalah jalan yg terbaik demi utk kehidupan anak-anak tak kira bangsa dan agama dan kepentingan negara kita yang tercinta di masa akan datang terbela. Janganlah sampai menang sorak tapi maruah negara dan nasib rakyat tergadai.
July 15th, 2008 at 10:52 pm
hidup umno!!tahniah menteri penerangan dengan penerangan yang cukup jelas, kami akan menyokong UMNO dan paklah selagi hayat dikandung badan!!
July 15th, 2008 at 11:11 pm
Hadis drpd firman Allah Taala mafhum nya:
“Aku hairan hamba-Ku yang suka menceritakn keburukn org lain sedangkn ia lupa bahawa ia sendiri ada melakukn nya.”
July 16th, 2008 at 12:04 am
Saya bukan penyokong Anwar atau pun BN….tapi debat malam ini hanyalah dipenuhi dengan serangan peribadi yang lebih banyak dipersoalkan terutama oleh Menteri Penerangan kepada Anwar….kenapa tidak difokuskan kepada isu harga minyak sahaja…Ternyata BN perlu mempunyai pedebat yang baik untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan dalam pentas perdebatan ini.
July 16th, 2008 at 2:49 am
Assalamualaikum. Saya adalah bekas graduan salah sebuah universiti terkemuka di malaysia. Dan sya juga adalah penyokong UMNO dan masih lagi ahli UMNO sekarang. Saya ingin menyentuh mengenai isu debat tadi, sebenarnya apa yang saya tunggu2 kan adalah PENJELASAN kerajaan kepada RAKYAT dan pembangkang mengenai dasar kerajaan terhadap kenaikan harga minyak, BUKAN serangan terhadap Anwar.
Saya mnjadi makin kurang jelas tentang kenaikan harga minyak ini kerana secara JELASNYA Datuk Shabery TIDAK menjawab soalan2 dari Anwar, wakilnya dan pengerusi majlis yang bagi saya adalah sangat2 relevan! Saya hampa kerana jawapan yg ingin diketahiu rakyat tidak diberikan bahkan hanya menceritakan pasal Anwar. Tidak perlu cerita pasal Anwar jika tajuk utama debat adalah isu minyak!
Saya yakin rakyat semakin bingung dengan kenyataan tidak professional Menteri Penerangan malah sikap itu dipamerkan oleh Anwar yang menceritakan pandangan beliau mengenai isu minyak, bukan peribadi Datuk Shabery.
Kesimpulanya, debat ini hanya membuka kelemahan kita di mata rakyat kerana sikap tidak profesional Datuk Shabery sendiri. Hidup Melayu.
July 16th, 2008 at 4:28 am
Pandangan saya pula dari sudut tajuk debat ini sahaja sudah menewaskan DShabery! Zaman sekolah dulu pernah juga masuk pertandingan debat dan antara faktor2 kemenangan atau tewas adalah pemilihan tajuk. Analisa saya dari pembacaan blog2 yg banyak diinternet ini, kebanyakkan rakyat menerima alasan kerajaan untuk menaikkan harga minyak, tetapi tidak diduga kenaikan yang sebanyak ini sehingga boleh merubah struktur asas perbelanjaan untuk kehidupan. Saya mohon TS dan pegawai2 kerajaan faham sungguh2 apa yang rakyat resah dan katakan dan tidak menolak mentah2 atau ketepikan pandangan dan rayuan mereka. DShabery juga gagal menggunakan bahasa badan (body language) dgn baik dan juga tidak menggunakan fakta2 bahawa janji2 PRU 12 dulu oleh PKR sehingga kini masih banyak yg tidak dipenuhi. Contoh di Selangor sahaja cuma yg dapat dikotakan setakat ini hanyalah air percuma, itupun tak cukup untuk mandi dalam tempoh sebulan! Itu janji sebelum dapat (menang) tapi bila dah dapat (menang) baru cerita dgn rakyat kami tak boleh turunkan cukai tanah, cukai pintu, elaun sara isteri yang tidak bekerja dll.
YANG RAKYAT TIDAK FAHAM KENAPA:
1. Naikkan harga minyak secara keterlaluan sehingga menyebabkan semua barang naik mendadak? Mendera rakyat? Menganiaya rakyat? Menipu rakyat? Apa yang akar-umbi nak jawab dgn rakyat dalam PRU akan datang mengenai kenaikan harga minyak ini? Kalau TS dan DShabery yg berada dalam kabinet pun tak boleh menjawab secara terbuka (tanpa mengarah atau memaksa rakyat mengikut saja kenaikan ini) bagaimana pula kami akar-umbi berupaya menjawab dan menangkis?
2. PM dan kabinet menjawab kita kena kurangkan subsidi minyak, terpaksa naikkan harga minyak tetapi dalam masa yang sama membelanjakan sehingga RM10 billion beri duit kepada pemilik kenderaan dan pelupusan hutang2 lama pekebun2 kecil. Kenapa 10 b itu tidak digunakan untuk subsidi minyak agar harga tersebut dapat dikurangkan? Kenapa kerajaan terikut2 cara PKR nak beri duit dan segala macam percuma kepada rakyat seolah2 memandu rakyat agar jadi peminta sedekah dan tidak perlu berusaha?
3. DSAI tidak menyerang peribadi sesiapa dalam debat itu, tetapi memohon kerajaan agar memberi ruang agar menerima pandangan rakyat. Itulah hasil (ending) dari debat itu yg memihak kepada Anwar. Pandangan itu juga sama dgn pandangan akar-umbi, siapa yang nak harga minyak naik? Anwar tidak menyoal kenapa pemberian pampasan kepada pemilik kenderaan diagihkan oleh Pejabat Pos. Berapa yuran perkhidmatannya? Sekiranya tidak dituntut dan Pos Msia meletakkan wang tersebut dalam simpanan tetap, berapakah nilainya dan adakah wang faedah tersebut perlu diserahkan kembali kepada kerajaan? Anwar menyerang dan mempersoalkan kebijaksanaan pengurusan kerajaan yg diterajui oleh UMNO, maknanya rakyat juga mempersoalkan kebijaksanaan penasihat2 PM terutama dalam KKewangan. DShabery tak jawab, TS pun tidak menjawab, habis bagaimana kami di bawah nak menjawab? Kalau betul kata bagai di kota, maka teluslah, beranilah bersedialah berdepan dgn rakyat.
MAKA SEHARUSNYA TS PERLU CADANGKAN AGAR HARGA MINYAK DIKAJI SEMULA, barulah UMNO kembali bersaing dalam arus politik baru terkini…
July 16th, 2008 at 8:07 am
Saya bersetuju dengan pandangan Dato’ Seri mengenai aspek kebenaran ialah faktor yang paling utama yang harus diberikan penekanan. Tetapi, berdasarkan program Debat semalam, saya nyata kecewa dengan Dato’ Seri Shabry yang tidak mengemukakan fakta ekonomi dan jika ada pun, terlalu cetek dan tidak memuaskan hati. Lebih separuh dari masa dihabiskan bercakap mengenai kepincangan Dato’ Seri Anwar yang kita semua sudah maklum dan fakta berpusing-pusing mengenai sumbangan Petronas, dan simpanan minyak Malaysia. Saya harapkan sesuatu yang lebih informatif, seperti, contohnya 91% keuntungan Petronas disumbangkan kepada negara, duit subsidi lebih baik digunakan untuk projek-projek lain yang membantu rakyat miskin dan sebagainya, ke mana sumber-sumber ini pergi? Projek apa yg berada dalam perancangan kerajaan? Ada juga fakta-fakta sekolah rendah yang Dato Seri Shabry nyatakan seperti ‘percayalah, kerajaan telah membuat jalan terbaik…’ Orang akan percaya tanpa perlu diyakinkan sekiranya fakta dan penjelasan yang lebih baik dibuat. Saya tengok Dato Seri Anwar pun sudah malas nak melayan Dato Seri Shabry yang bercakap berpusing-pusing dan selalunya tidak menjawab soalan. Saya rasa, Dato Shabry bukanlah orangnya yang patut bercakap mengenai isu ekonomi, sebab agak jelas bahawa dia tidak tahu secara terpeinci. Dia hanya Menteri Penerangan. Mungkin menteri yang bagus, tapi bukan orangnya. Sepatut Dato Seri Mohamed Nor Yackop yang turun semalam dan saya rasa ia akan lebih bermanfaat kepada rakyat.
