BN boleh menang dengan syarat…
Salam bahagia semua. Nampaknya cerita tentang pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi isu tumpuan dalam penulisan saya sehinggalah kita selesai menempuh pilihan raya kecil tersebut.
Menjelang sehari dua lagi Barisan Nasional akan mengumumkan calonnya bagi berhadapan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudahpun kita ketahui iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.
Jika orang bertanya, bolehkah BN memenangi kerusi Permatang Pauh? Bagi saya tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengakui bahawa mereka lebih berhak untuk menang termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri kerana pilihan raya segalanya boleh berlaku.
Bagi BN terutama Umno kita menganggap diri kita sebagai ‘underdog”. Lebih mudah kita berjuang dalam keadaan ‘ingin menang’ dari kita berada dalam situasi ‘over confident’. Umno lebih selesa berkerja dalam situasi ‘ingin menang’ dan ini sudah pasti kita akan mempertingkatkan lagi usaha dan gerak kerja kita kerana ingin menang.
Soal pilihan raya ne samada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil bukan soal main-main. Di masa yang sama kita samada pemerintah atau parti politik tidak boleh ‘mempermainkan’ perasaan dan hati pengundi dengan menjadikan pilihan raya sebagai medan untuk menyelesaikan masalah peribadi satu dua orang.
Bagi saya, pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah masalah peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim yang ingin diselesaikan melalui pilihan raya. Beliau menghadapi masalah tuduhan liwat dengan bekas pembantunya Saudara Saiful dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh adalah isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Kerana ingin menyelesaikan masalah dua ‘rumahtangga’ satu rumahtangga Dato Seri Anwar dan satu lagi masalah rumahtangga PKR, rakyat di uji dan dijadikan medan untuk menentukannya masalah tersebut.
Kenapa Dato Seri Anwar tidak memilih mahkamah untuk menentukan samada beliau bersalah atau tidak. Jadinya rakyat dan pengundi di Permatang Pauh diganggu kehidupan hariannya sekurang-kurangnya selama 10 hari untuk terlibat dalam pilihan raya kecil. Kita tahu bagaimana situasi bila berlaku pilihan raya kecil di negara ini. Seluruh jentera parti dari luar akan berkampong di Permatang Pauh dan ini pastinya mengganggu kehidupan harian penduduk Permatang Pauh.
Peluang BN untuk menang tetap ada tetapi dengan beberapa syarat. Kita dapat mengurangkan perebutan untuk menjadi calon dan ini mampu mengelak perpecahan terutama di kalangan Umno dan BN Permatang Pauh.
Kedua, seluruh jentera BN mampu membentuk ko-ordinasi kempen yang bersepadu dengan menjelaskan segala isu berbangkit kepada pengundi dan mampu meyakinkan mereka.






August 12th, 2008 at 11:39 am
YB Tan Sri,
Kerajaan BN harus ‘berterima kasih’ kepada Majlis Peguam dan Menteri Besar Selangor yang telah mencetuskan isu berkaitan forum memeluk Islam dan agihan 10 peratus kuota bukan bumi di UiTM. Ini adalah antara isu ‘bola tanggung’ yang cukup baik untuk diterjemah di Permatang Pauh. Ekorannya, YB Zulkifli Nordin sendiri turut ‘dibelasah’ oleh PKR dan DAP kerana menyimpang daripada perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya dalam ‘menyempurnakan’ agenda perjuangan DAP melalui konsep Malaysian Malaysianya. Kemunculan YB Sallahuddin Ayub (PAS) tidak pula menerima kecaman mereka, sedangkan PAS juga adalah sekutu mereka. Jadi, jika betul strateginya, kempen di Permatang Pauh pasti menarik dan besar kemungkinan kemenangan akan memihak kepada BN. Paling penting adalah pemilihan calon BN. Jangan ulangi kes Shah Alam yang akhirnya menyebabkan BN kehilangan kerusi yang amat berharga itu. Selamat berjuang dan selamat maju jaya BN !
August 12th, 2008 at 12:14 pm
YB Dato, Selari dengan motto blog ini, mencerna minda melakar bangsa, saya setuju bahawa UMNO adalah ‘underdog’. permatang pauh bukan medan DSAI atau DS Najib tetapi menentukan halamana survival MELAYU masa depan. UMNO perlu dibina semula. CARANYA; hapuskan rasuah diperingkat akar umbi. Kepimpinan sedia ada perlu ditukar.
August 12th, 2008 at 12:21 pm
LEBIH BAIK ds aNWAR LAWAN nAJIB.SEKALI GUS RAKYAT MEMILIH JADI PM
August 12th, 2008 at 12:52 pm
Barang naik akan bermimpi di siang hari … memandangkan keadaan sekarang ini, taraf kehidupan yang semakin naik membuatkan kami rakyat semakin muak dengan BN. contohnya dengan kenaikan minyak, dahulunya saya berbelanja RM 400 sebulan, dengan kenaikan yang agak mendadak membuatkan kos minyak saya sekarang sebanyak RM 600… kerajaan menganjurkan rakyat mengunakan kemudahan awan tetapi kemudahan awan sebenar idah khabar dari rupa…
nampaknya BN tidak lagi menjaga rakyat sebaliknya kroni kroni yang berkepentingan dalam BN.
