Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Buat salah, tak buat salah

Penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bukan bermakna kerajaan tunduk kepada tekanan pembangkang. Malah penubuhan tersebut sudah lama difikirkan oleh kerajaan.Soalnya sekarang, apa yang dilakukan oleh kerajaan bukan terikut atau memenuhi tekanan pembangkang. Apa yang kerajaan lakukan setelah memikirkan keperluan dan kepentingan rakyat.

Pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak harus mendabik dada untuk meraih simpati rakyat bahawa apa sahaja perubahan atau pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan sebagai atas desakan dan usaha mereka.

Sebaliknya rakyat harus menilai bahawa jika berlaku sebarang pembaruan dalam dasar dan pentadbiran kerajaan semata-mata atas sifat prihatin kerajaan Barisan Nasional yang mementingkan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan bukan ditadbir melalui tekanan atau mengikut telunjuk pembangkang atau pihak-pihak lain di luar kerajaan. Ada juga apa yang disuarakan oleh pembangkang tetapi kerajaan merasakan perkara tersebut tidak membawa kebaikan untuk rakyat, kerajaan masih tegas dan berprinsip.

Rakyat jangan meletak kerajaan Barisan Nasional dibawah dasar ‘buat salah tak buat salah’, semata-mata hasil keputusan pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini. Dan kita jangan terperangkap dengan dasar pembangkang yang cuba meraih sokongan kononnya sebarang pembaruan yang berlaku selepas ini hasil perjuangan mereka.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Pak Lah tidak perlu dan tidak akan terikat dengan tekanan dan desakan mana-mana pihak sebaliknya kita berpandu kepada keperluan rakyat berbilang kaum.


25 Responses to “Buat salah, tak buat salah”

  1. lesson Says:

    akum,tan sri,saya rasa dalam isu ini tidak penting siapa yg mulakan,ttp pelaksanaan yg lebih penting, saya adalah penyokong pakatan rakyat, ttp tidak semua yg kerajaan BN lakukan saya bankang,saya menerima hakikat bahawa kerajaan BN menang 140 kerusi di parlimen dan menjadi kerajaan yg memerintah waktu ini.tentang isu ini saya menyokong keputusan kerajaan walau pun bg saya pemberian ex-gratia sahaja tidak cukup(pendapat peribadi saya shj)berbanding apa yg mereka semua lalui hampir 20 thn.ttp sekurang-kurangnya kerajaan berbuat sesuatu yg tidak dibuat(walaupun mampu) kerajaan terdahulu. kita kena ingat undang2 adalah benda yg mencorak tamadun manusia, dan melakukan tun salleh abbas sedemikian hanya membuat kita menjadi manusia yg menghina moral kita yg paling asas.

  2. Nik Rosman Nik Daud Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Sebenarnya pihak kerajaan Barisan Nasional boleh melaksanakan Suruhanjaya ini semenjak dari dahulu lagi…perjuangan ini dituntut oleh pihak pembangkang terutama PAS dan DAP secara konsisten sejak dari dahulu lagi, yang sebenarnya ini adalah dari tuntutan rakyat marhaen.
    Akuilah, bahawa kerajaan BN begitu angkuh dan sombong sehingga cadangan sebegini diketepikan begitu sahaja, namun saya begitu sedih sekali kerana melihat kembali Manifesto BN berhubung dengan sistem kehakiman ini tidak jelas dan meragukan, jika sekiranya kerajaan BN beria-ia ingin melaksanakan kenapa sehingga baru tahun 2008 baru ingin dilaksanakan…dan dibuat secara tergesa-gesa. Walau bagaimana pun saya tetap berpendapat bahawa pengistiharan Pak Lah berhubung dengan perkara ini merupakan satu ‘BACK FIRE’ kepada kerajaan BN.

    Insaf & sedarlah, kalian pemimpin besar BN; Melayu & Islam di bumi bertuan Malaysia ini tidak dapat dipisahkan…Jangan Terantut Baru Tengadah.

    Salam untuk semua pemimpin rakyat dari UMNO, Pas & PKR.

  3. ben osman Says:

    Salam tan sri,

    Inilah yang di sebut selalu” ditelan mati bapak di luah mati emak”, samada keputusan yang di ambil baik atau tidak ianya terpaksa dilalui. Hasilnya Baru kita dapat membentuk kerajaan yang boleh diterima rakyat. Tan Sri tidak perlu gusar sangat bahawa rakyat akan menyindir kesan daripada keputusan ini tetapi yang penting pemimpin diatas sudah mulai nampak dan sedar signal daripada semua pihak yang terlibat dgn mengambil langkah yang betul.