July 16th, 2008 at 8:57 am
aku ahli umno yang membayar minyak dengan harga rm 2.70. pembangkang pun bayar minyak dengan harga yang sama jugak…erm…kalau macam ni apa yer kelebihan aku sebagai ahli dan pengundi umno? kalau ginilah aku rasa baik aku jadi pembangkang terus dari join umno. sama jer nasibnyer….aduh…sungguh malangnya la nasib ahli umno biasa cam aku nih….
July 16th, 2008 at 10:18 am
Jangan pandai komen je… kenapa dato’ sendiri tak berdebat dengan Anwar?
July 16th, 2008 at 10:18 am
bang nuar, ooo bang nuar ….
Penat aje saya nunggu bang nuar keluar penjara 7 taun. saya ingatkan bang nuar hebat sangatttt tapi emmm cuma hebat didepan budak2 aje.
ciann bang nuar dah dibogelkan oleh shaberry. habis la bang nuar kali ni ….. hujah cukup cetek, kalau stakat syorkan dana 5 bilion tu sapa2 pon leh ckp, tapi dana tu akan subsidi syarikat2 besar mcm esso, shell, mobil dll….. buat apa nak kasi duit rakyat kat depa… ish ish lagi baik dibuat kaedah subsidi lagi tepat ke kumpulan sasaran.
kalau nak tolong rakyat kenapa tak mintak tolong turun harga diesel kenapa suruh turun petroleum….. rakyat bawahan cthnya nelayan, petani guna diesel bukannya guna petrol… hehe
masa taun 98 saya ingat lagi bang nuar naikkan BLR sampai 11%, dari saya bayar RM750 duit umah jadik RM1100, budak2 yg lilit kepala kat depan stage bang nuar tu dia tak tau perkara tu, taun 98 dia lom sunat lagi ….hehe
tapi IPP tu ada sedikit kebenaran la, tapi rezab 40% tenaga m’sia tu dtg dari semua sumber, sumber diesel, arang batu, tapi kalau rezab elektrik negara 40% diturunkan 20% , bang nuar ingat pelabor confident ke nak melabor di m’sia kalau di ambil kira kegunaan waktu puncak, dsbnya. emmm…..
saya cukup hampa dgn bang nuar , penat saya tunggu bang nuar, 7 taun saya tunggu ….. tapi smlm mmg hampehhh …. tersengeh2, tepuk dahi, ….aparaa
July 16th, 2008 at 10:30 am
Tan Sri,
Kalau nak bercakap pasal kebenaran, maknanya Shabery telah membuang masa. Saya tak sokong kedua-duanya, samada Anwar atau Shabery, saya sokong rakyat, saya sokong keluarga saya, anak-anak saya yang nak hidup. Tetapi nampak Shabery tidak dapat menanding Anwar. Dari satu debat yang intelek, kita dapat satu lagi political rhetoric yang cukup membosankan dari Shabery. Komen saya dibawah dari blog saya:
Normally, I wouldn’t be bothered about two politicians wanting to debate and talking crap about each other but somehow last night I turned on the TV and saw the debate.
My summary was that Anwar out-debated Shabery because he resisted the temptation to make political rhetoric and had more facts. Shabery ended being a typical politician by making personal attacks and political rhetoric. He started fine but his fact driven argument started to crumble bit by bit and he finally had to resort to the politicians’ staple diet - crap.
At the end of the day, both of them got it wrong. The main issue they were talking about centred around our oil, our “khazanah”, our treasure and how we should use it to continue surviving. Guess what, they both missed the point. Our actual treasure shouldn’t be oil or money or things, it should be our brains. Our mental capacity to survive.
Oil is finite, it can run out, it can and is being manipulated. We should do something about our brains, train our people to think so that nomatter what happens, we know how to fix things and we can come up with ideas of how to make our economy strong so that we don’t have to rely on the family jewels to survive.
These people remind me of a family where the parents are dead and they left some property to the children. The children are fighting how to manage the property in order to survive. They don’t realise that the property can run out one day. They never think of using their brains which can produce ideas (which are the real treasure) indefinitely.
We need leaders with brains and we need our young people to be trained to think, not memorize things so that when they grow up, they can take over this country and run it properly.
It was such a waste of time last night. I wished I was on stage to “tarok” both of them up and the rest of the political family.
July 16th, 2008 at 10:57 am
Assalamualaikum.. Saya rasa semua pemimpin UMNO cuba menidakkan kebenaran dan kehebatan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Debat semalam. Termasuk la Anda!! Kami rakyat Malaysia tidak akan mudah tertipu dengan dakyah bodoh, bohong dan omongan kosong Anda! Terimalah hakikat bahawa UMNO dan kroni-kroninya sedang diambang kejatuhan. Sekiranya Anda anak jantan, berdebatlah dengan DSAI, bukan hanya bercakap disini tanpa sebarang tindakan yang mampu mengubah persepi negatif seluruh rakyat Malaysia terhadap anda!!
July 16th, 2008 at 11:06 am
Salam Tan sri..
Harap Tan sri dapat komen pasal debat semlam…
Sebagai seorg rakyat M’sia..saya berpendapat Datuk S perlu terangkan kenapa perlu naikan 78sen bukan 50 sen atau sikit2..kemana duit petronas tu digunakan sebagaimana di tanya..dulu naik 30 sen..utk sistem pengangkutan..yg say anampak..bas saj bertukar
dari indrakota ke RepaidKL..lain2 tak jelas..munkin kontrol x bagi naik TOL ker?itu yg per Menteri penerangan terangkan..bukan mengungkit hal2 peribadi yg telah lepas i..
Bagi saya DSAI sudah menjelaskan bagaimana beliau nak turunkan 50sen..
sebagai rakyat..jelas bagi saya..itu saja..yang penting ada plan nak turunkan..
bukan hanya fikir nak naik tanpa fikir nak turunkan..
Harga minyak dunia pun dah menurun kembali..
July 16th, 2008 at 11:08 am
Salam Tan sri..
Harap Tan sri dapat komen pasal debat semlam…
Sebagai seorg rakyat M’sia..saya berpendapat Datuk S perlu terangkan kenapa perlu naikan 78sen bukan 50 sen atau sikit2..kemana duit petronas tu digunakan sebagaimana di tanya..dulu naik 30 sen..utk sistem pengangkutan..yg saya nampak..bas saj bertukar
dari indrakota ke RepaidKL..lain2 tak jelas..mungkin kontrol tak bagi naik TOL ker apa ker?itu yg perlu Menteri penerangan terangkan..bukan mengungkit hal2 peribadi yg telah lepas ..
Bagi saya DSAI sudah menjelaskan bagaimana beliau nak turunkan 50sen..
sebagai rakyat..jelas bagi saya..itu saja..yang penting ada plan nak turunkan..
bukan hanya fikir nak naik tanpa fikir nak turunkan..
Harga minyak dunia pun dah menurun kembali..
July 16th, 2008 at 11:29 am
Kebenaranya….sabri tak dak fakta…serangan peribadi ja…llain kali balik mengaji bagi habis…………..kerajaan memang boleh turun harga minyak, tapi tak mau
July 16th, 2008 at 12:51 pm
Salam Tan Sri,
Selepas kita melihat debat antara DSAI dan menteri penerangan, DSAI menyatakan pengurang bajet yang boleh di potong. saya tertarik dengan penerangan DSAI mengenai IPP.Persoalannya :
1. Adakah Kerajaan tidak mempunyai jalan untuk menghapuskan IPP yang menjadi beban kepada TNB??
2. Sekiranya kerajaan menamatkan perjanjian IPP , berapa banyak jumlah yang perlu dibayar kepada IIP dan adakah Ia berbaloi kepada kerajaan dan masyarakat?
sekian
July 16th, 2008 at 4:04 pm
Saya merasakan bahawa anda telah pun memutar belitkan fakta.Ini sama sekali bercanggah dengan kenyataan dan pegangan saudara pada perenggan ketiga.Telah jelas dan nyata diberitahu oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) bahawa yang ingin digunakan oleh mereka adalah duit yang telah diserahkan oleh PETRONAS kepada kerajaan.Mereka bukanlah mengatakan ingin menggunakan duit PETRONAS yang akan digunakan untuk re-invest tetapi duit yang diserahkan kepada kerajaan.Ini membawa maksud duit royalti,dividen,cukai dan sebagainya.