August 12th, 2008 at 1:07 pm
BN ada peluang untuk menang? Semoga mimpi indah anda menjadi kenyataan. Nampak jelas UMNO masih lagi lena dalam dunia khayalan mereka. Rakyat sekarang lebih terdedah kepada teknologi maklumat. Mereka bukan lagi Pak Turut dan Pak Tolol yang rela menjadi keldai tunggangan UMNO. Teruskan mimpi anda. hahaha
August 12th, 2008 at 3:09 pm
TEORI ANUAR
YB Tan Sri,
1. Anuar tidak akan jadi PM tetapi dia akan menubuhkan kerajaan baru sebelum 16 Sept 2008. Anuar tidak pernah kata yg dia akan jadi PM. Kalau tak caya, buatlah research terhadap kempen-kempen dia. Dia hanya kata kerajaan baru akan ditubuhkan menggantikan kerajaan sekarang.
2. Anuar kata dia tidak memusuh UMNO tetapi musuh dia adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang terajui kerajaan sekarang itulah sebabnya dia nak jatuhkan kerajaan yg memerintah. Anuar tidak keluar dari UMNO tetapi disingkir dan tidak juga menjadi ahli KeADILan tetapi hanya de-facto leader.
3. Anuar pilih Permatang Pauh untuk bertanding sebab tidak mahu rakyat kata dia dan keluarga monopoli politik negara. Anuar akan menang mana saja dia bertanding walaupun di Kepala Batas sebab perjuangan dan karismanya terserlah dan mendapat sokongan rakyat.
4. Anuar akan tubuh kerajaan “Barisan Rakyat” bersama DAP, PAS, UMNO dan parti serpihan lain. Anuar tidak tubuh kerajaan bersama Barisan Nasional sebab MCA telah bercelaru dan orang Cina akan menyokong sama ada ADIL atau DAP manakalan MIC dibenci oleh orang India. Orang India akan menyokong ADIL. Kaum India marah dengan Presiden MIC mereka akan keluar ramai-ramai masuk ADIL.
5. Anuar akan menang di Permatang Pauh dan dia akan jadi Ketua Pembangkang di parlimen. Dia tidak akan ambil alih Presiden ADIL. Presiden ADIL akan diambil oleh anaknya Nurul. Kalau dia kalah dalam kes liwatnya, dia akan kata itu adalah conspiracy untuk jatuhkan dia. Rakyat akan percaya tuduhan Anuar . Rakyat akan bertambah benci dengan kerajaan sekarang. Kalau dia dipenjarakan, semua kawan-kawanya akan teruskan teori Anuar untuk jatuhkan kerajaan memeritah sekarang dan ini akan berjaya. Apabila kerajaan baru memerintah, Anuar akan dibebaskan dengan apa cara sekalipun. Apabila bebas, walaupun tidak menjadi MP tetapi pengaruhnya masih tebal.
6. Jika dia didapati tidak bersalah atas tuduhan liwat dia semakin kuat apatah lagi dia menang di Permatang Pauh. Gerakan seterusnya untuk jatuhkan kerajaa sekarang akan bertambah aggresif.
7. Saya amat mengenali Anuar. Saya kenal dia sejak saya kecil di sekolah rendah lagi. Saya selalu jumpa Anuar sejak saya kenal sebab sepupu saya amat rapat dengan Anuar semasa dia menuntut di MCKK. Saya ikut perkembangan Anuar. Waktu saya bekerja saya membuat profil Anuar sebab itulah porfolio saya. Sewaktu dia bertanding dengan Tun Gafar Baba untuk jawatan Tim Presiden, saya membuat kerja-kerja “covert operation” memastikan kemenangan Anuar dan akhirnya dia berjaya. Saya banyak mengenali orang kuat Anuar.
8. Siapa yang akan jadi PM Malaysia jika tidak Anuar. Rakyat mahukan orang Melayu jadi PM. Ini tidak dapat disangkal. Orang yang tidak pernah dibenci oleh orang Melayu adalah Tan Sri Khalid. Kita tidak pernah dengar orang Melayu cemuh Khalid malah kini kita banyak mendengar orang Melayu kata Khalid seorang yang bijak. Malah semua kaum di Malaysia sukan dengan Khalid. PAS tidak marah Khalid. DAP tidak marah Khalid. Ahli UMNO tidak marah Khalid. Orang India, Cina tidak marah Khalid.
9. Anuar tidak pilih parlimen Cheras untuk bertanding. Kalau dia bertanding di Cheras dia tetap akan menang. Dia mahu Khalid kekal di Parlimen Cheras. Apabila Anuar jatuhkan kerajaan sekarang, dia akan cadangkan Khalid jadi PM dan Anuar sebagai penasihat kerajaan baru. Inilah teori Anuar. Khalid akan terhutang budi dgn Anuar.
10. Tan Sri, I dare to bet and dare you that Anuar akan berjaya dalam teorinya.
11. Jawablah teori saya ini dan saya akan jelaskan seterusnya rahsia yang ada bagaimana gerakan Anuar dan sekutunya untuk tubuhkan kerajaan Barisan Rakyat. Anuar telah atur strategi yang begitu komprehensif dan melaksanakan agenda settingnya secara teratur dan Anuar ke arah mencapainya jika tidak dibendung.
12. Bagi kami rakyat Malaysia, sesiapa yang menubuhkan kerajaan sama sahaja. Yang penting kesejahteraan rakyat. Kami tidak ditindas, kami tidak sangsara dengan berbagai masalah hidup yang dibebankan ekoran salah-tindak parti yang memerintah atau kerajaan yang memerintah.
13. Sekian, terima kasih.
Salam dari saya,
Yusufhakeemi
August 12th, 2008 at 3:13 pm
Tan Sri,
Ada masanya saya seronok membaca catatan orang politik. Ini kerana setiap kali mereka berkata (tak kiralah parti mana), mereka saja yang benar. Baik dari pihak mana sekalipun, yang pasti apabila mereka bercakap itulah yang mesti dipercayai, tidak ada dakwa dakwi lagi.