  4. AtasPagar Says:

    Salam Tan Sri,
    Saya berpendapat kenyataan2 dan bahasa pemimpin2 BN masih cara lama. ia kelihatan bongkak, sering disenyumi oleh rakyat. contoh; tak usah mendabik dada, saya cabar, bangsa melayu, etc. cuba lembutkan bahasa dan lunakkan ayat. tumpukan point dan hujah bertaraf tinggi.
    tapi, kalau nak guna cara lama jugak, baguslah. pru13 nanti beberapa negeri lagi akan jatuh pada PR.
    cara tan sri jawab hj abdul hadi tu agak ok. tapi lepas tu dah tak ok pulak.

  5. JuruNilai Says:

    Assalamu’alaikum semua!
    saya amat setuju dengan tulisan ataspagar. pemimpin be end suka serang pembangkang. tak pernah hormat orang lain. diskriminasi. tak profesional. alasan tak releven. tak ada tanda2 warak dan tawaduk. keseluruhannya macam tak ada adab melayu n islam. camna nak bejuang melayu n islam?
    tan sri patut tidak menyerang kalau nak bekawan dengan pembangkang.
    cerdiklah sikit.
    bye now

  6. Abd Bashid Harun Says:

    Memang benar. Apa yang kerajaan patut buat atau tidak patut buat sepatutnya tidak ditentukan oleh desakan atau permintaan sesiapa. Kerajaan atas tanggungjawab yang terpikul di pundaknya mesti lebih bijaksana, lebih matang dan mendahului rakyat dalam banyak hal. Mereka mesti lebih peka terhadap apa jua permasalahan yang berlaku dan tentulah kayu ukur utama apabila kerajaan melakukan sesuatu ialah kepentingan majoriti rakyat, kestabilan dan keamanan negara.

    Pada masa yang sama jika apa yang dilakukan oleh kerajaan itu bertepatan dengan tuntutan sesuatu pihak,itu hanyalah suatu kebetulan. Pembangkang akan berkata mengapa tidak dilakukan dulu, mengapa sekarang? Biarkan mereka berkata apa yang mereka ingin kata sebab tanpa “kata” pembangkang hampir tidak ada apa-apa kelebihan. Mereka hanya ada “kata” sedangkan kerajaan ada kuasa dan keupayaan.Maka atas kuasa dan keupayaan itu kerajaan akan lakukan apa sahaja demi kepentingan negara dan rakyat seluruhnya.

    Bagi kerajaan, betul atau salah bukan ditentukan oleh sesiapa.Adalah mustahil bagi mana-mana kerajaan untuk memenuhi kehendak setiap rakyat kerana setiap individu itu ada kehendak yang berbeza. Apa yang A mahu tidak sama apa yang B mahukan. Apa yang kerajaan boleh lakukan ialah mengambil kira kepentingan majoriti rakyat.

    Saya percaya kerajaan tidak melakukan sesuatu itu atas kepentingan populariti. Kerajaan sanggup mengetepikan tuntutan segelintir masyarakat untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

    Sebagai contoh kita boleh sahaja melepaskan beberapa orang yang sedang ditahan di bawah ISA lalu menggembirakan segelintir yang membuat tuntutan agar mereka dibebaskan, namun tindakan popular kerajaan itu hanya akan meletakkan negara dalam keadaan tidak stabil dan majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan ketenangan dalam keadaan curiga, bimbang dan berasa tidak aman.

    Maka atas perkiraan itu selalunya kerajaan tetap beradaatas paksi kebenaran dengan membiarkan sahaja mereka dikritik asalkan majoriti rakyat tidak menolak mereka.

  7. Muhammad Muhd Taib Says:

    Saudara Lesson,
    Tahniah kerana saudara mampu menjadi pemerhati yang baik. Sokong yang benar dan membantah yang tidak benar pada fikiran saudara. Soal ‘pembebasan’ Tun Salleh Abbas, kerajaan pimpinan Pak Lah tetap mengambil sikap bertanggungjawab, walaupun perkara itu berlaku di zaman pimpinan sebelumnya. Paj Lah tidak menyalahkan Tun Mahathir walaupun di luar sana Tun begitu ghairah menghentam kepimpinan Pak Lah. Datang lagi ya…saudara

  8. Muhammad Muhd Taib Says:

    Cikgu Bashid,
    Terima kasih cikgu kerana dapat menghayati apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan apa yang cuba saya bantu dalam isu perang siber ini. Saya tetap memerlukan orang-orang macam cikgu dan rakan-rakan lain. Harap kerap2 masuk kesini untuk memberi pandangan dan teguran. Salam perjuangan. Satu lagi cikgu, kalau terdengar atau terpandang apa yang tidak betul tentang kementerian luar bandar dan agensinya segera maklum dan lapor kepada saya. Terima kasih

