Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Buat salah, tak buat salah 2

Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Nazri Aziz bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menghantar cadangan untuk menjadikan badan tersebut sebuah badan bebas dengan menjadikan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong sebagai panduan.Bagi saya sesuatu yang baik walaupun menurut Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, kerajaan belum lagi membuat keputusan terhadap cadangan tersebut.

Apa saja keputusan kerajaan nanti berhubung cadangan tersebut tetap akan mendapat kritikan dari pembangkang. Kalau kerajaan menolak cadangan tersebut, kita akan dituduh oleh pembangkang sebagai mengongkong BPR. Kalau kita terima dan pertimbangkan seterusnya melaksanakan nanti, kerajaan juga akan dikatakan melakukan atas tekanan pembangkang.

Saya dah cakap, hari ini kalau kita buat apa saja, pembangkang tetap akan mengatakan itu hasil tekanan dan perjuangan mereka. Habis, rakyat nak jadi apa ?

Kerajaan tidak boleh bergerak atas panduan pembangkang. Kerajaan akan bertindak dan melakukan sesuatu setelah memastikan ianya untuk kebaikan rakyat dan bukannya kebaikan dan keuntongan segelintir sahaja.

Apapun, saya yakin dan percaya Perdana Menteri dan akhirnya kerajaan Barisan Nasional akan menilai dan mempertimbangkan samada menerima atau sebaliknya cadangan tersebut bersandarkan kepentingan rakyat dan kebaikan bersama.


44 Responses to “Buat salah, tak buat salah 2”

  1. Suara Rakyat Says:

    Salam Tan Sri.. kalau menerima Suruhanjaya(ICAC) sebagai panduan, itu sesuatu yang baik.. Pembangkang nak kata apa.. bukanlah sesuatu yg perlu di Highlight kan.. tak usah berdolak dalih dan tak usah lah Fobia sangat dengan tekanan.. (adatla tu)

    Bila lagi kita nak bebas dari Rasuah@politik Wang@duit kopi atau yg seumpamanya…

    yang Benar..’Suara Rakyat’

  2. leman Says:

    congragulations Tan Seri .

  3. Akademia Says:

    As-Salamu ‘Alaikum YB Tan Sri,
    Saya berpendapat: Apa jua yang baik patut dilaksanakan, sekalipun ia saranan dari PR. Ahli2 pembangkang juga, patut menyokong apa jua yang baik, sekalipun ia dilakukan oleh BN. Kita perlu berpolitik dan mentadbir untuk kebaikan.
    PR yang baru memerintah usah terlalu ghairah mencari kesalahan pentadbiran BN yang lalu. Sambung saja program BN yang baik dan bermanfaat. Lakukan sesuatu yang baik yang tidak sempat BN lakukan.
    Semua pihak (PR & BN) mestilah bersikap dewasa dan melayani rakyat tanpa mengira pegangan fahaman politik mereka.
    Kalau pun ada pemimpin BN yang jahat, mungkin sekarang dia dah insaf dan bertaubat. Saidina ‘Umar sebelum Islam pun bukan baik. Tapi bila dah Islam, insaf dan taubat, dia diiktiraf sebagai Sahabat yang baik dan terjamin masuk syurga. Hati budi manusia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Pintu taubat, taufiq dan hidayah adalah milik ALLAH.
    Saya doakan supaya semua pemimpin yang baik (PR & BN) dapat mentadbir negara/i dengan jujur, amanah, telus dan mesra-rakyat.
    Ma’af Tan Sri.

  4. Akademia Says:

    As-Salamu ‘Alaikum YB Tan Sri,
    Maaf sekali lagi saya ke sini dan memberi pemdapat: Saya saksikan ramai orang UMNO suruh Pak Lah mengundur diri. Kenapa begitu sikap mereka. Seolah-olah, bersama ketua semasa senang sahaja. Saya berpendapat patut Tan Sri anjurkan kursus atau tarbiyah kepada ahli-ahli umno (jika belum ada. kerana saya bukan ahli umno). Antara tujuannya supaya mereka memahami maksud berorganisasi.
    Ahli-ahli PAS ditarbiyahkan. Itu sebab mereka tak pernah berlaku tidak sopan terhadap ketua atau pemimpin. Mereka bekerja dalam PAS tanpa ganjaran wang atau apa-apa. Kekalahan dalam PRU adalah perkara biasa, tetapi ahli-ahli tak pernah meletakkan kesalahan ke atas pemimpin atau ketua. Kerana mereka ditarbiyahkan: Kekalahan dan kemenangan adalah ketentuan daripada ALLAH.
    Bukan apa Tan Sri, walaupun berlainan parti, saya anggap ahli-ahli UMNO adalah saudara saya juga. Suatu ketika nanti, insyaALLAH, kita akan bersama jua.
    Ma’af Tan Sri!

  5. Naz Says:

    Tan Sri wrote:
    [Kalau kerajaan menolak cadangan tersebut, kita akan dituduh oleh pembangkang sebagai mengongkong BPR. Kalau kita terima dan pertimbangkan seterusnya melaksanakan nanti, kerajaan juga akan dikatakan melakukan atas tekanan pembangkang.]

    With all due respect Tan Sri, “kerajaan” is expected to do the right thing and make the right decision. Jadi soalan tentang kerajaan dituduh itu atau ini adalah tidak penting.

  6. imbaa Says:

    A’kum, Tan Sri

    Cadangan yg baik wakli PR pun mesti setuju punya tapi kena la buat betui2 kalau boleh pilih la a few references bukan H Kong saja dan implemntasikan secara telus dgn mengambil kira hasrat rakyaat melalui wakil yg depa pilih ke Parlimen. BN/Kerajaan kena berani bukan berani yg tak bertempat memperlekeh2 wakil2 parlimen yg dipilih rakyat seoalah2 memeperlekeh rakyat juga la tu.

    Rakyat sudah dapat menilai sekiranya BN masih di takok lama alamat berkubur la… dah dekat dah

  7. maniezatheli Says:

    Salam,
    Ini pendapat saya sbg rakyat yang inginkan ketelusan dalam pentadbiran. BPR sepatutnya sebuah jabatan bebas. Setahu saya sekarang BPR direct bawah pejabat perdana menteri(?). Maka secara umumnya ia tidak bebas. Mesti akan ada tekanan dari politik juga. Apa yang saya nak cadangkan ialah; BPR mesti bebas seperti mahkamah. tiada campur tangan dari badan eksekutif(politik). Agung yang patut jadi penaungnya.Kiranya ini yang di laksanakan oleh kerajaan sekarang. Agak2 apa la yang terjadi ek? Habis la periuk nasi orang politik. Nak mesyuarat politik tak leh masa pejabat la kan? Nasihat saya: Setiap claim perjalanan dan apa2 claim la yang dibuat oleh pejawat awam termasuk menteri tu patut di siasat dulu oleh BPR. Sebab byk sgt duit rakyat hilang.
    Wassalam.