Kalau Tan Sri sebagai Ketua Penerangan UMNO merasakan bahawa Dato Seri Anwar perlu menyelesaikan isu dia di Mahkamah, beliau sememangnya sedang menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah pada 10hb September 2008. Kalau kita kajilah, sebenarnya, pilihanraya kecil ini tidak perlu berlaku. Ini adalah kerana pada PRU12 yang baru lepas pada 8hb Mac 2008, diadakan setelah Dato Seri Anwar layak untuk bertanding. Tapi … malangnya dipercepatkan kerana apa? Takut kot ?
Selagi Tan Sri, Pak Lah dan semua orang UMNO tak nak terima bahawa rakyat bukan MUDAH dibohongi, selagi itulah Tan Sri serta semua hanya menipu diri sendiri. Saya rasa 50 tahun yang lalu sepatutnya mengajar kita untuk jadi lebih baik, bukannya menjadikan kita lebih tamak, sombong, bodoh dan angkuh.
Dato Seri Anwar tu, apa pun dah masuk jail, kalau masuk sekali lagi pun dah nasib dia lah, paling kuat kesian kat keluarga dia, dimalukan sekali lagi. Tapi kalaulah Barisan Nasional hilang kuasa, berapa ramai yang akan merana, bukan pasal masuk jail tapi hilang hak berkuasa. Tengok ajelah kat Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, Kelantan jangan ceritalah. Mat Khir, Tajol Rosli, Mahazir macam orang ayam berak kapor.
Oh ya selanjur saya menaip ni, saya syorkan bahawa sementara Tan Sri jadi Menteri Luar Bandar tu, buat kerja baik-baik, jangan sibuk nak jaga JKKK, biar lah negeri tu buat kerja dia, tak baik nanti, kami tukar kerajaan lagi, apa susah, setiap 4-5 tahun kami masuk kerja, janji ADUN ke, MP ke buat kerja yang mengembirakan kami.
August 12th, 2008 at 3:19 pm
Saya adalah orang Permatang Pauh. Kemenangan BN di P44 ini bukanlah perkara yang mungkin boleh terjadi tetapi ianya adalah suatu yang pasti. Hasil dari tinjauan saya di setiap kampong-kampong di Pmtg Pauh(Tanah Liat, Kubang Semang, Penanti, Permatang Pasir, Seberang Jaya, Sama Gagah , Sg Derhaka dan lain-lain) adalah didapati bahwa pengundi-pengundi di sini telah cukup muak dan jelik dengan Anwar Ibrahim dan PKR. Saya rasa BN tak perlu buang banyak duit kerana kemenangan pada BN adalah amat pasti. Ini berdasarkan:
Rata-rata orang Ptmg Pauh percaya bahwa Anwar adalah seorang manusia yang mempunyai naluri seks luar tabii. Mereka benar-benar percaya kali ini Anwar benar-benar meliwat Saiful. Ini diyakini lagi dengan adanya pertuduhan di Mahkamah. Kalau isu ini dimainkan dengan baik sudah pastilah Anwar akan tersungkur ditempat sendiri.
Orang Melayu disini sangat marah-marah kepada DAP terutamanya Lim Guan Eng yang telah menidakkan hak orang Melayu di P.Pinang. Ada usaha-usaha untuk menghapuskan terus orang-orang Melayu P.Pinang secara kasar atau halus. Hal ini mesti dijelaskan dengan terang kepada orang-orang Melayu P.Pinang agar mereka jelas. Umno mesti mainkan isu perkauman untuk memastikan Anwar terus berkubur.
Orang Cina dan India juga tidak senang dengan Pakatan Rakyat dan ini juga faktor yang akan memihak kepada kita. Walaubagaimanapun di Pmtg Pauh jumlah mereka adalah sedikit. Kita cuma memerlukan 1 atau 2 ribu undi mereka saja dan ini dapat dibantu oleh MCA, Gerakan dan MIC.
Keseluruhannya BN berada pada tahap 90% daripada pengundi memihak kepada kita.
Usah-lah kita membuang masa terlalu banyak di Pmtg Pauh kerana kemenangan sudah nyata. Gunakan masa yang ada untuk memperkukuhkan kedudukan Pak Lah yang sedang hebat diserang dari dalam oleh orang-orang kita sendiri. Walaubagaimanapun Anwar tidak dapat menggugat UMNO tetapi orang kita sendiri lah musuh yang mesti kita tangani.
August 12th, 2008 at 5:12 pm
Pilihanraya bukan setakat ingin menang saja tetapi lebih penting dari itu ialah khidmat kita yang terbaik kepada rakyat setelah kita dipilih oleh rakyat. Ini tidak, bila dah menang kita hanya tolong kroni dan jaga perut dan bawah perut kita saja.
August 12th, 2008 at 7:34 pm
Apa yang hang dok merepek ini? Apa BN boleh menang dekat PP? Sedang mimpi ke ni? Tolong bangun oi…..
pegi la buat kerja sikit selain buang masa cakap kosong dekat sini. Siapa pun calon yang menentang Anwar pun sama saje. Bawak la Dr.M ke, Pak Lah ke, Najib ke…..mana mana ketua Barang Naik yang berwibawa…..keputusan tetap sama saje. PKR akan menang dengan majoriti lebih 20 ribu
Kalau cakap pasal bola sepak, boleh la kata mana satu pihak pun boleh menang. Tapi kadang kadang dalam bola sepak pun, kalau Msia lawan negara yang pernah masuk World Cup, boleh la macam forum ini mimpi kat Msia menang ya.
Saya hairan ni, kamu tak baca ke surat khabar? Anwar kata masa dah cukup….ahli parlimen yang bersedia menjadi ahli Pakatan sudah sedia. Jadi sampailah masanya untuk dia masuk parlimen dengan menjadi ahli parlimen.
