Anugerah Desa Cemerlang pengiktirafan untuk orang kampung
Selamat malam dan salam sejahtera. Harapan saya, pembaca di luar sana sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T hendaknya. Esok saya akan berada di Paya Rumput Melaka bagi majlis Anugerah Desa Cemerlang dan Desa Gemilang yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sejak tahun 1987 lagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah mengadakan apa yang dipanggil Anugerah Desa Cemerlang. Anugerah Desa Cemerlang ini ialah kita mengadakan pertandingan di antara kampung-kampung yang ada di seluruh negara untuk mencari kampung yang terbaik.
Ia bertujuan untuk kita melihat bagaimana kepimpinan dalam kampung, bagaimana kebersihan dalam kampung, bagaimana keindahan dalam kampung, bagaimana kemajuan dalam kampung.
Kerana pada suatu ketika kampung-kampung ini begitu lesu kerana tidak ada kemudahan - sekolah tak ada, bekalan lektrik tak ada, apa pun tak ada.Sekarang ini kita beri latihan. Misalnya kepimpinan JKKK, kita bawa ketua-ketua kampong dan JKKK ini berkursus empat malam lima hari di pusat-pusat latihan. Tujuannya untuk membina semangat, kita ajar ketua-ketua kampung ini bagaimana menjadi pencetus kepada pembaharuan, macamana dia boleh menggalakkan anak buah dia maju, apa bidang yang hendak digalakkan dan bagaimana hendak maju dalam bidang pelajaran.
Jadi semua ini dilihat dan kita kaji. Kita ada hakim-hakim (jawatankuasa pemilihan) yang melihat dan mengkaji kampung manakah kepimpinannya yang baik, kemajuannya yang baik, keindahannya baik, ekonominya baik, sektor pelajarannya yang baik dan kita adakan sekali setahun mengenai apa yang dipanggil Anugerah Desa Cemerlang.
Selepas itu, mulai tahun 2006, YAB Perdana Menteri hendak mengadakan pula johan di kalangan johan. Johan tahun 1987, 1988, 1989 dan lain-lain, kita akan lagakan mereka dan kita tengok juara tahun lepas dengan juara tahun ini siapakah yang lebih baik.
Dan kita panggil pula Anugerah Desa Gemilang. Tadi Anugerah Desa Cemerlang dan kita ‘upgrade’ ia menjadi Anugerah Desa Gemilang. Satu hari nanti pula kita akan adakan Anugerah Desa Terbilang.
Setiap pertandingan ini ada hadiah yang kita sediakan. Kita akan memberikan hadiah kepada pemenang. Biasanya hadiah itu dalam bentuk projek. Tetapi apa yang penting ialah bukan semata-mata hadiah itu tetapi kita hendak supaya kampung-kampung ini bersaing antara satu sama lain. Ada unsur-unsur persaingan, siapa boleh buat lebih baik.
Misalnya dalam kampung itu suatu ketika dahulu dia ada industri kampung, dia ada buat sos cili misalnya dan dia dapat memperbaiki sehingga muncul johan maka dia akan dapat hadiah wang tunai RM25,000, hadiah projek RM200,000.
Tempat kedua RM20,00, projek bernilai RM150,000 dan ketika RM15,000, nilai projek pula RM100,000. Dan ada beberapa aspek yang dilihat dan kemudian empat hadiah Anugerah Khas hadiahnya pula bernilai RM20,000 dan semua sekali hampir RM1 juta. Semua kampung yang masuk pertanding akan diberikan hadiah.
Hadiah yang wang tunai kita bagi terus kepada JKKK. Tetapi projek kita bagi dalam bentuk projek. Misalnya projek RM200,000. Kita tanya dia nak buat apa. Misalnya dia kata nak buat satu tempat untuk perniagaan golongan belia, atau satu tempat untuk membuat mee kuning misalnya. Jadi kita bagi duit untuk mereka laksanakan projek tersebut.
Hadiah wang tunai itu akan dimasukkan terus ke dalam akaun JKKK dan terpulanglah kepada mereka sama ada untuk menabung dalam saham atau apa saja yang difikirkan baik oleh kepimpinan di kampung tersebut.
Esok akan ada kampung yang akan diumumkan sebagai pemenang. Setakat malam ini ianya masih rahsia lagi. Tunggu tiba harinya. YAB Perdana Menteri akan hadir hari esok dan akan diumumkan pemenangnya. Ia diadakan di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka pada 18 dan 19 Oktober ini. Anugerah ini akan disiarkan secara langsung oleh RTM pada jam 2.30 petang.
Pesanan saya untuk kampung-kampung yang menang nanti adalah jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan orang kampung. Kita sudah 50 tahun merdeka. Allahyarham Tun Razak yang menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar selama 10 tahun, telah begitu berjaya sekali memajukan kampung.
Dan kita lihat kepimpinan YAB Allahyarham Tun Razak pada tahun 1959 hingga tahun 1969, 10 tahun menjadi Menteri Luar Bandar. Itu boleh dijadikan fasa pertama lonjakan. Dari tahun 1957 hingga tahun 2007 selama 50 tahun, di mana berlaku kemajuan-kemajuan.