  8. Syeikh Ryz Says:

    As-Salamu ‘Alaikum YB Tan Sri,

    Bagi saya apa yang baik dan menguntungkan rakyat perlu dilaksanakan.
    kita hendaklah menerima Suruhanjaya(ICAC) secara terbuka.Diharapkan tidak ada kes lagi selepas ini menteri rasuah dan bawa duit berjuta-juta ringgit ke luar negara (swiss) ..

  9. askarsepoi Says:

    SEKALI LAGI KEIKHLASAN MENJADI KUNCINYA.. biarpun apa namanya, jika tiada keikhlasan, maka tiadalah ertinya.. perkataan ikhlas selalu diucapkan dari bibir pemimpin, namun seakan-akan perkataan itu tidak pernah hadir di hati dan sanubari mereka. Diharap Tan Sri boleh membuktikan kini pemimpin negara benar-benar IKHLAS untuk memimpin. sebagai permulaan, saya cadangkan Tan Sri wujudkan tabung khas kebajikan yang bersumberkan SEPARUH GAJI TAN SRI setiap bulan sebagai Menteri, sesuai dengan kedudukan Tan Sri yang menjadi menteri tanpa perlu bertanding pilihanraya. Lantiklah wakil Umno-BN, Pas, Pkr, Dap untuk menjadi AJK Dana tersebut.

  10. Amran Says:

    YB, Saya penuh percaya jika Pak Lah mengundur diri , UMNO akan lebih huru-hara . Tidak akan selesai krisis kepimpinan jika Pak Lah mengundur diri . Adakah penggantinya akan dapat mengembalikan undi Melayu? Adakah penggantinya boleh mengembalikan undi rakyat Malaysia kepada BN ? Saya rasa tidak, bagi saya Pak Lah sedang membuat perkara yang betul tetapi perlu lebih tegas lagi dalam perlaksanaan dasarnya seperti membenteras rasuah dan kebebasan kehakiman. Pak Lah perlu jadi CEO dan Tan Sri sebagai barisan kanan perlu bekerja lebih kuat lagi. Siasat dan dakwa mana-mana perasuah termasuk menteri kabinet . Umumkan kertas siasatan di Parlimen . Biarkan ada ketelusan , biar rakyat tahu UMNO bukan main-main . We meant business.

    Kita patut mengorak langkah awal dalam politik . Pak Lah tak sepatutnya berlembut lagi dalam membuat keputusan . Apa-apa keputusan yang betul & ikut undang-undang perlu dibuat segera. Saya mahu ahli umno yang lantang bersuara mengkritik Pak Lah di tutup mulutnya segera terutama TDM,
    Bukan pembangkang yang memburukkan Pak Lah tetapi TDM pula bersama konco-konco yang kecewa sebab tak dapat “projek dan peluang “di zaman Pak Lah yang menjadi batu api.

    TDM di zamannya pintar menutup mulut orang lain dan pantang dikritik . Tetapi Pak Lah lebih terbuka , lembut dan berhemah . Banyak fitnah ditabur keatas Pak Lah terutama dari puak Umno sendiri . Banyak orang nak jadi penulis upahan , pemfitnah & pengkonspirasi . Tan Sri perlu berdiri teguh , mantapkan pemikiran & selami hati rakyat , jika kita dapat kata kunci apa yang rakyat mahukan maka Umno akan terus relevan.

    Bukan kawah belanga beberapa kerat org UMNO yang Tan Sri perlu jaga tapi periuk nasi rakyat yang perlu kita beri keutamaan.

  11. adiputra adi Says:

    Ala biasalah tu. BN dah banyak kalah dalam PRU12, barulah nak buat yang tu, barulah nak buat yang ni. Macam-macam la kena buat sekarang ni kan. Cuba perhatikan saja masa PRU11 dulu yang BN nak dekat sapu bersih semua kerusi parlimen sampai Malaysia ni dah jadi macam bukan negara demokrasi pulak, ye la kalau dah nak menang semua buka lagi negara demokrasi tapi negara komunis pulak kan. Tak ada pun BN buat apa-apa. Betul tak;)

    PRU12 baru ni banyak menunjukkan bahawa bukan melayu sudah tidak percayakan BN lagi. Ini adalah kerana mereka banyak mendapat maklumat yang sahih dari internet dan blog. Tetapi orang-orang melayu pula ramai tertipu dengan propaganda Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3, kerana orang-orang melayu yang layu kurang mendapat maklumat dari internet. Maka di sini saya cadangkan agar Tan Sri mencadangkan kepada Pak Lah dan kementerian dalam negeri agar memberi lesen kepada Pakatan Rakyat untuk membuat akhbar harian sendiri dan membuat stesen TV sendiri. Dengan ini orang ramai tidak akan tertipu lagi dengan media-media haprak yang ada sekarang ini.

    Apa lagi ditunggu wahai Tan Sri. BN kan perlu membuat sesuatu akibat kekalahan baru ni kan. Selain dari badan kehakiman dan BPR yang perlu bebas, media pun perlu bebas juga. Jika BN tidak membebaskan media maka pastilah di dalam PRU13 nanti BN akan teruk lagi mengalami kekalahan akibat dari rakyat yang sudah muak dan jelak. Sekian terimakasih.

  12. anjungkemas Says:

    tan sri, sapa ahli umno yg cuba nk overshadow pak lah, kita jgn bagi chance!kadang2 nya ada baiknya kita ikut style Tun dlu, ckp banyak aje…isa ke ape ke, diaorg ni kena ajar mcm ni…bila dibagi muka naik lemak ler…saya sakit ati tengok mukris dan rakan2 yg sanggup melobi kata mcm2 kt pak lah…bagi lah pak lah peluang untuk mentadbir.dia org baik!.ni pembangkang dok gelak tengok kita satu party becakaran.jgn sampai kita jadi mcm iraq…becakaran last2 negara tergadai….last2 negara kita diambil orang!saya tak sanggup….mati2 saya akan mempertahankan tanah tumpah negara saya.perang sabil pun takpe klu mcm ni!

  13. Keris Junjung Says:

    Salam …

    Sudah ramai orang tertinggi UMNO mempunyai blog sendiri. Almaklumlah, bila dah jd pembangkang tak banyak tugas sangat. Yang dulu pembangkang sudah jadi pemerintah, sudah lupa akan suara-suara siber sebab sibuk dengan kerja masing-masing. Itulah adatnya.

