Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Bajet untuk semua

Salam Ramadhan untuk semua. Harapan saya agar kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Bagaikan rahmat Allah yang dijanjikan, dua hari sebelum kita semua berpuasa, Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membentangkan Bajet 2009 yang saya anggap sebagai satu bajet untuk kita semua.

Jika dilihat dari segi perspektif kementerian saya, kesediaan kerajaan memperuntukkan belanjawan besar bagi membina kemudahan dan infrastruktur di luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mensejahterakan penduduk di kawasan berkenaan.Bercakap tentang Sabah dan Sarawak, kerajaan terus memberi penekanan dari segi kemudahan pasarana walaupun sesetengah kawasan terutama di Sabah dan Sarawak didapati tidak begitu praktikal bagi membina kemudahan jalan raya, membekalkan bekalan elektrik dan air bersih kerana bilangan penduduknya tidak ramai tetapi kerajaan tetap menyediakannya bagi memastikan mereka turut menikmati kemudahan itu.

Kementerian memberi jaminan akan memastikan peruntukan RM8.1 bilion itu digunakan sebaik mungkin terutama dalam usaha kita mengecilkan jurang kemudahan yang diterima penduduk Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peruntukan yang terbesar kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan peruntukan sejumlah RM8.1 bilion, membabitkan RM3 bilion kepada Sabah, RM3.3 bilion (Sarawak) dan RM1.8 bilion (Semenanjung).


10 Responses to “Bajet untuk semua”

  1. patek1472 Says:

    The Courage to Build a New Malaysia.
    (Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.)
    ——————————————————————————————————–

    Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit daripada tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.

    Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.

    Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keugamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.

    bersambung di http://patek1472.wordpress.com

  2. whitesandren Says:

    itu bukan bajet untuk kesemua rakyat di Malaysia,itu cuma bajet untuk kakitangan kerajaan Malaysia sajalah.

  3. aliff naufal Says:

    Pembahas A di kedai kopi bertanya, siapakah yang menggunakan eletrik dibawah RM20 itu?

    “Rumah aku yang tak banyak peralatan eletrik pun kena bayar lebih dari RM20 sebulan dan tidak layak mendapat bil percuma,” jelas si A memulakan bicara.

    “Aku tahu siapa yang layak tidak perlu bayar bil eletrik itu,” kata si B disebelahnya sambil menghirup teh tarik.

    “Siapa? tanya si A.

    “Mereka ialah pendatang asing,” jawab B.

    “Kenapa pula pendatang asing mendapat faedah itu, tidakkah kerajaan mengecualikan bayaran itu untuk rakyat miskin,” si A inginkan penjelasan.

    “Rakyat tempatan biasanya menyiapkan kelengkapan rumahnya dengan peralatan eletrik seperti televisyen, kipas angin, sterika, peti sejuk, peruk eletrik, cerek eletrik dan sebagainya, penggunaan peralatan itu walaupun dikira perlatan asas sahaja bagi sebuah rumah menyebabkan bayaran bil mereka pastinya melebihi RM20 sebulan.

    “Bagi pendatang asing yang tinggal sementara di sini sudah pastinya mereka tidak memerlukan peti sejuk, sterika atau periuk eletrik, memadailah dengan televisyen dan kipas angin sahaja, ini menyebabkan bil eletrik bulanan mereka rendah di bawah RM20 sebulan, jadi merekalah yang layak menerima faedah bajet kerajaan prihatin itu,” hujah si B.

    “Ya tak ya juga, bil aku dah lebih RM20 itu pun aku tak pakai alat pendingin hawa pun, aku setuju dengan awak,” kata A.

    “Jika demikian Bajet kerajaan prihatin itu adalah untuk warga asing dari Indonesia , Bangladesh dan lain-lainlah ya, rakyat tempatan melopong juga la,” kata si A.

    “Hehehehe…” Semuanya ketawa mungkin geli hati dengan langkah kerajaan prihatin yang membuat bajet tidak mengenai sasaran.

    Terfikir juga penulis kenapalah kerajaan tidak memberikan dalam bentuk rebet RM20 kepada semua pengguna eletrik supaya semua rakyat mendapat faedahnya.

    Ini kerana melalui kaedah dalam bajet itu hanya penggunaan eletrik dibawah RM20 kebawah sahaja akan dikecualikan bayarannya, pengguna-pengguna yang menggunakan eletrik dibawah RM20 kemungkinan besar adalah mereka yang tidak tinggal tetap disini dalam erti kata lain adalah warga asing !.

    Pendapat si B ada munasabahnya, kerana warga asing yang tinggal sementara disini mereka tidak akan membeli peralatan eletrik ayng besar sebagaimana penduduk tempatan. Apabila mereka tiada peti sejuk, sterika yang mengguna banyak banyak watt sudah tentu bil akan lebih rendah.

    Berbeza dengan rakyat tempatan yang memang menetap disini dan inginkan keselesaan hidup sudah tentulah mereka membeli banyak perlatan eletrik .

    Persoalanya adakah menteri kewangan berfikir perkara itu semasa membuat cadangan untuk mengecualikan bayaran bil RM20 kebawah itu?

    Jika mereka sudah memikirkannya tentulah mereka telah mengenal pasti golongan sasaran sebenar, malanglah jika yang mendapat faedah adalah warga asing sedang rakyat tempatan berputih mata!.