Jika dilihat didalam debat semalam (15hb Julai),Dato’ Shabery masih lagi mengulangi Datuk Seri Anuar Ibrahim (DSAI) atau PR tidak patut menggunakan duit PETRONAS yang akan di re-invest sedangkan DSAI telah menjelaskan perkara tersebut beberapa kali didalam debat itu sendiri.Adakah tidak faham atau buat-buat tidak faham?Atau memang sengaja ingin memberikan kefahaman yang salah kepada rakyat?Tepuk dada,tanya selera.Wallahua’lam
July 16th, 2008 at 4:30 pm
“Mereka hanya berminat untuk menggunakan duit keuntungan Petronas sepenuh-penuhnya untuk tujuan subsidi bagi menurunkan harga minyak.”
komen saya: Sapa yg bg tau TS duit keuntungan Petronas sepenuh2nya nak digunakan, jgn putar belitkan kenyataan. Kami rakyat tak bodoh!! Yg penting adalah pengurusan wang yg diserah oleh Petronas kepada Kerajaan. Sekiranya kerajaan
“Malah kalau kita lihat Belanda misalnya, syarikat minyak negara mereka adalah syarikat minyak terbesar di dunia, tetapi rakyat negara itu faham mengapa keuntungan syarikat itu tidak digunakan untuk menurunkan harga minyak.
Rakyat Belanda dah sedar 80 tahun dulu lagi tentang agenda nasional menguasai industri bahan api. Oleh itu, Shell mempunyai modal yang cukup untuk terokai industri minyak di seluruh negara.”
komen saya: TS nak bandingkan Malaysia dgn negara Maju yg pendapatan perkapita mereka lebih 10 kali ganda dari rakyat Msia buat apa. Yg utama adalah rakyat miskin yg merana disebabkan kenaikan harga minyak yg besar hari ini. TS nak rasa apa, minyak menteri sume kerajaan (a.k.a duit rakyat msia) yg tanggung.
YG pasti kenaikan yg tinggi ini adalah untuk membolehkan PM menjalankan projek Mega koridor2 nyer. Jika dibandingkan dgn Tun Mahatdir, beliau lebih berjaya dgn menumpukan pd satu2 projek pada satu2 masa dan bukan seperti PM hari ini yg mahu kesemua projek Meganya berjalan dgn serentak dan menghimpit hidup rakyat pd masa yg sama.
July 16th, 2008 at 8:19 pm
Datuk kena faham , belanda mempunyai public transport yang bagus, rakyat mereka mempunyai alternatif untuk tidak memakai kereta, di Malaysia , tak boleh…
Cuba Tan sri naik komuer dan bus, tolong faham masalah rakya
July 17th, 2008 at 12:37 am
Debat DS Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Chik bertajuk “Hari ini tubuh kerajaan, esok harga minyak turun” yang moderatornya ialah Datuk Johan Jaafar telah mencatat suatu sejarah di negara Malaysia. Debat ini mengikut Datuk Ahmad Shabery merupakan satu peluang kepada pemimpin pembangkang menjelaskan pandangan secara terbuka kepada rakyat daripada mengadakan perhimpunan jalanan. Datuk Shabery telah memerangkap DSAI dengan menjelaskan bahawa penurunan 50 sen seliter harga minyak yang diwar-warkan itu dibuat semasa kempen pilihanraya yang lalu. Ini bermakna jika pembangkang dapat menubuhkan kerajaan semasa harga minyak RM1.92 seliter, harga minyak sepatutnya pada harga RM1.42. Andaikata Pakatan Rakyat memerintah hari ini dengan harga pasaran dunia RM4.50 seliter (anggaran), bererti kerajaan PR akan memberi subsidi sebanyak RM3.18 seliter. Subsidi yang amat besar dan lebih besar yang akan ditanggung oleh kerajaan yang memerintah. Sebenarnya bila DSAI mengatakan bahawa penurunan 50 sen dari harga semasa minyak RM2.70 seliter kepada RM2.20 seliter telah menjelaskan kepada umum bahawa pembangkang jika dapat menubuhkan kerajaan sebenarnya tidak menurunkan harga minyak malahan juga menaikkan harga minyak. Ini bercanggah dengan tajuk debat yang berbunyi, “Hari ini tubuh kerajaan, esok harga minyak turun”. Umum mengetahui bahawa tajuk debat itu sebenarnya kenyataan pemimpin pembangkang semasa kempen pilihanraya yang lalu dan pada ketika itu harga minyak ialah RM1.92 seliter. Jika berlaku kenaikan harga minyak kepada RM2.20 seliter (selepas pilihanraya kononnya PR memerintah) dari RM1.92 liter (sebelum pilihanraya), ini bermakna pemimpin pembangkang hanya beretorik untuk mendapat sokongan pengundi semata-mata. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab sekadar untuk memancing undi dan memenangi pilihanraya. Pujian patut diberikan Datuk Ahmad Shabery, menteri muda yang berjaya mengupas isi dengan baik dan menyakinkan penonton. Selaku Menteri Penerangan, beliau sendiri mengambil sikap keterbukaan dan bertanggungjawab memastikan program debat yang julung kali ini diadakan dapat menjelaskan dasar keterbukaan dan keikhlasan kerajaan membantu rakyat dalam menangani masalah kenaikan harga minyak dan krisis makanan dunia.
July 17th, 2008 at 8:10 am
Walaupun saya penyokong kuat UMNO Selangor, saya rasa Anwar lebih menonjol bukan disebabkan faktor dia hebat berpidato tetapi idea-ideanya yang bernas dan munasabah. Anwar juga memperkuatkan ideanya dengan memberikan beberapa penyelesaian dengan fakta-fakta yang tepat. Adalah sesuatu kerugian kepada BN kerana menyediakan platform berpidato ini dan sekarang semua rakyat malaysia tahu siapa yang bijak sekarang!
July 17th, 2008 at 8:39 am
saya juga bersetuju dengan pendapat zaitun
July 17th, 2008 at 11:30 am
Saya berpendapat sebaliknya. Saranan yang diberi saudaraa Anwar memang boleh dipraktikkan dan bernas jika ketirisan dapat dibendung sepenuhnya dan pengurusan dana yang cekap. Pak Menteri haruslah bebas dari rasuah dan setiap pelaku rasuah harus dikenakan tindakan bukan macam sekarang bawak berkilo-kilo duit ke Aus. pun boleh lepas dan bebas. Malah masih lagi jadi pemimpin yang di harap untuk membela dan menguruskan harta rakyat. Fikir-fikirkanlah.
July 17th, 2008 at 12:20 pm
Kenapa tiada jawapan di atas soalan dan pertanyaan pada posting:
“Tangguh Dulu Penghijrahan Ke Bandar” pada 12 Jun o8?
Kami yg bertanya masih lagi ter tunggu2 jawapan nye.
July 17th, 2008 at 1:22 pm
Tan Sri,
Nampaknya Kementrian Tan Sri telah membazir duit rakyat dengan Membuat jawatan JKKP bagi setiap kampung di Negeri Selangor ini bermula pada esok hari.
Sepatutnya Tan Sri membuat ulasan tentang isu in di Blog Tansri tentang perlunya adanya JKKP dan kenapa wang rakyat sebanyak RM400 bagi setiap pengerusi JKKP sebulan di gunakan?
Sepatutnya, Tansri yang juga Ketua penerangan UMNO mempunyai workforce yang secukupnya untuk melaksanakan apa apa agenda UMNO tampa perlu mengeluarkan duit rakyat sebanyak RM 400 sebulan bagi setiap Ketua JKKP (Ini Tak Termasuk Elaun Untuk AJKnya). Adakah ahli UMNO sekarang ini hanya bekerja kerana duit bukanya kerana Agama, Bangsa dan Negara.