  9. Muhammad Muhd Taib Says:

    Jurunilai
    Saya akui tidak semua pemimpin dalam BN ‘terbaik’ tetapi tidak bermakna semua ‘tidak baik’, begitu juga dalam PR tidak semua ‘baik’ dan tidak semua ‘tidak baik’. Masih terlalu awal untuk menilai ‘baik’ dan ‘tidak baik’ PR kerana mereka baru sahaja memegang kuasa di lima negeri. Saya bukan nak cari kelemahan orang lain tetapi kalau saudara bersedia untuk bersama membetulkan keadaan kita boleh lakukan tetapi dengan syarat ‘ikhlas’ untuk kearah itu. Jangan marah, datang lagi ye…

  10. Muhammad Muhd Taib Says:

    Tuan Atas Pagar,
    Ada betul juga soal bahasa yang saudara katakan tu. Tetapi bagaimana kita dan tuan dan rakan-rakan kita di luar sana tu berbahasa dalam alam siber ini. Semuanya terserah pada iman, ilmu dan adab masing2. Saya percaya saudara tidak sebagaimana rakan-rakan lain di luar sana. Datang lagi ye..kita berkongsi lagi ilmu dan pandangan

  11. Muhammad Muhd Taib Says:

    Ben Osman,
    Terima kasih kerana saudara faham dan mengerti situasi kerajaan hari ini. Kita tak boleh buat sesuatu apatah lagi pemerintah macam bn hanya kerana tekanan dan desakan pihak lain, yang penting kepentingan rakyat keseluruhan. Apapun saya yakin Pak Lah tidak terikat dengan itu semua, mana yang baik untuk rakyat akan di lakukan dengan cara terbaik. Saudara Ben, datang lagi ye…

  12. Muhammad Muhd Taib Says:

    Tuan Nik Rosman,
    Itulah jadinya. Kan saya dah kata, mulai sekarang apa saja yang dibuat dan hendak dibuat oleh BN akan dianggap oleh PR sebagai menurut kehendak mereka. Mereka menjaja kesana kemari mempengarohi rakyat meraih sokongan dengan alasan BN terpaksa ikut kehendak mereka. Kalau BN tak buat, rakyat kata…macam tuan Nik kata la..so..apa yang sebetulnya. Apapun saya yakin insan seperti tuan Nik ada tanggongjawab dan peranannya. Mari sama-sama kita pastikan negara ini terus kekal dipimpin dan diperintah oleh bangsa Melayu…salam

  13. ZamriManap Says:

    Salam Tan Sri….
    Tahniah di atas ujudnya blog ini. Nampaknya sekarang ini semakin ramai pemimpin yang mula meyakini bahawa blog juga merupakan salah satu cara untuk berbincang bagi pencernaan minda. Keputusan PRU ke 12 telah banyak mengajar kita bagaimana untuk menghargai perjuangan ahli politik lampau…
    Kerajaan yang ada di bawah pimpinan YAB AAB kini sebenarnya berada dalam suasana yang tepat untuk perbetulkan segala kesilapan dan kekurangan yang lalu. Mendesak peralihan kuasa berlaku dalam keadaan sekarang tidak bererti kepincangan dapat diperbetulkan dengan begitu mudah. Permbaharuan yang ingin dilakukan perlu melalui proses yang teliti agar kekecewaan tidak lagi berulang dalam kamus politik MELAYU. Pembangkang akan seperti biasa mencanangkan bahawa setiap perubahan adalah hasil desakan mereka. Lupakah pembangkang bahawa setiap perubahan itu merupakan tanggungjawab utama kepimpinan yang ada pada hari ini…apa pun tahniah sekali lagi kepada TSMMT kerana blog ini memudahkan kita mencerna minda melakar bangsa MELAYU terus berjaya..Insya ALLAH

  14. azam Says:

    “Assalamu’alaikum semua!
    saya amat setuju dengan tulisan ataspagar. pemimpin be end suka serang pembangkang. tak pernah hormat orang lain. diskriminasi. tak profesional. alasan tak releven. tak ada tanda2 warak dan tawaduk. keseluruhannya macam tak ada adab melayu n islam. camna nak bejuang melayu n islam?
    tan sri patut tidak menyerang kalau nak bekawan dengan pembangkang.
    cerdiklah sikit”

    Saudara JuruNilai,
    Dalam cuba menasihati orang lain, secara tidak langsung saudara menyerang orang lain tanpa fakta. Untuk makluman saudara,pemimpin BN bukanlah suka-suka hendak menyerang pembangkang, melainkan dengan tujuan menjawab kembali tohmahan-tohmahan yang di lemparkan oleh pembangkang. Tak kan saudar tidak tahu bahasa pembangkang saperti Mat Sabu, Mahfuz, Hadi Awang, Nik Aziz yang selalu mencerca dan menghina serta menggelar dengan bermacam-macam. Kenapa ini tidak saudara beri perhatian? Adakah kerana mereka di katakan Tok Guru, Ulamak, maka mereka tidak berdosa jika menyerang orang lain?