    Pengalaman seorang rakan penulis yang menyewakan rumah kepada warga asing dari Indonesia membuktikan kebenaran dakwaan si B.

    Menurutnya, penyewa warga asing itu tidak membeli apa-apa peralatan eletrik dirumah sewanya. Mereka hanya mengunakan lampu dan bil eletrik bulanan mereka memang rendah dibawah RM20 sebulan. Nah…terbukti sudah memang warga asinglah yang bakal mendapat manfaat daripada Bajet kerajaan prihatin!.

    Rupanya prihatin kerajaan BN bukan kepada rakyat tempatan tetapi kepada warga asing. - mr_

  4. BKHTR Says:

    BIl API 20 RINGGIT TU TAK LOGIK LA TAN SRI….

  5. Jiwaluka Says:

    Salam Tan Sri,

    Pada pandangan saya budget 2008 membuktikan ketandusan idea2 yg bernas daripada pihak kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara. Terbukti dengan petunjuk KLCI yg kian lemah. Pelabur asing ingin melihat new invention di dalam budget 08 ini namun pada mereka nampak tiada apa2 yg boleh menarik dan menyakinkan mereka dalam membawa pelaburan ke dalam negara. Ini sebenarnya yg perlu diberi fokus. Kita ada ramai pakar2 ekonomi di universiti namun persoalannya mengapa tidak di bawa pakar2 ini duduk semeja membincangkan cara2 pemulihan yg lebih effektif? Pada pandangan saya memanggil wakil2 di dalam industry belum cukup bagi kerajaan untuk menyediakan budget yg lebih effektif dan komprehensif. Bila sakit kita brjumpa dengan doktor pakar. Begitulah juga dalam perihal ekonomi ini. Rujuklah kepada pakar ekonomi terlebih dahulu.

    Salam perjuangan!

  6. md.Noor b Abdullah Says:

    Assalammualaikum.

    Tan Seri,

    Terlebeh dahulu saya mengucapkan tahniah kerana Tan telah diberikan tanggongjawab 3 jawatan penting oleh Perdana Menteri iaitu menjadi Senator bertaraf menteri penuh,menjadi Ketua Perhubungan Negeri Selangor dan menjadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia .

    Saya ingin menyampaikan kesyukuran kepada ALLAH ,kerana keperihatinan kerajaan BN yang membentangkan belanjawan yang banyak membantu rakyat semua ,terima kasih banyak kepada kerajaan BN.

    Kerajaan juga telah mengumumkan pemberian kepada pesara2 pencen di bawah paras miskin kepada pesara2 yg berkhidmat 25thn keatas dan pesara2ATM yg berkhidmat 21 thn,terima kasih kerajaan BN.

    Saya juga berharap melalui Tan Seri ,supaya mengkaji dan memberikan kepada pesara2 dibawah kemiskinan iaitu pesara kerajaan yg berkhidmat dengan kerajaan 15thn keatas,yg badan2kerajaan diswastakan ,KTM,LLN,POS dan Talikom,dimana mereka ini berkhidmat dalam sektor awam selama 15thn keatas yg pencen kurang RM400.00 sebulan,saya merasakan mereka sangat patut dibantu sama dan kebanyakan telah berumur 58thn keatas.

    Mereka ini kebanyakan telah telah terpaksa mencari pekerjaan bagi menambahkan pendapatan mereka dengan bekerja Security Gard itulah pekerjaan mereka boleh buat .

    Saya Tan Seri,dapat memanjangkan masalah ini kepada kerajaan .

    Terma kasih ,selamat berpuasa dan saya BN terus dihati rakyat dengan mendidik anak2muda kita bahawa UMNO sebenarnya pembela melayu .

  7. KJ Says:

    Bajet untuk meraih simpati Rakyat Sabah dan Serawak.Semua rakyat sudah mengerti permainan politik uMNO>

  8. Siti Suriati Says:

    Assalamu`alaikum Tan Sri,
    Saya sedang membuat persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Phd. Bidang kajian saya ialah keluarga dan saya bercadang untuk membuat kajian berkenaan keluarga termiskin bandar. Saya ingin bertanya di mana dan bagaimana saya boleh mendapat grant untuk kajian saya.
    Terima kasih Tan Sri

  9. rahim Says:

    salam tan sri, saya berniaga kecil kecilan…bagaimanakah cara untuk mendapatkan grant/bantuan untuk perniagaan saya…saya amat mengharapkan bantuan tan sri secepat mungkin untuk kebaikan saya sebagai salah seorang peniaga dan kaum bumiputera umumnya, kerana umum mengetahui tan sri dan UMNO adalah pembela rakyat yang sejati…terima kasih…saya boleh dihubungi melalui email

  10. Zul Hashim Says:

    Macam mana TS boleh kata bajet ini untuk semua? Hanya kumpulan orang yang kurang cerdik sahaja yang berpendapat bajet untuk semua. Saya rasa TS tidak dalam kumpulan ini? Saya setuju dengan komen yang mengenai penggunaan letrik dibawah RM 20.00. Rumah nenek saya di Kuala Pilah pun yang serba kekurangan pun guna letrik sejumlah RM 30 sebulan. Hai TS, bangunlah dari mimpi.

Leave a Reply