Maaf keran tersalah topik, tapi kalau nak ulas tentang topik ini. satu sahaja…MASA YANG DI BERI TAK CUKUP. Pihak Shabery dan Anwar tak dapat memberi fakta yang secukupnya semasa mereka berdebat maka Debat in jadilah separuh masak…
Wassalammm
July 17th, 2008 at 2:58 pm
DATUK,
Perdebatan di antara DASC vs DSAI tu amat baik, telah menjelaskan kepada rakyat kesan kenaikan minyak yang menyebabkan kesusahan & kesengsaraan rakyat..bertindaklah segera demi membantu rakyat..kalau idea DSAI tu tidak baik, cari jalan dan minta idea yang lebih bijak drp wakil rakyat BN bagi mengatasi masalah ini.. Debat selepas ni, kerajaan pilihlah pendebat yang hebat seperti YB Khairy Jamaluddin atau YB Datuk Bung Moktar Raden..
July 17th, 2008 at 3:25 pm
Salam Tan Sri,
Janganlah berfikiran seperti Noordin Kardi. Pandangan Tan Sri mungkin berlainan jika Tan Sri seorang penoreh getah yang mempunyai 5 orang anak yang hendak ditanggung.
-rakyat yang sekadar cukup makan
July 17th, 2008 at 6:50 pm
Assalammualaikum WBT,
TS apa yang DSAI dan rakyat Malaysia lainnya bercakap ialah mengenai duit yang telah Petronas serahkan kepada kerajaan sebagai royalti dan bonus dari keuntungan Petronas. DSAI tidak pernah pun suruh ambil duit Petronas untuk subsidi kepada rakyat. Tapi hanya menggunakan duit yang Petronas serahkan kepada kerajaan sahaja.
TS tidak perlu memutar belitkan kenyataan.
Ingatlah Petronas telah serahkan lebih RM350 billion kepada kerajaan, tapi amat mendukacitakan kerajaan BN secara suka-suka telah membazirkan duit berkenaan untuk kepentingan mereka dan bukan kepentingan rakyat. Buat projek pun untuk keuntungan peribadi mereka.
Macam Pak Lah mengaku dia letak jawatan Jun 2010 kerana tarikh itu berakhirnya Rancangan Malaysia ke 10. Rakyat bukannya tak tahu, projek dia banyak yang dapat kat anak menantunya.
Bayangkan jika kerajaan gunakan sebahagian kecil duit yang Petronas serahkan itu untuk membina lebuhraya, rakyat Malaysia tidak perlu pun membayar TOL, tapi kerajaan BN serahkan Lebuhraya Bertol kepada kawan-kawan dia, yang untung orang yang ada kepentingan… fikirlah kesan kenaikan harga barang dari TOL itu yang sengsara semua rakyat, terutama yang miskin……
Mengenai IPP (Pembekal Tenaga Bebas), perlukah negara kepada IPP ini, sedangkan TNB mempunyai bekalan simpanan sebanyak 40%. Untuk makluman TS dari segi teknikal, mana-mana negara dalam dunia hanya memerlukan bekalan simpanan sebanyak 20% sahaja, itu sudah memadai untuk pembangunan sesebuah negara dan kegunaan semasa kecemasan. Walaupun memiliki bekalan simpanan yang tinggi, tetapi TNB terpaksa membeli bekalan dari IPP kerana dipaksa oleh pihak yang miliki kuasa. Bayangkan jika IPP ini tidak wujud berapa billionkah negara boleh jimat, cuba TS kira berapa banyakkah subsidi yang telah diberikan kepada IPP ini.
July 17th, 2008 at 11:34 pm
a’kum tan sri
ttg debat DSAI dan DASC, dari apa yg dilihat, DASC bukan tandingan DSAI. Apatah lg kalau diungkit ttg zaman beliau jadi TPM dulu. Cth ttg IPP, Tan Sri Ani Arope juga mengesahkan DSAI benar ttg kisah beliau (TSAA) meletak jawatan sebagai pengerusi TNB suatu ketika dulu.
Juga benar kata DSAI jika zaman beliau BN silap dlm perkiraan buat keputusan, kenapa dibiarkan berterusan.
Pada pandangang saya, mungkin tan sri sendiri lebih layak berdebat dgn DSAI.
Apapun, tahniah kepada DASC di atas keberanian beliau di kala tiada pemimpin BN lain sanggup bertempur secara terbuka dgn DSAI. Cuma beliau perlu byk study lg kot. Walaupun hujah DSAI agak kabur ttg strategi untuk menurunkan hrga minyak dan inflasi, tp logiknyer mmg ada.
Satu lagi tan sri, kenapa org selalu berdemontrasi di jalan2 raya dsb. saya percaya, jika diberi peluang seperti debat DSAI dan DASC, mungkin demontrasi tak perlu buat lg. Biar diorg bercakap live kat TV, rakyat malaysia bijak untuk ukur nilai betul tak betul. Kecualilah UMNO/BN kata rakyat malaysia tak bijak atau mmg apa dikatakan PR tu banyak yang benar. Sama2 kita fikirkan.
July 18th, 2008 at 1:07 am
selagi kerajaan masih berahsia, selagi itu kebenaran tidak dpt dipastikan..
July 18th, 2008 at 4:06 pm
Dah terang lagi mahu suluh ke YB. Umno kena la cari pendebat yg hebat. x buat homework ke Shahberi tu
July 19th, 2008 at 12:48 am
Assalamualaikum.. Mungkin anda saja tak mahu faham kut..dalam statement anuar, kita bukan nak ambil keuntungan petronas, tapi royalti yang petronas bagi itu kita gunakan untuk subsidi. Bukan banyak 60 billlion cuma ambil 1 billion sahaja. Yang lain nak pakai
masuk poket sendiri pun tak ape le…( ini pandangan saya)….isi pertama..
isi kedua: IPP swasta tu..sudah 15 belas tahun..benda ni berlalu..rasanya dah berbillion
dapat untung. Perniagaan atas angin tu..saya pun boleh buat..anuar mintak kaji balik prosedur yang tak menguntungkan…dari situ boleh dapat 2 billion..
isi ketiga : Elakkan ketirisan dan kebocoran..terutama projek mega…Malaysia banyak membeli barang dengan harga mahal dari pasaran…tak payah nyatakan kat sini…
anda lebih mengetahui lagi…
kesimpulan:
1.Pemimpin kerajaan ( terutama orang melayu ) tak pandai mengurus. Banyak pembaziran
yang berlaku, mengaut keuntungan untuk diri sendiri.
2. Pemimpin Kerajaan ( terutama orang melayu ) susah nak mengaku kesilapan sendiri dan
susah nak mengundurkan diri…sehingga dipaksa
3. Tidak mahu menolong rakyat bersungguh..cuma bagi ikan saja tapi tak bagi jala.
4. Mengambil kesempatan tentang kebaikkan rakyat..kalau di korea, jepun dan indonesia
lama dah telengkup.
5. Malas berfikir..pemikiran tertutup..dengan rakyat mereka melawan sehingga menang
dengan apa cara sekali pun, tapi bila berlawan dengan negara asing kalah…
dengan teruk sekali…contohnya pulau batu putih..
6. Yang lain pikir sendiri le…
July 19th, 2008 at 1:56 pm
Salam T.S,
Dewasa kini kita dapat lihat bahawa kerajaan dibawah pimpinan DS Abdullah Ahmad Badawi lebih mengambil pendekatan yang terbuka dan telus(transparent) dalam pentadbiran negara. Disini kita dapat melihat bahawa kerajaan bersikap lebih bersungguh-sungguh untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani isu krisis kenaikan harga barang asas dan keperluan.