Yang kamu kaitkan dengan soal liwat itu apa benda? Nak kelentong minda orang kampung? Tak boleh pakai lagi tu. Mac 8 tak bangun bangun lagi ke? Cukup la mimpi tu ya
August 12th, 2008 at 7:49 pm
Aiya latok..apa pasai tulis ini macam..
suma itu pilihran laya keci..BN meenang pakai itu hantu punya undi ka??
kalu itu macam ma BN kita mahu cakap parti apa??lolololol
August 13th, 2008 at 12:31 am
“tuduhan liwat” ini adalah tiduhan ciptaan UMNO/BN. Tapi ciptaan ini telah mendatangkan atau mencemarkan nama baik Malaysia atau rakyat Malaysia. Janganlah, kamu sekali-kala tipu kami.
August 13th, 2008 at 12:49 am
askum tan sri..
sye terkejut dengan kenyataan tan sri nie…
August 13th, 2008 at 2:44 am
Dengan syarat kita guna semua jentera yang ada tak kira wang rakyat ataupun tenaga kerja kerajaan. Wahai warga UMNO and BN. Sedarlah kesilapan yang telah kau orang lakukan terhadap bangsa melayu. Rasuah dan salah guna kuasa bermaharajalela dalam UMNO. Malahan yang paling dashyat sekali apabila DR M sendiri tidak dapat menerima keaadan yang berlaku dalam UMNO sekarang ni. Amat menyedihkan apabila bekas PM selama 22 tahun merasa jijik terhadap pemimpin2 yg ada sekarang. Perampas wang rakyat, perampas kontrak og bawahan, pemusnah harapan anak bangsa itu lah label yang sesuai untuk pemimpin sekarang. SEDAR LAH! anda semua akan disoal diakhirat nanti kalau tidak pun didunia. Amin
August 13th, 2008 at 5:04 am
[...] be up,up and up. Besides Datuk Sharizat, I found Muhammad Muhd Taib post in his blog entry “BN boleh menang dengan syarat”amusing… Kenapa Dato Seri Anwar tidak memilih mahkamah untuk menentukan samada beliau [...]
August 13th, 2008 at 6:55 am
Salam YB Senator Tan Sri.
Anwar seorang yang sangat licik dalam segala sudut. Ini kita tidak boleh nafikan. Pak Lah juga telah banyak membuat kesilapan hingga membuka ruang untuk penentang kerajaan BN menghentam kuat. Dalam situasi penyokong Anwar yang semakin meningkat, kita hendaklah mencari seberapa banyak mungkin kelemahan yang ada pada Anwar agar dapat kita tembusi tembok beliau.
Good Luck my Hero ….
August 13th, 2008 at 9:23 am
Untuk menang kali ini, jangan diulangi kesilapan dalam PRU12 yang lalu antara lainnya terlalu “over confident”, hindarkan berlaku perpechan dalaman, jangan mengutarakan pendapat atau penjelasan yang membodohkan rakyat, fokuskan kepada isu-isu domestik Malaysia, jangan ghairah untuk membuat propaganda yang memburukkan seseorang, hindar daripada terlalu menekankan soal pembangunan kebendaan dengan melupakan soal-soal universal seperti perpaduan, keadilan, keselamatan, kesetabilan, keharmonian dan lain-lain lagi.
Satu lagi yang saya nampak, ahli UMNO terutamanya harus mengikis sifat atau kelakuan yang typical seperti sukakan hiburan, berbangga dan menampakkan kesombongan dengan status atau pangkat yang dipegang, bermatlamatkan kebendaan dalam perjuangan dengan mengharapkan habuan material seperti projek atau faedah-faedah kedendaan yang lainnya bukan berdasar kepada merit, sikap suka mengampu pemimpin dengan keterlaluan sehingga menampakkan kebodohan diri sendiri, penonjolan dengan politik UMNO/BN mampu berbuat apa saja walaupun bukan atas landasan kebenaran dan lain-lain lagi.
Ambillah semangat perjuangan pemimpin-pemimpin yang terdahulu, matlamat utama mereka semata-mata untuk perjuangan bangsa, negara dan ugama. Matlamat yang lain dari itu menjadi matlamat secondary. Apa yang kita nampak dan ditonjolkan sekarang terutama pemimpin UMNO, matlamat utama mereka adalah pangkat, kuasa dan mengaut harta, hanya sebahagian saja yang masih kekal dengan semangat perjuangan pemimpin terdahulu. Renung-renungkanlah kalau nak menang kali ini.
August 13th, 2008 at 12:43 pm
assalamualaikum TS,
Pada pandangan saya, kemenangan BN di dalam pilihanraya Permatang Pauh adalah penting bagi menilai kehendak pengundi sama ada memilih sentimen emosi ataupun prestasi.Pada saya,selagi emosi mengatasi kewarasan pemikiran, kita akan mengalami situasi dimana rakyat akan memilih kepada perkara perkara yang boleh menyentuh hati dan perasaan mereka tanpa memikirkan kesan di kemudian hari. Selagi sentimen politik emosi dimainkan dan didendangkan, nescaya kebanyakan rakyat sedikit sebanyak akan terpengaruh. Percayalah, sepanjang tempoh berkempen nanti, pastinya sentimen emosi ini akan terus didendangkan bagi menarik pengundi.Akhir sekali, saya berpendapat apa jua keputusan nanti, tempiasnya pasti kepada kerajaan BN juga..andainya BN menang, maka bagi mereka yang kuat sentimen emosinya akan menuduh kerajaan yang mengaturkan keputusan tersebut..dan jika pembangkang menang, maka bertambahlah keegoan mereka dengan mengatakan kerajaan BN sudah tidak relevan lagi..sekian..