    Akademia, minta maaf jika saya terkasar bahasa disini. Akademia cuba menyusuri sejarah penubuhan UMNO. Sesiapa sahaja waima pengasas UMNO sendiri, jika dia sudah lari dari perjuangan UMNO (perjuangan yang masih kekal dari tahun 1947 hingga sekarang), maka ahli-ahli akan sepenuh hati membangkang dan menolak. Dalam konteks kepimpinan PM Paklah, segala perkataan yang keluar adalah pandangan peribadi bukanlah satu jiwa satu perasaan satu pandangan semua ahli UMNO. Apabila timbul pandangan peribadi, maka perlulah duduk satu dewan sama-sama. Maka tunggulah pada bulan Disember ini kalau tak silap saya, mesyuarat agong UMNO. Adakah itu pandangan peribadi ataupun pandangan semua ahli UMNO pada hari itulah kita tunggu. Disini kenyataan saya sendiri, saya menyokong kepimpinan sesiapa sahaja selagi ia adalah perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair saya.

    Sememangnya kemenangan dan kekalahan itu adalah dari ALLAH. Begitu juga urusan kepada sesiapa yang “bergolongan” juga adalah urusan ALLAH jua. Jadi sama ada “ditarbiyahkan” atau “diceramahkan”, saya telah boleh berkata lanjut kerana itu adalah urusan ALLAH. Biarlah ALLAH memberitahu apa yang telah mereka lakukan. Wallahualam …

  14. niome Says:

    Askm…., kalau ikhlas tu buat aje jangan dengar sangat cakap orang nanti jadi macam cerita dua beranak dengan keldai…. kan benda tukan baik untuk kepentingan rakyat

  15. Bintulu boy Says:

    Salam tan sri
    Ramai orang UMNO bodoh dan gila kuasa, inilah padahnya…PM tu tau macam mana nak ajar orang-orang UMNO yang kurang ajar, saya tetap di belakang PM. walaupun kalah….tetapi banyak yang dirombak..mahathir n najib dah kecut…

  16. memata Says:

    Dlm isu mendesak PakLah meletakkan jawatan, saya sebenarnya keliru….pada pandangan saya, PakLah bagus orgnya (sikit2 tu biasalah) bak kata org kampung “tak jadi kudis pun”, pada fikiran saya org2 disekeliling PakLah yang ingin menangguk di air keruh diatas sikap lemah lembut PakLah…..
    Sikap sombong pemimpin BN khasnya UMNO patut dikikis habis habisan…

    Tentang penubuhan Suruhanjaya pulak, YB…..saya ingin ingatkan, rakyat zaman sekarang dah bijak menilai, dah jauh pandangan, tak perlulah pikir ttg serangan dari pembangkang…kalau kita percayakan kewujudan Allah…mana2 yang baik kalau kita buat, dah tentu balasannya jugak baik, kita mintak rahmat dari tuhan, bukan dari parti pembangkang….

    salam…

  17. tokki20 Says:

    Tan Sri,

    Yang baik tu buat je, jgn takut2. Baru ikhlas. …………..rakyat will be the judge. So far suruhanjaya hakim dan suruhanjaya BPR. Bagus2….. Lepas ni nak tengok pulak perubahan polis dan pejabat AG. Biar bersih kow, kow…..lepas tu baru sedap cakap pasal next PRU…….tak gitu?

  18. aimi Says:

    Tan Sri Muhammad,
    Teruskan perjuangan dalam memartabatkan orang melayu… Pedulikkan segala tohmahan…. jika sesuatu dilakukan dgn ikhlas insyaallah akan diberkati…. Hanya masa yang akan menentukan segalanya…. Saya akan terus menyokong KERAJAAN BARISAN NASIONAL

    Muhammad Muhd Taib says

    aimi,
    Terima kasih atas sokongan anda. Saya bersedia mendengar pandangan dan saranan dari anda dan rakyat dengan syarat ada keikhlasan untuk membina. Jumpa lagi

  19. Tai Khai Eong. Says:

    yang baik, mesti dilakukan biarlah apa orang nak kata. Semua yang telah dipilih, haruslah membuat yang terbaik.

  20. Altantuya Says:

    Dari tulisan Tan Sri, nampak nya k’jaan sentiasa berfikir ttg pembangkan bila nak buat sesuatu. Takut ini lah, takut itu lah. Ini lah budaya org melayu yang pelu kita buang jauh-jauh… takut pada benda yang belum tentu lagi terjadi. Macam budak2 yang takut dgn hantu sedangkan tak pernah pun tengok hantu.
    Saya rasa k’jaan perlu berani kalau apa yang dibuat itu betul, tak perlu takut. Lagi pun mulut org memang tak boleh tutup.
    Tapi jangan pulak berani buat bende tak baik pulak… cth nya dok gila kuasa, tahan duit royalti minyak..dsb.
    Apa salahnya kalau k’jaan bantu sesiapa saja (termasuk pembangkang) asalkan apa yang nak dibuat tu untuk rakyat.
    Rakyat skrg dah tau menilai mana yang buruk, mana yg baik. Janganlah berselindung disebalik rasa takut pada pembangkan tu.

  21. apengoleb Says:

    ala buat je mike,
    tapi betul apa yang ko kata mat taib…susah la pembangkang nih…nak takut apa kat pembangkang, biarla dia org nak kata apa pun mat…janji kita buat benda betul…mana lg baik kalau pembangkang kata ‘atas tekanan mereka’ ataupun org kata BPR tak telus…kita ni negara membangun malu la penyiasatan takda transparency…ala kita buat je under suruhanjaya, lepas tu lantik orang2 kita…mcm yang kita buat kat suruhanjaya pilihanraya…jgn risau la kita akan selamat, mereka takkan dapat jumpanya kita rasuah…
    p/s: kalau ikut pembangkang buat apa pun tak kena, sampai bila pun tak habis…

  22. hang jebat Says:

    Assalammualaikum Tan Sri,
    Apa crita pun pru 12 Bn dah kalah, punca nya
    1:Kebanyakan YB Umno tidak perihatin lagi dgn nasib rakyat.
    2:Umno kini di kuasai oleh org koperat,bukan lagi Nasionalis yg sayangkan Negara,Ugama dan Bangsa.
    3:Kebanyakan wakil rakyaat Umno kini,sombong.bermegah2 dgn harta dan menunjuk2 pada rakyat konon nya dia asal nya org kaya..sedangkan rakyat tahu sebelum jadi YB…hanya cikgu sekolah rendah shj.
    4:Apakah yg di perjuangkan oleh UMNO kini pada org Melayu? jawapan nya tiada…org Melayu kini byk yg miskin(kaya dgn gaya shj),pelajaran kini taraf paling terok…siapa yg yg jadi mat rempik?..belia Melayu..penagih dadah?..belia melayu..penduduk setinggan? melayu..yg tinggal tanah rezab JPS(Desa kaseh)?…melayu..jadi org melayu niii..apa yg nak di banggakan?….yg boleh di banggakan hanya lahh YB Melayu…yg sibuk dgn projek kerajaan…walau pun projek tu class F shj..pun YB UMNO sapu utk kroni dan syer nya(komisyen 10%)

    Rakyat dah bijak Tan Sri….kalau tak betul 5 tahun shj.
    T/Kaseh dan tahniah kerana sudi membuka blog….! Jgn jadi saudara kita di Melaka dan Khir Toyol tu.