Pihak pembangkang diberi peluang menyuarakan pendapat mereka dan diberi ruang untuk berpolitik tanpa dikenakan sekatan atau halangan. adakah mereka tidak sedar dengan kebebasan yang dinikmati? mereka(pembangkang) bagaikan mencipta satu situasi seolah-olah karier mereka diancam dan kegiatan politik mereka dibataskan oleh pihak kerajaan. jika kita lihat didalam media2 utama negara,kita dapat lihat bahawa pembangkang juga dapat menyuarakan pendapat mereka di televisyen dan di dada2 akhbar.mungkin mereka tidak ingat zaman ‘jangan silap cakap kalau tak mahu merasa ISA’.
saya rasa terkilan dengan mereka ini bagaikan tidak bersyukur dengan ‘kemewahan’ berpendapat sepertimana yang berlaku sekarang.baru2 ini mereka menyusul undi tak percaya kepada DS Abdullah dan kabinetnya. apakah makna semua ini? tak cukup dengan itu mereka mahu menganjurkan demonstrasi jalanan yang menyebabkan kebanyakan warga kota menghadapi kesulitan.tak cukup lagi, mereka telah keluar dewan beramai- ramai kononnya ingin memulau sesi persidangan.adakah mereka ini buta? ataupun mungkin mereka ini golongan yang tidak berterima kasih, gila kuasa dan selalu ingin ‘push their luck’. apapun definasi mereka ini, saya harap mereka lebih bertumpu kepada pentadbiran setempat yang telah dimandatkan. jangan buang masa lagi,tak perlu nak berlagak bagus depan org ramai.bak kata pepatah ‘kata org aku yang lebih.pesanan saya kepada pihak terlibat, ‘think before u leap’.jangan karang dah ‘di diamkan’ kerana terlalu ‘bising’ baru nak ikut undang2, baru nak refer balik buku tata cara.
July 19th, 2008 at 2:08 pm
salam Tan Sri,
SUDUT REALITINYA WAKIL UMNO GAGAL MENYAKINKAN RAKYAT..DITAMBAHPULAK LAGI DENGAN SOALAN DARI PENYOKONG YANG MEMALUKAN IPP TIDAK ADA KAITAN DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK..??? ITULAH NC UUM YANG DINAIKAN PANGKAT ATAS JASANYA YANG SOKONG MEMBAWA REBAH KEPADA WAKIL KERAJAAN…..INI BUKAN LAKONAN DSAI TETAPI DISAKSIKAN SENDIRI OLEH RAKYAT JELATA SELURUH NEGERA….INILAH REALITINYA…
July 20th, 2008 at 12:04 am
Semua orang sudah tahu siapa yang memenangi debat itu dan siapa yang lebih diyakini rakyat. Lain kali kalau nak berdebat tu buat le homework sikit supaya orang yakin ide yang nak diketengahkan. Bukannya cakap meraban dan melilau, tidak jawab soalan yang mudah difahami & hilang fokus hingga akhirnya kerja nak serang peribadi aje. Dan akhirnya BN yang malu besar.
Masa buat lawak sudah berlalu, masa sudah berubah, rakyat makin cerdik!!!
July 20th, 2008 at 1:53 pm
ANUAR PELIWAT DAN NIK AZIZ PENCARUT
KEMPEN PEMIMPIN UMNO DAN KERAJAAN DARI TAHUN 1998 BERJAYA MERACUNI DAN MEMPENGARUHI FIKIRAN RAKYAT YG ANUAR SEORANG PELIWAT.
BERITA YG TIDAK BENAR ATAU RACUN DARI ZAMAN TUN M INI JIKA SELALU DIWAWARKAN BERULANG KALI TELAH PUN MENJADI BERITA SEOLAH-OLAHNYA BENAR OLEH MANUSIA YG TIADA KEIMANAN.
MUDAHKAH MENJADI PELIWAT DARI PEROGOL?? KALAU MENGIKUT LOGIK CERITA ORG PUTIH DI TV JAWAPANNYA MUDAH LAGI MENJADI PEROGOL.
BAYANGKAN JIKA ANDA MEROGOL SEEKOR KUDA NESCAYA KAKI KUDA AKAN MENJADI LOVE BITE DI ANU ANDA.
BEGITU JUGA KISAHNYA KEMPEN RACUN PEMIMPIN UMNO DAN KERAJAAN BN DI TV PRO KERAJAAN YG MENGATAKAN TOK GURU NIK AZIZ BERKATA BARUA DAN TUHAN MENCARUT.
JIKA LEMBU DAN KERBAU ORI DIBENARKAN ALLAH BERKATA-KATA SEBENTAR, NESCAYA LEMBU DAN KERBAU ORI ITU MENGUTUK LEMBU2 DAN KERBAU HADARI HADARI MENGATAKANNYA LEMBU DAN KERBAU HADARI TIDAK MENGGUNAKAN OTAK SEPERTINYA LALU MENCADANGKAN LEMBU DAN KERBAU HADARI ITU MENGIKUT KAWANANNYA TANPA MEMBAYAR SESEN PUN YURAN AHLI DAN AHLI SEUMUR HIDUP UMNO LAGI.
BERBALIK KEPADA KES CERAMAH NIK AZIZ YG TELAH DI EDIT DAN DITAYANGKAN ACAPKALI DI TV SEHINGGA 70 PERATUS RAKYAT MALAYSIA PERCAYA YG BERSERBAN DAN BERJUBAH SEPERTI TOK GURU, USTAZ DAN AHLI KITAB SUKA MENCARUT.
YG MENGHAIRANKAN, MANUSIA BERPAKAIAN KOT DAN JUGA BERTALI LEHER ALA ALA GORGE BUSH GITU DISANGKA BAIK DAN TELAH PUN MENYELAMATKAN AFGANISTAN DAN IRAQ PERLU DI SOKONG 100% BILA PILIHANRAYA MAU PUN PERHIMPUNAN AGONG UMNO NANTI.
DAH TERBUKTI SEKARANG DUNIA BERADA DIAKHIR ZAMANNYA, MANUSIA HILANG PERTIMBANGAN MENILAI PEKARA BAIK DAN BURUK, MEREKA PERCAYA BULAT2 APA YG DIDENGARNYA DI TV DAN AKHBAR TANPA USUL PERIKSA MALAH DITELAN BEGITU SAJA “BUIH2 SABRI” DENGAN TANPA RASA LOYA DAN TANPA WAS-WAS LAGI.
MEREKA TAK UBAH MENJADI LEMBU2 HADARI YG TIDAK BERAKAL DAN MUDAH DIHERET PEMIMPIN2 MEREKA KE HULU HILIR TANPA PEGANGAN ASAS HIDUP SEBAGAI MANUSIA NORMAL.
RENUNGAN:
Maksud Hadis Sahih.
Di akhir zaman nanti pandang umatku kepada pekara2 yg mulia akan di pandang hina yg hina pula di pandang mulia.
July 20th, 2008 at 8:19 pm
Salam sejahtera. Saya juga ada mengikuti perdebatan yang dijalankan tempoh hari. Jika tidak silap saya Dato’ Seri Anuar tidak membincangkan untuk mengambil keuntungan dari Petronas sepenuhnya dalam perancangan untuk menurunkan harga minyak. Sebaliknya beliau menyarankan agar sebahagian lagi bonus yang berjumlah 6 billion diagihkan 1 billion lagi untuk kepentingan rakyat.
Yang membuat saya musykil adalah sikap Dato’ Sabrey yang sering terpesong dari tajuk… soalan yang ditanya “kemana dan apa yang berlaku kepada wang lebih untuk memajukan infrastrutur khususnya pengangkutan awan yang telah dijanjikan tidak gunakan sedangkan sistem pengangkutan awan di Malaysia masih tidak teratur…beliau sering melencong kepada serangan peribadi Dato’ Seri Anuar.
Saya juga berharap agar rakyat perlu sedar dan tak tidur lagi sambil dibuai mimpi indah yang pada hakikatnya kengerian yang nyata.
July 20th, 2008 at 11:34 pm
mengenai debat diatas ia satu permulaan yang baik tetapi masih perlu kepada banyak fakta
untuk menjelaskan.
Misalnya untuk menjawap isu “PKR perlu RM5 Billion untuk turunkan harga minyak sebanyak 50sen ”
Bagaimana dengan RM5 billion boleh cukup turunkan harga minyak 50sen satahun kepada RM1.70 ?