August 13th, 2008 at 3:17 pm
Pilihanraya Permatang Pauh merupakan satu pilihanraya yang akan membuktikan kerjasama BN didalam menghadapi situasi sebegini.Apa tah lagi dengan mimpi yang membelakangkan kehendak rakyat.Kacau, sungguh kacau kalau nak jadi PM ada prosedur dan sabar tetapi ini dengan mengenepikan kehendak rakyat.Saya dalam ruangan ini nak tanya pada ahli PAS adakah dengan cara sebegini iaitu dengan mengwarwarkan untuk jadi PM dengan langkah sumbang merupakan satu perkara yang berlandaskan ISLAM.
August 13th, 2008 at 8:30 pm
Saya merasa hairan, kenapakah para pemimpin UMNO dan BN, menyebut “underdog”, dalam menghadapi pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh kali ini.
Dalam post di atas, dipetik di sini:
*Bagi BN terutama Umno kita menganggap diri kita sebagai ‘underdog”.*
Terdahulu, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menyebut yang sama “underdog”.
Malahan masing-masing merasa seronok dengan title sedemikian. Yakni “underdog”.
Bukankah kita adalah ciptaan Allah yang bermartabat, bermaruah, dan sebaik ciptaan.
Kenapakah taraf manusia yang sedemikian istimewa anugerah Allah kepada kita, maka para pemimpin khususnya pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional sudi dirinya menjadi “underdog”.
Perhatikan bila blogger ditangkap kerana menghina logo PDRM, baru-baru ini.
Jika saya, wartawan bertanya saya, “in this contest, how do you feel being an underdog?”, Maka saya jawab, “I am a huwman”. (w added as a respect for women).
Sebaliknya, “underdog” ialah perkataan tidak sesuai, telah digunakan oleh beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Jika kelak, juru kempen menteladani dan menyebut yang sama, dan orang lain juga, maka usahlah terkejut, ya…
Jadi, sudi apa kiranya, Tan Sri Muhammad selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia, ataupun sebagai orang lama UMNO yangberpengalaman, maka sampaikan perihal ini kepada mereka yang berkempen di Permatang Pauh mewakili Barisan Nasional.
Anwar Ibrahim ialah manusia, molek sekali seorang manusia yang mengakui dirinya manusia mewakili Barisan Nasional menentang Pakatan Rakyat. Bukan “underdog” atau yang menggelarkan dirinya “underdog”.
Terima kasih…
August 14th, 2008 at 2:42 pm
Y.B. Tan Sri,
Saya doakan Tan Sri dan pimpinan UMNO & BN dikurniakan kesihatan fizikal dan mental dalam mengharungi perjuangan yang sangat penting bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya Permatang Pauh akan datang ini.
Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada BN kerana memilih calon yang tepat dan tidak kontroversi. Saya rasa Tan Sri lebih mengetahui apa yang dimaksudkan.
Keduanya, saya ingin menyampaikan pandangan ikhlas dari saya di akar umbi tentang tertib semasa proses kempen sehingga ke hari mengundi.
Saya harap Tan Sri dan pimpinan UMNO dapat melihat semula penggunaan perkataan atau tema “SEDIA GEMPUR” oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Rata-rata rakyat melihat perkataan ini seperti melambangkan UMNO sebagai bongkak dan angkuh.
Saya tidak pasti apa persepsi Tan Sri pada cadangan saya ini, tapi rata-rata kita sebagai orang timur amat mementingkan adat serta tatasulila dan perkataan “SEDIA GEMPUR” itu meresap jauh kedalam hati rakyat dan memberi perasaan yang lain macam.
Saya harap, Tan Sri sebagai orang lama dalam UMNO dapat memberi teguran dan nasihat kepada Pemuda UMNO bagi mencari satu perkataan lain yang boleh menyentuh sanubari rakyat di permatang pauh nanti dan perkataan itu akan digunakan dalam kempen pilihanraya akan datang.
Keduanya, penglibatan Putera UMNO Malaysia. Saya harap Tan Sri ambil serius perkara ini kerana faktor Putera UMNO juga boleh menyebabkan juga undi lari disebabkan rakyat menyampah !
Pengalaman saya dalam beberapa pilihanraya yang lalu, orang menyampah dengan imej yang ditunjukkan oleh Putera UMNO yang bermotor, pakaian yang tidak senonoh dan tidak menghormati budaya masyarakat setempat.
Saya harap Tan Sri dapat hantar orang-orang Tan Sri untuk kawal Putera UMNO ini supaya jangan ‘over’ sangat.
Saya rasa itu sahaja, saya berdoa agar UMNO dan BN menang. Pilihanraya ini sangat penting untuk menundukkan keangkuhan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin angkuh dari hari ke hari.
Y.B. Tan Sri, Terima kasih kerana sudi membaca komen saya dan harap pertimbangkan pandangan saya yang mewakili suara rakyat di bawah ini.
Wassalam.
August 15th, 2008 at 11:16 am
Tan Sri,
Sunyi saja tanpa jawapan.
August 15th, 2008 at 12:02 pm
With great respect, saya berpendapat tuduhan Tan Sri bahawa Anwar Ibrahim membawa masaalah peribadinya kepada rakyat melalui pilihanraya kecil dan bukan di mahkamah, sangatlah menunjukkan betapa cetek dan bebalnya tahap pemikiran orang seperti Tan Sri, iaitu seorang graduate, pernah menjadi naib presiden UMNO dan pernah menjadi Menteri Besar. Semua orang tahu dan satu dunia pun tahu Anwar mahu bertanding dalam PRU12, tetapi terhalang oleh peruntukan undang-undang. Selepas PRU12, Anwar telah menyatakan dia akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil. Semasa itu kes liwat itu belumpun timbul lagi. Saya bukan penyokong mana-mana parti, tetapi ajaran ugama kita suruh cakap yang betul dan benar bukan pusing-pusing dengan komen-komen yang tak masuk akal dan ‘an insult to people’s intelligence’ seperti yang Tan Sri buat itu, if you know what that means.Terima kasih.