  23. rakyat biasa saja Says:

    satu sebab rakyat terfikir setiap tindakan kerajaan adalah kerana desakan pembangkang adalah kerana tindakan tersebut dibuat setelah pembangkang menjadikannya satu isu…kalau yg baik utk rakyat jgn fikir lama2., terus buat sebelum dijadikan isu baru oleh pembangkang…setiap tindakan kerajaan harus dilihat sbg satu idea baru oleh rakyat…

    dah sampai masanya cerita2 amanat hj hadi dan mcm2 lg dibuang kedlm tong sampah…skrg rakyat nak tengok tindakan bukannya cakap2 saja… banyak perkara kerajaan mcm takut2 nak jelaskan pendirian…bila dah jadi isu oleh pembangkang baru nak jelaskan pd rakyat…kdg2 satu2 perkara terlalu lama tergantung tanpa jawapan muktamad..

    .sbg contoh isu persaraan oleh ceupacs…lepas MB Baru Selangor cakap nak panggil semula professional yg dah berumur 65 keatas.. PM baru terima cadangan ceupacs pd dasar saja… kalau PM setuju lepas ni mesti la org cakap terima tekanan atau ikut pembangkang…

  24. kharis Says:

    Jika sesuatu perkara itu atas tujuan baik seperti membebaskan BPR dan sebagainya, saya rasa pembangkang tidak akan membangkang. Siapa yang mengatakan tugas pembangkang adalah membangkang semua usul? Itu adalah pernyataan yang salah. Tugas pembangkang adalah melakukan check & balance. Bergantung kepada usul yang dibawa dan dibahaskan. Apabila sesuatu usul dibawakan sudah pasti akan timbul persoalan, parlimen adalah tempat membincangkannya. Perlu diambil kira pro & kaontra. Jika perkara itu sememangnya baik dan bermanfaat utk rakyat sudah pasti pembangkang akan menyokong. Tetapi apabila ia menekan rakyat sudah pasti pembangkang akan membangkang. Setidak-tidaknya kajian lanjut boleh dilakukan sebelum mewartakan sesuatu usul. Ini bagi memuaskan hati majoriti dewan dan seterusnya majoriti rakyat. Jadi disinilah indahnya demokrasi. Kerajaan dan pembangkang boleh berbincang dengan cara yang matang barulah rakyat terbela. Saya harap janganlah ada lagi kemenangan 2/3 dalam PRU selepas ini.

  25. blog14 Says:

    yg penting sebagai org melayu..buang jauh2 sifat somboing dan riak…
    jika kite memandang rendah org2 dibawah kite…org2 di akar umbi..
    nescaya kite akan dipalitkan semula…

    Tan sri, sy berasal dr btg kali dan sangat gembira semasa tan sri menjadi ADUN di sana dlu… sy hormati kemesraan tan sri bersama rakyat..

    cume sekarang nie, sy perhatikan beberapa pemimpin UMNO yg terlalu takbur dan riak dengan kekuasaan yg ade pada mereka,,, menggelar rakyat sebagai “beruk2 dijalanan”.. tolong nasihatkan anak muda itu supaya menutup mulut dier yg celupar…

    sy masih muda, jauh di sudut hati saya sygkn parti yg memperjuangan org melayu tp… pastikan pemimpin kita ni ikhlas utk memimpin… bukan hanya kerana wang dan pangkat tetapi tanggungjawab dan amanah yg diberikan dpt ditunaikan dengan sempurna…

    dpt diperhatikan..asal org UMNO yg berjawatan sikit, mesti kayaraya tak ingat dunia… menunjuk2 kemewahan dia…samapi bile kite masuk kwsn kg2, bile kite tanya..rumah sapa yg besar tue… mesti pemuda umno laa..s/u umno laa.. sy naik jelik dgn kemewahan… dari mana dtg duit byk2…ntah laa… sampai org kata, duit umno byk…. duit umno atau duit rakayat??

    apapun pun medium ni bagus utk tan sri memahami hati dan perasaan rakyat.. supaya pemimpin atas nie, tahu ape yg tersirat dan tersurat dihati rakyat…

  26. Raja Nazarudin Nasron Says:

    Assalammualaikum Tan Sri,

    Sebagai anak Selangor, saya fikir pucuk pemimpin BN tidak perlu risau dengan isu apa yang hendak di pertikaikan oleh PR. Buat saya raayat lebih matang untuk menilainya, kan raayat telah menunjuk kematangan mereka untuk memberi amaran keras kepada Kerajaan BA pada P12 ini.

    Kerajaan BN harus focus untuk mengemaskinikan BA menuju ke arah yang boleh mengembalikan kepercayaan raayat Malaysia untuk meyokong BA pada masa hadapan.

    Saya ingin tahu, adakah Kementrian Tan Sri turut terlibat untuk menaik kan taraf anak2 Melayu di luar Bandar di dalam perniagaan. jika ini pun adalah tanggungjawap pehak Kementrian Tan Sri, maka saya ingin jugak tahu apakah cara nya usaha kemetrian.

    Kira nya Tan Sri betul2 ikhlas maka tingkatkan lah taraf kedudukan ekonomi anak2 muda diluar bandar.

    Sekian terima Kasih.

  27. ZamriManap Says:

    Tan Sri,

    Perjuangan Nabi Muhammad SAW menunjukkan bahawa setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada bangkangan. Oleh itu tan sri, perjuangan untuk melakukan ‘islah’ perlu dilakukan dengan penuh jujur dan ikhlas. Selagi perjuangan yang dilakuakan adalah untuk perubahan ke arah yang lebih baik……rakyat marhaen tetap menyokong perubahan untuk kebaikan.

  28. bluessmurf Says:

    Tan Sri,
    Keputusan yang tak popular walaupun betul pasti ada tentangannya. Dah tabiat manusia, yang tak pernah rasa cukup. Biarkan mereka bersuara. Mulut tempayan, payah untuk ditutup.

    Dalam hal ini, diharap pihak kerajaan dapat menghalusi lagi cadangan ini supaya ia dapat memberi manfaat pada rakyat.

    Pedulikan apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat.