Sedangkan dengan rebet tunai RM5 billion hanya kepada pemilik kereta 2000cc dibawah - tidak termasuk pemilik kereta mewah, bas, lori dan teksi pun penerima RM625 dan RM150 dan pembangkang kata tak cukup. RM625 dibahagi 365 dapat RM1.71sen sehari atau 50sen subsidi sehari untuk 2 liter menjadikan petrol turun kepada RM1.70
Bayangkan bagaimana pula jumlah yang sama (RM5 bilion) cukup untuk menampung kegunaan petrol seluruh negara dengan penggunaan semua jenis kenderaan termasuk yang berkapasiti besar, termasuk lori, bas dan kereta daripada Thailand dan Singapura. Saya percaya jumlah RM5 bilion tidak cukup. Kita perlu hampir 3 x ganda ia itu RM15 bilion.
Sebaliknya selain daripada membayar RM5 bilion rebet tunai terus kepada pemilik kereta 2000 cc kebawah, pemandu teksi, bas diberi subsidi khas dengan flet kad mereka untuk beli petrol. Begitu juga dengan nelayan .
Jangan fikir dengan turunkan harga minyak 50sen harga barang tidak naik, rakyat tidak hadapi inflasi. Dengan flet kad dan hydro fuel pun pemandu teksi masih perlu naikkan tambang teksi. Menurut mereka ini tak ada kena mengena dengan kenaikan harga minyak
mereka telah lama memohon naik harga tambang sebelum harga minyak naik.
Selain itu jika harga minyak turun 50sen- tiada rebet tunai- semua pihak berhak kepada harga minyak murah. Kerajaan terbeban. Orang kaya lebih beruntung kerana lebih 80% petrol digunakan oleh 20% pengguna. Selain orang asing dari Thailand akan menghabiskan petrol disempadan samada untuk kegunaan mereka atau menjual dan dapat untung darinya. Nelayan tak minat tangkap ikan tapi lebih terarik dengan menjual petrol dilaut. Hasil ikan berkurang lebih banyak petrol diguna. Malah kalau boleh semua negara mahu petrol kita kecuali brunei. Matilah macam ini. Lebih banyak belanja perlu untuk mengwal sempadan dan perairan untuk elak penyeludupan petrol. Sedang rakyat terbanyak tak dapat faedah darinya.
Kepada rakyat yang miskin petrol tak perlu kepada mereka . Habis habis mereka naik basikal.
Harga barang yang diimpot macam barangan kereta , barang besi dan lain-lain akan terus naik . Tak kan kita nak beri subsidi minyak pda pengilang luar negeri untuk tak naikkkan harga barang keluaran mereka.
Jadi kesimpulannya RM5 biliion tak cukup untuk turunkan harga minyak sebanyak 50sen dan tidak akan memberi manafaat kepada rakyat malaysia yang memerlukannya.
Malangnya dalam masa yang sama YB menteri gagal menerangkan implikasi kenaikakan harga minyak yang tentunya memberi pulangan besar kepada kerajaan berlipat kali ganda.
Walaupun begitu nasib baik juga Anwar tak kebalai polis sehari sebelum debat. Kalau dia ditahan oleh polis- debat tak jadi- rakyat akan marah. Kerajaan akan dituduh takut berhadapan dengan anwar.Tapi setelah berdebat dia ditahan reaksi rakyat agak reda. Terima kasih kepada menteri penerangan dan nasib baik anwar tidak kebalai polis sehari sebelumnya.
July 21st, 2008 at 2:07 am
Sebagai ahli UMNO saya amat kecewa dan dengan Dtuk Shabery Chik yg tidak pro dan lebih dipengaruhi emosi dengan menyerang Dtuk Seri Anwar begitu dgn Tan Sri Nordin yg melalut tak tentu pasal (sayapun hairan mcm dah tak ada org lain yg berkebolehan di Malaysia untuk dipanggil / khasnya yang pakar dalam bidang ekonomi). Rata-rata rakyat sepandapat dgn Anwar iaitu hanya dgn menurunkan harga minyak walau 50 sen mampu mengurangkan beban rakyat miskin yg tidak dapat rebet tunai. Misalnya di kg. saya Tan Sri mereka kerja sebagai nelayan yang menggunakan enjin pam yang memang tidak layak terima subsidi dari LKIM terpaksa membeli harga petrol pada harga RM 2.50 seliter. Mereka ini nelayan pesisiran pantai yg pendapatannya tidak seberapa. Mereka sehari belanjakan RM 20 - 40 sehari berbanding dengan dulu. Bila mereka bawa hasil ke pasar mereka terpaksa berdepan pula dengan kereta sapu yg sudah naikan tambang sebab mereka ni tidak ada permit dan tidak dapat subsidi. Harga barang juga mendadak naik tanpa dipantau oleh pihak berkenaan. Harga tambang bas sekolah juga naik dan macam-macam yang naik hingga ramai di kampung saya hanya makan bubur tiap hari untuk sambung nyawa tapi sampai bila mereka bertahan Tan Sri. Anak ramai yang masih sekolah. Teringin kerja kilang tapi gaji di kawasan perkilangan di Sabah cukup rendah (antara RM 40 - 350 sebulan). Mungkin benda ni tidak logik tapi Tan Sri boleh hantar pegawai Tan Sri untuk menyiasat.
July 21st, 2008 at 1:04 pm
Assalamualaikum Tan Sri & semua bloggers,
Setelah menyaksikan debat perdana ini saya dapat merumuskan bahawa terdapat fakta-fakta releven yang dibawa oleh kedua pihak.Cuma apa yang dibawa oleh DS Anwar lebih kepada isu kerakyatan yang mana akan dilihat sebagai beliau merupakan pejuang yang akan menurunkan harga minyak jika memerintah.Pada hakikatnya perkara ini boleh dilakukan tetapi beliau akan juga menaikkan harga minyak kembali sedikit demi sedikit sehingga releven dengan harga minyak semasa.
Seharusnya kerajaan lebih peka dengan isu yang akan dipermainkan kerana kalau dilihat rakyat lebih berminat untuk mendengar dan merasai insentif dan rancangan kerajaan untuk mengatasi permasalahan ini.Tetapi hari insentif dan rancangan kerajaan masih terlalu kabur walaupun rebet kenderaan telah diberikan.Harus diteliti cara pemberian rebet ini kerana rakyat merasakan dibebani dengan cara pemberian rebet ini.Ramai dikalangan golongan tua dan bekerja menghadapi kesulitan untuk membuat tuntutan di pejabat pos.
Golongan tua amat sukar untuk menghabiskan masa yang lama menuggu giliran manakala golongan yang bekerja terpaksa mengambil cuti untuk tujuan ini.
Saranan saya ialah,melalui kemajuan IT negara seharusnya rebet ini di masukkan ke bank-bank melalui atas talian “online system”.
Penerangan mengenai perancangan kerajaan bagi mengatasi masalah ini juga haruslah lebih kepada penerangan mengikut pemikiran rakyat.Maksudnya ada golongan rakyat yang perlu lebih teperinci apabila diberi penerangan khususnya golongan muda yang bijak pandai.Seperti yang pernah di lakukan oleh Rasullah s.a.w iaitu beliau memberikan jawapan yang berbeza-beza kepada setiap orang yang bertanya soalan yang sama mengikut kemampuan pemikiran orang yang bertanya,tetapi asasnya tetap sama.
Hari ini kemampuan pemimpin untuk menarik perhatian rakyat amat penting dalam strategi memulihkan imej kerajaan.
Suka saya membawa satu lagi isu berkenaan pinjaman SPED yang berada dibawah kementerian Tan Sri.Kalau boleh difikirkan cara agar agenda untuk membantu usahawan melalui pinjaman dapat diluluskan dengan kadar segera.Kalau dilihat setiap bantuan atau pinjaman yang dibuat akan melalui proses yang terlalu lambat dan ini menyebabkan kaum bumiputera khususnya, gulung tikar atau putus asa disebabkan faktor ini.
Semoga Allah akan memberi hidayah pada semua pemimpin dan rakyat diwaktu kemelut ekonomi agar dapat kita melaluinya dengan keadaan aman dan tenteram tanpa banyak kerenah birokrasi dan tindakan membuta tuli dalam sesuatu keputusan.
Sekian wasalam
July 21st, 2008 at 5:40 pm
Kami bukannya tak cerdik, tapi kami juga bijak menilai isi kandungan debat tu. Saya kesal kenapa Shabery menyerang peribadi. Kami xnak dengar semua tu. Kami nak Shabery mempertahankan kenapa minyak perlu naik. Yang ni tak, serang peribadi lebih dari mempertahankan dasar kerajaan.