  15. Adik Wan Says:

    Saya cuma minta cukuplah kezaliman ke atas melayu. Perjuangan melayu, perjuangan DEB, perjuangan bangsa maju hendaklah merangkumi semua melayu termasuk bumiputera sabah dan sarawak, seperti yang tersurat dan tersirat dalam perlembagaan malaysia. Kalaulah perjuangan deb hanya smata-mata melayu Umno, saya sememangnya kecewa. Kalau bukan teknololgi seperti ini, sampai mati saya hanay melihat UMNO yang indah, tanpa menyedari bahawa berlaku kezaliman ke atas Melyu sendiri hanya kerana ia bukan ahli Umno. Perlukah saya membenci tan sri kerana tan sri sendiri dah kaya dalam berpolitik? Saya pernah berpura-pura menutup mata orang Umno cawangan atau bahagian yang terang-terang merancang jawatan kpd sekolompok ahli umno dan juga agihan projek kecil. Apa yang boleh didengar ialah orang A sokong orang B jadi ketua cawangan sebab si B janji akan tolong syarikat si A utk dapat kontrak kelas F. Dan ya, si A memang dapat kontrak baiki jalan, mungkin kerana kesefahaman di B dgn orang-orang lain. Tetapi sudah pasti si C yang tidak menjadi ahli umno dan terang-terangan turut ‘menyalurkan dana’, tak akan dapat walaupun mengikut aturan tender. Ya itu yang saya tahu, tapi saya malas nak cari bukti, sebab itu kes-kes lama. Cari bukti tugas BPR atau polis, bukannya orang macam saya yang menyokong UMON/BN. Nanti dituduh pula ahli pembangkang hanya kerana saya tidak pernah mendaftar menjadi ahli umno. Demi kesejahteraan keluarga, anak-anak dan isteri, saya tak pernah menyuarakan isihati seperti ini. PRU12 yang lepas pun saya pangkah BN pusat dan negeri walaupun saya dah baca banyak kes kezaliman (sedar atau tak sedar) ke atas golongan tertentu. Sakit hati saya memikirkan apa akan jadi selepas PRU13, jika BN kalah dan saya sekeluarga pula turut terkena bahana balas dendam di kawasan saya. Jika Kelantan terkena ancaman BN, tak mustahil selepas ini penyokong BN pula akan terkena ancaman pihak lain apabila kalah.
    Harap Tan Sri fahami maksud saya, jangan kerana kecuaian pihak anda dan mengutamakan kepentingan peribadi dan karier politik, kami yang tak berdosa ini turut dikenakan hazab Allah.

  16. izzrail Says:

    Salam Tan Sri,
    “Buat salah tak buat salah” bukan isunya…tapi yang menjadi isu sebenarnya ialah krisis kepercayaan majoriti orang-orang melayu terhadap kerajaan BN..itu yang pasti dan Tan Sri serta pemimpin UMNO harus sedar sungguh-sungguh. Hujjah saya senang, kalau orang dah tak suka yang baik pun akan dipandang serong dan hina. Maka kita kajilah kenapa orang tak suka? Sebabnya sudah pasti pemimpin-pemimpin UMNO (sebahagian besarnya) telah tersasar dari perjuangnnya baik dari perspektif bangsa, agama mahupun negara.

    Cuba Tan Sri muhasabah, kalaulah untuk bangsa kenapa semakin banyak kekuasaan melayu dilacurkan seperti di mana kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu kenapa UMNO bagi MCA, GERAKAN, MIC? kalau kerana bangsa kenapa UMNO begitu rakus mahu menjatuhkan kepimpinan Melayu Islam Kelantan? Kalau kerana bangsa kenapa wujud krisis dengan raja-raja selepas pilihanraya? Kalau kerana bangsa, agama dan negara berapa banyak tanah milik melayu digadaikan atas nama pembangunan dan akhirnya menjadi milik bukan melayu? Kalau kerana agama, bangsa kenapakan tidak dikongkong media yang meracuni pemikiran, adat dan budaya melayu? Kalau fikirkan bangsa melayu supaya mindanya tidak terkongkong oleh media (tidak seperti media Cina dan India) kenapakah biarkan media membodoh-bodohkan melayu seperti halnya kebanyakan oraang UMNO melayu?