    Sifat bermuka-muka memang dah jelas. Sebelum pilihanraya, pengundi Pocong, pengundi Pontianak, pengundi Jin, pengundi Jembalang akan muncul masa hari pengundian. Tapi bila mereka dah menang, HARAM…. al kisah ‘pengundi hantu’ tak pula bangkit.

    itulah Pakatan Rakyat.

  29. NoSPeakEnglais Says:

    Askm,

    Buat ler yang terbaik selagi napas UMNO masih ada. Apa yang penting, semua cadangan PM mesti jadi kenyataan. Jgn. cakap aje, tapi tak jadi mcm. janji dia selepas PRU-12. Buktikan dengan sejujur-jujurnya. Biar rakyat yang menilai, bukan PR.

  30. Noryati bte elias Says:

    Assalamuailikum datuk buat segala perojek pembangunan, fikirkan untuk peribumi. Jadikanlah peribumi maju ekonomi wawasan 2020 dan lantang bersuara,jangan lantang berucap tetapi ekonomi tiada.Sekarang ini lantang berucap tepi ekonomi digengam oleh ……contoh diKelantan berucap ok ekonomi ok ni yang peribumi hendak.buatlah sesuatu untuk peribumi,Buat perojek pembangunan dan perubahan dan pembaharuan sesuatu tempat mestilah mengikuti kemampuan peribumi setempat supaya dapat memduduki dan memiliki .Barulah bolih jadi contoh negara islam membangun sepenuhnya diMalaysia

  31. Altantuya Says:

    anjungkemas…. jangan lah kita tanya apa org lain buat utk kita sebelum kita tolong org tersebut. Kalau nak tolong kita tak payah ungkit perkara lalu. Tolong kena ikhlas, bukan kerna nak balas budi atau balas dendam (cam duit royalti minyak t’ganu).
    Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya sokong sikap mana2 parti politik yang berkerjasama membangunkan negara ini dan bukan kerana nak kan balasan dan sbgnya. Tindakan DAP melantik Kah Choon adalah tepat dan saya setuju kerana pastinya tak semua urusan pentadbiran boleh dilakukan sesuatu parti politik dan pasti ada kepakaran pada org lain dari parti lawan. Apa salahnya bekerjasama demi rakyat M’sia?

  32. Rakyat Malaysia Says:

    Saya sebagai rakyat Malaysia amat menyokong baik menjadikan BPR sebagai badan bebas, bukan sahaja BPR, malah Badan Kehakiman juga patut dijadikan badan yang bebas supaya mereka dapat menjalankan tugas dgn telus tanpa dikuasai oleh pihak2 tertentu…..

    Pada pendapat saya, kerajaan juga patut menerima teguran daripada pihak pembangkang sekiranya teguran itu memberi kebaikan untuk kita rakyat malaysia. Janganlah menyalahkan mereka kerana Kerajaan BN juga akan berbuat demikian sekiranya menjadi Pembangkang… Ini terbukti di negeri2 yg dikuasai pembangkang… Yang paling penting sesiapa sahaja yg memerintah negara samada BN atau PR mestilah menjalankan tanggungjawab dengan jujur, effisien, cekap, adil dan sensitif dgn kehendak ataupun masalah yg dihadapi rakyat…

    Rakyat sekarang sudah bijak, tidak seperti dulu yg bulat2 menerima janji2 manis walaupun janji itu tidak ditepati… Rakyat sekarang lebih cerdik, tidak mempercayai bulat2 apa yg diperkatakan oleh media… Rakyat sekarang rakyat yg berinformasi…

    Rakyat tidak kisah pergolakan dalaman UMNO.. hanya org2 UMNO sendiri yg merasa keluh kesah… mengapa perlu diperbesar2kan hal2 yg tidak berfaedah ini.. Ini menampakkan kelemahan dlm UMNO itu sendiri, sudah sedia maklum yg pemimpin tertinggi itu lemah, mengapa tidak ada cerdik pandai dlm UMNO itu sendiri yg memberi nasihat.. Ini menunjukkan ramai dlm kepimpinan UMNO ini sendiri bersikap ‘YES BOS’ walaupun nampak kesilapan yg dilakukan.. semua ini adalah untuk menjaga kedudukan masing2….

    dari Rakyat Malaysia untuk Rakyat Malaysia

  33. Tharieq Dhiyauddin Says:

    Salam…

    Niat yang baik INSYALLAH ampuh dipertahankan walaupun seribu terjahan diterima…

    Assalamualaikum…

  34. melayu jati Says:

    Salam, Tan Sri sebenarnya apa yang berlaku selepas dan 4 tahun sebelum PRU 12 adalah tekanan dari rakyat dan bukannya pembangkang.cuma rakyat telah menyuarakan dan bertindak diatas pelnagai saluran namun tidak diendahkan dan rakyat “terpaksa” beralih kepada “alternatif” untuk mendapatkan sokongan.Tan sri harus berada di dalam realiti dan sedar bahawa pada masa dan saat ini pelbagai lagi kemajuan yang akan tercipta hasil dari tekanan rakyat ini.Lazimnya mudah bagi saya orang melayu..Barisan Rakyat akan melaksanakan semua perjuangan dan manifestonya kerana mereka biasa susah dan kalah sementara Barisan Nasional akan mengambil hati rakyat dan lebih memahami rakyat kerana mereka biasa menang dan senang!

  35. aziezoul Says:

    Berpegang kepada kenyataan Tan Sri “Berbeza pendapat tidak bermakna kita tidak boleh berkomunikasi’ maka saya terpanggil turut berkongsi pandangan.

    Cadangan untuk menjadikan BPR sebuah badan bebas adalah satu kewajipan atau kemestian bagi negara untuk mengorak langkah ke hadapan dan perlulah dilaksanakan dengan kadar segera tanpa berlengah lagi. Perkara pokok yang harus diperhalusi dengan sebaiknya ialah perlantikan pihak pengurusan badan tersebut dan pendekatan bagi perlaksanaan sistem dasarnya. Seandainya perkara ini dapat dilakukan sebaiknya maka bukan sahaja ia memberikan manafaat kepada semua golongan malah meningkatkan kredibiliti kerajaan. Selain itu, saya selalu percaya bahawa apa2 perkara yang membawa kepada perubahan positif samada hasil tekanan pembangkang ataupun sebaliknya haruslah diterima dan dilaksanakan kerana kita tahu bahawa semua itu adalah untuk kepentingan semua golongan seperti yang ditegaskan sendiri oleh Tan Sri.

    Berdirilah diatas dunia yang nyata. Ada banyak perkara2 dinegara kita yang dilaksanakan mungkin tidak sempurna dan perlu diperbaiki atau diperkemaskan. Oleh itu terimalah kenyataan tersebut dan perbaikilah kerana sesungguhnya kerajaan yang mengambil berat terhadap kepentingan semua pihak tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah sewajarnya bagi melakukan perubahan sekiranya ada keperluan.