August 15th, 2008 at 12:18 pm
BN boleh menag kalau….. perkataan kalau, atau dan jika tak boleh guna Dato’
August 16th, 2008 at 6:06 pm
http://pkrpasdap.blogspot.com
Anwar dah nak jadi Tuhan. Sumpah 50 kalipun tak ada guna.
Haji Hadhi anggap sumpah ini macam ajaran Kristian, angkat Al-Quran. DIa memang perangai macam nie. Patutlah rakyat terengganu menolak PAS.
Dr. Asri, memberitahu bila ANwar hendak bersumpah? Jangan main-main dengan sumpah.
Nik Aziz akui sumpah Saiful betul dan mengikut Syariat Islam. Sama diakui oleh JAWI dan ulama tertentu. Patutlah rakyat Kelantan suka pada ulama yang tidak campur aduk dengan politik.
Dr. Harun Din mempersoal kepada Saiful mengangkat sumpah sedangkan Anwar sepatutnya dahulu berbuat demikian. Mungkin Harun Din ‘tidak pernah hendak’ tahu kenapa Anwar tidak mahu bersumpah.
Bagi abe MIE- Anwar macam Al-Gore. Mana pandang Islam melainkan sebagai pengganas dan menyokong Islam untuk bunuh Islam lain.
Syabas Ibrahim Ali. Anda seorang manusia yang bermaruah. Walaupun menyokong PAS, anda adalah manusia berani kerana benar tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.
SUMPAH SAIFUL.
kenapa saiful bersumpah ketika Anwar hendak menghadapi PP ialah saiful tidak mahu orang berperibadi buruk menjadi wakil rakyat. Kira itu satu tanggungjawab muslin menghalang amar makhruf nahi mungkar.
Apa yang tidak kena dengan Saiful? Dia dah buat dah. Anwar tidak, dan bila?
August 16th, 2008 at 10:07 pm
boleh cakap macam dalam akhbar,tv,dan radio..
tapi ingat jika terjadi apa anwar cakapkan lepas menang saja permatang pauh
masuk parlimen …ada lompat….entah lagi dato nak cakap ceramah dalam hutan lah..
allah mahal kaya sekian alam..
August 17th, 2008 at 1:33 am
Tan Sri,
Sebagai rakyat Malaysia yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana pertubuhan politik, saya berpendapat komen Tan Sri terhadap pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai satu serangan peribadi yang kurang sesuai pada waktu Malaysia menghadapi krisis kepimpinan yang kritikal sekarang ini.
Saya melihat bahawa kes liwat DS Anwar ialah satu pertuduhan yang belum mempunyai asas yang kuat. Pertamanya kerana cara kes ini dikemukakan. Kes ini bermula hasil inisiatif DS Najib dan semestinya membangkitkan kesangsian yang ketara kepada golongan pemikir. Keduanya ialah kerana belum ada bukti kukuh sebagaimana yang didakwa oleh Saiful, termasuklah dari hasil pemeriksaan doktor dari beberapa klinik dan hospital terkemuka.
Sehubungan kes liwat ini juga, saya melihat bahawa kita masih belum mencapai kemajuan yang memberansangkan dari segi undang-undang. Ini ialah kerana jika kita teliti secara saksama, sepatutnya orang yang mendakwalah terlebih dahulu perlu membuktikan bahawa dakwaannya benar. Jika wujud bukti kukuh dakwaan, barulah tertuduh perlu membuat penafian bagi membela dirinya. Jika yang menuduh gagal dalam mengemukakan bukti, sepatutnya pihak yang menuduhlah patut dikenakan hukuman. Jelasnya dalam hal ini, keadaan sebaliknya telah berlaku.
Saya berpendapat bahawa lebih wajar jika UMNO dan Barisan Nasional, mengambil kesempatan sempena piliharaya kecil ini untuk memberikan penerangan berkenaan hala tuju parti dan juga negara dibawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Mungkin lebih baik jika Tan Sri dapat juga mengumumkan rancangan pelaksanaan pembangunan luar bandar disekitar kawasan pilihanraya atau pun di Pulau Pinang sendiri bagi menarik perhatian rakyat untuk menyokong calun BN nanti.
Harapan saya pemimpin politik negara ini termasuk dari parti pembangkang akan lebih matang dalam menyelesaikan apa-apa masalah yang berlaku dalam negara ini dimasa depan. Ingatlah bahawa kita meminjam negara ini dari generasi akan datang dan jika kita lalai menjalankan tanggungjawab ini pasti kita akan dicemuh oleh anak cucu kita sendiri dimasa kita tidak mampu menjawab lagi.