    Beginilah Tan Sri, bawalah permuafakatan di sebalik tabir bersama orang-orang Melayu-Islam di pelbagai peringkat dari Kehakiman, Cendikiawan IPTA/S, Ulama, golongan profesional sehinggalah kepimpinan Melayu peringkat Kg untuk membincangkan ketuanan Melayu-Islam yang Tan Sri kata dalam keadaan ‘nazak’ itu dan tidak perlu war-warkan melalui media usaha itu. Wujudkan kesepakatan bukan kerana politik…Kami rakyat bawahan mencabar kepimpinan melayu jika benar-benar sayang kepada melayu dan Islam.

    Wassalam

  17. nazali Says:

    Salam Sejahtera,
    Tan Sri kenapa rakyat marah pd b end ada sebabnya.Salah satu contohnya berlakunya diskriminasi keatas pemilik rumah bertingkat(low & middling cost) terutamanya selepas akta Air 2004 dan 655 dimana Kerajaan BN Selangor sebelum itu membenarkan Syabas menaikkan harga Air dari Rm0.70 ke RM1.20 dan terakhir Nov2007 menjadi RM1.38 m3 (terdapat 450,000 pengguna meter pukal termasuk W.Persekutuan) dan masalah2 lain pelbagai yuran dikenakan sehingga RM800 setahun merangkumi yuran pengurusan,insuran,cukai taksiran dan cukai tanah.Taman perumahan tidak ada strata title(kadang2 1 geran 3 taman -bila disiasat ada kabel kuat oleh shareholder dengan pemaju).Jadi pemilik2 rumah bertingkat tidak tahan lagi dengan permasalahan yg telah berlaku sejak akta tahun 1985 lagi.Semua rakyat terutama di Selangor akan tetap memberi sokongan kepada pakatan Rakyat(PAS,PKR & DAP) walau permasalahan tidak dapat diselesaikan disebabkan akta yg diwujudkan oleh BN Selangor sebelumnya terutamanya Isu Meter Individu(Pihak Syabas masih berdolak dalih/melambatkan pertukaran meter pukal ke meter individu).sekian terima kasih

  18. nazali Says:

    Contoh Permasalah Rumah Bertingkat yang sejak Zaman B End Lagi

    Kepada,
    Pejabat Daerah Petaling,
    Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,
    No. 9,Jalan SS 16/1,
    47500 Subang Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.

    Tuan Yang Dipertua,
    Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),
    Persiaran Perpaduan,USJ5,
    47610 Subang Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.

    Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
    Tuan,

    BANTAHAN SEBARANG PEMBANGUNAN KAWASAN LAPANG DAN KEMBALIKAN HAKMILIK HARTA BERSAMA KEPADA PENDUDUK PANGSAPURI GARNET,PUCHONG INDAH.

    Dimaklumkan bahawa kami diberitahu oleh pihak pemaju iaitu SP Setia(???) pada mesyuarat pertama penubuhan AJK JMB pada 5 Apr 2008, kawasan lapang yang dimaksudkan taman permainan bukannya hakmilik harta bersama kepunyaan penduduk pangsapuri Garnet(No.Hakmilik PM1305 dan No.Lot 48112). Persoalannya, kenapa dalam perjanjian jual dan beli dalam petak pelan merangkumi kawasan lapang(padang permainan) dan tapak gerai dalam kawasan pangsapuri Garnet(Rujuk Bil Hasil Tanah:No.Hakmilik 0020656 dan No.Lot/PT 0016280) .Persoalan kedua kenapa No.Hakmilik dan No.Lot tidak sama.

    Untuk mendapatkan kepastian, pada 14 Apr 2008 saya diwakilkan oleh penduduk untuk pergi ke pejabat tanah petaling untuk mengetahui status kawasan lapang itu.Pegawai PTG bahagian jabatan teknikal mengesahkan mereka hanya menyimpan geran asal(rujuk lampiran-Bil.B9/2/90/B).Mereka meminta saya merujuk ke MPSJ di bahagian jabatan perancangan bandar.

    Pada 16 Apr 2008,Saya telah pergi ke MPSJ di jabatan perancangan Bandar(???) .Menurut mereka, Geran petak pelan sama dengan geran yang disimpan di pejabat tanah petaling.Pegawai JPB mensyorkan kepada saya berjumpa dengan pegawai jabatan bangunan(???) .Pegawai JB mensyorkan saya supaya menghubungi PTG untuk mengetahui siapakah tuan punya lot tanah dan juga membuat bantahan secara rasmi jika ada apa-apa pembangunan keatas hakmilik/lot tersebut jika bukan kepunyaan penduduk pangsapuri Garnet.