July 21st, 2008 at 6:50 pm
salam YB.
1.YB sendiri seolah-olah mengakui Anwar LEBIH HEBAT BERPIDATO drpd shabery.YB benar sorang yg telus!
2.Sila tonton semula debat tersebut.PETRONAS tidak dicadangkan oleh anwar untuk guna wang mereka SEPENUHNYA.Kerajaanlah sebenarnya yang tidak bijak memanfaatkan wang keuntungan PETRONAS
3.Sila rujuk soalan moderator anwar.Terjawab?
seluruh rakyat DUNIA menyaksikan sendiri kedangkalan hujah kerajaan
Maaf jika saya katakan bahawa hujah YB sbg seorang menteri lebih2 lagi tentang komen debat itu….menunjukkan kegersangan idea dan kelemahan YB yang amat sgt
July 21st, 2008 at 11:26 pm
salam…
debat sebagai jalan dan cara untuk memperlihatkan masalah rakyat secara langsung. debat juga bukan bererti kerajaan-pembangkang. malahan debat boleh jadi PR dilawan BN…jangan jadi debat sebagai forum mengutuk untuk keburukan.
saya cadangkan supaya debat tentang kemakmuran bersama PAS-UMNO diadakan… itu lagi baik. apa komen datuk?
http://dewawang.blogspot.com
July 23rd, 2008 at 4:39 am
Yang di hormati Tan Sri,
Saya sedang berkira-kira untuk menutup perniagaan saya yang sudah bertapak 12 tahun atas itik peluh sendiri. Hari ini saya sudah mengambil keputusan 80 peratus untuk menutupnya.
Dalam bidang pengiklanan luar, hari ini pembekal saya sudah menaikan harga meterial melebihi 25%. Saya amat terkedu. Ditambah pula dengan harga pengangkutan, dan kenaikan bahan lain seperti dakwat inkjet dan lain lain bahan yang petrochemical product, seperti bahan plastik, tapoulin die, cat dan lain-lain. Saya pasti tidak akan dapat bertahan lama.
Kenaikan kali ini pasti membaham industri kecil dan sederhana terutama yang bahan nya terdiri dari petrochemical produk. Sebarang kenaikan akan mendapat kesan langsung terhadap perniagaan. Bagaimana kami mahu bersaing dalam bidang yang dikuasai oleh bukan melayu ini?
Saya amat gelisah kerana keberanian saya meneroka bidang ini, bidang bukan melayu, tanpa bantuan kerajaan sejak 12 tahun lalu akan berakhir dengan linangan air mata.
Bercakap diruang debat dan kerusi empuk tidak sama dengan merasai senario sebenar.
Terima kasih.
Tanjung Karang.
July 23rd, 2008 at 12:38 pm
Dato’ di belanda pengangkutan awamnya macam mana? rakyatnya pergi kerja naik basikal…pendapatan berkapitanya berapa? ada Dato’ kaji semua tu?
July 23rd, 2008 at 3:15 pm
salam tan sri.terlebih dahulu saya ingin bertanya kepada tan sri mengapa tansri ingin bertanding semula. adakah atas dasar perjuangan atau suka-suka semata2? dan apakah tan sri yakin bahawa tan sri dapat membawa perubahan kepada UMNO?
kedua, debat antara anwar dan shaberry menemui kegagalan. mengapa? pertama saberry kerap menyerang peribadi anwar. betul apa saberry katakan itu. anwar pandai cakap sahaja. tapi habuk pun tarak. tapi debat itu bukan medan yang sesuai tan sri.
kedua, anwar juga gagal mengemukakan formula yang terperinci dalam bagaimana mahu turunkan harga minyak.
saberry dilihat sering main sentimen dan kurang mengemukakan fakta. akhirnya debat itu berakhir begitu sahaja. rakyat nganga.
jika debat sebegini mahu diadakan sekali lagi di masa hadapan, pastikan ia berkesan membantu rakyat menyelasaikan masalah.bukan hanya medan ahli politik untuk melepaskan geram dan mencari populariti semata.
July 23rd, 2008 at 3:18 pm
sebagai menteri pembangunan luar bandar, tan sri mewakili suara rakyat2 luar bandar. tan sri harus berada sebaris dengan mereka, dan jangan sesekali menyinggung perasaan mereka. saya faham tansri memikul ministrial responsibilty dan bertanggungjawab untuk membela perdana menteri. tapi tan sri, rakyat jangan tan sri lupakan. kerana tanpa rakyat, tan sri dan rakan2tan sri yang lain mungkin tidak berada di atas sana. saya harap tan sri lebih berani mengemukakan pandangan yang agak kontra dengan perdana menteri, tetapi membawa meseg yang tegas dan jelas demi membela nasib masyarakat luar bandar.
July 23rd, 2008 at 7:01 pm
Salam sejahtera,
PEMBERITAHUAN
Untuk mendapatkan sebarang berita-berita rujukan Buletin Utama TV3 bagi anda yang sering ketinggalan waktu siarannya, sila layari Rujukan Berita TV3. Blog ini sedang dikemaskini dengan berita-berita semasa yang terkini dan segala berita-berita lampau.
Semoga bahan rujukan ini dapat dimanfaatkan bersama sebelum sebarang spekulasi atau lontaran pandangan dikemukakan. Juga diharapkan agar kita semua tidak perlulah “bias” meskipun ianya merupakan berita arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan pemerintah. Usaha ini diwujudkan atas dasar kebertanggungjawaban terhadap agama, bangsa dan negara yang tercinta.
Sekian dimaklumkan.
PEMUDA PELAPIS
http://www.pemuda-pelapis.blogspot.com
July 24th, 2008 at 4:30 pm
singapura dah turun minyak..malaysia masih tak turun…tu apa cerita…nampaknya rakyat kena bayar harga minyak yang mahal untuk kerajaan malaysia meraih untung lebih dan yang diatas tu boleh belanja lebih…rakyat kena tukar gaya hidup, makan ubi macam zaman jepun, kena jimat tak boleh berseronok tapi pemimpin kita ubah ke? mereka masih bersenang-lenang sampai batu putih hilang pun tak rasa bersalah
July 24th, 2008 at 11:45 pm
malangnya datuk seri, Datuk Ahmad Shabery Cheek memilih untuk menyerang peribadi Datuk seri anwar ibrahim daripada menerangkan kepada rakyat kenapa harga minyak tidak boleh diturunkan …
penjelasan DSAI lebih meyakinkan, dan rakyat tertanya-tanya kenapa idea DSAI tidak digunapakai oleh kerajaan utk menurunkan harga minyak …
July 26th, 2008 at 8:23 pm
Sebenarnya rakyat sendiri mempunyai ekses dan penilaian terhadap sesuatu isu termasuk isu minyak.
Apa yang berlaku dalam debat tersebut telah memperlihatkan dengan jelas sebenarnya tahap ketulusan dan kebijaksanaan seseorang yang bergelar pemimpin di Malaysia.
Untuk memimpin sebuah negara dalam zaman dunia tanpa sempadan memerlukan seorang pemimpin yang berdaya innovatif dan peka terhadap persekitaran ekonomi.
Dalam kes debat, imej menteri penerangan sedikit sebanyak telah tercalar termasuk Kerajaan Malaysia dan beliau harus bertanggungjawab dengan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana bukan rakyat Malaysia saja yang menyaksikan debat berkenaan, tetapi seluruh dunia.
Saya percaya dan yakin kalau YB DSMMT ditakdirkan suatu hari nanti menjadi pemimpin tertinggi Malaysia sudah pasti jawapan Menteri Penerangan tersebut bukan satu penghalang untuk meringankan beban rakyat.
Fakta tetap fakta! Rakyat tahu bagaimana untuk membezakan…
August 2nd, 2008 at 10:01 pm
Apa pon hasil daripada debat membuatkan lebih ramai org meluat dgn fakta-fakta Saberi dan attack yg dia buat….memalukan sungguh. Walaupon saya penyokong kerajaan tetapi saya sungguh malu. Saberi patut tgk semula tayangan debat itu berkali-kali.
