Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi


5 Responses to “”

  1. faizal Says:

    kot yer pun nk buat banner, buat la elok sikit, kasi nampak professional sikit.

  2. bendahara kj Says:

    selamat menyambut bulan ramadan al mubarak buat ts sekeluarga

  3. Norizam Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Saya sekeluarga ingin menyampaikan salam menyambut kemulian bulan Ramadhan Al Mubarak kepada Tan Sri sekeluarga. Semoga keberkatan Bulan Ramadhan dapat memulihkan Keimanan dan ketakwaan kita umat Islam dan membongkarkan kebatilan golongan orang yg munafik.

    Semoga Tan Sri berjaya dalam pemilihan untuk Naib Presiden nanti..

    Wassalam

  4. Nadzri Hamzah Says:

    Yb Tan Sri,
    Umno perlu lebih dekat dengan rakyat, UMNO sudah tidak boleh letakkan diri mereka sebagai elit politik, kita perlu lebih merakyat, kita perlu dekati semua rakyat jangan kira mereka orang PAS atau keadilan, fitrah manusia semuanya sama iaitu akan suka dengan senang hati dengan orang yang dekat dengan mereka, justru…saya cadangkan perlu ditubuhkan satu squad yang boleh dekatkan diri dengan semua rakyat, bukan hanya pada waktu pilihanraya, kita perlu turun sebagaimana pemimpin pas di bahagian yang senantiasa berkain pelikat dan turun menyapa orang kampung, berbanding dengan pemimpin bahagian umno yang bermercedes dalam kampung, hal ini menyebabkan orang kampung menjadi jauh dengan hati mereka, justru untuk menangi semula PRU 13, UMNO perlu lebih merakyat, Pemimpin bahagian UMNO juga perlu lebih membaca akhbar pembangkang dalam rangka untuk mengetahui bagaimana pendekatan pembangkang, bagaimana aspirasi mereka untuk menggalang sokongan rakyat. Umno perlu dekati golongan belia tapi bukan hantar pemimpin tua yang menganggap diri presiden belia, ini hanya akan diketawakan oleh belia,

    Maaf saya bukan mengkritik tapi memberi masukan (input) dan langkah perlu dalam memperkasakan parti kita.

    Terima Kasih, jumpa lagi Tan Sri

    Nadzri Hamzah
    http://www.millennium2u.com

  5. Nasirudin Anjud Says:

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Nampaknya Salam Mubarak Ramadhan hanyalah untuk orang-orang besar dan elitist untuk orang-orang seperti Tan Sri.

    Untuk Ibu saya yang berumur 56 tahun (warhana harun 014-6510752), seorang pesakit kanser di Kg. Tambalang Tuaran Sabah, Mubarak tahun ini baginya adalah memanjat pagar kawat berduri melalui tanah sempadan orang hanya untuk lalu ke jalan besar setiap hari.

    Sudah 45 tahun Sabah di bawah jajahan orang KL, tetapi ini lah realitinya bagi ibu saya. Untuk Makluman Tan Sri, dahulunya rumah ibu saya itu mempunyai jalan keluar melalui tanah seorang berbangsa cina yang memberi kebenaran laluan.

    Bagaimanapun, pada bulan mei baru-baru ini, cina tersebut telah menjual tanahnya kepada seorang ahli parti keadilan yang beragama ‘Islam?’ iaitu Encik Omar dan adiknya encik awang dan didaftar atas nama anak encik awang.

    Persoalannya adakah patut orang yang mengaku islam dan didaftarkan islam dalam kad pengenalan menutup jalan dengan kawat berduri dan menyiksa beberapa keluarga dengan memanjat kawat berduri saban hari. Baik lagi orang cina kalau begini.

    Perkara ini telah diaju kepada pejabat daerah, tetapi inilah realiti kerajaan barisan nasional yang lebih terdesak nak bertahan daripada berjuang untuk rakyat seikhlasnya. Pegawai kerajaan ibarat tidur, tak bermaya serta penakut kepada orang2 keadilan ini yang sering guna kekerasan.

    Kalau tak percaya telefon lah si Datuk Hajiji dan OCPD Tuaran. Saya pun pernah jadi mangsa kerabat dorang ni. Apabila saya buat laporan polis, polis di balai tu suruh saya siasat nama penuh orang tu kalau tidak laporan saya tu tak leh pakai. Saya suruh dia siasat sebab itu kerja polis. Dia cakap jangan pandai2, sampai hari ni apa tindakan pun tiada di ambil.

    Sekian Lah Tan Sri. Semoga diberi hidayah untuk membantu ibu saya yang teraniaya itu.

    Nasirudin Anjud (019-811 3951)

Leave a Reply