    Pada 18 Apr 2008,saya dapat menghubungi pegawai dari Pejabat Daerah Petaling (???)dan memberitahu telah membuat aduan melalui email kepada beliau.

    Oleh itu, kawasan lapang yang dijadikan padang permainan kanak-kanak dapat dikembalikan semula hak harta bersama penduduk pangsapuri Garnet. Perhatian dan tindakan pihak tuan adalah amat diharapkan.

    Sekian. Terima kasih.

    Yang benar,

    T.T.

  19. aku Says:

    quoto TS:
    \”Mari sama-sama kita pastikan negara ini terus kekal dipimpin dan diperintah oleh bangsa Melayu…salam.\”

    sy plak akan kate mcm ni:
    \”Mari sama-sama kita pastikan negara ini terus kekal dipimpin dan diperintah oleh bangsa Melayu yang berakhlak tinggi serta beriman kpd Allah…salam.\”

    semoga PAS yg kekal memerintah…Amin…

  20. unkown Says:

    salam..tahniah diatas wujudnya web ni bg membincangkn prk2 yg bleh membuka minda kita..berkenaan tajuk yang diutarakan..sye berpendapat bahawa ape shj yg dirancang yang dipikirkn elok demi kepentingan semua perlulah dilaksanakan terus..jgn brcakap sahaja tetapi xbuat..nie lah budaya skang..ckp je lebih..tp buat x gk..kalu kerajaan cadang nk buat ape2.truskn cdgn tersebut jk dpertimbangkn da diputuskn sebagai sesuatu yg perlu dilaksanakan..tetapi jika cadangan dilakukan..ttap ditangguhkn disebabkn ckp2 org..saya rasa smua tu ckp xserupa bikin..so.eloknya ape yg elok..dilaksanakan..bukanya ckp je lebih..buat x..

  21. Nizam Says:

    Bagi saya, apa nak dikisahkan samada ia tekanan pembangkang atau tidak. Asalkan ianya baik untuk semua. Kita manusia ada kelemahan. Begitu juga BN. Kalau idea pembangkang itu baik, tak salah kita terima yang baik walaupun ia daripada pembangkang. Bagi saya rakyat lagi tak suka dengar kalau isu “idea siapa” ini nak diperbesarkan. Jangan lupa Pembangkang juga adalah rakyat Malaysia dan mereka ada hak menyuarakan cadangan untuk kebaikan semua. Parti pemerintah pula perlu buka minda dan dada untuk terima idea tak kira daripada siapa asalkan untuk kebaikan semua. Tak perlu nak tangguk di air keruh, kalau idea orang nak mengaku idea sendiri. Kalau pun idea sendiri, tak perlulah bertegang urat hanya kerana isu ‘idea siapa’. Jelaskan secara intelektual bukan emosi. Tak perlu nak menidakkan dan mengiakan samada ia adalah tekanan dari pembangkang atau sesiapa. Pemerintah yang telus, adil dan bijak amat disenangi.

  22. halim Says:

    assalamualaikum

    mula2 sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada tan sri di atas pembentukan blog ini. Namun, saya ada dua komen. Yang pertama, saya rasa seolah-olah pemimpin BN menjilat ludah sendiri. Dahulu ketika banyak2 berita disebarkan melalui blog, sampai ada yang mengaitkan bloggers orang2 yang menganggur. Tetapi saya tidakla mahu highlight hal ni sebab walau nampak macam jilat ludah sendiri tetapi dengan usaha ni , ia membuktikan ada usaha yang baik untuk mendekati rakyat. So bagusla macam tu.

    yang kedua, saya ingin memaklumkan kepada tan sri yang saya tidak pernah percaya kepada perjuangan kaum dan saya yakin perjuangan kaum tidak benar dan tidak akan menang disisi manusia mahupun di sisi Allah. Kalau diteliti sejarah, runtuhnya khalifah turki uthmaniyah adalah kerana tiupan semangat bangsa yang hebat sehingga bangsa arab rasa lebih superior daripada bangsa turki yang memerintah. Mereka sebelum itu adalah di bawah satu pemerintahan, bersatu atas nama islam. sejak hancurnya kerajaan uthmaniyah, negara2 arab tidak lagi bersatu hingga sekarang. Sehinggakan jiran sebelah palestin pun dibiarkan demi menjaga periuk nasi masing2. hebat rancangan barat sehingga begini dia buat org Islam huru-hara.