  36. chegubuck Says:

    yb
    kalau sesuatu yang baik itu perlu dilakukan,kenapa tak dilaksanakan saja.apakah UMNO malu dikatakan menerima tekanan atau mengikut kemahuan pembangkang? era politik moden sekarang,telah berubah yb.sebenarnya kami tahu kenapa umno terlalu takut untuk menerima perubahan ini.RASUAH ADALAH SARAPAN bagi pemimpin2 UMNO.Orang yang baik dan tidak bermasalah tentu tidak berdolak dalih untuk menerima saranan ini.Mereka2 yang terlibat dalam rasuah tentu sekali tidak bersetuju kerana tidak mahu JERAT MAKAN TUAN.

  37. abe MIE Says:

    PKR DAN PAS diBABIkan OLEH DAP
    Oleh: abe MIE (penulis bebas)

    saya gemar melayari website dan membaca HARAKAH. ini luahan hati saya tentang akhbar berkenaan yang semakin hari semakin nyanyuk dan ‘tua’

    ‘Khalifah Islam Ke-5’, iaitu Umar Bin Abdul Aziz disamakan dengan Lim Guang Eng. Gara-gara kononnya ‘telah’ berjaya menghapuskan rasuah, ‘membersihkan’ pentadbiran di bawah pimpinan BN dan memberi ‘saguhati’ dengan menaikkan elaun guru agama di Pulau Pinang menyebabkan Guan Eng layak diberikan gelaran sedemikian.

    Guan Eng juga diibarat ‘Mr Clean’.
    Benarkah dan cuba kita fikirkan propaganda ini?

    Guan Eng juga turut serta menjayakan perayaan pelbagai agama. Misalnya dalam perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Beliau juga dijemput oleh panel Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

    Saya kagum dengan beliau kerana mendapat ‘kejutan pengiktirafan’ walaupun beliau bukan beragama Islam (dan tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam).

    Sekiranya diamati sejarah Islam, puak-puak Yahudi yang mempunyai niat memburukkan Islam dengan sanggup menjadi pengikut Islam dan guru agama. Apabila mendapat kepercayaan, lama-kelamaan akan tanpa disedari mereka akan merosakkan ajaran Islam dengan mencampur aduk serta mengelirukan ayat-ayat suci al-Quran.

    Lim Guan Eng bukan orang yang saya maksudkan.

    Selepas isu penternakan babi, DAP dikagumi kerana Guang Eng seorang tokoh ‘ulama segera’ oleh PAS dan PKR. Setiap detik saya membaca lama web pembangkang, seolah-olah PAS dan PKR tetap menjadi ‘tali barut’ DAP dan ‘lembu peliharaan’ tidak kisah dicucuk hidung dibawa ke hulu ke hilir.

    Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku?

    Jawapannya PAS dan DAP masih ‘terhutang undi’ dalam pilihan raya yang lepas sehingga berjaya melantik Menteri Besarnya di Perak dan Kedah. PAS sanggup berkompromi untuk tidak menjadikan Islam sebagai pemerintahan dan lebih suka mencari kesilapan dan menghentam secara memBABI buta apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang merupakan saudara semelayu dan seagamanya.

    Misalnya, apabila Karpal Singh menentang tindakan PAS menjadi ketua pembangkang dan menyuarakan slogan Membangun Bersama-sama Islam dengan mempopularkan ‘Hudud Pas’, PAS diam tidak berkata-kata. Begitu juga Puteri Katak dalam PAS kelu membisu seribu kata.

    Ini belum diceritakan tentang sokongan PAS pada Hindraf yang selama ini PAS sentiasa memberi peringatan yang Islam mempunyai musuh di pelusuk dunia termasuklah Hinduisme.

    PAS tersorong-sorong membantu Hindraf dan bersekongkol dengan mereka semata-mata untuk undi. Lama kelamaan, saya percaya orang India akan tersedar dari mimpi indah menjadi ‘Kelab Penyokong PAS’.

    Bagaimana dengan pemerintahan PAS lebih 18 tahun di Kelantan? Tidak pernah saya mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz digelar pemimpin ‘selayak’ Guan Eng yang menjadi Menteri Besar kurang empat bulan.

    Adakah ketokohan Nik Aziz sudah ‘tidak laku’ atau basi? Atau Guang Eng lebih hebat daripada bekas pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim yang tidak lagi bercakap betul dan berbelit-belit.

    Sebelum ini PKR dengan 100 peratus berceramah yang Mantan Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sanggup ‘mencuri’ Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.

    Pada perhimpunan ‘Black 14’, Anwar secara terang-terang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan sloganya ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ apabila meletakkan isterinya sebagai ‘bayangan Perdana Menteri’ dan beliau akan ‘bersabar’ untuk menjadi PM selepas pilihanraya akan datang.

    Melantik isteri dan anak sebagai wakil rakyat membuktikan bibit-bibit bunga nepotisma diamalkan oleh Anwar sebelum menjadi PM nanti. Pendustaan yang beliau akan mengambil alih kawasan Parlimen mana-mana dimenangi oleh PKR.

    Bahkan diceramahnya enak didengar dan menjadi madu di telinga, sering memperjelaskan yang beliau (sekiranya menjadi PM dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan) yang harga petrol akan diturunkan, membantu semua orang miskin, menaikkan elaun dan gaji pekerja di sektor awam dan membela pekerja swasta, menyediakan peluang perniagaan, menyelaraskan hal ehwal pelbagai agama dan 1001 janji.

    Di Selangor sehingga kini rakyatnya seperti itik kehausan menunggu air subsidi sehingga berbulan-bulan. Yang menjadi kekeliruan, ‘kebajikan’ babi menjadi keutamaan.

    Bahkan setiap masa, pemimpin DAP, PKR dan PAS sentiasa berceramah memperburukkan UMNO dan BN.

    Rasionalnya, mereka perlu membuktikan bagaimana pengurusan pentadbiran mereka mampu membawa rahmat kepada rakyat sebagaimana mereka laungkan sebelum ini.

    Nasihat saya, Pakatan Rakyat perlu mengikis mentaliti pembangkang kerana mereka adalah ‘kerajaan negeri‘ kepada Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan memberi ‘kebajikan’ bukan membuka ‘keaiban’ dengan menjamin kestabilan politik dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

    Ceramah mereka pada setiap masa boleh memberi stereotaip yang Malaysia kini seperti negara Nepal, India, Pakaistan, Myanmar dan Filipina. Pelabur hanya berminat melabur di Vietnam dan China. Bila hal ini berlaku, gelombang tsunami menjadi terkena muka sendiri apabila rakyat yang setiap masa disajikan ceramah mengadu domba daripada sajian peluang kerja.