August 4th, 2008 at 3:51 pm
jawapan tidak menyakinkan generasi saya kini dulu dan selama-lamanya. peminpin UMNO mutakhir ni pengkhianat bangsa melayu sendiri.!
August 7th, 2008 at 10:25 pm
Salam TanSri,
Dari apa yang saya faham dalam debat bukan menggunakan semua keuntungan petronas untuk tampung subsidi tetapi hanya menggunakan jumlah wang yang sememangnya telah diberi petronas kepada kerajaan sebelum ini. Anwar tak kata pun ambil semua keuntungan petronas untuk subsidi. Beliau menekankan soal mengelak ketirisan dan perbelanjaan berlebihan untuk IPP. Tan Sri tengok ke tak debat ni? Sampai boleh tersilap dengar fakta.
August 8th, 2008 at 3:21 pm
If dilihat tajuk perdebatan tersebut, apa yang cuba saudara tekankan sebenarnya…
Ianya buka pasal kehebatan berpidato…
if dirujuk semula intipati debat ini, shabery ini tidak ubah seperti pemimpin2 lain dalam BN yang hanya memutar belitkan soalan dan secara tak langsung bersikap defensive.
Adakah semua tindakan kerajaan lakukan betul.. mungkin betul jika ianya jawapan bagi org yang mendapat pangkat dan kepercayaan seperti saudara.. realitinya…
Berbalik kepada debat natara mereka berdua ini semua rakyat dapat melihat dan menilai tindakan dan hujah yang diberikan.. Intipati hujah anwar ada juga menunjukkan formula beliau untuk menurunkan minyak.. cuma masa yang menceburi untuk penjelasan yang lebih jelas..
Bagaimana pula si shabery, berbekalkan jawapan yang tidak menjawab soalan, seranagn peribadi dan retorik semata.. Langsung x memahami tajuk debat ini..
Rakyat pandai menilai semua tindakan yang dilakukan oleh kerajaan baik dan buruknya…
August 8th, 2008 at 10:26 pm
assalamualaikum….
Doa dan harapan fiza dato sihat.Sebenarnya nama UMNO itu akan menjadi indah dan mewangi sekirannya pejuang-pejuang di dalam UMNO membawa cara perjuangan bersama rakyat tetapi apa yang ada sekarang masing -masing nak rebut kuasa dan pangkat.Sebenarnya rakyat bukannya mementingkan siapa yag memerintah tetapi rakyat memandang siapa yang boleh membuat perubahan dan membantu mereka.
Fiza pernah melibatkan diri satu ketika dan awal usia yang muda tetapi tiada bantuan dan sokongan yang diberi tambahan dari pihak kementerian dato.Salahke fiza membantu usahawan untuk membuat kertas kerja dan akaun?Kenapa Kementewrian dan pihak SME BANK cuma membunuh perniagaan kami sehingga kami dijadikan pesalah …..Fiza cuba buat temujanji dengan dato tapi dah hampir beberapa bulan.Sekarang kami di kejar oleh usahawan kerana mulut pihak Bank dan kementerian dato cuba memainkan dan memusnahkan kami.Andai kata pihak kementerian tak dapat membantu berilah kenyataan yang mereka tak boleh bantu jangan matikan perniagaan saya.Kta sebangsa dan seagama.Saya tak sangka kementerian yang melaporkan dan menghebahkan SPED sebagai bantuan kepada orang kampung hanyalah janji manis.Saya pun dah tak tahu nak kata apa,memang saya sentiasa berurusan dengan pihak atasan tapi entahlaaaa…maafla jika kata-kata saya ni menyakiti hati dato tapi inilah kenyataa kenapa orang kita nak bunuh bangsa dia sendiri.Dulu saya sentiasa beri semangat pada usahawan di negeri saya tapi sejak pihak kementerian dato dan Bank buat saya macam ni saya dah mula rasa tawar hati pada pembiayaan yang sekadar untuk memancing.Di bawah saya ada hampir 200 pemohon yang akhirnya sama seperti saya menanti SPED yang tiada penghujung.
Apapun terima kasih kerana sudi membaca petikan ni.Akhirkata memang kta tak mampu untuk memuaskan hati orang lain tapi sekurang-kurangnya tinggalkan lah sejarah diri yang orang lain dapat kenang dan tak mungkin lupa dalam ingatan.
August 9th, 2008 at 7:57 pm
Salam TS, kepada Zaitun, tu le, AI memang pandai berpidato saja. Dia bercakap apa yang kita nak dengar. Kalau dia bercakap, memang rasa nak pelok cium dia, tapi kalau dia jadi PM, boleh ke lakukan apa yang dia cakap. Easier said than done. He is a good talker but not a good doer.
Dan TS, memang le BN perlukan banyak polishing untok takbirkan negara Msia lebih2 kepada mereka yang miskin baik di bandar atau di kampong. Di bandar ni kalau gaji 500 rgt, nak makan apa ye. Takkan le nak makan maggi semanjang. Please look into this, the pleas of the poor in Msia.
Salam TS, semoga sehat selalu, panjangkan umor untok buat amal kebajikan. Semoga Allah berikan keampunan kepada kita, dengan izinNya.
August 13th, 2008 at 8:09 pm
Tan Sri,
Sebenarnya terdapat beberapa percanggahan didalam kenyataan DSAI semasa debat berlangsung.
1) Tentang 5bil bagi menampung 50sen –> tidak benar, ianya sebenarnya hanya mampu menampung 18sen
2) Excess capacity –> ralat bahasa, sebenarnya RESERVE capacity yang dimana mana-mana syarikat utiliti harus mempunyai nya..
Saya ada ulas mengenai mampukah DSAI menurunkan harga minyak runcit semasa debat itu disini http://wacanapascapru12.blogspot.com/2008/07/bagaimana-anwar-mahu-menurunkan-harga.html
August 29th, 2008 at 11:59 am
Salam Tan Sri
Tidak dapat dinafikan DSAI menguasai perdebatan malam itu. Namun setelah apa yang berlaku, Kerajaan sepatutnya memikirkan kembali langkah2 yang harus diambil untuk menyelesaikan masalah. Bukannya ‘men-konfusekan’ lagi rakyat dengan mempertahankan debat Datuk Shabery dan memperlekehkan hujah DSAI.
Sekarang ini, turun harga minyak sahaja sudah tidak mencukupi kerana inflasi sudah naik akibat dari kenaikan harga minyak. Jadi, kini kerajaan harus menilai idea-idea DSAI and disusun semula mengikut kemampuan kerajaan demi menurunkan lagi kadar inflasi yang naik mendadak. Mesti INGAT! Apa yang dilakukan, Rakyat harus menjadi ‘PRIORITY’
August 29th, 2008 at 10:59 pm
kami tetap menyokong dato….dato patut bertanding jawatan presiden umno….rakyat selangor & KL memerlukan seseorang yang berpengalaman dan berwibawa seperti dato…..jgn biarkn dato muhyiden menyekat kemaraan dato….dato muhyidin yasin sedang memerhati dari jauh…dato mesti bertindak segera….musuh umno sebenarnya org umno sdn seperti dato muhyidin yasin tu..
September 3rd, 2008 at 9:14 pm
Kepada Semua
ALLAH maha mengetahui. Yang benar tetap benar.
Amin….
October 28th, 2008 at 8:17 pm
Apa pun adalah bukti kegagalan & kesilapan besar BN selama memerintah, yang tak mampu berfikir di dalam kegelapan “wang”. Tak sempat berfikir bagi kepentingan dan kemewahan rakyat.
Malaysia pula sepatutnya kaya raya seperti pemimpin BN disebabkan kemewahan sumber asli berbanding Singapura yang hanya mempunyai pelabuhan. Tetapi sebaliknya.
Tulisan Hamba Allah pada 3 Sept. 2008 ada kebenaranya. Dan kebanyakan isu negara walaupun pada dasarnya tidak diketahui umum tapi segala-galanya terbongkar jua dan dipercayai rakyat walaupun anggapan pemimpin BN sebaliknya. Moga Tuhan panjangkan umur pemimpin-pemimpin BN, maka dapatlah mereka melihat apa yang mereka lakukan selama mereka memerintah!