    Kalau dikaji polisi atau prinsip British ketika dia menjajah negara, satu yang dia buat adalah pecah perintah. Satu-satu kaum specialise dengan sejenis pekerjaan .. supaya tidak bersatu-padu .. ada kaum yang kaya ada kaum yang miskin .. ada kaum yang memandang rendah kaum lain dan ada kaum yang rasa rendah diri .. tiba2 kita sendiri ikut rentak acuan penjajah .. memperjuangkan kaum masing2 .. semua ini hanya akan memporak perandakan keadaan .. bagaimana kita nak UMNO nak perjuangkan hak melayu dalam keadaan ada ramai rakyat bukan melayu .. kata2 pemimpin UMNO banyak menyakitkan hati bukan melayu ..

    apakah cara paling baik nak memerintah? pastinya cara yang Allah dah ajar nabi .. kita lihat bagaimana Rasulullah mentadbir madinah dengan majoriti penduduk adalah bukan Islam .. kerana Islam itu adil .. adil kepada semua kaum dan agama ..

    Saya tidak katakan bahawa kita terus hapuskan keistimewaan melayu secara serta merta .. perlu ada persediaan yang rapi untuk menyediakan org melayu kepada being independence tapi sejauh mana melayu disediakan ke arah itu oleh UMNO . Dengan hiburan yang melampau, kilang arak, masalah sosial yang dipandang ringan .. saya rasa UMNO tidak ikhlas dalam menghasilkan generasi melayu yang hebat malah UMNO sedang merosakkan generasi muda. Sepatutnya kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pembentukan masayakat tidak melayan semua kehendak rakyat tetapi lebih kepada apa yang diperlukan bagi menghasilkan rakyat yang wibawa. Artis luar negara yang tidak menjaga adab susila budaya dan agama, program realiti yang membuang masa, konsert merdeka yang menghancurkan minda perlu ditiadakan .. jika tidak tak perlu cakap soal modal insan .. bagi saya UMNO gagal dalam soal ini ..

    maaf, sampai mati pun saya tidak akan menyokong UMNO sehingga dasarnya diubah kepada dasar yang syar’ie ..

    tetapi tan sri jangan risau, saya bukanlah fanatik dengan mana2 parti pembangkang. Jika ada apa yang kerajaan buat yang baik ,saya setuju malah kalau ada keupayaan membantu saya akan tolong. Saya cuma highlightkan soal prinsip yang saya yakin UMNO salah. Maaf kembali.