Di zaman Tun Razak banyak agensi yang ditubuhkan seperti Felda, Felcra, Fama, Bank Bumiputera, Mara, Bank Pertanian dan asas yang telah ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Razak ini berkembang dalam memajukan masyarakat luar bandar. Hari ini luar bandar sudah jadi macam bandar. Banyak kemudahan-kemudahan terdapat di luar bandar.
Dan hari ini sudah masuk fasa kedua. Bermula tahun 2007 sehingga 2057. Dalam fasa kedua ini kita hendak memperkasakan pula luar bandar. Kalau dulu fizikalnya dimajukan dengan infrastruktur, Felda, Mara dan sebagainya, tetapi masuk fasa kedua di mana kita menekankan pula kemasukan modal insan, soal kepimpinan. Kita bukan saja hendak memajukan jalan tetapi macamana masyarakat luar bandar gunakan jalan untuk menjual barang-barangnya daripada kampung. Dan mereka boleh menjual semua hasil kampung yang mereka buat seperti sos cili, sos tomato, mee kuning atau apa saja kraftangan yang mereka hasilkan seperti tikar mengkuang macam di Cherating. Saya tengok gadis-gadis di situ boleh buat tikar mengkuang.
Lepas itu kerajaan melalui Pembangunan Luar Bandar kita buatkan satu kedai misalnya dan dia orang letakkan barangan-barang dia orang di situ berdekatan dengan hotel-hotel di Cherating. Jadi pelancong-pelancong berjalan kaki datang beli tikar, bakul dan sebagainya. Jadi inilah yang kita pergi ke hulu ke hilir untuk mencungkil bakat-bakat.
Baru-baru ini saya pergi ke Kampung Shafie di Mancis, Bentong, Pahang. Saya tengok di kampong itu ada pemuda-pemuda yang begitu teruja hendak membuatkan industri luar bandar ini. Dia buat industri cili sos, tomato sos. Jadi dia orang ini boleh menjual hasil-hasil dia orang ke luar.
Jadi inilah yang dinamakan lonjakan kedua, fasa kedua selepas 2007. Kita hendak tengok kampung-kampung ini baik, JKKKnya baik, ketua kampungnya baik, lebih progresif. Dan kita juga nak tengok anak buahnya melibatkan diri dalam menghasilkan barang-barang untuk dijual di bandar-bandar. Jadi inilah yang kita hendak wujudkan sekarang.
Saya yakin dan percaya usaha murni kementerian disokong oleh agensi di bawah kementerian dan kerjasama dari semua pihak, cita-cita untuk melihat setiap kampung berkembang seiring dengan Bandar akan menjadi kenyataan.






October 19th, 2008 at 1:46 am
Pemimpin, biar berani semasa berkuasa
Salam bahagia Tan Sri,
Saya terpanggil untuk menulis dalam blog Tan Sri ini. Itupun tak pasti samada disiarkan atau tidak. Apapun saya ada pandangan dan pendapat saya yang tersendiri. Pendapat saya tidak semestinya benar bagi orang lain tetapi saya juga tidak boleh disekat dari melontarkan pandangan dan pendapat untuk dikongsi bersama.
Bagi saya, sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin terutama dalam Umno perlu sedar dan muhasabah diri. Lantang dan berani tapi biar konsisten. Konsisten samada ketika berjawataan atau tidak.
Saya tak mengarahkan pandangan ini kepada sesiapa tetapi saya sedikit kecewa dengan sikap segelintir pemimpin dalam Umno yang hanya lantang dan berani menegur dan berani bersuara ketika sudah tidak berjawatan. Tidak berjawatan samada kalah dalam pertandingan atau bersara atau dibersarakan oleh rakyat.
Semasa sedang berkuasa (berjawatan) tidak langsung kedengaran suaranya yang lantang dan berani tetapi bila sudah tidak ada kuasa dan ingin merebut kembali kuasa termasuk jawatan ia kembali lantang semula.
Saya teringat kata-kata seorang kawan saya. Dia ni pilot kapalterbang. Katanya, tidak ada bezanya antara pemimpin dalam Umno dengan kapalterbang yang aku bawa. Kapalterbang akan bunyi bising enginnya ketika dilandasan untuk berlepas, bila berada di udara bila keadaanya sudah stabil enginnya tenang dan hampir tidak kedengaranya bunyinya. Namun kapalterbang akan bising sekali lagi (enginnya) ketika hendak turun (mendarat).
Jadi pemimpin dalam Umno ne hanya buat bising, tegur sana, bantah sana hanya ketika hendak merebut jawatan. Bila sudah berjawatan dia jadi pendiam dan senyap tetapi bila hilang jawatan dan ingin merebut lagi jawatan dia akan buat bising lagi.
Kerna dalam Umno pemimpin yang bekerja kuat, setia dan akur kepada ketua, tidak siapa yang peduli. Sebaliknya pemimpin yang pandai bercakap, retorik, dan kerap keluar suratkhabar atau tv akan disanjung dan jadi popular meskipun tak perlu buat kerja.
Kenapa ketika ingin bersara dulu bekas Perdana Menteri tidak mencadangkan sistem quota dihapuskan sebaliknya bising sekarang dan mendesak berbagai cara kononnya apa yang ada pada umno semuanya tidak sesuai dan betul.
October 19, 2008 at 5:44 pm
Terima kasih atas pandangan saudara. Apapun kita berharap umno mampu memilih pemimpin yang boleh bekerja, setia ketika berjawatan atau tidak.