  38. zeus Says:

    Assalamualaikom abe Mie, apa yang awak sampaikan diatas memang tepat bebenar. Pemimpin DAP, PKR dan PAS tak habis memperburukkan umno dan bn macam le kalau meka2 ni menang dapat meka2 ni tunaikan janji2 sebelom pegang jawatan2 sekarang. Konon dapat kurangkan harga minyak, barang2 dapor etc, pengikut2 dia ni ingat senang saja nak turunkan harga barang nih. Bagi subsidi utk beberapa tahun boleh le, lepas tu bankrap naik kurap, bergadoh seperti di pakistan. Pon nanti tak puas hati juga lagi. Tapi kan, saya harapkan walau pon barang2 naik, naikkan lah juga gaji2 dan elaun2. Tak aci juga lah kalau barang2 naik tapi gaji tak naik, ye tak.
    Dan mengenai DEB d PPinang dan issue babi, hahh, parti Pas langsong senyap tuli. Tu saya dah tulis di muka surat lain dalam blogg ni juga, kalau ladang babi tu di ternak di Kelantan macam mana? Macam mana reaksi orang2 disana pulak. Bila dibuat di Sgor, sunyi sepi, setuju ada lagi, tapi dulu bagi title pada Dtk ABadawi penjaga babi, sekarang sapa yang jadi jaga babi pulak hah. Oh, kalau d tempat dia cukup lah, orang2 cina setakat ternak belakang rumah. Kenapa Pas tidak pukul canang, hantar flyer (kaya betol) ke seluruh negara mengenai issue ni. Really hypocrates le, nak pancing vote punya pasal.
    Tapi BN pon perlu muhasabah parti dan semoga Allah selamatkan dan berikan kesejahteraan kepada negara Msia dan juga sesama muslim berbaik antara satu sama lain. Amin. Dengan izinNya. INsyaAllah.

  39. Zaidi Says:

    tahniah diatas keupayaan dan kesunguhan Tan Sri menjawap semua persoalan dan isu yang dikemukan oleh pengunjung laman blog Tan Sri. Thats the way and in my opinion we will need more agresive leaders like you in UMNO . UMNO is just a vehicle , it could be a mercedes or bmw or proton, but if the human factor which is the driver is not a discipline , unselfish, concern and committed one, even the bmw or mercedes can get into an accident and endangering life of the driver itself and also others. the same things goes to UMNO. lets get rid of those leaders that is not contributing and with the main concern of only getting done their business through UMNO. please identify and eliminate them. the ball is at your feet now Tan Sri. show us by example.

  40. Mohd Shahrizan Musa Says:

    Tan Sri

    Sesuatu perlu dibuat orang melayu dan suara melayu akan tersepit suatu hari nanti. Parti pembangkang lebih lebih lagi DAP cuba menyeludup masuk fahaman Free Goverment maksud nya segala galanya adalah bebas…bebas beragama,bebas berpolitik dan cuba menghapuskan hak hak peribumi,bumiputera khususnya dan segalaya di bahagi sama rata.

    Tan Sri, fahaman ini telah lama menyusup di setiap pelusuk negara dan diapi apikan dengan penuh sandiwara cuba memesong kan fikiran rakyat malaysia. Mungkin mereka ingin menjandikan Malaysia tak ubah seperti negara negara barat bebas tanpa kongkongan.

    Tan Sri tak semua apa yang BN buat semuanya tidak betul ada juga kebaikannya, tetapi kesilapan boleh di perbaiki dari sekarang. As Malaysian kami mahukan keamanan,kemakmuran jauh dari sengketa, tetapi parti pembangkang telah berjaya menggunakan kelemahan BN selama ini dan telah diberi kepercayaan oleh rakyat dalam PRU 12 (percubaan).

    Bagi saya selama 29 tahun hidup bernaung di malaysia, tidak ada cacat celanya segalanya galanya kita telah nikmati bersama kecuali sesetengah perkara seperti harga barang,minyak,toll,rasuah yang saya tidak nafikan agar sukar diterima oleh rakyat malaysia. Yang itu memang kami perlu perjuangkan.

    DSAI selalu menyebut di setiap ceramah akan menjadikan negara malaysia ini seperti negara kebajikan, mungkin dia lebih pandai mengira atau hanya pandai berkata kata. Pada logiknya sampai bila dia nak turunkan minyak? hendak jadikan malaysia ini negara kebajikan? Boleh tak kalau dia boleh bagi pengangur di malaysia ini elaun sara hidup sebanyak MYR 200 sebulan? gamaknya ramai lah rakyat malaysia yang akan jadi malas dan tidak productive.

    Bagi saya kita boleh menjandi pendengar tetapi bukan mendengar sebelah pihak kedua dua nya kita perlu dengar dan fikirkan secara rasional, seperti yang saya katakan sebelum ini saya hampir hampir menjandi ahli PKR dan vote PKR tetapi bila difikirkan semula patut ke kita jadi negara kebajikan?

    Tan Sri saya menonton rancangan Blog TV1 satu wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin, beliau tidak dinafikan petah dan lantang bersuara. Perkataan Free Goverment disebut banyak kali didalam forum tersebut yang saya risau ialah pabila beliau menegaskan Bebas Beragama, dan memberi pendapat orang islam yang semenangnya dilahirkan sebagai islam bebas menentukan agamanya. Mengucap panjang bila mendegar komen beliau, dan saya bertanyakan didalam diri saya inikah fahaman yang hendak dibawa oleh mereka mereka ini NEW DAWN FOR MALAYSIAN.

    Kalau ada pembaca dari parti pembangkang jangan terlalu taksub dengan parti kita perlu fikirkan apa yang akan berlaku sekiranya Malaysia become Free Goverment. Inilah sahaja hak kita di tanah melayu tercinta Melayu-Islam dan Sultan sebagai penaung dan payung kita. Mungkin kita tak sedar Kerajaan Turki Othmaniah berjaya di tumbangkan kerana wujudnya fahaman ini. Dan lihat apa yang berlaku pada kerajaan turki, Islam hanya pada nama sahaja.

    Tan Sri saya ingin menegaskan BN terutama UMNO perlu membuat sesuatu mengembalikan minda rakyat, mengembalikan kepercayaan rakyat dan saya tegaskan disini Hak Rakyat juga perlu di jaga bukan diatas kertas tetapi dengan perbuatan. Kembalikan kepercayaan kami terhadap UMNO,MCA,MIC.