Terimakasih
August 17th, 2008 at 10:58 pm
Sesungguhnya saya bukan lah penyokong mana-mana parti politik, jauh sekali PKR. Namun Tan Sri perlu menerima hakikat bahawa Permatang Pauh sudah di dalam gengaman PKR. Sebanya mudah sahaja. Pengundi2 di sini terutamanya orang Melayu memang taasub. Mereka taasub dengan pemimpim, dan mana-mana parti politik yang sehaluan dengan kepercayan mereka. Mereka sanggup menjual maruah bangsa dan martabat agama demi pegangan dan kepercayaan politik masing-masing. Itulah orang Melayu Permatang Pauh dan Pulau Pinang secara amnya. Kerana ketaasuban ini lah yang menyebabkan mereka yang dahulunya penduduk majoriti di sini bertukar menjadi penduduk minoriti. Kemungkinan di Permatang Pauh mereka masih lagi majoriti. Nescaya ini tidak kekal lama. Kerana ketasuuban juga lah orang Melayu di PP menjadi lemah dan di tolak ke sana kemari seperti bola keranjang. Yang ada pada mereka hanya lah taasub dan laungan suara manakala yang tiada pada mereka tetapi ada dengan kaum lain terutamanya orang Cina adalah harta dan kuasa. Malang sekali Melayu Pulau Pinang.
August 18th, 2008 at 5:10 pm
Gambar-gambar sekitar hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh boleh diakses di http://zaisakom.blogspot.com/2008/08/sekitar-hari-penamaan-calon-pilihanraya.html
Hidup UMNO! Hidup BN!
August 19th, 2008 at 4:23 pm
Assalamualaikum,
Insyaalah kita akan menang sekiranya kita bersatu…saya masih ingat lagi kata2 Tan Sri.
*** orang melayu akan selamat sekiranya ia kuat, orang melayu akan kuat sekiranya ia bersatu ***
Tan Sri boleh layari untuk melihat lebih dekat UMNO Bahagian Pandan,
http://umnobahagianpandan.blogspot.com/
Salam.
August 20th, 2008 at 12:49 am
kita akan lihat 17 september ini dsai akan menjadi manusia fasik ataupun tidak
August 20th, 2008 at 4:49 am
tan sri,
Soal underdog adalah soal kedua.Yang pastinya UMNO memang terdesak untuk menang dan untuk mengembalikan keyakinan rakyat seluruh negara terhadap perjuangan UMNO.Saya tidak menyebelahi mana mana pihak,tetapi saya sendiri berada di Permatang Pauh sejak 2 hari yang lepas untuk mengikuti perkembangan terkini.UMNO menggunakan serangan peribadi terhadap Anwar atas kes liwat yg belum diputuskan oleh mahkamah.Rata2 markas BN menyiarkan video saiful bersumpah di masjid.Apakah motif BN dengan menyiarkan video tersebut?Pak Lah telah mengeluarkan kenyataan unutk tidak menyerang peribadi calon.Tapi lain yg terjadi di permatang pauh ini.
Dalam ceramah Anwar pula,beliau menerangkan tujuan beliau bertanding adalah untuk memerangi korupsi dalam kerajaan,menurunkan harga minyak,pengaihan kekayaan negara samarata antara kaum dan penjelasan mengenai kes liwat beliau.
Pada pandangan saya,sepatutnya pihak BN seharusnya menerangkan agenda2 yang mahu dibuat dipermatang pauh,menyiarkan video daerah lain yang telah membangun,mendekati pengundi dengan cara menyelami kehidupan seharian mereka dipermatang pauh,menyelesaikan masalah tanpa mengira parti,bangsa dan keturunan.
Masih ada waktu buat BN unutk membaiki kelemahan ini.
Pakatan Rakyat turun kepadang berjumpa pengundi secara face to face.Ini memberikan kesan yang mendalam kepada pengundi.Rata2 pengundi yg ditemui memberikan maklumbalas yang positif buat PR.
Isu liwat memberikan kelebihan pada PKR memandangkan rakyat sudah jemu dengan isu tersebut.Rata2 mahu membiarkan mahkamah membuat keputusan.Apa yang menarik minat mereka adalah janji Anwar untuk menurunkan harga minyak,membenteras korupsi dan kerjasama antara kaum.
BN perlu peka kepada perkara ini jika mahu bersaing dengan PKR dalam memenangi hati pengundi.Kaum Cina dan India lebih tertarik kepada Agenda dari PKR.Pandangan saya mengatakan BN akan kehilangan sokongan dari kaum tersebut kerana jentera BN kurang menyakinkan mereka.
Menggunakan mat2 motor membawa bendera BN mengelilingi kawasan juga memberikan kelebihan kepada PKR kerana mereka ini lebih membuat bising dan tidak berdisiplin dengan menunggang tanpa menggunakan topi keledar.Ramai yang mengatakan bahawa kalau orang2 BN yang menunggang cara begitu..tidak mengapa.Polis pasti tak akan ambil tindakan kerana mereka membantu BN.Percakapan begini membuatkan rakyat muak dengan perangai mereka dan memberikan kelebihan kepada PKR.
Penggunaan media massa seperti suratkhabar dan tv harus lebih telus dan adil.Laporan mengenai perkembangan diPermatang Pauh perlu tepat dan selari dengan apa yang berlaku dilokasi.Jangan diedit kerana pengundi2 tinggal disini dan mereka tahu keadaan sebenar.Sepatutnya media perlu memainkan peranan yang lebih terbuka dan ikhlas.Yang mengundi adlah penduduk permatangf pauh dan bukan nya rakyat dinegeri2 lain.
Ini adalah pandangan saya selama 2 hari saya disini.Jika Bn mahu menang,sesuatu perlu dilakukan segera sebelum 26 august ini.
KEARAH NEGARA YANG LEBIH TELUS DAN ADIL.
KHAIRI YUSOF
August 20th, 2008 at 4:08 pm
Salam Hormat,
Akhirnya apa yang semua orang tunggu-tunggukan sudah berlaku di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menentukan hala tuju dan masa depan politik beliau dengan menjadikan gelanggang Permatang Pauh sebagai gelanggang keramat bagi kemenangan beliau.
Sinonim dengan sukan Olimpik yang kini hangat di negara Tembok Besar itu, negara China juga sedang bertungkus-lumus memastikan negara mereka menjadi juara sukan Olimpik kali ini.