    wassalam

  23. Mohd Shahrizan Musa Says:

    Salam Tan Sri
    Saya telah acap kali merenung diri saya dan negara yang tercinta ini, dengan usia yang muda dan bersemangat yang begitu membara setiap kali baris baris ayat Ketuanan Melayu di laungkan. Bagi saya politik dan memperjuangkan melayu harus diasingkan sama sekali dan tidak boleh di campur adukan kerana statment ini lah yang sering digunakan oleh mereka yang tidak faham dan tidak mahu ambil tahu tentang hakikat pembentukan Malaya asalnya. Dulu kita memperjuangkan negara dari kuasa penjajahan bila negara merdeka kita memperjuankan pembentukan negara dan bangsa. Politik digunakan pakai bagi mewakilkan setiap kaum didalam negara agar setiap rakyat didalam negara ini tidak terpingir sama sekali. UMNO sebagai tongak kepada semua kaum di malaysia selama 50 tahun lamanya, itu tidak dapat disangkalkan, tetapi bila mereka didalam UMNO sendiri yang sering lupa diri, bongkah, pentingkan diri masing masing bukan semua sebenarnya yang bersifat demikian akhirnya jatuh kerana ianya sudah lama busuk dan kerana itu lah rakyat memberontak. Saya bersyukur kerana negara kita tidak seperti negara negara yang lain diluar lihat lah Tibet,Myanmar apa yang telah berlaku? Tan Sri dulu saya adalah penyokong UMNO dan masih sehingga kini cuma saya terkilan apa yang berlaku didalam kancah politik sekarang yang hampir hampir saya berubah angin tapi saya tau harapan tu masih ada sekiranya UMNO mengubah apa berlaku sekarang. Kawan kawan saya terdiri dari cina,india dan semuanya terkilan apa yang berlaku didalam negara antaranya Kenaikan Minyak, Barang, taraf hidup yang tinggi di bandar. Pabila pembangkang mengunakan nya sebagai senjata dan berharap mereka mengubahnya akhirnya lihat lah apa yang berlaku sekarang. Sedih, kecewa pemberontakan didalam diri ini dah tidak boleh di tahan lagi melihat KEPEPIMPINAN yang begitu Gah lebih 50 tahun dulu jatuh tidak tertahan lagi 5 negeri dikuasai pembangkang. Perancangan lah yang paling penting sekali mengubat luka di setiap rakyat negara ini. Kesungguhan perlu dipratikan dengan perbuatan biarlah orang lain nak mengata tentang Kerajaan yang penting keputusan nya perlu tepat agar mengambalikan semangat kami yang telah hilang entah dimana. Bagilah peluang pada orang lama UMNO bersuara dan memberi pendapatnya dan biarlah rakyat mendengarnya kerana ada benar juga kritikannya. Dan yang paling penting bukan senang untuk mentadbir sesebuah negara kerana didalamnya sentiasa ade keputusan yang tidak popular demi kepentingan negara dan bangsa tetapi bagi mereka yang tidak faham pasti menganggap satu penafian dan penipuan. Sekiranya ada yang cuba mengadok domba sayalah orang pertama dihadapan yang akan menentangnya demi Negara Malaysia, Bangsa dan agama. Mencegah adalah lebih baik dari merawat kerana merawatnya akan mengambil masa yang lama. Musuh kita sedang menanti untuk menghancurkan Negara kita yang tercinta ini bila bila masa sahaja dan yang pasti sekarang tentu mereka bersorak melihat kita berpecah belah namun kerana entiti bangsa,agama,dan adat yang kita pegang masih kita boleh perbaiki bersama, itulah harta yang kita ada sekarang. Kita memerlukan pembangkang kerana mereka lah yang melihat kepincangan dalam sesebuah kerajaan tetapi kita tidak boleh alpa menunggu kepincangan itu memakan diri. Sebagai Bangsa Malaysia tidak perlulah kita mempertikaikan kaum yang lain baik cina,india apa yang paling penting kita perlu bersatu bersama sama mengerakkan negara agar bersama-sama mengecapi kemakmuran negara. Cuma kerajaan yang memerintah perlu melakukan sesuatu perubahan demi kepentingan rakyat. Pemimpin kita boleh cari tetapi boleh kah kita mengkekalkan keamanan,keharmonian kaum pada masa akan datang. Fikirkan lah yang terbaik demi negara dan bangsa MALAYSIA adalah agenda utama perlu disematkan disetiap pemimpin yang ada. Janganlah kerana Melayu yang memerintah kaum yang lain merasa terpinggir. Kami sayangkan negara ini dan rakyat Malaysia semuanya tidak kira melayu,cina,india,kadazan semuanya adalah rakyat Malaysia. Keseimbangan perlu ada dalam membuat keputusan dan pendapat dari setiap kaum perlu diambil kira. Luahan ini telah lama terbuku dan menuggu masa untuk diluahkan dan amat berharap perubahan akan berlaku pada masa akan datang percayalah Tan Sri saya sebagai MELAYU Islam, dan kawan kawan saya yang lain CINA, INDIA, IBAN,KADAZAN, dan lain menunggu dengan penuh pengharapan.

    Kalau PKR mengunakan slogan NEW DAWN For MALAYSIA kami mahukan slogan NEW HOPE & MEANING for Malaysia.

    Wassalam.

    MSM.

  24. Feisal Eusoff Stierlin Says:

    Salam Tan Sri,

    Adalah baiknya, sekira pihak kerjaan melaksanakan apa yang di fikir perlu tanpa di desak oleh mana-mana pihak. Pendirian saya badan perundangan negara harus BEBAS, dan perlantikan ahli-ahli yang digelar “Yang Arif” harus tertakluk kepada kriteria dan kearifan seseorang yang dilantik.

    Bersih, Jujur dan Amanah; merupakan 3 “essential factors” yang harus ada pada seseorang yang dipilih. Adakan Suruhanjaya Perlantikan Hakim dapat memastikan bahawa yang dilantik akan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah?

    Yang pasti, kita sebagai rakyat Malaysia di sebuah negara yang merdeka tidak mahu dijajah dengan pemikiran reotrik dan tipu helah yang berpanjangan.

    Seharusnya ada satu perubahan, ianya seharusnya dilakukan dengan terbaik dan mengambilkira kejujuran dan ketulusan.

    Terima kasih

  25. irfan Says:

    Assalamualaikum…

    Tuan Muhammad….
    Tuan wajar menyokong penuh pak lah walau apa situasi sekali pun. mana tidak. Tuan kena membalas budi..

    siapa saja yang menentang Pak Lah adalah menentang tuan..jadi tuan kena lindungi Pak Lah….

    Tak kira apa isu sekalipun…tuan kena sokong apa yg Pak Lah suka… itu memang patut

    tapi tidak bagi kebanyakan orang lain.
    orang kebanyakan yang tidak sebaik nasib Tuan, tidak begitu mudah dan murah untuk mengiyakan kata keramat Pak Lah

    Sebaik-baik manusia di sisi ALLAH adalah mereka yang lebih bertaqwa….

Leave a Reply