    NEW HOPE FOR MALAYSIAN

    MSM

  41. Abd Rahman Ali Says:

    salam TS …..kenapa lah si Raja Petra tu ditahan …sy rasa ini memang strategik PR………masuk makamah lagi gempak di buat nya …… nampak benar UMNO ini tak profesional ….just relex dan buat yang terbaik utk rakyak sekarang ini….malu le sy ini jadi ahli UMNO ….. asyik terperangkap dgn dgn strategik pembangkang….apa pemimpin UMNO sekarang ini dapat buta mata ke …dah tak boleh nak buat penilaian , mana baik mana buruk…… penat2 TS keluar masuk kpg , yg lain nya nak jahanam UMNO agaknya…..entah lah…

  42. sekupangdua Says:

    WAHAI ALTANTUYA…assalamualikum!

    jangan berselindung! jangan salahkan anjung kemas dengan nada bersyair, apapun sebenarnya walau anda bernada hiba menyebut dan berbicara tentang persaudaraan seolah-olah cukup ikhlas becerita.. anda silap! sebenarnya bangsa melayu dari jauh dapat menghidu hasad anda yang sebenarnya walaupun anda rasa cukup berjaya bersendiwara dgn baik tetapi semua orang tahu andalah PEMBELOT BANGSA.

    Meletakan nama sebagai ALTANTUYA PUN ORANG DAH TAHU siapa anda dan niat anda yang sebenarnya. tak payah nak berselindung dengan bermadah dan berpatih. melayu tak mudah ditipu oleh pembelot bangsa kami tahu anda, nospeakenglis, kassim dan lain lain rakan anda adalah pembelot bangsa nombor satu. nikan lagi kononnya DAP PKR patut mendapat kerjasama yg juga pakar membangunkan negara. kalau mereka ini yang anda kata ikhlas…hmm jangan marah sebenarnya anda sedang memujuk hati anda sendiri dan merasakan melayu telah anda tipu.

    sebenarnya anda lah yang patut paham tentang keikhlasan, contohnya dikampung saya sendiri rakan pembelot kamu rancak bercerita pasal siapa nak jadi ketua kampung. (4 orang saja ahli pas itupun dari luar). ituler hari-hari tajuk ceritanya sampai kedai kopi yg begitu maju kini telahpun ditutup akibat angkara tiga pembelot ini bila pelanggan tak mahu lagi minum disitu kerana naik muak dengan cerita mereka

    cuba jelaskan macamana mereka ini boleh dikatakan ikhlas, dari tanah kosong dibangunkan surau, tadika, dewan, bilik aktiviti dan lain-lain, lagi buruk bila tiba-tiba 4 stogers ni tak pernah kesurau kini sudah pakai ketayap kehulu kehilir dalam kampung bak kata org kampung dah hilang tebiat ker? apa yang lagi disesalkan samada gotong royong pun tak pernah ada, malah penduduk kampung pun tahu sepanjang membangunkan infrastruktur tidak ada..saya ulang.. confirm TIDAK ADA sebatang paku pun yang mereka tolong pakukan untuk menaikkan surau dikampung. inikah yang dikatakan mereka ikhlas..

    mana harga minyak yang nak turun, mana gas yang nak turun harga, mana harga beras yg nak turun.. anda dan koncu sendiri kata kalau kami memerintah semua turun harga jangan sokong BN barng naik… sokong PR pakatan rakyat ker atau yang sebenarnya… PENIPU RAKYAT..SEDARLAH.. semua dah kena tipu dan antaranya adalah bapak dan ibu anda juga turut kena tipu.

    sekarang lobi nak suruh org lain lompat nak kan negara ditangan mereka berastaga ler anda.. adakah anda sedar, atau dipukau atau sememangnya anda ketogeri bunggung. ikut jer angguk-angguk geleng-geleng… semua betul sedangkan semua tahu jika mereka lompat mestilah dengan merasuah.. MERASUAH.. pelik halal pulak jadinya pada puak anda, setahunya kalau dgn cara demokrasi atau halal tuggulah 2013 nanti, sampai sekarang saya tak jumpa lagi merasuah itu halal dalam hadis dan nas… ataupun dgn memakai lebai ia jadi halal

    sebagai seorang anak berbangsa MELAYU tak pernah takut kepada pembelot yang pengecut..buktinya anda sendiri memasuki blog terbuka utk orang melayu.. sebab saya katakan pengecut kerana tan sri adalah melayu yang berani bertentang muka tidak macam anda dan pembelot bangsa yang lantang mengutuk bangsa sendiri dilaman blog anda sendiri tetapi tidak membuka ruang untuk kami masuk..sebab anda penakut yang membelot. Jadilah jantan dan jangan syok sendiri tak berani buka ruang untuk kami bersuara di blog anda seperti Tan Sri Muhammad lakukan

    apapun saya mengucapkan taniah kepada anda kerana apa yang anda katakan ada pemimpin anda yang lebih baik dari sediada boleh mentabir negara.. bila memang benar sekarang semua telah nampak kemunculan pemimpin anda the return of KARPAL SINGH. pemimpin kesayangan anda

    satu jer saya terpikir.. adakah anda, bapa anda, tuk nenek moyang anda bangsa apa? melayu ker atau tak nak mengaku melayu..

    subhanallah….any time any where

  43. SAMARATA Says:

    Tri Sri
    saya hahap Tan Sri beri sedikit masa mininjau susana bhg gombak yang tak pernah aman. sila layari ada ketua dan bekas wakil rakyat semua nya tak bolih pakai . kepentingan didi melebihi segala2nya

    akhir nya Umno hentah kemana

    baiki sebulum terlambat

  44. BAHARUDDIN Says:

    saya merupakan penyokong kuat kerajaan BN, kalau boleh saya ingin membantu BN menjawab soalan keras yang diajukan oleh penyokong pembangkang terutama sekali isu harga minyak naik.. saya ada menerima mesej yang disebarkan melalui emel dan dihantar kepada saya…berikut adalh kandungan emel tersebut…

    1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.

    Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.

    Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

    Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

    2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

    Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

    Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

    Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

    3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.

    Singapura bukan negara pengeluar minyak.

    Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.

    Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, ‘non stop’.

    4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

    Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.

    Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.

    Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

    5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

    Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

    6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

    Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

    7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

    Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.

    Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.

    Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

    8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

    “Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,”kata Perdana Menteri.

    “Belanja secara berhemah,”kata Datin Rosmah Mansur.

    “Ubah gaya hidup…membazir Islam marah,”kata Dato’ Seri Najib.

    Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.

    Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.

    Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara.

    saya berharap tan sri dapat memberi maklumat bernas kepada saya untuk menyangkal tuduhan keras seperti ini… sekiranya tan sri tidak dapat memaparkan mesej ini, sila emelkan kepada saya maklumbalas nya kepada saya…

    sekian terima kasih

Leave a Reply