Tidak kecuali impian DS Anwar yang mahukan legasinya dan suku sakatnya terus berada di Permatang Pauh dengan penuh keyakinan. Kita boleh lihat pada hari penamaan calon, nampak cukup hebat tetapi sejauh mana hebatnya itu ?
Adakah pengundi-pengundi di sana benar-benar menyedari bahawasanya DS Anwar boleh membantu mereka kali ini ? Lihat sekeliling, adakah pembangunan pesat berlaku di sekitar Permatang Pauh atau adakah benar-benar masalah rakyat ditangani dengan baik sebelum ini.
Apakah penyokong-penyokong taksub DS Anwar memahami isi hati tersirat dan tersurat DS Anwar dalam memperjuangkan masa depan rakyat jelata ? Adakah penyokong taksub Pakatan Rakyat sedar siapa selepas DS Anwar sekiranya pemimpin agung mereka sudah uzur. Apakah mereka sudah mula mencongak siapakah golongan pelapis selepas DS Anwar.
Atas landasan itu, Barisan Nasional (BN) walaupun telah menempuh perubahan perit dalam PRU-12, sudah pastinya masih menjadi asas dalam proses pembangunan setempat. Maka itu, proses pembangunan tidak kira modal insan, ekonomi, bisnes dan kestabilan perpaduan boleh diwacanakan dengan idealogi BN untuk keselesaan rakyat seterusnya.
Kerana itu, pengundi-pengundi perlu benar-benar memahami siapa sebenarnya calon mereka yang benar-benar layak untuk memperjuangkan hak mereka.
Inilah masanya untuk mereka membuat perubahan atau sebaliknya. Fikirlah yang mana terbaik…
August 20th, 2008 at 4:27 pm
Assalamualaikum Tan Sri
Semoga BN akan mencapai kemenangan Insya Allah
August 21st, 2008 at 2:07 am
agak menghairankan anwar mendapat sokongan padu oleh masyarakat..agak hairan bagaimana masyarakat telah dibutakan mata dan hati dengan terus menerus menyokong anwar…
salah satu puncanya, kerajaan tak ambil tindakkan pantas dalam menjawab segala tuduhan dan fitnah anwar..
dan jika ada bukti anwar salah melakukan liwat, gunakan saja untuk berkempen kerana saya percaya dengan sumpah saiful..
August 21st, 2008 at 2:13 pm
Sri sayai ngin minta tolongTan Sri bangkitkan isu pendatang di kawasan tawau.. Dahulu Ex-YB Sebatik Datuk Dr Patawri Patawe pernah memohon agar Komplek Imigresen di bina di Pulau Sebatik untuk mengawal kemasukan Pendatang Indonesia namun perkara ini tidak kesampaian kerana tidak termasuk dalam RMK9 namun pada pendapat saya kepentingan Komplek Imigresen itu adalh penting utk keselamatan dan ekonomi negara.
Harap Tan Sri dapat sama-sama memperjuangkan perkara ini,mungkin situasi PP44 Tan Sri dapat bertemu TPM dan mana2 Naib Presiden UMNO supaya dapat memberi keluhan kami dalam memperjuangankan hak kami bumiputera di Tawau yg mana ekonomi kami sekarang banyak dibolot oleh Pendatang asing dan banyak hasil bumi kami melimpah keluar tanpa pengawasan.
Demi Bangsa dan Negara.
Wassalam.
August 21st, 2008 at 2:47 pm
salam tan sri,
saya ada kemusykilan…. pasal di sebelah Kedah….kawasan Gula Padang Terap sana..
org kmpung asyik mnyukat dan mngambil tanah yg dahulunya tempat tanaman tebu milik gula padan terap… tanah trsebut kini tidak lagi di tanam ngn tanaman tebu… dgr kata ada bisnes lain…ok.
mereka bgi mcm2 alasan utk ambil hakmilik tanah tu..
saya harap tan sri dapat ‘tolong jengok’ benda ni…
dan kalau boleh… tan sri reply to my email….ok.
salam.
August 27th, 2008 at 10:53 pm
Tan Sri, ini lah punca kekalahan Barisan Nasional di Permatang Pauh. Para penduduk tidak percaya badan kehakiman negara. Dato Seri Anwar Ibrahim sudah tahu jika beliau memilih untuk berhujah dimakhamah, beliau segara akan dimasukkan kedalam Penjara. Sama ada betul ataupun tidak kes liwatnya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan “HERO” dalam kalangan rakyat miskin dan berpendapatan rendah. Beliau dianggap sebagai penyelamat bangsa. Beliau juga telah menggunakan teknik mengakal orang dengan subjek subjek ekonomi. Tetapi beliau tidak memberi tahu kpd rakyat bahawasanya ekonomi dunia juga sdang suram..Jika kita lihat ucapan Hilary Clinton- dia telah menerangkan bahawa ekonomi Amerika berada didlm keadaan kritikal dibawah pentadbiran BUSH. Oleh kerana rata rata pasaran ekonomi dunia tertumpu di Amerika ketika ini tidak mustahil para pelabur asing khuatir untuk melabur dimana mana negara. Jika BN menceritakan keadaan ekonomi dunia, dan pembangunan infrastuktur untuk masyarakat sudah pasti Dato Seri Anwar Ibrahim tidak akan dapat meraih 31++ ribu undi. Mungkin BN dapat lebih undi walaupun kalah.
August 28th, 2008 at 12:11 pm
mcm mana tan sri…kita dah kalah banyak di p.pauh ni…pasni sanglang la pulak….
August 28th, 2008 at 2:48 pm
TS,
Betul apa yang saya ramalkan.